Dah terus kelemasan, ketui taik pun dia terkam nak bergayut

Orang Cina tak akan dibangangkan oleh isu negara Islam, itulah kefahaman saya dari apa yang disebutkan oleh bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat (lihat Malaysiakini hari ini "Tee Keat: I'm a negative example for Najib").

Beliau berpendapat MCA tak akan akan untung apa sangat pun dengan tindakannya memainkan isu negara Islam. Hentam negara Islam adalah kempen utama Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek.

Ong berkata, rakyat lebih bimbangkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa berbanding isu negara Islam. Tapi dia tak sebut pula siapa juara rasuah dan salah guna kuasa di Malaysia ni. Bagaimanapun, Tun Dr Mahathir Mohamad dah sebut lama dah bahawa Umno adalah parti perasuah. Bekas Presiden Umno itu juga menulis bahawa Umno sudah busuk hingga ke usus.

Ong seterusnya berkata, benda-benda yang MCA nak jadikan senjata utamanya itu dah macam paper lama. Sejak dari sebelum 1990 lagi dah jenuh dah depa bergayut kat isu tu. Ong tak fikir isu-isu akan memberi kesan.

Nampak sangat MCA kini yang sedang teruk kelemasan. Nampak ketui taik pun dia nak bergayut kat ketui taik tu.

Kepada bekas Menteri Pengangkutan itu, sesetengah orang akan melihat isu yang MCA bawa tu sengaja diada-adakan dan dibesar-besarkan sedangkan tidak diketahui perkara itu akan dilaksanakan atau tidak. Tetapi, kata beliau, "rasuah dan penyalahgunaan kuasa adalah masalah yang memang kita rasai".

Kesian MCA, sebab orang Cina cerdik, dia tidak mendapat laluan yang mudah seperti Umno. Umno tak susah apa, tak kira la sama ada depa sembahyang subuh ka, dak ka, bangkit-bangkit tidoq terus ratib "DAP, DAP, DAP, DAP" untuk kekal berkuasa dan rembat harta rakyat dan negara.

Puak-puak yang bangang akan terus menggelejat macam setan mendengar ratib cult leaders depa tu. Kebanyakan penganut ajaran cult leaders itu beragama Islam. Salah satu sifat yang patut ada kepada orang Islam seperti yang dicerminkan oleh sifat-sifat mulia dan terpuji RasuluLlah s.'a.w. ialah fatanah atau bijaksana.

Orang Islam sepatutnya cerdik dan bijaksana. Malangnya Cina yang lebih 90 peratus kafir pula yang mempunyai sifat yang sepatutnya ada pada orang Islam itu. Mereka tak mudah diperbodohkan oleh kempen bangang MCA yang tak ada class langsung tu (Imej paling atas ihsan Jiwo Kelate).

Janganlah lupa:
Kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia berjaya menggulingkan presiden-presiden mereka kerana kebangkitan-kebangkitan tersebut tidak mempunyai pemimpin - Rashid Al-Ghannushi.


Read On 3 comments

Bila jemput dia ceramah, dia minta 10 peratus dari derma mustadh'afin

Hari ni saya teringat balik kata-kata hikmat Arab yang selalu disebut oleh Datuk Nakhaie Ahmad ketika dia dalam PAS. Kata-kata hikmat itu berbunyi "lisanul hal afsah min lisanil maqal". Aku mana tau Arab tetapi lebih kurang maksud dia "apa yang tergambar melalui perbuatan lebih fasih berbicara dari apa yang diucapkan oleh kata-kata".

Apa yang kita buat lebih fasih menceritakan hakikat diri kita yang sebenarnya dari apa yang kita dakwa melalui kata-kata kita yang asyik nak bajet macam bagus sangat tu. Lebih kurang gitu la.

Saya boleh tulis panjang-panjang dalam blog ini fasal Islam, akhlaq, puak tu sesat, orang tu syaitan, apa sahaja. Tetapi kalau kehidupan saya bermewah-mewah dengan sumber yang orang semua ternganga-nganga tertanya-tanya dari mana dan menjadi talk of the nation pula, apa sahaja tulisan dan sandiwara saya untuk bajetkan diri saya macam bagus sangat akhirnya akan mempersendakan diri saya sendiri. Tidak perlu orang lain mempersendakan.

Lebih buruk lagilah kalau ayah saya orang berkuasa. Orang bertanya, bolehkah saya hidup semewah itu kalau saya bukan anak ayah saya? Jauh lebih buruk lagi apabila orang bertanya, pernahkah ayah saya mempersoalkan dari mana kemewahan saya? Kalau tak pernah, orang kata ayah saya sebenarnya silent accomplice. Diam-diam bersyubhat.

Orang tetap bertanya walaupun saya masih dalam khayalan dan menganggap semua orang buta perut dan memaksum serta mensucikan ayah saya.

Ingat orang tak geli ka sikit-sikit saya kaitkan dan cangkuk kat mulut ayah saya. Nak matikan hujjah orang, saya kata ayah saya yang kata gitu. Senang sungguh.

Teringat la pulak masa saya mendengar orang mengaji kitab Mosolli, Aqidatun-Najin serta al-Hikam dari Allahyarham Tuan Guru Haji Mat Saman Kati (bukan Mat Saman Kati celup si blogger tu - sori Pendi!). Saya ulang semula, saya dengar orang mengaji. Saya tak mengaji. Kalau saya mengaji, tak la macam ni.

Antara yang saya ingat orang tua tu kata ialah "Pemuda itu ialah yang menyatakan saya adalah saya". Dia sebut dalam bahasa Arab bermula dengan perkataaan rajulun. Tapi mana la aku nak tau dia kata apa dalam bahasa Arab.

Yang saya ingat ialah dia terjemah dan menyatakan "Pemuda itu ialah yang menyatakan saya adalah saya". Maknanya, dia tak akan kata dia anak tok penghulu ka, cucu ketua kampung ka, adik D.O. ka, dia tak akan kata semua itu. Tetapi dia menampilkan dirinya sebagai dirinya sendiri. Itu pemuda, kata Mat Saman.

Berbeza sungguh apa yang dinyatakan oleh Mat Saman itu dengan saya sendiri yang asyik ratibkan "ayah ana kata, ayah ana kata..." Alahai!

Panjang la pulak saya menceritakan tentang diri saya. Nak buat macam mana, saya masih dalam khayalan dan menganggap semua orang buta perut dan memaksum serta mensucikan ayah saya.

Yang sebenarnya, saya teringat fasal kata-kata hikmat dalam bahawa Arab itu bila mengenangkan kelaku seseorang. Bila masuk mesyuarat, yang selalu dia rungut dan bisingkan ialah tentang menteri negeri yang "tak bagi projek, tak bagi GLC " dan "kita pun nak pakai duit juga".

Itu dalam mesyuarat. Di hadapan umum dia mendakwa dia menggelejat kerana Islam.

Tetapi bagi yang tak lupa sejarah, tentu mereka tidak lupa ada orang yang menuntut supaya diberikan kepadanya sepuluh peratus dari wang derma ikhlas yang disumbangkan oleh mustadh'afin atau rakyat tertindas yang menyokong pertubuhan tertentu kalau nak panggil dia berceramah dan masukkan dalam akaun kompeni bisnes air liur dia. Tak ada orang pernah buat gitu sehingga ditegur oleh presiden pertubuhan itu yang kini telah pun kembali ke pangkuan Allah s.w.t. (Gambar di atas tu adalah hiasan sahaja sebab kebetulan Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor ada sebut fasal keikhlasan dan mana saya tau sama ada berkaitan atau tidak dengan orang yang hidup sebab saya bukan Tuhan yang tau semua perkara).

Saya dah cerita dah, tapi nak cerita lagi bahawa seorang kawan saya selalu menyebut kata-kata Mao Tse Tung (sila baca kisah Mao dalam "The Truth About Mao Mass Murderer, Womaniser, Liar, Drug Baron: Book Paints Horrific Portrait"). Menurut kawan itu, Mao pernah kata, "kalau dua ekor anjing berkelahi, mesti mereka berebut tulang".

Sama la juga, apabila ada anjing yang menggelejat tak tentu hala, dia sebenarnya marah-marah kerana ada tulang yang dia nak sangat tak dapat kat dia - "lisanul hal afsah min lisanil maqal".

Akhirnya, bila ada mana-mana Mamat nak pinang anak dara orang, terpaksa diberitahu kelaku Mamat tu kepada bapa anak dara itu supaya tak jadi mangsa. Lebih-lebih lagilah kalau pikat undi dan kepercayaan orang. Terpaksa tulis. Terpaksa bagi tau.

Sikit pendapat peribadi mengenai hal semasa: Menawarkan jadi calon Pakatan Rakyat sahaja nampak jauh lebih bijaksana dari masuk DAP. Tak payahlah masuk DAP.

Teringat Allahyarham Datuk Hassan Adli yang pernah menjadi calon Barisan Nasional (BN) tanpa parti dan menang kerusi Bagan Datoh dalam pilihan raya umum 1978.

Sebut fasal Hassan, walaupun ketika beliau dah dipecat, banyak orang tak tau dia melarang orang tertentu dari Dewan Pemuda PAS pada masa itu dan beberapa orang lain yang nak buat parti baru kerana tak setuju dengan Presiden PAS pada masa itu, Allahyarham Tan Sri Asri Muda.

Beliau menyuruh mereka kekal di dalam PAS.

Janganlah lupa:
Kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia berjaya menggulingkan presiden-presiden mereka kerana kebangkitan-kebangkitan tersebut tidak mempunyai pemimpin - Rashid Al-Ghannushi.


Read On 5 comments

Sahabat Nabi didenda kerana celupar, anak manja kronisme orang nak buat kenduri pula...

Hampir dua hari tak dapat tengok Internet lama-lama. Dapat tengok sat ja. Antara berita yang saya baca tentulah berita bertajuk "Hasan Ali: Harakahdaily seleweng fakta" dan "Harakahdaily pertahan berita, ini transkripnya".

Dalam berita Harakahdaily tu, antara lain dipetik Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata:
Semasa Nabi masuk ke Mekah, orang panggil Fathul Makkah. Ada seorang Sahabat sebut "kalimah Arab" - "Hari ini Hari Perang". Nabi kata tidak, "kalimah Arab" - "Hari ini hari kasihan belas". Maka Nabi ambil bendera di tangan dia, beri kepada anak dia. Denda kerana celupar mulut dia. Jadi kalau orang zaman Nabi pun ada buat kesilapan dan Nabi betulkan cepat-cepat, inikan zaman kita tengah 2000 tahun, maka banyak benda-benda silap.
Di sebut "denda kerana celupar mulut dia". Maknanya RasuluLlah tetap mengambil tindakan disiplin "kerana celupar mulut" sahabat berkenaan.

Itu di zaman RasuluLlah yang suci lagi kita kasihi. Nabi tidak mengamalkan kronisme. Adalah penghinaan kepada Nabi kalau beliau dituduh mengamalkan kronisme apabila melantik kaum kerabatnya bagi sesuatu tugas kerana "Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya" (Al-Najm : 3-4).

Tetapi di zaman kronisme menjadi sudah makanan ruji orang-orang yang juga turut bercakap menentang kronisme, tindakan disiplin diharamkan walaupun melakukan kesalahan membaling taik ke atas tempat si pembaling taik itu cari makan, pangkat, kedudukan, harta dan kekayaan. Kesalahan yang bukan sekadar bermulut celupar. Tetapi pengkhianatan.

28/12/11 lalu, saya tulis kat FB saya:
Ka'ab bin Malik tak ikut berperang. Nabi s.'a.w.w. yang dikasihi mengambil tindakan disiplin terhadapnya. Pun begitu, Ka'ab tak pernah baling taik kat RasuluLlah dan umatnya.

Ada yg baling taik babi kat jemaahnya. Dia diampunkan dgn mudah, lebih mudah dari pengampunan padri kpd orang2 Kristian. Tidak seperti Ka'ab, si takbur itu boleh buat apa sahaja. Apa sahaja!
Nanti bila ada orang tertentu meneran-neran mengangkat bakul sampai ke ceiling, ke ceiling tuan-tuan!, bolehlah anda sambut dengan laungan "Takbur! Takbur! Takbur!"
Tengah hari tadi (pukul 12.18 tengah hari, bukan pagi), saya tulis pula kat FB saya:
Allahumma solli 'ala Muhammad wa ali Muhammad. Di pagi Jumaat ini, saya memohon Allah s.w.t. memberi kemenangan kepada semua yang menentang kezaliman Umno sama ada secara terbuka atau secara tertutup, dalam terang atau dalam gelap.

Saya juga memohon Allah menimpakan kekalahan kepada semua yang mendokong Umno sama ada secara terbuka atau secara tertutup, dalam terang atau dalam gelap, wittingly or unwittingly.

Saya juga memohon Allah menyelamatkan saya dan orang-orang Islam dari bersikap 'asabiyyah dan mentaqdis para pemimpin mereka sehingga asalkan pemimpin mereka yang cakap atau buat, semuanya betul dan kebenaran tidak lagi menjadi perkiraan.

Allahumma solli 'ala Muhammad wa ali Muhammad.
Janganlah lupa:
Kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia berjaya menggulingkan presiden-presiden mereka kerana kebangkitan-kebangkitan tersebut tidak mempunyai pemimpin - Rashid Al-Ghannushi.


Read On 14 comments

Buat la festival baling taik babi kat PAS, lepas tu jumpa Mursyidul Am - dia akan buat kenduri!

Update 1.17 am 29/12/11
Hasan Ali denies Harakah report he went to Kota Baru to apologise to PAS leaders

SHAH ALAM (The Star 28/12/11): Former Selangor PAS Commissioner Datuk Dr. Hasan Ali has denied a HarakahDaily report that he went to Kota Baru solely to meet PAS top leaders and to apologise for his remarks against the party.

Hasan pointed out that he had already retracted his comments regarding the welfare state issue during a press conference at his residence on Dec 24 and had apologised to the party leaders at the same time.

In a statement Wednesday night, he said he was disappointed in Harakah which had been reminded many times not to twist facts which could raise confusion and disunity.

He clarified that he had bee invited attend a gathering involving former PAS deputy president Nasharudin Mat Isa along with PAS deputy spiritual leader Datuk Dr. Haron Din and PAS spiritual leader Datuk Nik Aziz at his home at JKR 10 Kota Baru.

"The gathering went smoothly and it was pleasant and sincere.

“Among the things touched upon during the gathering were the party's direction, preparation for the 13th General Election and Harakah's path as the party's official voice," said Hasan.

He pointed out that they had all given their views on how to strengthen the party's development and the rakyat's support.

Hasan also stated that he was also moved by the recognition shown by the leadership in his mission to elevate Islam in the country.

Harakah quoted Nik Aziz as saying that Hasan had withdrawn all his statements criticising the party after a meeting with the party's top leaders in Kota Bharu, Kelantan on Tuesday night.

Both Hasan and Nasharudin have been embroiled in a prolonged war of words with party colleagues for questioning the party's direction under the new crop of non-ulama leaders.

Hasan drew even more flak for pushing a revival of unity talks between Pas and arch-rival Umno.

The spat got to a point where some top leaders told him that he was free to leave the party to join the other side.
Posting asal

Teman-teman

Jika teman-teman adalah ahli PAS, selepas ini bolehlah teman-teman baling taik babi kat PAS sampai berlori-lori:
1. Teman-teman kata la, apa guna ke Putrajaya kalau Islam dan Melayu tidak terbela?
2. Teman-teman kata la, PAS menyeleweng dari dasar perjuangannya
3. Teman-teman buat la konspirasi dengan orang-orang Umno untuk belasah PAS cukup-cukup
4. Jumpa ulama-ulama dan tokoh-tokoh dan hasut depa masuk dalam konspirasi teman-teman dengan menghasut depa bahawa PAS sudah tidak boleh diyakini lagi
5. Teman-teman pi tangkap babi barang tujuh lapan puluh ekoq lepas tu teman-teman campak babi-babi tu dalam pejabat dan markas PAS
Ayuhlah teman-teman ahli-ahli PAS, buatlah sakan-sakan pesta baling taik babi kat PAS.

Lepas tu teman-teman pi jumpa Mursyidul Am PAS untuk cuci dosa. Teman-teman boleh buat apa sahaja, kencing berak atas kepala orang-orang PAS pun tak apa dengan syarat selepas tu teman-teman ikut mau'izah hasanah yang ditunjukkan kepada teman-teman oleh Datuk Dr Hasan Mohamed Ali. Mesti lepas tu Mursyidul Am tentu akan kata:
Saya sendiri akan membuat kenduri makan tengahari kecil-kecilan di JKR 10 hari ini tanda kesyukuran penyelesaian kes ini.

Saya berharap PAS Pusat boleh menganjurkan kenduri besar-besaran untuk meraikannya dan ahli-ahli PAS boleh memberi sumbangan untuk menjayakan kenduri kesyukuran ini.
Dan, macam la Umno tu bangang sangat, teman-teman bolehlah kata:
Hal ini tidak lagi boleh dijadikan isu oleh Umno kerana ruangnya sudah ditutup rapat.
Orang-orang yang 'asabiyyah kepada manusia yang mereka sendiri taqdiskan tentu akan berkata, "Hebat politik pemimpin kita. Dia orang nampak jauh, Syeikh. Kita tak nampak. Orang 'alim, Syeikh. Ilmu politik dia orang tinggiiiii!"

Mohon maaf saya bertanya, does PAS go to the dogs?!

Berita hari ini:
Hassan datang minta maaf, Nik Aziz buat kenduri kesyukuran (Harakah Daily 28/12/11)
Kemelut selesai, Hasan Ali temui Nik Aziz (Malaysiakini 28/12/11)
Hasan Ali meets top PAS leaders, says sorry (Malaysiakini 28/12/11)

Janganlah lupa:
Kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia berjaya menggulingkan presiden-presiden mereka kerana kebangkitan-kebangkitan tersebut tidak mempunyai pemimpin - Rashid Al-Ghannushi.


Read On 32 comments

Mohon perlindungan ya Allah! Tok 'alim pun dibengongkan oleh propaganda syaitaniyyah Perkosa

Ahli Parlimen tempat isteri saya dan saya mengundi di kawasan Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menulis begitu banyak perkara yang menunjukkan Umnolah bajingan tengik yang melemahkan Melayu (Lihat blognya "Siapa lemahkan Melayu?") Bukan takat lemahkan, malah parti perasuah yang busuk berulat sampai ke usus tu sebenarnya memusnah dan menghancurkan Melayu.

Saya bagi satu contoh yang mudah nampak. Seorang kawan saya yang berumur 70an memberitahu bahawa masa dia sekolah menengah di VI dulu, dia naik basikal dari rumahnya di Kampung Batu ke sekolah. Dia kata, dari Kampung Batu sampailah sekitar Balai Polis Sentul kini, semuanya adalah perkampungan Melayu.

La ni siapa punya tak payah habaq la.

Betul, memang orang Melyu di situ yang jual tanah depa kepada Cina. Tetapi bolehkah depa jual tanah depa kalau tanah geran merah (rizab Melayu) tak ditukarkan status sehingga boleh dijual kepada Cina? Siapa kerajaan berkuasa yang facilitate perbuatan durjana dan khianat kepada Melayu itu? Kerajaan DAP ka?

Allah Maha Menyaksikan bahawa saya bukan peminat DAP dan saya sentiasa memastikan saya tak pergi majlis depa. Tetapi dengan pasti saya boleh kata bahawa secara umumnya kelaku orang kafir dalam DAP jauh lebih baik dari kelaku orang Islam dalam Umno (Saya tertarik pertanyaan seorang ahli politik yang bertanya adakah kita ni ugama Nabi Muhammad s.'a.w.? Adakah Nabi dulu berjuang teruk-teruk sampai dihina, dibaling najis, terpaksa berperang tak habis-habis dan macam-macam lagi tujuannya untuk mewujudkan umat yang paling rasuah, paling mundur dan macam-macam lagi kelemahan? Jawab sendirilah dalam hati).

Malah, lebih dari itu, dengan pasti saya boleh menyatakan bahawa orang Melayu lebih banyak dikhianati oleh Umno dari DAP - mengambilkira dakwaan bahawa DAP mengkhianati Melayu yang dekat hari-hari dijeritkan oleh muka-muka tak malu Mamak-Mamak Penang yang gian macam setan nak jadi Melayu dan membakulsampahkan roots mereka sendiri sedangkan tok nenek depa banyak berjasa termasuk kepada Islam (saya berlindung dengan Allah dari perbuatan menghina tok nenek saya sendiri).

Balik kepada apa yang dibangkitkan oleh Izzah. Beliau ternyata terlepas pandang satu lagi firqah yang berkemungkinan melakukan perkara yang sama, iaitu melemahkan Melayu, dengan sikap mesra Umno mereka.

Ketika mendengar khabar angin orang dok berbicara tentang perkara yang mutlak dan muqayyad (terkait), saya terasa la pulak bahawa perbuatan dan sikap mesra Umno firqah itu menjadikan mereka melemahkan Melayu secara muqayyad, kalaupun bukan secara mutlak - walaupun saya taklah hero sangat sehingga berani nak kata dan mendakwa bahawa mereka tidak melemahkan Melayu secara mutlak dan setakat secara muqayyad sahaja.

Salah seorang dari mereka yang ada PhD dengan jelas suruh undi Melayu sahaja dalam pilihan raya. Saranan yang dengan sendirinya termasuk mengundi calon Umno (sic!) - na'uzubiLlahi min zalik! Dia ternyata termakan propaganda durjana Perkosa yang syaitaniyyah.

Nak tanya sikit ja. Kalau la dia yang bertanding lawan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil di Hulu Selangor dulu dan yang bertanding dulu tu bukan calon Melayu yang depa kata melantak arak dan buat apa lagi aku pun tak tau, adakah dia ingat puak Umno dan Perkosa tak akan kempen dan undi Hindu tu dan pilih dia yang bertaraf tok 'alim?

Dream on!

Janganlah lupa:
Kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia berjaya menggulingkan presiden-presiden mereka kerana kebangkitan-kebangkitan tersebut tidak mempunyai pemimpin - Rashid Al-Ghannushi.


Read On 9 comments

Bilakah masanya yang mesra Umno itu memilih jalan yang lurus?

Saya ulang siar apa yang ditulis dalam posting "Kenapa Cik Gu Pa kata game over dan Hassan Ali akan selamat?":
Seorang lagi kawan, tak dan habis nak cerita komen kawan lain bahawa pada tahun 1951 para ulama ramai-ramai keluar Umno dan tubuhkan PAS, dia terus kata:
La ni (selepas pilihan raya umum 2008) ulama-ulama dalam PAS berebut-rebut pulak nak selamatkan Umno.
Saya akan ulang siar petikan kata-kata di atas untuk dijadikan sempadan oleh ahli-ahli dan penyokong PAS yang mahu menjadikannya sebagai sempadan. Yang membenci dan sakit hati sangat kepada petikan kata-kata tersebut dan juga kepada saya yang memetik kata-kata tersebut, dipersilakan benci dan sakit hati dengan penuh perasaan.

Apa-apa pun, saya berharap dalam berebut-rebut nak selamatkan Umno itu, para ulama PAS yang berkenaan tidaklah sampai terpijak antara satu sama lain sehingga berlaku stampede pulak (Penjelasan: Gambar di atas hanyalah kebetulan bertemu ketika pilihan raya negeri Sarawak ketika masing-masing berkempen, tetapi amat menarik untuk diperhatikan body language watak-watak utama dalam gambar itu).

Ni nak masuk dah kepada episod panas hati Datuk Dr Hasan Mohamed Ali baru-baru ini yang memperlihatkan banyak perkara berbangkit.

Episod sebuah perjuangan itu bermula apabila wartawan yang licik berjaya memburaikan dari mulut Haji Saari Sungib bahawa Dr Hassan mengalami kebankrapan pencalonan yang amat mengaibkan di Gombak di mana terletaknya kerusi DUN Gombak Setia yang kini diwakilinya.

Teman-teman...

Kenyataan Saari itu bagaikan menyimbah asid ke muka carpab itu setelah beliau didakwa oleh sebahagian pihak sebagai membaling taik ke muka PAS termasuk "menemui orang tertentu termasuk beberapa tokoh dalam PAS untuk meyakinkan mereka supaya bersama dengan dia kerana PAS sudah tidak boleh diyakini lagi" (lihat "Hassan Ali cuba pengaruhi pimpinan PAS lain - Mustaffa Ali" dan jangan lupa Dr Hassan berkata bahawa "saya menarik balik komen saya mengenai 'Negara Berkebajikan'" dan "adapun yang lain daripada itu adalah sama seperti yang terkandung dalam kenyataan akhbar dan ulasan yang telah saya buat").

Akibat kenyataan Saari itu, menggelejat sakanlah Dr Hassan. Saya tak tahu sampai lagu mana. Mungkin sampai ke ceiling, temah-teman! Maklumlah, ilmu pun sampai ke ceiling, teman-teman (Laa... Tiba-tiba terdengar la pulak suara orang melaung-laung, "Takbur! Takbur! Takbur!")

Masuk kepada perkara berbangkit akibat episod tu. Antara perkara berbangkit yang orang tanya saya ialah tentang kata-kata seorang ulama berkelulusan PhD yang menyatakan supaya "undi calon Melayu sahaja". Maknanya termasuk calon Umnolah (sic).

Saya kata, pertama sekali dia tu termakan propaganda busuk Perkosa. Sejarah yang baru berlaku pun dia buta tak nampak, kata saya lagi. Pilihan raya Hulu Selangor dulu dia buta tak nampak ka Perkosa kempen calon Hindu. Kalau sejarah yang baru sangat berlaku pun dia buta tak nampak, apa jaminan dia boleh nampak sirah RasuluLlah s.'a.w.w.? Orang yang otak kacau macam tu, ilmu dia kita tak boleh tumpang.

Bab Melayu ni, saya teringat seorang menteri Umno yang kini masih berkhidmat sebagai menteri. Pernah sekali, sembang punya sembang, Mamat tu temberang seorang pemimpin PAS. Dia minta letak calon PAS di Alor Gajah sebab dia mendakwa Tan Sri Dr Fong Chan Onn tu "anti-Melayu". Dia kata, "kami (Umno) akan tolong". Nasib baik pemimpin PAS tu tak percaya sebab semua tu bohong hidup-hidup! Bila tiba pilihan raya, orang-orang Umno bagaikan begasak-gasak kerana berebut-rebut nak mengundi apek itu.

Ditanya juga kepada saya kata-kata Karpal Singh supaya langkah mayat depa dulu kalau nak tubuhkan negara Islam. Adakah Karpal tu kafir harbi? Adakah PAS tak sedar bahawa Umno sakit hati sangat kepada PAS sebab PAS berkawan dengan DAP?

Saya jawab bab PAS berkawan dengan DAP dulu. Masa Umno bunuh dengan kejam orang-orang PAS di Memali dan di Lubok Merabu dulu, masa tu PAS tak berkawan pun dengan DAP, awat Umno bunuh orang PAS?

Langkah mayat Karpal?

Pertama sekali, walaupun saya adalah orang Islam yang mahukan perlaksanaan undang-undang Islam tetapi saya rasa geli dan jijik nak langkah mayat celaka-celaka tu. Saya tak akan kotorkan selipar saya kalau-kalau masa nak langkah tu terkena la pulak bangkai depa (if anybody is pissed off with the words celaka and bangkai, it is just a matter of following the normal rule and practise - "tit for tat", harsh words for harsh words). Tu pertama sekali.

Kedua, kenyataan tu celaka tu buat dah lebih sepuluh tahun yang lalu dan orang-orang Islam termasuk dari PAS dah jawab macam-macam dah.

Karpal kafir harbi? Pertama sekali, hanya kalau saya gila sahaja saya akan kata dia kafir zimmi.

Kedua, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang juga menghina undang-undang Islam tu kafir zimmikah kepada Umno?

Ketiga dan paling penting, kalau pemimpin-pemimpin Umno sendiri tidak gila-gila menghina undang-undang Islam terutama sejak tahun 1990 dulu, hampa ingat pemimpin-pemimpin MCA, DAP dan lain-lain berani nak menghina undang-undang Islam? (Lihat "Umno pak yet MCA: 'Umno dan menghina Islam berpisah tiada!'")

Lagu mana sekalipun Umno kata PAS menyeleweng, tetapi parti itu tak pernah hina undang-undang Islam. Jauh lagi la nak ajar DAP hina undang-undang Islam. PAS tak pernah buat gitu, Hassan Ali oiii!!

Satu lagi, kalau Karpal mengelarkan kenyataan yang menghina Islam, Datuk Seri Najib Tun Razak pun menghina undang-undang Islam juga (lihat "Kenapa sokong Najib yang hina hukum Islam?"). Kalau saya dituduh dengan apa tuduhan sekalipun, saya tak akan kata sama sekali Najib tu kafir. Jauh lagi la nak kata dia kafir harbi - saya memohon perlindungan Allah s.w.t. dari berkata sedemikian.

Tetapi, dengan penghinaannya terhadap undang-undang Islam itu, adakah Najib tidak melakukan perbuatan yang bersifat harbi terhadap Islam?

AstaghfiruLlah, macam tu punya jenis Umno yang dimesrai oleh firqah pemimpin PAS yang diketuai oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan diperkasakan oleh Datuk Dr Harun Din, Datuk Harun Taib, Datuk Mustafa Ali, Nasrudin Hassan Tantawi, Datuk Abu Bakar Chik, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali, Nasharudin Mat Isa, Nik Abduh Nik Abdul Aziz serta beberapa yang lain.

Adoi la! Bilakah masanya memilih jalan yang lurus?

Berkaitan:
Bohong: Pelabur takut undang-undang Islam (Harakah Daily 30/10/11)
Umno bersekongkol dengan MCA mengkritik hukum Allah (Harakah Daily 5/12/11)
Top Catholic bishop tells non-Muslims to support hudud in Kelantan (Harakah Daily 23/9/11)
Soi Lek hina Islam, Umno membisu? (Malaysia Daily 4/12/11)

Janganlah lupa:
Kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia berjaya menggulingkan presiden-presiden mereka kerana kebangkitan-kebangkitan tersebut tidak mempunyai pemimpin - Rashid Al-Ghannushi.


Read On 13 comments

Kenapa Cik Gu Pa kata game over dan Hassan Ali akan selamat?

Ni bukan saya kata, orang kata:
Cik Gu Pa (Datuk Mustafa Ali) tentu tak nak jawab (cabaran) (Datuk Dr) Hasan (Mohamed Ali) bab dia nak jumpa (dalam gelap) dengan Umno tu sebab bila jawab, (mungkin) kena cerita pula Presiden (Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang) yang suruh jumpa Umno. Presiden pula (mungkin) kena cerita pula (Datuk Dr) Harun Din yang cadang supaya jumpa (pemimpin) Umno.
Mengenai busuk mulut carpab tertentu yang nak gambarkan kepada orang ramai bahawa Harakah tak berlaku adil kepadanya, ada pulak kawan yang kata:
Harakah dah bagi hutang kat dia sampai RM800,000 tak adil lagi?
Seorang lagi kawan, tak dan habis nak cerita komen kawan lain bahawa pada tahun 1951 para ulama ramai-ramai keluar Umno dan tubuhkan PAS, dia terus kata:
La ni (selepas pilihan raya umum 2008) ulama-ulama dalam PAS berebut-rebut pulak nak selamatkan Umno.
Takat tu ja. Seterusnya, lihat petikan dari kenyataan penuh Dr Hassan yang disiarkan dalam TranungKite Online:
Dengan ini saya menarik balik komen saya mengenai ‘Negara Berkebajikan’ tersebut. Saya memohon maaf kepada saf kepimpinan dan ahli-ahli parti terhadap keterlanjuran saya itu.

Adapun yang lain daripada itu adalah sama seperti yang terkandung dalam kenyataan akhbar dan ulasan yang telah saya buat.
Bagi jelas dalam hati hampa bahawa selain komen mengenai 'Negara Berkebajikan', komen lain terhadap PAS selepas dia angin satu badan terhadap Saari Sungib yang buka pekungnya bahawa orang Gombak tak kelapaq kat dia, semuanya Dr Hasan tak tarik balik.

Apa yang Dr Hassan sebut sebelum itu? Antara lain baca laporan Utusan Malaysia 21/12/11 bertajuk "Hasan tolak negara berkebajikan". Dalam berita Utusan Malaysia 21/12/11 juga yang bertajuk "Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor sifatkan Mustafa bongkak, sombong", Dr Hassan dipetik sebagai berkata:
Saya ingin tegaskan apa yang saya sedang lakukan adalah untuk mengukuh dan memperkuatkan Pas supaya Pas tidak dilihat terumbang-ambing dan dilihat tidak konsisten dengan dasar perjuangan menegakkan Islam.
Selepas ini, bolehlah orang-orang Umno bersyarah sana-sini memetik kata-kata Dr Hassan dan menyatakan bahawa bahawa "Hassan Ali sendiri mengaku PAS dilihat terumbang-ambing dan dilihat tidak konsisten dengan dasar perjuangan menegakkan Islam" (ada orang tertentu bila dia cakap, anda sambutlah dengan laungan "Takbur! Takbur! Takbur!" Allah laknatkan syaitan kerana takbur).

Dalam berita bertajuk "PAS calls in malcontents to end open spat", Naib Presiden PAS Haji Salahuddin Ayub berkata bahawa Dr Hasan "still plays a very important role in our party".

Saya bersetuju seratus peratus kenyataan Salahuddin. Memang, Dr Hasan mempunyai peranan yang penting dalam PAS. Antara peranan penting beliau ialah seperti yang dinyatakan dalam ruangan pendapat pembaca dalam Malaysiakini bertajuk "Hasan, talking to BN media an act of betrayal".

Janganlah lupa:
Kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia berjaya menggulingkan presiden-presiden mereka kerana kebangkitan-kebangkitan tersebut tidak mempunyai pemimpin - Rashid Al-Ghannushi.


Read On 9 comments

Siapa Bouazizi yang sanggup bakar diri sendiri dalam PAS?

Kalau dia masih hidup, Mohamed Bouazizi lebih kurang umur anak saya yang sulung. Siapa Bouazizi? Dialah penjual sayur yang mencetuskan kebangkitan tanpa pemimpin di Tunisia malah kebangkitan di sebahagian besar dunia Arab.

Hanya kerana menjual sayur untuk mencari sesuap nasi akibat ketiadaan pekerjaan, beliau bukan sahaja diganggu tak henti-henti malah dengan kejamnya barangan jualannya dirampas oleh pihak berkuasa tempatan dan polis yang kurang ajaq (bersama-samalah kita memohon Allah mela'nati jenis-jenis yang kuang ajaq macam tu, di mana jua mereka berada).

Kerana tak tahan dizalimi sedemikian rupa, Bouazizi membakar dirinya. Tindakannya itu mencetuskan protes dan kebangkitan rakyat tanpa pemimpin di Tunisia sehigga menghambat Presiden Zine Al Abidine Ben Ali dari kekuasaannya. Turut dihambat dari kekejamannya ialah isteri Zine Al Abidine, Leila Trabelsi yang jahat dan ganas itu (Di Malaysia, isteri siapakah yang jahat, kejam dan ganas membelasah harta rakyat ?)

Saya tahu, hampir semua orang tahu fasal Bouazizi. Saya tulis pagi ini fasal Bouazizi dengan tujuan nak bertanya Tuhan siapakah Bouazizi di negara ini?

Saya bukan ahli PAS. Tetapi ketika PAS dikuasai oleh kumpulan yang orang dakwa mesra Umno yang diketuai oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan diperkasakan oleh Datuk Dr Harun Din, Datuk Harun Taib, Datuk Mustafa Ali, Nasrudin Hassan Tantawi, Datuk Abu Bakar Chik, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali, Nasharudin Mat Isa, Nik Abduh Nik Abdul Aziz; saya juga ingin bertanya kepada Allah s.w.t. yang amat dikasihi siapakah Bouazizi di kalangan ahli-ahli PAS itu?

Bukan bakar diri secara fizikal, tetapi bakar diri bermakna sanggup dimaki hamun, dicerca, dikafirkan malah mungkin didebik secara fizikal oleh puak yang 'asabiyyah kepada kumpulan yang orang dakwa mesra Umno tu.

Saya hanya bertanya Tuhan. Saya tidaklah layak mengharapkan Tuhan menjawab pertanyaan saya. Saya kutu dan bukan Musa 'a.s. yang dikasihi yang bertuah sungguh dapat berbicara dengan Tuhan.

Di bawah ni sms dari kawan saya dan saya siarkan tanpa edit (sebab aku pun tak tau!):
Salam bro, RE :- Distructive Technology/Distructive Innovation.. [1] Just watch in 2012 the following corporate giants will die or been takeover - Kodak ,RIM - Blackberry,HP & Netflix. [2] What is the common problem that all these giants faced - DISTRUCTIVE TECHNOLOGY/DISTRUCTIVE INNOVATION.,eg. Kodak - U can print at home, buat apa p beli film ? ; RIM/Blackberry - Apple introduce IPhone & IPAD , RIM pun hanyut ...; HP - the coming of Cloud Computing - the sales of PCs worldwide in 2011 is LESS than smartphones/PDAs ! [3] What is the Distructive Technology/Distructive Innovation in world politics ? People power ! Kebangkitan rakyat tanpa pemimpin ! Facts - Tunisia,Egypt,Libya,Yemen,Syria etc etc.[4] Malaysia - BERSIH 2.0 AND ABU ! Wallahalam. Tq
Janganlah lupa:
Kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia berjaya menggulingkan presiden-presiden mereka kerana kebangkitan-kebangkitan tersebut tidak mempunyai pemimpin - Rashid Al-Ghannushi.



Read On 11 comments

Puak bangang bertolak-tolak maafkan Hassan Ali - "AlhamduliLlahhhhhh!" mereka menjerit-jerit

Saya ketinggalan tengok berita. Dah dekat Maghrib petang tadi baru dapat baca apa terjadi pada siang 24/12/11. Ni dah 25/12/11 dan selamat menyambut Krismas kalau ada orang Kristian baca blog ini.

Sikit ja, cuma nak sorot mengapa Datuk Dr Hassan Mohamed Ali kata apa yang dia kata siang tadi, konon nak tolong cuci taik yang dibaling kat PAS (baca Malaysiakini 25/12/11 "Little trust for Hasan despite apology"):

1. Teman-teman, mesyuarat Lujnah Politik PAS (lihat posting saya "Tunggulah artikel terhebat abad ini dari Presiden PAS") memperlihatkan episod ba'dhuhum auliya'a ba'dhin yang sungguh manis dan penuh kasih sayang, teman-teman!

Bodohlah, teman-teman, kalau Dr Hassan yang sebelum ini menikmati episod yang sama dengan Mufti Perak tidak mahu memanfaatkan kasih sayang Presiden PAS, Ketua Dewan Ulama PAS, Ketua Dewan Pemuda PAS dan khususnya Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS dalam episod ba'dhuhum auliya'a ba'dhin yang penuh lazat itu.

2. Seperti saya kata, apabila Haji Saari Sungib dengan tak sengaja telah score gol dan mendedahkan nilai sebenar Dr Hassan apabila menyatakan beliau tak cukup pencalonan (orang PAS Gombak beritahu saya tak ada pencalonan langsung), tidaklah bijak lagi kalau dia nak mempasar malamkan hayat politiknya.

Amat ngeri, teman-teman, kalau akhirnya harganya lebih murah dari kupang tembaga (wang satu sen). Orang kata, nak berniaga biarlah harga tengah tinggi, teman-teman.

3. Harga Dr Hassan lebih tinggi, teman-teman, kalau terus berada dalam PAS. Macam semakin ternyata apa yang dinyatakan dalam posting Nota Merah bertajuk "Firaun berjaya nasihat Musa, Harun" yang antara lain mengkisahkan "Pihak PM sendiri menasihat pihak Nasharuddin dan Dr Hasan supaya tidak meninggalkan PAS..."

4. Watak-watak hebat berikut seronok untuk dilihat, terutama selepas pilihan raya umum akan datang jika Umno sekali mengalami nasib yang sama seperti selepas pilihan raya umum 2008 lalu:

a. Datuk Seri Abdul Hadi Awang
b. Datuk Dr Harun Din
c. Datuk Harun Taib
d. Datuk Mustafa Ali
e. Nasrudin Hassan Tantawi
f. Datuk Abu Bakar Chik
g. Datuk Dr Hassan Mohamed Ali
h. Nasharudin Mat Isa
i. Nik Abduh Nik Abdul Aziz

5. Saya sebut watak-watak utama sahaja. Banyak lagi pak yet mereka. Antara macai utama mereka ialah Idris Ahmad.

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula telah berjaya mereka perguna dan peralatkan dalam episod kawan makan kawan ketika muktamar tahun ini di mana mereka hendak membuang Nasharudin sebagai Timbalan Presiden PAS. Episod itu adalah antara episod kawan makan kawan yang paling klasik dalam PAS.

Dalam pemilihan akan datang, dengan sokongan Mursyidul Am, Presiden dan nama-nama yang disebutkan di atas serta penyokong-penyokong mereka seperti yang berlaku dalam pemilihan tahun ini, saya jangka Tuan Ibrahim akan menjadi Timbalan Presiden PAS.

The game is not over yet. It has just begun for another fresh start. Watch this space!

Berkaitan:

Hasan tolak negara berkebajikan (Utusan Malaysia 21/12/11)
Mustafa Ali enggan jawab tuduhan mahu jumpa Umno (FMT 24/12/11)
Bukan saya jumpa pemimpin Umno tapi Mustafa Ali’ jawab Hasan (TMI 24/12/11)
Not me, but Mustafa who did it, says Hasan (Malaysiakini 24/12/11)
Hasan denies meeting Umno leaders, says Mustafa did so (TMI 24/12/11)
The game is over, kata Mustafa Ali (Harakah Daily 24/12/11)
Hasan tarik balik kritik negara kebajikan (Malaysiakini 24/12/11)
'Media arus perdana beri saya lebih liputan dari Harakah' (Malaysiakini 24/12/11)
Hasan backs down on welfare state criticism but... (Malaysiakini 24/12/11)
'Mainstream media gives me more space than Harakah' (Malaysiakini 24/12/11)
Hasan Ali regrets criticising PAS welfare state idea (TMI 24/12/11)
Media pro-Umno lebih daripada Harakah, jelas Hasan Ali (TMI 24/12/11)
Negara Berkebajikan: ‘Saya minta maaf kepada parti’ kata Hasan Ali (TMI 24/12/11)
Hasan: Saya sedia temu kepimpinan parti bila-bila masa (TMI 24/12/11)
Nothing wrong with using mainstream media, says Hasan Ali (TMI 24/12/11)
Kritik Negara Berkebajikan: Hasan Ali mohon maaf (FMT 24/12/11)
'Terima kasih Ibrahim Ali, saya masih bersama PAS' (FMT 24/12/11)
'Tiada ruang untuk saya bersuara dalam Harakah' (FMT 24/12/11)

Janganlah lupa:
Kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia berjaya menggulingkan presiden-presiden mereka kerana kebangkitan-kebangkitan tersebut tidak mempunyai pemimpin - Rashid Al-Ghannushi.



Read On 15 comments
 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008