Engkaukah itu Chua Soi Lek?


Update 1/1/2008, 9.45 pm: Saya mengucapkan tahniah Datuk Seri Dr Chua Soi Lek apabila berita Malaysiakini bertajuk Chua: I'm the one in sex video melaporkan beliau mengakui bahawa beliaulah si lelaki di dalam video seks itu.

Soal dia telah membuat salah, itu urusan beliau dengan keluarganya, partinya dan kerajaan Barisan Nasional. Urusan kita ialah apabila kita memangkah dalam kertas undi nanti.

Saya tidak berminat untuk menuntut beliau meletak jawatan. Jika beliau meletakkan jawatan sekalipun, ia hanya mengurangkan sedikit sahaja ciri-ciri penting kerajaan Barisan Nasional. Tak luak apa-apa pun.

Keberanian Chua untuk bertanggungjawab amat berbeza dengan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang mencabar pembangkang supaya jangan bertanding dalam pilihan raya.

Abdul Rashid berkata:
‘Mereka hanya tahu memperlekehkan usaha SPR dan mereka langsung tidak pernah menghargai apa yang kita lakukan. Sekiranya SPR tidak adil, tidak mungkin Kelantan kini diperintah oleh Pas.

‘‘Begitu juga dengan pilihan raya umum Sarawak tahun lalu yang mana kebanyakan kawasan bandar dimenangi oleh calon parti pembangkang.

“Adakah ini tidak cukup adil lagi bagi mereka?’’
Chua tidak berbohong. Dia buat, dia mengaku. Bagi saya, itu sifat terpuji. Soal dia buat salah, biarlah dia tanggung akibatnya termasuk kemungkinan penolakan rakyat jika dia bertanding lagi dalam pilihan raya.

Abdul Rashid pula pernah dianggap pembohong (liar) oleh Chua. Baca petikan berita Malaysiakini yang berikut:
Health Minister Dr Chua Soi Lek has reportedly called Election Commission's chief Abdul Rashid Abdul Rahman 'a liar' for claiming to know the date of the next general election.

Chua (left) stressed that the only Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi knows when the elections would be held.

“He (Rashid) is just looking for some exposure. You can write that. I stand by it,” said Chua, according to China Press.
Saya tak menuduh, tetapi saya juga mempunyai perasaan bahawa Abdul Rashid adalah seorang pembohong. Pengerusi SPR itu pernah bercakap besar kononnya beliau bersedia melepaskan jawatan jika terbukti wujud penipuan.

Terbukti beliau pembohong apabila beliau enggan meletak jawatan walaupun dibuktikan bahawa SPR bukan sahaja terbabit dalam penipuan, malah melanggar undang-undang pilihan raya. Apabila dibuktikan, beliau bukan sahaja enggan meletak jawatan, malah menghina mahkamah pula.

Sebab itulah, dan lantaklah apa orang hendak kata, Chua jauh lebih mulia dari Abdul Rashid!

**************
Posting asal

Ketika minum petang tadi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub membayangkan kemungkinan DVD aksi seks seorang pemimpin kanan MCA mempunyai kaitan dengan perebutan kuasa di dalam parti itu.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu yakin perbuatan merakamkan video itu sudah lama dirancang kerana ia dilakukan dengan begitu menyeluruh.

"Bayangkan, rakaman bahagian B dalam DVD itu (gambar di sini) menayangkan rakaman hubungan seks dari empat penjuru daripada kamera CCTV. Ia membuktikan satu perbuatan terancang dan kepentingan politik dalam tertentu dalam perbuatan itu tidak boleh ditolak sama sekali," katanya.

Salahuddin tidak menolak kemungkinan perbuatan pemimpin politik berkenaan sudah lama dijejaki oleh musuh-musuh politiknya.

"Kalau tidak, tentulah tidak dipasang kamera CCTV dari empat penjuru," katanya.

Mengukuhkan lagi kemungkinan bahawa perbuatan itu dirancang oleh musuh-musuh politik pemimpin berkenaan ialah berlakunya penyebaran secara percuma DVD itu. Menurut Malaysiakini, skandal itu mula diketahui umum Sabtu lalu apabila DVD tersebut diletakkan di beberapa lorong di Muar oleh pihak yang tidak dikenali untuk dikutip oleh orang ramai. Malah, sebahagiannya diedarkan kepada beberapa kedai di bandar itu.

Berita Malaysiakini itu menyiarkan gambar berikut:



Laman web berita itu seterusnya melaporkan, DVD tersebut kemudiannya diedarkan di Batu Pahat dan Seremban. Utusan Malaysia pula melaporkan penyebaran video itu bermula di Muar dan Tangkak sejak Sabtu lalu.

Salahuddin juga tidak menolak perbuatan terancang itu dilakukan oleh kumpulan penjenayah kerana perbuatan itu mirip perbuatan kumpulan jenayah untuk melakukan peras ugut. "Bezanya kali ini ia tidak digunakan untuk memeras ugut tetapi untuk menjatuhkan musuh politik seseorang," katanya.

Jika DVD tersebut benar-benar disebarkan oleh kumpulan kongsi gelap, katanya, ia membangkitkan semula tanda tanya tentang apa yang dituduh sebagai hubungan seorang pemimpin kanan MCA dengan ketua kumpulan penjenayah.

"Nampaknya perebutan kuasa dalam Barisan Nasional tidak terhad kepada tindakan membuka hal rumah tangga sendiri seperti yang dilakukan (Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri) Radzi (Sheikh Ahmad) yang secara terang-terangan menyatakan Menteri Besar Perlis perlu ditukar.

"Malah, sudah melarat kepada pendedahan skandal sesama sendiri. Jangan terperanjat kalau selepas ini lebih banyak skandal akan didedahkan.

"Kalau (Menteri Besar Perlis, Datuk Seri) Shahidan (Kassim) bertindak balas, tidak ada jaminan pemimpin MCA tersebut tidak akan bertindak balas apabila terdedah apa yang didakwa sebagai perbuatan merogol dan memeras ugut yang dilakukannya," kata beliau.

Apa yang berlaku itu, kata Salahuddin lagi, semakin membenarkan telahan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin bahawa Barisan Nasional akan menghadapi masalah di kawasan-kawasan panas iaitu Penang, Selangor and Kedah. Sebahagian besar dari kawasan panas yang disebutkan oleh Daim itu, katanya lagi, merupakan kawasan majoriti pengundi bukan Melayu.

Sebenarnya, bukan Salahuddin seorang sahaja yang meneka kemungkinan wujudnya teori konspirasi dalam penyebaran DVD aksi seks itu. Dalam posting bertajuk "Healthy Sex Life," blogger Aisehman bertanya, "Saya tertanya-tanya, siapakah yang menghunuskan pisau untuk (menikam) 'pemimpin politik nasional' ini?"

Sebenarnya, sebelum Salahuddin memberitahu saya, misteri siapakah pemimpin MCA yang dimaksudkan itu bagaikan terbayang apabila membaca posting Jeff Ooi bertajuk "Minister of Health". Dia tidak menyatakan apa-apa pun mengenai DVD aksi seks, sama seperti postingnya bertajuk "Razak Baginda".

Kali pertama posting bertajuk "Razak Baginda" itu tersiar, ia hanya ditulis "Are you okay?" sahaja. Tetapi, sudah boleh diagak bahawa Razak mempunyai kaitan dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu, walaupun tidak ramai lagi yang tahu ketika itu.

Dalam mencari-cari, terjumpa pula posting dengan tajuk bersifat tuduhan, "Chua Soi Lek sex scandal. Karma's a bitch" (hukum karmanya ialah seorang pelacur). Nanti dulu, jangan terburu-buru dan menuduh tanpa bukti, belum tentu lagi Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang terlibat.

Cari punya cari lagi, rupa-rupanya Roslan SMS (sudah beberapa kali dia lebih cepat dari yang lain) juga menulis mengenai DVD aksi seks itu dalam posting bertajuk "Menteri Kabinet Dollah pelakon video lucah?"

Beliau menyiarkan gambar berikut:



Sebelah petangnya pula, terjumpa posting blogger What A Lulu bertajuk "Lulu Doesnt Know Who The "Pemimpin Politik" Is, But He Must Be Satisfied With The Service". Beliau kelihatan cuba membayangkan sesuatu apabila menyiarkan petikan berita berikut:
If they are not satisfied with our service, then why come to our hospital? They came on Nov 26. According to logic, if you don't have confidence in our doctors, then why come?
Kata-kata yang dipetik What A Lulu itu ialah kata-kata Chua yang tersiar dalam berita NST bertajuk 'Medical mistakes inevitable'.

Seorang lagi blogger, Sean Tang pula cuba membuat tekaan dalam postingnya bertajuk "Who is the MCA Sex Minister?"

Dari pencariannya, didapati hanya dua orang pemimpin kanan MCA yang menjadi menteri dan Ahli Parlimen di Johor iaitu iaitu Presiden MCA yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting (Tanjung Piai) dan Chua (Labis). Chua juga, menurut pencarian Sean, adalah Pengerusi Perhubungan MCA Johor.

Sean membuat pencariannya berdasarkan laporan Malaysiakini yang menyebutkan "seorang pemimpin nasional dari negeri itu" (Johor) dan laporan NST yang menyebutkan "seorang menteri" dan "ahli politik kanan MCA dari Johor".

Berkaitan

"DVD seks libatkan ahli politik MCA Johor"(Cik Gu Al-Husseyn)
Beberapa pandangan (di dalam Malaysia Today)

Other blogs updates (juga di sidebar blog ini)
Pakailah t-shirt Bersih atau baju kuning setiap Sabtu!
Read On 9 comments

Herald: Peluang untuk laksanakan hak demokratik kita

Akhirnya akhbar mingguan Katolik, Herald, diizinkan untuk dicetak di dalam Bahasa Malaysia. Ahirudin Attan memetik laporan BBC yang mengisytiharkan kerajaaan Malaysia telah mengalah - "Now the Malaysian government has back-tracked".

Untuk menggambarkan perasaannya, saya petik terus apa yang ditulis olehnya di dalam Bahasa Inggeris:
So what's the fatwa, really? Is it still only Muslims who can use Allah or is it free for all now? Can someone in the Hadhari government (other than the junior minister) clear the air, please? I don't want to end 2007 dazed and confused!
Oleh kerana izin cetak di dalam Bahasa Malaysia diberikan, Malaysiakini memetik Augustine Julian, setiausaha Catholic Bishops' Conference berkata, "kita boleh meneruskan penggunaan perkataan Allah".

Laporan Malaysiakini juga menyatakan dengan jelas bahawa kerajaan mengalah - "Gov't backs down, Herald gets new permit"

Tahniah diucapkan kepada penganut agama Kristian yang mendapat apa yang mereka perjuangkan.

Hakikat bahawa Herald dicetak di dalam Bahasa Malaysia dan menggunakan perkataan Allah untuk merujuk kepada Tuhan tentulah menimbulkan kerisauan sebahagian umat Islam bahawa akhbar mingguan itu akan diedarkan juga kepada orang-orang Melayu yang beragama Islam.

Risau? Tak payahlah. Buang masa sahaja, banyak lagi perkara lain untuk dirisaukan. Banyak lagi kerja lain.

Kalau dicetak di dalam Bahasa Inggeris pun, ia tetap boleh disebarkan kepada orang-orang Melayu yang beragama Islam.

Saya masih ingat, tahun tujuh puluhan dahulu, adik-beradik saya yang belajar di sekolah Saint Louis di Taiping hampir setiap minggu diberikan risalah-risalah dan majalah-majalah Kristian. Semuanya dalam Bahasa Inggeris dan tampil dalam bentuk yang sangat menarik pula. Saya selalu membaca risalah-risalah dan majalah-majalah itu.

Tidak pula terancam keimanan kami. Jangankan terancam, terusik pun tidak. Itu tidaklah pula bermakna kami hebat dan segala puji bagi Allah s.w.t. jua.

Apa yang penting sekarang, ketika orang-orang Kristian telah mendapat hak mereka, kita juga berhak melaksanakan hak demokratik kita untuk melindungi orang-orang Melayu yang beragama Islam dari terkeliru.

Janganlah menjadi bangsa yang lemah dan sentiasa mengemis kepada kerajaan supaya menghalang itu dan ini. Orang Putih selalu kata, "from no chance to a goal". Kaki-kaki motivasi Melayu pula selalu berkata, "ancaman kita jadikan peluang" - inilah masanya anda semua perlu membuktikannya.

Sejak beratus-ratus tahun dahulu umat Islam di negara ini telah menghadapi gerakan Christian missionary. Mereka berjaya mempertahankan pegangan agama Islam di kalangan ummah tanpa pergaduhan dan persengketaan.

Lebih dari itu, umat Islam selalu diperlecehkan, lemahkah sangatkah keimanan kamu sehingga kamu menjerit dan menuntut perlindungan dari semua perkara?

Nah, inilah peluang untuk membuktikan bahawa kita tidak lemah. Buktikan kepada siapa? Kepada Allah dan bukan kepada sesiapa pun selain dari-Nya.

Berkaitan:
Herald can print in Bahasa (The Star)
Catholic weekly allowed to publish using the word ‘Allah’ (AsiaNews)
Malaysian paper given green light to use word 'Allah' (Taipei Times)
Malaysia allows Christian newspaper to name Allah (Spero News)
Fighting Over God (Aisehman)
All is Well for Herald - A belated X’mas Present from PM Abdullah (Multimid)
Good news: Herald gets it new publishing permit! (Anil Netto)

Other blogs updates (juga di sidebar blog ini)
Pakailah t-shirt Bersih atau baju kuning setiap Sabtu!
Read On 5 comments

Najib, Abdullah, Abdul Rashid! Marilah bermubahalah!

I

Segala puji bagi Allah, akhirnya dibebaskan empat tahanan yang dituduh menganggotai kumpulan militan Jemaah Islamiah (JI) selepas ditahan selama hampir lima tahun di bawah ISA.

Mereka yang dibebaskan itu ialah Bakkery Mahhamud, Mohamad Zamri Sukirman, Sabri Jaafar dan Zamzuri Sukirman.

Kumpulan JI sebelum ini didakwa mempunyai kaitan dengan al-Qaeda dan dikatakan bertanggungjawab terhadap serangan maut yang membunuh beratus-ratus orang di Asia Tenggara.

Apa pun alasan penahanan mereka, ia tetap tidak boleh diterima. Kalau benar mereka menganggotai JI, mengapa tidak dibicarakan? Selagi tidak dibuktikan tanpa sebarang keraguan di dalam mana-mana mahkamah, semua tuduhan terhadap mereka mungkin bohong.

Lebih menyedihkan, ramai lagi yang masih ditahan di bawah ISA.

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menyatakan ia akan tetap meneruskan kempen untuk membantu pembebasan mereka. Gerakan itu juga mengkritik tindakan kerajaan memilih tahanan yang hendak dibebaskan.

"GMI menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya membebaskan segera semua mereka yang ditahan di Kamunting atau dakwa mereka di mahkamah," Malaysiakini memetik kenyataan gerakan itu.

Terlepas dari penahanan dan tuduhan yang dengan mudah boleh dianggap bohong, saya ingin mengulangi apa yang telah saya tulis berkali-kali. Sekurang-kurangnya untuk direnung oleh mereka yang berdarah muda, jika mereka sudi membaca posting ini.

Kecuali gerakan Mujahidin di Afghanistan yang berjaya menghancurkan rejim Najibullah dan memerangi pengganas Soviet, sukar sungguh untuk saya mengingati mana-mana gerakan bawah tanah atau kumpulan gerila yang berjaya merampas kekuasaan - walaupun tidak ingat tidaklah pula bermakna tidak ada.

Malah, kejayaan Mujahidin di Afghanistan juga sebenarnya didorong dan didukung oleh kuasa rakyat yang menyokong Mujahidin. Mujahidin sangat popular di Afghanistan pada masa itu.

Apabila Taliban merampas kuasa, undang-undang peliknya seperti mengahalang kaum perempuan mendapatkan pelajaran atau memenjarakan orang yang tidak menyimpan janggut, menyebabkan ia dibenci oleh sebahagian besar rakyat Afghanistan. Jika dibiarkan, akan muncul kebangkitan yang akan menumpaskan Taliban - kemungkinan besar golongan pro-Islam juga seperti majoriti Mujahidin.

Amerika Syarikat tidak senang dengan perkembangan itu. Afghanistan perlu diselamatkan untuk kepentingan jahatnya. Akhirnya, pemerintahan Taliban ditumpaskan oleh pengganas-pengganas Amerika, negara yang mencipta mereka.

Mujahidin mencipta kejayaan kerana sokongan kuasa rakyat (sebelum tamak, berpecah dan berbunuhan sesama sendiri setelah diresapi CIA), manakala Taliban pula ditumpaskan kerana ketandusan sokongan kuasa rakyat.

Bukan setakat kejayaan di zaman mutakhir ini sahaja, malah kejayaan RasuluLlah s.'a.w.w. mewujudkan pemerintahan Islam di Madinah juga berpunca dari sokongan rakyat atau kuasa rakyat. Penduduk Madinah sendiri yang mengalu-alukan kepimpinan RasuluLlah.

Memang, amat sukar diingati kejayaan mana-mana gerakan bersenjata, gerakan bawah tanah atau kumpulan gerila menumbangkan kerajaan yang memerintah. Yang paling mudah diingati ialah kejayaan kuasa rakyat menumbangkan rejim-rejim yang jahat seperti yang berlaku di Iran, Filipina, Indonesia, negara-negara di Eropah Timur dan beberapa negara lain yang saya tidak ingat.

Sebab itulah kerajaan amat takut dengan kebangkitan kuasa rakyat.

II

Saya jarang menghentam Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana saya mengharapkan beliau boleh menamatkan pengaruh evil genius yang semakin berkuasa di dalam partinya.

Tetapi tak ada pilihan bila Najib mendakwa "kerajaan tidak sesekali takut dengan pengaruh pihak tertentu termasuk parti pembangkang yang sememangnya sengaja mahu menimbulkan huru-hara kerana sedar tidak akan mampu menewaskan kerajaan Barisan Nasional melalui pilihan raya".

Kalau tak takut, apa hal tak habis-habis bising sangat? Kalau tak takut, mengapa menakut-nakutkan rakyat? Kalau tak takut, mengapa berlindung di celah ketiak polis yang kerajaan Datuk Seri jadikan kuli pecacai?

Huru-hara? Sila buktikan satu perhimpunan PAS yang mencetuskan huru-hara jika tidak diganggu polis? Kalau polis ganggu, memanglah huru-hara sehingga ada pegawai kanan polis yang diterajang di dada seperti yang berlaku di Kedah beberapa tahun lalu. Saya tak naklah kata padan muka!

Kerana sedar tidak akan mampu menewaskan kerajaan Barisan Nasional melalui pilihan raya? Sebab itulah rakyat menuntut dibersihkan pilihanraya dan dijamin keadilannya.

Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu pernah memberitahu, peluang pembangkang Melayu disukarkan dengan persempadanan semula kawasan pilihan raya tahun 2003 lalu.

"Ambil contoh satu kawasan cukup. Parlimen Baling (74698 pengundi) contohnya, katakan pembangkang menang di Baling.

"Jumlah pengundinya lebih kurang sama dengan tiga kawasan parlimen berdekatan yang bentuk rupa bumi dan keadaan sosia-ekonomi penduduknya yang hampir sama, iaitu Grik (24646), Lenggong (23154 pengundi), Padang Rengas (24863 pengundi).

"Undi mungkin sama banyak, tetapi kerusi pembangkang hanya satu, kalau ia menang di Baling. Barisan Nasional pula mendapat tiga kerusi jika ia menang di Grik, Lenggong dan Padang Rengas.

"Sebab itulah Najib cakap besar. Langgar undang-undang pun Barisan Nasional tetap menang" katanya.

Alahai Datuk Seri, kalau hero sangat, mengapa mengimport undi pos di Pekan?

Bersama-sama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, beranikah Datuk Seri bersumpah dengan kalimah waLlahi, wabiLlahi, wataLlahi bahawa Barisan Nasional tidak pernah bersekongkol dengan SPR untuk melakukan sebarang penipuan dalam mana-mana pilihan raya?

Atau, beranikah Datuk Seri, Abdullah dan Abdul Rashid bermubahalah bahawa Barisan Nasional tidak pernah bersekongkol dengan SPR untuk melakukan sebarang penipuan dalam mana-mana pilihan raya? Kalau Datuk Seri, Abdullah dan Abdul Rashid berani, saya berani bermubahalah serta mendakwa bahawa Barisan Nasional pernah bersekongkol dengan SPR untuk melakukan penipuan pilihan raya.

Saya bukan hendak bermain-main dengan hukuman Allah Yang Maha Adil (saya memohon perlindungan Allah dari mempermain-mainkan hukuman-Nya) malah saya sangat penakut - teramat takut. Tetapi, apa lagi pilihan jika penipuan dan cakap besar sudah melarat ke tahap syaitan? Marilah kita bermubahalah, Datuk Seri. Sesiapa yang berbohong, termasuk saya, akan dilaknati dan dihukum serta merta oleh Allah s.w.t., mungkin disambar petir.

Berkaitan:
Bukti nyata dalam mulut SPR yang berbicara adalah lidah Umno

Other blogs updates (juga di sidebar blog ini)
Pakailah t-shirt Bersih atau baju kuning setiap Sabtu!
Read On 1 comments

Sorotan 2007

Hari ini saya tak dan. Semalam pun berebut-rebut dan tulis banyak silap, sehinga dua kali dibetulkan oleh pembaca yang prihatin. Terima kasih kepada Mulah dan Anonymous at 6.20 am

Kalau rajin, sila baca posting yang saya berkenan (suka) hari ini, [2007 Flashback] Wow, What A Year For Malaysian Bloggers! (Part 1).

Selain itu, dan jugak saya komen sikit dalam blog Dr Hsu Dar Ren di bawah postingnya yang bertajuk “Do Malaysian Muslims understand what ‘Allah’ means?

Saya tak pernah kata apa pun dalam kontroversi penggunaan perkataan Allah oleh orang-orang Kristian. Ni baru kali pertama:

Dear Dr Hsu
i have no qualm with people who want to use (or abuse, for that matter) the word Allah.

This is another strategy of Christianisation? So what? Dont we have the democratic right to protect our own religion?

And, isn’t that the opportunity for us to serve Allah, to protect our own religion?

But, please allow me to ask this fellow who said “Do Malaysian Muslims understand what ‘Allah’ means?”

Does he understand?
Berkaitan (sila klik imej di bawah):







Other blogs updates (juga di sidebar blog ini)
Pakailah t-shirt Bersih atau baju kuning setiap Sabtu!
Read On 0 comments

Anak haram Amerika buka laluan besar ke Pakistan untuk bapanya

Berita bertajuk "Who really killed Benazir Bhutto?", melaporkan wakil anak haram Amerika Syarikat memberi kenyataannya:
In a phone call from an unknown location, al-Qaeda's commander and main spokesperson Mustafa Abu Al-Yazid told AKI, "We terminated the most precious American asset which vowed to defeat the mujahadeen."

Al-Yazid, the main Al-Qaeda commander in Afghanistan, said the decision was made by al-Qaeda number two Ayman Al-Zawahiri in October this year.
Walaupun dilaporkan "The assassination does not fit the standard al-Qaeda modus operandi", tetapi, sama seperti pengakuan Osama Laden selepas peristiwa 11 September, anak haram Amerika itu tetap membuat pengakuan merekalah yang terlibat.

Memang itu kerja mereka, tidak kira sama ada Osama (baca juga "Osama bin Laden: Made in USA"), Al-Qaeda (baca juga "Al Qaeda is a Creation of US Foreign Policy and the CIA" dan "From BBC - How The US Created 'Al Qaeda'") atau satu lagi anak haram Amerika, Taliban.

Selepas ini, Amerika akan mendapat lesen besar untuk menguatkan cengkamannya ke atas Pakistan. Media-media Barat telah mula memainkan berita-berita yang bagaikan mewajarkan tindakan itu. Antaranya berita-berita bertajuk "'This is a war, a clash of civilizations,' says Republican presidential candidate" di mana salah seorang calon Presiden negara samseng itu berkata:
“This is a war that we’re engaged in. It’s an international conflict,” said Thompson. “It’s a global conflict. Al Qaeda wants to bring Western civilization to its knees.”
Perdana Menteri Britain, Gordon Brown pula berkata:
"This atrocity strengthens our resolve that terrorists will not win there, here or anywhere in the world."
Bacalah apa yang tersirat dalam kenyataan itu.

Sebelum ini, dunia melihat kepulangan Bhutto sebagai dijuruterakan oleh Amerika untuk menubuhkan kerajaan campuran bersama-sama seorang lagi pecacainya, Presiden Pervez Musharraf. Mungkin benar Amerika sangat merasai kehilangan Bhutto (baca juga Bhutto Death Moves Doomsday Clock," "Assassination throws wrench into US policy," dan "Bhutto Assasination Affects United States"), tetapi pembunuhan Bhutto juga menguntungkan dasar tamak negara pengganas itu yang tidak pernah puas walaupun telah tujuh tahun Musharraf menjadi kuli pecacai yang sangat setia kepada Amerika.

Dengan menggunakan peristiwa 11 September, Amerika mengukuhkan cengkamannya ke atas sumber minyak di Iraq dan Afghanistan yang merupakan laluan minyak dari Turkmenistan. Bukan setakat menguasai sumber minyak sebenarnya, Iraq dan Afghanistan juga dilihat tapak strategik bagi Amerika untuk mengepung musuh utamanya, Iran. Iran dilihat pembiaya utama "keganasan" - terutama kerana tindakannya membiayai dan menyokong Hizbullah yang merupakan musuh utama Israel.

Kini, dengan menggunakan pembunuhan Bhutto, Amerika mempunyai peluang untuk mencengkam habis Pakistan dan mengawal satu lagi ancaman - iaitu kekuatan nuklear Pakistan yang dibimbangi jatuh ke tangan ekstremis (bukan al-Qaeda atau Taliban!).

Timbul persoalan, adakah Amerika terlibat membunuh Bhutto? Bukankah anak haramnya, Al-Qaeda, telah mengaku bertanggungjawab? Dan, adakah Amerika memaksa Musharraf menerima kepulangan Bhutto untuk membunuh wanita yang jenuh menjadi kulinya itu?

Mungkin Amerika tidak terlibat seperti mana ia disyaki terlibat membunuh Zia ul-Haq. Al-Qaeda pula asyik mengaku bertanggungjawab ke atas apa yang orang lain buat, sama seperti Osama mengaku bertanggungjawab ke atas peristiwa 11 September.

Namun yang lebih penting, siapa pun yang membunuh Bhutto, ia tetap menguntungkan Amerika.

Other blogs updates (juga di sidebar blog ini)
Pakailah t-shirt Bersih atau baju kuning setiap Sabtu!
Read On 4 comments

Umno, benarkah hampa curi bantuan mangsa banjir?

Dalam posting bertajuk "Please Umno, tell me this is not true," Cik Gu Bernard Khoo membangkitkan beberapa berita yang tidak disiarkan oleh akhbar tempatan.

Berita tersebut ialah mengenai pengalaman pahit sukarelawan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang berusaha membantu mangsa-mangsa banjir ketika berhadapan dengan 'sukarelawan' Umno.

Menurut berita yang pertama kali tersiar dalam Malaysia Today itu (Umno Pahang in large-scale stealing of flood relief aid), NGO tersebut akhirnya mengambil keputusan untuk menghentikan kerjasama dengan Bilik Gerakan Banjir yang dikuasai oleh Umno.

Tindakan itu berpunca dari tindakan 'sukarelawan' Umno itu ketika NGO tersebut bersama-sama mereka menghantar makanan dan lain-lain bantuan dari Bilik Gerakan ke beberapa kampung yang dilanda banjir.

Di salah sebuah tempat yang teruk dilanda banjir, mangsa-mangsa dari kesemua bangsa, Melayu, Cina dan India, beratur untuk mendapatkan bantuan. Bagaimanapun, wakil NGO tersebut mendakwa, 'sukarelawan' Umno dengan kasar memaklumkan kepada mangsa-mangsa yang malang itu bahawa bantuan hanya disediakan kepada orang-orang Melayu sahaja.

Sukarelawan dari NGO-NGO tersebut, tidak kira yang berbangsa Melayu, Cina atau India amat terkejut dengan apa yang berlaku itu dan pergi begitu sahaja dengan perasaan marah dan jengkel dengan kejadian itu.

Gambar kenangan: Perdana Menteri bersedap-sedap dengan nasi kandar di Perth ketika banjir besar melanda Johor dan beberapa negeri Januari lalu (Ihsan: Malaysiakini)

Di sebuah kawasan estet pula, di mana terdapat kira-kira 600 mangsa banjir berbangsa India, 'sukarelawan' Umno tersebut didakwa menghulurkan satu kampit beras sahaja untuk dikongsi oleh sebegitu ramai mangsa bersama-sama keluarga mereka.

Kampit beras itu didakwa ditinggalkan di pusat bantuan banjir yang terletak di sekolah Tamil berdekatan estet tersebut. Para pekerja estet itu kemudiannya disuruh menandatangani senarai yang memberi perakuan bahawa mereka menerima bantuan penuh bantuan makanan yang termasuk beras, minyak masak, makanan dalam tin, gula, garam, air di dalam botol dan juga selimut.

Pengadu kejadian itu mendakwa barangan lain yang tidak diserahkan itu diambil oleh para 'sukarelawan' Umno tersebut untuk dijual.

Apa yang berlaku itu menyebabkan wanita-wanita di dalam estet itu marah dan menjerit-jerit serta mempersoalkan bagaimanakah satu kampit beras itu boleh dikongsikan oleh 600 orang mangsa. Hari berikutnya, apabila sukarelawan lain datang ke sekolah Tamil tersebut, wanita-wanita India itu menjerit-jerit ke arah mereka dan mengherdik 'Melayu jangan mari tolong lagi'.

Di tempat-tempat lain pula, para pekerja bantuan mangsa banjir mendakwa, bantuan diberikan kepada ahli-ahli Umno sahaja. Mereka seterusnya mendakwa, mangsa-mangsa lain yang juga berbangsa Melayu, terutama para penyokong PAS, tidak diberikan bantuan.

Di kawasan lain pula, kira-kira 250 Orang Asli dijanjikan beras di dalam guni seberat 50 kilogram. Janji itu ternyata palsu kerana kebanyakan bantuan beras yang diberikan itu hanya kampit-kampit beras lima dan 10 kilogram sahaja.

Beras-beras yang sepatutnya diserahkan kepada 250 Orang Asli itu juga tidak sampai kepada mereka. Apabila seorang Adun Umno melawat Orang Asli tersebut keesokan harinya dan bertanya adakah mereka sudah makan, penduduk Orang Asli tersebut menyorak dan mengejeknya serta berkata "awak semua penipu".

Sekali lagi, sukarelawan NGO yang melaporkan perkara itu mendakwa bahawa beras-beras tersebut dicuri oleh orang-orang Umno.

Ahli Parlimen Temerloh, Mohd Sarit Yusoh pula didakwa tidak muncul langsung walaupun telah tujuh hari banjir melanda kawasan yang diwakilinya. Mangsa-mangsa banjir yang marah bertindak memasang kain rentang yang tertulis, "YB, awak di mana?"

Kain rentang itu kemudiannya direntap turun oleh polis.

Hanya Adun MCA dari Mentakab yang dilaporkan bersungguh-sungguh membantu mangsa-mangsa banjir di kawasan yang diwakilinya. Adun-adun Umno pula didakwa amat jarang kelihatan.

Di Kuantan, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Fu Ah Kiow pula dilaporkan telah dibaling dengan batu oleh mangsa-mangsa banjir yang menjerit-jerit memarahinya. Beliau kemudiannya 'cabut lari' dengan tergesa-gesa.

Tidak ada mana-mana pihak pun yang menjawab pertanyaan Cik Gu Bernard, "Please Umno, tell me this is not true"!

(Versi penuh dalam Siasah Ahad ini)

Berkaitan:
Umno gagal tangani banjir di Pahang, rakyat hargai usaha PAS (Harakahdaily - pautan berita-berita banjir dalam Harakahdaily)
Unit Amal kerah tenaga bersihkan kesan banjir (Jabatan Amal Malaysia Dewan Pemuda PAS)
Banjir di Pahang,PAS dan Unit Amal Dahului Pihak Lain (Tranungkite)
Koleksi janji: Tambah lagi, tambah banyak-banyak, PM!
Koleksi terhebat: Janji-janji PM
Cuti masa banjir: Saya sentiasa memantau walaupun dari jauh – Pak Lah (Agendadaily)

Other blogs updates (juga di sidebar blog ini)
Pakailah t-shirt Bersih atau baju kuning setiap Sabtu!
Read On 1 comments

Perhimpunan aman - polis boleh kawal, bukan halang

Dalam surat pembaca bertajuk "Isn’t a peaceful assembly within the law?" yang tersiar dalam The Sun, seorang pembaca yang menamakan dirinya "Loyal but concerned Malaysian" menceritakan beberapa pertanyaannya kepada bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas mengenai perhimpunan aman rakyat di negara ini.

Antara lain, dengan merujuk beberapa pindaan dan peruntukan di dalam Perlembagaan Malaysia, Salleh menyatakan: "Polis berhak untuk mengawal (perhimpunan rakyat), tetapi bukan menghalang".

Berikut ialah sebahagian dari surat pembaca tersebut:
The Constitution provides for free speech, free expression, free assembly and any law or act which goes against the spirit of the Constitution is invalid. I had the opportunity to ask former Lord President Tun Salleh Abas if the requirement for a police permit for any assembly of five or more is valid.

His response was "it is dicey". He cited some amendments and some clause in the amended Constitution. Asked for Tun’s opinion: "The police have the right to regulate, but not to prevent."
Pembaca itu seterusnya menambah:
Malaysians have to resort to peaceful assemblies and protests because numerous attempts to change things and right wrongs have not met with the desired action.
Dalam berita Malaysiakini bertajuk "Mahathir: Demonstrate only as a last resort", bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata:
“If they have no other choice, of course, they may resort to demonstrations. But if they have a choice, they have their own leaders, they can meet (and) they can explain their problems, I think that would be the first choice".
Persoalannya, adakah parti-parti politik yang menyertai Perhimpunan Aman Bersih 10 November lalu tidak berunding terlebih dahulu dengan pihak yang berkenaan? Kalau dibaca beberapa laporan, ternyata mereka telah berusaha untuk berunding dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Apa yang mereka dapat? Antaranya, ditipu hidup-hidup seolah-olah mereka budak-budak tak ada akal.

Sebagai contoh, 14 Januari lalu Harakahdaily menyiarkan berita penipuan Abdul Rashid. Berita yang dengan sendirinya membuktikan bahawa pemimpin pembangkang memang berusaha untuk berunding dengan SPR itu melaporkan:
Salahuddin juga mendedahkan apa yang disifatkannya sebagai pembohongan Pengerusi SPR itu.

"Kira-kira lima bulan yang lalu, Haji Mohamad Sabu, Dr Syed Azman (Syed Nawawi), Hanifah Mydin dan saya sendiri berjumpa dengan Abdul Rashid untuk menyerahkan memorandum tiga perkara yang menuntut dibersihkan daftar pemilih, menghapuskan undi pos dan celup jari selepas mengundi untuk mengelakkan penipuan.

"Sebelum kami berjumpa (dengan Abdul Rashid), DAP terlebih dahulu berjumpa dengannya. (Setiausaha Agung) DAP, Lim Guan Eng memberitahu kami bahawa Abdul Rashid telah memberitahu mereka bahawa PAS membantah (sistem) celup jari kerana bertentangan dengan Islam.

"Apabila kami bertemu Abdul Rashid, kami soal dia, betul dia kata begitu? Dia kata bukan PAS kata, ulama India kata. Inilah lidah biawak, lidah bercabang," beliau mengecam Pengerusi SPR itu.
Berkaitan:
Jangan letak Akta Polis tinggi daripada Perlembagaan (Harakahdaily)
Sketsa, satu renungan buat Polis DiRaja Malaysia (Harakahdaily)
Public warned against attending gathering near palace (The Star)
Operasi Menahan Bloggers Sudah Bermula!!! - (Cucu Mat Kilau)
Laporan Berjaya Di Buat Biarpun Polis Buat Kecoh!! - (Cucu Mat Kilau)

Other blogs updates (juga di sidebar blog ini)
Pakailah t-shirt Bersih atau baju kuning setiap Sabtu!
Read On 0 comments

Merry Christmas

Merry Christmas to my Christian friends!

i take this opportunity to republish one of Imam Khomeini's Christmas message:
In the Name of God, the Compassionate, the Merciful

O Believers, rise up and be steadfast witness for God in equity and justice, and do not let hatred of any people turn you away from justice. Deal justly, that is nearer to righteousness. Observe your duty to God. For God knows what you do. - Holy Quran, Sura Ma'idah, aya 8

Blessed are those who hunger and thirst after justice for they shall be filled. - Matthew, Chapter 5, verse 6

Blessed are those who are persecuted for justice sake: for theirs is the kingdom of Heaven. - Matthew, Chapter 5, verse 10

Merry Christmas to the oppressed nations of the world, to the Christian nations and the Christians of Iran. Christ was a great messenger whose mission was to establish justice and mercy, and who with his heavenly words and deeds condemned the tyrants and supported the oppressed.

You priests and clergy, followers of Christ, rise up and give your support to the oppressed of the world against the oppressors, and for the sake of God and the teachings of Jesus Christ, ring the bells of your churches just once in support of the oppressed of Iran and in condemnation of the oppressors.

Carter, vanguard of the world's oppressors, called for the bells to be rung throughout the United States in support of his agents against the deprived Iranian nation. How good and appropriate that you ring the bells according to the order of God and the teachings of Jesus Christ in support of the oppressed nations crused under the boots of Carter's soldiers.

Happy are those who are hungry and thirsty for justice and strive after it. Woe to those who strive against the teachings of Jesus Christ and all the prophets, for the sake of spies and oppressors of the rights of nations.

And O Nation of the Messiah, and followers of Jesus, the spirit of God, rise up and defend the dignity of Jesus Christ, and the nation of Christianity, and do not let the enemies of the divine teachings and the opposers of godly orders give false impression of Christianity and its clergy to the oppressed peoples of the world. Do not be deceived by the presence of the super powers in churches, or by their prayers for spies and traitors. They think of nothing but more power, or supremacy over the world, which is against divine teachings. Our nation suffered from this hypocrisy of the oppressors for many years.

O Christians, what happened that Mr. Carter did not rise up against the massacres in Iran, Vietnam, Palestine, Lebanon and elsewhere; and he did not request the ringing of the bells? But now he has begun to pray, and has called upon the churches to ring the bells, for another term as President and for a few more years' continued suppression of the weakened nations.

O fathers of the church, rise up and save Jesus Christ from the clutches of these executions, since that great prophet dislikes the oppressor who uses religion as a tool of tyranny and prayer as a tool for reaching the throne of oppression over the creatures of God, since the heavenly teachings were sent down to release the oppressed.

And you, the oppressed of the world arise and unite to be rid of the oppressors, for the earth belongs to God, and its inheritors are the oppressed.

And you, the American nation, do not listen to the propaganda of Presidents who think of nothing but power, and be sure that our youth will treat the spies in a manner pleasing to God, because Islam orders us to have mercy on captives, even if they are tyrants and spies.

You the American nation, ask Carter to return the criminal deposed Shah to Iran because the key to the release of spies is in his hands.

And you who ring the bells, pray and ring the bells and beg God Almightly to confer a sense of justice and fairness on your presidents.

Happy are those who strive after justice and pray.

- Imam Khomeini
Related:
Muslim scholars send rare Christmas greetings

Other blogs updates (juga di sidebar blog ini)
Pakailah t-shirt Bersih atau baju kuning setiap Sabtu!
Read On 0 comments

Adakah BK Tan raja di Malaysia?

Pendedahan Raja Petra Kamarudin dalam tulisannya yang bertajuk "The unholy trinity" amat menggerunkan. Tidak mudah untuk membakulsampahkan tulisan Raja Petra. Beliau malah pernah mengemukakan cabaran dalam tulisan bertajuk "A challenge to investigate Malaysia Today".

Sebelum ini, dalam artikel bertajuk "All that crap", Raja Petra mendedahkan perkembangan terbaru yang berlaku senyap-senyap:
Pada 10 Disember lalu, Peguam Negara menulis surat kepada Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd. Johari Baharom meminta beliau membebaskan Goh Cheng Poh a.k.a ‘Tengku’ Goh dari tahanan daerah. Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Tengku Goh ialah orang nombor dua kepada BK Tan, kepala sindiket jenayah terancang yang menguasai dadah, persundalan, ceti haram dan rangkaian perjudian haram di seluruh Malaysia. Beliau juga menguasai sistem maklumat berkomputer polis.
Dari apa yang diceritakan oleh Raja Petra, sebahagian besarnya bermula dengan perseteruan antara Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd. Johari Baharom dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Puncanya, kata beliau, kerana Musa menghapuskan kongsi gelap atau sindiket jenayah yang, menurut beliau, bersekutu dengan Johari. Tidak ada jawapan pasti kepada persoalan adakah Musa melakukan tindakan itu untuk memastikan tidak ada pesaing lagi yang mengganggu sindiket jenayah tertentu?

Apa yang cuba digambarkan sebagai persekongkolan Johari dengan sindiket jenayah tertentu tidak diketahui oleh sesiapa pun sehinggalah sebuah laman web penuh misteri tiba-tiba-tiba muncul mendedahkan Johari membebaskan tiga orang yang ditahan di bawah Ordinan Darurat. Johari dituduh menerima rasuah RM5.5 juta untuk membebaskan tahanan-tahanan itu.

Badan Pencegah Rasuah (BPR) terus melancarkan siasatan. Johari di ambang kehancuran.

Johari tidak berdiam diri. Beliau bertindak balas. Menurut Raja Petra, eliau mengancam akan mendedahkan tindakan Majlis Tertinggi Umno membuat keputusan mensabotaj bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Moahamad dalam pemilihan perwakilan Umno Kubang Pasu tahun lalu.

Tindakan Majlis Tertinggi itu merupakan pencabulan perlembagaan Umno. Jika perkara itu didedahkan, kesemua ahli Majlis Tertinggi mesti meletakkan jawatan, termasuk Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (sila baca Dolahgate).

Akhirnya, kata Raja Petra lagi, persetujuan dibuat. BPR lalu mengumumkan tidak ada kes ke atas Johari. Sebagai balasannya, Johari tidak akan membuka mulut mengenai peranannya dalam mensabotaj Dr Mahathir seperti yang diputuskan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno itu.

Selepas itu, Johari cuba memusnahkan Musa. Menurut Raja Petra, beliau marah apabila mendapat tahu orang di belakang laman web itu ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Christopher Wan Soo Kee. Wan dikenali sebagai "running dog" Musa. Beliau mengarahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Ramli Yusof untuk mengambil tindakan ke atas Goh Cheng Poh atau 'Tengku' Goh.

Bukan setakat itu, siasatan juga dimulakan ke atas ketua 'Tengku' Goh, iaitu BK Tan. Dalam akuan berkanun ASP Mior Fahim Ahmad, BK Tan disebutkan oleh beliau sebagai "mempunyai perhubungan yang amat baik dengan Tan Sri KPN dan akan mendengar setiap cadangan dan nasihat BK Tan"

Bagaimanapun, Johari terpaksa mengalah kerana Musa tidak bersendirian. Peguam Negara dan Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) bersama-samanya.

Tetapi, sebagai ahli politik, Johari bijak. Beliau cepat-cepat mencapai kata sepakat dan membiarkan begitu sahaja pegawai-pegawai polis yang sebelum ini digunakannya untuk menyaiasat Tan dan Goh, kata Raja Petra. Hampir kesemuanya kini menghadapi tindakan BPR.

Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar pernah mendesak Perdana Menteri menyiasat dan mengambil tindakan terhadap apa yang didakwa sebagai pakatan Ketua Polis Negara, BPR dan Peguam Negara .

"Jika Perdana Menteri benar-benar tidak tahu atau sengaja tidak mahu mengambil tahu, amat malanglah negara ini mempunyai Perdana Menteri seperti itu sedangkan ketiga-tiganya berada di bawah bidang kuasa Abdullah sebagai Perdana Menteri dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri," katanya.

Adakah Perdana Menteri tidak tahu? Jika tahu, mengapa Perdana Menteri tidak bertindak? Menurut Raja Petra, tangan Perdana Menteri terikat.

Perdana Menteri, kata Raja Petra, sebelum ini mengarahkan KPN menahan rakan kongsi anaknya, BSA Tahir ditahan di bawah Seksyen 8, Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Penahanan di bawah Seksyen 8, sama seperti yang ditetapkan ke atas lima pemimpin Hindu Rights Action Force (Hindraf) baru-baru ini, tidak memerlukan orang yang ditahan menjalani soal-siasat polis selama 60 hari, seperti yang diharungi oleh mereka yang ditahan di bawah Seksyen 73 ISA. Penahanan di bawah Seksyen 8 adalah di bawah bidang kuasa Menteri Keselamatan Dalam Negeri, jawatan yang dipegang Perdana Menteri sendiri.

Jika Tahir disiasat polis, menurut editor Malaysia Today itu, akan terdedahlah siapa lagi yang terlibat dalam tindakan Scomi mengeksport komponen nuklear ke Libya. Perkara itu amat berbahaya kerana Scomi adalah syarikat milik Kamaluddin, anak Perdana Menteri. Jika siasatan membuktikan Kamaluddin tahu tindakan Tahir menggunakan Scomi untuk mengeksport komponen nuklear ke Libya, kepala Kamaluddin terpaksa diserahkan kepada Amerika Syarikat.

Persoalan yang lebih penting ialah di manakah Tahir sekarang? Adakah beliau berada di Kem Tahanan Kamunting? Jika tidak, di mana?

Raja Petra mendakwa, Tahir tidak ditahan. Beliau kini menikmati perlindungan untuk memastikan beliau tidak dapat disentuh oleh Cawangan Khas dan CIA.

Perdana Menteri, kata Raja Petra, sebenarnya tidak berkuasa penuh. Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan Ketua Pengarah BPR mempunyai "unholy trinity" mereka (menurut Answers.com, "unholy trinity" sering dirujuk kepada tiga entiti yang disifatkan jahat). Mereka akan berkhidmat kepada Abdullah, kata Raja Petra, selagi Abdullah tidak mengancam kepentingan mereka.

Skandal mensabotaj Dr Mahathir, skandal pengeksportan komponen nuklear ke Libya oleh Scomi dan skandal Oil-for-Food sudah cukup untuk menyahkan Abdullah. Tetapi semua itu akan hanya berlaku jika Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan Ketua Pengarah BPR memutuskan untuk menyiasat beliau. Dan kelihatanya kini, seperti diungkapkan dalam tulisan Raj Petra, "tidak ada keslah".

Dari apa yang ditulis oleh Raja Petra itu, timbul persoalan yang lebih besar - siapakah yang berkuasa ke atas negara ini? Tulisan itu bagai menggambarkan Perdana Menteri dikuasai "unholy trinity". "Unholy trinity" pula kelihatan dikuasai oleh BK Tan. Seperti yang diketahui umum, polis sering dituduh "polis raja di Malaysia" dan bukannya "Polis Diraja Malaysia".

Jika benar BK Tan menguasai Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan Ketua Pengarah BPR, adakah dia menjadi "raja di Malaysia"? Adakah dia pemerintah sebenar negara ini yang menguasai Umno, Barisan Nasional dan pentadbiran Abdullah?

Other blogs updates (juga di sidebar blog ini)
Pakailah t-shirt Bersih atau baju kuning setiap Sabtu!
Read On 5 comments

Islam telah lama menjadi korban

NST Online 20/12/2007 melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi berkata, "Sacrifice is not just about slaughtering animals for distribution".

Memanglah, it is also about slaughtering people's freedom - menyembelih kebebasan rakyat.

Setelah Malaysiakini melaporkan berita bertajuk "Catholic weekly in quandary over permit," penganut-penganut agama Kristian di negara ini menjerit-jerit mengenai "religious persecution in Malaysia". Mereka berhak menjerit.

Sama seperti mereka, kita juga berhak menjerit.

Kalau disebut tentang "persecution" (menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, maknanya penyeksaan, penganiayaan, penindasan), Islam telah jenuh disembelih di negara ini. Telah lama menjadi korban. Disembelih oleh Islam Hadhari yang disokong oleh pemimpin Arqam, Ashaari Muhammad.

Selamat melaksanakan korban, Perdana Menteri!

Berkaitan:
Pengorbanan terhebat Khir Toyo dan dokumentasi pengorbanan besar PM

Other blogs updates (juga di sidebar blog ini)
Pakailah t-shirt Bersih atau baju kuning setiap Sabtu!
Read On 1 comments

Pengorbanan terhebat Khir Toyo dan dokumentasi pengorbanan besar PM

الله أكبر الله أكبر الله أكبرالله أكبر الله أكبرالله أكبر الله أكبر الله أكبر الله أكبر
الله أكبر كبيرا و الحمد لله كثيرا و سبحان الله بكرة و أصيلا
لا إله إلا الله و لا نعبد إلا إياه مخلصين له الدين و لو كره الكافرون
لا إ له إلا الله وحده صدق وعده و نصر عبده و أعز جنده و هزم الأحزاب و حده
لا إله إلا الله و الله أكبر
الله أكبر و لله الحمد


Ketika Malaysiakini menyiarkan berita pengorbanan terhebat Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo (Khir Toyo: I cry for the squatters too), kutu ini mengucapkan selamat menyambut Eidul-Adha kepada semua. Sempena Hari Raya Korban.

Kita diajar supaya melakukan ibadah korban. Mengorbankan sedikit wang ringgit untuk membeli binatang ternakan yang ditetapkan, menyembelihnya dan membahagi-bahagikan dagingnya kepada faqir miskin.

Bayangkan, harga daging segar sekarang amat mahal. Bukan senang orang-orang miskin hendak mendapat nikmat memakan daging segar.

Perdana Menteri dan kerajaannya juga mengadakan upacara korban - mengorbankan kebebasan rakyat dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Polis dan pelbagai akta pembantai kebebasan yang lain.

Apa yang dihalalkan oleh Allah s.w.t. tetapi diharamkan oleh Akta Polis misalnya, diharamkan ke atas kita. Akta Polis adalah antara berhala dan sembahan baru.

Allah berfirman:
"Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli agama mereka sebagai tuhan-tuhan selain dari Allah, dan juga (mereka mempertuhankan) al-Masih ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan. (Surah at-Taubah : 31)
Ketika Adiy bin Hatim r.'a. (yang sebelum itu beragama Kristian) mendengar ayat ini, ia berkata: “Ya RasuluLlah, sesungguhnya kami tidak menyembah mereka.” Rasulullah s.'a.w.w. lalu menerangkan:

“Bukankah mereka menghalalkan apa yang Allah haramkan, kemudian kalian menghalalkannya?! Dan mereka mengharamkan apa yang Allah halalkan, kemudian kalian mengharamkannya?!” Adiy menjawab, “Ya benar.” Maka RasuluLlah bersabda lagi, “Itulah bentuk ibadah kepada mereka.” (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Berkaitan:
For Crying Out Loud! (Mob1900)
Erti “Korban” melayari sepanjang 1428H (The “thirteen million plus Ringgit” guy rambles…. - dokumentasi pengorbanan besar PM)
Selamat Mengurbankan Ego (Nurani)
KLiH wishes all Muslims a very happy Eid ul-Adha (Kuala Lumpur is Home)

Other blogs updates (juga di sidebar blog ini)
Pakailah t-shirt Bersih atau baju kuning setiap Sabtu!
Read On 0 comments

Kerajaan perkauman dan IPCMC

Anil Netto berkata:
After a series of street demonstrations in recent weeks top analysts and activists say the government is not tackling the economic roots of grievances among marginalised Malaysians, but appears stuck in its old mould of race-based thinking.
Memang. Raja Petra Kamarudin baru-baru ini mengaitkan Hindraf dengan taktik kuno Umno menggunakan perkauman untuk merompak sokongan. Baca artikelnya bertajuk "All that crap". Malah, sorong tarik Rang Undang-Undang Suruhanjaya Aduan Khas 2007 (baca juga berita Malaysiakini "Ex-royal commissioner: 'Mutated' bill a mockery") yang digubal untuk menggantikan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) juga mungkin ada kaitan dengan perkauman.

Saya akan tulis, tapi hari ni tak dan.

Bila menyentuh IPCMC, teringat sangat tuduhan polis ke atas Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis yang diketuai bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah yang mencadangkan IPCMC. Polis menuduh suruhanjaya itu mencadangkan perkara yang menggugat keselamatan negara dan ketenteraman awam, bertentangan dengan undang-undang serta bercanggah dengan perlembagaan.

Tuduhan itu terkandung dalam Edisi Khas Berita Bukit Aman yang kemudiannya ditarik balik dari laman web rasmi polis (Sila baca posting Jeff Ooi bertajuk "IPCMC: Police threaten to vote for the Opposition" dan "IPCMC: Are Police playing games?").

Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis juga dianggotai Datuk A Kadir Jasin. Kalau tak baca lagi, bacalah postingnya yang bertajuk "Wither the IPCMC?"

Selain Dzaiddin dan Kadir, suruhanjaya itu juga dianggotai oleh Ketua Hakim Negara yang dipecat Tun Mohd Salleh Abas; bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar, Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zaki Tun Azmi; Hakim Mahkamah Tinggi, Datin Paduka Zaleha Zahari (High Court Judge); Pengerusi Biro Undang-Undang Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim dan bekas Presiden Majlis Peguam, Kuthubul Zaman Bukhari.

IPCMC juga mengingatkan kepada pendedahan Raja Petra (baca juga posting Teresa Kok bertajuk "Why Is Web Power Sdn Bhd So Influential In PDRM?"):
Sudah tentu kita bercakap tentang lubuk duit yang besar kerana cadangan perlaksanaan E-POWER FORCE SOLUTION (sistem pengurusan data polis) oleh Web Power Sdn Bhd melibatkan perbelanjaan sebesar RM4 billion apabila ia dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara. Dengan begitu mudah kongsi gelap Cina mengendalikan sistem pengurusan data Polis Diraja Malaysia. Adakah selepas ini kita akan melihat CIA mengendalikan Cawangan Khas di Bukit Aman dan tentera Singapura mengendalikan tentera Malaysia? Atau adakah perkara itu telah berlaku? Hmm.....ia memang menjadikan kita tertanya-tanya, bukankah begitu?
Menurut Raja Petra, Web Power didalangi oleh raja sindiket jenayah terancang bernama BK Tan. Beliaulah yang membuat presentation mengenai Web Power kepada Ketua Polis Negara. Lebih menarik lagi, salah seorang pengarah Web Power ialah Bekas Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Othman Talib (proksi?). Bertambah menarik, apabila Raja Petra menyatakan, anak Ketua Polis Negara yang bernama Khidir Musa berkerja dengan Web Power.

Bagaimana pula Web Power mendapat lubuk duit itu? Menurut Raja Petra:
Pada mulanya, PDRM menolak cadangan Web Power tetapi Ketua Polis Negara campur tangan dan beliau sendiri yang menyokong cadangan Web Power itu melalui suratnya kepada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan juga Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri.
Dalam artikel "All that crap" itu, Raja Petra mendedahkan perkembangan terbaru yang berlaku senyap-senyap:
Pada 10 Disember lalu, Peguam Negara menulis surat kepada Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd. Johari Baharom meminta beliau membebaskan Goh Cheng Poh a.k.a ‘Tengku’ Goh dari tahanan daerah. Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Tengku Goh ialah orang nombor dua kepada BK Tan, kepala sindiket jenayah terancang yang menguasai dadah, persundalan, ceti haram dan rangkaian perjudian haram di seluruh Malaysia. Beliau juga menguasai sistem maklumat berkomputer polis.
Sekali lagi nak bertanya, bagaimana kalau tiba-tiba saudara-mara kita atau kita sendiri dibelasah atau dibunuh oleh BK Tan, Lim Een Hong, Goh Cheng Poh atau mana-mana perkakas mereka, kepada siapa kita hendak mengadu? Tan Sri Musa Hassan?

Berkaitan:

1. Malaysia’s organised crime syndicate: all roads lead to Putrajaya
2. The roaches are scurrying and the rats are hurrying
3. Please, IGP, explain this!
4. The latest update on Infohub Sdn Bhd
5. The walls come crumbling down
6. No peace on Peace Hill
7. Who’s running the asylum anyway?
8. Blow away the whistle-blower
9. Nothing but a den of thieves
10. The land of Walt Disney
11. I rather make the ACA a respected agency than a feared one

Lampiran:
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Ramli Yusof semalam mengakui beliau adalah orang yang dimaksudkan dalam laporan akhbar yang mendakwa seorang pegawai tinggi polis memiliki harta sebanyak RM27 juta.

Beliau bagaimanapun menafikan mempunyai harta sebanyak itu termasuk tanah dan saham syarikat seperti mana yang didakwa.

“Walaupun nama pegawai tersebut tidak disebut, tetapi ia sudah diketahui umum bahawa saya adalah pegawai yang dimaksudkan dalam berita yang telah disensasi itu

“Yang pasti pengawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) telah dianiaya oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).

“Malah mereka juga tidak mendapat sebarang sokongan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM),” tegasnya dalam satu kenyataan semalam.

Beberapa akhbar sebelum ini melaporkan seorang pegawai kanan polis Bukit Aman sedang disiasat oleh BPR atas tuduhan salah guna kuasa dan gagal mengisytihar harta bernilai RM27 juta.

Katanya lagi, beliau tidak akan meletakkan jawatan atas laporan skandal tersebut, tetapi akan mula bercuti lusa untuk menunaikan umrah dan ibadat haji pada Disember.

Jelasnya beliau memanggil sidang media semalam kerana ingin memberi peluang kepada BPR untuk menjalankan siasatan.

Tambahnya, beliau bagaimanapun tidak mempunyai musuh di dalam PDRM bahkan hubungannya dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan juga adalah baik.

“Kami saling hormat-menghormati,” katanya.

Selain soal jawab dengan media, Ramli juga menyediakan kenyataan bertulis setebal tiga halaman.

Dalam kenyataannya itu, Ramli berkata beliau telah berdiam diri sehingga hari ini berhubung perkembangan dalam pasukan polis, terutama berhubung tangkapan dan pendakwaan terhadap pegawai-pegawai JSJK yang didakwa telah memalsukan kenyataan pemberi maklumat berhubung perintah buang daerah terhadap seorang lelaki, Goh Cheng Poh @ Tengku.

Pada bulan Mac 2007, katanya, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri telah memberi arahan-arahan khusus kepada pihaknya berhubung kegiatan sindiket-sindiket jenayah tertentu yang beroperasi di Johor membabitkan beberapa orang kenamaan.

Menurutnya, siasatan yang dijalankan oleh JSJK telah membawa kepada penahanan dan perintah buang daerah terhadap Goh Cheng Poh @ Tengku, ke Jeli Kelantan.

Perintah penahanan dan buang daerah itu, kata Ramli, dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri berdasarkan kepada hasil risikan yang dikumpulkan para pegawai JSJK.

Sebab perintah buang daerah di keluar terhadap Goh, tambahnya, adalah perkara di dalam bidangkuasa dan budibicara Timbalan Menteri Dalam Negeri dan, oleh itu, beliau tidak boleh mengulas mengenainya.

Tidak lama selepas perintah buang daerah itu dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, pihak akhbar telah melaporkan bahawa BPR dan JSJK telah menyiasat dan membersihkan Goh dari sebarang kesalahan.

Tambah Ramli, ini tidak termasuk siasatan JSJK terhadap kegiatan Goh sepertimana yang diarahkan oleh Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri.

Selepas tersiarnya laporan media itu, katanya, Goh telah memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk mengenepikan perintah buang daerah yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri tehadapnya.

Menurut Ramli lagi, dalam satu tindakan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, Penasihat Undang-undang Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, seorang pegawai Pejabat Peguam Negara, enggan memberi nasihat dan sebaliknya mengarahkan beliau dan pegawainya menyediakan afidavit mengenai kertas siasatan terhadap Goh.

Afidavit tersebut, tambahnya, adalah untuk difailkan di mahkamah ekoran permohonan Goh untuk mengenepikan perintah buang daerah terhadapnya.

Ekoran kesuntukan masa, kata Ramli, pegawai JSJK terpaksa mendapatkan nasihat perundangan daripada sebuah firma guaman yang kemudiannya membantu mereka menyediakan draf afidavit tersebut.

Menurut Ramli lagi, sehari sebelum Hari Raya, seorang rakan lamanya yang juga menjadi penasihat undang-undangnya telah ditangkap dan didakwa kerana gagal mematuhi satu notis arahan ke atas yang dikeluarkan oleh BPR.

Rakannya itu juga, kata Ramli, turut membantu para pegawai JSJK menyediakan afidavit yang difailkan dalam prosiding berhubung dengan kes Goh.

Dalam tempoh seminggu, tambahnya, beberapa pegawai JSJK telah ditangkap dan didakwa di mahkamah atas dakwaan memalsukan bukti berhubung perintah buang daerah terhadap Goh.

Ramli menyifatkan apa yang berlaku sebagai sesuatu yang membimbangkan dan tidak dapat dinafikan akan memberi kesan yang besar, bukan sahaja kepada JSJK tetapi juga kepada pasukan polis keseluruhannya.

Ramli mengakhiri kenyataannya itu dengan menyatakan bahawa beliau akan berlepas untuk mengerjakan umrah Khamis ini dan menyuarakan harapannya agar isu tersebut dapat ditangani oleh Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.
Other blogs updates (juga di sidebar blog ini)
Pakailah t-shirt Bersih atau baju kuning setiap Sabtu!
Read On 0 comments

Perdana Menteri memang tak reti bahasa?

Perdana Menteri memang tak reti bahasa, barangkali itulah maksud sebenar berita Malaysiakini bertajuk "Pak Lah still doesn't get it!" Sebelum itu, The Star melaporkan berita bertajuk "PM: I won’t disappoint the people".

You have disappointed me more than anybody can remember, PM! Bigger than the biggest letdown!

Malas nak cakap banyak. Kalau rajin bacalah:

1. Koleksi janji: Tambah lagi, tambah banyak-banyak, PM!
2. Koleksi terhebat: Janji-janji PM
3. Banyak kerja PM, supaya tak dilihat bodoh!
4. Lembab, tidak jujur, tidak bijak, ngorok...
5. Menuntut PM yang tidak bisu
6. Dr M minta rakyat undi PAS?

Other blogs updates (juga di sidebar blog ini)
Pakailah t-shirt Bersih atau baju kuning setiap Sabtu!
Read On 1 comments

Malaysia menjadi "Malingsia"?

Update 8.25 pm: Berapa ramai lagi rakyat Malaysia yang merasa jengkel dengan permainan tolak tarik Peguam Negara. Masa saya tulis posting ni, saya tak dan nak tengok posting Ahirudin Attan bertajuk "My sympathies for the A-G". Baru sat-sat saya tahu bila tengok auto update dalam Malaysiakita (sila lihat kandungan kedua, "From top 50 Malaysian blogs").

Aisehman pun mengulas perkara yang sama dalam posting bertajuk "Only I Can Save You Now". Sedap dia kata:
Next time you get in trouble, make sure you get the PM to plead for mercy on your behalf.

What you actually did, or did not do, is irrelevant.
Saya tak tanya Ahirudin. Aisehman lagilah tidak. Tak dak siapa pun tau dia siapa. Saya tau tentang posting Aisehman di tempat yang sama. Tetapi orang-orang yang tidak pun berjumpa, jauh lagi bermesyuarat atau berpakat, mempunyai kejengkelan yang sama terhadap keputusan Peguam Negara. Persoalannya, berapa ramai lagi?

Memang betul Ahirudin kata, Peguam Negara sudah menjadi bahan ketawa. Nak tanya sikit, langsung tak malu ka? Teringat riwayat yang menyatakan RasuluLlah s.'a.w.w. bersabda: "Jika kamu tidak malu, buatlah sesuka hatimu."

Ketua Hakim Negara yang baru menerima jawatan dengan penuh keazaman seperti yang dicatatkan dalam posting Kak Ton, "CJ vows to do what's right". Sia-sia sahaja keazaman itu?

*****
Malaysiakini melaporkan "Perhimpunan Batu Caves: Tuduhan cubaan membunuh digugurkan". Sambil mengalu-alukan keputusan itu, ia sebenarnya menimbulkan lebih banyak kecurigaan terhadap sistem perundangan negara ini.

Persoalannya, apa kewajaran ketika tuduhan cuba membunuh itu dibuat? Dan, apa pula kewajaran ketika tuduhan digugurkan? Adakah kerana Perdana Menteri meminta Peguam Negara menimbangkan rayuan supaya digugurkan tuduhan cubaan membunuh?

Dan, ketika tuduhan cubaan membunuh dibuat, adakah kerana Perdana Menteri meminta Peguam Negara memaksakan tuduhan cubaan membunuh? Adakah semuanya kerana Perdana Menteri minta?

Kalau benar semua yang dibuat oleh Peguam Negara berdasarkan apa yang diminta atau diarah oleh Perdana Menteri, undang-undang apa sebenarnya digunakan di negara ini? Undang-undang gila?

Di Indonesia sudah ada tuduhan bahawa negara itu diperintah oleh maling (pencuri). Adakah negara ini juga diperintah oleh maling? Maling yang mencuri undang-undang? Kalau benar begitu, jangan marah kalau negara ini diejek dengan panggilan "Malingsia".

Kalau saya yang menentang Barisan Nasional tertanya-tanya, orang Umno pula marah. Baca posting Biggum bertajuk "Court acquits 31 ‘extremist militants’ after PM being seen going ‘Flip-Flopping’, again". Jangan pula lupa membaca perasaan PAS dalam berita bertajuk "Tuduhan ke atas Hindraf dikaji, Batu Burok diketepi : Perdana Menteri pilih kasih?"


Other blogs updates (juga di sidebar blog ini)
Pakailah t-shirt Bersih atau baju kuning setiap Sabtu!
Read On 2 comments

Penyebar khabar angin kata, PM "ayahanda" mereka

Baca juga "Malaysia menjadi "Malingsia"?

Update 5.50 pm: Hingar-bingar Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mempublisitikan perhimpunan silent majority yang mengayahandakannya di Kampung Baru hari ini.

Dihebohkan juga kononnya Hindraf juga akan membuat perhimpunan balas di Batu Caves. Mesej-mesej SMS mengenai perhimpunan itu bertebaran, ada juga yang tersesat dalam telefon saya.

Di Kampung Baru tak ada. Di Batu Caves yang berdekatan rumah saya di Gombak ni juga tak ada. Tiba-tiba Malaysiakini melaporkan perhimpunan aman di Kamunting dalam berita bertajuk "Hindraf 5: Thousands protest in Kamunting". Tidak pula dilaporkan polis mengganas.

jumpa-peguam-zainur-a.jpg

Salahuddin Ayub dan ahli-ahli Parlimen PAS yang lain mendengar taklimat Zainur Zakaria dari Pembela mengenai Hindraf (Ihsan Waejo)

Hulubalang-hulubalang Umno yang dihebohkan akan berkumpul di Kampung Baru untuk menyatakan taat setia kepada ayahanda Perdana Menteri mereka tak jadi berhimpun, walaupun dengan memakai topeng Pekida.

Mungkin mereka sibuk membantu mangsa-mangsa banjir. Abdul Wahab Basiron melaporkan:
Jentera Putera Umno dari luar mulai sampai ke Temerloh membawa sumbangan yang banyak untuk diagih-agih kepada mangsa bagaimanapun mereka terlewat 48 jam daripada petugas BA.

Kedatangan Putera Umno laksana jentera pilihan raya, mereka membawa bendera Umno, meletakan lambang Umno pada bag sumbangan.

Jelas sekali mereka datang berkempen bukan untuk membantu mangsa banjir.

“Sudahlah datang lewat ketika air mulai surut, mereka bagi pula barang didalam bag berlambang parti, nampak sangat mereka mempolitikan banjir,” ujar penduduk.

Banyaknya sumbangan... (Ihsan Abdul Wahab Basiron)

Bercakap mengenai Hindraf dan terlepas dari penggunaan kata-kata kasar dan mencabar dalam memorandum P Uthayakumar (jangan tak tau, dia boleh kecek Kelate dan saya ulangi lagi kata-kata saya, "saya tidak bersetuju dengan apa yang kamu katakan, tetapi dengan bersungguh-sungguh saya akan mempertahankan hak kamu dari dizalimi ISA" yang saya pinda-pinda dari kata-kata Voltaire, "I disapprove of what you say, but I will defend to the death your right to say it"), kadang-kadang saya merasakan Hindraf lebih setia kepada agama Hindu berbanding kesetiaan Perdana Menteri kepada Islam (terngiang-ngiang kata-kata Perdana Menteri "I am good Muslim" dalam laporan Buletin Utama TV3).



Tidak kira siapa di belakang Hindraf seperti yang dibangkitkan Husin Lempoyang dalam posting bertajuk "Hubungan Hindraf Dengan Reezal, Azeez Dan Khairy?", kepada saya, kesetiaan pengikut Hindraf kepada agama dan pemimpin mereka mengkagumkan saya. Semua orang tahu, lebih ramai orang-orang Hindraf berkumpul menyokong pemimpin mereka yang ditangkap berbanding orang-orang PAS. Lihat "Menanti perbicaraan Mohamad Sabu".

Semangat mereka sepatutnya dicontohi semua pihak. Semangat itu dirasuk perkauman? Ah, kadang-kadang orang-orang kita, hatta al-Quran dipijak pun tak buat apa-apa.

Memang kita menolak perkauman. Tetapi, yang perlu dicontohi ialah kesungguhan dan keberanian. Mereka berani kerana minum toddy dulu? Tak usahlah dipertikaikan. Kalau kita penakut, mengapa tak belajar ilmu Tauhid dan ilmu keberanian?

Sebelum itu, pergilah mengundi di blog Walski 69. Setakat ini, lebih dari 75 peratus mengundi "Who the hell are Damai Malaysia and why are they speaking on my behalf?"

Update 2.30 pm
: Laris sungguh perkataan silent majority. Sedap nampak tajuk NST hari ni - "PM: Action based on wishes of silent majority".

Pukul 2.06 tadi, Mohamad Sabu call saya. "Apa cerita Kampung Baru?" dia tanya. "Setakat ni, tak dak apa pun," saya kata.

"Tu la, depa yang reka cerita, depa yang nafi sendiri. Saja depa nak buat kalut," kata beliau merujuk kepada penafian Perdana Menteri dalam media-media.

Lihat berita Harakahdaily bertajuk "Kampung Baru dipenuhi SB, Rela dan polis tetapi tiada demonstrasi" dan berita Bernama bertajuk "Kampung Baru tenang tanpa sebarang perhimpunan".

*****
Mesej SMS dan khabar-khabar angin menyatakan, silent majority mahu berhimpun untuk menyatakan sokongan kepada ayahanda utama dan kekanda mereka. Saya tidak tahu. Malah, perkataan silent majority itu pun saya dapat dari khabar-khabar angin yang disebarkan ketika minum-minum di restoran Mamak.

Saja gatal mulut. Saya tanya, siapa ayahanda utama? "PMlah!" jawab salah seorang pembawa khabar angin. Terkejut babun saya.

Saya bertanya lagi, siapa kekanda? "KJ," jawabnya.

Saya hanya laporkan apa yang saya dengar dan tak berani nak ulas. Takut nanti dituduh menyebarkan khabar angin. Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan dah bagi amaran dalam Utusan Malaysia, "Rusuhan kaum: ISA akan dikenakan terhadap penyebar khabar angin"

Dalam berita Malaysiakini bertajuk "Jangan terpengaruh khabar angin rusuhan di ibu negara esok, kata PM", Perdana Menteri menafikan khabar-khabar angin yang tersebar secara lisan dan melalui SMS bahawa akan berlaku rusuhan di ibu negara hari ini. Utusan Malaysia pula menyiarkan berita bertajuk "Hanya khabar angin - Tiada perhimpunan orang Melayu, India hari ini - PM"

Apa pun, saya sentiasa menyokong perhimpunan yang menuntut keadilan atau yang saya rasa jelas tujuannya. Tetapi, yang saya tak pasti boleh dapat pahala, kalau kena katuk pun mati katak ja, saya tak nak pi. Takut!

Sebut fasal silent majority, pergilah mengundi dalam posting Ahirudin Attan bertajuk "Silent Majority" Saya dah mengundi. Oleh kerana undi saya tidak rahsia, saya undi yang tulis "Who the hell are Damai Malaysia and why are they speaking on my behalf?"

(Nota: Saya tekan "publish" semua komen, walaupun tidak menggambarkan pandangan saya)

Berkaitan:
Jangan letak Akta Polis tinggi daripada Perlembagaan - Pensyarah Undang-undang
Damai (Peace) Malaysia! (Stephen Francis)
The Fat Man Running Dog (Melvin Mah)
Cops thwart Hindraf gathering at Kamunting (Malaysiakini)
Email yang saya terima - Reality check Damai Malaysia (lampiran ~penarik beca)
Lee: Allow grievances to be heard (The Star)
PM: Action based on wishes of silent majority (NST)
All the measures taken against illegal demonstrations are in line with what the people want, the prime minister said.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi said this message was conveyed to him by representatives from 365 non-governmental organisations.

"The silent majority has spoken, this is what the NGOs told me. The rakyat do not like demonstrations. Peace is what the rakyat values."
Other blogs updates (juga di sidebar blog ini)
Pakailah t-shirt Bersih atau baju kuning setiap Sabtu!
Read On 3 comments

Memang tidak masuk akal...

Ini bukan soal Hindraf. Ini soal laporan yang memeningkan kepala. Mengenai Hindraf, cukuplah saya memetik kata-kata Voltaire, "I disapprove of what you say, but I will defend to the death your right to say it". Saya ubah kata-kata Voltaire itu kepada "saya tidak bersetuju dengan apa yang kamu katakan, tetapi dengan bersungguh-sungguh saya akan mempertahankan hak kamu dari dizalimi ISA".

Mengenai penggunaan ISA, saya dah sebut, penggunaan ISA hakikatnya adalah perbuatan menunjuk samseng kepada Allah s.w.t. Allah Yang Maha Berkuasa sendiri menyediakan mahkamah yang tidak boleh dipertikaikan keadilannya di Hari Penghitungan sebelum memberikan balasan baik atau buruk.

Saya hanya nak tulis tentang laporan. Dalam berita bertajuk "‘Tidak masuk akal’ - 13 NGO India tolak dakwaan penghapusan etnik di Malaysia," Utusan Malaysia melaporkan:
Jurucakap Pejabat Perdana Menteri berkata, kumpulan pemimpin itu turut menyifatkan bahawa pendapat Hindraf khususnya mengenai penghapusan kaum masyarakat India di negara ini sebagai tidak masuk akal.

“Yang pastinya ialah kesemua NGO itu tidak setuju dengan cara Hindraf menggunakan demonstrasi untuk membuat tuntutan dan menyatakan pendapat khususnya penghapusan kaum masyarakat India, yang menurut mereka, tidak masuk akal,” kata jurucakap itu di sini.
Berita Bernama bertajuk "Perdana Menteri temui 13 NGO kaum India perjelas pendirian kerajaan" juga menyiarkan cerita "tidak masul akal".

Apa yang nyata, Utusan menggunakan petikan kata yang sama dengan apa yang dipetik oleh Bernama:
"Yang pastinya ialah kesemua NGO itu tidak setuju dengan cara Hindraf menggunakan demonstrasi untuk membuat tuntutan dan menyatakan pendapat khususnya penghapusan kaum masyarakat India, yang menurut mereka, tidak masuk akal," katanya.
Jika Utusan memetik apa yang telah dipetik oleh Bernama, adakah Bernama menjadi punca kepada cerita "tidak masuk akal" itu? Adakah cerita "tidak masuk akal" itu berpunca dari menteri yang selalu diejek, dihina dan dituduh bodoh? Menteri yang sentiasa dituduh bangang dan memalukan Malaysia itu dilihat menguasai Bernama.

Bagaimana, kedua-dua berita itu mengingatkan kepada berita Malaysiakini bertajuk "Charge them in court: Indian groups tell PM at special meet". Tidak ada pula dilaporkan cerita "tidak masuk akal".

Tidak mengapalah Malaysiakini yang dianggap tidak selari dengan kerajaan Barisan Nasional. Begitu juga dengan berita laman web berita Singapura, Today Online yang bertajuk "Abdullah meets NGOs, explains govt position". Itu laman web berita luar negara.

Tetapi, akhbar yang dikatakan dikuasai Perdana Menteri pun tidak ada melaporkan cerita "tidak masuk akal". Berikut ialah petikan berita bertajuk "Isu kaum India diteliti" yang disiarkan Berita Harian.
Sementara itu, jurucakap pejabat Perdana Menteri berkata, dalam pertemuan terbabit, Abdullah memberi penekanan kepada pentingnya keamanan dan kestabilan kepada sebuah negara membangun seperti Malaysia.

“Perdana Menteri juga memberitahu mereka mengenai usaha kerajaan mengurangkan jurang ekonomi dan sosial antara kaum di negara ini, khusus dalam konteks untuk meningkatkan taraf hidup kaum India daripada segi ekonomi serta sosial,” katanya.

Jurucakap itu berkata, Abdullah juga menjelaskan mengenai pendirian kerajaan berhubung tindakan menggunakan ISA terhadap beberapa pemimpin Hindraf dan semua yang hadir berikrar untuk berusaha bersama kerajaan demi kebaikan masyarakat India.

Katanya, dalam pertemuan itu, semua NGO berkenaan juga menyatakan pendirian mereka yang tidak bersetuju dengan cara Hindraf menggunakan demonstrasi untuk membuat tuntutan dan menyatakan pendapat berhubung kaum India.
Alahai, siapa dan yang mana masuk akal?

Other blogs updates (juga di sidebar blog ini)
Pakailah t-shirt Bersih atau baju kuning setiap Sabtu!
Read On 0 comments
 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008