Lawan ISA bagai memancung leher Umno

Dalam berita hari ini yang bertajuk "Jangan teruja fatwa haramkan demo anti-ISA," Malaysiakini hari ini melaporkan:
September tahun lalu, Dr Asri dilaporkan berkata, “Islam tidak memerlukan ISA untuk membela ajarannya” kerana ia dibina oleh hujah dan dasar yang jelas.
Yang memerlukan ISA tentulah yang sebaliknya. Jangan marah kalau semakin ramai rakyat yang membuat kesimpulan bahawa Umno memerlukan ISA untuk menyambung hayat kekuasaannya kerana ia tidak dibina oleh hujah dan dasar yang jelas.

Berkaitan:
PDRM: 1 Ogos perhimpunan haram (Hanief)


Read On 35 comments

SPRM memang professional

Petikan kata-kata bekas pegawai kanan Badan Pencegah Rasuah (BPR), Ramli Abdul Manan:
"We don't work like the police. We don't resort to using force to extract a confession. But I don't know (what it is like) now.

"If you are a good investigator, you don't need a confession at all. You prove your case from other evidence."

"We were shocked to see that the exco members who had voluntarily surrendered to the MACC Justify Fulland other suspects were handcuffed for their remand proceedings.

"I would venture to say that the Perak exco suspects were handcuffed just to embarrass them. That speaks of the mentality of MACC officers compared to ACA officers."

"They are so afraid to investigate Umno ministers, excos and menteris besar unless they get the green light from the top. Officers who try to do so might find themselves facing trouble.

"MACC would not dare to do what they have done in Selangor and Perak in any of the BN states. They would not dare to handcuff an Umno exco member. That is a fact which nobody can deny" - Dari berita Malaysiakini "ACA never used force, says former director" 29/7/09
Berkaitan:
SPRM perlu profesional (Utusan Malaysia 25/2/09)
Kes Teoh terbunuh: SPRM berniat jahat?

(Catatan: Salam takziah kepada keluarga sahabat lama ketika zaman awal Harakah, Allahyarham Mohd Hamdan Abdul Rahman yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara kira-kira pukul 6.30 pagi tadi).

Read On 8 comments

Mujurlah ada ISA!

Kadar jenayah di Malaysia semakin tinggi dan membimbangkan berikutan usaha dan tumpuan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk mengurangkan kadar pembangkang. Kadar pembangkang mesti dikurangkan ke tahap terendah untuk memastikan para pemimpin kaki rasuah terus selesa di kerusi pemerintah. Jika kadar pembangkang tidak dapat dikurangkan, macam mana nak shopping ditanggung rakyat?

Bagi memastikan orang Melayu khususnya mengurangkan politicking dan membiarkan Umno terus memerintah, ISA mesti dikekalkan. Tak mengapa kadar jenayah terus meningkat asalkan kadar pembangkang dapat dikurangkan.

Mujurlah ada polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan ISA.

Berkaitan:
Poll: Most citizens concerned over high crime rate
The Star (27/7/09): The majority of Malaysians who responded to a poll say that they feel unsafe in the country at the moment.

According to the Home Ministry’s website, as at 6pm yesterday, 97% of 6,678 respondents to its poll said they did not feel safe due to the high crime rate.

More than half of the respondents formed this opinion because they or their family members were victims of crime while 36% of the respondents were influenced by news about crime.

Only 1% said they felt safe while the remaining percentage were uncertain.

The ministry’s website started a poll on Saturday to gauge the public’s views on the level of safety in the country and the Government’s performance in safe-guarding the people’s safety and security.

Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein called on Malaysians to participate in the poll saying that he appreciated their views, comments and complaints.

He said the public could also submit their feedback to ikdn@moha.gov.my for further action.

On the level of safety in the country, 95% of 5,209 respondents felt that it was not guaranteed as compared to 3% who felt that it was still guaranteed.

To a question whether the Government has done its best to ensure that the safety of the people was at the best level, 95% of 6,155 respondents replied in the negative.

Only 2% felt that the Government has taken the necessary measures to ensure public safety.

A total of 79% of 6,244 respondents also disagreed to a statement posted on the website that crime was a global issue and that Malaysia was not the only country faced with the increasing crime rate, while 17% others agreed to it.
Read On 33 comments

Soalan mengenai Wang Tak kuasai Bernas di Parlimen

Dalam sidang Parlimen pada 9 Julai tahun lalu, Ahli Parlimen Shah Alam telah bertanya soalan berikut:
Minta Menteri Pertanian menyatakan apakah rasional kerajaan meluluskan penguasaan lebih 25 peratus saham Bernas oleh Wang Tak Co Ltd, sebuah syarikat yang berpangkalan di Hong Kong, sejak awal tahun lepas.
Saya tak tau apa jawapan yang diberikan oleh Menteri berkenaan. Saya cari tak jumpa. Nak kena tanya Khalid. Atau hampa pi kat blog Khalid, tanya dia apa jawapan menteri berkenaan.

Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) juga telah membantah perkara itu. Lihat berita Malaysiakini 13/5/08 bertajuk "Bantah Bernas dikuasai syarikat asing".

Untuk makluman, Padi Beras Nasional Berhad (Bernas) telah ditubuhkan dalam tahun 1994 berikutan dengan pengkorporatan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN). Penubuhan Bernas adalah untuk meningkatkan kecekapan dalam pemprosesan dan pemasaran beras dalam negeri. Sehubungan dengan ini, pengenalan sistem pukal, pengwujudan pusat belian dan gudang beras serta pemasangan tambahan mesin pembersihan dan pembungkusan beras di beberapa kompleks beras telah meningkatkan lagi pengendalian lepas tuai padi. (Dari laporan RMK 7)

Berkaitan:
Penjualan saham Bernas kepada Firma Hong Kong: Kerajaan perlu perjelas kepada Rakyat (Jiwo Kelate 30/7/09)
Read On 9 comments

Dah lama dah Wang Tak dok attack Bernas

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang menganggap pendedahan mengenai penguasaan 31 peratus saham Bernas oleh firma pelaburan berpangkalan di Hong Kong, Wang Tak Co Ltd sebagai serius, meminta kerajaan bertindak cepat untuk memastikan saham berkenaan dibeli balik, selain melakukan pemantauan rapi terhadap syarikat strategik lain.

"Saya nak tanya kenapa tiada sesiapa yang kesan pembelian saham ini lebih awal. Walaupun dibeli di pasaran terbuka, maklumat ini boleh didapati melalui Bursa Malaysia, malah sesiapa yang beli lebih daripada lima peratus ekuiti mesti mengisytiharkannya pada Bursa Malaysia.

"Malah, perlu dipersoalkan juga sama ada pembelian saham ini disebabkan penjualan oleh pemegang saham utama," katanya.

Malas nak kata apa. Tetapi, berita dalam akhbar tempatan membuktikan usaha Wang tak bukan baru. Dah lama dah.

Lagu mana yang tak sedar tu? Kalau kutu macam saya tak sedar, itu biasa la. Mana aku tau. Akaun CDS pun aku tak dak. Mana nak ada duit nak beli saham. Setakat terliur tengok orang main saham, tu aku mampu la.

Tapi takkan pakar-pakar strategi dan keselamatan negara tak rasa apa jika pada Ogos tahun lalu pun Wang Tak dah debik 27.63% saham Bernas. Sila baca berita di bawah:
Wang Tak buys more Bernas shares

The Star (22/8/08): Wang Tak Company Ltd of Hong Kong continued to increase its shareholding in Padiberas Nasional Bhd with the acquisition of another 1.63 million shares from Aug 7 to 13.

A filing with Bursa Malaysia showed Wang Tak bought one million shares on Aug 7 and another 274,000 shares on Aug 11. It acquired 360,00 shares on Aug 13.

The recent acquisitions raised its shareholding in Bernas to 27.63% or 129.95 million shares. The share price was trading between RM1.36 and RM1.39 during the period.

Bernas, which maintains the national rice stockpile, saw its share price higher a 52-week high of RM2.39 on April 10 when rice prices rallied while its 52-week low was on Aug 19 when it fell to RM1.31.

Its share price was at RM1.36 in early trade on Friday. It was trading at a price to earnings of 6.71 times.
Berkaitan:
Bernas allays concerns over HK firm’s 31% stake (The Edge 30/7/09)
Bernas unfazed by Hong Kong firm owning almost a third of it (Malaysian Insider 29/7/09)
'Usah biar firma asing kuasai saham Bernas'
Berita Harian (30/7/09): Pelbagai pihak termasuk ahli politik, tokoh akademik dan badan bukan kerajaan (NGO) mahu kerajaan segera campur tangan untuk mengelak syarikat strategik pembekalan beras negara, Padiberas Nasional Berhad (Bernas), dikuasai firma asing.

Sambil menyuarakan kebimbangan berhubung penguasaan 31 peratus saham Bernas oleh firma pelaburan berpangkalan di Hong Kong, Wang Tak Co Ltd, Prof Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid menegaskan kerajaan perlu memandang serius dan menyatakan pendiriannya berhubung isu itu.

"Ia bukan saja soal saham yang dijual kepada firma asing, tetapi lebih daripada itu kerana membabitkan keselamatan makanan dalam negara, orang Melayu dan rakyat yang semuanya makan nasi.

"Bernas harus dimiliki negara, seharusnya saham milik Bernas ini dimiliki kerajaan atau Bumiputera. Saya hairan bagaimana saham ini boleh dibeli firma dari Hong Kong," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau mengulas pendedahan Berita Harian mengenai kemerosotan penguasaan pelabur tempatan dalam saham Bernas yang ditubuhkan pada 1994 berikutan pengkorporatan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN).

Berdasarkan pengumuman urus niaga pemegang saham utama Bernas di Bursa Malaysia, Isnin lalu, Wang Tak kini muncul sebagai pemegang saham tunggal terbesar Bernas apabila menguasai 147.51 juta saham atau 31.36 peratus daripada keseluruhan 40.402 juta saham syarikat itu.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang menganggap pendedahan itu sebagai serius, meminta kerajaan bertindak cepat untuk memastikan saham berkenaan dibeli balik, selain melakukan pemantauan rapi terhadap syarikat strategik lain.

"Saya nak tanya kenapa tiada sesiapa yang kesan pembelian saham ini lebih awal. Walaupun dibeli di pasaran terbuka, maklumat ini boleh didapati melalui Bursa Malaysia, malah sesiapa yang beli lebih daripada lima peratus ekuiti mesti mengisytiharkannya pada Bursa Malaysia.

"Malah, perlu dipersoalkan juga sama ada pembelian saham ini disebabkan penjualan oleh pemegang saham utama," katanya.

Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Datuk Dr Zainal Aznam Mohd Yusof, pula mahu motif sebenar syarikat terbabit membeli 31 peratus pegangan saham dalam Bernas diperjelaskan.

"Kita perlu tahu tujuan sebenar syarikat terbabit melabur dalam Bernas. Apakah ia sekadar untuk mencari keuntungan atau berhasrat untuk campur tangan dan menguasai syarikat itu.

"Ini kerana sebelum ini 100 peratus saham Bernas dikuasai Bumiputera dan Bernas adalah syarikat yang penting berkaitan padi dan kini ia sudah mengurangkan pegangan saham Bumiputera," katanya.

Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik juga mempersoalkan mengapa hak pemilikan komoditi penting negara, seperti makanan, dibiarkan dikuasai orang luar.

"Kita perlu ingat beras adalah makanan asasi rakyat Malaysia dan apabila kita membuka pasaran saham terlalu luas kepada orang luar tanpa kita sedari secara diam-diam mereka mendapat pegangan yang besar. Dari segi 31 peratus itu ia sudah boleh dikira sebagai menguasai sesuatu syarikat.

"Jika ada unsur luar menguasai saham kita pada jumlah yang besar, kita bimbang ia akan dimonopoli pada saat genting dan kerana itu kepentingan rakyat perlu dijaga," katanya.

Abdul Rahim berkata, Gabem akan menulis surat bagi meminta kerajaan bertindak segera dalam usaha mengembalikan saham berkenaan.

"Walaupun kerajaan boleh mengawal, tetapi rakyat tidak dapat menerima keadaan ini di mana saham syarikat strategik negara berada di tangan orang luar," katanya.

Pengerusi Eksekutif Yayasan Kajian dan Strategik Melayu, Datuk Dr Mohd Radzi Abdul Latif pula meminta kerajaan mengkaji semula perjanjian konsesi yang dimeterai Bernas dengan Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri sebagai pembekal dan pengimport tunggal beras negara.

"Perlu dipastikan sama ada pihak yang menandatangani perjanjian itu termasuk pemegang saham utama Bernas mematuhi syarat perjanjian atau melanggarnya. Kita juga perlu teliti sama ada penjualan saham kepada pihak asing dibenarkan atau sebaliknya dan perlukan urus niaga itu mendapat kebenaran kerajaan," katanya.
Read On 29 comments

Food security Malaysia di tangan Hong Kong?

Cerita Umno curi beras berlalu begitu sahaja. Tidak ada sesiapa didakwa kerana menuduh Umno curi beras. Penafian pun tak ada.

Hari ini, bukan takat cerita curi beras. Food security tak ada ertinya lagi dan sedang direntap dari rakyat negara ini ketika Umno sedang mencengkam kuasa.

Lebih kurang food security lagu ni: Tau dak pasai apa Vietnam tak kalah berperang dengan Amerika Syarikat pada tahun enam puluhan dulu? Ada orang kata sebab dia ada cukup beras. Ada cukup beras, ada cukup makan. Ada cukup makan, ada cukup tenaga nak berlawan. Begitu penjelasan cara orang kampung.

Kalau beras Hong Kong yang kontrol, lagu mana?

Reuters melaporkan:
A private Hong Kong investment firm Wang Tak Co Ltd has emerged as the single largest shareholder in Malaysian rice monopoly Padiberas Nasional Bhd (Bernas), holding 31.3 percent, according to stock exchange documents.
Sebagai penyedap hati, Berita Harian hari ini sekadar mempercayai bahawa Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary masih menguasai pegangan majoriti Bernas, iaitu 36.81 peratus menerusi Budaya Generasi dan Serba Etika.

Apa yang membimbangkan, Wang Tak hanya memerlukan dua peratus lagi untuk membeli keseluruhan pegangan dalam Bernas.

Bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Salleh Majid berkata, jika mana-mana pemegang saham tunggal syarikat itu meningkatkan pegangan melebihi 33 peratus, maka ia boleh membuat tawaran am mandatori (MGO) untuk membeli keseluruhan pegangan dalam syarikat berkenaan.

Berkaitan:
Firma HK kuasai 31 peratus Bernas
Penguasaan pelabur tempatan dalam syarikat beras negara merosot

Berita Harian (29/7/09): Firma pelaburan berpangkalan di Hong Kong, Wang Tak Co Ltd, kini muncul pemegang saham tunggal terbesar dalam syarikat strategik pembekalan beras negara, Padiberas Nasional Bhd (Bernas).

Berdasarkan pengumuman urus niaga pemegang saham utama Bernas di Bursa Malaysia, kelmarin, Wang Tak menguasai 147.51 juta saham atau 31.36 peratus daripada keseluruhan 470.402 juta saham Bernas.

Peratusan itu mengatasi pemegang saham tunggal terbesar Bernas sebelum ini, iaitu Budaya Generasi (M) Sdn Bhd yang hanya menguasai 144.83 juta saham atau 30.79 peratus.

Penguasaan langsung Serba Etika Sdn Bhd, iaitu pemegang saham ketiga terbesar Bernas, pula susut daripada 29.829 juta saham atau 6.39 peratus pada 22 April lalu kepada 28.329 saham atau 6.02 peratus ketika ini.

Pada masa sama, penguasaan langsung pemegang saham keempat terbesar Bernas, Lembaga Tabung Haji, susut daripada 29.337 juta saham atau 6.24 peratus pada 22 April lalu kepada 28.726 juta saham atau 6.11 peratus ketika ini.

Bagaimanapun, ahli perniagaan terkemuka, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary, dipercayai masih menguasai pegangan majoriti Bernas, iaitu 36.81 peratus menerusi Budaya Generasi dan Serba Etika.

Bernas, iaitu syarikat strategik yang memonopoli aktiviti pengimportan dan pembekalan beras di negara ini, ditubuhkan pada 1994 berikutan pengkorporatan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) dan disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia pada Ogos 1997.

Penubuhan Bernas adalah untuk meningkatkan kecekapan dalam pemprosesan dan pemasaran beras dalam negara.

Menerusi penubuhan Bernas, beberapa kaedah diperkenalkan termasuk sistem pukal, pengwujudan pusat belian dan gudang beras serta pemasangan tambahan mesin pembersihan dan pembungkusan beras di beberapa kompleks miliknya.

Difahamkan, kumpulan Wang Tak membeli saham Bernas di pasaran terbuka secara berperingkat sehingga pemilikannya dalam syarikat itu meningkat daripada antara empat dan lima peratus pada 2003 kepada melebihi 30 peratus sekarang.

Wang Tak dimiliki kumpulan Lee Hing Development Ltd, iaitu sebuah syarikat pegangan pelaburan Hong Kong. Pengarah Eksekutif IGB Corporation Bhd, Tan Boon Seng adalah Pengerusi dan Pengarah Urusannya.

Sementara itu, Ahli Ekonomi Kanan Bank Islam Malaysia Bhd, Azrul Azwar Ahmad Tajudin, ketika dihubungi Berita Harian semalam berkata walaupun syarikat Hong Kong itu dikategorikan sebagai pelabur pasif dalam Bernas, namun sebagai syarikat pelaburan sudah tentu hasratnya adalah untuk menjana keuntungan.

Felo Kanan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Datuk Muhammad Salleh Majid, pula berkata aktiviti jual beli saham Bernas wajar diberi perhatian, terutama berhubung urus niaga pemegang saham utamanya bagi mengelak syarikat strategik itu dikuasai pelabur asing,

"Pemegang saham utama tempatan dalam Bernas seharusnya tidak menjual saham di pasaran terbuka. Adalah lebih baik ia dilaksanakan di luar pasaran, iaitu menerusi rundingan jual beli dengan pelabur tempatan," katanya.

Menurut bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur itu, jika mana-mana pemegang saham tunggal syarikat itu meningkatkan pegangan melebihi 33 peratus, maka ia boleh membuat tawaran am mandatori (MGO) untuk membeli keseluruhan pegangan dalam syarikat berkenaan.
Read On 27 comments

Slogan baru: "Pergi jahanamlah Umno"

Ada terjemahan al-Quran yang menterjemahkan ayat تَبَّتْ يَدَا أَبِي لَهَبٍ وَتَبَّ sebagai "Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab, dan binasalah ia bersama!" dan ada pula yang menterjemahkannya sebagai "Celakalah kedua tangan Abu Lahab dan celakalah dia".

Ada yang menterjemahkannya sebagai "Telah celaka kedua tangan Abu Lahab dan diapun celaka" dan ada pula yang menterjemahkannya sebagai "Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa".

Anda boleh membaca penjelasan ayat-ayat tersebut di sini dan di sini (versi Sunni).

Saya teringat ayat di atas apabila terbaca berita-berita yang mengulas kenyataan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, "pergi jahanamlah Umno".

Saya buka ruangan kamus DBP, dia tulis makna "pergi jahanam" ialah "persetan (binasalah, jahanamlah)".

Saya pernah kena marah bila saya kata "Orang Umno adik-beradik aku, kawan-kawan aku. (Parti) Umno mampuih pi la". Kawan dari Umno itu tak nak membezakan orang-orang Umno dengan parti Umno. Dia marah. Saya hanya kata, "Pendirian aku lagu tu la dari dulu. Tak berubah. Aku asin (asingkan) orang Umno dengan parti Umno".
Read On 41 comments

Rakyat Malaysia tak percaya media

Menurut satu tinjauan pendapat baru-baru ini, rakyat lebih mempercayai berita dan maklumat yang disampaikan melalui perkhabaran mulut berbanding apa yang mereka baca dalam akhbar atau didengar dari radio dan TV.

Untuk maklumat lanjut, sila baca "Malaysians less trustful of the media" Malaysian Mirror 28/7/09.

Setakat seronok ja setelah membaca berita di atas tak jadi. Buatlah perancangan dalam diri kita sendiri bagaimana nak menyebarkan kebenaran kepada adik-beradik dan kawan-kawan kita.

Masa usrah dulu, naqib selalu cerita tentang "da'wah fardhiyyah". Pandai-pandai la nak bercerita perkara yang benar kepada kawan-kawan kita.

Cerita yang benar ja. Benda yang kita tak yakin benar atau tidak, tok sah dok mereka-reka la...
Read On 15 comments

Kes Teoh terbunuh: SPRM berniat jahat?

Mengulas cara Teoh Beng Huat yang terbunuh ketika dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam berita bertajuk "Former ACA official: Teoh held unlawfully," Malaysiakini hari ini memetik Mohamad Ramli Manan, bekas pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang pernah mendakwa tentang salah laku ketuanya, berkata:
"Menyoal siasat mereka (yang disyaki) sehingga larut malam adalah bertentangan dengan undang-undang dan amalan yang telah ditetapkan.

"Peraturan lokap menghendaki mereka dihantar ke dalam lokap selewat-lewatnya pada pukul lapan malam

"Saksi-saksi pula (hendaklah) dihantar ke pejabat atau rumah mereka dan diminta hadir semula pada tarikh lain yang ditetapkan.

"Saya tak tahu mengapa mereka memanggil Teoh pada pukul lima petang. Ini mungkin disebabkan perancangan yang buruk atau niat jahat atau tujuan jahat di pihak mereka".

Ramli juga berkata, sebelum Teoh dibebaskan, SPRM seharusnya memberikan surat makluman kepada Teoh mengenai barang-barang yang telah diambil darinya.

"Jika tidak ada senarai sedemikian diserahkan kepada Teoh, adalah sukar untuk menyatakan Teoh diberi keizinan untuk meninggalkan pejabat SPRM" (Gambar di atas ihsan Malaysiakini
Berkaitan:
Ex-MACC officer: No rule that says interviews can’t be done at odd hours (The Star 28/7/09)
Read On 18 comments

Takziah kepada kelab pencinta Umno

Saya difahamkan bahawa kelab pencinta Umno telah bersiap-siap untuk berhari raya dengan kenyataan Tok Guru Mursyidul Am PAS ((lihat "Nik Aziz sedia lupa sengketa politik dengan Pusat" Utusan Malaysia 25/7/09, "Mustapa, Nik Aziz muafakat" Utusan Malaysia 25/7/09, "'Sengketa wajar dilupakan'" Utusan Malaysia 26/7/09, "Umno, PAS ada persamaan" Utusan Malaysia 26/7/09) dan "MT Umno akan bincang" Utusan Malaysia 27/7/09).

Pulang paku buah keras hampir-hampir menjalar atas kertas - maklumlah, sejak akhir-akhir ini itu sahaja kerjanya.

Malangnya, tak sempat nak pukul gendang raya, tersiarlah berita bertajuk "Nik Aziz nafi hulur salam perpaduan Umno-PAS" (Malaysiakini 27/7/09).

Dalam posting beliau hari ini yang bertajuk "Perpaduan antara kerajaan ya, antara parti tidak – Nik Aziz," Sheih melaporkan:
Nik Aziz pagi ini mencabar semua wartawan akhbar dan wartawan penyiaran yang hadir di dalam sidang-sidang medianya beberapa hari kebelakangan ini untuk membuktikan menerusi rakaman audio atau video bahawa beliau mengusulkan kerjasama Umno-PAS.
Terima kasih kepada Tun Dr Mahathir Mohamad (lihat "Dr M ragui keikhlasan PAS untuk kerjasama" Malaysiakini 27/7/09 dan "Dr Mahathir ragui keikhlasan PAS" Utusan Malaysia 27/7/09). Sepatutnya kenyataan dengan nada yang sama sudah lama datang dari pemimpin tertinggi badan eksekutif PAS.

Takziah kepada media-media yang nak mencanangkan "perdamaian" Umno-PAS. Kalau dah dari gerombolan yang buat berita bertajuk "Daripada striker bola kepada pengarah tersohor" (orang dah meninggal dunia, sudahlah!), apa nak heran tulis apa pun.

Takziah juga kepada kelab pencinta Umno.

Berkaitan:
Kerjasama Umno-PAS: ‘Pergi Jahane’ Umno – Tok Guru Nik Aziz (Jiwo Kelate 28/7/09)

Read On 33 comments

Bangsa ISA dan DEB

Dalam ruangan pendapat yang disiarkan Malaysiakini bertajuk "Master of 'divide and rule' at work again," seorang pemberi pendapat yang memakai pengenalan diri The Smaller Mamakdir melibas dengan kata-kata pedas:
Mahathir's recent comments are clearly racist, revealing his true character, and I have lost every respect for this man who, in my opinion, has taken the nation to ransom.
Saya telah membaca lebih dari sekali posting Tun Dr Mahathir Mohamad bertajuk "Kaki dalam kasut". Saya saja malas nak kata apa-apa. Sistem demokrasi membenarkan kebebasan bersuara. Berdosa sangatkah dia menyuarakan apa yang dia rasa?

Saya juga nak menumpang kebebasan bersuara kali ini.

Saya tak nak hak orang lain. Saya juga tak marah orang lain dapat sesuatu yang mereka usahakan.

Hanya saya tertanya-tanya, adakah saya seorang racist jika saya terkilan tentang sesuatu yang kita korbankan atau hilang dari tangan kaum saya?

Saya manusia, bukan plastik. Manusia ada rasa terkilan. Saya bercakap dari hati saya yang terkilan. Adakah saya racist kerana terkilan?

Siapa yang lebih menyebabkan saya terkilan? Cina? DAP? Tak, bukan Cina, bukan DAP. Bangsa ISA yang sebenarnya menyebabkan saya terkilan.

Merekalah yang sebenar-benarnya tak puas-puas mencuri hak orang-orang Melayu Islam. Bangsa ISAlah yang sebenarnya menganiaya dan menzalimi hak orang-orang Melayu Islam.

Yang paling banyak menyapu kuota 30 peratus yang kononnya diperuntukkan untuk orang-orang Melayu Islam ialah bangsa ISA. Bangsa ISAlah yang memperalatkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk mengkayakan diri mereka.

Bukan Cina, bukan DAP.

Berkaitan:
Dr M, who are the 26 percent? (Malaysiakini 28/7/09)
Read On 14 comments

Bangsa ISA musuh Melayu Islam


Read On 30 comments

Bangsa ISA bunuh kerusi Melayu Islam

Jika orang-orang Melayu Islam mengugut mahu mencetuskan huru-hara, sudah lama mereka ditangkap polis. Orang Melayu Islam pernah ditangkap polis kerana menyebarkan SMS menyeru orang ramai menyertai solat hajat di Ipoh agar Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan.

Tetapi, bangsa ISA boleh mengulang ugutan akan menimbulkan huru-hara (lihat berita Malaysiakini semalam "Demo besar isu ISA 'mungkin huru-hara'"). Saya tak kata apa-apa semalam kerana nak tengok sama ada bangsa ISA kan diambil tindakan atau tidak. Jangan harap akan ada tindakan.

Bercakap mengenai Perak, bangsa ISA marah sangat kerana ramai Cina menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di negeri itu.

Siapa yang buat persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003? DAP buat?

Siapa kurangkan kerusi Melayu dalam Dewan Rakyat? DAP?

Dalam ucapannya di Dewan Rakyat pada 24 Jun 2003, Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyatakan: "Kelantan, Terengganu dan Kedah masing-masing mempunyai pertambahan pemilih 16.2 peratus, 21.76 peratus dan 17.4 peratus. Kita tidak lihat kerusi baru di tiga negeri ini".

Bila keris puaka makan tuan, bangsa ISA menggelejat meniupkan api perkauman.

DAP memang menang banyak di Perak hasil persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003 yang dibuat oleh bangsa ISA. Tetapi, adakah DAP bertanding di kerusi majoriti Melayu?

DAP bertanding di Gerik (73.49 peratus Melayu)? Kerusi Gerik dimenangi oleh Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe.

Siapa korbankan kuasa politik Melayu Islam? DAP atau bangsa ISA? Siapa musuh sebenar Melayu Islam? DAP atau bangsa ISA? Ada akai, pakai.
Read On 15 comments

Melayu dan Islam perlu bangsa ISA?

Saya bersyukur menjadi seorang Muslim. Satu-satunya Din di sisi Allah s.w.t. ialah Islam. Saya juga bersyukur dengan ketetapan Allah yang menjadikan saya orang Melayu.

Islam saya junjung dan Melayu yang menjadi pengenalan diri saya setelah Allah menjadikan manusia dari pelbagai bangsa agar kita saling kenal-mengenal (Surah al-Hujurat: 13).

Hari ini, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah membentuk satu suku kaumnya yang tersendiri, bangsa ISA. Tuhan mereka adalah rasuah dan nabi mereka adalah nafsu. Jika anda menemui orang bertuhankan rasuah dan bernabikan nafsu, tidak kira dari parti apa sekalipun termasuk yang mengaku menjadi ahli PAS, itulah dia bangsa ISA.

Orang yang tidak bertuhankan rasuah dan bernabikan nafsu tidak memerlukan ISA atau bangsa ISA.

The demarcation line between the Malay Muslims and bangsa ISA is getting clearer and more vicious. The Malays and the Muslim, I was told, are more than ready to face bangsa ISA.

Persoalannya, adakah Islam dan Melayu dihidupkan oleh bangsa ISA? Adakah Islam dan Melayu memerlukan bangsa ISA? Adakah bangsa ISA mempertahankan Islam dan Melayu? Berapa orang yang masih tidak tahu kezaliman dan penganiyaan bangsa ISA ke atas bangsa Melayu? Berapa orang yang masih tidak sedar penentangan bangsa ISA terhadap Allah Yang Maha Agung lagi Maha Menghakimkan?

Bangsa ISA sebenarnya menentang dan mencabar Allah. Dan, oleh kerana kita hamba Allah, kita tidak ada pilihan melainkan menentang mereka. There's no two ways about it.

Verkaitan:
Say yes to ISA (Raja Petra Kamarudin 25/7/09)
Read On 28 comments

Tambang merempit, harga makanan mengamuk

Kadar tambang merempit macam pelesit, harga makanan mengamuk siapa yang gemuk? 1Malaysia didera dan cedera. Bangsa ISA didahulukan, puaka diutamakan.

Berkaitan:
99% keluarga hadapi masalah akibat kenaikan harga makanan
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Hrkh) - Sembilan puluh sembilan peratus keluarga di negara ini merasa semakin sukar menghadapi kenaikan harga makanan.

Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman berkata, tinjauan pendapat yang dijalankan pada tahun lalu mengenai kesan inflasi ke atas keluarga mendedahkan statistik tersebut.

"Kira-kira 44 peratus wanita dari golongan berpendapatan rendah juga berkata, masalah kewangan mencetuskan salah faham di dalam keluarga akibat kenaikan tersebut," The Star Online hari ini memetik beliau berkata (komen-komen di sini).

Ketika merasmikan program pengurusan kewangan keluarga, Aminah berkata, terdapat juga aduan mengenai gangguan along dan amaran dari bank kepada keluarga yang gagal membayar hutang mereka akibat kebuntuan untuk menguruskan kewangan mereka.

Program pengurusan kewangan keluarga itu akan diadakan di seluruh negara dengan kerjasama Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK), Bank Negara Malaysia.
Read On 6 comments

ISA dan bangsa Umno

Dalam artikelnya "Matlamat tidak menghalalkan cara," saya nampak Raja Petra Kamarudin menyifatkan mereka yang mempertahankan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah orang-orang Melayu. Manakala mereka yang menentang ISA pula adalah orang-orang Islam.

Orang Melayu menyokong ISA. Orang Islam menentang ISA.

Bagaimanapun, pada pandangan saya yang bersyukur dengan ketetapan Allah yang menjadikan saya seorang Melayu, semua bangsa di negara ini menentang ISA tidak kira Melayu, Cina atau India. Ada orang mendakwa, satu-satunya bangsa yang mempertahankan ISA ialah bangsa Umno.

Kenapa saya kata begitu? Perlembagaan Malaysia telah memberikan takrif yang jelas kepada makna orang Melayu. Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan telah menakrifkan orang Melayu sebagai:
1. Seorang yang beragama Islam
2. Bertutur Bahasa Melayu
3. Mengamalkan Adat istiadat Melayu
4. Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.

ISA menahan tanpa bicara. Islam mengharamkan penahanan tanpa bicara. Allah s.w.t. sendiri membicarakan hamba-hamba-Nya sebelum menentukan syurga atau neraka di Hari Perhitungan nanti.

Adakah ISA lebih berkuasa dari Allah?

Berdasarkan takrif Melayu di atas, orang Melayu beragama Islam. Seseorang yang beragama Islam tidak akan menjunjung undang-undang yang bertentangan dengan prinsip keadilan Islam serta mencabar kedudukan Allah sebagai Yang Maha Berkuasa lagi Maha Menghakimkan.

Melayu yang beragama Islam tidak akan menyokong ISA.
Read On 43 comments

Utusan dan polis seiring sejalan

Jika anda membeli Utusan Malaysia pagi semalam, ada tentu membaca entah apa mana aku tau yang bertajuk "Selangor Oh Selangor 2: Apa ada dalam notebook Beng Hock?" (sila klik untuk besarkan kesemua imej)



Di sebelah malam, anda membaca pula berita Malaysiakini yang bertajuk "'Police tried absolve MACC officers from liability'" (saya benar-benar memohon maaf kepada Malaysiakini kerana menyalin tanpa kebenaran imej-imej di bawah)



Berkaitan:
Kes Beng Hock: Polis didakwa mahu "melepaskan" SPRM (Harakahdaily 23/7/09)
Police quiz family, fiancee on Teoh's state of mind (Malaysian Insider 22/7/09)
Family quizzed on Teoh’s well-being (The Star 22/7/09, komen-komen di sini)
Call for royal commission to also probe cause of Teoh's death (The Sun 22/7/09)
Police and Ean Yong point fingers at each other over investigation delay (Malaysian Insider 22/7/09)
Selangor questions why two separate proceedings used to probe Teoh’s death (Malaysian Insider 22/7/09)
Ean Yong: Teoh was arrested (Malaysian Insider 22/7/09)
Ean Yong dan setiausaha sulitnya beri keterangan kepada polis hari ini (Bernama 22/7/09)
Read On 30 comments

Terbunuhnya Teoh: Suruhanjayalah! Bukan inkues

Rakyat menuntut suruhanjaya di raja yang menyiasat punca sebenar kematian Teoh Beng Hock di mana ia termasuk menyiasat cara siasatan yang digunapakai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semasa melakukan soal siasat terhadap Teoh dan semua perkara yang boleh menentukan punca kematian beliau. Tiba-tiba mereka hanya buat inkues untuk menentukan punca sebenar kematian Teoh.

Jika suruhanjaya di raja menyiasat punca sebenar kematian Teoh, ia mempunyai bidang kuasa yang lebih luas berbanding inkues yang hanya diketuai oleh seorang majistret.

Di bawah ini, saya copy and paste berita Malay Mail hari ini agar anda memahami perbezaan antara inkues dan suruhanjaya.
Teoh death: No to inquest, yes to royal commission

A Royal Commission of Inquiry, and not an inquest, should look into the death of Teoh Beng Hock.

This was the consensus of the legal fraternity and the Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam) in response to a statement by Federal CID director Datuk Seri Mohd Bakri Zinin that Teoh's case could end up in a coroner's court as an inquest would usually be conducted by the court for cases of "sudden death".

Teoh's case has been classified as such, and this is normally investigated by an inquest, which is essentially judicial investigations carried out by magistrates upon the request of the public prosecutor.

Bar Council president Ragunath Kesavan said an inquest would not be able to answer all the questions raised in the last one week on Teoh's death.

"In this case, there are more answers needed than just the cause of his death. An inquest would be insufficient to address these questions."

Ragunath said in contrast to the limitations of an inquest, a Royal Commission would cover a wider scope, including finding out the circumstances surrounding his death, regulations, protocols and standard operating procedures of the MACC.

"MACC is a very important public institution and there is a negative impact on the commission if they are unable to answer, for example, why he was not accompanied by a lawyer, and the need to question him for a long time when he was a witness assisting in the MACC's investigations," he said.

Ragunath said it was pertinent that the a Royal Commission of Inquiry presides over the matter as it was also in the position to clear the MACC's name.

Criminal lawyer Datuk Baljit Singh Sidhu also supported the call for a royal commission to oversee the inquiry. "This is a situation where the MACC, given tremendous powers to run investigations to the extent that they can't be sued in a civil court, also carries the responsibility of a highly-accountable body. If its officers had not acted in a wrongful manner, then it is only right that a royal commission presides over investigations. It is hugely important that the public does not lose faith in the MACC.

"A royal commission is more open and transparent as it is not rigidly governed by the rules of the criminal procedures. In an inquest, the coroner who makes the decision is normally a magistrate but in a royal commission, senior members with expertise covering every aspect of the case would be able to conduct a more comprehensive inquiry."

Suhakam commissioner Datuk N. Siva Subramaniam said a Royal Commission of Inquiry would, among others, be able to dwell into matters like competency and manuals used by MACC officers to question their witnesses.

"The MACC has no choice but to clear its image and there is no better way than this. The royal commission panel will have to get the consent of the Yang Di-Pertuan Agong and therefore it will investigate the matter as an independent party."

PAST PROMINENT CASES OF INQUESTS:

CASE 1: K. Sujatha, former personal secretary to Datuk Seri S. Samy Vellu’s son, Vell Paari.

THE inquest is still being heard in front of coroner Mohd Faizi Che Abu in the magistrate’s court of Kuala Lumpur.

The purpose of the inquest is to determine if Sujatha, 29, was murdered or had committed suicide by drinking weedkiller two years ago.

Among others, questions were raised on why she was rushed from a private hospital in Kuala Lumpur to the Tengku Ampuan Rahimah Hospital in Klang where she died, some 30km away, instead of the Kuala Lumpur Hospital.

The inquest had also asked why a post-mortem was not conducted before her body was cremated and if she had revealed on her deathbed what had actually taken place at her apartment.

CASE 2: Dr Cynthia Joseph

DR JOSEPH died at the age of 42 on Sept 27, 2004 at the Pantai Cheras Medical Centre. Police exhumed her body on Dec 2, 2004 after her family suspected foul play in her death.

Her father, Joseph Sebastian, told coroner Tasnim Abu Bakar that he had decided to lodge a police report on Nov 25 the same year after he found it strange that his son-in-law, Dr A. Retnarasa, did not want a post-mortem done.

Following the report, police exhumed Dr Joseph’s body at the Cheras Christian Cemetery. The inquest is ongoing.

PREVIOUS CASES OF ROYAL COMMISSIONS OF INQUIRY:

CASE 1: V.K. Lingam Video Clip

A COMMISSION was formed in late 2007 to investigate an allegation of illegal intervention into the judicial appointment process of Malaysian judges that purportedly took place in 2002.

The formation of the commission was a follow-up to a recommendation by a three-man panel tasked with determining the authenticity of recordings of a telephone conversation by prominent lawyer Datuk V.K. Lingam purportedly with Chief Justice Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, allegedly fixing the appointment of "friendly" senior judges.

The eight-minute clip, said to be originally 14 minutes when recorded sometime in 2002, was made public by Parti Keadilan Rakyat de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.

CASE 2: NUDE SQUAT

FORMER Chief Justice of Malaysia Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah was appointed to head a five-man independent commission to probe the inquiry into the controversial case of a woman forced to do squats in the nude while in police custody in December 2005.

The commission's report identified the detainee as a local woman, and deemed nude squats to be improper and in violation of human rights principles, criticised police procedures, and provided a detailed manual on how to go about body searches.

The commission also made a number of recommendations, including a repeat of the first Commission's call for human rights awareness training for the police, and the establishment of an independent complaints commission.

Importantly, the Commission called for "…a shift in the mindset of those within the (police) so that there is an unwavering commitment to work towards a police culture that is more effective, responsibility driven and human rights sensitive."

The woman has filed a RM10 million suit against the police.
Berkaitan:
Cabinet's decision nonsensical (Malaysia Today 22/7/09)
Read On 14 comments

Keadilan untuk TBH: Sila bersama-sama

Pastikan anda anda salah seorang yang menuntut keadilan untuk Teoh Beng Hock yang terbunuh within SPRM vicinity and under SPRM custody. Cepat-cepat ke sini.

Berkaitan:
Kematian Teoh Beng Hock dedah pekung Barisan Nasional (Mohamed Hanipa Maidin 22/7/09)
Dari Manek Urai ke London dan Jordan: Berhadapan Isu Teoh Beng Hock (Haji Khalid Abdul Samad)
Read On 0 comments

Kerajaan perpaduan di Selangor?

Jika kerajaan Pakatan Rakyat (PR) jatuh di Selangor hasil kerja kuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis, adakah akan tertubuh kerajaan perpaduan di Selangor? Saya tak tahu, tetapi khabarnya di Terengganu orang lebih suka berpakat dengan Datuk Ahmad Said.

Saya tanya begitu setelah membaca dua posting Briged MP Segambut bertajuk "PAS jadi MB baru Selangor" dan "Kemunafikan pemimpin PAS".

Husin Lempoyang tentu kata teman-teman BTN hebaatt!
Read On 21 comments

Apa jadi anak-anak kita di rumah?

Sambil kita bincang-bincang hal politik la, hal orang terbunuh la, apa jadi anak kita? Ca pi tengok sat kat sini atau kat sini.

Alangkah baiknya kalau blogger tak kira parti parti apa semua bersatu dalam satu perkara - kita pi sekolah-sekolah dan buat la lagu mana pun secara percuma nak bagi budak-budak rajin mengaji. Cik gu kaunseling tak larat dah. Dok pakai modul tu ja...
Read On 3 comments

Kes Teoh Beng Hock: RM2,400 pun duit jugak

Saya membaca sesetengah tulisan yang meremehkan jumlah RM2,400 dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga menyebabkan terbunuhnya Teoh Beng Hock within SPRM vicinity and under SPRM custody.

Saya harap kita semua ada peta kerja yang jelas. Kerja kita ialah untuk menuntut siasatan yang tidak mencurigakan ke atas kes terbunuhnya Teoh itu. Bukan yang dikehendaki oleh skrip mana-mana pihak atau mana-mana racist - tidak kira dari Umno atau pembangkang.

Kita tak boleh kata SPRM yang bunuh. Kita juga tak boleh kata kongsi gelap yang bunuh walaupun kita juga mahu dihapuskan pemimpin kerajaan Selangor yang terlibat dengan kongsi gelap - jika terbukti memang wujud barua itu.

Sebab itulah kita mempersoalkan kenyataan-kenyataan yang pelik dan berbunyi janggal. Kita mempersoalkan lidah yang bercakap seolah-olah diprogramkan oleh niat jahat atau rasa terdesak untuk menyembunyikan sesuatu.

Memang terpuji jika niat di hati berhajatkan penghapusan kongsi gelap. Tetapi, nampak jijik jika membuat skrip supaya ada pihak yang selamat dengan menuding jari kepada kongsi gelap dalam kes terbunuhnya Teoh.

Kita mahu pembunuh sebenar dihukum seberat-beratnya. Peduli apa kongsi gelap ka, kongsi terang ka. Mampuih pi la kat depa. Bukan adik-beradik kita. Kalau adik-beradik kita sekalipun yang buat salah, kita tak boleh menghalang mereka dari dihukum. Itu 'asabiyyah (Wathilah bin al-Asqa pernah bertanyakan makna 'asabiyyah kepada Nabi Muhammad s.'a.w.w, lalu Nabi yang suci menjawab: "('Asabiyyah ialah) kamu menolong kaummu atas kezaliman" - Riwayat Abu Daud).

Jangankan adik-beradik, kalau kita sendiri yang buat salah pun, jahat sungguh kita kalau tak ada rasa berdosa dalam hati. Lebih buruk lagi kalau membuat skrip atau rasuah serta ugut sana-sini untuk mengelakkan hukuman.

Kita mahu pembunuh sebenar dihukum seberat-beratnya. Tetapi, jangan buat skrip yang melondehkan segala kejijikan dalam hati kita. Jika kita buat skrip, orang nampak percubaan untuk menyembunyikan sesuatu. Orang nampak 'asabiyyah.

Begitu juga dengan perbuatan meremehkan angka RM2,400. Ia juga jijik. Amat jijik. Kalau penyelewengan, 24 sen pun penyelewengan. Tak payah nanti RM2,400 atau RM2.4 bilion.

Yang saya dok bangkitkan tak renti-renti isu ni bukan soal kongsi gelap ka atau RM2,400 ka. Kalau terbukti kongsi gelap yang bunuh, lipat kongsi gelap tu hingga ke akar umbi. Kalau terbukti menyelewengkan RM2,400, hukum penyangak tu hingga tak ada lagi yang berani nak buat kurang ajaq.

Kalau terbukti bersalah dan kalau diizinkan, mai kita pakat-pakat ludah atau katuk depa.

Yang saya runsing ialah kredibiliti. Yang saya bimbangkan ialah siasatan yang tidak mencurigakan ke atas kes terbunuhnya Teoh itu.

Barangkali perkara itu diungapkan dengan baik oleh Tengku Razaleigh Hamzah dalam berita Malaysian Insider hari ini bertajuk "Ku Li slams MACC, says witnesses shouldn’t end up in coffins":
"This is a question of death you know. People want to know. I want to know. How could it happen? To a witness, who is going to give evidence and he is not even a suspect over the spending of RM2,400. Some people with millions of dollars, they get away with it and are not called for investigation."
Kita mesti menuntut siasatan yang tidak mencurigakan. Kalau terbukti orang itu yang bertanggungjawab, mampuih pi la sapa pun yang kena hukum - kongsi ka, konspirasi ka.

Berkaitan:
Apa status kes 54 Adun BN Selangor habiskan RM 27 juta? (Harakahdaily 22/7/09)
Kabinet putuskan hari ini
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar enggan mengulas pertanyaan daripada wartawan berkaitan siasatan polis mengenai kematian Teoh sambil menunjukkan isyarat menutup mulut bersama pegawainya di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, semalam.

Saranan tubuh Suruhanjaya Diraja siasat kematian Teoh

Berita Harian (22/7/09): Mesyuarat Kabinet hari ini dijangka membuat keputusan berhubung saranan pelbagai pihak supaya kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat punca kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Nazri Aziz, berkata jemaah Menteri akan membincangkan secara terperinci cadangan itu yang mendapat perhatian banyak pihak.

"Kabinet akan bincang kes kematian Teoh dan cuba memutuskan langkah terbaik untuk menyelesaikan pelbagai persoalan yang dikemukakan banyak pihak.

"Pada masa sama, kita beri peluang kepada polis menjalankan siasatan terperinci kejadian berkenaan dan semua pihak tidak seharusnya melenting kerana kita tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Teoh, 30, ditemui mati di koridor Tingkat 5, Plaza Masalam, Shah Alam, Khamis lalu, yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.

Kematiannya mencetuskan pelbagai spekulasi kerana beliau antara saksi penting bagi membantu siasatan SPRM berhubung kes salah guna peruntukan wakil rakyat Pakatan Rakyat Selangor.

Teoh yang juga Setiausaha Politik Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Perumahan dan Penyelesaian Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah, dipanggil ke pejabat SPRM di plaza itu pada jam 5 petang, Rabu lalu dan disoal siasat sehingga jam 3.45 pagi keesokannya, sebelum mayatnya ditemui seorang pencuci pada jam 1.30 petang.

Pelbagai pihak termasuk keluarga mendiang, pemimpin Barisan Nasional (BN), pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan menyarankan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kematian Teoh.

Beberapa anggota Kabinet termasuk Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim; Menteri di JPM, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon serta Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat turut menyokong penubuhan suruhanjaya itu.

Mengenai saranan kaedah soal siasat dalam Prosedur Operasi Seragam (SOP) SPRM dikaji semula, Nazri berkata, perkara itu boleh diambil kira selepas polis selesai menjalankan siasatan kes berkenaan.

"SOP soal siasat SPRM amalan yang biasa dijalankan selama ini. Kita tidak tahu apakah kematian Teoh adalah kesan daripada SOP soal siasat itu.

"Sebaiknya kita tunggu polis selesai jalankan siasatan sepenuhnya sebelum membuat sebarang andaian berkaitan kes itu," katanya.

Hishammuddin: 40 Saksi akan dipanggil (ihsan Berita Harian)
Read On 10 comments

Kerajaan Selangor mungkin tumbang tak lama lagi

Enam pilihan raya kecil telah diadakan di Semenanjung selepas pilihan raya umum 8/3/08 yang lalu. Umno dan Barisan Nasional kalah kesemuanya. Di Semenanjung, 6-0. Apa yang berlaku itu menunjukkan demokrasi bantut sekalipun tidak lagi boleh digunakan untuk meneruskan kekuasaan Umno dan BN. Sebab itulah mereka bermati-matian enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak.

Dalam perkembangan terbaru, sesudah tertungging hangit dalam enam pilihan raya di Semenanjung, termasuk di Manek Urai yang hendak dijadikan talian hayat Umno, berita Malaysiakini bertajuk "Pro-ISA bertembung demo anti-ISA," menunjukkan Umno mahu bermain di jalan raya pula. Dah naik darjah nampaknya.

Dari perbualan dengan beberapa orang penyokong pembangkang, keinginan Umno untuk bermain di jalan raya itu menjadi pendorong untuk mereka bermain di jalan raya juga juga. Sebelum ini, ramai yang saya jumpa dah tawar hati. Maklumlah, yang selalu kelihatan di hadapan untuk menggerakkan demonstrasi itu ialah tokoh pro-kerajaan perpaduan. Tetapi, bila Umno juga mahu bermain di jalan raya, tiba-tiba naik semangat pula mereka.

Terima kasih Umno kerana berhasrat untuk menyatukan semula PAS - sekurang-kurangnya di jalan raya.

Apa pun, saya tidak nampak ugutan hendak bertembung di jalan raya itu boleh mencapai apa yang hendak dicapai oleh Umno. Ia bukan cara terbaik untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR). Ada cara lain boleh digunakan. Hari ini, melihat perkembangan siasatan kes terbunuhnya Teoh Beng Hock within SPRM vicinity and under SPRM custody, saya semakin terasa cara itu akan digunakan dan kerajaan PR di Selangor mungkin akan ditumbangkan.

Bagaimana caranya? Bukan mudah untuk menulis tanpa diambil tindakan di bawah Akta Hasutan. Bagaimanapun, dalam posting bertajuk "Wujudkah rakaman siasatan Teoh oleh SPRM?," saya tulis:
Oleh kerana setakat ini pihak polis tidak menolak ada unsur jenayah dalam kes terbunuhnya Teoh itu, saya teringin nak tengok ke arah manakah perginya unsur jenayah, jika didapati ada unsur jenayah. Saya tak naklah kata rasa-rasa akan seiring dengan arah yang dikehendaki beberapa blogger Umno yang mengulas kes terbunuhnya Teoh itu.

Adakah apa yang akan berlaku akan lari dari skrip kongsi gelap Umno? Saya terbayangkan benda-benda yang tak berani nak ditulis. Skrip dah ada, susah nak cakap.
Apa yang menarik, kali ini kerja Umno berjalan dengan begitu tersusun. Dari cakap-cakap, tulisan-tulisan dan komen-komen dalam blog hinggalah kepada apa yang sedang berlaku sekarang, ia kelihatan begitu seiring dan terarah.

Ketika orang pembangkang masih lagi mabuk dengan kemenangan, Umno bertindak dengan begitu baik dan tersusun. Contohnya di Manek Urai, sebaik sahaja Pak Su Weil meninggal dunia, Umno telah bergerak dengan memenuhi borang kajian sikap terlebih dahulu. Mereka mencula dengan lebih baik. Mereka letak target yang munasabah. Kemudian, dari hasil kajian melalui borang kajian sikap itu, mereka tumpu betul-betul sasaran mereka. Bukan takat main duit sahaja walaupun begitu banyak duit yang digunakan.

Kali ini, seolah-olah kerja tersusun yang menunjukkan hasilnya di Manek Urai sebelum ini sedang diaplikasikan di Selangor - walaupun dalam bentuk yang lain dan di gelanggang yang lain. Persoalannya, adakah Umno dan BN sahaja yang bersalah jika kerajaan PR di Selangor tumbang?

Zaman Allahyarham Tan Sri Asri Muda menjadi Yang Dipertua Agung PAS dulu, saya selalu mendengar penceramah berkata:
Mata kapak yang diperbuat dari besi tak akan dapat menumbangkan pokok kayu jika tak ada ulu kapak yang diperbuat dari kayu juga.
Blogger macam saya tak akan dapat menulis tentang sesuatu kejadian dan peristiwa jika tak ada kejadian atau peristiwa yang berlaku. Para penyokong pembangkang bolehlah terus memuaskan hati mereka by killing the messenger.
Read On 24 comments

Talian hayat Umno - polis dan SPRM

Menurut Malaysiakini hari ini, SPRM dan polis adalah dua tunggak utama kerajaan Barisan Nasional - jika salah satunya runtuh, seluruh kerajaan BN akan tumbang.

Jika anda tertanya-tanya mengapa orang-orang Umno berapi-api mempertahankan SPRM dalam ruangan komen blog ini (terutama yang membicarakan terbunuhnya Teoh Beng Huat within SPRM vicinity and under SPRM custody), harap-harap terjawablah sudah pertanyaan anda.

Mereka sebenarnya sedang berperang mempertahankan talian hayat kekuasaan parti mereka.

Untuk mengikuti perbicangan selanjutnya, sila klik di sini.
Read On 18 comments

Teoh Beng Hock: Kerajaan Selangor buka ruang pendakwaan politik

Dari apa yang ditulis oleh Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya, KW Mak melalui tulisannya yang bertajuk "Flawed system behind Teoh’s death" yang disiarkan oleh The Nut Graph, saya tak berlapik-lapik untuk menyatakan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor turut bersalah dalam isu terbunuhnnya Teoh Beng Hock within SPRM vicinity and under SPRM custody.

Mak mendedahkan, selepas lebih setahun berkuasa, kerajaan Selangor masih lagi tidak melakukan perubahan bermakna dan masih menggunakan sistem yang begitu cacat yang diwarisi dari Barisan Nasional.

Menurut beliau, tuduhan rasuah boleh dielakkan dengan wujudnya sistem yang ditakrifkan dengan jelas. Ia boleh menghalang pendakwaan politik (sepenuhnya di sini).

Alahai, setakat nak jadi sang copy cat apa yang BN buat dulu, dengan segala lubang yang bagai disediakan untuk bertindak serong, aku yang tak mengaji ni pun reti!
Read On 5 comments

Mana satu yang betul, SPRM?

Dari berita The Star 18/7/09 bertajuk "Teoh was last seen napping":
MACC chief commissioner Datuk Seri Ahmad Said Hamdan said Teoh was no longer in their custody when he was found dead at 1.30pm on Thursday.
Video Malaysiakini 20/7/09 bertajuk "CPO: Teoh’s phone was in MACC custody":


Berkaitan:
MACC office window parts found near Teoh's body (Malaysiakini 20/7/09)
'Teoh mati 4-5 jam sebelum ditemui' (Malaysiakini 20/7/09)
Bos Teoh, peguam akan disiasat polis (Malaysiakini 20/7/09)
Kes Teoh: Nazri minta Kit Siang tutup mulut (Malaysiakini 20/7/09)
MACC probe: Prelude to Perak-style takeover? (Malaysiakini 20/7/09)
Teoh was last seen napping
The Star (18/7/09): Teoh Beng Hock was last seen napping in the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) office on the 14th floor of Plaza Masalam in Shah Alam hours before he was found dead on the fifth floor.

Teoh, the political secretary to Selangor executive councillor Ean Yong Hian Wah, had requested to sleep in the office for a while because he was feeling tired.

MACC chief commissioner Datuk Seri Ahmad Said Hamdan said Teoh was no longer in their custody when he was found dead at 1.30pm on Thursday.

Teoh was brought in for questioning after the MACC raided Ean Yong’s office at the State Secretariat building at 4pm on Wednesday to facilitate investigations into alleged misuse of allocations by several state assemblymen.

“Teoh was let off after questioning. We do not know where he went after that,” Ahmad Said said yesterday.

He said the MACC should not be held responsible for Teoh’s death because he was no longer in their custody at the time of incident.

Ahmad Said called on opposition leaders and other quarters to stop making wild allegations. “Let the police carry out their investigation,” he said.

Meanwhile, Kajang municipal councillor Tan Boon Wah, who was also questioned by the MACC in relation to the same case, said he saw Teoh in the MACC pantry at 6am on Thursday.

“He looked tired, but he didn’t say anything to me,” Tan added.
Read On 19 comments

Kenapa kongsi gelap tak usik WCK?

Dalam posting bertajuk "WCK kata ada bukti pejabat Exco Selangor tempat bertemu kongsi gelap," saya alih bahasa ja berita The Sun bertajuk "Wee ready to hand over evidence to cops":
The Sun hari ini melaporkan bahawa Ahli parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong bersedia menyerahkan bukti kepada polis bagi menyokong dakwaannya bahawa pejabat salah seorang anggota Exco Selangor digunakan sebagai tempat pertemuan mereka yang terlibat dengan perbuatan jenayah.

Menurut Wee, selain dokumen yang membuktikan tindakan serong anggota Exco berkenaan, beliau juga mempunyai rakaman CCTV di Bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor (SUK) yang menunjukkan mereka yang terlibat dengan kegiatan kongsi gelap sering mengadakan pertemuan di pejabat anggota Exco berkenaan.
Sebelum itu, saya tulis posting bertajuk "Kongsi gelap dalam kerajaan Selangor?" Saya tulis kedua-dua posting itu sebagai tanda sokongan kepada usaha Wee. Kalau betul ada kepala kongsi gelap dalam kerajaan Selangor, mesti dihapuskan barua tu. Tak payah lapik-lapik katalah.

Dah tu, kenapa pulak saya tak percaya kongsi gelap yang bunuh Teoh Beng Huat?

Tengok berita di atas. Kenyataan Wee itu dibuat sebelum beliau diambil keterangan oleh pihak polis. Dengan memohon maaf kepada Wee, awat kongsi gelap tak usik dia? Patutnya depa ajaq Wee sebelum dia sempat diambil keterangan oleh polis (Kawe tak berniat nak puak tu buru demo, Wee).

Ketika diambil keterangan oleh pihak polis, tentulah banyak perkara yang diberitahu oleh Wee - mungkin termasuk assumption dan maklumat-maklumat hearsay yang dia dengar. Mungkin. Kalau kongsi gelap kacau Wee ketika dia dah beri bagi banyak keterangan kepada polis, perkara itu tentulah memudahkan polis mencari siapa yang bertanggungjawab. Seolah-olah orang mengantuk disorongkan bantal!

Begitu juga, kalau kongsi gelap pi bunuh Teoh jika benar beliau telah dedahkan terlalu banyak rahsia kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), itu pun sama juga seperti menyorongkan bantal kepada orang mengantuk.

Setahu saya, kongsi gelap tak bagi bantal free-free kat orang yang nak hapuskan depa. Depa cekap dalam kerja depa. Kalau qari boleh membaca Quran dengan fasih, hampa ingat penyangak tak cekap menyangak? Berapa banyak kes bunuh yang tak boleh diselesaikan...

Saya tak tau siapa dan apa yang menyebabkan Teoh terbunuh within SPRM vicinity and under SPRM custody. Mana aku tau.

Tetapi untuk menyatakan kongsi gelap yang bunuh Teoh, tak mudah saya nak percaya. Aku tak percaya - anything wrong with that?

Berkaitan:
Adakah Teoh mati dalam pejabat SPRM????
(Nangkubai 20/7/09)
Gerakan slams Umno papers (Malaysian Insider 20/7/09)
Top advisers may quit MACC over Teoh’s death (Malaysian Insider 20/7/09)
CID hints at possible coroner’s inquest into Teoh’s death (Malaysian Insider 20/7/09)
Thousands say goodbye to Teoh (Malaysian Insider 20/7/09)
MCA, MIC back calls for royal commission on Teoh’s death (Malaysian Insider 20/7/09)
Teoh’s death may raise ethnic unease (Malaysian Insider 20/7/09)
Read On 22 comments

Mana lebih mudah? Bunuh atau shopping?

Jangan melampau, begitu tajuk utama Utusan Malaysia hari ini.

Kenapa tak boleh melampau? Terbunuhnya Teoh Beng Hock within SPRM vicinity and under SPRM custody tak melampau?

Orang dah terbunuh. Nak tubuhkan suruhanjaya diraja menyiasat kes tu pun lebih lambat dari siput bergerak. Tu tak melampau?

Ada akhbar menggunakan ahli politik tak cukup seringgit untuk mengapi-apikan perkauman tak melampau? Adakah itu yang dikatakan press prostitutes, media marionettes, junket journalists?

Barangkali watak utama dalam berita Utusan Malaysia itu membuktikan kata-kata berikut:
Changing the mindset of the Umno Malays are a lost hope. It is a losing battle. I have a better chance in teaching the pigs to fly than changing the mindset of the Umno Malays.
NST 19/7/09 melaporkan berita bertajuk "MACC: No conspiracy behind Teoh's death". Menurut laporan itu, seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, Teoh Beng Hock is "worth more to us alive than dead".

Barangkali terlampau berharga sehingga disoalsiasat dari petang sampai pagi. Barangkali terlampau berharga sehingga keselamatan diri Teoh terbukti tidak selamat sama sekali.

Dalam posting bertajuk "Selamat berjaya teori kongsi gelap bunuh Teo!" saya tulis:
Mengapa SPRM tidak jaga keselamatan saksi penting mereka? Ya tak ya jugak, buat apa SPRM nak bunuh saksi penting mereka?! Tentulah SPRM akan memastikan Teo sentiasa in one piece to facilitate their investigation. Tup, tup, Teo terbunuh "within SPRM vicinity" dan "under SPRM custody". Hebat tu!!
OK lah. Takkan SPRM nak bunuh. Saksi penting dia. Siapa bunuh? Kongsi gelap?

Macam tu ka kongsi gelap beroperasi? Berapa orang yang terbunuh setelah memberikan kenyataan beramaran yang menyebabkan Tengku Goh diambil tindakan oleh pihak polis? Mana lebih mudah kepada kongsi gelap? Bunuh saksi penting pihak berkuasa atau beli? Orang bodoh pun tahu, shopping lagi mudah - ada banyak barang jualan untuk membeli-belah di pasaran rasuah.


Read On 15 comments

Bagaimana kongsi gelap tahu Teoh dedahkan rahsia mereka kepada SPRM?

Dalam berita bertajuk "TPM: Isu Teoh dipolitik untuk alih perhatian rakyat," Malaysiakini semalam melaporkan, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata kematian Teoh Beng Hock - setiausaha politik anggota exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah - telah dipolitikkan oleh pihak pembangkang untuk mengalihkan perhatian orang ramai daripada isu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas wakil rakyat mereka.

Dipolitikkan?

Bagi saya, isu terbunuhnya Teoh within SPRM vicinity and under SPRM custody adalah isu kemanusiaan. Manusia yang tak gila dan berperikemanusiaan tak boleh melihat seorang manusia lain mati katak begitu sahaja. Isu kemanusiaanlah tu.

Isu kemanusiaan amat sukar dipisahkan dari politik. Tak tahulah kalau parti Muhyiddin kata kemanusiaan dan politik tak bercampur. Dulu depa kata agama dan politik tak bercampur.

Itu pun saya tak ambil kira hakikat bahawa Teoh pula adalah setiausaha ahli politik pembangkang.

Kalau Muhyiddin gaduh sangat pembangkang mengalihkan perhatian orang ramai daripada isu siasatan SPRM ke atas wakil rakyat mereka, la ni mari kita berbagi kerja.

Muhyiddin dan juak-juaknya silakan memekik meraung sakan tentang wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) yang disiasat oleh SPRM. Telanjangkan, korek dan dedahkan. Peduli apa aku, kalau betul salah tanpa sebarang keraguan yang munasabah, mampuih pi la kat depa. Kalau salah, peduli apa aku parti apa pun.

Kami yang menentang Umno dan Barisan Nasional (BN) pula akan persoal, bongkar, selongkar dan jeritpekikkan isu terbunuhnya Teoh within SPRM vicinity and under SPRM custody.

Untuk nak tanya soalan, saya rujuk komen-komen penyokong Umno dalam blog ini. Terang-terangan mereka menyatakan Teoh terbunuh angkara kongsi gelap. Dimaklumkan melalui komen-komen dalam blog ini bahawa Teoh mendedahkan terlalu banyak rahsia ahli-ahli politik dalam kerajaan Selangor yang terlibat dalam kongsi gelap. Kalau sungguh Teoh buat gitu, mati dia mati terhormat. Mati kerana mendedahkan jenayah.

Tak pa la. Saya siarkan keyakinan dan kepercayaan mereka yang mereka hantar melalui komen dalam blog ini. Saya jarang sekat orang nak bersuara dalam blog ni kecuali kalau saya rasa saya boleh kena saman kalau siarkan jugak.

Kita tanya dua soalan dulu.

Soalan pertama, kalau kongsi gelap tahu bahawa Teoh mendedahkan terlalu banyak rahsia mereka kepada SPRM, bagaimana mereka tahu? Siapa beritahu?

Soalan kedua, kalau kongsi gelap bunuh Teoh, bodoh sangat ka depa tu? Apa ke bangangnya?! Kalau bodoh sampai lagu tu, berenti la jadi kongsi gelap. Lagi baik jadi toliap!

Kongsi gelap tak bodoh. Kalau depa bodoh, dah lama dah Malaysia ni bersih dari kongsi gelap. Untuk membayangkan bagaimana kongsi gelap beroperasi, baca berita Sinar Harian bertajuk "Ramli dakwa pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersil dianiaya" di bawah (saya simpan betul-betul berita tu. Pautan dia http://www.sinarharian.com.my/selangor/content/story865661.asp - dah tak dak dah). Baca juga berita Harakahdaily bertajuk "Perbicaraan dua pegawai polis patut jadi peluang pulihkan kepercayaan" di bawah.

Nak lagi gambaran bagaimana kongsi gelap beroperasi dengan pihak berkuasa? Baca kesemua surat sumpah seperti yang saya pautkan (linked) di bawah:

Statutory Declaration of ASP Hong Kin Hock (G/10990) (Malaysia Today 9/6/09)
Statutory Declaration of Detektif Sarjan Raja Kumar (D/104700) (Malaysia Today 12/6/09)
Statutory Declaration of ASP Mior Fahim Bin Ahmad (G/13237) (Malaysia Today 13/6/09)
Statutory Declaration of Sarjan Major Manimaran a/l Palaniappan (D/94894) (Malaysia Today 15/6/09)
Statutory Declaration of Chai Boon Chai @ Ah Wah (No K/P: 730702-04-5356) (Malaysia Today 16/6/09)
Statutory Declaration of Chong Tzeng Hang @ Ah Han (830210-01-5407) (Malaysia Today 17/6/09)
Ramli dakwa pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersil dianiaya
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Ramli Yusof semalam mengakui beliau adalah orang yang dimaksudkan dalam laporan akhbar yang mendakwa seorang pegawai tinggi polis memiliki harta sebanyak RM27 juta.

Beliau bagaimanapun menafikan mempunyai harta sebanyak itu termasuk tanah dan saham syarikat seperti mana yang didakwa.

"Walaupun nama pegawai tersebut tidak disebut, tetapi ia sudah diketahui umum bahawa saya adalah pegawai yang dimaksudkan dalam berita yang telah disensasi itu

"Yang pasti pengawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) telah dianiaya oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).

"Malah mereka juga tidak mendapat sebarang sokongan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM)," tegasnya dalam satu kenyataan semalam.

Beberapa akhbar sebelum ini melaporkan seorang pegawai kanan polis Bukit Aman sedang disiasat oleh BPR atas tuduhan salah guna kuasa dan gagal mengisytihar harta bernilai RM27 juta.

Katanya lagi, beliau tidak akan meletakkan jawatan atas laporan skandal tersebut, tetapi akan mula bercuti lusa untuk menunaikan umrah dan ibadat haji pada Disember.

Jelasnya beliau memanggil sidang media semalam kerana ingin memberi peluang kepada BPR untuk menjalankan siasatan.

Tambahnya, beliau bagaimanapun tidak mempunyai musuh di dalam PDRM bahkan hubungannya dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan juga adalah baik.

"Kami saling hormat-menghormati," katanya.

Selain soal jawab dengan media, Ramli juga menyediakan kenyataan bertulis setebal tiga halaman.

Dalam kenyataannya itu, Ramli berkata beliau telah berdiam diri sehingga hari ini berhubung perkembangan dalam pasukan polis, terutama berhubung tangkapan dan pendakwaan terhadap pegawai-pegawai JSJK yang didakwa telah memalsukan kenyataan pemberi maklumat berhubung perintah buang daerah terhadap seorang lelaki, Goh Cheng Poh @ Tengku.

Pada bulan Mac 2007, katanya, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri telah memberi arahan-arahan khusus kepada pihaknya berhubung kegiatan sindiket-sindiket jenayah tertentu yang beroperasi di Johor membabitkan beberapa orang kenamaan.

Menurutnya, siasatan yang dijalankan oleh JSJK telah membawa kepada penahanan dan perintah buang daerah terhadap Goh Cheng Poh @ Tengku, ke Jeli Kelantan.

Perintah penahanan dan buang daerah itu, kata Ramli, dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri berdasarkan kepada hasil risikan yang dikumpulkan para pegawai JSJK.

Sebab perintah buang daerah di keluar terhadap Goh, tambahnya, adalah perkara di dalam bidangkuasa dan budibicara Timbalan Menteri Dalam Negeri dan, oleh itu, beliau tidak boleh mengulas mengenainya.

Tidak lama selepas perintah buang daerah itu dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, pihak akhbar telah melaporkan bahawa BPR dan JSJK telah menyiasat dan membersihkan Goh dari sebarang kesalahan.

Tambah Ramli, ini tidak termasuk siasatan JSJK terhadap kegiatan Goh sepertimana yang diarahkan oleh Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri.

Selepas tersiarnya laporan media itu, katanya, Goh telah memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk mengenepikan perintah buang daerah yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri tehadapnya.

Menurut Ramli lagi, dalam satu tindakan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, Penasihat Undang-undang Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, seorang pegawai Pejabat Peguam Negara, enggan memberi nasihat dan sebaliknya mengarahkan beliau dan pegawainya menyediakan afidavit mengenai kertas siasatan terhadap Goh.

Afidavit tersebut, tambahnya, adalah untuk difailkan di mahkamah ekoran permohonan Goh untuk mengenepikan perintah buang daerah terhadapnya.

Ekoran kesuntukan masa, kata Ramli, pegawai JSJK terpaksa mendapatkan nasihat perundangan daripada sebuah firma guaman yang kemudiannya membantu mereka menyediakan draf afidavit tersebut.

Menurut Ramli lagi, sehari sebelum Hari Raya, seorang rakan lamanya yang juga menjadi penasihat undang-undangnya telah ditangkap dan didakwa kerana gagal mematuhi satu notis arahan ke atas yang dikeluarkan oleh BPR.

Rakannya itu juga, kata Ramli, turut membantu para pegawai JSJK menyediakan afidavit yang difailkan dalam prosiding berhubung dengan kes Goh.

Dalam tempoh seminggu, tambahnya, beberapa pegawai JSJK telah ditangkap dan didakwa di mahkamah atas dakwaan memalsukan bukti berhubung perintah buang daerah terhadap Goh.

Ramli menyifatkan apa yang berlaku sebagai sesuatu yang membimbangkan dan tidak dapat dinafikan akan memberi kesan yang besar, bukan sahaja kepada JSJK tetapi juga kepada pasukan polis keseluruhannya.

Ramli mengakhiri kenyataannya itu dengan menyatakan bahawa beliau akan berlepas untuk mengerjakan umrah Khamis ini dan menyuarakan harapannya agar isu tersebut dapat ditangani oleh Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.
Perbicaraan dua pegawai polis patut jadi peluang pulihkan kepercayaan
Harakahdaily (5/10/07): Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub berharap perbicaraan dua pegawai polis yang dituduh mengaitkan Ketua Polis Negara dengan dengan tuduhan rasuah dilihat sebagai peluang untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada institusi kehakiman.

Cif Inspektor Nordin Ahmad, 42, yang kini bertugas di Cawangan Perjawatan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang dan Lans Koperal Wong Boon Wai, 40, dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang didakwa di Mahkamah Sesyen Batu Pahat Rabu lalu atas 14 tuduhan memalsukan keterangan dan menggunakan dokumen palsu untuk mengaitkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dengan tuduhan rasuah RM2 juta untuk membebaskan tiga tahanan Ordinan Darurat.

Mereka tidak mengaku bersalah atas semua tuduhan itu.

"Kita sangat prihatin dengan kes ini kerana sebelum ini Nordin telah membuat laporan di Balai Polis Kuantan pada 23 September lalu kerana isteri dan anak-anaknya ditahan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).

"Tindakan BPR menahan serta menjadikan isteri dan anak-anak Nordin sebagai tebusan dan tukar ganti untuk memaksa kehadirannya ke ke pejabat BPR memberikan keterangan adalah satu tindakan yang boleh menyebabkan BPR dituduh sangat keterlaluan, keji dan tidak bertamadun dalam menjalankan tugasnya," katanya.

Mengambilkira latar belakang yang sedemikian serta kaitan kes itu dengan Ketua Polis Negara ditambah pula dengan isu "pita video Lingam" yang begitu mencemarkan imej institusi kehakiman di negara ini, Salahuddin berharap pihak yang berkenaan dapat menjadikan perbicaraan ke atas Nordin dan Wong sebagai peluang untuk memulihkan keyakinan rakyat dan masyarakat antarabangsa terhadap institusi kehakiman di negara ini.

Beliau juga mengulangi tuntutan PAS supaya badan kehakiman mestilah menjadi badan yang menjamin keadilan untuk semua rakyat dan terpelihara kewibawaannya.

"Kita mahukan sesuatu yang konkrit, objektif dan boleh diyakini, bukannya jawapan berfalsafah tentang the power of the powerless," tegas beliau.

Dalam laporan polisnya itu, Nordin menyatakan bahawa pada 23 September lalu semasa dalam perjalanan balik ke rumahnya, beliau menerima panggilan telefon dari isterinya, Kalsom Mat Noh, yang memberitahu ada beberapa pegawai BPR di rumahnya dan akan membawa mereka ke pejabat BPR.

Pada hari yang sama, katanya, "seorang lelaki bernama Muniem yang memperkenalkan diri sebagai pegawai BPR telah menghubungi saya dan bertanya saya di mana saya berada dan bila saya akan sampai".

Nordin meminta mereka membebaskan isteri dan anak-anaknya "yang berada di dalam tahanan mereka".

"Lelaki tersebut memaksa saya datang dengan segera untuk isteri dan anak-anak saya dibebaskan," katanya.

Laporan polisnya dibuat kerana Nordin "tidak puas hati dengan tindakan BPR yang menahan isteri dan anak-anak saya tanpa sebarang kesalahan, tanpa sebab, menyekat pergerakan isteri dan anak-anak saya dari menghubungi saya".

Beliau "tidak berpuas hati dengan tindakan BPR yang menyalahgunakan kuasa mereka untuk kepentingan diri mereka, memaksa saya hadir ke pejabatnya dan menjadikan isteri dan anak-anak saya sebagai tebusan, sebagai tukar ganti kehadiran saya".
Berkaitan:
'Abuse of power' in the way Teoh was questioned: Phang (The Sun 19/7/09)
The unholy trinity (Malaysia Today 21/12/07)
Read On 34 comments

Wujudkah rakaman siasatan Teoh oleh SPRM?

Ketika saya diambil keterangan sekali lagi oleh pihak polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil pada 2 Julai lalu, ada seorang anggota polis yang saya kenali dengan nama Pak Ya yang merakam soal siasat itu.

Soal siasat dijalankan dengan baik. Tidak ada mana-mana bahagian soal siasat itu yang tidak dirakam atau dihentikan sebentar rakamannya.

Saya merujuk kepaada soal siasat yang saya alami. Soal siasat lain mana saya tahu.

Saya membangkitkan perkara tersebut untuk bertanya adakah soal siasat ke atas Teoh Beng Hock dirakam? Kalau dirakam, saya percaya rakaman itu akan diminta dalam perbicaraan kes terbunuhnya Teoh within SPRM vicinity and under SPRM custody.

Mungkin kita akan berpeluang mengetahui bagaimana soal siasat dijalankan, adakah persoalan mengenai pemimpin DAP yang didakwa terlibat dalam kongsi gelap dibangkitkan dan lebih penting dari itu, adakah Teoh diseksa sama ada dari segi fizikal atau mental.

Oleh kerana setakat ini pihak polis tidak menolak ada unsur jenayah dalam kes terbunuhnya Teoh itu, saya teringin nak tengok ke arah manakah perginya unsur jenayah, jika didapati ada unsur jenayah. Saya tak naklah kata rasa-rasa akan seiring dengan arah yang dikehendaki beberapa blogger Umno yang mengulas kes terbunuhnya Teoh itu.

Adakah apa yang akan berlaku akan lari dari skrip kongsi gelap Umno? Saya terbayangkan benda-benda yang tak berani nak ditulis. Skrip dah ada, susah nak cakap.

Tu kalau ada rakaman. Jika soal siasat itu tidak dirakam, rakyat berhak tahu mengapa tidak dirakam? Adakah ia tidak ada dalam prosedur siasatan SPRM? Kalau tak ada, awat lagu tu?

Mari kita lihat Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Ahmad Said Hamdan bercakap benar. Yang pasti, Allah kan mengadili kita semua dengan penuh keadilan. Yang baik akan diputuskan sebagai baik. Yang jahat akan diputuskan sebagai jahat. Hanya fikiran mengarut yang jahat sahaja yang menuduh Allah s.w.t. menyiksa yang baik jika itu kehendak-Nya.

Berkaitan:
Umno papers slam MACC critics in Teoh’s death (Malaysian Insider 19/7/09)
Polis tidak tolak ada unsur jenayah
Sinar Harian (19/7/09): Keputusan awal laporan bedah siasat yang dijalankan terhadap mayat Teoh Beng Hock mendapati dia mati disebabkan pelbagai kecederaan akibat terjatuh dari paras tinggi, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar.

Khalid bagaimanapun berkata, polis belum menolak kemungkinan terdapat unsur jenayah dalam kematian Beng Hock, 30, yang juga Setiausaha Politik Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah.

Beliau berkata, dua ahli patologi, masing-masing seorang dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan Pusat Perubatan Universiti Malaya mengendalikan bedah siasat mayat Beng Hock, dan menjelaskan bahawa Kerajaan Selangor diberi pilihan untuk mendapatkan ahli patologinya sendiri tetapi tiada yang datang.

“Laporan awal bedah siasat dari ahli patologi menunjukkan Beng Hock setakat ini tidak mengalami kecederaan luaran. Bagaimanapun, kami akan tunggu laporan penuh daripada ahli patologi terbabit beberapa hari lagi. Buat masa ini, kematian Beng Hock disebabkan ‘pelbagai kecederaan akibat jatuh dari paras yang tinggi’,” katanya.

Khalid berkata demikian kepada media selepas melancarkan program Polis Komuniti dan Rakan Cop anjuran bersama Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat dan Persatuan Jaksa Pendamai di sini, semalam.

Beng Hock, 30, ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam pada kira-kira pukul 1.30 petang Khamis lepas setelah memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mendiang adalah seorang saksi dalam siasatan SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan kerajaan negeri melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Exco Selangor.

Khalid berkata, berdasarkan laporan awal bedah siasata itu, polis masih mengklasifikasikan kematian Beng Hock sebagai kematian mengejut.

“Ini hanya penemuan awal kami dan polis menyiasat kes ini secara menyeluruh daripada semua sudut. Polis juga telah mengambil kenyataan dari 23 saksi termasuk 17 pegawai SPRM, tetapi tiada tangkapan dibuat," katanya.

Khalid berkata, polis turut menyiasat cara SPRM mengendalikan soal siasat dan turut mengambil rakaman kamera CCTV dari kawasan lif dan tempat letak kereta Plaza Masalam.

Beliau berkata, satu pasukan khas diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Hasnan Hassan akan mengendalikan siasatan kes kematian Beng Hock.

“Polis akan mengambil keterangan daripada rakan sekerja Beng Hock, keluarga dan kawan-kawannya,” katanya.
Laporan awal tiada kecederaan luaran
Berita Harian (19/7/09): Polis belum mengetepikan teori kemungkinan ada perbuatan khianat di sebalik kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock, walaupun laporan awal bedah siasat oleh dua pakar patologi kelmarin menunjukkan mangsa mengalami pelbagai kecederaan akibat jatuh dari tempat tinggi.

Laporan awal yang disediakan Dr Prashant N Sumberkar dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Dr Khairul Azman dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) itu juga menyatakan tidak ada kecederaan luaran lain.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata laporan penuh bedah siasat, termasuk waktu kematian Teoh belum diterima tetapi polis akan meneruskan siasatan untuk mengetahui punca sebenar kejadian.

Setakat ini, katanya, polis sudah merekodkan kenyataan daripada 23 individu, termasuk 17 pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tetapi masih ada beberapa pegawai suruhanjaya itu belum tampil memberi keterangan.

Beliau berkata, kes itu ketika ini masih diklasifikasikan sebagai mati mengejut hingga polis menemui keterangan lain yang membolehkan polis membuat pengelasan semula kes itu.

"Kita akan panggil mereka (yang belum memberi keterangan) dan akan buat beberapa serbuan serta pemeriksaan untuk mendapatkan bahan bukti. Kita juga akan memanggil rakan setugas dan ahli keluarga rapat untuk kita mendapatkan maklumat dari semua sudut," katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Mengenai khabar angin ada pegawai SPRM menghilangkan diri selepas kejadian, Khalid berkata, memang ada pegawai yang tiada di pejabat ketika polis datang untuk melakukan siasatan, tetapi polis difahamkan mereka menjalankan tugas luar.

Selain itu, persoalan mengenai telefon bimbit mangsa yang dikatakan hilang selepas kejadian juga sudah terjawab berikutan ia sudah diserahkan pegawai penyiasat SPRM kepada polis.

"Kita sudah rampas rakaman kamera litar tertutup bangunan itu dan kita akan buat perbandingan pergerakan dengan segala rakaman percakapan yang kita terima. Kita perlu teliti dengan berhati-hati rakaman itu kerana rakaman itu panjang iaitu mulai petang hari sebelumnya hingga pagi keesokannya," katanya.

Khalid berkata, polis juga sudah menubuhkan satu pasukan petugas khas diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Hasnan Hassan, khusus untuk menyiasat kes itu.
Read On 12 comments
 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008