Satu
Kawan saya, Misai Merah kata, dengan isu Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim; Datuk Seri Najib Tun Razak sudah boleh panggil pilihan raya. Bila dia kata gitu, saya teringat mereka yang kerja sungguh-sungguh dan ikhlas untuk lawan Umno - habis duit, habis masa, habis tenaga. Tiba-tiba, kaki mereka ditembak oleh orang-orang yang selama ini mereka puja-puja.
Di atas jalan yang hendak depa lalui untuk menghambat Umno dari kekuasaannya, tiba-tiba depa lihat berlambak-lambak paku orang bubuh atas jalan. Malang sungguh depa, paku yang berterabur atas jalan itu rupa-rupanya dibubuh oleh orang-orang yang selama ini depa puja-puja.
Dua
Gelagat Dr Hasan (lihat Mingguan Malaysia hari ini "Hasan kecam pemimpin PAS") tak habis-habis mengingatkan saya kepada cerita syaitan menyuruh Nabi Isa 'a.s. yang dikasihi mengucapkan kalimah syahadah. Lebih kurang Nabi Isa jawab, "kalimah itu adalah kalimah yang mulia, tetapi kerana kamu yang suruh aku mengucapkannya, aku tak mahu".
Allah Maha Menyaksikan, saya benci dan menentang murtad. Tetapi saya merayu perlindungan Allah dari menyertai carpab yang dihingar-bingarkan oleh Dr Hasann itu. Biarlah Dr Hasan dan orang-orang yang menyertainya sahaja yang percaya bahawa mereka melawan murtad. Saya sikit pun tak percaya.
Alangkah sedihnya melihat perjuangan suci melawan murtad dihina sebegitu rupa apabila dijadikan talian hayat survival politik orang yang kempunan tak dapat jadi Menteri Besar.
Tiga
Dah lama saya mendengar orang bersyarah tentang ayat 36 Surah an-Nahl, "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut".
Saya sedikt pun tidak pernah menyangka bahawa saya akhirnya akan melihat Ahli Majlis Syura PAS yang digelar ulama berkeras hendak menggunakan undang-undang taghut (Lihat Malaysian Insider 19/1/12 "MB Kedah: AUKU tetap dilaksanakan di KUIN") dan disokong pula oleh Ahli Majlis Syura PAS yang lain yang juga digelar ulama dan Ketua Dewan Ulama PAS pulak tu (lihat Malaysian Insider hari ini "PAS ulama chief tells PKR, DAP to respect Azizan’s views").
Ironinya, tindakan ulama PAS menggunakan undang-undang taghut dengan sokongan kawannya, Ketua Dewan Ulama PAS itu ditentang tanpa mahu kalah oleh orang yang mengaji undang-undang sekular pulak tu (lihat Malaysian Insider hari ini juga "Usah sembunyi di belakang undang-undang, kata Aziz kepada MB Kedah").
Adakah gelagat political Frankenstein seperti itu merupakan tanda kiamat semakin dekat?
Empat
Apabila saya menyebut tentang 'asabiyyah, saya sebenarnya sudah menjangkakan ramai mereka yang 'asabiyyah kepada Anwar akan mempertahankan kenyataannya tentang Israel. Saya dah jangka orang akan tuduh saya terpengaruh dengan gelejat Umno. Apa salahnya mereka tuduh. Takkan saya ja boleh kritik orang. Orang pun pandai kritik saya juga. Malah, lebih pandai. Sikit pun tak heran, dah jangka dah.
Allah Maha Menyaksikan, saya tak baca sikit pun kenyataan bangkai-bangkai tu sebelum menulis posting bertajuk "Umno bahaya terbesar. Anwar letakkan dirinya bahaya kedua terbesar". Allah jua Maha Menyaksikan, saya dapat tau cerita tu bila membaca posting blog Ameno World yang lawan Umno bertajuk "WSJ - DSAI Sokong Israel ka?"
Saya merujuk kepada kenyataan Anwar sendiri, "I support all efforts to protect the security of the state of Israel". Semalam juga, saya lihat penjelasan Anwar dalam berita Malaysian Insider bertajuk "Anwar says Israel remarks in line with Malaysia, UN policy".
No further comment. Anwar menjunjung dan menggunakan sistem nilai Umno, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Amerika Syarikat, Israel dan yang sejenis dengan mereka. Saya bercakap dari sistem nilai saya sebagai غرابة. Sistem nilai saya berdegil menegaskan Israel bukan negara yang sah. Israel adalah entiti haram Zionis la'natuLlah yang wujud di atas pemangsaan dan pembunuhan rakyat Palestin yang majoriti besarnya beragama Islam.
Saya terima perbezaan itu. Memang berbeza. Anwar orang berkarisma yang mempunyai ramai pengikut yang 'asabiyyah kepadanya. Saya hanya kutu yang melihat kenyataan seperti itu pro-kezaliman, pro-keganasan, pro-penganiayaan, pro-pembunuhan orang Islam, pro-kafir, pro-Zionis, kurang ajar, celaka, barua, durjana!
Tetapi yang saya hairan, mengapa Anwar macam sengaja buat kenyataan yang dengan mudah boleh dieksploitasikan oleh Umno. Mengapa Anwar bubuh paku di atas jalan mereka yang kerja sungguh-sungguh dan ikhlas untuk lawan Umno?
Janganlah lupa:

Kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia berjaya menggulingkan presiden-presiden mereka kerana kebangkitan-kebangkitan tersebut tidak mempunyai pemimpin - Rashid Al-Ghannushi.

Cantik? Klik 

Seorang teman yang bersimpati kepada PAS(Orang atas pagar)berkata: Kena apa pemimpin-pemimpin PAS ni tak pandai nak tutup mulut? Ramai yang buat komen tidak langsung menguntungkan PAS,malah boleh dijadikan "peluru" oleh UMNO membedal PAS.Ana jawab:Kalau mereka tak buka mulut,dikuatiri dianggap bangang.Eloklah buka mulut,supaya kelihatan dan kedengaran lebih bangang.
Bhai Pak Bakaq...
Penat aaa.. buat kerja berulang kali start dari mula... semua pasai malaon-malaon chilakak yang buat susah kerja gua... depa senang lenang dapat duit dan kuasa... tapi sambil tue .. taruk kaca atas jalan.... chilakak...
kah kah kah!
pak bakaq,
aku tak seronoklah nak cerita mengenai ustaz azizan seorang ini, namun beliau mesti fikir banyak kali sebelum tunjuk jenis orang keras kepala, kalau tidak PAS kedah akan binasa kerana beliau seorang.
Seingat aku ust Fadzil noor dulu pun seorang garang juga, tapi tidaklah pula dia seorang yang garang tolol atau keras kepala membuta.
Begitu juga TGNA, beliau terkenal sebagai seorang yang amat bekeng, bahkan ayahnya juga seorang ulamak yang bekeng, tapi TGNA terkenal sebagai seorang rendah diri dan mendengar perasaan orang lain.
mungkin ust azizan seorang yang garang lagi bekeng, namun keras kepala dan tiada perasaan rendah diri, mungkin inilah yang menyebabkab beberapa isu yang boleh diselesaikan 1 jam terpaksa diselesaikan dalam masa 40 hari.
PR merupakan gabungan parti PAS, PKR dan DAP dimana2 kesemua parti2 ini didaftarkan secara sah untuk bertanding dalam pilihanraya Malaysia. Kesemua parti2 ini akan berjuang melalui jalan yang sah berasaskan sistem demokrasi & undang2 Malaysia. Kerana itu sedaya upaya PR mahu pun PAS cuba untuk tidak melanggari undang2 sedia ada dan cuba bertindak selaras dengan perlembagaan negara.
Bukan saja PAS atau parti2 lain yang terpaksa menerima undang2 taghut malah Pak Bakaq sendiri juga masih bernaung di bawah undang2 sedemikian. Saya cabar Pak Bakaq untuk melanggari mana2 undang2 taghut yang sedia ada ini jika Pak Bakaq merasa Pak Bakaq jauh lebih baik dan berani dari Azizan.
Kalau berjuang berlandaskan perasaan marah semata2..kita tak akan ke mana. Sebab itu Azizan sendiri tersepit disebabkan situasi dan undang2 sedia ada. Anwar juga terhimpit oleh kemauan puak2 dari pelbagai kaum dan fahaman agama. Dalam situasi begini..apa tindakan yang perlu diambil atau dibuat...Azizan mau pun Anwar perlu mempertimbangkan sesuatu yang memberi kesan negatif paling minima selagi ia tidak dengan terang2 menghina agama dan Islam itu sendiri..
Tapi jika PR dah berkuasa, Anwar dah menjadi PM dan Azizan masih MB di Kedah, kalau ketika ini mereka masih gagal merealisasikan apa yang tercatat dalam Buku Jingga..maka mereka wajar untuk diserang habis2an dan harus digantikan dengan pimpinan yang mampu melakukannya.
Soal Hassan Ali..persetankan dengan dia. Manusia ini sama sekali tidak layak untuk memimpin Malaysia malah cenderung menyebabkan negara menjadi lebih buruk dari situasi yang kita lihat sekarang dibawah kerajaan UMNO BN. Lebih ramai calon2 dalam UMNO BN sendiri lebih berkelayakan dan berkualiti dari insan bernama Hassan Ali ini. Menyokong seorang pemimpin sombong dan ego yang bertopeng "agama" hanya akan punah ranahkan negara mau pun agama.
Tidak mudah sebenarnya untuk menjadi pemimpin bagi sebuah negeri atau negara apa tah lagi sebuah negara berbilang kaum dan bangsa. Saya pasti Anwar mau pun Azizan tidak berhasrat untuk membunuh potensi besar yang ada sekarang pada PR melainkan ada sebab2 tertentu. Seperti yang saya sebutkan sebelumnya..mereka lakukan sedaya mungkin untuk meminimakan kesan negatif terhadap gabungan saat dalam situsi terhimpit. Lapang2kan dada untuk memahami keadaan dan cuba letakkan diri sendiri ditempat mereka sebelum membuat apa2 kesimpulan.
Soal Aziz Bsri mengkritik Azizan..saya tak heran sangat. Aziz sekarang tak lebih umpama pelumba baru jarak jauh yang cuba memecut selaju mungkin sebaik perlepasan di garisan permulaan. Lihatlah kesannya kalau dia tidak belajar dari orang lama.
Ikan kerapu & ikan sepat,
Gelama kering diatas kolah,
Kalau X tipu & main Bangsat,
Sudah lama dacing ni musnah.
"Jangan Pangkah Lembu Dalam Kondo @ Dacing."
-MatCermin-
satu pakatan dah ada tiga parti yg berbeda ideologi, di tambah pulak PAS dgn satu parti berbagai pahaman. sebenarnya balik kepada ekonomi gak. agama ke, bangsa ke, janji perut kenyang. tak payah lah nak cerita al quran. tak payah nak disect perlembagaan. itu semua pasal hati , maruah bangsa yang tak boleh membawa nasi ke meja dan membawa isteri pergi meronda ronda.
semua boleh di beli termasuk akidah. tak lama lagi dtg la offer beli allah.
Pak Bakaq,
Baca lah kenyataan DSAI dari mula hingga habis, jangan ambil sekerat sahaja...
bunyinya dah lain.
Kita wajib menghormati semua bangsa...barulah dunia ni aman.Jangan taksub dengan apa yang kita punya
Aziz baru tengah galak sebab dah masuk gelanggang politik. Tahniah kerana berjaya ungkit isu auku di Kedah yang bakal memporakperanda hubungan dalam pakatan rakyat. Pas eloklah berundur sahaja daripada pakatan. Apa guna berpakat kalau semangat perkongsian kuasa tidak dihormati.
Setidak tidaknya israel mempertahankan negara haram mereka. Dalam masa yg sama merampas serta memijak mijak hak orang lain utk kepentingan rakyat haram mereka.
Tidak bagi umno. Mereka menjual negara halal mereka serta merampas hak rakyat halal mereka dan diberikan kepada orang asing. Mereka memijak mijak rakyat mereka sendiri hingga merempat di tanah halal mereka sendiri.
Siapa lebih jahat? Umno atau yahudi israel? Negara israel dgn rakyat yahudi haramnya makin maju dan kuat. Negara melayu halal makin ketinggalan dgn tuan melayu mereka termasuk raja raja melayu yg tak boleh buat apa apa selain makan free.
banyak orang orang kita tidak membaca dengan mendalam sedikit untuk mengambil pengetahuan dan ilmu. rata rata orang orang melayu lebih suka melepak dan merokok membantu syarikat syarikat rokok laknat hulur ke untungan mereka bantu Israel hentam umat Islam di palestine. alangkah bangga nya orang kafir laknat yahudi mendapati sebahagian besar umat umat Islam serata dunia kecut teloq, hanya membebel siang malam bak mak janda memohon rahmat berkat amerika syarikat untuk menghidupkan hala tuju pembangunan negara negara mereka. kalau nak tahu orang orang yahudi ni cantik cantik belaka ber banding orang melayu ke, arab ke, mau pun amoy jepon ke. cuba tengok Catherine Zeta Jones tu, montok tak?
tolong betulkan jika salah...seingatan saya setiap bangsa didunia ini ALLAH sediakan bumi [negara] untuk bangsa tu termasuk yahudi
he..he...provo-provo//Jangan cakap sebarang..banyak cakap..banyak salah..mungkin....maaf
Menyokong sesiapa saja yang berusaha menentang yang batil dan memperjuangkan yang haq adalah wajib bagi semua rakyat Malaysia.Tak timbul isu Assobiyah ataupun fanatik menyokong seseorang.Menyokong puak Syiah juga sama seperti menyokong puak-puak politik malaysia masakini.Memang diakhir zaman ni banyak manusia yang berbagai topeng kesan dari cintakan dunia.Melaknat puak lain selain dari syiah juga sama juga macam Assobiyah, kerana Syiah tidak mengiktiraf sahabat rasullullah selain Saidina Ali.Sedangkan Nabi s.a.w juga berulang kali bersabda hendaklah kamu semua menyanyangi sahabatku dan keluargaku.Rigkasnya siapa sahabatnya?sudah tentu khalifah yang empat itu dan keluarganya dan alim ulama yang ada pada hari ini.Tapi ada kalangan Syiah tidak dapat menerima kenyataan sedemikian kerana bagi mereka, mereka saja yang betol,orang lain tak betol.Lepas tu dok buat hadis-hadis palsu tentang puak ahli sunnah?jadi Syiah dengan geng Assobiyah tu dua kalai lima je!
panjang lebar anom no 2 cuba explain nak angkat azizan dan anuar ibrahim...ya kita patut setuju kenyataan yg bukan mudah nak jadi pemimpin. sebab itu azizan tak boleh nak minimized kedai judi dan kedai arak...di kedah, dgn alasan lesen di keluarkan kerajaan pusat.
mungkin di terangganu lesen judi dikeluarkan oleh kerajaan langit sebab itu Haji hadi boleh tutup kedai judi diterangganu dan diteruskan oleh kerajaan umngok ketika ini.
perlu diingatkan kepada azizan yg berilmu tinggi adakah dia lebih tinggi ilmu dari azazil?
dalam kes auku saya dapat melihat betapa lemahnya pimpinan pas pusat dlm menangani isu seorang azizan.
sekali lagi pertanyaan saya ADAKAH SEORANG AZIZAN INI MENPUNYAI ILMU LEBIH HEBAT DARI AZAZIL?
kalaulah azizan dipecat sehari dua ni...ramai la yg akan bukak cerita mcm kes hasan ali dan zulkifli nordin...yg penting JAUHI ASSOBIYAH. pi mam...sama azizan.
1.Orang Pakatan lebih cerdik dari orang Umno. Dapat menilai mana satu betul dan mana satu salah. Orang Umno menilai ikut neraca Utusan dan Berita Hairan sahaja. Sekarang UM tak lebih macam budak sekolah rendah sahaja yang jadi pengarang dan wartawan mereka, tidak ada nilai kewartawanan langsung.
2.Raya rasa komen negative Aziz Bari itu menunjukan perasaan kecewa kepada ustaz Azizan dan penyokong beliau. Bagi saya perkara boleh bincang dan pintu perbincangan dipegang oleh beliau, mengapa tutup. Jangan jadi Umno tak boleh bincang langsong nanti rakyat tak suka. Pelajar kolej tersebut saja nak acah dan tunjuk pandai saja dan nak uji kesabaran pihak KUIN. Janganlah sampai terasa terinyaya pelajar tersebut.
3. Kes ANUAR dengan isu Israel biasalah cakap orang politik antarabangsa. Masalahnya Pemuda Pas tiba-tiba saja bercakap macam tak buat kajian lengkap dan tak matang selari dengan Umno. Saya setuju dengan pandangan Pak Bakar secara peribadi tetapi di peringkat antarabangsa setuja cara Malaysia dan Anuar menangani masalah tersebut. Tetapi sekarang Anuar seorang saja yang dipersalahkan oleh Pemuda Umno dan Pemuda Pas.
Tak habis2 tegak benang basah...tunggulah azab dari Allah swt
pencacai pas ne kadang2 lebih teruk dari penjilAT umno. masa kes air percuma 20m3 di selangor dulu pencacai pas kata penghuni flat yg tak bayar duit maintenence tak layak dpt 20m3 air percuma. cuba la tengok perangai pencacai ne...bangang nak mampus.. pasal tu pas belum boleh memerintah negara kerana banyak pencacai mengalah penjilat umno.
kah kah kah..
dah org PAS semua mcm tu, standard la..
kalau setuju syurga..
x setuju neraka la pemimpin tue..
sengal....
undang2 taghut??? eh bakor,bawak2 le mngucap. jangan sampai kebencian ngko pada umno membuat ngko nnti muflis di sana.............
buruk sangat ke umno??? ko dah nak senja bakor.....
Awat la karat sangat fikiran Anom 14 ni. Ko gi ke Terengganu sendiri dan periksa ada tak arak di jual terutama kat KT tu. Kalo ko jadi pemimpin kat Penang, boleh ke ko nak hapuskan arak 100% ? Ko bandingkan la komposisi etnik dalam negeri2 berbeza tu. Di Kedah kaum bukan Melayu kadarnya lebih ramai dari kaum bukan Melayu di Terengganu.
Islam boleh paksa ke orang bukan Islam dari minum arak ?. Ajaran Islam ke suruh paksa begitu ?. Dah sifar ke arak di Johor yang dibawah UMNO BN ? Kalau memerintah tak nak langsung guna akal..inilah jadinya. Yang jelas arak tu memang diharamkan untuk orang2 Islam. Penguatkuasaan undang2 Islam boleh membantu dalam hal ini dan bukan memaksa bukan Islam menerima Islam. Kalau mahu Islam dapat menguasai negara..tajam2kanlah akal dan sentiasa gunakannya..bukan berdasarkan emosi semata2. Lainlah kalau Malaysia ni 100% muslim..lebih mudah untuk implementasinya.
abm551,
tahukah sdr bangsa kurdish tidak ada negara? mereka 'dinafikan' negara sendiri kerena yang membebaskan masjidil aqsa dari tentera salib adalah seorang panglima islam berbangsa kurdish bernama salahudin al ayubi. turki, iraq, iran menguasai tanah air mereka atas ehsan tentera british yang meneruskan 'hukuman' kepada bangsa kurdish.
wallahu'alam
Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kelompok ini perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu