Sampai bila nak biarkan Rosmah perintah Malaysia?
Last year Iceland default & went bankrupt - then the 2008 financial tsunami unleashed. A couple of days ago Dubai default on payment - is the 2nd tsunami coming? This is the big one. Is M'sia ready?Saya copy tanpa ulas. Tetapi, saya harap semua faham apa kesan dan akibatnya. Yang tak pandai ekonomi macam saya, bolehlah belajar ekonomi dari kebijakan ekonomi Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak. Maklum sajalah, Najibnomics.
Our Bursa is expected to crash tomorrow (30/11/09). External issue - Dubai default. Internal - PKFZ bond maturing soon. And the govt is the guarantor.
2nd financial tsunami? CIMB Group Holdings Bhd (Malaysia 2nd largest financial group) report that they have RM8.4 billion non performing loan. NPL=RM8.4b; net book value of this NPL RM928 juta sahaja. Ini bermakna dari RM8.4b NPL tersebut, nilai sebenar gadaian (net book value) hanyalah RM928 juta. Kalau net book value hanya 10% daripada hutang lapuk (NPL) ini menunjukkan hutang lapuk ini bukan drpd pinjaman konsumer (kereta, rumah dll). Bukan juga SME loan, sebab SME loan ada gadaian tanah, bangunan etc. Adakah NPL ini hutang main saham atau/dan credit card? CIMB adalah GLC. Apa pula kedudukan bank2 kerajaan lain? Bank Negara buat apa?
European Central Banks' gold reserves as a percentage of total reserves: France 73%, Germany 69.5%, Italy 66.1%, Netherlands 61.4%, Switzerland 37.1%. Pls take note that a major chunk of their reserve is in gold. M'sian strategic reserve is app US$100B. How much in gold & how much in useless paper money?
Beliau meminta Harahdaily bertanya sendiri dengan Exco Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Takiyuddin Hassan – yang juga bertanggungjawab ke atas halatuju PMBK BRI berhubung aktiviti kedua-dua syarikat 'misteri' terbabit.Akhbar mana pula Harahdaily tu? Adakah typo atau sengaja bikin typo? Hanya penulisnya dan Allah s.w.t. saja yang tahu.
"Tak hairankah kita, Utusan, Berita Harian, TV3 (dan) TV1 tak laporkan isu berkaitan ini (MPKB BRI), sedangkan isu Nik Aziz dapat tajaan ke Makkah diputar (belit) besar-besar," jelasnya melalui panggilan telefon.Saya cari dalam Harakahdaily. Tak jumpa. Kalau siapa-siapa jumpa, tolong bagi link atau pautannya.
"(Blog) Perisik Rakyat lapor, Malaysiakini lapor, (The) Malaysian Insider lapor, Harakahdaily lapor, semuanya bukan media (yang dilihat) sokong Umno" (Baca selanjutnya di sini).
mengenali identiti ‘kolonel mat’ bukanlah satu pencapaian yang perlu dibanggakan. mengenalpasti siapa “yang dominan dalam gerakkerja” ‘kolonel mat’ bukanlah susah sangat. tetapi mengenalpasti orang dalam yang rapat dengan 'kolonel mat' adalah satu pencapaian.
“yang dominan dalam gerakkerja” ‘kolonel mat’ bukan asing bagi pas. ia merupakan seteru berdaftar pas sejak 1951 lagi. melihat ke belakang, apakah ‘kolonel mat’ tu wujud hanya semasa tgna? apakah yang membolehkan kelantan dimagerankan pada 1977 dulu bukan hasil kerja ‘kolonel mat’ masa itu?
mengenalpasti “yang dominan dalam gerakkerja” tidak sukar. apabila kita kenal musuh kita, kita juga akan tahu muslihatnya. ‘kolonel mat’ tidak akan berjaya dalam misinya tanpa kerjasama orang dalam. tugas utama “yang dominan” ialah mengenalpasti siapa yang perlu disasarkan. ‘kolonel mat’ hanya orang penghubung di antara “yang dominan” dengan “sasaran” yang telah dipilih untuk memusnahkan ketahanan pihak lawan (pas).
dalam politik, kerja2 untuk melumpuhkan pihak lawan tidak akan terhenti malah akan digandakan kerana kemusnahan musuh merupakan keuntungan kepadanya. yang penting bagi pas ialah mengenalpasti siapa orang dalam yang telah, dengan sukarela, secara terpaksa, menjual diri/dibeli, oleh ‘kolonel mat’. individu/kumpulan yang terlibat perlu diambil tindakan kerana sudah banyak maklumat parti sudah dikongsi dengan 'kolonel mat’ sama ada secara sukarela/terpaksa/dibeli tadi.
mengenalpasti mereka dan tidak mengambil apa2 tindakan terhadap mereka hanya mendedahkan betapa lemahnya parti yang dasarnya islam, yang bernama pas ini! dasarnya sahaja islam, tetapi tindaktanduknya jauh sekali.
episod ‘kolonel mat’ ni boleh dikaitkan dengan ‘pertemuan dalam gelap dan unity government’. ‘kolonel mat’ dalam episod ‘pertemuan dalam gelap’ bukan rahsia lagi. orang2 dalam yang terlibat juga dikenalpasti. tiada apa tindakan diambil oleh pas. kelemahan pas dalam menangani isu tersebut membolehkan “yang dominan” dengan ‘kolonel mat’ yang sama meneruskan agenda mereka. 'pertemuan dalam gelap' disambung dengan part 2 - unity govenrment. melalui orang dalam yang sama.
pas tidak mampu mengambil tindakan terhadap ‘kolonel mat’, apakah pas juga tidak mampu mengambil tindakan terhadap orang dalam yang telah sanggup menjadi agen lawan bagi menghancurkan pas?
wallahu'alam
Bacaan lain:Apa yang diberitahu oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat tentang “Kolonel Mat” sebagaimana berita di atas sememangnya wujud. Akan tetapi bukan sebagaimana yang kebanyakan blogger paparkan di dalam blog masing-masing. Bukan al-marhum ayahanda kepada “Kickdefella” dan juga bukan sebagaimana yang digambarkan oleh orang-orang yang memusuhi Dato' Husam Musa.
“Kolonel Mat” hanya diketahui oleh beberapa orang sahaja yang sedang memerhati tingkah laku dan gerakkerja beliau. Siapa dia, tinggal di mana, asal usul dari mana, berkawan baik dengan siapa hanya beberapa orang itu sahaja yang tahu. Apapun “Kolonel Mat” sememangnya wujud (Lebih menarik lagi kalau baca terus dalam blog dia)
Petikan: Awang nampak ada kebijaksanaan dan keberanian Nik Abduh dalam komen dan tindak-tanduknya. Sebelum ini, beliau pernah membuat pendedahan bahawa bapanya telah menerima salah nasihat dan mendapat gambaran tidak betul daripada golongan tertentu, yang dikaitkan oleh pemerhati dengan puak Erdogan.
Awang melihat Nik Abduh bintang baru yang boleh menjadi sandaran Pas. Beliau tidak hipokrit. Lebih penting, beliau tidak terikat dengan pengaruh luar, yang imej itu tebal kepada Husam.
Sinar Harian (28/11/09): “Kita bukan ‘pak turut’ untuk buat keputusan tanpa mengkaji terlebih dahulu. Apa yang saya boleh katakan, kita akan kaji modul kursus Biro Tata Negara (BTN) sebelum membuat sebarang keputusan,” kata Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Azizan ditanya sama ada Kedah akan mengikut jejak langkah Selangor yang melarang kakitangan awam dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) negeri itu mengikuti kursus anjuran agensi latihan Kerajaan Pusat itu.
“Ini bukan sahaja penting bagi mengelak sebarang kekeliruan tetapi juga diharap keputusan yang bakal dibuat itu memberi impak yang baik kepada semua pihak,” kata Azizan lagi.
Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas negeri berkata, pihaknya tidak mahu dilihat sebagai ‘pak turut’ dalam membuat sebarang keputusan tanpa terlebih dahulu menyelidik atau mengkaji secara mendalam.
“Kita juga tidak mahu mencampuri sebarang keputusan yang melibatkan dasar mana-mana Kerajaan Negeri sebelum mendapat penerangan atau maklumat sebenar daripada pihak yang berkelayakan.
“Ini penting bagi mengelak sebarang kekeliruan atau penerimaan salah di samping ingin menjaga hubungan baik sesama pemimpin dalam Pakatan Rakyat (PR),” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat sunat Aidiladha di Surau Pak Su Mat, Kampung Tengah, Sungai Limau Dalam, di sini, semalam.
Azizan berkata, isu larangan BTN memberi kursus kepada kakitangan awam dan pelajar negeri Selangor hanya dilaporkan dalam media sahaja dan beliau selaku rakan karib kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan terlebih dahulu menghubungi rakan sejawatannya itu bagi mendapatkan gambaran jelas mengapa Kerajaan Negeri Selangor mengambil tindakan itu.
“Buat masa sekarang lebih baik kita tumpukan pada soal lain yang lebih mustahak daripada membahaskan perkara yang belum diketahui kesahihannya.
“Saya juga enggan memberi komen sama ada Kerajaan Kedah akan menuruti langkah Kerajaan Selangor atau sebaliknya. Tunggulah sampai masa nanti, kita akan tahu juga,” katanya.
Dalam masa yang sama, Azizan juga berkata, beliau belum sedia untuk mengulas kenyataan Ketua Penerangan Pas Pusat, Idris Ahmad yang berkata parti itu bersetuju dan menyokong jika negeri-negeri lain di bawah PR mengikut jejak langkah Kerajaan Selangor.
Semalam, Idris dilaporkan berkata, Pas menyifatkan tindakan Kerajaan Selangor melarang kakitangan awam serta pelajarnya mengikuti kursus BTN sebagai tepat dan wajar.
Ini kerana dakwanya, selain kursus anjuran biro di bawah Jabatan Perdana Menteri itu tidak mendatangkan faedah dan hanya membazirkan wang rakyat, modul pengisiannya juga merupakan salah satu cara mendoktrinkan peserta agar membenci pembangkang.

Ihsan Mowadoha
Saya ingat masalah PAS Kelantan sudah hampir selesai dengan berita Haji Husam Musa menolak menjadi pengganti Tok Guru sebagai Menteri Besar Kelantan. Tambahan pula, pengakuan Husam itu ditahqiqkan pula hari ini oleh berita yang meraikan pengakuan itu dalam Utusan hari ini bertajuk "Pengganti Nik Aziz mesti ada latar belakang agama".Belum tiba masa cari pengganti Tok Guru: AhmadBerkaitan:
Sinar Harian (28/11/09): Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub berkata, masih belum tiba masa untuk mencari siapakah yang bakal mengantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan
Beliau berkata, Pilihan Raya Umum (ke-13) tidak lama mana lagi untuk mempertahankan kepemimpinan Pas di negeri itu, malahan Nik Abdul Aziz juga masih boleh mentadbir dengan baik.
“Pentadbiran bawah Tok Guru tidak ada masalah pun. Jadi saya berpendapat keperluan untuk ganti belum sampai lagi. Lainlah kalau dalam keadaan terdesak. Setakat ini Tok Guru boleh mentadbir dengan baik,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Beliau diminta mengulas isu berhubung pengganti Nik Abdul Aziz berikutan laporan akhbar berhubung perkara itu.
Ahmad berkata, perkara itu bukan boleh diputuskan oleh seorang atau dua pemimpin, tetapi perlu mengikut prosedur.
“Kita ada forum, ada Badan Perhubungan, ada majlis wakil-wakil rakyat dan ada dewan harian. Sehingga ke hari ini kita tidak pernah bincang perkara ini, walaupun dalam mesyuarat dewan harian.
“Tiba-tiba keluar dalam akhbar. Pada saya masih belum masanya. Cuma mungkin sekarang ini sahabat-sahabat memberi pandangan. Pandangan peribadi itu tidak ada hal. Tetapi di dalam parti, dalam kerajaan dan pentadbiran isu ini tidak berbangkit.
“Kita boleh teruskan kepimpinan Tok Guru kerana tiada masalah. Saya akan terus membantu Tok Guru,” katanya.
Ditanya mengenai pendapat yang beliau boleh menjadi pengganti Menteri Besar yang baik, Ahmad berkata “Itu hanya pendapat.
“Tetapi wartawan tidak perlu mencari bakal mengganti Menteri Besar. Sampai masa, patah tumbuh hilang berganti,” katanya.
Nik Aziz dakwa wujud dalang jatuhkan beliau, Pas Kelantan
Berita Harian (28/11/09): Pelbagai pihak dalam Pas tertanya-tanya siapa 'Kolonel Mat' yang dimaksudkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai dalang utama merancang untuk menjatuhkannya dan kerajaan Pas Kelantan.
Gelaran yang diberikan Nik Aziz dalam ucapannya pada majlis memperingati Hari Wukuf di Kota Bharu, kelmarin menjadi persoalan sama ada watak 'Kolonel Mat' adalah individu dalam parti itu sendiri atau orang luar.
Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasruddin Hassan mengakui beliau turut tertanya-tanya siapa 'Kolonel Mat'.
Bagaimanapun, Dewan Pemuda Pas mahu kepemimpinan tertinggi parti memandang serius dakwaan Nik Aziz.
"Oleh kerana dakwaan itu datangnya dari mulut Tok Guru sendiri, sudah tentu ada sesuatu yang perlu disiasat," katanya.
Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah juga tidak pernah mendengar mengenai 'Kolonel Mat' dan terkejut dengan kenyataan Nik Aziz.
"Saya tak tahu, semalam (kelmarin) baru saya dengar... saya pun terkejut tetapi tak sempat nak bertanya kepada Tok Guru," katanya.
Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, yang menunaikan haji di Makkah, juga mengakui tidak pernah mendengar nama 'Kolonel Mat'.
Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim, enggan mengulas kerana ingin mendapatkan penjelasan daripada Nik Aziz terlebih dulu.
Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa tidak mahu memberikan sebarang komen.
Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, Abdul Fatah Haron, pula berkata Nik Aziz tidak perlu mendedahkan siapa 'Kolonel Mat' jika individu itu dari kalangan pemimpin Pas sendiri.
"Nak dedah atau tidak, terpulang kepada tok guru (Nik Aziz)... kalau ada (Kolonel Mat), kena selesaikanlah. Kalau (didalangi) orang dalam, kita selesaikan secara dalaman, kalau orang parti (Pas) tak perlu dedahkan," katanya.
Bagaimanapun, beliau yakin 'Kolonel Mat' tidak wujud, sebaliknya ia sekadar kata-kata kiasan atau gurauan Nik Aziz.
Sementara itu, Nik Aziz yang ditemui di rumahnya di Pulau Melaka di sini, semalam, masih mempertahankan kenyataannya 'Kolonel Mat' berusaha menjatuhkan beliau dan Pas di Kelantan.
Beliau mendakwa, konspirasi untuk menjatuhkan Pas di Kelantan termasuk beliau bukan perkara baru dan usaha itu akan terus dilakukan.
Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan siapa dimaksudkannya sebagai 'Kolonel Mat' dan sama ada dia orang dalam parti atau pihak luar.
"Itu dia punya pasallah (Kolonel Mat bekerja untuk siapa), tetapi orang buat khianat pada Kelantan termasuk orang yang saya sebut ini (Kolonel Mat) barang sahih," katanya.


Pujian Tok Guru yang lain tidaklah menarik perhatian saya. Tetapi, dari teropong buluh saya la, pujian yang di atas mungkin menyebabkan begitu banyak harimau di Kelantan yang luka parah.Apa pun, sudah terdedah apa yang selama ini dipendamkan dengan penuh sabar. Jelaslah, PAS Kelantan yang selama ini aman bahagia tanpa sebarang intrigue dalaman dan hidup penuh kasih sayang serta husnul zan antara satu sama lain, menjadi punah ranah kerana kehadiran Sheih.
Orang kata, harimau yang cedera akan mengamuk tak tentu hala. Kita tengok sahajalah bagaimana harimau-harimau terluka di Kelantan akan menerkam.
Apa pun, saya yakin PAS Kelantan lebih aman dan makmur dengan berita Utusan hari ini bertajuk "Husam tiada hasrat ganti Nik Aziz". Berita Harian hari ini pula menyiarkan berita bertajuk "Husam tak mahu jadi MB". Malaysiakini juga menyiarkan berita Bernama mengenainya di sini.Timbalan Pesuruhjaya II Pas negeri anggap tak layak
KOTA BHARU: Datuk Husam Musa yang selama ini dikatakan calon paling sesuai menggantikan Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan, semalam mengumumkan beliau bukan calon yang layak memegang jawatan itu.
Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan itu berkata, beliau tidak mahu menggantikan Nik Aziz, sebaliknya menamakan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, sebagai pemimpin paling layak mengambil alih jawatan itu.
Namun, beliau menghargai pujian Nik Aziz terhadap sumbangannya kepada kerajaan Kelantan, walaupun menderita selama dua tahun difitnah kerana lantang menentang cadangan penubuhan kerajaan perpaduan.
"Selain difitnah menerusi laman blog, ada pihak sengaja mengatur program untuk menganiaya saya. Saya tak boleh balas balik (fitnah) sebab nak jaga perpaduan dan imej parti... keadaan saya sangat sukar, kalau jawab nanti rosak parti.
"Anak Tok Guru (Nik Aziz) serang kononnya saya itu dan ini. Jika dijawab, nampak pula macam saya bergaduh dengan keluarga Tok Guru... jadi saya bersabar," katanya kepada pemberita selepas menziarah satu keluarga miskin, dekat Bechah Keranji, di sini.
Husam juga berkata, beliau akan menyokong siapa saja yang dinamakan sebagai pengganti Nik Aziz, tetapi tidak mahu namanya dicalonkan kerana tidak mahu disangka sumbangannya kepada parti dan negeri selama ini semata-mata mahu mengejar jawatan.
"Timbalan Menteri Besar (Ahmad Yakob) paling senior dan semua Exco lain pun layak kecuali saya seorang saja yang tak layak. Jangan calon nama saya.... saya tak mahu dicalonkan sebagai pengganti Tok Guru.
"Saya serius, saudara (media) nak suruh sebut kata nak (jadi Menteri Besar), nanti orang marah kata saya bekerja sebab nak jadi Menteri Besar, padahal jika hantar balik ke Parlimen pun, saya tak ada masalah," katanya.
Bekas Naib Presiden Pas yang tewas dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan lalu itu mengulas kenyataan Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang menyarankan Nik Aziz menamakan penggantinya lebih awal supaya tidak timbul kekalutan apabila beliau meletakkan jawatan kelak.
Mengulas lanjut keputusannya itu, Husam secara sinis berkata: "Kalau tawar Perdana Menteri saya nak... Menteri Besar ini kolam kecil sangat... saya jenis badan besar suka berenang kolam besar."
Husam juga berkata, proses peralihan jawatan Menteri Besar tidak perlu diperbesarkan, malah mencadangkan Nik Aziz memper-tahankan kerusi DUN dan bertanding di Parlimen pada pilihan raya akan datang bagi membolehkannya menjadi Perdana Menteri jika pembangkang membentuk Kerajaan Persekutuan.
Mengenai laporan media internet yang mendakwa beliau keletihan dalam mengharungi keadaan politik semasa di Kelantan, Husam berkata, beliau sedang 'enjoy' dengan kerja dan tidak timbul persoalan untuk berhenti atau keletihan.
Sementara itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pas, Wakaf Baru, Ramli Abu Bakar menyifatkan saranan Nik Aziz menamakan penggantinya tidak kena pada masanya dan satu 'desakan' supaya beliau segera melepaskan jawatan.
"Tok Guru pemimpin, ibarat anak dengan bapa. Mana boleh anak mengajar bapa. Apatah lagi saranan berkenaan seolah-oleh mahu memaksa beliau. Bagi saya cara ini tidak betul," katanya.
Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali, pula berpendapat, walaupun saranan berkenaan dikemukakan secara diplomasi, ramai melihat ia adalah desakan supaya Nik Aziz berhenti dan mungkin kehendak akar umbi.
Katanya, beliau orang pertama menyuarakan 10 sebab kenapa Nik Aziz patut berundur, malah kenyataan Nik Aziz yang menyatakan beliau tertekan dan fikiran bercelaru serta uzur menggambarkan perlunya beliau berundur.
"Masanya sangat sesuai untuk beliau berhenti supaya baki hayatnya diteruskan untuk kegiatan dakwah. Sebagai Menteri Besar, beliau kena memahami dan turun padang melihat masalah rakyat, bukan setakat mengajar agama," katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita Keluarga dan Kesihatan Kelantan, Wan Ubaidah Omar pula menyokong saranan Mohd Amar dengan alasan ia penting bagi mengelak spekulasi kerana setakat ini belum nampak bayangan pemimpin yang akan menggantikannya.
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub pula berkata, walaupun kepemimpinan Nik Aziz masih relevan, beliau sedar pemimpin silih berganti dan akan lahir pemimpin lain mengambil alih tampuk pemerintahan.
Sehubungan itu, beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan Nik Aziz untuk memberikan isyarat berundur, tetapi tidak menolak saranan itu mungkin dibuat berdasarkan kebimbangan rakyat Kelantan mengenai siapa penggantinya.
Naib Presiden PAS, Haji Mahfuz Omar kata, jika dokumen kerajaan yang didedahkan oleh Malaysia Today (MT) dalam artikelnya yang bertajuk "What the Cabinet hid from the Malaysian public" itu adalah tulen, Najib, timbalannya dan semua menteri yang terlibat dengan perbuatan memberi kelulusan secara retrospektif itu mesti meletakkan jawatan (baca selanjutnya dalam berita Harakah Daily 17/9/09 bertajuk "Najib mesti letak jawatan jika pendedahan MT benar").Hari ini, The Edge melaporkan berita berikut:
Saya nak menjangkakan jawapan kerajaan Najib:Kerajaan tidak ada pilihan melainkan memberi kelulusan retrospektrif kepada peningkatan kos projek Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) dari RM1.088 bilion kepada RM4,632,732,000.00 kerana jika berlaku default oleh Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK) yang merupakan badan berkanun kerajaan maka ia menjadi obligasi kerajaan untuk menanggung liabiliti tersebut.Barangkali begitulah jawapannya kerana tak mungkin Najib dan anggota kabinetnya kini yang terlibat memberikan kelulusan retrospektif kepada pertambahan kos PKFZ itu tergamak meletakkan jawatan!!
Lebih dari itu, projek PKFZ telah siap dan sedang digunakan serta kontrak telah ditandatangan antara LPK dan Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB). Oleh itu kelulusan secara retrospektif adalah diperlukan.
Kerajaan terpaksa memberikan kelulusan tersebut walaupun Letter of Support yang telah dikeluarkan oleh Menteri Pengangkutan bagi beberapa penerbitan bon boleh dianggap tidak sah kerana jaminan kerajaan hanya boleh dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan atas persetujuan jemaah menteri.
Tambahan pula, Menteri Pengangkutan telah mendapat kelulusan dasar Perdana Menteri untuk melaksanakan keseluruhan projek tersebut dalam satu fasa serta turn-key developer dilantik untuk melaksanakan projek ini dan LPK pula telah merundingkan skop tambahan dengan KDSB dan kos projek pula telah meningkat kepada RM4,632,732,000.00 yang melibatkan kos pembelian tanah RM1.7 bilion dan kos pembanguna RM2.9 bilion walaupun kos projek tersebut telah dimuktamadkan tanpa merujuk kepada agensi pusat dan setelah dilaksanakan didapati tidak berdaya maju dan kos projek pula telah meningkat kepada RM4,632,732,000.00.
Mengambilkira faktor-faktor tersebut, kelulusan retrospektif itu terpaksa diberikan walaupun pertambahan skop kerja yang melebihi RM100 juta dari kos asal sebanyak sebanyak RM1.088 bilion itu tidak dikemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk pertimbangan.
Govt to guarantee US$1b PKFZ bondsApa nak kisah, rakyat bukan peduli pun. Tibai pi lah duit rakyat sampai berapa billion dan berapa trillion sekalipun, depa bukannya marah. Depa kata Najib hebat, Najib bijak. Takkan nak buang orang hebat, orang bijak. Bab urus ekonomi dia premium class.
The Edge (25/11/09): Deputy Finance Minister Datuk Seri Awang Adek Hussin said yesterday that tehe government would guarantee around US$1 billion (RM3.39 billion) in bonds issued to fund a free zone project to allay investor concerns over the debt.
A fund manager who holds the debt, issued in 2003-2006 to fund the multi-billion dollar Port Klang Free Zone (PKFZ) project, said bondholders are concerned that letters of support honouring the bonds are not sufficient.
So they want the government to refinance the debt to overcome investor fears that they will not be repaid, said the fund manager, who spoke on condition of anonymity due to the sensitivity of the issue.
Prime Minister Datuk Seri Najib Razak told an investor briefing in New York on Monday that the government would honour all PKFZ obligations, said the fund manager, who attended the meeting.
The comment was confirmed by the finance ministry yesterday. “We will definitely honour the bonds,” the deputy finance minister said.
The free zone project has been dogged by allegations of corruption and mismanagement and MARC ratings agency said in August it had downgraded the outlook on PKFZ-related debt to negative.
The fund manager said the bonds had fallen in value by 15% since they were issued, adding that concerned bondholders sought to approach the government.
“A bondholders group led by UBS has tried to talk to the Malaysian government to get clarity on whether they are going to honour the bonds,” said the fund manager.
A recent audit report on the port project, whose costs had surged to RM10 billion from an original RM1.8 billion, said initial letters of government guarantee issued by transport ministers were given without the knowledge of the finance ministry.
To be legally enforceable as letters of government guarantee, they have to be issued by the finance ministry. “There is a huge incentive for the government to solve this issue. The port bonds carry an A1 rating which is the same as sovereign bonds,” the fund manager said.
The project had been dogged by allegations of corruption and a report presented to parliament identified irregular payments to contractors as well as mismanagement that resulted in cost overruns.
A report released recently by the Public Accounts Committee said that former transport minister Tan Sri Chan Kong Choy should be investigated by the Malaysian Anti-Corruption Commission and police for criminal breach of trust.
Pilihan raya ke-13 ni, Umno dan Barisan Nasional (BN) akan menang besar. Najib akan dikenang sebagai hero Umno kerana kehebatannya. Nak buat lagu mana, bak kata seorang pesara tentera, "ketika Umno masuk ICU, PAS pulak saja-saja, gatai-gatai, suka-suka hati dia masuk wad kelas tiga".Dalam berita bertajuk "Nik Aziz tidak akan terima," Utusan Malaysia hari ini melaporkan Tok Guru Mursyidul Am berkata:Saya harap tidak ada kejadian sedemikian berlaku. Tambahan pula, hari ini diumumkan sagu hati dalam Harakah Daily dalam berita berikut:Menteri Besar itu berkata, selama ini beliau tidak menyebut mengenai kebaikan Husam kerana bimbang Exco lain akan berkecil hati.Pujian Tok Guru yang lain tidaklah menarik perhatian saya. Tetapi, dari teropong buluh saya la, pujian yang di atas mungkin menyebabkan begitu banyak harimau di Kelantan yang luka parah.
"Saya selama ini tidak sebut kerana takut kecil hati Exco lain sebab mereka ada portfolio masing-masing, tetapi portfolio Husam iaitu Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri banyak memberi manfaat kepada Kelantan. Banyak fikiran dia selamatkan politik Malaysia," katanya.
Orang kata, harimau yang cedera akan mengamuk tak tentu hala. Kita tengok sahajalah bagaimana harimau-harimau terluka di Kelantan akan menerkam.

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Saya ingin menyentuh B.21 ini 010400 – Industri Padi dan Beras. Sebelum ini kita telah pun lihat bahawa timbulnya isu pemilikan saham Bernas oleh syarikat daripada dua yang hampir-hampir kita lihat bahawa boleh menjejas industri padi dan beras negara kita. Ini kerana kalau itulah yang memang sudah terjadi tetapi kalau kita tidak diberikan informasi atau pun maklumat sudah pasti bahawa industri padi dan beras negara kita ini akan dikuasai oleh kepentingan syarikat asing yang berpangkalan di Hong Kong. Jadi oleh sebab itu saya melihat bahawa seperti seolah-olah kerajaan seperti tidak dapat mengawal sehingga menyebabkan berlaku pembelian saham-saham Bernas yang dimiliki oleh pemegangpemegang saham yang kecil ini dibeli oleh syarikat dari luar sedangkan perkara ini telah pun sebelum ini saya sebut dalam kenyataan media sudah pun berlaku pembelian ini sejak daripada tahun 2001.Sebahagian ucapan Saifuddin:
Jadi satu perkara yang malang bahawa proses pembelian ini berlaku sejak daripada tahun 2001 tiba-tiba kerajaan tidak dapat hendak mengesan tentang pembelian yang sudah sampai kepada peringkat satu jumlah yang sangat tinggi dan hampir melayakkan mereka untuk mendapat pemilikan penuh ke atas Syarikat Bernas. Oleh sebab itu saya ingin mendapat penjelasan daripada pihak kerajaan siapakah pemegang-pemegang share yang dibeli oleh Wang Tak Co. Ltd ini? Ini sangat penting untuk kita mengetahui dan berapakah jumlah daripada setiap pembelian yang dibuat oleh Syarikat Wang Tak ke atas pemegang-pemegang saham kecil ke atas Wang Tak itu sendiri?
Keduanya ialah tentang berkaitan dengan soal sejauh mana peranan Suruhanjaya Sekuriti khususnya dalam melihat isu ini? Apakah mereka tidak dapat mengesan pembelian yang dibuat oleh Syarikat Wang Tak sehingga boleh menjejaskan sektor strategik dalam negara kita iaitu sektor industri padi dan beras. Sektor ini menjadi sektor strategik dalam negara kita kerana Bernas diberikan oleh kerajaan untuk permit import beras dari luar ke dalam negara kita. Apabila syarikat Bernas itu dikuasai oleh pemegang asing maka mereka akan menguasai ke atas permit import AP beras itu sendiri. Ini yang menjadikan sektor strategik ini boleh terjejas akibat daripada tidak ada kawalan dari segi keselamatan ke atas pemakanan utama dalam negara kita ini. Jadi saya hendak tahu tentang peranan Suruhanjaya Sekuriti sendiri dan juga wakil kerajaan yang berada dalam Bernas itu sendiri.
Ketiganya ialah apabila timbul isu ini diberitahu bahawa pihak kerajaan akan mengusahakan supaya diambil semula pemilikan yang dikuasai oleh Wang Tak dan saya difahamkan bahawa syarikat yang dimiliki oleh Syed Mokhtar iaitu satu lagi Syarikat Tradewind mengambil alih saham yang dimiliki oleh Wang Tak. Saya hendak tahu adakah Tradewind memiliki dan mengambil alih sepenuhnya saham yang dimiliki oleh Wang Tak ataupun hanya beberapa peratus sahaja? Ini kerana saya lihat bahawa Tradewind ini ialah anak syarikat yang dimiliki oleh Syed Mokhtar yang lebih banyak mengendalikan urusan gula dalam negara kita ini.
Yang keempatnya, yang saya ingin mendapat penjelasan, apakah hasil kajian yang dibuat oleh kerajaan sebelum ini ke atas BERNAS untuk melihat dari segi prestasi, sama ada keperluan untuk diberikan satu lagi tempoh yang lebih panjang untuk kelayakan mereka mendapat AP bagi mengimport beras daripada luar ini.
Sewajarnya, ingin saya dapat penjelasan daripada pihak kerajaan, apakah kerajaan tidak pernah terfikir untuk mengambil balik soal kuasa untuk mengimport beras daripada luar itu supaya dipegang dan dikontrol oleh pihak kerajaan sendiri. Ini kerana sebelum ini pun kita lihat bekas Menteri Pertanian dan juga Timbalan Perdana Menteri sekarang pun begitu berang terhadap BERNAS yang menaikkan harga tanpa persetujuan daripada pihak kerajaan sebelum daripada ini, pernah berlaku.
Oleh sebab itu, saya hendak dapatkan satu penjelasan, tidak bolehkah kerajaan mengambil alih, mengambil balik soal permit import ini, AP import ini. Jadi, apabila ambil balik AP import, tidak lagi berlaku monopoli hanya kepada syarikat BERNAS. Kerajaan yang kontrol dan dia hendak berniaga beras, dia boleh meniaga. Kalau Syarikat Wang Tak hendak kuasai BERNAS, itu terpulanglah. Itu tidak ada kepentingan negara di situ. Tidak bergantung dari sudut sektor strategik ini. Jadi, ini sangat penting untuk diberikan penjelasan oleh pihak kerajaan.
Keduanya ialah 100000 - Subsidi Harga Beras. Baru-baru ini, kerajaan telah pun melancar isu SUBUR, beras percuma kepada rakyat iaitu beras 15%. Jadi, saya ingin bertanya apakah selepas ini kedudukan beras 15% itu juga akan juga ada di pasaran yang boleh dimiliki oleh orang yang tidak tersenarai dalam jumlah 200,000 yang disediakan dalam senarai e-Kasih dan juga oleh sektor-sektor ini. Maka saya hendak tahu ini sebab kalau tidak ada bermakna bahawa di pasaran luar ini, orang yang tidak tersenarai dalam 200,000 itu hanya boleh memiliki 15%, tetapi tidak ada subsidi, dengan harga yang lebih tinggi. Jadi sudah tentu bahawa malanglah sebab hanya 200,000 sahaja yang boleh memiliki beras yang lebih murah, sedangkan banyak yang ada di negara-negara kita ini masyarakat yang susah, termasuk middle class sendiri pun masih tidak berkeupayaan, berkemampuan untuk memakan beras yang peratus hancurnya lebih kecil. Jadi, sebab itu saya bimbang bahawa ini akan berlaku.
Kemudian yang keduanya dalam isu ini, apakah masih akan dikekalkan kategori beras 5% hancur, 10% dan 15%? Ini kerana saya bimbang bahawa sebelum ini timbul isu kekurangan beras 15%, apabila kerajaan hanya mengehadkan pemberian 15% ini secara percuma kepada mereka yang terpilih, saya bimbang nanti bahawa beras 15% ini tidak akan ada di pasaran. Jadi, apabila tidak ada di pasaran, saya bimbang pula bahawa beras 10% sebab ada diperkatakan oleh sesetengah pihak, diberitahu kepada saya beras 10% ini juga akan dimansuhkan dan akan hanya ada pilihan bagi masyarakat awam ini untuk makan beras 5%. Maka sudah tentu bahawa ini akan membebankan bagi pihak dan golongan-golongan yang berpendapatan rendah itu sendiri.
Akhir sekali, Tuan Pengerusi, ialah 120000 – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Pelancaran SUBUR ini yang dibuat sempena dengan Program Ekspo Mini MAHA Road Show 2009, Sungai Besar Selangor pada 6 dan 8 September. Pertama, saya hendak mendapatkan penjelasan dalam kita hendak membuat program ekspo, kemudian melancar Program SUBUR ini, berapa kos perbelanjaan keseluruhan pelancaran tersebut dan juga Ekspo Mini MAHA Road Show yang diadakan selama tiga hari daripada 6 sehingga 8 di Sungai Besar baru-baru ini?
Kemudian satu perkara yang saya hendak dapat penjelasan daripada pihak kerajaan, apabila kerajaan, kementerian melalui FAMA akan mengadakan program mini ekspo ini, kerajaan telah pun mengeluarkan tender. Ini ada borang dan syarat-syarat tender kepada saya. Tender khususnya bagi pemasangan khemah Arabian canopy sebanyak 77 khemah dan satu pentas. Satu pentas untuk Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga VVIP yang lain dalam majlis perasmian ataupun majlis pelancaran.
Saya telah difahamkan bahawa sepatutnya tarikh tutup untuk menyerahkan tender untuk pemasangan khemah ini pada 2 November, tetapi isunya ialah apabila ada di kalangan mereka lebih kurang lima ataupun enam penender yang menyerahkan borang ini, apabila mereka pergi sebelum 2 hari bulan, tiba-tiba 31 hari bulan sudah pun ada khemah-khemah itu dipasang, sudah pun khemah itu dipasang, sedangkan tarikh tutupnya ialah pada 2 November. 31 hari bulan sudah pun ada khemah dipasang. Ini gambar yang ada pada saya, gambar yang bertarikh 31 hari bulan. Kerja-kerja untuk menyiapkan, menaikkan khemah-khemah Arabian canopy ini sebanyak 77 khemah.
Saya agak keliru, dia diberikan kepada Syarikat KEB Projek Sdn. Bhd, K-E-B Projek Sdn. Bhd, KEB Projek Sdn. Bhd dengan harganya RM428,000 untuk tiga hari, 77 Arabian canopy dan satu pentas besar, RM428,000, sedangkan lima ataupun enam syarikat yang lain, saya difahamkan yang masuk tender, tetapi masuk tender sebelum tarikh tutup, tetapi selepas khemah itu telah dipasang oleh Syarikat KEB Sdn. Bhd ini. Semua syarikat ini masuk, harga mereka lebih rendah daripada KEB Sdn. Bhd, termasuk ada satu syarikat yang masuk harganya lebih rendah, RM100,000 lebih rendah.
Malah saya telah bertanya baru-baru ini kepada satu syarikat di kawasan yang membuat satu ekspo dengan kerjasama portfolio belia di kawasan saya, Ekspo Belia Niaga. Mereka ini ada siap dengan khemah. Saya tanya kepada mereka kewajaran RM428,000 dengan 77 Arabian canopy. Mereka juga memiliki khemah sendiri untuk diberikan sewa dan sebagainya dengan satu pentas, RM428,000. Mereka kata kepada saya bahawa kalau itulah yang dapat kepada mereka, mereka kaya, syarikat ini dia kata. Kalau sebulan ada dua, tiga function dengan harga macam ini, mereka kata kami boleh goyang kaki tidak perlu buat ekspo-ekspo yang lain.
Jadi, saya ingin hendak mendapat penjelasan daripada pihak kerajaan. Kenapa ini boleh berlaku, pertama sekali tarikh tutup 2 hari bulan, 31 sudah pasang khemah, kenapa diberikan kepada syarikat yang lebih mahal, sedangkan ada syarikat yang menawarkan sehingga RM100,000 lebih murah daripada harga-harga yang ditawarkan oleh syarikat ini.
Saya juga hendak minta supaya Audit Negara harus membuat audit selepas daripada ini, berapa sebenarnya kos pemasangan khemah untuk Arabian canopy ini. Ini supaya kita dapat melihat bahawa kos harga sebenar yang patut diperoleh oleh pihak kerajaan. Saya bimbang bahawa tahun depan juga kita akan melihat ketirisan dan kebocoran yang lebih besar berlaku ke atas perbelanjaan wang negara. Terima kasih Tuan Pengerusi.
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: ...Butiran yang terakhir Tuan Pengerusi, ialah 010400 - Industri Padi dan Beras. Lanjutan daripada rakan saya daripada Pokok Sena mengenai BERNAS. Tuan Pengerusi, 11 Julai 1995, satu konsortium telah ditubuhkan oleh kerajaan yang menggabungkan sembilan buah syarikat, yang menguruskan soal beras ini.
(i) Permatang Jaya Sendirian Berhad, 38.8%
(ii) Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), 11.11%
(iii) Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT), 11.11%
(iv) ZAW Venture Sendirian Berhad. Ini milik bekas Bendahari Pemuda UMNO Malaysia. Arwah. Mudah-mudahan Allah SWT limpahkan rahmat ke atas rohnya. Memiliki 5.56%.
(v) Simple Tax Sendirian Berhad. Ini milik Pengarah Urusan BERNAS, 5.56%.
(vi) Syarikat Perniagaan Peladang MADA, 11.11%
(vii) Syarikat Perniagaan Peladang KADA, 5.56%
(viii) Ilustrasi Hikmat Sendirian Berhad, 5.55%
(ix) Sebiro Holding Sendirian Berhad. Ini milik bekas Setiausaha Agung UMNO. Seorang ahli perniagaan dari Sarawak. Menjadikan jumlah share holder nya ialah 100%.
Rakan saya dari Pokok Sena tadi membangkitkan bagaimana sebuah syarikat dari Hong Kong seawal tahun 2001 lagi telah membeli saham-saham BERNAS ini di pasaran terbuka. Kemudiannya menimbulkan polemik bagaimana mungkin satu industri strategik negara yang dikaitkan dengan isu keselamatan makanan untuk rakyat negara ini boleh terlepas kepada milikan asing.
Pada saat itu kita ada Jawatankuasa Pelaburan Asing atau FIC, pun boleh bolos. Jadi soal liberalisasi yang diumumkan baru-baru ini sebenarnya lama sebelum liberal itu pun, pihak asing sudah kuasai. Akan tetapi kerana ia menjadi polemik dan pertikaian, maka dengan izin, satu arrangement dibuat bagi membolehkan saham syarikat Hong Kong ini dibeli oleh syarikat tempatan yang kita difahamkan tadi, Syarikat Tradewind Berhad. Satu vehicle milik seorang usahawan yang terkemuka di negara kita.
Isunya Tuan Pengerusi, ialah pertama, ketika saham-saham ini dikuasai oleh satu atau dua orang usahawan yang besar. Saya ingin mengetahui apa-apa jadi kepada saham milik Pertubuhan Peladang Kebangsaan, Persatuan Nelayan Kebangsaan, Syarikat Perniagaan Peladang MADA, Syarikat Perniagaan Peladang KADA yang kalau dijumlahkan, mereka sebenarnya mempunyai majoriti syer mencecah 40%?
Tahun 1995, Yang Berhormat Permatang Pauh waktu itu adalah Menteri Kewangan. Sewaktu distrukturkan konsortium ini dengan perjanjian pemilik sahamnya, ternyata bahawa kepentingan peladang, nelayan, petani, penanam padi ini diambil kira. Dalilnya, syarikat yang mewakili kepentingan mereka diberikan peruntukan saham. Hari ini, kita tidak tahu status saham itu. Yang jelas ialah Permatang Jaya milik tokoh UMNO, ZAW Venture, bekas Bendahari Pemuda UMNO dan Simple Tax menjual saham-saham mereka kepada Budaya Generasi Sendirian Berhad yang juga diwakili oleh tokoh perniagaan yang sama. Yang sekarang ini diuruskan pembelian saham syarikat Hong Kong kepada syarikatnya Tradewind Berhad. Ada dua vehicles untuknya di sini.
Jadi Tuan Pengerusi, Kementerian Pertanian saya fikir boleh sahaja memberikan penjelasan tentang perkara-perkara ini, setakat mana kepentingan kelompok nelayan, peladang dan penanam padi dipertahankan melalui peruntukan itu atau pun saham-saham mereka telah pun dijual juga. Terlepas. Kita tidak tahu sebenarnya. Ini penting. Sepenting industri ini, jangan sampai terlepas kepada milik asing. Jadi Tuan Pengerusi, dua perkara itu kita timbulkan di bawah topik BERNAS ini yang menjadikan tiga isu yang saya kemukakan di peringkat Jawatankuasa. Terima kasih. Assalamualaikum.
"Bukan letih lawan dengan Umno. Lawan dengan Umno tidak ada masalah. Yang letih ni sok-sek (bisik-membisik - merujuk kepada politik dalaman) sesama sendiri".Kepada mana-mana pemimpin yang dihentam, saya pesan sekali lagi:
Beliau juga berkata, Husam menjadi sasaran kerana bekas naib presiden PAS itu agak menonjol di Kelantan berbanding pemimpin lain PAS di negeri itu.
"Sampai satu masa, dia pun letih, banyak masalah, banyak tanggungjawab yang dipegangnya. Saya dengar sudah dua tahun dulu lagi perkara ini sudah disebut".
A bunch of minor villains, with all their lame gimmicks, will start kicking ass all around every corner. If you take them seriously, you are either a nobody or a total joke.Kepada kita pula, macam ni lah senang; apa yang baik dan benar yang dilakukan oleh Husam atau sesiapa pun, kita sokong. Kalau depa mengarut, kita bantai without fear and favour. Maksudnya perkara-perkara mengarut yang boleh menjejaskan PAS dan perjuangan Islam. Bantai kelaku dan perangai, bukan memusuhi apa saja yang datang dari sesiapa yang kita tak suka.







NST 2009/11/23
By Shuhada Elis and Nik Imran Abdullah
KUALA LUMPUR: Kelantan Pas deputy commissioner Datuk Husam Musa appears to be entangled in the ongoing crisis in the state party leadership.
It was understood that Husam had stated his intention to relinquish all party and government positions if Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat was suspicious of him.
Nik Aziz, it was learnt, had rejected Husam's offer to resign but the Tok Guru's blue-eyed boy then turned around and gave him an ultimatum.
Sources close to the menteri besar told the New Straits Times that Husam, who is also a state executive council member, had told Nik Aziz that he would only stay on if the Kelantan Menteri Besar Incorporated (PMBK) chief executive officer, Ariffahmi Abdul Rahman, and two state executive councillors relinquished their posts.
Ariffahmi is Nik Aziz's son-in-law who is being investigated by the Malaysian Anti-Corruption Commission for alleged abuse of power.
"Last Tuesday, Husam met Nik Aziz and he wanted to resign but they got very emotional and both of them cried.
"And since Nik Aziz had asked him to stay on, Husam demanded that Ariffahmi and the two executive council members step down, or he would have to go," the source said without naming the two executive councillors.
The conditions set by Husam were purportedly due to the recent crisis in PMBK involving Ariffahmi.
The issue heated up when the former PMBK corporate liaison officer Syed Azidi Syed Abdul Aziz was sacked for allegedly lodging a report with MACC over the mismanagement of PMBK and for conspiring with a Barisan Nasional assemblyman.
However, it was not known why Husam demanded the resignation of the two state executive council members.
"Husam claimed that there was a conspiracy to remove him from the state government.
"There are people in the opposition and even in Pas who see him as a threat because he doesn't tolerate any hanky-panky in the party," said the source.
An online news portal recently reported Husam as saying that he was fully aware of the conspiracy against him and of the efforts to drive a wedge between him and Nik Aziz, who is also Pas spiritual adviser.
He denied rumours that Nik Aziz was considering removing him from the state administration following the actions by Syed Azidi, his former aide of three years, who was openly "attacking" Ariffahmi through his blog and the media.
In Kota Baru, Nik Aziz said he would not allow Husam to step down because of his capability and wisdom, even if the latter had asked to resign from his post.
"I have not mentioned this before for fear of hurting the feelings of other exco members but Husam has brought many benefits to Kelantan with his ideas.
"This boy is smart, has wide experience and is far-sighted. Allah created him not only for Kelantan but for Malaysia. Even if he has requested (to resign), I will not allow it," he said at a press conference in his office yesterday.
Nik Aziz also confirmed that Husam met him a few days ago, but only to inform him that he was advised by a doctor to seek further treatment for a spinal chord related ailment.



Tuan Loke Siew Fook [Rasah]: Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Timbalan Menteri, nampaknya tadi hasil itu amat banyak kepada hasil negara yang datangnya dari hasil perjudian. Jadi, kita minta Yang Berhormat Menteri memperjuangkan tetapi bukan memperjuangkan perjudian tetapi memperjuangkan supaya perjudian itu dikurangkan. [Tepuk]
Walaupun hasil itu banyak dan kita juga mengetahui bahawa hasil itu penting kepada negara tetapi apa yang kita minta ialah bukan sahaja special draw itu perlu dibatalkan dan langsung tidak ada, mungkin saya boleh berikan sedikit latar belakang mengenai special draw ini.
Special draw ini bermula pada tahun 1998 ketika kita ada JE operate di Bukit Pelanduk. Special draw itu digunakan untuk mendapat sedikit hasil daripada orang ramai dan hasil itu disalurkan untuk bantuan kebajikan dan kepada mangsa-mangsa JE di Bukit Pelanduk. Akan tetapi sekarang ini 72 kali setahun, 12 kali kepada setiap syarikat, enam syarikat, 72 kali setahun, itu sudah terlalu lebih. Bukan sahaja special draw kita minta dibatalkan, kita juga minta hari pertaruhan yang ada sebanyak tiga kali seminggu ini iaitu hari Rabu, hari Sabtu dan hari Ahad.
Jadi apa yang kita minta ialah dikurangkan sehingga dua kali seminggu iaitu hari Sabtu dan hari Ahad sahaja. Hari Rabu itu hari bekerja, jadi tidak perlulah main 4D, hari Sabtu dan hari Ahad itu hari cuti, jadi kalau main sedikit tidak apalah. Saya minta agar dapat dikurangkan dan saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri supaya perjuangkan dan kurangkan lagi sehingga dua kali seminggu. [Ketawa]
Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff [Balik Pulau]: Timbalan Menteri, Balik Pulau sedikit. Saya tidak pandai sangat dari segi ekonomi ini, judi pun saya tidak pandai, kita orang Islam tidak bolehlah. [Ketawa] Timbalan Menteri saya hendak tanya sedikit, kerana inilah sahajalah kepakaran yang saya ada. Dari aspek Perlembagaannya, memang setakat hari ini cukai-cukai tersebut yang dibenarkan seperti dikatakan cukai dibenarkan di bawah undangundang, tetapi memandangkan jumlah yang dikatakan tadi besar dan kalau ikut peruntukan Perlembagaan fasal 97, kalau saya boleh kongsi dan Timbalan Menteri boleh bantu kita di sini.
"Segala hasil dan wang yang walau bagaimanapun didapatkan atau diterima oleh Persekutuan tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini dan Undang-undang Persekutuan hendaklah dibayar masuk ke dalam serta menjadi satu kumpulan wang yang dinamakan Kumpulan Wang Persekutuan Disatukan," maksudnya kutip macam mana pun perlu disatukan.
Soalan saya dan mohon penjelasan, memandangkan jumlah ini besar, mungkin melibatkan sumber yang haram, judi ini jelas haramnya. Jadi bagaimana dari segi aspek pengurusan itu? Di mana diletakkan?
Kalau ikut perlembagaan ini, kita tidak perlulah kata secular Perlembagaan, kerana itu isu lain. Akan tetapi, kalau ikut tuntutannya mesti disatukan, adakah sehingga hari ini, jumlah yang besar itu, kesemuanya disatukan ke dalam satu dan itu akan menyambung kepada persoalan Yang Berhormat Machang tadi, malah tidak dipastikan pula di dalam kerajaan kita, tiada kod kan?
Persoalannya ialah, adakah ia disatukan di dalam consolidated fund itu, benda yang haram itu kerana sekarang ini negara berbincang mengenai halal dan sebagainya, dan saya rasa itu perlu diperjuangkan. Mohon penjelasanlah. [Ketawa]
Dato' Dr. Awang Adek Hussin: Terima kasih Yang Berhormat, saya akan perjuangkan, tadi saya kata saya akan bawa, ya? Ini hendak suruh perjuangkan?
Anon 6: Sekarang kau nak hentam Tuan Guru Nik Aziz sebab lantik menantu dia pulak? Apa punya orang lah kau ni Bakaq...Saya berharap Tok Guru yang saya kasihi dengan ikhlas (saya berharap Allah mengiktiraf keikhlasan saya) akhirnya akan sudi memaafkan saya.
Anon 11: BAKAQ....HANG NAK CERCA ,MAKI,TEGUR ORANG LAIN TAK PA...TAPI HANG DAH LEBIH BAKAQ...HANG NAK HEMTAM TOK GURU NIK AZIZ PULAK.....BARUA PUNYA BAKAQ !!!!!
Anon 18: Jika saudara hentam TGNA anda telah menyakiti hati-hati Orang PAS so beradablah bila hentam TGNA.




Assalammualaikum wbt Dear Pak Bakaq,
1.Through this article I want to share with your readers and yourgoodself what we Malays have been doing for ages but now we seem to have forgotten those practices.
2.My hometown is in Kedah.To be exact it is in Bukit Pinang.Bukit Pinang is an orchard village.During fruit seasons you will see a lot of your friends coming down to your house to enjoy the fruits that is plentiful.Among the many fruit trees, Rambutan Lekang Nyiok is the toast of Bukit Pinang.This special type of rambutan has fruits of smooth texture that you can peel off from the seed.It taste a little bit cruncy and it is very sweet.Dear Pak Bakaq, you would love eating them.
3.Every several years, my father would be pruning those rambutan trees.I remember in the 70s helping him collecting the fallen branches and leaves and off course holding the ladder while he is on top of it.He would pruned all the rambutan trees from the top to the bottom.After the pruning, the trees look a little bit 'botak' and we would be putting on 'sekam padi' under the trees after that.'Sekam padi' is what we kampong folks at that time can afford as fertilizers.
4.I noticed that the year we did the pruning, those trees would not bear fruits.Instead the leaves would be dark green and new branches start growing wildly.But in the next year season, we would have a bumper crop ! Rambutans in their thousands will be dangling from those new branches.
5.Sebegitu jugalah dengan PAS.Bagi saya PAS ni ibarat pokok rambutan kat kampong sayalah.Pokok tu parti dan akar tu adalah ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS.Akar tu ok, senantiasa berjuang masa,wang ringgit, peluh ,airmata dan ada juga darah untuk parti dan perjuangan.Berjuang habis-habisan punya.Dikampong saya bila Bang Ghani buat bendang, ada petak khas untuk zakat kepada parti.Bukan saja Bang Ghani,aruah Hj Isa,aruah Pak Cik Mat dan sampailah kepada anak-anak depa.Dee Bang Ghani,Mat Hj Isa ,Shahidan Pak Cik Mat bila buat bendang sampai la ni ada petak khas untuk parti. Inilah semangat yang ada dikalangan penyokong-penyokong PAS.Bila kami yang bernasib baik dapat melanjutkan pelajaran dibawah DEB, justru itu dapat mengnikmati taraf 'middle class' ,jadi warga korporat pula, alhamdulillah kami pun tabur 'sekam padi' kat pokok PAS kita.Hanya kami ni jenis yang buat senyap-senyap - maklumla 'armchair revolutionaires...'
6.Kalau penyokong-penyokong PAS ibarat akar dan batang/dahan pokok rambutan, maka pimpinan PAS adalah ibarat daun dan pucuknya.Dan buah-buah rambutan adalah kerusi-kerusi Parlimen dan DUN yang dimenangi.Pimpinan diberi kepercayaan untuk membawa parti kepada kejayaan.Yang pentingnya matlamat perjuangan harus dicapai.Seperti juga dengan kaedah 'pruning the rambutan trees', pimpinan pun perlu ada proses pembaharuan .PAS mesti ada mekanisma dimana DIINSTITUSIKAN kaedah 'pruning' ni.Contoh,pemegang-pemegang jawatan dalam PAS diperingkat cawangan,kawasan,negeri dan nasional mestilah ada tempohnya.Paling banyak pun 3 penggal (dgn tempoh 3 tahun setiap penggal).Bermakna, daripada Presiden ,Timbalan Presiden ,Pesuruhjaya Negeri,Ketua Kawasan dan Ketua Cawangan paling lama pun adalah 9 tahun mereka memegang jawatan-jawatan tersebut.Selepas 9 tahun letih Bro, idea pun dah tidak banyak dah.Biarlah orang lain pula yang memikul tugas-tugas tersebut.Bila proses 'pruning' ini 'DIINSTITUSIKAN' bermakna mekanisma pembaharuan dalam PAS sedia terada.Pucuk-pucuk baru akan timbul dalam PAS.Selain daripada itu, secara lansung mekanisma 'pruning' dapat melenyapkan penyakit 'warlordism'.Jangan lupa,penyakit 'warlordism' inilah yang memusnahkan UMNO.
NOTA 1 :- Berilah KEPERCAYAAN dan PENGHORMATAN kepada ahli-ahli PAS untuk memilih sendiri pimpinang kami disemua peringkat.Kalau yuran kami boleh diambil,titik peluh kami boleh diminta,wang ringgit kami disuruh derma dan UNDI kami dalam pilihanraya ditagihkan,takanlah nak pilih Presiden,Timbalan Presiden dan ahli-ahli jawatankuasa yang lainnya kami tak reti.Bodoh sangatkah kami.....?
NOTA 2 :- Mekanisma 'pruning' ini bukan saja perlu DIINSTITUSIKAN dalam PAS, mesti juga DIINSTITUSIKAN dalam kerajaan - kerajaan negeri dan persekutuan.Perdana Menteri dan Menteri Besar/Ketua Menteri paling lama dihadkan tempoh pemerintahan hanya kepada 2 penggal sudah lah.Tu pun dah 10 tahun.Lebih dari itu kadang-kadang membawa keburukan, kepada si pemerintah dan yang diperintah.Tak kiralah dia ulama ka,tok guru ka atau sapa pun.Selepas 10 tahun takut timbul perasaan ' I am indespensable' dan takut juga kroni dan keluarga mengambil kesempatan.Maklumlah, bapa atau bapa mentua dah 'incumbent'.'Better to leave when you are at the top....'
:- Kalau didunia korporat, kita ada kontrek.Paling lama boleh jadi CEO pun adalah 7 hingga 9 tahun.Tawke perah kita 7 hingga 9 tahun tu letih Bro ! Lepas tu bagila orang lain 'take over'.InsyaALLAH 'they can do better than us'.
Wallahalam.
Cantik? Klik di sini
Sila klik imej di atasCounter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa
