Sedap!! Klik gambar di atas!

Kalau Altantuya masih ada, dia pun heran kenapa Rosmah tak saman SMH

Apabila The Sydney Morning Herald mendedahkan Datin Seri Rosmah Mansor membeli belah dengan begitu boros dan serakah sehingga kira-kira RM325,000 dilaporkan telah dikerjakannya, beliau hanya sekadar menjawab, "Semua itu karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar". Ketika kita tertanya-tanya mengapa beliau liat sangat nak saman SMH dan ada pula yang mencabar beliau mengheret akhbar tersebut ke mahkamah di Australia, tiba-tiba wartawan yang menelanjangkan perbuatan itu, Andrew Hornery berkata:
FLOM (wanita pertama Malaysia) dakwa saya membesar-besarkan secara liar lawatan sambil membeli-belahnya di Sydney? Saya tetap pertahankan setiap kata-kata saya. Sumber saya amat kukuh.
Bak kata orang, bolehlah kita beli pop corn ka, maruku ka, kacang goreng ka siap-siap nak baca berita seterusnya. Lagi pun, Rosmah pun dah kata, "The Australian designer will be making a statement soon" (The Sun 23/1/12 "Rosmah: Aussie report on shopping spree all rubbish").

Apa pun, Rosmah memang kaya. Dalam berita Bernama bertajuk "Tabung Gaza dilancarkan untuk bantu penduduk Palestin di Gaza", dilaporkan:
Dr Mahathir juga mengumumkan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, yang merupakan penaung Tabung Kemanusiaan Palestin telah menyumbang RM1.5 juta kepada Tabung Gaza.
Kalau dia boleh derma RM1.5 juta gitu-gitu ja, bayangkanlah kekayaan dia. Pernahkah dia bayar cukai pendapatan?

Dan, barangkali kerana kekayaan yang luar biasa itulah ada yang bertanya, Rosmah sebenarnya mangsa atau pemangsa? (Berita Malaysiakini 23/1/12 bertajuk "Rosmah sangkal dakwaan berbelanja mewah" memetik Rosmah berkata, "Saya selalu menjadi mangsa")

Bila Hornery beria-ia enggan menarik balik apa yang dilaporkannya dan berkeras berkata "I stand by every word. My source is rock solid. Free press rules," saya teringat liputan begitu banyak akhbar di seluruh dunia yang mengaitkan suami Rosmah, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Walaupun maruah dan namanya dah di tahap taik babi, Perdana Menteri Umno itu tetap enggan mengambil tindakan terhadap akhbar-akhbar itu sama seperti Rosmah enggan mengambil tindakan terhadap SMH dan Hornery yang bertegas bahawa "my source is rock solid".

Bila tak berani saman, orang mudah membuat andaian apa yang dituduh tu benar.

Dalam posting bertajuk "Tengok Najib, teringat Altantuya. Tengok Altantuya, teringat Najib":
Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa Najib membersihkan namanya. Sambil menjangkakan media asing akan terus memburukkan Najib, Dr Mahathir berkata, apa yang lebih penting ialah apa yang difikirkan oleh rakyat Malaysia.

"Dengan merekalah Najib perlu membersihkan namanya," kata beliau.

Walaupun taikonya sendiri yang menasihatkan beliau membersihkan namanya, Najib diam. Nampaknya berkesan strategi beliau.

Selain Dr Mahathir, Tengku Razaleigh Hamzah juga menggesa Najib membersihkan namanya.

Razaleigh mengambil contoh tindakannya menyaman beberapa media asing yang mengaitkan beliau dengan beliau dengan skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF).

Tindakan undang-undang tersebut dibuat di negara dimana akhbar-akhbar tersebut diterbitkan, kata Razaleigh.

Beliau menang kesemua kes samannya, akhbar-akhbar berkenaan menyiarkan permohonan maaf malah beliau mendapat ganti rugi.
Berkaitan:
Sydney designer: Rosmah did make purchases (Malaysiakini 25/1/12)
Columnist: I verified details with designer Kapp (Malaysiakini 25/1/12)
Pereka fesyen Sydney: Rosmah memang buat pembelian (Malaysiakini 25/1/12)
Kolumnis: saya sahkan sendiri dengan Kapp (Malaysiakini 25/1/12)








Janganlah lupa:
Kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia berjaya menggulingkan presiden-presiden mereka kerana kebangkitan-kebangkitan tersebut tidak mempunyai pemimpin - Rashid Al-Ghannushi.


Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Kami cabar penyokong2 UMNO BN agar mendesak pimpinan yang mereka hormati itu ( PM Najib ) serta isterinya Rosmah agar menyaman berita tohmah paper luar negara bagi membersihkan maruah dan nama masing2. Dua nama ini jelas telah menyebabkan reputasi Malaysia di mata dunia tercalar teruk.

    Menjadi saksi kes liwat Anwar pun tak berani muncul di mahkamah dengan alasan keduanya tidak terbabit dan tidak kena mengena...nah...sekarang terang dan jelas maruah Najib dan Rosmah diinjak oleh akhbar luar negara ( kes Altantuya & kes berbelanja mewah ), Tak tahulah kalau penyokong UMNO BN anggap nama Rosmah dan Najib tu merujuk Mat Salleh kat UK atau Australia.

  2. Kami juga mencabar penyokong2 PKR mendesak Anwar saman Trio datuk T yang mengaku secara terbuka mendedahkan video Anwar Ibrahim dengan cina doll. Saman juga Nallakaruppan yang mendedahkan perangai buruk Anwar sewaktu jadi tpm dulu. kalau tak...2 x 5 jer

  3. Percayalah dekat empunya diri sendiri yang menafikan perkara tersebut. Kita kena bersangka baik sesama islam, kecualilah spesies yg. Lebih percayakan golongan kuffar penyebar fitnah. Benda buruk yang tiada sengaja nak korek nak perburuk orang lain. Inilah kerja pakatan rakayat, bukannya nak cari jalan perelokkan hidup rakyat. Kalau depa fikir cara ni boleh tolong depa naik jadi pemerintah, jangan harap la..

  4. La..berani lagi nak cakap pasal kes liwat? Nuar berahi tak nak bersumpah masa beri keterangan,takda pulak kau nak menyalak.LOL!

    Kalau saiful yang tak bersumpah,dah bermacam hukum dah yang keluar dari korang.LOL~

    Badut rakyat.

  5. Andrew Hornery - Journalist
    Sydney Morning Herald - Aug 8 to 9, 2009
    Sydney Morning Herald - Sep 26 to 27, 2009 (repeat)
    Numerous factual errors. Andrew Hornery, unable to transcribe accurately factual matters or deliberately engages in falsehoods to degrade his subject, and heighten his vitriole.
    Persons contacted by this dishonest journalist should not afford him an interview, as quotations will be altered to suit the journalist's purpose. Any correspondence with the editor responsible, Peter Kerr, fails to elicit a satisfactory response.

    http://www.australiasworstjournalist.com.au/media/newspaper/sydney-morning-herald/1-andrew-hornery

    Apa agaknya respond Pak Bakaq dgn info tu.... Dahlah ditipu dan menipu, sama-sama subahat sebarkan fitnah... aku curiga islam yg dibawa pak bakaq ni

  6. Najib selaku pemimpin yang memerintah Malaysia sekarang harus bersihkan dirinya dulu. Itu yang penting kerana pemimpin mewakili negara. Anwar tu cuma pemimpin pembangkang. Dalam hal sumpah laknat yer yer korang terima sumpah Saiful..tapi peliknya korang juga yang menolak Mahkamah Syariah dan Qazaf yang jelas merupakan mahkamah berasaskan Syariah Islam.

    Korang ni katogeri Islam mana pula ? Mahkamah Syariah dan qazaf tu untuk perhiasan ker ?

  7. berbaik sangka hotak korang. the designer himself made the statement, it was not an accusation la brader...ada beza antara kenyataan (bertulis/verbal) dan tuduhan. jgn jadi munafiq. korang baca sydney morning herald tu guna babelfish ke?

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008