Daripada mati sakit jantung, lebih baik mati dibunuh Umno

Sehari dua ni Umno mencipta kemenangan demi kemenangan. Dari isu hudud sampailah isu jenayah yang statistik kata tinggi di Johor. Umno tentu rasa dia macam ketua mafia yang ditakuti di negara ini. Manakan tidak, tindak tanduk pembangkang nampak sangat diagendakan oleh Umno.

Saya bertemu beberapa kawan yang kata tak boleh buat itu dan tak boleh buat ini. Bila ditanya kenapa, depa kata nanti Umno make an issue out of it. Tak pa, saya tak akan mencarut lagi. Tapi nampak sangat pembangkang-pembangkang berjiwa kontot ini terang-terang diagendakan oleh Umno.

Kalau saya jadi Umno, saya akan berlagak sakan sambil bersiul atas jalan.

Dalam isu hudud, apa yang banyak orang mungkin tak nampak ialah demokrasi tak laku seduit pun bila sampai kepada melaksanakan ajaran Islam. Semua pihak, Umno yang menolak hudud kerana hukum Allah itu depa kata tak sesuai, DAP yang berkeras kononnya dengan sekularisme negara dan perlembagaan (sila lihat jawapan Prof Dr Abdul Aziz Bari dalam berita Malaysiakini 29/8/10 "'Karpal's stand on hudud complete nonsense'") dan semuanya tidak mengiktiraf demokrasi apabila sampai kepada bab melaksanakan ajaran Islam.

Kita dah lama lihat perkara itu. Misalnya kemenangan parti FIS di Algeria melalui saluran demokrasi atau pilihan raya tidak diiktiraf oleh Barat yang kononnya menjunjung demokrasi. Begitu juga kemenangan Hamas melalui pilihan raya juga nampak sangat enggan diiktiraf oleh Barat.

Begitu juga di Malaysia, orang yang bercakap macam bagus sangat kononnya menghormati dan menjunjung demokrasi dan hak-hak demokratik orang lain, terang-terang tidak mahu mengiktiraf demokrasi apabila sampai kepada perlaksanaan ajaran Islam. Dalam tulisannya bertajuk "Hudud dan Kelantan" yang disiarkan Malaysiakini 26/9/11 lalu, Dr Abdul Aziz kata:
Kita harus ingat bahawa permintaan hudud di Kelantan dilakukan melalui saluran demokrasi. Ini adalah apa yang Umno, DAP, MCA dan Gerakan perlu sentiasa ingat.
Hampa nampak dak? Demokrasi tak guna seduit pun di sisi Umno, DAP, MCA dan Gerakan bila sampai kepada bab perlaksanaan ajaran Islam.

Kesimpulannya, dalam kes hudud, Umno menang. DAP, MCA dan Gerakan bertepuk tangan kegembiraan. Pada masa yang sama, para pemimpin berjiwa kontot yang diagendakan langkah mereka oleh Umno terus berkeliaran dalam PAS dan Pakatan Rakyat.

Lepas tu bab bendera. Punyalah kecut teloq takut sangat kat Umno, DAP sampai tak tentu arah dan menggantung keahlian Adun Kota Shah Alam, M Manoharan. Umno menang.

Masuk pula bab jenayah di Johor. Macam terbirit-birit merangkak-rangak Lim Guan Eng memohon maaf kepada sultan Johor. Eeeeeee!! Macam hari-hari DAP kecut teloq dan Umno menang. Esok lusa hampa buli lagi DAP tu, Umno oi. Depa mesti kecut teloq punya.

Bila puak Umno kata depa nak serang lagi ceramah Haji Mohamad Sabu, tu menunjukkan dengan jelas depa terasa sangat depa dok menang sakan (lihat berita Malaysiakini 29/9/11 bertajuk "Perkasa ancam lagi protes terhadap Mat Sabu"). Saya menyimpan impian agar orang-orang PAS tidak buat kerja gila lagi bila dah kena carut.

Betul, nasib baik Mat Sabu kata dia tak rasa apa-apa dengan amaran itu. Ada la nampak maruah sikit. Sikit. Tapi, PAS sebagai sebuah organisasi yang saya nampak hanya buat laporan polis ja. Nak tergelak aku tengok! Umno tunjuk bagak, PAS takat buat laporan polis ja.

Saya nampak ramai dalam gambar PAS buat laporan polis tu orang yang dah berumur. Saya tak nak la kata apa-apa. Tetapi, bila tengok Umno bersemangat sakan nak menyerang dan mengganas, dan saya pula dah 53 tahun, sakit jantung pula, dengan merendah diri habis-habisan kepada Allah s.w.t. dan golongan muttaqin, saya habaq kat diri sendiri bahawa, daripada mati sakit jantung, lebih baik mati dibunuh Umno (Gambar di atas ihsan Chegu Bard).


Read On 22 comments

Akhlaq butuh hampa! Tarbiyyah butuh hampa!

Sebelum tahun 2000 atau beberapa ketika dalam tahun itu, saya ahli PAS. La ni saya dak dah. Sepanjang jadi ahli PAS, saya pernah melihat dan terlibat dalam beberapa ketegangan sejak pilihan raya kecil Padang Terap pada tahun 1985 di mana Othman Talib dibunuh kejam oleh orang-orang Umno di Felda Lubok Merbau berikutan ucapan hasutan Ketua Pemuda Umno pada masa itu dan Perdana Menteri kini, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Saya pernah berpukul dengan samseng Umno di Chow Kit semasa tampal poster dalam pilihan raya 1986. Memang la, aku kena, dia pun kena. Tetapi, kalau tak sampai ajal, tak mati jugak. Sakit pun tak tara mana. Tak payah nak bajet macam bagus sangat. Biasa la orang jantan bertumbuk (Harap puak saraf PAS tak buat lagi propaganda yang orang tengok dan kata macam sial seperti dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang).

Sepanjang pengalaman melihat dan terlibat dalam beberapa ketegangan itu, yang saya benci sangat-sangat (aku ulang: benci sangat-sangat!) ialah kata-kata berikut dari kalangan orang-orang PAS yang sibuk dok kata sesama sendiri:

"Sabar-sabar!"

"Sabar, syeikh!"

"Jaga akhlaq kita!"

"Sabar, jaga akhlaq kita. Jangan lupa tarbiyyah kita!"

Setakat yang terbaik yang saya ingat, amat jarang saya mencarut dalam blog ini. Nak kata tak pernah, takut pernah. Tapi, kepada ayat-ayat seperti di atas, yang saya nak kata sekuat hati saya ialah, "Butuh hampa! Sabar butuh hampa! Akhlaq butuh hampa! Tarbiyyah butuh hampa!"

Orang nak pukui kita, dia dok sibuk dengan kata-kata celaka sial tu.

Yang paling babi sekali ialah ada dari kalangan orang PAS yang tarik tangan kawan dia sendiri yang tengah nak berpukul dengan puak Umno. Dah hang tarik tangan dia celaka oi, tinggal sebelah ja la tangan dia nak pertahankan diri dari Umno yang nak pukui dia, bangang oi! Babi!

Lain kali kalau kawan nak bertumbuk dengan Umno, jangan tarik tangan dia sehingga tinggal satu tangan ja untuk dia pertahankan diri dia, barua oi!

Kepada semua yang ada akal dan tidak gila, lain kali kalau Umno ka, Perkasa ka, Pekida ka datang menyerang, kalau ada orang PAS yang cakap seperti di atas, hampa terajang dia dulu sampai dia senyap. Bodoh!!

Berita berkaitan:
Banyak pengkisahan Umno alat British (Harakah Daily 29/9/11)
Ketika diminta mengulas amaran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Negeri Sembilan yang melancarkan protes sekiranya beliau hadir berceramah di negeri itu pada masa akan datang, sambil tertawa Mohamad berkata beliau akan berceramah seperti biasa di mana sahaja jika ada jemputan.

"Di Pasir Mas kampung (Presiden Perkasa, Datuk) Ibrahim Ali atau dekat rumahnya di Taman Melawati pun saya akan pergi berceramah jika ada jemputan," kata beliau.
Perkasa ancam lagi protes terhadap Mat Sabu (Malaysiakini 29/9/11)
Protes jika ceramah (Sinar Harian 29/9/11)
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) negeri, memberi amaran melancarkan protes sekiranya Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu hadir berceramah di negeri ini pada masa akan datang.

Yang Dipertuanya, Datuk Mohd Noor Nordin Abdullah berkata, beliau sendiri akan bertindak mengetuai protes selagi Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu enggan meminta maaf secara terbuka berhubung kenyataannya mendakwa Mat Indera adalah wira dalam tragedi Bukit Kepong.

“Saya beri jaminan buat protes terhadap tindakan Mat Sabu, memperlekeh anggota polis dan keluarga mereka terkorban dalam serangan pengganas komunis.

“Protes ini bukan hanya disertai Perkasa negeri sahaja, malah melibatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang kesal dengan kenyataan Mat Sabu,” katanya di Rahang, di sini, semalam.

Sementara itu, menurut Mohd Noor Nordin, Perkasa negeri menafikan pihaknya merancang lebih awal untuk menganjurkan protes pada ceramah Mat Sabu di pekarangan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Wildan di Ampangan, malam Sabtu lalu.

Menurutnya, protes itu dianjurkan secara spontan oleh individu yang mewakili bekas tentera dan beberapa NGO yang ingin menyuarakan bantahan terhadap Mat Sabu.

“Saya hanya dimaklumkan mengenai protes ini kira-kira jam 7.30 malam ketika itu saya berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Sekali lagi ditegaskan, kami bukan anti Pas. Kami cuma anti Mat Sabu. Pas boleh anjur ceramah di negeri ini tetapi jangan jemput Mat Sabu,” katanya.
Read On 34 comments

Kalau ada orang pembangkang kena bunuh, tentu kita teringat Perkasa

Dok tangguh-tangguh nak komen berita Malaysiakini 25/9/11 bertajuk "Ceramah: Penyokong PAS, Perkasa bergaduh", hari ni baru dapat. Tak dak nak komen apa sangat pun, cuma nak kata apa yang berlaku itu mudahkan kita.

Kalau selepas ni Haji Mohamad Sabu kena pukui ka, kena bunuh ka, tentulah pada masa itu hati kita teringatkan Perkasa (ada orang ejek-ejek sebagai Perkosa). Kalau ya pun nak projek seperti yang pernah disebut terus terang oleh orang utama pertubuhan manipulasi emosi kepada seorang kawan, takkanlah sampai tahap jadi pertubuhan gangster pulak.

Apa-apa pun, terima kasih Perkasa. Lepas ni kalau ada orang pembangkang kena pukui ka, kena bunuh ka, mati accident macam Almarhum Professor Zulkifli Muhammad ka, tentulah kita akan teringat Perkasa a.k.a Umno. Teringat sangat-sangat.

Nak harap polis dapat siasat siapa yang pukul, siapa yang bunuh, tentulah macam mengharapkan babi boleh panjat pokok. Kalau ada yang bersimpati, tolonglah sembahyang hajat. Allah s.w.t. sahaja yang kita ada.
Read On 10 comments

Hudud dan Sindrom Ahmad Maslan

Mula-mula bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dilaporkan berkata Kelantan tidak boleh melaksanakan hukum hudud kerana keadaan tidak kondusif. Conducive tu apa menatang? Lebih kurang, Kamus PRPM kata maknanya ialah sesuai.

Dr Mohd Asri kata gitu dalam kertas kerjanya sempena sambutan Hari Hudud 2011 di Kota Bharu. Saya difahamkan memang tiap-tiap tahun kerajaan Kelantan sambut Hari Hudud. Maknanya isu itu dibicarakan dalam kertas kerja sempena Hari Hudud, bukan sebab nak pilihan raya atau nak tutup kes Haji Mohamad Sabu puji Mat Indera sebagai pejuang penentang penjajah. Bodoh! Hujah di bawah tahap otak udang!

Walaupun dalam terlalu banyak hal saya langsung tidak sependirian dengan Dr Mohd Asri, tetapi saya tidak nampak apa-apa kesalahan dalam kenyataan beliau fasal kondusif tak kondusif tu. Memang saya tak reti ugama. Tetapi dari pemerhatian saya terhadap kejadian yang berlaku, undang-undang juga boleh dibuat "moratorium" (a period of time in which there is a suspension of a specific activity until future events warrant a removal of the suspension or issues regarding the activity have been resolved).

Menurut sejarah Islam, Khalifah 'Umar pernah menangguhkan perlaksanaan hukum hudud (kerana kemelut ekonomi waktu itu). Pada zaman ini, kerajaan Republik Islam Iran pernah melaksanakan moratorium dalam perlaksanaan hukum rejam (stoning).

Malangnya, selepas kenyataan Dr Mohd Asri itu berleluasalah sindrom Ahmad Maslan. Ada banyak, malas nak siarkan semua. Tetapi, antaranya dalam berita-berita berikut:

1. Suasana kini kondusif, Nik Aziz mahu laksana hudud (TMI, 22/9/11)
2. Saya bukan lagi PM, laksanalah hudud sekarang - Dr. M (Utusan Malaysia 21/9/11)
3. Chua should know Umno's stand on hudud: Muhyiddin (Bernama 24/9/11)
4. Hudud: Pas cuba tutup isu Mat Sabu (Utusan Malaysia 25/9/11) - Artikel dalam Malaysiakini 26/9/11 bertajuk "Hudud dan Kelantan" dengan jelas menunjukkan Perdana Menteri mengidap Sindrom Ahmad Maslan yang sangat kronik.
5. Karpal tak faham sikap Nik Aziz (Utusan Malaysia 25/9/11)
6. PAS: We’ll not give up (The Star 25/9/11)

Apa yang Datuk Ahmad Maslan cakap, tak payahlah saya link atau pautkan. Takkan hampa tak boleh nak agak. Ahmad Maslan!

Read On 17 comments

Guna Islam untuk tak nak buat apa Islam suruh buat

Dulu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kata:
"Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan" (Kenyataannya kepada wartawan pada 20 April 1983)

"Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu" (Kenyataannya kepada wartawan pada 20 April 1992)
La ni, dia dah reti sikit untuk bercakap. Dia kata:
"Undang-Undang hudud, tidak akan laksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti.

"Jika ditanya para ulama sekalipun, undang-undang Islam itu tidak boleh dilaksanakan melainkan kita sudah mengambil kira persekitaran dan realiti sebenar masyarakat ketika itu".
Najib juga dah pandai cakap fasal maqasid syariah. Dia kata:
"Lagipun, matlamat sesuatu pentadbiran mengikut Islam ialah prinsip maqasid syariah yang antara prinsipnya ialah mempertahankan agama, nyawa, akhlak dan harta benda. Jadi dengan undang-undang yang sedia ada, prinsip maqasid syariah boleh dan mampu kita pertahankan".
Saya lebih percaya cakap Najib pada 20 April 1983 dan 20 April 1992, berbanding kenyataannya yang nampak sangat calculated dan dikarang-karang seperti yang dipetik oleh berita Malaysiakini semalam bertajuk "PM: Hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia".

Nampak sangat Najib bajet macam dia tahu sangat bila dia sebut maqasid syariah. Nak tergelak aku baca kenyataan dia. Datuk Seri Anwar Ibrahim dah lama cakap fasal maqasid syariah bila dia nak tolak perlaksanaan hudud di Kelantan ketika dia menjadi Timbalan Perdana Menteri dulu. Datuk Seri Azizan Abdul Razak juga ratib-ratib benda yang sama bila tak nak buat apa yang Islam suruh buat di Kedah la ni.

Saya ada seorang kawan baik yang saya hormat sangat yang mengajar maqasid syariah sana sini. Tapi saya tak rajin tanya dia bab maqasid syariah. Saya juga tak tahu apa matlamat ulama besar Abu Ishaq Ibrahim al-Shatibi ketika beliau mencipta jurus ilmu yang dipanggil maqasid syariah.

Saya tak perlu mendalami semua itu sebab saya tak ada perancangan nak jadi ulama. Nak jadi ulama lagu mana, aku malas mengaji.

Tetapi yang saya pasti, bila ahli-ahli politik sebut fasal maqasid syariah, mereka sebenarnya sedang menggunakan hujjah dari cabang ilmu Islam untuk tak nak buat Islam, untuk menolak perlaksanaan apa yang Allah s.w.t. suruh laksanakan (saya sebut ahli-ahli politik, saya tak sebut dari parti mana sebab lebih kurang ja depa semua).

Depa guna Islam untuk tak nak buat apa yang Islam suruh buat. Kurang ajaq!
Read On 9 comments

Dr M pelece Mat Sabu, Najib yang nampak bongok

Tun Dr Mahathir pelece (maksudnya lecehkan tapi pelece kat kampung saya maksudnya rendahkan) Haji Mohamad Sabu, tapi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang nampak bongok. Dalam berita bertajuk "Dr M: Biarkan Mat Sabu bercakap, BN akan untung", Dr Mahathir dipetik berkata:
"Kalau saya jadi PM, saya nak upah orang PAS supaya kata macam Mat Sabu. Apa pasal nak kenakan tindakan kepada dia.

"Biarlah dia pergi mana-mana, orang akan sakit hati bila dengar dia bercakap dan kita akan untung.

"Kerana marah kepada Mat Sabu, orang akan undi BN. Jadi dia perlu dibiarkan".
Dalam kenyataan itu, tinggal lagi Dr Mahathir tak kata, awat Najib bongok sangat pi dakwa Mat Sabu di mahkamah? Kalau biaq Mat Sabu merapu, lagi banyak orang sakit hati, parti kita boleh menang, bodoh oi!

Malang sungguh nasib Dr Mahathir. Dia angkat Tun Abdullah Ahmad Badawi gantikan dia, akhirnya dia terpaksa merungut, "I have helped many people up only for them to stab me in the back... I'm in the habit of choosing the wrong people".

Ketika Pak Lah mula-mula jadi Perdana Menteri dulu, nampak sangat dia liat sungguh nak lantik Najib jadi timbalan dia. Orang dakwa, Dr Mahathir la yang paksa Pak Lah lantik Najib jadi timbalan.

Hari ni, nampaknya Dr Mahathir terpaksa bersabar dengan his own moronic prime minister and his irritating wife yang tak habis-habis mencarpab (carpab maknanya cari publisiti). Kalau dia cakap banyak macam dia hentam Pak Lah dulu, silap-silap gaya pembangkang menang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim pula yang naik. Kalau Anwar naik, itu macam petir sambar Dr Mahathir.

2008 dulu, Dr Mahathir tak sangka perbuatannya luku-luku kepala Pak Lah menyebabkan Umno dan Barisan Nasional (BN) tertungging hangit sana sini. Punyalah confident, dia pernah bayangkan, takat pembangkang menang di Kelantan, BN akan tetap perintah Malaysia.

La ni, Dr Mahathir tak berani dah buat lagu tu. Orang kata, Dr Mahathir tak kisah sangat kalau kerajaan Najib tertungging hangit, tetapi dia tak sanggup tengok kerajaan Anwar pulak yang naik. Orang la kata.

Apa pun, untuk pengetahuan, dalam ceramah-ceramah dia time Merdeka, Mat Sabu dah lama dah cakap pandangan dia fasal merdeka dan perjuangan lawan penjajah tu. Dah lama sejak sebelum pilihan raya 2008 lagi. Tapi, dalam pilihan raya tu, Umno BN tak untung apa pun.

Tak tau la kali ni kot-kot Utusan Malaysia berjaya dengan scoop bongok dia yang menelanjangkan betapa bangangnya beberapa professor kangkung yang menjadi kuil ilmu Umno.

Read On 6 comments

Harap TGNA tak cakap saja. Takat cakap, lama dah meluat!

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan memohon Perdana Menteri menarik balik surat yang dikeluarkan oleh kerajaan pusat yang menghalang pelaksanaan hukuman hudud di Kelantan.

“Saya juga memohon Datuk Seri Najib Tun Razak dapat menarik balik surat tersebut,” kata Mursyidul Am PAS itu mengulas kenyaatan Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.

Beliau berharap kerajaan pusat yang dikuasai Umno dapat membenarkan Kelantan melaksanakan undang-undang itu jika benar-benar parti itu ikhlas berjuang untuk agama.

Ketika menjadi Perdana Menteri, Dr Mahathir memberi amaran pada 14 Ogos 1994 bahawa "kita (kerajaan pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud".

Amaran itu, yang dikeluarkan atas sifatnya sebagai Perdana Menteri, masih belum ditarik balik oleh kerajaan pusat yang dikuasai Umno hingga sekarang.

Sementara itu, surat Perdana Menteri mengugut mahu dikenakan tindakan terhadap Kelantan sekiranya melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (II) masih lagi tersimpan di pejabat Menteri Besar Kelantan.

Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir, dengan tegas menjelaskan dalam surat tersebut tidak akan memberi kerjasama kepada Kelantan apabila hudud dilaksanakan.

Najib pula tidak pernah menarik balik kenyataannya kepada wartawan pada 20 April 1983, yang mendakwa "negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan".

Dalam kenyataannya kepada wartawan pada 20 April 1992 pula Perdana Menteri berkata kata "kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.

"Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik.

"Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu".

Kenyataan tersebut juga tidak pernah ditarik balik oleh Najib.

Mengulas lanjut kenyatan Dr Mahathir semalam, Nik Abdul Aziz berkata, adalah melucukan apabila Dr Mahathir meminta beliau merujuk hasrat mahu melaksanakan hukum hudud kepada pentadbiran Najib.

Menteri Besar Kelantan itu berkata mengikut protokol pentadbiran negara mana-mana surat rasmi yang dihantar kepada perdana menteri tidak akan tamat tempoh kuat kuasa apabila penyandang semasa meletakkan jawatan.

"Saya tidak pernah mendengar dasar bahawa mana-mana surat yang dihantar oleh perdana menteri akan tamat tempoh kuat kuasa apabila perdana menteri tersebut meletakkan jawatan.

"Adakah semua perkara akan tamat tempoh dan perlu diperbaharui apabila berlaku peralihan perdana menteri? Lucu sekali cabaran Tun Mahathir...," kata Nik Abdul Aziz dalam mesej dikeluarkan menerusi laman sosial Facebook beliau pagi ini.

Semalam, Dr Mahathir meminta Nik Abdul Aziz melaksanakan hukum hudud di Kelantan sekarang memandangkan beliau tidak lagi menjadi Perdana Menteri yang dahulunya dianggap menghalang hasrat kerajaan negeri itu melaksananya.

“Saya bukan Perdana Menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud). Pi la tanya Najib kot dia nak bagi... ni dia (Nik Aziz) dok salahkan saya kononnya pasai saya, (PAS) tak dapat laksana hukum hudud,” kata bekas Presiden Umno itu.
Read On 15 comments

Bukan takat ISA, hapuskan semua undang-undang

Lama nian tidak memblog. Bukan apa, dah tak ada komputer. Harap menumpang laptop anak-anak kalau nak tengok news ka, apa ka. Tu pun kalau depa ada di rumah dan tak pakai laptop depa.

Sejak semalam dah gatal tangan nak tulis sikit bila baca berita bertajuk "Rumah Mat Sabu cuba dibakar individu tak dikenali". Teringat ucapan Almarhum Ustaz Fadzil Noor ketika kerajaan Umno mengamuk dengan tangkapan dan serangan ke atas ceramah-ceramah PAS waktu itu. Almarhum kata, kaset lawan kaset la. Maknanya, hujjah lawan hujjah la, bodoh oi!

Tetapi, bila teringat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang janji nak hapus Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam perutusan tidak luar biasanya sempena Hari Kebangsaan baru-baru ini, saya rasa tindakan itu bertepatan dengan pengumuman Najib itu. Saya rasa elok kerajaan Umno hapuskan semua undang-undang.

Bukan takat ISA, hapuskan semua undang-undang. Nak buat apa undang-undang? Asal hampa sakit hati ja Umno oi, hampa pi bakaq ja rumah orang yang hampa sakit hati sangat tu. Tak payah nak susah-susah nak pakai undang-undang. Tak penting langsung dah undang-undang semua tu. Pi bakaq ja rumah depa. Lagi hampa puas hati.

Lagi pun, selama ni pun bukan hampa hormat sangat undang-undang. Yang penting kehendak orang yang berkuasa dalam Umno. Tak percaya? Tanya Dr Mohamad Khir Toyo (sila klik).

Selama ni pun, asal sakit hati ja, bakaq. Tak kira la rumah orang ka, gereja ka. Elleh, masjid pun hampa peruntuh, apa nak heran takat bakaq rumah orang.

Siapa bakaq? Pi undi di sini (sila klik).

Berita menarik hari ini ialah "Malakoff to build third Johor plant?"

Dah baca? Ok, lepas tu baca pula berita Malaysian Insider 19/5/11 bertajuk "Wikileaks dedah 19 ‘aktor pengaruh’ dalam kitar politik Najib".

Antara lain berita itu melaporkan:
The Malaysian Insider difahamkan Syed Mokhtar muncul sebagai penyumbang utama dana kepada Umno selepas ahli-ahli perniagaan Cina tempatan keberatan ekoran kekurangan kontrak di bawah pentadbiran Najib.
Lepas tu, baca berita Malaysian Insider 1/5/11 bertajuk "Snap polls likely delayed as Umno hunts for war chest".
Read On 4 comments

Umno lebih bahaya dari komunis!

Perancang penjajahan Britain di Mesir, Lord Cromer pernah menyatakan di dalam bukunya 'Modern Egypt':
"Inggeris bersedia untuk memberi kebebasan berpolitik untuk semua tanah jajahannya sebaik sahaja generasi yang dididik dengan budaya British sudah bersedia untuk memerintah, tetapi British sama sekali tidak akan membenarkan tertegaknya sebuah negara Islam yang tidak bergantung kepada sesiapa pun"
Saya tak ada cerita baru. Ulang cerita lama ja. Bukan cerita, tapi fakta. Fakta yang dah jadi lebih established dari established itu ialah; 10 perkara Umno cakap, 12 tak boleh percaya. Memang betul fakta itu bukan news. Bukan berita baru. Tapi, oleh kerana masih ramai lagi yang tak sedar benda tu walaupun dalam zaman informasi dan komunikasi di hujung jari ni, kita kena ratib benda tu tiap-tiap hari - 10 perkara Umno cakap, 12 tak boleh percaya.

Dalam kes Mat Indera pun, nampak sangat semakin established bahawa 10 perkara Umno cakap, 12 perkara tak boleh percaya. Baca sendirilah berita di bawah. Cukup takat tu dulu. Mudah-mudahan ada seorang dua yang mula reti bahawa bahawa 10 perkara Umno cakap, 12 perkara tak boleh percaya.

Saya juga berharap tidak ada yang menafikan bahawa pengganas komunis jahat dan bahaya. Tapi pada masa yang sama, jangan pula dinafikan bahawa alat perkakas British yang minum arak, main judi dan kacau anak dara kampung orang juga jahat dan bahaya (tak kiralah sama ada alat British tu sedar atau tidak atau semata-mata nak kerja kerana tak ada kerja atau kerana nak glamour makan gaji dengan Orang Putih jadi pegawai British dan sebagainya).

Saya juga nak semua orang tahu bahawa pemimpin-pemimpin awal Umno terdiri dari pegawai-pegawai British. Datuk Onn Jaafar pernah jadi pegawai British, Tunku Abdul Rahman pernah jadi pegawai British, Tun Abdul Razak Hussein pernah jadi pegawai British. Memang sukar dinafikian apa yang Lee Kuan Yew pernah kata bahawa British mengambil keputusan untuk melepaskan Malaya dari cengkamannya sebab tak tahan sangat dah dengan ancaman komunis. Tapi British lepaskan kepada siapa? Bacalah sendiri apa Cromer tulis seperti yang saya petik di atas.

Memang, ketika mereka mengganas dan jahat mengalahkan iblis dan syaitan, puak komunis di negara ini sama bahaya dengan Umno yang menjarah negara ini sejak sebelum merdeka lagi ketika menjadi pak yet Orang Putih. Memang, zaman tu komunis sama bahaya macam Umno.

Tetapi, apabila komunis negara ini tidak lagi mengganas dan meletak senjata, darjat kejahatannya tidak sama lagi dengan Umno. Hari ini, komunis dah kalah teruk di tangan Umno dari segi kemerbahayaannya. Hari ini, Umno yang Tun Dr Mahathir Mohamad kata parti perasuah jauh lebih bahaya dari komunis.

Teringat pula kata orang bahawa komunis bangsa Melayu bila nak kahwin dengan komunis bangsa Cina, depa tak murtad. Komunis bangsa Cina tu memeluk agama Islam dulu sebelum kahwin dengan komunis bangsa Melayu tu. Contohnya perkahwinan Abdullah CD dan Suriani Abdullah. Tetapi, di bawah pemerintahan Umno, bersepah-sepah yang murtad. Walaupun ada kawan-kawan yang berfahaman komunis, saya tak akan bermuka-muka dan tetap menyatakan bahawa komunis bahaya. Tetapi, Umno lebih bahaya dari komunis!

JOHOR BAHRU - “Jangan gali kubur sendiri!” Itulah peringatan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu kepada mana-mana pihak terutama pemimpin Umno yang terus menyerangnya berhubung isu dakwaan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.

Mat Sabu berkata, beliau bukan bercakap kosong menge­nai perkara itu, sebaliknya mem­­punyai bukti mengang­kat Mat Indera sebagai hero.

Menariknya, kata Mat Sabu, buku yang dirujuknya, ‘Pengukir Nama Johor’ diterbitkan Yayasan Warisan Johor (YWJ) yang dinaungi sendiri oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.

Malah Abdul Ghani turut memberi kata-kata aluan pada buku terbitan 2004 itu sekali gus, katanya, membuktikan penerbitan buku yang mengiktiraf Mat Indera itu direstui Kerajaan Negeri.

“Jadi, saya nak nasihatkan Umno supaya jangan gali kubur sendiri; (kepada ahli sejarah) jangan jadi pengampu yang cuba gelapkan sejarah. Rakyat Johor seharusnya berbangga kerana Mat Indera adalah pejuang sebenar menentang penjajah, walaupun akhirnya mati di tali gantung,” katanya semalam.

Buku ‘Pengukir Nama Johor’ yang antara lain, mempunyai potret Mat Indera turut menghiasi kulit depannya, menghimpunkan biografi tokoh-tokoh kelahiran Johor yang ditulis oleh beberapa penulis, manakala kisah Mat Indera dihasilkan Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Datuk Onn.

Selain Mat Indera, turut dikisahkan riwayat mereka dalam buku itu ialah Almarhum Sultan Ismail dan bekas Pengerusi Tetap Umno, Tun Sulaiman Ninam Shah.

Buku itu disunting oleh Profesor Emeritus Datuk Abu Bakar A Hamid, bekas profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002.

Pada sidang media itu, Mat Sabu membaca sebahagian daripada tulisan Ismail mengenai Mat Indera, yang menurutnya, meyakinkannya bahawa Mat Indera bukan petualang tetapi pejuang:

“Walaupun ketokohan Mat Indera masih menjadi kontroversi namun ada satu persoalan besar perlu diberi jawapan sewajarnya. Persoalan kini adakah Mat Indera seorang petualang atau pejuang? Huraian di atas cukup jelas memberikan jawapan tepat.

“Seperti Datuk Mahara­jalela, Tok Janggut, Mat Salleh, Datuk Dol Said, Rosly Dhoby dan lain-lain, Mat Indera adalah seorang berani berjuang seca­ra terbuka melibatkan jasmani, rohani, intelek dan emo­sinya demi bangsa dan negara. Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya.

“Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajahan. Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang dan bukan seorang petualang.”

Mat Sabu berkata, Pas menawarkan khidmat peguam kepada waris peristiwa Bukit Kepong yang ingin menuntut pampasan atas penderitaan kehilangan anggota mereka dalam peristiwa itu.

“Ada peguam, yang juga ahli Pas dan anak Johor, menawarkan diri mahu membantu waris mereka yang terlibat dengan peristiwa Bukit Kepong untuk menuntut pampasan daripada Kerajaan British. Dia sedia bantu. British bertanggungjawab ke atas pasukan mata-mata yang berkhidmat di rumah pasung (balai polis) itu. Kita sedia membawa kes supaya dipertimbangkan pampasan kepada mereka,” katanya.

Mat Indera, gerila Melayu yang berpendidikan agama dan disifatkan sebagai individu warak, mengetuai serangan bersama anggota komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong.
Read On 48 comments
 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008