Sampai bila nak biarkan Rosmah perintah Malaysia?

Quote: Some have expressed surprise that YTL was the frontrunner.2. YTL Comms might get the RM1.5bil 1Bestarinet project to wire up schools (Malaysian Wireless 30/10/11)
Said an industry player: “If indeed they are the winner, it is shocking as they are an unproven service provider. They also do not have fibre so how are they going to offer the services?”
The industry player also pointed out that the tender specifications for 1Bestarinet seemed vague and cautioned that he hoped the project would not suffer the same problems faced by a similar project in the past called Schoolnet.

Elton John: Dr Asri dicabar tunjuk mana salahPosting asal
Harakah Daily, 30 Okt: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan tidak bersetuju dengan pandangan Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mengaitkan dewan itu dengan 'Taliban' ekoran membantah konsert rock melibatkan penyanyi gay, Elton John.
Menyifatkan pandangan bekas mufti Perlis itu sebagai "belum mengenali pemuda PAS", beliau juga berkata kenyataan Dr Asri itu juga boleh memberi tanggapan salah masyarakat terhadap sayap PAS itu.
"Mengganggap pemuda PAS diresapi unsur Taliban adalah anggapan keterlaluan dan boleh memberi gambaran salah kepada masyarakat. Bukan baru kita nyatakan bantahan terhadap konsert sebegini.
"Bantahan kita bukan sekat orang, halang orang, ganggu orang. Kita hanya lahirkan rasa tidak bersetuju dengan konsert tersebut sebagai panduan kepada pemuda Islam lain," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau ditemui selepas menyampaikan ucapan penutup Ijtimak Tarbawi 2011 anjuran Dewan Pemuda PAS di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) di Taman Melewar di sini hari ini.
Jawapan tersebut dinyatakan beliau sebagai respon terhadap pandangan Dr Asri yang menegur bantahan Dewan Pemuda PAS Pahang terhadap konsert tersebut atas alasan penyanyi gay itu menggalakkan maksiat.
Bercakap kepada Malaysiakini, Dr Asri berkata, halangan itu tidak perlu dan cukup sekadar meminta kerajaan tidak membenarkan orang Islam menyertainya.
Beliau turut menasihatkan parti Islam itu "jangan tiru Taliban", sebaliknya mencontohi pendirian Islam yang matang, sederhana dan praktikal.
Mengulas lanjut Nasruddin berkata, PAS tidak pernah menggunakan pendekatan kekerasan dalam dakwah mereka apatah lagi pendekatan ala Taliban.
Sebaliknya lebih kepada pendekatan lunak iaitu turun ke padang mendekati anak muda dengan menyebarkan risalah kesedaran agar menolak sebarang aktiviti yang melalaikan dan maksiat.
"Memang kita bantah itu tujuannya agar orang Islam tidak pergi ke konsert tersebut.
"Sebab itu saya cadang beliau (Dr Asri) ambik masa turun ke medan sekali dengan pemuda PAS, jumpa anak muda. Jangan hanya bercakap dari dalam bilik berhawa dingin," katanya.
Tunjuk di mana salah
Terdahulu dalam ucapannya, beliau turut menyentuh teguran Dr Asri itu dan meminta bekas mufti itu membuktikan dimana salah bantahan mereka terhadap konsert penyanyi yang terkenal sebagai ikon Gay di barat itu.
Katanya, jika sekalipun pendekatan mereka 'dilihat salah' oleh Dr Asri, namun tindakan tersebut dibuat atas perinsip asas mencegah kemungkaran yang diwajibkan oleh Islam.
"Kalau tak setuju dengan pendekatan kita, kita terbuka menerima cadangan pendekatan lain dari beliau (Dr Asri)...pendekatan ini perkara ijtihad.
"Pemuda tegas dengan perinsip mempertahankan Islam...kita bertindak atas dasar mencegah kemungkaran," katanya.
Sebelum ini Dewan Pemuda PAS Pahang menyatakan bantahan terhadap konsert Greatest Hits Tour itu yang menampilkan artis gay, Elton John yang akan berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands pada 22 November depan kerana dianggap tidak sesuai dengan budaya negara ini.
Ketuanya, Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz, berkata walaupun mungkin penyanyi yang berkahwin sesama lelaki itu datang sekadar menghiburkan peminatnya, tetapi bimbang ikon muzik dunia itu akan menjadi ikutan negatif kepada generasi muda.
Beliau mahu pihak berkuasa agama termasuk Jabatan Agama Islam Pahang, Kerajaan Negeri Pahang serta Majlis Daerah Bentong mengambil tindakan agar ianya dibatalkan.
Elton yang terkenal dengan lagu hits seperti Candle In The Wind, Rocket Man, Levon dan Your Son" telah mendirikan rumah tangga dengan rakan homeseksualnya David Furnish pada 21 Disember 2005, selepas kerajaan Britain membenarkan perkahwinan sejenis.
Anak mereka, Zachary Jackson Levon John, dilahirkan melalui ibu tumpang pada 25 Disember 2010 di California (Berkaitan: Pemuda PAS: Kami bukan Taliban, Dr Asri melampau).

Kerajaan Selangor bimbang dengan peratusan Air Tidak Berhasil (NRW) yang didakwanya tidak terkawal dan gagal dikurangkan ke tahap yang memuaskan, kata exco kerajaan negeri, Elizabeth Wong.Saya yakin ramai rakyat yang sakit hati kepada Syabas dan prestasinya. Yang saya nak tanya, adakah Elizabeth setakat merungut dalam media sahaja? Bukankah Elizabeth dan Dr Hassan Mohamed Ali sama-sama Exco Selangor?!!
"Jika Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) tidak mampu mengurangkan NRW pada tahap yang memuaskan, ia akan memberi kesan langsung kepada bekalan air bersih untuk pengguna," katanya dalam kenyataan.
Beliau mendakwa, kegagalan SYABAS menurunkan peratusan NRW ke tahap yang memuaskan, membuktikan syarikat konsesi air ini gagal menjalankan penyelenggaraan paip air dengan baik seperti yang dikehendaki dalam perjanjian penswastaan air antara kerajaan negeri dengan syarikat konsesi itu.
"Mengikut laporan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), SYABAS masih gagal mengurangkan kadar NRW kurang daripada 30 peratus.
"Walaupun kadar NRW menurun pada kadar 32.38 peratus pada 2009 berbanding 38.43 peratus pada 2005, tetapi meningkat semula pada tahun lalu dan tahun ini, malah SPAN meramalkan NRW terus meningkat melebihi 40 peratus sehingga 2020," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Elizabeth, tanpa bekalan air bersih yang mencukupi, tidak mustahil krisis bekalan air bersih di Lembah Klang akan berlaku walaupun tujuh empangan di Selangor mempunyai kapasiti air mentah yang mencukupi dan adakalanya berlaku limpahan.
Semuanya bermula dengan sikap tidak berhemah kerajaan Selangor sebelum 3 Mac 2008 dahulu dalam merundingkan konsesi air di negeri itu. Akibat sikap tidak berhemah itu, bukan sahaja negeri Selangor akan menanggung kerugian sebanyak RM8 bilion, malah rakyat juga akan menanggung beban dan tekanannya apabila Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) diberi laluan yang begitu selesa bagi memuaskan kehendaknya untuk menaikkan tarif air sehingga berkali-kali.Saya juga teringat petikan berita berikut yang menjelaskan lagi sikap pro-Syabas kerajaan BN.
Sama seperti konsesi dan projek penswastaan lain yang dikendalikan oleh para pemimpin kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN), amat ketara rakyatlah yang akhirnya akan menanggung bebanan dan tekanan apabila Syabas menaikkan tarif air.
Bukan sekali, malah syarikat itu diberi laluan selesa untuk menaikkan tarif air sehingga lima kali. Pada tahun 2009 dahulu Syabas dibenar menaikkan tarif setinggi 37 peratus. Selepas itu, pada 2012, diberi lagi kebenaran untuk menaikkan tarif setinggi 25 peratus (2012).
Tidak cukup dengan itu, pada 2015, Syabas mendapat kebenaran lagi untuk menaikkan tarif air setinggi 20 peratus (2015). Selepas itu, ada lagi habuan untuk meningkatkan keuntungan apabila Syabas dibenarkan menaikkan tarif sehingga 10 peratus pada tahun 2018 dan lima peratus pada tahun 2021.
Begitulah hebatnya sikap pro-Syabas yang dibuktikan oleh kerajaan BN.
Pada Jun 2010, Mahkamah Tinggi memerintahkan kerajaan persekutuan mengumumkan kepada orang ramai laporan audit dan perjanjian konsesi itu tetapi pada Februari 2011, tetapi akhirnya mahkamah rayuan memutuskan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan 13 pihak lain tidak mempunyai hak undang-undang untuk mengakses laporan audit dan perjanjian konsesi Syabas ituAkhirnya, saya juga mengambil kesempatan ini untuk menyatakan kebanggaan apabila ada anak kawan saya yang menjadi pejuang. Baca berita Harakah Daily "Demo mahasiswa jika UiTM gantung Khalid". Walaupun saya bukan pejuang dan Allah Maha Menyaksikan kebenaran pengakuan saya itu dan saya bukanlah saja nak poyo-poyo membuat pangakuan itu, saya berbangga apabila anak kawan saya menjadi pejuang.

Data shows better Maths, Science results during PPSMI
The Parent Action Group for Education (Page), who are at the forefront in the struggle to have Maths and Science taught in English, today said that research findings found that the performance of students in the subjects of English, Mathematics and Science improved when the latter two subjects were taught in English.
Quoting research by the 2010 update report for the United Nation’s Millennium Development Goals for Malaysia, Page said that results show that the policy was starting to work when the decision to abolish it was made.
The results also showed an improvement in performance in mathematics and science in rural schools.
“PPSMI is working, even for the rural students... (The examination results) show improvement in English, no reduction in Bahasa Malaysia and improvements in Science and Mathematics in the last few years,” Page said, referring to the policy by its Malay language acronym.
Tracing performance national and vernacular school performance in science and mathematics from 2001 to 2009, the research found that the passing rates were “the highest in 2007”.
It took a dip in 2008 but picked up again in 2009, which was the same year the government decided to phase out the policy. The policy was introduced in 2003.
“The best achievement in English was in the year 2008, and the trend is on the incline since the start of PPSMI,” Page said.
Student performance in Bahasa Malaysia remained constant, showing that the policy had no effect on mastery of the national language, although some decline was seen in vernacular schools.
The study traced a big dip in passing rates for lower secondary assessment (PMR) in Science and Mathematics in 2004, but marked improvement from 2006 to 2009.
“English improved, evident in the year 2003 and 2009 with PPSMI in operation. Bahasa Malaysia remained constant throughout,” Page said.
‘Rural students did better’
The Education Ministry also refutes claim that rural students are left behind by PPSMI, as these students consistently outperformed their urban friends in the subject of Science while it was taught in English.
“The highest achievement in Science (pass rates for SPM) was in 2008, by rural students... Clearly the rural students were able to cope with PPSMI,” the NGO noted.
Rural students also showed improvement in Mathematics, with SPM pass rates for the subject on a significant upward trend since the introduction of PPSMI.
“The best percentage increment (of pass rates for mathematics for SPM) took place between the year 2009 and 2010, recorded by rural students,” it said, referring to a leap of about four percent.
Rural students followed an upward trend in English with the passing rate for the subject up from 61.4 percent in 2004 to 71.2 percent in 2010, while in urban areas, students performed 7.3 percent better in 2010 compared to 76.4 percent in 2010.
Consistent with PMR and school examination results, passing rates for Bahasa Malaysia in SPM remained fairly constant from 2004 to 2010.
According to Page, this evidence clearly goes against claims by the government as well as anti-PPSMI PAS-led Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) who claimed that only 3 percent of pupils benefit from the policy.
Kepada pengunjung blog ini yang beragama Hindu, selamat menyambut Deepavali."In arriving at an agreement, if u cannot agree on something, a clause/term & condition/point etc, why must u have/signed the agreement? The advantage of not having an agreement is maintaining status quo - Tanjung Pagar is still ours"Saya lalu mencari-cari posting-posting saya mengenai perkara itu. Ada la jumpak dua:

Golongan muda hadapi masalah penuhi kriteria asas Skim Rumah PertamakuTak kisah semua tu, asalkan Umno berkuasa? Kononnya kalau Umno berkuasa Melayulah yang berkuasa? Orang Umno bukan setakat boleh tengok bola di rumah Perdana Menteri, tapi boleh duduk ramai-ramai di situ kot. Orang Umno bertuah. Rezeki depa la tu.
KUALA LUMPUR: Skim Rumah Pertamaku yang dilancarkan Mac lalu bagi membantu golongan muda berusia sehingga 35 tahun memiliki kediaman pertama dengan pembiayaan 100 peratus, dikatakan tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya kebanyakan golongan itu.
Meskipun memenuhi kriteria asas ditetapkan termasuk pendapatan di bawah RM3,000, golongan muda ini akan menghadapi masalah sebaik ‘dinilai’ institusi perbankan yang mengambil bahagian dalam menawarkan pembiayaan bagi kediaman bernilai antara RM100,000 hingga RM220,000, seperti dikehendaki skim berkenaan.
Eksekutif Teknologi Maklumat (IT), Nur Syafinas Zamri, 26, berkata, beliau teruja mengetahui kewujudan Skim Rumah Pertamaku yang diumumkan sebagai salah satu inisiatif bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat pada pembentangan Bajet 2011, tahun lalu.
Bagaimanapun, Nur Syafinas yang bekerja sebaik memperoleh Ijazah Sarjana Muda berkata, pendapatannya, meskipun di bawah RM3,000, tidak memungkinkan beliau membeli kediaman di bawah skim itu.
Dengan gaji pokok berserta elaun tetap RM2,680 sebulan, Nur Syafinas terpaksa mengeluarkan perbelanjaan melebihi RM1,700 sebulan bagi potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), ansuran bulanan kereta, bayaran pinjaman pelajaran, kad kredit serta perbelanjaan harian dan wang diberi kepada keluarga.
“Apabila menghubungi pihak bank, mereka memaklumkan ansuran bulanan bagi pembiayaan perumahan saya di bawah skim itu secara kasar berjumlah RM1,025 dan ia melebihi syarat pembayaran balik di bawah skim berkenaan yang sepatutnya tidak melebihi 1/3 daripada pendapatan bulanan individu,” katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.
Kakitangan swasta, Naizatul Zamrina Karizaman, 26, berkata tinjauan dilakukannya mendapati hartanah sekitar Lembah Klang hanya bermula pada RM300,000 seunit, melepasi skala harga ditetapkan kerajaan melalui skim itu.
Beliau berhasrat membeli kediaman di ibu kota supaya dapat menetap berhampiran ibu bapanya selain memudahkannya berulang-alik ke tempat kerja setiap hari.
“Mustahil mendapat kediaman di ibu kota berharga antara RM100,000 hingga RM220,000. Jika adapun harga murah, mungkin hanya rumah dilelong.
“Satu-satunya pilihan yang ada sekiranya golongan muda mahu mendapatkan hartanah melalui skim itu ialah memilih kediaman di pinggir bandar yang kebanyakannya terletak 50 kilometer (km) dari ibu kota,” katanya.
Seorang lagi kakitangan swasta, Noor Amalina Ahmad, 23, berkata konsep pembiayaan pinjaman 100 peratus, yang turut digunakan dalam pembiayaan pinjaman kenderaan, akan menyebabkan golongan muda menanggung bayaran ansuran lebih tinggi setiap bulan.
“Untuk memanfaatkan skim ini, mungkin golongan muda boleh mengambil sedikit masa dengan membuat simpanan terlebih dulu bagi memastikan kedudukan kewangan stabil ketika dinilai institusi perbankan apabila permohonan pembiayaan perumahan dilakukan,” katanya.
Apa sahaja di Malaysia akan dimiliki oleh orang luar akibat kesan berantai; bank akan dimiliki oleh orang luar, dan dengan itu kesemua yang meminjam atau bergantung kepada bank; pinjaman, usaha niaga, kediaman, rumah, hartanah, tanah dan saham (yang dibeli dengan pinjaman bank) kesemua akan dimiliki oleh orang luar.Adoi la! Nyatalah negara memerlukan orang-orang berani seperti Mamat ini dan yang bukan kangkung seperti mereka ini (gambar di atas ihsan Malaysiakini).

LPKP ambil masa 700 hari untuk selesai kes, aduan
Aziz Bari "berasa muda balik"Berkaitan:
KUALA LUMPUR, 24 Okt: Pelbagai tekanan yang dihadapi pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari bukan sahaja tidak melemahkannya malah menyebabkan beliau "berasa muda balik".
Menurut seorang rakan yang menerima sms atau mesej ringkasnya, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang menghadapi penggantungan penuh kontroversi itu berkata beliau "berasa muda balik pula....."
Dalam mesej itu juga, kata rakan pensyarah itu yang enggan namanya disiarkan, Dr Abdul Aziz juga menyatakan penghargaannya kepada "budak-budak muda yang berani tu".
Jumaat lalu, hampir 1,000 orang, majoritinya mahasiswa dan anak-anak muda berhimpun selepas solat Jumaat di masjid UIA memprotes tindakan pihak berkuasa universiti menggantung tugas Dr Abdul Aziz.
Dr Abdul Aziz sebelum itu diburu oleh polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), diberi surat tunjuk sebab oleh UIA dan akhirnya digantung tugas oleh universiti itu semata-mata kerana memberikan pendapat profesionalnya dari segi perlembagaan dan undang-undang.
Dalam kritikannya itu, beliau berpendapat, tindakan Sultan Selangor campur tangan berhubung isu pemeriksaan gereja bukanlah suatu tindakan yang lazim.
Aziz dilaporkan berkata, sebagai Ketua Agama Islam di Selangor, Sultan Selangor berhak campur tangan, namun ia perlu dilakukan selaras dengan ajaran Islam.

The son of PAS spiritual leader Nik Abdul Aziz Nik Mat has voiced support for Saturday's Himpun anti-apostasy rally despite the decision of the Islamic party's central body not to take part in it.
Commenting on his blog, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, who is PAS Youth deputy chief, reiterated the wing's support for the rally to defend the akidah (faith) of Muslims.
The purpose, he said, was to "show solidarity in an effort to save and strengthen the faith of Muslims from being threatened by enemies of Islam that attempt to undermine their faith".
Abduh added that PAS as an Islamic party and Muslims as a whole hoped that the rally would be a good platform unite Muslims to maintain their strong faith.
"For PAS Youth, anything that can unite Muslims on the path of righteousness must be supported and cannot be abandoned. Muslim unity is a responsibility and duty that must be carried out with all our heart."



Haram mengundi ameno tu betul. Arwah Tok Wan saya - ************ (pengarang kitab ***** *****) dari dulu lagi dah pesan bahawa mengundi ameno adalah haram.Ini pula sms (dalam 10 hari lalu) yang bukan komen dari apa yang saya tulis dalam blog:
Bob Lokman was arrested for preaching God's words to God's servants in God's house.
(1) Latest financial issues = French + German agree to recapitalise all European bank; Moody downgrade UK banks; Spain & Italy to be downgraded - Italy is G8 economy (2) What about M'sian banks...?Sms ni bulan lepas saya terima:
(Ni semalam) Moody downgraded Spain n about to downgrade France. Economy dunia benar2 telur d hujung tanduk. Adakah Najib akan go GE13 tahun ini? Tahun depan?
Tmn Melawati adalah kawasan middle class. Setiap minggu ada 3 pasar mlm dan 1 pasar tani. Paling meriah hari Sabtu - pagi pasar tani & ptg/mlm pasar mlm. Selalunya ada 150/200 penjual/gerai. Sekarang tak sampai 100 gerai. Bila dtanya penjual, jawapannya 2 (i) pembeli kurang & yg dtg kurang membeli (purchasing power down) (ii) harga barang & bahan mentah naik mendadak (CPI up). Ini adalah tanda stagflation - income down + inflation (price) up. Stagflation menunjukan ekonomi bukan memasuki fasa recession - tetapi adalah symptom of economic depression!Aku mana reti ekonomi!
...pemanggil talian Celcom prabayar X Pax Plan X2. Jika panggilan saudara dijawab mesin voice mail transfer (VMT), panggilan saudara akan dicas 28 sen bagi setiap panggilan. Semak dan uji dan hebahkan betapa pengguna telefon di****** terang-terangan oleh Celcom.Anak saya pakai line *******, kalau saya panggil dia tak jawab, dan keluar suara minah atau mamat yang dirakam oleh syarikat telekomunikasi tu, tak kena bayaran. Tapi kalau panggil kat nombor Celcom.... Saya tau la duit saya kena lipat sebab saya pakai prepaid...

It will become a place fit only for those who come here from foreign lands to print black money and run Internet scams.Berkaitan:
The good Prophet will be ashamed that the name 'Islamic' is used for such an institution.

Antara selebriti itu termasuklah Scha Alyahya, Faizal Tahir, Imam Muda Hassan dan penyampai radio Hot FM Faizal Ismail.Anda rasanya tidak terkejut langsung bila Najib, Muhyiddin dan Dr Hassan adalah antara tokoh yang suka sangat laman Himpun. Tetapi, mungkin anda terkejut bila Menteri Besar Kelantan juga sukakan laman tersebut.
Bagi pemimpin politik, halaman facebook yang turut sama ‘like’ seperti Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Timbalannya Tan Sri Muhyidin Yassin dan Exco Selangor Datuk Dr Hassan Ali.
Bagaimanapun, menurut Nasrudin lagi, mereka tetap menyokong "usaha murni" itu.Kalau anda tak nampak apa-apa pada berita FMT dengan berita Malaysiakini yang saya petik di atas, saya pun tak nampak! (Sila klik gambar di atas untuk besarkan)
.....
Sementara dalam status terbarunya kira-kira sejam lalu, Nasrudin mengingatkan supaya "jangan derhaka kepada sang Muslim dan jangan menentang bagi non-Muslim".



adalah kalimah yang baik. Tetapi sebab kamu yang menyuruh aku menyebutkannya, aku tak mahu sebut".Saya juga pernah menyarankan orang Melayu supaya bersikap 'kurang ajar' dan kenyataan itu ternyata telah salah digunakan apabila saya menghadapi masalah politik. Tetapi jika dilihat dari aspek yang neutral, 'kurang ajar' itu merupakan satu konsep berani bertanya dan berani menyoal.Dalam tiga isu utama, iaitu mengkudungkan imuniti raja-raja, memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kemudian menghambat Mamat itu dari Umno dan menentang kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika Mamat itu menjadi Perdana Menteri, saya adalah penyokong tegar Dr Mahathir. Dalam tiga bab itu sahaja.
Pada saya, berani bertanya dan berani menyoal ialah petanda bahawa manusia itu aktif dan 'hidup' dan untuk mencapai kemajuan kita mesti bertanya dan mesti mengkritik. Itulah inti demokrasi (lihat Utusan Malaysia 1/11/98 "Keresahan masyarakat Melayu moden - 'Kurang ajar' konsep berani bertanya dan menyoal - Musa").

The foreigners at a Bangi resort charged by PAS to be candidates for citizenship were actually attending an "entrepreneurship course", according to a report in today's Sinar Harian, quoting the Sepang OCPD.Kenyataan Mamat bernama Imran tu hakikatnya adalah motivasi yang begitu berapi-api supaya rakyat berhimpun beramai-ramai dalam perhimpunan ala perhimpunan Bersih sama ada sebelum atau terutamanya selepas Umno BN menang dengan cara pembohong dalam pilihan raya akan datang.
Supt Imran Abdul Rahman said: "The information we received showed that all the foreigners at Desa Pinggiran Putra were there to attend an entrepeunership course." (Versi Bahasa Melayu bertajuk "Polis Sepang nafi sindiket IC Desa Pinggiran" manakala berita berkaitan ialah "Mengapa kursus perniagaan untuk buruh ladang asing?".)
Mengapa kursus perniagaan untuk buruh ladang asing?
(Ihsan Malaysiakini 14/10/11): PAS Johor mempersoalkan mengenai "layanan kelas pertama" kepada sekumpulan pekerja asing untuk menghadiri "kursus keusahawanan" sedangkan permit kerja pertanian tidak membenarkan mereka menjalankan perniagaan di negara ini.
"Tidak munasabah warga asing diberi kursus keusahawanan, sedangkan mereka tidak dibenarkan berniaga dalam negara kita," kata ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat.
"Apakah seorang warganegara asing yang datang ke negara ini atas permit pertanian dibenarkan berniaga dalam negara kita?
"Sejak bila pulak kerajaan Malaysia membenarkan pekerja buruh daripada kalangan warga asing dibenarkan berniaga di negara kita?" kata Suhaizan dalam satu kenyataan semalam.
Beliau mendakwa, pada peringkat awal, pemandu bas diarah menurunkan warga asing tersebut di Jabatan Perdana Menteri(JPM).
Bagaimanapun, dakwanya, di saat-saat akhir mereka menerima arahan untuk menuju sebuah pusat peranginan di Bangi.
"Tidak munasabah penganjur kursus keusahawanan menukar tempat kursus di saat-saat akhir daripada jabatan kerajaan ke resort di Kajang," tambahnya.
Suhaizan mendakwa, perjanjian dengan pemandu bas ialah perkhidmatan mereka diperlukan sehingga jam 1 tengahari Rabu 12 Oktober 2011, yang menurutnya menunjukkan kursus itu adalah selama lima jam - dari 8 pagi hingga 1 tengahari - sedangkan warga asing tersebut tiba di Putrajaya pada jam 6 pagi hari yang sama.
"Jika benar mereka berkursus keusahawanan 5 jam sahaja dengan jarak 800 KM, pergi dan balik dari Johor Bahru ke Putrajaya, mengapa mereka tidak berkursus di Johor Bahru sahaja.
"Mengapa begitu istimewa warga asing ini dilayan oleh pihak tertentu dalam negara ini," tambahnya. [Baca berita penuh]
Polis Sepang nafi sindiket IC Desa Pinggiran
(Ihsan Malaysiakini 13/10/11): Polis menafikan dakwaan Pemuda PAS bahawa 240 warga asing yang menaiki sepuluh buah bas dari Johor kelmarin, dibawa ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mendapat taraf warganegara yang membolehkan mereka mengundi.
Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Imran Abdul Rahman ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan berhubung perkara itu kelmarin, lapor Sinar Harian.
Bagaimanapun beliau berkata, selepas menjalankan siasatan didapati perkara itu tidak benar.
“Maklumat yang kita peroleh menunjukkan semua warga asing itu berada di Desa Pinggiran Putra untuk menghadiri kursus keusahawanan.
“Mereka (warga asing) bukan dibawa untuk pergi ke JPN seperti yang didakwa oleh pihak terbabit,” katanya seperti dilaporkan harian berbahasa Melayu itu. [Baca berita penuh]





Kerabat Negeri Sembilan okay titah diraja dibahas
(Malaysiakini 13/10/11): Titah diraja boleh dibincangkan oleh ahli akademik dan media, selagi ia tidak mendatangkan kemudaratan yang sebenar, kata seorang ahli kerabat diraja Negri Sembilan.
Dalam temu bual e-mel dengan Malaysiakini, seorang kerabat diraja Negri Sembilan Tunku Zain Al 'Abidin berkata perkara itu adalah sejajar dengan kebebasan bersuara dan berhimpun.
"Sebagai penyokong kebebasan bersuara dan berhimpun, saya sentiasa menegaskan bahawa rakyat Malaysia perlu mempunyai kebebasan untuk membincangkan apa-apa jua yang tidak benar-benar menghasut, memfitnah atau mengalakkan keganasan.
"Saya juga menyokong hak individu untuk meluahkan pendapat mereka (melalui) kerja-kerja akademik dan portal media," kata putera raja yang juga adalah pengasas Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS).
Tunku Zain Al 'Abidin, yang juga kolumnis dengan Star, berkata demikian ketika ditanya mengenai kritikan yang dibuat terhadap pakar Prof Dr Abdul Aziz Bari yang mengulas kenyataan yang dibuah oleh Sultan Selangor.
Aziz didakwa cuba memburuk-burukkan institusi diraja apabila beliau membangkitkan isu-isu tertentu yang dititah oleh baginda berhubung pemeriksaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Damansara Utama Ogos lalu.
Turut mendapat tempias bidasan itu adalah Malaysiakini kerana menyiarkan komen Aziz.
Dalam pembelaannya, Aziz menerangkan Akta Hasutan 1948 membenarkan kritikan terhadap raja-raja Melayu, selagi mereka tidak menyokong pemansuhan monarki itu. [Baca berita penuh]

Aziz Bari: Tidak salah kritik Raja-rajaPosting asal
(Malaysiakini 12/10/11): Akta Hasutan 1948 memperuntukan bahawa tidak menjadi kesalahan bagi seseorang mengkritik Raja-raja Melayu asalkan mereka tidak menuntut pemansuhan institusi raja itu, kata pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari.
Sehubungan itu, katanya dakwaan bahawa beliau memburuk-burukkan institusi raja ketika mengulas kenyataan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja di Damansara Utama Ogos lalu, tidak timbul.
“Seperkara, sultan melaksanakan kuasa perlembagaannya dan rakyat - iaitu pembayar cukai - mempunyai hak untuk menilai prestasinya.
“Dari sudut pandangan Islam, seseorang akan mendapati peraturan yang lebih ketat apabila seorang lelaki bangkit dan mengingatkan Khalifah Umar al-Khattab bahawa beliau akan membetulkan pemimpin itu melalui pedangnya,” kata Aziz.
Menurut beliau seperti prestasi institusi awam yang lain, institusi raja-raja juga terpaksa berdepan dengan kritikan dan semakan sepanjang masa.
Justeru, bagi mengelakkan perkara itu, Aziz yang telah menghasilkan tesis, buku dan artikel mengenai peranan monarki dalam Islam dan demokrasi, berkata pihak istana mesti mendapatkan pandangan yang lebih luas dan bukan hanya terikat dengan kelompok kawan yang kecil.
Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini menyiarkan beberapa artikel membidas Aziz dan Malaysiakini kerana didakwa memburuk-burukkan institusi raja.
Langgar garisan
Antara mereka, Yang Dipertua Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwandin Hamzah yang mendakwa Aziz tidak faham dan tidak menghormati kuasa yang ada pada Sultan.
Aziz menghasilkan tesisnya yang bertajuk ‘The Development and Role of Constitutional Monarchy in Malaysia’ di University of Birmingham pada 1996 dan pernah menerbit sebuah buku berjudul Majlis Raja-Raja: Kedudukannya dalam Perlembagaan (DBP, 2002).
Katanya lagi dalam kenyataannya kepada Malaysiakini, beliau mengambil pendirian yang kritikal semasa krisis politik di Perak pada Februari 2009.
“Saya mesti katakan, pendirian saya tetap sama. Pandangan saya terhadap raja-raja tetap tidak berubah.
“Saya cuma berpendapat bahawa sesetengah raja-raja telah melanggar garisan mereka dan membelakangkan perlembagaan.
“Walaupun ada yang mendakwa mereka hanya melakukan apa yang dibenarkan oleh perlembagaan, saya cuma kata mereka tidak patut membaca peruntukan itu secara literal atau di luar konteks,” kata Aziz.
Menurutnya lagi, pandangannya mudah, monarki mesti tidak terbabit dengan kancah politik.
“Raja Melayu tidak boleh membiarkan dirinya dilihat menyebelahi mana-mana parti tetapi yang penting, baginda mesti tegas di pihak yang benar dan berlaku adil,” katanya.
Sebelum ini, pernah terjadi kejadian yang lebih teruk seperti bekas menteri besarnya merobohkan surau tertentu di Selangor. Tetapi pihak istana tidak campurtangan.Setakat itu sahaja. Adoi la! Aku ni dok tulis bab lain. Awat la aku dok asyik teringat Kavita Kaur pulak ni! Jangan silap faham, please! Saya tak sokong Kavita Kaur.
Aziz Bari: Campurtangan perlu selaras ajaran Islam
(Malaysiakini 11/10/11): Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata tindakan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk campurtangan berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama pada 3 Ogos lalu, bukan sesuatu tindakan yang lazim.
Menurutnya, sebagai ketua agama Islam di negeri itu, baginda mempunyai hak untuk campurtangan tetapi ini perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam.
“Seseorang akan berfikir sama ada dengan meletakkan umat Kristian dalam kedudukan itu - sesuatu yang tidak dapat dielakkan berikutan serbuan ke atas DUMC - adalah benar-benar mengikut ajaran Islam.
“Lebih-lebih lagi, campurtangan istana dalam perlembagaan negara amat jarang sekali. Apa yang berlaku di Selangor hari ini bukan sesuatu yang lazim.
"Sebelum ini, pernah terjadi kejadian yang lebih teruk seperti bekas menteri besarnya merobohkan surau tertentu di Selangor. Tetapi pihak istana tidak campurtangan,” katanyanya dalam satu kenyataan sms kepada Malaysiakini.
Sehubungan itu, menurut Aziz yang telah menghasilkan tesis, buku dan artikel mengenai peranan monarki dalam Islam dan demokrasi, beliau sependapat dengan biskop Katolik Paul Tan Chee bahawa jika tiada bukti, maka kes berkenaan perlu ditutup.
“Di bawah undang-undang atau sistem undang-undang mana-mana sekalipun, jika tiada bukti, kes ditutup. Tohmahan dan dakwaan lanjut dan sebagainya, mesti dielakkan, khususnya di negara seperti Malaysia,” katanya.
Semalam, Sultan Sharafuddin bertitah bahawa baginda amat tersinggung dengan usaha pihak tertentu yang cuba melemahkan kepercayaan dan akidah orang Islam di Selangor.
Titah baginda, cubaan memesongkan akidah umat Islam itu berjaya dibuktikan dalam hasil siasatan JAIS di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos lalu.
Bagaimanapun, titah baginda, bukti yang diperolehi tidak mencukupi untuk diambil tindakan undang-undang.
Menurut Aziz, walaupun Sultan Selangor dilihat melaksanakan kuasanya, namun tindakan baginda itu dilihat tidak konsisten.
“Yang pasti, baginda menerima kuasanya diambil (oleh kerajaan persekutuan) dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri tanpa sebarang bantahan atau aduan. Daripada apa yang dilaporkan, baginda menerima perkara itu sebagai fait accompli.
“Bagi saya, istana perlu melihat kuasanya dengan gambaran yang lebih luas; iaitu peranannya sebagai simbol negeri dan faktor penyatuan yang mesti mengatasi parti politik. Ia tidak boleh mengambil kuasa secara isolation (terasing).
“Apa yang berlaku hari ini, adalah contoh yang baik.”
Dr. Aziz Bari, Malaysiakini dibidas(Utusan Malaysia 12/10/11): Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) membidas tindakan pakar Perlembagaan, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari yang mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja di Damansara Utama Ogos lalu.
Yang Dipertuannya, Azwandin Hamzah berkata, kenyataan itu menunjukkan Abdul Aziz tidak faham dan tidak menghormati kuasa yang ada pada Sultan sebagai ketua agama Islam.
Katanya, sultan bukan sahaja menegur tetapi mahu bertindak adil kepada kedua-dua pihak supaya tidak timbul ketegangan.
''Saya rasa pandangan itu tidak ikhlas, silap dan mempunyai agenda peribadi untuk kepentingan beliau sendiri. Saya juga tidak menolak kemungkinan ia adalah agenda pihak tertentu yang ingin menggunakan beliau,'' katanya dihubungi, di sini, hari ini.
Dalam kenyataan yang disiarkan oleh portal pro pembangkang Malaysiakini, Abdul Aziz dipetik berkata, tindakan Sultan Selangor campur tangan berhubung isu pemeriksaan gereja tersebut bukan sesuatu tindakan yang lazim.
Menurut Abdul Aziz, sebagai ketua agama Islam negeri itu baginda mempunyai hak untuk campur tangan tetapi ia perlu dilakukan selaras dengan ajaran Islam.
Malahan beliau secara terbuka menyifatkan tindakan Sultan Selangor dilihat tidak konsisten.
Sementara itu, pelbagai pihak turut membidas Malaysiakini kerana menyiarkan komen-komen yang mempertikaikan titah Sultan Selangor dalam isu berkenaan.
Komen-komen pembaca tersebut dibuat bagi mengulas kenyataan Abdul Aziz.
Melalui komen-komen yang disiarkan itu, terdapat pembaca yang mempertikaikan titah Sultan Selangor dengan menuduh baginda memihak kepada Umno dalam membuat keputusan dan ada juga komen pembaca yang sanggup mempertikaikan kedudukan sultan sebagai ketua agama negeri yang dilantik.
Mengulas tindakan tersebut, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, perbuatan portal itu menyiarkan komen-komen sedemikian perlu diberi perhatian serius dan tindakan segera harus diambil terhadap mereka kerana perbuatan berkenaan amat tidak bertanggungjawab.
Katanya, tindakan tersebut bukan sahaja mencabar kredibiliti Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menjalankan siasatan ke atas gereja berkenaan malah turut melibatkan kredibiliti Sultan Selangor selaku ketua agama Islam di negeri itu.
"Malaysiakini gagal menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah pertubuhan media yang berhemah. Tindakan menyiarkan komen-komen terbabit ternyata mencemarkan kredibiliti Sultan Selangor sebagai ketua agama.
"Tindakan tegas perlu dikenakan terhadap mereka. Perkara seumpamanya tidak boleh dibiarkan kerana kita khuatir ia akan menjejaskan imej agama dan juga sultan," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Malaysia (GNM), Mohd. Jurit Ramli pula meminta umat Islam bersikap berkecuali dan tidak mengambil kira untung atau rugi dari sudut politik apabila membincangkan soal akidah.
Katanya, tindakan mempertikaikan titah Sultan Selangor itu tidak sepatutnya berlaku jika umat Islam memikirkan kesannya terhadap agama.
"Kita tidak boleh berkompromi dalam isu akidah Islam. Perkara seumpama ini tidak boleh dipolitikkan kerana apa yang haram tetap haram, apa yang halal tetap halal," jelasnya.
Beliau juga menggesa menggesa tindakan segera diambil terhadap portal berita berkenaan supaya kejadian sama tidak berulang.
"Malaysiakini seharusnya menapis terlebih dahulu komen-komen yang ingin disiarkan kerana khuatir ia boleh memberi kesan negatif terhadap sesuatu agama atau kaum.
"Saya tidak pasti apa tujuan mereka menyiarkan komen-komen yang mempertikaikan titah baginda sultan. Kemungkinan besar mereka mempunyai niat tertentu untuk memburukkan imej sultan dan perkara ini perlu diperjelaskan," ujarnya.
Cantik? Klik di sini
Sila klik imej di atasCounter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa
