skip to main | skip to sidebar

~penarik beca

Sampai bila nak biarkan Rosmah perintah Malaysia?

  • Home
  • Feed via RSS
  • Malaysiakita BM
  • Malaysiakita
  • Dari Parlimen
  • Al-Manar
  • IRIB
  • ICC
  • Yayasan Pesantren Islam
  • Tehran Times
  • Bahrain!!
  • Kandungan blog ini

Pay heed to bloggers, traditional media urged

Pay heed to bloggers, traditional media urged

By MATTHEW PHAN, Singapore Business Times, Published December 11, 2006


(SINGAPORE) Traditional journalists must find ways to access and take the writing of bloggers into account when doing their reporting, according to Reuters Asia's managing director Alex Hungate.

The growing popularity of online social networks and blogs suggests bloggers have an equally valid point of view, he said in a recent interview with BT.

A Windows MSN survey of more than 25,000 people in seven Asian countries published last week indicated that 51 per cent of online respondents ratedblogs as being equally trustworthy as traditional media.

The value-added for professional writers in paying attention to bloggers will come from contextualising a story and answering the 'So What?' question, while for news providers, brand will be 'increasingly important',Mr Hungate said.

In Singapore, two-thirds of respondents claimed to have their own blog, making the country the second most 'blogged' in the world, behind South Korea, the MSN survey said.
Read On 0 comments

Utusan, aku dan kenangan

"The basis of our governments being the opinion of the people, the very first object should be to keep that right; and were it left to me to decide whether we should have a government without newspapers or newspapers without a government, I should not hesitate a moment to prefer the latter" - Thomas Jefferson

9.21 pagi semalam, kawan dari Utusan hantaq SMS ni masa saya dok minum teh tarik di restoran Mamak:
kawan-kawanku yang dikasihi di belakang duri di depan api kita tak bisa undur lagi duri dan api, tajam panasnya kita hadapi - Allahyarham Datuk Usman Awang (daripada sajak Duri dan Api yang ditulis semasa mogok Utusan 1961)

Walaupun ada beberapa kawan yang berkerja di Utusan, saya tidak pernah menyukai Utusan, sama seperti saya tidak menyukai Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak Mac 1982 hingga hari ini. Kalau ditanya sebab mengapa saya bersikap begitu, senang ja nak jawab, "Sebab aku meluat Zam, Utusan pun aku meluat!"

Bila Datuk Johan Jaafar menerajui editorial Utusan dan bila melihat dia tulis menggunakan cara penulisannya yang ntah apa-apa dalam pojoknya, saya pernah kata kepada Allahyarham Ustaz Fadzil Noor yang waktu itu Presiden PAS, "dia tulis macam tu kira bagus la tu, Ustaz. Orang kampung tobat lahum tak faham!"
Bagaimanapun, Johan selepas itu mungkin tersedar dari kejauhan lamunan isi tulisannya serta akrobat bahasanya lalu menulis seperti orang menulis.

Sejak Datuk Khalid Mohd menjadi Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, saya tidak lagi membenci Utusan, walaupun saya tidaklah pula menyukainya.


Tetapi, bila Utusan kini menghadapi "penjajahan" selepas ia "memainkan peranan yang sangat penting untuk membebaskan negara kita dari penjajahan" (meminjam kata-kata seorang lagi kawan dari Utusan), saya tiba-tiba bersimpati - sama seperti saya tiba-tiba bersimpati kepada Anwar bila dia ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1998 dulu. Masa tu, saya selalu kata kepada kawan-kawan, "Kalau babi pun kena ISA, aku kesian!"


Utusan sebenarnya banyak kenangan kepada saya. Saya membesar dengan akhbar Utusan Melayu (gambar di atas ialah naskah terakhir Utusan Zaman, 29 Januari 2006).
Utusan Melayu sebenarnya banyak berjasa kepada saya dalam mengenali tulisan jawi.

Pak saya dulu, seorang ustaz kampung, hanya membeli Utusan Melayu sahaja. Pak saya tak nak beli Berita Harian.
Walaupun pak saya boleh cakap Orang Putih dan selalu cakap Orang Putih terutama bila pergi kedai-kedai Cina di Taiping, tetapi pada masa itu saya merasa pak saya kolot kerana tak nak beli akhbar tulisan rumi.

Bila saya dah besar barulah saya tahu apabila ada sepupu saya yang jauh lebih tua dari saya memberitahu, "Pak hang beli Utusan Melayu, tak nak beli surat habaq rumi sebab dia nak tunjuk dia lawan (Allahyarham Tan Sri) Khir Johari. Bila Khir Johari hapus(kan) tulisan jawi (di sekolah-sekolah kebangsaan) tahun 65 dulu (1965 saya darjah satu), pak hang rasa terhina. Banyak ustaz-ustaz yang rasa terhina".


Apabila pak saya kembali ke sisi Tuhannya pada 1969, keluarga kami mula membeli Utusan Malaysia. Tak ada siapa lagi nak beli Utusan Melayu.


Sebab itulah, bila Utusan Melayu terpaksa ditamatkan penerbitannya pada 31 Disember 2003 dan walaupun Khalid berkata “ini sebenarnya satu keputusan yang sangat melukakan hati saya sendiri,” saya rasa hilang sungguh sesuatu yang amat menggamit kenangan kepada pak saya.


Sebagai tanda solidariti kepada kawan-kawan di Utusan yang kini "sibuk banget" (seperti ditulis kawan saya dari Utusan dalam SMSnya) menentang penjajahan, izinkan saya nyatakan:
"Friendship is one of the most tangible things in a world which offers fewer and fewer supports" - Kenneth Branagh (pelakon Conspiracy)

Duri dan Api (versi penuh)
Oleh: Usman Awang.

(Catatan pertama Pemogokan Utusan Melayu 1961)

Kawan-kawanku yang dikasihi
semalam kita bertemu kembali memadu

ketika matari tersangkut di bumbung Utusan

kita tidak menerima apa yang ada

yang dinyanyikan dari hati berani

dengan tangan erat pada keyakinan terpahat.

Lagu kita telah mulai terpancar
ah, anak-anak manisnya menjenguk keluar

di luar udara basah dalam matari bersinar

semua antara kita lagunya seluruh sedar.


Apakah ini derita diri dalam mimpi

atau kenyataan pahit menjepit

pada lena yang membunuh kehidupan manusia

sama-sama kita rangkul menguji diri.


Kawan-kawanku yang dikasihi

di belakang duri di depan api

kita tidak bisa undur lagi

duri dan api, tajam panasnya kita hadapi.


Semalam dan hari ini kita diukir sejarah

di mana air mata tidak akan menitik tumpah

sebab kebulatan ikrar tak akan berubah

apa saja kita tidak akan menyerah.


Berikut ialah berita yang saya tulis hari ini mengenai pemberontakan pekerja Utusan:


Seratus peratus kakitangan Utusan menentang "penjajahan"


Abu Bakar Rahman

Sun | Dec 10, 06 | 09:36:41 PM


KUALA LUMPUR, 11 Dis (Hrkh) - Kecuali di peringkat atasan, seratus peratus pekerja Utusan (Malaysia) Bhd, menolak penggabungan Utusan dengan The New Straits Times Press Bhd (NSTP).


Menurut sumber dalaman Utusan Malaysia, mereka bukan sahaja menolak apa mereka sifatkan sebagai "penjajahan" itu, malah "seratus peratus marah Lah (Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi)".


Sumber lain dalam akhbar itu pula menghantar pesanan ringkas (SMS) yang menyatakan penggabungan tersebut adalah "penjajahan ke atas Utusan oleh orang asing".


"Utusan yang memainkan peranan yang sangat penting untuk membebaskan negara kita dari penjajahan akan dilanda penjajahan," kata sumber itu dalam SMSnya.

"Ini penjajahan ke atas Utusan oleh orang asing. Kau baca Rocky, mungkin 40 peratus Singapura akan pegang bila gabung nanti".

Seorang lagi pekerja Utusan menghantar SMS yang mengandungi sebahagian sajak Allahyarham Datuk Usman Awang yang ditulis semasa Mogok Utusan 1961 dahulu.


"Kawan-kawanku yang dikasihi, di belakang duri di depan api, kita tak bisa undur lagi, duri dan api tajam panasnya kita hadapi".


Pemberontakan pekerja Utusan itu disahkan oleh berita Bernama yang melaporkan Setiausaha Agung Kelab Veteran Utusan Melayu (KEBUM) Norshah Thamby yang menyarankan kakitangan Utusan supaya terus bekerja dengan semangat yang tinggi bagi memastikan akhbar Utusan Malaysia tetap berada pada tahap profesionalisme dan kredibiliti yang tinggi untuk bacaan ramai setiap hari.


Beliau berkata, soal penggabungan Utusan dan NSTP tidak seharusnya menjatuhkan semangat dan moral para pekerja dan wartawan akhbar tersebut.


Beliau berkata, KEBUM berkongsi sama perasaan rakyat akar umbi dan juga orang Melayu di seluruh negara "yang menampakkan sokongan kepada Utusan Melayu dalam keadaan genting pada masa ini".


"Bahawa pemimpin politik Umno dan orang Melayu menunjukkkan reaksi membantah penggabungan ini, dan ini menampakkan betapa Utusan Malaysia telah meresap dan menapak tegap di hati nurani orang Melayu," katanya dalam satu kenyataan semalam.


Beliau berkata reaksi dan perasaan seumpama ini tidak akan terlihat jika perkara itu berlaku kepada akhbar-akhbar Melayu lain.


"Maka itu, KEBUM menyeru semua pihak yang terlibat dalam usaha ke arah penggabungan ini hendaklah berhati-hati dalam sebarang langkah yang boleh menampakkan Utusan Melayu tidak bersendirian, terutama dari segi editorial dan pemasaran yang boleh memacu persaingan yang sihat," katanya.

Kecuali Abdullah yang juga Presiden Umno, Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno Dato' Seri Najib Tun Razak, dua Naib Presiden iaitu Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Menteri Pertanian Tan Sri Muhyiddin Yasin serta Bendahari Umno, Dato' Azim Zabidi, kesemua ahli Majlis Tertinggi Umno yang lain dilaporkan tidak menyetujui penggabungan itu.


Ahli-ahli MT yang tidak menyenangi cadangan penggabungan itu khuatir langkah korporat tersebut akan menghapuskan identiti dan sejarah kedua-dua akhbar yang mempunyai kaitan rapat dengan perjuangan orang Melayu.


“Penekanan mereka lebih kepada kumpulan akhbar Utusan Melayu yang selama ini menjadi lidah rasmi orang Melayu. Mereka tidak mahu akhbar tersebut ditenggelamkan oleh kumpulan NSTP,” kata sumber-sumber dalaman Umno.

Bagaimanapun, kenyataan Perdana Menteri 4 Disember lalu mengisyaratkan beliau tetap mahu penggabungan itu menyebabkan pandangan sebahagian besar ahli MT itu tenggelam begitu sahaja.

"Saya rasa melalui penggabungan sahaja, mereka (Utusan dan NSTP) dapat membina keupayaan," katanya.
Read On 0 comments

"Tiada wanita Kelantan berpakaian seksi" suatu usaha murni

Walaupun saya penyokong PAS, tetapi saya rasa saya tidaklah jenis yang orang selalu fikirkan. Walaupun awal 80an dahulu, ramai penyokong PAS yang memakai serban, jubah atau yang sewaktu dengannya, saya tak pernah pakai.

Kalau pakai ketayap pun (ketayap ialah istilah kampung saya untuk kopiah lebai), hanya dalam rumah saja. Mungkin ada, tetapi jarang teramat jarang saya pakai ketayap di luar rumah.

Jangankan serban dan jubah, baju Melayu pun saya tak ada. Masa nak kahwin dulu, terpaksa pinjam baju Melayu adik saya.

Saya juga selalu berbeza dengan Islamis lain (kalau la saya ni Islamis). Ketika ramai yang begitu teruja dengan Taliban di awal kemunculan gerombolan itu, saya menulis di dalam Harakah untuk membuktikan Taliban adalah anak haram CIA dan ISI.

Beberapa hari selepas peristiwa 11 September, saya mula percaya ia adalah sandiwara. Memang, bila Osama Laden dikaitkan dengan peristiwa itu dan tiba-tiba muncul pula hero-hero jadian yang bernama al-Qaeda, saya mula tidak percaya. Masa tu, kalaulah saya jumpa Bush, saya nak kata, "stop all the crap, stupid!".

Sebelum itu pun, saya bertengkar mengenai 11 September dengan seorang kawan kerana saya tak setuju orang awam jadi mangsa. Dia menuduh saya double standard kerana tidak bersikap kritikal terhadap pengebom berani mati yang membunuh orang-orang awam di Israel. Sikap hati kering saya mungkin salah atau memang salah, tapi saya kata, "hampir semua penduduk Yahudi di entiti haram itu bersenjata. Kalau ada collateral damage, nak buat macam mana..."

Walaupun saya rasa saya tak la pekat sangat, tetapi saya sokong kenyataan Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub yang kata, "Tiada wanita Kelantan berpakaian seksi" suatu usaha murni".

Panjang lebaq, tu ja la yang nak kata pun...




Read On 0 comments

This year best actor award goes to.........

Penggabungan Utusan Dan NSTP Perlu Pandangan Akar Umbi

KUALA TERENGGANU, 9 Dis (Bernama) -- Sebarang usaha untuk menggabungkan Kumpulan Utusan Melayu dan New Straits Times Press (NSTP) perlu mendapat pandangan daripada akar umbi kerana kedua-dua akhbar arus perdana itu mempunyai sejarah serta identitinya sendiri.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata pergerakan itu sendiri telahpun berbincang berhubung isu tersebut sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi Umno baru-baru ini.

"Pada mesyuarat exco Pemuda yang lalu, terdapat pandangan pro dan kontra dikemukakan dan sebab itu pihak kerajaan, Kumpulan Utusan Melayu dan Media Prima perlu meneliti pandangan akar umbi sebelum membuat keputusan," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis pelancaran Terengganu Bestari Bersama Rakan Cop oleh Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh di Dataran Syahbandar di sini hari ini.


Khairy berkata walaupun penggabungan itu akan memberikan kelebihan dari sudut pengukuhan komersial kedua-dua syarikat tersebut, namun dari sudut lain, ia akan menyebabkan akhbar terbabit terutama Utusan Melayu akan hilang identiti.
"Utusan Melayu akan menjadi tidak menyerlah sedangkan akhbar itu sudah lama dianggap ikon orang Melayu," katanya.

Maybe our best actor forgets easily: Umno Youth, which was also briefed, did not give an opinion.
Read On 0 comments

Ambik! Ambik! Ambik semua!

....and we have a lot of learned Malaysian to tell us the exact message of this news:

Transformation Programme To Cover All GLCs - Abdullah

KUALA LUMPUR, Dec 8 (Bernama) - The government-linked companies (GLC) transformation programme must be undertaken by all GLCs and permeate through all levels in order to have maximum impact, Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi said Friday.

He said that the success of GLCs would be crucial in achieving the objective of the national mission and for Malaysia to attain developed nation status by 2020.

"I am pleased that this GLC transformation programme and my constant calls to enhance operations and financial performance have prompted other private sector companies to improve themselves as well.

"This is reflected by the fact that since I took office, the total market capitalisation of Bursa Malaysia has increased to more than RM840 billion, an increase of 30 percent," he said when launching the next initiatives of the programme, or third phase, here.

Launched on July 29, 2005, the GLC transformation programme had reached the end of its second phase.

The Prime Minister pointed out that the market capitalisation of the 20 major listed GLCs (G20) had increased by around RM59 billion or equivalent to one third of their value to RM203 billion during the period May 14, 2004 to Nov 24, 2006.

In addition, total shareholders' returns (TSR) of the G20 had been performing in line with the broader market since the inception of the programme with a compounded annual growth rate (CAGR) of 16.9 percent against the Kuala Lumpur Composite Index (KLCI) CAGR of 17 percent in the same period.

"To the GLCs that have improved their performance, we applaud their success and hope that they serve as example for many others to emulate. Nevertheless, such efforts to enhance performance must be continued at full steam.

"My government will do its part to aid and facilitate the GLC in navigating this transformation journey," said Abdullah, who is also Finance Minister.

He said that such a support is critical since GLCs not only provide mission critical services but are in the sectors that generate greater multiplier effects in terms of employment, investment and consumption.

It is estimated that listed GLCs collectively have multiplier effects of 1.4 time, meaning a RM1 investment by all listed GLCs would yield RM1.40 of incremental output.

"My government therefore, pledged its full support for the GLC transformation programme. I must caution however that this support is contingent on the individual performance of each GLC.

"Do not expect the government to favour the GLCs or to give the GLCs a free lunch. We will support GLCs by creating a conducive environment and by rewarding those that performed."

Abdullah said that given the wide range of activities that the GLCs are involved in, it was inevitable that GLCs would compete in the same space as private sector companies.

Nonetheless, he said that GLCs should focus only on their core businesses and leave the rest to the other companies.

"In addition, there is no preference given to GLCs. Everyone compete on the same level playing field," the Prime Minister said.

As for the third phase of the GLC transformation programme, he said that tangible and sustainable results are to be delivered.

"The timing is right. Going forward, difficult and key decisions will have to be made, " he said.

Read On 0 comments

‘Saya tak hilang kawalan’


Berita Harian 9 December 2006 carries the title "Seri Paduka mahu semua menteri sepakat" for this news from Bernama. What happen? The cabinet members are against each other? What makes thing fall apart? You and I know, and the Agong surely knows; the PM is absolutely in control!

Who says son in law, Khairy Jamaluddin tell PM what to do?!


Read On 0 comments

More Malaysian companies for Singapork?

Pealse read those in between the lines...

Malaysia says reform drive of state firms on track


KUALA LUMPUR - Malaysia's state-linked firms will be required to develop business transformation plans by April 2008 under the next phase of reforms, a government report said on Friday.


The report, by a panel of government agencies overseeing a two-year-old government-led reform drive aimed at state-linked firms, said the first two phases were now complete.

'The next phase is one where we are going to see the full benefits coming through. Already the early fruits of this program have begun to come through,' said Azman Mokhtar, chief of state investment agency Khazanah Nasional at a presentation.

In March, Malaysia's state-linked firms, which make up more than a third of the stock market, answered government calls to set specific short-term performance targets in a concerted move aimed at rekindling the interest of foreign investors.


But the overall slow progress in reform of state-linked firms has also held up government plans to sell down state equity and give the thinly traded stock market a boost to liquidity.

Also on Friday, Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi said Malaysia is not yet ready to reduce its stakes in state-linked firms.

The government controls or partly owns 50 listed firms making up 36 per cent of the US$220 billion local market, but they have historically performed poorly against the rest of the market.-REUTERS (Business Times Singapore - 08 Dec 2006)
Read On 0 comments

Hak asasi wanita, 'hak asasi' Pencipta


Hak asasi wanita

Jawatankuasa Caucus Parlimen Kesamaan Gender menganggap langkah Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) mengenakan denda kepada wanita yang dianggap berpakaian menjolok mata sebagai mengganggu hak asasi kaum wanita.


Pengerusinya, Dr. Rozaidah Talib berkata, pakaian merupakan hak individu dan pihak berkuasa tempatan tidak berhak mencampuri atau menentukan fesyen pakaian individu.


‘‘Banyak lagi benda lain tentang wanita yang boleh mereka bantu tetapi sekarang bukan mereka membantu malah menyusahkan lagi wanita.


‘‘Tafsiran pakaian menjolok mata adalah berbeza bagi setiap orang jadi bagaimana MPKB hendak menentukan wanita mana yang berpakaian seksi,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Tambahnya, langkah MPKB itu juga seperti mahu meletak semua kesalahan salah laku termasuk sekiranya berlakunya kes rogol, berpunca daripada wanita.


Akhbar tempatan semalam melaporkan Majlis Perbandaran Kota Bharu tidak akan bertolak ansur lagi dengan para pekerja restoran dan pasar raya yang berpakaian menjolok mata dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM500.


Menurut Rozaidah, MPKB mempunyai hak bagi menguatkuasakan undang-undang kecil itu tetapi mereka perlu mengambil kira hak individu.


‘‘Kenapa perlu menguatkuasakan undang-undang yang menimbulkan konflik. Mereka ada kuasa, lebih baik buat yang berfaedah kepada semua rakyat Kelantan,” katanya.

Berhubung tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) untuk mendenda pekerja wanita di restoran dan pasar raya berpakaian menjolok mata, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tafsiran terhadap cara ‘berpakaian secara keterlaluan’ boleh menimbulkan keadaan yang tidak disenangi oleh kumpulan tertentu.


Sehubungan itu, beliau meminta mereka yang menguatkuasakan undang-undang kecil tersebut tidak menggunakan peruntukan itu sebagai alasan untuk bertindak sewenang-wenangnya terhadap mana-mana pihak sehingga boleh menekan kebebasan individu.


‘‘Ini yang cuba kita elakkan, walaupun kita faham dengan apa yang dimaksudkan berpakaian secara sopan.


‘‘Kadangkala pihak yang menguatkuasakannya terlalu ghairah untuk ambil tindakan ikut tafsiran masing-masing,” katanya.

"Hak asasi" Pencipta:

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka….."

(An-Nur - 30, 31)
Read On 0 comments

Lama dah dok cari!

Clicking here and there, suddenly that historic masterpiece by Datuk Kalimullah Hassan appears before my eyes. Agendadaily, terima kasih la banyak-banyak!

I don't have the means to get it clarified myself. Did Kalimullah purportedly write this?:


"The Prime Minister was in Japan shortly after the Malaysiakini article appeared and was told that Dr Mahathir wanted to come and see him.


"Abdullah, in the midst of breakfast with aides and officials, immediately put on his tie and told the ambassador that he would go and see his ex-boss rather than let Dr Mahathir come down and see him."


But, Dr Mahathir's secretary, Sufi Yusof, said:

"Tun Dr Mahathir Mohamad did not seek an appointment with Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi while both leaders were in Tokyo attending the Nikkei Conference.

"In fact, it was the opposite. Dr Mahathir was only informed by a third party that the Prime Minister was on the way to call on him 20 minutes before he was due to leave the hotel on May 26.


"To this, Dr Mahathir agreed and the two leaders met for about 10 minutes before Dr Mahathir had to take his leave".


And Kalimullah did not come out with a reply to Sufi's letter. He purportedly writes those unfounded dongeng?
If Kalimullah purportedly write what you and I still see, maybe Rocky has put it in the right perspective when he said: "Kalimullah Hassan's June 11 fabrication".

Datuk Kalimullah, sorry seems to be the hardest word?

Read On 0 comments

Only Dolah, Najib, Azim and other two support Utusan-NSTP merger

THE uncertainty over the fate of the merger between the New Straits Times Press (NSTP) and Utusan Melayu to create a Malaysian mega-media group could cast a pall over the market as expectations were dashed. It also illustrates how political considerations can get in the way of a business proposition.

An announcement about the merger had been expected yesterday as both stocks had been suspended from trading on Friday. However, following objections on Friday night from the Supreme Council of the ruling United Malays National Organisation (Umno), which effectively owns both companies, the deal went into limbo.


In a terse statement to the exchange yesterday, both companies said they intended to further explore and discuss the merger. Both companies also said they would make an announcement should any agreement materialise. Both stocks will resume trading tomorrow.


The NSTP is the country's largest publisher with six English and Malay newspapers, while Utusan publishes Utusan Malaysia, arguably the most influential Malay daily in the country. Both are listed and directly or indirectly owned by Umno, which is presided over by its president, Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi.

Despite their prestige status and political connections, both groups are merely modestly profitable. The NSTP's flagship English daily, New Straits Times, has a circulation that is just over a third of The Star, the country's largest-selling daily, while Utusan Malaysia's printing presses are antiquated and over-utilised.


Meanwhile, the latter's net profit for the first nine months of this year dropped 23 per cent to RM10 million (S$4.3 million). The reasons for merger are straightforward. Utusan needs better equipment and processes which the NSTP, with its excess capacity, possesses. Meanwhile, costs through the sharing of advertising staff, buildings throughout the country and equipment could be significantly reduced, by RM30 million-RM40 million a year by one estimate from an executive familiar with the proposal.


Moreover, the deal's promoters from Media Prima, a company that holds over 32 per cent of the NSTP, also felt that with a near-complete monopoly over the Malay newspapers, the merged entity could demand higher (Malay) advertisement rates, which significantly trails its peers in the English papers.

The proposal reportedly would see a newco which would buy both companies' assets for shares. The NSTP would also reduce its assets by paying a RM0.70 capital repayment back to shareholders. In this way Umno, which directly owns Utusan, would emerge as the largest shareholder in the newco with a 40 per cent share, while Media Prima would have almost 20 per cent.

Indeed, Media Prima would be the big winner: it stood to receive over RM167 million from the NSTP's capital repayment and it would decrease its interest in the highly competitive newspaper business.

But it all came unglued on Friday night. The position now faced by the deal's promoters illustrates how they underestimated the collective will of the party's Supreme Council. On another level, it underscores the complexity of Umno politics.


Umno officials said the deal's promoters suspended the stock thinking it was a done deal. They had got the permission of the president and the party's management committee which is chaired by Najib Abdul Razak, the party's deputy president, a senior party official told BT. So they thought it was as good as approved.


But it wasn't. Only five people including Mr Abdullah, Mr Najib and Azim Zabidi, the party treasurer, spoke in support of the proposal. But many others expressed reservation and fretted that Utusan's independent ways, and its partisan support of the Malay agenda, could somehow become crimped.

There also could have been some reservation over control. In the past, the NSTP has generally been controlled by parties loyal primarily to the president of the party. Utusan is controlled by the party itself represented by the president, his deputy, the secretary-general and the treasurer.


So another fear, according to the official, could have been the perception that Utusan might end up reporting to the same people controlling the NSTP.


In the end, the episode demonstrated that nobody should underestimate the Supreme Council.

What happens now? According to executives familiar with the matter, the deal is still likely to go through but with some provisions that will allay the fears of its critics in the Supreme Council. (
Business Times Singapore, December 5, 2006, by S Jayasankaran in Kuala Lumpur, "Media groups' merger plan hits political rock - Umno's Supreme Council objects to NSTP-Utusan tie-up")
Read On 0 comments

Who cares!!!

He said this:

Islamic party PAS is running the risk of turning away moderate voters by implementing “foolish” policies such as punishing women over what they wear, warned DAP secretary general Lim Guan Eng today.
Lim was referring to the latest move - the Kota Baru Municipal Council (MPKB) decision to fine women who are ‘indecently dressed’ on the job at retail premises and in eateries. “Such self-inflicted wounds are politically and economically foolish as these will drive away moderate voters as well as foreign investment,” he said in a statement.

She said this:

The latest dress code ruling in Kelantan is disrespectful and undermines women’s capabilities.

Women, Family and Community Development Minister Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil said she is appalled at the no sexy clothes ruling in Kelantan.

They said this:

Retail and restaurant workers here are strongly against the Kota Baru Municipal Council's move to fine them RM500 each if they are indecently clad.

Shoe shop assistant Hanisa Ismail, 34, said the wearing of headdress such as tudung should not be imposed.

“I wear it because it is required by the local authorities. I only wear it at work. At home or out socialising, I do not wear it. Wearing of scarves and tudung must come from the heart and a person must not be forced,” she added.

Hanisa said imposing a dress code was not the best way to instil a culture of standard dressing for Muslim women.

It should be done voluntarily for it to be meaningful, she said, adding that for her, the tudung does not make someone pious as it also depends on the character of the person.

“I know of many girls in tudung who do not behave in an Islamic way,” Hanisa said.

Retail worker Siti Roslina Abdullah, 21, said retail or restaurant workers should not wear sexy outfits as their job was to promote products or food, not their body.

“However, to fine someone RM500 is harsh. Clothing is an individual thing. In private, women should be able to wear whatever they like,” the petite lass said.

But I prefer this:

KOTA BARU: Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mempertahankan tindakan Majlis Perbandaran Kota Baru (MPKB) untuk menguatkuasakan sepenuhnya undang-undang kecilnya yang menegah wanita berpakaian tidak sopan daripada bekerja di premis perniagaan di kawasan tadbirannya.

Tindakan MPKB mengenakan denda RM500 terhadap wanita yang berpakaian sedemikian, menurut Menteri Besar Kelantan itu, memang satu tindakan tepat kerana mereka sepatutnya menghormati budaya dan nilai keagamaan yang diamalkan di Kelantan.

"Seseorang wanita yang memakai pakaian tidak senonoh sebenarnya tidak menghormati dirinya sendiri, jadi bagaimanakah orang lelaki akan menghormati mereka?

"Kedudukan moralnya juga nipis. Mengapakah orang menyimpan wang mereka di dalam dompet? Kerana wang adalah sesuatu yang bernilai tinggi, seperti juga maruah wanita. Jadi seseorang wanita sepatutnya berpakaian sopan untuk menjaga maruahnya," kata Nik Aziz.

Katanya telah menjadi norma dan sifat semula jadi lelaki akan mudah tergoda apabila melihat wanita berpakaian seksi dan menjolok mata.

"Ini sebenarnya bukan satu undang-undang yang khusus bagi MPKB sahaja. Ia adalah peraturan bertepatan dengan Islam jadi ia tidak patut diperkecil dan dipersoalkan," tegasnya lagi.

......and what I prefer makes me foolish, stupid? Who cares!!

It makes me
disrespectful and undermines women’s capabilities? Tok Guru has provided me the answer: "Seseorang wanita yang memakai pakaian tidak senonoh sebenarnya tidak menghormati dirinya sendiri, jadi bagaimanakah orang lelaki akan menghormati mereka?







Read On 0 comments

Yessss.... WPI penjana ekonomi negara

ADUN Sungai Abong, Datuk Dr Haris Salleh mengkritik kenyataan penulis-penulis blog peribadi yang berpendapat bahawa kawasan FAZ ini akan menjadi kononnya "Mini Singapura" atau "an extension of Singapore, Mini Eropah" dan lain-lain lagi.

Beliau berkata rakyat mesti menerima hakikat ini dengan positif, kerana kedaulatan negara sememangnya tidak terjejas.

Dr Haris seterusnya menyuarakan keyakinannya bahawa pembangunan FAZ di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) itu akan menjadikan ia sebagai penjana utama kepada pembangunan ekonomi negara.

Betul tu Dr Haris, marilah kita menerima hakikat bahawa FAZ
tidak menjejas kedaulatan negara dan bukan permulaan kepada pencabulan kedaulatan Malaysia oleh Singapura.

Marilah kita menerima hakikat bahawa FAZ sebagai
penjana utama dan bukan penjara utama kepada pembangunan ekonomi negara.

Read On 0 comments

Tegur la, kata PM

Ketika Malaysia berada pada kedudukan tercorot dalam senarai demokrasi terencat (flawed democracy), iaitu di tempat ke-81 dan terakhir, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata pentadbir boleh menegur pemerintah terhadap perkara-perkara yang kerajaan terlepas pandang apabila sesuatu keputusan dibuat.

Pentadbir boleh merujuk semula kepada kabinet bagi memperbetulkan keputusan itu, kata Abdullah pada Malam JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) 2006 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya Jumaat lalu.

Ini bukan pertama kali Abdullah mempamerkan sikap keterbukaannya. Dalam sidang akhbar selepas Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini Abdullah yang juga Presiden Umno berkata: "Saya tidak akan mempersoalkan kesetiaan saudara jika ditegur. Akan ada salah dan silap tetapi apa yang penting adalah terus berusaha, menokok tambah apa yang kurang, yang tak elok diperelokkan, inilah maknanya".

Malah, beliau juga bertanya kepada pemberita: "Kenapa kamu kata saya tidak terbuka untuk dikritik?"

Perdana Menteri juga pernah membayangkan bahawa beliau seorang yang sangat peka kepada reaksi rakyat apabila berkata: "Saya amat gembira kerana mereka memberikan tepukan gemuruh kepada ucapan saya itu.

''Jika mereka tidak mengendah dan hanya senyap, saya akan tahu bahawa suatu yang tidak betul telah berlaku''.

Tepukan yang diterimanya itu juga bukan yang pertama baginya. Ketika Ketua Pemuda Umno, Datuk Hishammuddin Tun Hussein menyampaikan ucapannya dalam Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda Umno 14 November lalu, Abdullah juga menerima tepukan apabila namanya disebut oleh Hishammuddin walaupun bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerima tepukan yang lebih gemuruh dari para perwakilan apabila namanya disebut berbanding Abdullah.

Terdengar juga dengan jelas dan kuat pekikan "Hidup Tun! Hidup Tun!" di antara tepukan yang sangat bergemuruh untuk Dr Mahathir itu.

Tepukan bergemuruh diiringi pekikatan "Hidup Tun!" dari perwakilan Pemuda dapat didengar dengan bergemuruh sekurang-kurangnya sebanyak dua kali.

Pertama, apabila Hishammuddin berkata, "pemimpin terdahulu tetap dihormati dan dikasihi".
Tepukan menjadi lebih bergemuruh lagi dan suara serta jeritan menyokong bekas Perdana Menteri semakin jelas kedengaran apabila Ketua Pemuda Umno berkata, "Kepada Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad - kami terhutang budi".

Apabila Hishammuddin bertempik dengan kuat untuk menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri apabila beliau berkata, "Kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi - terus pimpinlah kami," tepukan tetap kedengaran walaupun seperti melepas batuk di tangga.

Tepukan perwakilan juga sekadar melepas batuk di tangga apabila Ketua Pemuda Umno berkata, "Presiden yang membimbing kita disokong tanpa berbelah bagi".

Tepukan demi tepukan yang diterimanya menyalakan semangat Perdana Menteri untuk menggalakkan sikap berterus terang apabila berkata, organisasi mahupun individu dalam perkhidmatan awam perlu mengamalkan sikap berterus terang dalam mengakui apa juga kelemahan serta kesilapan yang wujud dan harus sentiasa mengambil langkah untuk memperbaiki dan membetulkan kelemahan tersebut.

Beliau berkata, dalam konteks ini mereka tidak harus berada dalam keadaan "self denial".

Walaupun ketika melancarkan kelab veteran Umno di Ipoh Perdana Menteri menyatakan beliau "kelihatan lesu dan tidak tahu membuat keputusan," tetapi beliau hakikatnya seorang pemimpin yang sangat tegas.


Bagi memastikan ketegasannya serta ketelusan pemerintahannya, beliau mengarahkan semua wakil rakyat Barisan Nasional membuat pengisytiharan harta.

Beliau menegaskan, pengisytiharan perlu dibuat meliputi harta-harta yang dimiliki oleh wakil rakyat serta ahli keluarga masing-masing.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata anak-anak dan menantunya tidak perlu mengambil tindakan mengisytiharkan harta mereka.

''Itu (harta) adalah hak ahli keluarga saya, tak payahlah saya umumkan harta yang mereka miliki,'' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno 2 November lalu.

Tambahan pula, katanya, tindakan ahli keluarganya untuk memiliki harta bukanlah satu perbuatan yang salah.

Walaupun ketika ditemuramah Pengerusi Bernama, Datuk Mohd. Annuar Zaini dalam program TV3, Bersemuka Bersama Perdana Menteri, Abdullah menyatakan bahawa anaknya, Datuk Kamaluddin yang merupakan pemegang kepentingan terbesar dalam Scomi Berhad "tidak pernah minta projek kerajaan atau minta syarikatnya dibantu oleh kerajaan (bail out)", namun sebagai Perdana Menteri yang mahu pentadbirannya telus, Abdullah akhirnya memilih untuk tidak menafikan bahawa anaknya juga mendapat projek kerajaan apabila menyatakan, "Anak dia (Dr Mahathir) pun dapat juga (kontrak) cuma tak tunjuk saja dan projek yang anak dia dapat lebih besar dari apa yang Scomi dapat".

Ketelusan dan keikhlasan Abdullah terbukti ketika beliau tidak menafikan anaknya juga mendapat projek kerajaan apabila menyatakan "pasal (dakwaan Dr Mahathir) tak dak (tiada) kapal (untuk kegunaan kontrak mengangkut arang Tenaga Nasional Berhad) itu tak betul, memang dia (Scomi) ada kapal...180 kapal yang dimiliki oleh sebuah syarikat yang Scomi ambil alih".

Ketelusan dan keikhlasannya semakin terbukti apabila Perdana Menteri tidak menunjukkan kecenderungan untuk mendakwa bahawa beliau tahu semua perkara.

Sikapnya itu terpamer apabila beliau ditanya adakah beliau akan meluluskan penggabungan ECM Libra Bhd dengan Avenue Capital Resources Bhd di mana menantunya Khairy Jamaluddin menguasai kira RM9.2 juta saham dalam ECM Libra pada masa itu.

Ternyata beliau tidak cuba menunjukkan bahawa beliau tahu semua perkara apabila Abdullah yang juga Menteri Kewangan menyatakan beliau tidak terlibat sama sekali dan tidak tahu mengenai penggabungan yang berlaku sebaik sahaja Khairy mempunyai saham di dalam ECM Libra itu.

"I am not involved in any way. I don't know," kata Abdullah yang, menurut Dr Mahathir, merupakan Perdana Menteri yang "tempoh tumpuannya sangat singkat dan semua orang memberitahu saya ... bahawa beliau tidur, walaupun ketika pelbagai perkara dibentangkan kepadanya ... Beliau suka membiarkan pembantu-pembantunya memberitahu beliau apa yang hendak dilakukan".

Adalah jelas, Perdana Menteri sangat konsisten dengan kejujuran, keikhlasan dan ketegasannya apabila berkata: ''Sama ada orang percaya atau tidak, itu saya tidak kisah".

Walaupun Penyelidik Pelawat Kanan Asia Research Institute di Singapura, Maznah Mohamad menyatakan "kebanyakan rakyat Malaysia hari ini berkongsi pandangan bahawa Abdullah bukanlah seorang perdana menteri yang pintar," tetapi Perdana Menteri berkata, beliaulah "yang memutuskan apa yang terbaik untuk rakyat" kerana "saya Perdana Menteri".

Lantaran ketegasannya bahawa beliaulah "yang memutuskan apa yang terbaik untuk rakyat", Abdullah menyatakan bahawa beliau memerlukan masa lebih daripada satu penggal untuk menjadi Perdana Menteri.


''Saya takkan lari. I am here to stay," tegas Perdana Menteri.

Dengan ketegasan yang sama, Abdullah memberi amaran supaya jangan ada pihak cuba menguji beliau.

Malah, dalam satu ucapannya di Kuantan ketika lawatan kerja dua hari ke Pahang, Perdana Menteri menegaskan, beliau tidak akan melayan pihak tertentu yang bersikap seperti iblis.

Beliau berkata demikian ketika mengingatkan mereka yang tidak senang dengan dasar atau keputusan kerajaan. Golongan itu diingatkan supaya tidak menyalahgunakan amalan demokrasi dengan membuat kacau dan menabur fitnah.

Pemerhati dan penganalisis politik menganggap kenyataan Abdullah itu ditujukan kepada bekas ketuanya, Dr Mahathir, sehingga bekas Perdana Menteri menyifatkan pemimpin-pemimpin Umno membawa budaya kurang ajar, menjadikan beliau pariah dalam parti itu serta memanggil beliau beruk dan iblis.

"Itu budaya kurang ajar. Ada yang panggil saya beruk, ada panggil iblis, ini budaya Umno yang baru," kata Dr Mahathir.

Dengan sikap yang tidak akan melayan pihak tertentu yang bersikap seperti iblis, Perdana Menteri baru-baru ini membidas Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir kerana mengkritik ucapan dasar yang disampaikannya dalam Perhimpunan Agung Umno 15 November lalu.

"Beliau mengatakan sesuatu yang saya fikir tidak betul sama sekali," tegas beliau.

Mengenai kedudukan Mukhriz sebagai anggota exco berikutan ulasan tersebut, PM berkata beliau menyerahkan kepada Pemuda Umno untuk menyelesaikan masalah itu.

"Tetapi nyata sekali kenyataan yang telah dibuat oleh Mukhriz itu memang melanggar peraturan mereka," katanya.

Ditanya sama ada Mukhriz patut meletakkan jawatan ekoran kenyataannya itu, PM berkata itu perkara yang patut Mukhriz sendiri putuskan dan menambah: "Saya tidak buat keputusan untuknya."

Dalam kritikannya, Mukhriz berkata, secara keseluruhannya ucapan Abdullah tidak ada yang baru kerana beliau mengharapkan sesuatu yang lebih besar dari Presiden Umno itu.

"Saya fikir ia adalah ucapan yang disampaikannya tahun lalu. Saya mengharapkan sesuatu yang baru. Mungkin beliau mempunyai idea lain.

"Kami berharap terdapat usaha ke arah perdamaian, usaha untuk menjawab secara spesifik persoalan-persoalan yang dibangkitkan," kata anak Dr Mahathir itu kepada para pemberita.

Mukhriz berkata mereka mahukan jawapan supaya mereka boleh terus bergerak dan menyokong setiap keputusan yang dibuat oleh kerajaan yang diketuai Abdullah.

"Kami bersikap terbuka untuk diyakinkan. Kami sedang menanti jawapan.Kami sedang menanti penjelasan yang baik mengenai apa yang berlaku.Tetapi sehingga sekarang - telah enam hingga lapan bulan - kami masih menanti".

Mukhriz juga menyifatkan usaha membanteras politik wang dalam Umno tidak serius dan ini dapat dilihat dalam siasatan Lembaga Disiplin Umno terhadap laporan politik wang di bahagian Kubang Pasu yang keputusannya belum diputuskan.

"Isu rasuah bukan isu baru...sudah bertahun-tahun tetapi masih berlaku. Kita harap ada tindakan yang diambil dan tunjukkan kepada rakyat.

"Kita bercakap, bercakap, bercakap, Saya rasa ahli Umno mahu tindakan dan bukannya bercakap," Malaysiakini melaporkan Mukhriz berkata ketika diminta mengulas ucapan dasar Presiden Umno.

Indeks rasuah Malaysia terus merudum, menggelungsur ke tangga 44 daripada 163 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International yang diumumkan baru-baru ini.

Kedudukan Malaysia tahun lalu ialah pada tangga ke 39 dari 158 negara. Malaysia hanya mendapat lima mata sahaja dari 10 mata maksimum tahun ini, dari 5.1 mata tahun lalu.

Kedudukan negara pada tahun 2004 juga pada tangga ke 39, merudum dari tangga ke 37 tahun 2003.

Dengan nada menolak indeks tersebut, Abdullah berkata indeks itu membawa tanda tanya sama ada ianya sahih dan benar-benar mencerminkan keadaan di negara ini.

Perdana Menteri berkata negara boleh membuat andaian bahawa ia adalah kajian persepsi semata-mata dan dengan itu mungkin berbeza daripada realiti.

"Kita sebenarnya tidak perlu orang lain untuk memberitahu kita tentang keadaan dalam negara kita sendiri," kata Abdullah yang berjanji untuk memerangi rasuah sebaik sahaja mula berkuasa pada 31 Oktober 2003.

Pada masa yang sama, ranking Malaysia sebagai destinasi modal asing juga jatuh merudum ke tempat ke-62, menurut kajian terbaru Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Malaysia, yang pernah menjadi pesaing sengit Singapura untuk pelaburan asing, kini menghadapi ancaman dari negara-negara yang secara tradisinya tertinggal seperti Thailand, Indonesia dan Vietnam.

Hanya sedekad lalu Malaysia dianggap secara meluas sebagai ancaman ekononomi yang serius kepada Singapura ketika ia berusaha untuk mencapai matlamat sebagai pusat kewangan, teknologi maklumat (IT) dan pengangkutan serantau.

Pada pertengahan 90-an, Malaysia berada pada tangga keenam di dunia dalam senarai negara yang paling memikat pelaburan asing, manakala jumlah keseluruhan saham yang tersenarai di bursa sahamnya tidak jauh di belakang Jepun dan Hong Kong.
Read On 0 comments

Al-Quran di sini

Islam

  • Hauzah Maya
    Kebebasan agama dan membayar jizyah
  • Sh'iah Imamiyyah
    Hadis (tentang Wasiat Khilafah) yang disepakati sunni – syi’ah MUTLAK BENAR, namun hadis yang hanya diakui pihak sunni sendirian maka MUTLAK SALAH !
  • Pencerahan
    Pendapat Para Ulama Ahlu Sunnah Tentang Ibnu Taimiyah
  • ICC
    TANGGUNG JAWAB KITA DI HADAPAN IMAM MAHDI (Afs)
  • Yayasan Fatimah
    40 Ucapan Muhammad Rasulullah saww
  • Pencinta Nabi dan Ahlul Bait
    INTERVIEW BETWEEN MALAYSIAKINI AND HJ MOHD. KAMILZUHAIRI
  • Menjawab Tuduhan Salafy-Wahabi
    Ahlu Sunnah Versus Ahli Bid’ah!
  • Analisis Pencari Kebenaran
    Daftar Kedunguan Troll Yang Pendengki
  • شبکة الحسنين
    Menalar Keyakinan Wahabi

Berita dan blog-blog

Blog BM MP, AdunBerita PAS
Banyak lagi di sini atau di sini.
Banyak lagi di sini atau di sini.
Banyak lagi di sini atau di sini.

Terima kasih!!

Perut buncit? Sembelit? Klik imej di atas atau hubungi
Rohana 0173250565 Putra Height/Kajang,
Nasir 0176720162 Bandar Saujana Putra
 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

  • ►  2012 (96)
    • ►  May (25)
      • Kali ni saya sokong Nizar 100 peratus
      • Katanya semua lawatan PM ke luar negara pada bulan...
      • Himpunan belia rekod kehadiran 2 juta tapi Tun M k...
      • Facebook pun merudum, depa ingat FGVH terer sangat...
      • Yang bangang ja dok ambil hati polis dan SPR denga...
      • Izzah sifatkan Umno mengaku serang ceramah
      • Umno rompak perjuangan rakyat dan hadiahkan kepada...
      • Adakah PAS dok gian nak buat benda yang syaitan su...
      • Tun Aziz kata kita kena sekong Najib? Kurang ajaq!...
      • Ingat PAS nak lawan Umno, rupanya nak muzakarah ja...
      • Azilah dan Sirul didakwa cederakan jurugambar Guan...
      • Bukan senang aku nak puji Harun Taib
      • Bekas PM kata, tunggu menang pilihan raya dulu, ki...
      • Bangkai dijangka menang di Lembah Pantai (4)
      • Demi Najib, senaman tunjuk punggung depan mahkamah...
      • Awat tak buat senaman tutuh punggung depan rumah A...
      • Tun, kan Datuk Harun Taib ada?
      • Bukan Ustaz Harun Taib...
      • Hanya la'nat Allah boleh gagalkan Umno
      • Bukan Datin ja yang duduk dan tak rempuh sekatan, ...
      • Haniff ketua panel siasatan Bersih 3.0, Rahim Noor...
      • Tak dak sori-sori, fasal Bersih, saya memang tak p...
      • Bukan majlis fatwa, tapi majlis pelacuran yang len...
      • Umno ja yang salah, polis tak salah?
      • Jangan biarkan yang tidak bermaruah khianati perju...
    • ►  April (17)
      • Seronoknya tengok Umno jadi gila selepas Bersih
      • Ya Allah! La'natkanlah yang mengganasi orang-orang...
      • Sebelum saya ceritakan keganasan polis yang saya s...
      • Adakah tak hadir Bersih 3.0 juga bermakna sokong g...
      • Memang betul, jangan sokong Ambiga!
      • Kediktatoran fatwa dan he is not one of us
      • Adakah bukan Umno yang serang pelajar Melayu yang ...
      • Bolehkah Umno ugut dengan kata-kata "Kami tak lupa...
      • Kalau boleh, kalaulah boleh, PAS tolonglah tampilk...
      • Kalau anda tak pernah tengok syaitan bodoh...
      • Muhyiddin dan boleh bersiap-siap jadi Perdana Ment...
      • Kalau setara PAS pun sesat, dan saya tak nak bela ...
      • Solat mereka, ibadat mereka, hidup mereka, mati me...
      • Hari-hari penganut agama rasuah sakitkan hati raky...
      • Mansuh PTPTN jejaskan Melayu adalah hujjah laknat ...
      • Umno tibai wang rakyat untuk tabung pilihan rayany...
      • Kalau tak undi Umno BN, boleh selamat RM5 juta dui...
    • ►  March (1)
      • Parti Islam menang, taghut mustakbirin yang memeri...
    • ►  February (14)
      • Parti Islam menang, taghut mustakbirin yang memeri...
      • Anwar sahkan dia sokong segala usaha untuk melindu...
      • Babi lebih mulia dari ulama yang bercakap macam or...
      • Anwar lempaq bangkai babi atas jalan rakyat yang n...
      • Badan ayah berbau macam babi. Ayah ni berbau babi!...
      • Hamza Kashgari dan berita Harakah Daily yang menye...
      • Babi lebih mulia dari ulama yang bercakap macam or...
    • ►  January (39)
  • ►  2011 (253)
    • ►  December (45)
    • ►  November (33)
    • ►  October (23)
    • ►  September (9)
    • ►  August (13)
    • ►  July (11)
    • ►  June (26)
    • ►  May (19)
    • ►  April (3)
    • ►  February (37)
    • ►  January (34)
  • ►  2010 (617)
    • ►  December (8)
    • ►  November (13)
    • ►  October (36)
    • ►  September (48)
    • ►  August (51)
    • ►  July (21)
    • ►  June (28)
    • ►  May (55)
    • ►  April (69)
    • ►  March (97)
    • ►  February (85)
    • ►  January (106)
  • ►  2009 (814)
    • ►  December (65)
    • ►  November (61)
    • ►  October (51)
    • ►  September (60)
    • ►  August (61)
    • ►  July (82)
    • ►  June (76)
    • ►  May (68)
    • ►  April (56)
    • ►  March (62)
    • ►  February (75)
    • ►  January (97)
  • ►  2008 (639)
    • ►  December (70)
    • ►  November (45)
    • ►  October (46)
    • ►  September (59)
    • ►  August (57)
    • ►  July (72)
    • ►  June (41)
    • ►  May (62)
    • ►  April (51)
    • ►  March (68)
    • ►  February (42)
    • ►  January (26)
  • ►  2007 (372)
    • ►  December (32)
    • ►  November (26)
    • ►  October (40)
    • ►  September (56)
    • ►  August (31)
    • ►  July (28)
    • ►  June (43)
    • ►  May (27)
    • ►  April (23)
    • ►  March (23)
    • ►  February (28)
    • ►  January (15)
  • ▼  2006 (34)
    • ▼  December (13)
      • Pay heed to bloggers, traditional media urged
      • Utusan, aku dan kenangan
      • "Tiada wanita Kelantan berpakaian seksi" suatu usa...
      • This year best actor award goes to.........
      • Ambik! Ambik! Ambik semua!
      • ‘Saya tak hilang kawalan’
      • More Malaysian companies for Singapork?
      • Hak asasi wanita, 'hak asasi' Pencipta
      • Lama dah dok cari!
      • Only Dolah, Najib, Azim and other two support Utus...
      • Who cares!!!
      • Yessss.... WPI penjana ekonomi negara
      • Tegur la, kata PM
    • ►  September (2)
    • ►  August (13)
    • ►  May (6)

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Saya

Join My Community at MyBloglog!
(sangkutu@gmail.com)
Political Activism Blogs - Blog Catalog Blog Directory

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007
www.e-referrer.com

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008