Sedap!! Klik gambar di atas!

Anwar sahkan dia sokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel

Dari kenyataan beliau sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel dengan syarat Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin (lihat "Kenyataan Media Dato Seri Anwar Ibrahim Berkenaan Isu Palestin - Israel" dalam blog dia sendiri).

Dia suruh kita baca dua ayat itu bersekali. Bila baca lagu tu, nampak jelaslah Anwar menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel dengan syarat Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin.

Anwar bercakap tentang aspirasi rakyat Palestin. Aspirasi yang Anwar maksudkan itu merujuk kepada "two states".

Anwar jelas tidak mengambilkira aspirasi majoriti rakyat Palestin. Dalam laman Wikipedia bertajuk "Two-state solution" dinyatakan, "the majority of Palestinians do not accept the concept of two states for two peoples". Akhbar puak Yahudi Israel The Jerusalem Post pula melaporkan berita bertajuk "6 in 10 Palestinians reject 2-state solution, survey finds".

Kalau Anwar tergedik-gedik sokong sangat "segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel dengan syarat Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin", itu dia punya fasal. Masalah kita di bawah ni ialah kita terpaksa berhadapan dengan ramai orang yang dah berjaya dibangangkan oleh propaganda Umno dan menyusahkan kerja orang nak lawan Umno. Anwar sakan-sakan sungguh bubuh babi, taik babi, bangkai babi atas usaha rakyat yang nak lawan Umno.

Sama seperti kita semua, Anwar tidaklah pernah tertampil sebagai pejuang Palestin. Setakat pergi demonstrasi, disakiti air beracun, masuk lokap dan bermalam dalam lokap kerana menyertai demonstrasi anti-Israel, menulis atau bercakap kerana rasa simpati kepada rakyat Palestin, setakat benda-benda yang cikai sangat tu, aku pun buat. Tak berjuang apa pun setakat benda-benda cikai lagu tu.

Tetapi, kalau tak berjuang sekalipun, janganlah bubuh babi, bangkai babi dan taik babi atas medan perjuangan majoriti rakyat Palestin yang menolak penyelesaian dua negara, iaitu satu negara untuk celaka-celaka Zionis Israel yang menceroboh dan menakluki tanah air mereka dan hanya sekangkang kera sahaja di kawasan yang kurang strategik untuk rakyat Palestin yang hidup serba sengsara.

Tak nak sokong aspirasi majoriti rakyat Palestin, itu hak Anwar. Saya tak teringin sikit pun nak kacau hak dia. Tapi, jangan la sabotaj aspirasi majoriti rakyat Palestin. Janganlah bubuh babi, bangkai babi dan taik babi atas medan perjuangan majoriti rakyat Palestin yang menolak penyelesaian dua negara.

Anwar tidak tarik balik kenyataannya. Dia terus guna alasan bukan dia saja yang buat kelaku, Umno pun buat. Malah, dia tak teragak-agak memperbodohkan kita dengan those worthless photos.

Janganlah lupa:

Kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia berjaya menggulingkan presiden-presiden mereka kerana kebangkitan-kebangkitan tersebut tidak mempunyai pemimpin - Rashid Al-Ghannushi.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. statements hang sama nada ngn mat sabu....tak lama lagi mahfuz pun akan cakap benda yg sama ..tokeh beras JATI..pasti akan menghempuk 10 kilo beras atas kepala mat sabu..


    sg mulia kl

  2. Seperti yang telah ku duga ego anwar mengatasi kemarahan umat islam yang benci dengan kewujudan negara haram israel...tp lepas nin dia mungkin peluk nk aziz dan kata semuanya sudah selesai!

  3. Semakin dekat PRU, semakin menjadi jadi penonjolan kebangangan pemimpin PR. Semakin dekat pilihanraya semakin banyak peluru percuma dihadiahkan kepada APCO-umNO. Semakin ramai rakyat marhain nak tumbangkan umNO-BangaNg, semakin banyak tiang tiang sokongan ditambatkan kepada umNO supaya tidak mudah roboh... Alahai, mana nak cari pemimpin yang tak bangang di Malaysia ni....

  4. Never mind, there's always the Sheikh. He can hide behind his robe.

  5. Posting hang ni dah makin merapu laa Bakaq !. Pengikut blog hang pun dah makin surut. Selamat "syok" sendiri.

  6. semoga PAS sedar akan kesilapan ini sebelum PRU13. PAS akan membuat kesilapan sama seperti UMNO ngan Pak Lah dan anak menantunya. Menyimpan yg tidak mendatangkan manafaat kepada parti. menyokong dan membuat kenyataan yg 'contradictry'.
    Belajar lah kesilapan dari UMNO, jgn belajar dari nafsu. Power Corrupts , Absolute Power Corrupts Absolutely.

  7. memang betul kenyataan yang bakaq buat . sapa yang tak setuju teruskanlah sokong Anwar . Semoga berbahgaia makan duit Yahudi Amerika masa PRU13 nanti .

  8. Apa yg nak ditakutkan sangat kenyataan anwar tu.Teruskan perjuangan menghumbankan gerombolan daripada membicarakan isu-isu yg di cipta oleh pihak gerombolan.

  9. qardawi hamas dan kesatuan arab senada dgn anwar tp melayu yg tk berjuang ni yg lebih2 haha..wey lu pg join umno jela..

  10. Anwar dengan najib dua dua bodoh..

  11. Anwar telah bunoh kredibiliti nya sendiri;
    Sila baca...

    http://warongpakyeh.blogspot.com/2012/02/umno-in-anwar-pt2cakap-tak-serupa-bikin.html

  12. Bakaq,

    Anwar tidak tarik balik kenyataannya.... Dalam fahaman kamu Anuar Ibrahim sabotaj aspirasi majoriti rakyat Palestin ? Sehingga kamu gambarkan seperti "Janganlah bubuh babi, bangkai babi dan taik babi atas medan perjuangan majoriti rakyat Palestin yang menolak penyelesaian dua negara".Ini bermakna suara Anuar begitu hebat diperingkat antarabangsa sehingga boleh menggugat kedudukan Palestin... tak gitu ?

    Sebenarnya artikel kamu ini telah membuatkan hati Tun Mahathir dan kuncu-kuncu nya menjadi luka dan perasaannya menjadi gila. Dan aku juga kesian terhadap kamu kerana orang-orang yang berfahaman Syiah diPalestin tiada siapa yang mahu membela kecuali kamu saja.

  13. Pak Bakaq,
    Nak kutuk orang memang senang...sampai menggunakan kata-kata babi...tapi sebagai orang...(belum lagi Islam)...janganlah sampai menggunakan kata-kata kesat macam ini...begitu hinakah Anwar sebenarnya...atau Pak Bakaq nak mengajak orang lain menghina Anwar...Pak Bakaq pun sama dengan Hassan Ali..apa-apa yang dia buat dengan apa-apa yang Pak Bakaq buat sama kesannya terhadap Islam dan Melayu...orang Melayu suka membabikan orang...orang Islam? pun nak membabikan orang Melayu...orang Islam...walhal Anwar di luar sana sedang berjuang dengan pelbagai tekanan...tergelincir dan tersilap tidak dapat dielakkan...yang hang Pak Bakaq apa sebenaqnya sumbangan hang???????????????

  14. Ini pertama kali mengulas di blog pak bakar. Ramai kita umat islam menyebelahi rakyat palestin tapi kenapa orang2 malaysia yg tak berjuang angkat senjata melawan israel atau berdepan dgn kekejaman israel depan mata secara realitinya berlebihan sampai sanggup bermusuhan sesama islam atau even sesama sendiri yg nak perjuang lawan umno. Memang kalau boleh kita tak nak israel wujud atas peta dunia. Tapi kalau hamas yg menentang palestin secara politik dan bersenjata pun sedia menerima two- state solutions dgn syarat2 tertentu, yg kita over sangat menentang padahal tak hadapi pun kezaliman israel walau sehari, apa halnya??

  15. Saya sokong perjuangan org islam termasuk pas sebelahi palestin tapi apa hal yg ulamak pas over sangat sampai presiden kata haram sokong 2-state solutions. Apa ulamak2 yg bercakap dari jauh bagus sangat ke banding dgn para pemimpin hamas yg berjuang bertahun2 dgn macam2 tekanan. Ditakdir one day para pemimpin palestin termasuk hamas accept penyelesaian tu , yg kita kat malaysia setakat keluar hukum, bagi duit n doa padahal tak de rasa zalimnya israel, masih akan terjerit2 babi kata tak boleh accept two state solution . Pi lah bagi kata dua macm tu kat para pemimpin hamas. Kita kat malaysia ni mcm bagus sangat.

  16. Pak Bakaq hanya boleh sumbangkan B.A.B.I je. Agaknya anak bini dia pun selalu membabikan sesama sendiri. Sebab Pak Bakaq selalu membabikan orang lain...jijik betul perangai...bila pulak nak membabikan sivaji pandikutty yang ada calit merah tu. wow komen le sikit pak bakaq...

  17. Pak bakaq.Hang tengok semua pengunjung blog hang tak setuju dengan hang.Hang ingat senang ke nak musnah israel?Tak payahlah dok cerita pasal Israel tu.Apa yang Najib dan Mahadet telah buat terhadap Palestin?Habok pun tarak, setakat dok cakap kat PBB tu,semua orang boleh buat.Yang penting Israel kat malaysia ni lagi celaka?Awat Mahadet tak bising kat Apco?Najib guna duit negara dan rakyat dok pi jamu yahudi laknat tu.Najib sanggup sekat minyak kat pengikut-pengikut Syiah hang kat Iran awat hang tak pi kutuk Najib tu.Malaysia negara ke-15 dangangan dengan israel awat puak melayu celaka tu tak pi buat demo,setakat buat JATI(Jaga akidah tukar iman) lebih baik suroh depa semua pi melantak babi.Sama seperti Mahaguru Pak Bakaq yang kata orang makan rasuah memang seperti babi....yang sendiri makan taik babi..Sebab tu perangai depa pun macam babi,sondoi sana sondoi sini,..sampai blog hang pun bau taik babi!

  18. Anwar sekarang bukan Anuar dahulu zaman ABIM. Anuar sekarang Anuar Pakatan Yahudi. Anuar ABIOM banyak beri ucapan ,nasihat berserta nas-nas AlQuran dan Hadith. Anuar Pakatan Yahudi banyak mendemokrasi, liberalisa, pluralisma, dan lain-lain.


    Begitu juga PAS sekarang bukan PAS yang berimamkan Ustaz Fadhil tetapi PAS berimamkan
    Anuar dan Lim Guan Eng.

  19. Orang nak buat blog hang jugak nak buat blog tapi blog hang macam hampeh tak ada umpphh pun...cakap merapu entah apa-apa. lebih baik hang p kerja tarik beca aje lagi dapat duit boleh bagi anak bini hang makan,habis keje badan letih malam tido awel besok pagi sambung keje...usah susah orang lain..Alahai pak Bakaq

  20. pemimpin hamas pun tak setuju pasal two state ni...kita yang kat malaysia pulak yg lebih2....apa pun ABAI!!!hehehe

  21. Pak Bakaq,

    Apa pasai komen saya tak disiarkan. Ada tak kena ka atau terkedu nak nafikan apa yang saya post ?. Kalau nak berlaku adil pada semua orang..pastikan komen saya tu disiarkan, biar semua orang menilai siapa sebenarnya yang buang babi kat tengah jalan menuju Putra Jaya...adakah Pak Bakaq sendiri atau pun Anwar ?

  22. pak bakaq.....hang betuii...kalo dah jenih rosak buat cam na pun tak macam baru....kalo dah basi tetap basi...kalo jenih pelingkop memang pelingkop tunggu masa nak melingkop saja tu....hehehe....kita tunggu dan lihat...Allah beserta dgn org2 yg benar....datang yg haq yg batil tetap batal.

  23. Hampa yang pandai komen kutuk Anwar macam hampa pandai sangat,,tapi rupanya bodoh mcm pukimak.

  24. Alaa budak2 PAS takyah sibukla hal Palestin..Kan dah dpt tugas dr PKR utk jaga adat dan sukan..

  25. kepada Anonymous said...
    Friday, February 17, 2012 12:41:00 PM GMT+08:00 ....terbaekkkkk ..sumbangan pak bakaq dia nak menghina semua org ...dia ja yang betoi ...

  26. sejahat2 mahathir takde sampai kata...i support ALL EFFORTS to protect the security of the state of israel...melampau beno nwat nih..harap2 tuan guru tak merepek yg bukan2 pulak pas nwat pelok dia nanti..

  27. Ko stakat tgk statement dr paper utusan versi
    Israel mmg la ko xdpt inform yg btul.org palestin
    nk penyelesaian 2state tp org israel yg xmau coz
    israel nk bolot smua tanah d palestin.ko xrase
    Kezaliman israel baik diam aje.skurang2 anwar
    Ade jln pnyelesaian utk palestin kluar dr kezaliman
    israel.ko ade?bg aku idea sket mcmna ko nk slmtkn
    palestin dr guna prkataan yg xbrtamadun "babi" tu?
    Ko bg 1 aje idea aku nk dgr yg bleh rakyat palestin bebas
    dr kezaliman israel..ha..bg idea ko aku nk dgr.

  28. Anwar tak benggap, malah lebih bijak beratus kali dari budak pekan tak kemana, bandar tak kemana tu yang bahalol sangat. Kalau dah tak setuju dengan Anwar, banyak lagi budak budak pekan yang bahalol yang boleh di pilih jadi pemimpin negara kita ni. Yang bahalol pun rata rata orang melayu aje, tak banyak pun 15juta kot.. kalau kentut kentut pun, orang Cina India tak pening kepala lah.

  29. Pak Bakaq,

    Sepatutnya hang buat posting defend macam blogger http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=12498 ni kalau hang betul nak tumbangkan UMNO BN. Ini tak..hang jadi tukang menyambung serangan depa.

    Pandai sungguh kata Anwar buang babi dilaluan PR menuju Putrajaya....sebenarnya hang yang baut begitu. Kalau hang memang nak tengok UMNO BN tumpang hang patut contohi blogger seperti diatas tu.

    Akai hang sentot laa Bakaq..gelabah tak tentu pasal. Kalau ramai orang macam hang, makin merosakkan perjuangan PR..penyambung Fitnah BN !

  30. Knp komen aku xdisiarkn?

  31. Ceh..patutla jd penarik beca rupanya penakut..
    Sekurang2 ambikla 50% kbenarian anwar pn
    da ckup..nk post comment org pn takut..ceh..
    Memalukn aje..

  32. nak pasti yahudi dengan israel apa bedza pulak tu datang/ujud dari mana (asal) takada negeri ka hang pa ni sy ingat orang english letak dia kat situ sebab diaorang baca sejarah orang yahudi asal situ kot/ memang lah israel tu jahat pasal tu diajadi kafir harbi/ satu lagi kenyataan sd anwar adakah merujuk kepada negara atau rakyat. pak bakar tolong info bagi sy

  33. musuh islam wujud dalam berbagai kadaan dan wajah yg bertopengkan islam, namun hakikatnya musuh islam berada dimana-mana dan musuh dalam selimut lebih bahaya dari musuh yg terangan menentang islam.

    nama anuar ibrahim aljuburi, alliwati saban hari menjadi duri dalam daging negara ini dan musuh islam yg nyata.

    kesongsangannya dan kebiadabanya seolah-olah tiada siapa yg berani menempelaknya sehingga semua tindakan sudah menjadi cacing naik kemata. seluruh umat islam dgn rasa jiwa islam, dan jelas dalam alquran menyatakan ISRAEL musah islam hingga kiamat, hari ini manusia anuar ibrahim ketua pembangkang malaysia telah mendabik dada hendak memperjuangkan kedaulatan israel. manusia jenis ini bila mampos bangkainya tak layak dikebumikan, bangkainya harus dihumban kelaut utk habuan jerung sahaja.

  34. nak pasti yahudi dengan israel apa bedza pulak tu datang/ujud dari mana (asal) takada negeri ka hang pa ni sy ingat orang english letak dia kat situ sebab diaorang baca sejarah orang yahudi asal situ kot/ memang lah israel tu jahat pasal tu diajadi kafir harbi/ satu lagi kenyataan sd anwar adakah merujuk kepada negara atau rakyat. pak bakar tolong info bagi sy

  35. kami sokong anwar

  36. mmg betul apa yg pak bakaq ulas mengenai isu ini.apa guna rakyat dicanang menghentam UMNO dgn APCO yahudi dan bermcm2 lg tapi akhirnya individu bernama DSAI menyokong penuh menjaga kepentingan israel.nampaknya selama ni perjuangan utk membela agama jd sia-sia,akhirnya dilihat seperti penyokong proksi pro-zionis di malaysia oleh pihak luar.mulut kata benci kekejaman zionis tp menjadi penyokong dalam perbuatan.

  37. blog pro pembangkang mana ada keberanian siar komen pedas dan panas bagi hal-hal yg tidak memihak pd pembangkang walaupon ada fakta dan kebenaran, mereka ditanam sifat membenci apa saja jika tidak menyebelahi pembangkang. macamnalah nak perintah negara yg berbagai kerenah dan berbagai etnik ni, kecuali mereka merintah cara kuku besi/komunis

  38. Bakaq, sedap mulut hang dok cakap orang babi.Cemana kalau orang lain gelar hang babi. Brbalik kepada soal Palestin, tiada sape yang boleh wat apa2 untuk rakyat Palestine. Mereka yang paling hampir dengan Palesyine tidak membuat apa2 untuk mefreka sape ler kita Melayu dok jauh disunia lain. Usah ler jadi HIPOKRIT BAKAQ. There si nothing a small Malay country like Malaysia can do for Palestine selain cakap dan guna isu Palestine sebagai rhetorik politik. UMNO selalu bercakap fasal Palestine dalam Perhimpunan Tahunan atau ketika parti itu mengadakan pemilihan perwakilan dan itu pun zaman Mahadey. Negara gergasi Islam Saudi Arabia gagal menagani isu Palestine. Oleh itu jngncakap ler fasal Anwar sebab Najib lagi teruk IRAN pun dia terus debik selepas jumpa OBAMA.
    lebih baik pemimpin politik Malaysia jaga kepentingan rakyat malaysia daripada menjadi Hipokrit. Sedang Rakyat Malaysia kebuluran dan dahagalan KEADILAN apa ertnya cakap fasal Palestine. Apa ertinya cakap fasal Keadilan untuk rakyat Palestine. Cuba ler kau cakap fasal KEADILAN UNTUK KITA RAKYAT MALAYSIA. USAH LER DOK LEMPAQ BABI SANA SINI. USAH LER NAK TONJOL DIRI SENDIRI LEBIH ISLAMIC DARIPADA ORANG LAIN.

  39. Tidakkah engkau melihat (bagaimana jahatnya) orang-orang yang bersahabat karib dengan kaum yang telah dimurkai Allah (dengan sebab kekufuran dan khianatnya)? Mereka itu bukanlah dari golongan kamu dan bukan pula dari golongan kaum yang tersebut itu (kerana mereka ialah golongan munafik); dan lagi mereka selalu bersumpah dengan dusta, sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).
    (Al-Mujaadalah 58:14)

  40. Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya.
    (Al-Mujaadalah 58:22)

  41. Kenapa ade umat islam dalam blog ni yang takutkan israel zionis sampai sanggup bekerjasama dengan diorang untuk dapat keamanan... sungguh memalukan ade umat islam yang mcm ni pasal zaman rasullulah dulu islam terkepung antara dua empayar yang sgt kuat parsi dan rom termasuk tentangan orang kafir arab sendiri... tapi rasulullah dan sahabat tetap teguh dengan keimanan dan mengatakan peluk islama atau terima pemerintahan islam dan bayar jizyah... sekarang umat Anwar Ibrahim cakap kita tunduk pada israel dan terima je penyelesaian dari diorang.... Ade sape2 boleh explain apesal jadi mcm ni... ataupun korang semua ni yang TAKSUBBB ANWAR IBRAHIM ni adelah golongan yg disebutkan "bahkan pada ketika itu mereka ramai tapi mereka bagaikan buih di lautan" senang2 je ditiup yahudi.... pikir2 semua sebelom wat kenyataan... isu mcm ni korang balik pada Al-Quran jawapan terang2 dah ade... Jangan bersahabat dengan golongan yang menghancurkan islam...dats alll

  42. Assalam...minta tolong sgt2 terutama pemimpin PR atas2 tu tolong berfikir panjang sblm mngeluarkan apa2 pandangan/ulasan terutama pd perkara2 yg sensitif,jenuh org bwh nk mjawab/menangkis segala tomahan..jgn duk rasa'syok sdiri' bila bagi komen tu..mohon maaf..

  43. apa nak gadoh2 pasal yahudi ke kalu korang betol2 nak perjuangkan agama tumbangkan dulu puak amneno si nuar sokong adeke dea kasi duit kat yahudi...tapi org yang beria2 sokong palastin tapi kasi duit juta 2 kat yahudi...lu org pikir sendirilah juak pak jib org dah tak bodoh...yg korng pun satu kalu beria2 sangat nanti pilihan raya menangkan PAS dalam parlimen pastu bolelah korang yg bersemangat untuk berjuang..jgn cakap ajer....besor..tapi hati taman hahahahahahaaa...c u lepas pru akan datang

  44. Salam..
    Pak Bakaq, aku tengok bila hang sentuh pasai babi semua orang melantun...aku ingat hang tukaq la pakai binatang lain plak,,kuda ka, biawak ka,lembu feedlot ka...mungkin pengkritik2 blog hang tak terasa sangat kot...yang pasti hang jangan pakai anjing...nanti jadi macam dulu plak kena tahan...hehehe
    pesanan kepada semua, kalo bakaq menggunakan bahasa kasaq hampa tak puashati..tapi aku tengok bila hampa komen pun guna ayat yang sama gak...kalo dah tahu tak elok watpa hampa ikut..bodo...

  45. oi dengar lah wahai melayu sekalian... dok hina yahudi tu la inila. tpi org melayu sendiri bagi duit utk setiap peluru israel.. dok makan McDonald, akaun di facebook, isap rokok israel.. tak usah ulas banyak2.. kesedaran pasal palestin ini mestila ditanam dari kecil lagi.. mmg diakui israel/yahudi tu adalah sebuah negara/kaum yang dilaknat.. mstila bersatu dlm menentang nya bkn dr segi cakap je, perbuatan kta jugak..

  46. Kaki zina dan kaki jubor yang ko orang ikut apa hal????

  47. Tulah yang ada dalam kepala hotak hang Anonymous 11.42, fitnah semata-mata. Jangan jadi macam kata orang, pencuri yang menjerit PENCURI! PENCURI! sudahlah. Atau hang tu penzina, kaki jubor, yahudi, yang menuding jari kat orang dan kata kaki zina, kaki jubor, yahudi hanya kerana berbeza pendapat dengan bos hang. Kami tak sebodoh hang!!!!

  48. Biasanya...yang kita dengar zina sana zina sini...kaki zina tu siapa? Jubor siapa? Engko engrh????

  49. Banyak cerita tentang kaki zina dan kaki raba jubor orang yang kita dengar...tapi siapa erghkkk. Kami tak ikut sapa satu pun esyh...yang tula yang kami tentang dan nak lawan.

  50. Woi anom 11.42 PM.Kau ni orang kafir ke ape ke?Jangan tuduh orang islam macam tu kalau takde bukti.Nanti anak atau keluarga kau jadi kaki jubor baru kau tau.Kau tahu tak apa hukumnya dalam islam kalau kau mengaibkan umat Muhammad.Pi ngaji agama dulu.Disini tak perlu manusia jahil macam kau!

  51. Sedara2,

    Silakan tengok gambar penempatan haram yahudi di Tebing barat.

    http://en.wikipedia.org/wiki/File:Westbankjan06.jpg

    Selagi Palestin tidak merdeka, selagi itu penempatan haram dibinakan di Tebing Barat.

    Penempatan haram ini bukan shj di sempadan tetapi jauh ke dalam wilayah Palestin.

    Kenyataan "aspirasi rakyat Palestin" tidak semestinya bermaksud 2 negara berasingan (2 state solution).

    Pada tahun 2009 HAMAS setuju untuk berdamai dengan syarat diadakan referendum supaya hala tuju Palestin ditentukan oleh rakyat Palestin.

    Masalah yang utama adalah,

    1. Israel hentikan penempatan baru di Tebing Barat.
    2. Israel berundur dari Wilayah Palestin, Tebing Barat dan Gaza.

    Sudah hampir setengah kurun Israel tidak mahu berganjak.

    Pada tahun 2002, liga Arab sudah bersetuju untuk penyelesaian 2 negara. Israel mesti berundur dari wilayah tebing barat dan gaza. Pelarian Palestin (kini 4 juta) yang hijrah daripada kawasan yang kini Israel yang dahulu memilili tanah lebih daripada 30% kawasan Israel diberikan pampasan yang sepatutnya.

    Balasan daripada itu negara Arab akan mengiktiraf Israel dan menganggap perkara ini selesai.

    Itu adalah perkembangan yang ada di Palestin.

    Hashimoto

  52. Kaki zina banyak...kaki raba jubor orang pun banyak...kaki pantau jubor...kaki jaja jubor orang...kaki tunjuk jubor...kaki goyang jubor...raba sana...raba sini...raba atas...raba bawah...PILIH SAJA yang mana yang ko ikut...kami tak ikut mana-mana pun...

  53. Sabar lar perjuangan islam akan muncul juga, bahasa komen anda semua agak keterlaluan maki hamun cerca, ubah lah komen yg berilmiah sedikit, cuba cek pengunaan ayat dlm al quran takde nye maki hamun? Sabar mari kita utamakan ummah bersatu buang sifat kepartian ok salam

  54. ada sheikhhhh tuhan pun mencarut...jgn lupaaaaa


    minumlahhhh.. jus tokgaru

    ahli pas seumur idup..kalu baca SHIT..
    dari mola sampai BeNd..penuh lucahhhh gila.. tu yg pengikut mengikut...

    BACALAH SASTRAWAN NEGARA selalu....shit... semoga dpt pahala

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008