Sampai bila nak biarkan Rosmah perintah Malaysia?
Berita Harian (31/3/10): Seorang wakil wakyat Barisan Nasional (BN) mencadangkan supaya gelaran Datuk Seri dan Datuk yang masing-masing dikurniakan kepada bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jalamaluddin dan Datuk Ngeh Koo Kam dilucutkan oleh Istana Perak.Cadangan usul itu dikemukakan oleh Datuk Shaahrani Mohamad (BN-Rungkup) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, sebentar tadi.Beliau mencadangkan agar Dewan mengumpulkan undi menyokong perkara itu sebelum dipersembahkan kepada Sultan Perak.Mohammad Nizar adalah wakil rakyat Pas bagi Pasir Panjang, manakala Ngeh (DAP-Setiawan) yang juga Pengerusi DAP Perak.

Mungkin selepas ini depa akan selak kain Datuk Seri Anwar Ibrahim pula selepas Anwar menyelak kain tokan depa.Hari ni, nampak depa jawab dah. Sila lihat posting Ahirudin Attan bertajuk "Life in a glass house on GreenRoad".
Jika perkara itu berlaku, saya hanya nak berterima kasih kepada kedua-dua pihak. Yang untung ialah rakyat yang dapat tahu pekung dan tokak yang selama ini disorok di dalam kain.
Apco's denial that it ever did any work for the Israeli government has proven untrue as a Straits Times report revealed that filings with the US Justice Department show otherwise.Bukan sekali firma yang didominasi Zionis itu mendakwa sedemikian. Lihat apa yang dilaporkan oleh Malaysiakini:
The international public relations firm “entered into an agreement in 1992 to provide services for the Jewish state.
Teringat kata-kata Mat Salon:Perunding komunikasi antarabangsa Apco Worldwide mengulangi kenyataan awalnya bahawa ia tidak bekerja dengan rejim Israel atau membantu mencipta konsep 1Malaysia sebagaimana didakwa oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Once a liar, always a liar.Persoalanya, bolehkah ditolak kemungkinan bahawa pihak yang suka berbohong akan memberikan maklumat bohong juga kepada mereka yang mengambil khidmatnya? Dan, jika pihak yang menerima khidmat itu membayar berpuluh-puluh juta ringgit, adakah ia membayar berpuluh-puluh juta ringgit untuk menerima pembohongan demi pembohongan?










Saya berharap agar seluruh kepimpinan PAS di pelbagai peringkat akan terus memberikan komitmen di dalam menjayakan misi parti bersama-sama Pakatan Rakyat (lihat Harakah Daily semalam "Bantu saya jayakan misi bersama Pakatan Rakyat - Nik Aziz").Berkaitan:
"Tugas APCO termasuk sokongan komunikasi untuk pelbagai inisiatif pembaharuan yang diambil oleh kerajaan Malaysia, terutamanya dalam bidang pekerjaan, promosi pendidikan dan mengukuhkan penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai".Dalam posting bertajuk "Orang pakat dok kata 'Umno dan judi berpisah tiada'", saya tulis:
Dan dengan pengambilan Apco Worldwide sebagai penasihat komunikasi kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak, boleh jadi orang heboh pula "Umno dan Yahudi berpisah tiada". Maklumlah, dulu ambil Saatchi & Saatchi.Pengambilan firma Zionis seperti Apco membuktikan Najib dan Umno tidak teragak-agak melakukan apa sahaja untuk mempertahankan kesedapan kuasa gerombolan itu yang disebut oleh Dr Mahathir sebagai parti perasuah.

While Mr Obama's rise to power embodied the change that was coming to the United States, Mr Najib's taking of office was not due to any promise of reform in Malaysia on his part, but was instead the result of previous Premier Abdullah Badawi's failure to respond to heightened political consciousness among voters.Berkaitan:
Mr Najib's is thus basically a conservative regime on the defensive and any reform it implements is not done on grounds of principle. This failure to repackage itself explains the string of strange events taking place in Malaysian politics today.
"...meminta parti politik Melayu khususnya PAS dan Umno duduk semeja dan berbincang dan mengadakan kerjasama strategik demi menjaga hak Melayu dan bumiputera berdasarkan perlembagaan" (lihat berita Malaysiakini hari ini "'Jangan tunduk desakan, ugutan parti Cina'").Dalam beberapa posting sebelum ini, saya ulang-ulang bahawa hak Melayu dan bumiputera hanya boleh dijaga dengan:

"...wujudnya begitu ramai NGO Melayu yang memberi tumpuan masalah Melayu kerana terhakisnya kepercayaan mereka kepada Umno sebagai pelindung nasib mereka" (lihat berita Malaysiakini hari ini "Dr M: Kepercayaan Melayu terhadap Umno terhakis").Saya nak ambil yang itu sahaja. Yang itu sahaja yang saya yakin benar teramat benar.

Dengan nama Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya tidak kenal dan tidak ada kaitan dengan perempuan Mongolia.Perempuan Mongolia amat umum. Kita mahu dinyatakan secara khusus Altantuya Shaariibuu yang dibunuh di negara ini dan mayatnya diletupkan dengan C4.

Setakat yang saya lihat, dari segi undang2 pun tak ada keperluan, sebab konteks yang saya sebut tu konteks nak membayang, menggambarkan budaya fitnah yang sedang melanda. Sesuai dengan kekhuatiran Tuanku. Itu saja. Tetapi kalau Tan Sri KPN nak panggil saya untuk bincang lanjut, saya tengoklah macam mana keadaan. Apa yang dia nak tau (lihat di sini).Malas nak kata apa-apa. Buatlah tafsiran sendiri.
Berkaitan:Dato' Ibrahim Ali [Pasir Mas]: [Bangun]
Tuan Zukifli bin Nordin [Kulim Bandar Baharu]: Nantilah kejap. Yang Berhormat Pasir Mas hendak kata apa?
Dato' Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Sedikit, mustahak sangat ini. Terima kasih Yang Berhormat Kulim Bandar Bharu sebab Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu ada menyebut tentang fitnah dan menyebut nama Yang Berhormat Machang dan dalam ucapan beliau semalam dia menuduh saya ada saham judi dalam syarikat Ascot Sport kerana kononnya ini pejuang Melayu.
Saya hendak menyatakan di sini Yang Berhormat, wallahi, wabillahi, watallahi. Saya sanggup junjung Quran, saya tidak pernah terlibat secara langsung ataupun secara tidak langsung dengan mana-mana syarikat saham judi. Ini fitnah besar! [Dewan riuh]
Saya sedang tunggu Hansard yang keluar semalam dan saya akan bangkit di bawah 37(1), ini merupakan menyeleweng fakta di Parlimen. Saya tidak pernah ada saham judi ini dan saya akan bawa al-Quran untuk junjung dalam Parlimen ini dengan syarat Ahli Parlimen Machang boleh meyakinkan Ketua Umumnya junjung Quran bahawa dia tidak pernah meliwat Saiful.
Saya minta penjelasan sebab saya tidak pernah ada saham judi sebagaimana yang dituduh dan keluar dalam Malaysiakini, saya sudah pun melantik peguam untuk mengambil tindakan. Sekian, terima kasih.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Boleh minta laluan?
Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Sekejap, sekejap Yang Berhormat. Ini Tuan Yang di-Pertua..
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Kalau bagi laluan, saya respons terus kepada Yang Berhormat Pasir Mas.
Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Sekejap, sekejap. Saya kecuali kalau Tuan Yang di-Pertua bagi.
Tuan Mohd. Firdaus Jaafar [Jerai]: Bagilah...
Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Ini, boleh diam sekejap tak, boleh diam sekejap tak?
Seorang Ahli: Apa ini Jerai?
Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Tak, saya, saya, sekejap, sekejap...
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Okey.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Saya, saya Yang Berhormat kalau mengikut peraturan, kalau sesiapa yang berucap. Ada seseorang yang minta laluan. Yang berucap mahu beralah dan duduk, baru yang mencelah boleh diberi kebenaran. Begitu Yang Berhormat.
Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Baik, baik...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Akan tetapi orang yang mencelah tidak boleh dicelah juga. Sila Yang Berhormat..
Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Tuan Yang di-Pertua, lama ini Din? Lama ini Yang Berhormat Machang?... [Ketawa] Sahabat saya...
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Seminit sahaja. Terima kasih.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Terima kasih sahabat saya dari Kulim Bandar Baharu. Saya faham perasaan rakan saya daripada Pasir Mas. Oleh sebab itu saya anjurkan meneliti semula Hansard. Dia ada beza memiliki saham di dalam syarikat judi dengan memiliki saham di dalam syarikat yang dimiliki oleh tauke judi. Ia ada beza. Ia dua perkara berbeza. Tauke judi ini mempunyai banyak syarikat. Syarikat ‘A’, ‘B’, ‘C’, ‘D’ dan segala macam. Oleh sebab itu tokoh ini bilionair... [Dewan riuh] Baca Hansard sebab saya punya teks ucapan and very guided.
Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Okeylah ..
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Sebelah sana tak boleh jadi batu api, biar dia berhadapan dengan saya sendiri.
Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Masalah ini saya ingat Yang Berhormat Machang boleh settle dengan Yang Berhormat Pasir Mas di luar.
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Okey, Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, ini keluarga... [Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Pasir Mas, duduk Yang Berhormat Pasir Mas..
Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Tuan Yang di-Pertua, saya minta kedua-dua supaya kedua-dua pihak pergi settle dekat luar.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Tuan Yang di-Pertua, saya belum habis lagi.
Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Sebab ini masa saya.
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Belum habis lagi. Yang penting apa itu, biarlah rujuk kepada teks saya.
Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Tuan Yang di-Pertua minta runding...
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Malaysiakini kah, Hansard yang lebih autoriti dalam Dewan?
Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: [Ketawa]
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Dalam Dewan yang mulia, autoritinya Hansard bukan Malaysiakini. Berapa lama jadi Ahli Yang Berhormat?... [Dewan riuh] Hansard atau Malaysiakini....
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Ini dahulu, ini dahulu parti PAS, kemudian UMNO, kemudian KEADILAN, kemudian PAS, kemudian KEADILAN! Ini lebih dari katak puru ini! Ini lebih dari katak puru ini!... [Dewan riuh]
Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Apa punya isu?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Baik, baik, baik Yang Berhormat. Saya ingat, saya ingat... [Dewan riuh]
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Pasir Mas, Yang Berhormat Pasir Mas... [Dewan riuh] Yang Berhormat! Kedua-duanya sekali, Yang Berhormat Machang dengan Yang Berhormat Pasir Mas, duduk sekali. Yang Berhormat Machang dengan Yang Berhormat Pasir Mas minta duduk... [Dewan riuh] Ya, Yang Berhormat Machang duduk, Yang Berhormat Pasir Mas duduk. Jadi saya bagi okey Yang Berhormat Pasir Mas.
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Fitnah! Pembohong!
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Sudah, sudah, sudah Yang Berhormat Pasir Mas... [Dewan riuh]
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Duduk dahulu!
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Sudah, Yang Berhormat.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Duduk dahulu!
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Duduk!... [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Pasir Mas duduk, Yang Berhormat Pasir Mas. Saya minta Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu jangan bagi peluang dengan orang lagilah ya... [Ketawa] Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, saya minta tak payah bagi peluang lagi. Saya ada kuasa di bawah peraturan. Kalau masa tidak ada, jangan bagi peluang dengan orang lain lagi. Kalau tidak, Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu sendiri pun time habis juga.
Sports betting may soon be legalised, probably in time for the Fifa World Cup finals in South Africa from June 11 to July 11.(Takziah tidak terhingga kepada keluarga Datuk Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada jam 9.27 malam tadi di rumahnya. Mudah-mudahan Allah menerima Allahyarham dengan keampunan dan kasih sayang-Nya. Amin)
It is understood that the Berjaya Group is seeking approval from the authorities to operate sports betting activities in the country, although it is unclear which betting system will be used.
A spokesman for Berjaya Corp Bhd group corporate communications told the New Straits Times that the company "would like to decline comment on this matter at this point of time".
This is not the first time that Berjaya Group has approached the government to make sports betting legal in the country.
In October 2004, Berjaya Group head Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun's privately-owned Ascot Sports Sdn Bhd was reported to have received approval to operate sports betting activities from the Finance Ministry in June 2003, in which it paid RM25 million for a 20-year concession.
However, then prime minister Datuk Seri (now Tun) Abdullah Ahmad Badawi shot down the proposal, saying the government would not give any licence to legalise football betting in the country.
While the Berjaya Group's second attempt is likely to stir protests from certain quarters, others have said that it should be allowed and taxed by the government, seeing that many Malaysians are already betting illegally on sports.
"It will likely divert money from illegal football betting. It will also take some of the gaming market share lost to Singapore with the opening of its first casino recently," said an industry observer.
In a report dated May 26, 2006, Mayban Securities had estimated that the value of daily legal gaming was RM850 million, with illegal gambling estimated at around the same amount. This gives the total size of estimated daily gambling in Malaysia at around RM1.7 billion.
"Assuming that this amount is doubled during the World Cup month, there may be an additional RM1.7 billion being gambled daily," the report had said.
Gaming analysts said Berjaya Sports Toto Bhd (BToto) was most likely to benefit if sports betting was legalised here. BToto is one of the country's three listed numbers forecast operators (NFO), which include Magnum Corp Bhd and Tanjong plc.
While betting on football is illegal in Malaysia, Singapore has legalised it since 1999.
It was reported that Singapore first introduced legalised football betting on S-League games in 1999.
In 2002, sports betting was extended beyond S- League games to include matches played in the World Club 2002.
Sports betting was subsequently further extended to allow for legalised betting on international football matches, the English Premier League and other European and Asian football leagues as well.
Sports betting has today gained widespread acceptance in Singapore.
Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke hari ini mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk tampil bagi menjawap di Dewan Rakyat berhubung laporan agensi berita asing bahawa kerajaan bercadang mempertimbangkan agar pertaruhan atau judi sukan dibenarkan di negara ini.Cina pun tak nak, oi! Ah, barangkali sebab itu semakin tersebarluas kata-kata, "Umno dan judi berpisah tiada".
Ini kerana katanya, pertaruhan berkenaan akan menjadi punca kepada masalah gejala sosial yang lain, khusnya di kalangan masyarakat Cina.
Assalamualaikum wa rahmatullaahi wa barakaatuh. Alhamdulillahirabbil ‘alamin, wassalatiwassalamu’ala asyrafiil anbiya’ iwalmursalin, wa ‘ala alihi wasahbihi waman daa’a bida’watihi watamassaka bisunnatih wajahada fii sabilillahi ila yaumiddin.
Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana ruang dan peluang yang diberikan kepada saya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Titah Diraja, Titah Ke bawah Duli Tuanku sewaktu merasmikan Parlimen menyentuh banyak perkara tetapi berkisar di atas paksi yang sama iaitu agama, bangsa dan negara. Titah itu sudah tentu menjadi satu peringatan dan ruang untuk kita meneliti dan mengambil beberapa nasihat daripadanya.
Saya memilih empat perkara pada kesempatan 30 minit ruang untuk berbahas. Pertama ialah isu agama. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk kerajaan memberikan penjelasan yang jelas terhadap satu perkara yang berhubung dengan kelulusan lesen judi kepada ‘Escort Sports’ yang dikuasai oleh Vincent Tan yang kita kenal sebagai tycoon yang mempunyai empayar perniagaan yang luas dalam banyakbanyak syarikat perniagaan iaitu Yang Berhormat Pasir Mas pejuang Melayu tulen pun ada sahamnya juga.
Itu wajah sebenar pejuang Melayu, untuk itu kita minta pihak Kementerian Kewangan jelaskan perkara berkenaan dengan kelulusan lesen judi ‘Escort Sports’ milik Vincent Tan yang diberikan ruang sehingga 20 tahun untuk menjalankan perniagaan judi pertaruhan ini, lumba kuda, bola sepak dan sukan-sukan lain kerana syarikat ini membayar yuran operasi berjumlah RM20 juta kepada kerajaan dalam urus niaga sebesar RM1 bilion setahun.
Sudah tentulah lesen ini diberikan oleh Menteri Kewangan. Saya difahamkan Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri sebelum Perdana Menteri Abdullah Badawi mengambil alih kuasa. Menteri Kewangan ini ialah Presiden UMNO, UMNO ialah parti agama, bangsa dan negara sudah tentu dalam memperjuangkan agama, pemimpin UMNO juga ada baca ayat yang Allah Taala turunkan bahawa judi itu suatu yang haram.
Apabila rakyat beri mandat, ahli UMNO bagi mandat, dapat kuasa, duduk Putrajaya, jadi Menteri Kewangan, dengan mandat itu, tangan itu juga yang meluluskan lesen judi. Selamatnya kerana media kita tidak bebas melaporkan. Kalau media bebas, sudah tentulah Buletin Utama TV3 akan berbunyi, "Mula-mula berita penting. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan telah bersetuju meluluskan sebuah lesen judi baru kepada Escort Sports yang dimiliki oleh Tan Sri Vincent Tan. Kelulusan ini adalah selaras dengan perjuangan UMNO parti kerajaan yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara".
Kalaulah berita berbunyi sebegitu, tidak ada orang Melayu yang mahu menyokong UMNO. Akan tetapi kerana penguasaan media seperti ini, maka maklumat yang begitu besar tertutup. Khabarnya Perdana Menteri yang lepas, Tun Abdullah Badawi kemudian membatalkan. Alhamdulillah, satu tindakan yang tepat, khabarnya. Akan tetapi kita hendak bertanya, siapakah yang meluluskan lesen itu? Apakah rasionalnya meluluskan lesen tersebut? Tidak cukup kah dengan lesen judi yang bersepah dalam negara kita saat ini. Mana hendak datang keberkatan. Tidak mungkin para ulama’ dan ustaz-ustaz dalam UMNO terlepas ayat yang Allah SWT sebutkan [Membaca sepotong petikan ayat al-Quran]
Maksudnya: "Dan jika sekiranya penduduk sesebuah negeri itu beriman dan bertakwa kepada Aku kata Allah SWT, nescaya akan aku limpahkan keberkatan dari pintu langit dan bumi”.
Barakah dalam perjalanan memerintah negara, akan ada keberkatan.
Keberkatan tidak akan datang kalau pemimpin yang di atas terang-terang melakukan perkara yang Allah SWT haramkan. Ini peringatan buat saya, buat pemimpin Pakatan Rakyat dan juga buat pemimpin UMNO Barisan Nasional yang memegang kuasa pada peringkat persekutuan sekarang.
Hal ini turut didedahkan oleh penulis buku ‘Malaysian Maverick’ tulisan Barry Wain yang KDN tidak beri jual dalam negara. Boleh dibaca dalam muka surat 319. Sehingga sekarang buku ini tidak boleh dijual lagi. Tuan Yang di-Pertua, kalau berminat, saya ada satu naskhah ini saya boleh beri kepada Tuan Yang di-Pertua. Selepas ini baca. [Ketawa]
Saya kemudian Tuan Yang di-Pertua, berganjak pada isu pertahanan. Saya menerima jawapan dari Menteri Pertahanan apabila saya bertanyakan tentang hal kebocoran maklumat dan rahsia pertahanan.
Tuan Loke Siew Fook [Rasah]: Minta jalan.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Silakan.
Tuan Loke Siew Fook [Rasah]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Machang. Saya tertarik dengan apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat Machang mengenai isu perjudian.
Dalam setahun yang lepas, saya pun banyak kali menimbulkan persoalan dalam
Dewan yang mulia ini. Saya telah berkali-kali bertanya kepada Kementerian Kewangan,
apakah rasional kerajaan meluluskan begitu banyak special draw kepada NFO, number
forecast operator di negara ini yang berjumlah enam buah syarikat di seluruh negara
iaitu Sports Toto, Magnum, Pan Malaysian Pools, Diriwan Corporation, Sarawak Turf
Club dan Sabah Turf Club. Jawapan yang saya terima pada dua hari yang lepas, jumlah
cukai yang diterima daripada semua NFO bagi tahun 2009, berjumlah hampir RM1.2
bilion. Maksudnya, judi ini merupakan satu sektor yang cukup besar pada negara kita.
Seorang Ahli: Disokong oleh kerajaan.
Tuan Loke Siew Fook [Rasah]: Saya hendak bertanya, mungkin Yang
Berhormat Machang ada sedikit pengalaman dalam parti pemerintah. Apakah modus
operandi antara parti pemerintah iaitu UMNO dengan syarikat-syarikat perjudian ini yang
membenarkan begitu mudah syarikat-syarikat perjudian ini mendapat lesen yang begitu
banyak sekali sehingga masyarakat Tionghoa yang dikatakan bahawa masyarakat yang
berjudi tetapi tetap menolak, membangkang bahawa begitu banyak special draw ini.
Akan tetapi kerajaan tidak mendengar. [Tepuk] Malah tahun ini lagi banyak. Sebanyak
20 hari special draw darab enam, 120 kali special draw akan dibenarkan. Apakah
pandangan Yang Berhormat?
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Tuan Yang di-Pertua, terima
kasih rakan saya dari Rasah. Rasah ialah wakil DAP. Sudah tentu bukan beragama
Islam. Akan tetapi saya perhatikan beliau konsisten memperjuangkan tentang perlunya
kerajaan menangani isu lesen judi yang berlebihan dalam negara kita.
Selain dari Yang Berhormat Rasah, saya juga mengikuti Yang Berhormat Bukit
Bendera, Yang Berhormat Batu Gajah dan Yang Berhormat Kuching, banyak
istimewa, cabutan-cabutan khas yang dibenarkan oleh Kementerian Kewangan dalam
perkara ini.
Saya teringat Almarhum Dato’ Fadhil Nor pernah ketika kempen pilihan raya
1999 mengaitkan dengan beberapa bukti bagaimana kaitan syarikat-syarikat judi ini
yang menikmati keuntungan luar biasa yang kemudiannya memberikan bantuan kepada
parti pemerintah dalam berdepan dengan kita pembangkang. Sehingga sekarang
kenyataan Almarhum Dato’ Fadhil Nor tidak pernah dicabar. Kalau Yang Berhormat
Rasah hendak bertanya, itu kaitannya. Beratus-ratus cabutan bertuah ini, apa hal.
Tangan yang meluluskan itu dan tangan-tangan yang menyokong, orang yang ada
kuasa meluluskan itu.
Ini harus dilihat daripada sudut bahawa ia tidak langsung menyumbang pada
kebaikan walaupun ke mana dibelanjakan duit itu. Dibelanjakan untuk kesihatan RM146
juta, belanja untuk kebajikan-RM268 juta, belanja untuk aktiviti sosial-RM361 juta,
belanja untuk sukan-RM321 juta. Duit judi tadi disalurkan untuk kesihatan, mana ada
berkat. Patutlah makan ubat itu tidak baik–baik. [Ketawa] Belanja untuk sukan, patutlah
sukan tidak pernah menang melainkan Dato’ Lee Chong Wei, Dato’ Nicol David, setakat
itu, belanja untuk sukan.
Ini saya sebut tidak ada keberkatan. UMNO Barisan Nasional harus berlapang
dada lihat perkara ini dan kalau perlu, kita bekerjasama. Ini asas kerjasama kita. Saya
pelawa rakan-rakan saya dalam UMNO, kita boleh duduk, kalau perlu kita buat satu
memorandum bersama, kita buat. Saya hendak pelawa rakan-rakan saya daripada
Pemuda UMNO Malaysia khususnya. Ini pemimpin masa depan negara. Hal yang jelas,
jelas. Usah kita pertikai. Ayuh! Kita bergerak bersama, minta kerajaan buat satu
keputusan yang tegas dalam aktiviti perjudian yang jelas hukum-hakamnya.
Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertahanan sewaktu saya bertanyakan
tentang aktiviti intelligent penyusupan mencuri maklumat daripada negara kita. Beliau
memberikan jawapan kepada saya dalam bentuk jawapan yang agak menakutkan dan
membimbangkan.
Pertama, Menteri Pertahanan mengakui adanya aktiviti perisikan dari kedutaan
asing di Kuala Lumpur dengan menjadikan warga MINDEF sebagai tali barut, sasaran.
Ini telah dikesan oleh bahagian staf perisikan pertahanan sejak tahun 2009. Maknanya
benar berlaku aktiviti pengintipan, benar berlaku membabitkan warga Kementerian
Pertahanan. Cuma tidak disebut uniform atau civilians. Tidak disebutkan. Kemudian
bahagian staf perisikan pertahanan buat proses turn over.
Warga MINDEF yang terbabit kemudian di turn over kan, dengan izin daripada
menjadi ejen tali barut kepada operasi pengintipan negara asing dalam isu pertahanan
dan keselamatan negara kita. Warga MINDEF yang terbabit itu telah di turn over kan,
dengan izin, kemudian dia bertindak menjadi saksi pada penyiasatan oleh MINDEF.
Kerana itu Kementerian Pertahanan berpendapat mereka yang terlibat tidak
boleh dianggap sebagai pengkhianat. Kalau sudah bekerjasama dengan ejen perisikan
asing bukan pengkhianat, namanya apa? Apakah istilah yang kita hendak gunakan?
Yang Berhormat Putatan hendak gunakan istilah apa itu?
Kementerian mengaku adanya penglibatan daripada warga MINDEF
bekerjasama dengan pihak asing, mengintip maklumat pertahanan dan keselamatan
kemudian jawapan menteri kepada saya ialah mereka yang terlibat tidak boleh dianggap
sebagai pengkhianat. Bocor maklumat keselamatan pun bukan pengkhianat, istilah apa
yang hendak kita namakan. Kementerian harus menjawab perkara ini secara tuntas.
Kalau ada pun dalam kalangan rakan-rakan Ahli Parlimen seperti Pasir Mas
hendak menuntut supaya Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi menyiasat Yang Berhormat
Permatang Pauh kerana mengedar risalah dan edar VCD Dr. Yusof Qaradawi. Itu
namanya mengancam keselamatan negara.
Saya hendak tanya pendirian pejuang Melayu tulen ini yang menjadi pemegang
saham Vincent Tan ini. Apakah pula keputusannya terhadap perbuatan menganggap
bahawa mereka yang terbabit dalam aktiviti pengintipan asing sebenarnya bukan
pengkhianat. Maka Suruhanjaya Diraja tidak perlu diwujudkan. Kapal selam tidak boleh
selam, tidak perlu Suruhanjaya Diraja. Enjin jet hilang, tidak perlu ada Suruhanjaya
Diraja. Edar risalah Yusof Qaradawi, siasat. Ini mengancam keselamatan negara.
Apa punya pertimbangan politik pejuang Melayu tulen ini. Pejuang Melayu tahi
kucing! [Ketawa]. Tidak masuk akal. Permainan politik apa yang hendak dimainkan ini.
Hilang kah kewarasannya?
Lalu dikatakan Yusof Qaradawi telah dimanipulasi. Pendirian Dr. Yusof Qaradawi
tentang isu fitnah ke atas Yang Berhormat Pematang Pauh bukan perkara baru. Dia
telah mengeluarkan fatwanya seawal 10 September, 8 hari selepas Permatang Pauh
dipecat. Dalam hubungan ini saya bangga dengan rakan saya, Yang Berhormat Batu
Pahat. Saya bangga dengan beliau. Sepanjang saya mengenali beliau, beliau terangkan
kepada saya dalam isu fitnah ini beliau tidak pernah percaya sama sekali. Yang itu saya
fikir conscious nya masih clear. Alhamdulillah. [Tepuk] Dia konsisten. Apakah dia jatuh
dalam politik? Tidak, bahkan dia naik dan saya doakan dia terus naik sebagai Menteri.
Saya doakan. [Disampuk] [Tepuk]
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan
Mesyuarat]
Prinsipnya walaupun dia sebut juga dua, tiga nama kawan-kawan lama kita
dahulu yang sekarang sudah ada jawatan tetapi memilih untuk mempercayai, itu tidak
mengapa. Kita tidak kecil hati, tetapi dalam perkara jelas, soal fatwa Yusof Qaradawi
pun hendak dipertikaikan. Cuba saya petik apa dia kata.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff [Balik Pulau]: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Balik
Pulau bangun, Yang Berhormat.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Ya, sila.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff [Balik Pulau]: Sedikit sahaja.
Sebelum Machang meneruskan lebih lanjut isu mengenai Yusof Qaradawi, saya patah
sedikit ke belakang mengenai mauduk maklumat penting keselamatan. Saya ingin
mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Machang, adakah bahayanya keselamatan
negara di kala syarikat yang dilantik untuk menasihati kerajaan pada hari ini. Syarikat
yang sama tersebut juga bersama-sama dengan syarikat lain - partnership, affiliate
dengan izin, yang mana tokoh-tokoh dalam syarikat tersebut saya baca antaranya,
former Head of the Protection and Security Division and the most Senior Ranking
Security Official at Israeli Security Agency...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat.
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff [Balik Pulau]: Saya baca lagi. Former
Head of International Relation for the Protection and Security Division of the Israeli
Security Agency. Saya baca lagi, Vice President dia - former Senior Ranking Security
Official of the Israeli Security Agency. Ada lagi, former Security Manager at Israeli Ben
Gurion International Airport, former Senior Security Officer and Security Duty Manager at
Israeli Ben Gurion International Airport. Ini tokoh-tokoh pimpinan yang syarikat yang
namanya Asero Worldwide affiliate dengan APCO. Pejabat di Washington DC - pejabat
yang sama, alamat yang sama.
Yang kita takut, maklumat tadi kita kata kena pakai risikan. Kita kena buat
siasatan dalaman di MINDEF, tetapi kita mengambil pilihan memilih syarikat yang
mendedahkan kita. Sudahlah dasar luar dengan Israel pun kita putuskan untuk tidak
mempunyai hubungan diplomatik hingga sukar orang Islam ke Masjidil Aqsa, tetapi kita
membawa mereka – kalau orang Penang kata bawa masuk dalam kelambulah. Apa
penjelasan Yang Berhormat Machang untuk ini?
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Terima kasih rakan saya dari
Yang Berhormat Balik Pulau. Itulah hakikat di hadapan kita. Kerajaan yang memerintah
ini parti tunggaknya ialah UMNO. Tidak akanlah hilang pertimbangan sama sekali. Boleh
engaged dengan izin, Syarikat APCO Worldwide yang ada penglibatan di peringkat
international advisory council nya terdiri daripada individu-individu berpengaruh dari
Israel. Boleh jadi juga kerana nasihat APCO inilah maka menganggap aktiviti
pengintipan di MINDEF itu bukan perbuatan khianat, tidak perlu hebohkan. Selesai cara
diplomatik sahaja kerana dikatakan negara itu ada hubungan baik dengan kita.
Sedangkan tadi Yang Berhormat Balik Pulau menyebut tentang siapa individu di
belakang kumpulan ini.
Itu tidak mengapa, kita akan ada floor kita dengan izin, pada minggu depan bila
Ketua Pembangkang mengambil giliran kerana tempoh seminggu yang diberikan oleh
sebelah sana. Sebab selama 12 tahun, apa yang tidak diserang kita? Ejen Yahudi, ejen
Amerika, tali barut asing. Bukti? Bukti tidak payah, tetapi memang kamu ini tali barut
asing, ejen Yahudi. Dahulu ejen Libya, Muammar al-Gaddafi. Zamannya berubah. Baik,
bukti? Bukti tidak payah.
Kalau datang daripada UMNO/Barisan Nasional pemimpinnya, satu maklumat itu
hendaklah dianggap benar, tidak ada yang tidak benar, melainkan benar belaka.
[Disampuk] Itu prinsipnya. Jangan cabar. Ahli-ahli Parlimen BBC pun jangan cabar,
jangan tegur, jangan kritik Menteri itu, jangan, jangan. Tidak akan boleh naik dalam
politik. Sebab itu sudah di orchestrate begitu, jangan. Baik.
Sedangkan perkara yang membabitkan APCO Worldwide ini. Zaman sekarang di
mana kita boleh akses kepada maklumat dengan mudah. Kita boleh tampilkan bukti
individu terbabit. Mereka boleh nafikan. Sesetengah daripada kita boleh jadi jurujual
kepada APCO pula, dalam Dewan ini. Jadi salesman APCO dalam Dewan ini pun ada.
[Disampuk] Ada. Ketika menyangkal pandangan kita, ini dia dari APCO. Dia pula jadi
jurujual APCO. Ada. Itu tidak mengapalah, pilihan dia. Kita ucapkan selamat maju jaya,
berjaya dunia akhirat.
Tuan Yang di-Pertua, kembali kepada fatwa Dr. Yusof Qaradawi tadi, seminggu
selepas Yang Berhormat Permatang Pauh dipecat, Dr. Yusof Qaradawi tampil dengan
pandangan dia. Saya quote, “Perbuatan menuduh orang-orang yang bersih yang
diketahui kebaikannya secara daruri dengan tuduhan dan tohmahan terutama yang
berat seperti zina, liwat dan membunuh merupakan satu perbuatan yang diharamkan
secara tegas oleh Islam dan termasuk dalam dosa-dosa besar.”
Dr. Yusof Qaradawi teruskan lagi, “Setiap orang yang dituduh dengan tohmahan
keji ini mempunyai hak untuk menuntut orang yang menuduhnya dalam perbicaraan
Mahkamah Syariah yang adil, manakala kewajipan hakim yang menangani kes ini
dengan cara yang diredhai Allah dan hukum syariahNya ialah menuntut si penuduh
mengemukakan bukti berkenaan dakwaannya iaitu empat saksi adil seperti diterangkan
dalam al-Quran, saksi adil yang tidak fasik yang melihat perbuatan itu berlaku dengan
mata kepalanya sendiri seperti mana dia melihat benang dimasukkan ke dalam lubang
jarum.” Ini syarat al-Quran.
Saya orang Islam. Rakan-rakan UMNO saya pun ramai orang Islam. Ini yang al-
Quran jelaskan yang disebut oleh Dr. Yusof Qaradawi. Politik satu bab, tetapi dalam bab
ini ayuh mari kita terima hakikat ini, perbuatan menuduh itu adalah perbuatan zalim,
maksiat besar, dosa besar. Ini yang Dr. Yusof Qaradawi sebut.
Tuan Haji Ahmad Kasim [Kuala Kedah]: Pohon laluan.
Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: [Bangun]
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Akan tetapi apabila kita
hendak edarkan kenyataan Dr. Yusof Qardawi bagi memberikan kesedaran supaya kita
berlaku adil kepada rakyat Malaysia yang beragama Islam, ada lagi. Yang Berhormat
Pasir Mas kata buat Suruhanjaya Siasatan Diraja, mendedahkan kenyataan Dr. Yusof
Qaradawi mengancam keselamatan negara. Berkata adil mengancam keselamatan
negara. Porak-perandakan negara itu dikatakan pemimpin yang baik.
Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Minta penjelasan sedikit.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Sila.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Kuala
Krai.
Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Terima kasih Machang, terima
kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini sebut Yusof Qaradawi, Yusof Qaradawi berulang kali ini,
Yusof Qaradawi mana ini? Tokoh besar sangatkah dia atau adakah dia ini orang yang
sama yang dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah oleh Kerajaan 1Malaysia beberapa bulan
yang lalu? Kalau sudah orang yang sama, tidak akan pula setakat satu maklumat begini
hendak disiasat mengancam keselamatan negara. Patutnya kerajaan yang mengiktiraf
dia sebagai Tokoh Maal Hijrah kita tolong edar benda ini. Bukan pula dianggap sebagai
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Terima kasih rakan saya,
Yang Berhormat Kuala Krai. Bola tanggung yang cukup cantik. [Ketawa] Kalau takraw
itu feeder lah.
Memang betul, Tuan Yang di-Pertua. Kerajaan Malaysia inilah untuk memilih
Tokoh Maal Hijrah peringkat antarabangsa bagi tahun Hijrah 1431 dan tahun 2009.
Anugerah disampaikan oleh pemangku Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim -
Sultan negeri saya, Kedah. Ada gambarnya. Dia bagi. Maknanya Jemaah Menteri buat
keputusan Tokoh Maal Hijrah seantero dunia ini tidak ada yang lebih hebat, lebih layak
iaitu Dr. Sheikh Yusof Qaradawi yang sekarang tinggal di Doha, Qatar. Presiden Majlis
Ulama Dunia. [Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua, dia menulis pandangan-pandangan ini yang kemudian dia
sebut lagi, “Jika sekiranya orang menuduh itu tidak berbuat demikian, tidak
mendatangkan saksi, maka gugurlah dakwaannya.” Hakim wajib kenakan hukuman
sebat 80 kali, hilang haknya dalam kesaksian dan mengecapnya sebagai fasik
melainkan dia bertaubat.
Tuan Haji Ahmad Kasim [Kuala Kedah]: [Bangun]
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Sebab itu dalam VCD ini Dr.
Yusof Qaradawi berpesan kepada rakyat Malaysia dalam menangani ‘Isu Fitnah 2’ ke
atas Anwar Ibrahim, katanya, “Siapa yang bertanggungjawab mereka-reka dan mencipta
fitnah ini hukumnya munafik.“
Siapa yang pilih mempercayainya dan menyambung-nyambung pula pada orang
lain, hukumnya fasik dan tidak boleh jadi saksi selama-lamanya.
Tuan Haji Ahmad Kasim [Kuala Kedah]: [Bangun]
Beberapa Ahli Pembangkang: Ya Allah!
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Dan kata Yusuf Qaradawi,
“atas fatwa ini, saya bertanggungjawab di hadapan Allah SWT di mahkamah Yaummul
Mahsyar nanti”. [Tepuk]
Tuan Haji Ahmad Kasim [Kuala Kedah]: Pohon penjelasan.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Kuala
Kedah bangun Yang Berhormat.
Tuan Haji Ahmad Kasim [Kuala Kedah]: Pohon penjelasan.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Sila.
Tuan Haji Ahmad Kasim [Kuala Kedah]: Terima kasih Yang Berhormat
Machang. Kita dengar penjelasan begitu baik daripada Yang Berhormat Machang
berkaitan dengan fatwa Yusuf al-Qaradawi. Cuma, pandangan daripada Yang
Berhormat Pasir Mas ketika dia berhujah mengatakan supaya Saiful Bukhari ini juga
dibawa menghadap Yusuf al-Qaradawi untuk menerima penjelasan.
Jadi adakah pandangan Yang Berhormat Machang terhadap saranan Yang
Berhormat Pasir Mas berkaitan membawa Saiful Bukhari ini wajar dan patut diterima?
Sedangkan kaedah sumpah yang dibawa oleh Saiful Bukhari ini diambil dalam kitab
mana kita pun tidak tahu. Jadi minta penjelasan Yang Berhormat Machang.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Terima kasih rakan saya dari
Kuala Kedah. Sembilan tahun Presiden Abim Kedah. Alhamdulillah, hari ini jadi Ahli
Parlimen. Tuan Yang di-Pertua, saya secara peribadi kalau hendak jadi fasilitator
kepada cadangan bawa budak Saiful ini berjumpa dengan Dr. Yusuf Qaradawi, saya
sanggup bayar tiket kapal terbang dia dan Yang Berhormat Pasir Mas untuk bawa pergi
berjumpa. Alhamdulillah, beritahu sahaja masa. Sebaiknya selepas sidang Parlimen.
Saya bayar tiket kapal terbang. Saya carilah ikut mana pun boleh, dengan syarat – tidak
ada syaratlah, tidak payah ada syarat. [Ketawa] Tidak payah ada syarat, boleh bawa.
Baik, itu komitmen dan keyakinan saya. Sebab itu Dr. Yusuf Qaradawi ditanya
lagi kalau orang itu kena tuduh kemudian dia sebut, “tidak boleh sesiapa pun mencegah
atau melarang orang yang dituduh daripada membela dirinya”. Alasan Dr. Yusuf, “Allah
sendiri memberi peluang kepada iblis untuk berdebat mempertahankan dirinya saat dia
mengatakan dia lebih baik daripada Adam.” Bahkan pada hari kiamat nanti Allah beri
peluang pada setiap kita untuk mengetengahkan pembelaan terhadap diri kita atas
perbuatan kita masa di dunia. Sebab itu hak orang yang kena tuduh dia boleh. Dia mesti
dibenarkan membela dirinya secara lisan. Menulis di surat khabar, berucap di radio dan
TV, terutama jika pandangan umum akan memberi kesan yang cukup besar dalam kes
tersebut.
Secara syariah, dia tidak boleh diserah kepada taring-taring para lawannya yang
mencarik-carik kredibilitinya siang dan malam dan membiarkan masyarakat awam
hanya menjadi penonton tanpa mampu berbuat apa-apa. Akibatnya, pintu pun tertutup
rapat di depan orang yang dituduh. Dia tidak mampu melawan sebab tidak memiliki
sebarang kelengkapan, sedangkan musuh mempunyai seluruh senjata. Lebih buruk lagi,
musuh juga mengajak orang ramai mengikut serta dalam angkatan dusta dengan menyebarkan perkataan-perkataan jahat. Sebab itu fatwa Dr. Yusuf Qaradawi ini elok
dan saya anjurkan untuk kita menelaah dan membacanya bersama.
Tuan Yang di-Pertua, isu saya yang terakhir ialah isu royalti minyak. Baru-baru
ini Profesor Datuk Dr Shad Saleem Faruqi memberikan pandangannya bahawa
perjanjian petroleum antara Petronas dengan negeri-negeri Tuan Yang di-Pertua, tidak
sah dan tidak boleh pakai. Hujahnya ialah negeri saat menyerahkan sesuatu yang
bukan haknya, Profesor Shad berkata, “Perlembagaan Persekutuan menyatakan negeri
hanya ada kuasa ke atas perlombongan di darat, begitu pun mengikut perjanjian 1975
Petronas dengan negeri, negeri serahkan hak petroleum sama ada darat atau laut, on
shore atau off shore kepada Petronas walhal pada saat itu lautan adalah di luar bidang
kuasa negeri.” Itu kata Profesor Shad.
Saya ingin menarik perhatian Parlimen untuk meneliti pandangan Tun Salleh
Abas. Pada pandangan Tun Salleh Abas, selepas satu tolak-ansur dicapai antara negeri
dengan pusat bertujuan untuk membangunkan industri petroleum negara, maka Akta
Pembangunan Petroleum 1974 dibuat. Susunannya begini, kuasa melombong di darat
dipunyai negeri, diserah kepada Petronas dan jika minyak dijumpai dan diusaha hasil,
Kerajaan Pusat juga akan dapat 5%. Sebaliknya, jika sekiranya minyak dijumpai di laut
dan menjadi hak pusat, maka negeri juga berhak mendapat 5% kerana timbal-balas ini.
Oleh sebab persetujuan tolak-ansur inilah maka industri petroleum bermula pada tahun
1974 dengan lahirnya Petronas. Petronas kemudian tandatangan dengan negeri.
Dua istilah penting di sini Tuan Yang di-Pertua ialah on shore dengan off shore
yang sekali gus menghapuskan had sekatan atau sempadan negeri tiga batu nautika
territory waters atau apa juga sekatan-sekatan lain. Istilah on shore dan off shore ini
mendukung tujuan melupakan apa jua tafsiran yang lain yang ada dalam akta dan
ordinan terdahulu. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, ada dua doktrin undang-undang
yang diterima pakai. Pertama, Akta Parlimen yang datang kemudian mengatasi akta
yang terdahulu. Akta Pembangunan Petroleum 1974 mengatasi Akta Perlombongan
Petroleum 1966 sebagai contoh. Yang kedua, akta khas atau khusus mengenai satu
perkara mengatasi akta umum. Contoh, akta khas mengenai petroleum iaitu PDA 74.
Apa akta umum? Akta umum ialah Ordinan Darurat 1969 yang dibuat selepas 13 Mei.
Maknanya Tuan Yang di-Pertua, pada tahap ini kita memahami bahawa PDA 74
adalah akta tunggal yang mengawal kegiatan berkaitan petroleum di negara kita.
Bilamana perjanjian Petronas dan negeri ditandatangani pada tahun 1975, perjanjian
sebelum tahun 1974 itu dilupakan. Ibaratlah sebuah ikatan perkahwinan Tuan Yang di-Pertua, keadaan zaman bujang sebelum tahun 1974 tidak diambil kira. Sebelum kita
berkahwin, kita ada hak masing-masing. Selepas berkahwin kita ada satu ikatan yang
kita bertanggungjawab ke atasnya. Tidak bolehlah bila sudah sekian lama hidup
bersama Petronas kini berjaya dan hidup mewah hasil perkahwinan atau perjanjian itu,
tentulah tidak munasabah ada pihak yang mahu kembali kepada keadaan hubungan
sebelum perkahwinan dengan mengatakan hak-hak kedua-dua lelaki dan perempuan
berbeza, dan pihak satu lagi tidak ada tanggungjawab apa-apa terhadap pihak yang lain
bilamana pusat berulang-kali merujuk pada akta sebelum PDA 74 seperti Ordinan
Darurat 1969 dan lain-lain.
Ini saya anggap adalah percubaan-percubaan untuk kembali kepada zaman
bujang dan jelas mengelirukan. Yang jelasnya, Akta Pelantar Benua 1966, Akta
Perlombongan Petroleum 1966 tidak menentukan pemilikan petroleum sama ada di on
shore atau off shore. Ordinan No.7 (Kuasa-kuasa Perlu) Darurat 1969 yang digubal
berikutan rusuhan tahun 1969 mensyaratkan bahawa lebar perairan Wilayah Malaysia
ialah sama ada tiga atau 12 batu nautika. Ordinan ini juga tidak menentukan siapa yang
memiliki petroleum sama ada on shore atau off shore. Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984
ialah akta berkenaan dengan hak kedaulatan dan bidang kuasa ke atas Zon Ekonomi
Eksklusif Malaysia yang ditakrifkan sebagai kawasan seberang dan bersebelahan
dengan laut Wilayah Malaysia sehingga jarak 200 batu. Akta ini juga Tuan Yang di-
Pertua, bagaimana pun tidak menentukan sama ada on shore atau off shore dari segi
pemilikan petroleum.
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Sedikit.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Maknanya, sekatan terhadap
pemberian terhadap pemberian royalti minyak Kelantan adalah merupakan keputusan
politik jahat, khianat, dendam dan tidak bertanggungjawab daripada UMNO Barisan
Nasional.
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Sedikit.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Tuan Yang di-Pertua, saya
pohon menyokong. Terima kasih.
Cantik? Klik di sini
Sila klik imej di atasCounter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa
