Berambuslah Melayu!

Satu perkembangan menggembirakan khabarnya berlaku di kediaman Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak di Pekan, Pahang.

Malaysiakini melaporkan, desas-desus mula bertiup kencang bahawa dua exco kerajaan Perak daripada PKR, Jamaluddin Mat Radzi dan Osman Jailu berada di kediaman Najib dalam usaha berunding dengan Timbalan Perdana Menteri dan mereka "berkemungkinan besar" menyertai Barisan Nasional.

Kedua-duanya gagal dihubungi oleh pemimpin negeri, parti dan keluarga mereka sendiri sejak empat hari lalu.

Apa yang berlaku itu menunjukkan Melayu sudah mula meyakini kepimpinan Najib. Melayu sudah mula mengiktiraf keberkesanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Melayu sudah mula menaruh harapan bahawa bisa SPRM mungkin dapat ditawarkan dengan menggayutkan diri pada yang mempunyai kuasa.

Sayangnya, ada Melayu dalam Umno yang memilih kem yang salah lalu dia juga dibogelkan oleh pegawai-pegawai SPRM. Mungkin selepas ini ramai lagi Melayu dalam Umno yang tidak tersilap kem dan Melayu luar Umno pula meyakini kepimpinan yang mempunyai kuasa untuk menawarkan bisa SPRM, polis dan menatang apa sekalipun.

Kepada Melayu yang sedang berusaha untuk bergayutan pada belalai yang khabarnya selalu menikmati jamuan di sana-sini, hampa berambuihlah cepat-cepat! No love lost!

Aku marah dan bimbang ka? Allah Maha Menyaksikan, sikit pun tak marah. Tak marah langsung. Aku suka depa berambuih!

Aku dah tak larat dah nak tengok kerajaan Perak jadi hamba tebusan depa semata-mata kerana takut sangat depa lari pi ke tempat yang depa dijangka nak lari.
Read On 10 comments

Pendedahan pemimpin Umno sapu RM20 juta

http://buletinonline.net/images/stories/berita/skandaljsyp.jpg

Adun Melor, Wan Ismail Wan Jusoh dedah "Pemimpin Umno sapu RM20 juta, projek jambatan Sultan Yahya Petra 2 terbengkalai".

Ada sapa-sapa kenal Wan Ismail? Saya tak berapa kenal.
Read On 9 comments

Hati ini simpati Abby Abadi!

Asyik cerita politik ja, cerita hal lain sikit. Ketika melihat gambar pertama dan kedua di bawah, hati ini sangat bersimpati kepada Abby Abadi. Anak isteri saya tak payah cakap la, sehingga selalulah anak saya main game tendang-tendang di sini.

Selepas itu, bila melihat gambar ketiga dan keempat di bawah tu, bertambah simpati hatiku ini! Simpati kerana Abby sunyi. Sunyi di sana-sini di seluruh diri. Harap-harap budak tu dapat meredakan kesunyian Abby. Semoga abadi.



Read On 16 comments

Mengharap keadilan Umno

Apabila mana-mana penguatkuasa undang-undang melakukan kekasan terhadap orang-orang yang ditahan, saya harap Pemuda Umno akan mengeluarkan kenyataan yang sama seperti kenyataan mengulas dakwaan insiden yang menimpa Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Maran, Halimi Kamaruzzamansepanjang empat hari ditahan SPRM sejak 23 Januari lalu.

"Dalam mana-mana siasatan, tidak boleh dijalankan siasatan dengan kekerasan, hatta orang yang ditahan atas dakwaan jenayah pun tidak boleh disiasat dengan kekerasan", kata Ketua Pemuda Umno Kedah, Dr Mohd Rawi Abd Hamid kepada Malaysiakini.

Adun Ayer Hangat itu merasa kesal dan menyifatkan insiden tersebut tidak sepatutnya berlaku.

Dakwaan insiden sedemikian akan menyebabkan rakyat mempersoalkan kaedah siasatan yang dijalankan

Rabu lalu, Halimi mengemukakan laporan polis di Balai Polis Damansara kerana mendakwa didera oleh pegawai penyiasat SPRM semasa disoal siasat.

Dalam laporan polisnya kelmarin, Halimi mendakwa mengalami penderaan serius sewaktu disiasat berhubung amalan politik wang anggota Majlis tertinggi Umno (MT) yang juga Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Norza Zakaria.

Pemimpin Umno itu bagaimanapun menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan Norza.

Halimi mendakwa tiga pegawai SPRM menumbuk, menendang dan memaksanya berbogel dan kemudiannya berguling-guling di atas lantai.

"Mereka telah mengugut saya bahawa isteri saya akan ditangkap dan dibogelkan jika saya tidak membuat pengakuan (mengaitkan dengan Norza)," dakwanya lagi dalam aduan polis tersebut.

Read On 6 comments

Kepala Kugan direjam dalam air?

Dalam berita bertajuk "Experts: Was Kugan drowned?" Malaysiakini melaporkan seorang pengamal perubatan kanan berkata, kepala Kugan yang ditahan berkaitan kes kecurian kereta mewah mungkin direjam ke dalam baldi berisi air seperti siksaan "water-boarding torture" (lihat gambaran pelukis) yang dilakukan ke atas tahanan di Guantanamo Bay.

Sebelum itu, Malaysian Insider melaporkan bahawa bedah siasat kali kedua di Pusat Perubatan Universiti Malaya menemui kecederaan di bahagain luar tubuh Kugan. Pihak polis pula mendakwa Kugan mati disebabkan jangkitan paru-paru berair.

Ketika saya ditahan di lokap IPD Sentul, saya mendengar beberapa orang rakan selokap (saya tak tanya apa kesalahan mereka) menceritakan, kadang-kadang polis menyiksa dengan melumurkan cili pada kemaluan orang kena tahan (OKT) atau memasukkan cili ke dalam dubur OKT untuk mendapatkan maklumat. Pukul bantai tak payah ceritalah. Itu dakwaan mereka.

Saya tidak tahu benar atau tidak. Saya tak pernah tengok. Yang saya nampak ialah bengkak di kepala dan luka-luka pada salah seorang dari mereka. Dia mendakwa dikerjakan polis yang menyoal siasatnya.

Beliau yang ditangkap atas tuduhan rompakan bersenjata (dia yang bagi tau) menceritakan kepada saya, tempat penyiksan paling teruk dan paling ditakuti di negara ini ialah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di Jalan Hang Tuah. Saya dengar sahaja. Sepatah pun tak jawab. Mana aku tau betui ka, dak ka.

Pada masa ini, saya hanya teringat jawapan bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh di Dewan Rakyat pada tahun lepas yang dibangkitkan oleh Haji Husam Musa di mana seramai 1,535 orang mati semasa dalam tahanan polis, hanya dalam tempoh 4 tahun iaitu 2003 hingga 2007.

"Adakah ini tidak menakutkan? Angkanya tak jauh dengan kematian ummat Palestin akibat serangan Israel!" katanya.

Berkaitan:

Credibility chasm widens (The Star)
Will Kugan get the justice he deserves? (Malaysiakini)
How many deaths does it take? (Aliran)
Read On 10 comments

Syabas Erdogan!

"Kamu bunuh mereka!

Kata-kata kemarahan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan kepada pengganas yang menjadi Presiden Israel, Shimon Peres itu menyebabkan hadirin Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland Jumaat lalu terdiam.

Sebelum itu, dengan angkuhnya pengganas Yahudi itu menafikan Tel Aviv bersalah mengganasi wilayah Gaza yang ditakluki.

Erdogan berang selepas penulis Washington Post yang mempengerusikan majlis, David Ignatius ternyata bersikap berat sebelah dan hanya memberinya 12 minit untuk berucap.

Sedangkan sebelum itu Peres lantang berhujah dengan penuh emosi selama 25 minit dan merujuk kepada pejuang Hamas.

Pengganas itu menyalahkan pejuang-pejuang Hamas yang menentang keganasan Israel di tanah air mereka.

"Mengapa mereka lancar roket? Gaza tidak dikepung. Mengapa mereka lawan kami, apa yang mereka mahu? Kebuluran tidak berlaku walau sehari di Gaza," Peres mempersoalkan.

"Tragedi Gaza bukan kerana Israel, tetapi Hamas," kata Peres lagi. "Mereka menciptakan kediktatoran. Kediktatoran yang sangat berbahaya".

Apabila Ignatius memberinya satu minit untuk menjawab balas, Erdogan menuduh pengerusi itu menyekatnya membalas hujah Peres dengan berkata: "Saya kesal bagi mereka yang bertepuk tangan mendengar kamu bercakap. Kamu bunuh penduduk Gaza. Saya rasa itu adalah salah".

"Peres, kamu lebih tua daripada saya. Suara kamu terlalu tinggi.

"Kamu bunuh mereka. Saya masih ingat kanak-kanak yang mati di tepi pantai. Saya masih ingat dua bekas Perdana Menteri (Israel) berkata mereka gembira masuk Palestin dengan kereta kebal. Dalam soal membunuh, kamu terlalu hebat".

Apabila Ignatius cuba menyampuk, Erdogan berkata beliau tidak akan datang lagi ke Davos, meninggalkan ahli panel termasuk Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan Setiausaha Liga Arab, Amr Moussa, di pentas ucapan.

"Saya kira saya tidak akan kembali lagi ke Davos setelah ini kerana kamu tidak mengizinkan saya bercakap".

Sambil meninggalkan pentas, Erdogan berkata: "Terima kasih banyak, terima kasih banyak, terima kasih banyak. Saya tidak akan kembali ke Davos selepas ini".

Bercakap kepada ribuan rakyat yang menyambut seperti pahlawan di Istanbul, Erdogan berkata, beliau bukan seorang "berhati diplomat tetapi seorang ahli politik".

Berkaitan:

PM Turki tinggalkan sidang Davos kerana Gaza (Utusan Malaysia 30/1/09)
Presiden Israel Diteriaki "Pembunuh" oleh PM Turki (Kompas 30/1/09)
Erdogan dan Peres ribut di Forum Ekonomi (Bisnis Indonesia 30/1/09)
PM Turki Adu Mulut dengan Presiden Israel (Suara Merdeka 30/1/09)
PM Turki disambut hangat penduduk Gaza (Bisnis Indonesia 30/1/09)
PM Turki disambut bagai pahlawan (BBC Indonesia 30/1/09)

Turk leader storms off after criticizing Israel on Gaza
The Buffalo News (30/1/09): Erdogan was angry when a panel moderator cut off his remarks, which were in response to Peres’ impassioned speech defending Israel’s offensive.

“I find it very sad that people applaud what you said,” Erdogan said. “You killed people. And I think that it is very wrong.”

The angry exchange followed an hourlong debate at the forum attended by world leaders.

Erdogan tried to rebut Peres as the discussion was ending, asking the moderator, Washington Post columnist David Ignatius, to let him speak once more. “Only a minute,” Ignatius replied.

“Mr. Peres, you are older than me. Your voice is too loud,” Erdogan told Peres, saying his emotion belied a guilty conscience.

“You kill people,” Erdogan told the 85-year-old Israeli leader. “I remember the children who died on beaches. I remember two former prime ministers who said they felt very happy when they were able to enter Palestine on tanks.

“When it comes to killing, you know it too well,” the Turkish leader said.

When the moderator tried to cut short Erdogan’s remarks again, saying that it was past time to adjourn for dinner, he answered, “Don’t interrupt me. You are not allowing me to speak.”

He then said: “I will not come to Davos again.”



Related:
Erdogan to Peres: You are killing people! (Al-Manar 30/1/09)
'You are killing people,' Erdogan tells Peres (Haaretz 30/1/09)
Leaders of Turkey and Israel Clash at Davos Panel (Tuscaloosa News 30/1/09)
Gaza reaction in Davos (Sabah 30/1/09)
Erdogan storms off Davos over Gaza (Islam Online 30/1/09)
Turkish PM greeted by cheers after Israel debate clash (Guardian 30/1/09)
Turkey: Thousands welcome PM after Peres clash (Adnkronos International 30/1/09)
Turkish PM returns to hero's welcome after Davos (Welt Online 30/1/09)
Iran cheers Erdogan for Davos walkout (Press TV 30/1/09)
Read On 16 comments

In Defense of Air Asia - A Brand Made In Malaysia

Berikut ialah email yang saya terima dari salah seorang pengunjung blog ini. Memang tak edit langsung. Sebabnya semua orang tahu - aku mana reti cakap Mat Salon. Kalu aku edit jugak, takut jadi macam Sime Darby perbaiki Labu pulak!
Assalammualaikum wbt Dear Pak Bakaq,

1.There have been many issues lately pertaining to Air Asia.I just want to share my thoughts with you and if you can extend this to your Penarik Beca Blog, I would be very much happy.It would give an opportunity to share my thoughts with your readers and would be happy with their response.

2.Air Asia is a brand made in Malaysia.From two or three planes airline, they are now a major player.They have proved to the world that no frills airline is workable here in Malaysia and Asia.They have create jobs for many Malaysian and allow more Malaysians to fly.I have friends and relatives in Alor Setar who use to drive to KL or use the express buses, now they fly ! And now they can take their holidays in Sabah and Sarawak.Air Asia got themselves listed in Bursa Malaysia, and the listing does contribute to the performance of Bursa.Some investors, Malaysian and foreigners made money out of the listing excercise.I assume as a corporate entity they pay taxes and if they does, its money to our national coffers.They provide competiton to MAS, and this competition among other factors propel MAS to do better ! Hey ! Air Asia does have an impact to us Malaysian.

3.But to me the BIGGEST impact is they symbolise the Malaysia Boleh spirit .They make me proud and the Air Asia brand is a Malaysian brand.From a small kid on the block, they wag the old MAS from its stupor ! I remember my days in Celcom.Back then we were nobody, but within less then 5 years we beat the crap out of Telekom Malaysia ! Celcom becomes then the biggest cellular operator in South East Asia and with her partnership with the utility operators she have the most extensive fiber optic network in the country.If there were no management change in Celcom in mid 1990s, she would have beat not only Telekom Malaysia, but would have made Singapore Telecom run for her money ( this is in relation to Celcom competing with SingTel for international traffic).Air Asia remind me of the old Celcom.Air Asia have the 'fighting spirit', they have the 'can do' attitude and they have a charismatic leader - Tony Fernandes.I believe they are ready not only to take on MAS but they can beat the crap out of Singapore Airlines.Shouldn't we facilitate them..........?

4.They want to build a new airport and they say they can built it cheaper.Staying in KLIA is too expensive they say.True, when we built the KLIA for so many billions, off course Malaysia Airport Bhd will charge everything expensive.And we wonder why not many airlines are coming here ! I disagree giving Air Asia the permission to build the airport at Labu.And MAB I forsee will not lower their charges anytime.So give Air Asia the permission to operate in Subang.Give them this opportunity ! Let them shows the MAB boys how to run and promote an airport.Let Air Asia teach MAB what is 'positioning' all about, rather then MAB always lamenting in their marketing drives that KLIA is the most modern airport in the world....I believe if Air Asia is able to operate Subang, they will turn Subang into an airport with more airlines coming there than going to KLIA.At least the airlines are going to Subang, rather than Changi.This is what the government must look at, protecting KLIA may not be in the best interest to the country.The nation interest is more serve by having the best airline running the best airport !

5.To the boys and ladies running Air Asia, don't give up.I know the MAB and Khazanah chaps can talk.Ask them to start like you guys.They will fail...

Thank You.
Berkaitan:
Labu Airport again (Tun Dr Mahathir Mohamad)
KLIA East @ Labu 'shelved' (Malaysiakini)
Read On 6 comments

Tunjuk perasaan Umno: Boleh blah SPRM!!



Ketika Majlis Tertinggi (MT) Umno sedang bermesyuarat, sekumpulan ahli dipercayai, anggota Pemuda dan Putera, mengadakan 'demonstrasi' membantah tindakan Lembaga Disiplin dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam soal membanteras gejala politik wang, lapor mStar Online (gambar di atas juga ihsan mStar).

Kumpulan itu berhimpun di pekarangan Menara Dato Onn di sini dengan membawa sepanduk tertera mesej "Lembaga disiplin sudah nyanyuk", "Jangan ambil hak ahli Umno" dan "Kami menolak SPRM, boleh blah".

Lembaga disiplin nyanyuk? Macam mana dia boleh ingat ada 900 aduan politik wang diterimanya?

Tu pun nasib baik orang besar halang BPR dulu:
Ikut ceritanya, BPR memang dah ready nak siasat seluruh dakwaan yang dah dilaporkan kepadanya. Malangnya, ada orang besar dikatakan halang BPR jangan siasat seluruh dakwaan itu.
Lagi pun, bukankah dalam berita Malaysiakini bertajuk "Sogokan: Sia-sia adu ke lembaga disiplin," Datuk Kamal Amir Kamal Hijaz kata "sia-sia sahaja melaporkan politik wang kepada lembaga disiplin Umno kerana ia bukan sebuah badan bebas dan tertakluk kepada keputusan MT"?

Hak ahli Umno? Hak apa tu? Ada kaitan ka dengan apa yang Tun Dr Mahathir kata bahawa "kita akan dapat kerajaan Umno yang tidak bermoral dan rasuah"? Hak apa tu? Adakah hak untuk mendapat kerajaan Umno yang tidak bermoral dan rasuah?

Wah! Ahli-ahli Umno kata boleh blah SPRM! Bukankah rakyat dah mula kata "boleh blah Umno"!?

Mungkin dah terlupa Dr Mahathir kata:
Amalan rasuah dalam Umno di semua peringkat sudah menjadi buah mulut orang ramai. Mereka jelik dan muak dengan Umno, orang Umno dan pemimpin Umno. Perasaan benci kepada Umno sebagai parti yang tidak bermoral merebak ke merata-rata tempat.

Orang ramai melihat Umno sebagai parti pimpinan orang-orang yang berkepentingan diri semata-mata. Dari cawangan sehinggalah kepada pucuk pimpinan yang diutamakan ialah jawatan dan peluang memain kuasa dan buat duit apabila memegang jawatan.
Read On 26 comments

Ekonomi gigit siapa? Kerajaan BN atau kita?

Khabarnya permintaan tenaga elektrik di negara ini turun mendadak pada suku akhir 2008 dan Januari 2009. Akibat dari kekurangan permintaan itu, Tanjong Bin Power Plant, Jimmah Power Plant dan Seberang Perai Power Plant tidak menjana kuasa elektrik manakala Kapar Power Plant hanya menjana 50 peratus tenaga elektrik sahaja. (Sila lihat berita Bernama "TNB kurangkan capex pada 2009 kerana jangka permintaan elektrik susut," Berita Harian "Permintaan tenaga dijangka merosot" dan Berita Harian "TNB Rugi Bersih RM944.1 Juta").

Ada orang kata semua data tersebut menunjukkan ekonomi Malaysia sangat parah. Jangan lupa, mungkin hingga sejuta orang akan dibuang kerja.

Harap-harap kita tidak dipaksa menanggung kerugian TNB dan penjana kuasa bebas (IPP) seperti penumpang dari KLIA dan Terminal Tambang Murah (LCCT) dipaksa membuat bayaran tambahan antara RM2 hingga RM6 sejak hampir tujuh tahun lepas akibat perjanjian berat sebelah antara kerajaan dengan ERLSB.

"Sejak hampir setahun lalu, akhbar telah melaporkan bahawa dalam perjanjian projek ERL bernilai RM2.8 bilion itu, sebahagian dari cukai lapangan terbang diberi kepada ERLSB di mana penumpang penerbangan domestik membayar RM2 manakala penumpang penerbangan antarabangsa membayar RM6, tidak kira dari KLIA atau LCCT.

"Sehingga kini tidak ada penafian kepada laporan itu dan ia bermakna kita terus membayar untuk ERL walaupun kita tidak menggunakannya," kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Para penumpang dipaksa untuk membayar kepada ERL untuk memastikan pulangan pelaburan yang bermula sejak 2002.

YTL Corporation mempunyai pegangan 50 peratus dalam ERLSB manakala Tabung Haji Technologies Sdn Bhd mempunyai pegangan 40 peratus dan 10 peratus lagi dipegang oleh Nadicorp Holdings Sdn Bhd.

ERLSB mengendalikan kihidmat keretapi laju itu di bawah perjanjian konsesi 30 tahun, termasuk pilihan untuk melanjutkan 30 tahun lagi.

Bagaimanapun, perkhidmatan tersebut tidak dapat menyaingi perkhidmatan pengangkutan lain termasuk bas yang mengenakan tambang lebih murah berbanding ERL yang mengenakan tambang setinggi RM35.

Cukai lapangan terbang di KLIA ialah RM45 bagi penumpang penerbangan antarabangsa manakala penumpang penerbangan domestik membayar RM6.

Di LCCT, penumpang penerbangan antarabangsa membayar cukai lapangan terbang sebanyak RM35 manakala penumpang penerbangan domestik membayar RM6.

KLIA mengendalikan 25 juta penumpang setahun pada tahun 2007 manakala LCCT kira-kira lapan juta.

Separuh darinya adalah penumpang yang berlepas dan ia bermakna ERL menerima kira-kira RM80 juta setahun hasil dari kutipan cukai lapangan terbang.
Read On 5 comments

Thank you for boycotting BBC, Samantha!

Thank you Samantha Morton, Peter Mullan, Tam Dean Burn, Alison Peebles and Pauline Goldsmith for boycotting BBC. Humanity knows no boundaries.

Press Association 27/1/09 reporterd, Samantha said she'll never work for the BBC again if the Corporation fails to broadcast an emergency appeal for help in Gaza.

The 31-year-old actress - a Golden Globe winner and Oscar nominee - led a string of celebrities at a London fundraiser for the British Aid Agency Medical Aid for Palestinians (MAP).

The Longford actress said she was embarrassed to earn money from a corporation that would take such an "horrific" and "disgusting" decision.

She said she wanted to know how the appeal by the Disasters Emergency Committee (DEC) was different to Comic Relief or Children in Need.

"I'm shocked and appalled," said the star. "I've worked for the BBC since I was a small child. As a public service they've got it very wrong. I'm not as articulate about this as I would like to be because I'm so appalled. I will never work for the BBC again unless they change their mind."

She went on: "It's very, very wrong. It's not a political message. It's about raising money for children who are dying.

"I'm proud to have worked for the BBC; I'm proud to be British; I'm proud we even have the BBC. But I need them to explain this decision. I reserve the right never to work for that company again if I feel that I'm too embarrassed to support them or earn money from them."

The actress was speaking at a charity dinner organised by MAP at the Marriott Grosvenor House Hotel on Park Lane.

Related:
Celebrities Boycott BBC for Gaza (Islam Online)
Actors vow to boycott BBC (Scotsman.com News)
Sky joins BBC in refusing to air Gaza appeal (Jewish & Israel News)
Read On 1 comments

SPRM juga menyiksa orang disiasat


"Bakul sampah yang kotor telah diletakkan di atas kepala saya, dan saya dipaksa untuk menyanyikan lagu Negaraku berkali-kali, lagu Umno berkali-kali dan disuruh menyebut Rukun Negara berulang kali. Semasa saya dipaksa berbuat demikian bakul sampah di atas kepala saya diketuk berkali-kali".

Kawan saya, Amin menerima email yang mendedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendera, memaksa dan mengugut Halimi Bin Kamaruzzaman supaya mengakui Datuk Norza Zakaria terbabit dengan politik wang. Lihat postingnya yang bertajuk "SPRM untuk jatuhkan sesetengah pihak dalam Umno?"

Antara penyiksaan pegawai-pegawai SPRM ke atas Halimi ialah:

1. Dipukul di bahagian kepala, perut dan bahu bertubi-tubi oleh tiga pegawai SPRM
2. Ditendang di bahagian rusuk dengan lutut
3. Dipaksa telanjang dan berguling-guling di atas lantai dalam keadaan bogel
4. Dicekik sehingga tidak bernafas
5. Ditolak ke dinding
6. Ditendang ketika dipaksa berguling-guling atas lantai
7. Diketuk kepala dengan bakul sampah berkali-kali
8. Diugut akan diletakkan puntung rokok pada kemaluan

Ketika kes Kugan Ananthan masih lagi belum selesai, timbul lagi cerita penyiksaan pegawai penguatkuasa ke atas orang yang disiasat. Apa ni? Aku tau la Halimi dan Norza tu orang Umno. Aku ni penyokong PAS. Peduli apa aku. Kalau babi pun hampa dera tak tentu hala, aku lawan. Jangan la buat perangai lebih hina dari taik babi.

Perangai kurang ajaq tak habis-habis. Bila kita lawan, ikut sedap mulut ja Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar kata dia tidak mahu masyarakat menganggap mereka yang melakukan jenayah sebagai hero dan polis yang menguatkuasakan undang-undang pula sebagai syaitan.

"Tidak timbul isu menganggap mereka yang melakukan jenayah sebagai hero. Isunya ialah kita membantah tindakan menyiksa dan membunuh orang yang disyaki. Saya ulangi, orang yang disyaki," kata Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar.

Anggota-anggota polis yang didapati bersalah kerana mengakibatkan terbunuhnya orang kena tahan (OKT) adalah antara rakan sepenjara Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub dan Mahfuz ketika mereka dipenjarakan bersama-sama Haji Jalaluddin Abdul Manaf (Haji Amjal) di penjara Kajang pada tahun 2000 setelah didapati bersalah bersalah menyertai demonstrasi pada 4 April 1997membantah kehadiran pasukan kriket Israel ke negara ini.

Aku pun masuk lokap masa tu. Nasib baik takat lokap ja, tak masuk jel la sebab aku kutu ja. Buat rugi beras ja dok bela aku, bagi makan aku dalam jel tu.

Menurut Salahuddin dan Mahfuz, dua anggota polis rakan mereka di penjara Kajang itu dipenjarakan apabila seorang OKT yang didera mati.

Kedua-dua mereka disabitkan kesalahan yang menyebabkan OKT itu terbunuh.

"Apa yang menyedihkan, kedua-duanya mengadu bahawa mereka melakukan tindakan itu atas arahan pegawai atasan mereka.

"Bagaimanapun, apabila tiba menghadapi hukuman, mereka tidak puas hati apabila hanya mereka sahaja yang menerima hukuman manakala pegawai yang mengarahkan penderaan itu terlepas begitu sahaja," kata Mahfuz.

Salahuddin pula mempertikaikan, mungkin pegawai-pegawai yang mengarahkan anggota-anggota polis yang didapati bersalah kerana menyiksa OKT itu telah naik pangkat dan kini menjadi pegawai besar dan hidup senang-lenang.

"Sebab itulah kita mesti memperjuangkan supaya penyiksaan tidak berperikemanusiaan ini dihentikan," katanya.



Berkaitan:

AJK Umno: Saya dipaksa bogel depan pegawai SPRM (Malaysiakini)

Read On 19 comments

999 tahun: Adakah mesyuarat AJK PAS Pusat dimaklumkan?

Posting ini adalah sambungan kepada posting bertajuk "Peringatan kepada MB Perak". Dalam posting itu, saya menyatakan:
Saya tak menentang bagi tanah kat siapa pun, asalkan dia disahkan berhak. Yang saya tak puas hati ialah kenapa dibagi hak milik 999 tahun. Bak kata Cik Gu Pa, "selagi adanya bulan dan matahari".
Dengan memohon maaf kepada para pemimpin PAS Perak dan kawan-kawan di sana, izinkan saya bertanya:

1. Mengapakah tidak ada sebarang maklumat dimaklumkan kepada mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat sebelum keputusan menyerahkan hak milik 999 tahun itu dibuat?

2. Ketika keputusan sudah dibuat, dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang manakah dan siapakah yang memberitahu perkara itu kepada mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat?

3. Di dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat, Perak diwakili oleh Ustaz Ahmad Awang dan Asmuni Awi. Siapakah di antara mereka yang memberikan taklimat mengenai perkara itu kepada mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat dan di dalam mesyuarat yang manakah taklimat mengenai perkara itu diberikan?

4. Adakah mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat menjemput Menteri Besar Perak, Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin untuk turut hadir dalam semua mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat bagi membolehkan beliau memberikan taklimat mengenai apa jua perkembangan dalam kerajaan Pakaran Rakyat (PR) di Perak?

5. Pernahkah mana-mana Ahli Jawatankuasa PAS Pusat memberikan pandangan dan pendapat berbeza mengenai perkara itu kepada Ahmad, Mohammad Nizar atau Asmuni? Apakah reaksi mereka?

Cukup setakat itu dahulu. Saya pun saja nak tanya ja. Bukan ada siapa nak jawab pun. Maklumlah sajalah, aku ni bakaq, kan?!!
Read On 22 comments

Memerhati janji Timbalan KPN

Bernama melaporkan, ketika ditanya mengenai rancangan Majlis Pemuafakatan Ummah (Pewaris) untuk berhimpun di Pusat Perubatan Universiti Malaya esok untuk membantah perarakan mayat Kugan Ananthan yang mati dalam lokap polis, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata: "Saya ingin tegaskan lagi, jangan ambil mudah".

"Kami telah tegaskan banyak kali, jangan cetuskan situasi haru biru. Sedialah hadapi undang-undang jika anda mahu melanggar undang-undang," katanya (lihat juga berita Malaysiakini "Police warn against Kugan funeral procession").

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini mengklasifikasikan kes kematian Kugan dalam tahanan polis sebagai kes bunuh.

Sama-sama kita saksikan bagaimanakah tindakan terhadap perhimpunan Pewaris dan apa pula yang dibuat oleh agents provocateurs terhadap perarakan mayat Kugan.

Jangan lupa, ada mala'un tertentu yang sangat memerlukan isu perkauman untuk terus berkuasa.
Read On 11 comments

Pewaris: Mencarut lagi aku hari ni!!

Saya terdorong buat posting ni bila baca berita Pewaris yang minta Datuk Seri S Samy Vellu menasihati masyarakat India agar jangan berdemonstrasi. Saya mengaku, dalam hati saya carut-carut berita itu. Nasib baik tak terkeluar perkataan. Tak eloklah kalau anak isteri saya dengar.

Baca berita-berita dan posting-posting di bawah. Lepas tu, lu pikir la sendiri!!

Polis: Jangan politikkan upacara pengebumian Kugan (mStar Online)
Jangan biar rakyat laungkan kata-kata "samseng, pembunuh beruniform" (Harakah)
Autopsy No. 2 finds external injuries (Malaysian Insider)
MIC akan pertahan dua timbalan menteri jika didakwa (mStar Online)
Kugan's death - A Malaysian Indian lady's opposing views (Zainol Abideen)
Kisah polis pukul anak polis (Tak ingat siapa)
Samy Vellu diminta nasihat masyarakat India jangan berdemonstrasi (Bernama)
Saya berharap rakan-rakan PAS yang lain dapat mengiringi jenazah mendiang Kugan nanti (Husam Musa)
Baso Anying! (Sheih)
Read On 4 comments

Najib ditampar lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi!

Malaysian Insider melaporkan, tindakan Adun Bota, Datuk Nasarudin Hashim mjeninggalkan Umno dan menyertai PKR dilihat sebagai tamparan ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijangka akan menjadi Presiden Umno dalam masa beberapa minggu lagi.

Ia menunjukkan ketidakyakinan terhadap kepimpinan Najib.

"Ia adalah tamparan kepada Najib kerana ada yang merasakan beliau tidak mampu mengendalikan parti dengan baik. Tidak ada yang akan menyalahkan Pak Lah kerana beliau hendak berundur," laman berita itu memetik seorang veteran Umno.

Dengan tindakan Nasarudin meninggalkan Umno, Malaysiakini melaporkan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak yang dianggota DAP, PAS dan PKR mempunyai 32 kerusi Dewan Undangan Negeri manakala BN 27 kerusi iaitu 26 Umno dan satu MCA.

mStar Online pula melaporkan, Najib menasihatkan agar pemimpin-pemimpin Umno dan BN supaya tidak mengeluarkan kenyataan bersifat negatif kerana ia akan menjejaskan proses rundingan dan perbincangan dengan Nasarudin.

Umno Perak mengklasifikasikan tindakan Nasarudin itu sebagai malapetaka kepada parti dan memandang serius mengenainya.

"Kita memandang serius mengenai perkebangan terbaru ini dan sedang berusaha mengambil tindakan yang wajar bagi membendungnya," katanya yang enggan menjelaskan dengan lebih lanjut.

Setiausaha Perhubungan Umno Perak, Datuk Ramly Zahary berkata pihaknya masih menaruh harapan bahawa Nasarudin akan kembali menyertai Umno dan Barisan Nasional.

Berkaitan:
Tahun Baru Cina & Adun Bota (Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin)
Read On 6 comments

Buruk kelaku tak nak Umno pandang rendah

Dalam posting bertajuk "Ahli-ahli PAS, bunuh ular masa dia kecik!" saya tulis:
Saya tidak terkejut jika ada ahli Exco Kerajaan Negeri dari PAS yang menggunakan kereta rasmi kerajaan untuk datang berkempen dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu. Maksud saya, kalau ada. Tolong sahkan dengan maklumat yang sahih, kalau ada.

Datang berkempen dalam pilihan raya kecil itu bukan urusan kerajaan. Itu urusan parti.
Beberapa hari selepas itu, saya menerima email yang menuduh Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak menggunakan kereta rasmi Menteri Besar Kedah ke pilihan raya kecil itu.

Saya tetap berharap tuduhan itu tidak betul.

Saya tak terus tulis cerita itu sebab saya tak berapa jelas sejauh mana kereta rasmi boleh digunakan. Saya lalu bertanya beberapa pegawai kerajaan, tinggi dan rendah. Bekas pegawai kerajaan pun saya tanya.

Dari penjelasan mereka, saya menyimpulkan bahawa kereta rasmi maksudnya kereta yang sepatutnya digunakan untuk tujuan rasmi sahaja. Kos dan perbelanjaan untuk kereta rasmi dibayar dan ditanggung oleh kerajaan dengan duit rakyat.

Urusan mana-mana pemimpin PAS untuk berkempen dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu bukan urusan kerajaan, termasuk berkempen supaya Mohamad Sabu tidak dicalonkan atas alasan "orang Mekah lebih tahu hal orang Mekah dan orang Madinah lebih tahu hal orang Madinah" (Nabi Muhammad s.'a.w.w. yang memimpin negara Islam Madinah adalah orang Mekah).

Saya tidak terkilan Mat Sabu tidak dicalonkan. Malah, saya sangat terasa saya dianggap pengkhianat oleh para penyokong Mat Sabu kerana dalam hal tersebut saya berlaga pendapat habis-habisan dengan mereka. Walaupun saya orang miskin, maruah dan harga diri lebih penting. Jangan terhegeh-hegeh dengan muka tak malu bila orang tak nak.

Kalau saya menghadapi situasi seperti itu, pendirian saya ialah "piiirahhh!" Merungut tak puas hati sana-sini hanya menjatuhkan maruah sendiri. Malu sampai mati!!

Tetapi, saya terkilan sungguh kalau benar kereta rasmi digunakan. Sekali lagi, kalau benar tuduhan itu.

Saya letih dan benci sungguh dengan buruk kelaku nak tunjuk 'izzah kat orang Umno. Kalau naik flight, naik business class kononnya supaya orang Umno tak nampak kita kemere sangat. Siapa ajar pendirian gila dan kurang akal seperti itu?!!

Wahai sekelian orang Umno!! Ketahuilah, apabila kamu nampak pemimpin PAS nak penaik-penaik diri mereka termasuk naik flight business class, itu tandanya mereka nak tunjuk ego kepada kamu. Nak tunjuk mereka pun tak kurang hebat dari kamu.

Jika kamu berjumpa mereka dalam keadaan seperti (kecuali naik business class kalau tiket kelas ekonomi habis), hendaklah kamu perli, sindir, permain-mainkan mereka, tertawakan mereka sekuat-kuatnya, apa sahaja!

Orang seperti itu gila. Jika kamu, wahai orang Umno, berjumpa mereka dalam keadaan nak menunjuk-nunjuk bahawa mereka pun tak kurang hebat berbanding orang Umno, hendaklah kamu bertanya kuat-kuat kepada mereka "Hai ! Ni tak tunjuk bagak kat orang Umno ka?"

Tolong tanya kuat-kuat. Kalau patut jerit, jerit sikit. Biar semua orang dengar. Biar padan muka mereka!!!
Read On 18 comments

Peringatan kepada MB Perak

Update 3.32 petang 27/1/09

Saya tak menentang bagi tanah kat siapa pun, asalkan dia disahkan berhak. Yang saya tak puas hati ialah kenapa dibagi hak milik 999 tahun. Bak kata Cik Gu Pa, "selagi adanya bulan dan matahari".

Posting asal

Saya dilahirkan di Jebong, Matang, Taiping, Perak. Apa pasal nama dia Jebong mana aku tau. Di belah-belah kampung Mat Sabu, jebong ialah panggilan kepada pondan.

Oleh kerana ada roots di Perak, memang sebak hati saya apabila membaca berita Raja Muda Perak sebak (Sila baca Utusan Malaysia 16 Januari 2009 bertajuk "Kampung baru dianggap curi hak tanah Melayu").

Sehari dua lalu, kawan-kawan dalam Umno menyatakan, dalam pertemuan Datuk Ibrahim Ali dan beberapa orang lagi dengan istana Perak, pihak istana menyatakan rasa tidak senang dengan rancangan memberikan apa yang dinyatakan oleh Haji Mustapha Ali sebagai pemberian hak milik "selagi adanya bulan dan matahari" yang "hanya berlaku di zaman penjajahan Inggeris" (Sila baca posting Cik Gu Pa yang bertajuk "Milik kekal hanya di zaman penjajah sahaja") Saya bersetuju dengan Cik Gu Pa. Bukan kerana dia Cik Gu Pa, tetapi kerana apa yang dia cakap tu betul pada saya.

Untuk berlaku adil terhadap pandangan semua pihak, sila baca tulisan kawan saya, Zin Mahmud bertajuk "Hilang tanah akibat Darurat" (Utusan Malaysia 18 Januari 2009).

Kepada saya, jika benar istana tidak puas hati dan jika benar perasaan itu disampaikan kepada Ibrahim, kerajaan Pakatan Rakyat (PR) tak bolehlah buat pekak sahaja. Nak mentadbir negeri perlukan kerjasama istana. Kalau istana buat hal, banyak susahnya. Tanyalah kerajaan PAS Kelantan yang banyak pengalaman menghadapi karenah istana.

Orang biasa seperti saya boleh merasa meluat terhadap istana. Memang sejak dari sekolah menengah lagi saya tak akan angkat tangan berdoa apabila khatib membaca doa istana setiap kali saya pergi sembahyang Jumaat.

Tetapi, orang kerajaan seperti Yeop kita yang menjadi Menteri Besar Perak, Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin tidak boleh buat pekak badak terhadap keresahan dan sebaknya istana - tak kiralah walaupun istana Perak juga yang menggadai tanah air dan maruah bangsa melalui Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874.

Tinggal lagi, saya berharap semua pihak yang sebak supaya merasa sebak juga dengan tindakan kerajaan Perak sebelum pilihan raya 8 Mac tahun lalu yang memfaraidkan 20,000 ekar tanah kepada tauke Cina di Lumut. Tak eloklah sebak bertompok, sedih tak merata. Janganlah hendaknya sebak berpilih-pilih.

Saya juga akan berusaha untuk menghilangkan sebak dengan mencari pelbagai fakta tentang keadilan kerajaan Perak sebelum pilihan raya 8 Mac lalu dalam soal pemilikan tanah di negeri saya itu. Sebagai pemulaan untuk menghilangkan sebak, saya dah baca posting kawan saya, Sheikh Teluk Intan yang bertajuk "Meto betoi teman dengan si Nizar nih!!!!!"
Read On 21 comments

Labu bohong, Labi tipu

Masa bersembang dengan Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar melalui telefon siang tadi, dia tiba-tiba merungut. "Pentadbiran ekonomi negara dah lintang pukang ni!"

"Awatnya?"

"Ni sapa pulak yang membohong ni?! Sime Darby ka, (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) ka?"

"Oh, pasai tu... Airport Labu Labi"

"Hang tau ka, Sime Darby buat kenyataan kepada Bursa Malaysia. Dia kata, LCCT (Terminal Penerbangan Tambang Murah) di Labu tu dah dapat lampu hijau daripada kerajaan".

"Najib kata dak lagi".

"Tu la, kalau betui tak muktamad lagi macam Najib kata, lembaga pengarah dengan pengurusan tertinggi Sime Darby semua kena letak jawatan sebab kenyataan atas nama Sime Darby. (Tun) Musa Hitam nombor satu sekali mesti letak jawatan. Bohong Sime Darby tu tanggungjawab depa".

"GLC (syarikat berkaitan kerajaan) membohong".

Antara pemegang saham dalam Sime Darby ialah Skim Amanah Saham Bumiputera, Permodalan Nasional Berhad, Felda, Amanah Saham Wawasan 2020, Kumpulan Wang Persaraan, Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Sekim Amanah Saham Nasional, Kumpulan Wang Simpana Pekerja (KWSP) dan Yayasan Pelaburan Bumiputera.

"Tu yang kena letak jawatan tu. GLC membohong memalukan negara, menunjukkan akauntabiliti tahap rendah. Kalau GLC pun membohong, pelabur jadi takut kat Malaysia. Membohong pula kepada Bursa Malaysia. Mesti letak jawatan. Suruhanja Sekuriti buat apa kalau betul Sime Darby bagi kenyataan bohong kepada Bursa Malaysia?"

"Kalu Sime Darby tak bohong, tapi Najib yang bohong bila dia kata kerajaan belum buat lagi keputusan fasal status pembinaan LCCT Labu Labi tu, lagu mana pulak?"

"Kalau Najib yang membohong, dia kena resign! Pembohong mana boleh jadi Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan. Jadi Perdana Menteri jangan cakap la, langsung tak boleh!""
Read On 15 comments

I will happily eat autocracy!

Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Ang Leng Kiat, yang meminta Kerajaan Selangor menghentikan operasi perjudian berlesen di negeri itu. Tindakan yang seharusnya mendapat pujian itu bukan sahaja tidak dialu-alukan, malah parti yang dianggotainya, DAP, akan mengambil tindakan tegas ke atas beliau.

The Edge Daily melaporkan, "stern action will be taken against Ang Leng Kiat".

Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, apa yang diperkatakan oleh Ang itu "bukan polisi DAP, tapi pendapat peribadi. Jadi, ia tiada sebarang kaitan dengan kami".

Menjelaskan cadangannya itu, Ang menegaskan, ia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan politik atau keagamaan, tetapi untuk mengatasi masalah sosial yang mempunyai kaitan dengan perjudian.

Jika dibaca kenyataan Ang bersekali dengan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang di atas, adakah kita boleh menyimpulkan DAP tiada sebarang kaitan dengan sebarang usaha untuk mengatasi masalah sosial yang mempunyai kaitan dengan perjudian?

Berita terakhir yang saya dengar, Ang telah pun menarik balik kenyataannya yang menyebabkan para pemimpinnya angin satu badan itu. Seseorang yang menghubungi Ang memberitahu, Ahli Majlis MBSA itu sudah tidak tahan dengan pelbagai tekanan dari para pemimpin DAP ke atasnya.

Everybody! Please take democracy away and give me a plate of autocracy. Please! I will happily eat that! And, please allow me to quote this from "Viva La Autocracy":
Democracy all over the world has become a strange phenomenon . It is just a pretence to help some people do what ever they want to stay in power. This is what we are seeing in India, the U.S and also Russia. There is no difference between Buddhadev Bhattcharjee in West Bengal, Modi in Gujrat , George Bush in America and Vladimir Putin in Russia or Manmohan Singh and Sonia Gandhi in Delhi. They will kill, annihilate, silence dissention: Do everything to stay in power. The most dangerous fact here is they will do all this shamelessly in the name of the people because they have been voted to power by an election process which was formulated by another politician in a document called constitution.
Let me add just another two short sentences - They will mock and spit on what you believe in the name of constitution. Didnt they mock and spit on Allah's Law?!!
Read On 8 comments

Kita lawan habis-habisan polis jahat

Jika anda seorang pelancong yang hendak datang ke Malaysia, bagaimana perasaan anda dengan berita-berita di bawah? Sebagai rakyat Malaysia pula, kita mesti perjuangkan sebuah pasukan polis yang bersih. Semua pihak termasuk polis diperlukan oleh negara ini. Kita tuntut dinaikkan pangkat polis baik. Kita lawan habis-habisan polis jahat. Tan Sri Musa Hassan must be held accountable and answerable to all the accusations against him.

Kalaulah dikatakan mustahil ada polis jahat, mustahil juga tidak ada polis baik.

Berita pertama
Polis buru pemandu teksi perogol

Berita Harian Online (23/1/09): Polis sedang memburu seorang pemandu teksi yang dipercayai merogol seorang penumpang wanitanya selepas menggari tangan mangsa dalam kejadian di Manjalara, Kepong sebelum menghantar wanita itu pulang ke rumah di Petaling Jaya, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, mangsa menaiki teksi terbabit dari kompleks beli-belah One Utama, Bandar Utama, Damansara untuk pulang ke rumahnya di Seksyen 17 Petaling Jaya, tetapi sebaliknya dibawa ke Manjalara.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohammed, berkata pemandu teksi berusia lingkungan 30-an itu kemudian memberhentikan kenderaannya di sebuah lorong gelap sebelum merogol mangsa.

“Suspek dipercayai bertindak menggari tangan mangsa terlebih dulu sebelum merogolnya. Selepas itu, dia menghantar mangsa pulang ke rumah, tetapi apabila tiba di rumah wanita itu memberi helah tidak cukup duit untuk membayar tambang.

“Mangsa memberitahu perlu masuk ke rumah untuk mengambil wang, tetapi dia kemudian memaklumkan kejadian berkenaan kepada bapa saudaranya yang berada di dalam rumah itu,” katanya, di sini semalam.

Beliau berkata, bapa saudara mangsa berusia 41 tahun kemudian cuba menangkap pemandu teksi berkenaan, tetapi gagal dan nyaris dilanggar suspek yang berjaya melarikan diri.

“Wanita itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk pemeriksaan dan rawatan, manakala kes ini diserahkan kepada Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sentul untuk tindakan lanjut. Polis juga sudah mengenal pasti teksi dipandu suspek,” katanya.

Difahamkan, dalam kejadian itu mangsa turut melihat ada pakaian seragam polis selain gari dan pisau di dalam teksi berkenaan yang dipercayai digunakan suspek untuk menyamar sebagai anggota pihak berkuasa itu ketika melakukan jenayah.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan diminta menghubungi IPD Sentul di talian 03-40422-222 bagi membantu siasatan.
Berita kedua
Kematian Kugan diklasifikasi kes bunuh untuk siasatan (mStar Online)
Kematian A Kugan diklasifikasi kes bunuh (Malaysiakini)
Read On 6 comments

Saya memohon Gerak laporkan Tok Guru kepada SPRM

Saya mengucapkan tahniah kepada bakal Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang bersungguh-sungguh untuk memastikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim disiasat dan didakwa kerana mengarahkan pembelian 46 ekor lembu korban yang diedarkan kepada surau dan masjid di Parlimen Bandar Tun Razak ketika Hari Raya Korban Disember lalu (lihat laporan Malaysiakini "Khir Toyo dakwa ada bukti terhadap MB Selangor").

Saya juga mengucapkan tahniah kepada Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) kerana membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Abdul Khalid yang disifatkan oleh gerakan itu telah menyalahgunakan dana kerajaan negeri untuk tujuan tersebut.

Sehubungan itu saya memohon jasa baik Gerak supaya membuat aduan kepada SPRM terhadap Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana menggunakan dana kerajaan negeri untuk membantu mangsa kekejaman rejim haram Israel.

Dana kerajaan negeri ternyata akan digunakan kerana Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Haji Husam Musa berkata, jumlah berkenaan akan dikutip melalui agensi-agensi di bawah kerajaan negeri.

Menurut Husam lagi, sumbangan itu bukan sahaja dari perbendaharaan negeri tetapi juga melalui agensi-agensi milik kerajaan negeri (lihat berita Harakah "Kelantan sumbang RM1 juta bantu rakyat Palestin").

Saya juga memohon jasa baik Gerak supaya membuat aduan kepada SPRM terhadap Tok Guru kerana menggunakan dana kerajaan negeri untuk memberikan bantuan sejumlah RM1 juta kepada mangsa banjir di Johor pada Januari 2007 lalu (lihat berita Harakah "Banjir di Johor: Kelantan sumbang RM1 juta").

Tok Guru sendiri mengakui, sumbangan dari kerajaan negeri itu dikeluarkan melalui Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) untuk meringankan beban penderitaan mangsa tersebut.

Sebagai Mursyidul Am PAS, Tok Guru ternyata mempunyai kepentingan peribadi kerana ramai rakyat Johor yang menjadi ahli PAS atau sekurang-kurangnya beragama Islam.

Begitu juga mengenai sumbangan kepada rakyat Palestin. Tok Guru ternyata mempunyai kepentingan peribadi kerana majoriti penduduk wilayah Palestin yang ditakluki adalah saudara-maranya. Allah berfirman yang bermaksud "Sesungguhnya (hanyalah) orang-orang mu’min itu bersaudara" (Al-Hujuraat :10).

Saya sangat mengharapkan budi baik dan kesungguhan Gerak untuk menyegerakan aduan kepada SPRM terhadap Tok Guru kerana menggunakan dana kerajaan negeri untuk tujuan yang beliau mempunyai kepentingan dengannya di mana dana kerajaan negeri yang digunakan untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Johor itu pasti akan disumbangkan juga kepada ahli-ahli PAS yang turut menjadi mangsa banjir sedangkan Tok Guru sendiri adalah pemimpin PAS.

Lebih dari itu, dalam penggunaan dana kerajaan negeri sama ada kepada mangsa banjir di Johor atau mangsa keganasan Israel di wilayah Palestin yang ditakluki, Tok Guru juga ternyata mempunyai kepentingan peribadi dan kepentingan bercanggah kerana rakyat Johor dan Palestin yang beragama Islam adalah saudara-maranya.

Penggunaan dana kerajaan negeri untuk membantu saudara-mara sendiri juga melibatkan conflict of interests atau kepentingan bercanggah.

Sekali lagi, budi baik dan kesungguhan Gerak dalam menyegerakan aduan kepada SPRM terhadap Tok Guru adalah sangat diharapkan (Permohonan kepada Gerak ini diilhamkan oleh Nur Aflah).
Read On 15 comments

Saya tak kata mesra rasuah

Bertanyalah akan Hishamuddin Rais, "Datuk Norza Tahun Baru Cina ini pergi mana? Tak ada ang pau ke?" Lihat di sini dan di sini.

Tiadalah saya berkemampuan menjawabnya. Hanya ingin saya bertanya kepada Datuk Norza - Assalamu'alaikum! Emosi Datuk sihat ke?

Berkaitan:
Norza tampil beri keterangan (Utusan Malaysia)
Politik wang Umno: Calon MT serah diri di SPRM (mStar Online)
Umno politician in graft probe nabbed, released on bail (The Star)
Umno supreme council member facing graft charge (Malaysian Insider)
Seorang Ahli MT Umno serah diri di pejabat SPRM Temerloh (Berita Harian)
Read On 2 comments

Please sign the petition

Please sign the petition 

The Creation of a Special Tribunal to try Israeli War Criminals 

 http://www.PetitionOnline.com/EAFORD09/petition.html
Read On 1 comments

"Mereka memukul anak saya tanpa perikemanusiaan!"

"Mereka memukul anak saya tanpa perikemanusiaan!" itulah kata-kata ibu Kugan Ananthan yang mati ketika di lokap di Balai Polis Taipan, USJ. Lihat video ihsan Malaysiakini di sini (kalau tak tahan, tak payah tengok). Komen-komen yang brutal sangat tak akan disiarkan - masalahnya, aku pernah bantai polis jahat, polis baik yang terasa hati sangat dan sumbat aku dalam lokap.

Berkaitan:
Dead man's family lodges report (Malaysiakini)
22 years Kugan a/l Ananthan dead in coustody: Balai Polis Subang Jaya (Malaysia Today)
20/1/09- Death in custody Kugan a/l Ananthan 22 years old boy at Subang Jaya lock up (National Express Malaysia)
Man dies after police brutality and Khalid lies through his teeth! (My Bru Cafe)
Jayathas Sirkunavelu's Photos - 20/1/09- Death in Custody, Kugan a/l Ananthan 22 years old (Facebook)
Read On 22 comments

Tamparan hebat kepada Najib - Penganalisis

Ihsan Hanief

Berkaitan:
Govt losing power over graft (AsiaOne)
Winning in Malaysia (Wal Street Journal)
BN lost, Umno infighting continues (Mathaba)
Umno needs more than a 'wow' factor (The Edge Daily)
KT Chinese Wisdom (MySinchew)
Undi Cina seperti di bawah (Ihsan The Edge Daily)






Read On 3 comments

Serban sunat, keselamatan wajib

Oleh kerana hari ni ada lagi berita fasal serban, saya ulas sikit cerita "Pelajar pondok pilih penjara daripada bayar denda".

Tadi, saya hantar SMS kat seorang kawan, "Pakai serban sunat. Helmet untuk keselamatan. Jaga keselamatan wajib".

Berkaitan

Hukum mematuhi peraturan jalan raya (Hasrizal Abdul Jamil)
Nik Aziz terima topi keledar ganti serban (Sinar Harian)

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju pakaian serban digantikan dengan topi keledar bagi penunggang motosikal yang mahu memakainya, jika ia didapati boleh mencegah daripada kecederaan apabila berlaku kemalangan.

Mursyidul Am Pas itu berkata, jika serban dipakai dengan ikatan kemas dan boleh mencegah kecederaan, ia boleh digantikan dengan topi keledar yang dianggap lebih selamat itu.

Malah, katanya, topi keledar yang keras itu tidak selamat jika tidak dipakai kemas dan diikat dengan betul.

“Kadang-kadang serban dan semuntal yang diikat kemas lebih selamat, kerana ia lembut apabila berlaku hentakan kuat berbanding topi keledar yang keras itu.

“Topi keledar pun jika tidak dipakai dengan kemas dan diikat dengan betul boleh menyebabkan penggunanya tidak selamat apabila berlaku kemalangan, kerana mudah tercabut atau kecederaan dalaman akibat hentakan kuat,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai seorang pelajar sekolah pondok di Pasir Tumboh di sini, pada dua hari lalu dijatuhi hukuman denda RM90 atau penjara dua hari kerana didapati bersalah tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal sebaliknya memakai serban.

Bagaimanapun, pelajar pondok terbabit, Ahmad Nasir Darus, 28, memilih untuk menjalani hukuman penjara dua hari.

Nik Abdul Aziz berkata, umum mengetahui berapa ramai penunggang motosikal yang terbunuh akibat nahas jalan raya walaupun mereka memakai topi keledar sewaktu menunggang motosikal.

Beliau berkata, soal ia merupakan pakaian pak lebai atau golongan haji tidak berbangkit walaupun undang-undang dan peraturan jalan raya mengklasifikasikan begitu dan beliau tidak mahu campur urusan agama dengan peraturan jalan raya.

“Cuma bagi saya, mereka yang memakai pakaian serban tidak harus dikenakan tindakan, jika ia dipakai dan diikat dengan kemas,” katanya.

Menurutnya, serban bermakna dalam bahasa Melayu asal ialah ikatan kain kepala, seperti juga semuntal bagi pakaian tradisi orang Melayu Kelantan sedikit masa dulu.

Beliau berpendapat, jika masyarakat keturunan Sikh yang memakai serban dan boleh dikecualikan daripada undang-undang jalan raya, tidak ada sebab orang Islam yang memakai serban tidak boleh dikecualikan daripada peraturan itu.

“Saya tidak mahu ganggu soal agama. Lebai atau jahil, bukan boleh dinilai pada pakaian kerana ini mengikut tafsiran masing-masing, kerana ada orang lebai atau haji tetapi tidak pakai serban atau kopiah, dan ada juga yang pakai serban sebesar bakul pun tetapi tidak dianggap lebai,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mahu kerajaan mengkaji semula peraturan itu bagi mengelakkan kekeliruan yang timbul seperti apa yang terjadi kepada kes berkenaan.

Read On 57 comments

BN – Barang Naik, Bila Naik – Baru Naik, Berapa Naik – Banyak Naik (2)

Dalam berita Malaysiakini bertajuk "Harga gula dijangka naik selepas Tahun Baru Cina," Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang sebelum ini pernah memberi amaran "jangan politikkan harga barang mahal," Datuk Shahrir Abdul Samad berkata:
Sebanyak 80 hingga 90 peratus bekalan gula kita adalah dari luar negara. Kontrak pembekalan gula dari negara pengeluar telah tamat tahun lepas. Tahun ini kita ada kontrak baru dan harganya (gula) lebih tinggi daripada kontrak lama.
Kenyataan Shahrir mengingatkan saya kepada apa yang saya kata sebelum ini dalam posting bertajuk "BN – Barang Naik, Bila Naik – Baru Naik, Berapa Naik – Banyak Naik":
Kerajaan memang takut nak mampuih dengan raja-raja lintah darat tu. Apa kerajaan buat bila harga gula dan tepung naik sebelum ni?

"Jangankan dengan raja gula ka, raja tepung ka. Dengan raja ayam pun takut terkecut-kecut.

"Berani apa kalau masa raya hari tu ayam pencen pun RM8 seekor? Nak makan rendang ayam pencen pun mahal nak mampuih!" (posting tu ditulis selepas Raya)
Sebuah tulisan menyatakan Raja Gula Tan Sri Robert Kuok Hock Nien mengawal 80 peratus pasaran gula di Malaysia.

Di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mohtar Radin pernah bertanya:
Rakyat juga ingin bertanya siapa itu Robert Kuok, yang diberi konsesi import gula secara perseorangan. Bertahun-tahun gula masih krisis. Kenapa tidak diberi lesen kepada orang lain? Kenapa dia sahaja yang monopoli?
Dalam artikel Malaysiakini bertajuk "Kekurangan gula: Hentikan monopoli 'raja' gula," Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman pernah bertanya:
Kita tidak nampak sebabnya mengapa jumlah syarikat pengeluar gula perlu dihadkan kepada empat buah sahaja, dan itupun dikuasai oleh dua orang sahaja – 'Raja Gula''Sugar King' Robert Kuok dan Syed Mokhtar Al-Bukhary.
Adakah kerajaan Umno yang turut dipimpin Shahrir yang "is of the opinion that the Approved Permits system (which are used to control the import of CBU cars into Malaysia, amongst other things) should be abolished" takut sangat nak memecahkan monopoli raja-raja kurang ajaq yang menguasai bahan makanan untuk rakyat negara ini?

Sembilan tahun lalu, Tranungkite pernah menyuarkan artikel yang bertanya:
Tetapi apa yang kita mahu soal pemimpin kita itu; sampai bilakah monopoli perdagangan gula itu difaraidkan kepada Robert Kuok dan zuriatnya ? Apakah itu ada satu para tidak tertulis dalam perlembagaan negara ini? Kenapakah tidak difikirkan cara yang baik agar monopoli itu dipecahkan ketika Robert Kuok masih lagi bernyawa dan belum sewel lagi?
Read On 21 comments

Najib lemah, Najib lembik

Saya alih bahasa ikut cara bodo saya yang Datuk Shamsuddin Nawawi tulis. Bukan terjemahan tetapi mafhum ja:
Najib tau segala macam kelemahan Wan Farid. Tapi dia takut sungguh nak cakap perkara sebenar kat Pak Lah. Dia tak berani nak cakap kat Pak Lah dia nak orang lain! Najib lemah! Najib bukan jenis orang yang berani bangkang Pak Lah walaupun Pak Lah salah. Najib nak jaga pantang larang Umno - jangan lawan Presiden. Najib ni, kot-kot Pak Lah tanya dia, kalau dia rasa sakit pun dia tak kan kata dia sakit! Jenis tu lah Najib ni!

Najib Pengarah Jentera Pilihanraya Kecil KT tapi Pak Lah dok datang jugak nak kempen di KT. Najib tak berani nak kata "hang jangan dok mai la" kat Pak Lah. Najib tau Pak Lah tak dak pengaruh apa dah pun di KT. Tapi Najib tak berani kata kat Pak Lah "hang jangan la dok kacau kempen di KT ni". Najib tak berani nak kata kat Pak Lah "hang jangan dok menyibuk la. Hang jangan dok kacau kerja aku laa!!"

Pak Lah dah nak belah dah bulan Mac ni tetapi Najib tak jugak berani nak suruh Pak Lah pi main jauh-jauh!

Najib ikut ja apa Pak Lah suruh dia buat dan siapa jadi calon. Dari segi tu Najib lembik. Patutnya dia berani la kata kat Pak Lah, "awak dengar sini. Kawan yang jadi Perdana Menteri Malaysia bulan Mac ni. KT tu permulaan perjalanan kawan yang jauh. Awak jangan nak menyibuk kerja kawan!" Najib tak dak teloq nak pertahankan apa yang dia fikir betul untuk dibuat.

Lupakan yang lain. Pada kawan, Umno BN kalah sebab Najib tak berani nak jelaskan perkara sebenarnya kepada Pak Lah. Najib patut bagi tau Pak Lah yang Wan Farid tu pilihan yang salah (bak kata Tun Dr Mahathir, seburuk-buruk pilihan).

Jangan salahkan Wan Farid, salahkan Najib yang hanya berani angguk je bila Pak Lah cadang calon dia!
Berkaitan:
Sobering Lessons for Umno (3) - Bahagian 1 dan 2 sebelumnya (Datuk Ariff Sabri Abd Aziz)
Bukan Wan Farid sahaja, Najib juga pilihan yang buruk (Harakahdaily)
Read On 13 comments

Budak-budak muda Cina pun tak nak undi PAS

Apabila saya cuba kaji cara bodo saya keputusan pilihan raya kecil Kuala Terengganu untuk menyelongkar apakah makna dan mesejnya, saya bukan tak terasa saya mungkin melukakan hati kawan-kawan dalam Umno. Saya juga teringat apa yang Tok Guru Mursyidul Am kata, "usah angkuh keluar kenyataan".

Fikir punya fikir, rasa-rasanya tak la berlagak. Saya hanya nak cari maksud tersurat dan tersirat.

Kita nak tahu apa masa hadapan PAS dan Umno. Berkesankah segala kempen terhadap PAS. Biasa la, dah nak tibai. Mesti la cari isu yang perasaan dok rasa mesti orang boleh tangkap cintan. Apa lagi kalau bukan isu PAS takut DAP, Cina pulas tengkok PAS sampai dapat tanah, PAS bagi Cina bela babi di kampung orang Melayu dan isu-isu yang sewaktu dengannya yang dirasakan oleh Umno mempunyai daya pikat yang kuat.

Saya juga nak try kaji-kaji, adakah orang boleh menerima Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Mac ini.

Kok mana pun, saya tak berhajat nak tengok Umno mati. Kalau Umno mati, sapa pulak nak maki PAS? Begitu juga, kalau PAS mati, sapa pulak nak maki Umno? Saya guna perkataan maki. Orang lain bolehlah pilih nak guna perkataan muhasabah ka, dakwah ka, asalkan kuasa dan harta tak menjadikan kedua-duanya bedebah. Muhasabahlah, dakwahlah supaya tak jadi bedebah.

Dengan keputusan pilihan raya kecil Kuala Terengganu dapatlah kita lihat lebih kurang dua kelompok. Kelompok pertama ialah kelompok yang dah memang biasa dok tadah telinga, hati dan emosi mereka kepada kempen Umno. Golongan ini ialah golongan yang sudah masuk 'Asar atau dah dekat nak Maghrib.

Kelompok ni hampir tak boleh buat apa dah. Saya teringat dalampilihan raya 1999, seorang anak muda yang kehilangan kad pengenalan mak dan ayahnya. Berkelintau mak ayah dia cari IC yang hilang tu - nak mengundi Barisan Nasional (BN) katakan. Budak tu pun tu pun bersilat lebih dari mak ayah dia lagi cari IC yang hilang tu. Siap dok tekan-tekan lagi dan dok tanya tak habis-habis, "Mak boh tang mana?!!"

Tak mengundi BNlah dua laki bini tu. Dalam pukul enam petang, dah tak boleh mengundi dah, baru jumpak dua IC yang hilang tu. Budak tu yang jumpak IC mak ayah dia yang hilang tu.

Kelompok kedua ialah kelompok yang Bridget Welsh sebut sebagai pengkalan masa hadapan (Mem ni selalu bergurau dan perkenalkan diri dia "nama saya jambatan" - dia reti cakap Melayu. Agaknya dia nak bagi orang senang ingat nama dia. Teringat jambatan, teringat bridge dalam bahasa Orang Putih. Pastu senang la nak ingat nama dia).

Welsh nampaknya tak silap apabila Ketua Pemuda Umno Kuala Terengganu, Badrul Hisham Zaki kata, antara punca kekalahan BN adalah sokongan golongan muda kepada BN semakin berkurangan dalam pilihan raya kecil kali ini berbanding pilihan raya umum, 8 Mac tahun lalu.

Perkara itu diakui oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Terengganu yang juga Setiausaha Operasi Pas dalam pilihan raya kecil, Ariffin Deraman. Ariffin ni lulusan USM dalam bidang IT, lepas tu mengaji pulak di Universiti Al-Azhar.

Dia kata, daripada 61 saluran muda, 42 daripadanya berpihak kepada Pas manakala 19 saluran kepada BN.

“Pengiraan dibuat dengan mengambil kira saluran dua sebagai saluran muda sekiranya hanya terdapat saluran 1 dan 2 sahaja di pusat mengundi, saluran tiga dan empat akan dikira saluran muda sekiranya terdapat 1 hingga 4 saluran di pusat mengundi, begitu juga saluran empat dan lima dikira saluran muda sekiranya terdapat saluran satu hingga lima di kawasan terbabit.

“Undi tersebut sekiranya tidak mengambil kira undi pos, kita menang majoriti dengan 3,584, sebaliknya mendapat 2,631 majoriti sekiranya dicampur undi pos,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Pas mendapat undi paling banyak daripada golongan muda di Losong Masjid dengan 274 undi manakala undi paling merosot di Kampung Cina iaitu di saluran empat dengan kekurangan 95 undi.

Bagaimanapun katanya, Pas berjaya menawan golongan muda di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat Bukit Besar iaitu tempat calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh mengundi iaitu sebanyak 65 undi melebihi parti lain.

Saya tertarik dengan hasil kajian Ariffin dan jundinya yang menyatakan undi paling merosot ialah di Kampung Cina iaitu di saluran empat dengan kekurangan 95 undi. Adakah itu menunjukkan bukan sahaja kaum wanita dan orang-orang tua Cina sahaja yang tak undi PAS di Kuala Terengganu, malah anak muda Cina juga tak berapa nak undi PAS? Saya rasa begitulah. Budak-budak muda Cina pun tak nak undi PAS.

Jika benar, di manakah selisihnya pendekatan orang-orang PAS Kelantan yang menang besar di DUN Kota Lama yang majoritinya pengundi Cina dengan pendekatan orang-orang PAS Terengganu? Rasa-rasa elok jugak kaji tu.

Tu satu. Kedua, dari sikap pengundi Cina yang ditunjukkan dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu itu, adakah selepas ini DAP akan menggelejat dengan lebih histeria lagi terhadap matlamat pejuangan PAS khususnya hukum hudud yang sebenarnya hanya salah satu juzuk dari sistem Islam? Saya rasa mungkin.

Saya juga nak tengok adakah pretenders like PAS akan dapat dijerkah dan disekat right in their tracks by the DAP. Setakat ini DAP dah sampai ke peringkat berguling-guling atas tanah bersama-sama Umno untuk menyekat undang-undang hudud diluluskan di Kelantan dan Terengganu (ketika PAS memerintah), tetapi undang-undang itu tetap diluluskan.

Berkaitan:
Read On 6 comments

Orang pompuan takut kat PAS

Dalam tulisannya bertajuk "Light and darkness: Reflections on KT" yang disiarkan Malaysiakini hari ini, pakar Asia Tenggara di Universiti John Hopkins (dia reti cakap Melayu) menyatakan:

1. PAS tak dapat undi Cina. Ramai yang takut tindak balas jika tak undi Barisan Nasional (BN). Pemimpin kanan Pakatan Rakyat (PR) dan DAP pulak balik awal. Depa ingat dah pung-pang pung-pang kat tempat Cina tu, kerja dah selesai dan niat dah tercapai. Last-last bersepai.

2. Dari pengundi Melayu pula, majoriti yang undi PAS adalah pengundi muda. BN mungkin kehilangan pengkalan masa depannya.

3. Umno mendapat undi kaum wanita - Cina dan Melayu. Orang pompuan, terutama di pusat bandar, takut kat PAS (guane tu?)

4. Kakitangan kerajaan, walaupun tak berani bukak mulut, banyak yang undi PAS.

5. Najib tidak kelihatan mempunyai sokongan majoriti rakyat Malaysia.

6. SPR dan polis lebih professional.
Read On 12 comments

Ahli-ahli PAS, bunuh ular masa dia kecik!

Dalam berita bertajuk "Pilihan raya KT: Pemantau akan serah laporan pada SPRM" hari ini, Malaysiakini melaporkan:
Yunus turut mempertikaikan pembiayaan kehadiran menteri-menteri kabinet, menteri besar dan ketua menteri daripada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat serta barisan exco mereka sepanjang kempen pilihanraya kecil tersebut.
Ahli-ahli PAS mesti menyiasat dan mendedahkan perkara ini. Saya tidak terkejut jika ada ahli Exco Kerajaan Negeri dari PAS yang menggunakan kereta rasmi kerajaan untuk datang berkempen dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu. Maksud saya, kalau ada. Tolong sahkan dengan maklumat yang sahih, kalau ada.

Datang berkempen dalam pilihan raya kecil itu bukan urusan kerajaan. Itu urusan parti.

Kalau ada yang buat kurang ajaq, tolong beritahu. Kita debik cukup-cukup. Hampa kena ingat, nak bunuh ulaq masa dia kecik. Kalau dia dah jadi naga, dengan hampa-hampa dia telan.

Kalau siapa-siapa boleh cari, tolong check jika ada jika ada ahli Exco Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Parlimen dan Adun dari PAS yang claim dari kerajaan untuk datang berkempen dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu. Maksud saya, kalau ada. Tolong berikan maklumat yang sahih, kalau ada.

Malaysiakini juga melaporkan:
Manakala PAS pula, dakwanya, turut melanggar etika amalan pilihanraya yang baik, antaranya pemberian percuma kerusi roda di Bukit Tepu, khidmat percuma gunting rambut dan rundingan kesihatan pakar homeopati.
Yang bagi kerusi roda tu, aku payah la sikit nak pertikai. Orang tu dah lama berjalan mengeret atas lantai kot. Aku tak gamak nak pertikai bila kenangkan nasib orang yang terima kerusi roda tu. Terpulang kepada Umno nak main lagu mana isu tu.

Tapi yang gunting rambut percuma dan rundingan kesihatan pakar homeopati tu, apa kerjanya? Kalau betul dakwaan itu, apa gatainya masa kempem pilihan raya nak guntin rambut orang dan nak bagi rundingan kesihatan percuma konon?!! Tak dak masa lain ka?

Hampa tunggu la lepas pilihan raya. Berapa banyak kepala hampa nak servis pun, hampa punya suka la!! Berapa guni rambut hampa nak guntin pun, lantak pi kat hampa la. Nak bagi rundingan kesihatan percuma pun, hampa tunggu la lepas pilihan raya, rundin pi la dari subuh sampai subuh pun.

Hat yang pendedahan mengenai "amalan rasuah dan politik janji rasuah oleh BN berleluasa berlaku dalam pilihanraya kecil tersebut, melibatkan jumlah sebanyak RM 1 billion" tu, tak payah ulaslah. Terpulanglah kepada kawan-kawan dari Umno nak main lagu mana isu tu.

Takkan babi orang ja nampak, babi sendiri tak nampak.
Read On 10 comments

Terus percayai BN, ini masa depan semua - Najib

Agendadaily 3 Februari 2008 melaporkan Datuk Seri Najib Tun Razak berkata:
"Adakah anda fikir masa depan anda boleh dilindungi oleh mereka yang mengadakan demonstrasi jalanan? Adalah penting untuk diingatkan kepada masyarakat India ini bahawa masa depan mereka adalah dengan BN," katanya merujuk kepada perhimpunan haram anjuran Hindraf.

Oleh itu, katanya ,mereka harus bekerjasama di dalam sistem yang sedia ada dan bukan menentangnya.

Najib yang juga timbalan pengerusi BN mengingatkan komuniti India bahawa hanya kerajaan BN yang boleh memberi jaminan masa depan mereka dan terus memperbaiki kedudukan sosio ekonomi mereka.

"Teruskan mempercayai BN. Ini merupakan masa depan semua kaum India Malaysia dan semua bangsa Malaysia. Masa depan akan lebih baik jika (mereka) berusaha dalam lingkaran sistem itu dan bukan menentangnya," katanya.
Berita Harian 7 Mac 2008 melaporkan Najib berkata:
"Apakah anda lebih selesa diperintah gagasan 14 parti (BN) yang dianggotai semua kaum di negara ini atau sanggup memperjudikan masa depan kepada pakatan pembangkang Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang hanya sebulu sewaktu pilihan raya.

“Soal undi ini bukan main-main, ini adalah masa depan anda, anak-anak anda. Pilihan anda esok menjadi penentu kehidupan kita bersama,” katanya ketika berucap pada majlis Mesra Bersama Rakyat Zon Bangsar, Lembah Pantai, di sini, malam tadi.
Nah! Ini dia masa depan kita:

1 million Malaysians could lose jobs this year (Ahirudin Attan)

45,000 pekerja kilang diberhenti (Utusan Malaysia)

MEF anggar 400,000 diberhentikan kerja (Utusan Malaysia)

Pelbagai pihak menjangkakan impak krisis ekonomi global akan menjadi semakin ketara tahun ini. Kebimbangan ini sebenarnya sudah diuar-uarkan sebelum menjelang tahun baru lagi.

Iklim ekonomi dunia yang merudum ini membuatkan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) dilaporkan baru-baru ini membuat unjuran sehingga 25 juta orang dijangka diberhentikan kerja di seluruh dunia menjelang 2010.

OECD, yang meliputi 30 negara termasuk semua negara perindustrian dunia, turut membuat unjuran pemulihan ekonomi akan berlaku pada akhir 2009 dan pertumbuhan lemah pada 2010!

Sebelum ini, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dilapor membuat unjuran bilangan pengangguran global dijangka meningkat sehingga 20 juta untuk mencecah paras tertinggi 210 juta orang menjelang akhir 2009! (Bernama)

Kepada siapa hendak mengadu supaya dihindari dari kesengsaraan? Kepada Allah s.w.t. atau kepada BN? Menurut Najib BN merupakan masa depan semua kaum India Malaysia dan semua bangsa Malaysia dan masa depan pula, menurut beliau lagi, akan lebih baik jika (mereka) berusaha dalam lingkaran sistem itu dan bukan menentangnya.

Jenayah dijangka meningkat apabila ketiadaan pekerjaan. Kepada siapa hendak mengadu supaya dihindari dari menjadi mangsa jenayah? Kepada Allah s.w.t. atau kepada BN?

Masa depan kita di tangan siapa? Allah atau BN?
Read On 6 comments

Panadol untuk BN di Kuala Terengganu

"Dacing (lambang Barisan Nasional - BN) dah senget. Hari ni orang dah pakai digital," wartawan Malaysian Insider, Debra Chong memetik seorang nyonya penjual mee yang bercakap dalam dialek Hokkien, dialek utama orang-orang Cina Terengganu.

"Kena ajar mereka," katanya lagi.

Beliau mengungkapkan dengan tepat trend rakyat hari ini - tolak BN.

"PR menang di lima negeri termasuk Wilayah Persekutuan dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, selepas itu menang dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh dan kini dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu pula.

"Hattrick kemenangan pilihan raya kali ini bukan lagi satu perkara yang kebetulan berlaku atau semata-mata membayangkan kemungkinan penolakan total terhadap BN, ia sudah menjadi satu trend di kalangan rakyat," kata Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub.

Naib Presiden PAS, Haji Husam Musa pula menyifatkan keputusan pilihan raya kecil itu menggambarkan mood nasional.

"Ini menunjukkan hilangnya keyakinan majoriti pengundi (Melayu) kepada Umno, dan ia menggambarkan mood nasional yang menolak Umno," katanya.

Rakyat naik angin kepada Umno dan BN. Ia bukan soal siapa calon. Tengku Razaleigh Hamzah dapat mengesan mood nasional itu apabila berkata: "Rakyat memang menolak Umno dalam bentuk dan wataknya sekarang, dan mereka menolak kepimpinannya".

Malah, pengikut fanatik Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein itu menyifatkan pilihan raya Kuala Terengganu "sebenarnya lebih menyerupai referendum mengenai kepimpinan dan ujian sama ada Umno masih relevan".

"Maka, jika Umno dalam bentuknya kini tidak lagi relevan kepada bangsa Melayu, rumusan yang bernama BN sudah berkubur. Sebab kaum Cina tiada sebab lagi untuk terus menyokong MCA, dan begitulah seterusnya," kata Tengku Razaleigh lagi.

Tidak hairanlah apabila majoriti pengundi Kuala Terengganu merasa begitu terpanggil untuk menyahut seruan-seruan Pakatan Rakyat (PR) supaya "Bebaskan Terengganu" dan "Ambil balik hak kita".

Ketika Umno dan BN tidak pun kelihatan memahami hati rakyat dan segala keluhan rintihan mereka, slogan parti itu “Mesra Dengan Rakyat” dicebik dan dipandang dengan kebencian.

"Rakyat dah cerdik dah. Cara tu tak boleh guna lagi," Debra memetik seorang pemilik chalet di Kuala Terengganu.

Beliau juga menceritakan bagaimana angin perubahan dibawa pulang oleh anak-anak Terengganu di perantauan.

"Mereka mempunyai pengaruh yang besar ke atas ibu bapa mereka yang selama ini menyokong BN. Kalau mereka tak dapat balik pun, mereka akan telefon ibu bapa mereka dan kata, 'Mak, Pak, jangan pangkah BN'," kata anak jati Terengganu itu.

Mereka yang fanatik dengan Umno pasti tidak mahu menerimanya. Tetapi, wartawan The Nut Graph, Deborah Loh membayangkan keputusan pilihan raya Kuala Terengganu itu akan diratib-ratib sebagai bukti bahawa gelombang kejayaan pembangkang dalam pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu bukanlah sesuatu yang kebetulan.

Sama ada perkara itu mahu diterima atau tidak oleh pemimpin, ahli dan penyokong Umno, perkara itu tidak mustahak lagi. Rakyat sudah semakin kenal siapa Umno yang sebenarnya.

"Awak dengar banyak cerita orang-orang Umno makan rasuah," kata seorang pengusaha bengkel memperbaiki lori kepada Debra.

Bukan orang bawahan yang merasa jelik dengan Umno sahaja yang berkata begitu. Tokoh dan pemimpin Umno juga menyatakan perkara yang sama.

"Umno sudah jadi parti pimpinan ramai perasuah dan jika Umno menang bersama BN, maka yang akan memerintah Malaysia ialah orang yang menjadi Perdana Menteri dan Menteri melalui rasuah dan mereka ini tetap akan amalkan rasuah dalam Kerajaan untuk dapat balik "pelaburan" mereka dan lebih daripada itu," kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tidak hairanlah kalau rakyat sering membangkit-bangkitkan cerita orang-orang munafik yang pada siang harinya memaki hamun orang-orang Cina, menjerit-jerit kononnya tergila-gilakan ketuanan Melayu dan menayangkan aksi termuntah kononnya geli sangat kepada Cina yang membela babi, tetapi di malam harinya menyelanak seperti babi hendak menyodok poket di bawah perut buncit tauke Cina yang belum tentu lagi wangnya tidak bercampur dengan hasil berniaga babi.

Maklumlah, seperti kata Dr Mahathir, "untuk dapat balik "pelaburan" mereka dan lebih daripada itu".

Sampai bila rakyat yang dipinggirkan dari kekayaan negara boleh bersabar dengan buruk kelaku seperti itu?

"Negeri kaya, tapi rakyat miskin. Anak-anak muda tak ada kerja di sini. Nak berniaga pun susah. Kerajaan kata kita ada pelancongan, tapi mana pelancong?

"Sekarang mereka datang sebelum pilihan raya dan tabur duit sana-sini dan suruh kita 'kenang jasa' bila tiba masa. Tetapi itu duit kita," kata pengusaha bengkel memperbaiki lori itu.

"Sekarang, BN pening kepala. Kena makan Panadollah," katanya lagi.

"Bila saya memerhatikan di sekeliling saya, saya melihat pil putih berlatarbelakangkan warna hijau di mana-mana," kata Debra yang menemubual pengusaha bengkel memperbaiki lori itu.

Berkaitan:
Malaysia's ruling coalition loses key by-election (The Wall Street Journal) 
Read On 6 comments

KT: Tanda kebencian kepada Najib

Sejak Tun Dr Mahathir Mohamad berhenti kerja sebagai Perdana Menteri, saya tak dak selera nak debik dia. Malah, saya berterima kasih pula kepada beliau yang membantu pembangkang menghangitkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya 8 Mac tahun lalu. Kalau dia tak bantu pembangkang pun, saya tak nak usik orang tua tu - sama seperti saya tak usik malah menghormati Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Tapi itu tak bermakna saya bersetuju semua yang dia buat dan cakap. Hari ni, saya tak setuju lagi bila Dr Mahathir nampak sangat dok pasang perisai untuk melindungi Datuk Seri Najib Tun Razak dalam berita Malaysiakini bertajuk "KT: Undi tidak percaya terhadap Pak Lah, kata Dr M".

Saya tidak melihat bijaknya Dr Mahathir dengan kenyataan itu. Kalau nawaitunya nak memperisaikan Najib, usahanya itu sia-sia tak berguna.

Rakyat bawahan semua dah tahu Abdullah akan pergi Mac ini. Kepada mereka sudah tidak timbul lagi soal undi tidak percaya kepada Abdullah. Rakyat bawahan tahu, tak hero sungguh pukul orang yang dah nak jatuh. Tak hero langsung.

Mungkin ada orang kata, Abdullah sebenarnya tak nak berhenti. Dia akan buat dajai kat Najib dan lepas tu akan terus jadi Perdana Menteri. Tetapi, berapa orang yang tau cerita tu? Berapa ramai pengundi KualaTerengganu yang tau cerita tu untuk mendorong mereka menghenyakkan undi tak percaya kepada Abdullah? Berapa peratus?

Undi tak percaya kepada Abdullah kerana dia pilih Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh? Apa jaminan kalau pilih calon lain BN akan menang? Kita lihat sejak dari awal lagi media cuba melindungi Najib apabila mendakwa pilihan raya kecil Kuala Terengganu ialah mengenai calon, bukan parti. Semua itu dibuat supaya senang nak kambinghitamkan Wan Farid apabila BN kalah. Macam la orang tak tau trick sebelum Merdeka tu.

Arus kebangkitan rakyat nak disembunyikan dengan membubuh taik atas kepala Wan Farid. Cukuplah Saiful Apek atau raja-raja lawak amatur yang buat lawak.

Sebenarnya PAS sepatutnya mendapat undi yang lebih banyak lagi. Tetapi beberapa kebijakan kempen BN menafikan undi-undi itu. Antaranya disebarkan cerita tidak akan ada lagi Exco kerajaan negeri dari bangsa Cina jika pengundi Cina membantu PAS menang.

Orang boleh kata itu taktik kotor. Tetapi, cakap-cakap itu hanya mengingatkan saya kepada mak cik-mak cik yang rajin tengok gusti masa di kampung dulu. Bila penggusti yang depa suka didebik (berlakon semua tu), depa akan kata kat lawan penggusti yang depa suka tu, "dia main jahat". Memang la dia kena main jahat. Itu strategi dia nak menang. Kalau tak main jahat macam mana nak menang. Takkan nak bergusti macam tok sami yang warak tak tentu hala.

Kok mana pun, kekalahan BN dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu bukan undi tidak percaya kepada Abdullah seperti pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu. Ia adalah tanda kebencian rakyat kepada Najib. Hakikat memang kadang-kadang pahit. Kalau tak terima pun, tak dak siapa boleh kata apa.

A pill for KT’s ills (Malaysian Insider)
Read On 9 comments
 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008