RPK is not right too (2)

Dalam posting bertajuk "RPK is not right too", saya ceritakan bahawa seorang sahabat baik menghantar beberapa pandangan mengenai artikel Raja Petra Kamarudin bertajuk "Is this the best type of leader that PAS can offer?" Saya tak siarkan pandangannya itu.

Sebenarnya bukan pandangan. Tetapi, kecaman yang amat brutal kepada Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan. Saya takut, sebab itulah saya tak siarkan. Bukan saya takut ditumbuk dilepuk oleh Nasrudin dan mereka yang taksub kepada stock-stock yang dipanggil pimpinan di dalam PAS. Saya tidak fikir Nasrudin gila. Tetapi, saya takut dianggap tak berbelas kasihan kepada beliau bila menyiarkan pandangan itu.

Baru-baru ini, saya memberitahu kawan-kawan, termasuk seorang pemimpin PAS, bahawa saya kasihan kepada Nasrudin. Membenci jauh sekali. Saya kasihan kerana saya lihat beliau memang berusaha bersungguh-sungguh untuk menampilkan ciri-ciri kepimpinannya. Malangnya, setiap kali beliau bercakap, yang saya rasa ialah beliau seolah-olah seperti tak puas-puas membunuh kesanggupan saya untuk mempercayakan masa hadapan anak cucu saya kepada pemimpin yang stock-stock macam tu.

Saya berharap Allah s.w.t. akan membantu Nasrudin untuk menampilkan aura kepimpinan yang meyakinkan.

Cukuplah Allah Yang Maha Menyaksikan bahawa saya tidak berbohong dalam dua perenggan di atas.

Dengan perasan yang samalah saya tak nak siarkan email sahabat saya itu dan saya hanya jawab balik email tersebut seperti berikut:
"...one track minded is worst than wrong. But unfortunately, RPK is not right too".
Memang, ada pandangan Raja Petra Kamarudin (RPK) yang saya setuju. Ada yang tidak.

Dalam hal itu, saya berbeza pandangan sama sekali dengan seorang pemimpin politik yang menyatakan adalah bodoh kalau kita berkelahi dengan RPK. Siapa nak berkelahi? Saya sangat menghormati keberanian RPK melawan Umno. Tetapi tak nak bergaduh tak bermakna kita kena jadi pak yet kepada semua pandangan beliau. Berbeza pandangan dengannya tak bermakna nak bergaduh atau berkerat rotan dengan Mamat tu.

Tulisan RPK bertajuk "Is this the best type of leader that PAS can offer?" berpunca dari saranan Nasrudin supaya hudud dilaksanakan di negara ini ketika mengulas pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya. Memanglah, dari segi konteks, ia boleh dipertikaikan. Sebab itulah RPK kata:
If this is true then why quote the example of the murder of Datuk Sosilawati Lawiya? This woman was allegedly killed by Indian Hindus, not by Malay Muslims. And since Hudud applies only to Muslims then it does not matter whether Malaysia does or does not implement these Islamic laws. It would not have deterred these Indian Hindus from killing Datuk Sosilawati Lawiya because they would have been exempted from these laws anyway.
Saya tak nak kata apa-apa bab "tak masuk stesyen" ni (di kalangan gang-gang saya, kalau ada Mamat yang tiba-tiba menyampuk perbualan dengan komen yang langsung tak berkaitan dengan subjek yang kami dok bersembang, itu kami sifatkan "tak masuk stesyen". Memang ramai jenis-jenis yang tak berapa kenal mana satu stesyen bas, mana satu stesyen keretapi dan mana satu lapangan terbang atau pelabuhan).

Walaupun saya bersimpati kepada Ketua Pemuda PAS, tetapi dengan penilaian setakat yang tersurat sahaja, banyak yang saya setuju dalam tulisan RPK itu. Antaranya ayat-ayat berikut:
1. Is this the best type of leader that PAS can offer?

2. The issue is the quality of the PAS Youth leader’s argument. And if this is the best that PAS can offer in terms of leadership then I do not have much hope for this party.

3. The failure of the present system is because the so-called Muslims managing the system are corrupt to the core.

4. You mean to say that every single PAS leader and member is above corruption? Come on! Some PAS people are also corrupt.

5. But if Muslim judges, police officers, MACC investigators, lawyers and public prosecutors can be bribed to rig cases then no system in the world will work.

6. Justice, which is supposed to be the foundation of Islam, can only be achieved when Muslims can understand what the word justice means. Currently they do not. Muslims talk about justice. But there is no justice in their hearts. Their hearts are black with injustice.

This is where the problem lies.
Tetapi ada juga yang saya tak setuju. Antaranya bila RPK tulis:
Is this fair? Non-Muslims can commit serious crimes and get exemption from Islamic laws. Muslims who commit serious crimes get punished under Islamic laws. So Muslims who commit murder get dragged into the public square after Friday prayers and get beheaded. Non-Muslims relax in jail.
Saya tak peduli apa value system yang dipakai oleh RPK. Saya hanya nak bercakap berdasarkan value system atau sistem nilai saya ja.

Apa menatang pula sistem nilai tu? Saya bagi contoh, sistem nilai saya berteraskan amar ma'ruf nahi munkar. Bercakap yang benar walaupun pahit. Bercakap benar walaupun di hadapan pemerintah yang zalim. Tidak ada batasan untuk bercakap benar walaupun memerlukan kebijaksanaan. Kalau kebetulan itu selaras dengan freedom of speech yang orang Barat atau pro-Barat perjuangkan, itu bukan urusan saya. Urusan saya hanyalah amar ma'ruf nahi munkar.

Dalam sistem nilai saya juga, apabila sesuatu itu diwajibkan oleh Islam, tak kiralah sama ada dinyatakan oleh Allah s.w.t. di dalam al-Quran atau dinyatakan oleh Nabi Muhammad s.'a.w.w. di dalam hadith yang tak boleh diragukan lagi kesahihannya, saya patuh dan saya taat semua sekali. Tak ada pilih-pilih.

Soal sama ada orang bukan Islam tak kena dan hanya orang Islam yang kena, peduli apa saya.

Kita baru saja menjalankan kewajipan berpuasa dalam bulan Ramadhan. Untuk senang faham, saya ambil contoh puasa. Oleh kerana hanya orang Islam sahaja yang terpaksa menahan diri dari makan minum serta lain-lain pada siang hari bulan Ramadhan sedangkan yang bukan Islam boleh sedap-sedap mengenyangkan perut mereka, adakah saya nak kata, "is this fair?"

Adakah saya nak tolak kewajipan berpuasa semata-mata kerana orang bukan Islam tak puasa?

Kalau ikut lingo cara kutu saya, hati saya dengan tegas menyatakan, "mampoih pi kat hampa la hampa nak mentedarah berapa pikul pun. Aku orang Islam, aku wajib berpuasa sebab itu yang Allah wajibkan". Period.

Kalau nak sangat adil dan semua orang wajib berpuasa, mai kita pakat-pakat paksa orang-orang bukan Islam memeluk Islam dan lepas tu depa pun kena puasa dan kena ikut semua hukum-hukum Islam macam kita. Siapa tak nak masuk Islam, kita pakat-pakat tampaq muka depa. Nama pun paksa.

Tetapi itu tentulah amat janggal dan buruk kelaku sungguh jika dilakukan oleh orang-orang yang tak henti-henti meratib-ratibkan ayat "Tiada paksaan dalam beragama" (Surah al-Baqarah, ayat 256). Bukan sahaja manusia marah, Allah pun murka.

Begitulah juga, apabila kita tak boleh nak paksa orang bukan Islam memeluk Islam, takkan pula kita nak paksa supaya mereka juga tertakluk kepada hukum-hukum Islam. Hakikat bahawa mereka tidak tertakluk kepada hukum Islam itulah yang lebih adil kepada mereka.

Yang tidak adil ialah apabila kita mempersoalkan kenapa kita saja yang kena dan depa tak kena. Apa adilnya menolak hukum-hukum Islam sedangkan hati kita masih nak jadi Muslim? Apa adilnya tak nak ikut peraturan tentera sedangkan pada masa yang sama tak nak pula keluar dari pasukan tentera?

Bijaksanakah bila kita mempersoalkan mengapa tentera saja yang dipaksa mematuhi undang-undang tertentu sedangkan yang bukan tentera tidak tertakluk kepada undang-undang yang sama? In the first place, why did you join the military? Ada orang paksa ka?

RPK juga kata:
So, if I get arrested and charged for murder, all I need to do is to tell the court that I had in fact renounced Islam a long time ago and then I escape punishment under Hudud. Or will I instead get charged for apostasy and get put to death for leaving Islam? So, I escape the punishment for murder under Hudud but I still die for apostasy.
Saya tak fikir RPK nak buat gitu. Memberi contoh tak bermakna dia nak buat gitu. Tetapi, macam saya juga, RPK tidaklah mahir dalam hukum-hukum Islam apabila berkata "I still die for apostasy". Kalau RPK ada baca posting ini dan kalau dia nak, dia bolehlah baca posting Ustaz Wan Ji Wan Hussin bertajuk "Tiada paksaan dalam beragama!! - Jom berwacana".

RPK juga tulis:
Nasrudin Hassan, please study history. Once upon a time the western world also implemented God’s law. But the church was so corrupt that injustice prevailed. The church eliminated the enemies of the many kings of Europe by using God’s laws as the weapon. Innocent people suffered because they opposed the church and/or the kings. In the name of God religious people killed those who did not kowtow to the powers-that-be.
Bagi saya, pandangan RPK itu tidak semestinya muktamad. Ramai juga orang yang memodelkan pemerintahan Khalifah 'Umar 'Abdul 'Aziz sebagai contoh pemerintahan yang adil. Dan, penulis-penulis sejarah menceritakan pemerintahan beliau berteraskan sistem dan ajaran Islam.

Saya sebenarnya tak peduli pun kalau orang tolak hukum-hukum Islam, terutama jika mereka tidak beragama Islam. Bodoh sangatlah kalau kita expect yang tidak beragam Islam tidak menolak hukum-hukum Islam. Ikut suka hati mereka la nak terima ka, tak terima ka. Peduli apa aku.

Yang saya sakit hati ialah kata-kata penghinaan termasuk dalam komen-komen di bawah tulisan-tulisan RPK - "Is this the best type of leader that PAS can offer?", "Thick in the head" dan "Freedom to oppose as long as you agree with me". Kalau mereka kata tak ada siapa pun berhak memaksa mereka mematuhi undang-undang Allah, apa pula hak mereka mencerca apa yang kita yakini dan beriman dengannya?

Nak tolak ka, nak apa ka, ikut suka hampa la. Tapi jangan menghina dengan perkataan seperti primitif seperti yang digunakan oleh Karpal Singh (lihat posting saya "Adakah Karpal dan kurang ajar berpisah tiada?" dan "Kenapa Zaid tak tegur Karpal's heinous attempt to police our right?"). Kurang ajaq tu!

Kalau Karpal kata undang-undang Islam primitif, saya pun boleh kata Christianity is intrinsic to common law. Tetapi, kalau saya kata common law is actually biblical law and therefore primitive, tentulah ramai yang akan menyalak dan mungkin saya akan masuk lokap lagi sebab saya bukan Namewee yang boleh buat apa saja untuk berlakon dengan Perkasa.

Satu lagi yang saya marah ialah ialah kecenderungan nak jadi bengis tak tentu hala apabila perkara-perkara berkaitan dengan hukum Allah disebut. Hampa tak nak, hampa punya pasal la. Tetapi sampai orang nak berusaha didik masyarakat mengenai hukum Islam pun tak boleh, tu yang aku sakit hati tu. Tak boleh langsung nak sebut fasal undang-undang Islam, terus menggelejat dan menjerkah tak tentu hala.

Perangai tak ubah macam perangai Umno. Allergic sangat dengan Islam. Dulu-dulu, dalam tahun 70an dulu, pemimpin-pemimpin Umno sedap-sedap mulut mendakwa Islam tak boleh campur dengan politik. Islam terpisah dari politik. Bila orang berceramah sana-sini dan membuktikan bahawa Islam tidak boleh dipisahkan dari politik, mereka hentikan cakap merapu itu. Tidak diketahui adakah mereka menghentikan cakap merapu itu sebab mereka boleh terima Islam tidak boleh dipisahkan dari politik atau mereka tak nak kelihatan bangang dan bongok.

Umno juga mendakwa negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan. Pada 20 April 1983, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan. Macamlah negara ni tak dihuru-harakan Umno dalam keadaan undang-undang Islam tak dilaksanakan.

Pemimpin Umno yang tak seberani Najib pula mendakwa undang-undang Islam tak boleh dilaksanakan sebab negara ini berbilang kaum. Kita yang mahukan undang-undang Islam ini diingatkan supaya mengambilkira kewujudan mereka, kewujudan masyarakat yang tak sama kepercayaan dengan kita.

Kalau saya nak pakai line of argument yang sama, saya pun boleh tanya, kami ja yang nak kena ambilkira kewujudan mereka? Depa pulak tak perlu ambilkira langsung kewujudan dan hak beragama kami?

Sebenarnya, kami yang mahukan undang-undang Islam ni ni tiap-tiap hari dok beralah kerana mengambilkira kewujudan mereka yang benci sangat atau sekurang-kurangnya tidak boleh menerima undang-undang Islam. Sebab itulah saya tak minta lebih-lebih jika Umno berjaya kita hambat dari tampuk kekuasaan. Walaupun perlaksanaan hukum-hukum Allah adalah cita-cita muktamad saya yang tak pernah padam, tetapi mengambilkira masyarakat berbilang kaum, saya hanya meminta institutional reforms sahaja.

(Nota: Saya bukan ahli PAS. Saya menulis sebagai orang Islam)

Bacaan menarik:
Statistical miracle in Quran
Read On 22 comments

Siapa Perkasa? Siapa Namewee?

Dalam tahun 2007 dulu, saya ada tulis fasal perbuatan kurang ajar Namewee menghina azan (lihat "Ooo...tak sengaja...", "Dia yang pukul aku, dia pula yang menangis" dan "Berlawan dia sama dia").

Saya sedar, ada orang kata kita paranoid. Amboi, tak boleh langsung kita nak pertahankan apa yang jadi amalan agama kita. Terus kata paranoid. Pada masa yang sama, orang lain boleh buat apa saja.

Begitulah apabila si pembohong yang hipokrit bercakap fasal keadilan dan kebebasan bersuara. Kalau kita cadang apa yang jadi keyakinan kita, tak payah cakap la. Ikut sedap mulut depa ja nak debik kita. Dah la cadang memang jadi taboo kepada mereka, pertahan pun tak boleh.

Pada masa itu, jenis yang baik sikit cuba mententeramkan saya dengan berkata apa yang Namewee buat tu "kerja budak-budak". He or she is entitled to his or her own opinion.

Bila dia minta maaf, saya malas nak kata apa dah. Kita ambil yang zahir saja. Dah minta maaf, kita nak kata apa lagi. Apa kebusukan dan kejahatan yang tersembunyi dalam hati dia, mana kita tau.

Tapi saya tetap hairan, menghina azan pun boleh selesai dengan meminta maaf saja. Tak ada apa-apa tindakan perundangan. Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) pula jemput dia bagai VIP untuk memberi keterangan.

Bila melihat adegan yang dipentaskan oleh Perkasa (sila lihat Malaysiakini semalan "Perkasa 'isytihar' perang terhadap Namewee"), ramai yang makin tertanya-tanya apa agenda mereka? Saya berjumpa beberapa orang, termasuk pemimpin politik, yang bertanya perkara yang sama.

Siapa Perkasa? Siapa Namewee? (Gambar di atas ihsan Malaysiakini)

Berkaitan:
Not satisfied, Perkasa declares racial war against Namewee (Malaysia Chronicle 29/9/10)
Read On 16 comments

Cerita lawak sikit pagi ni...

Masih lagi main copy and paste. Tak dan nak tulis lagi apa yang dah ada dalam kepala. Bagaimanapun, untuk manfaat bersama, berikut ialah dua berita yang nampaknya ada persamaan.

Berita pertama:
Penyamun beri 'ceramah' selepas tetak mangsa

ALOR SETAR (Berita Harian 27/9/10): Seorang penyamun sempat 'berceramah' mengingatkan pelanggan supaya tidak membuang masa serta membazirkan wang di pusat permainan video, selepas dia bersama dua lagi rakannya menyamun wang tunai serta barangan milik pelanggan dan pekerja pusat video terbabit.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari semalam di pusat permainan video di Kompleks Sultan Abdul Hamid, Jalan Pegawai, di sini, seorang lelaki parah di muka akibat ditetak dengan parang oleh seorang daripada tiga penjenayah terbabit yang bersenjatakan parang dan alat renjatan elektrik.

Seorang pelanggan yang hanya mahu dikenali sebagai Hafiz, 25, berkata penyamun terbabit merampas wang tunai dan telefon bimbit pelanggan, serta barangan berharga lain di kaunter pusat permainan video berkenaan.

Katanya, sebelum meninggalkan premis berkenaan, seorang daripada suspek menyampaikan ‘ceramah’ kira-kira 15 minit untuk mengingatkan pelanggan tidak membuang masa serta membazirkan wang di pusat permainan video itu.

“Selepas berceramah, lelaki terbabit keluar dan menaiki sebuah kereta Proton Wira biru yang dipandu seorang lagi rakannya menunggu di luar.

“Saya bersama dua lagi pelanggan kemudian cuba menahan seorang daripada suspek terbabit, tetapi rakannya yang bersenjatakan parang menetak muka seorang daripada kami sebelum mereka melarikan diri,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Hafiz berkata, pada mulanya kumpulan lelaki terbabit memasuki premis permainan video itu dengan berpura-pura sebagai pelanggan, bagaimanapun, selepas itu mereka mengeluarkan senjata dan memaksa petugas kaunter serta pelanggan menyerahkan wang tunai dan barangan berharga milik mereka.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Abd Ghafar Rajab ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan polis sedang menjalankan siasatan kes berkenaan.

Lelaki yang cedera itu dihantar Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, untuk rawatan.

Versi Inggeris:

Robbers have gall to advise victims

ALOR STAR (NST 27/9/10): Talk about a misplaced "holier than thou" attitude.

Two men robbed a video game centre and its patrons, and injured one of its customers yesterday, then proceeded to give a 15-minute lecture on why it was improper for Muslims to patronise the place.

The masked duo then left with an undisclosed amount of cash in a car driven by an accomplice who was waiting outside the centre in Jalan Pegawai.

The duo, one armed with a parang and the other, a stun gun, entered the premises at 12.30pm when there were around 10 customers and employees inside.

They made those inside hand over their cash and valuables and the staff the day's takings. One of the customers was slashed on the face when he tried to stop the men from fleeing.

A witness who only wanted to be known as Hafiz said: "Before leaving the scene, one of the robbers had also advised Muslims that visiting video games centre was improper according to the religion."

Kota Star police chief Assistant Commssioner Abdul Ghafar Rajab said the man who was injured during the robbery was later admitted to Sultanah Bahiyah Hospital here.

"We will record statements from witnesses to assist investigations into the case."
Berita kedua yang nampaknya ada persamaan dengan berita pertama:
'Guan Eng kena jawab isu wang'

Umat Islam tak mahu subahat sumber duit judi lumba kuda: Muhyiddin

PAGOH (Berita Harian 26/9/10): Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng perlu memberi penjelasan berhubung dakwaan mengenai sumber kewangan digunakan untuk program pembasmian kemiskinan tegar di negeri itu yang disumbangkan Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pendedahan Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (sila baca di sini dan bab Umno pula sila baca di sini), mengenai isu turut membabitkan bukti dikemukakan.

“Kita tunggu maklum balas atau penafian Ketua Menteri Pulau Pinang itu kerana pada saya, prinsipnya kena jelas...kalau wang ihsan itu daripada sumber haram, kita umat Islam tidak mahu subahat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Melonjak Kecemerlangan Pendidikan Pagoh anjuran bersama Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan dan Sekretariat Pendidikan Parlimen Pagoh di Kompleks Seri Pekembar, di sini, semalam.

Muhyiddin mengulas pendedahan Pemuda UMNO yang mendakwa kerajaan Pulau Pinang menerima sumbangan RM500,000 daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang yang mengendalikan pertaruhan perlumbaan kuda di negeri itu.

Ini dibuktikan menerusi kepala surat Pejabat Ketua Menteri mengenai penerimaan sumbangan itu yang ditandatangani Setiausaha Sulit Lim iaitu Farida Hani M Yacob, bertarikh 9 Julai lalu.

Selain itu, Muhyiddin turut menegaskan, beliau selaku Menteri Pelajaran tidak mempunyai kuasa mengambil tindakan tatatertib termasuk menggantung dan memberhentikan kerja mana-mana pegawai perjawatan tetap kerajaan termasuk pengetua sekolah.

“Sebarang tindakan tatatertib terhadap kakitangan kerajaan berjawatan tetap perlu mengikut peraturan dan undang-undang selaras peruntukan Perlembagaan,” katanya mengulas dakwaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang kononnya Muhyiddin enggan menggunakan kuasanya sebagai menteri untuk mengambil tindakan terhadap seorang pengetua di Kulaijaya, Johor dan Bukit Selambau, Kedah yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

Muhyiddin turut mencabar Kit Siang membuktikan peruntukan undang-undang yang boleh digunakan menteri untuk mengambil tindakan disiplin terhadap pengetua sekolah berkenaan.

"Kit Siang tidak faham peraturan itu kerana saya rasa dia tidak pernah menjadi pegawai kerajaan," katanya.

Beliau berkata, bagi kes pengetua atau pegawai kerajaan berjawatan tetap serta berpangkat DG48 dan ke atas, kuasa mengambil tindakan terletak di bawah Ketua Setiausaha Negara (KSN) dengan urusetianya adalah Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan mereka perlu mematuhi prosedur ditetapkan.

Selain itu, Muhyiddin berkata, Kementerian Pelajaran akan mengadakan transformasi bidang vokasional bagi meningkatkan jumlah pelajar yang mengambil bidang itu termasuk membolehkan pelajar mengikuti aliran berkenaan lebih awal iaitu selepas Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Berkaitan:
'Halal, haram': Umno not fit to decide (Malaysiakini 1/10/10)
Malaysia syurga judi (23/11/09)
Loke dakwa Reezal hipokrit buat-buat jahil Umno makan hasil judi (Suara Keadilan 28/9/10)
Umno jangan takutkan orang kampung, kata Dr Asri (Malaysiakini 28/9/10)
Read On 7 comments

Asal bukan Azmin?

Di bawah posting bertajuk "Mengapa Kak Wan tak suka Azmin?", terdapat komen berikut yang dihantar oleh seseorang yang menamakan dirinya sebagai Timbalan Ketua Cabang (Timbalan Ketua Cabang sungguh ka, menyamar ka, tak tau la pulak):
Azmin dapat banyak pencalonan dari cabang-cabang keadilan sebab campur tangan pemimpin atasan keadilan termasuk Anwar sendiri. Oleh itu cabang-cabang ini tak mahu ambil risiko dsb. akhirnya calonkan Azmin.

Tapi ahli keadilan yang bukan bermentaliti feudal akan bijak buat keputusan nanti. Azmin akan kecewa di peti undi nanti.

Kami undi ABA untuk Timbalan Presiden nanti.

ABA adalah Asal Bukan Azmin.
ABA? Pegangan saya ABU - Asal bukan Umno (Foto ihsan Malaysian Insider).
Read On 27 comments

Membuktikan ke"Perkasa"an di Galas

Terlebih dahulu, saya mengucapkan takziah tak terhingga kepada keluarga Allahyarham Chek Hashim Sulaima. Saya merayu Allah s.w.t. agar melimpahkan keampunan dan belas kasihan tak terhingga kepada beliau dan kita semua.

Dalam menghadapi pilihan raya kecil di Galas, dari tahun 1990 seingat saya PAS tak pernah menang di situ kecuali dalam pilihan raya umum 8/3/08 yang lalu. Dalam tahun 1990, Semangat 46 menang di situ. Selain itu, Umnolah yang menang. Tolong betulkan ingatan saya kalau salah.

Saya berharap PAS meletakkan calon yang bersih dan rajin dalam pilihan raya kecil nanti. Jangan letak calon yang ada imej yang buruk dan busuk. PAS seharusnya bertaubat dari memberikan pertimbangan lain selain mengutamakan kriteria utama bagi meletakkan calon iaitu beriman kepada Allah s.w.t. sepenuhnya, cerdik, bersih dari sebarang skandal, rajin dan boleh diterima oleh rakyat kerana keperibadian yang menyenangkan dan tidak sombong atau berlagak.

Janganlah terpedaya dengan cakap-cakap seperti "kalu kawe tak jadi calon, alah PAS," "kawe ni sebenarnya tok se (jadi calon), tapi Tok Guru nak kawe jugok" dan sebagainya. Meluat aku dengan orang-orang yang bercakap begitu - pembohong!

Saya juga ingin melihat Perkasa meletakkan calonnya untuk menguji sejauh mana keperkasaannya di kalangan orang-orang Melayu. N45 Galas ialah kawasan majoriti Melayu. Data 2008 menunjukkan Galas mempunyai 10,330 pengundi, iaitu 65.81 peratus Melayu, 22.03 peratus Cina, 1.81 peratus India dan 10.32 peratus lain-lain - mungkin orang Siam.

Jika calon Perkasa turut bertanding, dengan sambutan hebat orang-orang Melayu serta dibantu oleh media seperti Utusan Malaysia, saya yakin ia boleh meraih undi yang besar yang berkemungkinan besar mengetepikan calon-calon lain.

Calon Perkasa terbaik untuk membuktikan kehebatannya ialah Datuk Ibrahim Ali sendiri. Bila menang di Galas nanti, Ibrahim mempunyai peluang yang amat mewah untuk maki cukup-cukup Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di hadapan mukanya sendiri. Gelanggang sudah terbuka Breheng, mu tunggu apa lagi?!! (imej di atas ihsan Malaysiakini)
Read On 29 comments

Mengapa Kak Wan tak suka Azmin?

Bagi yang tak teringat nak melayari laman Mat Saman Kati, berikut saya copy and paste:

"Dream Team" Anwar ialah seperti berikut.

Presiden:
Anwar Ibrahim

Timbalan Presiden:
Azmin Ali

Naib Presiden:
Dr. Mansor Othman
Dr. Lee Boon Chye
R. Sivarasah
(Wakil dari Sabah/Sarawak)

Naib Presiden (yang dilantik):
Fuziah Salleh
Chua Jui Meng
Sorang dari Sabah/sarawak

Ketua wanita:
Zuraidah

Ketua AMK:
Rafizi Ramli

Tu sikit ja tu. Takkan nak copy semua. Pi baca "Mengapa Kak Wan tak suka Azmin?"
Read On 9 comments

RPK is not right too

Sabtu lalu, seorang sahabat baik menghantar beberapa pandangan mengenai artikel Raja Petra Kamarudin bertajuk "Is this the best type of leader that PAS can offer?" Saya tak siarkan pandangannya itu. Saya penakut. Saya hanya jawab balik email dia seperti berikut:
"...one track minded is worst than wrong. But unfortunately, RPK is not right too".
Hari ini, ada reaksi bertajuk "Rasa seperti mahu menangis membaca tulisan terbaru Raja Petra membelasah Nasaruddin At-Tantawi". Dan, RPK juga memberi reaksi balas dalam tulisannya bertajuk "Remember what Ustaz Hadi said in November 2003?"

Dah dua hari saya rasa nak bersembang sikit fasal perkara tu. Bukan jawapan kepada RPK, itu di luar kemampuan saya sebab saya tak dak ilmu. Tapi tak dan lagi nak bersembang. Ni nak kena keluar lagi ni. Ada saja hal.

Oleh kerana kita baru lepas bulan puasa, saya hanya nak gunakan ibadat puasa sahaja sebagai contoh.

Tetapi bagi saya, yang penting ialah kita kena guna sistem nilai kita sendiri. Contohnya, sistem nilai orang ialah kebebasan bersuara. Sistem nilai kita ialah amar ma'ruf nahi munkar. Kita kena lawan, cakap, tulis atau apa saja untuk menunaikan kewajipan amar ma'ruf nahi munkar. Kalau kebetulan ia macam selari dengan kebebasan bersuara, itu kita tak ambik pot. Bukan urusan kita. Urusan kita ialah amar ma'ruf nahi munkar.

Nak kena pi KL Sentral dah ni. Tak dan dah. Nanti dah habis kerja saya 28/9 ni, saya tulis. Insya Allah.
Read On 11 comments

Aku ni pun bukan Melayu!

Semakin hari, semakin ramai yang ditakuti oleh rejim Umno Barisan Nasional (BN). Sehari dua ini, media menceritakan apa yang dialami oleh musuh lama mereka, kartunis Zulkiflee Anwar Ulhaque atau Zunar (dan ningrat moronic ni is talking shit again!) Dengan ketakutan yang terlampau, wartawan Utusan Malaysia pun dah jadi hantu di mata puak-puak Umno BN. Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hata Wahari dah masuk senarai punching bag Umno BN.

Bagi saya, kita kena sokong Zunar dan Hata.

Saya mana tau Hata tu parti apa. Lantak dialah. Peduli apa aku. Tetapi, bila dia dipukul bantai kerana memperjuangkan benda yang betul, kita kena sokong dia. Hata bukan suruh kita lawan Umno atau BN pun. Dia hanya sekadar menegakkan etika dan profesionalisme kewartawanan. Itu pun dah jadi dosa besar kepada orang-orang yang takut dan bimbang akan terancam kesedapan ketua-ketua mereka membantai harta rakyat dan negara dengan kuasa yang dipinjamkan oleh Allah s.w.t.

Maklumlah, depa pun nak tumpang tuah juga. Betul juga, kalaulah Umno dan BN kalah, siapa nak bayar ansuran rumah mewah, kereta mewah dan macam-macam mewah lagi. Bini mewah pun mungkin akan buat kelaku kalau dah depa terpaksa jual mee bawah pokok bila Umno dan BN dah kalah.

Fat cats are actually protecting their ill gotten wealth and fortunes. Sebab itulah depa garang dan bengis tak tentu hala kepada sesiapa pun. Slogan penipu mereka ialah Melayu. Siapa saja yang sanggup jadi tukang ampu mereka diiktiraf atau dah perasan jadi Melayu, tak kiralah sama ada Mamat tu keturunan India ka, Arab ka..

Dan, siapa saja yang tidak datang dari kandang dan gerombolan mereka atau menjadi tukang ampu mereka, semua tu bukan Melayu. Saya yang bersyukur dengan ketetapan Allah mentaqdirkan saya sebagai Melayu ni pun bukan Melayu juga sebab benci kat depa. Depa ingat Melayu tu adalah monopoli mak bapak depa. Konon institusi Melayu la, apa la. Bahaya sungguh orang yang perasan tak tentu hala tu.

Adakah kita, rakyat, sanggup dibodohkan oleh Melayu-Melayu palsu tu? Adakah kita, rakyat, takut sangat kepada kebengisan pembantai-pembantai harta rakyat dan negara itu? Sendiri mau ingat la!
Read On 38 comments

Overcome Rosmahophobia first!

Bernama semalam melaporkan berita bertajuk "Najib tawar bantu Obama atasi fenomena Islamophobia di Amerika". Keinginan yang baik. Tetapi, bak kata Orang Putih, get your house in order first. Harap mereka yang 'asabiyyah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tak hangin satu badan kalau saya kata, the best thing for Najib to do is to help himself overcoming Rosmahophobia first.

Teringat pula perbualan dengan beberapa kawan semalam. Subjek perbualan kami ialah orang yang menjadi kebencian umum. Kami sependapat bahawa bukan senang nak jumpa orang yang budak-budak pun tak fasal-fasal benci kat dia. Jarang berlaku perkara sebegitu. Ada yang bertanya, mengapa sampai macam tu sekali Tuhan tunjuk? Ada pula yang bertanya, dia ni puaka apa sebenarnya?

Saya tak teringat nak cakap masa berbual tu, tapi saya nak kata di sini bahawa saya tertanya-tanya adakah semua yang membenci itu salah dan dia seorang ja yang betul? Saya pun tak tau apa jawapannya. Tetapi yang pasti, kebencian makin merebak dengan begitu dahsyat.

Apa pun, saya sentiasa berharap tidak ada lagi mana-mana pemimpin politik yang memenatkan mata dan telinga kita dengan karut-marut yang keluar dari mulut mereka. Saya minta gitu kepada semua pemimpin politik tak kira dari parti mana pun, termasuk pemimpin pemuda sebuah parti pembangkang yang nampaknya tak puas-puas lagi mencincang keyakinan saya untuk mempercayakan masa hadapan anak cucu saya kepada kepimpinan Mamat yang jenis-jenis lagu tu. Saya malaslah nak cakap lebih-lebih.

Saya hanya nak minta kepada semua pemimpin politik, please stop talking shit!

Cakap fasal Islamophobia, siapa yang merebakkan Islamophobia di negara ini? Saya tetap mengatakan Umno. Oleh kerana menggelejat sangat nak melawan PAS terutama sejak 1982 lalu, Umno menjadi ketagih melampaui batasan hingga ke peringkat memerangi Islam dan menakut-nakutkan rakyat kepada Islam. Siapa boleh lupa kenyataan Najib pada 20/4/83 kepada para wartawan? Sedap mulut dia mendakwa kononnya negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan.

Ia sama seperti orang kata produktiviti kita akan terjejas kalau kita puasa. Sedangkan, puasa terang-terang memperbaiki kesihatan (Kita puasa kerana hendak mendekatkan diri kepada Allah. Yang bab kita rasa sihat sangat tu, anggaplah ia sebagai hadiah percuma dari Allah. Dah Allah bagi hadiah, takkan nak berlagak kepada Allah dan menolak hadiah-Nya).

Nak lawan PAS, lawanlah. Tetapi, jangan kurang ajar terhadap Islam dan Allah s.w.t. Kalau ya pun meluat sangat kepada PAS dan pemimpinnya, janganlah kurang ajaq sangat pi hentam Islam pula. Saya pun meluat kepada sebahagian pemimpin PAS, tetapi itu bukan lesen kepada saya untuk menghentam ajaran Islam. Na'uzubiLlahi min zalik!

Masalahnya, memang politic of fear adalah makanan utama Umno. Dan hari ini pula, demi kepentingan politiknya, tak habis-habis apikan perkauman untuk menyelamatkan kesedapan membantai kekayaan negara melalui kuasa yang ada padanya.

Saya boleh menghargai orang bercakap mengenai kebimbangannya tentang orang-orang Melayu. Tetapi saya benci sangat apabila pengkhianat Melayu berpura-pura bimbang tentang orang-orang Melayu. Siang hari terjerit-jerit fasal Melayu sedangkan pada malam harinya, dengan kuasa politik yang ada pada mereka, terjelir-jelir seperti anjing lapar merangkak ke celah kangkang tauke Cina mengemis rasuah.

Penjahat-penjahat yang berlagak macam bagus sangat tu tak ubah seperti riwayat yang saya dengar tentang syaitan yang nak berlagak mengajar kalimah syahadah kepada Nabi Isa 'a.s. yang dikasihi.

Read On 8 comments

Undilah lagi BN, biaq mampoih habis semua lepas ni!

Sarawak Report kata, rancangan untuk membekalkan tenaga elektrik dari Empangan Bakun melalui kabel dasar laut sebenarnya adalah khayalan menteri-menteri yang buta teknologi.

Semalam, Bernama melaporkan bahawa Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, kerajaan pusat tidak akan meneruskan projek kabel dasar laut dari empangan itu kerana kerajaan Sarawak mahu membelinya dari kerajaan Persekutuan.

"Oleh kerana mereka mahukan elektrik itu kekal di Sarawak, kami tidak akan meneruskan projek kabel dasar laut," kata Chin.

Siapa boleh menafikan semua itu berlaku kerana kerajaan sebenarnya nak menutupi kegagalan "khayalan menteri-menteri yang buta teknologi"?

Sarawak Report dah kata:
1. Empangan itu tidak ada matlamat ekonomi yang sebenarnya. Sarawak sudah pun mempunyai bekalan elektrik yang lebih dari apa yang mampu digunakan oleh rakyatnya yang miskin.

2. Empangan itu akan menyebabkan harga bekalan elektrik lebih mahal kepada rakyat biasa di Sarawak kerana semua stesen janakuasa yang ada sekarang akan ditutup dan Sarawak Hidro Sdn Bhd (SHSB) pula kini sedang bergelut untuk mendapatkan kembali sebahagian kos yang berjumlah RM7.3 bilion.

3. Kumpulan Wang Simpana Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) yang dipaksa oleh ahli-ahli politik Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk membiayai projek RM5.75 bilion itu kini berhadapan dengan kerugian besar. Jika kedua-duanya mahu diselamatkan, wang rakyat termasuk dari generasi yang akan datang mesti dikorbankan lagi.
Baca juga bagaimana Ketua Menteri Sarawak dan keluarganya dikatakan membuat keuntungan dari projek itu (sila klik link Sarawak Report di atas).

Adoi la! Rupa-rupanya anak cucu kita terpaksa menanggung beban tak fasal-fasal akibat fantasi bodoh menteri-menteri BN yang buta teknologi. Undilah lagi BN, biaq mampoih habis semua lepas ni!
Read On 9 comments

Kita pun boleh kata, kalau Umno yang dikuasai MCA perintah, Melayu hilang kuasa

Tak sampai sepuluh hari lalu, anak didik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kekecewaannya apabila parti kaum Cina, MCA, kini menguasai Umno (lihat posting "Saya percaya bila Ibrahim Ali kata Umno dikuasai MCA"). Ramai orang tahu Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali suka meratib-ratibkan nama Dr Mahathir yang menjadi idolanya. Dia kata, "Kini MCA, Gerakan sudah nak memperbodohkan Umno pula".

Hari ini, Utusan Malaysia tampil dengan berita muka depan tentang apa yang dilaporkannya sebagai peringatan Dr Mahathir kepada orang-orang Melayu bahawa mereka akan kehilangan kuasa dan 'suara' jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih pemerintahan negara.

Kalau saya nak gunakan line of argument yang sama, saya juga boleh kata orang-orang Melayu kini sudah pun kehilangan kuasa dan 'suara' apabila negara ini diperintah Umno yang dikuasai MCA. Bukan saya yang kata Umno dikuasai oleh MCA. Ia adalah pengakuan Mamat mesra Umno sendiri. Tetapi, bukan itu yang saya nak bangkitkan. Itu tak penting.

Yang lebih penting bagi saya ialah adakah peringatan Dr Mahathir ditujukan kepada satu pihak sahaja? Mereka yang mengkagumi Dr Mahathir selalu cerita kepada saya bahawa bekas Presiden Umno itu adalah dari jenis yang "a plan witihin a plan witihin a plan", entah berapa banyak witihin a plan. Mereka juga kata orang tua itu adalah dari jenis yang apabila dia buat atau cakap, ia mempunyai maksud yang "long range". Depa kata la, mana saya tau.

Kalaulah benar apa yang depa kata tu, saya nak tanya, adakah cakap-cakap Dr Mahathir itu ditujukan kepada Pakatan Rakyat sahaja? Bolehkah saya tanya, adakah cakap-cakap Dr Mahathir itu juga bermakna orang-orang Melayu diperingatkan bahawa mereka akan kehilangan kuasa dan 'suara' jika Datuk Seri Najib Tun Razak terus memerintah negara? Saya tak tuduh Dr Mahathir mempunyai maksud seperti itu. Saya tanya ja...

Kalaulah itu maksud Dr Mahathir, adakah Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah tak kuat lagi untuk menjadi "benteng Melayu" di dalam Umno sehingga Dr Mahathir terpaksa bersuara dan bersuara? Bukan apa, kawan-kawan dalam Umno selalu memberitahu, "jangan risau, Muhyiddin ada". Depa cuba nak kata bahawa Muhyiddin "yang kuat Melayunya" tak akan biarkan Najib buat tak tentu hala.

Siapa kata Muhyiddin tak akan biarkan? Dah macam-macam yang Najib buat - dari liberalisasi ekonomi kononnya waktu mula-mula dia jadi Perdana Menteri hingga entah apa-apa la ni.

Apa Muhyiddin boleh buat? Kalau tak percaya baca berita NST 22/1/10 bertajuk "MECD backers told to ask PM":
Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin yesterday advised the six organisations calling for the reinstatement of the entrepreneur and cooperatives development ministry (MECD) to submit their suggestion to the prime minister.

"Let the prime minister decide. It's under his purview".
Nampak? Muhyiddin tak boleh buat apa pun untuk menghalang Najib. Siapa kata Muhyiddin berani sangat nak bela Melayu? Kalau kata gitu kat Ibrahim Ali, mungkin la dia percaya. Saya tak percaya Muhyiddin nak bela Melayu.

Bab Muhyiddin ni, kalau rajin, pi baca posting bertajuk "Ini bukan cerita pengkhianat negara?" dan "Konspirasi rasuah PM dan TPM?".

Takat tu dulu cerita Umno. Kedua, Dr Mahathir juga kata:
"Kita lihat (Datuk Seri) Mohammad Nizar Jamaluddin di Perak, walaupun dia Menteri Besar tapi dia ikut arahan DAP".
Saya tak berniat nak mengulas kata-kata Dr Mahathir itu sebab saya rasa Nizar is in a better position to dispute what Dr Mahathir said. Tinggal lagi, saya harap sangat kepada para pemimpin PAS supaya lebih cermat dan berhati-hati kalau sekali lagi ditaqdirkan PAS dikehendaki mencadangkan calon Menteri Besar di Perak, negeri saya dilahirkan. Itu saja.

Read On 21 comments

Tiadalah saya berani seperti Dr Mahathir, Nurul Izzah

Sebagai tukang tulis dalam blog ini, saya dengan ini berikrar tidak akan melakukan apa yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar yang turut saya undi dalam pilihan raya lalu. Nurul Izzah berani, saya penakut.

Tiadalah juga saya mahu melancang mulut seperti Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Tiadalah saya mahu mengakibatkan Perkasa (sesetengah orang panggil Perkosa) menggelejat dan melaporkan akan diri saya ini kepada polis.

Tiadalah saya mahu menyatakan bukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang memuliakan Melayu tetapi Islamlah yang memuliakan Melayu di sisi Allah s.w.t. Tiadalah mahu saya menyatakan saya tidak bangga sedikitpun dengan Perkara 153 itu walaupun saya bersyukur dan berbangga dengan taqdir dan ketetapan Allah yang menjadikan saya sebagai Melayu. Tiadalah saya mahu menyatakan bukan Perkara 153 yang mengangkat martabat dan kemajuan Melayu tetapi hanya keimanan yang tulus dan teguh kepada Allah serta ilmu pengetahuanlah yang mengangkat martabat dan kemajuan Melayu.

Tiadalah saya mahu menyatakan itu semua. Takut!

Lebih dari itu semua, tiadalah saya mahu menulis seperti yang dinyatakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad:
Kita anggap, diberi layanan istimewa oleh kerajaan sebagai satu perkara yang mulia. Sebenarnya tidak mulia. Umpamanya, kalau di dalam negara, kita perlu diberi perlindungan sepanjang masa, keadaan kita samalah seperti orang Red Indian yang terpaksa dilindungi kerana begitu lemah dan ini akan menjadikan kita bertambah lemah (lihat Utusan Malaysia 16/6/02 "Saya kecewa dengan Melayu").
Auww! Beraninya Dr Mahathir. Saya penakut dan tiadalah saya berani menyatakan itu semua di dalam blog ini.

Akhirnya, izinkanlah saya mengambil kesempatan ini mengucapkan kesyukuran tidak terhingga kepada Allah yang amat dikasihi kerana saya tak mencari makan di Utusan Malaysia.
Read On 13 comments

Nasib baik aku, Melayu, tak jadi penghuni ghetto

Di bawah posting Din Merican hari ini bertajuk "An Augury of Economy", ada tukang komen puji seperti berikut:
Let’s all wish Najib success in implementing our economic policies. He has an able man in Idris Jala. Jala’s performance at the ETP Open Day yesterdfay was tip-top. I am impressed. I hope he will be prmoted to Finance Minister.
Beliau merujuk kepada persembahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dalam ucaptama Hari Terbuka Program Transformasi Ekonomi (ETP) semalam. Malas saya nak tafsir maksud pujian itu.

Saya lebih terasa sedap membaca posting Dato' Mohd Ariff Sabri Hj Abdul Aziz hari ini bertajuk "The Idris Jala show".

Saya difahamkan antara komen yang mendapat sambutan semalam ialah apabila seseorang menyifatkan itu semua sebagai NATO. Maksudnya, no action, talk only - bising ja yang lebih, yang lain abuk pun tarak.

Seorang lagi perserta dikatakan mempertikaikan Idris apabila dia kata dia hanya menyentuh isu ekonomi sahaja dalam presentationnya itu. Sedangkan, isu politik juga amat fundamental. Betul juga, macam mana orang nak berniaga kalau di sana-sini orang bising tentang seorang perempuan kaduk naik junjung yang kerjanya nak pau tak habis-habis. Macam mana orang nak berniaga bila tak habis-habis orang bercerita tentang perempuan kaduk naik junjung yang tiap-tiap hari orang sebut lebih berkuasa dari yang sepatutnya berkuasa.

Saya juga bersetuju dengan komen salah seorang peserta presentation itu mengenai apa yang Ariff sebutkan sebagai "constructing a bullet train linking Guan Eng's Country, through Putrajaya to Kuan Yew's Singapore". Kepada peserta itu, kalau dah ada keretapi laju macam peluru itu, akhirnya, orang akan naik keretapi itu ke Singapura dan naik kapal terbang dari pulau itu untuk ke luar negara. KLIA lagu mana? Akan jadi gajah putih? Adoi, Majulah Singapura!

Dalam postingnya itu, Ariff juga menyatakan seperti berikut:
Why can't Najib go to the people to say, look we can't operate on current policies. If we do, we will become this and this. We want to implement new economics. This is what people must do and Malays must do. We keep a look out for the poor and the infirmed and less endowed. The way out is for Malays to become more competent, more productive. We will help out these economic agents. Malays have nothing to fear. We are still the majority in this country. we have our constitution and we have our historical validation. Give something back to the Malays who feel far too much has been taken from them.
Bila baca apa yang Ariff tulis tu, saya teringat peruntukan untuk IKM yang tinggal hanya RM143 juta sahaja untuk 2010 berbanding RM403 juta bagi tahun 2009. Giat MARA hanya mendapat RM16 juta bagi tahun 2010 berbanding RM28 juta bagi 2009. Bagi MRSM dan Koleh Sains MARA pula, peruntukan hanya tinggal RM115 juta untuk tahun 2010 berbanding RM254 juta pada tahun 2009 (sila lihat juga di bawah mengenai jumlah pelajar dan pelatih yang dipicit-picit jumlahnya supaya betul-betul kecil).

Dalam blog ini, saya dah banyak kali sebut apa yang orang pandai-pandai sebut, Melayu tidak akan maju dengan berkeriau-keriau tak tentu hala macam orang disampuk setan. Melayu hanya boleh maju dengan ketinggian iman dan ilmu serta kemahiran. Pengalaman yang ada jelas membuktikan bahawa ramai anak Melayu dari keluarga miskin la ni dah jadi kelas menengah kerana pelajaran - kerana depa mengaji tinggi.

Tok sah cakap banyak la fasal mempertahankan kuasa Melayu atau memajukan Melayu kalau usaha meningkatkan keimanan dan pelajaran orang-orang Melayu kelihatan seperti diabaikan. Ada beribu artikel pun macam Artikel 153 Perlembagaan Malaysia tidak akan dapat membantu Melayu kalau usaha meningkatkan keimanan dan pelajaran orang-orang Melayu tidak dilakukan dengan lebih hebat dari apa yang pernah dilakukan.

Artikel 153 hanya bermanfaat kalau orang-orang Melayu mempunyai keimanan yang tinggi kepada Allah s.w.t. dan pada yang sama mempunyai ilmu pengetahuan yang setanding dengan bangsa-bangsa yang maju. Setakat menjerit macam setan tak akan merubah apa-apa.

Tanpa keimanan yang tinggi kepada Allah disertai ilmu pengetahuan yang competent, orang Melayu tetap jadi macam saya - jahil tak reti apa dan hidup kais pagi nak bayang hutang petang semalam dan kais petang nak bayar hutang pagi tadi. Tu pun nasib baik aku tak jadi penghuni ghetto.

Tajuk utama Utusan Malaysia hari ini tak ada maknanya kepada saya.

Berkaitan:
Part 1 : Pemandu, ETP, GTP, GNI, SRI, NKEA, KRA, TUKAR, PAKAR ETC (Syed Akbar Ali 22/9/10)
Part 2 : ETP / GTP Car mechanics pun kena (Syed Akbar Ali 22/9/10)
Part 3 : ETP GTP Where is Can Tho? (Syed Akbar Ali 23/9/10)
Whither the reforms in the ETP? (Malaysiakini 22/9/10)
'ETP is just pie in the sky' (Malaysiakini 22/9/10)
If it's a problem, don't recognise it (Malaysiakini 22/9/10)
Economic transformation: Scepticism abounds (Malaysiakini 22/9/10)
ETP skips fundamental issues for big toys (Malaysiakini 21/9/10)
Will ETP work with uneven playing field? (Malaysiakini 21/9/10)
Bold RM1.4 trillion plan to transform economy (Malaysiakini 21/9/10)
Read On 3 comments

Tanah KTM: Singapura menang lagi!

Dulu, bila Pulau Batu Putih terlepas ke tangan Singapura, ada hati lagi team Malaysia yang gagal di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) nak berbangga dengan dakwaan bahawa kuasa Singapura terhad di Middle Rocks dan South Ledge. Malaysia terlepas Batu Putih dia tak peduli (lihat Utusan Malaysia "Kuasa Singapura terhad - Nelayan kita kini bebas memasuki Middle Rocks selepas 22 tahun dihalang").

Orang kuatkan kuasa tentera dia sibuk nak menceceh fasal nelayan sudah boleh pergi tangkap ikan di sekitar Rocks dan South Ledge. Cakap banyak pun lagi sakit hati. Pi baca la apa A Voice tulis dalam posting dia 25/5/08 "The Pulau Batu Puteh case: A strategic disaster for Malaysia".

Sedap apa yang ditulis oleh seorang tukang komen dalam posting Ahirudin Attan bertajuk "Our enemies within":
We are still in denial consoling ourselves with "Win-win" situations to cover our shortcomings, not doing our homework, being caught telling lies, wasting our resources & taxpayer's money only to retain TWO miserable pebbles!
Sebab itulah, bila Utusan Malaysia hari ini melaporkan berita bertajuk "Malaysia-Singapura sepakat", saya tertanya-tanya siapa pulak yang jadi musuh dalam selimut?

Mari kita sorot dari awal. Dalam liputan pertama mengenai perkara itu, bercerita macam bagus semuanya (lihat Utusan Malaysia 25/5/10 "Malaysia-Singapura capai kesepakatan"). Masa tu, tak timbul pun isu caj pembangunan tiga bidang tanah dirujuk ke Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa.

Tiba-tiba dalam berita Utusan Malaysia 23/6/10 "KL-Singapura setuju selesai", timbul pula cerita yang menampakkan bangang terlampau itu:
Menjawab soalan pemberita, Perdana Menteri berkata, kedudukan Malaysia sekarang ialah untuk meneliti pertukaran tanah iaitu di Marina South dan Ophor Rochir dengan maklumat lanjut yang akan dipertimbangkan.

''Dari segi konsep pembangunan bersama masih dikekalkan," katanya (lihat posting "Najib tak pernah bodoh, Singapork yang bodoh")
Lebih ketara apa yang orang sebut sebagai stupid apabila berita Malaysian Insider 16/9/10 bertajuk "Final rail land swap focus of Najib-Hsien Loong meet" menyatakan:
He confirmed that any delay on Malaysia’s part will see the KTM land revert back to Singapore under the POA without compensation or a land swap (lihat posting "Bila pemimpin bodoh dari negara kita ditertawakan...").
Hari ni, timbul pula cerita Malaysia dan Singapura memuktamadkan tawaran pertukaran tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan bersetuju isu caj pembangunan tiga bidang tanah dirujuk ke Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa. Semakin banyak berunding, semakin banyak yang nampak kalah dan akan terlepas?

Nanti, adakah team yang pergi ke Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa akan berhujah dengan homework yang Singapura buat? Adakah akan berlaku lagi "not doing our homework and being caught telling lies"?

Read On 11 comments

Saya bangga ditaqdirkan sebagai Melayu

Menjadi Melayu adalah taqdir Allah s.w.t. kepada saya. Menjadi Melayu bukanlah taqdir yang menyusah atau menyakitkan. Kalau taqdir yang menyusah dan menyakitkan, Allah dah ingatkan saya supaya bersabar. Tetapi, saya mohon sungguh-sungguh kepada Allah tolonglah jangan uji saya dengan ujian yang tak terdaya saya harungi.

Tidak ada sebab saya tidak bersyukur dan berbangga dengan taqdir Allah menetapkan saya sebagai Melayu. Dah Allah sendiri yang taqdirkan, mestilah saya syukur dan bangga. Itu ketetapan Allah kepada saya. Takkan pulak saya tidak bersyukur dan berbangga dengan ketetapan Allah kepada saya.

Lebih dari semuanya, saya sangat bersyukur dan berbangga menjadi seorang Muslim. Itulah anugerah Allah yang tak ternilai harganya kepada saya. Apa saya buat pun tak akan dapat membayar balik anugerah sebagai Muslim itu. AlhamduliLlah!
Read On 39 comments

Bila Azmin Ali, Dr Hassan Ali dilihat macam Umno (2)

Saya memang memilih hari ini nak sembang-sembang sikit lagi fasal posting saya sebelum ini bertajuk "Bila Azmin Ali, Dr Hassan Ali dilihat macam Umno". Bukan penjelasan. Tak ada apa-apa yang perlu dijelaskan. Saja nak sembang-sembang sikit lagi.

Sebagai rakyat biasa dan ayah kepada rakyat-rakyat biasa yang tak dak duit nak pi mana-mana pun dan kena duduk di Malaysia ni jugak, tentulah saya mengharapkan pemimpin-pemimpin politik yang baik dan kelihatan baik serta bersih dan kelihatan bersih. Ciri umumnya gitulah. Saya tak la mengharapkan pemimpin-pemimpin politik negara ini bersifat maksum. Itu tidak berbangkit.

Tetapi, saya tak nak la pemimpin-pemimpin politik yang lebih kurang serupa saya ja tarafnya atau lebih buruk dari saya. Mestilah lebih baik lagi.

Saya tak dak ilmu dan jahil. Pemimpin-pemimpin politik mestilah lebih berilmu dari saya. Janganlah jahil macam aku atau lebih jahil dari aku.

Saya tak cerdik. Pemimpin-pemimpin politik mestilah cerdik dan dilihat cerdik. Pemimpin-pemimpin politik janganlah dari jenis bodoh jugak atau lebih bodoh dari aku. Pemimpin-pemimpin politik juga tak boleh kelihatan bodoh. Janganlah paksa saya mempercayakan masa hadapan anak-anak saya, generasi selepas saya, kepada pemimpin-pemimpin yang buat apa pun saya terasa sangat dia bodoh. Tak kiralah bila dia bersyarah ka, memberi kenyataan akhbar ka, menulis dalam blog ka...

Saya jahat. Pemimpin-pemimpin politik mestilah bersih dan dilihat bersih. Pemimpin-pemimpin politik janganlah dari jenis jahat jugak atau lebih jahat dari aku. Kurang-kurang pun (Allah Yang Maha Menyaksikan) aku tak pernah bunuh orang, aku tak pernah berzina, aku tak main judi, aku tak melantak arak, melantak balak, melantak rasuah, kaki kroni bila diberi kuasa (aku tak pernah berkuasa pun), bercakap bohong dan membohongi rakyat terang-terang termasuk dalam sidang akhbar... Banyak lagi la kalau nak sebut.

Saya penakut. Pemimpin-pemimpin politik mestilah berani dan dilihat berani. Kalau hampa pun penakut lebih daripada aku lagi, nak pi demonstrasi pun kecut habis semua yang tak sepatutnya kecut, boleh jalanlah!

Banyak lagi yang boleh disebut. Yang pasti, saya tak la minta yang bukan-bukan. Dan, yang lebih pasti lagi saya langsung tak nak pemimpin-pemimpin politik yang jahil, bongok, jahat, penakut dan apa saja sifat yang tak elok. Tidak maksum tak semestinya kena bersifat jahil, bongok, jahat, penakut dan yang seumpamanya.

Saya tak nak pemimpin yang tak dilihat bersih sekalipun. Tak sanggup nak undi pemimpin yang tak dilihat bersih serta dikaitkan dengan skandal yang kita pun aib nak dengar, dilaporkan cah keting kawan tak habis-habis sampai setiap kali mesyuarat mesti umpat dan hentam kawan, puji diri sampai orang naik geli, jakun kepada diri sendiri, berkonspirasi dengan musuh rakyat dan macam-macam lagi benda keji yang kita dengar tak habis-habis termasuk membagi-bagikan projek dengan cara yang meragukan atau marah sangat kerana tak dapat ciluk sikit projek kononnya nak cari duit untuk parti.

Nak jawab memang senang, Nabi Muhammad s.'a.w.w. yang suci lagi disucikan pun orang tuduh macam-macam. Tolong la, jangan la bagi jawapan cliche macam tu. Ni benda yang sangat diperkatakan yang menyebabkan ada orang yang benar-benar tidak kelihatan bersih. Langsung tidak kelihatan bersih. Sedangkan, pemimpin politik mestilah kelihatan bersih.

Saya juga tertarik dengan salah satu komen di bawah posting tu. Komen nombor 12 seperti berikut:
awat la hg bodoh sangat pak bakaq. Bukankah ada kaedah fekah, ambil kemudharatan kecil tolak kemudharatan yg besar!
Adoi! Kesian kaedah fekah "akhafud-dharuraian" tu. Dipergunakan, diperalatkan sampai dekat nak lunyai. Masalahnya, hanya tinggal itu sahajakah pilihan yang ada?

Umno dan Barisan Nasional (BN) tak payah cakap la. Memang langsung tidak kelihatan bersih. Tak payah la nak pusing-pusing kata-kata atau menegakkan benang basah untuk mendakwa Umno dan BN tu macam bagus sangat. Bukan sahaja tak mampu nak membersihkan yang memang dah jijik, lagi nampak jijik ada la.

Masalahnya, tak bolehkah parti-parti yang nak menawarkan pilihan lain selain Umno mengemukakan calon-calon yang bersih dan kelihatan bersih?

Kalau Mamat tu tebiang sangat nak jadi calon dan nak jadi calon jugak-jugak (gian nak jadi calon sangat-sangat tu sebenarnya perangai macam setan!), tak ada mulut ka para pemimpin dia untuk menasihatkannya supaya ubah kelaku? Bagi peluang kepada kami, rakyat, untuk rasa dalam hati kami bahawa dia memang dah bersih dan nampak bersih.

Banyak lagi pilihan yang lain. Jangan la terus menawarkan calon yang tidak bersih atau tidak kelihatan bersih dan selepas itu paksa rakyat merogol dan meliwat kaedah "akhafud-dharuraian" itu. Kami, rakyat, nak mencari pemimpin yang baik dan kelihatan baik serta bersih dan kelihatan bersih. Kami tak masuk ke tempat mengundi untuk jadi pakar usul-fiqh (Saya tulis di atas tu: Saya memang memilih hari ini... - Silap la! Masa saya tulis tadi, dok ingat hari ni Isnin - 6.20 pagi).

Bacaan menarik:
PKR polls: Illegals in Sabah, late drama in Pahang (FMT 18/9/10)
Read On 11 comments

Adoi! Rupa-rupanya dari spesis IQ zero

Saya mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir yang mengakui bahawa ramai pelabur asing takut untuk datang ke Malaysia. Menurut beliau, ketakutan itu berpunca dari tindakan pembangkang yang sering memburuk-burukkan nama negara (lihat Malaysiakini semalam "Mukhriz: Pembangkang yang burukkan FDI").

Apa-apalah.

Berita itu muncul dua hari selepas berita Malaysian Insider bertajuk "Investors shun Malaysia for neighbours".

AlhamduliLlah dan terima kasih Mukhriz, bukan senang orang kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) nak mengaku "ramai pelabur asing takut untuk datang ke Malaysia".

Tiba-tiba saya teringat tentang sesetengah orang yang pernah saya jumpa. Kali pertama bertemu, saya hormat sakan. Memang, nampak hebat, ada aura, ganteng dan lebih dari segalanya, nampak sungguh bagaikan sang intelek. Malangnya, semakin banyak dia bercakap, semakin kita sedar dia rupa-rupanya dari spesis IQ zero. Banyak kali dah saya berjumpa orang macam tu. Saya tidaklah merujuk kepada sesiapa. Saya hanya teringat ja...

Saya tak nak ulas apa-apa kenyataan Mukhriz itu. Bagaimanapun, di bawah ini saya petik beberapa ulasan yang tak la brutal sangat di bawah berita Malaysiakini semalam "Mukhriz blames opposition for FDI plunge" (komen-komen lain di sini):
Nathan M: Yes Mukhriz, its everyone's fault except UMNO and your father.

Saw Huat Leong: I can agree with your claim if it is true that whatever is claimed by the opposition is untrue. But it is true. Can they be blamed? Foreign investors do not invest into our country without first doing their homework. They cannot be so shallow to just listen to the opposition without properly checking on its truth. Surely, they know that there is so much truth in what is being claimed by the opposition. You are in a state of denial and so is our government. Its time you and the government wake up to the realities facing our country and seek ways to make amends before things can improve. Until then, good luck to you and our government!

Rolls-Royce: Son of apa nama, are you saying foreigners are so stupid? First, you have to ask yourself whether what opposition said about you and BN is true. If it is true, then what is the issue? Foreigners would of course be terrified because they see colossal corruption, incompetence and flip flop everyday. You have been warming your ass for more than two years now in MITI. Tell me what substantive things have you done to attract FDI? Which countries have you been and how much were you able to convince them to invest. Seriously, what were your contributions other than issuing APs in MITI. You take big fat salary and enjoying perks paid for by all citizens of this country. So also is your retired father in almost all his life. So stop insulting and belittling us. If there is any cause for the decline of FDI, it is you, your father and Perkasa.
Read On 6 comments

Bila pemimpin bodoh dari negara kita ditertawakan...

14 September lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad tulis posting bertajuk "Malaysia according to LKY". Hari ni, Utusan Malaysia menyiarkan berita bertajuk "Kuan Yew dinasihat jangan sakiti hati negara jiran".

Menteri Pertahanan yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang pernah merafak merayu kemaafan Lee Kuan Yew nampak bersungguh-sungguh melakukan aksi parroting bila bersetuju dengan Dr Mahathir dan berkata, aspek tidak kesamarataan antara kaum sebenarnya banyak berlaku di Singapura.

"Kalau kita lihat dalam bidang ketenteraan, berapa ramai orang Melayu yang jadi jeneral, setahu saya hanya seorang sahaja tetapi di Malaysia, ramai di kalangan orang bukan Melayu yang jadi jeneral," katanya.

Pada hari ini juga, Bernama melaporkan berita bertajuk "Najib adakan lawatan kerja ke Singapura pada 19 September". Tak kisahlah tu. Perdana Menteri la katakan, mesti la dia kena main-main sarkas diplomasi dengan negara jiran.

Tapi, saya teringat kawan baik saya bagi tau tentang berita Malaysian Insider 16/9/10 bertajuk "Final rail land swap focus of Najib-Hsien Loong meet". Dia suruh tengok perenggan ke enam yang menyatakan:
He confirmed that any delay on Malaysia’s part will see the KTM land revert back to Singapore under the POA without compensation or a land swap.
Kawan saya tanya saya, "Are we, i.e. Malaysia going to get snookered again?" Dia kata kat saya, "Can you highlight this condition in your blog? The country need to know which IDIOT agree to this condition".

Sejak beberapa posting lepas, saya membangkitkan imej bodoh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang semakin terkenal dan disepakati. Saya tak tuduh Najib bodoh. Nanti menggelejat pulak puak-puak thiqah dan wala' dalam Umno (bukan dalam PAS saja yang ada pemikiran 'asabiyyah yang dicantikkan dengan istilah thiqah dan wala' tu). Memang sungguh saya tak tuduh, saya hanya kata, imej bodohnya semakin terkenal dan disepakati.

Walaupun bila kawan saya kata si bangang mana yang mempersetujui syarat yang jelas menguntungkan Singapura itu, saya masih tak berani nak tuduh Perdana Menteri bodoh. Tak usah ambil pedulilah di dalam hati saya dah berkata-kata, "rupa-rupanya yang nampak bodoh tu memang betul-betul bodoh".

Saya hanya rakyat biasa. Sebagai rakyat, saya berhak menuntut negara ini dipimpin oleh orang-orang yang tak bodoh. Bila kita bodoh, kita tak nak orang bodoh juga menjadi pemimpin. Kita nak orang yang cerdik. Tapi kalau pemimpin-pemimpin pun bodoh lebih kurang macam aku jugak, kecelakaan besar tu!

Ingat tak sedih ka kalau berlaku pemimpin bodoh dari negara kita menjadi bahan tertawaan pemimpin cerdik dari negara lain. Malang sungguh orang-orang Melayu dalam negara ini, pandang sana nampak bodoh, pandang sini pun nampak bodoh jugak. Malang...

Majulah Singapura!

(Takziah kepada keluarga M Rajoli yang kembali ke sisi Penciptanya)
Read On 29 comments

KWSP sampai bila jadi cash cow?

Kawan saya, seorang aktivis sosial yang saya hormati memberitahu:
How long will Ringgit Malaysia sustained before the USD75 billion "hot money" leave Malaysia Capital Market? Malaysian has been switching their investment into the over heated over priced real estate market in Klang Valley!
Saya bukanlah seperti anda. Bukan reti sangat. Faham tu faham la. Saya pun ada baca guru saya, Reme, yang tulis fasak duit masuk. Tapi berapa lama duit-duit tu singgah, saya tak tahu. Malaysian Insider semalam melaporkan "Investors shun Malaysia for neighbours". Tu yang tak berapa nak percaya cerita duit masuk tu. Bukan tak percaya duit tu masuk. Tapi tak percaya dia nak bermukim lama di Malaysia ni. Setakat singgah bagai musafir, itu bukan news.

Bila dah tak berapa reti sangat, saya minta kawan tu jelaskan lagi. Ni penjelasan Mamat tu:
Hot money ialah wang pelaburan yang masuk ke dalam sistem kewangan melalui pembelian saham di Bursa Saham Malaysia.

Ia mengalir mengikut arus keuntungan cepat; dan hanya main atas kertas bukan atas fundamental keuntungan syarikat.

Contohnya, sekarang caruman EPF RM2.2 billlion sebulan yang dikutip dari 11 juta pekerja dipakai guna oleh fund manager yang dilantik, termasuk CIMB dan Maybank untuk beli jual saham.

Pada hakikatnya, tangan kiri yang jual dan tangan kanan yang beli. Ini adalah permainan atas kertas di mana duit EPF kita dipakai untuk manipulasi harga saham.

Manakala hot money pula adalah wang pelaburan fund manager asing yang mengambil kesempatan tindakan kerajaan yang melakukan "window dressing" meningkatkan harga nilai saham di Bursa Saham KL.

Bila hot money masuk ke gelanggang dan terus "mengoreng" saham, nilai saham akan terus meningkat .

Pada masa ini market capitalisation BSKL ialah RM1.0 trillion dalam kondisi composite index 1,400. Setiap satu point composite index mewakili RM700 juta.

Pada ketika mereka sudah capai target keuntungan, fund manager akan ambil untung dan keluar dari bursa saham.. Hot money akan mengalir ke pasaran yang lain seperti lanun di laut untuk cari negara yang lain.

Apabila meninggalkan pasaran, ini akan memberi tekanan ke atas nilai Ringgit Malaysia kerana jual Ringgit, bila penjual lebih dari pembeli Ringgit. Dan ini bukan berdasarkan kepada nilai export kita tapi unsur spekulasi jual beli kertas saham.

Jangan lupa domino effect dari spekulasi hedge fund yang juga boleh menekan mata wang kita dan proses pengaliran keuntungan fund manager ini.

Setiap point composite index bernilai lebih kurang RM720 juta, cuba bayangkan bila fund manager keluar dari pasaran dengan tiba-tiba composite index susut 200 hingga 350 point; berapa banyak wang EPF akan hanggus dalam permainan wang ini?

Simpanan hari tua kita semua akan hangus dalam beberapa detik saja!
Saya tak reti bab-bab saham ni. Tapi tak ada cara lainkah untuk mengorat duit fund manager selain dari buat window dressing? Jemu dah aku dengar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) jadi cash cow. Awat, kalau buat window dressing, pelabur tak tau ka itu window dressing? Atau, adakah sengaja pasaran duduk tak duduk di'window dressing'kan supaya ada oportunis buat duit?

Cakap fasal hot money, kalau ikut teori bodo saya la, wang panas ni bila tak tahan kepanasan, dia akan cabut lari. Sebab itulah sesetengah orang kata, bila dengar guruh di langit berbunyi, air yang tinggal sikit tu jangan pakai lagi untuk basuh kereta. Kereta tak basuh tak pa. Tapi kalau dah tak dak air nak ambik air sembahyang, pakat bertayamum la kot!

Bacaan berguna:
Foreign direct investment (Tun Dr Mahathir Mohamad 17/9/10)
Dr M pooh-poohs Najib's offshore ringgit trading plan (Malaysiakini 17/9/10)
Read On 1 comments

Kalau PKR disusupi serigala, siapa serigala itu?

Siapa Nurul Izzah Anwar nak sokong sebagai Timbalan Presiden PKR, itu hak demokratik dia (lihat Free Malaysia Today semalam "Nurul Izzah: We need a true fighter, not a wolf"). Tak de pasal saya nak tanya. Lantak dialah. Saya tak ada kepentingan dengan PKR. Saya hanya pemerhati. Itu hal dia. Tetapi yang menarik perhatian saya ialah apabila Nurul menyebut tentang serigala yang menyamar kambing.

FMT memetik beliau berkata: "PKR is the party of the future," Nurul said, pointing out that the party did not want "wolves in sheepskins".

Pada masa yang sama, beliau juga dipetik menggunakan frasa "I am supposed to be 'extremely anti Azmin" - saya copy paste sebijik-sebijik dari FMT, tak ubah sikit pun.

Bila menarik perhatian saya, saya pun nak tanya siapakah serigala menyamar kambing itu? Adakah serigala itu sedang menyelanak di dalam PKR? Kalau serigala itu sedang berkeliaran di dalam PKR, tentulah satu hari nanti habis kambing-kambing PKR dibaham serigala itu.

Kalau benar PKR kini disusupi serigala, siapa serigala itu?

Kalaulah katakan serigala itu menawarkan diri untuk jawatan tinggi, berapa reban pula kambing-kambing yang menjadi pak yet dan tukang julangnya? Tentu kambing-kambing itu dari jenis yang cukup terer dan tak takut dibaham serigala. Tak berani la nak kata kambing-kambing tu memang dari jenis bodoh terlampau.

Tetapi, kalaulah bodoh atau mempunyai imej bodoh seperti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, siapa nak sokong si bodoh bila depa menawarkan diri kepada rakyat? Kalau kambing bodoh sampai bereban-reban, akhirnya kita jugak, rakyat, yang menanggung beban.

Teringat pula posting saya bertajuk "Bila Azmin Ali, Dr Hassan Ali dilihat macam Umno". Saya dah beritau kawan-kawan, ada sambungan posting itu Isnin akan datang. Saya memang nak tulis dalam seminggu selepas Raya.

Berkaitan:
Anwar to campaign for Azmin in Sabah? (Malaysia Today 15/9/10)
Read On 4 comments

Kami nak tanya polis pun takut-takut

Pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga mangsa lain bukan sahaja membuka pekung kejahatan hati iblis suspek pembunuhan itu, malah ada sisi-sisi lain yang selama ini tersembunyi rapi kian terdedah.

Memang, setelah berlaku pembunuhan ngeri itu, barulah rakyat tahu bahawa ada banyak lagi pembunuhan dan pelbagai kes yang dikaitkan dengan suspek pembunuhan itu. Ada laporan yang kata sembilan kes malah ada juga laporan yang lapor sehingga 20 kes (ini saya dengar dari Buletin Utama TV3 15/9/10).

Bukan itu sahaja. Pembunuhan itu juga membongkar sisi lain yang anda dan saya tidak dibenarkan tulis. Tetapi, nak tanya pun bukan senang. Pertama, puak-puak Umno akan maki. Maklumlah, polis adalah salah satu talian hayat Umno. Yang maki tu kita tak peduli. Mampoih pi la kat depa.

Masalahnya yang kedua, kita takut silap tanya polis marah dan silap-silap gaya masuk lokap pulak. Bukan senang kita nak tanya mengapa tidak ada sebarang kenyataan atau laporan mengenai semua itu sebelum ini? Kalau kes tangan melecur kena mercun pun ada laporan, hati kita tertanya-tanya, kenapa kes bunuh bagaikan tersembunyi?

Bolehkah kita tanya sejauh manakah kebenaran tuduhan bahawa ada pihak yang yang bersubahat setelah disogok rasuah? Bolehkah kita tanya siapa sembunyikan perbuatan-perbuatan jahat penjenayah berhati iblis itu? Kita nak tanya tak berani, terpaksalah kita simpan dalam hati pertanyaan tentang selamatkah lagi negara ini dari pembunuh bersiri seperti itu jika benar dia dilindungi pihak tertentu yang melantak rasuah?

Wartawan TV3, Mazidul Akmal Sidik memetik seorang ahli perniagaan yang pernah berurusan dengan suspek sebagai berkata: "Datuk (suspek utama) sebelum ini kalau pergi ke mana pun bersama polis".

"Wow!" kata Mazidul.

Dalam tempoh berurusan dengan suspek, rakan kongsi ahli perniagaan itu "terkorban" (lihat posting Mazidul "Sikap bak iblis" 16/9/10).

Bila baca apa ditulis oleh wartawan TV3 itu, saya teringat berita Kosmo! 13/9/10 bertajuk "Mayat dibakar di ladang ayam," yang melaporkan tentang suspek pembunuhan yang "mahir 'menghilangkan' pelanggannya" tetapi "sering terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan".

Berita Harian semalam melaporkan persoalan mengapa banyak laporan orang hilang yang dibuat sebelum ini tidak disiasat? Saya tidak lihat bagaimana body language Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar ketika menjawab persoaloan itu. Namun, jawapannya yang saya baca dalam berita itu bolehlah saya dakwa menghantar sedikit kelegaan di hati kita.

Saya berterima kasih kepada Ismail apabila The Star semalam melaporkan: He admitted that Sosilawati’s case could have been prevented if fast action, including proper investigation, had been conducted over earlier reports of missing persons (lihat berita bertajuk "Probe all missing persons cases thoroughly, says IGP"). Sekurang-kurangnya beliau tidak kelihatan berdolak-dalik seperti Ketua ***** ********, ***** ****** *** *****. Cakap macam bagus sangat, dah jenuh dah aku dengar hang berbohong. Dalam blog ni pun dah banyak kali dah aku tulis buruk kelaku hang.

Adoi! Bila melihat body language Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar ketika menjawab soalan pemberita yang saya lihat dalam Buletin Utama TV3 semalam, saya tidak terasa lega sedikit pun! Wartawan bertanya sama ada terdapat pegawai atau anggota polis 'dibeli' oleh peguam terbabit bagi menutup kes (lihat mStar Online semalam "9 kes jenayah dikaitkan dengan suspek utama kes bunuh Sosilawati")

Kita rakyat. Kita mahu hidup dengan aman tanpa terpaksa berhadapan dengan kejahatan si hati iblis. Lebih dari itu, kita pun orang jugak dan kita tidaklah bodoh untuk menilai apa yang berlaku di hadapan kita. Malangnya, nak bertanya pun kita takut.











Laporan Bernama
Read On 2 comments

KPN akui ditanya tentang laporan orang hilang yang tak disiasat

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar mengingatkan pihak media agar tidak melaporkan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga mangsa lain secara melampau, dengan membuat pelbagai andaian sendiri (lihat Malaysiakini semalam "Suspek bunuh Sosilawati dikait kes orang hilang").

Saya kira Khalid memang benar. Bukan senang nak siasat sesuatu kes. Contohnya, kes pembunuhan isteri pemilik bengkel kereta di pekan Banting, P Balasandam (lihat Utusan Malaysia hari "Mekanik dakwa jadi mangsa suspek utama Sosilawati"). Bila kita baca berita itu, nampak sangat kes itu amat sukar untuk diselesaikan. ""Sehingga kini kes saya diserang dan isteri dibunuh masih belum selesai," kata Balasandam.

Oleh kerana nampak sangat kes itu amat sukar untuk diselesaikan, mungkin kerana itu juga pembunuhnya amat sukar untuk dikesan dan terus lepas bebas selepas membunuh isteri Balasandam. Polis juga mungkin menghadapi kesukaran untuk menyiasat latar belakang kes itu. Boleh jadi Balasandam tidak menghadapi masalah dengan sesiapa waktu beliau diserang dan isterinya dibunuh. Agaknya sebab itulah tidak mudah untuk menyelesaikan kes itu.

Bagaimanapun, kita amat gembira apabila polis sedang menyemak semua kes kehilangan orang di Selangor (lihat Utusan Malaysia hari ini "Polis Selangor semak rekod orang hilang"). Dengan pembunuhan seseorang yang glamour seperti Sosilawati, mungkin polis sudah dapat clue atau petunjuk baru dan kes-kes itu kini sedang disemak.

Apa pun, pihak polis patut dipuji kerana berjaya menyelesaikan kes pembunuhan Sosilawati dan tiga mangsa lain walaupun Berita Harian hari ini melaporkan tentang "banyak laporan orang hilang yang dibuat sebelum ini tidak disiasat".

Menurut akhbar itu, ketika ditanya mengapa banyak laporan orang hilang yang dibuat sebelum ini tidak disiasat, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang mengaku turut menerima banyak pertanyaan mengenainya, berkata beliau akan memastikan semua aduan orang hilang disiasat secara serius.

Sebelum ini, dalam berita bertajuk "Mayat dibakar di ladang ayam," Kosmo! 13/9/10 melaporkan tentang suspek pembunuhan yang "mahir 'menghilangkan' pelanggannya" tetapi "sering terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan".

Berkaitan:
Pembunuhan kejam Sosilawati: Kes selesai
Suspek pembunuhan kejam jutawan kosmetik, tiga lagi mangsa didakwa minggu depan

KUALA LUMPUR (Berita Harian 16/9/10): Polis menganggap kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga yang lain, selesai dan semua suspek dijangka didakwa minggu depan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata polis kini pada peringkat akhir mengumpul maklumat dan bukti sebelum mengemukakan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara untuk menentukan pertuduhan terhadap lapan suspek termasuk seorang peguam bergelar Datuk yang ditahan setakat ini.

Sambil memuji Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang diketuai Pengarahnya, Datuk Mohd Bakri Zinin dan Timbalan JSJ, Datuk Hadi Ho Abdullah atas kejayaan pasukan itu menyelesaikan kes berkenaan dalam tempoh yang cepat, Ismail bagaimanapun berkata, ini bukan bermakna siasatan sudah dihentikan.

“Pasukan itu masih meneruskan siasatan di lokasi kejadian di Banting dan mencari bukti berhubung kes berkenaan. Pasukan itu juga sedang mengumpul maklumat mengenai beberapa kes kehilangan lain yang dikaitkan dengan suspek sama,” katanya dalam sesi diskusi dengan pengarang kanan media di Bukit Aman, semalam.

Ini adalah pertemuan pertama Ismail dengan pengarang kanan media selepas mengambil alih jawatan Ketua Polis Negara pada 12 September lalu. Turut hadir, Timbalannya, Datuk Hussin Ismail dan Mohd Bakri.

Kes pembunuhan Sosilawati, 47; serta pemandunya Kamaruddin Shansuddin, 44; peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, terbongkar berikutan penahanan lapan suspek dua hari selepas menerima laporan isteri seorang ahli perniagaan warga India yang sebelum ini turut dilaporkan hilang selepas berurusan dengan peguam bergelar Datuk itu.

Sosilawati dan tiga individu itu yang dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu, dipercayai dibunuh di Ladang Gadong, Banting sebelum dibakar dan abu mayat mereka dibuang ke dalam Sungai Panchau. Mereka dipercayai dibunuh kira-kira 10 malam, 30 Ogos, iaitu pada hari sama mereka dilaporkan menemui Datuk itu.

Setakat ini, polis menahan lapan orang bagi membantu siasatan kes itu, termasuk Datuk terbabit dan adiknya, juga seorang peguam. Semua suspek yang ditahan pada 10, 11 dan 12 September lalu direman sehingga Sabtu ini.

Polis dikatakan akan meminta lanjutan tempoh reman untuk membolehkan pendakwaan dibuat akhir minggu depan.

Mohd Bakri berkata, polis menubuhkan dua pasukan petugas khas, iaitu satu untuk menyiasat kes pembunuhan Sosilawati dan tiga individu yang bersamanya, manakala satu lagi bagi menyiasat laporan orang hilang yang dikaitkan dengan suspek sama.

Ditanya mengapa banyak laporan orang hilang yang dibuat sebelum ini tidak disiasat, Ismail yang mengaku turut menerima banyak pertanyaan mengenainya, berkata beliau akan memastikan semua aduan orang hilang disiasat secara serius.

“Jika pegawai atau anggota saya didapati tidak memandang serius kes orang hilang, saya akan pastikan tindakan tegas diambil terhadap mereka,” katanya.



Read On 14 comments
 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008