Mereka yang menyokong Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkeras menyatakan undang-undang taghut, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tidak boleh dilanggar. Jalur pemikiran yang sama juga digunakan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Sebelum ni bukan main lagi pandai cakap fasal budibicara, tapi bila nafsu hampa rasa sedap nak buat, tak nak dah guna budibicara dan terus menjadi pak yet undang-undang taghut. Semuanya thiqah dan wala' tahap Azizan terhadap undang-undang taghut AUKU itu.
Ni mungkin boleh jadi contoh; undang-undang kata kedudukan raja-raja Melayu termaktub dalam perlembagaan dan tidak boleh dipersoalkan. Kalau persoalkan, itu langgar undang-undang. Tetapi itu tidak bermakna wajib angkat tangan sama-sama berdoa bila tok khatib berdoa untuk sultan atau raja masa khutbah Jumaat. AlhamduliLlah, sejak dari sekolah menengah lagi saya tidak angkat tangan sama-sama berdoa untuk raja dengan tok khatib. Allah s.w.t tolonglah pelihara saya dari melakukan perbuatan itu!
Satu contoh lagi, menjerit-jerit kerajaan Umno dan polis menyatakan jangan berhimpun masa perhimpunan Bersih 2.0 dahulu dan perhimpunan-pehimpunan sebelum itu. Mengapa Presiden PAS pergi?
Bukankah undang-undang mengenai perhimpunan-perhimpunan seperti itu "masih lagi belum bebas sepenuhnya dari pengaruh Umno BN" (meminjam kata-kata Abdul Hadi sendiri).
Mengapa Presiden PAS double standard?
Awat la depa ni suka buang masa orang yang sungguh-sungguh nak lawan Umno. Agaknya memang ni peranan depa nak tolong Umno kot!
Berkaitan:


Sebelum ni bukan main lagi pandai cakap fasal budibicara, tapi bila nafsu hampa rasa sedap nak buat, tak nak dah guna budibicara dan terus menjadi pak yet undang-undang taghut. Semuanya thiqah dan wala' tahap Azizan terhadap undang-undang taghut AUKU itu.
Ni mungkin boleh jadi contoh; undang-undang kata kedudukan raja-raja Melayu termaktub dalam perlembagaan dan tidak boleh dipersoalkan. Kalau persoalkan, itu langgar undang-undang. Tetapi itu tidak bermakna wajib angkat tangan sama-sama berdoa bila tok khatib berdoa untuk sultan atau raja masa khutbah Jumaat. AlhamduliLlah, sejak dari sekolah menengah lagi saya tidak angkat tangan sama-sama berdoa untuk raja dengan tok khatib. Allah s.w.t tolonglah pelihara saya dari melakukan perbuatan itu!
Satu contoh lagi, menjerit-jerit kerajaan Umno dan polis menyatakan jangan berhimpun masa perhimpunan Bersih 2.0 dahulu dan perhimpunan-pehimpunan sebelum itu. Mengapa Presiden PAS pergi?
Bukankah undang-undang mengenai perhimpunan-perhimpunan seperti itu "masih lagi belum bebas sepenuhnya dari pengaruh Umno BN" (meminjam kata-kata Abdul Hadi sendiri).
Mengapa Presiden PAS double standard?
Awat la depa ni suka buang masa orang yang sungguh-sungguh nak lawan Umno. Agaknya memang ni peranan depa nak tolong Umno kot!
Berkaitan:
Abdul Hadi kata tindakan Azizan guna undang-undang taghut wajar jadi rujukan kepimpinan PASJanganlah lupa:
KUALA LUMPUR, 21 Jan: Tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang berkeras dengan penggantungan lima pelajar Kolej Islam Insaniah (KUIN) "lebih tepat dan wajar dijadikan rujukan oleh pihak-pihak lain termasuk kepimpinan PAS Pusat," kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Lima pelajar tersebut digantung menggunakan undang-undang taghut iaitu Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
Abdul Hadi meminta penggantungan lima pelajar terbabit difahami dengan jelas oleh pelbagai pihak agar tidak disalahfaham oleh setiap lapisan rakyat negara ini.
Ahli Parlimen Marang itu berkata, kepimpinan PAS sememangnya mengikuti dan memantau perkembangan mengenai perkara itu.
"Namun Ustaz Azizan tentunya lebih tahu dengan apa yang berlaku, sesuai dengan kedudukannya sebagai Menteri Besar Kedah.
"Jadi tindakan Ustaz Azizan mengenainya tentu lebih tepat dan wajar dijadikan rujukan oleh pihak-pihak lain termasuk kepimpinan PAS Pusat sendiri," tegasnya.
Tambahan pula, katanya, Azizan juga tidak mengambil tindakan sesuka hatinya sahaja mengenai perkara itu, tetapi hasil perbincangan dengan kepimpinan PAS Kedah dan pihak-pihak lain yang terbabit.
Sebelum ini, bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Abdul Aziz Bari mendesak Azizan agar membatalkan keputusan KUIN menggantung lima pelajar terbabit dan menjadikan kes mahkamah yang membabitkan perkara itu sebagai akademik (Berita ini diubahsuai dari dua berita asal di sini dan di sini).

Kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia berjaya menggulingkan presiden-presiden mereka kerana kebangkitan-kebangkitan tersebut tidak mempunyai pemimpin - Rashid Al-Ghannushi.















Cantik? Klik 






Pak Bakaq Haq, aku tengok Ustaz Hadi kita nie dah macam Tok Det, pandai belakon "Dah lama daaahhhh!!!" Aku sebagai budak malau, malu lah.
http://antiparasitpas.blogspot.com/2012/01/cerita-ustaz-hadi-tak-tanding-pru-13.html
Bhai Pak Bakaq...
Stendet la bhai... memang dah lama dah perangai diorang-diorang nih camnie.... susah nak dibentuk... kuman seberang laut depa nampak... gajah depan mata depa tarak nampak....
TAHNIAH USTAZ AZIZAN,,,,,MEMERINTAH dan MEMIMPIN sesebuah kerajaan bukan "Mengikut Perasaan dan Emosi" seperti amalan PEMIMPIN2 BESAR PAS yg masih "BUTA KAYU" dan mudah digunakan olih kononnya rakan Pakatan,,,,,,,yg matlamatnya nak menjatuhkan UMNO,,,,TUGAS BESAR PEMIMPIN ,,"ADALAH MEMPERTAHANKAN ISLAM dan MELAYU serta Kaum2 lain DINEGARA INI",,,inilah asas perjuangan yg rakyat nak tengok,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,MARILAH sama2 SINGKIRKAN PEMIMPIN2 yg KORAP dan RASUAH baik dari UMNO dan juga PAS,,,dan ujudkan jalan perpaduan sesama MELAYU dan ISLAM,,,,,,SEBELUM DI HANCURKAN OLIH EJEN YAHUDI "ANUAR ALJUBURI",,,,yg sentiasa mencari jalan "MEMECAH BELAH MELAYU dgn duit YAHUDI,,,,MENSENSASIKAN Golongan "GAY",,,,,inilah agenda yahudi sebenarnya memusnahkan kekuatan umat islam,,,,,,,,"MARILAH UMAT MELAYU ISLAM BERSATU selamatkan masa DEPAN NEgara ini",,,,,,
tgk cara azizan perentah kedah skang ni, teringat mase mula2 hadi perentah terengganu..mcm fotostat plak..tegas, tegang n keras tp xleh nk orgasme,x reti nk foreplay..
hadi nk tegur azizan?..bkn dua2 tu geng perpaduang ke?..azizan siap bole ckp pas n umno kat kedah mcm adek beradek..
kutuk lebeh2 azizan, jgn smpai die guna stail hadi utk test market.."hang jgn nk perleceh aku, sat lg aku tak mau jadi calon"..
virus ug masih segar bugar dalam pas, cayalah.
ala bakaq, sudah-sudah hang nak naikan ratting blog hang dengan mainkan issue KUIN ni...banyak lagi issue yg hang bolih main..sebab gue nampak cara hang dan beberapa blogger and aziz macam mau buat caracter down aje..terutama pada TGHA and UA....
Taulah hang tu penyokong kuat bang mat..tapi jangan lah main tektic kotor macamni..mau downkan UA and TGHA...hang cuba selidik sapa dia yg jadi master main yg buat budak-budak KUIn ni demo..apa kah issue yg d mainkan budak-budak tu issue national atau local and atau hanya peringkat KUIN aje..pada gue cuma issue peringkat KUIN aje..and suka hati KUINlah mau sewa and buat apa dgn bangunan nye..budak-budak tu ..sepatutnye belajar aje..and depakan dah aku janji masa masuk KUIN..
kenapa langgar aku janji..
gue bab KUIn ni hentam TGHA ni,,gue tak sependapat dgn lu...and gue juga tak sependapat dengan puak yang suka level pimpinan PAS dgn geng UG, IRC,JIM atau sebagainye..
ada kepatut depa kata khalid sama IRC and dr hata IRC..dah dekat 30 tahun lebih berjuang and bergelumang dgn PAS...masih d level IRC and JIm..tolonglah..hentikan kerja level melevel...
Bagi gue , gue terima aje yg mau berjuang dgn PAS, tak kira mereka tu..IRC, JIM, ABIM, ex-Umno, Syiah, Wahabi, ..sebab bila masuk PAS...semua nye kena ikut dasar PAS.
bukan bolih meng IRC and JIM, Syiah, wahabikan PAS.
Itulah kelebihan perjuangan islam melalui PAS..ia d sokong dari semua golongan yg mau melihat islam d laksanakan d msie ni..
NOK
Hehehe....truskan ..truskan ..Bakaq AKA penarik beca...truskan kasi hantam sama itu ustaz Azizan...I LIKE...hahahaha....
Ko nie patot la anak ko mati awal..kalo anak ko hidop , besar sok pon akan jadi pendemo @ tukang tunjuk perasaan..tak kira ar untuk PR ke @ untuk BN..mewarisi sikap ko yang sker ngn kontroversi, sker ngn huru hara..ko tak sker kan dengan kedamaian & keamanan..ko x bley carik makan..hehehe..mau ada kecoh , huru hara, baru Bakaq AKA penarik Beca bole carik makan maaa..hahaha...truskan BAKAQ...I LIKE.
Pak Bakaq,
Hang ni memang suka "bakaq" kelambu ka bila seekur dua nyamuk gigit hang ? Azizan hantaq polis dan water cannon ambush pelajar KUIN yang berdemo tu hari ka ?. Berapa ramai yang kena gas pemedih mata dan masuk hospital ?. AUKU tu ciptaan Azizan ka ?
Kalau Azizan tak melarang pelajar berdemo, apa rasionalnya nak larang Hj Hadi ikut hadir berdemo di KL tu hari. Yang melarang berdemo di KL tu undang2 ciptaan Hj Hadi dan Azizan ka ? Kedua2 mereka lakukan berlandaskan perlembagaan yang membenarkan warga buat begitu. Yang menghalang adalah polis atas restu UMNO BN.
Aku tak heran la Pak Bakaq kalau Aziz Bari serang Azizan. Aziz dan segolongan tertentu mengambil pendekatan sedikit radikal berbanding golongan lain seperti Azizan dan Hadi. Pendekatan saja berbeza sedangkan matlamat sama. Pertembungan akibat percanggahan pendekatan inilah yang menimbulkan sedikit ketegangan walhal matlamat dan mimpi mereka sama.
Tak kan lah kerana konflik remeh macam ni Pak Bakaq nak perbesarkan ?. Takkan lah kerana nyamuk atau agas seekur dua menggigit Pak Bakaq sanggup "bakaq" kelambu ?. Semangat berkobar2 saja tak cukup kalau emosi kerap mengatasi akal yang rasional !
Naik kereta mesti ada lesen, mesti pakai t/pinggang kleder. mesti tayar ada bunga: itu semua undang undang thoghut. Tapi pasai apa ikut, Begitu juga undang undang lain pun thogut jugak. Negara kita pun masih aman pasai ada undang undang thoghut ni. Apa yg penting undang undang itu dapat menjamin disiplin dan keamanan rakyat. AUKU pula untuk jamin disiplin pelajar di u macam undang undang di sekolah jugaj. Takkan nak biar pelajar di U tak ada kawalan undang undang. Orang yg tentang AUKU ni memang tak pakai otak, kerana suruh mansuh terus, kalau suruh pinda tu ada la rasionalnya. PR memang kurang rasional oleh itu harus ditolak olh. rakyat.
Anom. 7,
Bagilah komen yg akademik, jgn mengutuk tak tentu pasal mcm budak tadika. Ajal, maut di tangan Tuhan kan. !,,
Bawalah hujjah untuk melawan hujjah penarikbeca tuu. ?.
a'ah kan pak bakaq. auku ni undang2 taghut kan kan.
budak u yg meniru dlm exam kena dibebaskan. sebaliknya budak2 yg tak meniru tu yg bodoh pasal tak tiru.
budak u yg merempit kena dibenarkan. sebaliknya budak2 yg tak merempit tu yg bodoh pasal tak merempit.
dulu ada budak uitm buang bayi kat kampus, itu pun kena dibenarkan nihhhh.
budak u nak guna facility u utk "main", silakanlah!!
budak u yg jual body kena dibenarkan. sebaliknya budak2 yg tak jual body tu bodoh tak pandai cari duitkan.
budak u buat bisnes jual cd blue pun boleh.
kalau tak pernah jadi budak u di alaf baru ni, tak payah lah nak bercakap macam tahu segala.
dah nak akhir zaman. zaman fitnah. eh, pak bakaq tak percaya kot hadis tentang itu. org syiah kan kata nabi muhammad pun bertaqiyyah mcm mereka. wa iyazubillah!