Pengkastaan status

I am not in the business of defacing anybody's high standing. But, I am also not in the business of giving a stupid face to those detractors of their own designation.

I never knew the existence of a higher caste – enjoying all the rights and freedom to do almost anything they want. They are indisputable!

Hey someone from a higher caste! I never knew you can negotiate position – chasing an older and more knowledgeable man to his own backyard, you can spell your own whims and fancies all over the places just because you are so convinced someone is infallible even if he is stupid and lazy and nobody can challenge him because of his dubious designation, you are allowed to claim your so-called rights... And you have the entire moron to cheer you for what you are doing!

Oh God, almost anything and everything just because those flocks of goons think you hold the rightful claim to your designation.

To those who read this, it doesnt matter if you do not understand. You still have the liberty to say anything you want as long as you dont entangle me in any messy legal complication.
Read On 2 comments

Husin Lempoyang lagi pandai jawab!

Alahai, macam mana kita nak kata Datuk Seri Najib Tun Razak cerdik. Lantik Ketua Penerangan Umno pun tak reti:
Pas sengaja timbul persepsi

Sinar Harian (30/4/09): Cadangan Pas untuk menggesa Majlis Raja-raja menubuhkan Suruhanjaya Diraja dilihat mempunyai kepentingan politik dan tidak wajar untuk dituruti.

Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berkata, Pas seolah-olah sengaja menimbulkan persepsi buruk terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan berbuat demikian.

"Kita tidak memerlukan Suruhanjaya Diraja untuk siasat tohmahan dan dakwaan media asing terhadap Najib. Jikalau dakwaan tersebut mengenai kes Altantuya, semua sedia maklum bahawa kes tersebut sudah selesai," katanya.

Kelmarin, Pas menghantar memorandum menggesa Majlis Raja-raja menimb:angkan cadangan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menangkis segala tanggapan negatif terhadap Najib.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Pontian berkata, laporan media asing di lihat sengaja menimbulkan persepsi negatif terhadap pemimpin Malaysia.

"Najib baru sahaja mengambil alih tampuk pemerintahan negara dan banyak lagi kerja yang beliau perlu laksanakan.

"Beliau sedang mentadbir negara ke arah konsep ‘Satu Malaysia, rakyat didahulukan, prestasi diutamakan. Beliau cukup prihatin terhadap isu-isu yang berkaitan pentadbiran negara," katanya.
Read On 11 comments

Ulama tebuk-tebuk, ulama silibus

Bila Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz mempopularkan istilah ulama mee celup, saya teringat kata-kata salah seorang tuan guru yang pernah menjadi Ahli Majlis Fatwa Perak, Almarhum Tuan Guru Haji Mat Saman Kati.

Sejak dari zaman sekolah menengah hinggalah saya meninggalkan Matang kampung saya untuk cari makan di Kuala Lumpur pada tahun 1978, saya sentiasa berusaha untuk tidak ketinggalan mendengar (mendengar bukan belajar) orang belajar agama dari Tuan Guru tersebut di masjid yang saya mampu pergi di dalam kawasan Bukit Gantang hinggalah ke Taiping dan surau Tuan Guru Haji Mat Saman di Batu 4, Kamunting - tidak jauh dari kem puaka tempat menahan orang tanpa bicara.

Antara tempat Tuan Guru Haji Mat Saman mengajar ialah semasa ijtima' ulama bulanan di surau Tuan Guru Haji Ahmad di Sungai Petai. Tuan Guru Haji Ahmad juga adalah Ahli Majlis Fatwa Perak. Seingat saya, keilmuannya lebih disegani dari Tuan Guru Haji Mat Saman. Tuan Guru Haji Ahmad ialah ayah kepada Ustaz Idris Ahmad, kini Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Di Sungai Petai, saya berpeluang mendengar orang belajar agama (saya ulangi lagi, saya tak belajar, hanya mendengar orang belajar sahaja) dari beberapa guru lain termasuk Tuan Guru Haji Ahmad sendiri, Ustaz Abdul Wahab Changkat Ibol dan Prof Madya Datuk Saleh Ahmad (abang Ustaz Idris).

Pada waktu itu, saya sangat mengkagumi Ustaz Saleh kerana kepetahannya mengajar. Saya diberitahu, Ustaz Saleh sangat luas ilmunya. "Mutammimah dalam kepala dia," kata seorang ustaz kepada saya. Apa menatang Mutammimah manalah aku tau!

Rupa-rupanya kitab nahu Arab. Sejak itu, saya percaya sangat Ustaz Saleh mempunyai Ilmu Alat yang hebat untuk mengajar agama.

Kutu macam saya jangankan kitab tu, Matan Jurumiah pun tak habis. Pernah saya cuba-cuba belajar dengan Alahyarham Pak Ngah saya - ustaz kampung macam adiknya, Allahyarham pak saya. Mula-mula saya tak berani tuang (ponteng), takut kat Pak Ngah saya. Takut dia marah. Lama-lama tak larat, aku belah jugak!

Mana nak larat, takat bab pertama pun terkincit-kincit nak hafal "al-kalamu hual-lafdhul murakkabbu bil mufidu.."

Lama-lama, dok fikir-fikir kalau dok kilik celah ketiak kitab Matan Jurumiah tu sampai kitab berbau ketiak, ketiak berbau kitab, baik aku cabut. Bukan saja lari dari mengaji, kalau ternampak Pak Ngah saya pun, saya mesti lari takut dia nampak saya. Jahat daripada belasan tahun lagi aku ni!

Bila berlaku Peristiwa Memali dan saya mendengar Tuan Guru Haji Mat Saman banyak mengecam PAS ketika itu, saya tak berminat lagi dengannya sehinggalah Mat Sabu memberitahu saya "aku dah banyak kali dah ceramah di surau tok guru hang". Terkejut saya. "Bila dia patah balik kat PAS?" saya tanya Mat Sabu. Saya tak ingat apa kami bersembang lepas tu.

Paling akhir sebelum dia kembali ke pangkuan Kekasihanya Yang Mana Berbelas Kasihan, saya dengar Tuan Guru Haji Mat Saman nak buat kenduri sembelih lembu di suraunya sempena ceramah Mat Sabu di situ.

Laa.. ke mana pulak saya melalut ni!

Yang saya nak cerita ialah rungutan Tuan Guru Haji Mat Saman terhadap pelajar-pelajar agama yang menurut beliau belajar pakai "silibus" (syllabus), belajar tebuk-tebuk. "Bila kita tanya hukum, depa mengagau-gagau nak jawab," lebih kurang begitulah rungutannya.

Tengah hari semalam, saya berpeluang makan tengah hari dengan dua orang anak ulama yang mengaji tadah kitab di Masjidil-Haram.

Saya pun bangkitkan apa yang saya dengar dari Tuan Guru Haji Mat Saman. "Betui, ayah ana pun ada kata gitu. Dia pernah kata, (ulama tebuk-tebuk atau ulama silibus) takat bersyarah boleh la. Suruh bagi tau hukum, terketaq-ketaq," kata ustaz itu yang ayahnya Ahli Majlis Fatwa negeri.

Kenyataan beliau disokong oleh seorang lagi anak tuan guru yang juga makan bersama saya semalam. Dia seorang tokoh korporat. Mereka lalu menceritakan panjang lebar perkara-perkara yang saya tak pernah dengar.

Bila balik, saya terbaca pula berita Malaysiakini semalam (29/4/09) bertajuk "PAS: 'Mi celup' lawan 'Mi goreng'". Saya lalu membuat keputusan dalam hati, di Malaysia ni tak ramai ulama mi goreng yang menurut Haji Khalid Samad "lama dalam kuali".

Yang banyak ialah ulama tebuk-tebuk, ulama silibus.

Antara berita dan rencana hari ini:
Husam enggan ulas dakwaan Abduh (Utusan Malaysia)
Nik Abduh dedah perkara sebenar (Utusan Malaysia)
Muktamar putuskan kerajaan perpaduan (Utusan Malaysia)
Kerjasama Umno-Pas: Antara polemik dan kesungguhan (Datuk A Kadir Jasin)
Read On 16 comments

Kepimpinan Ulama dalam Pas; Satu kajian semula

Saya terima email tulisan di bawah ini. Saya dok rasa mungkin dikirim untuk disiarkan dalam blog ini. Saya pun siarkan tanpa edit sikit pun:
Pas telah memperkenalkan dasar kepimpinan Ulama sejak tahun 80an ketika Almarhum Pak Yusuf Rawa menjadi Presiden. Dasar tersebut telah mewujudkan sebuah institusi yang dinamakan sebagai Majlis Syura Ulama di samping memperkasakan Dewan Ulama Pas.

Timbul tanggapan hari ini bahawa jawatan Timbalan Presiden haruslah dipegang oleh mereka yang mempunyai title ulama atau ustaz. Adakah kepimpinan ulama itu bermaksud Presiden dan Timbalan Presiden itu mestilah ulama ataupun kepimpinan Pas merujuk kepada ulama atau syarak?

Penulis tetap mempertahankan bahawa kerusi Timbalan Presiden hendaklah diisi oleh seorang pejuang telah diuji dalam perjuangan menegakkan yang maaruf dan menentang kemungkaran dengan syarat kepimpinannya hendaklah sentiasa bernaung di bawah Majlis Syura Ulama. Ulama itu tidak semestinya seorang pemimpin tetapi pemimpin itu mestilah sentiasa merujuk kepada Ulama. Penulis ada alasan dan hujah.

Semangat Kepimpinan Ulama

Semangat ini perlu diterjemahkan melalui perjuangan yang berani dan kecekalan dalam menerima ujian dan juga tawaran. Istiqamah amat penting dalam perjuangan yang mendokong kepimpinan Ulama. Kita tidak mahu tragedi seperti Ustaz Nakhaei Ahmad yang bertaraf Ulama namun tidak tahan ujian dan tawaran.

Timbalan Presiden Adalah Presiden

Ketika ketiadaan atau keuzuran Presiden, Timbalan Presiden adalah Presiden. Atas semangat kepimpinan Ulama maka pemangkunya ketika sebarang kemungkinan perlulah merujuk kepada Majlis Syura Ulama agar semangat kepimpinan ulama itu sentiasa segar.

Kemampuan Ilmu Syarak

Presiden atau Timbalan Presiden mesti seorang yang berkemampuan tinggi menyelesaikan masalah jamaah atau masalah umat berdasarkan peraturan syarak. Mampu merujuk masalah yang rumit dan halus di bawah naungan Majlis Syura Ulama. Hanya Majlis Syura Ulama yang mampu melakukan itu semua.

Pas Adalah Gerakan Islam

Pas bukan sekadar sebuah parti politik tetapi adalah gerakan Islam. Kemampuan pemimpin tertingginya membawa Pas menghayati ruh sebuah gerakan Islam sangat diperlukan. Sesiapa sahaja mampu memimpin sebuah parti politik tetapi tidak semua orang berupaya memimpin sebuah gerakan Islam. Pemimpin yang telah teruji ketahanannya dalam mempertahankan survival gerakan Islam layak menjadi Timbalan Presiden.

Tiada Cacatnya Timbalan Presiden bukan Ulama

Semenjak sekian lama dua jawatan utama itu dipegang oleh ulama dengan gandingan Yusof Rawa Fadhil Noor, Fadhil Noor Abdul Hadi dan Abdul Hadi Nasharuddin, tidak timbul masalah besar. Kalau Timbalan Presiden sekarang bermasalah apa salahnya kita tukarkan beliau dengan mereka yang bukan Ulama selama dua tahun, kita boleh lihat dahulu kemampuannya untuk memimpin sebuah gerakan Islam.

Siapa Yang Layak Menduduki Kerusi Itu Daripada Kalangan Bukan Ulama

Hanya pemimpin yang telah teruji dalam perjuangan ini dengan kesusahan, kepayahan dan kesukaran serta tawaran menarik tetapi terus kekal istiqamah sahaja yang layak menduduki kerusi itu.

Kita Perlu Berbeza Dengan Orang Lain

Parti sahabat kita atau parti saingan kita tidak meletakkan ulama sebagai tunggak. Kita tetap berbeza daripada parti lain kerana hierarki kepimpinan tertinggi kita adalah Ulama yang berada di dalam Majlis Syura Ulama. Sistem dalam Pas amat berbeza di mana Mursyidul Am adalah pemimpin nombor satu dalam parti.

Majlis Syura Ulama mestilah dipertahankan sebagai institusi yang tertinggi di dalam parti. Di samping itu Dewan Ulama sebuah lagi institusi dalam Pas juga wajib terkehadapan dalam mengolah isu-isu semasa dengan berlandaskan syara’.

Penulis berpandangan isu yang perlu di sini ialah kepimpinan dalam Pas perlulah diberikan kepada sesiapa sahaja samada mereka itu Ulama, profesional ataupun aktivis parti dengan syarat mereka itu adalah daripada yang terbukti mampu memimpin Pas membawa ke tahap yang lebih gemilang.

Jangan jadikan Ulama sebagai satu syarat untuk memimpin di dalam Pas. Kelak Pas akan berpecah teruk lantaran sikap bodoh sombong mana-mana individu yang mempergunakan title Ulama untuk melindungi kelemahan sendiri.

Akhukum fil Islam

Mohamad Hasan Marzuki
Read On 10 comments

Perkasa! Umno gadai tanah Johor kepada Singapura!

Perkasa! Ini berita lama berita lama yang saya jumpai:
Umno gadai tanah Johor kepada Singapura

KUALA NERUS, 15 Mei 2006 (Hrkh) - Pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) didakwa telah menggadai sejumlah tanah di negeri Johor kepada kerajaan Singapura pada awal tahun 1980-an lagi.

Pemimpin Umno pada waktu itu telah menyerahkan tanah seluas 51,170 hektar kepada Singapura dengan bayaran RM350 juta, kata Pengerusi Majlis Tindakan Rakyat Kelantan, Datuk Paduka Ibrahim Ali.

Beliau mendakwa Menteri Petanian dan Asas Tani yang juga bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanggungjawab menggadai tanah-tanah orang Melayu kepada Singapura.

Saya terkejut, rupa-rupanya pada tahun 1980 sewaktu Muhyiddin Yassin jadi Menteri Besar dan waktu itu Musa Hitam jadi Timbalan Perdana Menteri tiada siapa pun tahu didedahkan bahawa pada tahun 1981, kerajaan Johor di bawah Muhyiddin telah menyerahkan tanah di kawasan Sungai Lingu iaitu di Bandar Tenggara Johor sebanyak 51,170 hektar kepada kerajaan Singapura, jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Ceramah Perdana Menentang Penghinaan Terhadap Islam di perkarangan Maahad Tahfiz Wa-Tarbiyyah Darul Iman, Tok Jiring, baru-baru ini.

Katanya, kawasan tersebut tidak jauh dengan Kota Tinggi yang merupakan kawasan hamparan air seluas 51,170 hektar.

Menurutnya, kawasan berkenaan dipajak kepada kerajaan Singapura selama 60 tahun dengan kadar bayaran RM350 juta dan tidak dibenarkan sesiapa pun memasukinya sekarang ini.

Beliau mendapat maklumat tersebut ketika menghadiri suatu Majlis Dailog Kepentingan Bangsa Peringkat Negeri Johor pada 7 Mei lalu bersama Tengku Razaleigh Hamzah.

Menurutnya, taklimat tertutup itu dikendalikan oleh bekas Setiausaha Kerja Umno Johor, Encik Hamzah Othman yang juga bekas pengerusi guru-guru besar bersara.

Sebelum itu, ada satu taklimat tertutup yang diberi oleh Encik Hamzah Othman, bekas pengerusi guru-guru besar bersara yang pernah jadi Setiausaha Kerja Umno Johor dahulu sewaktu Muhyiddin Yassin jadi Menteri Besar. Dia bagi taklimat dengan tayangan slide, cukup dari segi maklumat, dengan petanya, pelan toponya, jelasnya di hadapan lebih 10,000 orang hadirin.

Sehubungan itu, beliau turut melahirkan rasa kesal dan dukacita setelah enam tahun menganggotai Ahli Majlis Tertinggi Umno dan 13 tahun menjadi Ketua Bahagian Umno tidak mengetahui isu tersebut.

Katanya, empangan tersebut dibuat setinggi 193 meter dan jika pecah atau dipecahkan seluruh Kota Tinggi termasuk Bandar Tenggara boleh tenggelam.
Read On 16 comments

PAS Selangor minta doakan rakyat miskin tertindas

Berikut ialah sebahagian dari berita Utusan Malaysia hari ini bertajuk "Serangan terhadap pembantu ayahanda":
"Mereka (pembantu politik) mungkin berpuluh-puluh, mereka adalah benar dan betul kerana jasa merekalah ayahanda jadi perkasa dalam dunia politik Islam dan tanah air.

"Pekerjaan bodoh hanyalah satu dan atas pekerjaan yang satu inilah saya menyerang dengan panas. Kerja bodoh bukan menolak kerajaan perpaduan, kerja bodoh ialah memahamkan maksudnya dengan maksud tidak benar, dengan tujuan yang tidak benar di sisi agama.

"Mereka ini pejuang nafsu, saya tidak mahu katakan nafsu politik atau wang tetapi apabila disebut nafsu ia bertentangan dengan agama," katanya kepada Utusan Malaysia.
Sila baca juga berita Utusan Malaysia hari ini bertajuk "Jangan buat Nik Aziz hilang kredibiliti" (kenyataan bapa mertua Nik Abduh), "Pas canggah pendapat," "Hasrat Nik Aziz dialu-alukan," "Rakyat tunggu kerjasama Pas-BN," dan "Bebaskan diri cari titik pertemuan".

Berita Harian hari ini pula menyiarkan berita bertajuk "Khairy tegur syarat PAS" manakala The Star menyiarkan berita bertajuk "Nik Aziz’s PAs blamed for friction" dan Sinar Harian pula melaporkan berita bertajuk "MB akan jawab isu negara perpaduan, 'pembantu sesat'".

Satu lagi berita menarik hari ini:
PAS minta pimpinan negeri anjur solat doakan kesejahteraan Sultan Selangor

mStar Online (29/4/09): PAS Selangor meminta pimpinan parti negeri itu supaya menganjurkan solat hajat mendoakan keselamatan dan kesejahteraan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang akan menjalani pembedahan di Amerika Syarikat.

Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS negeri, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali telah mengeluarkan arahan supaya solat hajat perdana dan munajat itu diadakan akan diadakan di setiap kawasan negeri itu.

"Ahli dan penyokong PAS diminta melakukan solat yang sama sepanjang baginda menjalani pembedahan dan seterusnya dalam proses penyembuhan supaya segera sembuh dan kembali memayungi rakyat Negeri Selangor dengan penuh kasih sayang, keadilan dan kesaksamaan," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau turut meminta ahli dan penyokong PAS supaya sentiasa mendoakan agar Tuanku menjalani proses rawatan dengan penuh ketabahan dan sentiasa mengharapkan keredahan Allah.
Petikan berita Harakah Daily 28/4/09 bertajuk "Liberalisasi kewangan: Lain berkudis, lain diubati ":
Mahfuz juga mengecam kerajaan Umno BN yang hanya berminat meliberalisasikan sektor perniagaan tetapi terus mengongkong sektor yang melibatkan keperluan asas rakyat, termasuk golongan miskin.

"Apa hebatnya kerajaan Najib memperuntukkan kira-kira RM1 bilion subsidi tiga jenis barang kawalan iaitu gula, tepung dan roti jika perniagaan barangan utama itu terus terhimpit dalam penjara monopoli?

"Peruntukan RM1 bilion pun, rakyat dapat manfaat sejemput dan peniaga tamak yang memonopoli perniagaan barangan asas tersebut dapat manfaat bertimbun-timbun," katanya.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mohtar Radin pernah membangkitkan pertanyaan rakyat di Dewan Rakyat tentang "siapa itu Robert Kuok yang diberi konsesi import gula secara perseorangan. Bertahun-tahun gula masih krisis. Kenapa tidak diberi lesen kepada orang lain? Kenapa dia sahaja yang monopoli?"

Malaysiakini pula pernah menyiarkan kenyataan Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman yang mempersoalkan mengapa jumlah syarikat pengeluar gula perlu dihadkan kepada empat buah sahaja, dan itupun dikuasai oleh dua orang sahaja 'Raja Gula' 'Sugar King' Robert Kuok dan Syed Mokhtar Al-Bukhary.

"Saya tidak nampak kerajaan Najib adalah kerajaan yang mengambil berat penderitaan rakyat apabila terus mengongkong sektor keperluan asas.

"Mengapa enggan meliberalisasikan sektor tersebut? Adakah kerana hendak membela puak kapitalis?" Mahfuz mempersoalkan.
Walaupun saya suka, komen-komen hentam raja tak akan disiarkan. Saya tak nak kena saman. Bagai yang selalu saya kata, aku tak nak hampa yang sedap-sedap tulis apa yang hampa nak tulis, ujung-ujung aku yang kena. Tak naklah!


Read On 4 comments

Ini bukan kerja bodoh

Walaupun saya bekas ahli Abim, saya bukan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak 29 Mac 1982 - tarikh dia masuk Umno. Oleh sebab itu saya tak pernah turun menyertai demonstrasi Reformasi.

Bagaimana pun saya berjumpa beberapa orang yang saya heran mengapa mereka pergi menyertai demonstrasi Reformasi di hujung 1998 dan awal 1999. "Hampa sokong Anwar ka?" saya bertanya.

"Dak aih!! Sapa kata kami sokong Anwar?! Kami pi (demonstrasi Reformasi) sebab kami rasa tu lah peluang nak jatuhkan Umno Barisan Nasional (BN). Sebab tu kami turun.

"Bila dah pergi demonstrasi Reformasi tu, kami terus pi sebab kami geram kat polis. Ganas melampau," kata salah seorang dari mereka sambil mengulang-ulangkan perkataan taghut terhadap parti yang dia benci.

Teringatlah saya seorang dua yang saya jumpa yang mengaku mengundi PAS. "Kami undi PAS bukan sebab kami suka kat PAS. (Tok Guru) Nik (Abdul) Aziz kami hormat la. Tapi kami bukannya suka kat PAS. Kami undi PAS sebab kami benci kat Umno. Kami tak boleh terima BN."

Saya teringat pula kata-kata seorang pemandu teksi di Tehran bebarapa tahun lalu (masa tu Mahmud Ahmadinejad belum lagi menjadi Presiden Iran). Dengan selamba pemandu teksi itu berkata, "Khamenei very good. Government no good".

Pada masa itu saya merasa lucu. "Lagu mana pulak Awang ni?!" tanya saya.

Pada masa itu juga saya tertanya-tanya, bagaimana kalau Ayatullah Sayyid Ali Khamenei sudah tidak ada? Saya hanya tertanya-tanya walaupun saya yakin habis-habisan Allah Maha Memelihara.

Setakat itulah sahaja laporan saya mengenai apa yang saya lalui. Saya tidaklah berhajat untuk melakukan kerja-kerja bodoh menjadi penasihat anda atau menjadi pembantu yang sesat pekerjaan di sisi Tuhan.

Nota hujung: Saya juga ingin melaporkan bahawa seorang aktivis PAS memberitahu saya tentang beberapa pembantu Tok Guru Presiden yang pastinya tidak sesat pekerjaan mereka di sisi Tuhan yang berkempen ke sana sini supaya ahli-ahli PAS menerima kerajaan perpaduan. Saya tak tau adakah mereka berpesan supaya jangan mementingkan diri serta merugikan negara.

Berkaitan:

Cabang-cabang unity government pada pandangan saya (harap maaf jika tak betul kerana saya hanya blogger mee celup):
Wanita MCA slams Mahfuz

The Star (28/4/09): Wanita MCA has taken PAS information chief Mahfuz Omar to task for his criticisms against the Cabinet’s latest decision that minors follow the common religion of the parents before their divorce.

The movement added that Mahfuz had also erroneously accused the Barisan Nasional Government of “becoming harsher against the rakyat to the level of confiscating the rights of parents towards their children”, as reported in HarakahDaily.Net.

Movement chief Datin Paduka Chew Mei Fun said the announcement by the Prime Minister’s administration served to counteract some quarters’ attempt to evade their family responsibility through the justification of converting to Islam.

“Such irresponsible practices should not be condoned. We believe this announcement is a pertinent step towards preserving harmony and respecting the rights of non-Muslims, and the jurisdiction of the civil court in a plural society with diversities such as faith and ethnicity.

“We stand by the decision of the Cabinet under the leadership of Datuk Seri Najib Tun Razak on this long-standing inter-faith conflict arising from conversion of one spouse to Islam and subsequently converting their children to Islam without the consent of the other non-converting spouse,” said Chew in a press statement.

She added that the announcement was in tandem with the spirit of the 1999 amendment to the Guardian of Infants Act 1961, which guarantees the rights of mothers to guardianship.
Read On 19 comments

Kajian minda genetik Melayu

Jika sudi, mohon jawab soalan ringkas di bawah.

Yang manakah lebih menyentap (nak tulis apa perkataan electrify dalam Bahasa Melayu kita?) keghairahan anda untuk membacanya?

1. Posting bertajuk "Kerja - kerja bodoh dalam Pas (2)" (Ustaz Nik Abduh 28/4/09 - imej sebahagian tulisan beliau di atas)
2. Berita bertajuk "PAS mohon suruhanjaya diraja ditubuh pulihkan negara" (Harakahdaily 28/4/09)

Jawapan anda mungkin amat penting kepada Aduka Taruna yang suka sangat mengkaji minda genetik Melayu.

Pada masa yang sama, blogger Umno sedang berusaha menyelamatkan partinya.

Berkaitan:
Tiada sengketa antara Nik Aziz-Hadi (mStar Online 28/4/09 - kenyataan Abe Tah, bapa mertua Ustaz Nik Abduh)

Read On 7 comments

Bila ada news value

Dengan news valuenya yang penuh pesona (ada daya tarik kepada orang ramai untuk dibuat berita - nak kata ada nilai berita pun semacam bunyinya), semalam Sinar Harian membuat liputan kepada posting Ustaz Nik Abduh, "Kerja-kerja bodoh di dalam PAS" dengan berita-berita bertajuk "Pas Selangor kesal jika kenyataan benar" (sila lihat petikan beritanya dalam ruangan komen di sini) dan "Nik Abduh buat pendedahan jujur, Pas perlu bertindak".

Hari ini, Utusan Malaysia pula membuat liputan dengan berita bertajuk "Cadangan kerajaan perpaduan: Nik Aziz setuju dengan syarat" (yang saya spekulasikan sebagai syarat Puteri Gunung Ledang). Sebelum ini, akhbar Umno itu menyiarkan berita dan rencana bertajuk "Pas pentingkan diri sendiri" dan "Pembatalan perpaduan Pas-Umno rugikan negara" (kedua-duanya disiarkan semalam, 27/9/09).

25 April lalu, Malaysiakini telahpun menyiarkan penjelasan Tuan Guru Presiden dalam berita bertajuk "Hadi: Perbincangan kerajaan perpaduan ditangguhkan".

Di bawah ialah imej-imej sebahagian dari berita yang bersumberkan posting yang mempunyai news value penuh pesona seperti yang dilaporkan di atas. Tetapi imej yang lebih menarik ialah di dalam blog Hanief (skrol ke bawah sikit untuk melihat imej akhbar dalam blog Hanief itu).




Read On 4 comments

Mat Sabu kaya!!!

Dalam berita bertajuk "Lim minta maaf salah info elaun Mat Sabu," Malaysiakini melaporkan:
Ketua menteri hari ini memohon maaf kepada DUN Pulau Pinang kerana memberi jawapan salah berhubung isu pelantikan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu, sebagai pengarah Perbadanan Bekalan Air Holdings Berhad (PBAHB).

Lim Guan Eng memohon maaf kerana jawapan yang diberikan ketika menggulung perbahasan usul ucapan terima kasih kepada Yang Dipertua Negeri hari ini, berbeza dengan maklumat yang diberikan dalam jawapan bertulisnya kepada Datuk Jasmin Mohamed (BN-Sungai Dua), lapor Bernama.

Menurutnya, Mohamad hanya dilantik sebagai pengarah bukan bebas di perbadanan itu dan menerima elaun tetap RM500 sebulan dan elaun mesyuarat sebanyak RM300 setiap kali menghadiri mesyuarat.
Sebelum ini dalam berita bertajuk "ADUN bidas Mat Sabu dapat banyak elaun," Utusan Malaysia 23/4/09 melaporkan:
Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) hari ini membidas pelantikan serta pemberian elaun kepada Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Mohamad Sabu yang dilantik baru-baru ini.

Datuk Jasmin Mohamed (BN-Sungai Dua) berkata, selain mendapat elaun RM1,500, beliau juga menikmati elaun luar kawasan melibatkan jumlah yang sama sedangkan Mohamad yang juga Naib Presiden Pas difahamkan berasal dari negeri ini.

Malah, beliau mendakwa, elaun tetap Mohamad sebagai Ahli Lembaga Pengarah Bebas juga lebih daripada yang diterima Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan juga Ahli Lembaga Pengarah Tidak Bebas PBAPP.

''Saya pun hairanlah, mengapa beliau ini istimewa sikit sampai dibayar elaun luar kawasan, entahlah kita pun tak tahu mungkin dia duduk di tempat lain," katanya sambil disambut gelak ketawa ADUN BN pada sidang DUN di sini hari ini.
Maka marahlah Jasmin apabila dia berkata:
"Kerana jawapan yang tidak betul diberikan, saya telah membuat komen dan bercakap bohong kepada rakyat mengenai perkara ini.

"Macam mana jawapan boleh berbeza, adakah tidak disemak terlebih dahulu sebelum diberikan kepada kami".
Tetapi, saya rasa Mat Sabu bodo. Tak naik-naik darjah daripada berdemonstrasi dan kena tangkap. Akibat dari berita itu, khabarnya dia dah dok sebut-sebut banyak kali nak berhenti sebagai Ahli Lembaga Pengarah PBAPP. Ceritanya, dia bukan saja dijerkah supaya berhenti oleh kawan-kawannya malah Kak Normah isterinya dok hingaq tak habis suruh dia berhenti. "Takat banyak tu punya duit, Kak Normah pun boleh bagi kat Abang Mat," cerita seorang kawan dari Puchong kepada saya (Mat Sabu dok di Shah Alam. Selalu la kawan di Puchong tu pi rumah Mat Sabu).

Saya dok pikiaq dalam hati, awat yang bodo lughuih bendui sangat! Bukannya pi menyamun PBAPP. Pi mesyuarat bagi opinion, orang bagi duit. Bukannya jenayah!

Tapi saya dah lama kata bodo bila saya diberitahu oleh seorang kawan bahawa Mat Sabu pernah ditawarkan sebagai CEO sebuah syarikat dengan gaji lebih kurang RM15,000 sebulan.

Tetapi, menurut kawan itu, dia tolak. "Kalu aku terima, tak amanah aku ni. Aku bukan reti pun buat kerja tu," kawan tu petik Mat Sabu kata.

Dalam hati saya kata: "Elle lehhh... Lurus sangat pulaaak. Takut tak amanah konon. Orang nak bagi gaji macam tu punya sedap, tak nak. Bodo!"

Sekian saya melaporkan apa yang saya baca, dengar dan kata dalam hati saya.
Read On 24 comments

Pahlawan kesiangan

Pertama

Satu masa dulu, saya pernah berbual mengenai Reformasi di Indonesia. Seseorang memberitahu saya, enam orang mahasiswa sudah terkorban di (Universiti) Trisakti, baru pahlawan kesiangan muncul. Untuk mengetahui makna pahlawan kesiangan, sila ke posting Mustafid Amna bertajuk "Makna pahlawan masa kini".

Pahlawan kesiangan menurut beliau ialah mereka yang "baru mau bekerja (berjuang) setelah peperangan (masa sulit) berakhir atau orang yang ketika masa perjuangan tidak melakukan apa-apa, tetapi setelah peperangan selesai menyatakan diri pejuang".

Teringat kata-kata yang pernah disebut Dr Hatta Ramli, "one day too late".

Kedua

Bila saya baca berita bertajuk "PKPIM desak tarik balik keputusan kabinet" dan posting bertajuk "Anak ikut agama asal ibu bapa bercanggah syarak April 26, 2009," saya teringat posting saya sebelum ini, "Orang PAS tak pandai guna isu".

Ketiga

Nampaknya ramai sungguh yang sibuk dengan urusan yang dilaporkan seperti imej di atas.

Keempat

Antara berita hari ini ialah "Presiden PAS nafi tarik balik kerajaan perpaduan, sebaliknya ditangguh!" (TMJ) - Teringat berita Bernama beberapa hari lalu di mana bapa mertua Ustaz Nik Abduh, Abe Tah, mengambil jalan tengah yang nampaknya begitu seimbang - kerajaan perpaduan ditolak tetapi Tok Guru Presiden tetap relevan. Apa-apa pun, saya suka orang yang strike a balance. Arab kata apa? Tawazun?

Pahlawan yang menyebabkan saya sebak hari ini:

Awwww.... (Datin Paduka Marina Mahathir)
Read On 4 comments

Orang PAS tak pandai guna isu

"Orang PAS memang tak pandai guna isu. Baru ni, isu mansuh kuota 30 peratus dalam entah berapa sektor aku pun tak ingat (video di sini), satu lagi keputusan kabinet fasal mak bapak tak boleh tukar agama anak yang belum cukup umur. Orang PAS tak reti guna isu!
Justify Full
"Kau tengok Umno. Berapa isu sangat dia ada, babi, DAP, tanah (dengan pegangan) 999 tahun, tak banyak pun. Tapi Umno pandai guna. Umno dapat balik banyak persen jugak undi Melayu di Bukit Gantang baru ni.

"Bukan ada isu apa sangat. Belasah (Haji Mohammad) Nizar (Jamaluddin) je. Boneka. Penderhaka. Umno pandai main isu. Dia fokus. Dia dapat apa yang dia nak.

"Kau orang ni nak perintah tak? Nak menang pilihan raya tak?"

Demikian lebih kurang yang saya dapat ingat kata seorang kawan (di atas tu bukan catatan yang tepat dan hanya lebih kurang yang saya ingat). Sebelum ni saya ingat dia orang Umno. Sekarang saya pun tak tau parti apa Mamat tu.

Apa saya jawab ketika dia memperleceh-lecehkan PAS? Banyak lagi yang teruk-teruk termasuk kata "kalau dua Tok Guru orang boleh laga-lagakan dengan mudah, berenti je le. Balik duduk rumah, main dengan cucu lagi bagus" (keratan akhbar di atas adalah antara mainan media mengenai perkara itu dan termasuk tajuk utama Sinar Harian hari ini).

Apa saya jawab? Tak jawab apa pun. Tak reti nak jawab apa. Kalau marah, saya mintak maaf!

Saya teringat belasahan seorang kawan Umno terhadap Nizar (dia kata PAS dia boleh terima tetapi Nizar dia benci - pun saya tak jawab apa). Dia bangkitkan isu Nizar goreng kuetiaw di kedai Cina. Dengan memek muka nak termuntah, dia kata "apa la Nizar ni. (Haji) Mustafa Ali pun nak termuntah dia goreng kuetiaw, tak tahan!"

Apa saya nak jawab? Sebelum itu, perkara tersebut kepada saya adalah non-issue. Tetapi bila dia dakwa dalam kuetiaw tu ada babi, apa aku nak kata? Saya pulak terlupa nak tanya dia, hang ada di situ ka yang hang tau ada babi tu?

Apa pun, tak kisahlah Umno oi. Apa yang hampa nampak PAS buat silap, hampa tolong la belasah. Harap-harap PAS tak rajin sangat buat silap lagi.

Balik kepada cerita orang PAS memang tak pandai guna isu. Tak payahlah nak terloncat-loncat marah. Mai kita pakat-pakat buat homework!
Read On 36 comments

Saya sokong team Manohara semalam

Oleh kerana saya telah menyiarkan pautan-pautan mengenai Manohara Odelia Pinot, adalah tidak adil kalau saya tak siarkan gambar beliau bersama suaminya di Stadium Bukit Jalil semalam. Kepada orang-orang istana pun kena berlaku adil jugak. Tidak lebih dari nak berlaku adil sahaja. Anak saya tanya, kenapaabah sokong Kelantan? Saya jawab, kesian kat depa. Depa mai sampai beratus bas semalam sebab nak sokong team depa. Untuk makluman, setahu saya, Ustaz Nik Abduh peminat bola. Kawe tau la, kawe yang gi ambik tok mentua dia di KL Sentral semale (Gambar ihsan Datuk Seri Anwar Ibrahim).
Read On 14 comments

Ayat Puteri Gunung Ledang Tok Guru Nik Aziz

Dah baca isi hati anak Tok Guru Mursyidul Am, Ustaz Nik Abduh? Dasat jugak perdebatan dalam postingnya yang bertajuk "Kerja-kerja bodoh dalam PAS".

Saya tak nak campur. Saya tak suka dua-dua. Nak berkendak dengan Umno saya meluat. Gila (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) tahap Tampoi sampai tak hormat Presiden pun saya meluat. Meluat sungguh-sungguh!

Namun apa yang menarik dalam posting Ustaz Nik Abduh ialah petikan kata-kata ayahnya. Saya tak la tau membaca isi hati Tok Guru Mursyidul Am PAS. Tetapi, Ustaz Nik Abduh yang saya hormati menulis seperti berikut:
Selamba saja ayahanda memberi komen. "Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan - jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya. Berikan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan misalnya. Kita nak jadi PM mesti mereka tak terima. Jadi kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama."
Setakat cetek dan dangkal saya, secara zahirnya kata-kata tersebut tak ubah seperti kata-kata Puteri Gunung Ledang kepada Tun Mamat bangang pecacai raja ketika puteri itu mengenakan syarat yang luar biasa kepada Sultan Mahmud dengan tujuan untuk menolak peminangan raja bodoh yang rakus dan kurang ajaq itu.

Kalau saya tak betul, tolonglah betulkan. Maklumlah, saya ni sekolah menengah pun tercicir. Lebih dari itu, Tok Guru Mursyidul Am bukan ayah saya. Manalah saya nak tau baca fikiran dia.

Setakat tu saja la ulasan saya. Tak berani nak lajak sangat dalam memberi ulasan.

Tetapi yang saya nak ulas sangat ialah beberapa komen dalam blog ni yang menuntut Tok Guru Presiden berundur. Saya hormati pandangan dan keinginan depa.

Tapi saya teringat perbualan saya dengan seorang bekas pensyarah UKM. Dengan begitu cermat dan sopan, dia menyatakan kegelisahannya terhadap kepimpinan Tok Guru Presiden.

Saya lalu mengajak dia melengung dengan saya fikir seorang demi seorang pemimpin PAS dalam Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Nama Tok Guru Mursyidul Am kami tolak siap-siap. Kami sependapat, dah elok dah Tok Guru Nik Abdul Aziz berada pada jawatannya sekarang.

Kami sama-sama tak ada kepentingan. Yang bekas pensyarah tu ada PhD. Dia pun dah senang lenang dah. Tak payah nak minta apa satu pun dari PAS. Saya pulak, walaupun Tok Guru Presiden melayan saya seperti manusia, tetapi saya yakin dia bukannya berkenan kat saya. Saya tak percaya saya boleh melunakkan hatinya terhadap saya walaupun saya membodek dia sampai tunggin buyung sekalipun.

Kami lalu menyebut nama demi nama. Semua nama yang disebut kami sepakat menolak. Tak dak seorang pun yang layak dan berhak untuk berada pada jawatan Presiden PAS. Lemah macam mana pun Tok Guru Abdul Hadi, belum ada yang layak menggantikannya.

Yang beria-ia sangat bagi komen kat blog ni nak undurkan Tok Guru Abdul Hadi, berapa orang dari hampa yang tua atas jalan? Tau apa dia tua atas jalan? Pi sana sini buat kerja parti sehingga lebih banyak usia dihabiskan atas jalan dari di rumah bersama keluarga.

Berapa orang yang tua atas jalan kerana Islam?!

Berkaitan:
Dakwaan Nik Abduh timbulkan kekeliruan... (Malaysiakini 27/4/09)
Kerja-kerja yang sepatutnya ada dalam PAS (Lot 250 27/4/09)
Read On 27 comments

Kabinet Najib bunuh amar ma'ruf

Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu menyifatkan kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak membunuh amar ma'ruf bila memutuskan bahawa anak kepada pasangan yang menukar agama yang masih di bawah umur hendaklah dibesarkan mengikut agama asal ibu bapa mereka semasa melangsungkan perkahwinan (lihat Utusan Malaysia 24/4/09).

"Najib dan kabinet dia dah jadikan Malaysia kuboq (tanah perkuburan) da'wah.

"Mak ayah yang masuk Islam tak boleh nak dakwah anak dia sendiri sampai jadi Islam. Bunuh da'wah, bunuh amar ma'ruf. Nahi mungkar dah lama depa bunuh," katanya ketika kami berbual dalam telefon. Saya tak sempat jumpa dia petang semalam. Hanya dapat berbual dalam telefon sahaja.

"Sampai ugama kita pun Ong Tee Keat , Koh Tsu Koon, Bernard Dompok yang tentukan boleh da'wah ka, tak boleh ka, ni dah melampau Najib ni," katanya lagi.

Datuk Ong Tee Keat (Menteri Pengangkutan), Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) dan Tan Sri Bernard Dompok (Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi) adalah antara anggota kabinet Najib.

"Bagi tanah kat penduduk kampung baru Cina depa marah sangat, depa juai (jual) ugama tak pa pulak. Susah payah Nabi Muhammad da'wahkan Islam, depa senang-senang juai ugama. Bunuh amar ma'ruf".

Keputusan itu (lihat petiakn berita di bawah) bercanggah dengan perintah Allah yang mewajibkan kita melaksanakan amar ma'ruf nahi mungkar. Nabi Muhammad s.'a.w. dahulu berperang apabila da'wah Islam dalam keadaan aman disekat oleh penguasa-penguasa angkuh dan zalim.

Keputusan itu juga membunuh hak ibu atau bapa yang memeluk Islam melaksanakan tugas membentuk anak-anaknya seperti yang tergambar dalam riwayat berikut: Setiap anak Adam itu dilahirkan dalam keadaan fitrah, ibu bapanya yang menjadikan ia Yahudi, Majusi dan Nasrani.

Bunuh ajaran Islam (amar ma'ruf nahi mungkar) rupa-rupanya boleh pulak dalam hukum hakam depa. Yang tak boleh bagi tanah tapak rumah kat orang Cina penduduk kampung baru.

Kalau Cina yang kaya raya macam kompeni KL Kepong, bagi sampai 22,000 ekar pun tak pa. Kalau Cina kaya raya macam kompeni YTL, bagi tanah rezab Melayu pun tak pa.

Bagi tanah tapak rumah kat Cina rakyat biasa tak boleh. Sebab tu la sampai la ni menggelejat marah sangat sebab bagi tanah kat Cina kampung baru. Macamlah orang-orang Cina di Malaysia ni tak bayar cukai hingga tak ada hak apa satu pun.

Sedih sangatlah kononnya. Sebak. Piirahhh!

Bagaimana pula nasib Melayu yang macam nak mampuih meneroka tanah untuk tempat berteduh dan cari makan? Cari makan, bukannya kerana nak kaya.

Berikut apa yang peguam Haji Salleh Buang tulis (PDF di sini):
Kes Sidek & 461 Ors lwn. Kerajaan Negeri Perak [1982] 1 MLJ 313, Raja Azlan Shah CJ (Malaya) memutuskan bahawa “Setinggan tidak ada hak di sisi undang-undang atau ekuiti” (Squatters have no rights in law or equity).
Petikan berita bertajuk "Anutan anak ibu bapa tukar agama kekal" (Utusan Malaysia 24/4/09):
Beliau memberitahu, keputusan itu dibuat sebagai penyelesaian jangka panjang bagi menangani isu tukar agama dan terbaru berkaitan dengan kes K. Pathmanaban dari Ipoh yang membawa tiga anaknya memeluk Islam, baru-baru ini.

Kata Mohamed Nazri, keputusan itu adalah berdasarkan pandangan jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyelesaikan kes Pathmanaban atau nama Islam, Mohd. Ridzuan Abdullah, 40.

Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Nasional dan Pengurusan Prestasi), Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon turut disertai Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom; dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Tiga kanak-kanak berkenaan iaitu Tevi Darsiny, 12; Karan Dinesh, 11 dan Prasana Diksa, setahun, yang dibawa memeluk Islam oleh Mohd. Ridzuan pada 12 April lalu dengan hanya menggunakan bukti sijil kelahiran.
Berkaitan:
Agama anak: Kabinet diminta kaji semula (Siasah 25/4/09)


Read On 15 comments

Datuk Seri Azizan Razak layak jadi Presiden Pas

Orang hantar email berikut kepada saya. Soal saya setuju atau tak setuju, itu soal lain. Tapi, atas nama demokrasi dan menghormati kebebasan bersuara (kecuali yang boleh menyebabkan aku kena saman), saya siarkan:
Datuk Seri Azizan Razak layak jadi Presiden Pas

Pada dasarnya ahli akar umbi Pas di Kedah kali ini mahukan seorang pemimpinnya menjadi pemimpin kanan dalam Pas setelah berjaya dalam usahanya merampas kerajaan Kedah daripada BN. Ini bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk dicapai tanpa kewibawaan kepimpinan YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak di samping keberkatan naungan Ilahi.

YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan yang merupakan anak didik Almarhum Ustaz Fadzil Noor adalah pimpinan pelapis yang diketengahkan oleh Almarhum untuk memimpin PAS satu hari nanti.

YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan adalah pemimpin yang pandai menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan. Beliau tidak lagi terikat dengan pakaian jubah dan serban sepanjang masa. Sebaliknya cara berpakaiannya itu adalah bersesuaian dengan majlis yang dihadirinya.

Selain itu hubungan beliau dengan rakyat pelbagai kaum adalah begitu akrab sekali tanpa mengira bangsa samada Melayu, Cina, India atau Siam. Sejak Kedah di bawah pentadbirannya, beliau telah mentadbir dengan baik kepada rakyat kedah.

Kemenangan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil Bukit Selambau tempoh hari membuktikan bahawa kewibawaan dan kepimpinan YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan telah diterima dengan baik oleh majoriti pengundi di Kedah.

Ianya juga telah melonjakkan lagi nama YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan di mata rakyat Kedah khususnya dan ahli-ahli Pas amnya.

Di samping itu, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan adalah seorang pemimpin yang boleh diterima oleh semua golongan dalam Pas termasuk Ulama, Ustaz, profesional dan ahli di peringkat grass root (akar umbi).

YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan juga pandai untuk menjadikan musuh politik iaitu Umno sebagai rakan. Mana-mana jawatan atas tiket politik di negeri Kedah yang dilantik oleh Umno sebelum jatuh tersungkur pada tahun lepas dikekalkan oleh beliau tanpa membuang begitu sahaja sehinggalah kontrak mereka tamat.

Keadaan ini telah menjadikan motto ‘Kedah sejahtera’ tercapai dalam masa yang singkat sahaja kerana Kedah aman damai di bawah pentadbiran YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan.

Sekiranya sebuah negeri yang besar seperti Kedah boleh ditadbir dengan baik oleh beliau, tidak mustahil Pas dapat dipimpin dengan lebih baik lagi di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan.

Berikut adalah profil YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak:

ASAL

Anak kelahiran Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah

Dilahirkan pada tahun 1944

Ayahnya, Haji Abdul Razak Haji Awang adalah imam dan pimpinan masyarakat setempat serta salah seorang pejuang kemerdekaan menentang British

PENDIDIKAN

Sekolah Kebangsaan Sungai LimauMaktab Mahmud, Alor Star (1959 - 1965)

Universiti Al-Azhar

University Of Kent, Canterbury

KERJAYA

Tenaga pengajar Maktab Mahmud, Alor Star (1966)

Ketua Jabatan Syariah, UKM

Pensyarah pelawat Mindanao State University, Filipina

Pensyarah UIAM (1983-1984, 1986-1995)

PENGALAMAN ANTARABANGSA

Muktamar Al-Haj anjuran All Indian Iranian Association di New Delhi (1980)

Pembentangan Kertas Kerja di 1st Asean Syariah Administration Conference Workshop - Manila (1983)

Persidangan Gerakan Islam Sedunia, Lubnan (2001)

Conference of South East Asia Islamic Law, Manila

PENULISAN ANTARABANGSA

Dirasah Hawla At-Tashriq Al Islami, terbitan Kementerian Hal Ehwal Agama Filipina

Introduction To Islamic Law Jurisprudence, terbitan Office of Muslim Affair and Cultural Communities, Quezon City, Filipina, 1986

Syariah, Adat And Command Law Amongst the Maranaos of Southern Philippines : And Exploratory and Corporative Study, terbitan Southeast Asian Studies Program

Oleh:

Ahli Seumur hidup Pas
Read On 25 comments

Rakyat dibiawakkan (2)

Ketika berbual melalui telefon, Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar tanya saya, "hang seronok ka kerajaan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) bawak keluaq RM1 bilion untuk subsidi gula, tepung dan roti?"

Saya tak jawab. Sambil saya dok teringat bahawa saya pernah tulis fasal mafia gula, mafia tepung, mafia telekomunikasi, mafia IPP, mafia AP dan entah apa menatang mafia lagi, Mahfuz terus kata, "kita (rakyat) dapat (manfaat) sejemput, depa dapat (manfaat) berguni-guni".

Mengenai gula, sebelum ini saya telah ceritakan sebuah tulisan yang menyatakan Raja Gula Tan Sri Robert Kuok Hock Nien mengawal 80 peratus pasaran gula di Malaysia.

Di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mohtar Radin pernah bertanya:
Rakyat juga ingin bertanya siapa itu Robert Kuok, yang diberi konsesi import gula secara perseorangan. Bertahun-tahun gula masih krisis. Kenapa tidak diberi lesen kepada orang lain? Kenapa dia sahaja yang monopoli?
Dalam artikel Malaysiakini bertajuk "Kekurangan gula: Hentikan monopoli 'raja' gula," Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman pernah bertanya:
Kita tidak nampak sebabnya mengapa jumlah syarikat pengeluar gula perlu dihadkan kepada empat buah sahaja, dan itupun dikuasai oleh dua orang sahaja – 'Raja Gula''Sugar King' Robert Kuok dan Syed Mokhtar Al-Bukhary.
Saya tak pandai cakap elok-elok macam orang politik. Saya hanya tahu bertanya, mengapa rakyat terus dibiawakkan?
Read On 14 comments

Bukit Gantang merestui Zambry

Di dalam postingnya yang bertajuk "By-Election," bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menghiasi "lauk pengantinnya" dengan begitu banyak "sayur-sayuran" (klik di sini untuk memahaminya). Ada juga sayur-sayur itu yang saya nampak sudah layu. Saya terus terkam lauk pengantinnya:
In case they won't, can I give my opinion via this blog. There were lots of banners and posters in Bukit Gantang. A lot of them showed the portraits of the candidate. But quite a lot showed the picture of the Menteri Besar.
Saya harap Adun Pangkoq, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir akan menikmati lauk pengantin itu dengan penuh selera.

Bak kata orang, kalau tak faham pun tak pa.

Sambil itu, adakah anda peminat Zambry yang merasa begitu megah dan kembang tak terkata bila melihat gambar wajahnya "menyeghongam" di mana-mana? Nampaknya, Bukit Gantang merestui Zambry.

Apa pun, di Restoran Thaqwa milik saudara seagama kita yang berbangsa India dekat Markaz Tarbiyyah PAS di Taman Melewar, ramai yang dok jerit-jerit, "Zambry... Teh tarik satu!!" (Gambar di atas ihsan The Nut Graph).

Untuk perhatian semua:
Anak Tan Sri Sanusi Junid menabur bakti kepada kita semua. AlhamduliLlah. Klik di sini.
Read On 9 comments

Bangkai memalukan Melayu

Pertama:

Seperti juga bangsa-bangsa lain, dalam rumpun Melayu juga ada Melayu yang ada akal. Ada yang bodoh punya Melayu. Yang lebih teruk lagi ialah Melayu yang memalukan Melayu. Jenis ini tak layak dihormati sebagai manusia. Mereka hakikatnya bangkai. Lebihnya mereka ialah mereka adalah bangkai yang masih boleh bergerak - bangkai bergerak.

Kedua:

Semalam terpacul berita bertajuk "Hina Sultan: Laporan polis terhadap Malaysiakini" dalam Utusan Malaysia (imej di atas ihsan Malaysiakini). Hari ini, dalam berita bertajuk "False police report lodged against Malaysiakini," Malaysiakini melaporkan:
Malaysiakini contacted GMP this morning to seek clarification over the police report and was told by Mohd Hilmi that he was not aware if Malaysiakini had carried such a report before going to the police.

“I didn’t know about the said article. I was informed by my staff and I lodged a report,” he said.

When asked if he realised that he could have tarnished Malaysiakini reputation with his police report, Mohd Hilmi asked: “Isn’t Malaysiakini the same as Malaysian Today or some other blogs?”
Dengan berita di atas, perlu ditanya adakah mana-mana kenyataan GMP dan si Hilmi khususnya mempunyai walau sedikit pun kredibiliti? Teringat kata-kata masa di sekolah King Edward VII, Taiping dulu: Haiya, kawan aaa, mau bikin pangsai chua?!
Read On 12 comments

Anak-anak! Jangan percaya sikit pun Umno tu!

Update 12.40 PM 23/4/09

Anonymous Thursday, April 23, 2009 12:32:00 PM berkata:
Nothing is fair in this world. Other races have the same feeling or anger as you when they go to interview in certain department and company. Don't worry, be happy!
Saya dah kata dalam posting saya bertajuk "Diskriminasi yang tidak tersembunyi":
Kalau Melayu kaya menganiayai Cina miskin atau India miskin, Melayu kaya itulah musuh saya!
Posting asal

Bila baca berita Utusan Malaysia bertajuk "27 sub sektor perkhidmatan diliberalisasi - PM" (sila klik untuk besarkan imej di sebelah), saya teringat posting saya bertajuk "Diskriminasi yang tidak tersembunyi".

Antara lain saya tulis:
Bila anak saya balik, saja-saja la saya tanya, "Macam mana?"

"Tak interview pun. Dia tak nak orang Melayu. Dia cakap nak orang yang pandai cakap Cina je..."

Saya terus naik marah. Marah sungguh-sungguh.

Bukan kerana mereka melakukan diskriminasi. Saya tahu, meletakkan syarat boleh berbahasa Cina adalah cara diskriminasi yang hanya dilindungi dengan smokescreen sahaja.

Lantak pi lah! Company depa, suka hati depalah nak diskriminasi siapa pun. Depa banyak duit, buatlah company banyak-banyak dan jangan bagi langsung orang Melayu kerja dalam company depa. Lantak hampalah, company hampa.

Saya tak akan komplen seperti Aisehman, antara lain, dalam postingnya "What a load of motherfucking bullshit" (tak dak dah. Tanya Aisehman mana dia buang posting tu).

Tetapi saya marah kerana dua sebab.

Mengapa dalam iklan tidak dinyatakan mesti boleh berbahasa Cina?

Ketika anak saya memperkenalkan dirinya bernama Muhammad Baqir, tentulah yang mempunyai nama Muhammad Baqir umumnya bukan berbangsa Cina dan tidak tahu berbahasa Cina.

Mengapa ketika anak saya menelefon untuk menghadiri temuduga itu tidak dinyatakan syarat boleh berbahasa Cina, kalaupun tidak dinyatakan dalam iklan?

Mengapa siap bagi alamat tempat untuk ditemuduga dan membiarkan anak saya datang ke temuduga pekerjaan yang mensyaratkannya boleh berbahasa Cina?
Selepas ini, syarikat-syarikat yang tak nak Melayu tu tak perlu lagi bubuh syarat "mesti tau cakap Cina". Mereka boleh terus beritahu, "Latuk Najib sulah cakap kita punya bisnes tak mau Melayu pun boleh!"

Semakin keras pendirian saya seperti yang saya tulis di dalam posting itu: Selepas berhenti kerja dengan kerajaan pada tahun 1983, saya tidak pernah berkerja dengan mana-mana firma atau syarikat bukan Melayu, jauh lagi yang diskriminatif. Saya terus hidup, sihat dan makan dengan kenyang. Insya Allah, saya akan mendidik anak saya melakukan perkara yang sama.

Amin tanya mana dia muka-muka hamlau yang kata nak bela Melayu di sini. Aku dah malas tanya, Amin. Tengah duit pun aku tak percaya Umno! Anak-anak abah, jangan percaya sikit pun Umno tu!

Orang Datuk Ibrahim Ali pernah bagi tau saya, Sultan Perak tak senang hati sebab kerajaan pimpinan Haji Mohammad Nizar Jamaluddin (dia ni kena belajar mematuhi keputusan mesyuarat di dalam PAS dan jangan buat pandai-pandai tanpa keputusan mesyuarat) bagi tanah milik kekal kepada penduduk kampung baru Cina.

Saya pula tak senang hati dengan keputusan hakim terhadap orang-orang Melayu yang dah macam nak mampus menghempas kudrat mereka meneroka tanah. Lihat apa yang peguam Haji Salleh Buang tulis (PDF di sini):
Kes Sidek & 461 Ors lwn. Kerajaan Negeri Perak [1982] 1 MLJ 313, Raja Azlan Shah CJ (Malaya) memutuskan bahawa “Setinggan tidak ada hak di sisi undang-undang atau ekuiti” (Squatters have no rights in law or equity).
Read On 37 comments

****** telah merenggut kegadisannya...

Raja muda Perak, Nazrin Shah berkata: "Untuk itu warga perlu diinsafkan supaya jangan terlalu cepat membuang pelita, kerana riang melihatkan fajar akan menyingsing; kerana hari siang juga akan berakhir.

"Jangan nanti bila malam mendakap senja, warga dan bangsa akan hidup teraba-raba - hilang haluan, kerana diselimuti kegelapan malam tanpa pelita".

Anda boleh mengikuti kisah-kisah apa yang didakwa sebagai pelita di sini, di sini, di sini, di sini, di sini, di sini, di sini dan di sini.

Ada juga yang tertulis seperti berikut di sini:
Desember acara tahun baru kemarin, anak saya datang kepada saya memohon maaf. Menangis mengatakan bahwa ****** telah merenggut kegadisannya. Anak saya bilang, ****** bilang, if you love me, you have to give it to me.
Bacaan tambahan di sini dan di sini.
Read On 20 comments

Bersihkan nama perangai keji!

Di kalangan ahli-ahli politik, ada banyak perkara yang tidak dinyatakan secara terang-terangan di hadapan umum. Contohnya:
1. Stop womanising (berhenti main betina)
2. Divorce that woman (ceraikan perempuan itu)
3. Kesilapan terbesar saya ialah kahwin dengan perempuan itu

Memang. tidak kesemuanya boleh diucapkan di hadapan umum. Ahli politik sentiasa takut pihak lawan memanipulasinya. Yang suka ialah rakyat bawahan macam kita. Kalau PAS buat salah atau silap, saya suka kalau Umno dan bala tenteranya seperti TV3, Utusan atau siapa saja hentam PAS. Dengan hentaman yang penuh rasukan itu, saya sentiasa berharap PAS akan berhati-hati dan tidak buat salah atau silap.

Tetapi, bila kenyataan dibuat secara terbuka sehingga semua orang boleh baca, peminat politik seperti saya akan membaca between the lines. Memanglah, kenyataan ke atas kawan dibuat dengan cermat dan selalunya dihiasi dengan ayat-ayat cinta yang memihak atau menunjukkan keprihatinan, simpati malah apa yang boleh dibaca sebagai perasaan kasih.

Itu semua macam sayur-sayur yang menjadi penghias lauk pengantin. Selalu terjadi, orang tak peduli dan tak sentuh pun sayur-sayur itu. Yang orang terkam ialah lauk pengantin yang nampak lazat sangat tu.

Tanpa mempedulikan "sayur-sayur" yang menjadi hiasan lauk, saya nak terkam dan nak tumpang makan puas-puas "lauk pengantin" yang nampak sedap sangat tu! Anda juga boleh tumpang makan, sedap sangat! Makan-makan:
1. ...it is what Malaysians think that counts. It is with them that Najib has to clear his name.

2. Unfortunately the inclusion of several unsavoury characters who had been accused of being corrupt while in the previous Government, seem to negate this desire.
Baru terlintas dalam fikiran saya: If there is nothing to clear, the grand old man must be asking something stupid!
Read On 6 comments

Najib macam tak nak, Tun suruh jugak bersihkan nama

Dalam posting bertajuk "TV tak boleh sebut Razak Baginda" saya tulis:
Sampai nak tanya pun tak boleh. Awat yang teruk sampai lagu tu? Kita tak tuduh apa pun. Kita tanya ja. Bila kita tanya, awat tak ambik tindakan undang terhadap akhbar Liberation yang tuduh macam-macam dan beberapa akhbar lain di sini, bukan main lagi menggelejat marah. Siap bagi warning dan tiba-tiba jadi mufti dan bercakap mengenai beberapa hukum Islam.
Hari ini, dalam berita Malaysiakini bertajuk "PM has to clear his name, says Dr M," bekas Perdana Menteri dilaporkan menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membersihkan namanya. Najib, kata Dr Mahathir, dituduh rasuah dan mempunyai kaitan dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu (sila klik untuk besarkan imej dari berita Malaysiakini di sebelah).

Dalam telefon tadi, Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu membangkitkan pertanyaan "Awat yang Dr Mahathir dok kalut sangat suruh Najib bersihkan nama dia? Yang kita tau, Najib liat sungguh nak buat lagu tu. Dah kawan tu tak nak, awat yang Dr Mahathir dok suruh jugak-jugak?

"Ca hang perati sikit. Mula-mula Dr Mahathir kata kabinet Najib ada orang yang perangai keji. Lepas tu Najib kata dia nak buat jugak WPI (Wilayah Pembangunan Iskandar) yang Dr Mahathir tak suka. Ni dah Dr Mahathir kata Najib kena bersihkan nama pulak".

Yang saya nak kata pulak, ingat ka Tun tak perasan yang Najib tak bersihkan nama dia lagi...

Menarik:
Ahli Umno akan cabar keputusan pemilihan Umno 2009 dengan perintah mahkamah (Suara Keadilan)

mStar Online 22/4/09
Read On 11 comments

Najib bukan lagi budak Mahathir?

Bernama melaporkan, "PM komited terus bangunkan Iskandar Malaysia".

Terima kasih Datuk Seri Najib Tun Razak! Sesuailah dengan apa yang dinyatakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad: "Kenapa kita harus bergantung sangat dengan penyertaan Singapura untuk membangun Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI)? KaIau pun mereka bersetuju untuk terlibat dalam WPI mereka nanti akan membeli rumah atau kilang dan menginap di situ.

"Singapura dikatakan ada rancangan untuk menambah jumlah penduduknya sehingga 8 hingga 10 juta orang. Dan sebahagian besar orang-orang itu akan diimport dari tanah besar Cina. Oleh kerana di negaranya sendiri hanya boleh memuatkan setakat lima hingga enam juta maka baki penduduk itu mungkin akan ditempatkan di WPI. Jadi kalau kita kita tidak berwaspada, WPI akan akhirhya dipenuhi oleh penduduk warga Singapura.

"Pengalaman silam telah mengajar kita bahawa kita kehilangan Singapura dulu, kerana penduduk Cina lebih ramai dari orang Melayu. Dan esok jika kerajaan membiarkan warga Cina Singapura ramai menduduki WPI (dengan berniaga, bekerja dan membeli banyak hartanah di situ) lebih dari penduduk Melayu, maka WPI akan dikuasai oleh orang Cina Singapura kerana orang Melayu tidak mampu membeli rumah di wilayah itu".

Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris) pernah menyatakan, Akta IRDA 664 yang diwujudkan untuk memudahcarakan cita-cita mewujudkan WPI bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang bercirikan demokrasi berpelembagaan kerana Akta IRDA 664 dan pembangunan WPI mengenepikan hak bangsa Melayu, menggugat kesucian agama Islam dan mencabar kedaulatan raja dan negara.

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP, Datuk A Kadir Jasin pernah menulis mengenai kebimbangan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah terhadap aset negara, khasnya yang dipegang oleh Bumiputera, yang dijangka akan jatuh ke tangan orang asing dan tidak mungkin boleh ditebus kembali akibat tindakan kerajaan menolak DEB di WPI.

Adakah Najib mempromosikan WPI dengan tujuan menggeletek ahli-ahli Umno supaya menentang wilayah pembangunan itu (ahli-ahli Umno sahaja yang layak diambilkira suara mereka!) dan kemudian beliau pun menolak serta membatalkan WPI lalu popularlah dia di kalangan ahli-ahli Umno.

Atau, adakah Najib memang benar-benar promoter WPI? Mempromosikan WPI dengan tujuan menjerkah Dr Mahathir - "Look here. I am no more your obedient boy!"


Read On 8 comments

Kepimpinan ulama jadi pendinding kelemahan (2)

Di dalam posting saya bertajuk "Kepimpinan ulama jadi pendinding kelemahan," Tok Pengulu (April 21, 2009 1:46:00 PM) memberi komen seperti berikut:
bakaq ni adalah seorang perayu undi untuk geng edorgan. harap korang semua paham!
Alahai, Awang oi! Ca hang tengok posting aku pada 6/9/07 bertajuk "Nasharudin: Persoalannya ialah prestasi". Masa itu, 2007, dah ada gelaran Erdogan ka?

Baca juga posting saya bertajuk "Harun Taib tak suka saya pun!". Ustaz Harun Taib tu Erdogan ka?

Saya masih ingat lagi, pada masa itu ramai pemimpin PAS yang menelefon saya. Mereka tak kata mereka sokong dua artikel yang saya tulis di atas. Tetapi mereka sangat mesra kepada saya pada masa itu.

Malangnya, saya kini bagaikan musuh kepada beberapa orang dari mereka. Setelah mereka memegang jawatan yang sangat tinggi atau yang tinggi-tinggi di dalam kerajaan negeri-negeri, saya mengkritik prestasi mereka. Walaupun saya dipandang sebagai musuh, saya tetap menghulurkan tangan untuk bersalam. Tanpa memandang muka saya, body language salah seorang dari mereka dengan jelas menunjukkan marah yang amat sangat kepada saya walaupun bersalam juga macam nak tak nak.

Tak kisah. Dah gatai sangat mengkritik, ambik habuan aku! Cuba kalau aku ni sami'na wa ato'na dengan penuh thiqah dan wala', tentu tak ada apa-apa.

Berbalik kepada persoalan prestasi, kepada saya puak pro-perpaduan dengan Umno (juga pelbagai nama manja yang diberikan kepadanya) atau Erdogan hanyalah perbezaan pemikiran.

Saya menyampah kedua-duanya. Gila nak berpadu dengan Umno (kasihan Asy-Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan Asy-Syahid Othman Talib!) atau gila (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) - macamlah Anwar sorang yang mampu menyatukan rakyat yang menentang Barisan Nasional (BN) dan berkebolehan memimpin Malaysia. Meluat aku! (Go and ask pro-PAS corporate figures, what do they think about Anwar).

Tak kiralaha pa pun pendirian saya. Tetapi, saya yakin, orang-orang PAS hanya mahu pemimpin yang tegas memperjuangkan Fasal 5 Perlembagaan PAS, cerdik dan rajin. Kalau ada perbezaan pemikiran, mereka boleh meraikannya. Mereka tak akan kata "meluat aku!"

Persoalannya sekarang ialah prestasi. Sebahagian yang amat besar ahli PAS yang saya jumpa tak sanggup lagi terima underperformance. Mereka tak sanggup lagi menerima pemimpin yang dekat tiap-tiap hari orang kata bodoh dan pemalas.

Berkaitan:
Kenyataan berikut saya petik dari berita Malaysiakini bertajuk "No 2 PAS: Husam, Azizan calon popular di Kedah":
Seorang pemimpin akar umbi PAS memberitahu Malaysiakini, penyandang jawatan itu sekarang, Nasharuddin Md Isa tidak lagi popular di negeri itu kerana didakwa "tidak banyak membantu presiden" menjalankan tugasnya.
Read On 21 comments

Kepimpinan ulama jadi pendinding kelemahan

Perkembangan mesyuarat agung kawasan-kawasan memperlihatkan pencalonan yang pelbagai untuk jawatan Timbalan Presiden PAS. Apa yang terlihat kepada saya ialah kesungguhan hendak menukar Timbalan Presiden parti itu. Bagi jawatan Presiden, walaupun ada kawasan yang mencalonkan calon lain, tetapi saya tak nampak arus.

Namun apa yang melucukan ialah mereka yang hendak mempertahankan Timbalan Presiden yang ada sekarang nampak sangat menggunakan kata-kata seperti "hendak menghancurkan kepimpinan ulama," "PAS sudah nak jadi macam Umno" dan entah apa-apa lagi. Macam Umno juga, mereka menggunakan strategi menakut-nakutkan pihak yang hendak membuat perubahan.

Pihak yang hendak membuat perubahan tentulah takut tak terkira apabila dituduh "hendak menghancurkan kepimpinan ulama" atau "hendak jadikan PAS macam Umno". Kata-kata itu juga boleh menyebabkan pihak lain di dalam PAS menggelekat tak tentu arah. Tak boleh salahkan mereka. Tentulah mereka akan marah kalau ada yang "hendak menghancurkan kepimpinan ulama" atau "hendak jadikan PAS macam Umno" seolah-olah Majlis Syura Ulama hendak dimusnahkan dan Fasal 5 Perlembagaan PAS hendak dibunuh.

Bagus juga strategi menakut-nakutkan itu. Sekali imbas nampak berkesan.

Kali ni saya tidak hanya melaporkan. Saya tumpang sekaki dalam laporan saya. Sebab saya teringin juga nak tengok sejauh manakah berkesannya strategi menakut-nakutkan itu - dengan menggunakan ayat-ayat power seperti "hendak menghancurkan kepimpinan ulama" atau "hendak jadikan PAS macam Umno".

Bolehkah jampi serapah yang nampak sangat gelabah itu menjadi pendinding atau kubu kuat yang melindungi kelemahan below the standard performance atau yang Orang Putih selaku kata underperformance.
Read On 36 comments

Blog Kelantan yang hebat

Dari berita Malaysiakini 21/4/09 bertajuk "Model muda didera suami kerabat Kelantan"

Saya diberitahu tentang kewujudan blog yang bernama "Kelantan Palace". Seronok juga baca blog tu. Di atas ialah antara gambar dalam blog tu. Apa pun, komen-komen yang boleh menyebabkan saya kenan sama akan terus direject.

Read On 16 comments

Datuk dari KL Kepong dan Masterskill

Antara penerima anugerah Datuk dari sultan Perak (sila lihat berita Bernama di sini) ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Masterskill Education Berhad, Datuk R. Santhara Kumar dan Pengarah KL Kepong/Taiko Yeoh Eng Khoon.

Untuk mengetahui tentang Masterskill, sila lihat hansard Dewan Rakyat di sini. Tunggu sampai keluar semua. Selepas itu, pergi tempat search (lihat imej di bawah) dan taip Masterskill. Lepas tu, enter. Boleh juga taip nombor 109 sebelum yang tertulis /153 tu (sila klik untuk besarkan imej).

KL Kepong? Lihat posting Ustaz Idris Ahmad bertajuk bertajuk "Fakta Umno khianat tanah orang Melayu". Tengok cerita mengenai tanah 22,000 ekar di Lekir, Manjung. Siapa dapat di zaman Umno perintah Perak?

Bernama juga melaporkan ucapan raja muda Perak dalam berita bertajuk "Raja Nazrin tekad pertahan institusi beraja daripada dipersenda". Ada orang mendakwa, penulis ucapan raja muda Perak ialah Datuk Seri Panglima Mohd Annuar Zaini. Kalaulah betul dia yang tulis, pandai dia tulis.

Ahirudin Attan ada tulis sikit baru-baru ni mengenai Annuar dalam posting bertajuk "Anuar Zaini's baby".

Sebelum itu, dalam postingnya yang bertajuk "Bukit Gantang by-election: Anwar vs the Sultan," Ahirudin menulis seperti berikut:
A Pakatan Rakyat victory at Bukit Gantang can and will be used as proof, beyond any doubt, that Sultan Azlan Shah should not have given back the state of Perak to Barisan Nasional.

That the HRH's decision was against the wishes of his people, who want PR and not BN to represent them.

Fielding Nizar in Bukit Gantang is a political statement. If he wins, the former Perak MB, hailed by some as the modern Hang Jebat for his "mohon derhaka" antic, would be seen as having won not just against the BN but, more importantly, against the Sultan.

It will prove that this Jebat Moden was right and that the Sultan had wronged him.
Tiada ulasan. Saya hanya melaporkan sahaja. (Antara laporan mesyuarat agung PAS kawasan ialah di sini).




Read On 9 comments

PhD tapi bodoh!

Tindakan gantung tugas Setiausaha DUN tidak sah

Utusan Malaysia (18/04/2009): Tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V. Sivakumar menggantung tugas Abdullah Antong Sabri sebagai Setiausaha DUN Perak seperti yang dilaporkan media hari ini adalah tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan, kata Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri Perak Datuk Dr Abdul Rahman Hashim.

Beliau berkata jawatan Setiausaha DUN Perak adalah jawatan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) Gred M52 yang diluluskan oleh pihak berkuasa negeri melalui waran perjawatan yang ditandatangani oleh Menteri Besar Perak.

“Proses pelantikan dan pengisian jawatan itu memerlukan kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Selepas itu selaku SUK kerajaan negeri Perak dan bagi pihak kerajaan negeri, saya akan mengeluarkan surat rasmi pelantikan Setiausaha DUN Perak.

“Dengan ini dimaklumkan bahawa pihak JPA mahupun kerajaan negeri atau saya tidak ada mengambil sebarang tindakan ke atas Abdullah,” katanya di sini hari ini. - Bernama
Read On 17 comments
 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008