Pemuda Umno dianggap khianat, amal politik longkang




Ketika MCA dilaporkan oleh The Star (komen-komen di sini) menganggap Pemuda Umbno menghina sistem demokrasi negara ini, kedaulatan undang-undang, pengundi, Parlimen dan memusnahkan imej negara, akhbar yang sama juga (komen-komen di sini) menyiarkan surat pembaca yang menyifatkan tindakan Pemuda Umno menyerang Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh sebagai politik longkang dan khianat.

Pembaca yang memperkenalkan dirinya sebagai Halimah Mohd Said itu berkata Pemuda Umno pastinya gila jika mereka merasa cara untuk menentang politik longkang Karpal Singh ialah dengan menunjuk-nunjuk versi politik longkang mereka pula.

"Tindakan mereka menceroboh Parlimen yang mulia boleh dianggap sebagai pengkhianatan paling buruk kerana mereka bukan sahaja menceroboh kawasan fizikal Yang Yang di-Pertua Dewan dan ahli-ahli Parlimen malah lebih dari itu, menceroboh pemelihara fizikal perlembagaan negara dan semua yang dilindunginya.

"Ketika orang-orang ini mempertahankan ketuanan mereka dan adab, kedaulatan raja-raja, Bahasa Melayu dan Islam, tidakkah mereka sedar bahawa mereka sendiri mestilah menjadi contoh dan menjunjung kesemua itu?

"Adakah mereka masih ingat bahawa Islam dan adat Melayu penuh dengan tuntutan supaya kita sentiasa memperlihatkan tingkah laku yang baik.

"Apabila kita menuduh orang lain derhaka dan khianat kepada Sultan, tidakkah kita sedar bahawa Parlimen adalah persada yang sah kepada sistem raja berperlembagaan kita dan menceroboh tempat yang tidak harus disentuh ini adalah lebih serius dari menunjuk perasaan di luar istana?

"Apa yang sebenarnya difikirkan oleh ahli-ahli politik apabila melibatkan penyokong-penyokong mereka dengan cara-cara yang tidak masuk akal ini? Adakah mereka cuba melakukan provokasi sehingga tercetusnya anarki dan pemberontakan mereka yang tidak rasional dan emosional? Atau adakah mereka cuba merebut undi di dalam pemilihan parti dan pilihan raya kecil yang akan datang?

"Bukan sahaja ia tidak akan memulihkan imej dan kedudukan parti di sisi para pengundi, malah mereka terus memusnahkannya. Rakyat Malaysia lebih waras berbanding ahli politik yang kita undi supaya berkuasa!" kata Halimah.

Malaysiakini oula melaporkan Pemuda Umno tidak akan meminta maaf walaupun melakukan tindakan yang disifatkan oleh Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh sebagai bodoh dan memalukan seluruh rakyat Malaysia.

Dalam kenyataan yang dilihat sebagai merestui tindakan yang disifatkan Halimah sebagai politik longkang, khianat dan tidak masuk akal itu, Ketua Pemuda Umno Datuk Hishammuddin Hussein berkata: "Tidak timbul isu minta maaf. Provokasi ini bukan kali pertama, dengan menuduhkan kita celaka, tuduh kita terlibat (menghantar) peluru (kepada Karpal) dan isu-isu membabit raja-raja Melayu dan kedaulatannya.

"Kalau diheret ke mahkamah pun saya sanggup lakukan untuk memperjelaskan apa yang berlaku".
Read On 15 comments

Alangkah bertuahnya Pemuda Umno!!

Mula-mula saya petik hansard mengenai apa yang berlaku dalam Dewan Rakyat pada 19/2/2009:
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Hei, beruk!!
Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Beruk sahaja kenal dengan beruk tau!
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Kamu jangan kurang ajar ya!
Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Beruk besar kenal dengan beruk...
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Hei, anjing!
Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Kalau saya anjing, kamu pun anjing.
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Kamu anjing!

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Bagi pihak Melayu, you have no right.
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Hey, you shut up! You shut up! You shut up! Babi!
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Awak ingat awak seorang saja Melayu?
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Apa you bercakap macam itu?
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Beri saya laluan!
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Tak payah!
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Beri saya laluan!
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Tak payah!
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Kalau kamu berani!
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Tak payah!
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Penakut!
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Apa penakut?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Shah Alam...
Beberapa Ahli: [Menyampuk]
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: [Menghempaskan songkoknya]
Selepas itu katakan berlaku seperti apa yang berlaku Khamis lalu di mana Karpal Singh diserang Pemuda Umno di bangunan Parlimen (lihat Malaysiakini 26/2/09 "'Singh is King' mobbed, MP claims assault").

Tetapi dalam peristiwa andaian tersebut, bukan Karpal yang diserang, tetapi Ibrahim. Yang menyerang pula bukan Pemuda Umno (sila klik di sini, penting!!), tetapi Pemuda PAS dan bakaq a.k.a. ~penarik beca pun tumpang sekaki kerana geram sangat sebab Khalid tu bekas boss dia dan sahabat yang dikasihinya (walaupun hampir tak pernah satu kepala tambahan pula sekarang sebab Khalid tu kuat sangat sokong Datuk Seri Anwar Ibrahim).

Pemuda-pemuda PAS yang ditumpang sekaki oleh bakaq a.k.a. ~penarik beca itu mengepung dan menjerkah tengking Ibrahim. Dalam peristiwa andaian itu, bakaq a.k.a. ~penarik beca pula lebih sudu dari kuah. Oleh kerana tak tahan meluat sangat tengok Pemuda PAS melintuk-liuk konon-konon nak jaga sangat akhlaq dan syakhsiyyah Islamiyyah dan dok ber"ana anta" dengan Ibrahim, dia pun angin satu badan dan memaki-hamun: "Menate babi mu, Breheng! Mu ni bapak munafiq! Pejue Melayu b*t*hmu!! Mu tu babi! Hei, beruk!! Hei, anjing!"

Dan, tak sampai 30 saat peristiwa itu berlaku, memang tak sampai 30 saat, polis dan pihak keselamatan Parlimen pun menerkam pantas untuk memastikan keselamatan Ahli Parlimen Pasir Mas. Perbuatan tidak bertamadun kerana menghalang anggota Parlimen daripada menjalankan tugasnya itu tidak boleh dibiarkan oleh polis dan pihak keselamatan Parlimen (lihat berita Malaysiakini 26/2/09 "'Cops, security did not help me'" dan lihat video di sini).

Ibrahim pun selepas itu memanggil sidang akhbar dan mengecam serta mengutuk perbuatan mengepungnya itu. Usul tergempar dibentangkan di dalam Dewan Rakyat dan beberapa tindakan yang tegas dan keras dituntut supaya diambil terhadap mereka yang terlibat mengepung dan menyerang Ahli Parlimen Pasir Mas itu.

Dalam peristiwa andaian itu, Ibrahim membuat usul itu berdasarkan Peraturan Mesyuarat 26(1)(P) yang bersabit dengan hak istimewa Ahli Parlimen di mana tiada notis diperlukan, serta Seksyen 9 dan 11 Akta Majlis Parlimen memandangkan kejadian itu berlaku di perkarangan Parlimen di mana beliau diserang oleh sekumpulan anggota Pemuda PAS apabila sampai ke blok menara untuk menghadiri persidangan Dewan Rakyat.

Ibrahim memohon supaya waran tangkap itu dikeluarkan terhadap mereka yang mengepungnya dan dihadapkan ke Dewan Rakyat bagi memberi tunjuk sebab kenapa mereka tidak patut dipenjarakan menurut Seksyen 11 Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia lalu menerima usul Ibrahim yang meminta Speaker mengeluarkan waran tangkap bagi menahan mereka yang terlibat menghalang beliau memasuki bangunan Parlimen mengikut Peraturan Mesyuarat 26(1)(P).

Di mana bakaq a.k.a. ~penarik beca selepas itu? Di dalam lokap la, di mana lagi?!! Kencing dan berak di dalam jamban terbuka tak bertutup! Ah, alangkah bertuanya Pemuda Umno!!

Berikut ialah hansard Dewan Rakyat mengenai peristiwa yang menyebabkan Pemuda Umno menyerang Karpal:
Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua untuk memberi satu peluang kepada saya berbahas atas ucapan yang dilafazkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 16 Februari.

Tuan Yang di-Pertua terlebih dahulu saya mahu menyatakan tidak ada apa-apa selisih faham di antara Ketua Pembangkang dan saya. Saya terima Ketua Pembangkang sebagai Ketua Pakatan Rakyat. Apa-apa selisih faham adalah di antara satu sama lain dan tidak ada apa-apa business Barisan Nasional. Ketika baru-baru ini...

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Bukit Gelugor, Bukit Gelugor minta penjelasan sedikit sahaja. Sedikit boleh?

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Boleh, boleh.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Tidak, penjelasan sahaja. Jadi bila Bukit Gelugor minta Permatang Pauh bertaubat dia tidak sesuai untuk jadi pemimpin apakah itu ditarik balik atau tidak? Maksudnya dia tidak perlu lagi bertaubat.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Itu adalah pendirian saya tetapi itu tidak jadi pendirian Pakatan Rakyat dan oleh kerana itu saya menerima majoriti bukan apa yang saya sendiri.

Apa yang saya menyatakan tadi Tuan Yang di-Pertua MACC dengan izin tahun 2009. Baru-baru ini diluluskan dan sekarang menjadi undang-undang. Perdana Menteri baru-baru ini kelmarin jika saya tidak silap menyatakan dengan izin kepada MACC, “Be truly professional to high standard of professionalism conduct must be beyond reproach”. Conduct must be beyond reproach dan show high standard the professionalism.

Kenapa professionalism ada ditunjukkan oleh Ketua Pesuruhjaya MACC, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan. Orang ini langsung tidak memahami undang-undang. Dia mengatakan dengan umum baru-baru ini tidakkah ada apa-apa untuk menyatakan dengan umum apa yang dia menyuarakan iaitu Menteri Besar Selangor ada melakukan rasuah. Dia menyatakan dengan izin we have strong evidence. MACC ada kuasa untuk menjalankan satu pendakwaan tetapi oleh kerana MB Selangor adalah seorang VIP perkara ini ada dihantar kepada Peguam Negara untuk menentukan pendakwaan dijalankan atau tidak.

Orang ini tidak faham, tidak faham langsung dalam Akta MACC dalam tahun 2009 tidak ada apa-apa yang memberi kuasa kepada MACC untuk menjalankan apa-apa pendakwaan. Dalam kita tidak mengetahui isi kandungan seksyen 58 Akta MACC yang menyatakan dengan izin no prosecution shall be instituted except on the consent of the Public Prosecutor. Itu pun orang ini tidak faham. Kita merayu kepada dia untuk menarik balik, menarik balik apa yang dinyatakan oleh dia terhadap Menteri Besar Selangor.

Tuan Yang di-Pertua baru-baru ini ada beberapa tohmahan yang diarahkan kepada saya 100 laporan polis ada dilaporkan terhadap saya. Barangkali Tuan Yang di-Pertua ini jadi satu rekod dalam dunia. 100 laporan polis, dua peluru Tuan Yang di-Pertua. Bawah peruntukan seksyen 57 Akta Keselamatan Dalam Negeri ada peruntukan. Jika seseorang memiliki satu peluru jika didakwa dalam mahkamah didapati salah hukuman adalah mandatori maut. Saya mahu dapat tahu di mana Pemuda UMNO ini, celaka ini dapat dua peluru ini.

Dato' Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Apa ini? Tuan Yang di-Pertua minta penjelasan.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Tarik baliklah perkataan tersebut, ini unparliamentary.

Dato' Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Minta penjelasan.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Tuan Yang di-Pertua, celaka.

Dato' Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Mana dia boleh kata Pemuda UMNO.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Tuan Yang di-Pertua ini bukan dituju kepada sesiapa dalam Dewan yang mulia ini.

Dato' Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Ya tetapi jangan cakap Pemuda UMNO. Ada bukti tidak?

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Kerana Pemuda UMNO ini adalah celaka.

Dato' Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Tarik balik Tuan Yang di-Pertua ini sudah gila ke?

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]: Tuan Yang di-Pertua tarik baliklah.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Jangan ganggu saya.

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]: Mana ada bukti Pemuda UMNO ada peluru.

Tuan M. Manogaran [Telok Intan]: Eh rasa pedas kah?

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]: Sangkaan Pemuda UMNO ada peluru mana ada.

Dato' Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Cakap kurang ajar boleh. Kalau saya cakap boleh?

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Tarik baliklah, minta tarik balik.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, Yang Berhormat tunggu Yang Berhormat.

Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]: Tarik balik.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Kalau semua kita cakap Yang Berhormat siapa yang hendak dengar lagi?

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang

Berhormat, Yang Berhormat duduk Yang Berhormat.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Jangan main.

Dato' Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Jangan main apa?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Kalau tidak perlu duduklah Yang Berhormat duduk Yang Berhormat. Okey sudah duduk semua. Bukit Gelugor teruskan ucapan tetapi saya tidak hendak dengar lagi celaka ini Yang Berhormat. Ini sepatutnya tidak dipakailah Yang Berhormat.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Kerana ini adalah apa yang benar.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Bukan soal ...

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Kebenaran Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Bukan soalan...

Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said [Kuala Krau]: Mana ada benar Pemuda UMNO celaka.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Saya tidak mahu ada sesiapa mengganggu saya, Tuan Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, saya tidak mahu dengar perkataan itu lagi.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Saya ada hak untuk bercakap apa yang betul. Ini betul, kebenaran.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Saya minta...

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Pemuda UMNO adalah celaka.

Beberapa Ahli: [Bangun] [Menyampuk]

Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said [Kuala Krau]: Tuan Speaker, Peraturan Mesyuarat 36(4).

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Saya minta Yang Berhormat tarik balik celaka ini.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Ada demonstrasi, Tuan Speaker di Pulau Pinang.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Dia memang hendak mencabar sebenarnya.

Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said [Kuala Krau]: Hendak mencabar ini, memang hendak mencabar.

Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Kita tidak mahu ada orang gila ada dalam Dewan ini.

Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said [Kuala Krau]: Bukit Gelugor sengaja hendak mencabar.

Beberapa Ahli: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, perkataan ini memang tidak boleh dipakai, Yang Berhormat.

Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said [Kuala Krau]: 36(4).

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Saya minta tadi jangan Yang Berhormat sebut lagi perkataan ‘celaka’ tetapi masih keluar juga. Itu sahaja. Jadi siapa yang Yang Berhormat sumpah...

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Baiklah, Tuan Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: ...tetapi perkataan ini memang tidak boleh dipakai.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Jika Tuan Speaker tidak sukai, saya tarik balik. Itu tidak ada apa-apa masalah.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ha, tarik balik, Yang Berhormat.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Saya sudah tarik balik.

Seorang Ahli: Duduk, duduk!

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Tarik balik, sudah tarik balik.
Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Duduk yang lain. Jangan ganggu lagilah. Dengar sahaja.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Ya. 100 laporan polis, siapa buat semua ini? Saya memberi amaran kepada Pemuda UMNO, jangan main-main dengan saya.

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Tarak takut punyalah.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Jangan lupa...

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Dengan Permatang Pauh, kenapa pengecut?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Sudahlah, Yang Berhormat Batu Pahat.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Mula-mula suruh minta bertaubat, sekarang jadi takut Permatang Pauh. Siapa yang pengecut?

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Tuan Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Batu Pahat.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Siapa yang takut? (Selanjutnya di sini)
Read On 4 comments

Tidak bertamadun: Pemuda Umno enggan minta maaaf

Malaysiakini melaporkan Pemuda Umno tidak akan meminta maaf walaupun melakukan tindakan yang disifatkan oleh Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh sebagai tidak bertamadun, bodoh dan memalukan seluruh rakyat Malaysia (Gambar di sebelah ihsan Malaysian Insider).

Dalam kenyataan yang dilihat sebagai merestui tindakan yang disifatkan Dr Abdul Hamid sebagai tidak bertamadun (video), bodoh dan memalukan seluruh rakyat Malaysia itu, Ketua Pemuda Umno Datuk Hishammuddin Hussein berkata: "Tidak timbul isu minta maaf. Provokasi ini bukan kali pertama, dengan menuduhkan kita celaka, tuduh kita terlibat (menghantar) peluru (kepada Karpal) dan isu-isu membabit raja-raja Melayu dan kedaulatannya.

"Kalau diheret ke mahkamah pun saya sanggup lakukan untuk memperjelaskan apa yang berlaku".

Dr Abdul Hamid menyifatkan tindakan Pemuda Umno itu tidak bertamadun kerana menghalang anggota Parlimen daripada menjalankan tugas mereka.

Seiring dengan pepatah Arab yang menyatakan "Dharabani wa baka, zolamani washtaka" atau dia yang memukul aku dia yang menangis, dia yang menzalimi aku dia yang mengadu, Malaysiakini juga melaporkan salah seorang ahli Pemuda Umno yang terlibat melakukan serangan tersebut mendakwa kekecohan di bangunan Parlimen berpunca daripada tindakan dua ahli parlimen Pakatan Rakyat yang menerpa rombongan ketua-ketua Pemuda Umno ketika mereka sedang berbincang dengan pengerusi DAP Karpal Singh (gambar di sebelah ihsan mStar Online).

Dalam perkembangan lain, Malaysian Insider melaporkan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengulangi seruan supaya ditubuhkan kerajaan perpaduan dengan golongan yang disifatkan oleh Dr Abdul Hamid sebagai tidak bertamadun, bodoh dan memalukan seluruh rakyat Malaysia itu.

Sebelum ini, Tuan Guru menyifatkan mereka yang masih mahu meneruskan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sebagai golongan yang celaka.

Antara pihak yang masih mahu meneruskan PPSMI ialah para pemimpin Umno. Mungkin kerana merasai perkataan celaka itu ditujukan kepada pihaknya, Hishammuddin yang juga Menteri Pelajaran berkata: "Kalau sekiranya YB Karpal Singh di Parlimen semalam memberi gelaran celaka kepada Pemuda, dalam isu PPSMI, YB (Datuk Seri) Abdul Hadi telah menyatakan (mereka) yang menyokong dasar ini, juga celaka.

"Kalau disasarkan (celaka itu) kepada saya, saya boleh terima, asam garam dalam arena politik. Tetapi ramai di luar sana orang biasa yang menyokong dasar ini.

"Apakah mereka juga dicelakakan?"

Ketika mengulas perkembangan politik di Perak pula, Mursyidul Am PAS, Tun Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Umno menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak yang diketuai Menteri Besar Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai berfikiran 'gangster'.

"Ini kerana Kerajaan Perak dahulu dipilih oleh rakyat, tetapi kerajaan Perak sekarang dipilih oleh dua tiga orang.

"Tindakan mereka menjatuhkan Kerajaan Nizar itu tidak pun terasa bersalah, namun apabila tindakan yang serupa berlaku ke atasnya dianggap satu kesalahan.

"Jahat. Inilah fikiran gangster," katanya.

"Nilaikan, mana lebih baik menyerahkan kepada rakyat memilih kerajaan yang disukainya berbanding kerajaan yang dipilih oleh "gangster-gangster" itu?

"Dan taraf gangster berbanding dengan kerajaan adalah serupa, sama ada presidennya, peraturan atau polisnya.

"Cuma yang berbeza ialah gangster itu haram, manakala kerajaan itu halal, namun dari segi peraturannya adalah serupa," katanya lagi.

Oleh kerana bakaq a.k.a. ~penarik beca seorang yang sangat jahil, dia betul-betul tidak tahu adakah Islam menggalakkan perpaduan dengan gangster atau golongan celaka yang tidak bertamadun dan memalukan seluruh rakyat Malaysia.
Read On 16 comments

Tamadun Pemuda Umno yang pandai, faham undang-undang

Mungkin akan dinafikan selepas ini. Tetapi yang saya faham Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh menyifatkan Pemuda Umno tidak bertamadun, bodoh dan memalukan seluruh rakyat Malaysia termasuk kita semua (gambar ihsan Malaysiakini).

Beliau menyifatkan Pemuda Umno yang melakukan serangan ala-gangster ke atas Ahli Parlimen berkerusi roda dan berusia 69 tahun, Karpal Singh di dalam bangunan Parlimen semalam sebagai orang yang tidak bertamadun kerana menghalang anggota Parlimen daripada menjalankan tugas mereka, lapor mStar Online.

Beliau mengingatkan, Parlimen sepatutnya menjadi tempat yang bebas untuk membahaskan sebarang isu tanpa dihalang oleh mana-mana pihak.

Beliau menyifatkan kejadian itu berpunca dari "kebodohan kumpulan tertentu".

Beliau juga menyifatkan kumpulan tersebut sebagai manusia yang tidak memahami penguatkuasaan undang-undang dalam sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini.

Katanya, insiden semalam bukan hanya memalukan Parlimen malah seluruh rakyat Malaysia.

Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar menerangkan secara tepat apa yang berlaku itu. Menurut beliau, serangan ala-gangster mafia itu berpunca dari kekecewaan akibat kehilangan kuasa dan peluang mencipta kekayaan setelah pemerintahan beberapa negeri terlepas dari tangan parti itu.

"Mustahil Pemuda Umno tidak tahu mereka boleh mengambil tindakan undang-undang kepada Karpal yang mengaitkan dua peluru yang diterimanya dengan mereka malah menyifatkan mereka sebagai celaka walaupun ditarik balik setelah diarahkan oleh (Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Haji) Wan Junaidi (Tuanku Jaafar).

"Tetapi mereka sengaja bertindak ala ganster mafia mungkin kerana sudah tidak tahan lagi begitu tertekan dan kecewa akibat kehilangan kuasa dan peluang mencipta kekayaan setelah pemerintahan beberapa negeri terlepas dari tangan parti mereka.

"Tanyalah para pemimpin Umno lebih-lebih lagi di peringkat Pemuda di semua peringkat, berapa projek yang mereka ada sekarang? Mereka miskin projek sekarang dan merasa amat marah ketika kerajaan pusat kelihatan sudah tidak mampu lagi mewujudkan lebih banyak projek seperti projek kelas F yang khabarnya digunakan untuk menternak kroni-kroni," katanya.

Luahan kemarahan itu, kata Mahfuz, sudah jenuh digambarkan oleh ahli-ahli Umno termasuk tunjuk perasaan menentang tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membanteras rasuah politik di dalam parti mereka.

Dalam tunjuk perasaan di pekarangan Menara Dato Onn di mana terletaknya ibu pejabat Umno itu, ahli-ahli Umno yang marah kepada tindakan SPRM itu membawa sepanduk tertera mesej "Jangan ambil hak ahli Umno", "Kami menolak SPRM, boleh blah" dan "Lembaga disiplin sudah nyanyuk".

Mahfuz berharap para pemimpin Umno bertindak segera membendung kemarahan ahli-ahli mereka.

"Jika tidak, kita bimbang lebih banyak pihak akan diserang ala-gangster mafia oleh Pemuda Umno".
Read On 25 comments

'Singh is King' mobbed, lapor Malaysiakini

"'Singh is King' mobbed, MP claims assault", lapor Malaysiakini. "Scuffle in Parliament", lapor Malaysian Insider. Suara Keadilan pula melaporkan berita bertajuk "Umno Youth mob attacks wheelchair-bound Karpal outside Parliament". Salah satu komen dalam Malaysia Today menyatakan, "Only cowards would attacked an invalid confined to wheelchair. Sheer disgusting with no balls!"

Apa aku nak kata, Singh is King?!!

Read On 20 comments

Antara Dollah muqabalah dan "Ahli Parlimen Pekan terlibat"

Sebagai penyokong Fasal 5 Perlembagaan PAS, oleh kerana beberapa pemimpin PAS nak sangat Datuk Seri Abdullah Badawi terus jadi Perdana Menteri kononnya untuk melaksanakan perubahan (sic!) yang dia nak buat seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (lihat juga berita Malaysiakini "Najib: Terpulang pada SPRM untuk siasat" - mai kita pakat gelak besar!!!) dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (Hebat sangat ka perubahan yang Abdullah buat? Sila baca posting saya "Kenapa SPRM kejam dan zalim (2)" dan "Rang Undang-Undang SPK: Penipuan berparlimen"), ikutkan sakit hati saya malas nak tulis apa-apa fasal Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar di selah ihsan Malaysiakini).

Malah, oleh kerana beberapa pemimpin PAS nak sangat Abdullah terus kekal sebagai Perdana Menteri dan tak nak Najib, kalau boleh saya nak hari ni jugak Najib jadi Perdana Menteri. Pemimpin-pemimpin PAS tersebut tak nak Najib dan oleh kerana itu, mungkin akan terbatal muqabalah bila Najib jadi Perdana Menteri.

Depa tak nak Najib sebab depa yakin Najib tak akan jaga Islam (saya pun yakin macam tu jugak). Depa mendakwa, Abdullah akan jaga Islam. Ambik jaga Islam di bawah ni!


(The Edge Daily 24 September 2007 - imej ihsan Maverick SM)

Entah apa Islam dan Melayu yang Abdullah boleh jaga, saya pun naik pening!

Patutnya para pemimpin PAS sekarang berkerja kuat untuk menambahkan kerusi PAS dalam pilihan raya ke-13 akan datang. Saya tanya beberapa penceramah PAS, lagu mana sambutan kepada ceramah-ceramah PAS la ni? Hampir semua kata di luar dugaan.

Saya juga tanya lagu mana sambutan kepada ceramah PAS di Perak ketika Umno dok main cerita bagi tanah kat penduduk kampung baru sebelum dan selepas Barisan Nasional merompak? Depa kata, sebelum berlaku rompakan, dari segi kehadiran orang Melayu bertambah ramai. Lepas merompak lagilah ramai. Boleh jadi itu semua tak boleh dibuat indikator. Kalau tak boleh, buatlah benda lain yang boleh dijadikian indikator.

Yang dok merapu nak main mata dengan Umno Abdullah tu sakit apa?

Sebab itulah saya nak Najib naik. Nasib baik saya miskin (AlhamduliLlah, memang nasib baik sungguh!) Kalau saya kaya, saya akan cetak berjuta-juta risalah kempen untuk pastikan Najib naik jadi Perdana Menteri hari ini juga supaya tidak ada lagi muqabalah dengan Umno. Apa nak buat, aku miskin. Takat main blog boleh la. Tu pun sebab free.

Memang, kalau nak kira geram kat muqabalah, saya tak nak tulis apa satu pun fasal Najib. Biar dia naik jadi Perdana Menteri tanpa saya kacau mimpi dia tu. Tapi, sebagai rakyat Malaysia yang mahukan yang terbaik untuk negara yang saya cintai ini, saya mana ada pilihan! Oleh sebab itu, baca dan buat kesimpulan sendirilah petikan hansard Dewan Rakyat 25/2/09 yang lalu (tanpa edit):
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Soalan yang ingin saya kemukakan ialah ini adalah isu berkaitan dengan kepercayaan semua rakyat berkenaan dengan seseorang yang dilantik sebagai seorang Perdana Menteri. Apabila Yang Berhormat menyatakan bahawa ada sistem Perlembagaan dan sebagainya, saya nak tahu apakah kaedah-kaedah perlindungan yang sedia ada dalam sistem pemilihan Perdana Menteri yang sedia ada untuk memastikan bahawa calon untuk Perdana Menteri itu bebas daripada sebarang kekurangan ataupun skandal. Khususnya jenayah berat seperti kes pembunuhan Altantuya di mana semua rakyat Malaysia mengetahui berkenaan dengannya tetapi tidak ada sebarang siasatan berkenaan dengannya.

Walaupun pegawai penyiasat sendiri dalam kes itu jelas menyatakan bahawa calon Perdana Menteri yang akan datang untuk Malaysia itu adalah seorang saksi yang penting dalam kes itu tetapi tidak langsung disiasat.

Bagaimanakah rakyat keseluruhan Malaysia harus yakin dengan kredibiliti seseorang calon sedemikian untuk menjadi Perdana Menteri dan sistem pemilihan Perdana Menteri yang sedia ada dalam negara ini. Bukankah penting kami mengadakan sistem di mana semua rakyat boleh buat keputusan berkenaan dengan siapa yang akan menjadi ketua kerajaan. Itu adalah di tangan rakyat, bukan seperti di sini. Ahli Parlimen Pekan akan menjadi Perdana Menteri, akan tetapi memang ada skandal yang sangat teruk. Terlibat dalam kes pembunuhan. [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Sudah Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Ini bukan saya cakap. Yang Berhormat ini bukan saya nyatakan. Apa yang dinyatakan oleh pegawai penyiasat.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Sudah Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Pegawai penyiasat sendiri menyatakan dalam kes itu. Super attendant yang menyatakan dia menjadi satu saksi yang penting. Apakah langkahlangkah yang sedia ada dalam kerajaan dan dalam UMNO untuk memastikan bahawa calon sedemikian tidak menjadi calon di Malaysia?.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat cukup Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Apakah kaedah-kaedah yang sedia ada? Sila jawab soalan itu.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, di negara Malaysia kita sistem perundangan ialah iaitu bahawa seseorang itu tidak bersalah kalau sekiranya dia tidak didakwa di mahkamah dan didapati bersalah. Yang Berhormat pun seorang peguam. Jadi pokoknya di sini iaitu bahawa apa Yang Berhormat bangkit, ini hanya merupakan spekulasi. Spekulasi tidak boleh mempengaruhi satu keputusan. Ini kerana kita harus membuat keputusan mengikut asas-asas bukti dan nyata yang sememangnya bukti mencukupi untuk sesuatu perkara itu di tuduh terhadap seseorang individu.

Jadi walaupun Yang Berhormat kata iaitu dalam keadaan sekarang iaitu bahawa seorang calon di katakan spekulasi mengatakan calon itu terlibat. Akan tetapi Yang Berhormat pun tahu, apa sekali pun sistem katalah macam pemilihan secara langsung Presiden. Kalau ia berlaku midstream, berdasarkan kepada spekulasi kita tidak boleh mengatakan bahawa Presiden itu patut turun, tidak boleh. Jadi sebab itu sistem apa sekali pun tidak boleh menyebabkan seseorang yang telah memegang jawatan atau bakal memegang jawatan, diturunkan at midstream dan tidak ada pilihan raya. Presiden secara langsung pun, kalau Yang Berhormat hendak Perdana Menteri dipilih secara langsung at midstream middle term tidak boleh buat apa.

Tapi dalam kes ini Yang Berhormat sebut, itu spekulasi sahaja. Itu satu tuduhan yang liar yang dibuat oleh Yang Berhormat terhadap seseorang individu berdasarkan kepada Yang Berhormat dengar rumours dekat luar. Namun Yang Berhormat, di Malaysia Perlembagaan kita cukup baik. Ini kerana saya ingin sebut di sini iaitu bahawa artikel dalam Perlembagaan, Artikel 40 berkenaan dengan pelantikan Perdana Menteri mengatakan iaitu bahawa 40(2), “ The Yang di-Pertuan Agong may act in his discretion in the performance of the following functions, that is to say: (a) the appointment of a Prime Minister,” one of them. Ini bermakna iaitu bahawa dalam keadaan sekarang, kalau macam-macam cerita ada. Akan tetapi Yang di-Pertuan Agong berpuas hati, dia ada discretion untuk sama ada tidak terima atau terima.

Jadi kita punya Perlembagaan adalah baik. Ini kerana Yang di-Pertuan Agong ini sebenarnya dia juga at his discretion dalam hal ini. Walaupun dalam hal-hal lain dia akan bertindak on the advice. Akan tetapi dalam hal pelantikan Perdana Menteri, itu dibuat mengikut discretion dia. Jadi kita, at the fountain of justice Yang di-Pertuan Agong, kita benarkanlah untuk Tuanku membuat keputusannya. Kalau mari masa nanti, kalau Tuanku menerima pelantikan Yang Berhormat Pekan sebagai Perdana Menteri, maka bukanlah bagi kita untuk mempertikaikan apa yang telah dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Tuan Yang di-Pertua, point of order 36(12).

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: DAP pilih pemimpin macam mana?

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Siapa itu? Yang Berhormat Batu Pahat, ini kacau biasa.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, berkaitan dengan apa Yang Berhormat?

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Tadi Yang Berhormat ada menyatakan ...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Berkaitan dengan apa Yang Berhormat?

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Ada apa-apa soalan? Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat Menteri ada menyatakan bahawa penglibatan Ahli Parlimen Pekan dalam kes pembunuhan itu adalah spekulasi sahaja. Ini adalah satu kenyataan tidak betul, misleading The House. Ini kerana apa yang berlaku adalah ini. Saya sendiri menyoal balas pegawai penyiasat, super attendant gun. Berkenaan perkara ini dalam kes Raja Petra, dia pegawai penyiasat kes Altantuya. Dia memberi mahkamah di bawah sumpah. Dia setuju bahawa Ahli Parlimen Pekan...[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukuplah Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Dia beritahu bahawa Ahli Parlimen Pekan...

Dato’ Samsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Sebut peraturanlah...

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Adalah 36(12)..

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang lain minta dia Yang Berhormat. Cukuplah Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak betulkan rekod.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: You don’t have to explain.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: I want to explain.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak perlu.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: No, untuk rekod... [Bercakap tidak menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak perlu Yang Berhormat. Yang Berhormat straight to point of order. Saya menilai point of order Yang Berhormat. Don’t have to present that case.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Fakta saya belum berikan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukup Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: No, saya kena bagi tahu fakta.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Saya minta Yang Berhormat cukup Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Tidak boleh kerana saya belum menyatakan apa fakta yang benar.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukup, cukup.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Apakah fakta yang benar? Pegawai penyiasat sendiri menyatakan bahawa Ahli Parlimen Pekan terlibat.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Having repeating that sentence that many-many time Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Yes, yes...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, saya minta Yang Berhormat duduk.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Saya faham point of order 36(12).

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Jangan melindungi sesiapa di sini.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Saya tidak melindungi Yang Berhormat.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Tidak boleh. Biarkan...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat...

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: ...saya habis, itu sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukuplah Yang Berhormat. Sudah habis.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Biarkan saya habis, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Sudah habis cukup. Saya menerima point of order 36(12), tetapi saya berpendapat bahawa yang dihujahkan oleh Yang Berhormat Menteri tidak melanggar peraturan 36(12). [Tepuk]
Berkaitan: Nazri: Choice of PM is sole discretion of the King (The Sun)
Read On 13 comments

Tunjuk perasaan Perkasa, Pewaris tuntut tanah rezab Melayu


Bagi mempertahankan kepentingan Melayu, Ahli-ahli Umno seluruh negara termasuk pertubuhan-pertubuhan satelitnya seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) diheboh-hebohkan akan mengadakan kempen besar-besaran di seluruh negara untuk menuntut setiap inci tanah beri milik rizab Melayu yang diambil menerusi kuasa kerajaan pimpinan Umno diganti dengan jumlah keluasan yang sama tanpa berdalih dan bertangguh lagi.

Jika perkara itu tidak dilakukan, tunjuk perasaan besar-besaran di seluruh negara akan diadakan di mana Presiden Pribumi Perkasa Negara, Datuk Ibrahim Ali yang diangkat oleh ahli-ahli Perkasa sebagai lantang memperjuangkan hak-hak Melayu serta tidak pernah pengecut akan memberikan ucapan berapi-api. Kata-kata seperti beruk, anjing dan babi dijangka akan dihamburkan oleh kepala Perkasa itu bagi menuntut tanah-tanah rezab Melayu yang dilesapkan sepanjang pemerintahan yang diterajui Umno itu.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan kepala Perkasa itu mendesak Peguam Negara mengambil tindakan undang-undang ke atas kerajaan negeri Perak kerana melanggar peruntukan Kanun Tanah Negara (KTN).

Beliau berkata, tindakan tersebut perlu disegerakan kerana ia bercanggah dengan keputusan Majlis Tanah Negara (MTN) yang mana Menteri Besar Perak turut menjadi ahlinya.

Beliau berkata, kerajaan negeri sebenarnya tidak mempunyai kuasa melainkan ada sebab-sebab istimewa yang amat jelas.

"Kenyataan Exco kanan Perak, Datuk Ngeh Koo Ham baru-baru ini yang mendakwa pemberian hak milik tanah kekal selaras dengan syarat keadaan khas di bawah kanun tersebut tidak tepat sama sekali.

"Pada ketika masih ramai orang Melayu sendiri tidak ada tanah, dia harus faham betapa istimewanya nasib penduduk kampung baru mendapat pajakan tanah ketika itu," katanya.

Perkasa juga akan menuntut Peguam Negara mengambil tindakan terhadap kerajaan Perak kerana memastikan penduduk di 134 kampung baru di negeri itu memiliki suratan hak milik secara sah.

Katanya, usaha ini dilakukan sehingga sanggup memberi diskaun premium beberapa kali bagi penyambungan tempoh hak milik.

"Semasa BN dahulu kita telah berjaya mengeluarkan sebanyak 48,183 hak milik mukim dan 4,672 hak milik berdaftar.

"Kita percaya tidak sampai 10 peratus daripada jumlah lot kampung baru yang belum memiliki suratan hak milik. 10 peratus ini pun sebenarnya hanya tinggal di peringkat untuk membuat pendaftaran sahaja," kata Exco Insfrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Air Perak yang Setiausaha Perhubungan Umno negeri itu, Datuk Ramly Zahari.

Tanah-tanah rezab kini semakin pupus. Sewaktu negara menyambut kemerdekaan dulu, terdapat kira-kira tiga juta hektar tanah rizab Melayu. Kini, jumlahnya sudah susut hingga hampir separuh, kerana jumlah yang tinggal sekitar 1.7 juta hektar sahaja.

Di Selangor, hampir 9,000 hektar tanah rizab Melayu hilang (biasanya kehilangan ini ialah menerusi pengambilan tanah oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960).

Walaupun Perlembagaan Persekutuan mewajibkan setiap ekar tanah beri milik rizab Melayu yang diambil mesti diganti dengan jumlah keluasan yang sama (menerusi pemberian milik baru), Selangor hanya mampu menggantikan sekadar satu pertiga sahaja (34 peratus).

Di Kedah, kita difahamkan bahawa pada 1990 kira-kira 80 orang Melayu (pemilik tanah rizab Melayu di kawasan Pantai Chenang, Langkawi) hilang tanah mereka setelah ia diambil oleh PBN untuk membangunkan projek pelancongan Pelangi Beach Resort.

Di Negeri Sembilan, pada 1994 lebih 600 orang Melayu yang menduduki Kampung Mambau, Mukim Rasah, hilang tanah mereka (seluas 930 hektar) apabila PBN mengambil tanah mereka itu untuk membangunkan projek gergasi Seremban II.

Setahun sebelum itu, pada 1993 masyarakat petani di sekitar kawasan Kerpan, Kedah, kehilangan tanah mereka (melibatkan 167 lot tanah seluas lebih kurang 1,000 ekar) apabila PBN mengambilnya untuk projek ternakan udang harimau. Projek ternakan itu adalah usaha sama antara kerajaan negeri dengan kumpulan Ben Ladin dari Arab Saudi.

Di Johor, kira-kira 26,000 ekar tanah orang Melayu di sekitar Tanjung Langsat hingga Tanjung Piai juga telah hilang, setelah diambil untuk satu projek bandar baru.

Projek ini dikendalikan oleh syarikat milik Kuok Brothers, secara usaha sama dengan kumpulan UEM.

Di Melaka, penduduk Kampung Pantai Kundur dan Tanah Merah juga telah kehilangan tanah rizab Melayu mereka apabila ia diambil untuk pembinaan satu kawasan zon penampan oleh Petronas.

Di Terengganu, tanah orang Melayu di Pulau Redang (seluas kira-kira 300 ekar) diambil oleh PBN dan kemudian diserahkan kepada satu syarikat swasta milik seorang jutawan bukan Melayu.

Kesimpulannya, jika di bawah Enakmen Rizab Melayu yang sedia ada, pemilik tanah rizab Melayu terus dihalang menjual atau menggadai tanah mereka kepada orang atau institusi bukan Melayu, tanah tersebut tetap hilang (pupus) sedikit demi sedikit, tahun demi tahun, menerusi prosedur pengambilan tanah. (Rujukan: Tempias pindaan undang-undang rizab Melayu - Utusan Malaysia 24/8/04)

Petikan dari hansard Dewan Rakyat 19/2/2009:
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Hei, beruk!!
Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Beruk sahaja kenal dengan beruk tau!
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Kamu jangan kurang ajar ya!
Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Beruk besar kenal dengan beruk...
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Hei, anjing!
Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Kalau saya anjing, kamu pun anjing.
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Kamu anjing!

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Bagi pihak Melayu, you have no right.
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Hey, you shut up! You shut up! You shut up! Babi!
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Awak ingat awak seorang saja Melayu?
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Apa you bercakap macam itu?
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Beri saya laluan!
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Tak payah!
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Beri saya laluan!
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Tak payah!
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Kalau kamu berani!
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Tak payah!
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Penakut!
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Apa penakut?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Shah Alam...
Beberapa Ahli: [Menyampuk]
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: [Menghempaskan songkoknya]
Read On 19 comments

Kekalahan menanti Mukhriz dan Khairy

Jika anda perwakilan Umno, siapa yang akan anda pilih sebagai Ketua Pemuda Umno?

Datuk Mukhriz Tun Mahathir
77
Datuk Seri Mohamad Khir Toyo
6
Khairy Jamaluddin
17


Tinjauan di atas dibuat oleh mStar Online. Saya tak percaya dengan hasil tinjauan itu. Maklumat yang saya perolehi menunjukkan Datuk Seri Mohamad Khir Toyo atau Jalal sedang mendahului. PR dan kempen Jalal kepada para perwakilan dilaporkan sehebat kempen dan PR Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang dijangka akan memenangi jawatan Timbalan Presiden Umno.

Kehebatan si Ali terbukti apabila seorang lagi calon Timbalan Presiden yang kini jauh ketinggalan di belakang, Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa membuat pengakuan bahawa beliau mendapat restu Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, yang bakal diumumkan sebagai Presiden Umno hujung bulan depan.

Ketika bersembang dengan beberapa orang tukang kempen Umno termasuk tukang bawa beg (beg duitlah!), mereka beria-ia menyatakan bahawa Jalal jauh meninggalkan calon lain. Salah seorang dari mereka memberitahu, Datuk Mukhriz Tun Mahathir dan Khairy Jamaluddin masih belum mendapat jaminan sokongan yang secukupnya untuk mencipta kemenangan dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda Umno.

Kepada Mukhriz dan Khairy, bak kata Orang Putih, the writing is already on the wall.

Jika benar Jalal akan terpilih sebagai Ketua Pemuda Umno, saya ucapkan tahniah kerana berjaya menerajui pergerakan yang disifatkan celaka oleh Karpal Singh (meluat sungguh aku bila dia kata "Singh is king" walaupun saya tidaklah mempunyai cukup kekuatan untuk menolak perkataan celaka itu)
Read On 15 comments

Tunjuk perasaan Perkasa, Pewaris seluruh negara!

Ahli-ahli Umno seluruh negara termasuk pertubuhan-pertubuhan satelitnya seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) dijangka akan mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran di seluruh negara membantah tindakan kerajaan hendak menerajang polisi-polisi ekonomi pro-Melayu ke dalam longkang dalam pakej ransangan ekonomi negara yang dijangka diumumkan 10 Mac ini.

Menurut calon Timbalan Presiden Umno yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin, kabinet telah pun memutuskan untuk melonggarkan peraturan pelaburan asing termasuk keperluan ekuiti bumiputera yang tidak pernah dilaksanakan sepenuhnya.

Peraturan untuk sektor perkhidmatan juga akan dilonggarkan, katanya.

Beberapa aspek dasar ekonomi pro-Melayu juga dilonggarkan terutama dalam sektor pengeluaran di mana milik penuh kini dibenarkan kepada rakyat asing.

Pegangan 30 peratus kepada bumiputera dalam syarikat senaraian awam juga dilonggarkan sejak tahun lalu.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dijangka akan menjadi penggerak utama tunjuk perasaan besar-besaran seluruh negara itu.

Ibrahim yang mengangkat dirinya sebagai seorang yang seorang yang semula jadi lantang sejak menjadi pemimpin pelajar lagi semalam memberi amaran supaya jangan usik beliau dalam soal perjuangan untuk orang Melayu dan negara. (Gambar katak hanya hiasan sahaja dan ihsan The Nut Graph)

Petikan dari hansard Dewan Rakyat 19/2/2009:
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Bagi pihak Melayu, you have no right.
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Hey, you shut up! You shut up! You shut up! Babi!
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Awak ingat awak seorang saja Melayu?
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Apa you bercakap macam itu?
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Beri saya laluan!
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Tak payah!
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Beri saya laluan!
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Tak payah!
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Kalau kamu berani!
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Tak payah!
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Penakut!
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Apa penakut?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Shah Alam...
Beberapa Ahli: [Menyampuk]
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: [Menghempaskan songkoknya]

Read On 10 comments

Bau busuk dari Selangor

Dalam posting bertajuk "'Asabiyyah Barisan, 'Asabiyyah Pakatan (II)," saya menulis:
Sekarang zaman Umno dan BN menyelap sakan mencari salah, buruk dan busuk orang-orang PR. Bagi saya, kalau sungguh orang-orang PR yang diburu tak cukup tanah itu melakukan kesalahan, ia satu proses yang bagus. Kalau sungguh mereka salah seperti kes orang yang menerima sedekah b***t di Perak yang terpaksa mengaku kerana ada gambar, ia satu proses yang baik.

Kalau kita penyokong PR yang berusaha bersihkan sendiri puak kita, akan dituduh tali barut Umnolah, barua BNlah, Syiah bangsatlah, macam-macam. Sekarang, Umno BN nak tolong bersihkan, baguslah!

Kalau sungguh kotor, biarlah depa bersihkan. Kalau depa buat fitnah, takkan lopek sangat kita ni sehingga tak boleh pastikan depa pulak yang bernanah!
Dengan berpegang kepada semangat tulisan itu, tentulah berita Malaysiakini bertajuk "PAS seeks 'tell all' meeting with Khalid" berbau sangat wangi (anybody has any news about anyone seeking a 'tell all' meeting with Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo?!!) Malangnya, sejak dari awal saya melihat berita itu, ia berbau sangat busuk. Sangat busuk!

Allah Maha Menyaksikan, sejak awal saya membaca berita itu, saya memang tak tahan dengan baunya yang sangat busuk! Nasib baiklah bau busuk itu dikurangkan oleh berita Malaysian Insider bertajuk "Pas still backs Khalid, says Hadi".

Saya pernah bertanya beberapa kawan dalam Umno tentang orang-orang di dalam Biro Tatanegara (BTN) atau pernah berada di dalam BTN. Saya belum pernah mendapat laporan atau cerita yang positif mengenai BTN dari mereka. Mungkin mereka silap atau mungkin saya hanya mengenali orang-orang Umno yang tidak ada laporan atau cerita yang baik tentang BTN.

Bila bercakap dengan kejujuran yang tulus, ia tidak akan berbau busuk walaupun bercakap dengan sifat yang amat jarang kelihatan berakal!

Berkaitan:
Sikap PAS Selangor dalam isu SPRM dan MB Selangor (Siasah)
Jangan menari bersama mereka (Iskandar Abdul Samad)
Read On 20 comments

'Asabiyyah Barisan, 'Asabiyyah Pakatan (II)

Sultan boleh disaman, didakwa di mahkamah dan didapati bersalah (cth Yg di pertua NS VS Standard Chartered)..pemimpin tertinggi Umno mana yg boleh didakwa..nak bwk masuk mahkamah pun x boleh cth dlm kes Altantuya
Dengan memetik komen dalam posting sebelum ini yang bertajuk "Hanya MCA, Gerakan dan Umno ada imuniti menjerkah raja-raja," saya nak bersembang sikit. Ini bukan kuliah agama. Kuliah apa?!! Saya bukan reti agama. Saya hanya nak bersembang fasal sikap.

Sikap kita, tak kira dari Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR) sama sahaja. Kalau kena kat orang, bukan main lagi tergedik-gedik mendebik-debik lawan yang berperangai setan. Kira tak pa la kot, debik setan. Tapi, kalau kena kat geng sendiri, berputar-putar kata-kata nak membela dan memberikan justifikasi.

Sekarang zaman Umno dan BN menyelap sakan mencari salah, buruk dan busuk orang-orang PR. Bagi saya, kalau sungguh orang-orang PR yang diburu tak cukup tanah itu melakukan kesalahan, ia satu proses yang bagus. Kalau sungguh mereka salah seperti kes orang yang menerima sedekah b***t di Perak yang terpaksa mengaku kerana ada gambar, ia satu proses yang baik.

Kalau kita penyokong PR yang berusaha bersihkan sendiri puak kita, akan dituduh tali barut Umnolah, barua BNlah, Syiah bangsatlah, macam-macam. Sekarang, Umno BN nak tolong bersihkan, baguslah!

Kalau sungguh kotor, biarlah depa bersihkan. Kalau depa buat fitnah, takkan lopek sangat kita ni sehingga tak boleh pastikan depa pulak yang bernanah!

Sebelum ni, saya sentiasakan gunakan apa yang diajarkan oleh Imam Khomeini tentang 'asabiyyah. Hari ni, saya bawa hadith dari sumber mazhab Sunnah wal Jemaah:
Wathilah bin al-Asqa pernah bertanyakan makna 'asabiyyah kepada Nabi Muhammad s.'a.w.w, lalu Nabi yang suci menjawab: "('Asabiyyah ialah) kamu menolong kaummu atas kezaliman" (Riwayat Abu Daud)

"Sesiapa yang berperang di bawah panji kebutaan, marah kerana 'asabiyyah, menyeru orang lain agar bersikap 'asabiyyah atau membantu golongan asabiyyah, lalu terbunuh, maka kematiannya adalah jahiliyah" (Riwayat Muslim)
Izinkan juga saya bersembang tentang saranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) agar negara-negara umat Islam menjadikan Imam 'Ali bin Abi Thalib 'a.s. sebagai teladan dalam menegakkan suatu pemerintahan yang berasaskan keadilan dan demokrasi.

Salah satu badan dalam PBB, iaitu Program Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) dalam laporannya pada 2002 bertajuk "Arab Human Development Report" memetik enam ucapan Imam 'Ali tentang pemerintahan ideal.

UNDP menyatakan bahwa sebahagian besar negara-negara di rantau Arab masih jauh di bawah bangsa-bangsa lain dalam bidang demokrasi, perwakilan politik yang meluas, penglibatan kaum wanita, pembangunan dan pengetahuan.

Berikut ini ucapan-ucapan Imam 'Ali yang dipetik oleh UNDP dalam laporannya itu:
1. Barangsiapa mengangkat dirinya sebagai pemimpin, hendaknya ia mulai mengajari dirinya sendiri sebelum mengajari orang lain. Dan hendaknya ia mendidik dirinya sendiri dengan cara memperbaiki tingkah lakunya sebelum mendidik orang lain dengan ucapan lisannya. Orang yang menjadi pendidik bagi dirinya sendiri lebih patut dihormati berbanding meraka yang mengajar orang lain.

2. Perhatianmu terhadap pembangunan negeri semestinya lebih besar berbanding perhatianmu terhadap pengumpulan cukai, karena yang kedua ini hanya bisa diperoleh dengan pembangunan. Karena mencari hasil mahsul tanpa pembangunan bererti menghancurkan negeri dan bangsa.

3. Hendaklah kamu bersama-sama orang-orang yang berilmu dan arif serta orang-orang yang bertaqwa di antara rakyatmu, dalam mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi negerimu.

4. Tidak ada kebaikan apapun dengan berdiam diri dalam masalah pemerintahan atau dalam membicarakan kebodohan.

5. Orang yang takwa adalah yang melakukan kebajikan, yang logikanya lurus, yang pakaiannya bersahaja, yang jalannya sederhana, yang banyak amalnya, dan tidak tergoncang kerana kesulitan.

6. Pilihlah yang terbaik di antara orang-orangmu untuk menegakkan keadilan. Pilihlah orang yang tidak mudah menyerah, yang tenang meski menghadapi kesulitan, orang yang tidak akan terus menerus melakukan perbuatan salah, yang tidak akan berhenti mengejar hak ketika ia mengetahuinya, orang yang hatinya tidak mengenal kerakusan, yang tidak akan terpuaskan dengan sedikitnya penjelasan tanpa mencari pengetahuan yang maksimum, yang paling tabah ketika menghadapi keraguan, yang kejemuannya sedikit dalam meluruskan para penentang, yang paling tabah dalam menuntut kebenaran, yang paling ketat dalam memenuhi keputusan, orang yang tidak terbuai oleh pujuk rayu dan tidak terjerat oleh godaan. Sesungguhnya orang-orang seperti ini amatlah sedikit. (Sumber: Blog Ustaz Musadiq Marhaban)
Saya tambah satu lagi pesanan Imam 'Ali yang dikasihi: Sesungguhnya agama Allah tidak akan dapat dikenali dari peribadi-peribadi, tetapi akan dapat dikenali dari tanda-tanda kebenarannya. Kenalilah kebenaran maka engkau akan mengetahui siapa yang berpegang teguh dengannya.
Read On 9 comments

Hanya MCA, Gerakan dan Umno ada imuniti menjerkah raja-raja

Dalam Mesyuarat Agung Umno di Butterworth pada 27 Ogos 1949, Allahyarham Dato' Onn Jaafar yang mempunyai kejantanan (bukan setakat angkat keris, cium keris dan minta maaf) secara terbuka menyelar dan menyifatkan raja-raja Melayu lebih menjaga kepentingan diri daripada orang Melayu. Beliau juga mendedahkan bahawa raja-raja Melayu berkomplot dengan British bagi melemahkan Umno dengan melarang pegawai Melayu berpolitik (Rujukan: Blog Telaah Politik).
Dengan petikan di atas, izinkan saya menyatakan, walaupun saya rasa apa yang dibuat itu tak memadai, saya tetap menyokong Pindaan Perlembagaan 1993 yang mengkudungkan imuniti raja-raja Melayu (harus diingat, setakat kudung sahaja). Saya memang menyokong. Allah Maha Mengetahui saya menyokong penuh semua yang di bawah ini:
See PM: No more extra benefits, Rulers to get only privileges, funds provided for by legislation, New Straits Times Jan. 21, 1993, at 1, 2;

Move to bring Rulers' treatment in line with Federal decision: State privileges to go too, New Straits Times, Jan. 22, 1993, at 1, 6;

Kedah withdraws all perks given to royal household, New Straits Times, Jan. 26, 1993, at 2;

Government sets limit on royal privileges, The Star, Feb. 5, 1993, at 2;

Decisions: No More 'Extra Perks', Asiaweek, 161.

Privilege withdrawn for Sultan's jet, New Straits Times, Jan . 27, 1993, at 2 (free parking in hanger withdrawn for Sultan of Pahang's Boeing 727 jet);

Perak puts all palace projects on hold, New Straits Times, Jan. 27, 1993, at 2;

State to curb Johor Rulers' extravagance, New Straits Times, Jan. 25, 1993, at 2 (state to slash unbudgetted expenditures on palaces);

SAS escorts may be withdrawn, New Straits Times, Jan. 22, 1993, at 4 (no more highly trained special action squad (SAS) motorcade escorts for the Rulers);

No more shares for the Rulers, New Straits Times, Jan. 23, 1993, at 4;

Ministry reviews privileges not under Act, New Straits Times, Jan. 22, 1993, at 2;

Council: Royals must pay tax on properties, The Star, Feb. 1, 1993, at 2 (Johor Baru council to collect tax not exempt and not paid);

No more doctors on future royal tours, The Star, Feb. 3, 1993, at 2.
Saya setuju seratus peratus dengan semua pendedahan di bawah, antaranya kezaliman dan penganiayaan yang tidak berperikemanusiaan!
Customs seize three luxury cars, New Straits Times, Jan. 8, 19 93, at 1. One of the cars was seized from a timber tycoon on suspicion of evading import duty using an "Approved Permit" issued to the Sultan of Pahang.

Union: Review timber permits for royalty, New Straits Times, Dec. 15, 1992 , at 2 (West Malaysia Forest Officers Union claim royalty's involvement in the timber industry has made it difficult for its members to discharge their duties);

Palace had some officers moved out, The Star, Dec. 18, 1992, at 2 (Pahang palace involved in choosing areas for forest concessions and work on access roads begun without approval; uncooperative forestry officers transferred);

Pahang Prince: Amendments good, The Star, Dec. 18, 1993, at 2 (Pahang prince notes that "it has been the practice of the palace to expect certain privileges from the Government but this has never been over-publicized").

Sultan of Kedah gets 160 ha concession a year, New Straits Times, Jan. 22, 1993, at 4 (also listing the Sultan's palaces and noting that the state government paid $M250,000 (about $US 98,000 ) for expenses incurred by the Sultan on an overseas trip for flight tickets, accommodation and pocket money);

No more jobs for 'royal contractor', New Straits Times, Jan. 21, 1993, at 4 (noting that the Selangor government would stop awarding contracts to a royal family contractor who had gotten 3 contracts without going through the normal procedure of calling for tenders);

Illegal to use royal gun permits, The Star, Feb. 2, 19 93, at 2 (alleging that the number of gun permits sought per year by the Negeri Sembilan Ruler matched that of three batallions);

Royalty owe RM 264,000 in assessment arrears, The Star, Feb. 2, 1993, at 2 (Perlis royalty said to owe assessment arrears for houses, shoplots, stalls and a cinema);

Najib: Rulers have abused armed forces personnel, The Star, Feb. 2, 1993, at 2 (in 1984 a Royal Malaysian Navy captain on patrol duty was told by a Ruler to jump from his boat and swim ashore where he was "abused" by the Ruler in front of his subordinates and the public allegedly for disturbing the Ruler's picnic);

Lifestyle won't be affected by withdrawal of extra benefits, New Straits Times, Jan. 23, 19 93, at 1 (noting $M69.32 million (about $US27.3 m illion) spent on renovation of the King' palace in 1989, $M6.8 million (about $US 2.7 million) spent on cutlery, $M 2.5 million (about$US 1 million) spent on bedspreads and $M 300,000 (about $US 120,000) spent on storing the bed spreads);

Rulers Privy Purse 1991, New Straits Times, Jan. 23, 1993, at 4 (listing the substantial allowances the Rulers are legally entitled to);

RM 16 mil needed to maintain nine palaces, New Straits Times, Jan. 23, 199 3, at 2;

Land wrested from land less: Muhyiddin pledges full probe, New Straits Times, Jan. 25, 1993, at 2 (claims that state government withdrew 1600 ha of land given to the landless in 1981 and awarded it to a company controlled by the Johor royal family);

Extremely wealthy but still wanting more business favours, New Straits Times, Jan. 26, 1993, at 2 (noting that the Royal family of Negeri Sembilan owns a large number of businesses ranging from the construction of oil and gas rigs to the Malaysia franchise for 7-Eleven stores);

Kelantan questioned over $1.1 m import duty, New Straits Times, Jan. 23, 1993, at 2 (import duty of $1.15 million (about $US 450,0 00) for the import of a Mercedes 600 car paid for by the state government for a royal family member);

Istana becomes casino for a birthday party, New Straits Times, Jan. 27, 1993, at 2 (unnamed Ruler alleged to have turned palace into a casino for a birthday party contrary to Islamic practice).

Family ties being used for project approvals, New Straits Times, Jan. 22, 1993, at 6 (relatives of the Sultan of Trengganu accused of using pressure to get approval of applications for logging concessions and other projects);

Former RMAF officer ordered to leave state, The Star, Feb. 5, 1993, at 2 (air force lieutenant-colonel forced to leave state after a difference of opinion with a Ruler);

MB to stop pressure from royalty, New Straits Times, Jan. 22, 1993, at 6; Dept heads briefed on palace orders, The Star, Feb. 1, 1993, at 2 (the Menteri Besar of Perlis saying department heads would have to report to the state secretary before having an audience with a Ruler or obeying a Ruler's orders and the state secretary would have to get the Menteri Besar's permission);

Guide on dealing with Rulers, The Star, Feb. 5, 1993, at 1 (the guide required government officials to seek the approval of the Prime Minister, or relevant Minister or Menteri Besar before attending an audience with any of the Rulers, required the reporting of the outcome of the discussion, and gave a list of orders from the Rulers to be ignored such as orders to transfer officials to other departments, taking disciplinary action against an official or a request of an official to reveal particular information).

The influence of the Rulers was also noted in Testament to Selfishness: Interview with Aliran President Dr. Ariffin Omar on legal immunity, 13(1) Aliran Monthly 6 at 8 (1993) in which Dr. Ariffin Omar was quoted as saying, We must not forget that some of the Rulers are building business and financial alliances with certain individuals that are causing some concern to certain political leaders who feel that these alliances may become a threat to their vested interests in the not too distant future.
Pendirian saya adalah sama dengan majoriti orang Melayu (jika betul hasil tinjauan yang dibuat oleh Bernama):
A survey by the national news agency Bernama found that 76% of Malays supported the government's stand with respect to the Rulers (see Showdown with the Royals, Asiaweek, Jan. 27, 1993, at 30-31 ; 76% of Malays in 9 states support changes, New Straits Times, Jan. 14, 1993, at 1, 2 (only Kelantan expressed less than 50% support with the support there being 47%)).

Indeed in speaking to several Malaysians with respect to the Rulers issue the author found no one willing to say they were not in support of the removal of the Rulers' immunity.

However, an UMNO survey in late January found that 60% of the Malay population were not in favour of the way the government handled the issue (see Tit for tat: Mahathir steps up pressure on reluctant rulers, Far Eastern Economic Review, Feb. 4, 1993, at 13). There may have also been more support for the government position in urban areas than in rural areas (see The pride of Johor: UMNO's birthplace split on Sultan's rights, Far Eastern Economic Review, Jan. 21, 1993, pp . 11-12).
Bagaimanapun, saya tetap benci double standard Umno. Saudara mara Umno dari MCA dan Gerakan bukan main lagi menelanjangkan raja-raja pada masa itu. Tak ada pula Melayu Umno menyeru laksa mana Melayu untuk membunuh walaupun akhbar MCA dan menteri Gerakan menjerkah dan menelanjangkan raja-raja Melayu itu sesuka hati. Tak ada pula Melayu Umno berhimpun membela raja-raja Melayu. Tak ada pula budak-budak makan upah RM50 yang menunjuk perasaan. Yang nyata, akhbar milik Umno dan MCA mempunyai imuniti dan boleh kata apa pun kepada raja-raja Melayu. Tidak derhaka. Elok semuanya (See 79 reports of sedition referred to A-G for advice, says Haniff, New Straits Times, Jan. 29, 1993, at 2; and Haniff: Rulers will get what is within the law, The Star, Feb. 13, 1993, at 2 - 190 reports of sedition had been received - sample of two sent to A-G for further action - None of the allegations had been pursued at the time this article was written). Kalau kamu bukan MCA atau Gerakan, jangan cari fasal! Akan diseru laksa mana Melayu menerkam membunuh!
Most of the references on the Gomez incident and its aftermath are drawn from the NEW STRAITS TIMES and THE STAR. These are the major English daily newspapers. However, they are known to be either controlled or influenced by parties in the Barisan National, the governing coalition. The NEW STRAITS TIMES is said to be in the hands of persons supportive of UMNO, the Malay party in the Barisan National, and THE STAR is said to be effectively controlled by the Malaysian Chines e Association, the Chinese party in the Barisan National. Major Malay and Chinese language dailies are also said to be subject to government control or influence.

Indeed commenting on the exposures of excesses of the Rulers, one commentator noted that, What a lot of us tend to forget is that our controlled media only revealed to the public what those at the top wanted us to know, nothing more, nothing less.

And commenting on the cessation of the exposures of the Rulers excesses when the Rulers eventually consented to the constitutional amendments said, So why did the media suddenly shy away from its new found role as champions of the ordinary citizen? Simply because they were obeying instructions.

According to one letter published in the NEW STRAITS TIMES the instruction to withdraw came from "higher authorities" - see Crux of the problem lies with the JHA, NEW STRAITS TIMES, Dec. 7, 1992, p. 13. See also, Tackle the real problem in Johor, NEW STRAITS TIMES, Dec. 8, 1992, at 13.
Hanya akhbar Umno seperti NST sahaja mempunyai imuniti melaporkan senarai jenayah Sultan Johor:
For a report of these allegations made in Parliament see List of criminal acts done by the Johor Sultan, New Straits Times, Jan. 20, 1993, at 4.
Tak ada siapa pun seru laksa mana Melayu membunuh - agaknya masa itu dia dalam ketakutan bila Lim Keng Yaik gambarkan Sultan Pahang bulur balak (yang kemudiannya dinafikan Tengku Abdullah)
It was alleged that between 1988 and July, 1992 they were given 37,223.6 hectares of timber worth $270 million - see Keng Yaik: Pressure from Palace, Pahang royalty demands more timber concessions , says Minister, New Straits Times, Dec. 18, 1992, pp. 1, 2; see also Lim: 93,000 acres given to Sultan, The Star, Dec. 18, 1992, at 2 (noting that the annual timber quota for the state from 1991-1995 is 30,000 acres).

These allegations were challenged by the Pahang Royalty - see Tengku Mohkota denies using pressure, New Straits Times, Dec. 18, at 1; see also Adib explains stand on timber concession issue in Pahang, New Straits Times, Dec. 19, 1992, at 2.
Ketika MCA dan Gerakan turut menjerkah raja-raja Melayu tanpa memohon sembah derhaka (lebih kurang maksudnya, I beg to differ), Umno tak kata apa pun, pecacai Umno tak ada yang menulis ancaman bunuh (suka hati hang la nak bunuh sapa pun, tapi kalau engaja tulis untuk mencetuskan ketegangan kaum, terserahlah kepada Allah mengadilinya) dan para pemimpin Umno pula memainkan peranan menjadi pakar rujuk agama dan akhlak kepada istana:
Qualities worthy of a Ruler in light of Islamic teachings, New Straits Times, Dec. 15, 1992, at 11;

Amendments according to Islam, New Straits Times, Jan. 11, 1993, at 2;

Moktar: Heads of State and Islam must lead by example, New Straits Times, Jan. 26, 1993, at 2;

Zaleha: Action was against Islamic teachings, New Straits Times, Jan. 21, 1993, at 2 (Rulers acted against Islam by rejecting amendments).
Rakyat juga diajar supaya jangan bertolak ansur lagi dengan buruk kelaku dan penyalahgunaan kuasa:
Time to redefine powers of Rulers, New Straits Times, Dec. 8, 1992, at 13;

Unable to tolerate anymore abuse, misconduct by royalty, New Straits Times, Dec. 8, 1992, at 13.
Rujukan: The Malay Rulers' Loss of Immunity (Prof Mark R Gillen) Dan, jika anda kecewa dengan Umno serta mahu melapangkan fikiran sebentar, bacalah petikan karangan dalam blog Faisal Tehrani.


Read On 20 comments

Selamat menikmati hak-hak istimewa Umno!

Kalaulah saya tulis seperti di bawah, dah lama entah berapa ASP dan berapa Inspektor jemput aku tengah-tengah malam buta pergi berehat dengan kawan-kawan dalam lokap. Orang bukan Melayu selalu tuduh saya ada hak-hak istimewa sebab saya Melayu. Memanglah ada. Antara hak istimewa anak-anak saya ialah depa dibolehkan berhutang kepada PTPTN.

Tak kira apa bangsa anda, jangan cuba-cuba tulis seperti di bawah melainkan anda orang Umno. Jika anda Umno, anda mempunyai hak-hak istimewa untuk tulis dan kata apa saja. Selamat menikmati hak-hak istimewa Umno!!! (Berkaitan: Umno derhaka kepada Allah, Tengku Razaleigh: Siapa derhaka kepada raja?, Umno dulu, kini dan selamanya penderhaka, Umno penderhaka kepada Sultan, Penderhaka tuduh Nizar derhaka dan Inilah sebenarnya penderhaka)



Empat resolusi Umno mengenai istana

Datuk Zainal Sakom sebagai mewakili Umno Selangor, telah membentangkan 4 resolusi di Perhimpunan Agung Umno mengenai Raja-Raja Melayu dan resolusi itu telah diterima oleh Perhimpunan Agung Umno. Resolusi itu adalah seperti berikut:

1. Menubuhkan satu jawatankuasa untuk menyiasat dan menyenaraikan semua harta, tanah dan projek yang telah diluluskan kepada Raja secara lansung atau melalui "Kapitan Cina".

2. Meminta Presiden Umno supaya bertindak tegas atau memecat mana-mana ahli exco atau wakil rakyat yang hipokrit dan bermuka-muka yang terlibat menghasut Raja-Raja untuk kepentingan diri sendiri.

3. Meminda perlembagaan 1957 (Merdeka Constitution) supaya kuasa muthlak melantik Menteri Besar ahli mesyuarat kerajaan negeri (Exco), setiausaha kerajaan, penasihat undang-undang dan pegawai kewangan negeri adalah bidang kuasa pucuk pimpinan parti yang memerintah.

4. Supaya Perhimpunan Agung Umno memberi mandat penuh kepada Datuk Seri Dr. Mahathir dalam menghadapi dan mengatasi isu Raja ini secara umumnya sama ada menerusi pindaan perlembagaan dan segala langkah yang perlu. (Dari blog Rahim Kassim)
Read On 20 comments

Impact of Eli Wong incidents

Satu lagi kiriman kawan baik saya yang berbangsa Cina dan beragama Kristian. Bagai biasa, mana aku reti edit kalau tulis dalam bahasa omputih. Aku bubuh semua ja:
Impact of ELI Wong incidents !

After Reading Eli Wong's news headlines and watching the nude pictures in the internet, A teen age girl asked her father, " Dad, are you aware of the semi-nude photographs were being circulated, I am sympathy for her."

Being a stunch PKR supporter, the father reply, "Eli Wong was the victim, she did nothing wrong, we needs to respect the private lives of a politician. Eli deserve the same degree of respect as anyone else, the matter of freedom of sexuality is becoming a norm in our society "

"We're going into people's private affairs now. Leave her alone, this has nothing to do with politics, with her performance as assemblyman and exco member", said the father.

"Ok, I think Eli Wong's incidents has taught me a good lesson about my rights too! Dad you too have to respect my privacy and sexuality ! I am going asked Anwar to come over tonight. "

The father immediately scream at the daughter and said, "No ! this not going to happen in my house"

The daughter calmly reply, "Ok, I will go over to Anwar's apartment then ! "

The father again protest and said , " No way, This is against our Islamic teaching, you are going to commit khalwat which is punishable by JAIS!"

Daughter protested, "Dad! Let's be fair and accept that many Malaysians are exerting their personal liberties privately but publicly we are pretentious and very hypocritical in our posturing," she added, " I hope PKR will rule the nation soonest possible and give me back my deserving sexuality liberty! " Reformasi !, Reformasi!
Read On 8 comments

'Asabiyyah Barisan, 'Asabiyyah Pakatan

Dalam posting bertajuk "Terima kasih TV3 membantu PAS!" saya tulis:
Saya sebenarnya berterima kasih kepada Berita Harian dan TV3 (tambahan: dan juga media Umno Barisan Nasional yang lain) yang bertindak menjadi pengawas kepada kerajaan-kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat (PR). Bila ada pengawas seperti itu, saya harap kerajaan-kerajaan tersebut tak berani nak buat tak ketahwan. Kadang-kadang, iman sahaja tak cukup kuat untuk menghalang kita buat tak ketahwan. Perlu ada tukang jerkah, tukang merepet (di kampung saya, merepet atau merepek adalah perkataan gantian kepada berleter).

Saya menyokong fitnah? Kalau orang-orang Umno atau BN atau media-media mereka buat fitnah, itu lagi bagus. Lagi mudah nak kira bicara.
Sebab itulah, ketika dua Exco kerajaan PR Perak ditangkap, saya tulis posting yang bertajuk "Hukum jika mereka bersalah!" Hati saya bertambah tak senang apabila tersiar laporan berikut mengenai Ahli Majlis Daerah Perak Tengah (ketika itu), Zul Hassan (lihat posting bertajuk "Kurang ajar of the highest order"):
Ditanya sama ada dia turut melakukan hubungan seks, Zul berkata: “Tidak mengaku tidak boleh, dia (BPR) ada gambar.''
Saya tertanya-tanya, kalau gambar Zul ada, ada gambar tertuduh lain tak ada? Adakah BPR simpan dulu gambar itu dan kemudiannya akan didedahkan dalam mahkamah? Saya tak tuduh, saya tertanya-tanya.

Sekarang nampaknya BN begitu bengis mendedahkan apa yang ia yakin sebagai salah laku para pemimpin PR terutama di dalam kerajaan negeri-negeri. Mudah ceritanya kita boleh kata, "Woit! Dedah busuk PR ja. Busuk hampa lagi teruk tapi hampa sorok!"

Itu cara mudah.

Tetapi bagi saya, kalau benar sesiapa pun dari PR bersalah, buktikanlah dalam mahkamah yang adil dan bersih. Kita malas dah nak tengok apa yang orang tuduh "tak adil dan kotor" yang mereka dakwa berlaku dalam perbicaraan pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Janganlah lembu siasat lembu pula - lembu dicucuk hidung siasat lembu korban.

Saya ulangi balik apa yang saya sebut dalam posting bertajuk "Hukum mereka jika mereka bersalah" itu:
Tidak kira siapa yang melakukan rasuah, sama ada dari sebelah Barisan Nasional, lebih-lebih lagi dari Pakatan Rakyat, mereka mestilah didakwa jika siasatan yang adil dan bersih mempunyai bukti bahawa mereka melakukan kesalahan.

Jika perbicaraan yang adil dan bersih mendapati mereka bersalah, hukumlah mereka. Kita tidak perlu menjadi peguam bela mereka. Cukuplah mereka dibela oleh peguam mereka yang menerima yuran guaman.
Saya berharap tidak siapa pun yang buat perangai 'asabiyyah (kalau aku buat perangai tu, tolong maki aku!)

Izinkan saya memetik apa yang ditakrifkan oleh Imam Khomeini (quddisa sirruh) sebagai 'asabiyyah:
"As to the word `asabiyyah it is the characteristic of the person who supports his kinsmen and relatives even for a wrong and unjust cause".
Sabda RasululuLlah s.'a.w.w."
"The one who exerts `asabiyyah or the one on whose behalf it is exerted, the tie of faith is taken off his neck."
Malas dah nak jadi syaitan bisu melihat 'asabiyyah Barisan, 'asabiyyah Pakatan! 'Asabiyyah PAS lagi aku benci dan tak nak tengok!

(Kalau ada sesiapa yang mempunyai laporan kandungan ucapan Presiden PAS di Pulau Pinang malam tadi, tolong bagi kat saya. Khabarnya ilal-muqabalah lagi. Aku tengah mengucap panjang ni!!!)

Berkaitan:
Anak Pengerusi SPRM ditangkap (Greenboc)
Visiting pilot fined over child porn (ABC News)
Read On 7 comments
 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008