Sedap!! Klik gambar di atas!

Kecuali Hanipa, dalam PAS semua takut kepada Azizan

Satu hari salah seorang orang besar di Kedah menjawab panggilan telefon dari Menteri Besar negeri itu, Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Selepas dia menjawab panggilan tersebut, seorang kawan yang berada bersama pegawai berkenaan secara bergurau bertanya, "Ana ingat, bila anta jawab call Azizan, anta bangkit berdiri (tak berani jawab sambil duduk)".

Di Kedah, sampai begitu sekali diejek jiwa hamba orang-orang besar dan kecil dari PAS kepada Azizan. Bila dengan Azizan, depa behenti jadi orang. Alasan depa menikus ialah bila berhujah dengan Azizan, depa tak menang.

Ketika dia jaga Harakah (saya tak lupa dan berterima kasih jasa dia bagi peluang saya menulis di akhbar itu), ada la beberapa kali saya bertengkar dengan Azizan. Dia pernah kata kat saya, "(bila bertengkar) aku nak menang". Saya tulis "aku nak menang" sahaja sebab saya tak ingat secara jelas apa perkataan yang dia gunakan. Tapi maksudnya gitulah, bila bertengkar dia nak menang.
Link
Hari ini, FMT melaporkan Prof Dr Abdul Aziz Bari menggesa Pakatan Rakyat mengambil tindakan tegas terhadap Azizan kerana menggunakan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) untuk mengenakan tindakan disiplin terhadap pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kedah (Lihat FMT hari ini "Pakatan perlu ambil tindakan tegas terhadap Azizan" dan lihat juga Malaysiakini hari ini "Pro-UUCA Kedah MB should join BN, says Aziz Bari").

Malah, Dr Abdul Aziz juga kata kat Azizan, "Kalau nak sokong AUKU, masuk Barisan Nasional (BN)lah. BN pro AUKU".

Bila Dr Abdul Aziz sebut fasal tindakan, hanya PAS yang boleh mengambil tindakan kepada Azizan. PAS nak ambil tindakan kat dia?

Dalam artikelnya yang bertajuk "Future of Kedah in the balance," Joceline Tan menulis:
Despite being bogged down by health issues, Azizan has managed to fend off aspiring successors. During a State exco meeting, he said in passing that, “I don’t trust any of you”. No one in his party, not even his president Datuk Seri Hadi Awang, dares tell him to go.
Cerita dalaman PAS ramai yang tahu. Joceline dan ramai lagi tahu dengan tepat.

Bab Azizan ni, yang mampu saya buat hanyalah menasihatkan orang-orang PAS yang dilanda sindrom bacul apabila berhadapan dengannya supaya pergi berubat dengan Mohamed Hanipa Maidin (Lihat tulisannya "Pakatan leaders should respect Pakatan's reform agenda"). Bila dibelasah Hanipa punya tounge lashing, saya mendengar orang mendakwa Azizan jadi tak ketahuan darat dengan laut - macam orang tak ada akal dan mengejek-ejek dengan name calling, "lawyer liar" la, apa la. Malah ada dakwaan yang menyatakan, bila dah tak reti nak jawab apa dan mati akal nak berhujjah macam orang waras, Azizan pernah ajak Hanipa bertumbuk dengan dia.

Janganlah lupa:
Kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia berjaya menggulingkan presiden-presiden mereka kerana kebangkitan-kebangkitan tersebut tidak mempunyai pemimpin - Rashid Al-Ghannushi.


Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Nama Azizan sesuai untuk orang pompuan. Hehehe

  2. aku kesian kat org kedah..."keluar mulut rimau masuk mulut buaya". Ini semua kes gila kuasa....apa depa ingat boleh hidup sratus tahun... insaf2lah Zizan oi ...dah tal lama lagi tu..., baru ni jer dah diberi warning nak mampus...

  3. Sekarang ni BN masih menguasai persekutuan dan AUKU masih berkuat kuasa di seluruh Malaysia. Jadi KUIN tentunya masih tertaklu ke di bawah AUKU seperti mana institut pengajian tinggi lain.

    Aku tak fikir Azizan sebodoh itu. KUIN masih perlu mematuhi AUKU, lainlah kalau PR dah berkuasa sepenuhnya..dan kalau ketika itu Azizan menghalang AUKU ditamatkan, maka barulah beliau boleh dianggap tidak mematuhi Buku Jingga dan wajar dipecat.

    Belajarlah menjadi cerdik sedikit. Ada sebab besar kenapa Azizan bertindak begitu. Jangan samakan beliau dengan Hassan Ali atau Zulkifli Nordin. Tenang2kan fikiran dan fikirlah secara waras sebelum bertindak.

  4. Sila baca dan edarkan komen dari saudara MSO mengenai isu ini.
    Berfikirlah kerana berfikir itu pelita hati.
    Jangan disebabkan kritikan biadap oleh segelintir penyokong PR yg emosional dan berotak lembu, rakyat diatas pagar akan bosan dan berpersepsi yg PR ni di pimpin oleh pemimpin yg tak jujur. Tahniah MB Kedah kerana bersikap sebagai pemimpin Islam yg jujur dan amanah dalam memimpin umah.
    WALAUPUN SESEBUAH NEGERI ITU DIPERINTAH OLEH PAKATAN RAKYAT TETAPI IA TETAP TERTAKLUK DAN TERIKAT DENGAN UNDANG UNDANG KERAJAAN PERSEKUTUAN.

  5. bertumbuk kompom masak hanipa maidin...MB Kedah dah macam Sayyidina Umar Al-khatab,bengis tapi berjiwa rakyat.

  6. hang silap bakaq, hat nak bertumbuk lepas pilihan raya 2008, pas kedah lantik senator pak cop/yusuf husin,depa nak lantik orang muda, x mau pak cop si hanipa maidin hentam dalam mesyuarat kata mb gila kuasa lantik sendiri, ustaz azizan angkat la penumbuk tunjuk kat lawyer hebat 2, pas2 habaq pas kedah lantik senator rujuk dgn pas pusat, hantaq surat kat setiausaha agong, pas pusat x bantah, terlantik la pak cop, angkat penumbuk la pasai si hanipa 2 tembak x btoi, pas2 depa minta maaf dah, dah ok, xdak masalah, la ni masalah hang nk jadi batu api, aku doa Tuhan tunjuk jalan kat hang, aku x mau hang jadi mcm lah 46 kat kedah, mula2 gila, pas2 sakit teruk nak mati, lah 46 sama la mcm hang, dulu baik dgn ustaz azizan, pas2 jadi masalah xdpt projek , mula la fitnah mcm2, buat cerita pasai ustaz azizan, la merana, klu hang x percaya hang pi la tanya kwn2 mat sabu kot area sg limau 2, hang tanya haji najib mesti dia tau, aku malas nk tulis maki2 hang, pasai hang pon jenis ckp x serupa bikin, dulu time hang buat artikel pasal ustaz azizan kaya, hang dah janji xkan komen lagi dah pasai ustaz azizan, tgk2 hang dok komen jgk, so hang mmg jenis x pegang janji la, pas2 anom 12.13, hang bkn org kedah, klu huduh sgt perangai dia, x mng 4 penggal, dia mng pasai org kwsn dia kenai la dia, bkn mcm hang

  7. Apa merepek ni? Kalau nk serang MB tu boleh tapi minta la dulu penjelasan apa masalah sebenarnya, kool la sikit. Kalau tak tahu kedudukan sebenar jangan gatal2 nak ulas nanti lain jadinya. KUIN tu memang hak kerajaan negeri tapi AUKU tu adalah salahsatu syarat penubuhan semua IPT oleh kementerian.Sekiranya AUKU tak digunakan dalam kes ini atau MB masuk campur menongkah arus resikonya KUIN boleh digantung. Ini jerat...tak tau ka.Sebab tu MB suruh pelajar2 buat rayuan tapi yang nak dengar nasihat puak2 yang mencucuk tu buat apa. U all tau ka latarbelakang antara pelajar2 tu..dia tu pun kuat mencucuk pelajar2 lain sambil mencari publisiti dan sengaja mencari isu untuk memporak-poranda KUIN padahal sebelumt masuk ke situ keadaan KUIN tenang saja. Cubala siasat dari mana datangnya sebelum masuk KUIN dan kenapa masuk KUIN, dah tu pandai temberang pulak pada pelajar IPT lain untuk perjuangan pelajar konon. MB adalah mangsa diaorang ni.. sebab dalam mensyuarat MPM target mereka adalah MB sendiri padahal masalah kuliyah tahfiz tu cuma batu loncatan mereka saja. Yang kasihan pelajar2 lain yang termakan dengan perjuangan pelajar yang entah apa2 ni. Sebenarnya isu KUIN ni boleh diselesai dengan mudah tapi mereka sengaja tak mahu selesaikan supaya nampak kegagalan kerajaan negeri.
    komen komrad :)

  8. seorang sahabat kata -kes KUIN- Apa merepek ? Kalau nk serang MB Kedah tu boleh tapi minta la dulu penjelasan apa masalah sebenarnya, kool la sikit. Kalau tak tahu kedudukan sebenar jangan gatal2 nak ulas nanti lain jadinya. KUIN tu memang hak kerajaan negeri tapi AUKU tu adalah salahsatu syarat penubuhan semua IPT oleh kementerian.Sekiranya AUKU tak digunakan dalam kes ini atau MB masuk campur menongkah arus resikonya... KUIN boleh digantung. Ini jerat...tak tau ka.Sebab tu MB suruh pelajar2 buat rayuan tapi yang nak dengar nasihat puak2 yang mencucuk tu buat apa. U all tau ka latarbelakang antara pelajar2 tu..dia tu pun kuat mencucuk pelajar2 lain sambil mencari publisiti dan sengaja mencari isu untuk memporak-poranda KUIN padahal sebelumt masuk ke situ keadaan KUIN tenang saja. Cubala siasat dari mana datangnya sebelum masuk KUIN dan kenapa masuk KUIN, dah tu pandai temberang pulak pada pelajar IPT lain untuk perjuangan pelajar konon. MB adalah mangsa diaorang ni.. sebab dalam mensyuarat MPM target mereka adalah MB sendiri padahal masalah kuliyah tahfiz tu cuma batu loncatan mereka saja. Yang kasihan pelajar2 lain yang termakan dengan perjuangan pelajar yang entah apa2 ni. Sebenarnya isu KUIN ni boleh diselesai dengan mudah tapi mereka sengaja tak mahu selesaikan supaya nampak kegagalan kerajaan negeri.

  9. maghah kat ustaz azizan launh buku anti syiah baru ni kot

  10. Aziz Baru tu baru masuk pakatan dah berlagak, kalau ada jawatan aku tak taulah macam mana feelnya nanti... AUKU masih releven untuk kawal pelajar u yang bertindak tak pakai otak. Jadi pembangkang bolehlah pejuang hak asasi kononnya, bila jadi pemerintah nanti macam macam undang undang pulak kau buat, untuk kawal orang... Contoh AMK desak supaya Ibrahim Ali dihalang masuk Selangor, apa hal tu, nak halang kebebasan orang bergerak, dengan ibrahim ali pun takut, itu belum hassan ali lagi...

  11. kita ni org biasa, mungkin ada makna tersirat azizan buat semua mende tuh.. lagipon azizan dh kata, AUKU tu bwh federal, kalo naktentang bawaklah gi mahkamah.

  12. tang syiah tentang kita tentang habisan..lebih bahaya dari auku

  13. Nampak gaya PAS kedah korek lubang kubor sediri....

  14. Salam,

    Wow, banyak blog PR and termasuk yg baru prof aabi hentam Mb Kedah..kesian nooo dia..udah dekat 2 minggu d hentamm..tapi klo fikir-fikir balik..pelajar ni..belajar ajelah..kena buat demo pasal hal pentadbiran..macam bakar selalu p makan minum drestoran takwa..tiba..taukey restoran tu..mau kepung sekit kaw restoran utk bagi gue jual burger..and the same time pekerja restoran complain and berpikit membantah...apahal pekerja tu mau bantah..kedai tu bukan dia punya..kan taukey tu punya..bagi jual burger..pun dpt hasil sewa..kerana pekerja mana tau..income restoran tak cukup mau bayar gaji pekerja...dengan sewa kawa jual burger..kan dpt duit utk bayar gaji..lagipun banyak pelanggan bayar bulanan and some time bayar lambat...maka tu,,,gaji pekerja pun lambat..bila taukey beri penjelasan tak mau dengar..so, taukey rstoran pecat ajela...tiba-tiba bakar pulak hendak tolong pekerja ni..tolong demo and suruh taukey restoran berhenti niaga..patut bakar tolong jelaskan and suruh aje pekerja menangis and merayu supaya..taukey ambil pekerja tu bekerja balik..sebab taukey ni..klo lawan keras..dia lagi keras..so, kena lembut leeeee..

  15. salam...

    kah kah kah...

    aku lagi kesian kat orang yang tak tahu hujung pangkal...

    tapi sibuk nak komen jugak...

    lu dah kah kah kah ka...

    ka lu da kena ludah...

    ludah pang5 ludah...

    kah kah kah...

  16. Saya tak tahu.
    Pilihan Raya Dah dekat.
    Apa kah tulisan begini menuntungkan?
    Tiadakah cara lain yang sesuai?
    Cara dalaman?
    Menghentam pimpinan sebegini..
    mampu menggugat situasi.
    Selalunya pihak musuh berbuat demikian..
    yang menulis tak fikirkah kesudahan,
    alasan kebebasan berkarya,
    Tak tahulah saya
    Itu sudah menjadi trend.

  17. Ini Azizan drebar Anwar yang kena sontol dulu ke?

  18. Ismail Kamus pun dah habaq kan, JAN tu maknanya BAPAK JIN... Tak hangpa tak leh nak pikiaq kut.. JIN tetap JIN.. Pasai tu la JAN suka sangat kat puak JIN.. Kawan-kawan rapat dia pun ramai dari puak JIN.. Hat yg dok dalam PAS pun kalau tak perangai JIN, depa puak JIM.. tak caya pi tanya YB Amirudin.. tapi kalau nak bodek Amirudin, hangpa pakat la bawak madu asli kat dia..habuan pengeras...pengeras peliaq..pasai dia pun dah serupa dgn Bang Jan jugak..cuma tak secukup perangai jin terajang bini la..

  19. Azizan adalah contoh "Pimpinan Ulamak" yang bodoh giler.
    Ayoh kita hapuskan dogma Hindu "Pimpinan/Ulama/Brahma" parti PAS.!!!

  20. Ulamak seperti Azizan perlu belajar ilmu Sains Mathematil ,politik dan lain2 cabangan ilmu, jika mahu memimpin. Tidak kalu Pimpinan Ulama/Islam jadi pimpinan bodoh.!!!
    Abdul Hadi satu lagi contoh "Pimpinan Ulama bodoh". Dia kata LKS dan Ks adalah expired medicine. Dia shorkan Unity Gomen dan dia tudoh orang Serawak tak undi PR kerana pakai cawat.Heh,heh, dia sendiri yang tak pakai cawat/seluar dalam, kot.???

    Iqrak untok faham kebodohan dan ke-tidak Islamk-nya Pimpinan Ulamak PAS.''

    http://warongpakyeh.blogspot.com/2011/05/woi-pas-hapuskan-dogma-hindu-kamu.html
    .

  21. Kedah not too bad actually. Credit to MB, PAS Kedah & co!! TAPI si MB ZizzZZan tu kena la wake up & smell the coffee.. just b4 it too late & he goes into his coffin.. haha. Buat kerja ikut la akhlak Islam, dengan gentlemen, tawaduknya, ikut dasar parti & muafakat PR... kalau tak, boleh belah la ZizzZZan oii. Orang lain pun layak tempat lu. Jangan kerek sangat!

  22. Anon 6

    Bnyk kalai dah hang kata aku janji. Aku tak ingat ada janji gitu. Tapi kali ni aku janji - aku tak akan tulis fsl Us Azizan kalau dia berhenti buat perangai.

    Fsl kaya: Dari awal lagi aku tulis Azizan mungkin jutawan sebab masa jadi pensyarah UKM dulu dia beli tanah area Bangi. La ni tanah-tanah tu katanya dah naik harga berjuta2 ringgit. Maknanya, Azizan jutawan. Aku ulang: dia beli tanah dengan duit gaji dia sebagai pensyarah di UKM. Ada apa2 salah dgn cerita tu?

  23. Tuan Penarik Beca, adik ambik komen nombot last nih untuk tulih di blog antiparasitpas.blogspot.com. Minta halai...

  24. hang janji la bro, cek la balik, hang ckp hang x mau tulis dah pasai dia, hang tau mana dia buat perangai, hang dengar statemant dia ka,hang x selidik perabih ka isu ni, awat hang x tanya helmi setiausaha akhbar dia,kan member hang 2, yang hang pi tanya sapa, sumber mana hang dapat, org hat meluat kat dia,hang kena ingat, dr segi manusia sesama manusia hang dgn dia byk mana hang tolong org berbanding dia, hang berjasa apa kat rakyat kedah nk komen pasai MB kami, hang bertaubat la wei, aku x mau hang jadi mcm lah 46, merana, kesian kat anak bini hang,org tua 2 mmg x sempurna, byk kurang, tapi hat baik byk jgk, byk faktor dia jadi MB faktor utama kuasa Tuhan, sama la mcm kes Lah 46, dok sihat elok2 jadi gila tiba2 kuasa tuhan la 2, takut nanti satu hari nmpk hang jadi lagu 2 pulak la, org tua 2 xpa la, dia mmg dah tua dah, Allah dah angkat dia jadi mb dah,dia dah cuba sedaya upaya nak elokkan negeri kedah klu dia jatuh sbb dia byk gila buat silap xpa, tapi klu dia jatuh sbb fitnah dgn batu api, dia kira dizalimi, org hat buat naya kat dia, x kat dunia, akhirat ada, mcm kes lah 46 la, aku ulang kes lah 46 pasai aku tau hang tau pasai dia, hang kan baik dgn geng2 mat sabu, geng pak ya suma, hat dok buat kacau kat kedah byk org luar ja, kami org kedah xdak masalah dgn dia,kami tau dia x mkn duit, kami tau dia xdak kroni, kami tau dia x himpun harta, kami tau dia x pki ap beli keta br nama sendiri mcm mat sabu hang dgn mahfuz hang, dah la bakaq ai,aku cabar hang, hang pi sg limau, hang pi bwk cerita hang ni kat org2 pas kat c2, tgk depa nk kata apa, thanks sbb respond comment aku, jgn komen pasai Pas dah la, mentang2 kwn baik hang la timbalan presiden pandai2 nk komen pasai pas lebih2, hang berjuang brp thn, ustaz azizan brp puluh tahun, berapa ribu dia abis kat Pas, tapi dia bkn jenis jaja diri tunjuk baik, dia x hentam Pas lain terbuka sbb dia x suka kat depa, mcm kes nasha dgn hassan ali, org pas kedah tau lama dah, tapi x hingar la, jaga parti, bkn pimpinan, tapi parti, hang pelingkup parti.

  25. Pak Bakaq nie....dok tunggu duit masyukkk dari agen APACO ...coz pilihanraya 13 dah dekat.

    Klu masyuukkk.....lagi mengebat tulisannya....

    Konon penyokong PR padahai dia x ubah mcm Hassan Ali,Zul Kulim.,tapi baik sikit dari Pak Brhagim Ali...kot.

    Itu kiblat perjuangan PB.sebenaknya,

    Terkilas ikan d ayak kita dah tau ia hanya ikan Belacak.

    Ha!ha!.

  26. Hmm... ingatkan ameno je yg assobbiyah.

  27. PAK BAKAQ....Hang pi cerita dlm kelambu yg dah lapuk do ingatan kau tu buat apa ha....kau tak terpikir ke apa yg org nak kata kat hang...org kata atau depa kata hang batu api...dulu pun hang dah kena dgn batu api(FIRESTONE)....hahahhahaha kan dia kata KUIN tu hak negeri kedah tapi undang2 hak persekutuan....hahaah

  28. Hoi bangang no 24

    Nak nanti ada jasa banyak baru nak boleh tunjuk perangai busuk pemimpin supaya rakyat nampak, sampai bila pun tak boleh! Bangang!

  29. Mmg la Hanipa Maidin keluar knyataan mcmtu psal dia ni Timb.Lajnah Undang2 & Hak Asasi-PAS Pusat..dia ni peguam PAS & yg plg pnting peguam yg mewakili SYIAH dlm kes syiah saman utusan..pndek kata dia ni syiah jgk..dlm PAS mmg dh dok ada syiah ni..dan DS Azizan pernah lancarkn buku "Kenapa Aku Meninggalkan Syiah"..bersama2 dgn Dr Aziz Hanafi ( Dekan KUIN)..tu yg rekrut2 syiah dok mengamuk kt KUIN tu..kalau x pcaya tgok la sapa wakil pelajar yg dok mengamuk kt KUIN tu??..bkn ke si Khalid Ismath bdk Law Uitm yg sibuk2 kt KUIN tu??..pasal mamat ni pn mmg Syiah totok..bukanlh pasal isu yuran @ AUKU tu sgt..saja buat rusuhan nk jatuh ulama2 sunnah yg tentang Syiah..sedangkan IPTA/IPTS lain pn mcmtu jgk apesal tetiba dok hentam PR @ geng sendiri..x usah nk taqiyah la..Kalaulah PAS sndri yg perintah m'sia syiah xkn sokong jgk slagi bkn diaorg sndiri yg perintah..tu yg dok x abih2 revolusi2..bukak la mata korang ooi!!..aku syg PAS tp aku xkn biarkn anasir syiah ni ada dlm PAS!!

  30. http://gerai3abdul.blogspot.com/2012/01/jatuh-azizan-tukartiub-dah-mcm-barua.html
    layan blog nie lagik best.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008