
Walaupun secara bergurau, saya selalu didebik oleh satu dua pemimpin PAS dengan kata-kata, "Jangan masuk campurlah, hang bukan ahli PAS!"
Pernah saya jawab balik dengan kata-kata, "Nak-nak satu hari esok rakyat kata kat hang: Jangan dok mintak undi kamilah, kami bukan ahli PAS! Masa nak undi bukan main lagi, macam adik-beradik punya baik. Tersengih-sengih macam kerang busuk. Bila time tak nak undi rakyat, berlagak lebih daripada apa lagi!"
Saya pernah kerja dengan PAS ketika masih lagi ahli parti itu. Antara time yang saya tengok para pemimpin PAS menggelejat cari orang luar ialah apabila belanjawan negara nak dibentang dan lebih-lebih lagilah selepas dibentang. Waktu-waktu itu, antara yang paling banyak menyumbang memberi input kepada Ahli-Ahli Parlimen PAS untuk membahaskan belanjawan yang dibentang ialah Prof Dr Jomo Kwame Sundaram.
Tak pulak masa tu orang PAS berlagak dan kata, "Hoi Jomo, hang jangan campur, jangan cuba nak ajar kami, hang bukan ahli PAS!"
Tahun 2007, ketika saya hampir-hampir satu-satunya blogger menulis agar ahli muktamar tahunan PAS tidak mengundi Ustaz Nasharudin Mat Isa dan mengundi Datuk Harun Taib (walaupun saya tak minat sikit pun kat dia - sikit pun tak minat), seorang pemimpin tertinggi PAS dari Kedah hampir tiap hari call saya bertanya saya tulis apa dan memberikan cadangan apa nak tulis. Saya memang suka berkawan dengan dia sebab dia pandai mujamalah walaupun mungkin dia tak suka kat kita. Saya juga hargai keprihatinan dia walaupun saya hanya tulis apa saya nak tulis dan tidak pernah ambil idea dia.
Ketika itu, saya bukan lagi ahli PAS kerana saya keluar PAS lebih kurang tahun 2000. Tak pula dia kata kat saya, "Orang luar jangan campur".
Selepas pilihan raya 2008, oleh kerana saya memang tak nak tulis dalam blog disebabkan saya menghargai jasanya kepada saya, saya tegur melalui SMS seorang pemimpin tertinggi PAS di Kedah supaya janganlah menggunakan kereta kerajaan untuk menghadiri program parti.
Selepas SMS itu dihantar, bak kata Mat Salon, the rest is history. Takat tu saja ceritanya. Hari ini, seronok jugak baca berita Sinar Harian:


Pernah saya jawab balik dengan kata-kata, "Nak-nak satu hari esok rakyat kata kat hang: Jangan dok mintak undi kamilah, kami bukan ahli PAS! Masa nak undi bukan main lagi, macam adik-beradik punya baik. Tersengih-sengih macam kerang busuk. Bila time tak nak undi rakyat, berlagak lebih daripada apa lagi!"
Saya pernah kerja dengan PAS ketika masih lagi ahli parti itu. Antara time yang saya tengok para pemimpin PAS menggelejat cari orang luar ialah apabila belanjawan negara nak dibentang dan lebih-lebih lagilah selepas dibentang. Waktu-waktu itu, antara yang paling banyak menyumbang memberi input kepada Ahli-Ahli Parlimen PAS untuk membahaskan belanjawan yang dibentang ialah Prof Dr Jomo Kwame Sundaram.
Tak pulak masa tu orang PAS berlagak dan kata, "Hoi Jomo, hang jangan campur, jangan cuba nak ajar kami, hang bukan ahli PAS!"
Tahun 2007, ketika saya hampir-hampir satu-satunya blogger menulis agar ahli muktamar tahunan PAS tidak mengundi Ustaz Nasharudin Mat Isa dan mengundi Datuk Harun Taib (walaupun saya tak minat sikit pun kat dia - sikit pun tak minat), seorang pemimpin tertinggi PAS dari Kedah hampir tiap hari call saya bertanya saya tulis apa dan memberikan cadangan apa nak tulis. Saya memang suka berkawan dengan dia sebab dia pandai mujamalah walaupun mungkin dia tak suka kat kita. Saya juga hargai keprihatinan dia walaupun saya hanya tulis apa saya nak tulis dan tidak pernah ambil idea dia.
Ketika itu, saya bukan lagi ahli PAS kerana saya keluar PAS lebih kurang tahun 2000. Tak pula dia kata kat saya, "Orang luar jangan campur".
Selepas pilihan raya 2008, oleh kerana saya memang tak nak tulis dalam blog disebabkan saya menghargai jasanya kepada saya, saya tegur melalui SMS seorang pemimpin tertinggi PAS di Kedah supaya janganlah menggunakan kereta kerajaan untuk menghadiri program parti.
Selepas SMS itu dihantar, bak kata Mat Salon, the rest is history. Takat tu saja ceritanya. Hari ini, seronok jugak baca berita Sinar Harian:
MB Kedah: Orang luar jangan campur urusan KuinJanganlah lupa:
ALOR SETAR - Orang luar tidak perlu masuk campur urusan pentadbiran Kerajaan Negeri termasuk isu Kolej Universiti Insaniah (Kuin) kerana pihaknya lebih tahu situasi yang berlaku berbanding pihak-pihak lain.
Mengulas gesaan Prof Dr Abdul Aziz Bari, Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, sepatutnya, pakar perlembagaan itu lebih mengetahui selok-belok undang-undang dan keputusan mahkamah dan oleh itu, tokoh akademik berkenaan tidak sepatutnya mempersoalkan tindakan pengurusan Kuin menggantung lima pelajarnya.
“Kita tidak akan layan segala desakan untuk menarik balik keputusan yang sudah dibuat. Lagipun isu ini sudah lama,” kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
Azizan diminta mengulas kenyataan Aziz dalam Wacana Sinar Harian kelmarin yang mencadangkan Pakatan Rakyat (PR) mengambil tindakan terhadap Azizan kerana menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) untuk menggantung enam pelajarnya sedangkan perikatan itu mendesak akta tersebut dimansuhkan.
Sebelum ini, dalam perbicaraan pada 25 Mei lalu, enam pelajar kolej universiti itu digantung pengajian dan seorang dikehendaki membayar denda.
Mohd Faiz Mohd Arshad digantung dua semester manakala Muhamad Aiman Che Abd Razak, Zukhilatif Marzuki, Mohd Azlan Mat Zain dan Ahmad Remi Mohd Arof digantung satu semester dan diberi surat amaran.
Seorang lagi, Mohamad Farhan Mohamad Baharin juga diberi surat amaran dan didenda RM100.
Mereka didakwa mengikut kesalahan di bawah Auku kerana menyertai demonstrasi, memberi ucapan di hadapan orang ramai menggunakan pembesar suara di sudut pidato dan mengadakan sidang media.
Mereka didapati terlibat dalam demonstrasi bertujuan menyatakan bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari.
Azizan yang juga Pengerusi Kuin turut menganggap kes enam pelajar terbabit selesai setelah mereka dikenakan tindakan tata tertib termasuk digantung pengajian manakala seorang lagi dikehendaki membayar denda.
"Kita tidak mahu melayan sebarang isu itu kerana mahkamah sudah menetapkan hukuman setimpal ke atas pelajar terbabit.

Kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia berjaya menggulingkan presiden-presiden mereka kerana kebangkitan-kebangkitan tersebut tidak mempunyai pemimpin - Rashid Al-Ghannushi.














Cantik? Klik 






Memang pelik kalau kita membangkang BN tetapi bukan ahli politik pembangkang..Aku ini pernah jadi ahli PAS tetapi sejak aku mendengar ceramah ulamak luar, membaca buku As shahid Syed Qutb dan segala ceramah berkaitan demokrasi, aku jadi tawar dengan sistem demokrasi. Sekaligus jadi tawar dengan perjuangan parti2 politik di dalam sistem itu termasuklah PAS!
Bila berada di luar barulah kita nampak kepincangan parti2 politik walau atas label apapun yang mereka pakai. Pokoknya yang perlu kita tentang ialah sistem itu sendiri yang amat merosakkan ummat, bukannya UMNO/BN semata2!
azizan wajar letak jawatan..
YB Datuk Saifudin Nasution wajar bertanding di DUN LUNAS semula dan dinobat sebagai Menteri Besar Kedah yang baru..
Mentaliti Ulama la tu. Orang lain tak boleh madsuk campur. Ini dDemocracy lah Azizan oi.!!!
Rakyat yang tentukan boleh masuk campur atau tidak. Apa daa "pimpinan Ulamak".??? Democracy pun tak paham ke.???
Azixan ni pundek punya Ulamak.!!!
Penarik beca,
Kes KUIN dengan AUKU sebenarnya kecil dan boleh diselesaikan sekiranya MB Kedah menyelesaikan dengan cara yang berhemah tanpa perlu bertanggoh sehingga menjadi pekara lama dan dibicarakan dimahkamah. Itu pandangan aku, kerana walaupun AUKU adalah ciptaan UMNO Baru tapi pemimpin Pakatan Rakyat khasnya MB Kedah masih boleh mengelak dari menggunakan. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.. tak gitu ?
Orang ramai yang mahu menghapuskan AUKU memang tersinggong dengan tindakan MB Kedah ini kerana bagi mereka orang tua ini sudah menongkah arus ketika pemimpin yang lain mengikut arus. Apa motif MB Kedah bersikap begitu, tak ramai yang faham. Sehingga timbul berbagai komen yang mengutuk tindakan itu. Komen paling sensasi "Kalau nak sokong AUKU masuk BN"
Tapi kenapa pula MB Kedah mengeluarkan kenyataan seperti "Orang luar tidak perlu masuk campur urusan pentadbiran Kerajaan Negeri termasuk isu Kolej Universiti Insaniah (Kuin) kerana pihaknya lebih tahu situasi yang berlaku berbanding pihak-pihak lain..." Tidakkah kenyataan itu berbentuk hipokrit ?
Disebabkan kenyataan seperti itu orang luar bukan saja menentang AUKU tapi mereka menilai kewibawaan MB Kedah dan bersedia berperang dengan kepimpinan yang dilaksanakan sekarang. Apakah blogger pro MB Kedah telah bersedia untuk mempertahankannya ?
Semuga Azizan tidak ikut gila seperti Hassan akidah.
Bila semua rakyat nk cuba tunjuk pandai, yg simple jadi susah. Selidik dulu pasaipa org tua tu kata cmtu?? KUIN tue memandangkan berada dlm negeri kedah dan sbg MB otomatik Ust Azizan jd pengerusi. bukan bermakna undang2 dia yang gubal. KUIN masih tertakluk bawah kementerian pengajian tinggi dan tertakluk kepada semua akta2 yg digariskan kerajaan PERSEKUTUAN termasuk AUKU. Hukuman dijatuhkan lembaga KUIN mengikut akta IPTA dan bukan personally by Ust Azizan. Sbb tue puak UMNO diam xmainkan isu ni sbb depa tau tue akta yg dibuat oleh kerajaan PERSEKUTUAN dan harus diikut semua IPTA yg berada dibawah bidang kuasa mereka. Orang PR yg terlebih cerdik plus emo ja layan isu nie. Org berilmu dan berpendidikan agama mcm Ust Azizan still cool sbb dia tau dgn jelas batas2 bidang kuasa dia. Dan kesalahan bukan terletak ditangannya. Andai KUIN bukan terletak bawah kementerian pengajian tinggi, KUIN xtertakluk lagi pada AUKU dan Ustaz Azizan br boleh dihentam jika masih menggunakan akta tersebut.
Simple soalan kepada tuan tanah & peng'komen' sekalian
1. Andai KUIN terletak di negeri selangor yg mana secara langsung diselia oleh kerajaan negeri dan otomatiknya Pengerusi haruslah DS khaled. Apa yg dia mampu buat?
2. Andai KUIN terletak di negeri P.Pinang yg mana secara langsung diselia oleh kerajaan negeri dan otomatiknya Pengerusi haruslah Lim Guang Eng (bayangkan dia masuk islam la..haha). Apa yg dia mampu buat?
3.Andai KUIN terletak di negeri Kelate yg mana secara langsung diselia oleh kerajaan negeri dan otomatiknya Pengerusi haruslah TG Nik Aziz. Apa yg dia mampu buat?
Persoalan sekarang bukan kapasiti individu tersebut tetapi bidang kuasa. Kuasa antara federal dan state government kita harus jelas. Siapa pon ditempat Ust Azizan takkan mampu buat apa2 sbb luar bidangkuasa dia..
Contoh terbaik isu setiausaha di selangor. Kenapa akhirnya DS khaled terpaksa terima Khusrin sbg SUK dia? walaupun kerajaan bwh Pakatan, tp bidang kuasa lantik setiausaha untk handle pegawai kerajaan di selangor masih bwh kuasa kerajaan persekutuan. DS Khaled terpaksa terima..
Contoh mudah untuk paklong2 kampung. Anak pak Mail isap dadah kt negeri kedah atau kelantan kena tangkap narkotik. Pak mail xboleh salahkan Ust Azizan atau TG Nik Aziz walaupon depa MB jika anak kena hukum gantung sbb hukuman dijatuhkan ikut akta polis yg ditetapkan kerajaan persekutuan..bukan kerajaan negeri..
Kesimpulannya, jgn hanya mengkritik jika kita tidak memahami isu sebenar. Percayalah, orang berilmu tinggi dan berakhlak mcm Ust Azizan takkan membiarkan rakyat marhaen dizalimi tambahan pulak dia jugak mantan pendidik & reaktor UTM dahulu. Terpelajar dan bukan orang sembarangan..Ini adalah masa terbaik utk bekerja keras terutama para blogger PR memberi penerangan sebenar isu semasa yg selalu diputarbelitkan kepada rakyat agar PRU13 pakatan bole tawan putrajaya. Pastu baru boleh kita perbetul mana yg pincang.
Mohon maaf & harap perbetul jika ada kesalahan & kekurangan diri..
Ikhlas,
Rakyat Kedah di Sri Lanka =)
(Pemerhati Tegar Politik M'sia)
aku pn naik heran gakk ,,ko ppn x paham undang2 jgk ke bakaq? stau aku mmg ustz azizan xde kuasa pnuh,,
Woi Rakyat Kedah di Sri Lanka.
Hang bangang macam Azizan jugak lah.
Isunya bukan bidang kuasa,tapi kezaliman AUKU. AUKU itu undang2 jenis "anti democracy" macam ISA/OSA,sedition, pelesenan media dan lain2 dan tidak sepatutnya di gunakan.Boleh guna undang2 lain seperti undang Quran2:252....La ikra fi deen. La ikra fi deen(tiada paksaan dalam agama) ni ramai Ulamak tak faham.Depa asek nak paksa aje.Tak dapat guna Quran depa guna hadis Bukahri Muslim. Tapi yang ini (AUKU), Azizan guna hadis UMNO.Kah,kah,kah.
Bangang jugak "Pimpinan Ulamak" ni.
Pakyeh..Orang cerdik dan berilmu tak membangangkan orang lain..hg igt hg dh cukup cerdik ka nak membangangkan org lain..Hang igt ustaz azizan tak paham ka kezaliman AUKU atau ISA/OSA??hg igt ustaz azizan tak reti ayat quran ka??masalahnya dia tak punya kuasa utk halang benda tue..negara ada undang2 dan perlembagaan..sbb tue pemimpin kerja keras untk tawan putrajaya bg merubah perlembagaan..baru boleh jalankan dasar ikut syariat Islam..sbb apa hg tak marah pemimpin PAS tak jalankan hudud?? sbb ia berkait perlembagaan dan BIDANG KUASA..Manusia berpikir dan berhujah guna akal yg waras, bukan ikut amarah..Jgn main ikut petik dalil quran dan hadis ikut sedap mulut dan tekak..Org lain pun mengaji agama jugak bro..