Pemimpin jangan bunuh diri

Pemimpin kalau nak buat kenyataan, biarlah orang tak dapat sanggah. Kenyataan dihormati dan pemimpin semakin dihormati. Amat malang kalau kenyataan seseorang pemimpin boleh diluku-luku dengan mudah seperti di sini dan si pemimpin pula semakin diselak kudis dan tokaknya.

Menarik:
Sebab itulah pemimpin BN begitu mesra, taat dan patuh kepada pengundi bukan Melayu (Sheih)
Antara Umara’ dan Ulama’ (Haji Hydzelan)

(Ihsan Mat Saman Kati & Co dari Perak Express - klik ikon "play" tu)
Read On 7 comments

Dr M dilanda takut?

Setelah dibantai berkali-kali, belum pecah berdarah lagi belakang si unta. Si unta masih diam membisu. Barangkali sakitnya masih mampu ditanggung, dia belum naik angin.

Perlantikan orang-orang yang menurutnya mempunyai perangai yang keji di dalam kabinet dan selepas itu dilantik pula Ratu AP dan orang yang disifatkannya sebagai pak lawak yang terpalit dengan tuduhan rasuah di dalam Majlis Tertinggi Umno barangkali masih belum begitu menyakitkan Tun Dr Mahathir Mohamad. Dia melibas, tetapi tidaklah dilihat mencederakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menampakkan lagi betapa si unta dibantai dengan lebih keras di atas belakangnya, Najib menyatakan keazamannya untuk membangunkan Wilapah Pembangunan Iskandar (WPI). Dia diam.

Selepas itu diumumklan pula ura-ura pembinaan jambatan ketiga ke Singapura. Pembinaan jambatan ketiga membunuh cita-cita pembinaan jambatan bengkok, yang dilihat oleh Dr Mahathir sangat penting untuk mengajar Singapura. Belakang unta semakin sakit akibat dibantai. Tidak juga ia melengking.

Nah, ambik lagi dua liang. Dibantai lagi. Omar Ong dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah Petronas, Datuk Seri Syed Hamid Albar pula hendak dilantik sebagai Pengerusi Petronas. Apabila penyokong kuatnya yang juga kawan saya, The "thirteen million plus Ringgit" guy bagaikan merayu Omar, adakah si unta sudah menunjukkan tanda-tanda ia tak tahan lagi dipukul bantai dengan begitu brutal berulang-ulang kali? Tetapi, dia tetap tak bersuara.

Sambil teringat judul filem KL Menjerit, saya tanya seorang lagi kawan saya yang juga penyokong tegar Dr Mahathir. "Aku menunggu Tun menjerit," kata saya.

"Engkau suka sangatlah tu," katanya. Kawan itu seterusnya memahamkan kepada saya, kalau Najib pun dibelasahnya juga, orang akan fikir Dr Mahathir berlagak seolah-olah dia seorang yang pandai. Hanya dia yang tahu. Orang lain semua bodoh belaka. Naiklah siapa pun menjadi Perdana Menteri, semua tak kena di matanya.

Dari seorang yang berani, Dr Mahathir kini dituduh berubah menjadi penakut. Dia takut dituduh sebagai orang tua perasan - seolah-olah dia seorang sahaja yang pandai dan orang lain semua bodoh.

Orang akan terus bertanya, adakah Najib dan Dr Mahathir sudah bercerai? Atau akan bercerai? Apa pun, Najib ada kira-kira 16 bulan lagi. Bantai, balun jangan tak balun!

Berkaitan:
Mahathir and Najib in divorce court (Asia Sentinel 29/5/09 dan komen-komen di sini)
Read On 27 comments

Saya nak percaya Najib

Soalan mudah. Kenyataan mana lebih dipercayai pasaran?

Kenyatan pertama
Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi kini mula menunjukkan kesan positif dan diyakini mampu memulihkan ekonomi negara pada penghujung tahun ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. (Utusan Malaysia 28/5/09)
Kenyataan kedua
Malaysia’s economy is not expected to recover as long as the global economy is not showing any tangible sign of a turnaround, said Tan Sri Dr Lin See Yan.

The former deputy governor of Bank Negara Malaysia (BNM) and a member of the Prime Minister’s Economic Council and Innovation Council is doubtful that the economy will recover by the second half of this year, as envisaged by some (The Edge Financial Daily 18/6/09)
The Malaysian Insider 17/4/09 melaporkan, "Najib said he understood that the business community still had some concerns on the effectiveness of the economic revival plans.

He said ACCCIM President Tan Sri William Cheng had told him that the business environment was still dictated by poor performance and uncertainties".

Takkan apek yang jadi Presiden ACCCIM tu nak kata kat Najib, "Itu pakej lu bikin punya talak gunalah!" (lihat juga berita bertajuk "Acccim: Urgent Need for 2nd Stimulus Package")

RM60 bilion? Ambik ni:
The RM7 billion in the first package (Nov'08) was deemed to be insufficient to counter the deepening crisis. Although the second package appears larger, the actual direct spending is only RM15 billion (or 25% of total) to be spent over a two-year period. Other measures introduced are in the form of loan guarantees, investment through Khazanah and tax incentives. The loan guarantees will only work if there is demand from businesses, which is lacking at this point of time (MIER Malaysian Economic Outlook 1st quarter 2009)
Berkaitan:
eh these people manyak pandai arr...? (Art Harun, komen-komen di sini)
Read On 8 comments

Jangan sampai PAS takut BN kalah

PKS mulai khawatir SBY kalah, begitu tajuk salah satu berita akhbar Kompas. Jika tidak dihentikan permainan bertemu muka dengan dengan Umno, sama ada secara terbuka dan lebih buruk lagi kalau berkendak politik dalam gelap, adakah satu hari nanti akan muncul berita PAS bimbang Barisan Nasional (BN) kalah? Bukankah dahulu beberapa pemimpin PAS tidak senang Tun Abdullah Ahmad Badawi hendak berhenti?
PKS mulai khawatir SBY kalah

Kompas (25/5/09): Partai Keadilan Sejahtera (PKS) secara terbuka mengakui adanya kekhawatiran atas elektabilitas SBY yang terus dikejar oleh dua kompetitornya, Jusuf Kalla dan Megawati Soekarnoputri. Wakil Sekjen DPP PKS Zulkieflimansyah mengatakan, berdasarkan survei internal, jarak persentase antara SBY dan dua kandidat lain cukup tipis.

"Kami (PKS) khawatir kalau SBY kalah karena untuk mendapatkan kemenangan tidak mudah. Kalau melihat survei terbaru, jarak ketiga-tiganya masih dekat. Selisih yang paling tinggi dengan yang paling rendah hanya 10 persen," ujar Zulkiefli pada sebuah diskusi, Senin (25/5) di Jakarta.

Berdasarkan survei tersebut, SBY masih berada pada posisi teratas. Selain itu, Zulkiefli kembali mengutarakan dilema yang dihadapi PKS untuk menjelaskan mengapa partainya berkoalisi dengan Demokrat. Alasan utama, melihat elektabilitas dan besarnya peluang SBY untuk menang.

"Kita percaya bahwa berdasarkan survei, elektabilitas SBY masih lebih tinggi dari yang lain. Ya namanya ijtihad politik, bisa saja salah," ujarnya.

Bagaimana jika pasangan SBY-Boediono kalah? "Ya, PKS harus siap menjadi oposisi," kata Zukiefli.
Berkaitan:
I love the United States, with all its faults. I consider it my second country (Susilo Bambang Yudhoyono dalam International Herald Tribune)
Takut kalah, PKS minta Ani Yudhoyono dan Herawati pakai jilbab (Nusantaraku)
Read On 5 comments

Senjata dekat Tasek Cement ada kaitan politik?

Dalam pukukl 11 malam tadi (masa tulis ni dah pukul 3 pagi) Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub tunjuk dua berita NST. Berita yang pertama yang beliau tunjuk tadi saya jumpa dalam edisi online akhbar itu bertarikh 26/5/09. Siasatan baru peringkat awal, kata Ketua Polis Perak. Banyak lagi persoalan yang belum terjawab, katanya.

Esoknya, kata Salahuddin, edisi cetak akhbar yang sama melaporkan sumber polis berkata bahawa senjata yang mereka jumpa dalam semak dekat Tasek Cement tu ada kaitan politik.

Berita yang kata ada kaitan politik tu saya tak jumpa dalam edisi onlinenya.

Salahuddin tanya, ni nak main game apa pulak ni? Dalam pukul 11 pagi ini dia akan buat kenyataan akhbar. Beliau beritahu saya, antara yang dia nak tanya:

1. Kalau senjata itu diseludup dari negara jiran, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan yang terlibat dalam soal kawalan sempadan negara buat apa?

2. Siapa yang jumpa senjata tu dalam semak Tasek Cement di Ipoh? Kalau senjata tu dijumpai hasil risikan polis, kenapa tak sekat kemasukannya sejak awal? Adakah tak sempat sekat sebab sibuk kawal bangunan SUK, pejabat DAP, tangkap orang baju hitam dan orang tak nak makan? Kenapa sampai si penyeludup senjata boleh masuk jauh ke dalam negara dengan senjata yang diseludupnya? Bayangkan betapa jauhnya jarak dari sempadan dan kawasan semak dekat Tasek cement tu.

3. Benarkah begitu cekap sehingga dalam masa 24 jam atau kurang dari itu dengan mudah boleh menyatakan senjata-senjata itu ada kaitan politik dan dikaitkan pula dengan keadaan politik di Perak? Sedangkan, pembunuh Nurin Jazlin Jazimin tak dapat dikesan hingga sekarang dan siapa yang menculik Sharlinie Mohd Nashar juga tidak diketahui sehingga kini. Apa khabar para penyiasat yang menyiasat kehilangan dadah dalam simpanan polis Johor?

4. Jika benar wujudnya si penyeludup senjata yang ada kaitan politik, adakah mereka lebih bodoh dari pembunuh Nurin dan penculik Sharlinie?

5. Ni nak main game apa pulak ni?
Firearms cache smuggled here

Datuk Zulkifli Abdullah says the investigation is still in its initial stage
Datuk Zulkifli Abdullah says the investigation is still in its initial stage

IPOH (NST 26/5/09): A large cache of firearms and bullets recovered by the police here on Sunday evening originated from outside the country.

State police chief Datuk Zulkifli Abdullah said initial investigations showed that eight firearms and about 100 bullets, found in two bags not far away from the North-South Expressway, were smuggled into the country.

He said part of the investigation involved finding out if the cache, which included spent cartridges and silencers, had been used in any criminal activity in the country.

However, he added that the investigation was still in its initial stage.

The weapons, believed to be sub-machine guns and pistols, were recovered by the police in bushes near the Tasek Cement factory after a tip-off.

Zulkifli said there were many unanswered questions about the weapons cache, urging reporters to be patient.
Read On 8 comments

Ezam, Kelantan dan balak

Kutu cikai yang bernama Ezam Mohd Nor berkata, dari sudut sejarah, rasuah telah berlaku sejak 70-an di Kelantan yang diterajui oleh kerajaan PAS yang mengagihkan pembahagian hasil balak dan perkara terbabit diketahui umum.

Saya tidak mempersoalkan benar atau tidak kenyataan di atas. Yang saya nak tanya kepada Ezam, siapa yang berkali-kali merayu-rayu agar diberikan kawasan balak di Kelantan tetapi tak dapat-dapat? Nasib baik tak dapat. Kalau dapat, buat sendiri atau suruh taukeh buat? Kalau dapat, adakah hanya kutip komisyen sahaja?

Kalau dapat, sebab apa dapat? Dapat kerana memang layak dapat atau kerana ada hubungan dengan orang yang dirayu supaya memberikan kawasan balak?

Saya tak pertikaikan benar atau tidak ayat di atas. Saya tak ada bukti untuk menyatakan kenyataan itu benar atau tidak. Tetapi, kutu cikai bernama Ezam perlu tahu bahawa ayat tersebut tidak layak disebut oleh sesiapa sahaja yang berkali-kali merayu-rayu agar diberikan kawasan balak di Kelantan tetapi tak dapat-dapat.

Aku boleh sebut ayat di atas, kutu cikai oi! Daun balak atau ranting balak pun aku tak pernah minta di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perak. Na'uzubiLlah aku jadi penagih balak yang kemudian berkelahi dengan sesiapa sahaja yang menghalang ketagihan balaknya.

Berita berkaitan:
Rasuah ada dalam semua parti politik
Sinar Harian (27/5/09): Bekas Pengerusi dan Pengasas Gerak, Ezam Mohd Nor menegaskan semua parti politik yang berkuasa di negara ini mengamalkan rasuah.

Menurutnya, perkara ini sememangnya ada dalam sesebuah parti politik, tetapi ia tidak didedahkan dan diakui sesetengah parti.

"Persoalannya di sini, rasuah hanya dilihat dalam kalangan ahli UMNO memandangkan parti ini telah mentadbir negara lebih 50 tahun.

"Oleh sebab itu tuduhan hanya terhadap UMNO sahaja bukanya parti lain," katanya.

Ezam berkata, walaupun pemimpin UMNO terlibat dengan rasuah, namun parti terbesar itu mengakui kelemahan dan bersedia disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau berkata, dari sudut sejarah, rasuah telah berlaku sejak 70-an di Kelantan yang diterajui oleh kerajaan Pas yang mengagihkan pembahagian hasil balak dan perkara terbabit diketahui umum.

"Dalam konteks ini, kita dapat lihat UMNO lebih bersikap terbuka dengan mengakui adanya mainan rasuah dalam parti, tetapi parti Islam lain cuba melindungi kononnya parti mereka sempurna.

"Pada dasarnya Islam itu sempurna tetapi parti belum tentu. Saya rasa dalam hal ini mereka takut mengakuinya kerana ia akan melambangkan kelemahan parti itu sendiri," katanya.

Menurutnya, sejak wujudny:a SPRM, banyak kes melibatkan rasuah dalam kalangan pemimpin dapat diselesaikan menerusi pemantauan pemerhatian kerana kebanyakan panel yang dilantik luar dari pengaruh politik.

"Kita dapat lihat kes rasuah hanya dapat diselesaikan dalam masa dua minggu membuktikan adanya tindakan cekap dan pantas dari SPRM," katanya.

Ditanya mengenai tahap kebimbangan masyarakat terhadap UMNO yang mengamalkan rasuah, beliau berkata, masyarakat harus faham secara semula jadi mengenai teori rasuah dan kuasa.

"Ini kerana rasuah wujud apabila adanya kuasa, UMNO berkuasa secara semula jadinya, tetapi ia sebenarnya tidak seburuk yang digembar-gemburkan. Kita akui kekuatan dan cuba memperbaiki kelemahan ke arah lebih baik," katanya.

Sementara itu, Ezam turut menasihatkan pemimpin agar mereka jujur dalam menjalankan tanggung jawab supaya amalan rasuah dapat dihindari.
Read On 35 comments

Asal bukan Umno (ABU)

Husam says:
He is still motivated by the same thing that led him to contest PAS’s No. 2 - making the party the biggest political force and to replace Umno.

"The incumbent No. 2 seems to have close ties with Umno leaders and he seems not focused on making our party the anchor party," he said.

"I want to put a stop to activities destructive to the idea of PAS replacing Umno," added Husam.

"I feel my time in the party is wasted if the party only wants to complement Umno," he said.

Husam said since the official announcement on Monday he has been getting a lot of text messages supporting his decision to contest.

"I think on the ground there is some of dissatisfaction with what is going on, but PAS members are disciplined, so most of the time they hide their feelings, but they have their own assessment of what is going on," he said (Malaysian Insider 27/5/09)
Mat Sabu says:
Despite his support for a stronger ulama leadership, Mohamad wants an end to any further attempt at political co-operation with Umno.

"No problem with meetings or discussions but they must be done with the knowledge of the central committee," said Mohamad.

"Because I know, Umno will only look for us when they are in trouble, when they are strong they will oppress the opposition especially PAS," he said.

Like most party grassroots, Mohamad too does not want PAS to adopt Umno’s policy of promoting Malay supremacy.

"I personally do want the party to return to the 'Malay world'," said Mohamad.

For him adopting Malay supremacy may lead to PAS tolerating corruption.

"We are accepted because of our stand against corruption; Nik Aziz is respected not because of his turban and robe, but because he is clean," he said.

But he said his decision to contest was not solely driven by the actions of party leaders who were involved in the clandestine unity talks with Umno last year.

"I am not contesting because I am disappointed with anyone, but if I win I hope to assist the president in fields that are unreachable to him," said Mohamad.

"PAS is now in Pakatan Rakyat, it has began to be accepted by the non-Malays, NGOs, cultural groups, these organisations must be engaged to get them to support PAS, this is where I can play an important role," he told The Malaysian Insider.

"In the west coast, from Kangar to Pontian, almost 80 per cent of the constituencies are racially mixed; without the support of the non-Muslims, PAS will remain a Kelantan and Terengganu party," he said.

Mohamad is confident that the opposition coalition will take over the government by the next general election and PAS has to prepare itself by strengthening co-operation with PR partners in the states dominated by Barisan Nasional (BN).

"The moment we return to Malay supremacy, that’s the end of it." (Malaysian Insider 27/5/09)
Kot-kot siapa tak tengok lagi, saya susun berita-berita di atas mengikut mana dulu keluar.

Tiada komen kerana dasarnya ialah ABU - Asal bukan Umno! Asal bukan Umno atau pak yet Umno yang menjadikan PAS sebagai kaldai tunggangan.

Apa hampa nak kata, aku siarkan saja. Tetapi, kalau saya rasa komen itu boleh menyebabkan saya kena saman, saya reject.

Kebebasan bersuara boleh, saman-saman aku tak nak! Kalau orang saman, mana aku ada duit nak bayaq. Sure kena masuk jel punya. Tu yang aku takut tu..

Imej dari The Nut Graph di bawah tidak ada kena mengena dengan tajuk di atas. Saja simpan untuk kenang-kenangan tentang "The epic of Kak Min". Ada yang kata Kak Min kini menjadi ikon yang setaraf dengan Datin Seri Rosmah Mansor. Ikon apa tu?

Menarik hari ini:
Apakah ini alasan mengapa Ahmad Zahid Hamidi keuzuran? (Sheih)
Read On 22 comments

Datuk Seri Najib, awak bohong ke?

Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar beritahu saya, "Hang tengok news ChannelNewsAsia. Dia kata Malaysia ni dah nak technical recession, kan?

"Semalan hang bubuh dalam blog hang, (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) kata, negara tidak dijangka terjerumus ke dalam kemelesetan atau kemelesetan teknikal.

"Tu tak pa lagi, aku jumpa news Najib kata kerajaan yakin bahawa Malaysia tidak akan mengalami kemelesetan ekonomi teknikal tahun ni. News Bernama tu.

"Hari ni, (Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr) Zeti (Akhtar Aziz) kata dia jangka ekonomi akan terus menguncup suku kedua tahun ini. News Bernama jugak.

"Hang tengok balik news yang hang bubuh dalam blog hang tu, Najib kata kemelesetan teknikal berlaku apabila tahap keluaran sebenar nasional merosot dalam dua suku tahun berturut-turut yang menyebabkan penguncupan dalam jumlah pengeluaran ekonomi.

"Malaysiakini pula report Zeti kata, suku kedua akan lebih teruk.

"Hang tolong search news Harakah, kalau tak silap MIER (Institut Kajian Ekonomi Malaysia) kata, tahun ni memang technical recession. Time statement tu kalau tak silap sebelum Najib kata kerajaan yakin Malaysia tak akan technical recession.

"Orang cerdik daripada dia dah bagi tau technical recession, dia pi konar kot lain. Tu nak kata apa tu? Orang boleh tuduh Najib bohong tu!"

Berita ChannelNewsAsia 27/5/09
Malaysia heads for recession after 6.2% Q1 contraction

KUALA LUMPUR: Malaysia's export-dependent economy shrank 6.2 per cent in the first three months of 2009 and was headed for a technical recession, the central bank said Wednesday.

Bank Negara governor Zeti Akhtar Aziz said that second-quarter results "will be very similar" to the outcome in the first quarter which saw the economy contract for the first time in nearly eight years.

"We are almost completing the second quarter and we see that the export sectors and export demand continue to remain weak and the environment is still challenging," she said.

Two successive quarters of negative economic growth represent a technical recession.

Zeti said a recovery in the economy, which has been battered by falling exports and manufacturing, will gather pace in the second half of the year.

"In the third quarter we will see a significant improvement taking place and in the fourth quarter we have a higher degree of confidence that we will have positive growth," she told a press conference.

The economy grew by a bare 0.1 per cent in the last quarter of 2008, but the first 2009 quarter's outcome was worse than economists had expected.

In March, the government warned the economy could contract by 1.0 per cent this year despite a massive, 16.2-billion-dollar stimulus package, dumping its earlier target of 3.5 per cent growth.

However, Second Finance Minister Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah said earlier this week that the contraction would be sharper than previously forecast.

"I cannot tell you but it will definitely be below minus 1.0 per cent," he said.
Berita Harakah 5/11/08
Kemelesetan: Dakwaan Najib bertentangan pakar ekonomi

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Hrkh) - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan yakin bahawa Malaysia tidak akan mengalami kemelesetan ekonomi teknikal pada tahun hadapan.

Dakwaan Najib itu bertentangan dengan pandangan pakar-pakar ekonomi termasuk jangkaan Pengarah Eksekutif Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER), Profesor Emeritus Datuk Mohamed Ariff mengenai perkara itu.

Mohamed Ariff berkata, jika Amerika yang merupakan salah satu rakan dagangan utama Malaysia menghadapi kemelesetan, peratusan kemungkinan Malaysia akan menghadapi kemelesetan teknikal tahun hadapan meningkat sehingga 40 peratus.

"Ia bermakna pertumbuhan negatif untuk dua suku tahunan dan 30 peratus kemungkinan ia akan menjadi kemelesetan sebenarnya yang berpanjangan melebihi dua suku tahunan, bergantung kepada apa yang berlaku di Amerika," katanya.

Menurut beliau, krisis kredit dunia tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda walaupun kerajaan-kerajaan seluruh dunia berusaha mengurangkan kadar faedah dan menyuntik kecairan besar-besaran.

Mohamed Ariff berkata, kini semakin kuat kebimbangan tentang kemungkinan kemelut ekonomi dunia berlarutan sehingga akhir 2010 atau 2011.

Beliau juga menyatakan bahawa keyakinan pengguna dan perniagaan di Malaysia jatuh menjunam dan keadaan akan mungkin akan bertambah buruk jika pengurangan pinjaman mengakibatkan kekeringan dana untuk pelaburan dan perbelanjaan isi rumah

Pandangan Najib juga bertentangan dengan pandangan Ahli Majlis Ekonomi Malaysia, Datuk Mohamed Azman Yahya yang mengingatkan bahawa kemerosotan ekonomi yang semakin hampir mungkin lebih mencabar dari krisis yang dihadapi pada tahun 1998

Dalam krisis kali ini, katanya, Malaysia menghadapi risiko stagflasi di mana pertumbuhan akan bergerak perlahan di dalam persekitaran yang tinggi kosnya.

Ia juga mungkin yang terburuk, katanya, dan apa yang lebih membimbangkan ialah kemerosotan kali ini ialah fenomena global.

"Dari segi reaksi yang bersifat polisi ia mengelirukan - terlalu banyak ransangan sama ada dari segi fiskal atau kewangan mungkin mengakibatkan tekanan inflasi, (jika ransangan) terlalu sedikit mungkin membawa kepada kemelesetan," kata Pengerusi Eksekuti Bolton Berhad itu.

Malaysia juga, katanya, mungkin akan menghadapi cabaran dari segi daya saing secara umum terutama kerana ia terlalu lama bergantung kepada buruh asing yang murah.

Mohamed Azman juga membangkitkan sentimen umum yang pesimis dan keyakinan pengguna yang rendah dan langkah berjimat cermat yang semakin meluas akan memberi kesan kepada kelajuan aliran wang dan ekonomi domestik.

Sebelum ini, laporan Political & Economic Risk Consultancy (PERC) yang berpengkalan di Hong Kong meletakkan Malaysia antara negara yang paling berisiko tinggi dalam menghadapi krisis ekonomi dunia yang dijangka akan bertambah buruk.

The Straits Times Singapura melaporkan, berdasarkan skala 0 kepada yang paling tidak berisiko hinggalah 10 kepada yang paling berisiko, Malaysia diletakkan pada tahap 6.07, iaitu antara yang paling berisiko tinggi di samping India (6.87) dan Thailand (6.28).
Datuk Seri Najib, kawan tak nak kata awak pembohong jenis compulsive liar. Kawan nak tanya je, awak bohong ke?

Berkaitan:
The Malaysian economy is worse than expected (Malaysian Insider)
Malaysia heads toward recession after economy contracts 6.2% (Bloomberg)
Malaysia heads for recession after 6.2% Q1 contraction (AFP)
Malaysia's economy shrinks sharper-than-expected by 6.2 percent in first quarter (AP)
Economy contracts 6.2% in 1Q (The Nut Graph)
Outlook: India, South Korea and Southeast Asia (ThomasNet)

Menarik hari ini:
Mogok lapar - Sheikh Qardawi: dituntut dalam Islam, Dr. Asri kata ditolak (Pemuda Besut)
Read On 22 comments

Ekonomi: Dr M dah kata

Pada 1 Januari lalu, Utusan Malaysia melaporkan Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, negara tidak dijangka terjerumus ke dalam kemelesetan atau kemelesetan teknikal. Pada 17 Februari pula, Malaysiakini melaporkan beliau berkata, Malaysia masih mempunyai asas ekonomi yang kukuh untuk untuk menyokong daya ketahanan dan pertumbuhan ekonomi.

Semalam, Malaysiakini melaporkan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berkata, konomi negara dijangka menguncup bawah -1.0 peratus pada tahun ini di tengah-tengah iklim ekonomi semasa.

"Saya tidak dapat memberitahu anda (angka itu) tetapi ia tentunya di bawah -1.0 peratus," kata.

Institut Penyelidkan Ekonomi Malaysia (MIER) bulan lepas berkata ekonomi menguncup 2.2 peratus tahun akibat kesan kelembapan ekonomi dunia.

Institut bebas itu juga menjangkakan Malaysia akan mengalami "kemelesetan teknikal" - atau pertumbuhan negatif dalam tempoh dua suku tahunan berturut-turut - separuh pertama tahun ini.

Teringat berita berita Malaysiakini 12 November tahun lalu yang bertajuk "Dr M: Money politics will ruin Umno in GE".

Dalam berita itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak yakin bakal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mampu menghadapi cabaran berikutan kemelesetan ekonomi global.

"Saya tidak yakin (bakal Presiden Amerika Syarikat, Barack) Obama (mampu kemelesetan ekonomi global), dan bagaimana pula Najib? Kerana ini terlalu besar untuk Najib. Terlalu besar untuk Obama," katanya.

Rakyat Malaysia, adakah anda tidak tahu bahawa Dr Mahathir telah memberi isyarat bahawa Najib tak mampu?
Read On 18 comments

Petronas mangsa liwat seterusnya?

Petronas: The next "rape" victim? (Aspan Alias - komen-komen di sini)
A straw called Omar Ong (Ahirudin Attan)
An Appeal to Omar Ong (The “thirteen million plus Ringgit” guy)
Petronas mesti terus bebas dari gangguan politik (Afterburner 73)
After Omar Ong, Syed Hamid rumoured for Petronas Chairman? (A Voice)

Apa pula kaitan dengan berita Malaysiakini bertajuk "Economy to be 'worse than -1%'"?

Berita dalam Siasah beberapa seminggu dua lalu:
KUALA LUMPUR: Cadangan perlantikan Omar Mustapha atau Omar Ong sebagai ahli lembaga pengarah Petronas menimbulkan kebimbangan terhadap amalan kronisme di dalam pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub menyatakan kebimbangannya terhadap perlantikan tersebut yang kini dibantah oleh kalangan dalaman Umno sendiri.

"Biasanya, ahli lembaga pengarah Petronas dilantik dari kalangan kakitangan kerajaan atau dari dalam Petronas sendiri kecuali perlantikan Tan Sri Ananda Krishnan yang didakwa dibuat di zaman Tengku Razaleigh Hamzah menerajui atas alasan kepakaran Ananda dalam perniagaan petrolium antarabangsa.

"Kalau sebelum ini kita tertanya-tanya mengenai perlantikan tokoh seperti Tan Sri Zaki Tun Azmi dengan mengambilkira hubungan erat dan kedudukannya di dalam Umno sebelum ini, perlantikan Omar lebih menimbulkan tanda tanya," kata beliau.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu mempersoalkan, adakah Omar dilantik menjadi mata dan telinga serta suara kehendak Najib di dalam Petronas?

"Perlantikan Omar tidak dapat tidak menimbulkan tanggapan akan bertambah suburnya amalan kronisme di bawah pentadbiran Najib.

"Atau adakah Najib sebenarnya masih dikuasai oleh budak-budak Tingkat Empat?" katanya.

Kalangan dalaman Umno sering menyebut Omar sebagai "antara watak utama Tingkat Empat"

Menurut Salahuddin, beliau diberitahu bahawa ketika Omar hendak berhenti sebagai pegawai tugas-tugas khas pejabat Timbalan Perdana Menteri dahulu untuk berkhidmat dengan Ethos & Company, Najib tidak gembira apabila beliau diberitahu Omar mahu kembali semula.

"Tetapi, apabila Omar muncul semula sebaik sahaja Najib dfiisytiharkan menjadi Menteri Kewangan dan sering berada di kementerian itu kononnya atas urusannya sebagai Pengarah Urusan firma butik dalam perundingan strategi itu, ia menimbulkan pelbagai spekulasi," katanya.

Ketika mendedahkan mengenai apa yang disifatkannya sebagai budak-budak Tingkat Empat Jabatan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata: "Selama lima tahun lebih, Tingkat Empat kadang-kadang lebih berkuasa daripada Kabinet atau Majlis Tertinggi UMNO. Mereka dapat tentukan dasar dan tindakan Kerajaan.

"Menteri-menteri kerap meminta pertolongan mereka dan pegawai tinggi Kerajaan merujuk kepada mereka sebelum membuat keputusan.

"Kontraktor melobi dengan mereka untuk mendapat kontrak dan pelabur juga mengguna khidmat mereka untuk mendapat kelulusan".

Dr Mahathir juga pernah membangkitkan persoalan "apakah Najib akan bebas daripada jenis penasihat ala Tingkat Empat?"

Bekas Perdana Menteri juga pernah melahirkan kebimbangannya apabila diberitahu Najib juga mempunyai penasihat muda yang amat berpengaruh terhadapnya.

Beliau juga mempersoalkan "apakah Ethos, yang juga terlibat dengan Tingkat Empat, akan menjadi seperti ECM-Libra?"
Berkaitan:
Tengku Razaleigh - Petronas carrying Proton's RM9 billion debts
Read On 10 comments

Saman la Raja Petra tu, Datuk Seri PM! (II)

Polis pernah membawa balik orang kuat Parti Komunis Malaya, Musa Ahmad dari Beijing. Polis juga pernah membawa balik Ashaari Muhammad dari Siam. Ketika saya berkerja di Kementerian Dalam Negeri, polis-polis cawangan khas (SB) yang berkerja bersama-sama saya selalu berkata dengan bangganya bahawa polis Malaysia "is one of the best in the world".

Pada masa itu, iatu selepas 1982, PAS dikategorikan sebagai ancaman. Saya tak lupa bagaimana kawan saya yang sedang menjalani latihan di SB School bercakap pandai tentang gerakan Islam. Beliau menayang-nayangkan pengetahuannya tentang pemikiran Hassan Al-Banna, Syed Qutb dan sebagainya. Ketika menziarahi kami di hari cutinya, saya lihat beliau membawa bersama-samanya buku-buku yang ada dalam silibus tarbiyyah PAS.

Dalam hati, walaupun terdetik bahawa "SB Malaysia is one of the best in the world," saya berkata, "celaka sungguh!"

Pada pertengahan tahun lapan puluhan (selepas saya berhenti dari Kementerian Dalam Negeri pada 31 Disember 1983), ketika saya disoal siasat oleh tiga orang pegawai polis dan anggota SB yang menjadi kawan saya ketika saya berkerja di Kementerian Dalam Negeri turut berada di situ menyaksikan saya disoal siasat (di mana sebelum itu beliau memberikan sekotak rokok Benson & Hedges 20 batang kepada saya - hanya Allah s.w.t. yang tahu tujuannya berbuat demikian), saya mengakui saya kantoi beberapa kali apabila mereka mengasak saya pelbagai soalan dan sudah tentu termasuk leading questions mengenai PAS.

Akhirnya, bila saya dah tak tentu arah, entah macam mana tanpa dirancang, saya menyebut, "Buat apa hampa tanya aku, SB Malaysia is one of the best in the world!"

Tanpa saya sangka, tiba-tiba mereka naik marah kepada saya dan menghambat saya balik apabila saya kata "SB Malaysia is one of the best in the world!" Oleh kerana entah berapa pintu yang terpaksa saya lalui untuk sampai ke bilik soal siasat tersebut sebelum itu, saya jadi tak ketahuan nak cari jalan keluar. Terpaksalah saya minta tolong dengan salah seorang anggota polis di situ. Dengan izin Allah, nasib baik dia tolong.

Dalam perjalanan pulang, saya mengutuk-ngutuk diri sendiri. Walaupun saya berusaha bersungguh-sungguh untuk mengawal lidah saya, tapi saya rasa sangat berdosa kepada PAS kerana ada juga yang saya kantoi. Saya rasa hendak campak sekotak rokok yang diberikan kepada saya itu, tetapi tak sampai hati pula kerana rokok itu diberikan oleh kawan saya - walaupun dia seorang SB.

Saya menceritakan pengalaman di atas untuk menyatakan betapa bangganya polis Malaysia apabila disebut bahawa pasukan mereka "is one the best in the world".

Saya tak tahu mengapa pegawai-pegawai polis yang saya ceritakan di atas tiba-tiba marah kepada saya dalam soal siasat yang saya lalui itu. Mungkin mereka rasa terhina apabila saya kata, "Buat apa hampa tanya aku, SB Malaysia is one of the best in the world!"

Mungkin mereka fikir saya memperlecehkan mereka - seolah-olah saya kata mereka terlalu koro dalam mencari maklumat sehingga terpaksa bertanya kutu macam saya. Padahal, saya tidak berniat demikian.

Saya sendiri pun tak tau macam mana saya boleh berkata begitu. Yang pasti, saya sangat gelabah waktu itu hingga terlintas dalam hati, "Kalaulah aku ada ilmu ghaib!"

Hari ini, Raja Petra Kamarudin (RPK) hilang entah ke mana. Polis mendakwa beliau berada di Brisbane. tetapi, RPK seolah-olah mempermain-mainkan mereka apabila beliau sengaja menayang-nayangkan gambarnya berseronok-suka ketika polis bagaikan ternganga-nganga di sana-sini menjejakinya. Saya tak kata polis ternganga-nganga, saya kata bagaikan ternganga-nganga.

Ketika beliau menayang-nayangkan gambarnya berseronok-suka dalam keadaan polis mencari-carinya itu, dia tampil pula dengan dakwaan terbaru.

RPK mendakwa bahawa Tun Daim Zainuddin pernah memberitahu Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak, Abdul Razak Baginda dan Altantuya Shaariibuu pernah bertemu di Oriental Hotel di Marina Square di Singapura setahun sebelum wanita Mongolia itu dibunuh dan diletupkan.

Malah, beliau mendakwa pula bahawa dengan bukti yang dimiliki oleh Singapura itu, pulau puaka itu boleh memeras ugut Najib.

RPK cuba menggambarkan bahawa Perdana Menteri Malaysia boleh diperas ugut oleh Singapura. Saya benar-benar berharap dakwaan RPK tidak benar. Jika RPK berbohong, saya harap Dr Mahathir, Daim, Najib dan Razak Baginda tidak berdiam diri. Yang nampak dah kotor sangat perlu dibersihkan. In the absence pun boleh saman.

Jika perkara itu benar, bayangkan betapa buruk akibat kepada negara ini! Pulau puaka pasti membawa celaka!

Berkaitan:
Cops seek Interpol manhunt for RPK (Malaysian Insider - komen-komen di sini)
I just love a good fight (Malaysia Today 23/5/09)
Saman la Raja Petra tu, Datuk Seri PM!
Jangan malukan Malaysia, Najib!
Isu Altantuya masih relevan, Datuk Seri!
Let’s send the Altantuya murderers to hell (Malaysia Today 25/4/08)
Read On 25 comments

Saya sokong cadangan Dr Harun Din!

Saya menyokong sepenuhnya cadangan Ustaz Dr Harun Din di dalam apa yang diSMSkan merata-rata sebagai "Jubli Kekempenan Ulama (baca: Ustaz Nasharudin Mat Isa)" di Markaz Tarbiyyah PAS, Taman Melewar:
Keahlian PAS boleh menerima sesiapa sahaja yang Islam dan mereka adalah penentu kepada kepimpinan PAS itu sendiri. Ini akan membuka peluang besar kepada Umno atau musuh luar negara untuk meramaikan ahli PAS bagi tujuan mempengaruhi pemilihan PAS atau memenangkan musuh Islam yang sedang berada di dalam.
Seperti orang lain, saya juga sangat bimbang kepada musuh di luar negara. Sebab itulah, para pemimpin negara atau parti Islam mesti berhati-hati berurusan dengan pihak luar negara terutama negara-negara kuasa angkuh seperti Amerika Syarikat.

Sebab itulah, apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan yang luar biasa dari negara-negara luar, saya rasa tak sedap hati. Saya tak tuduh. Tapi, saya rasa tak sedap hati.

Lebih tak sedap hati lagi kalau wujud dakwaan ada pemimpin PAS yang selalu berseorangan ke Amerika, Australia, Singapura.

Persoalannya, benarkah ada pemimpin PAS yang sering pergi seorang diri ke Amerika, Australia, Singapura dan menginap di hotel enam bintang di pulau itu serta melakukan transaksi melibatkan wang di sana?

Kalau benar, saya rasa tak sedap hati. Saya tak berani tuduh. Tapi kalau benar, saya rasa tak sedap hati.

Maklumlah, ada perkara yang pada awalnya dicelakan sebagai fitnah tetapi akhirnya terbukti memang benar-benar berlaku seperti perkhabaran mengenai berkendak politik dalam gelap dengan Umno.

Dr Harun juga kelihatan bimbang Umno akan mengambil peluang menghantar orang-orangnya "bagi tujuan mempengaruhi pemilihan PAS atau memenangkan musuh Islam yang sedang berada di dalam".

Memang, semua orang mesti merasa bimbang seperti beliau kalau Umno buat kerja seperti itu.

Kalau benar, ia sama bahaya dengan kenyataan Dr Harun sendiri di muka hadapan salah satu keluaran akhbar Siasah yang mencadangkan PAS dan PKR dibubarkan serta ditubuhkan parti baru yang berketuakan Anwar. Na'uzu biLlahi min zalik!

Mengambil kira kebimbangan Dr Harun itu, saya tertanya-tanya benarkah dua orang yang saya kenali sebagai pak yet Anwar menjadi orang yang mula-mula mengatur pertemuan antara beberapa orang berkedudukan tinggi dalam PAS dengan hamlau-hamlau berkedudukan tinggi dalam Umno.

Jika benar dua orang yang saya kenali sebagai pak yet Anwar itu melakukan kerja sebusuk itu, adakah mereka patut dimaafkan? Saya juga tertanya-tanya adakah mereka sudah berhenti menjadi pak yet Anwar kerana bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak lagi menjadi pembesar Umno dan tidak ada lagi projek untuk diberikan? (Masih ingat business deal di Hotel Ming Court?)

Saya juga tertanya-tanya benarkah wujudnya kutu cikai yang didakwa bernama Datuk Wan Abu Bakar dari Task Force 2010 yang menjadi tok dalang langkah politik beberapa orang dalam PAS? Langkah politik itu pula didakwa bertujuan melunakkan pendirian ahli-ahli PAS terhadap Umno sehingga bersedia berkerjasama dengan parti itu atas dasar memilih darurat yang lebih ringan atau akhafud-dharurain.

Saya sebut kutu cikai kerana kedudukannya yang dilaporkan setakat satu dua takah sahaja di atas pangkat kapten. Jika benar wujudnya kutu cikai itu dan jika benar beliau menjadi tok dalang kepada langkah politik beberapa orang berkedudukan tinggi dalam PAS, tak patut sungguh kalau kutu kemere seperti itu yang menjadi pengatur langkah politik orang-orang yang berkedudukan begitu tinggi serta berilmu tinggi di dalam PAS.

Sedangkan Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusatlah yang sepatutnya memberikan kata putus mengenai langkah politik itu jika benar wujudnya langkah politik berdasarkan propaganda kurang ajar dari kutu cikai yang kedudukannya hanya setakah dua sahaja di atas pangkat kapten itu.

Jangan lupa, Revolusi 1982 di dalam muktamar di Dewan Bahasa dan Pustaka dahulu berlaku antara lain kerana langkah politik PAS sentiasa berlainan dengan keputusan Jawatankuasa Agong PAS ketika itu. Masihkah wujud elite circle yang membuat keputusan di dalam PAS yang di luar dari pengetahuan Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat?

Dengan memohon maaf kepada yang telah pergi dan yang masih hidup dalam keadaan uzur, pada masa itu bergema tuduhan bahawa keputusan di dalam PAS dibuat di "nombor 10 Downing Street" (sebenarnya nombor 10, Jalan Swee Guat iaitu rumah Almarhum Tan Sri Asri Muda) dan dibuat oleh Asri, (Almarhum Puan Sri) Sakinah (Junid) dan seorang lagi yang saya tak gamak sebut namanya kerana dia sangat uzur. Bukan soal benar atau tidak tuduhan itu. Tetapi itulah tuduhan yang sering bergema waktu itu.

Mengenai kutu cikai itu lagi, benarkah kutu kemere itu diupah mencari jalan untuk melanjutkan pemerintahan seorang Perdana Menteri yang dituduh bodoh dan melingkupkan partinya sendiri? Rasa-rasa macam kenal Perdana Menteri yang mempunyai deskripsi seperti itu. Siapa agaknya yang hendak berhenti pada tahun 2010 tetapi dihambat dari kedudukannya sebelum sempat menarik nafas dua tiga kali?

Mungkin sebab itulah projek kutu cikai itu dinamakan Task Force 2010.

Jika benar berlakunya langkah politik berasaskan proganda kutu cikai itu, benarkah propaganda kutu cikai itu dipercayai oleh orang orang-orang yang berilmu tinggi termasuk yang mempunyai ijazah dalam bidang ekonomi, ijazah sarjana malah ada yang mempunyai PhD?

Jika benar mereka terpedaya dengan propaganda taik kucing kutu cikai itu, tidakkah mereka tahu bahawa karut-marutnya itu adalah sebahagian dari grand design untuk menyelamatkan dan mengekalkan kuasa seorang Perdana Menteri yang dituduh bodoh dan melingkupkan partinya sendiri?

Jika benar, mengapa mereka menjatuhkan kedudukan mereka kepada penipuan kutu cikai yang yang kedudukannya hanya setakah dua sahaja di atas pangkat kapten itu? Benarkah kutu cikai itu menjalani kehidupan yang tidak bertepatan dengan apa yang dihalal dan diharamkan oleh Islam? Jika benar, adakah orang-orang berkedudukan tinggi di dalam PAS itu tidak tahu perkara tersebut?

Dalam pertemuan antara beberapa orang berkedudukan tinggi dalam PAS dengan hamlau-hamlau berkedudukan tinggi dalam Umno selepas pilihan raya umum tahun lalu itu, benarkah pengarah jawatankuasa tertentu di dalam PAS memberitahu Tun Abdullah Ahmad Badawi bahawa tokoh-tokoh muda di dalam PAS mudah sangat diyakinkan supaya menerima langkah politik berdasarkan propaganda kutu cikai itu?

Benarkah Dr Harun sendiri mengadakan tiga kali pertemuan dengan Abdullah. Saya tidak tuduh dan hanya bertanya. Saya juga tidak tahu sebab pertemuan itu, jika ia benar berlaku. Mungkin Abdullah hendak ubat.

Saya sama sekali tidak bersetuju dengan usaha mewujudkan kerajaan katak 16 September (lihat posting saya, "Tun boleh la, Tun Banyak duit"). Tetapi saya lebih tidak bersetuju jika benar dakwaan bahawa kenyataan penentangan pengarah tertentu terhadap empayar katak itu dibuat berdasarkan keputusan apa yang didakwa sebagai "komiti Wan Abu Bakar" itu.

Saya amat sedih apabila ada yang mendakwa bahawa program di Markaz Tarbiyyah semalam adalah extension dari usaha demi usaha untuk menepis keresahan ahli-ahli PAS terhadap langkah-langkah politik yang diilhamkan oleh perancangan busuk kutu cikai itu.

Allah Maha Menyaksikan segala-galanya. Saya tidak tahu dan saya bertanya. Dan, jika saya mereka-reka fitnah, Allah jua yang akan menghukum saya. Kepada Allah saya menyerah diri.

Berkaitan:
Waspada 'musuh dalam selimut' PAS (Malaysiakini 23/5/09)
PAS ulama wants to restrict contest for top posts (Malaysian Insider 23/5/09)
Pas sedia serah jawatan MB pada bukan Melayu (Utusan Malaysia 24/5/09)
Nik Aziz tidak senang (Utusan Malaysia 24/5/09)

Berita yang nak disimpan:
Politik wang di PAS: Nik Aziz alu-alukan SPRM siasat dakwaan (mStar Online 23/5/09)
'Kalau menang belah dia tidak apa' (Utusan Malaysia 24/5/09)
DUN Manek Urai: BN wajar tanding, kata Nik Aziz (mStar Online 23/5/09)
Manek Urai: PAS harap BN tidak tanding (mStar Online 22/5/09)
Read On 26 comments

Saya menyokong kepimpinan ulama anti-Umno

Menjelang pemilihan Umno dahulu, seorang kawan dari Umno menghantar SMS kepada saya supaya menyediakan borang PAS. Dia nak masuk PAS jika Tan Sri Muhammad Muhd Taib dipilih sebagai Timbalan Presiden Umno.

Beliau patut baca SMS yang saya terima yang menceritakan apa yang dilaporkan sebagai antara kandungan ucapan Ustaz Dr Harun Din hari ini di Jubli Kekempenan Ulama (baca: Ustaz Nasharudin Mat Isa) di Markaz Tarbiyyah PAS, Taman Melewar:
Keahlian PAS boleh menerima sesiapa sahaja yang Islam dan mereka adalah penentu kepada kepimpinan PAS itu sendiri. Ini akan membuka peluang besar kepada Umno atau musuh luar negara untuk meramaikan ahli PAS bagi tujuan mempengaruhi pemilihan PAS atau memenangkan musuh Islam yang sedang berada di dalam.
Siapa yang paling banyak masanya dengan para menteri dan pembesar Umno? Sila buat kajian sendiri.

Apa pun, saya menyokong kepimpinan ulama atau talabah yang anti-Umno. Saya tak ingat semuanya, ramai. Tetapi, yang paling vokal ialah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mohon dijauhkan saya menyokong kepimpinan ulama atau talabah yang ketagihkan Umno (Umno addicted).

Antara berita hari ini:
Politik wang di PAS: Nik Aziz alu-alukan SPRM siasat dakwaan (mStar Online)
Read On 40 comments

Terkini: Dr Harun Din berkempen mengenai ulama

SMS dari kawan yang menghadiri majlis kempen untuk Ustaz Nasharudin Mat Isa di Markaz Tarbiyyah, Taman Melewar.
Timbalan Mursyidul Am ngempen teruh, tidak boleh menjadi pemimpin utama selain ulama
Saya setuju seratus peratus dengan Ustaz Dr Harun Din, ulamalah yang sepatutnya memimpin. Tetapi mestilah ulama yang tidak malas dan tidak kelihatan bodoh (satu dua wartawan memberitahu saya, "You know, he is damn hollow!"). Masuk mesyuarat setakat bawa telinga macam tak ada otak. Mestilah juga tidak bercakap bohong dan menjadikan muktamar sebagai pesta pembohongan.

WaLlahi, wabiLlahi, wataLlahi! Saya mahu berpemimpinkan ulama. Tetapi bukan yang pemalas, dan bodoh atau yang pembohong dan ambil duit yang dikutip oleh seseorang entah kerana apa dan entah dari siapa untuk bayar hutang sendiri.

Saya juga tak tolak professional tetapi bukan yang berhutang kepada Harakah untuk bayar hutang sendiri. Saya tak lupa bagaimana bengisnya satu dua pemimpin kepada kawan-kawan di Harakah yang merayu agar gaji mereka dinaikkan sedikit.
Read On 37 comments

Terkini: Tok Guru Nik Aziz tetap tolak Umno

SMS mengenai ucapan Tok Guru Mursyidul Am di Markaz Tarbiyyah PAS Taman Melewar hari ini:
Tuan-Tuan yang ada pada hari ini tidak ada semasa kami ditendang dari Umno, tak rasa perit pedihnya. Saya masih terasa, parutnya masih ada. Sampai bila pun kita tidak akan bersama dengan Umno!
Read On 20 comments

Mentalkinkan Melayu

Di Manik Urai, 99.25 peratus pengundinya adalah Melayu. Sebab itulah Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan, "PAS jangan terlalu yakin".

"PAS jangan terlalu yakin, walaupun ini kawasan mereka, jangan ingat mereka akan sentiasa menang.

"Dalam pilihanraya umum lalu, kita kalah cuma (lebih) 1,000 undi," katanya.

Saya berterima kasih kepada Muhyiddin. Itu pesanan yang sangat berguna, tidak kira apa motif beliau. PAS tidak sepatutnya berlagak sangat.

Bayangkan, jika hanya 700 pengundi dapat ditalkinkan dengan hujah bahawa Umnolah pembela Melayu (Betul ke Umno Melayu? Tak percayalah!) dan PAS pula dijerit-jeritkan sebagai dah tak peduli orang Melayu, tertungging hangitlah PAS di Manik Urai (700 undi ditambah kepada 4,394 undi yang diperolehi oleh Barisan Nasional dalam pilihan raya 8 Mac tahun lalu).

Di Penanti, 26.75 peratus di situ bukan Melayu. Umno yang diambilalih kepimpinannya oleh Datuk Seri Najib Tun Razak belum sempat habis lagi menyerah kepentingan bangsa yang konon diperjuangkannya kepada mereka. Cuba baca apa yang RPK tulis:
The New Economic Policy will be reviewed. Some liberalisation and relaxation of the rules will be introduced. Even the FIC may be closed down to give more confidence to investors and the Chinese business population that the government is really serious about abolishing the many rules and regulations that favour the Bumiputeras.
Gambar di atas ihsan Malaysiakini.

Berkaitan:
Penanti=No; Manek Urai=Yes? (Datuk Mohd Ariff Sabri Hj Abdul Aziz)
Manek Urai - Kalau geram, bantai Umno kat sini (Reme Ahmad)
PRK Dun Manik Urai PAS akan berdepan dengan samseng (Tok Ggawo)
Read On 13 comments

Kehakiman: Terkejut pasai apa?

Jam 4.20 tadi, Drs Khalil Idham Lim melaporkan ramai yang terkejut dan seolah-olah tidak dapat menerima keputusan mahkamah rayuan petang ini.

Mahkamah rayuan petang ini mengumumkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Haji Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar.

Saya pula terkejut apabila ramai yang terkejut. Terkejut pasai apa?

Malas nak tulis pulak. Pi baca sinilah. Dan di sini.

Dulu, dalam posting bertajuk "Bukan najis sahaja, MB pun ada yang haram," saya tulis:
Kalau ada satu dua hakim yang buat keputusan yang menepati undang-undang dan keadilan, itu tak bermakna kehakiman dah bersih sepenuhnya.
Teringat juga apa yang ditulis dalam blog Zaharin Mohd Yasin dalam posting bertajuk "Kuasa raja terhakis dimahkamah":
Tun Dr Mahathir Mohamed adalah orang yang terawal meramalkan bahawa keputusan Mahkamah Tinggi nanti tidak akan berpihak kepada Barisan Nasional dalam kes kepastian siapa yang berhak menjadi Menteri Besar Perak, bila dia mengatakan bahawa tindakan Barisan Nasional mengambil alih Kerajaan Perak, tidak berhati-hati atau bahasa Tun Dr Mahathir "Gopoh".
Bila Dr Mahathir membuat ramalan seperti itu, adakah beliau juga mendapat maklumat seperti yang diperolehi kawan saya, "A Voice"? (Gambar di atas ihsan Malaysiakini)

Menarik:
Awas Kedah! Selsema babi hutan menyerang Kedah! (Azmir @ Kanot)
Read On 23 comments

Takziah kepada keluarga Pak Su Wei

Takziah kepada keluarga Pal Su Wei, ADUN Manik Urai yang meninggal dunia kira-kira jam 5.55 pagi ini. Pak Su Wei ialah wakil rakyat yang hidup di tengah-tengah rakyat. Malah, he was actually one of them. PAS memerlukan lebih banyak wakil rakyat seperti Pak Su Wei.

Saya menjangkakan, Barisan Nasional (BN) akan bertanding dalam pilihan raya kecil Manik Urai nanti. Tak tau lah, sama-sama kita nantikan kehebatan kepahlawanan anak keluarga bangsawan yang bernama Datuk Seri Najib Tun Razak.

Apa-apa pun, belum ada wakil rakyat PAS yang terlibat dengan fenomena hotel demokrasi.
Read On 3 comments

Hanya dirty works punca kekayaan saya

Dalam posting sebelum ini yang bertajuk "Dia tak buat kerja bodoh," Anonymous nombor 10 (Thursday, May 21, 2009 1:21:00 PM MYT) menghantar komen seperti berikut:
http://micelup.blogspot.com/2009/05/antara-ulamak-dan-profesional-dalam-pas.html
Kita tidak berminat untuk mengulas tulisan-tulisan nakal dalam pelbagai blog seperti “Penarik Beca” dan seumpamanya yang menulis tanpa adab dan menggunakan bahasa kesat lagi biadab[6] terhadap sesiapa yang menjadi sasarannya. Cukuplah dikatakan bahawa saudara “Bakaq Haq”” amat kita kenali sejarahnya, dari zaman mudanya sehinggalah beliau menjadi penulis blog yang mengikut sesetengah penganalisa politik dalaman PAS, dikatakan mendapat sokongan kalangan “Erdogan” and is said to be well paid to do all the dirty works on behalf of somebody![7]

[7] Seperti biasa, kita akan diminta membutikannya, namun semua yang aktif dalam politik tanah air tahu apa yang kita maksudkan dalam kertas ini. Kitapun amat mengenali peribadi “Penarik Beca” sejak hujung tahun 70-an lagi dan bagaimana beliau mula aktif dengan PAS Wilayah Persekutuan, hubungannya dengan saudara Abdul Malek Hussin, Ridhuan Oon, penglibatannya dengan Syiah sejak kebangkitan Ayatullah Khomeini di Iran dan sebagainya......sekadar menyingkap kenangan lama. Nanti kalau ada masa dan di tempat lain, kita boleh ceritakan.....
1. Saya akan kembali ke pangkuan Allah s.w.t. dengan tulisan-tulisan nakal tanpa adab dan menggunakan bahasa kesat lagi biadab terhadap sesiapa yang menjadi sasarannya.
2. Saya akan kembali kepada Allah dengan harta kekayaan yang saya kumpul kerana saya ini is said to be well paid to do all the dirty works on behalf of somebody!

Allah menghukum kerana keadilan-Nya. Kalau orang yang mengumpulkan kekayaan melalui all the dirty works tidak dihukum oleh-Nya, sia-sialah sahaja usaha orang yang mencari rezqi dengan cara yang bersih dan diredhai-Nya.

Apa guna orang yang baik melakukan kebaikan dan mencari rezki dengan cara yang halal dan bersih jika saya yang well paid to do all the dirty works tidak diadili dan dihukum oleh Allah s.w.t.?

Saya akan kembali ke pangkuan Allah dengan membawa bahasa kesat lagi biadab seperti:
1. Main belakang dalam gelap
2. Berkendak politik dalam gelap dengan Umno
3. Orang yang malas dan kelihatan bodoh menjadi pemimpin. Masuk mesyuarat setakat bawa telinga sahaja.
4. Ulama tebuk-tebuk, ulama silibus
4. Banyak lagilah, saya pun tak ingat. Tolong cari dan tulis di ruangan komen kalau siapa-siapa rajin.

Sudah tentu saya akan memohon ampun kepada Allah. Jahat lagu mana pun saya, saya merayu perlindungan Allah dari perangai samseng terhadap-Nya dan enggan merayu keampunan-Nya. Tetapi benda yang ditulis dan telah dibaca umum tidak akan hapus. Ia tetap ada walaupun saya tidak ada.

Saya juga akan membawa darah daging hasil dari kekayaan melalui all the dirty works. Sudah tentu Allah Yang Maha Suci lagi Maha Adil akan mempersoalkan dari mana datangnya kekayaan saya. Saya bukan tidak kasihan isteri dan anak-anak saya yang darah daging mereka terbentuk hasil dari upah kepada saya to do all the dirty works. Tetapi itulah sahaja kekayaan yang saya perolehi.

Saya teringat kaset ucapan Tok Guru Presiden bertajuk "Hukumlah kami di dunia". Jika anda mahu menghukum saya yang melakukan all the dirty works demi mempertahankan keutuhan dan perpaduan PAS, di atas ialah gambar saya. Sila klik untuk besarkan agar anda tidak tersilap pukul orang lain.
Read On 34 comments

Dia tak buat kerja bodoh

Ketika saya mula menjadi pemberita dulu, Bendahari PAS ketika itu, Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman mengajar dan selalu mengingatkan saya tentang "read between the lines".

Saya banyak terhutang budi kepadanya. Macam-macam kemahiran dia ajar saya. Terima kasih, Pak Tuan!

Hari ini saya nampak kemahiran Ustaz Nik Abduh anak Tok Ayah Zid bermain politik naik darjah sikit. Saya rasa orang susah nak marah cara dia menyatakan hak demokratiknya tentang kepimpinan Pemuda PAS.

Saya suka orang bertingkah pendapat atau menyampaikan keinginannya dengan cara yang pintar. Cukuplah orang-orang seperti saya yang melakukan kerja-kerja bodoh. Kalau aku tak setuju, aku akan kata ja apa aku nak kata. Lantak pi lah siapa nak marah pun. Kalau polis yang sakit hati, dia boleh tangkap.

Perli, kutuk, maki, ancaman saman, tangkap, lokap dan dikafirkan tidak seharusnya mengerat lidah atau jari-jari saya di keyboard.

Balik kepada kepintaran berpolitik Ustaz Nik Abduh yang nampaknya naik darjah sikit tadi: Sila baca petikan berikut dari berita Malaysiakini hari ini bertajuk "Pemilihan Pemuda PAS: Nik Abduh sedia tarik diri".
Setelah pencalonan ditutup minggu lalu, jawatan ketua Dewan Pemuda PAS bakal menyaksikan pertandingan dua penjuru antara penyandangnya, Nasrudin Hassan dan bendaharinya, Zaki Ibrahim.

Manakala lima orang masing-masing dicalonkan bertanding jawatan timbalan ketua dan naib ketua, termasuk Nik Abduh, Ahmad Sabki dan Azman Shapawi.

"Nasarudin, Ahmad Sabki dan Azman Shapawi adalah terbaik untuk mengisi tiga jawatan tersebut.

"Saya tidak akan bertanding jika mereka setuju (bertanding). Dan itulah harapan semua, insya-Allah," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

"Jawatan (nombor) satu, dua dan tiga itu itu sesuai untuk mereka bertiga," tambahnya.
Haji Husam Musa pun nak tarik diri jugak? Awat? Hang tak tahan dah ka orang kutuk hang "munafik," "politik wang" atau "sangat membahayakan PAS"?

Dasyat betui hang! Sampai Utusan Malaysia hari ini yang mendakwa mendapat sumber dalaman berkisah seperti berikut:
Exco kanan kerajaan Kelantan itu perlu disekat daripada terus mara untuk menyandang jawatan nombor dua parti berkenaan.

Kata sumber itu, peranan itu mesti dimainkan oleh Mohd. Amar dan Takiyuddin bagi memastikan Husam dapat disekat sepenuhnya.
Kepada saya, jika keputusan tarik diri seseorang ahli politik dibuat kerana tak tahan umpat fitnah, kata nista, maki hamun dan carut capai orang, lagi baik tak payah main politiklah. Kalau anak baru kahwin, tunggulah dapat cucu. Main dengan cucu lagi bagus!
Read On 26 comments

Tiada lembu MCA di Perlis

Jika kita membaca blog-blog dan laman web penyokong-penyokong Umno, bingit sungguh dengan jeritan mereka tentang lembu DAP di Perak. Mungkin anda yang menjadi ahli atau penyokong PAS sakit hati. Bohonglah kalau saya dakwa saya tak sakit hati.

Saya memang sakit hati. Memang PAS ada enam kerusi sahaja di Perak di zaman kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dahulu. Saya pasti yang dituduh lembu itu tentu pernah membaca tentang apa yang disebut sebagai bargaining power. Kalau kita rajin baca tentang politik India, kita tentu tahu bagaimana umat Islam di negara itu menjadikan undi mereka sebagai bargaining power.

Saya tidak tahu sejauh mana kekuatan bargaining power itu diaplikasikan di Perak seperti PKR mengaplikasikannya di Kedah.

Apa pun, dah nak jadi cerita, ketika para penyokong Umno tengah sedap-sedap dengan penuh lazat memaki hamun apa yang mereka tuduh sebagai lembu di Perak, tiba-tiba Malaysiakini semalam melaporkan sesuatu yang menarik di Perlis dalam berita bertajuk "Shahidan: Ahli Umno keluar parti kerana dibuang dari JKKK".

Antara lain, berita itu melaporkan:
Sementara itu, bekas Ketua Penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh berkata, tindakan ahli Umno menyertai pembangkang bukan sahaja berlaku di bahagian Kangar tetapi juga di Padang Besar.

"Saya kenal mereka itu semua. Mereka adalah bekas pemimpin Umno di Kangar.

"Betullah angka itu," katanya ketika diminta mengulas laporan Malaysiakini semalam bahawa 1,000 ahli Umno di bahagian tersebut menyertai PKR.

Sementara itu, seorang pemimpin Umno bahagian Padang Besar, ketika dihubungi Malaysiakini, juga mengakui ramai ahli Umno di bahagian itu yang keluar parti.

Bagaimanapun pemimpin yang enggan namanya disiarkan itu tidak dapat memberi angka sebenar ahli Umno yang keluar parti.

Katanya, mereka bertindak demikian kerana marah kepada pemimpin MCA bahagian yang membuang ahli JKKK di beberapa tempat di Padang Besar.

Beliau mendakwa, tindakan pemecatan ahli Umno yang menjadi ahli JKKK itu disokong pula oleh Md Isa.

"Mana boleh pemimpin MCA memecat ahli JKKK yang terdiri daripada ahli-ahli Umno," katanya.
Di Perak, PAS mempunyai jumlah kerusi yang lebih kecil dari DAP. Di Perlis, Umno menguasai 11 kerusi manakala MCA dua kerusi sahaja. Dua lagi diwakili PAS.

Ah, teringat cerita orang-orang Pulau Pinang bahawa tokoh-tokoh Parti Gerakan di negeri itu sebelum ini banyak membela lembu. Lembu-lembu itu kini terjerit-jerit sehingga khabarnya ada yang tercirit-birit. (Gambar ihsan Malaysiakini di atas ialah gambar Datuk Hashim Suboh yang tak suka dilembukan)
Read On 9 comments

Ada "cai dan" dalam PAS?

Anda tahu "cai dan"? Dalam MCA, "cai dan" merujuk kepada senarai "block voting". Dalam PAS, saya dengar ada orang panggil "undi rakit". Maknanya undi ikut kumpulan atau undi ikut team.

Contohnya, kalau saya penyokong kumpulan yang mahu bertepuk tampar saling gatal-menggatal sondol-menyondol dengan Umno (na'zubiLlahi min zalik!), saya akan sediakan "cai dan" kumpulan saya. "Ni (orang-orang kuat) rakit kita, undi orang yang dalam rakit kita sahaja!" Itu pesanan si tongong pembikin "cai dan" kepada si tengin yang kerjanya menyerah tengkuk untuk dipulas-pulas oleh orang lain. Dia tak ada otak untuk berfikir sendiri apa yang terbaik untuk partinya.

Kalau saya penyokong puak gila Anwar pula (na'zubiLlahi min zalik!), saya akan buat "cai dan" yang penuh dengan nama mamat-mamat bangang yang ketagih sangat nak melihat Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri negara ini. Mereka juga jenis bangang tahap tak boleh ditolong lagi!

Saya meluat dengan gelagat kedua-dua pihak walaupun tidaklah saya meluat orangnya. Meluat perangai. Saya rindukan PAS selepas muktamar 1982 dan sebelum muktamar 1986. Itulah zaman perpaduan yang paling gemilang di dalam PAS yang pernah saya tengok. Selepas muktamar PAS 1986, ada calar-balar di sana-sini sehinggalah ke hari ini.

Adakah para perwakilan muktamar PAS dari 5 hingga 7 Jun nanti akan disogok dengan "cai dan"? Saya tidak tahu. Tetapi, saya telah mendengar perkataan "rakit" dan "undi rakit" beberapa kali.

Saya tak boleh nak kata apa-apa. Saya hanya penyokong Fasal 5 Perlembagaan PAS.

Saya hanya mampu berangan-angan. Ah, kalaulah saya ahli PAS dan orang nak sodokkan "cai dan" mereka ke tangan saya, saya akan ludah muka orang itu - tak kira puak mana pun!

"Hey babi! Hang ingat aku tak dak otak ka nak pilih mana pemimpin yang aku rasa terbaik untuk PAS?!! Aku pilih orang yang tak lupa Allah bila melihat dunia, tak jakun dunia, sahabat rakyat, rajin, berani dan paling penting ada otak!!"

Mana contohnya? Saya malas nak puji orang yang hidup lagi. Tok Guru Presiden selalu pesan dahulu supaya jangan memuji orang belum mati sebab dia boleh berubah.

Manusia tetap ada kelemahan. Walaupun beliau memang banyak kelemahan kerana sifatnya sebagai manusia, saya lihat sedikit-sebanyak Almarhum Ustaz Fadzil Noor memenuhi ciri-ciri itu.

1. Tak lupa Allah bila melihat dunia

Hampa ingat orang tak umpan Ustaz Fadzil dengan macam-macam benda? Selepas 29 Mac 1982 bila Anwar mengkhianati rising tide of Islam di negara ini, tergedik-gedik kawan-kawan Anwar menggelinjang dalam Umno. Waktu itu, selepas Anwar, Ustaz Fadzillah yang paling diidamkan untuk menjadi panglima pembunuh rising tide of Islam. Kalau setakat orang-orang Abim yang lain, taraf nasi tambah ja depa tu!

Saya tahu pelbagai umpan yang terhidang di depan Ustaz Fadzil, sesetengahnya atas nama ulama Pak Arab mana aku pun tak tau. Tetapi, Ustaz Fadzil tetap istiqamah dengan perjuangan Islam sehingga ke akhir hayatnya.

2. Tak jakun dunia

Hidup Almarhum sangat sederhana. Dan, tidak pula kedekut taik idung masin. Tak bina istana walaupun berlambak korporat yang nak sponsor kereta dan rumah lebih selesa kepadanya. Seingat saya, harta paling banyak yang dia perolehi adalah apabila beliau menyaman pihak yang menganiayai atau memfitnahnya. Sebelum dapat duit saman, dok pakai kereta Mazda kecik yang buruk tu lah!

Selepas dipecat sebagai pensyarah UTM, saya tak lupa Kak Jah isterinya jual asam keping dan beras pulut kerana nak cari rezki dan Allahyarham Pak Mat Jawa pula tolong jual kain pelikat dan batik untuk Ustaz Fadzil.

Bila dia jadi Ketua Pembangkang, memang dia pakai Mercedez terpakai, tetapi berhutang. Bila beliau kembali ke pengkuan Kekasihnya, hutang tak habis bayar lagi dan anak-anak dia tolak balik kereta tu.

Saya malas nak sebut ulasan-ulasan spontan Ustaz Fadzil terhadap orang-orang yang mewajarkan tindakan mereka pakai kereta mewah dan duduk hotel mewah. Takut ada yang terkena pula.

3. Sahabat rakyat

Saya tak ingat siapa sebut kat saya. Tetapi orang tu kata, "Semua orang rasa dia rapat dengan Ustaz Fadzil". Dalam ayat saya sendiri, saya selalu kata, "Ustaz Fadzil ni jenis orang yang kita rasa kita boleh pegang-pegang dia. Kita rasa rapat sangat dengan dia. Padahal, takkan Ustaz Fadzil rapat dengan bakaq!"

Itu illustrasi saya tentang Ustaz Fadzil. Kalau hampa tak faham, jangan nak kona-kona cakap aku!

4. Rajin

Orang tua tu tua atas jalan, tak rajin apanya! Hampa tau ka apa maksud tua atas jalan? Maknanya tak lekat di rumah, dok pi sana sini kerana nak ajak orang sokong perjuangan Islam, nak kuatkan PAS, apa saja kerana Allah. Maksudnya, sebahagian besar usianya dihaabiskan dalam perjalanan kerana berjuang.

5. Berani

Antara pemimpin PAS yang paling kuat maki polis yang kurang ajar ialah Ustaz Fadzil. Hampa mungkin tak pernah dengar pemimpin PAS yang cakap pandai tapi tanya ada permit ke tidak bila orang jemput berceramah. Ustaz Fadzil tak peduli semua itu. Kalau Pemuda PAS Kedah umpamanya kata "kita langgar ja, Ustaz," dia langgar.

Ada pemimpin yang suruh Pemuda PAS Kedah ubah tempat ceramah kerana takut kat polis. Ustaz Fadzil tak peduli semua itu. Setakat polis jaga road block selalu kena jerkah dengan dia, "Tepi! Orang nak pi ceramah ni!"

Saya tak lupa kata-katanya ketika berceramah sempena Muktamar PAS di Dewan KIA, Alor Setar pada tahun 1984, "Umno ni kita nampak kecik ja!"

Sebab itulah, apabila disembur oleh polis dengan air beracun yang celaka di hadapan kedutaan Amerika Syarikat, dia tak berganjak.

6. Ada otak

Haji Subky Latiff pernah menceritakan kepada saya bahawa ketika mesyuarat AJK PAS Pusat menemui jalan buntu, Ustaz Fadzil ada saja curahan idea dari Allah s.w.t. yang bersandarkan nas. Otak dia ligat!

Kalau berdebat, banyak orang boleh bercerita kelincahannya berdebat.

Setakat tu la cerita Almarhum.

Akhir sekali, pilihlah pemimpin yang diyakini boleh memartabatkan PAS sebagai parti politik berteraskan Islam bukan berdasarkan "cai dan".

Laa, ada pulak yang teringat dalam kepala - Ustaz Fadzil juga sangat bernasib baik kerana mendapat timbalan yang berkesan dan membantu, iaitu Tok Guru Presiden sekarang.

Tok Guru Presiden pula pernah nak tukar Setiausaha Agung PAS kerana beliau dilaporkan berkata "(Setiausaha Agung itu) tidak membantu". Tok Guru Presiden juga pernah nak menukar orang yang sama (kalau istilah saya, nak buang) yang menjadi Ketua Lujnah Tarbiyyah sessi 2007-2009 ini. Malangnya, beliau dihalang di dalam mesyuarat AJK PAS Pusat (Imej di atas ialah "cai dan" Umno yang ditunjukkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang saya copy and paste dari blog Jeff Ooi)
Read On 43 comments

Mengapa ulama mengalah kepada talabah?

Dua hari lalu saya membaca komen "Org PAS Kedah" dalam posting Abdul Rahman Abdul Talib yang bertajuk "Utusan Malaysia mula berkempen untuk jawatan Timbalan Presiden PAS" ("Org PAS Kedah" juga menghantar komen di sini).

Hari ini, saya membaca berita berikut (berita dalam Malaysiakini di sini):
Azizan tak tanding Timbalan Presiden PAS

mStar Online (19/5/09): Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini menarik diri daripada merebut jawatan timbalan presiden Pas pada Muktamar Agung parti itu bulan depan.

Pesuruhjaya Pas Kedah itu berkata, keputusannya disebabkan beliau mahu menumpukan kepada kerja pembangunan negeri dan parti di peringkat negeri.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Azizan berkata beliau akan bertanding mempertahankan jawatan anggota jawatankuasa kerja pusat yang disandangnya sejak lebih 10 tahun.

"Saya telah lama dalam parti dan jika ada orang lain yang lebih layak dan lebih muda, berilah peluang kepada mereka untuk memimpin Pas di peringkat nasional", katanya.
Kira-kira dua tahu lalu, Abdul Rahman belasah saya dengan sepenuh perasaannya apabila saya tidak berselindung sedikit pun menolak Ustaz Nasharudin Mat Isa. Apa yang menyebabkan Abdul Rahman berubah hari ini, saya tidak tau. Allah jua Yang Maha Mengetahui.

Saya senyapkan perkara itu sejak saya melihat perubahan Abdul Rahman. Tetapi sekarang saya malas nak senyapkan. Saya betul-betul nak tahu. Saya dah hint-hint. Dia tak jawab. What makes you change, bro?

Ketika itu juga, Ustaz Azizan yang menyokong Ustaz Harun Taib sangat baik dengan saya. Bagaimanapun, sejak saya mengkritik beberapa tindakannya sebagai Menteri Besar Kedah, hanya Allah s.w.t. dan Ustaz Azizan yang tahu seperti apa saya ini di matanya.

Saya juga tertanya-tanya, jika benar Ustaz Harun Taib dan Ustaz Dr Harun Din menasihati Ustaz Azizan supaya menarik diri, saya tidak tahu kenapa. Ustaz Azizan bukan lagi seorang talabah seperti Ustaz Nasharudin. Mengapa ulama diminta menarik diri dan memberi laluan kepada talabah?

Saya kenal Ustaz Azizan. Memang saya banyak berbeza pandangan dan tak setuju dengannya. Tetapi fakta tetap fakta. Sekarang, oleh kerana saya tahu Ustaz Azizan marah sungguh kepada saya sejak saya mengkritik beberapa tindakannya sebagai Menteri Besar Kedah, tanpa sebarang kepentingan saya boleh katakan dia ulama cerdik. Saya tahu, kertas kerja PAS untuk MAPEN dulu sebahagian besarnya dia yang buat. Dia tidak pernah hendak dibuang sebanyak dua kali antaranya kerana "tidak membantu" (cerita nak kena buang akan menyusul kemudian).

Mengapa ulama mengalah kepada talabah?
Read On 20 comments

Calon Umno, calon Utusan Malaysia

Apabila Umno memilih kepimpinannya pada 26 Mac lalu, saya berharap sangat Tan Sri Muhammad Muhd Taib menjadi Timbalan Presiden parti itu manakala Datuk Seri Mohd Zahid Hamidi, Tan Sri Isa Samad dan Tan Sri Rahim Tamby Chik pula dipilih sebagai Naib-Naib Presiden.

Hakikat bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak menang tanpa bertanding sebagai Presiden Umno memang tidak dinafikan lagi merupakan satu kejayaan yang amat besar kepada pembangkang.

Bila saya ceritakan tentang dream team tersebut kepada seorang kawan Umno, sambil ketawa dia berkata kepada saya, "celaka engkau, nak kerja senang je!" Dia cerdik dan dia faham isi hati saya. Dia juga tahu bahawa saya memberi sepenuh galakan kepada seseorang yang diheboh-hebohkan sebagai tukang bawa beg Zahid sepanjang kempen menjelang pemilihan itu.

Beg apa saya tak tau. Orang tuduh beg duit. Mana saya tau. Saya tak berani tuduh, takut kena saman. Setakat Zahid, cukuplah Amir Bazli Abdullah yang lawan dia dengan bantuan kawan saya, Mohd Sayuti Omar.

Dalam tempoh tersebut, apabila Utusan Malaysia menyiarkan pesanan Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam berita bertajuk "Persenda Presiden lemahkan Umno," saya sudah dapat merasakan nasib yang akan dihadapi oleh Najib. Selain Abdullah sendiri, saya melihat Najib adalah Presiden yang paling dipersendakan rakyat.

Barangkali sebab itulah kawan-kawan dari Umno, terutama di alam siber ini, berusaha keras untuk mempersendakan para pemimpin pembangkang, di samping memburuk-burukkan mereka. Tetapi, hasil kerja mereka itu tidaklah sepopular istilah-istilah yang diberikan oleh para penyokong pembangkang kepada Najib serta juak-juaknya.

Sebagai pembangkang, kita sangat memerlukan pasukan yang lemah dan kucar-kacir di sebelah sana. Sebab itulah ramai pemimpin pembangkang yang bermain-main dengan angan-angan apabila mereka menyatakan, "kalau Pak Lah yang tidak seteruk Najib pun (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) boleh hambat dari kepimpinan Umno, takkan susah sangat dia nak buat begitu kepada Najib. Muhyiddin tu ambitious".

Saya tak jawab angan-angan mereka sebab saya yakin pembangkang tidak memerlukan Muhyiddin, Tun Dr Mahathir Mohamad, Khairy Jamaluddin atau mana-mana pemimpin Umno untuk berhadapan dengan Najib. Najib sendiri dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor telah menghadiahkan ammunition yang sangat mewah kepada pembangkang untuk berlawan dengan dengannya, jika pembangkang terutamanya PAS tidak bodoh nak mampus!

Dr Mahathir telah banyak berjasa menjatuhkan Abdullah. Sebagai orang, saya sangat menghargai jasa beliau. Kita tengok pulalah bagaimana beliau akan bersilat kata berpencak lidah serta membikin a plan within a plan within a plan witihin a plan untuk mempertahankan Najib (banyak plans within a plan orang tua tu!)

Atau, adakah beliau mempunyai banyak plans within a plan untuk menaikkan Muhyiddin bagi mempertahankan survival Umno? Mana saya tahu. Tetapi, orang-orang Umno pun buat spekulasi begitu.

Kepada kawan-kawan dalam PAS, hampa nampak dak apa yang saya cuba nak ceritakan ini? Kalau hampa tak nampak jugak, tengok imej akhbar Utusan Malaysia di bawah. Kalau tak nampak jugak lagi, aku ingat lagi baik hampa jangan main politik. Pi balik dok di rumah menangis atas sejadah kepada Allah s.w.t. lagi berfaedah!

Kawan aku dari Umno tadi jauh lebih cerdik dari hampa!

The Truth Seeker, hang tak terasa nak bangkang aku ka? Jangan marah, aku bergurau ja, The Truth Seeker. People change, Sir!

Dalam Utusan Malaysia hari ini:
Politik wang: Tiada tindakan disiplin terhadap Mat Iraqi
Imej di bawah pula adalah keputusan BN yang belum pernah berlaku dalam sejarah Umno, Perikatan dan Barisan Nasional.

Read On 31 comments

Politik wang PAS: Tertuduh di KL hari ini

Kata-kata Tok Guru Mursyidul Am di bawah (dari berita Harakah Daily 17/5/09 bertajuk "Tidak wajar tuduhan tanpa bukti disebarkan - Nik Aziz") saya simpan elok-elok di sini sebagai pedoman masa hadapan:
"Sememangnya payah hendak dicari pemimpin macam itu (Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang). Kalau ada yang silap sedikit sebanyak, kita pakat tegur. Saya pun begitu juga, ada salah boleh tegur, saya sangat suka orang tegur saya, tetapi teguran biarlah berfakta".
Malam tadi, orang yang dituduh terlibat dengan rasuah politik di dalam PAS datang ke Kuala Lumpur. Tujuannya, untuk mengemukakan pembelaan terhadap tuduhan ke atasnya. Orang itu bukan pemimpin peringkat PAS Pusat. Hanya aktivis peringkat kawasan yang baru-baru ini kalah dalam pemilihan peringkat tersebut.

Oleh kerana beliau berani datang ke Kuala Lumpur dan sedia menghadap Jawatankuasa Harian PAS untuk membela dirinya, mungkin dia ada hujah untuk menafikan tuduhan terhadapnya. Perkara itu jauh lebih baik dari lari terbirit-birit kerana takut berhadapan dengan tuduhan.

Semoga yang keruh akan kembali jernih. Saya hanya nak minta jangan kasar sangat kepada Ustaz Mat Iraq. Dari segi politik, saya bukan peminat beliau kerana saya tidak melihat kepintaran berpolitiknya sama seimbang dengan ketinggian ilmunya. Tetapi pada masa yang sama, saya juga tak suka langsung kalau beliau dikasari.

Mat Iraq sedia dihukum dedah politik wang Pas
Berita Harian (18/5/09): Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi, berkata beliau tidak gentar menghadapi tindakan tatatertib yang mungkin dikenakan terhadapnya kerana mendedahkan isu gejala rasuah dalam parti itu.

Sambil menyerahkan perkara berkenaan kepada Jawatankuasa Disiplin Pas, beliau berkata kenyataannya itu dibuat bagi mengingatkan semua ahli parti supaya tidak terjebak dengan gejala rasuah yang boleh merosakkan imej Pas.

"Saya sudah tua dan saya juga sudah menarik diri daripada bertanding mempertahankan jawatan Ketua Dewan Ulama Pas... terpulanglah jika tindakan mahu diambil," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Mohamed juga mempertahankan bahawa kenyataan yang dibuatnya itu bukan bersifat tuduhan kepada sesiapa, sebaliknya lebih kepada nasihat umum terhadap ahli Pas supaya berwaspada dengan penularan gejala berkenaan.

"Tujuan saya membuat kenyataan itu ialah untuk memberi nasihat kepada semua yang menjadi perwakilan menjelang Muktamar Tahunan Pas bulan depan supaya tidak terikut-ikut atau terbabit dengan gejala politik wang," katanya.

Rabu lalu, media melaporkan mengenai pendedahan Mohamed berhubung gejala politik wang yang mula menular dalam Pas apabila ada pihak tertentu yang sanggup mengadakan jamuan dan memberi hadiah kepada perwakilan untuk melobi undi.

Beberapa pemimpin tertinggi Pas menyifatkan dakwaan beliau sebagai serius dan mahu pemimpin yang didapati terbabit dalam gejala tidak sihat itu dikenakan tindakan tegas kerana perbuatan mereka yang menjejaskan imej parti.

Berikutan itu, Mohamed dijangka dihadapkan ke Dewan Harian Pas yang dipengerusikan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, hari ini untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan yang dibuatnya itu.

Kelmarin, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, dilaporkan berkata, Mohamed perlu memberi penjelasan berkaitan perkara itu dan mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaannya.

"Jika beliau gagal mengemukakan bukti kukuh untuk menyokong dakwaan itu, tindakan tatatertib boleh diambil terhadapnya oleh Jawatankuasa Disiplin parti," katanya.
Tidak wajar tuduhan tanpa bukti disebarkan - Nik Aziz
Harakah (17/5/09): Perwakilan PAS diharap tidak berkompromi dengan calon-calon yang dikatakan mengamalkan 'politik wang' pada pemilihan sempena muktamar PAS pada bulan depan.

Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa dukacita sekiranya benar ada pemimpin PAS yang cuba menyogok wang bagi mendapat kedudukan dalam parti.

"Sewajarnya orang sedemikian ditolak perwakilan bagi memastikan ia tidak wujud dalam PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.

"Orang berpeluang menuduh kita sekiranya kita membiarkan diri melakukan sesuatu yang bercanggah," katanya selepas meraikan bakal pendaki Gunung Everest, di pejabatnya hari ini.

Baru-baru ini Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato' Mohamed Daud mendakwa ada calon yang akan bertanding pada muktamar PAS bulan depan difahamkan memberi saguhati kepada perwakilan.

Ketika ditanya berhubung tindakan yang perlu diambil sekiranya ada calon yang bakal bertanding turut mengamalkan politik wang beliau berkata, calon seperti itu hendaklah ditolak.

"Sebagaimana saya sering sebut sebelum ini 'beri gula kacau, beri kain pakai, beri lembu sembelih, tetapi bila mengundi pangkah calon PAS' hendaklah terus dipraktikkan.

"Duit yang dia bagi kita ambil, tetapi jangan undi dia, akhirnya dia akan perit setelah dia berasa dia bodoh dan tertipu," ujarnya.

Oleh itu beliau menasihatkan perwakilan PAS tidak membiarkan gejala seperti yang menimpa Umno sekarang menjangkiti PAS.

Beliau juga bersetuju tindakan perlu diambil terhadap orang yang membuat tuduhan tanpa dapat mengemukakan bukti yang kukuh.

Menurutnya setiap dakwaan mesti ada fakta kerana tuduhan tanpa bukti ia akan menggelirukan masyarakat.

"Seharusnya perkara seperti itu tidak didedahkan kepada masyarakat, sebaliknya masih ada lagi jalan untuk diselesaikan sekiranya ia benar-benar berlaku.

"Dalam Islam sendiri tidak dibenarkan penganutnya menyebarkan benda yang tak baik kepada masyarakat, kalau ia sekadar berupa teguran tidak mengapa kerana tuduhan dan teguran dua perkara yang berbeza," ujarnya.

Beliau turut melahirkan rasa syukur apabila Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menang tanpa bertanding biar pun sebelum ini media sering membuat spekulasi jawatan itu akan ditandingi.

Kata beliau biar pun media sering memperbesarkan isu pengganti presiden, namun sebagai sebuah gerakan Islam pemimpin yang berkemampuan wajar dikekalkan.

"Selagi beliau masih sihat, Insya-Allah amat wajar Ustaz Hadi terus menerajui kepimpinan parti. Ini ketokohan beliau diakui di seluruh dunia apabila sering dijemput hadir menyampaikan ucapan.

"Sememangnya payah hendak dicari pemimpin macam itu. Kalau ada yang silap sedikit sebanyak, kita pakat tegur. Saya pun begitu juga, ada salah boleh tegur, saya sangat suka orang tegur saya, tetapi teguran biarlah berfakta," katanya.

Beliau juga memberitahu ada PAS kawasan mencalonkannya bertanding jawatan presiden, namun beliau menolak cadangan itu.

Katanya beliau sudah serik dengan pengalaman ketika menandingi jawatan Ketua Dewan Ulamak PAS pada tahun 1960-an iaitu menentang Haji Husin Rahimi.

"Saya terkilan sampai ke hari ini kenapa melawannya pada waktu itu. Sebab itulah sampai sekarang saya telah serik untuk bertanding merebut apa-apa jawatan," ujarnya.
Rasuah Pas: Nik Aziz kesal
Sinar Harian (18/5/09): Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menolak dakwaan kemungkinan berlaku pemberian sagu hati atau sogokan oleh calon kepada perwakilan pada kempen pemilihan menjelang Muktamar ke-52 parti itu Jun depan.

Menteri besar Kelantan itu berkata, beliau amat dukacita dan sedih kerana kegiatan yang tidak bermoral itu turut melanda Pas.

“Boleh jadi ada sungguh. Dan kalau ada saya sangat dukacitalah. Saya sangat dukacita kerana saya selalu sebut kita ni sokong Pas sedangkan Pas ini wadah perjuangan Islam. Islam mengharamkan rasuah.

“Kalau benda itu kita bagi sebelum timbul masalah pencalonan tidak jadi masalah tetapi ini kita bagi pada masa pencalonan, tidak boleh tidak orang akan tuduh kita kalau pun kita ni bersih.

“Tetapi orang tuduh kita bila kita buat sesuatu dalam keadaan yang mencurigakan. Kita dinasihatkan jangan berbuat sesuatu sehingga orang boleh menuduh kita melakukannya,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan pembiayaan peserta Ekspedisi Mendaki Gunung Everest di pejabatnya di sini, semalam.

Beliau berkata, tuduhan tidak akan dilemparkan sekiranya perbuatan dan perlakuan yang dilaksanakan tidak menimbulkan keraguan.

“Nasihat saya, jika calon memberikan kita sagu hati kita terima. Kalau dia beri kain kita pakai. Bagi lembu kita sembelih tetapi jangan undi dia.

“Perwakilan pun saya nasihatkan kalau orang beri, kita ambil tetapi jangan kita terpedaya dengan pemberian orang. Jangan sampai kita jadi hamba abdi kepada duit,” katanya.

Minggu lalu, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi mendakwa mendapat laporan berlaku unsur sogokan seperti memberikan baju dan mengadakan majlis makan oleh calon pada kempen kali ini.

Kelmarin, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dilaporkan meminta Mohamed memberikan bukti kepada Dewan Harian Pas mengenai dakwaan sogokan tersebut dan jika tiada bukti Mohamed boleh dikenakan tindakan tata tertib.

Mengulas dakwaan itu, Nik Aziz bersetuju Jawatankuasa Disiplin Pas mengenakan tindakan terhadap Mohamed jika tuduhan itu palsu.

“Kalau tidak ada fakta seperti kita mengada-adakan benda yang tidak ada.

“Sebab itu kalau tidak ada fakta jangan disebut dan sekiranya ada fakta lebih baik kita jumpa sama seorang,” katanya.

Menurutnya, Islam sendiri tidak menggalakkan umatnya menyebarkan perkara yang tidak baik kepada masyarakat.

“Saya juga tidak boleh memastikan apa yang dikatakannya (Mohamed) itu sebagai tuduhan atau teguran. Dua perkara ini sesuatu yang berbeza,” katanya.

Sementara itu, Nik Aziz menyambut baik kemenangan tanpa bertanding Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi jawatan Presiden Pas selepas menerima 136 pencalonan daripada 137 kawasan parti.

“Syukur alhamdulillah beliau (Abdul Hadi) menang walaupun banyak pihak terutama media cuba melaga-lagakan pemimpin untuk jawatan itu,” katanya.

Beliau berkata, Abdul Hadi wajar meneruskan kepimpinannya berdasarkan pengalaman luas pemimpin itu dalam gerakan Islam.
Nik Aziz tidak tolak kemungkinan berlaku sogokan dalam PAS
mStar Online (18/5/09): Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menolak kemungkinan berlaku sogokan atau pemberian sagu hati dalam kempen pemilihan calon parti itu ketika ini.

Nik Aziz berkata adalah sesuatu yang sangat menyedihkan apabila unsur rasuah sudah berlaku dalam PAS sematamata untuk menang jawatan dalam kempen pemilihan calon.

"Mungkin benar sudah berlaku unsur itu. Kalau tidak tak kan keluar tuduhan begitu dan nasihat saya ambil duit dia (calon tersebut) tapi jangan undi dia. Biar dia rasa perit buat begitu.

"Gerunlah kepada Allah S.W.T kerana dalam Islam mengharamkan rasuah dan saya kecewa jika perkara ini berlaku," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan pembiayaan peserta Ekspedisi Mendaki Gunung Everest di pejabatnya di sini, semalam.

Rabu lepas, Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Mohamed Daud Iraqi ketika merasmikan Muktamar Dewan Ulama PAS Kelantan di Machang mendakwa mendapat laporan berlaku unsur sogokan seperti memberikan baju dan mengadakan majlis makan oleh calon pada kempen kali ini.

Mengulas dakwaan Mohamed itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan bersetuju Jawatankuasa Disiplin PAS mengenakan tindakan disiplin terhadap Mohamed jika tuduhan itu palsu.

"Saya setuju benar jika hendak ambil tindakan disiplin kerana bila mahu bercakap depan ramai mesti ada fakta kerana jika tidak ada fakta ia sesuatu yang bercelaru.

"Saya juga tidak boleh memastikan apa yang dikatakannya (Mohamed) itu sebagai satu tuduhan atau teguran. Dua perkara ini sesuatu yang berbeza," katanya.

Sabtu lalu, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa meminta Mohamed memberikan bukti kepada Dewan Harian PAS mengenai dakwaan sogokan tersebut dan jika tiada bukti Mohamed boleh dikenakan tindakan tata tertib.

Sementara itu, Nik Aziz menyambut baik kemenangan tanpa bertanding Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi jawatan Presiden PAS selepas menerima 136 pencalonan daripada 137 kawasan parti.

"Syukur alhamdulillah beliau (Abdul Hadi) menang walaupun banyak pihak terutama media cuba melagalagakan pemimpin untuk jawatan itu," katanya.

Beliau berkata Abdul Hadi wajar meneruskan kepimpinannya berdasarkan pengalaman luas pemimpin itu dalam gerakan Islam sehingga ke peringkat global.

"Selagi beliau sihat kita terima kepimpinan dia. Kalau beliau buat salah kita tegur seperti mana saya sangat suka orang tegur kesilapan saya dengan besertakan fakta.

"Saya sudah serik berlawan dalam parti seperti mana saya menentang Tok Guru Haji Husin Rahimi sebagai Ketua Dewan Ulama pada tahun 60an dulu tetapi kalau lawan Umno sampai bilabila pun saya sanggup," katanya.
Tolak calon terbabit politik wang: Nik Aziz
Berita Harian (18/5/09): Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mahu perwakilan parti itu menolak mana-mana pemimpin yang memberi sogokan, termasuk wang kepada mereka, dalam usaha meraih sokongan pada Muktamar Tahunan Pas, bulan depan.

Beliau yang masih kesal kerana tindakannya bertanding melawan ulama Pas, Husin Rahimi, sebagai Ketua Dewan Ulama sekitar 1960-an berkata, mana-mana pemimpin Pas yang memberi sogokan untuk mendapatkan undi perlu diberi pengajaran dan mereka tidak layak diberi tempat dalam barisan kepemimpinan parti itu.

“Boleh jadi ada sungguh (politik sogokan dalam Pas). Kalau ada (gejala sogokan), saya sangat dukacita kerana Pas adalah wadah kita memperjuangkan Islam yang mengharamkan rasuah.

“Saya cukup setuju perwakilan tolak mana-mana pemimpin yang amalkan politik sogokan. Duitnya kita ambil, tetapi jangan undi orang macam ini, biar dia akhirnya merasa perit, bodoh dan tertipu. Jangan beri peluang kepada orang yang macam ini dalam kepemimpinan Pas, dia berjangkit dan membawa penyakit (daripada parti lawan).

“Selama ini, Pas berjaya menyelamatkan kalbu manusia (khusus pemimpinnya) daripada menerima rasuah meskipun ditawar wang berjuta. Mereka menolak sogokan bukan kerana takutkan polis atau pencegah rasuah tetapi kerana takwa kepada Allah,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan, memberitahu demikian selepas menyerahkan tajaan kerajaan Kelantan berjumlah RM50,000 kepada sekumpulan pendaki negeri ini yang dijadualkan menakluk kemuncak tertinggi di dunia, Gunung Everest, dalam ekspedisi akhir bulan ini.

Nik Abdul Aziz menyuarakan gesaan itu ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud, yang mendakwa politik sogokan kebendaan kini mula menular dalam Pas ekoran proses pencalonan dan pemilihan yang berlangsung dalam parti.

Beliau mengingatkan perwakilan Pas ke muktamar pemilihan tidak terpedaya hingga menjadikan diri mereka abdi kepada duit atau hadiah yang ditawarkan oleh pihak tertentu.

Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz menyokong langkah Dewan Harian Pas memanggil Ketua Dewan Ulama terbabit memberi penjelasan terhadap dakwaan itu.

“Kalau dakwaan itu tidak benar, saya setuju beliau dikenakan tindakan kerana kalau nak sebut depan ramai (pendedahan umum) mesti ada fakta kerana tanpa fakta ia menimbulkan kecelaruan dalam masyarakat,” katanya.

“Malah jika mempunyai fakta sekali pun, lebih baik kita bersemuka pihak terbabit dan memberi nasihat. Tak usah disebarkan benda ini (dakwaan) kepada masyarakat kerana dalam Islam tidak digalakkan menyebarkan benda tidak baik,” katanya.

Mengulas kemenangan tanpa bertanding Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menjelang muktamar kali ini, Nik Abdul Aziz berkata, beliau bersyukur terhadap kejayaan Abdul Hadi yang terus diyakini perwakilan akar umbi walau pun ada desakan dan terjahan pihak tertentu supaya pucuk pimpinannya ditukar.

"Perwakilan Pas tahu keupayaan Tok Guru Haji Hadi, beliau sering membawa suara Islam dan Pas ke pentas dunia, sesuatu yang sukar dicari ganti. Justeru, selagi beliau sihat, kita akan terus terima kepemimpinannya. Kalau ada tersalah silap sikit, kita pakat-pakat tegur dan nasihat.

"Saya sendiri pun begitulah, saya sangat suka orang memberi teguran dengan syarat mempunyai fakta. Teguran tanpa fakta, sukar untuk saya terima," katanya yang mengakui dari awal lagi menolak daripada menerima sebarang pencalonan mencabar Abdul Hadi bagi jawatan Presiden Pas.

"Bagi diri saya, sampai kini masih rasa terkilan kerana melawan Husin. Saya terkilan hingga hari ini, kenapa melawan tok guru. Sebab itu saya serik dan perit untuk melawan sebarang jawatan dalam Pas, kalau dengan Umno, sampai bila-bila pun tak apa," katanya.
Politik wang mungkin ada - Nik Aziz
Utusan Malaysia (18/5/09): Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menolak kemungkinan wujudnya 'politik wang' dalam parti itu menjelang pemilihan agung bulan depan.

Justeru, beliau meminta para perwakilan pada Muktamar Tahunan Pas itu menolak calon yang mengamalkan perbuatan sedemikian bagi meraih sokongan.

Namun Nik Aziz mengingatkan, sebarang tuduhan mengenai gejala itu perlu dibuat berlandaskan fakta dan wajar tindakan diambil sekiranya gagal dibuktikan.

"Boleh jadi ada sungguh (politik wang). Kalau ada sungguh, saya berasa sangat dukacita. Kita hendak berjuang dalam Pas, sedangkan Pas hanya wadah untuk perjuangkan Islam.

"Macam saya sebut hari itu, bagi duit ambil, bagi gula kacau. Saya setuju benar orang beri ambil tetapi jangan undi orang macam ini. Jangan beri peluang orang begini wujud dalam Pas," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan Ketua Dewan Ulama, Datuk Mohamed Daud Iraqi bahawa budaya memberi 'hadiah' mula menular ke dalam parti tersebut menjelang pemilihan parti tidak lama lagi.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan meminta calon yang bertanding pada pemilihan akan datang supaya tidak melakukan perkara yang boleh menimbulkan syak.

"Dalam suasana begini, jangan kita beri macam-macam dekat orang sebab mereka akan tuduh kita. Orang tidak tuduh kita kalau kita ini bersih, jadi jangan buat benda yang boleh membuatkan orang tuduh kita.

"Perwakilan jangan terpedaya, jangan jadi hamba duit dan Alhamdulillah, Pas berjaya menyekat nafsu daripada terperangkap dengan duit," katanya.

Mengulas tindakan ke atas Mohamed sekiranya gagal mengemukakan bukti atas dakwaan tersebut, beliau berkata, ia memang perlu dilakukan bagi memastikan setiap pemimpin bercakap berlandaskan fakta.

"Saya setuju, kita hendak sebut depan orang ramai mesti kena ada fakta. Jangan mengada-ada sebut kalau tak ada fakta," katanya.

Mohamed telah diarah memberi penjelasan kepada Dewan Harian Pas Pusat dan sekiranya gagal mengemukakan bukti, beliau akan dihadapkan ke jawatankuasa disiplin.
Abdul Hadi diperlukan terus terajui
Utusan Malaysia (18/5/09): Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kemenangan Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk jawatan presiden parti itu tanpa bertanding amat tepat.

Menurutnya, Abdul Hadi mempunyai pengalaman luas dan ilmu yang tinggi untuk terus membimbing parti dalam perjuangan menegakkan Islam di negara ini.

Sehubungan itu, Nik Aziz meminta ahli-ahli parti terus mempertahankan Abdul Hadi sebagai presiden selagi beliau sihat dan mampu melaksanakan tugas dengan baik.

“Beliau ada pengalaman luas bukan saja dalam negeri malah bersama-sama dengan pemimpin gerakan Islam di seluruh dunia, payah untuk cari orang seperti ini kecuali beliau sahaja.

“Selagi beliau sihat, kita akan terima beliau untuk terus memimpin Pas dan kalau ada salah sikit kita pakat-pakat tegur sama juga dengan saya, cuma kalau hendak tegur saya, kena ada fakta,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan Abdul Hadi sah mengekalkan jawatan presiden tanpa bertanding manakala lima nama dicalonkan untuk merebut jawatan timbalan presiden.

Abdul Hadi mengekalkan jawatan yang disandangnya sejak tahun 2003 itu selepas menerima pencalonan daripada 136 Pas kawasan.

Keseluruhannya Pas mempunyai 176 kawasan namun hanya 137 kawasan selesai bermesyuarat sebelum tarikh akhir penyerahan senarai pencalonan pada 8 Mei lalu.
Gejala rasuah: Motif Ketua Dewan Ulama dipersoal
Utusan Malaysia (18/5/09): Ahli Jawatankuasa Perhubungan Pas negeri, Senator Datuk Ahmad Rusli Iberahim mempersoalkan motif pendedahan Ketua Dewan Ulama, Datuk Mohamed Daud Iraqi kononnya wujud gejala rasuah menjelang pemilihan dalam parti itu.

Katanya, adalah malang sekiranya ia sekadar bersandarkan 'cakap-cakap' sedangkan kenyataan yang dikeluarkan atas sifatnya sebagai Ketua Dewan Ulama hanya mencetuskan kekeliruan dan keresahan dalam kalangan ahli.

Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan kenyataan itu sengaja dibuat dengan agenda tertentu bagi mempengaruhi proses pemilihan dalam kepimpinan parti dan cuba meletakkan kalangan tertentu sebagai sebagai sasaran tohmahan.

''Pandangan seorang pemimpin ulama menjadi rujukan dan dasar perjuangan parti keseluruhannya.

''Kita berharap pandangan yang dikemukakan oleh Ketua Dewan Ulama Pas itu berasaskan bukti yang nyata," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa bahawa Mohamed diarah memberi penjelasan kepada Dewan Harian Pas Pusat berhubung ucapannya semasa merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Kelantan Rabu lalu.

Dalam ucapannya, Mohamed menyentuh mengenai wujudnya gejala memberi 'hadiah' kepada perwakilan dan berharap gejala seumpama itu tidak diamalkan.

Bagaimanapun, Mohamed yang kemudiannya didesak oleh beberapa pihak bagi membuktikan perkara itu, tidak berhasrat untuk mendedahkan sesiapa kerana hanya gambaran umum berdasarkan apa yang diberitahu oleh rakan-rakan.

Menurut Ahmad Rusli, kenyataan seumpama itu hanya akan menjejaskan imej parti dan persepsi terhadap barisan kepimpinan sekarang dan yang akan dipilih kelak ketika parti berada pada tahap kukuh dan turut mendapat kepercayaan masyarakat pelbagai kaum dan agama.

''Sebagai orang baru dalam Pas, saya melihat lontaran ini sengaja diwujudkan untuk menimbulkan kejutan politik dan mungkin ada agenda tertentu yang semata-mata ingin 'mengenakan' mana-mana pihak.

''Pandangan Ketua Dewan Ulama biarlah dapat menjernihkan suasana, bukannya menimbulkan kekeliruan dan keresahan yang berpanjangan dengan sengaja mengeluarkan kenyataan dan diperbesarkan," ujarnya.

Beliau juga menarik perhatian mengenai isu yang dicetuskan oleh Mohamed ketika tokoh itu memutuskan menarik diri daripada terus menerajui Dewan Ulama.

''Ia juga memberi gambaran seolah-olah beliau cuba 'mengetuk-ngetuk biar retak' sedangkan beliau sepatutnya memperbaiki keadaan jika wujud apa yang dikatakannya itu," ujar Ahmad Rusli.
Rasuah: Pas tidak terkecuali
Utusan Malaysia (18/5/09): Dakwaan rasuah yang berlaku dalam Pas menunjukkan parti itu juga tidak terkecuali daripada gejala terkutuk tersebut, kata Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, gejala berkenaan tidak boleh dikhususkan kepada parti tertentu sahaja dan Pas diyakini akan mengambil strategi untuk tidak menggembar- gemburkan masalah tersebut kepada umum.

"Itu soal mereka dan kita tidak mahu campur tangan dalam urusan Pas tetapi kalau ada laporan tentu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan ambil tindakan," katanya di sini hari ini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri mengulas kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa semalam yang mengarahkan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Mohamed Daud Iraqi memberi penjelasan kepada Dewan Harian Pas Pusat pada mesyuarat khas Isnin ini, ekoran kenyataannya mengenai amalan memberi hadiah kepada perwakilan menjelang pemilihan parti itu.

Husam berkata, sekiranya Mohamed Daud dapat mengemukakan bukti maka ia akan dipanjangkan kepada jawatankuasa disiplin bagi membolehkan tindakan diambil ke atas mereka yang terbabit.

Mengenai pemecatan Senator T. Murugiah dalam Parti Progresif Rakyat (PPP), Muhyiddin berkata, ia adalah urusan dalaman parti berkenaan yang tidak perlu parti lain campur tangan.

Bagaimanapun menurutnya, adalah lebih molek jika PPP menjelaskan asas dan sebab berhubung langkah tindakan pemecatan tersebut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Read On 33 comments
 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008