"The Satanic Verses" versi Selangor

Saya tak perlu cerita apa-apa tentang "The Satanic Verses" tulisan Salman Rushdie. Banyak peristiwa yang berlaku di dalam dunia umat Islam kerana tulisan kurang ajar oleh penulis kurang ajar itu. Barat mengangkat buku itu sebagai karya sastera yang tidak wajar disekat (tetapi makanan dan ubat boleh pula disekat dalam kebejatan embargo mereka).

Di kalangan umat Islam, ramai yang juga yang menjadi peguam tanpa bayaran kepada Rushdie. Bagi mereka, kebebasan berkreatif tidak sepatutnya disekat (bagaimana kalau kita berkreatif maki dan fitnahkan mak bapak depa?). Memfitnahkan Nabi Muhammad pun tak mengapa.

Ada juga pak yet-pak yet di kalangan umat Islam yang memberikan kredit yang tinggi kepada Rushdie. Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Rushdie "a profound writer". Kepala hotak hang!

Oleh kerana bantahan yang kuat dari majoriti besar dunia Islam terhadap luahan kreativiti syaitan itu, Malaysia tumpang sekaki mengharamkan buku itu. Tak pa la tu.

Beberapa hari lalu di Selangor, sama seperti kerajaan Malaysia mengharamkan "Ayat-Ayat Syaitan" yang lebih jijik dari taik babi itu, beberapa pemimpin PAS negeri itu mengharamkan rakaman-rakaman berikut:

1. Ucapan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali dalam satu pertemuan dengan Pemuda PAS negeri itu.

2. Ucapan Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Hassan dalam satu pertemuan dengan beberapa blogger, antaranya orang-orang Umno yang kalau hampa rendam dalam ayaq acaq pun depa tetap Umno. Tak payahlah kutuk depa. Itu pendirian dan hak demokratik depa.

Beberapa persoalan berbangkit dari pengharaman itu:

1. Mengapa pemimpin-pemimpin PAS Selangor berkenaan takut sangat rakaman tersebut tersebar? Ahli dan penyokong PAS pun teringin jugak nak dengar ucapan pemimpin-pemimpin tertinggi PAS.

2. Jika rakaman dalam pertemuan dengan Pemuda PAS Selangor boleh dikategorikan sebagai urusan dalaman PAS dan tidak wajar didengar oleh orang yang tidak menjadi ahli PAS termasuk bakaq a.k.a. ~penarik beca, adakah rakaman dalam pertemuan dengan beberapa blogger termasuk blogger Umno itu (malah kalau ada blogger komunis pun dijemput juga) termasuk dalam kategori urusan dalaman PAS juga? Jika tidak, mengapa orang seperti saya tak boleh tumpang dengar ucapan pemimpin-pemimpin PAS? Tumpang dengar ja...

3. Apakah kandungan rakaman dalam pertemuan dengan blogger-blogger tersebut?

4. Apakah yang diucapkan oleh Nasharudin dan Hassan dalam pertemuan itu?

5. Adakah ucapan-ucapan itu bersifat "prejudicial to PAS interest"? Jika tidak, mengapa ia menjadi bahan yang disorok? (Teringat pulak kempen anti sorok yang dilancarkan oleh kerajaan sekitar tahun 1974 dulu)

6. Jika terdapat ucapan yang bertentangan dengan prinsip maslahah jamaah kepada PAS, siapa yang mengucapkannya? (Saya hanya penyokong Fasal 3, 4 dan 5 Perlembagaan PAS. Tetapi, saya tak lupa janji saya dalam posting bertajuk "Tok Guru Mursyidul Am kena "ISA"?!!" - saya tak akan ambil maklumat dari Ahli-Ahli Jawatankuasa PAS Pusat untuk ditulis dalam blog ini. Saya tak nak mereka menjadi mangsa witch hunting. Sebab itulah saya kata, sebabnya mudah sahaja - bila orang suruh saya bersumpah "waLlahi, wabiLlahi, wataLlahi" bahawa maklumat itu bukan dari mereka, saya tidak teragak-agak untuk bersumpah).

7. Adakah terdapat ucapan yang bersifat "prejudicial to Selangor government interest"?

8. Jika terdapat ucapan yang bersifat "prejudicial to Selangor government interest" yang dibuat oleh pemimpin kerajaan negeri itu, adakah beliau tidak tahu "the principle of collective responsibility"?

9. Jika mustahil beliau tidak tahu "the principle of collective responsibility," mengapa beliau melanggarnya?

10. Adakah berlaku apa yang Orang Putih panggil "conduct unbecoming" sebagai pemimpin PAS atau sebagai pemimpin kerajaan Selangor dalam ucapan Nasharudin dan Hassan ketika pertemuan dengan blogger-blogger tersebut? Jika tidak berlaku, mengapakah rakaman tersebut menjadi bahan yang disorok?

Oleh kerana dah sampai kepada bab "conduct unbecoming," cukup la dulu 10 soalan. Saya tanya ja walaupun saya tahu mereka tak akan jawab (Insya Allah, selepas ini saya akan tulis mengenai "Conduct unbecoming - bercakap bohong").

Berkaitan:
Live dari Hassan Ali- Khalid Samad perlu disingkirkan dari PAS
(Papa Gomo 26/10/09)
Terkini- Sah Pas akan keluar dari pakatan pembangkang (Papa Gomo 27/10/09)
Bongkar - Artikel Gomo yang dipertikaikan. Bawalah sifat amanah ketika menulis! (Al Banjari 27/10/09)
Isu bongkar Al Banjari - Fitnah dari sudut mana artikel Gomo? (Papa Gomo 27/10/09)
Berdialog santai sejenak dengan YB Dato' Dr Hassan Ali dan YB Nasaruddin Mat Isa (Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi 27/10/09)
Pendedahan 1 - mohon penjelasan AJK Pusat! (Al Banjari 28/10/09)
Bila amanah dipegang dan dijunjung..! (Al Banjari 28/10/09)
Rahsia kenapa ADUN dan MP PAS tak lompat parti? (Zainol Abideen 29/10/09)
Blogger Umno mula berpeluh ketiak (Abdul Rahman Abdul Talib 29/10/09)
Kejatuhan kerana ramai pengampu (Al-Bakistani 29/10/09)
Hasan Ali memarahi orang yang dedahkan rakaman bukti beliau!!! (Ali 29/10/09)
Isu pita rakaman berakhir (Al Banjari 29/10/09)
Hasan, 'pebble in Pakatan shoe' to be booted out? (Malaysiakini 30/10/09)
Aku dah kata - kill the messenger!
Jangan salahkan orang lain, salahkan diri sendiri (Jiwo Kelate 30/10/09)
Sebalik tabir: Dr Hassan jadi sasaran (Malaysiakini 30/10/09)
Nik Aziz berjaya hantar mesej 'pemimpin bermasalah' (Malaysiakini 30/10/09)
Hasan named but Selangor PAS investigated (Malaysiakini 30/10/09)
Saya rela disiasat - Hassan Ali (Utusan Malaysia 31/10/09)
Read On 15 comments

Handle the bull by the horns

Berikut ialah apa yang diemailkan oleh seorang pembaca blog ini - saya siarkan tanpa edit sikit pun (maaf, lewat siar):
Assalammualaikum wbt Dear Pak Bakaq,

1.I want to share with you a philosophy that were taught to us during our younger days. During those time we were young corporate players and were groomed into corporate animals. In our everyday corporate life we encounter problems and challenges but we were always taught to " hold the bull by the horns'.

2.The bull is a nasty animal.It like to kick and gore people anytime of the day.When it see a shecow, ahem you know what that bull want to do........Worst is when you have to deal with a rampaging bull or in bahasa Kedah my kampong folks use to called lembu naik darah.

3.How do we handle a bull of this nature.Some people want to hold the bull by the tails.Some by the legs and others by the balls, the bull's balls I mean....From my observation watching aruah Haji Salleh of my kampong in Kedah I can share you some conclusions .Among other profession of his, he owns the largest herd of cattles in the kampong.

4.If you try to stop a rampaging bull by the tail, the bull will be pulling you in all direction.All direction man ! Don't ever imagine that you can dictate where you want to go.The bull just pull you anyway it wants.If you want to handle by the legs, better go and get another job.Obviously you are not qualified to manage a bull, what more a herd of cattles. Offcourse there are those who feel they can handle the bull by its balls. Most probably they got a kick in the face......Pak Bakaq may like to ask my former boss, he got a kick in the face too.Ended up coma for a couple of weeks !

5.Aruah Haji Salleh always handle those problematic bulls by the horns.He grabbed their horns and wrestle them to the ground.Sure he got cuts here and there but man , he has the COURAGE AND THE CONVICTION to handle the bull.He handle them once and for all, grab their horns and wrestle them to the ground. Pak Det use to preach to us the same thing, " Young man ! Handle the bull by the horns !"

6.By the way Pak Bakaq, the recent PAS's decision to hold a seminar on working with Pakatan Rakyat and disciplinary inquiry on PAS Selangor would not pass the standard of aruah Haji Salleh. PAS hold the bull (UG Problem) by the tail and it will drag them ...If it turn out they are holding the bull by the balls, maybe a kick in their face will sober them up. Wallahalam.

Thank You
Email kedua:
Assalammualaikum wbt Dear Pak Bakaq,

1.During my younger days in Kedah I have the opportunity of borrowing books from my elder brothers. Not borrowing actually, more of hand me down kind of things. Banyaklah buku-buku cerita dan comics yang saya dapat baca dalam usia yang masih muda. Dalam banyak-banyak buku tu, adalah satu yang bertajuk Aesop Fables.Jadi saya nak ceritalah disini dan kalau Pak Bakaq dapat share cerita ni bersama dengan pembaca blog Penarik Beca terimakasihla.

2.There's a story of a farmer and his son in Aesop Fables.They were on the way to the market together with their donkey which they want to sell. They walk beside the donkey until they meet a man who suggest to the farmer that he should walk beside the donkey and place his son on the donkey's back.Ok the farmer say and then he walk beside while his son rides on the donkey.

3.Then they meet another chap that suggest that both of them (i.e.farmer and son) should ride the donkey. Jolly good they say and on they go both riding the poor donkey.

4.Then they meet a woman who scholded them for riding the donkey and ask them instead to carry the donkey, which they did......Off course at this stage you just wonder which one is the 'donkey'....

5.While carrying the donkey they has to cross a river.Needless to say the donkey got panicked and they got tired carrying the donkey and it results in the donkey jumping into the river and drowned. The farmer and his son ended up crying by the river.......

6.During my corporate days Pak Det used to remind us of this story. Morale of the story is simple, " in our journey, our struggle, our endouver , we ourselves must dictate our own way in accomplishing the objectives.We can listen to others, but we made our own decisions.We set a clear objective, we prepare the road ahead and we traveled strong.Come what may ! We'll get rid of our problems and continue journeying our own way.We must be firmed with what we have decided and not be fickle minded ! This is what we have decided, lets go ! Period !"

7.By the way Pak Bakaq just a set of question on PAS - PAS have decided way back in 2008 to be with Pakatan Rakyat right ? PAS have won many seats because of this cooperation right ? Those who promote and participate in talks on Unity Government with UMNO has been reprimanded right ? PAS people and UMNO people still talking in the dark right ? Ali's boys still in love with UMNO rights ? These UMNO lovers still made stupid and public statements that confused the public right ? And nobody punish them right ? Now PAS is going to have a seminar on Pakatan Rakyat not an EGM to remove those who want to work with UMNO....I wonder after this apa pula...? Wallahalam.

Thank you.
Read On 5 comments

Sini bukan tempat babi cari makan

Sebelum ni sengaja saya siarkan komen-komen mengarut dalam blog ini untuk membolehkan orang lain melihat bagaimana tahap hujah dan tahap mereka berfikir. Saya juga rasa elok juga diketahui apa hujah mereka - bak kata orang, nak berlawan dengan orang, kena la tau cara depa berfikir.

Ketika menyiarkan komen-komen merapu, bukan saya tak terasa bahawa saya memanjangkan fitnah mereka. Tetapi atas nama demokrasi, saya siarkan juga.

Hari ini, saya dapat tau rupa-rupanya depa cari makan dengan buat kerja-kerja tu. Saya tak cari makan dengan blog ini, walaupun saya bubuh iklan. Nama pun iklan, ada la sekali sekala dapat. Selang 4, 5 bulan ada la dapat sekali. Kalau ada orang beli apa yang diiklankan. Tak payah cerita lebih-lebihlah - Allah Yang Maha Menyaksikan.

Bila saya dapat tau depa cari makan dengan buat kerja lagu tu, sakit hati saya. Depa bukannya menulis kerana mereka percaya apa yang mereka perjuangkan. Tetapi kerana duit - jual bangsa, jual agama kerana duit.

Saya tak halang depa nak cari makan cara lagu tu. Larang pun tidak. Mampoih pi kat depa la. Tetapi, blog ini tidak lagi menjadi padang ragut mereka. Sini bukan tempat babi cari makan. Pi cari makan tang lain! (Catatan: Dah ada dalam kepala, tapi tak tulis lagi. Saya akan tulis tentang "Satanic Verses versi Selangor", antara lain mengenai orang-orang yang diamanahkan menyorok pengkhianatan dan umpat cela kepada kawan. Amanah yang tidak diletakkan di tempat yang sepatutnya).

Berkaitan:
Cybertrooper Umno baru dapat elaun bulan ni - tu yang galak sangat tu (Abdul Rahman Abdul Talib 30/10/09)
Read On 20 comments

Keluar landasan

Seorang lagi wakil rakyat PKR keluar parti. Dari DAP pun ada keluar parti. Seorang ja. Hanya dari PAS sahaja belum ada yang keluar parti.

Tetapi, PASlah yang lebih hebat bab keluar-keluar ini. Keluar landasan.

Pemimpin PKR sembelih partinya sendiri. Pemimpin PAS pun sama. Yang berdarah dan menjadi mayat ialah harapan rakyat yang mahukan perubahan.

Berkaitan:
ADUN keempat keluar PKR (Malaysiakini 29/10/09)
Kenapa TG Nik Aziz tidak hadir sidang akhbar (PC)?? Ini jawapannya!!! (Ali 29/10/09)
Read On 14 comments

Aku dah kata - kill the messenger!

Saya difahamkan bahawa "rahsia" telah dibocorkan kepada Tok Guru Mursyidul Am dan Datuk Seri Presiden PAS.

Berkaitan:
Selangor: Siasat juga pembocor rahsia PAS (Malaysiakini 29/10/09)
Read On 14 comments

Tahniah Umno! Lebih manis dari menang di Bagan Pinang!

Dari posting Mohd Sayuti Omar bertajuk "Seminar ganti EGM" 29/10/09:
Ada cadangan meminta Hasan Ali dipecat daripada menjadi Pesuruhjaya Pas Selangor dan juga Exco Selangor. Alasannya kerana terlibat untuk mengadakan pakatan dengan Umno. Bagaimana pun Abdul Hadi dikatakan telah mempertahankan Hasan dengan meminta agar tuduhan itu disiasat.
Dari posting Ali bertajuk "Hasan Ali bakal hilang jawatan!!!" 29/10/09:
Kekalahan besar PAS dan Pakatan Rakyat untuk PRU-13 semakin menjadi kenyataan. Kepada penyokong Pakatan Rakyat dan PAS, penulis sarankan anda supaya menyediakan diri untuk bersiap sedia untuk menghadapi kekalahan. Kerja kuat untuk menambahkan pendapatan supaya tidak miskin kerana harga minyak, barang keperluan, pengankutan dan lain-lain melambung naik. Pemimpin di atas sana mana pernah memikirkan cukup makan pakai kita. Semua muka penipu. Mana pernah diorang naik bersesak- sesak dalam komuter. Lepas tu claim diri sebagai pemimpin Islam yang berjiwa rakyat. Den nak raso muntah jap.
Dari artikel Raja Petra Kamarudin bertajuk "Whither and hither Anwar?" 28/10/09:
Anwar Ibrahim and many of the opposition leaders have this false feeling of grandeur about themselves. But they are not grand, and certainly far from great. They did not make 8 March 2008 happen. The people made it happen. And what the people make the people can break. And the people are of the opinion that the opposition leaders, Anwar Ibrahim included, have lost their direction.
Dari posting Reme Ahmad bertajuk "PAS retak, tetapi PKR lebih teruk! Sec-gen turun" 27/10/09:
Belum sempat masalah di Sabah diselesai, kini rumah PKR bercambah masalah. Macam gini nak tadbir negara?
(Gambar di atas copy and paste tanpa izin dengan memohon maaf banyak-banyak juga dengan rasa terima kasih dari Penzer Utara Online - sila klik untuk besarkan).

Berkaitan:
Masih lembabkah PAS setelah bermesyuarat (Greenboc 29/10/09)
PAS to hold political seminar instead of EGM (The Sun 28/10/09)
Pakatan mired in troubles
The going does not seem to be smooth for Pakatan Rakyat with almost daily news of infighting among its members. Even PKR has found itself in a quagmire with frustrations over the party’s leadership.

The Star (29/10/09): It is the season of discontent in Pakatan Rakyat with the top leaders in PKR constantly at odds with each other.

At the same time, Pakatan’s lead member PAS is woefully divided over whether to bed down with arch-rival Umno to advance Malay unity and Islam.

In Perak, the DAP-led opposition is no better soldiering on as the government in a make-believe world despite losing the state to Barisan in February.

The all-round troubles in Pakatan have considerably weakened the camaraderie in the coalition, raised suspicions among leaders and generally created doubts among the people over their political maturity and skill to manage the country if they were to capture power at federal level.

Political commenters, including some who are enthusiastic about Datuk Seri Anwar Ibrahim and the PKR, are now openly questioning his status as a unifying national leader and the sole harbinger of national change.

For example, lawyer Haris Ibrahim, in a recent entry under the title “The end days of PKR in Sabah?” in the popular website People’s Parliament, criticised Anwar and his handling of the Sabah leadership crisis.

He also criticised Anwar for wanting a Muslim as PKR leader in Sabah on the grounds that the state is Muslim-majority although PKR’s philosophy is not about race or religion.

Sabah and Sarawak, which were touted as frontline states in his march to Putrajaya, are especially problematic for Anwar.

Historically, Anwar was the man who defeated then chief minister Datuk Joseph Pairin Kitingan in the mid-1990s and oversaw the dismantling of the PBS and the rise of Muslim political parties in the state.

But now as challenger to the throne, he needs the two states to help him reach the seat of power. However, his most recent decisions have made the political situation worse for him.

First, he appointed himself as head of Sabah and Sarawak PKR last year on the grounds that the two states have to be carefully nurtured and the Pakatan network expanded in order to capture them from Barisan Nasional.

But constant infighting in PKR in both states and between PKR and the DAP saw to it that nothing useful by way of organisation took place there.

PKR’s defeat in the April 7 Batang Ai by-election showed the great difficulties Pakatan face in Sarawak and in Sabah.

The setbacks in both states simply kept piling up.

In Sarawak, Ngemeh assemblyman Gabriel Adit was hailed as the man who would deliver the state to Pakatan. However, several months on, he has all but quit PKR and is likely to form his own party.

In Sabah, Anwar passed the PKR chairman’s post to his controversial acolyte vice-president Azmin Ali whose alleged “conceited and arrogant style” virtually saw Sabah PKR close to breaking up.

Last week, Anwar made the situation worse by appointing his loyalist Ahmad Thamrin Jaini as the new Sabah PKR chief, by-passing prominent Datuk Dr Jeffrey Kitingan, former Berjaya star Datuk Ansari Abdullah and another PKR luminary in Kota Kinabalu, Christina Liew.

All three are deeply upset with the selection of Thamrin, who they say is too much an “Islamic person” to unite the different ethnic groups in Sabah.

As a consequence of choosing Thamrin, Dr Jeffery has resigned as PKR vice-president but remains a party member, but, by the looks of it, not for long.

Anwar is desperately sending emissaries to both Dr Jeffrey and Liew to urge them not to do “anything hasty”. But the damage is done, with Dr Jeffrey telling The Star he has burnt “all his bridges”.

Anwar’s dream of reaching Putrajaya would be all but dashed if Dr Jeffrey quits, taking with him at least 15 PKR divisions which are mostly led by non-Muslims.

These leaders had openly supported Dr Jeffrey and demanded that he be made Sabah PKR chairman.

There are similar troubles closer to home, with the well-regarded Datuk Zaid Ibrahim taking six months’ leave after losing a battle with Azmin for the ears of the boss.

It would be a major loss for PKR if Zaid does not return and decides to move on.

Lately, another well-regarded PKR luminary, secretary general Salehuddin Hashim, is said to have handed in his resignation letter to Anwar.

Salehuddin has denied resigning but his disagreements with Anwar over the numerous “not logical” decisions from the party supremo have pushed him to the wall, PKR sources said.

“Salehuddin is tired of the backbiting and the favouritism in Anwar’s decisions,” a PKR source said, adding that the “frustration level” in the top PKR leadership is rising dramatically.

Haris, equally exasperated with Anwar and the PKR over the “Sabah and Sarawak situations”, asked several pertinent questions of Anwar in recent postings.

One was whether Anwar was “truly the changed man from your Umno days or are you a closet Malay nationalist (in the way you are making politically expedient decisions)?”

It is a question many people are also asking.
Pas tolak EGM, setuju adakan seminar politik
Nik Aziz bersalaman dengan Hadi pada mesyuarat khas di ibu negara, malam tadi.

Berita Harian (29/10/09): Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pas Pusat malam tadi memutuskan Muktamar Agung Khas (EGM) yang dicadangkan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak perlu diadakan, sebaliknya digantikan satu seminar politik.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata mesyuarat itu dan Nik Aziz bersetuju seminar politik itu diadakan pada 7 November ini di Markas Pas Taman Melewar.

“Seminar yang akan dihadiri oleh 1,000 bertujuan memperkasakan Pas dalam menghadapi isu semasa.

“Ia dijangka dihadiri perwakilan parti, termasuk badan bukan kerajaan (NGO), ahli akademik dan pensyarah Undang-Undang UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia), Prof Dr Abdul Aziz Bari,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat yang berlangsung selama lebih empat jam di Ibu Pejabat Pas, di sini.

Mesyuarat bermula jam 9 malam, tetapi Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dilihat meninggalkan mesyuarat itu kira-kira jam 10.45 malam.

Dalam mesyuarat itu, Nik Aziz turut menjelaskan beberapa isu yang dibangkitkan dalam blognya www.blog.tokguru.com.

Sementara itu, Hadi berkata, Jawatankuasa Pas Pusat menyerahkan isu membabitkan beberapa tuduhan terhadap Pas Selangor kepada Jawatankuasa Disiplin parti yang dipengerusikan oleh Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk diselesaikan.

Beliau berkata, jawatankuasa itu akan menyelesaikan secepat mungkin isu yang dilemparkan terhadap Pas Selangor.

Antara isu yang dibangkitkan Abdul Aziz dalam tulisannya ialah Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali menyebabkan perpecahan parti pembangkang di negeri itu.

“Ia dijangka dihadiri perwakilan parti, termasuk badan bukan kerajaan (NGO), ahli akademik dan pensyarah Undang-Undang UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia), Prof Dr Abdul Aziz Bari,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat yang berlangsung selama lebih empat jam di Ibu Pejabat Pas, di sini.

Mesyuarat bermula jam 9 malam, tetapi Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dilihat meninggalkan mesyuarat itu kira-kira jam 10.45 malam.

Dalam mesyuarat itu, Nik Aziz turut menjelaskan beberapa isu yang dibangkitkan dalam blognya www.blog.tokguru.com.

Sementara itu, Hadi berkata, Jawatankuasa Pas Pusat menyerahkan isu membabitkan beberapa tuduhan terhadap Pas Selangor kepada Jawatankuasa Disiplin parti yang dipengerusikan oleh Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk diselesaikan.

Beliau berkata, jawatankuasa itu akan menyelesaikan secepat mungkin isu yang dilemparkan terhadap Pas Selangor.

Antara isu yang dibangkitkan Abdul Aziz dalam tulisannya ialah Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali menyebabkan perpecahan parti pembangkang di negeri itu.

Sementara itu, Pemuda Pas Pusat semalam memberi kata dua kepada pucuk pimpinan parti itu supaya tidak lagi membangkitkan isu kerajaan perpaduan kerana ia tidak lagi menjadi keperluan.

Ketuanya, Nasrudin Hassan At-Tantawi, berkata pendirian Pemuda Pas selaras dengan isu dibangkitkan Nik Aziz yang tidak setuju penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Isu kerajaan perpaduan memang dibangkitkan kepemimpinan Pas ketika kerajaan BN diterajui bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“Jadi, apabila sekarang sudah bertukar Perdana Menteri, maka isu berkenaan (rundingan kerajaan perpaduan) tak berbangkit lagi,” katanya.

“Tok Guru Haji Hadi (Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang) sebagai pencetus idea itu telah tutup buku... dah tak bincang lagi sebab suasana tidak mengizinkan dan syarat tidak dipatuhi (pemimpin Umno dan BN) dan keperluan pun tak wujud sekarang. Jadi, kerajaan perpaduan tidak lagi berbangkit.

“Malah, perkara ini juga diputuskan dalam Muktamar Agung Pas Pusat baru-baru ini yang mahu mengukuhkan kerjasama dalam pakatan pembangkang,” katanya di sini, semalam.

Beliau mengulas pendirian Pemuda Pas Pusat mengenai penubuhan kerajaan perpaduan dengan BN seperti yang dicetuskan parti itu sebelum ini.

Kelmarin, Abdul Hadi berkata, Pas membuat keputusan untuk menutup pintu perbincangan dengan Umno dan BN berhubung kerajaan perpaduan bagi mengelak pemimpin parti itu terus bertelagah sesama sendiri.
Read On 49 comments

Memang sungguh: Just another meeting!!

Aku dah kata. Serupo tu la...

Muktamar Khas tak buat. Buar seminar politik ja. Lepas tu, Jawatankuasa Displin akan siasat aduan-aduan mengenai PAS Selangor. Datuk Dr Hassan Mohamed Ali lepas bebas.

Umno berani ambik tindakan hambat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Berani gantung Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Lepas ni boleh la terus main telefon dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Nak hantar SMS sambil bermesyuarat tak boleh dah. Sejak mesyuarat tadi, telefon kena tinggal kat luar. Tak boleh bawa masuk mesyuarat.

Jaga parti kononnya, yang hancurkan parti terus bermaharajalela - jaga parti apa macam tu?!

Sendiri mau ingat la. Mana lebih penting, jaga parti (yang dihancur-hancurkan) atau jaga prinsip?

Perkataan yang paling aku menyampah dari mulut pemimpin PAS la ni ialah "jaga parti". Prinsip tak payah jaga ka?

Berkaitan:
Seminar ganti EGM (Mohd Sayuti Omar 29/10/09)
Konflik dalaman PAS akan dibincang bersama ahli: Seminar ganti EGM (Siasah 29/10/09)
PAS Selangor diseret ke JK disiplin (Malaysiakini 28/11/09)
PAS: Chapter on unity government closed forever (Malaysiakini 28/11/09)
No EGM but PAS to act on Selangor (Malaysian Insider 29/11/09)
No EGM, PAS will hold a political seminar instead (Bernama 29/11/09)

Read On 28 comments

Just another meeting

Siapa rasa mesyuarat khas malam ini hanyalah "just another meeting"? Maksudnya pakat-pakat datang mesyuarat kerana semua orang teruja nak datang, lepas tu pakat-pakat balik untuk menunggu jemputan mesyuarat seterusnya. Habuk pun tarak.

Selalunya begitulah. Takat la ni, setengah duit pun aku tak percaya.

Dari beberapa blog yang saya baca, saya nak tanya adakah perkara yang akan berlaku adalah seperti berikut:

1. Adakah akan berlaku witch-hunting dan shoot the messenger? Tok Guru Mursyidul Am dapat maklumat dari siapa? Dulu ada disebut dalam mesyuarat perkataan "fitnah penarik beca". Nasib baik Tun Abdullah Ahmad Badawi bodoh (atau diprogramkan supaya tak bodoh oleh penasihat-penasihatnya termasuk dalam Task Force 2010 untuk perangkap PAS). Dia mengaku.

Oleh kerana ia bukan urusan orang jahil, saya yang jahil tungkil ni nak tanya ja, adakah Tok Guru Mursyidul Am akan diinterrogate sehingga beliau mendedahkan semua sumber maklumatnya? Lepas tu shoot the messenger. Vilify his sources. And, launch the sacred witch-hunting

2. Adakah akan jadi majlis taklimat Datuk Dr Hassan Mohamed Ali? Majlis taklimat di mana beliau akan belasah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan membangkitkan bahawa Mamat tu langsung tak peduli hal-hal mengenai Islam seperti taklimatnya kepada Pemuda PAS yang saya dengar sendiri kehebohannya. Kalau dengar taklimat Hassan itu, memang tak guna seduit pun Menteri Besar Selangor itu. Bukan kerja aku nak bela dia. Pandai-pandailah Khalid bela diri dia sendiri. Kalau saya pun dengar cerita itu, takkan Khalid tak dengar.

3. Adakah akan jadi majlis "ana hanya laksanakan keputusan mesyuarat" seperti yang ditulis dalam blog Al Banjari di pautan ini? Malas dah aku nak ulas lagi bab bertemu dalam gelap dengan pengkhianat Melayu dan pelacur bangsa ni. Cukuplah saya petik apa yang saya tulis dalam posting bertajuk "Mengapa Tok Guru Nik Abdul Aziz marah?"
Kira-kira sebulan atau dua bulan sebelum Malaysiakini 3/12/07 menyiarkan berita bertajuk "PAS-Umno bincang isu Melayu-Islam," seorang menteri (kini tidak lagi menjadi menteri) dan seorang timbalan menteri (selepas itu menjadi menteri sekejap dan kini Ahli Parlimen biasa) mendedahkan secara bisik-bisik tentang pertemuan-pertemuan Ustaz Nasharudin Mat Isa dan seorang lagi pemimpin PAS dengan pemimpin-pemimpin Umno.

Apa yang menarik, versi pertama berita Malaysiakini itu kemudiannya dipinda menjadi versi yang ada kini. Tak berapa lama selepas itu, saya tanya wartawan Malaysiakini yang terlibat iaitu Muda Mohd Noor, "awat hampa pinda berita tu?" Saya tak ingat jawapan dia tetapi yang saya ingat ialah beliau menceritakan tentang hubungannya dengan Nasharudin yang tidak lagi baik seperti sebelumnya selepas berita itu disiarkan.

Laporan Malaysiakini itu kemudiannya diulas oleh Allahyarham Rustam A Sani dalam posting blognya yang bertajuk "Perundingan belakang tabir PAS-Umno?" (sudah tak ada link berkaitan tetapi masih boleh dibaca di sini).

Dengan kemampuan Barisan Alternatif (kini dikenali Pakatan Rakyat) memenangi begitu banyak kerusi dalam pilihan raya 8/3/08 itu, saya fikir tak ada siapa lagi di dalam PAS yang teringin nak berselingkuh politik dengan Umno. Rupa-rupanya tidak.

Dalam mesyuarat pada petang 9/3/08 di pejabat Perhubungan PAS Kelantan, dengan begitu beraninya Haji Mustapha Ali bagai mengarahkan Nasharudin bertemu dengan Umno, Haji Husam Musa bertemu dengan PKR dan Haji Mohamad Sabu bertemu dengan DAP untuk mengadakan perundingan (Saya hairan mengapa tidak ada siapa pun yang mempersoalkan arahan itu. Saya juga tertanya-tanya adakah orang-orang seperti Husam dan Mat Sabu lembab sangat otak mereka nak membaca kilas politik Cik Gu Pa ketika itu?)

Selepas itu, pada petang 11/3/08, berlakulah pertemuan yang kemudiannya diceritakan oleh Haji Khalid Samad dalam posting Siasah bertajuk "Rombongan PAS untuk mendengar tawaran BN, kata Khalid Samad". Banyak peristiwa yang berlaku sebelum mereka pergi yang tak dapat saya ceritakan di sini.

Bagi saya, tindakan menyuruh Husam bertemu PKR dan Mat Sabu bertemu DAP hanyalah camouflage untuk mewajarkan pertemuan petang 11/3/08 itu. Kepada saya, pemimpin politik peringkat tertinggi tak main jumpa gitu-gitu ja. Tak boleh kata "Pak Lah, kami nak jumpak hang!" dan terus boleh jumpa.

Mesti diatur terlebih dahulu pertemuan itu. Kalau sudah boleh atur-atur dan pertemuan pula diadakan secara sulit dan di tempat eksklusif, saya mengandaikan hubungan sudah lama dibuat. Saya mengandaikan, sudah lama sebelum pilihan raya 8/3/08 beberapa pemimpin PAS berselingkuh politik dengan Umno.

Bisik-bisik bekas dua menteri di atas memang benar. Malah, saya bertambah yakin apabila kebetulan bertemu dengan seorang Menteri Besar Umno di restoran satay Kajang.
Berkaitan:
Live dari Jalan Raja Laut : Gambar- gambar terkini di Pejabat Agung PAS, KL (Ali 28/10/09 - boleh juga diikuti di sini)
Mesyuarat khas Pas harus ulangi tiada kerjasama dengan UMNO
Oleh: TAN SRI ABDULLAH AHMAD

Sinar Harian (28/10/09): Desakan-desakan Mursyidul Am Pas, Datuk Tok Guru Nik Aziz bin Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan telah dipersetujui pemimpin-pemimpin yang dikecamnya untuk mengadakan mesyuarat khas hari ini bagi menimbangkan sama ada parti itu mengadakan EGM atau sebaliknya. Pada saya nampaknya persoalan EGM atau tidak, tidak timbul lagi. Mesyuarat khas ini hanya perlu mengulangi Pas tidak akan bekerjasama dengan UMNO, parti musuhnya, dalam apa situasi pun. Kalau saya baca Nik Aziz betul-betul, padanya keputusan Muktamar di Ipoh, diulangi di Shah Alam, tidak mencukupi. Dia mahu keputusan ketiga untuk memastikan Pas tidak bekerjasama dengan UMNO dalam apa jua keadaan. Sebabnya, barangkali pada pendapatnya, walaupun sudah ada dua keputusan yang muktamad, masih ada lagi permainan politik di kalangan setengah-setengah pemimpin Pas yang mahu menjalinkan hubungan ke arah penubuhan Kerajaan Perpaduan atas sebab-sebab dan kepentingan mereka sendiri. Dan, usaha ini mendapat sambutan pula daripada setengah-setengah pemimpin UMNO yang juga seperti pemimpin yang dituduh oleh Nik Aziz mempunyai agenda politik mereka tersendiri.

Saya rasa saya boleh meneka keputusan mesyuarat khas hari ini akan memperkukuhkan lagi keputusan Muktamar (to reiterate) yakni membuat keputusan sekali lagi tidak bekerjasama.

Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menegaskan bahawa partinya hanya mahu bekerjasama dengan Pas yang bersatu padu, bukan Pas yang berpecah. Jelas Najib telah menaikkan palang politik (political bar). Sebelum itu tatkala UMNO ghairah untuk bekerjasama dengan Pas terutama di Perak dan Selangor selepas pilihan raya umum pada 8 Mac 2008 tidak ada pula syarat demikian.

Nampaknya Nik Aziz terlampau kecil hati dan marah kepada Presiden Pas, Datuk Seri Tok Guru Haji Hadi Awang, Timbalannya Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Setiausaha Agung Pas, Datuk cikgu Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas Selangor merangkap Exco Kerajaan Pakatan Rakyat Datuk Dr Hassan Ali kerana mereka inilah yang dianggapnya sebagai golongan pemimpin Pas yang pro UMNO. Dan, kepada Tok Guru kerjasama dengan UMNO amat dikutuk (anathema).

Kerajaan Campuran

Eloklah saya beri sedikit sejarah tentang Kerajaan Perpaduan atau Kerajaan Campuran. Lazimnya, sama ada Kerajaan Perpaduan (national unity government) atau Kerajaan Campuran (coalition government) terbentuk hanya masa peperangan seperti yang berlaku antara Konservetif Parti dan Parti Buruh British semasa peperangan dunia ke-2 melawan Nazi Jerman. Dan Kerajaan Campuran pula zaman Tun Razak, selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969, dibentuk antara UMNO, Pas, Gerakan dan SUPP dan juga PPP. Kini kita tidak menghadapi peperangan atau pun krisis nasional. Apa perlunya diadakan Kerajaan Campuran atau apa lagi Kerajaan Perpaduan kecuali bagi menguntungkan agenda politik orang-orang tertentu sahaja?

Kemarahan Nik Aziz ini berpunca daripada pengalaman pahit Pas semasa menjadi parti komponen BN antara awal 70-an hingga Pas ditendang oleh UMNO pada tahun 1977 kemuncak dengan pilihan raya pada 1978, di mana Pas hilang negeri Kelantan tatkala saya merengkok dalam tahanan ISA selepas kembalinya Tun Razak, pelopor kepada kerjasama Pas dengan UMNO, kembali ke rahmatullah pada 1976. Saya yakin andainya Tun Razak tidak meninggal dunia, kerana saya terlibat secara langsung dengan penubuhan Kerajaan Campuran seluruh Malaysia, Pas tidak akan terkeluar daripada BN. Ini hanya berlaku zaman penggantinya, iaitu Datuk Hussein bin Onn. Tun Razak terlalu cintakan kepada perpaduan ummah dan bangsa. Saya amat mengetahui hati perut dan wawasan siasahnya.

Agenda peribadi

Maaf, bukan UMNO yang bersalah menendang Pas lantaran itu janganlah prasangka dengan UMNO. Apa yang berlaku zaman Hussein Onn ialah bagi memperkukuhkan ‘agenda peribadi’ pemimpin-pemimpin tertentu dalam UMNO yang mahu Pas keluar daripada Kerajaan Campuran. Kerana pada masa itu pada pendapat pihak-pihak tertentu UMNO telah kembali kukuh. Antara sebabnya pada saya agak remeh yang memulakan kemarahan orang-orang tertentu dalam UMNO kepada Pas ialah penubuhan beberapa cawangan Pas di beberapa Rancangan FELDA terutamanya di Johor. Pada suatu hari, Insya-Allah, saya akan menerangkan secara terperinci butir-butir mereka dan isu sebenarnya yang menyebabkan Pas dan UMNO berpisah pada akhir 70-an.

Sebenarnya dalam sebuah negara homogeneous yakni negara seragam atau sejenis seperti Jepun, jarang berlaku Kerajaan Campuran. Lazimnya keadaan ini berlaku di sebuah negara yang majmuk seperti kita, sebab itulah BN dianggotai 14 parti perkauman dan Pakatan Rakyat tiga parti – satu parti Islam, satu DAP pemimpin dan keanggotaannya majoriti Cina dan PKR pemimpin dan keanggotaannya majoriti Melayu. Kerajaan Campuran atau coalition government juga dikenal dalam istilah politik sebagai khemah besar (big tent), united front (barisan bersatu), dan umbrella (payung). Kita boleh mengecam Kerajaan Campuran sebagai strange bed fellows (bersekedudukan antara dua, tiga atau ramai yang aneh, tidak lazim) atau unholy alliance – perikatan orang yang tidak kudus atau suci.

Tak mungkin bersatu

Saya suka mengulangi madah Tun Razak waktu kita menubuhkan Kerajaan Campuran awal 70-an. “Kita telah bersetuju membentuk Kerajaan Campuran kerana parti-parti yang bersahabat dengan kita itu menerima dasar-dasar kita khasnya Dasar Ekonomi Baru. Atas dasar itulah kita mengadakan Kerajaan Campuran supaya mengukuhkan lagi perpaduan rakyat dari pelbagai kaum untuk kestabilan politik dan negara.” DAP sungguhpun dijemput telah menolak kerana tidak bersetuju dengan dasar itu. Tambah Tun Razak, “DAP tidak dapat diterima oleh UNMO kerana ia adalah sebuah parti cauvinis Cina yang menjalankan dasar perkauman.” Saya ingat sangat madah Tun Razak ini kerana saya yang menulis ucapan yang dilafazkannya pada Perhimpunan Agung UMNO di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 24 Jun 1972.

Berasaskan sejarah tertentu iaitu peristiwa penubuhan cawangan Pas di kawasan Felda dan keadaan semasa, saya agak bersetuju dengan Nik Aziz. Apa perlunya diadakan Kerajaan Perpaduan antara UMNO dan Pas? Lagipun tak mungkin ini berlaku dengan Pas masih lagi dalam Pakatan kecuali Pas mahu keluar dari Pakatan Rakyat. Saya kira itu bukanlah maksudnya seperti yang telah diputuskan secara muktamad dalam Muktamar di Ipoh dan Shah Alam. Dan, barangkali akan disahihkan lagi hari ini.

Masa depan Pas lebih baik dalam Pakatan Rakyat dan UMNO pula dalam Barisan Nasional. Bak kata Dr Mahathir, tidak boleh mereka bersama kerana mereka incompatible atau mereka yang tidak secocok. Dan, Dr Mahathir ialah Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO sewaktu Pas diterajang dari BN. Dia amat mengetahui ketidaksecocokannya Pas dan UMNO.
Read On 16 comments

Blogger-blogger Umno tu tak salah la!

Ramai yang marah, menghentam dan mengutuk blogger-blogger Umno yang hadir ke pertemuan di rumah Datuk Dr Hassan Mohamed Ali (biasanya saya tidak mahu menggunakan gelaran yang diberikan puak bangsawan kepada para pemimpin PAS - sebab saya tak suka begitu. Tetapi selepas ini, saya akan menggunakannya apabila menyebut nama beberapa pemimpin PAS). Watak utama dalam pertemuan itu ialah Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Hassan sendiri.

Saya tak fikir blogger-blogger tersebut yang salah. Dah orang jemput nak bagi cerita baik punya, depa datang la.

Kalau aku sekalipun, katakan tiba-tiba Tan Sri Muhyiddin Yassin panggil ke rumah dia nak cerita bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak adalah pengkhianat Melayu, berlari aku pergi. Kalau selipar aku putuih masa tu, kaki ayam pun aku pi.

Itu natural. Dan tentulah amat natural juga kalau blogger-blogger Umno itu memenuhi jemputan pertemuan tersebut.

Kerja aku ialah nak pelingkup Umno. Kalau ada orang Umno panggil aku nak bagi bahan mentah untuk nak pelingkup Umno, bodoh sunnguh la aku ni kalau aku tak sambut panggilan itu. Begitu juga dengan blogger-blogger Umno itu, kerja depa ialah nak pelingkup Pakatan Rakyat (PR) demi kepentingan kesedapan kuasa Umno - guna pi gelembong perpaduan Melayu ka, perpaduan Islam ka, apa ka; dah gelembong, gelembong pi la apa pun.

Dah kerja depa nak pelingkup PR, bodoh terlampau la depa tu kalau depa tak sambar peluang yang dihidang kepada mereka.

Blogger-blogger Umno yang memenuhi jemputan pertemuan di rumah Hassan itu tak salah. Malah, depa cerdik.

Apa, hampa ingat Nasharudin dan Hassan bodoh dan tidak cerdik? Jangan dok bodo la. Depa pun cerdik oi! They were serving their purpose, macam mana nak kata depa bodoh?!! (Gambar di atas copy and paste tanpa izin dengan memohon maaf banyak-banyak juga dengan rasa terima kasih dari blog Al Banjari - sila klik untuk besarkan).
Read On 26 comments
Read On 41 comments

Induction dan deduction cara mudah

Dalam menentukan hukum sesuatu perkara, dengan disiplin ilmu yang ada padanya, ulama yang cerdik biasanya membuat induction dan deduction berdasarkan nas dan pelbagai kaedah fiqh serta ilmu bantu yang lain sehinggalah ia boleh membuat keputusan bahawa sesuatu perkara itu boleh atau tidak boleh dilakukan.

Itu ulama. Saya taraf talabah pun tidak. Kalau dalam susunan "'aliman au muta'alliman au mustami'an au muhibban" tu, saya jatuh nombor empat - saya suka orang yang mengajar, belajar atau mendengar orang belajar. Takat tu ja.

Tetapi, saya pun teringin jugak nak buat induction dan deduction. Induction dan deduction cara bodo saya la. Bukan tentang hukum agama. Tetapi tentang politik dan gelagat ahli politik.

Kalau orang Umno suka sangat kepada seseorang pemimpin PAS kerana sikap politiknya, saya tak rajin nak dekat dengan pemimpin seperti itu. Tetapi, kalau orang Umno benci sangat atau sekurang-kurangnya tak suka kepada seseorang pemimpin PAS kerana pendirian politiknya, saya dok rasa pemimpin macam tu jenis boleh buat kawan.

Tu kira kaedah induction dan deduction cara mudah la. Kaedah itu mengambilkira bahawa pemimpin-pemimpin PAS dah terpecah dua - satu golongan benci Umno manakala satu golongan lagi penagih dan pencinta Umno.

Dalam blog ini sengaja saya siarkan berlambak-lambak maki hamun Umno terhadap Tok Guru Mursyidul Am. Tu tak kira lagi tuduhan bahawa dia belasah rasuah la, melantak balak la. Saya berharap sangat-sangat ada mana-mana pihak yang boleh membuktikan tanpa sebarang keraguan munasabah bahawa Tok Guru belasah rasuah dan melantak balak.

Tu satu perkara. Lagu mana pulak nak buat induction dan deduction antara Umno dan DAP?

Pertama sekali kita kena ingat, ketika Umno bunuh orang PAS di Memali dan di Lubok Merbau dulu, adakah pada masa itu PAS berkawan dengan DAP? Soalan tu kena ingat sentiasa dan tak boleh lupa dalam membuat induction dan deduction tersebut.

Perkara tu penting sebab orang Umno la ni dok ratib siang malam bahawa depa tak suka kat PAS sebab PAS berkawan dengan DAP.

Beberapa pemimpin PAS pula turut dirasuk atau sengaja menghisteriakan diri mereka dengan perkara yang sama - sehingga di dalam mesyuarat dan di rumah orang kenduri pun dok meratib-ratib bahawa DAP ada agenda dia, agen Singapura dan sebagainya (Umno agen siapa dia tak kira).

Dari segi nak buat induction dan deduction antara Umno dan DAP, saya rasa kena berdasarkan sesuatu isu.

Ambik contoh, kalau DAP berperang dengan rasuah, penyalahgunaan kuasa atau penindasan Umno dan Barisan Nasional (BN), tu kena sokong DAP. Mampoih pi la Umno nak kata apa pun.

Tapi kalau DAP memerangi usaha untuk melaksanakan undang-undang Islam ke atas orang-orang Islam misalnya (yang turut diperangi oleh Umno dan BN), bab tu kita kena berlawan dengan DAP. Mampoih pi la kalau hilang sokongan pun.

Maknanya, kena pakai sentiasa prinsip induction dan deduction apabila berurusan dengan DAP.

Bagaimana pula keinginan ahli politik beragama Islam yang nampak beria-ia sungguh nak mengawal penjualan arak? Bab tu kita kena buat induction dan deduction terhadap pola kelaku ahli politik berkenaan.

Kita kena pantas mengenalpasti adakah dia buat itu semua kerana benar-benar nak mengawal penjualan arak atau dia sebenarnya sang oportunis yang menunggangi isu dan sentimen orang ramai demi memenuhi nafsu tidak terkawalnya yang gian sangat nak jadi Menteri Besar.

Kita kena bertanya dan berbincang sana-sini untuk menganalisis gelagatnya. Kalau peniaga pandai menganalisis gelagat pengguna, pengguna juga kena pandai menganalisis gelagat peniaga.

Ahli politik bagaikan peniaga. Bahan dagangannya kepada kita ialah dasar, prinsip, kejujuran serta gelagat politiknya. Gelagat politik boleh juga diukur menggunakan sejarah kejujuran atau ketidakjujurannya.

Ilmu induction dan deduction cara mudah yang perlu ada pada pengguna barang dagangan ahli-ahli politik seperti yang saya sebutkan itu tak diajar di sekolah. Di universiti tak tau la, sebab saya tak pernah mengaji di universiti - sekolah menengah pun tercicir.

Di mana nak belajar? Saya hanya boleh bagi satu jawapan ja - pendedahan atau exposure. Banyak-banyaklah berkawan dengan semua golongan.

Bila kita dah ada deria itu, baru dua tiga patah perkataan dia bercakap dengan kita pun, kita dah tau Mamat tu jenis boleh pakai atau tak boleh pakai. Jangan lupa, bukan kita sahaja yang ada deria tu, orang lain pun ada jugak. Malah, mungkin derianya lebih tajam dan lebih hyper lagi.

Read On 11 comments

Tok Guru Nik Aziz tak henti-henti dituduh bangang

Setiap kali Tok Guru Mursyidul Am bercakap mengenai puak dalam PAS yang tergelejat-gelejat gian sangat nak berkendak politik dengan parti pengkhianat Melayu, tak tangguh-tangguh lagi beliau dituduh dirasuk penghasut jahat atau dituduh bodoh nak mampus sehingga dengan begitu mudah beliau boleh dipergunakan - any stupid idiot can put his words into Tok Guru's mouth.

OK la, saya pun dah tak tahan dah nak menyimpan rahsia. Ni saya nak bagi tau satu rahsia.

Sebenarnya, tulisan bertajuk "PAS: Keperluan muktamar khas luar biasa" dalam blog Tok Guru tu saya, bakaq a.k.a. ~penarik beca yang tulis. Sebab itulah tulisan tersebut tidak ada alasan yang kukuh, sembrono, tak ada fakta, tak ada hujah, tak ada dalil. Mesti tak ada fakta, sebab bakaq bukan ahli PAS. Dia takat sokong fasal-fasal seperti Fasal 3, 4 dan 5 Perlembagaan PAS ja.

Sebab, Tok Guru tidak akan buat kenyataan yang seperti itu dengan tidak ada alasan yang kukuh. Dia tidak buat kenyataan 'sombrono' dan dia mesti ada fakta, ada hujah, ada dalil. Takkan Tok Guru hendak buat kenyataan berdasarkan MCA buat macam itu, kita (PAS) juga hendak buat macam itu. Umno buat macam itu, kita (PAS) pun hendak buat macam itu. Mesti ada fakta, kita (PAS) parti Islam.

Habislah cerita Tok Guru tu. Ni saya nak cerita tentang taktik saya pada tahun tujuh puluhan dulu.

Pada suatu hari, Tok Bilal kampung saya kata tikus bergencok ronggeng dalam bendang. Bila saya dapat tau tentang apa yang Tok Bilal kata tu, saya pun beritau Mat Trompet bahawa saya tak percaya Tok Bilal kata gitu.

"Takkan Tok Bilal nak buat kenyataan bodoh dan bangang macam tu. Setahu aku, Tok Bilal tak cakap merapu macam orang tak cukup seringgit," kata saya kepada Mat Trompet.

Dalam hati, saya tau sangat memang Tok Bilal kata tikus dok bergencok ronggeng dalam bendang. Tapi saya tak nak la kata Tok Bilal buat kenyataan bodoh dan bangang serta bercakap merapu macam orang gila. Nanti bergaduh sakan pulak saya dengan dia. Saya kata la saya tak percaya Tok Bilal kata gitu.

Lagi pun, kalau orang tau Tok Bilal memang kata tikus dok bergencok ronggeng dalam bendang, saya takut orang-orang yang selama ini percaya sangat kepada Tok Bilal akan termakan kata-katanya.

Saya takut sangat akan terancam pula tikus-tikus yang dok bergencok ronggeng dalam bendang tu. Apa salahnya tikus melanyak habis padi di bendang kita?

Bendang kampung sebelah kan ada. Lagi lumayan bib!

Berkaitan:
Hasan main ragbi ketika orang lain main bola? (Malaysian Insider 26/10/09)
Saya sudah tua untuk didalangi - Nik Aziz (Malaysian Insider 25/10/09)
Isu EGM PAS: Harun Taib suspek bukan Nik Aziz yang tulis (mStar Online 25/10/09)
Syor Nik Aziz tak masuk akal
Ketua Dewan Ulama syak Mursyidul Am Pas dipengaruhi pihak lain

Berita Harian (26/10/09): Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata cadangan mengadakan mesyuarat agung khas (EGM) untuk mengubah kepemimpinan parti adalah tidak masuk akal kerana Pas tidak menghadapi masalah pucuk pimpinan.

Beliau juga mendakwa cadangan menerusi blog Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat supaya parti mengadakan EGM itu ditulis dan dipengaruhi oleh pihak lain.

Pesuruhjaya Pas Terengganu itu juga berkata parti hanya akan mengadakan EGM untuk meminda perlembagaan parti dan bukan untuk 'mengubat parti' yang dikatakan sedang berdepan masalah.

"Tidak ada sebab untuk Pas mengadakan EGM. Tidak ada angin bertiup... pokok pun tak bergoyang, macam mana boleh tiba-tiba nak buat EGM kononnya nak tiru macam MCA dan Umno.

"Saya tidak boleh terima kerana Pas masih sihat, semakin sihat dan semakin mendapat sokongan sama ada orang Melayu mahupun bukan Melayu. Kalau nak kata untuk memperkasakan parti... parti sudah perkasa. Kalau nak selesaikan masalah, parti tidak ada masalah.

"(Oleh itu) idea EGM tidak masuk akal dan tidak berasas. Malah, tidak mungkin Nik Aziz mengemukakan idea itu kerana hujahnya sering berlandaskan al-Quran dan sunnah," katanya ketika dihubungi semalam.

Jumaat lalu, dalam blognya Nik Aziz mencadangkan supaya EGM diadakan bagi menukar 'dua tiga kerat' pemimpin parti itu yang bermasalah. Tiga pemimpin yang dinamakan beliau ialah Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.

Kelmarin, Nik Aziz berkata beliau tidak akan menarik balik cadangan itu, sebaliknya tetap mahu EGM diadakan walaupun ada pemimpin Pas tidak bersetuju.

Harun juga berkata, sehingga kini beliau percaya kenyataan dalam blog itu ditulis oleh orang lain, bukannya Nik Aziz.

"Saya tidak dapat mengesahkan sama ada kenyataan dalam blog itu atas kehendak hatinya atau sama ada ditulis sendiri atau oleh orang lain.

"Setakat yang saya kenal Tok Guru (Nik Aziz) dia tidak akan bercakap perkara seperti itu. Saya juga menghubungi presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) bertanyakan isu berkenaan tetapi presiden kata belum membaca blog itu," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, berkata soal mengadakan EGM tidak lagi berbangkit, sebaliknya dalam pertemuan dengan Nik Aziz di Kota Bharu kelmarin, Menteri Besar Kelantan itu mahu beliau mengemukakan satu isu dalam mesyuarat khas yang akan diadakan dalam masa terdekat.

"Soal EGM sudah tidak berbangkit lagi, cuma Tok Guru (Nik Aziz) mahu saya membawa satu perkara dalam mesyuarat khas itu. Tok Guru sendiri yang mencadangkan EGM ditukar kepada mesyuarat khas," katanya.

Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad dalam kenyataan lima perenggan dalam blognya, pula berkata mesyuarat Majlis Syura dan Jawatankuasa Pas Pusat yang bakal diadakan dalam tempoh terdekat akan menilai sama ada wujud keperluan bagi mengadakan EGM atau sebaliknya.

"Pas amat menggalakkan perbincangan dan menghargai setiap pandangan atau kritikan. tetapi pada waktu ini setiap pimpinan diminta membincangkan perkara ini secara dalaman dan tidak menggunakan media termasuk blog dan Facebook yang boleh mendatangkan banyak persepsi negatif serta membuka ruang untuk media luar memutarbelitkan isu ini.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasruddin Hassan, berkata masalah dalaman parti perlu diselesaikan di peringkat dalaman, bukannya membincangkannya secara terbuka seperti mengadakan EGM.

Katanya, perbincangan secara terbuka atau EGM bertentangan dengan prinsip parti, apatah lagi kemelut yang melanda parti bukanlah isu besar yang perlu dihebohkan sehingga boleh menimbulkan kerisauan ahli Pas.

"Parti hanya mahu mendengar kenyataan Mursyidul Am sendiri, bukannya daripada pihak ketiga atau keempat. Sebenarnya masalah ini kecil tetapi digembar-gemburkan oleh pihak tertentu," katanya.

Read On 105 comments

Muktamar khas: Putar belit kata-kata

Orang kata, nak kenal orang yang sokong Umno senang ja. Yang hebat-hebat, dia akan kata dia sokong Umno. Yang kurang hebat akan kata, dia tak sokong mana pun, undi rahsia dan macam-macam lagi. Ada juga yang tak nak sebut Umno. Tapi dia akan kata bahawa dia "bimbangkang hok-hok istimewa Melayu". Dia tak mahu menerima hakikat bahawa Umno pengkhianat Melayu.

Apa pun, mereka pandai berahsia. Tak macam kebanyakan penyokong PAS, mereka bukan sahaja tak pandai berahsia tetapi kadang-kadang bersemangat sakan.

Tetapi, sesama PAS terbalik pula. Yang ketagih Umno seperti pecacai parti penipu Melayu itu di Selangor atau berperangai mengalahkan Umno dan kuat pula menghina orang-orang PAS seperti Mamat di Kedah berani berterus terang menolak muktamar khas (EGM) yang dicadangkan oleh Tok Guru Mursyidul Am. Yang tidak dapat diingati oleh begitu ramai orang bilakah dia pernah berada di barisan hadapan berlawan dengan Umno (kecuali jadi calon pilihan raya) seperti Pesuruhjaya PAS Terengganu pula putar-putar kata yang entah apa-apa. Yang menolak kelab pencinta Umno seperti Pesuruhjaya PAS Johor pula teragak-agak bahasanya.

Saya tulis perkara di atas kerana terbaca liputan dalam muka depan Mingguan Malaysia hari ini.

Berita-berita dalam Mingguan Malaysia hari ini:
'Tiada siapa jadi dalang'
Pas tak perlu ada EGM
Permintaan Nik Aziz dibawa ke peringkat pusat
Hadi, Harun mahu dengar penjelasan dahulu
Mustafa Ali berdiam diri
Nik Aziz dan EGM Pas

Read On 67 comments

Muktamar khas dan Bagan Pinang

Jika Muktamar Khas (EGM) diadakan, saya takut Umno akan menikmati kemenangan yang jauh lebih manis dan lazat berbanding kemenangannya di Bagan Pinang. Saya bagaikan melihat betapa lebarnya senyuman anggota-anggota kelab pencinta Umno di dalam PAS selepas EGM itu.

Selepas EGM itu, saya juga bagaikan melihat PAS akhirnya akan dikuasai oleh orang-orang Umno yang membawa kad keahlian PAS.

Saya mungkin terlalu pesimis. Oleh kerana saya sangat pesimis, saya hanya boleh menaruh harapan kepada Allah s.w.t. dan mereka yang optimis. Saya akan tetap menyokong.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Tok Guru Mursyidul Am menegaskan:
"Saya tidak akan menarik balik cadangan itu kerana ia dibuat atas hasrat dan isi hati saya sendiri yang mahu menyelamatkan parti" (Baca selanjutnya di sini).
Read On 22 comments

Muktamar khas, timing dan "whack the dog"

Ketika PAS dilemahkan oleh semua orang tau siapa, berita Malaysiakini bertajuk "Bersih: Kemungkinan 10 lagi p'raya kecil," melaporkan:
"Ini bermakna Pakatan Rakyat mungkin tinggal 74 kerusi di Parlimen," kata Bersih - gabungan parti politik dan NGO yang berkempen untuk pilihanraya bebas dan adil.

Dengan itu, katanya, BN akan memperolehi semula penguasaan dua pertiga di Parlimen.
Sebab tu saya kata timing. Tok Guru Mursyidul Am dok ajak kita "whack the dog". Sambil itu, tuan anjing buat kerja sakan memusnahkan aspirasi rakyat ketika kita sibuk dok "whack the dog".

Patutnya, orang-orang PAS yang memperjuangkan kejatuhan Umno dan Barisan Nasional buat kerja habis-habisan untuk menafikan hidup senang-lenang si tuan anjing - Umno dan BN. "Whack the dog" boleh buat kemudian - bila tuan anjing dah dipatah-patahkan kaki dan tangannya.

Laa, hampa tak tau ka, anjing berlagak sakan sebab dia tau tuan dia ada dengan dia. Anjing di Selangor menyalak sakan sebab dia tau tuan dia bersama-sama dia. Belasah tuan dia cukup-cukup. Diam terkecut terkincit la anjing tu.

Awat, hampa ingat boleh selesai masalah kalau buat Muktamar Khas atau EGM? Aku nak bagi tau sekali lagi, Desiderius Erasmus Roterodamus kata, "In the land of the blind, the one-eyed man is king".

Hampa fikir sendiri la. Takkan aku nak berterus terang sangat. Jangan nak suruh aku explain.
Read On 22 comments

"Nak pecah, pecah gi lah apa boleh buat"

Saya pernah berada dalam era-era perpecahan dalam PAS sebelum ini. Ada perpecahan besar dan banyak lagi yang kecil. Tetapi tidak ada yang mencetuskan ribut taufan sehebat perpecahan akibat kecenderungan beberapa pemimpin PAS untuk berkendak politik dengan Umno.

Mungkin tidak berlaku lagi bertepuk tampar dalam gelap dengan Umno. Mungkin. Tetapi saya teringat kata-kata seorang kawan teh tarik di Restoran Thaqwa. Pak Ya namanya. Dia kata, kalau dah jenis makan taik, dia akan tetap cari taik walaupun kita dah heret dia jauh dari taik.

Barangkali api makin merebak sakan dalam sekam. Itulah yang mungkin Tok Guru Mursyidul Am nak padam.

Dulu-dulu, bila orang PAS berlawan sesama sendiri, mereka tak rajin menjerit dalam media. Bukan tak ada, tapi tak macam la ni.

Antara cara mereka berlawan dulu ialah dengan berlawan buat program. Puak A buat program untuk nak promosikan agenda dan fikrah dia. Bila puak B tengok puak A buat program, depa pun buat jugak.

Parti nampak rancak. Apa yang berlaku di sebalik itu, kadang-kadang yang menghadiri program pun tak sedar. Halus kerja depa. Bukan macam satu program yang tiba-tiba ada menjelang muktamar dulu. Budak-budak pun boleh agak ada bangkai di sebalik tirai. Baunya terlampau busuk!

Cakap pi la terus terang. Nak mesyuarat agung luar biasa (EGM) ka, apa ka, tingkatkanlah program untuk merapatkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat (PR) - tu yang saya sebut fasal timing tu. Kepada khalayak PAS, saya yakin program sedemikian lebih laris berbanding dengan program tikam kawan sendiri seperti yang dibuat di Selangor - yang mengakibatkan pergolakan baru tercetus lagi sehingga melarat kepada cadangan mengadakan EGM.

Bila satu pihak dok pulun nak kuatkan pakatan untuk mengahadapi musuh Melayu dan bukan Melayu manakala satu pihak lagi dok sabotaj tak habis-habis sehingga orang-orang buta yang menjadi pengikutnya pun dah mula nampak pekung di dada jahatnya, barulah kita berkira lagu lain pulak.

Apa pun, saya tidak menentang perpecahan dengan kelab pencinta Umno yang membawa kad keahlian PAS. Tak dak apa saya nak bantah kata-kata Tok Guru:
"Nak pecah, pecah gi lah apa boleh buat" (baca selanjutnya di sini)
Read On 42 comments

Timing tak kena, Tok Guru

Saya tak bercadang nak bantah apa-apa pun yang terkandung dalam luahan hati Tok Guru Mursyidul Am bertajuk "PAS: Keperluan muktamar khas luar biasa?". Sambil cuba memahami mungkin Tok Guru dah tak tahan lagi mengharung apa yang dirasainya bagai api dalam sekam, yang saya nak kata hanya satu sahaja: Timingnya tak kena.

Oleh kerana Tok Guru faham Bahasa Inggeris, saya yakin Tok Guru tahu apa yang Orang Putih selalu kata, timing is important - kalau pun kita tak nak terima bahawa timing is everything. It is a common belief, Sir!

Berkaitan:
Sokong 100 peratus cadangan Tok Guru Nik Aziz
(Aris Awang 22/10/09)
Kudis yang disimpan oleh PAS kini mula gatal? (W Fauzdin 23/10/09)
Muktamar khas: Antara perlu dan tidak (Zolkharnain Abidin 23/20/09)
Suara perubahan dalam PAS (Otai Manjong Man 23/10/09)

EGM PAS wajib disegerakan...perghh.. (Keras Pedal 23/10/09)
Muktamar khas PAS pecat Hadi? (Malaysiakini 23/10/09)
Nik Aziz calls for EGM to pick new PAS leaders (Malaysian Insider 23/10/09)
Pas perlu adakan EGM: Nik Aziz
Sinar Harian (23/10/09): Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu Pas adakan Muktamar Agung Khas Luarbiasa bagi bincang isu pemimpin bermasalah.

Beliau dipetik dari laman blognya berkata, ia penting bagi membincangkan masalah seperti isu-isu berkenaan pemimpin seperti Hassan Ali atau Mustafa Ali yang Pas bekerjasama dengan Umno ke arah kerajaan perpaduan.

"Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah.

"Perkara ini boleh dibawa pada muktamar terbabit dan boleh ditentukan samada untuk mengikut atau menentang idea terbabit," katanya.

Tambah beliau, dengan muktamar sebegini juga penjelasan dapat diberikan kepada mereka yang berada di atas pagar yangterbyata banyak mempengaruhi beberapa keputusan pilihan raya sebelum ini.

Manurutnya, pandangan itu berasaskan mesyuarat agung luar biasa yang dilakukan Umno dan MCA sehingga menggugurkan Presiden dan Timbalan Presidennya.

Menteri Besar Kelantan itu juga berkata, Pas mahu membincangkan isu beberapa pemimpin bermasalah.

" Masyarakat India pun boleh menentang Samy Vellu dengan mewujudkan parti lain, maka tiada yang pelik.

"Kita nak kekal yang mana dan buang (pemimpin) yang mana. Dengan Muktamar Khas yang boleh menjelaskan dan memutuskan banyak perkara," kata beliau lagi.

Nik Aziz berkata, biarlah kita ambil mandat baru sekali lagi, biar ia dilakukan ringkas dalam sehari penuh atau dua hari penuh, proses yang ringkas, dan keputusannya adil, telus, tepat, terus dan jelas.

Tegas beliau, Pas perlu ada perubahan dalam pemain-pemain penting yang menduduki kerusi kepimpinan Pas diperingkat pusat,

"Jika ingin dianggap sebagai persiapan ke arah PRU ke 13 pun, kata lah, dah memang betul begitulah," kata beliau lagi.
Malaysia opposition chief exposes party rift
Asian Correspondent (23/10/09): The spiritual head of Malaysia's Islamic opposition group has demanded the ouster of key party leaders, intensifying a factional feud following attempts to form an alliance with the federal government.

The infighting in the Pan-Malaysian Islamic Party comes amid a string of similar disputes in other political parties — both in the government and the opposition — that have undermined hopes of boosting political stability amid an economic downturn.

Nik Abdul Aziz Nik Mat said the Islamic Party should convene a special congress for members to elect a fresh set of top officials and get rid of what he called "problematic leaders."

"I strongly feel there must be changes in the key players who hold seats in the party's core," Nik Abdul Aziz said in a statement late Thursday.

It was not immediately clear if Nik Abdul Aziz can gain sufficient support in his call for a leadership revamp because the party only just held its last elections in June. But his statements are certain to fuel concerns that the party is headed for a split.

He singled out several party officials whom he said had tried earlier this year to hold high-level talks with Prime Minister Najib Razak's ruling coalition to build cooperation.

The talks never materialized after other party members voiced dismay that the idea was an effort by the National Front to destabilize the three-party opposition alliance that made stunning gains in March 2008 general elections.

In the elections, the National Front failed to win a two-thirds majority in the 222-member Parliament for the first time in four decades amid public anger over its failure to resolve accusations of corruption and racial discrimination.

The opposition alliance won an unprecedented 82 seats, with the Islamic party more than tripling its seats to 23.

Both Najib's main ruling party and the Islamic opposition draw their support from the country's majority Malays. Some government leaders have said the parties should create an alliance to heal political divisions in the community (Associated Press).
Read On 57 comments

Pelantak duit tak salah, sistem yang salah di Kedah

Ketika mengulas mengenai pilihan raya kecil Bagan Pinang dalam posting bertajuk "Lebam tersembam di Bagan Pinang," saya tulis seperti berikut:
Kalau semuanya negatif, tak dak benda langsung ka yang saya nampak positif dari pengalaman di Bagan Pinang?

Ada. Dalam pilihan raya itu, PAS keriau sakan bab integriti. PAS berperang sakan dengan rasuah. Semua perbuatan PAS itu hakikatnya meletakkan satu standard yang mesti dipakai di masa depan. Siapa yang kena pakai? PAS la.

With all their hues and cries, PAS leaders have set a high standard for their own party. Terasa sedap cakap Mat Salon pulak nak sebut benda tu. Hantam saja la Labu!

Lepas ni PAS jangan dok tebiang nak letakkan calon yang tidak berintegriti dan tidak dipandang bersih.
Maknanya, walaupun dengan taraf blogger cikai sahaja, kita menjerit-jerit supaya integriti yang tinggi dijadikan syarat kepada semua calon PAS dalam mana-mana pilihan raya.

Hari ini, akhbar NST menyiarkan berita bertajuk "Azizan blames 'system'" (komen-komen di sini). Nampaknya kena menjerit dengan lebih kuat lagi.

Read On 7 comments

Umno yang membawa kad keahlian PAS

"Politik, orang kata adalah berkaitan persepsi. Saya percaya bukan sahaja Prof Dr Abdul Aziz Bari malahan ramai lagi rakyat Malaysia yang lain yang juga mempunyai persepsi seperti Dr Abdul Aziz iaitu persepsi bahawa sesetengah pemimpin PAS adalah pro Umno," kata Mohamed Hanipa Maidin. Klik di sini untuk membaca selanjutnya.

Dr Abdul Wahab Arbain pula berkata, "Kalau pemimpin PAS begini yang jadi menteri keselamatan dalam negeri, mungkin Aziz Bari dipindahkan ke Kemunting". Klik di sini untuk membaca selanjutnya.

Berkaitan:
Idris harus berkepala dingin (Zolkharnain Abidin 21/10/09)
Gua jawab Idris Ahmad (Aduka Taruna)
Read On 20 comments

Stail Umno

Malaysiakini hari ini melaporkan berita bertajuk "Kematian Teoh: Pakar kata 80% kemungkinan homisid" dan "Teoh's death 80% homicide: Thai doc". Malaysian Insider pula melaporkan berita bertajuk "Thai expert says Teoh’s death ‘80pc’ homicide".

Teringatlah saya teori kawan-kawan dari Umno. Mereka kata, kongsi gelap yang bunuh Teoh Beng Hock. Kongsi gelap itu pula, kata mereka, ada kaitan dengan Exco Selangor, Ronnie Liu.

Atau, boleh jadi mereka akan kill the messenger. Boleh jadi mereka akan busukkan sebusuk-busuknya pakar patologi dari Thailand itu.

Sebelum ni, bukankah selalu mereka buruk cabukkan Raja Petra Kamarudin? Penakut, pengecut, macam-macam. Datuk Seri Najib Tun Razak tak pula penakut, tak pula pengecut.

Apa pun, saya sedang menanti-nanti teori dan penghinaan terbaru dari mereka.

Itulah stail Umno (yang juga digemari dan digiankan sangat oleh sesetengah orang PAS).
Read On 15 comments

Bila si bangang bercakap bagi pihak PAS

Saya tidak tahu siapa yang memberikan kenyataan kepada Malaysiakini. Tetapi, saya berharap para pemimpin PAS buat homework dulu sebelum bercakap dengan wartawan. Jangan bercakap merapu macam si bangang yang kehilangan separuh dari akalnya.

Tetapi, jika yang memberikan kenyataan kepada Malaysiakini itu memang bangang, berhentilah jadi pemimpin PAS. Saya dah tak larat nak habaq dah, orang bangang tak layak sama sekali jadi pemimpin.

Dalam berita Malaysiakini semalam yang bertajuk "PAS tidak sepakat isu bukan Islam," antara lain dinyatakan:
Ahli-ahli bukan Islam, jika diberikan kuasa sebagai dewan, dibimbangi akan mendesak PAS untuk mengubah dasar-dasar parti.
Sejak bila pula satu dewan boleh mengubah dasar parti? Pergi baca Perlembagaan PAS la!

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui, si bangang itu sendiri dan wartawan Malaysiakini, Abdul Rahim Sabri yang tahu siapakah si bangang yang membuat kenyataan itu.

Berkaitan:
KPP akan temui pimpinan PAS (Malaysiakini 21/10/09)
Mujahid harap KPP diterima jadi sayap PAS tahun depan (Malaysiakini 22/10/09)
PAS revives non-Muslim wing plans (Malaysian Insider 22/10/09)

Menarik:
Zakhir kata, IJN nak diciluk sekali lagi. Baca di sini.
Read On 36 comments

Apa cerita kereta SPRM yang dibakar?

Saya terima email ini:
Salam Pak Bakaq,

1.Saya ingat lagi apabila kes Teoh Beng Huat dijumpai mati diperkarangan pejabat SPRM tempoh hari, tiba-tiba negara dikejutkan dengan kejadian kereta SPRM diKelang dibakar dengan molotov cocktail.

2.Kalau tidak silap saya juga, PDRM Selangor mengadakan siasatan terhadap kes ini dan terdapat juga (kalau tidak silap saya ) kenyataan daripada PDRM Selangor bahawa penyiasatan dah hampir siap.

3.Soalan : So what happens to the case ? Was anybody charged ? If no news, then why ? Would appreciate very much if Pak Bakaq and Malaysian netizens raised up this issue.

Thank You.
Read On 8 comments

'Asabiyyah Barisan, 'Asabiyyah Pakatan (III)

Semalam, laman berita menyiarkan tiga kejayaan hebat kerajaan Barisan Nasional (BN):

Govt may bear part of RM1.14b rail double-tracking loss (Malaysian Insider 19/10/09 - nak debik balik Datuk Seri Ong Tee Keat kot yang bersungguh sangat fasal skandal PKFZ. Maklumlah, semua soalan fasal PKFZ di Dewan Rakyat di tolak ke bawah sekali atas arahan kabinet katanya)
Only 14 GLCs paid dividends to the government from 2005-07 (Malaysian Insider 19/10/09)
Pelabur risau, internet M'sia lembab (Malaysiakini 19/10/09)

Memang sakit hati. Tetapi yang lebih menyakitkan hati ialah suara-suara membela kegagalan tersebut semata-mata kerana yang gagal ialah Umno dan BN. Mampoih pi la rakyat rugi besar dan kepentingan rakyat dikorbankan.

Orang Umno saja yang menyakitkan hati? Orang PAS tidak? Ah, dalam PAS pun ramai yang membela kesalahan semata-mata kerana yang bersalah itu adalah pemimpin atau orang PAS. Mereka sebenarnya lebih menyakitkan hati - mulut bercakap hendak memperjuangkan Islam tetapi perangai 'asabiyyah.

Terutama kepada diri saya sendiri dan juga kepada kawan-kawan yang suka beramal dengannya, tak kira la hampa parti apa pun, saya copy and paste lagi riwayat-riwayat dalam mazhab Sunnah wal-Jama'ah fasal 'asabiyyah:
Wathilah bin al-Asqa pernah bertanyakan makna 'asabiyyah kepada Nabi Muhammad s.'a.w.w, lalu Nabi yang suci menjawab: "('Asabiyyah ialah) kamu menolong kaummu atas kezaliman" (Riwayat Abu Daud)

"Sesiapa yang berperang di bawah panji kebutaan, marah kerana 'asabiyyah, menyeru orang lain agar bersikap 'asabiyyah atau membantu golongan asabiyyah, lalu terbunuh, maka kematiannya adalah jahiliyah" (Riwayat Muslim)
Kepada yang terbuka dan nak baca, boleh baca penjelasan oleh Imam Khomeini (quddisa sirruh) mengenai 'asabiyyah - klik Eighth Hadith: On 'Asabiyyah.

bakaq a.k.a. ~penarik beca tak 'asabiyyah? Pigirah! Kadang-kadang dia dok diam ja dan hanya berkata dia bersetuju dengan kritikan orang. Mudah-mudahan bersetuju dengan kritikan orang dapat mengurangkan dosa 'asabiyyah. Saya memohon ampun kepada Allah s.w.t. dan akan berusaha sedaya upaya untuk tidak berperangai 'asabiyyah yang jahat itu.

Berkaitan:
'Asabiyyah Barisan, 'Asabiyyah Pakatan
'Asabiyyah Barisan, 'Asabiyyah Pakatan (II)
Read On 3 comments

Sultan Perak tak layak dihormati?

Raja Petra Kamarudin mendakwa, Sultan Perak tak layak dihormati. Takut nanti tak jumpapula cari artikel tu, saya kena pautkan atau linkkan artikel yang bertajuk "Why the Pakatan Rakyat government was brought down in Perak" tu.

Jika benar pendedahan Raja Petra itu, nampak benar pembohongan apabila mereka mendakwa kononnya mereka memperjuangkan kepentingan Melayu.

Ramai orang Melayu yang buta dan tak nampak-nampak, Umno sebenarnya hanya memikirkan perut sendiri, bukan kepentingan Melayu. Bila kebetulan rakyat dapat tumpang dasar yang mereka buat untuk kepentingan perut mereka sendiri itu, mereka pun kata, itulah jasa Umno.

Sayangnya, rakyat tak nampak-nampak tujuan Umno meninggalkan tulang-tulang kepada mereka setelah membaham isinya puas-puas, semuanya dengan satu tujuan untuk membolehkan mereka terpekik terlolong mendakwa "itulah jasa Umno".

Para pemimpin Umno seperti seorang kerani pejabat tanah di sebuah bandar. Sambil membuncitkan perutnya mentekedarah rasuah dengan menjadi tukang syubhat kepada pelbagai kerja jahat, beliau juga suka mengungkit-ungkit "jasa"nya kepada orang-orang kampung.

"Proses bagi-bagai tanah pusaka keluarga hang dulu, aku yang buat. Hang jangan buat perangai tak ingat jasa orang pulak," katanya.

Dia bernasib baik kerana orang-orang kampung percaya bahawa dia memang berjasa kepada mereka. Dia bernasib baik kerana orang kampung lupa bahawa dia memang dibayar gaji untuk membuat kerja dia di pejabat tanah tu, tak kiralah proses apa sekalipun.

In the land of the blind, the one-eyed man is king - Desiderius Erasmus Roterodamus.
Read On 38 comments

Mentaliti parti perasuah

Saya harap tidak benar apa yang dilaporkan oleh berita Malaysian Insider hari ini bertajuk "Some spectators claim they were paid to attend 1 Malaysia launch".

Jika benar, saya harap ada orang berakal menyedarkan rakyat bagaimana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Barisan Nasional (BN) menghina rakyat Malaysia. Di sisi parti perasuah dan pengkhianat Melayu itu, rakyat berharga semurah RM30 sahaja. Tak mungkin begitu hina dan murah rakyat Malaysia yang bermaruah. Lainlah kalau mereka itu ayam daging yang dibela oleh parti perasuah dan pengkhianat Melayu.

Berikut ialah sebahagian laporan tersebut:
It also seemed to show that the Prime Minister, despite being implicated as responsible for BN's power grab in Perak, had finally won them over.

The Malaysian Insider understands that earlier in the evening, some members of the public were registering themselves at certain locations throughout the city and were given coupons to collect at least RM30 in exchange for attending the function.

Some government-funded associations, for example, were asked to congregate at a particular location in town where they were given their money and subsequently ferried to the stadium by the busloads (baca selanjutnya di sini).
Read On 14 comments

Bila KJ nak cincang nyawa Umno

Apabila Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mahu mencincang satu-satunya taruhan parti wahdatul-rishwah untuk terus berkuasa, mengkhianati Melayu, meminggirkan Islam dan menggasak harta kekayaan negara (kalau tak gasak, mana nak cari duit main politik wang), mengamuklah orang-orang Umno (lihat ucapan KJ di sini).

Hari ini, satu-satu penyambung nyawa kekuasaan Umno ialah perbuatan mengapi-apikan sentimen bahawa orang-orang Melayu sedang dicabar dan diperangi. Babi mahu memerangi Umno, DAP mahu memerangi Umno, kuil Hindu mahu memerangi Umno, semuanya mahu memerangi Umno.

Malah, ada yang mendakwa Umno sangat memerlukan satu lagi rusuhan perkauman untuk terus berkuasa. Harap-harap tak betul.

Saya yakin, A Voice cakap betul apabila beliau menyifatkan Khairy bahalol.

"Tatkala Hak Melayu, status Islam dipersoalkan, institusi Melayu dihina, bahasa Melayu disamakan dengan bahasa asing dan institusi-institusi kerajaan diserang dan diperlekehkan, jangan pula ada bahalol kata Melayu kena buang siege mentality," katanya.

Beliau juga berkata:
Khairy has lost his soul as a Malay and does not deserve the Ketua Pemuda Umno post.
Malah, beliau mengingatkan:
If Pemuda agree with Khairy, we can kiss Umno goodbye to the next layer of empty souls as leaders that are selfish and self serving!
Setahu saya, A Voice payah nak marah kat orang. Pi la minum teh tarik dengan dia, kalau tak percaya. Bila dia dah marah, aku rasa lagi baik aku pi main jauh-jauh.

Dalam berita bertajuk "Khairy defends his call for Malays to end siege mentality", Malaysian Insider semalam melaporkan:
Most Malay-language newspapers, particularly those aligned with Umno, failed to highlight his call for the Malays to end their siege mentality, in reporting his speech at the opening of Umno's Youth assembly.
Bukan setakat blogger Umno dan akhbar Umno yang angin satu badan dengan Khairy, malah Tun Dr Mahathir Mohamad juga dilaporkan tak setuju. Lihat berita Malaysian Insider hari ini bertajuk "Dr M dismisses Khairy’s call to end 'siege mentality'".

Akhirnya Khairy kelihatan mengalah walaupun buat kenyataan face-saving seperti yang kita boleh baca dalam berita Malaysian Insider semalam tu.

Lalu menyalaklah dia dengan cerita bilik perang pulak (Lihat berita Malaysiakini semalam "Pemuda Umno tubuh 'bilik perang' pilihan raya" dan berita Bernama semalam "'Bilik perang' Pemuda Umno atur strategi menangi hati rakyat").

Alahai, kalaulah Umno tahu betapa hebatnya kepimpinan PAS hari ini dan pelapisnya pula lebih terer lagi... Ah, takkan aku nak bagi tau pulak! Rahsia jemaah, Syeikh... (Selamat menyambut Deepavali kepada yang beragama Hindu).

Berkaitan:
Perkara 153 jadikan Umno tidak relevan (Harakahdaily 15/10/09)

Bacaan menarik:
Awas menantu melintas (Muqabalah 15/10/09)
Read On 19 comments

Daftar sebagai pengundi di Shah Alam


Sila klik imej di atas

Read On 4 comments

Ingat! Umno yang buat masjid!

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah berkata, walaupun sehingga kini Barisan Nasional (BN) masih belum memerintah Kelantan, namun langkah membina dan membesarkan masjid tetap diberi keutamaan dengan peruntukan yang disalurkan ke arah pengembangannya berkali ganda mengatasi kerajaan negeri.

"Sepanjang 18 tahun PAS memerintah, berapa masjid yang dibina. Saya dimaklumkan hanya satu iaitu di Rantau Panjang. Tetapi sehingga kini projek itu masih tergendala," katanya (lihat Utusan Malaysia 5/1/08 "Kelantan dijanjikan pusat ketamadunan Islam")

Mengenai kesungguhan Umno membina masjid itu, wakil Umno Terangganu, Datuk Dr Rosli Mat Hassan hari ini berkata: "Apabila kita buat masjid, tapi kita tak pergi masjid. Kita buat sekolah tapi kita tidak kenal PIBG" (lihat Malaysiakini 15/10/09 "Jangan letak lagi 'calon payung terjun'")

Berkaitan:
"The problem in Umno is not the constitution but the culture. The amendments are great but it will not change the culture of corruption which is deep-rooted" - Mujahid Yusof Rawa dalam "PR’s take on Umno reform: Sweet, but time will tell" (Malaysian Insider 15/10/09)
Read On 40 comments
 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008