Sedap!! Klik gambar di atas!

Adakah Azizan Razak tidak isytihar perang kepada PAS?

Naib Presiden PAS, Haji Mahfuz Omar menganggap Datuk Dr Hasan Mohamed Ali memerangi PAS kerana mempersoalkan negara berkebajikan yang dipromosikan parti itu. Alasan Mahfuz ialah "apabila menyanggah konsep negara berkebajikan, ini bermakna Hasan menolak keputusan muktamar yang berperanan sebagai institusi tertinggi dalam parti yang menghimpunkan perwakilan pada peringkat pimpinan tertinggi termasuk golongan ulama dan kawasan" (lihat Berita Harian 22/12/11 "Hasan Ali ibarat perangi PAS").

Seingat saya, dan saya telah mengesahkan dengan beberapa aktivis penting PAS, bukan satu tetapi banyak kali sangat Muktamar Tahunan PAS membuat keputusan menentang akta-akta zalim termasuk Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Hari ini Malaysian Insider melaporkan berita bertajuk "MB Kedah: AUKU tetap dilaksanakan di KUIN". Adakah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat tidak isytihar perang kepada PAS? Adakah Dr Hasan sahaja yang kena dan Azizan terlepas begitu sahaja?

Azizan sudah nyatakan

Petikan dari berita bertajuk "Insiden UPSI: PAS desak tubuh Suruhanjaya Diraja":
Beliau (Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik ) yang juga mantan Presiden Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam (PMFPI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tahun 70-an menyokong kebebasan bersuara mahasiswa serta menghapuskan Auku.

Menurutnya, sejak akta itu diperkenalkan dan dikuatkuasakan hingga sekarang pergerakan mahasiswa menjadi agak ‘lumpuh’.
Petikan dari berita bertajuk "Pemuda PAS bantah KUIN gantung pelajar":
Tidak cukup dengan itu, mereka kemudiaanya menyerahkan satu memorandum ‘selamatkan idealisme mahasiswa' kepada Presiden PAS meminta agar Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menasihati Menteri Besar Kedah untuk menangani isu tersebut secara adil.
Petikan dari berita bertajuk "KUIN bukan hak PAS, Hadi tak boleh campur, kata MB":
"Insaniah bukan hak PAS, Presiden PAS bukan ada locus standi dalam bab ni. Insaniah hak kerajaan negeri," katanya (Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak) dipetik Harakahdaily.
Petikan dari rencana bertajuk "Isu KUIN, muktamar PAS perlu tangani kenyataan MB Kedah":
Menurut seorang pemerhati politik tempatan, kenyataan tersebut boleh disalah anggap sebagai memperlekeh wibawa jawatan presiden malah PAS itu sendiri dalam keadaan menteri besar Kedah itu adalah wakil yang dilantik oleh PAS untuk memerintah kerajaan negeri Kedah.

Jika kenyataan itu dijadikan sandaran, maka apakah locus standi semua ahli politik di dalam negara ini sama ada daripada kalangan parti pemerintah atau parti pembangkang untuk mengulas atau mengkritik apa-apa isu bersabit dengan institusi pengajian tinggi apabila diminta berbuat demikian oleh mana-mana pihak?

Jika keperluan locus standi yang disebut oleh menteri besar Kedah itu barangkali merujuk kepada aspek undang-undang dalam keadaan pelajar-pelajar terbabit memilih pendekatan penyelesaian bukan undang-undang iaitu merujuk kepada pemimpin tertinggi parti yang memerintah negeri Kedah, adakah beliau akan memberikan jawapan yang sama sekiranya pelajar-pelajar terbabit bertindak merujuk perkara tersebut kepada Sultan Kedah, yang juga dari aspek undang-undang tidak mempunyai locus standi?
Petikan dari berita bertajuk "Kuin 5: Mahasiswa protes sikap membisu PAS":
"Kami akan terus berjuang demi menegakkan prinsip-prinsip kami (berhubung kebebasan akademik).

“Ini bukan tentang parti atau warna kulit, kita tidak mengamalkan dwi-standard. Di mana suara kita boleh diluahkan jika di bawah Pakatan kita juga cuba disenyapkan?"
Dari berita bertajuk "Mahasiswa mahu MB Kedah bebaskan KUIN daripada AUKU":
“Jika di Selangor Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengatakan AUKU tidak akan digunakan. Jadi apa pendirian Kedah di bawah PAS dalam isu ini...dalam manifesto Pakatan Rakyat mengatakan akan mansuhkan AUKU tapi di Kedah macam mana pula?” katanya pada sidang media di hadapan ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut di sini.

Jelas Safwan, penggantungan lima mahasiswa KUIN itu bertentangan dengan janji dan prinsip Pakatan Rakyat untuk memansuhkan undang-undang yang telah menyekat kebebasan mahasiswa selama ini.
Liputan dalam laman web PAS mengenai AUKU.
Liputan dalam Harakah Daily mengenai AUKU.

Janganlah lupa:
Kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia berjaya menggulingkan presiden-presiden mereka kerana kebangkitan-kebangkitan tersebut tidak mempunyai pemimpin - Rashid Al-Ghannushi.


Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. azizan ni memang golongan puak ulamak taik kucing. dari dulu lagi time keje di universiti, dia ni memang kaki ampu jgk...

    wallahuaklam saheh atau tidak, tapi budak2 U itu cerita.

  2. salam,

    Mb kedah bukan takat akui AUKU tapi dia tak ubah- apa-apa yg umno dok buat d kedah..
    makin banyak pusat maksiat(nightclub) malah lantik pro umno dlm GLC..

    Tapi org pas and blog pas ni..ketagih pujian..terus aje puji..MB Kedah bagus..sebab hasil balik banyak..tapi arak yg bersepah..depa diam aje..wal-hasil kerajaan Kedah sama aje dgn Kerajaan UMNO...p mai p mai tantulah..aku udah mula mau tukar kawasan mengundi..
    Tapi isteri aku aje yg masih setia mau ngudi d kedah..

    aku Ingat Mb kedah ni kepala angin..sebab tak bolih d tegur apa dia buat..klo tegur..terus kena sembur..ingat tak dulu sorang exco d terenganu yg masa pas perintah macam ni lah juga perangainye..kesian mamat yg berhenti kerja d kl sebab hendak khidmat d terenganu masa pass perintah..semua idea dia salah..last-last dia yg terpelanting sebab lawan sama exco tu...sebab exco and Mb ni jenis tak bolih tolak ansur and cepat naik angin lah gue rasa..

  3. Bhai Pak Bakaq...

    Inilah sikap Double Standard ... yang best tue dibuat oleh Azizan Razak plak tue.... mmm.. kiter tengok aderkah PAS akan amik tindakan... atau PAS sendiri pon Double Standard...

  4. thisisbalabero

  5. PAS dok rok cetong. Its double standed atau pilih kasih . Yang benci ke tendang, yang disukai diberi peluang. Islam lagu ni ka ?

  6. When a kepala batu is given the 'amanat', this kind of thing will happen.
    - Mus.

  7. HA pertikai dasar @ pokok manakala AR cuma menyentuh soal cabang sahaja itu tak sama.Namun begitu ia tak sepatutnya berlaku!

  8. salam pak bakaq,

    kadang2 aku tak paham cara org2 PAS bertindak. nak kata bodo, dah bertahun dok main politik, nak kata cerdik nampak sangat bodoh dengan statement mcm tu. apa2 pun aku rasa ini lah yang dikatakan parasit dan pelesit dalam PAS kot.

    aukauk88.

  9. menulis dan menghentam mmg mudah,tetapi bahu yang memikul siap dgn sakit lagi mmg payah,diusia 70an ustaz azizan razak tak wajar dkritik sebegitu.ingat jasa dan pahalanya mengemudi kedah,ingat juga kata2 hentaman tak banyak bagi faedah buat anda

  10. ABU

  11. salam, nilah dia memteliti org PAS...tak bolih d keritik..terus melenting..tapi klo hisap keretek ..suka pulak dia...kesian kat budak-budak tu..

    klo, dah jd pemimpin kenalah terima kritikan..and pujian..takan itu pun nak marah..

  12. sejak bila mahfuz ni cerdik?

  13. kalu tak mau ikut, mansuhkan dulu. tp selagi belum mansuh, undang2 ttp kena ikut. susah ka nak paham? kat kedah tu org yg tak makan pun ada, budak2 bodo tu bising pasal tak bole bedemo? akal boh kat mn?

  14. keputusan ulama jgn dilawan, mereka ade ijtihad dua pahala..kalo salah dpt 1 pahala, btul dpt 2 pahala..azizan ulama, hadi pun ulama, jadi sape yg patut ambil tndakan pd ulama?..hasan ali bkn ulama, tu yg bole kena tndakan..

  15. bakaq2, hang ni mmg bangsa syiah, ckp x penah btoi, dulu ckp x mau tulis dah pasai ust azizan, ni hang tulis pulak, klu hang nk tulis pasal buruk, apa kata hang tulis pasai baik dia jgk, pasai apa dia mng 4 penggal berturut2, awat geng2 pakya (kwn mat sabu) meluat kat dia, yang aku mmg tau la, dia sejak2 jadi adun, pas kawasan dia bg rm1000, pas kedah rm1000, pas pusat rm1000, la jadi mb aku x tau la brp, tapi ampa kira tgk la, dr 1995 smpi 2008 dia bg byk mana dah kat pas, hang bg apa, telur ja, pas2 hat kes student 5 ekor 2, brp juta rakyat malaysia jadi student kt malaysia ni, xdak buat kalut mcm puak2 5 ekoq 2, aku kenai la jgk ust azizan mcm hang la, tapi aku tau satu benda la, dia bkn zalim la, klu dak hang dulu dah kena buang keja dah kt harakah, aku doa ust azizan sabar la, buat apa nk layan 5 org yang mengaji x abis, nk hingar2, baik dia jaga rakyat yg dah bg amanah kt dia nk perintah, dia buat kampus br kat kuala ketil org buat bodo ja, padahal benda 2 klu jadi, brp byk generasi yang akan untung, hang kena minta maaf la kt dia bakaq ai, hang dah jadi pembantu pelingkup pas

  16. kalau semua undang belum mansuh kena ikut takde ler reramai join bersih.... MB Khalid boleh tak guna AUKU kat Selangor, ape cer?

  17. ASOBIYAH....tlg la wahai amilin pas jauhi assobiyah.
    bila sesuatu pekara itu benar mengikut landasan Allah dan rasul maka ikutlah dgn sepenuh hati. tapi jika sebaliknya maka katakan TIDAK.

  18. anon 8:58
    hahahaha...enuff said

  19. pak bakar,
    sekali lagi kepala TGHH jadi pening, nak dibuang mati anak nak ditelan mati bini. Si Azizan ni pun satu, janganlah takabbur sangat, kau itu baw imej PAS dan imej ulamak, nanti semua manusia kepada kau "kepala otak kau ulamak! kepala otak kau parti Islam", bila ini belaku, bukan sahaja PAS kedah akan terima padah, aku yang duduk dijohor pun mampus.
    susahnya nak bermuamalat dengan orang yang tiada perasaan rendah diri dan menganggap orang lain pun manusia juga.

  20. Pak bakaq.Aku pun hairan dengan perangai hang.Aku ingat hang pun macam Hassan Ali.Sembang je kuat, tapi habok pun tarak.Macam kata anon kat atas,yang hang janji tak mau kacau Pas tapi meriam masih dok tala kat Pas pasai apa.Pilah tembak Apno tu dulu.Bila depa dah mampoih baru rakyat boleh buku baru.Hang buat slogan baguih punya kat blog hang suruh rakyat lawan parti yahudi laknatullah tu, tapi balik-balik hang dok tembak Pas juga, buang masa saja.Aku ingat hang ni dengan RPK,Hassan Ali semuanya sama saja. cakap lain buat lain.Semua otak sewel dah otak semua wayar short!

  21. mb kedah makin tua makin nyanyuk...mcm mahathir gak.aku syorkan rakyat kedah kena hulur jwtan mb nih kat dr hayati lah pulak.takbiirr...

  22. Anonymous 20

    Jawablah isu yg dibangkitkan dan bukan meracau-racau seperti dirasuk.....

  23. Selangor mmg tak pakai Auku sbb Unisel tu private universiti.kolej dan universiti swasta tak tertakluk pada Auku tp akta 155. Sama je

  24. islam pas kedah beza ngan islam pas johor, gamaknya laa. pendek kata islam pas di antara negeri2 berbeza. nak buat camno, ulama tak satu kepala. dah dok atas nak tunjuk terrer. terrer apa? terrer untuk menjahnamkan parti. apa yang pas kedah buat tak dak kena mengena denga pas negeri lain? politik apa aku pun tak tahu. kalau dak]h tak boleh tu, angkat kaki laa, tak payak tunggu kena tendang!

    wallahu'alam

  25. ijtihad yang dibuat jika salah dapat satu pahala. jika ijtihad tersebut cemari jemaah sehingga boleh merosakkannya, dapat pahala jugok ko?

  26. islam pas kedah beza ngan islam pas johor, gamaknya laa. pendek kata islam pas di antara negeri2 berbeza. nak buat camno, ulama tak satu kepala. dah dok atas nak tunjuk terrer. terrer apa? terrer untuk menjahnamkan parti. apa yang pas kedah buat tak dak kena mengena denga pas negeri lain? politik apa aku pun tak tahu. kalau dak]h tak boleh tu, angkat kaki laa, tak payak tunggu kena tendang!

    wallahu'alam

  27. anom 20....kesian hang.
    berjaya pas buat hang jadi mcm ahli umnprono.
    boleh ke jatuh kan umnu kalau pemimpin pas dah mcm pemimpin umno cara fikirnya.. cara tarbiahnya...cara bergayanya ...cara mengawal nafsunya...

    buat apa nak tukar pemimpin kalau sistem nya sama?
    takkan nak tunggu jadi mcm ngasan ngali....dulu hanpa jugak yg marah pak bakaq bila dia bongkaq sikit2 cerita puak bersilat dalam gelap mcm hasan ali dan ada ramai lagi...nasihat saya pada pak bakaq ...kalau hang bagi tau nama ahli beromen dlm gelap yg lain hang akan kena tuduh Kawarij la pulak tak pun kapir terus.JAUHI ASSOBIYAH.

  28. elok juga pak bakaq tgk yg ini:

    http://www.kedahlanie.info/2012/01/di-sebalik-yang-tersirat-tersurat.html

  29. Ini lah mentaliti Ulamak Al Azhahahaha.!!!
    Semua yang masuk Universiti tu adalah dari golongan bodoh/tercorot, yang tak pas Sains,Mathematik, dan lain2 subject.
    PAS sampai bila pun tak akan maju bila ada pimpinan Ulamak universiti yang comercialkan Islam(Islam jual-beli) yang di larang Allah.!!!

  30. Woi..! Hangpa tak tau ka Azizan tu sapa? Dia MENTERI BESAR woi.. Dia ngaji luar negeri woi.. Bini dia 2 woi.. Kalau bini dia pun dia boleh boh penerajang.., hangpa ingat dia ada kisah kat hangpa? Phuii....Azizan wei...Azizan..

  31. Bukan ke dari awal bentuk kerajaan Kedah 2008 dulu ustaz azizan dah cakap, umno ngan pas ni macam abang adik. Kalau dah abang adik, biasanya memang perangai lebih kurang je.

  32. PAS..belum perintah macam haram ..sesama PAS pun x sekata dasarnya ...mcm ni nak perintah malaysia ..gi mampos le ...

  33. Bakak, hang memang bodohlah, lebih baik hang keluar pas ikut Hasan Ali. Hang jangan nak main-main sama Azizan. Perangai hang sekarang lebih macam umeno.

  34. Bakaq tukaq nama la lancau wei..Bakar tu nama sahabat,bakaq tolak sahabat..bakaq bertaqiyah..bakaq syiah..bakaq panas syiah tiada tempat dikedah..kat kedah dah 2 kali buat forum tolak syiah..kes azizan bukan macam hasan ali,aku akan bangkit kalau sesuatu berlaku kepada azizan..jangan ingat azizan keseorangan..kami anak muda yg silence ni akan bangkit lagi hebat dari budak2 yg bising sekarang..

  35. mungkin itu adalah kelemahan dalam pemerintahan individu..namun pencapaian pas kedah lebih baik dari umno kedah.. perniagaan yg merugikan.. balak rugi... air rugi.. gunung jerai rugi... semua rugi.. abihtu apa yg untung.... yg untung adalah pemimpin umno.. pakat2 dapat kontrak dari kerajaan pusat... bukan satu, dua, tiga tapi berlambak..... org muda yang baru nak cari makan kena potong... komisyen rm1 perkepala sehari... habis tu depa makan isi, budak makan tulang,, org muda makan taik.... itu belum lagi duit saut tepi...lu pikir2 kan...

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008