Sedap!! Klik gambar di atas!

Abdul Hadi kata tindakan Azizan guna undang-undang taghut wajar jadi rujukan kepimpinan PAS

Presiden PAS belum terima memo pelajar Kuin

Aziz Muda, HarakahDaily

29 Jan 2012

GOMBAK, 29 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengesahkan masih belum menerima sebarang memorandum daripada pertubuhan pelajar berhubung penggantungan lima pelajar Kolej Islam Insaniah (Kuin) di Kedah sehingga kini.

Walaupun pertubuhan pelajar mengatakan akan menyerahkan memorandum itu kepadanya, tetapi memorandum tersebut masih juga belum diterimanya sehingga hari ini.

"Kalau boleh saya pun nak tengok juga memorandum itu dan nak tahu juga apa yang nak dikatakan oleh para pelajar mengenai perkara itu.

"Walaupun mereka kata nak hantar memorandum kepada saya, tetapi hingga sekarang mereka tak pun menyerahkan memorandum itu kepada saya," katanya.

Ketika menjawab soalan peserta pada Retreat Harakah: Persiapan Menghadapi PRU ke-13 di Hutan Lipur Sungai Tua, dekat sini, hari ini, beliau berkata, walaupun pertubuhan pelajar mengatakan telah menghantar memorandum ke Pejabat Agung PAS, tetapi memorandum itu masih juga belum diterimanya.

Soal penggantungan lima pelajar terbabit, menurutnya, bagaimanapun perlu difahami dengan jelas oleh pelbagai pihak agar tidak disalahfaham oleh setiap lapisan rakyat negara ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang, Terengganu berkata, kepimpinan PAS sememangnya mengikuti dan memantau perkembangan mengenai perkara itu.

"Namun Ustaz (Datuk Seri) Azizan (Abdul Razak) tentunya lebih tahu dengan apa yang berlaku, sesuai dengan kedudukannya sebagai Menteri Besar Kedah.

"Jadi tindakan Ustaz Azizan mengenainya tentu lebih tepat dan wajar dijadikan rujukan oleh pihak-pihak lain termasuk kepimpinan PAS Pusat sendiri," tegasnya.

Tambahan pula, katanya, Azizan juga tidak mengambil tindakan sesuka hatinya sahaja mengenai perkara itu, tetapi hasil perbincangan dengan kepimpinan PAS Kedah dan pihak-pihak lain yang terbabit.

Situasi di Kuin itu pula, katanya, juga perlu difahami oleh pelbagai pihak kerana walaupun telah berada di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat, tetapi masih lagi belum bebas sepenuhnya dari pengaruh Umno BN.

"Jadi di sebalik kejadian itu, terdapat campur tangan Umno untuk mencetuskan perkara itu dan memburukkan keadaan," ujar beliau.

(Selanjutnya di sini)




Janganlah lupa:

Kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia berjaya menggulingkan presiden-presiden mereka kerana kebangkitan-kebangkitan tersebut tidak mempunyai pemimpin - Rashid Al-Ghannushi.


Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. salam, gue sokong TGHA and MB Kedah..

    Mb lebih faham suasana d KUIN dari Bakaq and ke geng....

  2. salam, bakaq, gue setuju dgn ketua pemuda pas..serangan bertubi-tubi para blog n aziz bari..sebenarnye utk jatuhkan ust azizan and jatuhkan kerajaan PR kedah..secara tak lansung..nilah berjayanye para bloger umnogok and think tank mereka menukar minda musuh and mengunakan musuh utk menyerang musuh..nampaknye mereka semua udah belajar dari strategy perang daari jenderal china zaman- dulu-dulu..hebat para think tank umno ni..

  3. Puak PAS ni kalau terberak cirit pun disebabkan UMNO..takdak alasan lain

  4. nak dengar apa pulak kata Pakar Perlembagaan thogut..pas ni

  5. Pandangan Hadi tu ada kebenarannya. Tak tahulah kalau orang lain lebih hebat dan dapat membaca niat dan apa yang terkandung dalam fikiran Azizan tatkala buat keputusan begitu.
    Bagi golongan yang rasa hebat sangat tu eloklah hentam Azizan. Tapi kalau tak mahu menanggung dosa buat serkap jarang..elok bercakap dan bersemuka dengan Azizan sendiri sebelum ambil langkah selanjutnya. Jangan buat konklusi berdasarkan sumber yang belum sahih ! Apa pun tahniahlah buat mereka2 yang konfirm telah dapat membaca niat Azizan tu. Anda memang super dahsyat dan hebat ! Hadi sendiri tak sehebat anda.

  6. Hj Hadi belum terima lagi memorandum budak-budak tu.Sudah tentu dia sendiri belum mehami keadaan sebenarnya.Lagi pula Hj Hadi sendiri tidak mendapat input dari Azizajn ttg kes tersebut.Hj Hadi dgn Azizan pun takut dgn cengehnya!

  7. azizan silap. sepatutnya dia ikut style basij masa demo siswa kat tehran

  8. Bhai Pak Bakaq...

    Camana PAS Pusat nak dapat memorandum tue... kalu dah memorandum yang diberikan kepada PAS Negeri Kedah senyap jer terperap ntah kat mana... saper yang simpan buat pekasam tue... Takkan Azizan Razak suruh sorokkan surat tue daripada pengetahuan PAS Pusat... hahaha....

    Perangai menyorok memorandum nih dah lama dah diamalkan dalam PAS... bukan sekali ader kes macam nih... biasa la... hahahaha...

    Karut.. karut...

  9. Asyik-asyik cakap kalau orang tegur MB PAS tujuannya nak jatuhkan MB. Macam dah tak ada modal lain. Macam lah MB tu "maksum" tak boleh di tegur!

    Kalau dah pakai undang-undang tahgut untuk berselindung tak kan tak boleh nak tegur. Apa punya turrr!

    Namanya MB PAS, tapi pakai undang2 tahgut UMNO untuk tutup pungok sendiri. . ., apa ke jadah ni?

  10. Kadang terpikir juga ada gerakan golongan Yahudi untuk menjatuhkan ulamak muktabar PAS daripada menjawat jawatan tertinggi dalam kerajaan. Mereka telah pun jatuhkan Ustaz Hassan Ali dan dalam usaha menjatuhkan Ustaz Nasarudin Mohd Isa , Ustaz Azizan dan mungkin juga Ustaz Hj Hadi. Saya harap Ustaz Harun Taib dan Ustaz Harun Din berjaga jaga dan kemaskan kedudukan agar mereka dalam kedudukan yang akan memerintah Malaysia nanti.

  11. Anti USUSTAT PALAT (AUP) said...

    ABU....Asai Bukan USUSTATTTT...

  12. Mula-mula sekali patut jatuhkan hj hadi. Baru jatuhkan azizan. apa ke bangang kata tak dpt memorandum? coba ko mintak dgn anak buah ko, mesti dpt. kalau depa x bagi, ko lempang sekali. memorandum saja bro, bukannya surat cerai. takkan nak baca memorandum pun susah.

  13. Kah,kah,kah.
    A.U.P.( Anti Usustat Palat.)
    Kah,kah,kah.
    Bagui punya idea beb.
    Setuju,setuju.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008