Siapa api-apikan perkauman?

Dalam posting di dalam blognya yang bertajuk "Open houses," Tun Dr Mahathir Mohamad berkata:
Ia menjadikan saya tertanya-tanya tidakkah negara ini lebih baik keadaannya jika kita tidak mempunyai ahli-ahli politik. Memanglah, saya pun ahli politik juga. Tetapi nampaknya, ahli-ahli politiklah yang terus mengapi-apikan perkauman.
Saya pula tertanya-tanya, siapakah yang mengapi-apikan perkauman? Di dalam PAS, saya kenal siapa ahli-ahli politik yang mengapi-apikan perkauman untuk kepentingan politik mereka. Sebab itulah saya tetap menyatakan saya hanya menyokong Fasal 5 Perlembagaan PAS dan fasal-fasal yang berkaitan dengannya seperti Fasal 3 dan Fasal 4.

Perangai ahli-ahli Kelab Pencinta Umno yang membawa kad keahlian PAS itu menyebabkan saya meluat sungguh kat depa.

Alamak, saya juga kadang-kadang muncul sebagai racist apabila hendak bermain tit for tat dengan puak-puak racist. Nak buat lagu mana, dah nak berlawan dengan depa menggunakan senjata depa sendiri.Justify Full
Apabila Umno memilih Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai calon Barisan Nasional (BN) di dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, adakah parti pijak kepala lembu itu akan menggunakan isu kredibiliti dan integriti sebagai bahan kempennya? Boleh jadi.

Tetapi, jika kedua-dua isu itu tidak larat diangkat oleh parti itu sebagai modalnya di dalam pilihan raya tersebut, apa lagi yang boleh disumbatnya ke kepala para pengundi Melayu yang membentuk kira-kira 66 peratus pengundi di situ? (Gambar di sebelah ihsan The Star).

Ada modal terbaik lain selain perkauman?

Apa pun, saya tertanya-tanya mengapakah, di dalam tulisannya yang bertajuk "Abdul Rahim Abu Bakar, the Hang Jebat of Pahang," Raja Petra Kamaruddin membuat dakwaan seperti berikut:
Isa Samad, in a way, suffered the same fate, but he refused to grant the Negeri Sembilan ruler what His Highness wanted not based on principles but because Isa wanted it all for himself (hmm…let’s hope we meet him in this coming by-election in Bagan Pinang).




Read On 33 comments

Bagan Pinang, undi pos, parti perasuah dan meluat

Bagi saya pilihan raya kecil Bagan Pinang adalah medan untuk menghapuskan atau sekurang-kurangnya mengasak undi pos to the wall. Ada kira-kira 4,604 pengundi pos di sana.

Bagan Pinang juga, bagi saya, ada medan penerusan perjuangan Gabungan Pilihanraya Adil dan Bersih (Bersih) selepas perhimpunan besar-besaran 10 November 2007 lalu. Antara tuntutan Bersih ialah seperti yang dinyatakan dalam memorandumnya kepada Yang di-Pertuan Agong iaitu "pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara".

Semua orang dah jangka, Umno akan meletakkan calon favouritenya, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad. Beliau adalah calon terbaik parti yang pernah disebut sebagai parti perasuah oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Saya juga melihat Mohd Isa adalah calon terbaik Umno dan Barisan Nasional (BN) ketika Malaysia di bawah pemerintahan BN terus merudum dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) apabila berada pada kedudukan ke-47 pada tahun 2008 berbanding tangga ke 43 pada tahun 2007.

Pemilihan Mohd Isa sebagai calon parti pijak kepala lembu juga adalah yang terbaik ketika Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu mengakui bahawa pengundi-pengundi India meluat kepada BN.

Teringat pula rungutan Samy Vellu terhadap akhbar parti pijak kepala lembu, Utusan Malaysia:
"I give you an example, the cow-head incident, we all condemned the demonstration thinking that it will bring about racial misunderstanding and brew trouble in the country

"But that news, they don't carry. They carry news in support of the cow-head demonstration, they are determined to do something that is (detrimental) to others rather than what is true".
Pemilihan Mohd Isa juga menimbulkan tanda tanya adakah Dr Mahathir akan berkempen di Bagan Pinang seperti yang beliau lakukan di Bukit Gantang?

Pemilihan Mohd Isa, ketika Omar Ong dipilih sebagai Ahli Lembaga Pengarah Petronas, turut menimbulkan tanda tanya adakah nasib Dr Mahathir di zaman pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi, di mana pandangannya dibakulsampahkan, akan berulang di zaman pemerintahan Datin Seri Rosmah Mansor dan Datuk Seri Najib Tun Razak?

Who "denied US the premiership for five years"? (Perkataaan "us" atau kami dihuruf besarkan).

Apa-apa pun, Bagan Pinang adalah medan perjuangan untuk menghapuskan penyelewengan undi pos. Berita-berita angin yang sampai kepada saya mendakwa, PAS ada beberapa cerita menarik tentang undi pos. Kita tunggulah sahaja. Itu yang saya difahamkan.

Yang saya tak faham ialah mengapa PAS mempertaruhkan orang sepenting Pesuruhjayanya di Negeri Sembilan sebagai calon. Saya tak ada masalah dengan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar. Dia orang berilmu, baik dan rajin. Tetapi saya rasa beliau terlalu kanan untuk medan kecil di Bagan Pinang.

Bagaimanapun saya yakin, perkiraan ahli-ahli politik di dalam PAS tentulah tidak sesempit pandangan pemerhati politik seperti saya.

Apa-apa pun, mari kita berjuang menentang undi pos, parti perasuah dan BN yang orang meluat, bukan sahaja di Bagan Pinang tetapi di mana-mana dan pada bila-bila masa. Kepada Allah Yang Maha Besar kita berserah.
Read On 20 comments

Hassan Ali mesti buktikan Teng berbohong

Dalam berita bertajuk "'Hasan Ali bohong'," Berita Harian hari ini melaporkan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) Selangor, Teng Chang Khim, mendakwa Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali, berbohong apabila menuduhnya melabel pegawai daerah di negeri ini 'tidak cekap' dan 'tidak layak' memegang jawatan berkenaan.

"Beliau (Hassan) kata saya menuduh pegawai daerah sebagai tidak cekap dan tidak layak pada sidang media selepas setiap pendengaran. Ini satu penipuan yang nyata oleh Hasan Ali.

"Beliau kini cuba berbohong untuk menutup penipuan pertamanya. Beliau sering tidak konsisten dalam semua kenyataannya," dakwa beliau ketika bercakap pada sidang media di Shah Alam semalam.

Saya tidak peduli kalau orang parti lain belasah kawan sendiri dan selepas itu enggan meminta maaf sekalipun. Saya tidak peduli kerana saya bukan penyokong parti berkenaan. Tetapi apabila pemimpin PAS yang saya sokong Fasal 5 perlembagaannya (dan fasal-fasal yang berkaitan seperti Fasal 3 dan 4) dituduh pembohong dengan cara yang begitu terbuka, saya harap Dr Hassan bertindak segera untuk menyatakan Tenglah yang sebenarnya berbohong.

Dr Hassan juga mesti membuktikan tanpa sebarang keraguan bahawa beliau tidak berbohong. Beliau juga mesti menyatakan bahawa kenyataan-kenyataan beliau sebelum ini semuanya benar dan tidak ada yang lain melainkan yang benar sahaja.

Dr Hassan bertanggungjawab membersihkan nama baiknya kerana jika tidak, ia bermakna PAS turut dipimpin oleh seorang pembohong.

Sampai begitu sekali melaratnya implikasi kenyataan Dr Hassan bahawa beberapa pegawai daerah, presiden majlis perbandaran dan pegawai kanan pentadbiran negeri di Selangor berpendapat mereka merasa terhina dengan cara Selcat menyoal mereka dan "ramai daripada mereka mengadu bahawa mereka disoal atas keputusan yang dibuat oleh bekas ahli politik dan dilayan seperti budak sekolah".

Malah, dalam berita Sinar Harian hari ini yang bertajuk "Chang Khim dakwa Hasan berbohong," Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor itu dipetik sebagai berkata:
"Orang yang mempunyai sifat sebegini mengingatkan saya kepada kata 'dengan rakan seperti itu, saya tidak memerlukan musuh'"
Semalam, ketika berbual dengan seorang pemimpin PAS Pusat mengenai isu tersebut, saya tanya beliau: "Hang setuju dak kalau aku kata, mustahil teramat mustahil Hassan Ali tak tau fasal collective responsibility?"

Dia diam sahaja.

"OK la. Dia mesti tau punya. Tapi pasai apa dia buat juga kenyataan lagu tu?"

"Hang jangan gatai nak perangkap aku!" kata pemimpin PAS itu. Kami pun sama-sama tergelak.

Tapi saya tak serik. Saya ajak lagi dia bercerita.

"Aku baca blog Rahman Talib. Dia kata, Hassan Ali bangkitkan isu Selcat kerana nak bela Melayu.

"Aku sekarang ni tengah dok kaji mana satu memperjuangkan kepentingan Melayu dan mana satu membakar sentimen Melayu. Memperjuangkan kepentingan Melayu bukan 'asabiyyah. Kalau cari jalan nak tutup atau nak sembunyikan kesalahan Melayu semata-mata kerana dia bangsa kita atau adik beradik kita atau gang kita, itu 'asabiyyah".

Alamak... Tak dan dia nak kata apa, handphone dia pulak dok berbunyi. Kacau sungguh. Habis dia jawab panggilan itu, dia pulak yang grill aku fasal Bagan Pinang. "Hang bila nak pergi Bagan Pinang?"

"Isa Samad tak panggil lagi".

Berkaitan:
Khalid: No changes to Selcat (Malaysiakini 29/9/09)
Selcat stays as is, says Khalid (Malaysian Insider 29/9/09)
Teng dakwa Hasan Ali berbohong (Malaysiakini 28/9/09)
Berita-berita lain mengenai Selcat (Malaysian Insider)
'Hasan Ali bohong'
Teng (kiri) menyambut ketibaan Hasan ketika mengadakan pertemuan dengan semua Exco negeri, wakil rakyat Pakatan Rakyat serta pegawai daerah berhubung isu Selcat di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, malam tadi.

Pengerusi Selcat Selangor nafi label pegawai daerah tak cekap

Berita Harian (29/9/09): Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) Selangor, Teng Chang Khim, mendakwa Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, berbohong apabila menuduhnya melabel pegawai daerah di negeri ini 'tidak cekap' dan 'tidak layak' memegang jawatan berkenaan.

Teng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pinang dari DAP, berkata beliau tidak pernah membuat kenyataan sedemikian ketika pegawai daerah disoal mengenai prosedur kelulusan pengagihan peruntukan RM500,000 setahun bagi wakil rakyat dalam pendengaran awam, baru-baru ini.

"Beliau (Hasan) kata saya menuduh pegawai daerah sebagai tidak cekap dan tidak layak pada sidang media selepas setiap pendengaran. Ini satu penipuan yang nyata oleh Hasan Ali.

"Beliau kini cuba berbohong untuk menutup penipuan pertamanya. Beliau sering tidak konsisten dalam semua kenyataannya," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Hasan sebelum ini dilaporkan berkata beliau mencadangkan supaya Selcat ditambah baik apabila mendengar isteri Pegawai Daerah Klang, Bakhtiar Husin, kini malu untuk keluar rumah selepas suaminya dikatakan tidak cekap dan tidak layak untuk memegang jawatan itu.

Teng bagaimanapun mempersoalkan kejujuran Hasan untuk memperkemaskan Selcat kerana Pesuruhjaya Pas itu tidak menghubunginya selepas menerima aduan mengenai pegawai daerah yang didakwa dibuli jawatankuasa itu.

Katanya, Hasan tidak sepatutnya bercakap mengenai memperbaiki prosedur Selcat kerana penubuhan jawatankuasa itu selaras dengan peraturan.

"Ia tidak ada kena mengena dengan prosedur. Jika mereka merasakan ia tidak wajar, mereka patut bercakap mengenai kod etika dan bukan prosedur," katanya yang tidak bersetuju dengan cadangan Hasan supaya Selcat melakukan pendengaran secara tertutup untuk melindungi integriti pegawai awam.

Katanya, integriti adalah mengenai kejujuran dan bagaimana hendak melindungi kejujuran dalam pendengaran tertutup.

Beliau berkata, Hasan perlu berhenti bermain politik dalam usahanya mencari sokongan di kalangan penjawat awam, sedangkan Pesuruhjaya Pas itu sendiri didakwa pernah mencadangkan pertukaran beberapa pegawai daerah dan Yang Dipertua.

"Saya sendiri pernah melihat senarai cadangan pertukaran. Tiba-tiba beliau bertukar menjadi pelindung kepada penjawat awam. Saya memberi peluang kepadanya untuk bertaubat. Bertaubatlah," katanya.

Teng berkata, beliau bimbang tindak-tanduk Hasan itu boleh menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

"Saya sangat percaya jika mereka terus dengan perbuatan ini, Pakatan Rakyat di Selangor bukan dikalahkan Barisan Nasional (BN), tetapi oleh Pas pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

Sementara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Teng bahawa Pakatan Rakyat mungkin kalah disebabkan Pas, berkata ia tidak ada kena mengena dengan pentadbiran Selangor.

"Apa yang ada kena mengena dengan pentadbiran negeri ini ialah perkara berkaitan Selcat," katanya.

Mengenai mesyuarat tertutup berhubung isu Selcat di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, malam tadi, Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri memutuskan untuk tidak merombak prosedur sekali gus mengekalkan keanggotaan Selcat.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat dalam perbincangan hampir dua jam membabitkan semua Exco negeri, termasuk Datuk Dr Hasan Mohamed Ali; Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Teng Chang Khim; Pegawai Daerah; Yang Dipertua pihak berkuasa tempatan (PBT); wakil rakyat dan ahli parlimen.

"Selcat juga akan tetap diadakan secara terbuka seperti sebelum ini dan pegawai kerajaan boleh dipanggil memberi keterangan jika perlu," katanya sambil menambah sebarang perubahan terhadap Selcat perlu dibincangkan dan dibahaskan pada sidang Dewan, jika perlu.

Hasan yang juga ditemui selepas mesyuarat itu bersetuju dengan keputusan yang dicapai pada mesyuarat malam tadi.

Mengenai saranan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, supaya tindakan diambil terhadap Hasan, Abdul Khalid berkata:

"Ini semua tukang sorak saja, tukang sorak ini kita kurangkan. Bagi saya ia adalah satu sorakan dan bukan satu cadangan yang boleh kita ambil kira."
Teng lashes out at Hasan
The Star (29/9/09): Selangor state assembly Speaker Teng Chang Khim has fired a stinging salvo at Selangor PAS commissioner Datuk Dr Hasan Ali, accusing him of nit-picking over issues and attempting to discredit the state’s Pakatan Rakyat leadership.

Teng, who has been under criticism by virtue of him being the assembly’s Select Commit-tee for Competency, Accountability and Transparency chairman, also accused Dr Hasan of telling “blatant lies”.

According to Teng, Dr Hasan’s conduct in recent months had indicated he had been making things difficult for Khalid.

He said Dr Hasan first opposed the appointment of Low Siew Moi as general manager of the Selangor State Development Corporation (PKNS).

He then issued a statement calling on Khalid to explain the allegation that he had used state money to buy cows for his Bandar Tun Razak parliamentary constituency in Kuala Lumpur, and maintain his private vehicle, followed by calls over the sale of beer in Selangor.

“The Selcat criticism is the latest attack.”

Teng said Dr Hasan’s attacks on Selcat were riddled with blatant lies.

“He accused me of saying that Klang district officer Bakhtiar Hussin was ineffective and unfit for his position. I did not say such a thing,” he said.

He said Dr Hasan had initially said retired judges should be appointed as Selcat members. Later, he denied saying so.

“He also said Selcat must be made up of reputable and credible people. Is he saying that the current panel is not reputable and credible enough?” Teng asked.

Teng added that Dr Hasan had not called him even once after criticising Selcat to discuss the issue.

He said Dr Hasan was the first person to call him to discuss the setting up of a coalition government immediately after the general election last year.

“He could call me then but can’t do it now.”

Teng said Dr Hasan did not have sound arguments to support his criticisms.

“He called for Selcat inquiries to be conducted behind closed doors to protect the integrity of the officers being questioned.

“However, integrity needs to be tested and not protected,” said Teng.

When contacted, Selangor senior exco member Teresa Kok declined comment but said a meeting between the state PAS and DAP was being planned to iron out differences.
PAS may take disciplinary action against Shah Alam MP
The Star (29/9/09): The tables could have turned on PAS’ outspoken Shah Alam MP Khalid Samad.

The central committee member, who has been calling for action against Selangor PAS commissioner Datuk Dr Hasan Ali over his criticism of the state assembly’s Select Committee for Competency, Accoun- tability and Transparency (Selcat), could now face the party’s disciplinary action himself.

Party sources said the Selangor PAS management committee had decided last Saturday to refer Khalid to the party’s disciplinary committee for making statements which “did not reflect the party’s stand and grassroots sentiments.”

It is learnt that the committee would soon write to secretary-general Datuk Mustafa Ali calling for action against Khalid.

Selangor PAS liaison committee secretary Khairuddin Othman, when contacted, declined to confirm the matter. “But wait and see,” he said.

Khalid had called on Dr Hasan to resign over his recent outbursts against Selcat and over several other issues that was not consistent with Pakatan Rakyat’s stand.

Khairuddin said the potentially damaging statements were being scrutinised. He said the Selangor PAS Youth wing would stand firm behind Dr Hasan who had merely made a constructive criticism to improve Selcat procedures.

Khairuddin also confirmed that Dr Hasan had the firm support of the Selangor PAS liaison committee.

Last night, Khalid told mStar that he stands by the fact that he did no wrong and is ready to face the PAS central disciplinary committee.

Khalid said he did not know if there are any efforts by Selangor PAS to refer him to the disciplinary committee.
Be open to questioning, civil servants urged
The Star (29/9/09): Civil servants should be open to being questioned over public funds, such as the inquiry by the state government’s Select Committee on Competency, Account-ability and Transparency (Selcat).

Several heads of non-governmental organisations (NGO) have also called for more public accounting of civil servants when it comes to the way taxpayers’ funds are handled and to investigate alleged wrongdoings.

Transparency International Malaysia president Datuk Paul Low said having third-party committee members independent of the state executive council was also a good idea.

“It is all right for Selcat to hold their questioning publicly but it should not be a witch-hunt,” he told The Star yesterday.

“Doing it publicly is meant to find out the truth and instill accountability.”

Selangor PAS commissioner and executive councillor Datuk Dr Hasan Ali recently called for Selcat to be revamped, saying its investigative techniques degraded the dignity of those being questioned.

Subsequently, Dr Hasan came under fire from his Pakatan Rakyat colleagues in the state, and has been told by the Mentri Besar, the Selangor palace and his own party members to explain his comments.

Cuepacs president Omar Osman said Selcat had to remember to adhere to the state government’s General Orders, which provide for how the state should react to suspected wrongdoings among civil servants.

“Yes, Selcat has the authority to investigate misuse of public funds and wrongdoings among civil servants.

“But it must also abide by the General Orders in a way that does not tarnish the image of the civil service,” he added.

Face-saving was a trivial issue compared to upholding accountability and the duty of a public servant, said Fomca secretary-general Muhd Sha’ani Abdullah.

“If the public servant fails in his duties to advise his political masters, it’s more detrimental to the state government than not getting respect,” he said.

Muhd Sha’ani said similar to a court hearing, public servants should not expect special treatment when Selcat questioned them.

Suhakam vice-chairman Tan Sri Simon Sipaun said he did not see what rationale or reasoning there was for the senior civil servants to complain to Dr Hasan that they were being questioned “harshly”.

“What is harsh to one person is not to another person. It is all very subjective. Civil servants should know their duties and responsibilities as good and responsible servants of the public,” he said.

Meanwhile, Gerakan Youth expressed shock that DAP secretary-general Lim Guan Eng had not commented on whether disciplinary action should be taken against Dr Hasan.

Youth chief Lim Si Pin said Lim’s silence was like “sweeping their fallout under the carpet”.

“Rightfully, Guan Eng should come out to defend his party colleague Teng (Chang Khim),” he said in a statement yesterday.

Read On 39 comments

Siapa dalang pesta Umno?

Umno dan media-media miliknya berpesta sakan sejak semalam sehingga hari ini. Siapa dalang pesta Umno itu? Adakah orang itu ialah orang yang tak pernah saya percayai, tak pernah saya hormati dan tak pernah saya cuba dekati sejak dia mengisytiharkan diri sebagai ahli PAS pada tahun 1998 atau 1999 lalu?

Berikut ialah antara pesta akhbar Umno:
Khir cabar Selcat bertindak terhadap Hassan, Iskandar (Utusan Malaysia 28/9/09)
Pas Selangor sokong Hassan Ali (Utusan Malaysia 28/9/09)
Pas pertahan Hasan
Berita Harian 28/9/09: Pas Selangor sentiasa menghormati dan akan terus mempertahankan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali sebagai Pesuruhjaya parti itu serta Ahli Exco negeri.

Parti itu menegaskan jawatan Pesuruhjaya Pas dilantik Presiden parti, manakala pelantikan Exco dibuat oleh Ketua Eksekutif Selangor dan kerana itu perkara berkenaan tidak layak dipertikaikan mana-mana pihak.

Ini adalah antara enam ketetapan yang dicapai sebulat suara oleh 60 pemimpin Pas Selangor pada mesyuarat khasnya di sebuah hotel di sini, semalam.

Mesyuarat itu diadakan berikutan desakan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) termasuk di kalangan wakil rakyat Pas sendiri supaya Hasan meninggalkan PR Selangor kerana mengkritik secara terbuka Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat).

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Shah Alam yang juga Yang Dipertua Pas kawasan Shah Alam, Khalid Samad, dilaporkan berkata, wakil rakyat Pas dan penyokong parti itu sepatutnya membuat penilaian terhadap tindakan Hasan yang dilihat sentiasa bertentangan dengan dasar kerajaan negeri.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago daripada DAP pula meminta Hasan meninggalkan PR jika tidak lagi mampu bekerjasama secara berkumpulan dengan wakil rakyat dalam pakatan itu.

Pada mesyuarat khas itu, Pas Selangor turut mengambil ketetapan memperakui pandangan Hasan berhubung cadangannya mengenai penambahbaikan dan prosedur pendengaran awam Selcat.

Ketetapan berkenaan dibacakan sendiri oleh Hasan pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kira-kira tiga jam itu, yang turut dihadiri Khalid.

Ketetapan lain ialah:

# Menerima dan bersetuju dengan pandangan Pesuruhjaya Pas yang mana penubuhan Selcat penting bagi menjaga prinsip keamanahan, kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam pengurusan kewangan negeri. Agensi seperti ini boleh berjalan dengan baik dan teratur jika cadangan Pesuruhjaya Pas diambil kira.

# Meminta kerajaan negeri segera mengambil langkah positif untuk mengkaji cadangan penambahbaikan perjalanan dan pelaksanaan Selcat bagi menjamin kewibawaan Selcat dan dihormati rakyat.

# Menegaskan akan terus berada bersama kerajaan PR dan perkara itu tidak harus dipertikaikan. Pas Selangor dengan ini bersetuju sebulat suara sehingga kini tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan yang bermaksud meninggalkan kerajaan PR Selangor, dan

# Pas Selangor ingin menyatakan pendiriannya bahawa hubungan kerajaan negeri dan pegawai mesti berada di peringkat terbaik bagi menjamin kelancaran pentadbiran dan pembangunan negeri ini. Semangat hormat menghormati dan setia kawan antara kedua-dua pihak mesti dipertahankan.

Hasan berkata, isu yang timbul berikutan cadangannya supaya prosedur Selcat ditambah baik sudah dibincangkan di peringkat dewan harian dan mesyuarat Perhubungan Pas peringkat negeri semalam mengesahkan pendiriannya senada dengan isi hati pemimpin serta penyokong Pas.

Ditanya bagaimana isu itu boleh timbul, Dr Hasan berkata, ia mungkin disebabkan kesilapannya yang tidak dapat membezakan di antara dasar dan kaedah, tetapi yakin apa yang mahu dibangkitkannya bukan polisi, tetapi prosedur.

"Teman yang mengulas sama ada dari dalam Pas dan luar parti mungkin sebahagian mereka tidak mendapat maklumat tepat mengenai cadangan saya untuk memperbaiki Selcat supaya ia dipandang sebagai satu organ kerajaan yang bermartabat dan dihormati rakyat.

"Bagaimanapun, selepas berbincang tiga jam, apa yang dimaksudkan itu difahami. Apabila Yang Dipertua Kawasan faham, ia akan disalurkan ke cawangan bagi membolehkan ahli boleh faham. Apabila mereka faham, saya berasa ini bukan lagi masalah," katanya.

Sementara itu, Khalid ketika ditemui berkata, beliau secara peribadi tetap berpendapat cadangan Dr Hasan mengenai penambahbaikan Selcat tidak sepatutnya dibincangkan secara terbuka.

Ditanya sama ada tindakan disiplin terhadap Dr Hasan turut dibincangkan pada mesyuarat itu, beliau berkata, ia tidak disentuh kerana ia adalah perbincangan di peringkat Pas Pusat.

"Bagaimanapun, ia adalah satu mesyuarat yang 'lively'. Saya rasa secara am kita mahu memperkukuhkan Pakatan Rakyat. Ini boleh dilakukan dan perubahan pada Selcat akan dikemukakan pada Exco," katanya.
Read On 32 comments

Mengenang pahlawan Melayu, Abdul Rahim Abu Bakar

Dalam posting bertajuk "Mentaliti orang PAS Pahang," saya tulis sikit mengenai pahlawan Melayu Pahang zaman kita yang juga bekas Menteri Besar negeri itu, Allahyarham Datuk Abdul Rahim Abu Bakar.

Berikut ialah dua tulisan yang menarik hati saya yang saya pautkan untuk rujukan masa akan datang:
Integrity was former Pahang MB's middle name (NST 26/9/09, komen-komen di sini)
Dato Rahim Bakar dalam kenangan (Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz 26/9/09, komen-komen di sini)

Dalam soal menentang kerakusan puak feudal, Abdul Rahim adalah orang kedua yang sangat saya hormati dan sanjungi selepas Tun Dr Mahathir Mohamad. Apa hampa nak kata dan sangka, ikut suka hampa. Mereka tidak menentang institusi raja-raja Melayu. Yang mereka lawan ialah kerakusan nafsu puak ningrat itu.

Adakah PAS mempunyai pahlawan seperti Abdul Rahim? Memang diakui bahawa Mursyidul Amnya, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berani jugak buat degil kepada kehendak istana. Tu pun namanya digantikan dengan maki-hamun "babi tu" setiap kali nama beliau perlu disebut.

Tetapi, untuk menyatakan PAS mempunyai pahlawan seperti Abdul Rahim, itu adalah satu kenyataan karut. Setakat merungut di kedai kopi memang banyak.

Yang PAS ada ialah Menteri Besar yang sering dirungutkan sebagai "lebih menjaga kepentingan Sultan berbanding kepentingan rakyat kononnya kerana dia bijak sangat berpolitik" dan tokoh yang mencium tangan Sultan yang menyuruh dia berambus dari kerusi Menteri Besar tanpa mengikut peraturan dan undang-undang tubuh negeri.

Mereka ialah pelukis-pelukis lukisan absurd pada kanvas politik Malaysia!

Namun apa yang lebih menarik ialah apabila, dalam tulisannya yang bertajuk "Abdul Rahim Abu Bakar, the Hang Jebat of Pahang", Raja Petra Kamarudin mendakwa:
In the 1982 general election Najib contested a state seat and went back to Pahang as the new Menteri Besar so that he can fulfil his main function of granting the Sultan all the timber concessions that His Highness wanted plus, as his secondary job, run the state administration.
Benarkah dakwaan itu? Jika benar begitu kelaku Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, adakah pada masa ini kerjanya sebagai Perdana Menteri hanya "secondary job" beliau sahaja?

Kalau benar begitu, apa pula "main function"nya sekarang? Saya tanya begitu kerana Mat Salon kata, "old habits die hard". Jangan la marah pulak, saya tanya ja...



Read On 12 comments

Pengaruh Hassan Ali ke atas Presiden PAS

Orang tanya saya, adakah PAS akan ambil tindakan ke atas Dr Hassan Mohamed Ali kerana bercakap tak sehaluan dengan kerajaan Selangor yang beliau turut menjadi pemimpinnya? Saya jawab, dia boleh dianggap sentiasa yakin bahawa Presiden dan beberapa pemimpin tertinggi PAS yang lain akan tetap bersama-samanya (jangan tak baca berita mStar Online bertajuk "Pemuda PAS khuatir isu Selcat bawa kejatuhan Pakatan Rakyat" - saya dah cakap dah, bila berhujjah, pemimpin PAS mestilah cerdik dan dilihat cerdik). "Nak gerenti dia mesti tak kena tindakan macam mendahului Allah Ta'ala pulak. Tetapi, aku yakin sangat dia tak akan kena tindakan," saya kata.

Nak tau betapa hebat pengaruh Dr Hassan? Selepas muktamar tahunan PAS 2007, walaupun begitu ramai orang PAS Selangor yang tak nak Dr Hassan menjadi Pesuruhjaya PAS negeri itu, Presiden tetap melantik beliau ke jawatan itu. Tetapi, jangan tuduh Tok Guru Presiden bertindak sendiri pulak. Dia buat keputusan itu berdasarkan mandat mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat setelah barangkali depa pening kepala fasal perlantikan tersebut.

Selepas pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu, surat persetujuan dari PAS supaya menerima Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dilewat-lewatkan sakan penghantarannya kerana pengaruh siapa antaranya?

Pengaruh Dr Hassan kuat sangat ke atas Presiden PAS, bib! Dia sentiasa dilihat sebagai President's man (Gambar di atas ialah berita Malaysiakini semalam bertajuk "Hasan Ali gets Selangor Umno support").

Di bawah ialah berita berkaitan dalam Berita Minggu hari ini:
Pas tak cadang kenakan tindakan ke atas Hasan Ali

SHAH ALAM: Pas tidak bercadang mengenakan sebarang tindakan ke atas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berikutan kritikan terbuka beliau terhadap Jawatankuasa Pilihan Khas Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) negeri itu.

Ketua Penerangan Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir, berkata pertemuan antara Hasan dengan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, baru-baru ini, tidak menyentuh soal tindakan terhadap Pesuruhjaya Pas Selangor itu.

“Perkara ini (tindakan disiplin terhadap Hasan) tidak pernah dibincangkan pada pertemuan dengan pucuk pimpinan parti," katanya yang enggan mendedahkan bila pertemuan itu diadakan.

Roslan bagaimanapun berkata, terpulang kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengambil tindakan berikutan kritikan terbuka Hasan itu, termasuk membuat rombakan terhadap Selcat.

"Pas Pusat tidak berbincang untuk mengenakan tindakan disiplin terhadap Hasan. Kita tunggu pengumuman Menteri Besar (Abdul Khalid) nanti," katanya ketika dihubungi semalam.

Katanya, Hasan sudah mengemukakan laporan terperinci kepada pucuk pimpinan tertinggi parti berhubung kontroversi berkenaan, antara lain menerangkan bahawa ia adalah pandangan dan teguran bagi memperbaiki pentadbiran negeri.

"Walaupun mewakili Pas Selangor, ia hanyalah kritikan biasa... tidak ada yang serius, termasuklah untuk (Pas) keluar dari Pakatan Rakyat," katanya.

Pesuruhjaya Pas Selangor itu sebelum ini membuat kritikan terbuka terhadap cara Selcat menyoal pegawai daerah pada sesi pendengaran awam, baru-baru ini sehingga timbul desakan supaya beliau keluar dari Pakatan Rakyat dan dipecat sebagai Exco kerajaan negeri serta dari jawatannya dalam parti.

Beberapa wakil rakyat termasuk dari Pas mempersoalkan tindakan Hasan itu dan mendesak beliau keluar dari Pakatan Rakyat jika tidak sependapat atau tidak boleh bekerja dalam satu pasukan.
Berkaitan:
Isu Selcat: PAS timbang tindakan disiplin terhadap Hasan Ali? (mStar Online 26/9/09)
Selcat: Mesyuarat khas PAS petang ini mahu lulus mandat sokong Hasan Ali (mStar Online 27/9/09)
Read On 33 comments

Mentaliti orang PAS Pahang

Bila bercakap mengenai raja, antara yang paling merimaskan ialah bila bercakap dengan orang Pahang - tak kira PAS atau Umno. Bila nak menyebut raja mereka, mereka akan gunakan perkataan Tuanku. Hadoii... sakitnya telinga Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Baru-baru ini ketika menelefon seorang sahabat yang baik sangat dengan saya kerana hendak mengesahkan cerita yang dah lama saya dengar mengenai pahlawan Melayu zaman kini, Allahyarham Datuk Abdul Rahim Abu Bakar yang baru sahaja meninggal dunia, bila nak sebut tentang rajanya, kawan saya orang kuat PAS Pahang itu menyebut perkataan Tuanku. Hadoii!!

Mengenai pahlawan Melayu yang pernah menjadi Menteri Besar Pahang itu, sila baca tulisan Raja Petra Kamarudin bertajuk "Abdul Rahim Abu Bakar, the Hang Jebat of Pahang". Itulah cerita yang saya dengar mengenai Abdul Rahim sejak dari dahulu. Kalau tak dapat pergi ke link asalnya, sila baca di sini).

Kalau dulu-dulu, saya akan sanggah terus bila orang PAS Pahang gunakan perkataan itu di hadapan saya bila nak menyebut nama Sultan mereka. La ni, saya malas dah. Bila meluat dah sampai tahap langit gelap, lantak pi kat hampalah!

Bukan orang PAS Pahang saja, orang PAS Kelantan pun sama. Saya teringat ketika berkerja di Harakah dulu, kadang-kadang bila diminta tolong tengok-tengok stringer's copy dari Kelantan, malah reporter's copy sekalipun, saya tengok depa tulis Tuanku Al-Sultan Kelantan. Ikutkan hati, saya rasa nak cucuh copy itu dengan api rokok. "Awat la teruk sangat hampa ni!" saya merungut dalam hati.

Saya tertanya-tanya, adakah mereka tidak tahu tentang seorang raja yang menyebut perkataan "babi tu" apabila nak menyebut nama Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Saya tak suruh orang menghina raja. Tetapi saya benci melihat orang mengangkat raja ke tahap yang bukan-bukan. Saya benci sangat-sangat!

Saya tulis posting ini setelah membaca berita Malaysian Insider bertajuk "Titah menyokong kerajaan BN: Itu hak Tuanku Sultan" (saya memohon maaf sangat-sangat kepada Zukri Aksah. Meskipun saya tak berniat langsung nak menyakitkan hati Saudara, saya tetap memohon maaf kepada Saudara).
Read On 14 comments

Bila tempua Selangor bersarang rendah

Rabu lalu, dalam berita bertajuk "Isu rasuah masih belum diberikan keutamaan, kata TI-M," Bernama melaporkan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Paul Low berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) belum memperlihatkan hasil yang diinginkan dan orang ramai menganggap suruhanjaya itu sebagai mengamalkan penyiasatan dan pendakwaan secara berpilih-pilih.

Hari ini, dalam berita bertajuk "Hasan Ali gets Selangor Umno support," Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Noh Omar berkata, Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) seperti cuba mengambil alih peranan SPRM semata-mata untuk kepentingan politik kerajaan negeri.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu juga berpendapat penyiasatan Selcat yang dibuka kepada awam hanya akan memalukan pegawai "sedangkan belum pasti mereka bersalah".

Saya bersetuju dengan Noh. Kalau benar SPRM mengamalkan penyiasatan dan pendakwaan secara berpilih-pilih, Selcat janganlah mengambil alih peranan suruhanjaya itu.

Bagaimanapun, saya tak setuju dengan kebimbangan Noh kononnya penyiasatan yang dibuka kepada awam hanya akan memalukan pegawai. Kalau tak bersalah, nak malu apa?

Saya kalau tak bersalah, nak siarkan siasatan ke atas saya ke seluruh dunia melalui CNN, BBC, Al Jazeera pun saya tak peduli. Siar pi la sampai ke langit pun.

Kenapa nak jalankan siasatan secara tertutup macam kes Miss X dirogol yang tak mahu identitinya diketahui umum atau macam kes Haslinda Merican? Kes-kes seperti itu melibatkan maruah. Jalang pun, kalau dia dah bertaubat, tak boleh dijatuhkan maruahnya dan tak boleh diaibkan dia dengan kegatalan zaman silamnya.

Tapi kalau tak bersalah, bapak kepada segala Selcat nak siasat pun, siasatlah!

Awat? Cina DAP malukan bangsa Umno? Laa, kalau betul Cina DAP tu nak malukan bangsa Umno, bukankah bangsa Umno itu hulubalang-hulubalang yang hebat? Kalau betul Cina DAP dalam Selcat nak malukan bangsa Umno, tak dak tulang belakang ka nak jerkah balik?

"Woi Apek! Lu kalau mau siasat, lu jangan bikin gua macam gua yang hantam itu duit! Gua bikin gua punya kerja ikut arahan atas punya orang. Gua tarak hantam itu duit. Lu boleh panggil siapa pun siasat, gua tak takut punya.

"Woi Apek! Lu ingat baik-baik, lu jangan kurang ajar!"

Adakah pegawai yang jerkah balik penyiasat Selcat itu boleh dibuang kerja semata-mata kerana dia berani mempertahankan nama baiknya jika dia tak bersalah? Apa nak takut? Insya Allah, takkan jatuh bangunan!

Apa nak takut, wahai para pegawai yang bersih, jujur dan tidak bersalah? Yang kita takut ialah bila tempua bersarang rendah. Contohnya, bila orang yang membawa kad keahlian PAS beria-ia membela bangsa Umno yang dilihat tidak tidak bersih, tidak jujur dan bersalah (Gambar di atas copy and paste dengan ucapan terima kasih dari blog Hannah Yeoh)

Berkaitan:
PAS wants Hasan Ali to explain Selangor controversies (Quotation: "I've spoken to most of the other central committee members and we are of the view he [Dr Hassan Mohamed Ali] has gone too far" - Malaysian Insider 26/9/09)
Read On 13 comments

Pemimpin masa depan PAS mesti cerdik dan dilihat cerdik

Anak-anak saya sangat terhibur setiap kali Tun Dr Lim Keng Yaik atau Datuk Seri S Samy Vellu muncul di kaca TV. Tak kiralah sama ada mereka tengah tengok buku sekolah ka, makan ka, kalau kedua-dua tokoh itu keluar TV, mereka akan menatap TV dengan penuh minat bila dua tokoh itu muncul.

Kepada mereka, kedua-dua tokoh itu lebih menghiburkan dari Saiful Apek.

Kebelakangan ini, saya sangat terhibur membaca berita-berita , terutama tajuk-tajuknya, yang ditulis semula oleh propagandis di Utusan Malaysia. Contohnya berita hari ini yang bertajuk "PAS tetap mahu perintah Selangor". Pandai dia reka tajuk. Beritanya lebih kurang sama sahaja dengan berita dalam Harakah Daily semalam yang bertajuk "PAS tetap komited bersama Pakatan Rakyat".

Setakat yang saya kenal Salahuddin Ayub, dia tak la bodo sangat nak kata "kami tetap nak perintah Selangor". Lebih kurang sama ja kenyataan dia kepada Utusan dan Harakah. Tetapi, propagandis di Utusan memang pandai tulis semula copy yang disediakan oleh pemberita. Buat tajuk yang sensasi lagi la depa cekap.

Semalam, Utusan menyiarkan berita bertajuk "PAS Selangor kaji kedudukan dalam pakatan pembangkang". Antara lain dilaporkan:
PAS Selangor sedia mengkaji secara terperinci cadangan mana-mana wakil rakyat yang mahu parti itu melihat semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang di negeri ini.

Setiausaha Badan Perhubungannya, Mohd. Khairuddin Othman berkata, pihaknya akan mengadakan satu menyuarat tergempar dalam masa terdekat ini untuk membincangkan perkara tersebut.
Tentulah tak boleh nak dikatakan Utusan mereka-reka cerita. Bagaimanapun, saya rasa Malaysiakini, Malaysian Insider dan Berita Harian membuat laporan yang lebih seimbang.

Dalam berita bertajuk "Selangor PAS backs its boss amid 'quit Pakatan' calls," Malaysiakini Khamis lalu memberikan laporan yang lebih kurang sama apabila melaporkan:
It's secretary Mohd Khairuddin Othman said Selangor PAS is also willing to 'study' the calls asking it to review its position in the coalition.
Dalam berita bertajuk "Selangor PAS backs Hassan Ali" Khamis lalu, Malaysian Insider melaporkan:
Selangor PAS also warned that the party will consider carefully its position in PR if the party’s loyalty is questioned by PR lawmakers.
Dalam berita tajuk utamanya semalam yang bertajuk "PAS Selangor bersuara," Berita Harian pula melaporkan:
PAS Selangor sedia meneliti secara terperinci saranan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) supaya parti itu mengkaji semula kedudukannya dalam PR di negeri ini berikutan pendirian Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang mahu Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) dirombak.

Pada masa sama, Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman, mempertahankan pendirian Pesuruhjaya Pas negeri itu yang mempertikaikan kewibawaan ahli panel Selcat dan mencadangkan jawatankuasa berkenaan dianggotai golongan profesional yang tiada kepentingan politik.

Beliau berkata, parti itu akan mengadakan mesyuarat tergempar dalam masa terdekat untuk membincangkan perkara berkenaan kerana Pas tidak boleh dilihat sebagai parti yang hanya 'melukut di tepi gantang'.

Katanya, Pas tidak boleh mengambil mudah desakan beberapa wakil rakyat PR, termasuk daripada Pas sendiri supaya Dr Hasan mengkaji kedudukannya dalam pakatan itu.

"Pas tidak pernah terfikir untuk keluar daripada Pakatan Rakyat, tetapi memandang serius kenyataan daripada wakil rakyat supaya Pas dikeluarkan daripada pakatan," katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.
Oleh kerana tiga pihak memberikan laporan yang sama, sukar hendak dinafikan bahawa Khairuddin telah membuat kenyataan yang sedemikian walaupun berita Malaysian Insider semalam yang bertajuk "PAS denies plan to leave Selangor Pakatan" memetik Khairuddin berkata:
I made no mention about PAS leaving PR in my press statement.
Saya tidaklah begitu mengenali Khairuddin. Tetapi dari pengalaman beberapa kali berjumpa beliau, saya yakin peguam itu tak akan pandai-pandai cakap yang bukan-bukan. Soalnya, siapakah di belakang kenyataan Khairuddin itu?

Saya berharap Khairuddin lebih cermat di dalam perancangan dan kenyataannya di masa hadapan. Lupakan Dusun Tua dan lebih berhati-hatilah membuat kenyataan akhbar. Saya tak suka Khairuddin melalut sebab saya melihat beliau sebagai salah seorang pemimpin masa depan PAS. Dia ada stature dan karisma. Otak pula tak mungkin bodo. Kalau bodo, takkan boleh jadi lawyer.

Oleh kerana hang memang cerdik dan tak bodo, bertindaklah macam orang cerdik, Din!

Berkaitan:
Isu SELCAT dan kenyataan-kenyataan yang mengelirukan (Haji Khalid Abdul Samad 26/9/09)
Kerajaan negeri bincang kritikan Hassan Ali Isnin ini (Utusan Malaysia 26/9/09)
Khalid seeks to ease tension between Selcat and Hasan (Malaysian Insider 25/9/09)
The problem of Hasan Ali (The Nut Graph 25/9/09)
Pembangkang berhak desak Hassan keluar pakatan - Dr M (Utusan Malaysia 25/9/09)
PAS mahu siasatan Selcat tertutup (Malaysiakini 24/9/09)


Read On 34 comments

That fellow 'main wayang'

Ketika bersembang di Restoran Thaqwa dekat Markaz Tarbiyyah PAS di Taman Melewar semalam, seorang pengundi berbangsa India dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia memberitahu saya dan dua ahli PAS yang bersembang dengan saya bahawa beliau tidak ada masalah untuk mengundi PAS.

"But not Hassan Ali. That fellow 'main wayang'," kata beliau yang sangat membenci Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu.

Restoran Thaqwa ialah tempat kutu ini selalu melepak. Di situlah saya mendapat banyak maklumat (maklumat kedai kopi pun maklumat juga).

Saya hanya menyampaikan maklumat yang saya dapat. If anybody wants to shoot the messenger, please feel free to do that.

Di restoran itulah juga beberapa pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dok cari-cari mana satu bakaq a.k.a. ~penarik beca sebelum menjejaki saya hingga ke rumah dan kemudiannya menangkap saya (mangkok sungguh, macam mana aku tak sedaq hampa dok follow aku. Cekap hampa. Memang la, polis).

La ni saya dok tertanya-tanya, katakanlah (sekali lagi, katakanlah) Barisan Nasional (BN) ditolak oleh rakyat seperti orang-orang Jepun menolak Liberal Democratic Party (LDP) dan Pakatan Rakyat (PR) memerintah, adakah aku tak akan kena tangkap? Ah, kalau saya dikafirkan oleh beberapa orang kerana mengkritik PAS (dan saya percaya, saya tidak akan dikafirkan jika tidak berbuat demikian), tidak ada jaminan perkara itu tidak akan berlaku (gambar saya dalam gelap ada di sebelah jika polis di bawah kerajaan PR nak tangkap saya nanti manakala gambar Restoran Thaqwa dekat Taman Melewar pula ada di bawah - tapi sign board dia pi tulis cawangan Sri Gombak pula).

Saya juga tak nampak apa perbezaan antara pemerintahan Umno dan pemerintahan pembangkang kini jika berulang apa yang berlaku di Kedah sekarang. Yang bertukar hanya orang, yang lain tak ada apa yang nak dibanggakan. Sama macam Umno atau mungkin lebih teruk lagi sebab Umno tak bersyarah atas nama Islam.

Kerajaan yang dipimpin oleh PAS tetapi tidak melakukan perubahan yang sepatutnya, berdalih tak habis-habis dengan hujah-hujah dari diri yang perasan terlebih kononnya orang tak boleh dan tak berani pangkah cakap dia serta tak puas-puas membodoh-bodohkan ahli-ahli PAS kononnya "depa tu kenuri ja reti" - kerajaan seperti itu tak ubah seperti orang Umno yang memperkenalkan diri dengan kad keahlian PAS.

Mengenai perubahan, seorang kawan memberitahu saya, jika PAS pakai dok harap kat Datuk Seri Anwar Ibrahim ja dan tidak menuntut dilakukan perubahan habis-habisan serta melaksanakan institutional rules kepada badan-badan seperti kehakiman, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), polis, Suruhan Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan juga badan-badan yang menjaga kepentingan orang Melayu seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), tak ada beza Umno perintah ka, sapa perintah ka.

Badan-badan tersebut mesti dibebaskan dari cengkaman Perdana Menteri atau menteri serta bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Khas Parlimen. Jika badan-badan seperti kehakiman, SPR dan SPRM terus merengkok di bawah cengkaman Perdana Menteri melalui Jabatan Perdana Menteri, siapa pun jadi Perdana Menteri, beliau dijangka akan membikin celaka seperti sekarang.

Berkaitan:
PAS tetap komited bersama Pakatan Rakyat
(Harakah Daily 25/9/09)
Hadiah penyapu untuk PAS Selangor (Kelab Greenboc 25/9/09)
'PAS should get rid of Hasan Ali' (Malaysiakini 25/9/09)
Lessons from Japan for Pakatan Rakyat (Malaysiakini 25/9/09)
Keluar Pakatan?: Nabi tidak pernah khianati perjanjian!! (Al-Bakistani 25/9/09)
Hasan Ali Antara Ikhlas Atau Hipokrit? (Ikut Suka Aku 25/9/09)
Malaysia rated 47th least corrupt, Penang praised (Malaysian Insider 24/9/09)

Read On 14 comments

Dr Hassan Ali mesti saman Raja Petra

Artikel Raja Petra Kamarudin bertajuk "Me serve the rakyat? Nah!" menggambarkan Dr Hassan Mohamed Ali dengan imej yang begitu menjijikkan. Saya tidak tahu sama ada apa yang digambarkan itu benar atau tidak. Saya harap sangat tidak benar - walaupun saya terkenang-kenang posting Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang bertajuk "Impian saya" dan berita dalam Siasah bertajuk "Rombongan PAS untuk mendengar tawaran BN, kata Khalid Samad".

Raja Petra belum tentu tulis yang benar. Kalau dia memfitnahkan Dr Hassan, saya fikir Exco Kerajaan Selangor itu perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap Raja Petra. Soal anak raja Bugis itu menghilang tidak sepatutnya menjadi halangan kepada tindakan undang-undang itu. Dia boleh diwakili oleh peguamnya.

Dr Hasssan perlu membersihkan namanya yang kelihatan begitu buruk kelakunya dengan paparan artikel tersebut yang entah betul, entah tidak. Beliau perlu membuktikan kepada dunia dan lebih penting dari itu, kepada pengundi-pengundinya di Gombak Setia bahawa beliau bukanlah jenis perangai jijik seperti itu. Jika ada di antara 14,391 orang yang mengundi beliau dalam pilihan raya umum lalu yang membaca artikel Raja Petra itu, saya amat berharap mereka tidak mempercayainya.

Lebih baik lagi, saya harap sangat tidak ada seorang pun di antara mereka yang membaca artikel tersebut.

Jika mereka baca dan percaya, Dr Hassan will be another political demon. And, no sane person will vote a political demon. Lainlah kalau depa tu semuanya kepala tak betul dan alumni hospital sakit jiwa.

Dengan harapan orang akan berpegang kepada sikap "dont kill the messenger," saya nak cerita apa yang orang Gombak Setia kata. Salah seorang dari mereka yang saya jumpa di gerai nasi lemak Leman di Greenwood kata, "Kita tetap nak PAS bertanding di Gombak Setia, tapi kita tak mau Hassan Ali. Kalau nak kena buat petition, kita buat petition".

Seorang lagi yang seperjalanan atas kereta tiba-tiba kata, "Aku sakit mata sangat tengok muka dia ni" ketika ternampak sign board besar yang terpampang wajah Dr Hassan.

Saya tidak jumpa semua orang di Gombak Setia. Saya juga tak berpeluang berbual dengan pemimpin-pemimpin PAS Kawasan Gombak. Hanya sempat bertegur-sapa sahaja walaupun, dari body language mereka, ada di antara mereka yang tengok saya macam tengok musuh Islam.

Dengan mengulangi sekali lagi bahawa saya tak jumpa semua orang di Gombak Setia, tetapi dari beberapa puluh yang saya jumpa, saya tak jumpa lagi yang tidak mengecam Dr Hassan.

Kalau apa yang tulis mengenai orang-orang Gombak Setia itu dipandang sebagai maklumat, saya harap ia membantu. Tetapi, kalau nak pandang sebagai kata-kata jahat, saya tidak ada halangan.

Berkaitan:
Mahathir rubbishes Pakatan partnership (Malaysiakini 24/9/09)
PAS mahu siasatan Selcat tertutup (Malaysiakini 24/9/09)
S'gor PAS backs its boss amid 'quit Pakatan' calls (Malaysiakini 24/9/09)
DAP bantah, dakwa Dr Hasan hipokrit (Malaysiakini 24/9/09)
Dr M says Hassan Ali unwelcome in Umno (Malaysian Insider 24/9/09)
Selangor PAS backs Hassan Ali (Malaysian Insider 24/9/09)
Pemimpin PAS, DAP terkilan pendirian Hasan Ali mempertikai Selcat (mStar Online 24/9/09)
Isu Selcat: Hasan Ali syorkan rundingan 3 penjuru cari penyelesaian (mStar Online 24/9/09)
PAS Selangor kaji kedudukan dalam pakatan pembangkang (Utusan Malaysia 25/9/09)
Pembangkang berhak desak Hassan keluar pakatan - Dr M (Utusan Malaysia 25/9/09)
Hasan Ali should not have publicly criticised Selcat, say fellow reps
The Star 24/9/09: Selangor executive councillor Datuk Dr Hasan Ali from PAS has come under fire from his colleagues over his criticism of the Selangor state assembly’s Select Committee for Competency, Accountability and Transparency (Selcat).

Several PAS leaders said Dr Hasan, who is also the party’s Selangor commissioner and involved in the creation of Selcat a year ago, should have not publicly questioned the body and put the state’s interest last.

PAS vice-president Datuk Mahfuz Omar said the issue should not have been brought up in this manner and it was tantamount to attacking the principle of separation of powers.

“Selcat is connected to the legislative arm of the Government and there are elements of separation of powers between executive and legislative matters. It should have not been brought up,” he said.

Dr Hasan had hit out at Selcat, which is chaired by Selangor state assembly Speaker Teng Chang Khim, for “grilling” senior civil servants over allocations.

Mahfuz, who is Pokok Sena MP, said as a member of the administration, Dr Hasan should have an understanding about the principle.

“I believe if he really understands, such problems would not arise. I do not know if he understands this aspect or not.

Mahfuz said any party being investigated would never be happy with the investigation procedures.

“Those who are being questioned want first-class treatment,” he said, adding that Dr Hasan as a member of the executive should advise any senior government officer involved in investigations to take action against Selcat if they are not happy.

He cited the case of Puchong MP Gobind Singh who brought his suspension from Parliament to the court to be settled.

Shah Alam MP Khalid Samad, who is a PAS central committee member, said Dr Hasan should have played the role as a member of a Selangor “state team”.

“He should have reflected a team spirit even though he wasn’t happy with the decision that was made and not make a personal statement.

“He should have not made such a statement,” he said.

In GEORGE TOWN, DAP secretary-general Lim Guan Eng said it was unusual for Dr Hasan to suggest a revamp when he had approved the legislation to set up Selcat at the Selangor Legislative Assembly.

“If this law was not right, then why did he approve it? He should be fully aware of the extent of his power and nature of his duties. It appears that he doesn’t understand the situation,” Lim said yesterday.

He also said it was more appropriate for Dr Hasan, to bring up the matter internally rather than making it public.
Hasan sticks to his guns on committee
The Star (24/9/09): Selangor executive councillor from PAS Datuk Dr Hasan Ali is firm on his criticism against the Select Committee for Competency, Accountability and Transparency (Selcat) and is adamant that the body should revise its procedures and investigation methods.

“Recent investigations which involved senior state government officers clearly showed that Selcat needs to revamp its procedures and techniques.

“Investigations which involved degrading methods that affect the dignity of the people being questioned and elements of pressure did not reflect the philosophy of Selcat,” he said in a statement yesterday.

As a result of such tactics, he said many senior civil servants had lost their sense of self-worth and their morale was low.

Instead, he said Selcat’s investigations should focus on the expenditure of allocations made by the Barisan Nasional assemblymen and not just merely calling the state district officers to testify.

“The state assemblymen concerned should be hauled up to testify and this way, Selcat would have a balanced view of things,” he said.

Nevertheless, Dr Hasan stressed that he fully supported the objective and the philosophy of Selcat and he had no intention of jeopardising the state’s administration.

He clarified that he did not suggest that the members of Selcat be revamped and that they be elected from the ranks of former judges, those who hold public office and influential individuals, as reported.

“On the contrary, I suggested that its members to be picked from credible Selangor state assemblymen that possess the expertise and knowledge on par with members of a Royal Commission,” he said.

Dr Hasan suggested that an immediate meeting be arranged between the Mentri Besar, the exco members and Selcat to discuss the issue.

“The administration of the state will not be functional without the harmonious environment among the MB, the exco and Selcat,” he said.
Read On 53 comments

Nak join skim cepat kaya yang terbukti cepat kaya?

Sekali lagi dilaporkan bahawa industri peti undi merupakan skim cepat kaya yang terbukti paling cepat menjadikan orang yang menyertainya kaya raya.

Malaysiakini semalam dalam berita bertajuk "TI-M report: Corruption the norm in Malaysia" melaporkan, wakil-wakil rakyat dan penyokong-penyokong rapat mereka percaya bahawa jawatan tersebut adalah peluang untuk membuat duit bagi diri mereka sendiri, kata Presiden Transparency International - Malaysia (TI-M), Paul Low yang menyifatkan rasuah telah menjadi cara hidup di Malaysia.

Menurut beliau, rasuah diterima, kalaupun tidak dibiar dan dimaafkan, sebagai cara hidup di Malaysia kerana ketidakjujuran, rasuah dan mengabdikan diri kepada hawa nafsu telah menjadi nilai-nilai yang diterima malah dipuja-puja.

Paling syaitan ialah kalau naik ke jawatan tinggi dengan memperkudakan PAS, tetapi rasuah sama kuat dengan parti perasuah. Jangan lupa, seseorang itu disumbat dengan rasuah ke temboloknya kerana jawatan yang dipegangnya. Tak ada bangang yang nak rasuah aku, bakaq a.k.a. ~penarik beca (Kalau rajin, sila baca posting saya April lalu, "Kalau orang PAS rasuah, hampa terajang, pijak-pijak dia").

Perkara yang tidak disentuh oleh laporan itu ialah hakikat bahawa industri peti undi boleh mengangkat seseorang ke kelas yang paling saya benci, iaitu kelas bangsawan.

Berkaitan:
TI: Anti-corruption efforts wanting (The Sun 23/9/09)
Read On 7 comments

Bar dan slot machines di Kedah Club

Update 6.21 petang, 23/9/09

Bukan SP Inn tetapi SP Club. Mohon maaf kepada Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Firdaus Ja'afar yang juga Pengerusi SP Inn.

Posting asal

Saya menerima sms berikut dari anak Kedah di perantauan yang kini berhari raya di kampung halamannya:
D Kedah ada Kedah Club. D Kedah Club ada bar, slot machines & snooker. D SP Inn Golf Club pun ada. Kedua-duanya hak milik kerajaan Kedah. Kedah Club pula adalah sebelah Wisma Negeri. Katanya Chairman adalah MB. Hebat, inilah kut yg dkatakan PAS For All.
Saya tak salahkan Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak. Mungkin istilah yang tepat tidak digunakan. Walaupun dia pandai dan boleh tahu dengan mudah bahawa orang menggunakan istilah yang tidak tepat, tetapi kadang-kadang mungkin dia terkeliru. Barangkali pasal dia puasa masa tu.

Atau, mungkin juga Menteri Besar Kedah telah mengenakan cukai yang tinggi kepada bar, slot machines dan snooker tersebut. Maklumlah, dia nak discourage semua tu melalui tindakan membebankan benda-benda tu semua dengan cukai yang tinggi.

Kepada Pemuda PAS yang menggesa supaya konsert Beyonce dibatalkan, saya berharap mereka dapat bertindak proaktif dan belajar dari Azizan cara-cara nak discourage industri dosa melalui tindakan membebankan benda-benda tu semua dengan cukai yang tinggi.

Saya juga berharap Pemuda PAS jangan mengalah kepada tuduhan bahawa mereka adalah "religious hypocrites in PAS". Kadang-kadang ada orang yang hyper sensitive sehingga nak menggesa pun tak boleh. Seolah-olah "religious hypocrites in PAS" tidak ada hak demokratik nak menggesa supaya diharamkan. Baru menggesa ja, orang dah menggunakan istilah yang kasar.

Tetapi lebih penting dari semua itu, kita ada sistem nilai kita sebagai orang Islam. Saya pernah tulis tentang sistem nilai yang saya maksudkan itu dalam posting awal 2008 lalu bertajuk "Untukku agamaku". Kalau rajin, pi la baca.
Read On 32 comments

Calon bebas rasuah dalam "parti perasuah"

Mahathir: Corruption-free candidate important for Bagan Pinang and beyond (Malaysian Insider 22/9/09)

Petikan pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai rasuah dalam Umno:
Parti Umno sudah jadi parti perasuah. Samada ahli atau pemimpin, semuanya utamakan kepentingan diri (Dalam posting blognya yang bertajuk "Pemilihan Majlis Tertinggi Umno").
Berkaitan:
Rasuah Umno
Rasuah Umno 2
Rasuah dan keazaman politik
Read On 13 comments

SPRM, siasat segera!

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hendak menyiasat dengan segera bagaimana kerajaan Selangor boleh makan besar semalam:

1. Dari mana wang diperolehi.
2. Bagaimana wang diperolehi.
3. Siapa terlibat mengeluarkan wang tersebut.
4. Siapa yang mendapat tender untuk menyediakan makan besar itu.
5. Siapa dan berapa orang yang mendapat manfaat dari makan besar itu.

Mungkin ia lebih dasat dari kes Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ).
Read On 16 comments

Samy Vellu bukan jaguh kaum, Utusan jaguh apa?

Apabila seseorang tak pernah kata sesuatu yang menyakitkan hati kawannya, tetapi kita pulak dok sebarkan cerita kononnya dia kata lagu tu, itu menyebarkan fitnah namanya.

Saya tak marah dan tak heran kalau ada akhbar Umno yang memfitnahkan PAS. Dah memang itu kerja dia. Tapi, kalau kawan sendiri pun dia fitnah, saya rasa dah peringkat kena berubat dah tu.

Naib Presiden MIC, Datuk SK Devamany nak suruh Datuk Seri S Samy Vellu berambus dari kerusi empuknya sebagai Presiden MIC? Bak kata Mat Salon, no wildest imagination can ever imagine! (lihat berita Utusan Malaysia hari ini bertajuk "Samy Vellu bukan lagi 'jaguh' kaum")

Sebab tu la dia marah sangat kot seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini hari ini dalam berita bertajuk "'Samy must quit' report: MIC VP slams Utusan".

Beliau dipetik oleh laman berita itu sebagai berkata:
"How can they report something like that when I never even spoke to any Utusan reporter yesterday about my president and my party".

Read On 2 comments

Syabas Dr Hassan Ali!!

Saya tak sempat beli akhbar Sinar Harian semalam walaupun kawan telefon saya suruh pi beli. Dia kata, Exco Kerajaan Selangor Dr Hassan Ali menuduh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban Dan Ketelusan (Selcat) membuli para pegawai kerajaan Selangor yang disiasat oleh jawatankuasa itu.

Nasib baik Malaysian Insider semalam melaporkannya dalam berita bertajuk "Selcat inquiry sparks DOs’ revolt" (komen-komen di sini).

Wah, hebat Selcat! Boleh buli-buli orang dalam inquiry terbuka. Kalau dalam bilik soal siasat yang tidak terbuka kepada umum, kita tak heran la kalau Selcat tu membuli. Ni dalam dalam inquiry terbuka Selcat boleh main buli-buli. Dasat, dasat!

Saya bangga parti yang saya sokong Fasal 5 perlembagaannya mempunyai seorang Ahli Jawatankuasa Pusat seperti Dr Hassan. Dia tidak ragu-ragu membuka pekung Selcat yang rajin sangat buli pegawai-pegawai kerajaan Selangor dalam inquiry terbuka.

Masih segar dalam ingatan saya kenyataan demi kenyataannya mempersoalkan kematian Teoh Beng Hock ketika dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan di dalam kawasan pejabat SPRM.

Sebaik sahaja terbunuhnya Teoh ketika dalam siasatan SPRM itu, Dr Hassan benar-benar memberikan tekanan kepada suruhanjaya itu. Dia tak bagi chance sikit pun kepada SPRM!!!

Syabas Dr Hassan!!!

Berkaitan:
Selcat: Kenapa ada yang terkujat? (Al-Bakistani 19/9/09)
Selcat must be replaced by committee of eminent persons: PAS commissioner (The Star 20/9/09)
Selcat inquiries to go on, Teng blasts Hassan Ali (Malaysian Insider 20/9/09)
Isu Selcat: Pakatan Selangor tiada krisis hanya Hasan Ali dilanda krisis, kata Teng (mStar Online 20/9/09)
Selcat perlu guna garis panduan dalam siasat pegawai kerajaan, kata Hasan (mStar Online 21/9/09)
Karut, tiada rebutan kuasa antara saya dan MB - Speaker Selangor jawab Khir (mStar Online 22/9/09)
Read On 26 comments

سلام عيدالفطر المبارك

Kepada semua kawan-kawan tak kira parti apa pun yang selama ini sudi menjenguk blog ini, saya ucapkan:

سلام عيدالفطر المبارك هجرة 1430
من العائدين والفائزين
معاف ظاهير دان باطين


Jadikan Hari Raya ini sebagai pengukuh perpaduan sesama umat Islam dan sesama rakyat Malaysia. Apa salahnya berbeza pendirian tetapi janganlah sampai nak bergaduh pula.

Sedap pula ucapan yang saya jumpa dalam Indonesian Radio:
Kita ingin para pemimpin dan diri kita masing-masing tentunya kembali fitri di Hari Raya ini. Kembali menjalankan perilaku seperti yang sudah ditentukan oleh Allah. Kita ingin segala bentuk kemunafikan, keserakahan, keinginan menang sendiri dan sebagainya dihapus dari negeri ini.

Negara ini akan maju jika dipimpin oleh pemimpin yang amanah. Negara ini akan maju jika memiliki rakyat yang bekerja keras dan berpikiran positif. Negara ini akan menjadi besar bila hawa nafsu yang selama ini menjerat kehidupan kita dilepaskan. Kita ingin negara ini makmur, bukan makmur buat segelintir orang, tetapi kemakmuran buat rakyat.

Mari, kita manfaatkan momen Idul Fitri ini untuk saling mengoreksi diri atas segala kesalahan yang telah kita perbuat. Mari, kita saling bersilaturahim dan berbagi energi positif. Siapa pun dan di mana pun. Energi positif yang terakumulasi ini akan menjadi pemantik rasa saling pengertian dan saling memahami di antara kita semua. Pancaran energi positif akan menjadi penerang bagi perjalanan panjang bangsa ini. Selamat Idul Fitri, mohon maaf lahir dan batin. Mari, kita kembali fitri.
Read On 10 comments

Alahai PAS Selangor!

Arakian maka terkejutlah akan PAS Selangor apabila bekas Menteri Besar negeri itu, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo telah ditakut-takutkan orang dengan ugutan bunuh.

Kemudian daripada itu, tergagau-gagaulah akan hamba di manakah gerangannya perisytiharan terkejut PAS Selangor akan ugutan hendak membunuh Ahli Parlimen Shah Alam, Haji Khalid Abdul Samad.

Puaslah sudah saya ini menggunakan bermacam-macam kata kunci menggoogle untuk mencari-cari perisytiharan terkejut PAS Selangor akan ugutan hendak membunuh Khalid itu. Tiadalah jua saya berjumpa.

Tiadalah saya terkata apa-apa kerana tiada berjumpa tiadalah semesti tiada wujud akan dia...

Read On 21 comments

Lalu menggelejatlah Najib...

Selepas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail terloncat-loncat dek perbuatan "pakar dokumen palsu dan akuan berkanun (SD) tidak berguna," Raja Petra Kamaruddin, hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pula menggelejat sakan bagaikan terpijak bara api (menggelejat - let say accidently you step on a very hot object, terlompat-lompat kan? Aa.. that is menggelejat).

Sambil makan kueh raya saat 'Eidul-Fitri ini, sama-samalah kita saksikan skeleton in Umno's closet dipertontonkan untuk tatapan umum.

Naib Presiden PAS, Haji Mahfuz Omar kata, jika dokumen kerajaan yang didedahkan oleh Malaysia Today (MT) dalam artikelnya yang bertajuk "What the Cabinet hid from the Malaysian public" itu adalah tulen, Najib, timbalannya dan semua menteri yang terlibat dengan perbuatan memberi kelulusan secara retrospektif itu mesti meletakkan jawatan (baca selanjutnya dalam berita Harakah Daily 17/9/09 bertajuk "Najib mesti letak jawatan jika pendedahan MT benar").

Saya nak menjangkakan jawapan kerajaan Najib:
Kerajaan tidak ada pilihan melainkan memberi kelulusan retrospektrif kepada peningkatan kos projek Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) dari RM1.088 bilion kepada RM4,632,732,000.00 kerana jika berlaku default oleh Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK) yang merupakan badan berkanun kerajaan maka ia menjadi obligasi kerajaan untuk menanggung liabiliti tersebut.

Lebih dari itu, projek PKFZ telah siap dan sedang digunakan serta kontrak telah ditandatangan antara LPK dan Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB). Oleh itu kelulusan secara retrospektif adalah diperlukan.

Kerajaan terpaksa memberikan kelulusan tersebut walaupun Letter of Support yang telah dikeluarkan oleh Menteri Pengangkutan bagi beberapa penerbitan bon boleh dianggap tidak sah kerana jaminan kerajaan hanya boleh dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan atas persetujuan jemaah menteri.

Tambahan pula, Menteri Pengangkutan telah mendapat kelulusan dasar Perdana Menteri untuk melaksanakan keseluruhan projek tersebut dalam satu fasa serta turn-key developer dilantik untuk melaksanakan projek ini dan LPK pula telah merundingkan skop tambahan dengan KDSB dan kos projek pula telah meningkat kepada RM4,632,732,000.00 yang melibatkan kos pembelian tanah RM1.7 bilion dan kos pembanguna RM2.9 bilion walaupun kos projek tersebut telah dimuktamadkan tanpa merujuk kepada agensi pusat dan setelah dilaksanakan didapati tidak berdaya maju dan kos projek pula telah meningkat kepada RM4,632,732,000.00.

Mengambilkira faktor-faktor tersebut, kelulusan retrospektif itu terpaksa diberikan walaupun pertambahan skop kerja yang melebihi RM100 juta dari kos asal sebanyak sebanyak RM1.088 bilion itu tidak dikemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk pertimbangan.
Barangkali begitulah jawapannya kerana tak mungkin Najib dan anggota kabinetnya kini yang terlibat memberikan kelulusan retrospektif kepada pertambahan kos PKFZ itu tergamak meletakkan jawatan!!

Berkaitan:
PM: Polis siasat kertas kabinet PKFZ di Internet (Malaysiakini 18/9/09)
Leaked 'cabinet paper' tells an alarming tale (Malaysiakini 18/9/09)
Malaysia Today 'attacked' after PKFZ expose (Malaysiakini 18/9/09)
Malaysia Today sukar diakses selepas dedah dokumen PKFZ (Malaysiakini 18/9/09)
PKFZ: Action will be taken against those who leaked Cabinet paper (Malaysian Insider 18/9/09)
Malaysia Today blocked over leaked PKFZ documents? (Malaysian Insider 18/9/09)
Cops look for source of PKFZ paper leak (Malaysian Insider 18/9/09)
Police to investigate PKFZ cabinet paper posted on internet: PM (The Sun 18/9/09)
Najib: Police to probe Cabinet paper on PKFZ posted online (The Edge 18/9/09)
PM: Police to probe PKFZ Cabinet paper posted on the net (The Star Online 18/9/09)
Najib: Polis akan siasat kertas kabinet PKFZ di internet (mStar Online 18/9/09)
Polis akan siasat Kertas Kabinet isu PKFZ di internet: PM (Berita Harian Online 18/9/09)
Siasat laman web siar dokumen PKFZ Kabinet (Utusan Malaysia Online 18/9/09)


Read On 9 comments
 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008