Ambik habuan hang, bakaq!

Orang kata, bakaq suka tulis benda yang bukan-bukan supaya lebih ramai orang baca blog dia. Allah Maha Mengetahui, saya tak rajin memantau berapa orang melayari blog saya. Tak rajin, bukan tak ambik tau. Nak kata tak jenguk langsung angka-angka tu, tu bohong namanya.

Apa saya dapat bila ramai orang melayari blog saya? Upah ditingkatkan? Duit? Kedudukan? Pangkat? Rumah sendiri dan tak perlu menyewa lagi?

Siapa-siapa yang berminat untuk mengetahui berapa upah saya dapat dan adakah saya ni "well paid to do the dirty jobs", setinggi mana dinaikkan pangkat dan kedudukan saya, di mana mahligai saya dan apa jua kelebihan yang saya perolehi bila semakin ramai melayari blog ini; jika berminat nak tahu itu semua, anda bolehlah bertanya kepada Allah s.w.t. yang dikasihi ketika amalan saya ditimbang di Hari Perhitungan nanti.

Yang jelas, kira-kira pukul 11.11 pagi tadi, saya dapat apa yang Sheih ceritakan di sini (saya tak bantah dan tak sokong teori yang beliau kemukakan di sebalik apa yang berlaku).

Sendiri buat sendiri tanggung, bakaq!
Read On 21 comments

Majlis membersihkan Nasharudin malam ini?

Dalam berita bertajuk "Public rally to demonstrate Pakatan unity as bickering in PAS continues," Malaysian Insider hari ini melaporkan:
"Tonight’s assembly is to publicly cleanse Nasharudin Mat Isa, but a tiger doesn’t change its stripes," said a Kelantan PAS official who is sceptical about the Bachok MP’s stand on Umno.
Tak banyak nak tulis. Hanya ingin memohon kepada kawan-kawan yang dikasihi supaya jangan lagi selepas ini masih ada kata-kata "ini kali terakhir kami tolong dia".

Dah berapa kali "ini kali terakhir kami tolong dia"?

Tadi di Restoran Thaqwa saya kata, orang yang ketagihkan Umno macam orang hisap rokok juga. Sejuta amaran, sejuta undang-undang tak mampu menghalang ketagihan rokoknya. Orang yang ketagihkan Umno pun sama. Sejuta Nik Abdul Aziz pun tak akan mampu menghalang ketagihan mereka. Mereka diam tak bererti mereka dah tak nak Umno.

Saya belum jumpa fatwa yang terang-terangan menghalalkan merokok. Tak jumpa tak semestinya tak ada. Namun, saya tetap memohon ampun kepada Allah s.w.t. Insya Allah, saya nak cuba berhenti merokok. Saya dah cuba banyak kali dah. Tetapi, saya tetap kalah dengan rasa ketagih nak merokok.

Saya harap mereka yang ketagihkan Umno juga berusaha untuk menghentikan ketagihan itu. Sama ada setuju atau tidak, Tok Guru Mursyidul Am mencela orang-orang yang ketagih rokok seperti lembu. Boleh marah kepada dia kalau tak setuju. Ini negara demokrasi.

Bagaimana pula dengan mereka yang ketagih Umno?

Berita menarik:
World Bank says Malaysia’s governance worsened in last five years (Malaysian Insider 30/6/09)
100,000 houses unsold since 2005 (Bernama 29/6/09, comments here)
Read On 46 comments

Kekayaan pemimpin akan menakutkan musuh PAS?

Haji Mohamad Sabu (hari ini katanya dia akan berkempen di Manek Urai) menulis:
Di kalangan kita (PAS) masih kedengaran supaya pemimpin yang berkuasa boleh mengamalkan hidup mewah dan hebat. Kehebatan kekayaan, kenderaan, rumah akan menyebabkan musuh pandang hebat kepada kita (PAS).

Mempamerkan hidup mewah ketika berkuasa seolah-olah amalan yang dipersetujui oleh Islam dan ianya perlu diamalkan. Masyarakat menjadi keliru di atas pandangan sedemikian, sehingga ada diantara mereka tidak rasa malu dan segan mendapat kekayaan secara tidak betul atau dilihat tidak betul. Islam tidak dapat digambarkan sebagai "agen pengubah" keadaan sosial sebaliknya kadangkala dilihat beban kepada perubah ke arah keadilan. Sedangkan semua makhluk di langit dan dibumi akui Muhammad s.'a.w.w. adalah "Uswatun Hasanah" pembawa Islam agama penyelamat. Kenapa kita nak ambil contoh lain selain dari Nabi suci kita Muhammad s.a.w.?
Baca sepenuhnya dalam Detikdaily 30/6/09. Saya teringat beberapa tahun dahulu apabila Mohamed Hanipa Maidin menegur pembelian Mercedes untuk exco-exco kerajaan negeri dalam satu majlis dalaman PAS, ketika hendak makan, ada yang secara sinis berkata kuat-kuat supaya Hanipa dengar, "Tak pa la, esok kita gi pejabat naik basikal".
Read On 25 comments

Umno saling cah keting di MU

Belum apa-apa, dah riuh-rendah cerita ada pemimpin bahagian Kuala Krai yang akan melakukan sabotaj terhadap calon Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil Manek Urai, Tuan Aziz Tuan Mat.

"Tidak sepatutnya berlaku kerat mengerat kerana saya dipilih oleh parti dan mereka juga orang parti yang sama," Malaysiakini semalam memetik beliau berkata.

Laman berita itu juga melaporkan, seorang AJK bahagian yang enggan namanya disiarkan memberitahu Malaysiakini, ada ahli Umno bahagian bimbang ada kumpulan AJK yang tidak puas hati, akan mensabotaj Tuan Aziz.

Katanya, ini kerana ia pernah berlaku dalam pilihanraya umum 2004 dan 2008.

Tak cukup dengan itu, timbul pula dakwaan yang disebarkan melalui internet bahawa calon BN itu "pernah menyalahguna kuasanya dan terbabit dalam rasuah".

Mana kita tau betul atau tidak tuduhan itu. Tetapi, banyaklah masa yang terpaksa dihabiskan oleh jentera Umno untuk menangkis tuduhan itu.

Dalam pilihan raya 2008 dahulu, Umno bergasak sesama Umno, pembangkang yang menang. Lepas tu, bila dah kalah sana-sini dan dah tak ketahwan darat dengan laut, terjerit-jeritlah mereka tentang hilangnya kuasa politik Melayu.

Semua pihak disalahkan. Umno ja yang suci bersih dan tak salah sikit pun. Sepatah pun orang-orang Umno tak cakap bahawa parti yang kian masyhur dengan gelaran boneka Singapura itulah yang mengkhianati orang-orang Melayu melalui persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003.

Dalam ucapannya di Dewan Rakyat pada 24 Jun 2003, Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyatakan: "Kelantan, Terengganu dan Kedah masing-masing mempunyai pertambahan pemilih 16.2 peratus, 21.76 peratus dan 17.4 peratus. Kita tidak lihat kerusi baru di tiga negeri ini".

Hanya orang-orang yang tak serik ditipu sahaja yang percaya dengan pembohongan para pemimpin Umno bahawa kalau berpadu dengan parti yang orang dakwa pak yet Singapura itu, lebih banyak kerusi Melayu akan diwujudkan.

Kononnya, di Terengganu sahaja akan diwujudkan lima kerusi baru untuk Melayu. Punyalah mereka percaya - macam nak rak. Hantam saja la Labu...
Read On 9 comments

Apa kempen Umno di Manek Urai? Penghinaan!

Dalam berita bertajuk "Tuan Aziz calon BN di Manek Urai," Malaysiakini 28/6/09 memetik Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata:
"Calon kita nak bela umat Islam dan bawa obor perpaduan. Beliau seorang yang berpengalaman, ada rekod kerja yang baik di sini, bukan seorang penjual ikan, dan berkelulusan tinggi".

"Penting untuk pilih calon yang berilmu kerana dialah yang nak bimbing masyarakat di sini, tak ada ilmu bahaya kerana mungkin dia terseleweng".
Ni, Muhyiddin! Walaupun Fauzi Abdullah tu jual ikan, sekurang-kurangnya dia tak pilih orang yang bernama Datuk Seri Najib Tun Razak jadi pemimpin dia. Dia tak mewakili parti yang dipersendakan oleh beberapa orang Ahli Majlis Tertinggi Umno sendiri sebagai parti "bini Najib (BN)".

Fauzi memang jual ikan, tapi dia tak bodoh. Cerdik sangatkah berpemimpinkan Najib?!

Fauzi memang jual ikan, tapi dia tak jual orang (human traficking). Baca yang di bawah ni, ngok!
If my questions are answered in the affirmative, then we can only conclude that 'perwakilan' of Umno, who are actually leaders of Umno, are selling themselves or in other words, they are engaged in human trafficking! Then as obedience, loyal and GOD fearing citizens of this country we must alert the Interpol on the possibility of 'human trafficking' happening in our country. And shouldn't Umno be charged in the International Court at the Hague .........? (Dari posting bertajuk "Umno can be charged for human trafficking")
Awat, rasa terhina? Tit for tat!
Read On 48 comments

Buruk kelaku PKR Pulau Pinang

Dalam berita bertajuk "No awards for Pakatan leaders, Guan Eng maintains," Malaysian Insider 28/6/09 melaporkan yang lebih kurang maknanya:
Malaysian Insider difahamkan, berapi rasa tak puas hati, terutama di kalangan wakil-wakil rakyat PKR, kerana mereka dah perasan sangat dah kononnya ada di kalangan ahli parti depa (depa tak kata la diri depa sendiri) yang memberikan sumbangan besar (uek!!) dan patut dipertimbangkan penganugerahan bintang kehormatan negeri kepada mereka.
Masya Allah, buruknya kelaku! Kalau kita kata lebih-lebih, depa marah pulak.

Kawan yang buat projek di Pulau Pinang banyak menceritakan buruk kelaku sesetengah pemimpin PKR negeri itu. "Macam perangai Umno!" dia mendakwa.

Teringat para pemimpin di beberapa negeri yang berkenduri sakan anugerah kebesaran negeri. Anugerah bersepah sana-sini, tetapi tak pernah dengar pun garis panduan pemerintahan seperti CAT - competency, accountability and transparency.

Sejak awal April 2008 lagi diseru supaya ditubuhkan badan Hisbah. Buat pekak ja! (Lihat berita Harakahdaily 2/4/08 "Kerajaan Pakatan Rakyat perlu tubuh badan Hisbah"). Kalau kita kata DAP lebih bersungguh nak kerajaan yang bersih, mesti punya menggelejat depa marah!

(Adakah CAT - ciluk, ambik, tebang - berlaku di Kedah? Baca di sini)
Read On 30 comments

Akibat melawan ulama

Update 28/6/09 11.02 pagi

Saya sengaja menulis cerita mengenai Dr Hassan Abbasi kerana saya sedang tercari-cari di manakah Dr Hassan Abbasi dalam PAS. Kutu kemere macam bakaq a.k.a. ~penarik beca tak boleh memegang peranan itu. Selain kutu kemere yang tak laku cakapnya, bakaq juga hanya seorang penyokong Fasal 5 Perlembagaan PAS. Tak dak locus standi nak cakap. Tak dak bisa!

Sebut fasal rasuah, ada orang anggap rasuah hanyalah apabila wang tumbuk rusuk diperas sebelum pemberian sesuatu projek. Atau, orang yang hendak diberikan projek dipaksa supaya menerima proksi seseorang pembesar menjadi pemegang saham dalam syarikatnya. Saya mendapat beberapa maklumat mengenai perkara seperti itu.

Itu paksa bagi habuan sebelum bagi projek. Tetapi, ada pula orang kata, jika kita diberi sagu hati selepas projek diberikan menurut standard dan prosedur yang normal, ia tak boleh dianggap rasuah. Misalnya, anda pemberi projek, anda meluluskan projek kepada seseorang betul-betul mengikut standard dan prosedur yang sah di sisi undang-undang. Tak ada konspirasi dan tak ada tumbuk rusuk. Selepas orang itu dapat projek melalui cara-cara yang sah itu, orang itu bagi sagu hati kepada anda. Ada sesetengah orang kata, itu tak termasuk rasuah.

Tetapi, ramai pula yang tanya, "sebab apa orang bagi duit kepada kamu?"

Apa kedudukan kamu ketika diberikan duit? Menteri? Exco? Pengarah? Adakah tauke besar yang baru dapat projek (walaupun secara sah dan mengikut prosedur yang betul dan telus) akan bagi duit kepada kamu kalau kamu hanya sekadar bakaq a.k.a. ~penarik beca?

Kalau kamu hanya sekadar bakaq a.k.a. ~penarik beca, tauke tu bagi dak duit kat kamu? Ah, apa barang tauke besar tu nak bagi duit kat bakaq!!

Orang putih kata, think about it! And, in the meantime, where is Dr Hassan Abbasi in PAS?

Posting asal

Tahun lalu, seorang pegawai Kementerian Intelijen Iran, Dr Hassan Abbasi mendedahkan kepada umum semua kes rasuah ke atas Ayatullah Ali Akbar Hashemi Rafsanjani. Tindak balas dari Rafsanjani adalah hukuman penjara ke atas Dr Hassan atas tuduhan tidak membayar bil.

Beberapa tahun lalu, Dr Hassan yang dikenali sebagai pakar pengananalis strategik dan penasihat Pemimpin Tertinggi (Wali Faqih) menyampaikan pidato yang sangat keras mendedahkan Rafsanjani dan empayar korupsinya dengan menyebutkan nama-nama. Pengaruh Rafsanjani menyebabkan Dr Abbasi dipecat dari jawatannya dan ditahan. Bacaan lanjut di sini, di sini, di sini dan di sini.


Dr M: "... macam makan babi" (Malaysiakini 27/6/09)

Berkaitan:
"Jangan terima rasuah, itu adalah satu perkara besar, anda makan duit haram macam makan babi, bagi saya orang yang makan duit rasuah, dia beli apa pun ia jadi haram, kalau dia beli makan, dia macam makan babi" - Tun Dr Mahathir Mohamad dalam mStar Online 27/6/09.
Read On 16 comments

PPSMI: Pahlawan kesiangan

Dengan segala keterbatasan saya sebagai kutu, saya lawan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika beliau berkuasa. Bila dia tidak lagi berkuasa, saya simpan kata-kata saya terhadap Dr Mahathir.

Satu peristiwa yang saya ingati dan selalu ceritakan ialah ketika makan dengan Tok Guru Mursyidul Am di warung Pak Rahman (ayah Bendahari PAS Johor, Mustafa Abdul Rahman) bersebelahan Hospital Tawakal di Jalan Pahang. Waktu itu, Tun Musa Hitam baru meletakkan jawatan (1986).

Oleh kerana masih tak puas hati dengan Musa, saya terus membantai orang tua itu di hadapan Tok Guru. Spontan Tok Guru menegur: "Tak hero pukul orang dah jatuh".

Sejak itu, saya berusaha sungguh-sungguh untuk tidak memukul orang dah jatuh, walaupun saya tak nak jadi hero. Buat apa jadi hero. Tengok Superman, nak rehat sat pun tak dan. Sekejap-sekejap orang panggil, sekejap-sekejap orang panggil, "Superman! Superman!". Laaa, tengah gosok gigi pun orang panggil!

Bercakap fasal hero, saya ada seorang kawan, dia doktor pakar. Di kalangan anak buah dia, bila ada problem, dialah sang hero. Laa, nak minum teh tarik pun susah. Sekejap-sekejap anak buah call. Baru ja call, call lagi. Nak marah pun tak boleh, depa pun tak ketahuan darat dengan laut dan terpaksa meminta tolong si doktor pakar.

Saya tulis cerita di atas kerana hari ini saya melihat ada pahlawan kesiangan yang nak jadi hero pukul orang dah tak berkuasa. Masa Dr Mahathir berkuasa, senyap dik! (Lihat Malaysiakini hari ini "MB: Laksana PPSMI 'tidak beretika'")
Read On 13 comments

Najib dan Umno boneka Singapura?

Setelah membaca posting bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamada yang bertajuk "Tambak Johor," dari kefahaman saya kutu tercicir sekolah menengah ni, para pemimpin Umno yang menerajui kerajaan hari ini menjadikan Malaysia dijajah Singapura. Para pemimpin Umno, sejak dari zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri hinggalah ke zaman Datuk Seri Najib Tun Razak menggantikannya, telah dan sedang meletakkan Malaysia sebagai tanah jajahan Singapura.

Dr Mahathir menyatakan:
Tidak terdapat apa-apa persetujuan mahupun perjanjian yang mengatakan Tambak Johor milik bersama. Jika ada pun 2/3 daripada tambak tersebut adalah milik Johor. Dan bahagian 2/3 tersebut sudah semestinya yang berakhir di Johor Bahru kerana sempadan di Selat Tebrau merupakan laluan air yang paling dalam, kira-kira separuh dari selat tersebut antara Singapura dan Johor. Ini mestilah juga sempadan tambak. Dengan itu separuh tambak di bahagian utara adalah hak Malaysia, satu negara yang berdaulat dan merdeka.

Cadangan yang mengatakan kita tidak boleh sentuh tambak tanpa kebenaran Singapura bukan merupakan sebahagian daripada apa-apa perjanjian dengan Singapura. Apa yang kita buat pada bahagian Tambak di sebelah kita adalah hak kita sebagai satu negara yang berdaulat. Tidak melaksanakan hak kedaulatan kita samalah dengan menganggap diri kita dijajah.
Semakin fahamlah saya yang kutu ini mengapa Umno tergelejat-gelejat menuduh Haji Mohammad Nizar Jamaluddin boneka DAP di Perak (lihat video-video mengenai boneka di sini). Rupa-rupanya mereka nak membodohkan rakyat supaya melupakan hakikat bahawa Abdullah dan kini Najib serta Umno yang mereka pimpin menjadikan negara yang kita cintai ini sebagai tanah jajahan Singapura. Rupa-rupanya ekor Umno sakan bergelumang taik.

Bukan saya yang menuduh Abdullah dan kini Najib serta Umno menjadikan negara yang kita cintai ini sebagai tanah jajahan Singapura, Dr Mahathir yang memberikan gambaran itu. Kalau anda marah atau tak setuju, pergi tanya Tun.

Siapa mahu memperkenalkan boneka Singapura kepada para pengundi Manek Urai?

Berkaitan:
Utusan Malaysia 12/6/09: Malaysia, Singapura sepakat jambatan ketiga (boneka Singapura takut nak bina jambatan bengkok?)
Utusan Malaysia 15/6/09: Perbincangan akan diadakan (Kalau dah bersungguh nak bincang, memang beria-ia sungguhlah nak buat)
Utusan Malaysia 18/6/09: Sultan Johor tidak setuju pembinaan jambatan ketiga (Tauge boneka Singapura disimbah air panas oleh Sultan Johor)
Utusan Malaysia 19/6/09: Sultan Johor tidak setuju cadangan jambatan ketiga
Utusan Malaysia 20/6/09: Jambatan ketiga ganggu operasi pelabuhan - Mahathir
Posting blog ini 11/6/09: Kenapa Singapura berminat jambatan ketiga?
Malaysiakini 27/6/09: Nik Aziz ajak Najib berdebat
Malaysiakini 27/6/09: Mahu RM300? Jangan undi di Manek Urai
Menarik perhatian saya: Media fantasies in Iran (The Guardian 26/6/09)
Bacaan menarik - saya ambil dari komen Anonymous nombor 18 dalam posting bertajuk "Kenyataan Mursyidul Am dihukum haram oleh Harussani":
ust mad awang kata "seorang pemimpin PAS menelefon beliau dan menghasut beliau supaya bersetuju dengan pembentukan kerajaan bersama-sama Umno di Perak ".

siapakah orang itu?

1. sudah tentu ‘tinggi’ dpd mad awang.
2. tentu bukan tghh.
3. mungkin nasha, mungkin kerana rasanya dia tentu tak tergamak nak cakap dgn mad awang. sbg ‘budak suruhan’ mungkin.
4. mat sabu dgn husam? tak menasabah.
5. sapa agaknya, agak je.
6. dia mesti ‘didengari’ presiden. ‘nasihat’nya digunapakai presiden. dia rapat dgn presiden. dia kamcing dgn presiden. dia intim dgn presiden. lahir dari hubungan yang ‘established’, yang telah lama wujud.
7. tghh dari pas terengganu walaupun dia presiden, sbg seorang yang menghormati kaedah berorganisasi, dia hormat ‘ketua’ dia di terengganu. pj pas terengganu. anak pak ali.
8. kedudukan anak pak ali diperkukuhkan lagi dgn “pengarah pilihanraya pas.” Sbg pengarah pr pas, dialah yang merancang ‘semua’ strategi. kelicikan anak pa kali dlm politik menjadikan dia ‘hebat’ merancang strategi. dari piliharaya umum kepada pilihanraya kecil kepada ‘ketuanan melayu’. anak pak ali bijak menggunakan segala kesempatan dan peluang untuk tidak sahaja memenangkan pas tetapi juga ‘ketuanan melayu’ yang dihidangkan kepadanya oleh pakar2 ‘ketuanan melayu’. peluang keemasan boleh duduk dlm kabinet mencairkan pegangannya. disokong pula dgn usianya serta lambatnya lagi pru13. projek “mee segera” ni perlu ditelah tanpa dirasa, dikunyah terlebeh dahulu.
9. selalunya, lumrahnya, apabila terjebak dgn pakar2 ‘ketuanan melayu’, lazimnya, ‘dollars and sens’ mengemaskan pembuka kata. sehingga ‘terperangkap’ dan tidak boleh gostan lagi. gostan pun jika dilakukan, adalah sebahagian dpd strategi oleh ‘ ‘strategi’ anak pak ali.
10. perancangan anak pak ali ni mungkin dah lama, cuma tidak disedari. menunjukkan hebatnya anak pak ali ni. seteru pas melihat potensi dalam tubuh badan nasha, lalu dia didampingi sehinggalah berjaya. potensi ini juga dilihat oleh anak pak ali. dia ‘menyediakan’ padang permainan politiknya. dia berjaya memoketkan nasha, yang telah berpinah ke timbalan presiden. kedua-dua presiden dan timbalan sudah dirantainya kemas2 sbgmana pakar2 ‘ketuanan melayu’ merantaikan dia.
11. ini semua hanya satu analisa berdasarkan kepada “punca masalah” yang telah dilalui pas dan yang berkemungkinan tidak padam selagi ‘strategi’ anak pak ali bernafas lega dgn kedudukannya kini sbg setiausaha agong yang ‘nasihat’ nya sudah diguna terimapakai sekali gus sudah dilihat kini mendasari politik pas. bak kata pak bakaq, “mengapa ulama mengalah kepada talabah”?
Read On 5 comments

Kenyataan Mursyidul Am dihukum haram oleh Harussani

Mufti Perak tak jumpa bukti kukuh. Tak jumpa kerana tak nampak. Tak nampak kerana buta. Buta pula bukan sejenis sahaja. Ada buta mata. Ada buta hati.

Seorang sahabat RasuluLlah s.'a.w.w. buta matanya. Namanya Abdullah ibn Ummi Maktum. Tetapi hatinya tidak buta. Dia mulia. Ada orang yang tidak buta matanya. Tetapi hatinya buta. Orang itu hina.

Bagaimanapun, di antara ajaran Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak ialah seperti berikut:
Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan - kenyataan Najib pada 20hb April 1983 kepada para wartawan

Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu - kenyataan Najib pada 20 April 1992 kepada para wartawan
Berita berkaitan:
Haram tuduh tanpa bukti kukuh

Sainar Harian (26/6/09): Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, haram jika menyamakan sebuah parti politik dengan ajaran sesat tanpa memberikan bukti yang kukuh.

Beliau yang kesal dengan kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tidak wajar bagi seorang pemimpin yang tinggi ilmu agamanya membuat tuduhan tanpa asas yang kukuh.

“Nik Abdul Aziz adalah seorang yang tinggi ilmu agamanya. Bagi saya, menyamakan Umno dengan ajaran sesat Ayah Pin adalah sesuatu yang tidak wajar," katanya semalam.

Beliau berkata, kenyataan seperti itu tidak harus dikeluarkan kerana boleh menimbulkan konflik memandangkan Umno dan PAS dianggotai oleh orang Melayu yang beragama Islam
Dalam Utusan Malaysia hari ini:
Nik Aziz makin keterlaluan - Mustapa (Utusan Malaysia 27/6/09)
Jangan pandang rendah pada BN - Nasrudin (Utusan Malaysia 27/6/09)
Pas cuba sembunyi konflik dalaman (Utusan Malaysia 27/6/09)
Pemuda Umno ajak muzakarah (Utusan Malaysia 27/6/09)
Antara perpaduan, penjenamaan, rombakan (Utusan Malaysia 27/6/09)
Lupakan sahaja usaha penyatuan Melayu? (Utusan Malaysia 27/6/09)
Read On 40 comments

Ayah Salahuddin Ayub kembali ke pangkuanTuhan

Semalam, entah macam mana Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang nak ke kawasannya di Kubang Kerian berjumpa saya di sekitar Taman Melewar. Beliau lalu meminta saya menghantarnya ke perhentian bas Greenwood. Memang biasalah dia naik bas setiap minggu ke Kota Bharu. Biasanya perjalanan waktu malam.

Lepas tu, kira-kira jam 12 lebih, saya tak ingat dengan tepat, dia call saya. Bila tengok panggilan dari beliau, saya ingat bas yang dia naik rosak tengah jalan ka..

"Bakaq, Mustafa ada dengan hang? Hampa tolong ambik aku kat Genting Sempah. Ayah aku meninggal".

Saya pun terus berkejar ke Genting Sempah bersama-sama Mustafa Abdul Rahman (Bendahari PAS Johor yang kebetulan sama-sama minum di Restoran Thaqwa semalam) dan Mat Zain Tok Penghulu Markaz Tarbiyyah.

Rupa-rupanya Salahuddin dah sampai sekitar Raub. Kami tunggu dia sampai dari Raub dan bila dia sampai, terus balik ke Kuala Lumpur. Pagi-pagi itu juga (kira-kira jam 2 pagi atau lebih) beliau berkejar ke kampungnya di hujung benua Asia.

Kalau pukul 12.15 semalam, maknanya ayah Salahuddin meninggal dunia pada 26 Jun 2006. 26 Jun adalah tarikh yang sangat saya ingati - Almarhum Pak saya meninggal dunia pada 26 Jun 1969.

Ya Allah, ampunilah dan berbelas kasihanlah kepada ibu bapa kami semua, hamba-hamba-Mu yang bersujud kepada-Mu.

Berita berkaitan:
Jenazah bapa Naib Presiden PAS selamat dikebumikan (Harakah 26/6/09)
Read On 9 comments

Benarkah Presiden PAS setuju "gabung dengan Umno"?

Hari ini, saya turut menerima mesej SMS yang bertebaran sana-sini seperti berikut (saya salin tanpa edit sikit pun):
Majalah MileniaMuslim Mei 2009, quote>> pengakuan; mmg harusani mengakui yg us hadi telefon dia 10/3/2008 katakan dia bersetuju utk gabung dgn umno wujudkan kjaan melayu islam pertama dlm sejarah perak... minta harusani dapatkan restu md awang. Dan md awang bantah sepenuhnya idea itu. Sampai hari ni dia marahkan pd md awang dan pas.
Saya masih berharap apa yang terkandung dalam SMS itu adalah dakwaan palsu sepenuhnya. Tidak kiralah sama ada dakwaan SMS itu yang palsu atau dakwaan Mufti Perak itu yang palsu atau majalah MileniaMuslim tersilap petik kata-kata Harusani.

Untuk maklumat, kulit majalah MileniaMuslim Mei 2009 adalah seperti di sebelah. Ada kawan-kawan yang membeli MileniaMuslim Mei 2009? Harap sangat dapat sahkan adakah benar MileniaMuslim Mei 2009 menyiarkan perkara di atas.

Saya tak mahu Presiden PAS difitnah kerana saya yakin terlalu ramai yang menerima SMS seperti di atas hari ini.

Hari ini, ramai pengundi bukan Islam yang semakin ragu. dan sangsi. Mereka mempersoalkan, adakah beberapa pemimpin PAS hanya berlakon sahaja dalam persetujuan mereka untuk terus berada dalam Pakatan Rakyat? (Temubual tersebut di sini)

(Update 6.26 PM: Sumber dari pihak yang terlibat menyatakan bahawa Ustaz Ahmad Awang mahu membuat pembetulan dalam keluaran akan datang majalah berkenaan. Bukan Presiden PAS yang menghubungi Mufti Perak. Sebaliknya, Mufti Perak yang menghubungi Presiden PAS)
Read On 30 comments

Musa Hassan akan terus jadi KPN

Khabar-khabar dari sumber dalaman Umno mendakwa Tan Sri Musa Hassan akan disambung tempoh perkhidmatannya sebagai Ketua Polis Negara. Sebelum ini, ada orang mendakwa, beberapa pegawai polis di dalam Jabatan Siasatan Jenayah Komersil dimangsakan oleh pihak tertentu. Adakah Musa terlibat? Saya tanya dah lama dah. Setakat ini, saya belum pernah mendengar jawapan atau penafian yang bersungguh-sungguh dan meyakinkan.

Sungguh menarik episod yang memperlihatkan anak-ana buah BK Tan terlepas begitu sahaja ketika ramai para pegawai di JSJK dicekup Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Saya teringat posting blog ini bertajuk "Kenapa tak usik Raja Petra?" yang menyebabkan saya kena tangkap. Saya tarik balik logo polis berkepala anjing. Tetapi, saya tetap tak nak tarik pertanyaan kepada Musa.

Saya hilang kepercayaan kepada pegawai polis paling tinggi kedudukannya itu yang dituduh menjadi kawan baik Tan. Tan didakwa menjadi kepala sindiket jenayah terancang yang menguasai dadah, persundalan, ceti haram dan rangkaian perjudian haram di seluruh Malaysia. Beliau juga didakwa menguasai sistem maklumat berkomputer polis.

Kalau benar Ketua Polis Negara adalah kawan baik Tan, siapa lagi kawan baik Tan di kalangan mereka yang berkuasa. Adakah Datuk Seri Najib Tun Razak juga kawan baik Tan? Kalau benar Ketua Polis Negara adalah kawan baik Tan, adakah penyambungan kontrak Musa mempunyai kaitan dengan Tan?

Dan, soalan yang masih belum berjawab sehingga kini ialah sejauh manakah penguasaan Tan ke atas pasukan polis dan negara ini?

Berkaitan:
What are Ramli’s and Rosli’s real crime?
(Malaysia Today 26/6/09)
Remember what we wrote on 7 November 2007? (Malaysia Today 25/6/09)
Statutory Declaration of ASP Hong Kin Hock (G/10990) (Malaysia Today 9/6/09)
Statutory Declaration of Detektif Sarjan Raja Kumar (D/104700) (Malaysia Today 12/6/09)
Statutory Declaration of ASP Mior Fahim Bin Ahmad (G/13237) (Malaysia Today 13/6/09)
Statutory Declaration of Sarjan Major Manimaran a/l Palaniappan (D/94894) (Malaysia Today 15/6/09)
Statutory Declaration of Chai Boon Chai @ Ah Wah (No K/P: 730702-04-5356) (Malaysia Today 16/6/09)
Statutory Declaration of Chong Tzeng Hang @ Ah Han (830210-01-5407) (Malaysia Today 17/6/09)
BBC’s report of 20 September 2005: Meeting Malaysia's notorious triads (Malaysia Today 18/6/09)
Read On 14 comments

Jika diulangi lagi, jemaah perlu hambat mereka

Pembaca yang memperkenalkan dirinya sebagai Pak Ngah mengirimkan artikel di bawah. Saya siarkan tanpa edit:
BAGAIMANA HENDAK DIPADAMKAN ARANG YANG TERCONTENG INI?

Oleh: Pak Ngah

Tersenyum lega bila Pak Ngah membaca kenyataan TGNA seperti berikut:

"Setelah berbincang dari awal hingga akhir dalam perjumpaan khas yang diadakan di pejabat agung (PAS) dalam semangat kekeluargaan bagi menangani permasalahan dalam beberapa isu politik semasa, yang dibesar-besarkan oleh media perdana, kami akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan prihal salah tanggapan antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politik parti Umno.

"Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu, untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulat Islam di persada tanahair.

"Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang telah diputuskan oleh Presiden PAS bersama Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di bangunan Parlimen jam 2.30 tadi yang menolak sepenuhnya idea kerajaan perpaduan.

"Oleh yang demikian, selaras dengan itu, saya selaku Mursyidul Am PAS menarik balik segala kenyataan saya terhadap YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan dengan itu, ianya tidak berbangkit lagi."

Pak Ngah mencuba membersihkan hati dan jiwa yang terluka dari kemelut yang melanda. Bapa Pak Ngah ni bekas homeguard, hidup nya di disiplin cara tentera dan teguh dengan amalan bagi setiap kesalahan yang dilakukan pasti ada hukuman yang menanti. Pak Ngah berlapang dada dengan kenyataan TGNA. Atas sanjungan kepada Mursyidul Am PAS, tidak lagi di persoalkan apa hukuman patut di kenakan kepada kalangan yang menimbulkan kemelut tersebut, namun sebagai anak bekas homeguard ini tetap ingin memberikan peringatan, kalau di ulangi samada nampak dimata atau berselindung , covert operation, selicik mana gerakan diaturgerak, Jemaah perlu menghambat mereka pergi tanpa perlu belas kasihan.

Berhati hatilah.

Kini Pak Ngah tertanya tanya, kearah mana pula nak dibawa? Orang bawahan pasti akan merenung wajah pemimpin mereka yang disayangi. Kepimpinan yang terpalit dengan kemelut ini harus menjangkakan pengharapan Jemaah yang amat tinggi bagi mereka memulihkan keadaan. Keadaan yang perlu di lakukan perlulah merupakan kemampuan luarbiasa. Bagi kepimpinan ini hendaklah berusaha berlipat kali ganda dari yang sebelum nya bagi mengelakkan kegusaran jemaah. Jangan pula berdukacita kalau gagal melaksanakan agenda besar merobah suasana kerana jemaah akan melihat usaha usaha tersebut. Kalau takut menghadapi suasana ini, perlihatkan keberanian, berehatlah kalau perlu.

Kita bangsa timur yang penuh sopan santun, tinggi budi pekerti nya dan harum budaya bangsa nya. Pelihara lah kebanggaan budaya bangsa ini selagi tidak menyanggahi syariah. Gembirakan lah orang orang kampong, petani, penoreh getah, pesawah, pengusaha kelapa sawit sekangkang kera, peniaga kedai runcit, kedai kopi, gerai, peniaga pasar malam, pak cik, mak cik, pak long mak long dan juga lebai lebai, siak, drebar teksi dan lori. Hari tak selalu nya cerah, ada kala nya kelam petir berdentum dan hujan turun menyegarkan kembali tumbahan yang kekuningan kerana kepanasan. Tidak ada double standard dan perbezaan nya antara kami, harapanya bagitu juga pada pemimpin. Pemimpin datang dan pergi adalah lumrah alam. Kata orang tua tua, Harimau mati meninggalkan belang, Manusia mati meninggalkan nama. Ada nama yang terpahat pada sejarah tentang kebaikan dan ada jua yang sebaliknya. Ia nya adalah sejarah yang tertulis dan tersurat. Kehidupan harus diteruskan seumpama kalau ada sebiji benih di tangan sekali pun besuk akan kiamat patut jua ia ditanam.

Akhirnya salam buat semua dari Pak Ngah, ingat mengingati kita sesama manusia, bermaafan satu tuntutan, setiap satu kesalahan perlu ada satu hukuman. Biarlah hukuman itu yang adil untuk semua dan tiada pengadilan berpilih.
Read On 15 comments

Repair alat Umno tu jaga parti ka?

Di Manek Urai, Pemuda Umno ingin menjadikan isu kerajaan perpaduan – yang pernah menimbulkan pergeseran dalam PAS dan di kalangan Pakatan Rakyat - dalam kempen pilihanraya kecil di situ (lihat berita Malaysiakini hari ini "Pemuda ungkit kerajaan perpaduan di Manek Urai").

Tak fasal-fasal jadi isu pilihan raya.

Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Pemuda Umno Kelantan yang membuat aduan polis berhubung satu kenyataan Tok Guru Mursyidul Am yang menyamakan Umno dengan ajaran sesat dan juga komunis (lihat berita Malaysiakini hari ini "Aduan polis Umno terhadap Nik Aziz").

Lagi baik kalau Pemuda Umno Kelantan buat kes mahkamah ke atas Tok Guru.

Lama dahulu, debat PAS-Umno tak jadi kerana anak bulan tidak kelihatan - dibatalkan dengan perisytiharan penyimpan mohor raja-raja Melayu. Kalau kenyataan Tok Guru itu menjadi kes mahkamah, akhirnya akan menjadi kenyataan juga debat PAS-Umno yang dahulunya tak jadi itu.

Dalam pada itu, saya sedih sungguh melihat kawan-kawan yang bersungguh-sungguh dok repair alat Umno yang sebelum ini memecahbelahkan PAS - alat-alat Umno yang dengan kejamnya mencincang-cincang kemaraan PAS. Sakan sungguh kawan-kawan saya yang malang itu dok memperbaiki alat-alat Umno itu.

Bila orang tanya, "Oi! Hampa buat apa tu?!" Dengan penuh semangat depa jawab, "Kami dok jaga parti ni!!"

Kesian kawan-kawan aku ni!!

Sekarang orang dah mula cakap, PAS sebenarnya pecah tiga. Puak pertama, depa panggil puak PAS yang berpayungkan Tok Guru Mursyidul Am. Puak kedua, depa panggil puak Umno iaitu yang bersemangat muqabalah. Puak ketiga, puak yang makan dua-dua belah.
Read On 14 comments

Katne kempen burukkan isteri Najib?

Laaa... Awat la ketinggalan keretapi sampaai lagu tu! Masih ada lagi yang tak tau kat mana nak cari video-video kempen burukkan isteri Najib.

Lebih teruk lagi, ada yang ternganga-nganga bila orang bersembang tentang benda tu di kedai kopi. Awat sampai lagu tu langsung!

Kalau tertanya-tanya siapa yang beri arahan "divorce that woman," tak pa la jugak. Bukan semua orang tau. Saya pun tak tau siapa bagi arahan dan siapa "that woman" tu.

Kalau sampai la ni tak tau di mana nak cari video-video tu, klik di sini.
Read On 16 comments

Ibrahim Ali lebih mulia dari Mufti Perak

Dalam berita bertajuk "Tak semua pemimpin PAS tolak," Utusan Malaysia hari melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau percaya suara penolakan kerajaan perpaduan di dalam PAS bukannya mewakili keseluruhan pemimpin di dalam parti itu.

Sebaliknya, beliau berkata, ia adalah pandangan daripada kelompok tertentu di dalam parti berkenaan.

''Dalam PAS pun ada pelbagai pendapat dan tidak semestinya pendapat tersebut (tolak kerajaan perpaduan) merupakan pendapat semua pucuk pimpinan PAS, sebab ada yang setuju dan ada yang tidak.

''Kita tidak boleh kata ini pendapat keseluruhan pucuk pimpinan. Mungkin pendapat ini datang daripada satu dua pemimpin sahaja,'' katanya lagi.

Saya pula percaya kenyataan Najib itu berasas. Saya ingin bertanya kepada Presiden Umno itu, benarkah dakwaan bahawa, melalui bantuan Naib Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Ustaz Nasharudin Mat Isa beberapa kali membawa Ustaz Dr Harun Din berjumpa beliau?

Saya tak ada maklumat sahih walaupun khabar tersebut datang dari sumber peringkat tertinggi yang saya yakin well informed. Tak dak maklumat tak boleh tuduh. Sebab itulah saya bertanya.

Ramai yang memberi komen menuntut saya melupakan isu kerajaan perpaduan. Bukan saya seorang sahaja yang tak dapat lupa (Can anyone furnish me with a dummy's guide to forget betrayal?), Ketua Dewan Ulama, Ustaz Harun Taib tak dapat lupa. Pemuda PAS Terengganu pun tak dapat lupa.

Dalam berita bertajuk "'Persetujuan DAP, PKR gagal diperolehi'," Berita Harian semalam melaporkan Harun mendakwa, Pas menolak perbincangan mengenai cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno kerana gagal mendapat persetujuan parti lain dalam Pakatan Rakyat.

Masya Allah! Adakah Harun mengesahkan tuduhan Umno bahawa PAS adalah boneka DAP dan PKR?!

Mengapa Harun melenyapkan usaha tidak kenal kalah Tok Guru Mursyidul Am yang menolak perkara itu? Saya menyimpan sejarah berselingkuh politik dalam gelap dengan Umno sejak dari awal.

Tok Guru Mursyidul Am lebih bersungguh menentang perbuatan itu sejak dari awal lagi. DAP dan PKR hanya merungut dari belakang. Bila Tok Guru Presiden bayangkan sikit-sikit secara berdepan tentang perkara itu di kediaman Menteri Besar Perak di Ipoh ketika Haji Mohammad Nizar Jamaluddin sudah dihambat dari jawatannya sebagai Menteri Besar oleh Sultan Perak, tak ada pun bantahan keras dari tokoh-tokoh DAP dan PKR.

Tok Guru Mursyidul Amlah yang bersungguh-sungguh menolak perkara itu.

Sampai hati Harun mengesahkan tuduhan Umno bahawa PAS adalah boneka DAP dan PKR!

Dalam berita bertajuk "Contohi parti Cina," Utusan Malaysia hari ini melaporkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kecewa dengan kegagalan merealisasikan kerajaan perpaduan Pas-Umno.

Sebelum itu, Presiden Persatuan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali awal-awal lagi kononnya kecewa.

Pada mulanya, saya sangka sama taraf sahaja Harussani dan Ibrahim. Tetapi sebenarnya, Ibrahim lebih mulia dari Mufti Perak.

Kalau Ibrahim kecewa kerana gagalnya persiapan awal untuk menyambung cengkaman kekuasaan Umno melalui hasil mengelamun yang bernama kerajaan perpaduan, memang padanlah. Dia pun kutu cikai lebih kurang macam aku ja. Malah, lebih hina lagi. Kutu-kutu aku pun, hina macam mana pun aku, orang tak pernah panggil aku katak.

Tetapi bila ulama macam Harussani bagai nak gila memperjuangkan persiapan awal untuk menyambung cengkaman kekuasaan Umno melalui hasil mengelamun yang bernama kerajaan perpaduan, sah-sah dia lebih hina dari Ibrahim yang tak henti-henti digelar katak.

Lampiran
'Persetujuan DAP, PKR gagal diperolehi'

Berita Harian (24/6/09): Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib, berkata Pas menolak perbincangan mengenai cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno kerana gagal mendapat persetujuan parti lain dalam Pakatan Rakyat.

“Seperti mana kita ketahui cadangan kerajaan perpaduan yang diilhamkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, adalah membabitkan semua parti,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Kelmarin, Pas menutup polemik mengenai kerajaan perpaduan apabila Abdul Hadi yang mengadakan pertemuan dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, menolak cadangan itu.

Harun berkata, Dewan Ulama Pas, menghormati keputusan dibuat Abdul Hadi mengenai kerajaan perpaduan dan akan terus memberi sokongan kepada pemimpin nombor satu Pas itu.

Beliau berkata, Dewan Ulama Pas menganggap polemik mengenai kerajaan perpaduan sudah selesai dan tumpuan kini diberikan bagi berdepan dengan Umno pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN), Manek Urai.

Mengenai tindakan jentera pilihan raya Pas Kelantan yang tidak memasang poster Abdul Hadi menjelang pilihan raya kecil itu, beliau yakin poster pemimpin nombor satu Pas terbabit akan dipasang dalam masa terdekat.

“Persiapan bagi menghadapi Umno pada pilihan kecil DUN Manek Urai berjalan lancar, mengenai poster Abdul Hadi saya yakin tidak lama lagi ia akan dinaikkan lah,” katanya.

Timbalan Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, Nasir Daud, menerusi kenyataannya semalam berkata, poster Abdul Hadi tetap tidak dipasang di kawasan DUN Manek Urai, walaupun isu kerajaan perpaduan sudah selesai.

Pemuda Terengganu bersama-sama Tok Guru

Blog Pemuda PAS Terengganu (26/6/09): Pemuda PAS berharap ruang perbincangan berkaitan kepentingan umat Islam, amar ma’aruf dan nahi mungkar, terus diadakan dengan UMNO walaupun perbincangan tentang kerajaan perpaduan telah dihentikan.

Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, YB Ustaz Mohd Noor Hamzah berkata penolakan kerajaan perpaduan bukan bererti PAS menutup pintu gerakkerja dakwah.

Beliau berkata kerja dakwah mesti dibuka seluas-luasnya untuk menarik ahli-ahli UMNO supaya bersatu dan berpadu di bawah Pakatan Rakyat khususnya PAS.

”Kami (pemuda PAS) meminta supaya perbincangan dengan UMNO tidak boleh dihentikan bagi membincangi (kan) tentang isu-isu Islam, umat Islam,

”bagi menyampaikan kerja-kerja amar ma’aruf dan nahi mungkar,”katanya ketika ditemui selepas majlis serah tugas Jabatan Sukan, Seni dan Budaya (DACS) Pemuda PAS Terengganu di Kuala Ibai, dekat sini, semalam.

Katanya pemimpin UMNO tidak memahami apa sebenarnya kerajaan perpaduan kerana mereka menganggap ia adalah gabungan antara PAS dan UMNO.

Sedangkan menurutnya, ia tidak pernah timbul sama sekali dan tidak menjadi agenda serta hasrat pimpinan PAS untuk membawa PAS kearah itu.

Sebaliknya, kata beliau, UMNO memang mengharapkan kerjaan campuran atau gabungan dengan PAS kerana keadaan mereka begitu mendesak.

”UMNO memang mengharapkan kerajaan campuran, gabungan (dengan PAS) kerana UMNO berada dalam keadaan hampir runtuh, musnah, (dan) bahtera mereka hampir tenggelam,”jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Pusat berkata demikian mengulas keputusan pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat yang menolak untuk meneruskan perbincangan kerajaan perpaduan dengan UMNO dan Barisan Nasional.

Dalam kenyataan bersama di Parlimen kelmarin ditegaskan, walaupun menolak penubuhan kerajaan perpaduan, Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Barisan Nasional bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat.

Sehubungan itu, Ustaz Mohd Noor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung menyokong sikap terbuka tersebut dan bersedia bekerjasama dengan kerajaan Terengganu dalam perkara yang melibatkan kepentingan rakyat.

”Kita (PAS) akan bekerjasama dan meyokong ketrajaan negeri Terenggan dalam persoalan-persoalan kepentingan rakyat khususnya isu royalti (minyak), ini adalah isu keadilan dan kepentingan rakyat Terengganu,”tegasnya.

Justeru, beliau mendesak, sekiranya UMNO ingin membentuk satu perpaduan, mestilah mengubah dan membersihkan diri mereka, kerajaan dan memohon maaf keatas kesilapan mereka yang lalu.

”Mereka mesti mengubah dan mesti membersihkan Institusi kehakiman, SPR, dan mesti bertindak adil,

”dan memohon maaf terhadap kesilapan-kesilapan mereka membunuh pejuang-pejuang PAS di Memali, menangkap pemimpin-pemimpin PAS, meruntuhkan masjid Bujal, merampas tanah-tanah dan meruntuhkan rumah-rumah rakyat, yang diberikan (kepada rakyat) oleh kerajaan (PAS),”katanya.
Read On 21 comments

Detik-detik pembunuhan di Memali

Email di bawah saya terima 22/6/09 lalu. Saya pulak lambat bukak email. Saya siarkan email tersebut tanpa edit:
Assalammualaikum wbt dear Pak Bakaq,

1.Saya sertakan bersama email ini peristiwa lama buat tatapan kita semua.Saya menerima email ini daripada kawan.Walaupun ia adalah peristiwa lama, namun bagi yang menharunginya dan mengalaminya ia ibarat semalam baru berlaku.Pembunuhan beramai-ramai bangsa Yahudi oleh regim Hitler German berlaku lebih 60 tahun yang dulu,tetapi sampai sekarang yang bersalah diburu dan dibawa kepengadilan.

2.Peristiwa Memali ini berlaku dalam era 80an yakni baru 20 tahun lebih dan hingga sekarang kita perlu tanya samada pengadilan sudah berlaku.Sudah adakah 'Royal Commission' yang menyiasat dengan bebas akan peristiwa ini ? Sudahkah mereka yang bersalah dihadapkan kemahkamah ? Sudah adakah pengadilan.......?

3.Akhir sekali saya memohon jasabaik Pak Bakaq agar dapat 'forward'kan artikel ini kepada pemimpin-pemimpin PAS yang bersungguh-sungguh sangat ingin mengadakan kerajaan perpaduan dengan UMNO.Mintalah mereka berhenti sejenak, membawa kembali pemikiran mereka kepada Peristiwa Memali ini......

Sekian Terimakasih.

DETIK SERANGAN TRAGEDI MEMALI.

BACALAH WAHAI SAHABAT SEKALIAN !!

Kejadian ini berlaku pada tahun 1985.Tragedi ini telah mengorbankan 14 nyawa org islam yg mati syahid krn mereka lebih rela memilih jln syahadah drpd jln sekularisme. Antara yg syahid dlm kejadian ini adalah As-syahid ibrahim mahmud, berumur 43 thn ketika itu,amat dihormati oleh masyarakat kampung memali termasuk dlm mukim siong,Baling. kelulusan al azhar dan melanjutkan pelajaran ke India dan libya.ibrahim pernah ditawarkan jawatan penting dlm sebuah parti politik yg bukan perspektif islam seandainya dia sanggup mengenepikan golongan miskin,menepati nawaitu hidupnya,beliau telah menolak semua itu,kerana itu dia sering di datangi ancaman hidup beberapa kali yg mahu memerangkap dan membunuhnya. selepas pilihanraya 1982, satu arahan utk menahan ibrahim di bawah akta ISA yg menjijikkan itu telah dikeluarkan oleh Menteri Ehwal Dalam Negeri.

Berikut adlh catatan terperinci mngenai perkmbangan di kampong Memali,mukim siong,Baling yg berkesudahan dgn terkobannya 13 nyawa dan as-syahid ibrahim mahmud sendiri.catatan ini asalnya merupakan rakaman computer drpd Signals Division pasukan PDRM yg mengikuti perjalanan tragedy Baling itu untuk maklumat Perdana Menteri Malaysia.Kisah ini diterjemah dari sudut berbahasa inggeris,dikeluarka n semula oleh yg menamakan ‘suara islam malaysia’ pd 27 hb November,1985. betulkah? mari kita meneliti saringanya ini, kerana ia sudah merupakan bahan sejarah.

001: Jam 1935 hrs.(18/11/85) :

berpusat di kem pasukan polis hutan sungai petani,kedah, 3600 anggota polis drpd plbagai bhgian termsk FRU(penang), pasukan senoi prak,anggota polis beruniform,commando 69,sudah bersiap sedia utk menerima arahan.kumpulan ini diletakkan di bawah arhan seorang pegawai tinggi ibupejabat di bukit aman dan dibantu oleh beberapa pegawai drpd bukit aman kedah,perlis, dan penang.

002:tepat jam 1945( 18/11/85 ):

pegawai tinggi yg memerintah dr bukit aman telah mengeluarkan arahan bhw kumpulan yg bersiap sedia itu akan menyerang hendapsatu kem komunis dlm daerah baling yg berdekatan dgn sempadan Thailand .

003:jam 2005(18/11/85) :

berlaku satu keributan di bilik operasi sg.petani di antara pegawai berkuasa pasukan polis hutan sg.petani dgn pegawai tinggi dr bukit aman .kekalutan ini berasaskan arahan palsu yg telah dikeluarkan .arahan menyerang dan membunuh penghuni ‘kem komunis’ itu sebenarnya disasarkan kea rah ibrahim mahmood,pengikutnya dan sesiapa jugs yg hsdir di madrasah yg dibina oleh orang kampong di situ.pegawai yg mengetuai pasukan polis hutan itu telah memberi penerangan kpd pgwai tinggi bukit aman betapa ibrahim mahmood dianggap oleh para pegawai pasukannya sbg seorang ulama’ yg berwibawa.malahan ramai di kalangan mereka adalah penuntutnya. dilema yg tercetus ini menimbulkan satu suasana yg hening dan sunyi sepi.

004: (18/11/85):

pegawai tinggi dari bukit aman talah mencuba menghubungi penolong pesuruhjaya polis di bukit aman,tetapi gagal.kemudian dia berjaya menghubungi musa hitam yg ketika itu menjadi menteri hal ehwal dalam negeri.pegawai pemerintah pasukan polis hutan sg.petani telah diberi laluan utk bercakap dgn musa hitam.beliau telah merayu kpd musa hitam dan membuat penjelasan betapa ibrahim mahmood adalah seorang uluma’ yg disegani dan telah banyak berjasa dlm usaha menaikan taraf hidup masyarakat memali.tetapi, akhirnya diketahui juga musa hitam telah memberikan arahan agar serangan itu diteruskan.NOTA:kebanyakan anggota polis yg terbabit dlm operasi ini adalah mereka yg bukan beragama islam.operasi ini telah diberi-nama ‘Operasi Hapus’ oleh musa hitam.

005:jam 2045 ( 18/11/85 ):

sebuah keraian telah diadakan disebuah padang terbuka di kem polis hutan sg.petani.di sini minuman bird an minuman keras(arak) telah disediakan kpd semua unit.namun,ada juga segelintir anggota yang tidak minum.

006 : jam 2147( 18/11/85 ):

pegawai operasi telah menerima mesej melalui wireless.mesej yang diterima mengatakan betapa 10 komando polis hutan telah berjaya masuk kawasan memali dan telah pulang dgn laporan penuh.laporan itu adalah mengenai pergerakan masyarakat yg menghuni madrasah tajaan ibrahim mahmud,yang sudah pun disahkan sbg sasaran serangan polis itu.

007 : jam 2247 (18/18/85):

semua unit telah bergerak di bawah pimpinan lapan pegawai muda.mereka bergerak memasuki baling dengan menggunakan dua kereta perisai.Pegawai pemerintah unt sg.petani tidak menunjukkan mintnya ketika itu. Diwaktu yg sama,ibrahim mahmud sedang memberikan kuliah kpd 50 org penuntut yg hadir. Kuliah berlanjutan sehingga jam 23.45. setelah selesai ada juga penuntutnya yg pulang ke rumah mereka sedangkan yg lainnya bermalam di madrasah itu.

008 : jam 24.00( 19/11/85 ):

pegawai pemerintah dr bukit aman telah menerima arahan terakhir mengenai operasi hapus itu. Ketika itu berlaku sedikit kekesalan di kalangan pasukan drpd sg.petani. mereka mahukan operasi itu dilakukan dgn mengadakan sekatan dan kepungan utkm mendesak ibrahim mahmud menyerah diri. Ketika itu ditaksirkan, tindakan mengepung itu mungkin membawa kesan hanya 3 bulan. Cadangan unit sg.petani itu disanggah oleh pegawai pemerintah drpd bukit aman. Beliau telah disokong oleh pegawai lain yg datang dr bukit aman,dan juga OCPD Baling. Mereka berpendapat bahawa strategi yg melecehkan itu mungkin membabitkan pergeseran di antara pihak polis dgn pihak anggota tentera yg berkhemah di sempadan Malaysia/Thai di Sik dan Baling. Kecurigaan mereka ini muncul kerana 90% anggota tentera yg disebutkan itu memang menyokong pergerakan islam dan juga ibrahim mahmud. Keadaan kelam kabut muncul lagi.sekali lagi musa hitam di hubungi.

PERINTAH HAPUS:

pada kali itu, pegawai yang berkuasa diberitahu bahawa Musa hitam tidak dapat dihubungi kerana beliau telah pergi ke sebuah hotel di kuala Lumpur.Di waktu yg sama Timb Menteri hal ehwal dlm negeri,Radzi Ahmad sedang mengikuti perkembangan dgn berada di ibupejabat Polis Pulau Pinang.Beliau sedang mengikuti perkembangan Operasi Hapus itu..Tidak berapa lama kemudiannya Musa Hitam telah menghubungi pihak polis dgn suara yg seolah marah dan rasa terganggu.Musa tidak banyak bercakap Cuma mengeluarkan perintah untuk melakukan operasi penghapusan walaupun ia bermakna secara menyeluruhi ngr Kedah.

Di Rumah Ibrahim Mahmud..:seorang pemandu motosikal dilihat berhenti di hadapan pintu gerbang rumah yg dihuni oleh ibrahim mahmud.seorang muda dilihat berlari kearah pintu rumah itu meminta kebenaran utk masuk.dia telah memberitahu penghuni rumah itu betapa dia ternampak satu kumpulan polis yg ramai di Baling setibanya di pekan itu.Ibrahim mahmud telah dikejutkan dari tidurnya.begitu juga halnya 39 org lain yg telah berjaga mlm di madrasah itu sebelumnya.mereka di kerah bersiap sedia utk mempertahankan diri.mereka mula mengumpulkan segala alat yg ada di rumah kampong seperti kapak,pisau, buluh runcing dan sebagainya.. .Yg lebih berani telah membuat bom Molotov pula.dgn lain perkataan,setiap insane di situ ada alat senjata yg boleh di pergunakannya. dlm kumpulan yg bertahan itu ada 4 kanak-kanak dan 5 kaum wanita.Ibrahim telah mengajak para pengikutnya utk berwuduk drpd sebuah telaga yg berhampiran. mereka telah melaksanakan solat sunat hajat.mereka membaca surah yassin dan berzikir.Ibrahim mahmud kemudiannya memberi ucapan betapa beliau lebih rela bersyshadah dari menyerah diri utk menjadikan alat mereka yg mahu menaikkan semangat nasionalisme. Ibrahim telah meminta sesiapa yg curiga dgn hasratnya itu meninggalkan kumpulan mereka.Tidak ada sesiapa yg mahu berganjak daripada tempat duduknya.Laungan Allahuakhbar mula bergema,bertalu- talu dan memecah keheningan kampong Memali.Yg hadir lebih memilih jln ‘syahid’ drpd terus hidup mengabdikan diri ke jln yg hina.di waktu yg sama di Stesen Polis Daerah Baling,segala persiapan utk menyerang kampong memali semaki8n dipercepatkan. semua itu dilakukan oleh kebanyakan anggota polis yg telah mabuk ataupun tidak keruan fikirannya.

009 : jam 0100(19/11/85) :

36000 anggota polis bersama pegawainya telah tiba di kampong Memali.Mereka lengkap bersenjata automatic dan tiba dgn kereta perisai.Mereka mula mengepung kampong itu.Ketika itu musa hitam tentu sekali masih lagi berada di hotel kerana dia tidak dapat di hubu8ngi.Semua urusan komunikasi dilakukan pula dgn timbalannya yg bertahan di Ibupejabat Polis di Pulau Pinang.Kebanyakan anggota polis yg tiba di kampong Memali itu masih lagi beranggapan mereka akan menyerang sebuah kemn komunis.Itulah maklimat yg diberitahu kpd mereka oleh Pegawai Tinggi dari Bukit Aman.di waktu yg sama kumpulan dari Sg.Petani hanya kecil sahaja dan masih sama tugas mereka.

010 : jam 0300(19/11/85) :

Kampung Memali telah di kepung seluruhnya oleh pihak Polis.Polis yg beruniform di tugaskan membuat sekatan jln raya.Pasukan polis hutan telah diarahkan kebahagian selatan.Pasukan FRU(polis gerak khas) di arahkan kearahkan ke bahagian utara.Pasukan komando 69(polis hutan) telah di kerahkan di bahagian belakang rumah Ibrahim Mahmud yg juga merupakan sekolah agamanya.

011 : jam 0336( 19/11/85 ):

Pegawai tinggi dari Bukit Aman yg memerintah Operasi Hapus iti telah bercakap menggunakan pembesar suara.Dia mahukan Ibrahim Mahmud menyerah diri.Ibrahim Mahmud berbincang dgn penghuni rumahnya itu.Mereka membuat pendirian utk tidak menyerah diri walaupun pasukan yg datang itu berpakaian seragam melambangkan wakil Negara... Mereka bertakbir dan laungan Allahuakhbar mula berkumandang semula.

012 : jam 0400 pagi( 19/11/85 ):

satu kumpulan manusia yg berjumlah 30 orang termasuk wanita dan kanak-kanak tiba-tiba muncul dari bahagian utara. Mereka berlari ditengah-tengah benteng pasukan polis hutan dan juga komando 39 dan membawa senjata tajam yg serinang mereka gunakan ketika bertanam padi mereka cuba memasuki rumah Ibrahium Mahmud utk memberikan sokongan. Anggota pasukan komando 69,yg masih lagi mabuk dan kurang berdisiplin itu telah menembak kearah penduduk kampong yg sedang berlari itu. Tetapi,mereka tersalah sasaran,maklumlah kerana masih mabuk lagi.namun tindakan mereka itu membuatkan org kampong berpatahbalik kerana ketakutan.tindakan melulu pasukan komando itu telah mengena seorang pegawai kanan pasukan polis hutan.seorang pegawai rendah dan juga seorang konstabel pun turut terkorban. Tembakan kearah org kampong yg tidak kampong y6g tidak berdosa oleh pasukan yg khayal telah tersesat kpd badan pasukan sendiri.satu perundingan telah di atur utk menenangkan keadaan.operasi mengepung masih lagi berkuat kuasa,tetapi, beberapa pegawai drpd Alor Setar telah meminta agar pengepungan itu di batalkan shj.mereka telah mengambil iktibar drpd kematian tiga org sendiri disebabkan tindakan yg songsang.permintaan mrk telah di tolak oleh pegawai pemerintah.

SERBU:

013 : jam 0521( 19/11/85 ):

azan subuh berkumandang di rumah ibrahim mahmud.suara yang sungguh sayu itu menjentik sentiment anggota polis dari Alor Star.Mereka semakin mencurigai matlamt operasi polis itu.Ibrahim Mahmud mengimamkan solat pagi itu dan suaranya semakin jelas ketika itu.Di waktu itu pegawai pemerintah operasi telah mengeluarkan arahan agar pasukannya mula menyerang.beliau telah ditentang oleh pegawai yg beragama islam.

014 : jam 0559( 19/11/85 ):Solat subuh pun selesai dan pengepungan diketatkan lagi.Tiba-tiba, satu kumpulan orang kampung muncul utk memasuki perkarangan rumah ibrahim mahmud.mereka terpaksa menentang pasukan Polis Hutan. Mereka menyerbu ke rumah ibrahim bersenjatakan senjata kampung dan sambil menggenggam tangan mereka, melaungkan Allahuakhbar. melihatkan perbuatan orang kampung itu pegawai pasukan Polis Hutan mengarahkan pasukannya utk berundur dan tidak menentang mereka.mereka hanya diarahkan bertahan sambil bersiap sedia sahaja.

NOTA : Sebelum operasi itu dilancarkan ramai pemimpin beragama Islam telah ditangkap.

015: jam 08.12(19/11/ 85):

setelah mendapat kelulusan Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, pegawai pemerintah operasi telah memberikan arahan agar dua kereta perisai mula menyerang rumah ibrahim mahmud.mereka telah dihalang oleh bom Molotov.Ini membuatkan pasukan polis itu berundur sambil terus memuntahkan peluru senjata automatik ke rumah yg dikepung itu.Di waktu yg sama empat orang wanita dan tiga orang kanak-kanak berlari ke rumah itu.mereka diarahkan oleh ibrahim agar melarikan diri.mereka telah dikepung dan ditanrkap oleh pihak polis dan dihumbankan ke dalam trak polis yg diawasi oleh anjing penjaga.ketika itu juga serangan diteruskan. tembakan pihak polis disambut dgn laungan Allahuakbar sahaja secara berterusan.

016 : jam 1105( 19/11/85 ):komando 69 diarahkan menyerang rumah ibrahim.

017 : jam 1136(19/11/85) :

pasukan komando 69 telah menyerbu masuk dgn senjata yg di petik.berlaku beberapa pergelutan di mana ibrahim dan org-org yg masih bertenaga terus melawan.ada jg ahli rumah yg keluar utk berlawan dgn anggota polis di kawasan halaman.polis terus menembak mereka walaupun mereka sudah tidak bersenjata lagi.hanya Allahuakhbar yg mampu mereka ucapkan sehinggalah nyawa hilang dlm perjuangan itu.ramai yg syahid sedangkan yg lain cedera teruk.ibrahim telah merawat mereka.beberapa org anggota komando telah menyerang ibrahim,dan beliau mampu membunuh salah seorang yg menyerangnya. tetapi beliau terkorban akhirnya setelah dada di sebelah kananya dituju berpuluh kali.ibrahim gugur dengan genggaman tangannya berkepal ke atas,sedangkan bibirnya masih lagi melaungkan Allahuakhbar. ..

Alhamdulillah…..Syahid

Seorang pegawai polis berlari meluru kearahnya utk mengapung kepala ibrahim keribanya.Ibrahim kedengaran bersuara:”Alhamdulilah, kerana mengorbankan kami ke jalan mati syahid”.

018 : jam 1213:

serangan pihak polis ditamatkan.mereka yg telah ditangkap telah disungkup dgn karung guni.beberapa anggota komando 69 telah dilihat menengdang badan yg terbujur itu utk menentukan mereka sudah mati.ada pula yg terus menembak mereka lagi sambil berkata;”pergi jahanam dengan islam”.

019 : jam 1305( 19/11/85 ):

pegawai pemarintah operasi telah membuat laporan kepada ibupejabat polis P.Pinang dan juga kepada musa hitam di Kuala Lumpur.Musa hitam mengarahkan agar semua org kampung ditangkap utk menahan agar rahsia operasi itu tidak terdedah.

020 : jam 1500(19/11/85) :

kerja-kerja menangkap saki baki orang kampung dilakukan.mereka diterbangkan dgn dua helicopter polis.mereka yg cedera dan syahid di hantar ke hospital di Sg.Petani dan Alor Star.Empat,mati syahid di sg.petani dan 10 yg sudah syahid dibawa ke Alor Star.

012 : jam 1510(19/11/85) :

sekitar 30 anggota tentera lengkap dengan senjata automatic tiba di hadapan rumah as-syahid Ibrahim.berlakulah pertelagahan di antara pegawai petugas di kalangan pasukan polis yang mengawasi tempat itu dengan ketua anggota tentera yg tiba di situ.Anggota polis yg ramai itu di beri arahan utk bersiap sedia dengan senjata mereka.menyedaru betapa bilangan mereka kecil di bandingkan dengan anggota polis yg bertugas di situ,pihaj tentera pun meredakan keadaan.ketuanya berkata,”Hari ini hari kamu…..kamu boleh lakukan apa yang kamu mahu.tetapi ingat,satu hari nanti kami akan menentang kamu dengan kekuatan yg sama”.

Politik UMNO:

Akhbar new strait times bertarikh 21/11/85 menerbitkan satu tajuk yg berbunyi,”Empat anggota polis dan 14 penjenayah mati dalam pertempuran”. Di akhbar yg sama musa hitam telah menuduh ibrahim mahmud bersama 13 rakanya sebagai penjenayah dan penganut ajaran sesat.Beliau telah menyanggah kenyataan yg di keluarkan oleh Majlis Agama Islam Kedah yg berkata:” Ust ibrahim hanya memberikan ceramah agama”.dalam satu pertemuannya dengan pihak akhbar,Musa Hitam telah mengulangi cerita bagaimana dia telah diseranah dua kali oleh persidangan UMNO kerana tidak bertindak tegas terhadap aktiviti keagamaan seperti yg dilakukan oleh ibrahim mahmud itu.kalau kalu di pertimbangkan segala fakta yang terselah,termasuk keputusan pilihanraya, maka boleh di buat kesimpulan betapa OPERASI HAPUS adalah satu tipu muslihat utk menghapuskan ibrahim mahmud bagi kepentinagn politik UMNO.Mereka mahu terhapusnya rintangan dalam menentukan kemenangan kerusi Bayu/Baling dalam pilihanraya yg mendatang.

Nasib Tahanan.

Seranai 159 penduduk kampung ditahan polis.dosa mereka terletak kepada keyakinan diri mahukan ajaran islam yg direstui Allah.mereka ini termasuk beberapa anak kecil dan warga tua sedang di tahan dalam tiga buah bilik kecil di sebuah kem tahanan.kaum wanita di biarkan berkumpul dgn kaum lelaki.tidak ada kemudahan bersolat...mereka kerap didera dan diaibkan.Anak- anak kecil dilihat menagis mencari ibu-ibu yang sengaja di pisahkan dari mereka.Setiap tahanan diberikan makanan berupa satu mangkuk kanji setiap hari.sesiapa yg cedera parah di hantar ke hospital Sg.Petani ataupun Alor Star.Meraka hanya di berikan layanan pesakit luar,satu penghinaan yang berlanjutan. Kalau keadaan tidak di perbaiki ada di kalangan mereka yg akan mati syahid pula.antara yg mati syahid ter masuk ibrahim mahmud telah di semadikan di satu kubur panjang di parit panjang,Baling. Mereka di semadikan dengan pakaian mereka yg berlumuran darah itu.seorang mangsa lagi telah di semadikan di Alor Star di atas permintaan ibunya.Kes ini kini di anggap sudah tamat oleh Musa Hitam dan juga pengarah operasi hapus itu.
Read On 46 comments

Nak kata apa lagi? bakaq batu api? Kafir? Masuk neraka?

Cerita-cerita rasuah keluarga Ayatullah Ali Akbar Hashemi Rafsanjani bukan sahaja saya perolehi melalui pembacaan, malah dari cerita kawan-kawan yang berurusniaga di Iran termasuk peniaga-peniaga Sunni tegar - Ah, nanti saya akan dituduh agen Sunni yang nak memecahbelahkan hirarki kerajaan Iran!

Persoalannya, adakah Presiden Mahmoud Ahmadinejad tidak tahu? Dulu saya tulis, kalau bakaq a.k.a. ~penarik beca pun tahu tentang perselingkuhan politik dalam gelap, Task Force 2010 yang menjadi murabbi ahli-ahli politik penagih Umno serta pelbagai perkara lain, takkan Tok Guru Nik Aziz tak tahu.

Hari ini, saya nak tulis: Kalau bakaq a.k.a. ~penarik beca pun tahu tentang cerita-cerita rasuah keluarga Rafsanjani, mengarutlah kalau Ahmadinejad tak tahu. Artikel Allvoices bertajuk "Rafsanjani's hypocrisy" mempersoalkan:
Ahmadinejad did nothing wrong by bringing up Rafsanjani's corruption. The only fault I would find with Ahmadinejad is that he did not bring it up sooner. He has been President since 2005. Why did he wait until 2009 to accuse Rafsanjani of corruption. Why did he not do it sooner? Why did he not present evidence to back up his claim? Why did he not demand Rafsanjani return the billions he stole?
Izinkan saya meneka jawapan kepada apa yang dipersoalkan itu: Mungkin Ahmadinejad nak "jaga Iran". Dua tiga hari ini, istilah yang sangat popular dalam PAS ialah "nak jaga parti".

Kalaulah benar Ahmadinejad tidak bersungguh-sungguh mendedahkan rasuah keluarga Rafsanjani kerana nak "jaga Iran" kononnya, menyampah sungguh aku dengan alasan itu. Puak tu dok sebat berbillion dollar (minta 30 peratus, kata seorang peniaga bermazhab Sunni yang pernah terlibat dalam rundingan perniagaan di Iran ketika Rafsanjani menjadi presiden dulu), apa barang dok cerita fasal nak "jaga Iran".

Sebab itulah saya meluat dengan ayat-ayat "nak jaga parti" atau yang seumpamanya.

Awat, orang lain tak dak niat "nak jaga parti"? Adakah Tok Guru Mursyidul Am langsung tak ada niat nak jaga parti bila beliau berkata secara terbuka "kerajaan perpaduan ni tak usahlah, mengarut" atau "suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno" atau "Apa buat sampah, menyusahkan"?

Nak jaga parti sampai nak usung ke atas pentas Manek Urai orang yang direntang pelbagai banner mengecamnya? Kenapa tak sibuk nak jaga hati para petugas pilihan raya di sana yang sampai sekarang kecil hati? Oh, "jaga parti" tu maksudnya jaga orang-orang besar sahaja. Para petugas parti yang bertungkus lumus di Manek Urai tu mampuih pi la hampa nak rasa kecik hati lagu mana pun!

Kalau para petugas parti buat salah, segera hadapkan mereka ke Jawatankuasa Disiplin. Kalau orang besar buat salah, kita kena usung depa sana-sini dan julang boh atas pentas sebab "nak jaga parti" atau "nak tunjuk perpaduan parti".

Nak tunjuk perpaduan parti? Ingat Umno tu bodoh sangat?!! Ingat ahli-ahli PAS bodoh sangat?! Kalau PAS ni parti budak-budak tadika, boleh la hampa nak tipu ikut sedap hampa.

Ingat dah pandai dah politik. Rupa-rupanya tak berapa cerdik lagi.

Tak ada siapa pun pertikai niat yang ikhlas. Tapi, dah usrah jenuh dah sehingga buku Syeikh Hassan Al-Banna berbau ketiak hampa, ketiak hampa berbau buku Syeikh Hasaan Al-Banna, tak pernah usrah ka fasal tawazun?

Sampai tak peduli langsung perasaan hati para petugas di Manek Urai, tawazun apa benda macam tu?! Biar kawan-kawan bertempur di medan depan bela Tok Guru Nik Aziz dan diri sendiri tak nak terlibat kononnya kerana dah jadi orang besar sangat dah, ingat kawan-kawan tak sakit hati ka?

Jangan dekat pilihan raya dan dekat muktamar ja nak jaga perasaan hati para petugas jembel di Kelantan, lepas tu dah tak peduli dah kecil hati orang Kelantan.

Sebelum tulis ni, saya dah fikir dua tiga jam. Tapi perasaan kecewa tak reda bila ada kawan yang dihormati kata "dua-dua salah" ketika mengulas apa yang berlaku antara Tok Guru Mursyidul Am dan Ustaz Nasharudin Mat Isa.

Tok Guru Nik Abdul Aziz salah? Bukankah dia dah cakap elok-elok dan tak hentam siapa pun di dalam PAS sejak setahun lalu? Dah jenuh bersabar pun salah jugak? Amboi!!

Nak kata apa lagi? bakaq tukang pecah belah? bakaq batu api? Kafir? Sesat? Masuk neraka?

Sama ada saya batu api atau tukang pecah belah yang kafir, sesat, masuk neraka atau tidak, saya serahkan semuanya kepada al-'Alimul-Hakim, Allah s.w.t.

Berkaitan (PAS):
Hadi: Perbincangan k'jaan perpaduan ditangguhkan (Malaysiakini 25/4/09)
Hadi mahu kerajaan perpaduan (Utusan Malaysia 6/6/09)
Gagasan kerajaan perpaduan akan diterima jua : Hadi Awang (Bernama 6/6/09)
Kerajaan perpaduan: Nik Aziz tolak idea Hadi, anggap "karut" (mStar Online 7/6/09)
Penyokong k'jaan perpaduan belakangi nasihat mursyidul am... (Malaysiakini 14/6/09)
Jentera PAS retak di Manek Urai? (Malaysiakini 18/6/09)
10 wakil PAS tolak k'jaan perpaduan (Malaysiakini 18/6/09)
Nik Aziz bidas Nasharudin (Utusan Malaysia 18/6/09)
Nik Aziz tarik balik minta Nasha keluar PAS (Malaysiakini 22/6/09)
Pakatan sepakat tolak k'jaan perpaduan (Malaysiakini 22/6/09)

Berkaitan (Iran):
Analysis of Iran's presidential elections (Muslimedia 6/09)
What actually happened in the Iranian presidential election? (Global Research 22/6/09)
2 rioters admit to being affected by foreign media (IRIB 23/6/09)
Rafsanjani may be playing key role in Iran unrest (Dawn 21/6/09)
Ali Akbar Hashemi Rafsanjani (New York Times 11/6/09)
Rafsanjani: shark or kingmaker? (Guardian 15/6/09)
Yo Iran - Remember 1953? These riots are the COUP (Understanding Iran 15/6/09)
Rafsanjani's gambit backfires (Asia Times 16/7/09)
'Color' revolution fizzles in Iran (Asia Times 23/6/09)
Basij "si penjahat kejam"? (Jemala Gembala 23/6/09)
Iran turmoil likely to benefit Israel (Jewish Journal 22/6/09)
Lemahnya klaim Mousavi (Muhsin Labib 24/6/09 - Afrasiabi analyzes Mousavi’s complaint)
Mousavi's big blunders (Al-Jazeera 15/6/09)
Berita-berita lain di Indonesian Radio
Read On 42 comments

Utusan Malaysia semakin menghiburkan

Bacalah apa tersirat dalam laporan Utusan Malaysia di bawah. Berita Harian juga mengambil dari sumber yang sama. Tetapi, mungkin editor Berita Harian tidak sehebat editor Utusan Malaysia. Tak perlu marah-marah. Utusan Malaysia mempunyai hak demokratik untuk menulis berita dengan gayanya yang tersendiri. Lagipun, di zaman Internet ni, kawan saya kata "every citizen is a jounalist". Anda boleh melaporkan dengan jujur.
Nik Aziz mohon maaf kepada Nasharuddin

Utusan Malaysia (23/6/09): Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini memohon maaf serta menarik balik semua kenyataan yang dilemparkan kepada Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa termasuk meminta beliau meletakkan jawatan dalam parti itu.

Nik Aziz memberitahu, segala isu di antara beliau dengan Nasharuddin tidak lagi berbangkit.

''Setelah berbincang dalam perjumpaan khas di Ibu Pejabat Agung Pas dalam semangat kekeluargaan menangani masalah dalam beberapa isu politik yang dibesarkan oleh media, kami bersetuju melupakan perihal salah tanggapan di antara pimpinan atasan parti akibat permainan politik murahan UMNO,'' katanya.

Nik Aziz membacakan kenyataan akhbar selepas mengadakan perjumpaan khas di antara beliau dengan Nasharudin di sini hari ini.

Perjumpaan khas itu turut dihadiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; ketiga-tiga Naib Presiden iaitu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.

Nik Aziz sebelum ini meminta Nasharudin meletak jawatan daripada parti dan menyertai UMNO jika beliau terus mendesak meneruskan idea kerajaan perpaduan dengan UMNO.

Abdul Hadi pada hari pertama muktamar parti itu di Shah Alam pada 5 Jun lalu mempertahankan ideanya untuk melaksanakan konsep kerajaan perpaduan kerana yakin ia mampu menyelesaikan banyak masalah yang berlaku di negara ini.

Katanya, pemimpin-pemimpin Pas bersama dalam satu saf yang padu untuk terus bersama memperjuangkan keazaman parti bagi mendaulatkan Islam di persada tanah air.

''Kami juga bersetuju sebulat suara polemik kerajaan perpaduan dihentikan serta merta seperti mana diputuskan oleh Presiden Pas bersama pimpinan pakatan dalam kenyataan bersama di bangunan Parlimen yang menolak sepenuhnya idea itu,'' katanya.

Nik Aziz tarik balik kenyataan terhadap Nasharuddin

Berita Harian (23/6/09): Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, semalam menarik balik kenyataan beliau terhadap Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa, yang mahu Ahli Parlimen Bachok itu melepaskan semua jawatannya sekiranya menyokong cadangan kerajaan perpaduan.

"Saya selaku Mursyidul Am Pas menarik balik segala kenyataan saya terhadap Nasharuddin dan dengan itu ia tidak berbangkit lagi," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin tertinggi parti itu di Ibu Pejabat Pas, Jalan Raja Laut di sini, semalam.

Menteri Besar Kelantan itu, meminta Nasharuddin meninggalkan Pas selepas beliau mengeluarkan kenyataan yang menyambut baik hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bagi mengadakan perbincangan dengan Pas mengenai kerajaan perpaduan.

Nik Abdul Aziz yang menentang sekeras-kerasnya cadangan kerajaan perpaduan yang diilhamkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, membidas Nasharuddin dan menganggap tindakan pemimpin nombor dua parti itu sebagai sampah.

Pada pertemuan yang dihadiri Abdul Hadi, Nasharuddin dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, Nik Abdul Aziz berkata polemik mengenai kerajaan perpaduan sudah berakhir.

Katanya, keputusan untuk menghentikan polemik mengenai kerajaan perpaduan dibuat presiden parti itu sendiri bersama pemimpin Pakatan Rakyat yang lain dan menolak sebarang perbincangan mengenai perkara itu dengan Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Kami akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan perihal salah tanggapan yang berlaku di antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politik murahan Umno dan akhbar aliran perdana mengenai kerajaan perpaduan.

"Dengan berakhirnya kemelut ini juga, kami semua pimpinan tertinggi parti ini akan turun beramai-ramai pada hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Manek Urai, Kuala Krai, bagi memberi sokongan," katanya.
Berkaitan:
Hadi's (temporary) promise (Sin Chew Jit Poh 23/6/09)
Kemelut PAS: Nasharudin masih 'menyepi'? (mStar Online 23/6/09)
Tiada poster Hadi walaupun isu k'jaan perpaduan reda (Malaysiakini 23/6/09)
Nik Aziz tarik balik minta Nasha keluar PAS (Malaysiakini 22/6/09)
Thin loyalties in Malaysia (Asia Times 23/6/09)
Read On 26 comments

Tinjauan pendapat: 44.4% mahu Nasa keluar PAS

Tinjauan pendapat dalam The Edge:

Nasharuddin sepatutnya...

Keluar PAS dan sertai Umno
424 undi (44.4 peratus)

Memohon maaf dan melupakan rundingan perpaduan
287 undi (30 peratus)

Berjumpa (Tok Guru) Nik Aziz untuk berbincang
157 undi (16.5 peratus)

Terus merempit dengan rundingan perpaduan
86 undi (9 peratus)

Jumlah undi: 954
Undian pertama: Friday, 19 June 2009 19:25
Undian terakhir: Tuesday, 23 June 2009 15:31

Berkaitan:
Langkah Abdul Hadi tunjukkan perbezaan dalam PAS selesai (Malaysian Insider 23/6/09)
Unity govt a betrayal all around (The Edge 22/6/09)

Read On 76 comments

Kerajaan perpaduan: Mengenalpasti punca masalah

Memang benar saya tidak mengalu-alukan hentaman dan kritikan tahap brutal ke atas Tuan Guru Presiden yang banyak berhempas-pulas untuk memperjuangkan Islam. Meskipun begitu, dalam posting sebelum ini yang bertajuk "Semoga dua Tok Guru berkempen bersama di Manik Urai," komen Anonymous nombor 38, pada hemat saya, amat penting diberikan perhatian serius memandangkan isu kerajaan perpaduan menyebabkan PAS mengalami perpecahan paling buruk sejak bermulanya zaman kepimpinan ulama pada tahun 1982:
Alhamdulillah dengan perkembangan terkini, semoga berterusan menjangkaui Pilihan Raya Umum ke-13. Post mortem perlu dilakukan segera untuk mengenalpasti punca kepada masalah yang berbangkit. demi keutuhan parti dan menghapuskan semua "tohmahan" soalan2 berikut perlu dijawab:

1. Inisiatif siapa?
2. Pihak terlibat?
3. Urutan kejadian?
4. Adakah melibatkan orang tengah?
5. Jika ada, siapa?
6. Kenapa tidak dibincang di peringkat parti?
7. Apakah terlibat 'pembelian' individu?
8. Kenapa tidak terlintas kemungkinan perangkap?
9. Siapa yang didorong dan oleh apa?
10. Sejauh mana Cik Gu Pa terlibat/apa peranan dia?
11. Sejauh mana Nasha terlibat/apa peranan dia?
12. Sejauhmana TGHH terlibat/apa peranan dia?
13. Haron din, apa peranan dia?
14. Harun taib, apa peranan dia?

Pakar2 bedah perlu cari apa yang patut dan parti mesti sediakan kertas putih bagi memulihkan kepercayaan dan sokongan ahli/penyokong terhadap parti. Hanya dengan 'pembersihan' sahaja kredibiliti PAS dapat dipulihkan.

Ini bukan masalah rumah tangga, ayah dengan ibu bercerai, anak2 masih boleh bertemu dengan mereka. Masalah yang PAS hadapi lebih kritikal, ia melibatkan 'survival' parti.

Untuk maju ke hadapan, punca masalah perlu di'kuarantinkan'.

Allahuakbar!!!
Saya nak tambah sikit lagi, usaha untuk mengenalpasti pengkhianat mandat rakyat yang menghasut PAS Perak menubuhkan kerajaan dengan Umno mestilah berterusan. Pengkhianat itu mesti dihukum!

Berikut ialah pendedahan Ustaz Ahmad Awang pada Muktamar Tahunan PAS ke-55 di Shah Alam baru-baru ini:
"Kita tidak sepatutnya berfikir nak berpakat dengan Umno. Sebaliknya kita perlu berusaha memperkasakan Pakatan Rakyat.

"Ada pihak perwakilan yang kata mana ada di antara kita yang nak pergi berunding atau bersama dengan Umno. Saya nak beritahu bahawa ketika kami di Perak dah buat keputusan sungguh tegas untuk tidak bersama Umno dan dah putus untuk bersama DAP dan PKR, kami dihubungi oleh pimpinan tertinggi, "Tak bolehkah kita kaji keputusan untuk bersama dengan Umno?"

"Ada saudara-saudara! Jangan cakap tak ada. Cuma saya tak nak sebut namanya. Tapi saya nak katakan ada. Sebab itu janganlah saudara-saudara terus buat keputusan seolah-olah semua orang dalam PAS tak ada yang berfikir begitu (yakni untuk bersama dengan Umno). Ada! Tapi saya tak layan."
Pengkhianat mandat rakyat itu masih dicari identiti sebenarnya. Ada orang tuduh Ustaz Dr Harun Din dan ada pula yang tuduh Ustaz Nasharudin Mat Isa. Sekadar tuduhan sahaja. Mereka perlu membuat penafian jika mereka tidak pernah kencing dan berak atas mandat dan kepercayaan rakyat. Nama baik perlu dibersihkan. (Gambar kain rentang di Bachok di atas ihsan Pink Turtle)
Read On 32 comments

Semoga dua Tok Guru berkempen bersama di Manik Urai

Dengan tersiarnya berita Malaysiakini hari ini bertajuk "Unity government: A united 'no' from Pakatan," saya tak akan siarkan lagi sebarang komen yang mengkritik Tok Guru Presiden.

Sebenarnya, hampir separuh (kalaupun tak separuh) komen yang saya tekan reject. Ada sesetengahnya saya sendiri pun tak gamak nak baca.

Saya boleh dituduh apa sahaja dan saya akan siarkan tuduhan anda. Tujuan saya siarkan komen-komen itu sebelum ini, selain berusaha untuk bersikap sedikit demokratik jika kena pada tempatnya, adalah untuk memperlihatkan bagaimana perasaan ahli-ahli dan para penyokong PAS terhadap apa jua tindakan nak bersama-sama Umno dalam satu kerajaan.

Kritikan keras bukan sahaja di alam siber, malah kalau pergi ke tempat-tempat ahli-ahli dan para penyokong PAS berhimpun, kita akan mendengar kritikan yang sama. Saya mendapat tahu begitu ramai tokoh-tokoh PAS di peringkat negeri-negeri dan kawasan-kawasan yang menelefon beberapa pemimpin PAS di peringkat pusat mengadukan kritikan keras ahli-ahli dan para penyokong terhadap Presiden PAS.

Akhirnya, saya ingin melihat Tok Guru Presiden dan Tok Guru Mursyidul Am berceramah atas satu pentas dalam kempen pilihan raya kecil Manik Urai (Gambar di atas ihsan Malaysiakini).
Read On 49 comments

Tak nak bincang sebab Umno ajak-ajak ayam?

Harakahdaily 20/6/09 melaporkan Haji Mustapha Ali berkata: "Saya ingin menegaskan bahawa Parti Islam SeMalaysia (PAS) tidak ada minat sama sekali untuk berbincang dengan Umno termasuk atas isu kerajaan perpaduan buat waktu ini".

Pada hari yang sama juga Harakahdaily melaporkan Nasruddin Hasan berkata: "Bagaimana Muhiyidin boleh membangkitkan isu 'lupakan sengketa lama' sedangkan usaha untuk usaha-usaha yang Umno-BN lakukan selama ini langsung tidak menunjukkan ke arah untuk menamatkan sengketa itu, tindakan mereka ini tidak ubah seperti 'ajak-ajak ayam'"

Apa kaitan "tidak ada minat sama sekali untuk berbincang dengan Umno termasuk atas isu kerajaan perpaduan buat waktu ini" dengan "ajak-ajak ayam"?

Tertanya-tanya juga saya adakah kita boleh berpadu mesra dengan Umno jika parti itu menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) serta memulihkan badan kehakiman dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia?

Setahu saya, asalkan hayat kekuasaannya dapat disambung, Umno bukan sahaja sanggup membuang ISA, PPSMI dan apa jua yang kita tuntut, buang seluar dan baju bertelanjang bulat pun dia sanggup!

Hari ini, sebahagian ahli Majlis Tertinggi Umno bukan sahaja mempopularkan istilah "kerajaan bini Najib (BN)" dalam perbualan-perbualan tertutup, malah mereka turut mengakui bahawa rakyat semakin menjauhi parti mereka. Rakyat tak nak Umno.

Rakyat mahukan kerajaan yang bersih dari Umno, bukan kerajaan perpaduan dengan Umno.

Rakyat nak hapuskan ISA dan lain-lain kezaliman melalui tindakan menjatuhkan Umno, bukannya nak suruh Umno yang buang kezaliman-kezaliman itu.

Adakah jika janda busuk yang bernama Umno tidak ajak-ajak ayam, kita akan tidur sebantal dengannya dan memijak-mijak keinginan rakyat?
Read On 23 comments

Kerajaang perpaduang: Bila Cik Gu Pa gostan..

"Saya ingin menegaskan bahawa Parti Islam SeMalaysia (PAS) tidak ada minat sama sekali untuk berbincang dengan Umno termasuk atas isu kerajaan perpaduan buat waktu ini," itu kata pakar perundingan dalam gelap, Haji Mustapha Ali.

Dia kona 360 darjah, "buat waktu ini". Waktu ini memanglah "tidak ada minat sama sekali untuk berbincang dengan Umno". Waktu lain apa jaminan tak akan berselingkuh politik dengan Umno lagi di dalam gelap?

Sebelum ni, Cik Gu Pa kata: ""Najib bercakap tentang 'Unity Government' (kerajaan perpaduan), maka tidak boleh bercakap dengan PAS (sahaja), tetapi mesti bersedia untuk bercakap dengan PKR dan DAP.

"Jika Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Razak tidak bersedia, PAS pun tidak bersedia untuk berbincang dengan beliau".

Sebagai ahli politik, Cik Gu Pa mungkin membuat perkiraan untuk menarik diri secara terhormat, kelihatan pintar dan nampak hebat. Beliau tentu tidak mahu kelihatan seperti kaki putar dan pencetus musibat.

Saya hanya penyokong Fasal 5 Perlembagaan PAS. Tapi, Cik Gu Pa patut dengar apa ahli PAS di bawah macam Misai Merah kata:
Pimpinan Pas jangan cakap macam tempat kenduri, sementara tunggu nasi dan gulai kawah dihidang pakat sembang sakan bila dah kenyang semua cerita dah abis takat tu ja. Isu kerajaan perpaduan ni besar dan timbul perpecahan dalam Pas. Jangan cakap loyar buruk untuk kilas dan pertahan kerajaan perpaduan lepas tu rasa syok sendiri dengan hujah yang diberikan, tapi sebenarnya makan diri, rosak parti dan ahli Pas dan penyokong Pas dok peghati apa yang pemimpin Pas cakap tu samaada boleh pakai ke tidak. Cerita kerajaan perpaduan ni bukan macam jual minyak angin kat pasar malam atau tempat ceramah Pas. Sapu tempat ceramah lega, balik sapu di rumah tak lega!
Nasib baik Cik Gu Pa gostan dalam hal nak berkawan. Berkawan dengan Umno. Bayangkan kalau Cik Gu Pa gostan dalam bab berlawan.

Takkan nak kata, kita tak jadi berlawang dengan Umno sebab dia tak mboh berlawang dengang PKR dan DAP (Gambar di atas ihsan Malaysiakini)
Read On 36 comments

Kerajaan perpaduan, sembang dalam terang, jumpa dalam gelap

Dalam berita bertajuk "Isu perpaduan terpulang pada Presiden - Ustaz Azizan," Harakah melaporkan Ustaz Azizan Abdul Razak berkata "Tok Guru Nik Aziz pun berunding dengan Lee Kuan Yew".

Bersembang tanda menghormati orang yang datang ke tempat kita bukan berunding.

Bagi taklimat tentang apa sikap kerajaan PAS Kelantan terhadap orang-orang bukan Islam bukan berunding.

Bersembang dalam terang, siap boleh ambil gambar lagi, tak sama dengan berunding serta berpakat dalam gelap secara sembunyi-sembunyi.

Bersembang dalam terang tak sama dengan pembohongan terang-terangan - menafikan main belakang dalam gelap malah siap nak saman orang lagi kerana hendak menyembunyikan perselingkuhan politik.

Mujamalah terhadap tetamu bukan Islam yang kronik dengan tipu muslihat tak sama dengan nak tubuh kerajaan perpaduan dengan taghut.

Membuat perbandingan yang tersasar dan tidak sesuai sama sekali mendedahkan diri kita kepada dua tuduhan:
1. Dituduh tak cerdik
2. Dituduh nak belit-belit

Berkaitan:
PAS tidak berminat bincang dengan Umno - Mustafa Ali (Harakah 20/6/09)
Kerajaan perpaduan: PAS adakan siri mesyuarat redakan ketegangan (mStar Online 20/6/09)
PAS tidak berminat bincang dengan Umno - Mustafa Ali (mStar Online 20/6/09)
Kerajaan perpaduan: Pemimpin PAS tetap mahu disertai DAP, PKR (mStar Online 20/6/09)
Kerajaan perpaduan: Umno perlu halusi pandangan akar umbi, kata Mahathir (mStar Online 20/6/09)
Umno mahu perbincangan kerajaan perpaduan disegerakan (mStar Online 20/6/09)
Nik Aziz marah Nasharuddin: Ibarat pukul anak sindir menantu? (mStar Online 19/6/09)
Kumpulan sokong Nik Aziz adalah suara minoriti - Ahmad Maslan (mStar Online 19/6/09)
Rais: Tindakan Nik Aziz minta Nasharuddin letak jawatan tidak wajar (mStar Online 19/6/09)
10 MP PAS tolak kerajaan perpaduan (mStar Online 19/6/09)
Nik Aziz temui pemimpin tertinggi PAS bincang kerajaan perpaduan (mStar Online 20/6/09)
PAS moves to patch cracks in party leadership and coalition (Malaysian Insider 20/6/09)
PAS to hammer out unity dispute (Malaysian Insider 20/6/09)
Putuskan sepenuhnya hubungan dengan Umno (Malaysian Insider 20/6/09)
‘Unity’ may result in more Malay votes, but not more seats (Malaysian Insider 20/6/09)
Outburst by Nik Aziz shows the seriousness of split in party (Malaysian Insider 20/6/09)
Polis berdemo depan Pejabat Agung PAS (Malaysian Insider 19/6/09)
Tiga mesyuarat penting untuk redakan krisis dalam PAS (Malaysian Insider 20/6/09)
Nik Aziz enggan ubah pendirian (Utusan Malaysia 20/6/09)
Pas siap sedia adakan mesyuarat esok (Utusan Malaysia 20/6/09)
Siapa yang akan untung? (Utusan Malaysia 20/6/09)
Manek Urai jadi ukuran (Utusan Malaysia 20/6/09)
UMNO–Pas perlu berunding (Utusan Malaysia 20/6/09)

Read On 23 comments
 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008