Anak-anak Gaza, jangan adukan kami kepada Muhammad!


Maafkan kami, Gaza

Hanya lihat
dan pasang mata

Hanya marah
dan merah mata

Hanya sedih
dan air mata

Hanya doa
dan merah mata

Hanya pekik
dan sorot mata

Hanya malu
dan tutup mata

Hanya suara
dan kata

Hanya simpati
dan cinta

Maafkan kami, Gaza

Bocah-bocah Gaza!
jangan adukan kami kepada Muhammad (s.'a.w.w.)

Kami di Indonesia,
jauh dari Gaza

- Ustaz Muhsin Labib
Read On 2 comments

Hudud: Husam ucap tahniah kepada Umno

Berita di bawah adalah ubahsuai dari berita Sinar Harian hari ini:
Naib Presiden PAS, Haji Husam Musa mengucapkan tahniah kepada Umno kerana pendirian yang tidak pernah berubah dan konsisten menolak hukum hudud.

"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Umno kerana pendirian mereka yang tidak pernah berubah itu, dan sekarang ini saya lebih risaukan Umno berbanding DAP kerana Umno mendakwa mereka Islam.

"Macam mana orang Islam boleh menolak hukum hudud dan sekali lagi, tahniah kepada Umno kerana konsisten menolak hudud dari dahulu," katanya.

Beliau mengulangi penegasan bahawa pendiriannya terhadap pelaksanaan hukum hudud tidak pernah berubah.

Beliau berkata, Pas dan Umno dari dahulu lagi tetap dengan pendirian masing-masing di mana Pas akan tetap melaksanakan hukum hudud manakala Umno tetap menolaknya.

"Sebagai umat Islam kita kena menerima hukum hudud ini kerana hukum hudud adalah yang terbaik dan paling berkesan dalam mencegah jenayah," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada majlis menyampaikan sumbangan bantuan persekolahan di Kota Bharu semalam.

Katanya, dari segi pelaksanaan, Islam membenarkan hudud dilakukan mengikut kedudukan dan kemampuan pihak terbabit.

Husam memberi contoh seperti solat Zuhur, di mana solat tersebut tidak boleh ditunaikan selagi belum masuk waktunya.

Menurutnya, sekarang ini yang memerintah adalah Barisan Nasional (BN) dan Umno menolak hukum hudud walaupun mereka beragama Islam.

Sementara itu, menantu Perdana Menteri yang juga Naib Ketua Pemuda Umno , Khairy Jamaluddin menafikan beliau menyokonmg hudud dalam surat yang dihantar oleh pejabat Ahli Parlimen Rembau kepada Malaysiakini. (Imej di atas ihsan Malaysiakini)
Read On 24 comments

Mesir, Saudi dilapor bersekongkol mengganasi Gaza

Roads to Iraq mendakwa, Mesir dan Arab Saudi bersekongkol dengan Israel mengganasi Gaza. Ketua perisikan Mesir, Amro Suleiman dilaporkan menerima maklumat serangan itu dari Menteri Luar Israel, Tzipi Livni. Beliau kemudiannya menyampaikan maklumat itu kepada negara-negara Arab yang lain. Bagaimanapun, beliau didakwa membohongi Hamas kononnya Israel bersedia untuk berunding. Akhbar propaganda Saudi, Al-Sharq Al-Awsat pula dilaporkan oleh Roads to Iraq menyiarkan temubual dengan Simon Perez di mana pengganas itu menyatakan: "Rantau ini bersedia untuk perdamaian dan kami tidak akan masuk ke wilayah Gaza".

Lama web Syria pula melaporkan salah seorang pemimpin Hamas, Mahmoud Al-Zahhar menuduh Mesir bersekongkol dengan Israel memperdayakan Hamas di Gaza.

Menurut Roads to Iraq lagi, Aljazeera melaporkan bahawa sayap bersenjata Palestin menuduh negara-negara Arab bersekongkol dalam serangan ke atas Gaza. Akhbar Israel, Ma'an pula melaporkan bahawa negara-negara Arab memberikan lampu hijau kepada Israel untuk menghapuskan para pemimpin Hamas.

Tindakan Mesir menyekat sempadan di Rafah juga dikaitkan dengan maklumat awal yang diberikan Israel. (Tulisan dalam imej agensi berita Ma'an di atas menyatakan, negara-negara Arab mempersetujui rancangan Israel melakukan pembunuhan di Gaza)
Saudi Arabia - Egypt ally with Israel to attack Gaza

Roads to Iraq (27/12/08): Not only Egypt participated in the attack on Gaza by pre-informed on attack date, just reported on Al-Quds Al-Arabi that Livni informed the head if the Egyptian intelligence Amro Suleiman who in his turn informed other Arab countries, but told Hamas that Israel is ready for the peace negotiatioSauns.

Saudi Arabia deployed its media to legitimize the attack. One hour after the Al-Arabiya TV broadcast an interview with the terrorist Olmert, Saudi propaganda newspaper Al-Sharq Al-Awsat published an interview with another Israeli terrorist Simon Perez who said the following: The region ready for peace and we will not enter Gaza.

Genocide in Gaza just started, blessed by Arab countries

Roads to Iraq (27/12/08): Nothing new in Aljazeera report today that Palestinian armed factions accused Arab countries with participating in the attack on Gaza. Israeli newspapers already reported the Green Light given by Arab countries to eliminate Hamas leaders.

Do you think that Egyptian reinforcement on Rafah-Crossing was coincidence or already tipped off? But Hamas also tipped off by an Arab official who also revealed that the Israeli plan is to target the institutions of Gaza authority, and to invade the region, not to mention the assasination of Hamas leaders.

By the way: According to the Israeli military, the military operation will take 15 days.

In Response to Gaza Offensive, Syrian and Hamas Media Lambast Egypt, Saudi Arabia

The Memri Blog (28/12/08): The Syrian and Hamas media have responded to the Gaza attack with harsh criticism against Egypt and Saudi Arabia. An editorial in the Syrian website www.champress.net accused the Syrian and Saudi leaders of collaborating with Israel in the spilling of Palestinian blood. The Syrian government daily Teshreen stated in an editorial that "certain Arab leaders" regarded Israel as a strategic ally and were helping it to annihilate the resistance movements in Palestine and Lebanon. Associates of Hamas leader Mahmoud Al-Zahhar accused Egypt of collaborating with Israel in deceiving the Hamas in Gaza.

Sources: www.champress.net, December 27, 2008; Teshreen (Syria), December 28, 2008; Teshreen (Syria), December 28, 2008; Al-Quds Al-Arabi (London), December 27, 2008.

Egyptian official lying through his teeth

Roads to Iraq (28/12/08): Reported on Aljazeera that Egypt keeps blocking Rafah-Crossing, not allowing the humanitarian aid to enter Gaza, Aljazeera anchor asked an Egyptian official why? He answered: For logistic reasons.

A Lebanese military expert said that the Egyptian official is lying, Egypt knows that an Israeli ground campaign on its way, this is the reason behind the blockade.

The lebanese expects that Hamas will use Hizbollah’s 2006 war tactics against the Israeli military.

Israeli military preparing to assassinate Gaza leaders

Ma'an (18/12/08): Assassinating Hamas leaders is one option being explored as Israeli troops prepare for the end of the ceasefire, according to a Thursday report in the Israeli daily paper Maariv.

The paper quoted military sources as saying Arab countries advised Israel to assassinate major Hamas leaders if they reject the truce.

The story appeared on page two of the Hebrew paper and claims un-named Arab states have given Israel the 'green-light' to use extra-judicial means to ensure the disappearance of Hamas leaders in case the party refuses to extend the truce.

The article, by Israeli journalists Ben Kesbit and Amir Raybot, claimed that Arab heads of state sent secret letters to the Israeli government. They hinted that the assassination planning was a major factor regarding why no major military action has been undertaken so far.

Those listed as candidates for assassination are:

De facto Prime Minister in Gaza Ismail Haniyeh
De facto Minister of the Interior Sai'd Siyam
De facto Minister of Foreign Affairs Mahmoud Az-Zahhar
Head of the military wing of Hamas in the Gaza Strip (The Al-Qassam Brigades) Ahmad Aj-Ja’bary
Member of the Palestinian Legislative Council and leader of the Popular Committee against the Siege in Gaza Dr Jamal Al-Khudari
Secondary leaders in the Al-Qassam Brigades Ibrahim Ghandur and Muhammad Deif, who have both survived several assassination attempts, were also on the list.

The Egyptian-brokered ceasefire is set to end on Friday.
Read On 19 comments

Umno berani, aku penakut

Saya mempunyai perasaan yang paling negatif terhadap raja-raja Melayu. Mungkin ada sedikit tolak-ansur dalam hati saya terhadap Sultan Kedah dan Sultan Terengganu.

Perasaan itu bukan baru. Sejak dari bersekolah menengah - ketika bersolat Jumaat di kampung saya di Matang, Perak atau bersolat Jumaat di masjid Taiping yang dekat dengan sekolah saya, Sekolah King Edward VII - saya akan meletakkan tangan saya atas peha serta berhenti menadah tangan dan mengaminkan doa yang dibaca oleh khatib apabila tiba kepada doa untuk si raja. Saya rasa berdosa sangat kalau saya mengaminkan doa seperti itu. Itu cerita saya. Bukan suruh orang ikut.

Saya juga penyokong kuat tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad meminda perlembagaan untuk mengkudungkan kuasa raja-raja Melayu. Tetapi saya taklah seberani blogger Umno, The “thirteen million plus Ringgit” guy dalam postingnya bertajuk "Chosing the right hereditary ruler". Baca juga postingnya yang bertajuk "A royal black mail?" dan posting Husin Lempoyang bertajuk "T Mukhriz mendahului pencalonan".

Dengan penuh ikhlas dan Allah menjadi Saksi, aku mengaku aku penakut. Hampa, dua-dua Umno, berani. Aku tabik! (Gambar ihsan The Star)
Read On 25 comments

Ekonomi dan moratorium hudud

Saya merujuk berita The Star "PAS: Hudud hit by the economy" dan berterima kasih kepada posting Maverick SM bertajuk "Hudud law is recession sensitive". Saya memberi komen seperti berikut:
Undang-undang juga boleh dibuat "moratorium" (a period of time in which there is a suspension of a specific activity until future events warrant a removal of the suspension or issues regarding the activity have been resolved).

Menurut sejarah Islam, Khalifah 'Umar pernah menangguhkan perlaksanaan hukum hudud (kerana kemelut ekonomi waktu itu). Pada zaman ini, kerajaan Iran pernah melaksanakan moratorium dalam perlaksanaan hukum rejam (stoning).
Cakap "kita akan buat" hudud pun betul. Kata nak tangguh dulu pun "betul" (Malaysiakini 22/12/08 "Husam: Lambat lagi laksana hudud"). Macam mula-mula kita kata nak pi haji. lepas tu kita kata "tangguh dulu sampai cukup duit". Dua-dua tak salah. Yang salahnya ialah orang yang Islam yang tak nak hudud (Malaysiakini 24/12/08 "Khairy nafi sokong hudud di KB"). Tak reti bahasa. Lawak tak reti bahasa di bawah. (Imej di atas ihsan Maverick SM)







Read On 4 comments

Intifadah di kedutaan AS Selasa ini, 11 pagi

"Saya akan bermain muzik hari ini
dan merayakan apa yang dilakukan oleh tentera udara Israel,"
kata pengganas bernama Ofer Shmerling,
pegawai pertahanan awam entiti haram Israel.

SMS dari Ketua Dewan Pemuda PAS, Salahuddin Ayub:
Pemuda PAS mengajak umat Islam bantah serangan kejam Israel ke atas rakyat Palestin! Ayuh ke demonstrasi di kedutaan Amerika Syarikat pada Selasa, 30 Disember 2008, 11 pagi. Sebarkan!
Bacalah analisis Ali Abunimah di bawah. Akhbar Haaretz Israel pula mendedahkan, keganasan terbaru Israel di Gaza itu telah dirancang sejak enam bulan lalu - bukan kerana sebarang provokasi. AP pula melaporkan lebih dari 100 tan bom dihunjam oleh pengganas-pengganas Israel dan angka kematian kini menghampiri 250 manakala lebih 400 cedera.

Hamas urges new Intifada; we kneel only before Allah
Al-Manar TV (27/12/08): Hamas politburo Chief Khaled Mashaal called Saturday on Palestinians to wage a new intifada against Israeli occupation, including a return to martyrdom operations.

In an interview on Al-Jazeera television, Mashaal said: "We called for a military intifada against the enemy. Resistance will continue through martyrdom operations." "I call upon you (Palestinians) to carry out a third intifada," Mashaal said.

Mashaal pledged Hamas would respond to Israel's operation in Gaza that killed over 225 Palestinians and injured over 700 others. "The time when you were the ones to control the Israeli-Palestinian conflict is over," he said, and vowed that "Gaza will soon be liberated" despite Israel's military superiority.

He also warned Israel that it would not achieve by fighting what it had not been able to achieve through diplomacy.

Mashaal defended the resistance group's actions and continued rocket attacks on the occupied territories, saying Israel - and not Hamas - was responsible for the renewed bloodshed.

Moreover, Hamas Prime Minister Ismail Haniyeh declared that Gaza would never cave to Israeli pressure, no matter how great. "We will not leave our land, we will not raise white flags and we kneel only before Allah," he said.

"There is blood everywhere, there are wounded and martyrs in every house and in every street. Gaza today was decorated by blood ... There can be more martyrs and there can be more wounded but Gaza will never be broken and will never surrender," Haniyeh said.

In a statement broadcast by the Hamas-owned Gaza-based television channel, Al-Aqsa, Haniyeh said: "Palestine has never witnessed an uglier massacre."
Gaza massacres must spur us to action

Palestinians carry the body of a victim of an Israeli air strike
in Rafah, southern Gaza Strip, 27 December 2008.
(Hatem Omar/MaanImages)

The Electronic Intifada (27/12/08): "I will play music and celebrate what the Israeli air force is doing." Those were the words, spoken on Al Jazeera today by Ofer Shmerling, an Israeli civil defense official in the Sderot area adjacent to Gaza, as images of Israel's latest massacres were broadcast around the world.

A short time earlier, US-supplied Israeli F-16 warplanes and Apache helicopters dropped over 100 bombs on dozens of locations in the Israeli-occupied Gaza Strip killing at least 195 persons and injuring hundreds more. Many of these locations were police stations located, like police stations the world over, in the middle of civilian areas. The US government was one of the first to offer its support for Israel's attacks, and others will follow.

Reports said that many of the dead were Palestinian police officers. Among those Israel labels "terrorists" were more than a dozen traffic police officers undergoing training. An as yet unknown number of civilians were killed and injured; Al Jazeera showed images of several dead children, and the Israeli attacks came at the time thousands of Palestinian children were in the streets on their way home from school.

Shmerling's joy has been echoed by Israelis and their supporters around the world; their violence is righteous violence. It is "self-defense" against "terrorists" and therefore justified. Israeli bombing -- like American and NATO bombing in Iraq and Afghanistan -- is bombing for freedom, peace and democracy.

The rationalization for Israel's massacres, already being faithfully transmitted by the English-language media, is that Israel is acting in "retaliation" for Palestinian rockets fired with increasing intensity ever since the six-month truce expired on 19 December (until today, no Israeli had been killed or injured by these recent rocket attacks).

But today's horrific attacks mark only a change in Israel's method of killing Palestinians recently. In recent months they died mostly silent deaths, the elderly and sick especially, deprived of food and necessary medicine by the two year-old Israeli blockade calculated and intended to cause suffering and deprivation to 1.5 million Palestinians, the vast majority refugees and children, caged into the Gaza Strip. In Gaza, Palestinians died silently, for want of basic medications: insulin, cancer treatment, products for dialysis prohibited from reaching them by Israel.

What the media never question is Israel's idea of a truce. It is very simple. Under an Israeli-style truce, Palestinians have the right to remain silent while Israel starves them, kills them and continues to violently colonize their land. Israel has not only banned food and medicine to sustain Palestinian bodies in Gaza but it is also intent on starving minds: due to the blockade, there is not even ink, paper and glue to print textbooks for schoolchildren.

As John Ging, the head of operations of the United Nations agency for Palestine refugees (UNRWA), told The Electronic Intifada in November: "there was five months of a ceasefire in the last couple of months, where the people of Gaza did not benefit; they did not have any restoration of a dignified existence. We in fact at the UN, our supplies were also restricted during the period of the ceasefire, to the point where we were left in a very vulnerable and precarious position and with a few days of closure we ran out of food."

That is an Israeli truce. Any response to Israeli attacks -- whether peaceful protests against the apartheid wall in Bilin and Nilin in the West Bank is met with bullets and bombs. There are no rockets launched at Israel from the West Bank, and yet Israel's attacks, killings, land theft, settler pogroms and kidnappings never ceased for one single day during the truce. The Palestinian Authority in Ramallah has acceded to all of Israel's demands, even assembling "security forces" to fight the resistance on Israel's behalf. None of that has spared a single Palestinian or her property or livelihood from Israel's relentless violent colonization. It did not save, for instance, the al-Kurd family from seeing their home of 50 years in occupied East Jerusalem demolished on 9 November, so the land it sits on could be taken by settlers.

Once again we are watching massacres in Gaza, as we did last March when 110 Palestinians, including dozens of children, were killed by Israel in just a few days. Once again people everywhere feel rage, anger and despair that this outlaw state carries out such crimes with impunity.

But all over the Arab media and internet today the rage being expressed is not directed solely at Israel. Notably, it is directed more sharply than ever at Arab states. The images that stick are of Israel's foreign minister Tzipi Livni in Cairo on Christmas day. There she sat smiling with Egyptian President Hosni Mubarak. Then there are the pictures of Livni and Egypt's foreign minister smiling and slapping their palms together.

The Israeli newspaper Haaretz reported today that last wednesday the Israeli "cabinet authorized the prime minister, the defense minister, and the foreign minister to determine the timing and the method" of Israel's attacks on Gaza. Everywhere people ask, what did Livni tell the Egyptians and more importantly what did they tell her? Did Israel get a green light to turn Gaza's streets red once again? Few are ready to give Egypt the benefit of the doubt after it has helped Israel besiege Gaza by keeping the Rafah border crossing closed for more than a year.

On top of the intense anger and sadness so many people feel at Israel's renewed mass killings in Gaza is a sense of frustration that there seem to be so few ways to channel it into a political response that can change the course of events, end the suffering, and bring justice.

But there are ways, and this is a moment to focus on them. Already I have received notices of demonstrations and solidarity actions being planned in cities all over the world. That is important. But what will happen after the demonstrations disperse and the anger dies down? Will we continue to let Palestinians in Gaza die in silence?

Palestinians everywhere are asking for solidarity, real solidarity, in the form of sustained, determined political action. The Gaza-based One Democratic State Group reaffirmed this today as it "called upon all civil society organizations and freedom loving people to act immediately in any possible way to put pressure on their governments to end diplomatic ties with Apartheid Israel and institute sanctions against it."
Disinformation, secrecy and lies: How the Gaza offensive came about
Haaretz, Israel (28/12/08): Long-term preparation, careful gathering of information, secret discussions, operational deception and the misleading of the public - all these stood behind the Israel Defense Forces "Cast Lead" operation against Hamas targets in the Gaza Strip, which began Saturday morning.

The disinformation effort, according to defense officials, took Hamas by surprise and served to significantly increase the number of its casualties in the strike.

Sources in the defense establishment said Defense Minister Ehud Barak instructed the Israel Defense Forces to prepare for the operation over six months ago, even as Israel was beginning to negotiate a ceasefire agreement with Hamas. According to the sources, Barak maintained that although the lull would allow Hamas to prepare for a showdown with Israel, the Israeli army needed time to prepare, as well.

Barak gave orders to carry out a comprehensive intelligence-gathering drive which sought to map out Hamas' security infrastructure, along with that of other militant organizations operating in the Strip.

This intelligence-gathering effort brought back information about permanent bases, weapon silos, training camps, the homes of senior officials and coordinates for other facilities.

The plan of action that was implemented in Operation Cast Lead remained only a blueprint until a month ago, when tensions soared after the IDF carried out an incursion into Gaza during the ceasefire to take out a tunnel which the army said was intended to facilitate an attack by Palestinian militants on IDF troops.

On November 19, following dozens of Qassam rockets and mortar rounds which exploded on Israeli soil, the plan was brought for Barak's final approval. Last Thursday, on December 18, Prime Minister Ehud Olmert and the defense minister met at IDF headquarters in central Tel Aviv to approve the operation.

However, they decided to put the mission on hold to see whether Hamas would hold its fire after the expiration of the ceasefire. They therefore put off bringing the plan for the cabinet's approval, but they did inform Foreign Minister Tzipi Livni of the developments.

That night, in speaking to the media, sources in the Prime Minister's Bureau said that "if the shooting from Gaza continues, the showdown with Hamas would be inevitable." On the weekend, several ministers in Olmert's cabinet inveighed against him and against Barak for not retaliating for Hamas' Qassam launches.

"This chatter would have made Entebe or the Six Day War impossible," Barak said in responding to the accusations. The cabinet was eventually convened on Wednesday, but the Prime Minister's Bureau misinformed the media in stating the discussion would revolve around global jihad. The ministers learned only that morning that the discussion would actually pertain to the operation in Gaza.

In its summary announcement for the discussion, the Prime Minister's Bureau devoted one line to the situation in Gaza, compared to one whole page that concerned the outlawing of 35 Islamic organizations.

What actually went on at the cabinet meeting was a five-hour discussion about the operation in which ministers were briefed about the various blueprints and plans of action. "It was a very detailed review," one minister said.

The minister added: "Everyone fully understood what sort of period we were heading into and what sort of scenarios this could lead to. No one could say that he or she did not know what they were voting on." The minister also said that the discussion showed that the lessons of the Winograd Committee about the performance of decision-makers during the 2006 Second Lebanon War were "fully internalized."

At the end of the discussion, the ministers unanimously voted in favor of the strike, leaving it for the prime minister, the defense minister and the foreign minister to work out the exact time.

While Barak was working out the final details with the officers responsible for the operation, Livni went to Cairo to inform Egypt's president, Hosni Mubarak, that Israel had decided to strike at Hamas.

In parallel, Israel continued to send out disinformation in announcing it would open the crossings to the Gaza Strip and that Olmert would decide whether to launch the strike following three more deliberations on Sunday - one day after the actual order to launch the operation was issued.

"Hamas evacuated all its headquarter personnel after the cabinet meeting on Wednesday," one defense official said, "but the organization sent its people back in when they heard that everything was put on hold until Sunday."

The final decision was made on Friday morning, when Barak met with Chief of Staff General Gabi Ashkenazi, the head of the Shin Bet Security Service Yuval Diskin and the head of the Military Intelligence Directorate, Amos Yadlin. Barak sat down with Olmert and Livni several hours later for a final meeting, in which the trio gave the air force its orders.

On Friday night and on Saturday morning, opposition leaders and prominent political figures were informed about the impending strike, including Likud chairman Benjamin Netanyahu, Yisrael Beuiteinu's Avigdor Liebermen, Haim Oron from Meretz and President Shimon Peres, along with Knesset Speaker Dalia Itzik.

Berkaitan:
Mari tahan diri untuk tidak membeli produk Amerika/Israel (Ekonomi Islam)

Read On 4 comments

Gaza: Takkan kita tak buat apa langsung

Lebih 200 orang gugur syahid dalam serangan udara terbaru pengganas Israel di Gaza manakala lebih 300 cedera, lapor AFP. Pengganas yang menjadi Menteri Pertahanan entiti haram Israel, Ehud Barak la'natuLlah dengan penuh kedurjanaan menyatakan serangan "Operation Cast Lead" itu akan berlanjutan selagi diperlukan.

Salah seorang pemimpin kanan Hizbullah, Sheikh Hashem Safieddine menegaskan: "Rakyat Gaza tidak bersendirian...perkembangan dalam beberapa hari lagi akan membuktikannya.

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila baca analisis Time bertajuk "The Gaza air strikes: Why Israel attacked". Baca juga analisis bertajuk "Israel-Hamas conflict could escalate" dan "Myths and facts about Gaza".







Gambar-gambar ihsan AFP dan Islam Online

Read On 11 comments

Gapena, kemaluannya dan MB Perak

Laa... apa jadi pulak dengan kemaluan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena)? Orang kampung dah tahu, Gapena mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas kerajaan jika meneruskan dasar Inggeris (PPSMI).

Tapi apa pulak ceritanya dengan kemaluannya? Ca pi tengok apa pasai yang Pyanhabib tertanya-tanya mengenai kemaluan Gapena. Klik di sini. Agaknya sebab itulah Prof Dr Haji Hamirdin Ithnin tersengih-sengih di sini.

Benarkah Gapena sebenarnya pahlawan kesiangan? Nak tahu apa pahlawan kesiangan, baca di sini. Atau Gapena sebenarnya tak pandai? Ya la, kata bodoh depa marah pulak.. Retorik Gapena tak ubah semacam ahli politik melalak? Kenapa orang bimbang Gapena hanya hangat-hangat tahi ayam? Yang nyata, Gapena menyebabkan orang menjadi nanar (kepala banyak pusing!).

Bukan semua menentang PPSMI dalam dunia yang semakin meletakkan multinational entities menjadikan nation-states "ada serupa tiada". Sebagai pengenalan mengenai proses pengkerdilan nation-states, baca di sini.

Saya pernah bersembang dengan orang korporat yang menceritakan kompeninya membatalkan kerjasama dengan pembekal luar semata-mata kerana masalah komunikasi. "Bila ada problem, kita nak tanya technical department dia punyalah susah. Kita pakai English terms - banyak negara tau dan faham. Dia pakai term dalam bahasa dia. Mana kita nak faham".

Senang cerita lagu ni lah. Siapa yang bercakap dengan anak-anak di rumah pasal komputer tak guna perkataan "mouse" sebaliknya menggunakan perkataan "tetikus"? Saya pernah rasa nak tergelak terguling-guling bila anak-anak saya yang sekarang mengaji di Tanjung Malim dan Dungun bertanya fasal subjek sains dan matematik mereka ketika di sekolah rendah dulu. Dah la saya tak faham apa depa tanya, istilah pulak pelik-pelik dan nak tergelak sungguh dengar (kononnya istilah dalam Bahasa Malaysialah tu! Ketika itu, dekat hari-hari saya membangang dan membabunkan "pakar-pakar bahasa" yang terjemahkan istilah-istilah tu). Rasa macam nak ajar anak dalam bahasa Eskimo yang aku tak tau sepatah haram pun!!

Barangkali, sebab itulah guru sastera Melayu pun sokong PPSMI. Baca di sini. Anda boleh baca huhah-hujah pro pembelajaran dan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia di sini, di sini dan di sini serta blog yang memperjuangkannya di sini. Baca pula hujah orang yang pernah jadi cik gu di sini.

Akhirnya mengapa pula Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar meminta Gapena menyokong Menteri Besar Perak? Rata-rata, para pemimpin Gapena adalah orang-orang Umno. Takkan depa nak sokong Menteri Besar Perak, orang PAS. Dengan memohon maaf kepada Malaysiakini dan oleh kerana berita laman berita itu di dalam Bahasa Malaysia kini free, bacalah berita di bawah:
Dasar BI: Pelajar saman Kementerian Pelajaran

Malaysiakini (20/1/06): Empat pelajar sekolah menengah di Perak menyaman Kementerian Pelajaran kerana membantah penggunaan Bahasa Inggeris sebagai pengantar mata pelajaran Matematik dan Sains di sekolah rendah dan menengah.

Mohammad Shawwaal Mohd Nizar,14; Mohammad Fadzir Rosni, 15; Nor Najiha Muhaimin dan Syazaira Arham Yahya Ariff – kedua-duanya berusia 16 tahun – mengemukakan saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi.

Mohammad Syawwaal mengemukakan saman melalui bapanya Mohammad Nizar Jamaluddin; Mohammad Fadzil melalui bapanya Mohamed Rosni Abu Bakar; Nur Najihah Muhaiminmelalui bapanya Muhaimin Sulam dan pelajar tingkatan empat, Syazaira Arham Yahya Ariff, melalui bapanya Yahya Ariff Kamaruzzaman.

Mereka mengemukakan saman pemula itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas di sini melalui Tetuan Mohamed Hanipa dan Associates

Saman itu yang turut disertakan dengan afidavit daripada Mohammad Nizar, yang mewakili bapa semua pelajar berkenaan, juga memohon deklarasi bahawa responden tidak mempunyai kuasa dan budibicara untuk memperkenalkan, menguatkuasakan dan melaksanakan dasar pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris seperti yang terkandung dalam Surat Pekeliling Ikhtisas bertarikh 27 November 2002.

Bahasa pengantar

Mohammad Syawwaal ialah pelajar Sekolah Kebangsaan Batu Tiga, Temoh, Perak; Fadzil Nor, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Muda Abdul Aziz, Sungai Siput, Perak; Mohamed Rosni, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak, Perak dan Syazaira Arham, pelajar di Madrasah Idrissiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak.

Keempat-empat pelajar itu, yang tidak hadir di mahkamah, juga memohon kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah. Hanya dua orang bapa iaitu Mohammad Nizar dan Yahya Ariff yang hadir hari ini mewakili empat pelajar itu.

Bercakap kepada wartawan, Peguam Mohamad Hanipa Maidin berkata, saman itu dibuat kerana penggunaan Bahasa Inggeris sebagai pengantar mata pelajaran Matematik dan Sains di sekolah rendah bertentang dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Mengikut Seksyen 17 Akta Pendidikan Tahun 1956, Bahasa Melayu hendaklah menjadi bahasa pengantar dalam semua mata pelajaran di sekolah rendah dan menengah di negara ini,” katanya.

Afidavit yang dikemukakan, menyebut, pada 27 November 2002 Kementerian Pelajaran dalam pekelilingnya mengatakan Bahasa Inggeris akan menjadi bahasa pengantar bagi mata pelajaran Matematik dan Sains mula sesi persekolahan tahun 2003.

Tambahnya, pekeliling itu dibahagikan kepada dua iaitu untuk sekolah rendah, menengah kebangsaan dan Sekolah Rendah Jenis kebangsaan Tamil (SRJKT) dan satu lagi khusus untuk Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC).

Pilihan terakhir

Menurutnya, wujud diskriminasi dalam arahan ini kerana murid sekolah rendah, menengah kebangsaan dan SRJKT diajar mata pelajaran Matematik dan Sains hanya dalam Bahasa Inggeris sedangkan untuk SRJKC, ia diajar dalam dua bahasa – Bahasa Inggeris dan Mandarin.

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda PAS, Pusat Idris Ahmad yang hadir sama di majlis berkenaan berkata, proses undang-undang merupakan pilihan terakhir yang dilakukan oleh pihaknya.

“Setelah tiga tahun dasar itu dijalankan, ia semakin menimbulkan kecelaruan dalam dasar pendidikan negara terutama kepada murid di kawasan luar bandar.

“Pada mulanya, kami mengharapkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah mengubah semula dasar pengajaran kepada asal tetapi beliau juga tidak melakukannya,” katanya.

Idris berkata, kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati kira-kira 50 peratus murid tidak boleh bercakap dalam Bahasa Inggeris.

Tujuan saman

Katanya, selain itu Kongres Kepentingan Bangsa dan badan pendidikan Cina, Dong Jiong Zong (DJZ) turut membantah penggunaan Bahasa Inggeris sebagai pengantar untuk mata pelajaran Matematik dan Sains di sekolah rendah.

Sementara itu, bapa Mohd Syawal iaitu Mohd Nizal Jamaluddin berkata, anaknya mengambil tindakan tersebut untuk kepentingan murid Melayu pada masa depan.

“Kesan yang paling besar ialah kepada murid dari kawasan luar bandar kerana mereka tidak mempunyai peluang untuk mempelajari Bahasa Inggeris yang mencukupi seperti rakan mereka di bandar,” katanya.

Beliau berkata, mungkin pada masa ini kesannya belum dapat dilihat tetapi dalam masa beberapa tahun lagi ia dapat dirasai dengan begitu ketara.
Read On 12 comments

Kurang ajar dan The Christian Federation

"Ini adalah sesuatu permintaan yang wajar dikira sebagai 'Kurang Ajar'," demikian kemarahan kawan saya, blogger Umno yang memakai pengenalan The "thirteen million plus Ringgit" guy mengulas gesaan The Christian Federation of Malaysia (CFM) supaya ditarik balik larangan menulis Bible di dalam Bahasa Malaysia.

Dalam posting bertajuk "Benarkan Bahasa Melayu untuk injil: Bagi betis, hendak peha pula!", beliau berkata, "Permintaan ini secara tidak langsung memberi kesan moral kepada kedudukan mutlak kuasa Raja Raja Melayu keatas Islam sebagai tunggak ugama Persekutuan Malaysia dan kebudayaan Melayu di mana merangkumi Bahasa Melayu, kini sengaja dicabar secara terancang.

"Apakah orang Melayu, sebagai kekuatan asas politik yang mendukung kuasa memerintah Malaysia semenjak Merdeka, akan membuat kompromi sekali lagi, atas alasan lemah 'toleransi dan semangat menghormati hak orang lain' dan membiarkan Bahasa Melayu yang melambangkan jiwa Bangsa Melayu di'sundal'kan, membelakangkan 'roh' definisi Melayu itu sendiri?"

Saya teringat posting saya bertajuk "Herald: Peluang untuk laksanakan hak demokratik kita". Sebab saya pernah bubuh link, tapi ada orang yang tak perasan kata boleh klik dan pi situ, ni saya copy and paste lagi:
Akhirnya akhbar mingguan Katolik, Herald, diizinkan untuk dicetak di dalam Bahasa Malaysia. Ahirudin Attan memetik laporan BBC yang mengisytiharkan kerajaaan Malaysia telah mengalah - "Now the Malaysian government has back-tracked".

Untuk menggambarkan perasaannya, saya petik terus apa yang ditulis olehnya di dalam Bahasa Inggeris:
So what's the fatwa, really? Is it still only Muslims who can use Allah or is it free for all now? Can someone in the Hadhari government (other than the junior minister) clear the air, please? I don't want to end 2007 dazed and confused!
Oleh kerana izin cetak di dalam Bahasa Malaysia diberikan, Malaysiakini memetik Augustine Julian, setiausaha Catholic Bishops' Conference berkata, "kita boleh meneruskan penggunaan perkataan Allah".

Laporan Malaysiakini juga menyatakan dengan jelas bahawa kerajaan mengalah - "Gov't backs down, Herald gets new permit"

Tahniah diucapkan kepada penganut agama Kristian yang mendapat apa yang mereka perjuangkan.

Hakikat bahawa Herald dicetak di dalam Bahasa Malaysia dan menggunakan perkataan Allah untuk merujuk kepada Tuhan tentulah menimbulkan kerisauan sebahagian umat Islam bahawa akhbar mingguan itu akan diedarkan juga kepada orang-orang Melayu yang beragama Islam.

Risau? Tak payahlah. Buang masa sahaja, banyak lagi perkara lain untuk dirisaukan. Banyak lagi kerja lain.

Kalau dicetak di dalam Bahasa Inggeris pun, ia tetap boleh disebarkan kepada orang-orang Melayu yang beragama Islam.

Saya masih ingat, tahun tujuh puluhan dahulu, adik-beradik saya yang belajar di sekolah Saint Louis di Taiping hampir setiap minggu diberikan risalah-risalah dan majalah-majalah Kristian. Semuanya dalam Bahasa Inggeris dan tampil dalam bentuk yang sangat menarik pula. Saya selalu membaca risalah-risalah dan majalah-majalah itu.

Tidak pula terancam keimanan kami. Jangankan terancam, terusik pun tidak. Itu tidaklah pula bermakna kami hebat dan segala puji bagi Allah s.w.t. jua.

Apa yang penting sekarang, ketika orang-orang Kristian telah mendapat hak mereka, kita juga berhak melaksanakan hak demokratik kita untuk melindungi orang-orang Melayu yang beragama Islam dari terkeliru.

Janganlah menjadi bangsa yang lemah dan sentiasa mengemis kepada kerajaan supaya menghalang itu dan ini. Orang Putih selalu kata, "from no chance to a goal". Kaki-kaki motivasi Melayu pula selalu berkata, "ancaman kita jadikan peluang" - inilah masanya anda semua perlu membuktikannya.

Sejak beratus-ratus tahun dahulu umat Islam di negara ini telah menghadapi gerakan Christian missionary. Mereka berjaya mempertahankan pegangan agama Islam di kalangan ummah tanpa pergaduhan dan persengketaan.

Lebih dari itu, umat Islam selalu diperlecehkan, lemahkah sangatkah keimanan kamu sehingga kamu menjerit dan menuntut perlindungan dari semua perkara?

Nah, inilah peluang untuk membuktikan bahawa kita tidak lemah. Buktikan kepada siapa? Kepada Allah dan bukan kepada sesiapa pun selain dari-Nya.
Dalam komen kepada posting itu, Sebol bertanya:
Adakah pihak Katolik yang beria-ria mahu gunakan "ALLAH" dalam penulisan Katolik dalam B.Melayu cukup berani untuk menggunakan "ALLAH" dalam penulisan Katolik dalam Bahasa Inggeris?
Berkaitan:
Review Bahasa Bible rule (Singapore Straits Times)
Read On 15 comments

Wan Farid: Kutukan orang-orang Umno

Calon Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil Kuala Terengganu, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh disebut sebagai salah seorang budak Tingkat Empat dalam blog The "thirteen million plus Ringgit" guy. Baca posting ahli tegar Umno itu yang bertajuk "'Level Four Boys': Damaging bane for PM 'Flip-Flop' Abdullah?" Untuk pengkisahan mengenai gambar di sebelah, baca apa Husin Lempoyang tulis dalam posting bertajuk "Menjelang KT: Lagu-lagu karaoke Wan Farid".

'Budak-budak tingkat empat' merujuk sekumpulan penasihat kepada Perdana Menteri - yang didakwa oleh banyak pihak mempunyai pengaruh kuat dalam penentuan dasar-dasar dalam pentadbiran kerajaan.

Istilah ini pertama kali dipopularkan oleh Dr Mahathir pada tahun 2006 ketika memuncaknya krisis dengan penggantinya, Abdullah.

Mereka turut dikaitkan dengan menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin yang juga Naib Ketua Pemuda Umno dan Ahli Parlimen Rembau.

Kalau orang PAS yang tulis, banyak pula suara-suara meletup yang menjadi peguam bela yang tidak dibayar upah. Oleh itu, lebih baik baca apa yang dikatakan oleh ahli-ahli tegar Umno terhadap Wan Farid. Baca di sini, di sini, di sini, di sini, di sini, di sini, di sini dan di sini. Baca juga di sini.
Read On 20 comments

MCA akan sokong ketuanan Melayu di KT

MCA akan mengesahkan bahawa ia menyokong ketuanan Melayu apabila ia berkempen bagi kemenangan calon Umno dalam pilihan raya Kuala Terengganu 17 Januari ini.

Meminjam struktur ayat yang digunakan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat terhadap DAP di dalam blognya, adalah jelas bahawa berkempen bagi kemenangan Umno akan hanya bermakna MCA menyokong ketuanan Melayu (by choosing to campaign for Umno would only mean the MCA supports "ketuanan Melayu").

Ogos lalu, Tee Keat dilaporkan telah merancang untuk membawa MCA keluar dari Barisan Nasional jika Umno meneruskan polisi ketuanan Melayu.

Dalam berita bertajuk "Soi Lek dares Tee Keat to repeat threat to Umno," The Sun 27/8/08 melaporkan:
Former MCA vice-president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek has upped the ante in his media war with party presidential candidate, vice-president Datuk Ong Tee Keat, with a dare to Ong to repeat to Umno what he told the Chinese press lately -- that MCA may pull out of Barisan Nasional if Umno does not shed its "Ketuanan Melayu" policies.

Writing in his blog on Tuesday, Chua, without mentioning names, chided the only man (so far) who has offered to run for MCA presidency for pretending to speak out for the Chinese community.

"One would think that when the only man running for the post of MCA president says the party may have to pull out of the Barisan Nasional if Umno continues to champion the concept of 'Ketuanan Melayu', it should make the front page of all newspapers," he said.

"Instead, it was only reported in Sunday's Nanyang Siang Pau.
Berkaitan:
Chua: Kita tidak terima Ketuanan Melayu (Malaysiakini)
Ketuanan Melayu tidak lagi relevan - Mei Fun (Utusan Malaysia)
Lebih baik jadi pembangkang - Hishammuddin (Utusan Malaysia)
Jangan cabar Ketuanan Melayu - Khaled Nordin (Utusan Malaysia)
Lucut gelaran Soi Lek, Mei Fun (Utusan Malaysia)
Salah menyatakan Malaysia adalah kerajaan Melayu? (Utusan Malaysia)
Read On 9 comments

Bacaan sikap pengundi Kuala Terengganu

Gerakan kenali pengundi dan lokasi rumah pengundi
(Bacaan sikap pengundi P.036 Kuala Terengganu - dipetik tanpa keizinan dari blog BN Kuala Terengganu)

1. Pengenalan dan Matlamat

1.1 Gerakan ini adalah untuk mengenali sikap dan sokongan para pengundi di P.036 Parlimen Kuala Terengganu untuk disetiap Peti Undi.

1.2 Gerakan bacaan sikap ini akan dilakukan secara menyeluruh dan komprehensif

1.3 Bacaan sikap ini adalah untuk membantu jentera parti didalam menentukan hala-tuju dan gerakan kempen secara betul.

1.4 Bacan sikap ini adalah untuk mencari dan mengenali pengundi penyokong BN untuk seramai 38,500 orang daripada 80,229 orang pengundi

2. Keratiria Petugas

Petugas diperlukan di dalam gerakan ini adalah diantara sepuluh (10) atau tiga belas (13) orang bagi setiap sessi yang akan diadakan. Petugas untuk menjalankan gerakan ini juga mestilah terdiri dari penduduk tempatan disetiap cawangan UMNO di P.036 Parlimen Kuala Terengganu.

Petugas untuk mengenali para pengundi adalah dicadangkan mereka itu terdiri daripada;

2.1 Ketua Cawangan dan ahli jawatankuasa – 4 sayap;
2.2 Kumpulan K5;
2.3 Guru KEMAS;
2.4 Guru KAFA;
2.5 JKKK;
2.6 Ketua Kampung; dan
2.7 Pengerak masyarakat, contoh; Rukun Tetangga, wakil pertubuhan belia (dikenali penyokong BN).

3. Tanggungjawab Mengenali & Mengambil Petugas

Pengerusi K5 DUN & Peti Undi dan Ketua Cawangan mestilah mengenal pasti para petugas yang betul dan sesuai, boleh membantu gerakan BACAAN SIKAP yang akan dijalankan. Petugas yang akan membuat BACAAN SIKAP mestilah dari kalangan yang dicadangkan pada fasa (2), dan jika terdapat lain-lain yang boleh membantu gerakan BACAAN SIKAP adalah dialu-alukan.

4. Urusetia Bacaan Sikap

4.1 Pengerusi : Pengarah Bilik Gerakan
4.2 Timbalan Pengerusi : Pengerusi K5 Parlimen
4.3 Ahli Jawatankuasa : Pengerusi K5 DUN (4 DUN)
4.4 Ahli Jawatankuasa : 2 orang dari JASA
4.5 Ahli Jawatankuasa : 2 orang IT UMNO Negeri

5. Peralatan Sokongan.

Peralatan sokongan diperlukan;

5.1 38 unit PC atau Laptop
5.2 38 unit alat pencetak laser (laser printer) dan toner
5.3 100 rims kertas

6. Maklumat Sokongan

Maklumat sokongan akan disediakan oleh petugas IT daripada Bilik Gerakan Pilihanraya P.036 Parlimen Kuala Terengganu.

6.1 Sessi Pertama Bacaan Sikap (18/12/2008 hingga 25/12/2008)

Urusetia Bacaan Sikap akan menyediakan SENARAI NAMA PENGUNDI berasaskan LOKALITI yang lengkapi dengan alamat tetap (permanent address) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

6.2 Sessi Pertama Bacaan Sikap (28/12/2008 hingga 05/01/2009)

Urusetia Bacaan Sikap akan menyediakan SENARAI NAMA PENGUNDI berasaskan LOKALITI dilengkapi dengan alamat semasa dan tetap (current and permanent address) yang disediakan UMNO Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Belia dan Sukan & lain-lain agensi dan maklumat isi-rumah.

7. Lain-lain Hal

Bacaan sikap ini juga adalah perlu dilakukan keatas pengundi kaum Cina dan India, JASA atau Jabatan Penerangan memiliki kakitangan atau pegawai dari kaum Cina dan India. Dicadangkan disini, kakitangan atau pegawai dari Kaum Cina dan India itu diminta menyertai sama untuk menjayakan gerakan BACAAN SIKAP keatas pengundi kaum Cina dan India untuk pilihanraya kecil P.036 Parlimen Kuala Terengganu ini.

Disediakan oleh:
Koordinator SMART Analysis System
Kuala Lumpur
15hb Disember 2008
Read On 3 comments

Merry Christmas!

Merry Christmas to my Christian friends!
To some Muslims, wishing the non-Muslims with Merry Christmas or any of their religious festivals is haram (forbidden).

On Christmas day, Imam Khomeini gave a message to all the Christians of the world that the news agents broadcast. As well as this message, he told us to distribute gifts to the residents of Neauphel-le Chateau. These were usually Gaz (a type of confectionary), Aajeel (dried nuts or seeds or fruits) and Shireeni (sweet items) that some brothers had brought from Iran. We carried this out and next to each package, we placed a flower stem.

In the places we went to, we sensed that many in the West were not familiar with this kindness and love, even between fathers and their children, They felt it very strange that the night of the birth of the Prophet of the Christians, a non-Christian Iranian leader was so close to them and felt love for them. For example there was a woman who, when she took the Imam's gift, was so overcome that tears rolled down her face.
Channel 4 to air Ahmadinejad message
Reuters (24/12/08): The world's troubles are rooted in a rejection of God and if Jesus Christ lived today he would stand up against bullying powers, Iranian President Mahmoud Ahmadinejad will tell Britons on Christmas Day.

The message will be broadcast on Channel 4 Thursday evening as an alternative to the traditional Christmas television and radio address from Queen Elizabeth.

"The crises in society, the family, morality, politics, security and the economy ... have come about because the prophets have been forgotten, the Almighty has been forgotten and some leaders are estranged from God," Ahmadinejad said, according to a translation of his message.

"If Christ were on earth today, undoubtedly he would stand with the people in opposition to bullying, ill-tempered and expansionist powers."

Tehran has accused both Britain and the United States of trying to destabilise the Islamic Republic. Tensions have grown in recent years because of the U.S.-led invasions of Iraq and Afghanistan and Western worries over Iran's nuclear ambitions.

U.S. President-elect Barack Obama has said he plans a new approach to Iran, including direct talks if needed, over what Washington says are the world's fourth biggest oil producer's plans to build atomic weapons -- a charge Iran denies.

"Today, the general will of nations is calling for fundamental change," Ahmadinejad said.

"The prerequisite to this change is a change in goals, intentions and directions. If tyrannical goals are repackaged in an attractive and deceptive package and imposed on nations again, the people, awakened, will stand up against them."
Read On 4 comments

Rakyat KT, undilah BN!

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut
mengapa anda perlu mengundi Barisan Nasional,
sila klik di sini.
Read On 4 comments

MCA ada hak protes, kita ada hak sokong hudud

Dalam posting bertajuk "Kita ISAkan Utusan?" saya tulis mengenai ceramah Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu:
Dalam ceramahnya beliau bertanya kepada yang hadir, "kalau kita berkuasa dan kita tangkap para pemimpin Umno di bawah ISA, adakah Tuan-Tuan setujuu?!!"

"Setujuuu!!!" jawab yang hadir.

"Saya tak setuju!!" sanggah Mat Sabu. "Kalau kita tak setuju depa guna ISA tangkap kita, kita juga tak nak guna ISA tangkap depa. Siang malam kita lawan ISA, adakah tiba-tiba bila kita berkuasa, kita pula yang nak gunakan ISA?!! Haaa!!? Kita akan hapuskan ISA kalau kita berkuasa!!"
Siang tadi, dalam berita bertajuk "MCA Youth goes to PAS HQ to protest" Malaysiakini melaporkan (gambar di atas juga ihsan Malaysiakini):
In an unprecedented move, Federal Territory MCA Youth stepped into the PAS headquarters in Kuala Lumpur to submit a memorandum protesting a plan to bring in hudud law.

The Islamic party had on Dec 20 claimed that the opposition Pakatan Rakyat coalition would implement hudud law if it forms the federal government. This has since been attacked even by political ally DAP.

Nine MCA representatives led by FT Youth head Chiew Lian Keng handed the one-page memorandum to PAS Youth secretary Ahmad Sabki Yusuf, who received it on behalf of president Abdul Hadi Awang.

They first shook hands with Ahmad Sabki, explaining their presence and the contents of the memorandum.

"We are not satisfied with a statement made by PAS vice president Husam Musa on the implementation of hudud laws in a multi-racial and multi-religious society. It is unacceptable," said Chiew, reading from the memorandum.

"FT MCA youth will thwart any move or effort that could threaten the federal constitution."
Adakah kita akan tergelejat-gelejat marah? Bodohlah kalau kita buat perangai macam Berug dan marah tak tentu hala. Kalau kita nak gunakan hak demokratik kita untuk memprotes apa yang kita tak suka, adakah kita akan double standard dan mengamuk bila Pemuda MCA memprotes hudud?

Kalau mereka mempunyai hak demokratik memprotes hudud, adakah kita tidak mempunyai hak demokratik menyokong hudud?

Saya bukan reti Perlembagaan Malaysia. Saya kutu dan saya tak mengaji tinggi, sekolah menengah pun tercicir. Tapi dalam poting bertajuk "Suara terlarang" saya tulis ikut suka hati saya tentang Perlembagaan Malaysia. Kalau tak betul pun, peduli apa aku. Quran ya la tak boleh tafsir ikut suka hati. Kalau malas nak klik,ni saya copy and paste:
Tiba-tiba, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkifly Ahmad menjadi bogeyman baru. Apa dosa beliau? Besar. Besar sungguh dosanya. Sila baca laporan The Star di sini.

Sang security guard atau pengawal keselamatan sekularisme di negara ini duduk tak duduk sudah melantik diri sendiri sebagai polis baru yang menjerkah orang-orang PAS setiap kali mereka bersuara mengenai negara Islam. Apa sahaja kenyataan mengenai hasrat PAS untuk mewujudkan negara Islam kini menjadi suara terlarang.

"Forbidden, ada tau ka?"

Semakin kukuhlah kedudukan Malaysia sebagai negara polis. Selain PDRM, ada lagi rupanya polis-polis tiruan yang kerja mereka ialah menjerkah dan menghamun PAS setiap kali hasrat mewujudkan negara Islam diucapkan.

Tidak peduli walaupun Ahli Parlimen Kuala Selangor itu menyatakan "we are allowing more time for the electorate to understand us better" yang dengan sendirinya bermakna PAS akan menawarkan pilihan tersebut melalui pilihan raya dan bukan melalui paksaan. Apa mereka peduli itu semua asalkan mereka boleh bersedap-sedap menjerkah dan menghamun apa sahaja pernyataan PAS mengenai negara Islam.

Mereka juga tidak peduli kebebasan bersuara dan kebebasan menyatakan pandangan yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia. Mereka juga tidak peduli kalau kita bersuara mengenai hak untuk menganuti dan mengamalkan Islam yang dijamin oleh perkara 11 perlembagaan tersebut.

Depa siapa nak nafikan kebebasan bersuara setiap kali kita bercakap mengenai Islam dan negara Islam? Nak suruh pulak orang gugur negara Islam. Kamu siapa? Hey, we dont take order from you!

Awat? Depa nak kata bercakap mengenai negara Islam adalah amalan Islam yang disekat perkara 11(5)? Berlawanan dengan undang-undang am mengenai ketenteraman awam, kesihatan awam atau akhlak? Kalau benar demikian, adakah perkara 3 menjadikan agama yang mempunyai amalan yang yang berlawanan dengan undang-undang am mengenai ketenteraman awam, kesihatan awam atau akhlak sebagai agama rasmi?

Kalau ketagih sangat nak jadi polis tiruan pun, janganlah sampai nak sekat kebebasan bersuara dan penawaran pilihan secara demokratik. Bukannya nak paksa. Macamlah kita tak tau bahawa paksaan tidak boleh menjamin sokongan dan kesetiaan.

Bagi yang tidak mahu menjadi polis tiruan, mereka sedap-sedap pula menyatakan negara Islam tidak ada dalam ajaran Islam. Saya dah nyatakan pendirian saya dalam posting bertajuk "Bathsul Masail: Alahai Pak Pandir..."

Peduli apa depa setuju tak setuju. Aku bukan tertakluk kepada persetujuan hampa.

Dalam al-Quran, terdapat banyak sistem dan undang-undang. Kalau tak ada negara, di mana nak laksanakan sistem dan undang-undang? Nak laksanakan di mana apa sahaja amalan yang disyaratkan kepada kita untuk menganuti Islam?

Sebab itulah, kepada yang mahu merealisasikan Fasal 5 Perlembagaan PAS, kita mesti bersuara dengan lebih kuat dan kerap untuk menawarkan pilihan tersebut secara demokratik. Peduli apa undertakings apa pun. Kalau tak nak, itu hak masing-masing. Hak untuk menolak tidak dinafikan. Tetapi, jangan cuba nak jahit mulut orang.

Awat? Over your dead body? Who wants to step on your stinking dead body? It will dirty our shoes, or my sandal for that matter.
Saya gian nak copy and paste lagi apa yang saya tulis dalam posting bertajuk "DAP tolak dasar PAS? Biasa la...":
Apa yang terkandung dalam Fasal 5 Perlembagaan PAS itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. Bila telah diluluskan mengikut undang-undang negara, saya juga berhak dari segi demokrasi untuk menyokong tujuan dan matlamat perjuangan PAS itu. It is my absolute democratic right. Suka hati aku la nak guna hak demokratik aku.

Bila masing-masing menggunakan democratic right masing-masing, apa fasal awak banyak sakit?!


Video ihsan Malaysiakini
Read On 10 comments

Hudud tak akan diketepi kerana DAP - Salahuddin

Petikan:
Husam refused to comment on the subject (hudud).

"I have nothing else to say. Everything has been reported. There is no need for further comment.

"If anyone wants to further discuss this issue, I am open to having a debate." (NST 24/12/08)
Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub cerita kat saya semalam bahawa beliau memberitahu pemberita Berita Harian (BH) yang menelefonnya bahawa PAS akan menggunakan saluran demokrasi untuk melaksanakan hukum hudud. "Kalau perlu kita buat referendum, kita akan buat referendum," kata Pak Haji anak Melayu campur Cina itu.

Hari ini dalam muka surat 10, BH melaporkan:
PAS akan terus meyakinkan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan memberikan kefahaman mendalam mengenai undang-undang hudud dan qisas dalam usaha parti itu mempertahankan matlamat perjuangan mereka.

Malah, parti itu mungkin akan menggunakan mekanisme pungutan suara sebagai satu cara untuk meneruskan dasar itu.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Salahuddin Ayub berkata, hukum hudud serta qisas yang menjadi asas dalam undang-undang Islam adalah matlamat perjuangan PAS dan tidak akan diketepikan hanya kerana menghormati pendirian DAP dan PKR.
Apa pun, terima kasihlah BH! Yang perlu saya nyatakan ialah matlamat perjuangan PAS bukan undang-undang hudud dan qisas. Saya dah tulis banyak kali mengenai matlamat perjuangan PAS termasuk dalam posting bertajuk "DAP tolak dasar PAS? Biasa la..." Kalau malas nak klik, saya copy and paste di sini:
Banyak yang menggelejat bila Malaysiakini semalam melaporkan "A firm DAP 'No' to theocratic state". Apa yang nak dihairankan kalau DAP menolak negara yang berteraskan sistem Islam? Yang hairan bin ajaibnya kalau dia terima. Boleh terkejut babun aku. Siap melengung lagi macam kucing basah terkena hujan.

Apa yang nak merah menyala muka bertempik sakan kalau DAP bersuara begitu? Itu hak demokratik dia. Suka hati dia la nak guna hak demokratik dia.

Saya menyokong sepenuhnya tujuan atau matlamat perjuangan PAS memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahankan kesucian lslam, juga kemerdekaan dan kedaulatan negara serta Islam menjadi dasar yang diperjuangkan dengan Allahu Akbar menjadi seruannya.

Apa yang terkandung dalam Fasal 5 Perlembagaan PAS itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. Bila telah diluluskan mengikut undang-undang negara, saya juga berhak dari segi demokrasi untuk menyokong tujuan dan matlamat perjuangan PAS itu. It is my absolute democratic right. Suka hati aku la nak guna hak demokratik aku.

Bila masing-masing menggunakan democratic right masing-masing, apa fasal awak banyak sakit?!
Tu sa perkara. Perkara lain ialah, saya sebelum ini taklah bercadang nak ulas posting Khairy Jamaluddin bertajuk "Transformasi politik Husam". Tapi bila dah keluar dalam surat khabar termasuk dalam Berita Harian "Naib Presiden Pas tunduk desakan, gertakan DAP: Khairy" dan Malaysiakini "Khairy: Husam longlai digertak DAP isu hudud," saya rasa nak sembang-sembang sikit fasal posting menantu Perdana Menteri dalam blognya itu. An overdue rebuttal? Dak, bukan sanggahan. Sembang-sembang ja...

Seingat saya, Husam dipestakan sebagai terjerat apabila beliau kata "kita akan buat (hudud)" apabila diasak oleh Khairy dalam 'Wacana Transformasi Politik Malaysia' di Kota Bharu, Sabtu lalu. Keesokannya Malaysiakini melaporkan:
PAS mengakui pelaksanaan undang-undang hudud dan qisas yang menjadi asas perjuangan terpaksa ditangguhkan walaupun jika Pakatan Rakyat menguasai Malaysia kerana ia memerlukan persetujuan PKR dan DAP.

Naib presidennya Datuk Husam Musa berkata parti-parti dalam gabungan pembangkang telah menandatangani perjanjian pada Ogos lalu bahawa sebarang perubahan dasar perlu dibuat dengan persetujuan ketiga-tiga parti tersebut, lapor Bernama.

"PAS tidak akan mengambil langkah unilateral. Semua perkara akan diambil secara multilateral," katanya di Kota Bharu hari ini.
Lagu ni. Yang pertama perlaksanaan dasar perjuangan PAS. Hang tak payah tanya pun memang PAS nak buat kalau PAS yang menang majoriti seperti di Kelantan (lihat kenyataan Ahli Jawatankuasa Politik PAS, Haji Khalid Abdul Samad di sini).

Yang kedua soal janji dengan orang. Janji dengan siapa pun kena tepati. Yang tu pun terkandung dalam hukum Islam juga. Kalau dalam perjanjian tak dimasukkan perlaksanaan dasar perjuangan PAS, kena hormatlah janji tu. Kalau tidak, jangan gatal-gatal nak berjanji.

Pertama, PAS kata nak buat apa yang dia memang nak buat. Kedua, PAS kena hormati janji. You must strike a balance, stupid! Tu sembang pertama.

Mengenai perjanjian, sila baca berita di bawah:
Hudud tiada dalam perjanjian tiga parti

Sinar Harian - Isu hudud tidak berbangkit sama sekali kerana ia tidak pernah dibincang oleh ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas tidak pernah bersetuju atau menandatangani sebarang perjanjian untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP mengulangi pendirian partinya menolak cadangan itu kerana ia tidak pernah dimasukkan dalam manifesto PR dalam pilihan raya umum lalu.

“Husam (Musa) kata nak laksana hukum hudud dan kemudian kata nak tangguh. Laporannya berubah-ubah setiap hari. Apa yang diucapkan beliau lagi mengelirukan kerana ia tiada dalam manifesto PR. Kena tanya dia sebab kita tak sebut apa-apa.

“Apa yang sebenarnya dia kata bukan dalam ‘wilayah’ saya. Itu kena tanya dia,” katanya pada sidang media di pejabatnya petang semalam.

Menurutnya, semua pihak mengakui isu ini tidak pernah dibangkitkan langsung sebelum ini.

“Perkara ini tidak pernah dipertikaikan oleh semua pihak. Tiada langsung dalam manifesto atau persetujuan bersama antara tiga parti komponen dalam PR,” katanya.
(Tambah: Saya tanya orang yang dekat dengan Husam. Apa cerita? Kawan tu kata, sebenarnya ada orang tanya Husam nak tanya dak soal hudud malam ni (malam Wacana tu). Husam jawab, tanya la! Saya teringat cerita tu bila terbaca sat-sat tadi laporan Singapore Straits Times bertajuk "PAS remarks a 'ploy for unity'" Itu andaian ST. Apa rancangan Husam?)

Sembang kedua pula, kalau kita buat azam dan kita tangguh, apa yang masalah sangatnya? Apa hal yang tergelejat-gelejat sangat macam babi takut kat minyak kibas atau takut kat kura-kura? (Teringat di kampung saya di Matang, Perak masa budak-budak dulu. Kawan yang tak tahan dengan kandang babi dekat rumahnya melepaskan kura-kura dalam kandang babi. Sana-sini babi-babi tu bertempiaran lari. Babi ni, fesyen lari tak boleh konar-konar. Habis di langgarnya tiang dan dinding kandang tu. Babi takut minyak kibas atau kura-kura. Ada budak-budak campak sarang kerengga dalam kandang babi. Masa tu depa marah sebab ada hawaq (hawar) babi. Bila babi mampuih, Cina bela babi campak bangkai-bangkai babi tu dalam sungai. Mengelampung dalam sungai. Punya la busuk kampung kami masa tu!!).

Sambung sembang, katakan la semalam saya kata saya nak pi Makkah (Ya Allah, maqbulkanlah!). Tiba-tiba hari ni saya kata saya tangguh dulu. Duit tak cukup lagi, nak buat macam mana. Terpaksa tunggu boleh keluar duit dari akaun satu KWSP bila cukup umur 55 tahun nanti. Apa masalahnya? Kalau aku bising satu Taman Melewar, satu Kuala Lumpur pun kata aku nak pi haji, lepas tu aku tangguh bila ada duit, awat yang hang tergelejat-gelejat sangat tu?

Awat? Hang nak kata aku tangguh pi haji sebab aku takut kat keluarga Saud yang mencengkam Haramain tu? Sebab aku takut kat bani Saud yang mencengkam Semenanjung Hijaz termasuk Makkah dan Madinah? Tok sah dok cakap macam orang gila laa!!
Read On 12 comments

Syed Azman calon PAS di Kuala Terengganu

Abd Rahim Kassim pernah menjadi peneraju Harakah dari hari pertama akhbar PAS itu beroperasi hinggalah beliau melarikan diri dari PAS bersama-sama Datuk Nakhaie Ahmad, walaupun ceritanya beliau tak masuk Umno. Mufaraqahlah kiranya tu. Itu cerita lama.

Tetapi yang menariknya, beliau mendedahkan Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi akan menjadi calon PAS bagi kerusi P36 Kuala Terengganu. Saya tidak tahu sejauh mana kesahihan maklumat itu.

Setahu saya, Tuan Guru Presiden PAS sendiri lebih cenderung kepada Haji Mustapha Ali yang satu masa dahulu menjadi antara pemimpin PAS yang paling saya segani dan merasa terhutang budi (bab merasa terhutang budi itu hingga mati - pisang emas bawa belayar, masak sebiji di atas peti...)

Kita tunggu sahajalah pengumuman 1 Januari nanti. Saya percaya Tok Guru Presiden akan mengumumkan yang terbaik. Saya tidak suka masuk campur kerja dan amanah orang. Tinggal lagi jangan sebut perkataan thiqah dan wala' depan aku. Meluat aku dengar. Thiqah dan wala' hari ini dah jadi candu masyarakat!


Berkaitan:
PAS candidate: Mat Sabu out (Malaysiakini)
Mat Sabu tidak kecewa gagal dipilih calon PAS (Malaysiakini)
Read On 18 comments

Kesilapan dan kebodohan Husam

Naib Presiden PAS, Haji Husam Musa dianggap membuat kesilapan bila kata "kita akan buat" hudud. Antara lain, lihat di sini, di sini, di sini, di sini, di sini, di sini dan di sini.

Tok Guru Mursyidul Am pula kelihatan main attacking football. Saya suka. Politik bertahan saya tidak minat sangat. Lihat laporan The Star bertajuk "PAS challenges DAP to give its reasons".

Bernama pula melaporkan:
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tiada masalah untuk PAS melaksanakan undang-undang Hudud dan Qisas kerana halangannya hanya terletak pada pemikiran mereka yang kurang memahami undang-undang itu.

Jika hukuman gantung boleh dilaksanakan kepada pengedar dadah maka tidak jadi masalah untuk rakyat menerima hudud yang antara lain menguatkuasakan hukuman bunuh kepada pembunuh dan hukuman potong tangan kepada pencuri, katanya.

"Hudud ini bukan dibawa PAS tetapi dibawa oleh Islam sejak dari zaman Nabi Muhammad lagi, jadi bagi orang Islam yang mentadbir negara adalah wajib bagi mereka melaksanakan hudud," katanya kepada pemberita.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata pemimpin PAS seperti beliau hanya mampu menggubal undang-undang Hudud dan Qisas itu tetapi pelaksanaannya akan diadili oleh mahkamah dan hakim berdasarkan bukti dan fakta.

"Jika tidak cukup bukti, hakim tidak akan jatuhkan hukum hudud ke atas pesalah itu. Sama seperti undang-undang yang ada sekarang," katanya.

Ditanya mengenai penerimaan parti komponen Pakatan Rakyat seperti DAP dan PKR, Nik Abdul Aziz berkata PAS sedia berbincang dengan mereka mengenai hukum hudud.

"Jika mereka tidak mahu menerima, mereka perlu ada alasan kenapa tidak boleh menerimanya...Islam memberikan peluang kepada semua untuk berbincang," katanya.
Ahli Parlimen Shah Alam, Haji Khalid Abdul Samad membangkitkan prinsip demokrasi dalam berita Utusan Malaysia bertajuk "PKR, DAP terpaksa terima pelaksanaan". Kalau malas nak klik ke sumbernya, ni saya copy and paste:
Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP terpaksa akur dan menerima pelaksanaan hukum hudud sekiranya Pas berjaya menguasai majoriti kerusi di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum akan datang.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, kedua-dua parti itu seharusnya berbuat demikian sebagai menghormati pelaksanaan proses demokrasi negara ini.

Katanya, jika Pas berjaya memerintah negara ini, maka sudah tentu ia keputusan rakyat yang jelas menerima dan menyokong dasar perjuangan Pas yang mahukan pelaksanaan hukum tersebut.

“Secara prinsipnya, Pas berpegang kepada usaha untuk menegakkan pemerintahan Islam di negara ini. Salah satunya ialah melaksanakan hukum hudud.
Husam pula dianggap melunakkan penegasan "kita akan buat"nya itu di sini dan dalam berita Malaysiakini bertajuk "Husam: Lambat lagi laksana hudud".

Oleh kerana Husam dianggap buat silap apabila tergigit provokasi Khairy Jamaluddin dalam Wacana Transformasi Politik Malaysia di Kota Bharu Sabtu lalu, ramailah yang berpesta terutama kaki-kaki makan duit sana-sini. Khairy sendiri kelihatan berasa sedap sangat menulis "Transformasi politik Husam".

Untuk menilai sendiri, sila lihat rakaman di sini.

Apa pun, lain kali kalau orang tanya "adakah hang nak sembahyang? Adakah hang akan berpuasa dalam bulan puasa? Adakah hang nak berzakat? Adakah hang akan mengerjakan haji?", kalau orang tanya gitu, tolonglah jangan jawab "ya, saya akan buat!" Nanti kita akan dituduh terperangkap, termakan jerat, tak reti jawab, bodoh dan sebagainya.

Husam bodoh sebab setakat ini dia masih lagi belum kata, "hari tu ana silap cakap. Sebenarnya kita tak nak buat".

Yang tak bodoh dan begitu bijaksana ialah Datuk Seri Najib Tun Razak apabila beliau dilaporkan berkata, ''Itu PAS, cerita dah lama. Bukan perkara baru. Masa (memerintah) di Kelantan pun dia tak buat juga (hudud), masa di Terengganu dulu pun sama, dia tak buat".

Nampak sangat Najib memang mempunyai kebijaksanaan dan kecerdikan untuk menjadi Perdana Menteri. Najib memang cerdik. Dia tak bodoh.

Yang bodoh ialah Husam. Utusan Malaysia melaporkan beliau mengulangi penegasan bahawa PAS tidak pernah melupakan dasar perjuangannya untuk menegakkan pemerintahan Islam di negara ini, termasuk melaksanakan hukum itu.

Buktinya ujar beliau, kerajaan PAS Kelantan terus mengadakan perayaan Hari Hudud setiap tahun kerana tidak berupaya melaksanakan undang-undang Islam itu disebabkan kuasa mutlak berada pada Kerajaan Persekutuan.

“Kita memang mahu melaksanakan hudud tetapi dihalang oleh Umno. Kalau Umno tumbang insya Allah kita boleh melaksanakan hukum hudud.

“Saya memberi jaminan, kita akan buat,” katanya.

Bernama pula melaporkan Husam berkata, tugas untuk melaksanakan undang-undang hudud tidak seharusnya dipikul oleh parti PAS sahaja kerana tanggungjawab itu harus dipikul oleh semua orang Islam terutamanya pemimpin.

Husam juga bodoh dan tak cerdik seperti Khairy dalam laporan berikut:
Speaking to The Malaysian Insider earlier, Khairy denied he had backed the implementation of hudud during his debate with Husam.

Khairy, who has in recent weeks been campaigning on a more inclusive agenda in the race for the top job in his party’s Youth wing, was quoted by The Star as saying he supported the implementation of hudud, in what would have certainly damaged his reputation among more moderate Muslims and non-Muslims.

The Star later retracted the report.
Read On 33 comments

BN pun guna kanak-kanak, KPN!

Tindakan kumpulan itu memperalatkan kanak-kanak atau remaja bawah umur menyertai demonstrasi jalanan akan mewujudkan generasi muda yang suka memberontak dan melanggar undang-undang.

“Kumpulan ini bukan pejuang demokrasi tetapi golongan democraze... kalau benar mereka melaung-laungkan demokrasi, mesti bertamadun tinggi, kalau ada masalah boleh berbincang dan perkara ini (demonstrasi mengeksploitasi kanak- kanak) tidak akan dilakukan.

“Tindakan mereka mengeksploitasi kanak-kanak untuk kepentingan sendiri sebenarnya menganiaya dan mendera mental serta fizikal kanak-kanak terbabit,” katanya (Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan) - Utusan Malaysia 22/12/2008. Sila baca "Celik mata betul-betul, jangan sepet sebelah!" dan "Jangan menjerit kepada Jerit sahaja" serta "Stop harassing peaceful citizens: Go after the criminals".







Gambar ini telah diambil semasa hari pengundian di Daerah mengundi PJS 6 Timur,
DUN Seri Setia pada Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu.

Video anggota-anggota polis yang dedikasi


Ihsan Malaysiakini
Read On 10 comments

PAS candidate: Mat Sabu out

Seingat saya,ini kali pertama saya siarkan sepenuhnya berita berbayar Malaysiakini. Saya memohon maaf:
PAS candidate: Mat Sabu out

Although endorsed by PAS spiritual leader and Kelantan Menteri Besar, Nik Abdul Nik Mat, it appears party vice-president Mohamad Sabu had been ruled out as candidate to contest in the Kuala Terengganu by-election.

PAS has yesterday finalised its candidate for the crucial by-election next month at its central committee meeting chaired by party president Hadi Awang.

Although Hadi said an announcement would be made on Jan 1 - five days before nomination day - the likelihood of an outsider who is not from Kuala Terengganu being picked to contest the parliamentary seat looked very slim.

According to party's mouthpiece Harakahdaily, the doors seemed to be "almost closed" on Mohamad (right) - a party leader from Penang who was PAS candidate for Kuala Terengganu in the March general elections - following claims he as an “outsider” would not be generally accepted by the voters.

This is despite that the veteran politician is best known for his witty oratory skills and has the blessings from influential party leader, Nik Aziz.

Generally, the PAS candidate for Kuala Terengganu had always been a local and this trend is expected to continue despite Mohamad's choice in the March 8 general elections.

Hadi has yesterday strongly hinted that the likely candidate is a ‘professional who is close to the people’.

It is learnt two lists of names - one from Terengganu PAS and the other from PAS headquarters - were discussed at yesterday’s meeting and the candidate was picked after much deliberation in what party insiders say was very long meeting.

It’s now down to four

With Mohamad out of the equation, the PAS frontrunner is Batu Burok assemblyperson Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (right), who was Kuala Terengganu MP in 1999 before losing the seat to Umno four years later.

Another name being bandied around is entrepreneur Dr Mohd Khazani Abdullah, a former Universiti Putra Malaysia lecturer.

Dr Syed Azman who had just returned from Haj declined to comment on the party’s candidate when contacted by Malaysiakini.

"I have just returned in the last couple of days from pilgrimage. I cannot comment (on the matter). Let the party leaders make the announcement first," he said.

Also named as possible candidates is Terengganu PAS commissioner Mustafa Ali or his deputy, Wan Mutalib Embong - both veteran politicians and professionals.

Syed Azman and Mohd Khazani are young professionals with the latter said to be quite active in PAS Youth but was handicapped by being a virtual unknown despite being a local.

Syed Azman is seen as the popular choice. He is widely regarded as a leader in the next echelon of party leadership. Moreover, he had won the Kuala Terengganu seat in 1999 only to lose it later in 2004.

Many see the announcement of Deputy Home Minister Wan Ahmad Farid Wan Salleh (above) as Umno candidate has forced PAS to run a heavyweight, perhaps Mustafa or Wan Mutalib.

PAS to stick to Jan 1 date

On a different note, questions are being raised over the delay in the naming of the PAS candidate although it was widely reported that the party would make the announcement a day after Umno made its candidate known.

Even veterans such as Wan Mutalib, who is heading the Terengganu PAS election machinery, had proposed to the party to announce its candidate early.

kuala terengganu parliamnetary seat 291108"This would help the election machinery with its planning and strategy to attract more to vote for PAS," he was quoted to have said.

Party sources insisted the naming of the candidate on Jan 1 was decided much earlier, way before BN announced Wan Ahmad Farid as their choice.

"PAS wanted to announce the name of the candidate during the launch of the PAS election machinery. It is surprising BN announce their choice much earlier as nomination is on Jan 6," the source said.

"The name of the candidate has been decided and it is only fitting that the name be announced by Hadi at the launch of party's election machinery."

The Kuala Terengganu seat fell vacant following the sudden death of Deputy Education Minister Razali Ismail on Nov 28.

Razali had on the March 8 general election defeated Mohamad and independent candidate Maimun Yusuf by a slim majority of 628 votes.

Tiada komen. "Elok dah apa yang Tuhan atoq (atur) tu".


Berkaitan:
Betulkah Mat Sabu kalah kerana faktor 'orang luar'? (Harakah)
Mengarut ja, Mat Sabu (Tranungkite)
Read On 9 comments
 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008