
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pernah menghantar surat kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengadukan kelaku Datuk Dr Hasan Mohamed Ali ketika ahli politik itu masih menjadi Exco kerajaan Selangor dan Pesuruhjaya PAS negeri itu (kini kerja tetap siapa menghina perjuangan menentang murtad apabila perjuangan suci itu diperalatkan sebagai talian hayat survival politik jijiknya yang ketagih menjadi Menteri Besar?)
Selepas mesyuarat khas PAS pada 28/10/11, ketika ditanya oleh pemberita adakah beliau sudah menerima surat Khalid itu, Presiden PAS kata dia belum terima surat itu (Kalau dah lupa fasal mesyuarat itu, baca Malaysiakini 28/10/09 "PAS S'gor diseret ke JK disiplin" yang mana kesudahannya "Khalid digantung, Hasan lepas". Lihat video di sini).
Padahal, surat Menteri Besar Selangor kepada Presiden PAS itu dihantar dengan tangan.
Semalam, Harakah melaporkan, Abdul Hadi mengesahkan masih belum menerima sebarang memorandum daripada pertubuhan pelajar berhubung penggantungan lima pelajar Kolej Islam Insaniah (Kuin) di Kedah sehingga kini.
Selepas ini, Ahmad Sabki Yusof yang kini Penolong Setiausaha Agong PAS mungkin akan membuat kenyataan atau sidang akhbar untuk membuat pengakuan jujur bahawa beliau lalai, cuai dan entah apa-apalah lagi sehingga Presiden PAS belum menerima surat itu (lihat berita di bawah).
Berkaitan:


Selepas mesyuarat khas PAS pada 28/10/11, ketika ditanya oleh pemberita adakah beliau sudah menerima surat Khalid itu, Presiden PAS kata dia belum terima surat itu (Kalau dah lupa fasal mesyuarat itu, baca Malaysiakini 28/10/09 "PAS S'gor diseret ke JK disiplin" yang mana kesudahannya "Khalid digantung, Hasan lepas". Lihat video di sini).
Padahal, surat Menteri Besar Selangor kepada Presiden PAS itu dihantar dengan tangan.
Semalam, Harakah melaporkan, Abdul Hadi mengesahkan masih belum menerima sebarang memorandum daripada pertubuhan pelajar berhubung penggantungan lima pelajar Kolej Islam Insaniah (Kuin) di Kedah sehingga kini.
Selepas ini, Ahmad Sabki Yusof yang kini Penolong Setiausaha Agong PAS mungkin akan membuat kenyataan atau sidang akhbar untuk membuat pengakuan jujur bahawa beliau lalai, cuai dan entah apa-apalah lagi sehingga Presiden PAS belum menerima surat itu (lihat berita di bawah).
Berkaitan:
Isu Kuin: SMM mahu temu Presiden PasJanganlah lupa:
Sinar Harian 30 Januari 2012
SHAH ALAM- Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan mengatur pertemuan bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi membincangkan dan menyerahkan memorandum berhubung isu penggantungan lima penuntut Kolej Universiti Insaniah (Kuin), Kedah.
Semalam, Abdul Hadi berkata, beliau masih belum menerima apa-apa memorandum daripada pertubuhan pelajar berhubung penggantungan pelajar tersebut.
Pengerusinya, Ahmad Syukri Abdul Razab berkata, pertemuan itu amat penting bagi membolehkan Abdul Hadi menerima maklumat dan seterusnya mencari jalan penyelesaian yang adil.
Menurut beliau, memorandum tersebut telah diberikan pada Mei lalu dan diterima oleh Naib Ketua Pemuda Pas pada ketika itu iaitu Sabky Yusof.
"Kami tidak menyalahkan Presiden jika beliau tidak menerima memorandum itu. Tetapi mungkin ada pihak tidak bertanggungjawab yang tidak menyerahkan memorandum itu kerana pada tahun lepas, Dewan Pemuda memaklumkan bahawa mereka mewakili Abdul Hadi.
"Oleh itu, kami akan mengaturkan pertemuan dengan Presiden Pas dan akan menyerahkan memorandum sebelum ini dan yang terbaru. Mahasiswa mengharapkan pertemuan ini nanti bakal membuahkan solusi yang bermanfaat untuk semua pihak dan mengiktiraf perjuangan memansuhkan (Akta Universiti dan Kolej Universiti) Auku sebagai akta yang telah menzalimi mahasiswa selama 40 tahun," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Syukri turut berkata, pada tahun lalu, memorandum sama juga telah diberi kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Abdul Hadi turut menegaskan, dalam laporan semalam bahawa walaupun pertubuhan pelajar terbabit akan menghantar memorandum kepadanya, tetapi sehingga kini "mereka tak pun menyerahkan memorandum itu kepada saya."
"Kalau boleh saya pun nak tengok juga memorandum itu dan nak tahu juga apa yang nak dikatakan oleh para pelajar mengenai perkara itu," katanya.
Justeru, Syukri menyarankan agar Abdul Hadi patut merujuk perkara tersebut kepada Dewan Pemuda Pas, khususnya Ketua Pemudanya sama ada pernah menerima memorandum daripada mahasiswa atau tidak.
"Kami masih lagi mempunyai salinan memorandum tersebut. Antara isi kandungan memorandum itu ialah memohon pertimbangan Abdul Hadi untuk menasihati Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak agar tidak menggunakan Auku sebagai undang-undang di Kedah.
“Kami juga tidak nampak sebarang tindakan serius daripada Pas khususnya Dewan Pemuda untuk menasihati Azizan. Kami juga sehingga kini melihat Menteri Besar Kedah masih berpendirian untuk mempertahankan Auku,” katanya.

Kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia berjaya menggulingkan presiden-presiden mereka kerana kebangkitan-kebangkitan tersebut tidak mempunyai pemimpin - Rashid Al-Ghannushi.















Cantik? Klik 






Kes Zzzzzzz juga ke
Kepimnpinan PAS perlu mencari dan membina pelapis professional dalam pemikiran dan ber intehriti. Otak budak kampong malas dan takut2 tak boleh membawa PAS maju di arena politik. Ada kah PAS suatu parti bahalol? Tidak mungkin!
Bhai Pak Bakaq...
Kan ker gua ader bagitau... hahaha... sindrom hilang memorandum nih dah jadi semacam ketagih dah... tambah lagi kalu ader yang memorandum yang tibai pimpinan... tapi pelik aaa.. memorandum yang puji dan puja pimpinan boleh plak ader.... hahaha
saya tak tau kenapa yang Pakcik Penarik Beca ni sakit sangat hati dengan ustat Azizan tu.... dari mula dia naik jadi MB Kedah sampai ke la nie ada je hal yg buat Pakcik PB berbulu mata tak sudah2... Pakcik pi lah isi borang umno lg baik... jadi blogger umno ada masyuk apa...?
AUKU menzalimi mahasiswa selama 40 tahun...Biar betul, aku pun dulu mahasiswa juga, mana ada zalim, yang kata zalim tu sebab mereka menzalimi diri mereka sendiri. Nak berdemonstasi pun sabarlah dulu ,lepas sekolah lantak ko la. Eloklah AUKU dikenakan keatas budak U yg takdak disiplin atau bertindak melulu tak pakai otak U.
Apa daa PAS.??? Ini bukti kebodohan "pimpinan Ulamak".!!!
"Pimpinan Ulamak" yang buta kerana tidak kenal burok dan baiknya sesuatu undang2.!!!.
Keh,keh,keh.
Ini macam punya blunder, mana boleh jadi pemimpin lah.???
Makin kalot nampaknya PAS ni.!!!
Serah sahaja pimpinan kapada yang bukan Ulamak.!!!
rujuk.. http://warongpakyeh.blogspot.com/2012/01/azzizan-dan-pimpinan-ulama-pas-yang.html
Pak Bakaq punya pandangan kalau dibaca semula nampak sangat berat sebelah kepada kumpulan apa yang dipanggil Erdogan.
Jangan begitu kalaulah benar sangkaan saya. Buang masa dan kerja sia-sia sahaja. Apa faedah yang Pak Bakaq dapat? Begitu juga lain, tak perlu nak taksub UMNO atau taksub PAS buang masa saja. Jangan taksub Najib,jangan taksub TGNA, janga taksub Mahathir,jangan taksub Anwar Ibrahim,jangan taksub Lim Guan Eng. Ini semua kerja sia-sia,Di akhirat masing-masing nak lepas dir sendiri.
Masalah pengikut PAS ini main ikut saja. Sekurang2nya orang UMNO ada yang main ikut kerana nak duit. Yang PAS main ikut dapat apa? Siapa mengutuk,menghina,dan lain-lain.
Baliklah kepada AlQuran dan Hadis .Jangan menafsir agama sesuka hati. Jangan jual akhirat untuk dunia.
macam cerita drama bersiri...kalau tak terima surat takkan telinga tak peka..nak jadi pemimpin macam mana,
kot kalo SMM nak pergi, ajak sekali la adukataruna, mungkin tuan presiden lari masuk opis pulak tak keluar-keluar. kekekeke....
agaknya, yang orang atas ni pun banyak sangat dihurung "penasihat-penasihat membawa rebah". semua jenis nak selamat diri. jenis nak selamat pemimpin bermasalah. aish...
hahahaha...sebelum tanye memorandum yg ghaib tu, sila tanya tuan presiden mane die post mortem kekalahan pas di trganu?..x silap yg tu pun hilang skali..hahahaha..
mmg bijak org2 sekeliling hadi, die tau hadi ngan pak lah dua2 serupa, dua2 asik ZzzzZzz, bile ditepuk kepala suruh jaga, trus cakap bergagau2 mcm org gila isim..ape peranan hadi di pusat sebenarnya?..yg mastermind , yg act as presiden di pusat adalah stopa ali, sume org tau benda ni..hadi kena tipu buta2 dgn pemuda pas...
kat mesia ni mana ada yg mencapai taraf ulama! harap PAS berenti merendahkan standard ulama. yg ada tu level ustaz dgn pseudo uztaz je.
salam pak penarikbeca,
apasal duk tibai Penolong SU Agong PAS tu, hang pun takut kat Stopa SU Agung ke?
kalu masuk umno dapat juga duit tapi kalau masuk pas haram apa pun tak dapat...siap kena derma lagi..tabung sabil namanya...hehehe