Bila Tok Guru bikin correction

Harakah Daily hari ini menyiarkan berita bertajuk "Nik Aziz sokong PAS tolak biometrik". Secara tersirat, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebenarnya membikin correction kepada kenyataannya semalam (lihat posting blog ini semalam "Enough is enough, Tok Guru!").

Berita itu sebenarnya bagus. Pertama, Mursyidul Am PAS sekurang-kurangnya berani memperbetulkan kenyataan tak betulnya sebelum itu. Dia tak berlagak macam bagus sangat seperti orang lain yang menuduh pemberita atau akhbar yang salah petik.

Kedua, ia boleh menjadi pengajaran kepada mereka yang taksub tak tentu hala kepada Nik Abdul Aziz dan bercakap merapu hingga kadang-kadang ke tahap yang terang-terang seperti memaksumkan Tok Guru mereka itu.

Bila Nik Abdul Aziz baik, ia patut dihormati. Saya pun hormat bila dia buat baik. Bongkak takbur sangatlah kalau saya tak hormat. Tetapi, janganlah terlampau kurang ajar sehingga nampak sangat memaksumkan Nik Abdul Aziz atau Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kenyataan Nik Abdul Aziz itu juga baik untuk memampuskan kegatalan satu dua orang bongok dalam PAS yang rajin sangat nak berbasa-basi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR - teringat pula orang kata, SPR itu singkatan kepada syaitan penipu rakyat). Saya selalu dengar cerita ada beberapa orang bongok dan bangang di dalam PAS yang nak buat baik sangat dengan Pengerusi SPR dulu, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman. Malah, saya pernah dengar dakwaan ada yang bangang terlampau yang tawarkan tanah di Kelantan kepada Abdul Rashid. Saya tak tau apa terjadi dengan tawaran itu, jika benar ia berlaku. Setakat itu saja cerita yang saya dengar.

Saya harap tidak ada lagi yang bangang dan bongok di dalam PAS yang kurang ajar dan gatal sangat nak buat baik dengan jenis-jenis seperti Abdul Rashid dahulu atau Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Kita tak boleh buktikan apa covert operation siapa-siapa pun. Tetapi, ada manusia yang memang tak boleh dibuat baik dan serahkan sahaja orang seperti itu untuk diadili oleh Mahkamah Rabbul-Jalil. Berapa pandai dia jawab, sana dia boleh jawab!

Nanti sat, ada pula yang berlagak macam la bijak sangat dan kata "kita lawan Umno, bukan SPR". Tak pa, ambik la hang punya bijak sangat tu. Orang tak nak, hang sorang ja yang nak sangat. Ambik, ambik! Ambik semua!
Read On 19 comments

Enough is enough, Tok Guru!

Antara cara para pak yet pemimpin politik nak pertahan kesalahan para pemimpin depa ialah menyalahkan para penasihat pemimpin berkenaan. Kalau orang PAS, depa kata, "bukan salah Tok Guru, orang keliling dia tu (maknanya para penasihatlah)".

Orang PAS siap kata, "Tok Guru nampak apa yang kita tak nampak. Kita orang biasa tak faham mantiq Tok Guru". Eeeee, rasa nak carut-carut sikap 'asobiyyah seperti itu!

Saya menentang pandangan seperti itu kalau tak silap sejak tahun 1990 lagi. Masa itu kebetulan dengan waktu saya menziarahi Masjid Kerisik yang diganasi kerajaan jahat Siam di Patani. Saya kata, "kalau semua salah penasihat, yang pemimpin tu bangang sangat ka tak boleh fikir sendiri? Kalau gitu, baik bagi penasihat dia yang jadi pemimpin. Tak la bangang sangat kot".

Saya tulis semua ini sebab pagi saya baca akhbar Sinar Harian orang punya di Restoran Thaqwa. Boleh baca berita itu di sini (saya copy and paste di bawah takut berita tu hilang lenyap selepas ini. Sila klik untuk besarkan imej di atas). Kalau anda rajin baca blog ini, saya adalah antara orang yang kerap mengkritik mana-mana statement Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang saya rasa merapu.

Dari segi lurus bendul, statement dalam berita Sinar Harian itu tak ada apa salahnya. Tapi dari segi politik, itu statement yang tidak cerdik. Saya taklah kata bongok.

Saya tak tau nak kata apa dah dengan para pemimpin PAS yang sering orang lihat naif. Elok saya siar sms salah seorang aktivis utama PAS kepada saya pada 13 Julai lalu, 8.32 malam (saya tak edit sikit pun):
Letihnya dapat presiden yang naif. Ahli2 dan rakyat kena belasah dengan polis dia boleh kata polis layan dia dengan baik..sampai hantar ke rumah..dia x sedar ke baik polis ada makna..
Mengenai statement Mursyidul Am PAS fasal SPR tu, belum sempat saya nak reka apa nak tulis, Tukar Tiub dah tulis baik punya! Baca di sini.

Berita berkaitan:
Sokong jika telus

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong sebarang perubahan yang diperkenalkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) termasuk sistem biometrik dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya pelaksanaannya dilakukan secara bersih dan telus.

Malah, Menteri Besar Kelantan itu berkata, Pas bersedia untuk mendengar taklimat dan penjelasan daripada SPR berhubung sistem biometrik selain mengadakan perbincangan susulan dari cadangan perubahan yang ingin dilakukan suruhanjaya itu.

“Apa saja sistem sekalipun mesti membawa kepada kebersihan... saya tak sebut satu cara tadi (merujuk kepada sistem biometrik)..apa saja sistem yang tidak membawa kepada kebersihan mesti ditentang, yang boleh meragukan mesti ditentang,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Perasmian Pelancaran Pelan Halatuju Teknologi Maklu­mat dan Komunikasi (ICT) Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini, semalam.

Semalam, Sinar Harian melaporkan kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang sedang mengkaji kemungkinan penggunaan sistem biometrik pada pilihan raya umum akan datang.

Sistem biometrik yang digunakan SPR dalam pengundian itu adalah melalui maklumat dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen iaitu pemadaman cap ibu jari sebelum pemilihan dibenarkan mengundi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap pada Majlis Program Jalinan Mesra Rakyat di Dewan 2020, Kangar, minggu lalu, menyatakan persetujuan memberi peruntukan kepada SPR bagi mewujudkan sistem biometrik dalam mengesahkan pengundi yang sah pada pilihan raya nanti.

Sebelum ini, pemimpin Pakatan Rayat (PR) menolak cadangan penggunaan sistem biometrik dengan alasan ia tidak memberi perubahan dan keadilan kepada sistem pilihan raya.

Dalam pada itu, Nik Aziz turut berterima kasih dengan SPR kerana mengambil tindakan untuk mengadakan penerangan dan pihaknya sedia mendengar cadangan serta mengadakan perbincangan lanjut.

“Taklimat mesti dengarlah. Dalam taklimat itu kita ada perbincangan, ada soal jawab. Saya ucap terima kasihlah SPR nak buat tu, (taklimat mengenai sistem biometrik). Jadi selepas daripada taklimat, kita boleh dengar dan bincang,” katanya.
Read On 20 comments

Depa bunuh kita, lepas tu depa tuduh kita bunuh diri

Dalam berita bertajuk "Gigi, rusuk patah: Keluarga tetap tunggu laporan HKL", Malaysiakini hari ni melaporkan:
Keluarga Allahyarham Baharudin Ahmad masih tertanya-tanya bagaimanakah polis mendapat fakta berhubung sebab kematian lelaki yang meninggal dunia semasa menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 di KLCC, Kuala Lumpur dua minggu lalu.

Sedangkan, pihak keluarga sendiri masih belum menerima laporan bedah siasat yang dijalankan ke atas jenazah Allahyarham pada malam 9 Julai lalu, kata seorang anak mangsa berkenaan, Mohd Nasrul.
Saya adalah antara orang yang tidak significant yang turut menziarahi sebelum jenazah Baharudin disembahyangkan di Surau Muqorrobin di AU3 Keramat. Saya adalah antara suara yang tidak significant yang "berceramah" sana sini merata kedai kopi dan tempat-tempat lain mengutuk pembunuhan Baharudin. Sukar saya nak menolak kata hati bahawa Baharudin dibunuh, sama seperti Teoh Beng Hock dan Penolong Ketua Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbaini Mohamed.

Tinggal lagi, saya hanya nak bertanya, adakah selepas ini ada pula yang terlebih pandai sangat dan menuntut suruhanjaya siasatan diadakan untuk menyiasat pembunuhan Baharudin dan selepas itu suruhanjaya siasatan senang-senang mendakwa Baharudin mati bunuh diri.

Ya Allah! Laknatkanlah yang berlagak Tuhan dan tidak boleh dipersoal apa kata depa dan laknatkanlah taghut!
Read On 9 comments

Polis dan cerita "once a liar always a liar"

Walaupun telah beberapa kali masuk lokap termasuk kali terakhir pada Ogos 2008 lalu (siapa suka masuk lokap?!), saya tak pernah tuduh polis siksa saya selepas keluar lokap. Untuk bagi dramatik sikit cerita saya ditangkap polis, saya boleh tulis dalam blog ini bahawa polis siksa saya, pukul saya, tabuh saya, apa sahaja. Lepas tu mampoih pi kat polis la nak nafi cereka pilihan saya itu.

Tapi saya tak buat gitu. Bukan sebab saya takut kat polis. Kalau takut polis pun, depa tak tangkap saya berdasarkan sama ada saya takut atau tak takut kat depa. Kalau saya takut kat polis pun, ia tak akan menjadi sebab untuk polis berlemah lembut kat saya dan melepaskan saya dan tak tangkap saya bila bos depa arah tangkap saya.

Saya boleh tulis macam-macam memfitnahkan polis, memburuk-burukkan polis. Tapi bila saya fitnahkan polis, yang mana sebahagian besar dari polis Malaysia ni beragama Islam (arwah pak mertua aku pun bekas polis), urusan saya bukan lagi setakat dengan polis. Urusan dah melarat dengan Allah s.w.t. sebab saya buat fitnah.

Haji Mohamad Sabu dua kali ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Masuk lokap banyak kali. Tetapi, selepas keluar tahanan atau lokap, tak pernah pula beliau tuduh polis siksa dia, tumbuk dia, pijak dia atau kapit teloq dia ketika berada dalam tahanan polis.

Yang saya ingat dia buat setiap kali selepas dibebaskan ialah dia maki Umno cukup-cukup. Saya tak pernah dengar dia tuduh polis siksa dia atau guna kekerasan ke atas dia walaupun dalam private talk. Mental torture biasalah dalam tahanan ISA.

Nak bohong lagu mana? Kalau dah polis tak buat kita, takkan nak kata polis buat kita?

Oleh kerana Mat Sabu tak pernah buat cerita dongeng konon polis debik dia atau tendang terajang dia cukup-cukup ketika dia dalam tahanan polis, saya percaya bila dia kata dia dilanggar oleh kereta Proton Waja polis. Apa nak heran polis langgar motosikal yang dia bonceng untuk menyelit-nyelit dan melepaskan diri dari tangkapan polis supaya dia dapat turut memimpin demonstrasi Bersih, kalau masa dia hantar anak dia kahwin dulu polis pecahkan kereta dia untuk tangkap dia walaupun dia tak cuba lari dan duduk diam-diam dalam kereta.

Duduk diam-diam dalam kereta pun polis pecahkan kereta dia untuk tangkap dia, apa nak heran kalau polis langgar motosikal yang dia bonceng kerana nak laksanakan arahan tangkap Mat Sabu yang dijeritpekikkan orang atasan pasukan polis yang rapat dengan kepala-kepala Umno?

Adakah bakaq tak percaya penjelasan pihak polis? Saya teringin sangat, teringin sungguh nak percaya. Tetapi saya teringat tiga berita yang sukar saya lupakan. Berita pertama bertajuk "Polis: Tiada gas pemedih mata dilepas di Tung Sin". Berita kedua ialah berita bertajuk "Doktor: Kami beri banyak bukti jika dicabar". Berita ketiga yang saya tergelak habis dan kawan-kawan saya yang tak tara mana lawan Umno pun kutuk dan hina cukup-cukup ialah berita bertajuk "Cops link parang, petrol bombs seizure to Bersih".

Seorang pak cik bekas polis di Taman Koperasi Polis kata, "tu taktik zaman komunis tu!" Maksud dia taktik perang saraf polis. Adoi la!

Ni yang seterusnya ni bukan saya nak kata kat polis ni. Cuma saja nak cerita yang saya tiba-tiba teringat kata-kata Orang Putih - once a liar always a liar. Maknanya lebih kurang, sekali berbohong akan terus berbohong sampai mampoih.

Saya bagi contoh, kata la bakaq yang tak mengaji ni tiba-tiba pi kelentong kat orang kunun-kunun saya ni graduate universiti di USA. Sekali saya bohong, saya kena bohong sampai mampoih. Takkan tiba-tiba esok saya nak kata saya ni yang sebenarnya sekolah menengah pun tak habis mengaji walaupun itulah kenyataan sebenarnya. Malu la saya. Semalam dah heboh rata kunun-kunun mengaji di US. Takkan hari ni nak kata sekolah menengah pun tak habis. Nampak sangat la semalam saya bohong yang saya mengaji di US. Akhirnya, supaya saya tak dilihat pembohong, saya kena bohong sampai bila-bila kununnya saya graduate dari universiti di US. Jadi pembohong sampai mampoih!

Tu la maksud "once a liar always a liar" dan "sekali berbohong akan terus berbohong sampai mampoih" sampailah ke peringkat jadi compulsive liar.

Nanti sat, sikit lagi. Hanya untuk makluman sahaja apa yang berlaku di Mesir dulu sebagai teladan untuk memahami pelbagai peristiwa di serata dunia. Saya pernah link berita-berita berikut, "Pro-government protesters in Egypt were agent provocateurs", "Hosni Mubarak’s agents provocateur" dan "Agent provocateurs using COINTELPRO tactics to create chaos across Egypt" di sini.
Read On 19 comments

Demonstrasi kena diteruskan, negara jadi neraka kalau Umno terus perintah

Cuba baca laporan mengenai "Illicit Financial Flows from Developing Countries: 2000-2009". Laporan tu meletakkan Malaysia nombor lima dalam senarai "Top 10 countries with the highest measured cumulative illicit financial outflows between 2000 and 2008". Laporan tu juga menyatakan:
Financial flows from Malaysia have more than tripled from $22.2 billion in 2000 to $68.2 billion in 2008. This growth rate, seen in few Asian countries, may be a result of significant governance issues affecting both public and private sectors.
Bagai biasa, sebahagian orang Umno yang bongok akan jawab, 2008 zaman Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) perintah. Sudah jadi satu trend dalam Umno untuk meletakkan semua kesalahan kepada Pak Lah. Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin tak salah walaupun Najib orang dua dalam kabinet Pak Lah manakala Muhyiddin pula salah seorang menteri kanan.

Tak habis-habis dok salahkan Pak Lah sahaja, depa ingat rakyat bongok macam depa dan percaya silat bangang lidah penipu depa.

Tu satu hal, kalau berlaku aliran wang yang keluar atau cabut lari dari negara ini, sama ada secara haram atau halal, hampa ingat tu duit bakaq a.k.a. ~penarik beca ka? Selain tauke-tauke yang mengkulikan dan merogol ketuanan Melayu, golongan lain yang paling kaya dalam negara ini ialah kepala-kepala Umno dan Barisan Nasional (BN), anak beranak serta kroni-kroni mereka. Itu dua kelompok kaya yang paling utama dalam negara ini.

Kalau duit keluar, sukar dinafikan duit itu adalah duit kelompok paling kaya yang bawa pelari duit depa keluar dari negara ini. Kalau duit pelabur atau peniaga yang cabut lari (maksudnya ditarik keluar dari negara ini), tu orang panggil capital flight. Ni illicit financial flows.

Lagi lama Umno dan BN perintah negara ini, negara ini akan menjadi neraka kepada kita dan syurga kepada kepala-kepala Umno dan kroni-kroni mereka. Oleh kerana demonstrasi ala demonstrasi Bersih baru-baru ini berjaya menjadikan Umno menggelejat ketakutan, demonstrasi seperti itu mesti diteruskan.

Umno adalah mungkar terbesar dan jahat terbesar dalam negara ini. Lawan yang tu dulu. Lain-lain kita kira kemudian.
Read On 28 comments

Orang Umno yang lebih tahu jahat dan bongoknya parti depa

Sebelum saya cerita bab bongok Umno, saya nak sentuh sikit tulisan Raja Petra Kamarudin bertajuk "Now do you understand the meaning of The Third Force?" Antara lain, dia tulis:
We hope, now, the meaning of The Third Force becomes clearer. And the newly crowned leader of this Third Force is Ambiga Sreenevasan. She may be a reluctant leader. Maybe she did not plan to emerge as its leader. However, like it or not, she is now the leader of Malaysia’s Third Force.
Terkejut saya membaca dakwaan itu. Terasa poyo sangat. Poyo sangat-sangat.

Saya pun tak ada parti. Memang saya berkawan dengan ramai pemimpin parti politik, tetapi saya bukan penyokong mana-mana parti politik. Dah berkawan, natural la kalau kita ada rasa kasih kepada kawan-kawan kita. Bongok dan bongkak sangat la kalau dakwa tak rasa apa-apa.

Ya, oleh kerana saya tak ada parti, mungkin boleh anggap saya ni puak third force - rakyat yang benci habis Umno dan siang malam memohon Allah s.w.t. melaknati taghut tetapi tak ada keinginan menganggotai mana-mana parti. Tak ada langsung.

Tak sertai parti pembangkang tak bermakna tidak benci Umno. Saya bukan takat benci, malah istiqamah memohon Allah melaknati taghut. Pada masa yang sama, tak join sana dan tak join sini bukanlah satu lesen untuk nak perasan pulak macam bagus sangat - third force la, apa bagai la.

Bertambah kelakarlah tiba-tiba didakwa "And the newly crowned leader of this Third Force is Ambiga Sreenevasan". Mudah-mudahan tidak ada siapa-siapa yang laluk satu hari nanti dan tulis "And the newly crowned leader of this Third Force is bakaq a.k.a. ~penarik beca". Tentu berjuta-juta yang tergelak terberak-berak pada masa itu!

Saya tak tau la kalau MCLM menabalkan Ambiga sebagai leader. MCLM tu third force la kot? Tak tau berapa cangok saja yang menganggotai kumpulan yang nama dia pun orang kampung dan pekan tak tau apa menatangnya benda tu? Civil liberty? Macam spaghetti ka civil liberty tu? MCLM tu kompeni direct selling MLM ka?

Asalkan syok, mahkotakan dan tabal la siapa pun.

Tetapi kepada saya dan kepada ramai orang yang saya jumpa dan bersembang, Bersih tu macam flag of convenience ja. Macam kapal nak bawak barang merentasi pelbagai tempat, pakai la bendera mana-mana negara pun nak memudahkan perjalanan. Nak memudahkan perjalanan ja. Setakat tu ja.

Kepada saya, bukan setakat Bersih, parti-parti politik pun sama. Macam flag of convenience jugak. Tidak pernah terlintas di hati saya nak menabalkan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau mana-mana pemimpin politik negara ini sebagai pemimpin saya (Alahai poyonya bunyi dia. Eeeee!) Jauh lagi la Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Lim Kit Siang.

Orang macam Datuk Seri Najib Tun Razak tak payah cakap la. Rasa sial sangat-sangat kalau terpandang muka dia atau terdengar suara dia. Kalau muka dia tiba-tiba duduk tak duduk terkeluar dalam iklan (berita memang kami tak buka TV), tak payah aku, anak-anak aku sendiri akan cepat-cepat berlari ke arah TV, sama ada ubah channel atau tutup TV. Hanya kalau bukan di rumah kami, misalnya ketika berada di rumah mertua, terpaksa la menekan-nekan emosi menahan sabar bila keluar muka kepala Umno tu dalam TV. Terpaksa la lari pergi ke lain. Dulu boleh jugak keluar hisap rokok. La ni, lepas serangan jantung dah tak hisap dah. Bukan sebab insaf, tetapi takut sakit lagi.

Sana sini dah aku melalut ni! Ok, kesimpulannya, saya hormat hak demokrasi siapa pun nak tabalkan siapa pun sebagai leader. Tapi, janganlah poyo sangat. Tapi tak pa lah. Suka hati hang la asal syok. Saya tak la kata syok sendiri.

Bab betapa bongok dan jahatnya Umno dan para pemimpin parti itu, tak payahlah saya tulis hari ni. Orang Umno lagi pandai tulis. Bagi anda yang selesa membaca Bahasa Inggeris, baca "Untamable Bersih- part 2, understanding it" oleh Datuk Mohd Ariff Sabri Haji Abdul Aziz. Tentulah orang Umno sendiri yang lebih tahu betapa bongok dan jahatnya parti itu.

Yang saya nak tulis sikit ja ialah dakwaan puak Umno seperti yang dicerita oleh Ariff - Bersih is a strategy by non-Malays and foreign agents to destroy the Malay government. Saya dah tulis banyak kali. Tapi dari pengalaman saya bersembang di kedai kopi, ramai yang tak sedap jawapan depa bila jawab bab ni.

Lain kali, bila Umno poyo sangat fasal kuasa Melayu kononnya, cakap kat depa, "Siapa yang potong dan kudungkan kuasa legislatif Melayu dengan persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003? Ingat SPR berani pandai-pandai kalau Umno tak bagi dan restui? Kuasa legislatif Melayu dikudungkan dengan jahat dan kejamnya dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003 itu.

"Siapa yang letak calon-calon MCA, MIC dan Gerakan di kawasan-kawasan majoriti Melayu seperti kawasan Parlimen Gerik yang kira-kira 70 peratus pengundi Melayu? Ingat parti-parti tu ada telor nak bertanding di kawasan-kawasan majoriti Melayu dan membunuh kuasa legislatif Melayu kalau Umno tak sediakan permaidanai merah untuk mereka bertanding di kawasan-kawasan majoriti Melayu itu? Melayu konon! Hari-hari bunuh kuasa legislatif Melayu dan khianati Melayu, nak cakap fasal Melayu!

"MCA yang hanya berani berlagak di kawasan majoriti Melayu dan membunuh kuasa legislatif Melayu menjerit-jerit menuduh DAP perkauman kerana parti itu hanya berani bertanding di kawasan majoriti Cina. Baguslah DAP hanya bertanding di kawasan majoriti Cina. Dia tak kacau kawasan majoriti Melayu dan bunuh kuasa legislatif Melayu macam Umno!

"Bagi tau semua orang Melayu, Umno pembunuh kuasa legislatif Melayu! Umno pembunuh kuasa legislatif Melayu! Tu tak cerita lagi fasal tanah rizab Melayu".

Walaupun saya minta anda pi baca sendiri tulisan Ariff yang ada akal tu, saya tak dapat nak menahan diri nak copy paste juga yang di bawah ni. Sedap sungguh dia tulis:
I think the mainstream media is overplaying this point. There were elaborate attempts to show Bersih as a means to restore Anwar's sagging fortunes. Hence Utusan Malaysia gave coverage about Anwar's involvement in the rally. But this was truly and actually wasn't about Anwar anymore. If he feigned his injury, wearing the familiar neck brace and looking almost dead on the hospital bed, he must have gotten a miraculous recovery for the very same night he was in his element at the PKNS stadium in Kelana Jaya.

Everyone saw he fell down while negotiating somewhere after leaving his presidential suite at KL Hilton. Tian Chua was mobilizing marchers who stampeded through police cordon and in the melee, Anwar fell down. I am almost near to saying; Anwar was actually a liability in the Bersih Rally.
Read On 9 comments

Saya amat-amat penakut, tapi saya juga teringin mati menentang mungkar terbesar

"They made a very big mistake on Saturday, by assuming that arresting more people would make the rest of us scared," said youth leader Khairul Anuar. "Actually, it has just made us more brave".
Kata-kata yang benar teramat benar itu saya salin dari berita The Guardian bertajuk "Malaysia's leader warned: Reform elections or risk revolution".

Berminggu-minggu sebelum 9 Julai lalu, kerajaan Umno yang "no longer has access to reason and decency" yang dikepalai Datuk Seri Najib Tun Razak mengugut rakyat yang mahu menuntut pilihan raya bersih dan adil dengan kuasa dan kebengisan kekerasan polis. Dengan ugutan yang gila-gila dan gila itu, kerajaan Najib tentu berharap hanya beberapa puluh atau ratus orang sahaja yang berani berhimpun Sabtu lalu.

Hakikat bahawa lautan demi lautan manusia membanjiri beberapa tempat di Kuala Lumpur untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil akan terus menjadi mimpi ngeri kepada Najib dan gerombolan yang ditutup pintu hati mereka yang menyokong suami big spender itu.

Saya salin kata-kata yang dipetik oleh Guardian itu untuk mengasak masuk ke dalam hati anda salah satu kesimpulan penting dan utama perhimpunan Sabtu lalu: Rakyat tak takut polis!

Kawan-kawan yang kenal saya, walaupun tak rapat, amat tahu bahawa saya seorang yang sangat penakut. Bukan berbasa-basi atau nak merendah diri (nak merendah tak pasai-pasai buat apa!), saya memang sangat penakut.

Tetapi, dengan syahidnya Baharuddin Ahmad, saya yang sangat penakut ini pun amat bercita-cita untuk mati dalam perjuangan seperti beliau. Daripada aku mati sakit jantung (saya dah pun kena serangan jantung hujung Mei lalu - massive acute myocardial infarction), lebih baik aku mati kerana menentang mungkar terbesar di negara ini - Umno.

Amat benar apa yang Allah s.w.t. ilhamkan dalam jiwa dan cita-cita saya - bahawa sekurang-kurangnya kepada saya, hasil yang lebih penting dan utama dari perhimpunan Sabtu lalu ialah senjata terhebat untuk menentang Umno yang menjadi mudharat terbesar dalam negara ini sudah ada dalam genggaman saya. Senjata terhebat itu ialah keinginan yang meluap-luap untuk mati kerana menentang mungkar terbesar negara ini - Umno.

Senjata itu lebih hebat dari cota, gas pemedih mata, meriam air beracun, apa sahaja! Hanya kepada Allah s.w.t. sahaja saya yang sangat penakut ini menyerahkan diri.
Read On 18 comments

Tolonglah maafkan, saya hanya memondan dalam perhimpunan Bersih kali ni

(Panjang sikit kali ni. Kalau rajin, baca la). Dalam posting bertajuk "Kerajaan curi-curi Malaysia" 16 Jun lalu, saya tulis seperti berikut:
Orang dok mengutuk tiap-tiap hari, anak nak bersedap-sedap pun tibai duit rakyat. Depa peduli apa, tengah-tengah orang dok bising fasal beg tangan, orang yang berlegar di sekitar istana depa bikin cerita bahawa masuk lagi beg tangan import. Tu tak kira lagi sok sek-sok sek depa tentang kemasukan berlian bernilai RM13 juta sebulan dua yang lalu. Gila-gila punya cerita. Kita takat bersembang fasal khabar angin dari istana depa je la. Bukti tak ada.

Khabar angin itu mungkin bohong. Tetapi persoalannya, mengapa orang yang berlegar di istana depa hentam sakan? Adakah depa geram sangat? Punyalah bersungguh depa menghentam, siap cerita fasal bomoh Hindu lagi.
Dalam lebih kurang seminggu ni, saya hampir-hampir tak tengok Internet. Dok sibuk hal lain.

Selepas berpindah dari rumah dahulu yang saya sewa kira-kira 17 tahun sebab tuan rumah nak duduk balik rumah dia, ni nak pindah balik ke Taman Koperasi Polis. Nak duduk balik dekat rumah mak mertua. Senang dan dekat sikit isteri saya nak jaga dan menyantuni mak dia. Bila nak pindah, banyak nak kena siap, terutama duit. Saya dah kata kat isteri saya, bila kita ada duit sikit nanti dan ada rumah kosong dekat rumah mak, kita balik dekat mak. Tak dan nak ada duit barang sekepiang, tiba-tiba dah ada rumah kosong.

Tak rebut rumah tu, bukan senang nak ada rumah kosong dekat-dekat rumah mak. Nak buat lagu mana. Tak dak duit pun nak kena berlagak macam orang ada duit - senang-senang nak mintak masuk rumah orang walaupun tak dak duit. Mampoih!

Tak pa. Tu hal peribadi saya. Saja saya cerita sebab musabab mengapa saya tak main internet dalam seminggu ni. Dalam pada tak main Internet, tiba-tiba kawan baik telefon dan bagi tau tentang posting yang bertajuk "Raya sakan: Imelda Rosmah dan cincin nilai RM24.4 juta".

Saya dah dengar cerita tu lama dah. Tinggal lagi, angka yang diberitahu kepada saya RM13 juta. Dalam blog Rakyat Marhaen kata RM24.4 juta.

Saya tak berani nak tulis sakan perbuatan terkutuk itu sebab tak ada bukti. Walaupun telah didedahkan oleh blog tersebut siap dengan print screen, saya masih berharap cerita itu tak betul. Sungguh, saya memang harap cerita tak betul. Sebab kalau betul, memang sah Datin Seri Rosmah Mansor dan suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah penyamun dan perompak wang rakyat. Itu kalau betul. Sebab itulah saya harap tak betul.

Saya berharap mereka akan dapat menafikan tanpa sebarang keraguan. Jangan buat kelaku yang semakin menguatkan rasa tak percaya orang macam dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Semakin ramai yang semakin tak percaya penafian depa bahawa depa tak terlibat.

Harap tak betul. Sebab kalau betul, adalah menjadi kewajipan orang-orang Islam yang Allah s.w.t. wajibkan amar ma'ruf nahi munkar untuk memohon kepada-Nya supaya Ia melaknati Najib dan isterinya. Apa lagi yang Najib tak buat? Tak kisahlah Najib tak mengaku keluarganya terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Yang sah, Allahyarham Othman Talib mati dibunuh di Felda Lubok Merbau akibat ucapan dan hasutan Najib di situ dalam pilihan raya kecil Padang Terap pada tahun 1985. Terbaru, Allahyarham Baharudin Ahmad terbunuh akibat sesak nafas selepas terkena gas pemedih mata yang ditembak polis di bawah pemerintahan Najib (saya mohon maaf kepada keluarganya kerana hanya dapat ziarah sekejap di Surau Muqorrobin sebab ada kerja)..

Polis memang nafi terlibat (sila baca Harakah Daily 11 Julai 2011 "Questions surround Baharudin's death despite police denial"). Untuk membantu anda membuat keputusan tentang penafian polis itu, sila baca berita bertajuk "Polis: Tiada gas pemedih mata dilepas di Tung Sin" dan kemudian baca berita bertajuk "Hospital kena tembakan gas pemedih mata, meriam air". Selepas itu, anda juga boleh membuat keputusan mengenai berita yang saya nak tergelak sungguh bertajuk "Cops link parang, petrol bombs seizure to Bersih.

Saya dah kata. 10 Umno kata (atau pak yetnya), 12 tak boleh percaya. Contohnya baca berita bertajuk "Pemuda Amal kecam akhbar ubah suai gambar".

Najib yang nampak sangat gelabah hari ini gesa 'majoriti senyap' bangun nyata pendirian. Di sini hang punya majoriti senyap. Dengan penyokong seciput 2830 orang (setakat 5.23 petang 11/7/11), admin laman FB "1 Juta Rakyat Malaysia Menyokong Kepimpinan DS Najib" menghiburkan mimpinya yang tak kesampaian dengan menulis penglipurlara "walaupun nilainya sedikit tapi kecil-kecil cili padi"!

Dan, kalau anda belum join lagi laman "100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation", join segera! Malaysiakini hari ini melaporkan, "hanya 48 jam selepas dimulakan, jumlah itu sudah melepasi sasaran yang 100,000 yang ditetapkan sebelum ini."

Mengenai himpunan rakyat Sabtu lalu (9 Julai yang bersejarah!), untuk diri saya sendiri, kali inilah yang saya rasa paling tak happening. Sebaik sampai ke tempat orang berhimpun di sekitar Maju Junction dan Chow Kit (saya pergi dah dalam pukul 1 lebih dah sebab pagi tu kena tolong isteri mengajar), kawan-kawan yang bawa saya dah pesan, "hang jangan lebih-lebih, bakaq. Jangan menjerit. Jangan nak berkejar-kejar". Mentang-mentanglah saya baru keluar wad CCU akibat serangan jantung!

Dalam lagu tu pun, dapat juga saya berjalan kaki pergi balik dari Jalan Raja Abdullah di Kampung Baru sehingga ke kawasan sekitar KLCC untuk turut berada. Alahai, hanya turut berada aku kali ini. Dulu-dulu, aku yang duduk depan buat human wall dan tolak perisai FRU. Saya sungguh-sungguh memohon maaf kepada semua rakyat yang berani dan dimangsakan keganasan polis kerana kali ini hanya memondan dalam perhimpunan Bersih Sabtu lalu. Tu pun aku buat pekak pada cakap mak mertua yang berkali-kali pesan supaya jangan pergi dan buat tak endah cakap adik ipar saya - satu-satunya doktor dalam keluarga kami.

Walaupun saya hanya memondan dalam perhimpunan Bersih kali ini kerana terbawa-bawa sangat perasaan takut mampoih akibat serangan jantung kalau galak sangat berkejar-kejar, banyak perkara yang menggembirakan hati saya:
1. Penghibur hati saya yang paling utama ialah apabila melihat rakyat bertindak sendiri tanpa menunggu pemimpin memandangkan ramai yang bergelar pemimpin awal-awal lagi dah kena tangkap. Perhimpunan raksaksa di sekitar KLCC misalnya dah dekat nak habis baru Dr Mohd Hatta Md Ramli dapat menggabungkan diri dengan mereka. And, it was happening!

2. Ramai yang bersetuju bahawa 75 peratus yang berhimpun adalah anak-anak muda. The truh has a future! (Sebagai ayah, jahat-jahat aku pun, saya teringat anak saya yang turut berhimpun, tapi tak tau di mana dia dan kawan-kawannya berkumpul. Saya sms, "Baqir katne?" Lama kemudian dia reply. Dia hanya tulis "Terbaik". Saya fikir tak perlu lagi saya merasa bimbang. Biarlah dia belajar mengharungi gas pemedih mata, air beracun dan masuk lokap, kata hati saya)

3. Apabila membaca posting Datin Paduka Marina Mahathir bertajuk "My Bersih 2.0 Experience" (komen-komen di sini). Bongok dan kelakar gila kalau siapa-siapa tuduh Marina menyokong pembangkang. Nak tunggu Marina sokong PAS misalnya, tunggulah sehingga babi boleh terbang!

Marina bukan penyokong pembangkang. Saya yakin dia hanya menyokong perjuangan membersihkan pilihan raya negara ini.

Walau tak ada kaitan, teringat saya sembang saya dengannya. Lama dah, tak ingat bila. Lebih kurang saya kata, "Datin, banyak pemikiran Datin yang saya meluat (kasaq sungguh, saya guna perkataan meluat). Tapi as a person, saya hormat sangat kat Datin sebab saya rasa Datin ni very compassionate". Dia jawab balik (kalau tak silap dalam Bahasa Inggeris) dan lebih kurang dia kata, "bakaq, tak sama pendapat tak semestinya tak boleh berkawan". Masa anak saya kembali ke pangkuan Penciptanya Yang Maha Pengampun, Marina adalah antara yang paling awal menghantar sms mengucapkan takziah kepada saya walaupun beliau pada masa itu pulang ke kampung suaminya di Indonesia menghadiri pengebumian ibu mertuanya.

4. Bila balik rumah, dua anak perempuan saya yang dok tengok laptop masing-masing gelak sampai saya marah sebab malu kat jiran sebab depa gelak kuat sangat. Saya tanya pasai apa gelak kuat sangat? Anak saya yang sulung baca petikan berita di bawah:
3.40pm: Taman Tasik Titiwangsa - Kira-kira 20 ahli PERKASA dilihat di sebuah restoran di sini. Mereka hanya mengikuti perkembangan perhimpunan BERSIH melalui siaran televisyen.Namun presiden kumpulan itu, Ibrahim Ali dan timbalannya langsung tidak kelihatan.

3.22pm: Bukit Bintang - 300 penyokong Pemuda Umno di Jalan Bukit Bintang di depan Hotel Federal mula bersurai selepas mengadakan rundingan dengan pihak polis. Sambil mendakwa telah mencapai kemenangan moral - walaupun hanya mampu bergerak 200 meter sepanjang Jalan Bukit Bintang - masih jauh dari destinasi mereka di Stadium Merdeka - Exco Pemuda Umno, Megat Omardin berkata mesej mereka sudah disampaikan.
Teringat saya kata-kata saya kat kawan-kawan masa minum di Restoran Thaqwa, "puak tu makan upah. Tak upah jangan harap depa nak datang (konon sampai beribu-ribu orang)".
Read On 22 comments

Demo kali ni boleh makan kacang poi, beli kopiah, makan bihun sup

Ramai orang kata Bersih hangat-hangat taik ayam. Bagi mereka, para pemimpin Bersih nampak benar tunduk kepada ugutan Perdana Menteri. Presiden Umno itu paksa berhimpun dalam stadium atau hadapi tindakan serta tuduhan. Antara tuduhan yang pasti ialah menderhaka kepada Agong.

Bagi Umno, derhaka kepada Agong salah besar. Depa akan menggelejat menjerit macam syaitan menuntut dihukum orang yang depa tuduh derhaka. Derhaka kepada Allah s.w.t. tiap-tiap hari pun tak pa. Sebab itulah ajaran utama Umno - derhaka kepada Allah.

Yang bestnya, dalam menggila menderhaka kepada Allah dan mengajar orang lain menderhaka kepada Allah, Umno tak rasa ia menderhaka kepada Allah. Malah, depa perasan bagus pulak tu. Depa rasa depa melakukan yang ma'ruf. Penyakit yang sangat teruk - buat jahat tapi tak habis-habis dok rasa buat baik sangat-sangat. Itulah hakikat sebenar Umno.

Mungkar terbesar dan jahat paling musibat dalam negara ini ialah Umno. Kaedah fiqh mengajar kita menolak mudharat terbesar dulu. Kena lawan Umno habis-habisan dulu. Puak lain pun tak sunyi dari jahat. Tapi kena lawan jahat paling paling bejat dulu - iaitu Umno.

Sebab itulah, apabila Bersih yang bersembang deras kat kita nak lawan pilihan raya kotor dan zalim (tak adil tu zalim la), tiba-tiba jadi macam tauge yang disimbah air panas oleh Umno, ramai orang marah. Berikut ialah dua dari beberapa sms yang saya terima (yang teruk-teruk aku malas nak siar di sini):
Demo kali ni boleh makan kacang poi, beli kopiah, makan bihun sup

Mai buat demo kat umah aku le minum ayaq ketum.. kempen sampai juboq naik atas langit last2 hampeh!
(Gambar di atas ihsan Malaysiakini)
Read On 23 comments

Tahniah para pemimpin Bersih! Kita akan terus dianjingkan Umno!

Dah agak dah. Akhirnya Malaysiakini hari ini melaporkan "Bersih 2.0 setuju berdemo di stadium" (lihat berita Bahasa Inggeris di sini - komen-komen - dan sambutan hangat penuh kelegaan dalam Harakah Daily di sini). Maklumlah, dalam negara ini, kalau derhaka kepada Agong, Umno menggelejat marah. Derhaka kepada Allah s.w.t. tiap-tiap hari pun tak pa, sebab kelaku itulah yang Umno ajar dan gian nak buat siang malam.

Baru tiga empat minit tadi saya habis hantar sms seperti di bawah kepada beberapa orang termasuk pemimpin-pemimpin PAS:
Mai buat perhimpunan Bersih dalam rumah saya la, lagi tertutup, aman & tenteram. Kat stadium pun tak berapa tertutup, aman dan tenteram.
Salah seorang dari mereka segera menjawab dengan jawapan yang pada saya sangat mendalam:
hah haa,,,rajaa kita selaaaamat bertakhtaaaaa
Memang, dalam stadium pun belum tentu aman dan tenteram. Dah la tu, tak berapa tertutup pulak tu. Jenuh polis nak kawal. Alang-alang tak nak buat kat jalan raya sebab hampa penakut sangat, mai buat kat dalam rumah aku la. Tuan rumah yang aku sewa ni tentu tak gaduh. Dia pun orang PAS. Tak gitu, Yeop?

Stadium kena sewa, rumah aku free.

Stadium depa tak buat air kat hampa. Kat rumah aku, anak bini aku boleh tolong buat air. Nak minum apa? Insya Allah, boleh disediakan.

Cuma satu ja masalahnya. Dalam rumah aku ada sebilah parang macam dalam berita yang aku rasa kelakar sangat di sini (gambar di atas saya copy and paste dari berita Malaysiakini itu). Bom tak dak la. Takat terkentut tu biasa la.

Tapi tak pa, aku boleh buang parang tu dalam loji taik.

Bila dah buat himpunan Bersih 2.0 kat dalam rumah aku nanti, harap beritau macam mana Bersih boleh terlepas kat tangan-tangan elit seperti Datuk S Ambiga dan Zaid Kamaruddin? Lama sungguh dah aku nak tanya soalan tu.

Tahniah para pemimpin Bersih! Kita akan terus dianjingkan Umno!
Read On 23 comments

Apa salah Melayu jadi anjing, janji Umno berkuasa

Siapa yang tak mahu jadi anjing Umno, 9 Julai kita banjirkan Kuala Lumpur dengan tuntutan rakyat yang mahu pilihan raya adil dan bersih. Pi mampoih la Bersih. Perhimpunan 9 Julai bukan hak Bersih untuk menentukan jadi atau tak jadi semata-mata kerana depa gatal nak jumpa Agong dan nak bodek Agong. Perhimpunan 9 Julai hak rakyat. Kita banjirkan Kuala Lumpur dengan kebangkitan rakyat!

Tak payah berhimpun atas nama Bersih. Kita berhimpun atas nama rakyat. Kita cucikan negara ini dari mungkar terbesar di Malaysia - Umno. Pakai baju warna apa pun tak pa. Cuci!

Aku geram sungguh baca berita bertajuk "Bersih seeks audience with Agong, may put off rally". Nak batal konon. Macamlah perhimpunan tu mak bapak depa yang punya.

Yang PAS pulak cakap macam bagus je. "(Batalkan perhimpunan) itu tidak berbangkit sebab Bersih tidak batalkan," kata Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu. Lepas tu depa qualify pulak statement tadi tu dengan berkata, "PAS bagaimanapun akan tetap menyokong keputusan yang akan diambil oleh Bersih berhubung perhimpunan berkenaan".

Sokong keputusan Bersih? Cit! Bersih dah kata, perhimpunan menuntut pilihan raya adil dan bersih pada 9 Julai ini bergantung kepada keputusan pertemuan pemimpin gabungan itu dengan Agong. Nak tanya Agong dulu boleh buat atau tidak perhimpunan yang menyebabkan Umno menggelejat gila dan buruk kelaku mengalahkan syaitan? Kepala hotak hampa!

Tunggulah sampai babi boleh terbang! Masa tu barulah Agong atau mana-mana raja Melayu akan buat atau izinkan benda yang Umno benci.

Kalau Agong tak bagi, aku dah tau dah apa depa akan kata. Depa akan kata terpaksa batalkan sebab Agong tak bagi buat. Kalau buat jugak, depa takut Umno akan kata depa derhaka. Penghujungnya, pilihan raya akan terus kotor dan tidak adil. Dan Umno akan terus berpesta derhaka kepada Allah s.w.t. dan rakyat. Maklumlah, derhaka kepada Agong tak boleh, derhaka kepada Allah tak pa.

Yang PAS pulak, kita dah boleh congak dengan mudah. Bila Agong tak bagi, Presiden PAS takkan nak lawan Agong. Itu semua orang tau. Maklumlah, dulu PAS Terengganu yang berhimpun di airport Kuala Terengganu sokong Agong ketika krisis perlantikan menteri besar selepas pilihan raya 2008. Orang PAS pun megah sangat dan bercerita sana-sini bahawa presiden depa baik dengan Agong. Dah baik dengan Agong, takkan nak buat benda yang Agong tak bagi. Bila Presiden PAS tak nak, orang PAS takkan nak lawan cakap presiden depa. Maklumlah, wala'. Ada juga orang PAS yang bagi excuse takut nak lawan cakap presiden depa sebab takut dia kena serangan jantung lagi dan pengsan dalam mesyuarat serta terpaksa dikejarkan ke hospital.

Tak mengapa Umno anjingkan kita dengan pilihan raya kotor dan tak adil
Kehendak Agong mesti ikut,
Kalau tak ikut Umno akan histeria kata derhaka

Apa salahnya orang Melayu derhaka kepada Allah
Asal tak derhaka kepada Agong

Negara mesti aman, TV Umno kata
Negara mesti tak diancam perhimpunan haram, polis kata
Mesti aman, mesti tak terancam
Tak kisahlah Umno anjingkan kita dengan pilihan raya kotor dan tidak adil

Asal Umno boleh terus berkuasa
Apa salahnya kita orang Melayu jadi anjing?
Read On 23 comments
 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008