Sedap!! Klik gambar di atas!

Akhirnya bakaq kena jawab jugak apa yang orang tulis, orang komen

Satu

Bila kita kembali kepada Kekasih Teragung Yang Maha Suci, yang paling kita harapkan ialah keampunan dan belas kasihan-Nya s.w.t. Saya memohon Allah melimpahkan keampunan dan belas kasihannya kepada Syed Mohamad Syed Hasan yang saya kenali sejak tahun 1982 lalu. Staff Pejabat Agung PAS itu kembali ke sisi Allah pada pukul 8.30 pagi semalam. Begitu juga harapan saya untuk anak saya Muhammad Sadiq (2/1/94 - 4/12/10), ibu bapa saya, bapa mertua saya dan kita semua, mu'minin mu'minat muslimin muslimat.

Dua

Balik kepada cerita yang masih hidup. Cerita politik.

Saya pernah tulis, sama ada saya benci kepada Umno atau tidak, sama ada saya memohon Allah s.w.t. menyekat rahmat-Nya kepada Umno atau tidak, bukan saya yang menentukan. Kelaku Umnolah yang menentukan semua itu. Jika Umno tidak tindas orang Melayu dan semua rakyat Malaysia, jika Umno berhenti memfitnahkan Islam, berhenti menipu dan menzalimi orang Melayu dan semua rakyat Malaysia, saya takut berdosa kalau saya memusuhi Umno.

Malangnya, menunggu Umno menghentikan semua kelaku buruknya itu samalah seperti menunggu babi boleh terbang (istilah pigs can fly lebih sedap dari istilah kucing bertanduk).

Begitulah juga, sama ada saya berhenti menulis tentang macai-macai penjilat Umno di dalam PAS atau tidak, bukan saya yang menentukan. Memang, bukan saya yang menentukan - buruk kelaku merekalah yang menentukan. Kalau berhenti buruk kelaku mereka, berhentilah tulisan saya tentang buruk kelaku mereka itu. Kalau berterusan atau menjadi-jadi buruk kelaku mereka, berterusan dan menjadi-jadilah tulisan saya tentang buruk kelaku macai-macai Umno yang tak henti-henti dok kencing dan berak atas penat lelah dan susah payah rakyat melawan Umno itu.

Adakah menanti mereka menghentikan buruk kelaku mereka itu juga sama seperti menanti babi boleh terbang?

Ni masuk bab nak kena jawab.

Dah sampai ke peringkat hantar komen ke dalam blog saya, terpaksa saya jelaskan mengenai apa yang saya tulis dalam posting bertajuk "Masih ramai dalam firqah Umno yang membawa kad keahlian PAS". Antara lain, saya tulis:
Apa-apa pun, bak kata Orang Putih, untuk berlaku adil kepada Abdul Hadi, difahamkan majoriti ahli mesyuarat mahukan Dr Hasan digantung antara enam hingga 15 bulan. Tetapi, Presiden PAS itu sendiri yang menekankan supaya Dr Hasan dipecat. Kalau ada pembetulan kepada maklumat itu, saya akan siarkan.
Dah lama saya diberitahu ada yang menggelejat sakan. Tapi saya tak pernah nak merayau ke tempat Mamat itu dan macai-macainya menggelejat. Saya hanya baca apabila seorang kawan menunjukkan telefon Blackberrynya kepada saya. Dalam email kawan itu, ada tulisan Mamat yang menggelejat sakan itu fasal saya. Saya baca.

Nak heran apa, aku boleh tulis bantai buruk kelaku yang tak henti-henti dok kencing dan berak atas penat lelah dan susah payah rakyat melawan Umno, puak tu pun ada tangan juga nak tulis bantai aku. Takkan aku sorang ja yang reti tulis. Depa pun reti jugak. Biaq la. Tulislah. Apa salahnya. Takkan nak expect depa dok terbuku dalam hati ja.

Dalam pukul 7.49 malam semalam, sapa ntah aku tak tau telah hantar komen berikut di bawah posting yang saya sebut tu:
Yb salahuddin ayubi memegang keahlian wartawan penarik beca.selalunya beliau menyalurkan maklumat parti kpd bakar untuk menjatuhkan presiden pas.sebagai ahli pas,saya sangat kesal dengan yb tersebut.pihak kami akan membuat cadangan yb digantung @ dipecat.beliau menyalurkan maklumat kononnya tgha pecat dsha padahal dari cadangan dr yb tersebut.pak bakaq sebagai batu api akan menulis diblognya dgn harapn hasan ali akan hentam tgha.maka ketawalah puak-puak perasit dlm pas untuk memalukan tgha.salahuddin dgn bakaq memang akrab tidak dinafikn lagi.semoga allah slamatkan presiden dari anasir jahat dlm kepimpinan pas pusat.
Aku jarang sangat buat penjelasan. Tetapi dah peringkat tuduh orang tak terlibat terpaksa la.

Pertama sekali maklumat di atas tu, fasal Presiden PAS isytihar pecat Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dalam mesyuarat berkenaan tu, saya tidak dapat dari Haji Salahuddin Ayub.

WaLlahi, wabiLlahi, wataLlahi, saya tulis ayat yang depa marah sangat tu, (iaitu "Apa-apa pun, bak kata Orang Putih, untuk berlaku adil kepada Abdul Hadi, difahamkan majoriti ahli mesyuarat mahukan Dr Hasan digantung antara enam hingga 15 bulan. Tetapi, Presiden PAS itu sendiri yang menekankan supaya Dr Hasan dipecat. Kalau ada pembetulan kepada maklumat itu, saya akan siarkan"), tanpa mendapat sebarang maklumat dari Salahuddin atau sesiapa sahaja yang menghadiri mesyuarat yang membuat keputusan memecat Dr Hassan itu.

Sumpah orang Syiah tak boleh percaya? (Terima kasih sangat-sangat dan segala puji tak terhingga kepada Allah kerana mengiktiraf saya Syiah - waLlahi, saya bangga).

Jangan bimbang, Mahkamah Rabbul Jalil ada. Kalau aku bohong, Allah akan tunjuk kepada semua terutama yang marah sangat kat aku, bahawa aku berbohong. Bila kita bohong, Allah bukan takat tunjukkan pembohongan sahaja, tetapi siap dengan hukuman sekali. Na'uzubiLlah!

Macam mana saya dapat maklumat itu? Begini. Saya tulis sms yang yang bernada perli lebih kurang gini (lebih kurang sebab dah delete dah sms tu): "Kesian Hasan Ali kena pecat. Kawan-kawan dia yang manjakan dia tak kena apa-apa pun".

Tak lama selepas itu, kawan tu pun balas sms saya itu lebih kurang gini: "Untuk berlaku adil, TGHH yang insist supaya Hasan Ali dipecat walaupun orang lain cadang gantung antara enam hingga 15 bulan". Saya ingat lagi, dia tulis TGHH. Saya yakin sangat, dia sebenarnya nak bela Presiden PAS, sebab saya sindir "kawan-kawan dia yang manjakan dia".

Dia tulis gitu sebab saya menyindir Presiden PAS dalam sms yang saya hantar itu. Lagu mana saya sindir, saya tak ingat dah. Dah delete sms itu. Malas nak reka sebab saya nak pastikan tidak ada cerita rekaan dalam penjelasan ini, insya Allah. Tapi memang saya sindir Presiden PAS dalam sms itu.

Dan, waLlahi, wabiLlahi, wataLlahi, kawan itu bukan ahli mesyuarat yang membuat keputusan memecat Hasan Ali itu. Kalau dia nak jadi ahli mesyuarat itu pun tak boleh. Lain la orang tertentu yang suka-suka masuk dalam mesyuarat-mesyuarat peringkat tertinggi PAS walaupun dia tak pernah dipilih atau dilantik untuk menghadiri mesyuarat-mesyuarat itu dan hanya sekadar macai tukang bawa beg ja (Ni betul-betul maklumat dari ramai AJK PAS Pusat - depa menyampah sangat tukang bawa beg itu duduk dalam mesyuarat-mesyuarat penting PAS sedangkan dia tak ada locus standi untuk berada dalam mesyuarat-mesyuarat itu. Tak pernah dipilih dan dilantik untuk berada dalam mesyuarat-mesyauarat berkenaan. Tapi puak yang menyampah tu tak berani nak kata apa, sebab malu alah kat Presiden. Ni memang maklumat dari beberapa AJK PAS Pusat sebab saya dengar sendiri depa merungut dalam perbualan telefon, sambil minum teh tarik dan sebagainya. Alahai, AJK PAS Pusat dianggotai oleh orang-orang yang malu alah!)

Seronoknya macai tukang bawa beg berjalan merata dunia dengan duit parti mustadhafin. Dah la tu, berlagak pulak tu marah kat pemberita Harakah dan bagi amaran jangan crop gambar dia.

Kesian budak-budak Harakah yang tak berani nak bertanya, "lu sapa?!"

Kalau bukan yang ada dalam mesyuarat yang pecat Dr Hasan tu, siapa orang itu? Wan Jo? Biarlah Wan Jo yang bersumpah sendiri bukan dia yang bagi maklumat tu kalau hampa tuduh dia. Dia orang Sunni. Tak ada taqiyyah.

Sebut fasal macai, bagaimana pula dengan macai-macai Umno yang masih atau pernah berada dalam mesyuarat-mesyuarat penting PAS? Semua maklumat penting dan strategik diketahui oleh orang-orang yang ada di antara mereka yang ada access dan mengaku terus terang kepada orang-orang yang dia percaya bahawa selalu online dengan Datuk Seri Najib Tun Razak?

Selain maklumat mengenai perbuatan atau mengenai macai-macai yang tak henti-henti dok kencing dan berak atas penat lelah dan susah payah rakyat melawan Umno, tolong tunjuk apa maklumat strategik PAS yang aku dedahkan dalam blog ini? Kalau tak faham maklumat strategik, contohnya kerusi mana yang PAS jangka boleh menang, kerusi mana yang PAS jangka boleh kalah atau berapa kerusi sahaja yang PAS confident di sesuatu negeri misalnya atau maklumat mengenai strategi kempen PAS, maklumat culaan atau sebagainya.

Ada maklumat macam tu yang aku bocorkan dalam blog ini?

Janganlah nak poyo sangat dan maklumat mengenai puak yang tak henti-henti dok kencing dan berak atas penat lelah dan susah payah rakyat melawan Umno diklasifikasikan sebagai rahsia jemaaah, rahsia parti.

Rahsia apa? Rahsia pengkhianatan?

Janganlah lupa:
Kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia berjaya menggulingkan presiden-presiden mereka kerana kebangkitan-kebangkitan tersebut tidak mempunyai pemimpin - Rashid Al-Ghannushi.


Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. aku rasakan hang ni bakaq mmg jenis adu domba punya orang. dah itu keputusan tu sebulat suara. hang nak apa lg? yg jelas mmg hang spesies yg mmg tak suka TGHA. Ala hang pun ahli PAS tp ic UMNO... pirahhhhh... tak reti nak walaq pimpinan. aku tau hang takkan lulus aku punya komen ni. musang berbulu ayam mmg jenis penakut... cakap berdegaq2.. perasan hebat... piraaaaah hang bakaq

  2. sokong bakaq....ya allah ya tuhanku jauhkanlah malapetaka kepada tuan blog ini...

  3. anon 1, aku bukan ahli PAS.

  4. Tu la bakaq kena tang hang, hang kata orang buat cerita tapi kalau hang dok fitnah orang ikut sedap mulut hang saja. dasar manusia paling tak berguna sekali. padan dengan muka hang memang hang kaki fitnah...semuga ALLAH ampunkan dosa hang...amin

  5. lain kali jgn la masuk maklumat sumber2 daalaman yg tak tau betul ka tak... dah jadi kalut macam ni... walaupun dalam PAS ada puak, tapi tetap nak berbincang... dan bila dah keluar keputusan.. itulah dia keputusanya... apa2 pun teruskan menulis... sbb perlu juga pandangan dari org luar jawatan...

  6. N3 yang sangat baik. Teruskan menulis. Memang ramai yang kencing atas peluh dan darah rakyat yang nak kalahkan BN. Tiada maaf bagi pengkhianat.

  7. Bakaq, mung kata terima msg dari org yg tak ada dlm mesy tsb. Kau siar jugak cerita tsb
    yg belum tentu betul salah. Mung ni jenis batu api kelas satu. Baik duk diam je dari
    buat kerja utk merosakkan jemaah islam.

  8. Orang spt Bakaq yg kita perlukan!Berkatalah apa yg benar dan selongkarlah apa yang batil! KIta takut kepada hanya yang SATU , ALLAH TAALA.

  9. tu dia sepak terajang dlm parti isle...lebeh kurang macam amno

  10. apa bezanya pas dan umno la ni????
    tegur sikit mengelupur...tanya sikit tak walak...
    aku nak declare kat sini pas akan rugi sekurang-kurangnya satu undi pada pru13 ...undi tu undi aku.
    amilin pas la ni telah berjaya ditarbiah sama seperti ahli umno...ikut tanpa soal.
    boleh ke kita membina paradigma?

  11. manjung...hang kena belajar apa definasi fitnah.
    fitnah tu bukan macam sardin dalam tin.

  12. Pas memang tunggu hari saja nak pecah.

  13. Bhai Pak Bakaq...

    Dari dulu kan gua dan AdukaTaruna ader bagitau... kat dalam PAS pon ader ramai penchacai... hahaha... nak buat camana...

    Cuma gua harap... biarlah Hadi Awang yang dedahkan dulu rahsia nih.. jangan tunggu Hassan Ali yang dedahkan terlebih dulu... hahaha

  14. sebab 2 aku benci ahli UMNO,PAS,PKR,DAP,MCA,MIC or parti2 kat malaysia..woi ktowng ni rakyat...nnt time2 nk mengundi pandai pulak dtg nak merayu undi!!!tp masalah rakyat langsung xnk dengar...sibuk ngan parti korang...BUDUH!!!!!

  15. Pak bakaq, walau apa pun yang berlaku di dalam rumahtangga Pas, itu perkara kecil dan rakyat hari ni lebih menyumpah puak Umco yang dok kencing rakyat.Dari hang dok jaga tepi kain Pas lebih baik hang tumpu meriam hang kat parti yahudi umco. lagipun hang yang dok gembar -gembur suruh rakyat lawan umco. Dengan pelbagai istilah dan slogan hang buat, tapi meriam hang dok tala kat Pas tu buat apa?Tu perkara yang rakyat tak ambil pot pasai Pas bukan kerajaan fedral lagi. walaubagaimana pun, banyak rakyat rasa lega yang si hassan Ali tu kena fired!Satu tindakan yang bijak oleh Presiden Pas.Aku dah katakan dulu,walau pun Hang kata TGHH ni bonggok, tapi dalam kes anak Ali ni aku salute dia.Tidak kisahlah samada dia dipengaruhi oleh sesiapa.Umumnya rakyat rasa lega bila Orang gila meroyan macam hassan ali, buat rakyat yang nak lawan Umco sungguh rasa lega.Tahniah Pas!

  16. sabor je la pak jang... manusia nie mcm2 jenis.... hati org mcm nie slalu nye itam... sb depa rasa depa lg hebat pada yang SATU...

  17. puak2 bahalul pas ni memang buruk perangai la. orang buat kerja elok pun di kutuk. bangang tak boleh di tegur. puak2 korang je yang baik orang lain semua tak baik.

  18. Hang bersumpah Bakaq??? Wooiisshh...!! Anwaq kata tak boleh woo...

  19. Bakaq :-'
    Sepatutnya ramai lagi pemimpin atasan Pas yg kena buang, yg berhati Ug /umno...
    PAK bakaq ramai pemimpin pas yg dibela oleh umno, ada yg buat umah sampai 2 juta ....
    ramai pemimpin pas yg dah kaya raya jadi jutawan balak....
    Bakq tolong sangkal dakwaan ini...
    Ahli marhain biasa berjuang bermati-matian ,ada yg shahid melawan umno,ada yg kena tukar kerja,ada yg tak naik pangkat tetapi pemimpin atasan pas bersenang lenang dgn kemewahan harta balak, duit belaan dari umno
    Aku menyokong pas sebab takder parti lain di malaysia yg nak memertabatkan islam, baik sikit dari umno!

    Kepada ahli bawahan Pas berjuang lah kerana Allah dan solat hajat lah senantiasa supaya musuh yg nyata AKAN DAPAT KITA TEWASKAN dan musuh yg berselindung dalam pas akan di buang sekoq sekoq dari parti ini !

  20. buang je semua tu...susah apa,pak bakae ada,wan ji ada,aduka ada...diorang ni semua bukan calang2...hampir nak maksum hehehe

  21. ala saidina umar lagi kena tepek depan-depan , itu baru pemimpin , kalau hanya nak kena puji je semua orang boleh jadi pemimpin , lagipun pak bakaq cakap yang patut bukan hanya suka-suka mengata dan fitnah , lagipun ni zaman internet , kitaorang pun nak tau , kalau tak , kena pi jumpa pak bakaq kat kedai kopi mcm gambar kat atas tu baru dapat tau , kitaorang lama dah kata pak bakaq lagi best dari RPK dan tukar tiub , keluaran institiut harapan selalunya yang class otaknya , carry on pak bakaq !

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008