Ada ulama yang menyatakan taghut bermaksud melampaui batasan Allah s.w.t. Dengan tafsiran sedemikian, kita melihat taghut ada di mana-mana.
Saya tidak pasti adakah perbuatan yang tak henti-henti membantai duit parti atau duit akhbar parti untuk memenuhi ketagihan kronik untuk makan angin di luar negara termasuk pergi memancing tergolong di dalam kategori melampaui batasan Allah atau tidak.
Saya tak boleh memberi apa-apa definisi. Saya tak ada ilmu.
Tetapi, jika termasuk dalam kategori taghut dan kalau sungguh begitu, nampaknya garang sungguh taghut mempertahankan taghut.
Yang saya pasti, ada orang memberitahu saya bahawa dalam hidup kita hari ini, kita berpeluang melihat taghut yang angkuh sombong memerintah di atas kemenangan parti Islam. Orang juga kata, taghut ini lebih berbahaya kerana dia pandai menggunakan berbagai istilah yang dilihat Islamik untuk mempertahankan perbuatannya yang tak nak laksana Islam (hatta yang tidak memerlukan pindaan undang-undang sekalipun) atau yang melampau. Taghut seperti itu senang-senang boleh kata dia tak nak buat Islam berdasarkan prinsip siyasah syar'iyyah atau maqasid syar'iyyah.
Dengan menggunakan jargon-jargon yang tidaklah begitu difahami oleh orang umum itu, taghut jenis itu dilihat Islamik.
Dalam perkembangan berkaitan, tidak mengapa keberanian untuk melawan diancam undi tak percaya oleh pecacai-pecacai yang mencari makan dengan taghut. Tak kira la 16 orang nak undi tak percaya ka, berapa orang ka. Itu proses demokrasi. Tidak mengapa juga pendapat berbeza. Itu juga dalam proses demokrasi. Guna proses demokrasi adalah sesuatu yang siuman dan tidak kurang ajar.
Tetapi apabila pak yet-pak yet taghut yang bertuhankan peluang, projek dan pekerjaan yang diberikan oleh taghut pujaan mereka bertindak jahat hendak mengepung rumah orang, itu bukan proses demokrasi. Itu kerja syaitan. Itu pekerjaan taghut - sama seperti yang dilaporkan dalam berita-berita yang saya petik dalam posting sebelum ini bertajuk "Parti Islam menang, taghut mustakbirin yang memerintah".
Saya pernah diberitahu tentang buku bertajuk "Logic of a martyr" yang menceritakan logik seorang yang syahid tidak sama dengan logik orang biasa. Tak sama. Yang sama nampaknya ialah logik taghut dan pecacai-pecacai taghut - tak kira dari parti mana sekalipun. Mereka sama gian menggunakan sebaran fitnah dan keganasan untuk mematikan lawan yang mencabar sifat melampaui batas mereka.
Dalam pada itu, tercengang-benganglah aku melihat orang mendakwa nak menjaga rumah sedangkan pada masa yang sama dia membela bapak anai-anai yang dengan penuh histeria dan penuh sial memakan tiang-tiang rumah. Itu logik apa pula, tidaklah aku ketahui.
Namun dari segi hukum demokrasi, tidaklah aku mahu bersikap tak hormat kepada pendapat dan pandangan orang. Itu hak demokrasi orang. Namun begitu, merasa hairan juga adalah hak demokrasi aku (Kalau belum tengok lagi, tengoklah dua video di bawah ini. Klik bagi besar)
Janganlah lupa:

Kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia berjaya menggulingkan presiden-presiden mereka kerana kebangkitan-kebangkitan tersebut tidak mempunyai pemimpin - Rashid Al-Ghannushi.

Cantik? Klik 

Aziza taghut mustakbirin.???
Naam ana setuju. Dia guna kuasa untok taghut pada mahasiswa dan sesiapa membangakan dia.
Waima hukum bunoh pemurtad itu adalah taghut mustakbirin juga. Ianya hukum semacam akta ISA dan akta emergentcy, di guna untok bunoh pembangkang.
Maka Bukhari Muslim juga boleh di katakan adalah taghut mustakbirin kerana hadis mereka di guna oleh Syiah untok bunoh Sunni, dan di guna oleh Sunni untok bunoh Syiah.!!!
Awas larangan Allah terhadap hadis. Rujuk Quran 31:6 "Ada orang guna lahwal hadis/hadis olok2 untok sesatkan orang lain dari jalan Allah,tanpa pengetahuan,dan menjadikannya(jalan Allah) debagai bahan tertawa."
kah...kah...penyamun.....jgn ade penyamun dalam pas sudah ler....
AYAT 36, SURAT TIDAK DINYATAKAN. SILA LENGKAPKAN, BOLIHLAH SAYA CARI MAKNA DAN FAHAMI, JIKA ADA KAITAN DGN PERKARA YG HENDAK DIBINCANG.
selalunya toghut2 ni dia banyak buat kesilapan dan tertinggal bukti,maka untuk berhadapan dan confront dengan kebenaran depa tak berani...maka anak2 toghut pun mencipta lah isu2 muhong dan fitnah dan berselindung pula pada hujjah walak dah thiqah dan kena utamakan kan jemaah dan akan menghadapi pru13...itulah apa yang sedang berlaku di kedah lanie. BADWI PAS
Salam sahabat blogger,
just nak mohon jasa baik tuan linkkan blog saya kerana blog saya sudah bertukar link dari bagindareformasi kepada erapasca
link baru [www.erapasca.com]
mohon update yer..
terima kasih kita teruskan perjuangan PAS ganti UMNO!!
jgn la taksub sgt nak menjatuhkan umno smp buta mata dan hati. pandang betul2 apa yang umno dah sumbangkan, jgn asyik dgr kata2 geng pakataiks tanpa mengkaji sikit pun.
pkr tu ketua dia siap ada video porno dan nak pertahan keselamatan negara israel lg. pas tu mursyidul am dia setarafkan Rasulullah dgn budak kampung dan kata tuhan pun mencarut. dap plak kata langkah mayat dia kalau nak tubuhkan negara islam. campuq tiga2 tu, depa pilih pelanggan pepatung cina sbg ketua pat parlimen. pikiaq laa..
cb la fikir, walaupun hang tu penarik beca saja, guna la otak kalau tak byk, sket pun jd laa.. taghut tu harfiahnya bermakna melampaui batas. hang tu dh melampaui batas, sampai bini org (ds rosmah)pun hang fitnah. tk kan tak terasa kot?
Salam Anonymous no 3.
Bukan ayat 36 dan takde surah, tapi Surah 31, ayat 6. Apa mata dah rabun ke.?
ANY. 2 MAC 11.29AM - SURAH 31 AYAT 6 - SURAH LUQMAN
Rasanya taghut mustakbirin bersepah-sepah dalam pas apa lagi pkr,..perguna ayat-ayat dan disesuaikan dengan keperluan nafsu buas sendiri,...dua cabaran ni memang sukar untuk ditempuhi dengan aman,..wanita dan harta,...sebab tu timbulnya gelaran dan sindiran yang sangat tidak enak didengar seperti hotel pudu raya,..hotel di kota bharu,..hotel di kuantan dalam bab wanita manakala bab harta,..serupa sahaja bagai dikata,..kuali kata periuk hitam dan periuk kata kuali hitam,..kalau nak hentam hentam semua sekali yang bersikap taghut tadi samada dia kumpulan kita atau jemaah lain,..itu sebenarnya tugas kita sebagai pendakwah,..bukan sekadar sokong buta pekak tuli...hati-hati masa mengundi nanti
Kalaulah dalam pas dan pkr bersepah-sepah, rasa-rasanya tak terhinggalah banyaknya golongan itu dalam umno.
Pembersihan perlu dilakukan dari masa ke semasa. Itulah tugas "menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran" yang tidak pernah selesai sebagai penyebab kepada adanya ganjaran baik buruk oleh Allah yang maha mengetahui. Tidak dapat dinafikan di dalam Jamaah Islam masih ramai yang melakukan mungkar... tetapi itu tidak boleh jadi alasan besar untuk kita berpisah daripada 'jamaah'. Mudah-mudahan Allah kurniakan kita jalanNya yang lurus.
nak komen tak pandai...tapi aku setuju sangat dengan anom 11.34...kalau tak de angin takan pokok goyang atau kalau takde angin, gi kat pokok tu... goyang sendiri...berdakwah biarlah sama rata jangan berpihak pihak...kalau takde hitam, mana nak datang putih...hitam dan putih tu kan satu kesempurnaan...kalau digabungkan dua warna ni dapat pula satu warna lagi... kelabu!...eh! apa yang aku melalut ni!...ok lah...jangan salah pangkah ye!
3 tahun dan 2 negeri. kalau tak nampak jugak, tak tahu la. nak kata salah orang, memang senang. nak kata salah diri dan memperbaiki, jauh sekali.
guna quran dan hadis nombor satu. tapi, pi mai pi mai, masih tang tu.
buat la sebaik nya, berenti dulu. susun strategi. susun balik saf. bangun semula. tidak kah kehendak tuhan itu, nyata. bukan sekarang, kalau dah pasti. berundur bukan kalah, tapi menyusun diri.
Woii Pak Bakaq!!Taqhut tu memang ada di mana-mana.Tak payah nak pi jauh.Blog hang ni pun taghut juga.Malah lagi bapak bagi segala taghut.Kalau dah ada ulama yang menegur pemerintah masakini yang menyeleweng, hang boleh kata dia babi tu,memanglah blog hang konform taghut.Apatah lagi dalam islam semuanya diajar kena bersederhanaan.Sedangkan nabi s.a.w. juga berpesan dalam tindak tanduk supaya jangan terlalu berlebihan ketika dalam adab sembahyang dan menyampaikan ilmu/dakwah, apa lagi nak heran dengan blog hang yang penuh dengan kata nista babi lagi membabikan itu.Itulah taghut bagi segala taghut!!Paham....
kekacauan di syria membongkar rupa sebenar dunia2 islam di timur tengah.
golongan arab terus dgn lembab dan lemau.
golongan iran dan hizbullah telah menghantar askar masing2 membantu presiden syria, bashar al-asad membunuh rakyatnya yg berlainan aliran dgnnya dan yg tidak bersenjata. malah ulama' iran tidak membantah tindakan kerajaan iran menyokong bashar walau kita tahu majlis syura nya lebih berkuasa drpd presiden, manakala hizbullah diketuai oleh ulama'.
lama benar pak bakaq tak update. barangkali ada kesulitan atau dugaan pape. didoakan supaya pak bakaq sihat selalu dan dipermudahkan dalam apa juga urusan. bukan apa, rindu benar nak baca post pak bakaq. orang kata, lain dari yang lain. benda sama, tapi sudut berbeza. maklumat pun dari penjuru yang lain.
harap semuanya ok.
yang rindu tulisan pak bakaq,
Hello,
Anda boleh menukar pautan blog saya?
http://alisharesidence.blogspot.com/ Saya harap anda boleh menghubungkan dan saya akan melakukan perkara yang sama,
Berterima kasih banyak
Alisha
Skandal NFC - Bukti Jelas Bahawa Wanita2 UMNO Bukan Ibu2 Yang 'berguna' kepada generasi baru..
1~http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=33143
2~http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=65624
Transformasi Palsu - Generasi Muda Terengganu Generasi Terbodoh Sepanjang Zaman( Sumpah Aku Takkan Undi BN Walaupun Aku Ahli UMNO )
(Bukti kukuh)
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
4 ~ http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3155
Mahasiswa2 Malaysia Bodoh2 Dan Tolol2 ( Kejam Dan Teraniaya ).. Bodohnya Aku Kalau Aku Terus Berjuang Untuk UMNO
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=31913&postdays=0&postorder=asc&start=0
2 ~ http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=65445
3 ~ http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=639811
4 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22139#486542
5 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28011.html
6 ~ http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3151
7 ~ http://www.ehoza.com/v4/forum/forumdisplay.php?270-Isu-Semasa-2011&s=63a289413c17d2b7384748ad617318aa
lihat apa kata ustaz azhar http://malaysiasms.com/13a
Salam. Mohon bertukar link dengan blog kami http://blogpolitikus.blogspot.com/