Sampai bila nak biarkan Rosmah perintah Malaysia?


Kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia berjaya menggulingkan presiden-presiden mereka kerana kebangkitan-kebangkitan tersebut tidak mempunyai pemimpin - Rashid Al-Ghannushi.


Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak menegaskan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) akan tetap dikenakan terhadap mana-mana mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang melakukan kesalahan.Berita Malaysian Insider 28/1/12 bertajuk "Azizan sedia dipecat jika bersalah dalam isu KUIN" pula melaporkan:
Azizan turut menegaskan AUKU telah dilaksanakan di KUIN sejak sekian lama dan ia tidak mendatangkan sebarang masalah.Berita Sinar Harian hari ni bertajuk "Azizan: Kalau pelajar buat kacau, kena halang" melaporkan:
“Saya anak AUKU, tiada masalah...KUIN adalah hak Kedah, bukan pusat. Jadilah rasional, ‘gentleman’ sikit".
Lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin) dikenakan tindakan tata tertib termasuk digantung pengajian mengikut peruntukan Akta IPTS 1996, bukannya Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) seperti yang diuar-uarkan pihak luar.Mujurlah dia mengaku siap-siap, tak ada beza. Maknanya, undang-undang taghut jugak.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, oleh itu beliau menasihatkan pihak luar supaya tidak mencampuri isu dalaman kolej universiti itu kerana tidak mahu menimbulkan kekeliruan.
"Kedua-duanya berbeza, walaupun hampir sama. Saya harap selepas ini jangan lagi ada pihak yang pertikai keputusan yang dibuat,” kata beliau yang juga Pengerusi Kuin kepada Sinar Harian (lihat juga berita Malaysiakini hari ni "Azizan nafi tak sefahaman dengan pemimpin Pakatan").

Kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia berjaya menggulingkan presiden-presiden mereka kerana kebangkitan-kebangkitan tersebut tidak mempunyai pemimpin - Rashid Al-Ghannushi.


Palestine remained free for people of all religious persuasions until the modern-day British/French crusaders arrived on the scene and occupied Palestine as well as Jerusalem in 1918. The neo-crusaders knew they could not continue their occupation of the holy lands indefinitely so they planted their agents in the form of Arabian nationalist rulers in Jordan and Saudi Arabia. Their emergence facilitated the creation of Zionist Israel and its ultimate occupation of Jerusalem in the June 1967 war (Baca selanjutnya dalam "The Ummah and al-Quds").Khabar angin mendakwa pilihan raya akan diadakan pada bulan Mac atau Jun. Hoi Anwar! Adakah tempoh satu hingga lima bulan ini musim cuci taik hang dan jenis-jenis macam Datuk Seri Azizan Abdul Razak?

Kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia berjaya menggulingkan presiden-presiden mereka kerana kebangkitan-kebangkitan tersebut tidak mempunyai pemimpin - Rashid Al-Ghannushi.


Isu Kuin: SMM mahu temu Presiden PasJanganlah lupa:
Sinar Harian 30 Januari 2012
SHAH ALAM- Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan mengatur pertemuan bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi membincangkan dan menyerahkan memorandum berhubung isu penggantungan lima penuntut Kolej Universiti Insaniah (Kuin), Kedah.
Semalam, Abdul Hadi berkata, beliau masih belum menerima apa-apa memorandum daripada pertubuhan pelajar berhubung penggantungan pelajar tersebut.
Pengerusinya, Ahmad Syukri Abdul Razab berkata, pertemuan itu amat penting bagi membolehkan Abdul Hadi menerima maklumat dan seterusnya mencari jalan penyelesaian yang adil.
Menurut beliau, memorandum tersebut telah diberikan pada Mei lalu dan diterima oleh Naib Ketua Pemuda Pas pada ketika itu iaitu Sabky Yusof.
"Kami tidak menyalahkan Presiden jika beliau tidak menerima memorandum itu. Tetapi mungkin ada pihak tidak bertanggungjawab yang tidak menyerahkan memorandum itu kerana pada tahun lepas, Dewan Pemuda memaklumkan bahawa mereka mewakili Abdul Hadi.
"Oleh itu, kami akan mengaturkan pertemuan dengan Presiden Pas dan akan menyerahkan memorandum sebelum ini dan yang terbaru. Mahasiswa mengharapkan pertemuan ini nanti bakal membuahkan solusi yang bermanfaat untuk semua pihak dan mengiktiraf perjuangan memansuhkan (Akta Universiti dan Kolej Universiti) Auku sebagai akta yang telah menzalimi mahasiswa selama 40 tahun," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Syukri turut berkata, pada tahun lalu, memorandum sama juga telah diberi kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Abdul Hadi turut menegaskan, dalam laporan semalam bahawa walaupun pertubuhan pelajar terbabit akan menghantar memorandum kepadanya, tetapi sehingga kini "mereka tak pun menyerahkan memorandum itu kepada saya."
"Kalau boleh saya pun nak tengok juga memorandum itu dan nak tahu juga apa yang nak dikatakan oleh para pelajar mengenai perkara itu," katanya.
Justeru, Syukri menyarankan agar Abdul Hadi patut merujuk perkara tersebut kepada Dewan Pemuda Pas, khususnya Ketua Pemudanya sama ada pernah menerima memorandum daripada mahasiswa atau tidak.
"Kami masih lagi mempunyai salinan memorandum tersebut. Antara isi kandungan memorandum itu ialah memohon pertimbangan Abdul Hadi untuk menasihati Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak agar tidak menggunakan Auku sebagai undang-undang di Kedah.
“Kami juga tidak nampak sebarang tindakan serius daripada Pas khususnya Dewan Pemuda untuk menasihati Azizan. Kami juga sehingga kini melihat Menteri Besar Kedah masih berpendirian untuk mempertahankan Auku,” katanya.

Kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia berjaya menggulingkan presiden-presiden mereka kerana kebangkitan-kebangkitan tersebut tidak mempunyai pemimpin - Rashid Al-Ghannushi.

Abdul Hadi kata tindakan Azizan guna undang-undang taghut wajar jadi rujukan kepimpinan PASJanganlah lupa:
KUALA LUMPUR, 21 Jan: Tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang berkeras dengan penggantungan lima pelajar Kolej Islam Insaniah (KUIN) "lebih tepat dan wajar dijadikan rujukan oleh pihak-pihak lain termasuk kepimpinan PAS Pusat," kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Lima pelajar tersebut digantung menggunakan undang-undang taghut iaitu Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
Abdul Hadi meminta penggantungan lima pelajar terbabit difahami dengan jelas oleh pelbagai pihak agar tidak disalahfaham oleh setiap lapisan rakyat negara ini.
Ahli Parlimen Marang itu berkata, kepimpinan PAS sememangnya mengikuti dan memantau perkembangan mengenai perkara itu.
"Namun Ustaz Azizan tentunya lebih tahu dengan apa yang berlaku, sesuai dengan kedudukannya sebagai Menteri Besar Kedah.
"Jadi tindakan Ustaz Azizan mengenainya tentu lebih tepat dan wajar dijadikan rujukan oleh pihak-pihak lain termasuk kepimpinan PAS Pusat sendiri," tegasnya.
Tambahan pula, katanya, Azizan juga tidak mengambil tindakan sesuka hatinya sahaja mengenai perkara itu, tetapi hasil perbincangan dengan kepimpinan PAS Kedah dan pihak-pihak lain yang terbabit.
Sebelum ini, bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Abdul Aziz Bari mendesak Azizan agar membatalkan keputusan KUIN menggantung lima pelajar terbabit dan menjadikan kes mahkamah yang membabitkan perkara itu sebagai akademik (Berita ini diubahsuai dari dua berita asal di sini dan di sini).

Kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia berjaya menggulingkan presiden-presiden mereka kerana kebangkitan-kebangkitan tersebut tidak mempunyai pemimpin - Rashid Al-Ghannushi.



Kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia berjaya menggulingkan presiden-presiden mereka kerana kebangkitan-kebangkitan tersebut tidak mempunyai pemimpin - Rashid Al-Ghannushi.



Kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia berjaya menggulingkan presiden-presiden mereka kerana kebangkitan-kebangkitan tersebut tidak mempunyai pemimpin - Rashid Al-Ghannushi.

Cantik? Klik di sini
Sila klik imej di atasCounter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa
