Sedap!! Klik gambar di atas!

Hampa seronok sangat ka Anwar tak bersalah?

Dah dua hari Celcom buat hal. Sampai malam ni. Hantaq mesej lambat sampai. Line Celcom broadband pun macam nak mintak penampaq.

Bila keluaq keputusan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi, saya terus teringat kes Perak, negeri asal saya. Itulah yang saya beritahu kawan-kawan yang telefon saya. "Jangan seronok sangat," saya kata kepada yang menyokong Anwar.

Salah seorang dari mereka yang berada di perkarangan mahkamah memberitahu saya bahawa beberapa orang kuat Anwar dalam PAS, bergurau sinis dan bertanya, " bakaq mana? Tak nampak pun". Kawan saya itu beritahu, "dia tak mai, tapi dia tak sabotaj orang nak mai".

Petang tadi jumpa kawan-kawan di Restoran Thaqwa, termasuk seorang bekas Ahli Parlimen. Belum duduk lagi, depa macam tanya apa ulasan saya. Saya rasa gitu la. Harap sangat saya tak perasan macam orang nak tanya pulak.

Saya pun beritahu dalam loghat orang Perak: "Jangan jadi macam Yeop kite, mahkamah tinggi kate menteri beso. Mahkamah lepeh tu pulak, tumpo!"

Tak kisahlah tu. Saya yakin ramai yang fikir macam tu. Bagai yang dikatakan oleh wak yet paling lawak Datuk Seri Najib Tun Razak, belum muktamad.

Yang nak bajet macam innocent dan cuci najis yang tak habis-habis di hati dam mulutnya, dah pun bersuara.

Saya malas nak tulis apa-apa lagi. Saya dah beli maruku kat kedai minyak petang tadi. Ni sambil makan maruku, saya nak tengok apa penyokong Anwar tulis, apa pembenci Anwar tulis.

Saya juga nak bergelak ketawa puas-puas nak baca apa Raja Petra Kamarudin. Dari pagi tadi lagi, saya beritahu kawan saya, seorang pemberita Harakah, saya tak sabar nak nak tengok macam Raja Petra Kamarudin bajet diri macam best sangat. Saya beritahu kawan saya, kalau tak tepat apa dia tulis, saya jangka dia akan kata tu semua red herring. Macam-macam la dia akan kata untuk bajet diri dia tu macam bagus sangat.

Saya tidak menafikan jasa Raja Petra. Saya hargai susah payah dan penat lelah dia, walau dia pun macam saya dan orang lain, ada salah dan silap. Saya tak nak berlaku tidak adil kepada Mamat itu. Benda yang baik dia buat, sampai Akhirat pun tetap baik.

Yang saya nak buat satu sahaja, sambil makan maruku dan minum air sejuk, saya nak berhibur melihat asyiknya Raja Petra angkat-angkat diri dia sendiri dan ayat-ayat jakunnya terhadap diri sendiri. Harap tak marah, saya hanya nak berhibur!

Kalau anda pun nak berhibur setelah penat jugak buat beberapa kerja hari ni, mari baca "Who lost the plot?"
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. si bacul hilang pulak bila keputusan DSAI keluar mahkamah, tanda tanda bacul memang sebegitu dari kes memali hingga ke kes DSAI ni. alhamdullillah, moga moga ekonomi malaysia akan ransang dengan baik dan si bacul hilang dalam kenangan. buat habis beras aje suap badan se sedara khinzir, bukan boleh jual pun. mana ada sama seorang pemimpin ber integriti dengan si bacul gaya lembu fidlot!

  2. Alhamdulilah, seronok tengok Pak Bakar minum petang tadi..

  3. Bukan Pak Bakaq. PAS paling seronok bila Hassan Ali dipecat. Ada beberapa pemimpin PAS mungkin saya sokong terutamanya golongan ulama, kerana tiada pilihan terpaksa kerana tuntutan agama. Tetapi banyak calun PAS tak termasuk dalam golongan ulama seperti Hasan Ali yang kena pecat, Husam, Khalid Samad, Dr.Zulkifli dan lain-lain. Bagi oraang Melayu biasa, mereka sama saja dengan UMNO. Juga saya tak sokong ulama yang bukan nak berdakwah tetapi lebih berpolitik kerana nak menang undi PRU . Pak Bakaq pun tahu siapa.

    Pak Bakaq kalau jadi Hasan Ali nak buat apa sekiranya masih berminat bidang politik. Nak bersendirian tak boleh jadi kera sumbang. Pilihan tertinggal ialah UMNO,PKR, DAP atau KITA. Yang mana satu pilihannya. PAS yang buat dia tak ada pilihan . Pemimpin PAS ramai yang tidak berfikiran waras,malah yang ada sekarang tak ada kekuatan akhlak seperti pemimipin PAS dahulu. Mengumpat dan mencerca dah jadi budaya pemimpin pelapis baru. Lebih kurang serupa dengan UMNO.

    Satu lagi perkara PAS dah tak ada kuasa naka kata apa-apa lagi kat Hassan Ali kerana dia bukan lagi ahli PAS seperti Pak Bakaq. PAS hanya boleh buat ialah mencerca dan mengutuk saja boleh lah, setakat satu saja boleh. Saya pun tak sokong Hassan Ali, tetapi bagaimana pun saya katakan PAS betul-betul silap pecat dia. Pemimpin PAS tak pandai ,mungkin terlalu ikut perasaan. Orang Melayu biasa namapak PAS burk perangai!!


    PAS dan UMNO banyak datang masalah kepada orang Melayu. Susah kami nak undi PRU nanti. Kedua-dua lebih kurang serupa perangai. Kemungkinan besar ramai orang Melayu tak mengundilah PRU nanti.

  4. 1) keputusan hakim sekiranya dibuat kerana dipengaruhi oleh pihak lain sama ada menghukum atau membebaskan tertuduh adalah tidak adil.

    cuba perhatikan kenyataan Anwar di bawah:

    ("KUALA LUMPUR 9 Jan. – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan keputusan mahkamah membebaskannya daripada tuduhan meliwat ada kaitan dengan kebimbangan kerajaan terhadap imej buruk di mata dunia sekiranya beliau didapati bersalah.
    Kata Anwar, Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa berdepan hakikat negara ini akan disamakan dengan Myanmar dan Zimbabwe (dari sudut amalan demokrasi) sekiranya beliau didapati bersalah sedangkan Perdana Menteri ketika ini berusaha menonjolkan dirinya sebagai pejuang transformasi.
    “Saya juga percaya Najib turut menerima tekanan daripada pemimpin antarabangsa berhubung kes perbicaraan ini termasuk dari Washington yang menyuarakan kebimbangan terhadap kepentingan awam,” katanya seperti yang dilaporkan oleh agensi berita asing AFP hari ini.")

    Kalau difahami kepada kenyataan itu ia bermakna keputusan 9 januari itu ada campurtangan Najib kerana kata Anwar beliau dibebaskan kerana Najib bimbang imejnya akan tercalar. (seolah-olah bukan bukti dan penghujahan yang mempengaruhi keputusan tersebut)

    Jadi, Adakah kita wajib tentang atau biarkan sahaja perkara ini?
    Kalau hukuman 9 januari itu tidak memihak kepada Anwar dek kerana mahkamah di pengaruhi anasir luar...sudah tentu 100% la kita akan lawan. Tapi kalau keadaan yang sama cuma keputusan memihak kepada kita..macam mana pulak hukumnya ek?

    2) Dari awal kita dakwa semua ini rekayasa dan konspirasi, adakah keputusan Anwar bebas itu masih dalam grand disgn rekayasa dan konspirasi itu juga? kena hati-hati ni....

    3) Tapi kalau keputusan Anwar bebas itu kerana tekanan luar dan masih dalam rancangan rekayasa serta konspirasi..apa pula keputusan (penghakiman) sebenarnya?

    Heh, pening...aku peninnnnng!!!

  5. hahaha pak bakaq , aku dah cuba baca who loss the plot tapi tak lalu nak ngabiskan baca , bukan sekadar bajet diri bagus , benda yang dia cakap pun hanya repeat balik yang tu tu jugak dan frankly , org lain pun boleh 'kelentong' cam tu juga , mcm mcm manusia ni ...

  6. Setuju sesangat - I Hold The Phone sampai AG kata tak nak rayu baru pikir nak komen camne...

  7. Setuju sesangat - I Hold The Phone sampai AG kata tak nak rayu baru pikir nak komen camne...

  8. DSAI n PR pon sedar menda ni belum selesai... sbb tu DSAI tak cakap yg judiciary kita dh fully bebas... yg ckap bebas pon TDM n menteti2 BN...

    x kan dh bertahun2 menteri2 / media2 dok pulun yg DSAI ni peliwat... tetiba... hakim kata... bukan peliwat...

    ada udang disebalik batu... dan DSAI pon sedar...

  9. RPK la ni dok "gila isim" spin sana spin sini al-maklum lar pelarian macam dia ni nak meluahkan perasaan kat sapa lagi? so dia pon keep on menulis panjang lebar memacam hal untuk meluahkan perasaan.Tambah kelakar bila Haris quit MCLM dia buat lak citer yg haris ada maklumat sblum 901 ttg anuar akan dibebaskan sbb ada deal dgn najib untuk tidak memenangkan PR kahkahkahkah lawok giler ...yg best nyer xde sapa pon ambik pot bila dia menulis ttg tu cuma sorang balaci tua kutuk bernama MatSamanKati(MSK)owner(Malaysiatimes.my)yang percaya dan cuba sedaya upaya mendakyahkan pembaca blog dia .

    Kat bwh ni RPK cakap:
    "And if you are too dumb to see this and therefore would like to boycott Malaysia Today because you are too dumb to see this then be my guest. Good-bye and good riddance. We need thinking people, not people with a herd mentality who can be led like sheep." Khakk Ptuihhhhh lar RPK & MSK

    Bila org xmo percaya depa, depa lak cakap akai kita terlalu budoh sbb tak sampai tahap tu lagi yakni tahap depa membaca politik semasa dgn fakta dan ramalan lancau depa tu.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008