Bersih sebenarnya kuda tunggangan!

Saya dah tulis bahawa penentang tuntutan rakyat supaya diadakan pilihan raya adil dan bersih adalah anjing-anjing tauke-tauke Cina. Banyak aktiviti puak itu merembat duit menjadi dokumen sejarah. Sebahagian besar dokumen itu membuktikan mereka adalah anjing-anjing tauke-tauke Cina. Dokumen-dokumen itu turut menjadi bukti pengkhianatan mereka terhadap Islam dan Melayu - jika mereka masih Islam dan Melayu.

Malangnya, kuasa yang ada pada mereka berjaya menyembunyikan dengan berkesan segala kejahatan mereka. Kuasa untuk menyembunyi dan meneruskan kejahatan mereka itulah yang menjadi jawapan mengapa mereka amat laparkan pilihan raya yang kotor dan tidak adil. Apa saja yang kotor dan tidak adil adalah penyambung nyawa kuasa mereka.

Peristiwa dua tiga minggu ini memperlihatkan betapa gilanya mempertahankan segala yang kotor dan tidak adil yang menjadi nyawa kuasa mereka. Dengan penuh bongok mereka menggunakan sentimen bangsa dan agama yang hari-hari mereka hina untuk mematahkan kebangkitan rakyat melalui Bersih. Memang, kerja utama bongok-bongok itu setiap hari ialah menghina Melayu dan Islam atau mendatangkan kehinaan kepada Melayu dan Islam. Tapi bila terancam, mereka peralatkan Melayu dan Islam untuk memperisaikan kejahatan mereka menghadapi kebangkitan rakyat yang tidak gila dan bodoh.

Apa yang bongok-bongok itu tak mahu faham ialah kita tidak menentang mereka kerana sesiapa pun. Tidak ada Bersih pun kita lawan mereka. Hanya untuk tujuan memberi contoh sahaja, saya menentang mereka sejak pilihan raya 1974. Tidak perlu ada Bersih, tidak perlu ada apa-apa pun. Malah, kalau PAS dituduh menghasut dan mencetuskan kebencian saya kepada mereka, PAS pada masa itu bangang di dalam Barisan Nasional (BN).

Memang benar, beberapa tahun sebelum Mac 1982, saya menjadi ahli Abim. Tetapi apabila saya melihat begitu ramai pemimpin Abim menjadi pak yet Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertukar jahat dan akhirnya menjadi timbalan ketua penjahat utama di dalam gerombolan itu, sejak Mac 1982 lagi saya keluar Abim.

Kalau orang menuduh mana-mana pemimpin PAS yang menyebabkan saya terus membenci dan memusuhi puak yang menjadikan pilihan raya negara ini kotor dan tidak adil, sayalah orang paling awal mendedahkan perbuatan berkendak politik dalam gelap di antara beberapa pemimpin PAS dan pemimpin Umno. Saya tak peduli siapa mereka dan saya persetankan hakikat bahawa begitu ramai orang yang 'asabiyyah yang memaksumkan Presiden PAS yang mengepalai perbuatan berkendak politik dalam gelap itu (Banyak orang mengkambinghitamkan bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa. Hampa ingat dia berani buat gitu tanpa naungan, dorongan dan restu beria-ia Presiden PAS?) Saya sikit pun tak ambil pot tentang siapa yang terlibat dan bagaimana kegilaan 'asabiyyah sesetengah orang mengangkat Presiden PAS ke tahap maksum, saya tetap menentang perbuatan yang saya anggap melacuri dan mengkhianati kepercayaan para pengundi yang pada pilihan raya 2008 dahulu menolak puak jahat yang menjadikan pilihan raya negara ini kotor dan tidak adil.

Bukan saja gatai nak tulis semua perkara di atas. Tapi kena tulis untuk menegaskan bahawa kita tidak lawan penjahat-penjahat durjana yang menjadikan pilihan raya negara ini kotor dan tidak adil kerana sesiapa pun. Tak ada parti apa pun kita lawan. Tak ada Bersih pun kita lawan. Tak ada Bersih pun kita tertunggu-tunggu untuk berhimpun seperti perhimpunan yang bakal diadakan pada 9 Julai ini. Dah lama kita tunggu! Tangkaplah, bunuhlah!

Bersih hanyalah kuda tunggangan kita untuk berlawan dengan Umno yang menjadikan pilihan raya negara ini kotor dan tidak adil! Allahummal 'anil jibta wat-taghut!

Read On 25 comments

Penentang Bersih adalah anjing-anjing tauke Cina

Saya selalu menulis tentang buruk kelaku para pemimpin Umno dan tukang jilat-tukang jilat mereka - di siang hari mereka menggelejat-gelejat menjerit untuk membikin pameran kononnya merekalah pembela Melayu, di malam hari mereka merangkak ke celah kangkang tauke-tauke Cina mengemis rasuah.

Memang rasuah. Ingat senang-senang tauke-tauke Cina tu nak lantik sebagai lembaga pengarah tanpa membeli satu sen saham pun? Sebagai balasannya, tentulah mereka menjadi anjing suruhan untuk kepentingan tauke-tauke Cina tu (sila baca "Ketuanan Melayu - The Real Chinese Puppet").

Dah jenuh saya nak bagi tau benda tu. Yang menjerit menggelejat untuk membikin pameran sebagai pembela Melayu tu rata-ratanya adalah anjing suruhan tauke-tauke Cina. Tapi nak buat macam mana, ramai yang jenis صُمٌّ بُكْمٌ عُمْيٌ فَهُمْ لاَ يَرْجِعُونَ [Maknanya: Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran) - Surah al-Baqarah ayat 18].

Hari ini, orang Umno sendiri, Datuk Mohd Ariff Sabri Haji Abdul Aziz kata:
Ibrahim Ali is a bloody hypocrite. His entire business ventures are done with the Chinese whose blood he is after and the commission of bodily harm he is advocating. His bridge projects were completed and done with Chinese and Chinese money. He was off to Macau last week to meet up with Chinese cukongs (sila baca postingnya semalam "Ibrahim Ali and a sex-changed Umno" dan jangan tak baca komen Anonymous, 21 June 2011 12:07).
Membaca tulisan Mohd Ariff itu, saya membuat kesimpulan - patutlah anjing-anjing tauke-tauke Cina tu menyalak sakan menentang Bersih, mereka bimbang jika suara rakyat seperti Bersih menamatkan kuasa politik mereka, tauke-tauke Cina tidak mahu lagi membaling tulang untuk mereka terkam dan baham.

(Antara yang saya baca: Komen-komen di bawah temubual bertajuk "Pekida: ‘Kami bukan gengster, kami tolong Melayu’")

(Ihsan Hanief. Lihat karya-karya terbarunya di sini)
Read On 16 comments

Bukan takat nak bakar kereta baling batu, siap nak bakar kedai!

Malaysian Insider semalam melaporkan berita bertajuk "Khairy: Ibrahim Ali tak wakili majoriti Melayu". Ketua Pemuda Umno itu boleh jadi betul bila dia kata gitu. Malah, ramai orang Melayu dan orang Kelantan yang merasa malu bila Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dikaitkan dengan bangsa mereka atau negeri mereka. Ramai orang Melayu yang malu nak mengaku satu bangsa dengan Ibrahim. Ramai orang Kelantan yang malu nak mengaku satu negeri dengan Ibrahim. Bagi mereka, alangkah baiknya kalau Ibrahim bukan orang Melayu dan bukan orang Kelantan.

Tetapi, Khairy Jamaluddin yang kelihatan semakin out of touch dengan Umno nyata tidak ada kemampuan untuk melihat hakikat sebenar. Dia langsung tak nampak hakikat bahawa Ibrahim sebenarnya mewakili majoriti Umno.

Nak tengok macam mana kelaku Umno, tengok Ibrahim. Nak tengok macam mana perangai Umno, tengok Ibrahim. Nak tengok betapa gedebenya Umno bila depa ramai-ramai atau terasa dah ramai dapat depa perbodohkan, tengok Ibrahim. Nak tengok kelaku Umno yang cari makan atau jadi penumpang business tauke Cina tetapi berlagak macam wira Melayu, tengok Ibrahim.

Saya nak tanya balik kawan dari Taman Melawati yang bercerita tentang sifat Ibrahim bila dia sorang-sorang atau tak ramai. Saya dengar sekali lalu sahaja masa bersembang di Restoran Thaqwa tadi. Kena tanya lagi. Tapi, lebih kurang dia cerita, Ibrahim, yang juga tinggal di Taman Melawati pernah kena jerkah, kena hamun di salah satu kawasan kedai di taman tersebut ketika dia masih lagi menjadi Timbalan Menteri. Bila dihamun dan dijerkah begitu, terus Ibrahim lari masuk ke dalam kereta. Saya harap cerita itu tak benar.

Kalau cerita itu benar, itu ketika dia sorang-sorang. Boleh jadi kalau hampa terserempak dengan Ibrahim sorang-sorang, dan hampa jerkah dan maki dia cukup-cukup macam nak debik dia, terkengkang-kengkang dia lari.

Tetapi ada jenis manusia bila depa mesyuarat sesama depa, bukan main lagi. Ada orang beritahu saya bahawa perbincangan dalam mesyuarat puak tertentu telah bocor. Katanya, bukan takat nak bakar kereta dan baling batu 9 Julai ni, tetapi siap nak bakar kedai!

Patutlah orang panggil Barisan Neraka!
Read On 11 comments

Anwar jangan kacau Bersih!

Dalam berita bertajuk "Ibrahim: Apa saja boleh berlaku pada 9 Julai" (komen-komen di sini dan di sini), Malaysiakini semalam melaporkan:
Ibrahim turut membayangkan jika perhimpunan itu tidak dibatalkan, maka akan berlaku huru-hara.

"Tuan-tuan bayangkan perhimpunan BERSIH tidak dibatalkan, mereka teruskan juga, (mereka) tidak umum bahawa mereka akan batal pada 7 atau 8 Julai, saya percaya masyarakat Tiong Hua mungkin ramai-ramai, semua sekali, belilah bekalan makanan tambahan simpan di rumah.

"Apa sahaja boleh berlaku," katanya.
Dalam posting bertajuk "Tangkaplah! Bunuhlah!" 15 Jun lalu, saya ulang tulis:
Kalau benar tak kotor dan tak zalim, kenapa menggelabah sangat bila orang mahukan pilihan raya yang bersih dan adil? Mengapa sampai ke peringkat memberi isyarat bahawa puaknya hendak membakar kereta dan membaling batu untuk menghalang perhimpunan Bersih? Bila batu dibaling dan kereta terbakar, mungkin ada yang terbunuh. Takkan hampa nak bunuh diri sendiri. Nak bunuh kami yang berhimpunlah tu.

Bunuhlah!
Apa nak kisah, kalau puak Umno dan Perkasa bunuh aku kerana aku hadiri perhimpunan Bersih, bukannya depa nak kena apa-apa tindakan. Dah jenuh Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali ugut nak berbunuh-bunuh sana-sini, dia tetap bebas dan bermaharajalela. Sila baca "Home Minister, isn't Ibrahim Ali above the law?" dalam Malaysiakini 18/6/11.

Ibrahim dan puaknya berlagak bagak sebab depa tahu kerajaan Umno tak akan bertindak sama sekali terhadap depa. Ibrahim berlagak bagak sebab dia sentiasa rasa dia ramai dengan perkosanya. Cuba kalau hampa jumpak dia sorang-sorang tang mana-mana, hampa jerkah macam nak debik dia, terkengkang-kengkang dia lari!

Saya tak peduli ugutan Ibrahim tu. Kalau Umno dan Perkasa nak bunuh aku sebab aku hadiri perhimpunan Bersih, bunuhlah! Ibrahim dah kata: "Apa sahaja boleh berlaku".

Ya, saya tak peduli. Yang saya marah sangat-sangat bila baca berita bertajuk "Anwar minta batal perhimpunan jika PM beri jaminan" (Komen-komen di sini, di sini, di sini dan di sini). The people are damn resolute and yet this so called leader is trying to put cold water.

Anwar plans to back off in an honourable manner? Hello, kalau hang tak mau berhimpun, hang duduk di rumah. Jangan nak kacau orang dan bercakap macam orang gila.

Memang gila sebab dalam keadaan Umno hari-hari menipu dan penipuan menjadi makanan asasi parti penipu itu, tiba-tiba dia nak minta rakyat percaya jaminan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan batalkan perhimpunan Bersih. Nak percaya jaminan Najib bahawa pilihan raya umum akan dijalankan secara bersih dan adil? Tak payah sebut puak waras tak waras, puak gila tak gila, syaitan iblis pun tak akan percaya jaminan itu!

Mungkin pak yet Anwar akan kata Ketua Umum PKR itu nak main politik dengan kenyataannya. Maklumlah, pengikut parti apa pun selalu bersikap 'asabiyyah dan akan justify apa saja kelaku pemimpin depa serta akan paksa kita minta maaf bila pemimpin depa kata akhbar tersalah petik.

Hello, kalau macam tu punya main politik, go fly a kite!

Read On 23 comments

Kabinet curi-curi Malaysia: Apa nak heran, tak tipu, tak boleh sapu

Dalam posting bertajuk "Kerajaan curi-curi Malaysia", saya bangkitkan persoalan:
Sekarang dah ada laman dalam Facebook yang menuntut Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen meletak jawatan. Bagi saya, kita kena tanya soalan yang sama. Does the buck stop at Yen Yen?

Adakah nyonya tu berani kencing berdiri kalau dia tak tengok sendiri bos dia, Najib kencing berlari?
Hari ini, Malaysiakini melaporkan berita bertajuk "Yen Yen insists cabinet 'accepted' FB explanation". Dalam berita FMT semalam bertajuk "Malaysia’s ‘stupidity’ sizzles Internet", dilaporkan bahawa:
Speaking in Penn Olson – The Asian Tech Catalogue site – Willis Wee said in an article headlined “Spending US$100,000 For a Facebook App is Just Plain Stupid” and many other experts in the business think so too.

Wee said he forwarded the news about the Malaysian government’s largesse to Preetham Venkky, the Business Head at KRDS India, one of the Facebook authorized app development firms in Asia, to seek his opinion on the matter.

Preetham’s reply was that spending RM1.8 million (USD$590,000) to develop six Facebook applications was ‘impossible’ and ‘seriously unjustified’.
Lantaran itulah dilaporkan bahawa:
Malaysia, it seems, is fast becoming the purveyor of laughs on the worldwide web.
Apa nak heran, kabinet curi-curi Malaysia bukannya tau malu. Janji depa boleh boleh sapu.

Saya dah tulis dalam posting bertajuk "Untuk berkuasa, apa salahnya Umno jual negara?":
Saya dah cerita. Ada Adun Umno yang bayar roadtax sahaja kira-kira RM20,000 setahun. Tu baru roadtax. Kalau Umno kalah, siapa nak bayar ansuran kereta mewah depa? Siapa nak bayar ansuran rumah mewah depa? Siapa nak bayar hutang bank depa? Kat mana lagi nak korek projek untuk hidup senang lenang? Lebih dari itu semua, mahkamah mana tak tolong kalau Umno dah kalah?

Hampa ingat Umno akan duduk saja dan nanti saat kekalahan dia? Hello, Umno sanggup jual Melayu dan negara untuk berkuasa.
Janji depa boleh sapu.

Sebab itulah, menjelang perhimpunan Bersih, 24 jam Umno tipu untuk mempertahankan pilihan raya yang kotor dan tak adil. Kalau tak kotor, kalau tak tipu, apa nak takut? Mampoih pi la walau 3 juta pun nak berhimpun. Berhimpun la hampa sampai mampoih. Apa nak takut, apa nak kalut kalau sungguh tak kotor dan tak tipu?

Tapi oleh kerana memang main kotor, tipu dan tak adil, depa akan tipu, ugut dan mengancam nak membunuh dengan membakar kereta dan membaling batu supaya tiga orang pun tak dapat berhimpun. Kurang ajaq sampai lagu tu sekali!

Sebelum ini, oleh kerana Umno tak boleh nak bercakap fasal ekonomi dan demokrasi, Datuk Mohd Ariff Sabri menggambarkan kepada kita bahawa Umno menjadikan perkauman sebagai makanan asasinya. Hari ini, perkauman tidak lagi kelihatan menjadi makanan asasi parti itu. Menipu tak habis-habis semakin hari semakin terbukti menjadi makanan asasi Umno. 1Malaysia menipu, ETP menipu, pilihan raya menipu, semua menipu. Kalau tak tipu, tak boleh sapu.

Hari ini sahaja, jenuh kita melihat ulasan-ulasan dan berita-berita yang membuktikan dengan jelas kelaku penipu Umno, antaranya "Home Minister, isn't Ibrahim Ali above the law?", "Cheating Felda settlers: So much for Malay rights", "Pemandu explains RM64 mil expenditure" dan "Rais: Kerajaan tak gentar dengan 'Anonymous'" (menipu, sebelum ni dia kata pihaknya bersedia, tengok-tengok berpuluh-puluh laman kerajaan kena hack).

Apa nak heran, memang dasar Umno, tak tipu tak boleh sapu.

Apa-apa pun, pakailah baju kuning Bersih 9 Julai ni, tak kira di mana jua anda berada. Jangan takut ancaman Kotor!
Read On 6 comments

Pembangkang tak payah perasan raja simpati kat hampa

Anda mahu mengenali raja-raja Melayu dan mahu tahu khidmat mereka kepada siapa? Kalau anda boleh faham Bahasa Inggeris sikit-sikit pun jadilah, pergi baca komen-komen bawah artikel yang ditulis oeh Raja Petra Kamaruddin bertajuk "Feudalism rules".

Saya hanya hendak tulis dua perkara dan tanya satu perkara.

Pertama yang saya hendak tulis ialah untuk membatalkan apa yang saya tulis beberapa kali sebelum ini. Masa tu saya kata, di kalangan raja-raja Melayu, hanya kepada Sultan Kedan dan Sultan Terengganu yang ada perasaan hormat dalam hati saya. Itu dulu. Sekarang tidak ada walau secebis pun lagi perasaan itu dalam hati saya.

Saya tidak boleh menentang sistem raja berperlembagaan kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Negara yang direka oleh hakim Orang Putih, hakim India dengan nama Islam yang berfikir dan hidup macam Orang Putih dan hakim Pakistan yang juga hidup dan berfikir macam Orang Putih. Walau bagaimanapun, tidak ada lagi sama sekali perasaan hormat dalam hati tidak bermakna menentang sistem yang hakim-hakim common law itu tulis.

Kedua yang saya hendak tulis ialah untuk menyatakan rasa syukur tidak terhingga kepada Allah s.w.t. kerana sejak saya di sekolah menengah lagi, saya tidak angkat tangan setiap kali jemaah sembahyang Jumaat berdoa untuk raja. Hari ini, saya akan bersujud syukur sungguh-sungguh kepada Allah s.w.t. atas apa yang tidak saya lakukan sejak sekolah menengah itu.

Dan yang saya tertanya-tanya sangat ialah kenapa Umno takut macam gila kepada apa yang disebut sebagai pilihan raya masjid? Bukankah siang malam Umno mendakwa majoriti orang Melayu memihak kepadanya? Lainlah kalau orang Cina yang mengundi dalam pilihan raya masjid.

Tak cukup dengan kecut perutnya yang teramat sangat kepada hantu Altantuya Shaariibuu, kenapa Umno melihat semua benda sebagai hantu yang menakutkan?
Read On 28 comments

Azmin dan Sam pun nak sertai perarakan Bersih?

Saya adalah antara orang yang tak ada hujjah kukuh untuk menolak tuduhan bahawa pemilihan PKR yang lalu menimbulkan banyak tanda tanya. Dan, orang yang dituduh untung paling besarr dalam pemilihan itu ialah Azmin Ali di samping orang yang dituduh sebagai pak yetnya, Shamsul Iskandar Mohd Akin. Orang tuduh doctored victory. Saya tak boleh kata apa sebab saya tak ada bukti walaupun saya pernah mendengar cerita ada orang buat pengakuan. Pengakuan berani!

Kenapa saya tulis ini di ambang perarakan Bersih? Adakah saya nak sabotaj? Na'uzubiLlah!

Saya tulis gini sebab saya tak nak acara rakyat itu jadi laughing stock dengan kehadiran jenis-jenis yang dituduh menipu dalam pemilihan parti mereka sendiri. Ini acara rakyat. Tolong la jangan bubuh taik kat acara rakyat yang mahukan pilihan raya yang adil dan bersih.

Kedua, sebab tadi saya baru baca artikel Mat Saman Kati bertajuk "Baru ada akai!!!" Artikel MSK saya rajin baca. Tetapi, kelaku dia saya tak setuju, kalau benar kata orang bahawa dia masuk DAP. Tak setuju sangat-sangat. Tapi, saya tak boleh kata apa. Itu hak demokratik dia walaupun hak demokratik saya pula membolehkan saya merasa MSK tidak gunakan hak demokratik dia dengan betul.

Ketiga, dengan mengambilkira terhadap pelbagai tuduhan dan rungutan mengenai pemilihan dalam PKR yang lalu, saya harap sangat semua orang yang baca blog ni mempunyai pendirian bahawa perarakan Bersih tidak akan tamat kalau-kalau Umno tidak memerintah (sambil mengambilkira lambat lagi Umno kalah). Penipu ada di mana-mana.

Kalau Umno tak perintah sekalipun, perarakan Bersih mesti diteruskan selagi tidak ada usaha yang boleh dipercayai untuk membersihkan pilihan raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Kita tak boleh berhenti berjuang. Antara lain, kita kena perjuangkan supaya SPR diletakkan di bawah Jawatankuasa Khas Parlimen, sama seperti institusi penting lain seperti polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kehakiman, MARA (untuk kepentingan Melayu), Tabung Haji (untuk kepentingan umat Islam) dan banyak lagi yang lain.

Di Amerika Syarikat, nak lantik ketua hakim pun kena dapat kelulusan Parlimen. Amalan macam tu mesti diperjuangkan di Malaysia terutama yang melibatkan badan-badan penting seperti SPR, polis, SPRM, kehakiman dan lain-lain.

Nota: 9 Julai ini sertai perhimpunan Bersih. Jangan sertai perhimpunan puak di bawah ni!
Read On 16 comments

Kerajaan curi-curi Malaysia

Saya tak ingat saya baca di mana, tapi ada saya baca komen yang menyatakan, patutlah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak minta bajet tambahan sampai RM13 bilion - benda yang free pun depa tibai sampai RM1.8 juta (nak tengok contoh pembohong Najib dalam bab-bab ekonomi, sila baca Judge Wenger Khairy "Behind Najib's ETP numbers"). Malah, saya teringat apa yang Tukar Tiub jerit hampir setiap hari, anak nak bersedap-sedap pun guna duit rakyat.

Tak payah kona-kona. Dengan cara yang mudah sangat kita trace, Ketua Pemuda Umno sendiri dah beritahu seluruh dunia kelaku Najib. Itu pengakuan orang Umno mengenai kelaku kepala Umno. Terima kasih daun keladi.

Kita kena berterima kasih kepada orang-orang Umno. Banyak kelaku menteri seperti Datuk Seri Dr Rais Yatim, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan lain-lain yang depa dedahkan. Tetapi, depa setakat tu sahaja. Kita rakyat biasalah yang kena tanya - kalau Hishammuddin misalnya, does the buck stop at Hishammuddin?

Sekarang dah ada laman dalam Facebook yang menuntut Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen meletak jawatan. Bagi saya, kita kena tanya soalan yang sama. Does the buck stop at Yen Yen?

Adakah nyonya tu berani kencing berdiri kalau dia tak tengok sendiri bos dia, Najib kencing berlari? Orang dok mengutuk tiap-tiap hari, anak nak bersedap-sedap pun tibai duit rakyat. Depa peduli apa, tengah-tengah orang dok bising fasal beg tangan, orang yang berlegar di sekitar istana depa bikin cerita bahawa masuk lagi beg tangan import. Tu tak kira lagi sok sek-sok sek depa tentang kemasukan berlian bernilai RM13 juta sebulan dua yang lalu. Gila-gila punya cerita. Kita takat bersembang fasal khabar angin dari istana depa je la. Bukti tak ada.

Khabar angin itu mungkin bohong. Tetapi persoalannya, mengapa orang yang berlegar di istana depa hentam sakan? Adakah depa geram sangat? Punyalah bersungguh depa menghentam, siap cerita fasal bomoh Hindu lagi.

Apa-apa pun, cara Yen Yen belasah duit rakyat tu sebenarnya memberi gambaran kepada kita bahawa kerajaan yang ada pada hari ini ialah kerajaan curi-curi Malaysia (mesti klik di sini!).

Berkaitan:
Malaysia’s ‘stupidity’ sizzles Internet (FMT 17/6/11)
KRDS India, one of the Facebook-authorized app development firms in Asia, opines that spending RM1.8 million to develop six Facebook applications is 'impossible' and 'seriously unjustifed.
Read On 5 comments

Nak demo depan Utusan yang PUM kata hina Islam? Perkasa akan lawan anda!

Saya tidaklah pandai hukum hakam Islam. Oleh kerana itu, kecuali jelas sangat, saya tidak cukup ilmu untuk kata mana-mana pihak hina Islam.

Tetapi apabila Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menyatakan karikatur dalam Utusan Malaysia menghina Islam, tentulah saya tak akan mampu menyatakan sebaliknya.

Bila PUM kata karikatur dalam Utusan menghina Islam, orang melihat Utusanlah yang menghina Islam.

Saya tidak nak tulis soal Umno atau ternakannya hina Islam atau Umno anti-Islam. Bagi saya, itu bukan berita. Lainlah kalau cerita Umno atau ternakannya tidak hina Islam dan tidak anti-Islam. Itu baru news. Ia sama dengan cerita anjing gigit orang. Ia bukan berita. Lainlah kalau orang gigit anjing. Itu baru news.

Dalam kenyataannya kepada wartawan pada 20 April 1983, Perdana Menteri hari ini, Datuk Seri Najib Tun Razak kata "negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan". Dalam kenyataannya kepada wartawan pada 20 April 1992 pula Najib kata "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu".

Kenyataan seperti itu, nak kata apa lagi, nak bagi istilah apa lagi kalau bukan menghina Islam, anti-Islam dan lebih dari itu, menghina Allah s.w.t.? Nak bagi smokescreen yang lagu mana untuk menutupi perbuatan menghina Islam, menghina Allah yang terang-terangan itu?

Sebab itu saya kata bukan berita. Dah berpuluh tahun menghina Islam.

Apa Utusan buat itu bukan news sebab akhbar itu bukanlah ternakan Umno yang pertama menghina Islam. Pada 24/2/06, berlaku demonstrasi di hadapan pejabat NST kerana tindakan akhbar tersebut menyiarkan kartun yang disifatkan menghina Islam. Tetapi, masa itu lain. Kerana bergaduh dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menjadi Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri dilihat mengepalai kecaman ke atas NST. Malaysiakini 23/2/06 melaporkan berita bertajuk "Editor NST patut digantung kerja, kata Dr Mahathir".

Bukan Dr Mahathir sahaja, situasi politik pada masa itu juga mendorong para pemimpin Umno yang lain mengecam NST. Mereka termasuk Ketua Pemuda Umno pada masa itu Datuk Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Penerangan Umno pada masa itu Tan Sri Muhammad Mohd Taib dan Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Pemuda Umno pada masa itu, Datuk Mukhriz Mahathir yang menyifatkan kartun NST itu "menghina Islam dan Rasulullah". Menteri Penerangan pada masa itu, Datuk Zainuddin Maidin pula mendakwa anggota kabinet termasuk yang bukan Islam kesal terhadap tindakan NST itu.

Malah ada dakwaan yang membikin cerita bahawa sebahagian sepanduk yang diarak orang-orang PAS yang berdemonstrasi di hadapan pejabat NST itu sebenarnya dibekalkan oleh puak-puak Mukhriz. Harap-harap tidak benar. Kalau benar, sampai begitu sekali perebutan kuasa sesama Umno! Mao Tse Tung pernah kata, kalau dua ekor anjing bergaduh, mereka tentu sedang berebut tulang.

Kini, apabila PUM menyatakan kartun Utusan menghina Islam, adakah anda fikir para pemimpin Umno akan mengecam akhbar itu? Adakah anda fikir ada orang Umno akan membekalkan sepanduk untuk anda berdemonstrasi di hadapan Utusan? Silakan bermimpi!

Yang pasti, jika anda hendak berdemonstrasi di hadapan Utusan kerana karikaturnya yang disifatkan menghina Islam oleh PUM, jika anda hendak berdemonstrasi di hadapan Utusan kerana hendak mempertahankan maruah Islam yang menurut PUM dihina oleh akhbar itu, orang-orang Perkasa pasti akan bertembung dengan anda di sana. Firqah itu sudah bersumpah setia untuk "berjihad" mempertahankan Utusan Malaysia sehingga ke titisan darah terakhir!!!

Hina Islam tak penting. Yang penting bagi bangsa Umno itu, Utusan mesti dipertahankan sehingga ke titisan darah terakhir.


Jangan lupa!!!

Read On 13 comments

Tangkaplah! Bunuhlah!

Dalam berita bertajuk "Bersih: Amaran polis akan buat tangkapan pencegahan", Malaysiakini hari ini melaporkan:
Polis akan mengambil tindakan perlu termasuk membuat tangkapan pencegahan sebelum dan semasa perhimpunan Bersih yang dijadual berlangsung pada 9 Julai depan, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar.
Amboi, bukan main lagi Khalid. Teringat pula tentang rungutan-rungutan pegawai kanan polis tentang Khalid yang melangkau dua tiga orang termasuk Datuk Seri Mohd Bakri Zinin untuk jadi Timbalan KPN. Lantaklah. Biar polis membara dengan rasa tak puas hati sesama sendiri. Kalau orang lain naik pun, bukannya depa nak baik dengan rakyat yang melawan Umno.

Saya ni, bila nampak muka Khaid atau bila orang sebut nama dia, saya teringat cakap bohong. Saya pernah dihubungi oleh polis selepas saya tulis tentang Khalid dan bohong ketika dia jadi Ketua Polis Selangor dulu. Nasib baik tak kena tangkap lagi.

Khalid taklah kata, tetapi nampak kenyataan dia seolah-olah nak ambil tindakan kepada kedua-dua pihak, yang menyokong dan menentang Bersih. Saya tak percaya puak lawan Bersih yang ugut tentang pertembungan serta memberi amaran tentang bakar kereta dan baling batu akan diambil tindakan tegas.

Bila Khalid kata polis nak tangkap, saya teringat diri saya. Ketika saya masih kuat, biasanya saya tak akan izinkan diri saya ditangkap walaupun beberapa kali kena tangkap jugak. Bodoh sangatlah kalau saya biarkan polis nafikan kebebasan saya dan sumbat saya dalam lokap.

Tetapi, pada 9 Julai ini, iaitu hari perhimpunan Bersih, belum cukup dua bulan lagi saya keluar wad pada 29 Mei lalu akibat serangan jantung - sedih jugak, muda lagi dah sakit jantung, doktor bayangkan kerana kuat sangat hisap rokok, sejak umur 13 tahun. AlhamduliLlah, masih panjang umur dan tersangat pondan untuk hisap rokok lagi. Pada 9 Julai, stress test pun belum buat lagi.

Mengambil kira keadaan kesihatan saya, tentulah saya tak larat nak menyelinap ke sana sini. Peluru gas pemedih mata, air beracun serta debikan cota polis tak kenal siapa. Hang sakit ka, hang apa ka, peluru, gas dan cota tak bermata, tak kenal siapa. Saya terpaksa meredah lagi semua itu.

Kalau polis ligan, mobiliti untuk mengelak buruan hampir tidak ada. Kalau lari, tiba-tiba jantung jadi hal, mati pulak sat gi. Tak berani lari sebab takut jantung jadi hal dan mati pulak sat gi. Tak ada pilihan melainkan merelakan diri ditangkap. Tangkaplah!

Malam tadi pun orang bercerita lagi di Restoran Thaqwa yang saya pernah bertumbuk di Chow Kit kerana politik masa muda dulu. Tak ada maknanya. Itu dulu. Sekarang saya dah 53 tahun. Walaupun muda lagi 53 tahun tu, tapi dengan jantung yang baru kena serang, taklah setangkas orang yang betul-betul muda. Sebab itulah, apabila ada ancaman bunuh, dalam posting 14 Jun lalu saya hanya boleh bersedia dan kata:
Kalau benar tak kotor dan tak zalim, kenapa menggelabah sangat bila orang mahukan pilihan raya yang bersih dan adil? Mengapa sampai ke peringkat memberi isyarat bahawa puaknya hendak membakar kereta dan membaling batu untuk menghalang perhimpunan Bersih? Bila batu dibaling dan kereta terbakar, mungkin ada yang terbunuh. Takkan hampa nak bunuh diri sendiri. Nak bunuh kami yang berhimpunlah tu.

Bunuhlah!
Read On 4 comments

Sementara pilihan raya, tentulah Khir Toyo digambarkan bersalah

Perjuangan ialah pengorbanan. Saja saya petik ayat-ayat purba itu bila terbaca posting Dr Mohamad Khir Toyo bertajuk "Terima kasih kepada rakan-rakan bloggers". Satu sifat baik Jalal ialah dia tak debik mereka yang digambarkan sebagai puak yang kenakan dia.

Untuk maklumat lanjut, sila baca posting Mamat Umno yang saya anggap kawan yang baik bertajuk "Witnesses turned court room into legal comedy". Saya berterima kasih kerana beliau sudi membayangkan bagaimana proses perundangan boleh jadi barang mainan di bawah pemerintahan Umno. Kalau Peguam Negara yang dibayangkan sebagai tukang buat hal, adakah dia berani buat hal tanpa restu pihak atasannya?

Apa-apa pun, saya fikir Jalal tak perlu risau. Berkorbanlah untuk sementara waktu. Saya ulangi, berkorban untuk sementara waktu. Sebab tu saya tulis ayat purba "perjuangan ialah pengorbanan" sebagai pembuka bicara.

Saya rasa Jalal pun boleh bayangkan tahap-tahap yang disusun. Sebelum pilihan raya, proses apa-apa pun yang berkaitan dengan kuasa dan kepimpinan Umno akan menggambarkan Jalal sebagai pesalah (kalaupun Jalal salah, adakah dia berani buat salah sorang-sorang? Ketua-ketua dan kawan-kawannya tak buat macam dia buat?) Tujuannya nak menggambarkan bahawa kerajaan Umno konon macam adil sangat. Kononnya orang dia pun tak terlepas kalau salah. Kononnya!

Umno yakin, rakyat boleh dibangangkan dengan cara itu.

Selepas pilihanraya, insya Allah, Jalal akan didapati tidak bersalah. Jangan bimbang Jalal, cuba rujuk balik kes Tan Sri Eric Chia dan Tan Sri Kasitah Gadam. Berkorban hanya untuk sementara waktu sahaja.

Game macam tu dah cliche. Saya rasa Jalal dah lama tahu.

Kalau benda macam tu Umno boleh buat game, hampa ingat pilihan raya di bawah kuasa Umno bersih dan adil? Jangan harap!

Read On 4 comments

Ancaman pertembungan, baling batu, bakar kereta sebenarnya ancaman nak bunuh kita!

Ketika bergelandangan di luar kandang Umno dulu, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali pernah terlepas cakap dan mendedahkan beberapa salah laku Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Antara pendedahan beliau mengenai SPR yang saya ingat ialah campur tangan Pengerusi SPR waktu itu dalam soal pencalonan dalam pilihan raya kecil Pengkalan Pasir dan bagaimana ketua-ketua Umno bahagian dirujuk terlebih dahulu oleh SPR sebelum persempadanan semula dilakukan.

Saya pernah meminta kebenaran Ibrahim untuk menulis salah satu pendedahannya itu. Tapi, dia tak bagi. "Nanti dulu," itu yang seingat saya dia kata kat saya. Kelaku Ibrahim waktu itu menyebabkan saya sangat yakin dia akan melompat balik masuk Umno selepas menang kerusi Pasir Mas dalam pilihan raya umum 2008. Saya tak pernah percaya Ibrahim. Saya tidak keseorangan. Terlalu ramai yang benci Ibrahim.

Apa yang saya tulis di atas adalah pembohongan dan rekaan? Tak ada masalah. Puak Ibrahim kini adalah penganut tegar acara sumpah laknat. Malaysia pun dah jadi centre of sumpah laknat. Kalau Ibrahim ajak saya pergi ke favourite spot mereka, iaitu Masjid Bandar Baru Sentul untuk bersumpah laknat mengenai posting ini, saya akan pergi.

Demi mempertahankan pilihan raya yang kotor dan tidak adil, selepas memberi amaran tentang bakar kereta dan baling batu, hari ini Ibrahim tunjuk bagak lagi dengan keghairahannya untuk bertempur dengan perhimpunan Bersih. Saya dah tulis seperti berikut dalam posting sebelum ini:
Bila batu dibaling dan kereta terbakar, mungkin ada yang terbunuh. Takkan hampa nak bunuh diri sendiri. Nak bunuh kami yang berhimpunlah tu.

Bunuhlah!
Orang tegur saya, kenapa layan Ibrahim? Ada yang kata, biarkan dia melalak sorang-sorang. Betul. Tapi jenis yang mengancam pembunuhan dengan amaran bakar kereta dan baling batu dan kerajaan Umno biarkan pula dua tiga kali dia isytihar perang, lawan dia sebenarnya adalah lawan tauke dia, Umno.

Ibrahim seperti hantu raya. Dan, yang bela hantu raya itu ialah Umno. Lawan dia ialah lawan puak anti-Islam yang bela dia.

Perkasa mempertahankan kepentingan Melayu? Bohong. Kalau benar, kenapa tak lawan SPR yang kudungkan kuasa legislatif orang Melayu dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003? Kenapa tak lawan Umno yang pulas-pulas tengkuk SPR supaya kudungkan kuasa legislatif Melayu itu?

Saya petik balik apa yang saya tulis dalam posting saya sebelum ini:
Jangan jadi bodoh macam Umno. Oleh kerana undi bukan Melayu yang selamatkan dia dalam pilihan raya umum 1999, dia buat persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003 yang mengkhinati Melayu. Berak dan kencing atas kepala orang-orang Melayu. Bila kuasa dia terancam pada pilihan raya umum 2008 akibat persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003 tu, dia terpekik terlolong, "Kuasa Melayu terancam! Kuasa Melayu terancam!"

Kalau benar kuasa Melayu terancam, itu akibat kebodohan dan sifat kurang ajar dia sendiri dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003.
Terang-terang Umno mengkudungkan kuasa legislatif orang-orang Melayu. Bukan kudungkan lagi, kuasa legislatif Melayu dah tingal setengah nyawa. Persempadanan semula kawasan pilihanraya 2003 adalah pengkhianatan terang-terangan Umno dan SPR terhadap orang Melayu.

Kuasa legislatif Melayu dicincang-cincang oleh Umno. Apa Perkasa buat? Jaga Melayu? Bohong! Perkasa hanyalah hantu raya Umno.

Hantu raya Umno itu dah naik tocang, makin bagak dan berlagak kerana dibela Umno sehingga dah ke peringkat ancaman pertembungan, bakar kereta dan baling batu yang makna sebenarnya ancaman nak bunuh kita!
Read On 4 comments

Seronok tengok puak Umno berebut-rebut akui pilihan raya negara ini kotor

Saya selalu sebut, ketika kita orang awam tak ada kemampuan untuk menuduh seseorang itu bersalah, kita akhirnya memilih untuk melihat kelaku orang berkenaan. Saya bagi contoh, kita tak boleh menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terlibat dengan pembunuhan kejam broker dari Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Tak ada bukti, mana boleh tuduh Najib terlibat dalam pembunuhan itu.

Namun, ketika begitu ramai orang mengesyaki Najib terlibat, apa yang kita boleh buat ialah melihat kelaku serta body language Najib dan perkara-perkara yang bersifat circumstantial. Setakat itu sahaja. Tuduh tak boleh.

Paling maksimum pun kita hanya boleh tanya, awat kelaku Najib dan keluarga dia nampak menggelabah sangat bila dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya? Awat dia tak bersihkan nama dia yang dikaitkan oleh begitu banyak media ternama antarabangsa dengan pembunuhan Altantuya? Kalau benar tak kotor, susah sangat ka nak bersihkan nama?

Cukup takat tu. Contoh ja.

Saya cerita bab tu semua sebab saya yakin, dari sekarang sehinggalah beberapa ketika selepas perhimpunan Bersih pada 9 Julai ini, para pemimpin Umno dan pak yet-pak yet depa akan berebut-rebut buat kelaku yang menggambarkan pilihan raya di negara ini kotor dan tidak adil. Tak perlu cerita panjang-panjang. Hari ini, Mamat yang selalu dituduh bongok oleh orang Umno sendiri membuktikan pilihan raya negara ini kotor dan tak adil dengan buruk kelakunya.

Kalau benar pilihan raya adil dan bersih, mereka tak perlu tunjuk buruk kelaku. Buktikan tanpa sebarang keraguan pilihan raya adalah adil dan bersih.

Lagi pun, bukan ka hampa rajin sangat sumpah laknat? Malaysia ni bukan ka centre of sumpah laknat? Kenapa Najib serta Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tak nak pergi sumpah laknat di Masjid Bandar Baru Sentul untuk membuktikan semua pilihan raya yang dikendalikan oleh SPR bersih dan adil?

Kalau benar tak kotor dan tak zalim, kenapa menggelabah sangat bila orang mahukan pilihan raya yang bersih dan adil? Mengapa sampai ke peringkat memberi isyarat bahawa puaknya hendak membakar kereta dan membaling batu untuk menghalang perhimpunan Bersih? Bila batu dibaling dan kereta terbakar, mungkin ada yang terbunuh. Takkan hampa nak bunuh diri sendiri. Nak bunuh kami yang berhimpunlah tu.

Bunuhlah!
Read On 8 comments

Breheng ugut nak bakar kereta, baling batu?

Setakat la ni (pukul 2.04) petang belum ada lagi dalam Malaysiakini berita versi Bahasa Melayu tentang apa ugutan baling batu dan bakar kereta yang dibayangkan oleh Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali untuk menghalang perarakan aman Bersih menuntut pilihan raya yang adil dan bersih. Tapi dalam versi Inggeris dah ada berita tu dalam Malaysiakini (Update: Pukul 2.19 depa dah bubuh versi Melayu).

Pengalaman saya menyertai demontrasi yang dianjurkan oleh puak lawan Umno, tak pernah la pulak saya tengok kes baling batu dan bakar kereta. Bakar tayar pun tak pernah.

Saya tak pernah menyertai demonstrasi Reformasi. Tapi dalam demonstrasi tersebut pun saya difahamkan bahawa mereka yang berdemonstrasi sentiasa berjaga-jaga terhadap agent provocateur. Saya pernah dengar cerita depa depa debik agen-agen provokasi itu.

Kesimpulannya, bila puak-puak lawan Umno berdemonstrasi, depa akan pastikan ia adalah pehimpunan aman. Depa tak nak dan depa benci benda-benda yang menyusahkan depa nak berhimpun dan berhimpun lagi. Yang buat kecoh ialah orang lain.

Elok saya cerita pengalaman saya menyertai demonstrasi puak lawan Umno. Ia berlaku dalam satu perarakan yang dimulakan dari depan bangunan Tabung Haji selepas solat Jumaat. Saya tak ingat tahun berapa dan demonstrasi apa. Tapi dalam tahun lapan puluhan atau awal sembilan puluhan. Perarakan tu bercadang nak ke kedutaan Amerika Syarikat.

Ketika perarakan belum pun bermula, saya tengok ada beberapa orang yang kelaku depa pelik sungguh. Histeria macam orang gila. Lagak depa macam nak menunjuk-nunjuk kononnya depalah pejuang Islam paling bersemangat. Orang suruh bertenang, depa tak nak dengar cakap.

Tak lama lepas tu, polis bertindak menghalang perarakan. Terjadilah pergelutan kecil. Tengok-tengok yang tangkap orang ialah puak-puak yang kononnya bersemangat sakan tadi.

Sebab itulah, bila Ibrahim dipetik sebagai berkata, "I cannot imagine, when they bring a big crowd and start throwing stones, burning cars...Perkasa will go down to make sure we stop (the Bersih rally)", saya bersetuju dengan pandangan yang menyatakan beliau membayangkan ada puak yang akan baling batu dan bakar kereta.

Puak lawan Umno tak pernah buat kerja bodoh yang akhirnya akan menyusahkan diri mereka sendiri itu. Kalau begitu, puak mana yang akan baling batu, bakar kereta? Puak perkosa? Kalau depa baling batu, kalau kena kepala kita, boleh mati. Kalau depa bakar kereta, kalau api merebak, kita boleh mati.

Kepada yang beragama Islam, kalau mati dibunuh puak jahat kerana menuntut pilihan raya yang adil dan bersih, kita ada jawapan kepada Allah s.w.t. yang memerintah kita memperjuangkan keadilan dan menentang pembohongan serta penyelewengan. Mereka pun akan kata mereka juga ada jawapan. Kita tunggulah apabila berhadapan dengan Allah di Hari Perhitungan nanti. Kita akan tahu jawapan siapa yang akan diterima Allah.

Sementara itu, tolong bagi tau semua orang tentang puak jahat yang nak baling batu, bakar kereta. Kalau orang tanya siapa, suruh mereka tanya Ibrahim. Kalau mereka tak yakin Ibrahim bercakap benar bila dia bagi tau siapa nak baling batu dan bakar kereta, suruh dia pergi bersumpah laknat di Masjid Bandar Baru Sentul. Maklumlah, Malaysia dah jadi pusat sumpah laknat.

(Nota: Lebih kurang untuk nak tahu apa maksud amaran Ibrahim, sila baca, antara lain, "Pro-government protesters in Egypt were agent provocateurs", "Hosni Mubarak’s agents provocateur" dan "Agent provocateurs using COINTELPRO tactics to create chaos across Egypt").
Read On 12 comments

Bersih: Sekali lagi nak cakap, bunuh kuasa Umno dulu, lain kira kemudian!

Dalam artikelnya, "The munafiq named Zul Noordin", Raja Petra Kamarudin mendakwa, Datuk Ambiga Sreevanasan "is opposed to election fraud. Zul, on the other hand, wants to uphold election fraud. In this sense Ambiga is more Islamic than Zul. Zul, according to Islamic teachings, is a hypocrite or munafiq".

Kalau diambil jalur pemikiran Raja Petra, ia dengan sendirinya bermakna mana-mana umat Islam yang menentang usaha untuk memperjuangkan pilihan raya yang bersih dan adil di dalam negara ini adalah munafiq. Saya tidaklah nak masuk dalam perdebatan munafiq tak munafiq. Sejauh manakah kemunafikan mereka yang menentang usaha memperjuangkan pilihan raya yang bersih dan adil itu, biarlah Allah s.w.t. yang menentukan. Di Akhirat nanti, Allah akan tunjukkan siapa benar dan siapa salah.

Saya bukan nak bincang itu semua. Saya nak bincang tuduhan bahawa Ambiga anti-Islam. Dan, siapa yang pergi demo Bersih diperkuda puak anti-Islam.

Pertama sekali, Bersih hakikatnya ialah mengenai lawan Umno. Sebab, Umnolah yang dilihat menjadikan pilihan raya negara ini tak adil dan tak bersih.

Kedua, puak bangang kena tahu bahawa bukan puak anti-Islam sahaja yang mahu dan memerlukan pilihan raya yang adil dan bersih. Puak yang cintakan Islam juga mahu dan memerlukan pilihan raya yang adil dan bersih. Cinta Islam tak bermakna biarkan sahaja Umno mengotori pilihan raya dan menjadikan pilihan raya sebagai alat untuk parti itu melakukan lebih banyak kezaliman dan kejahatan.

Katakan benar Ambiga dan orang-orangnya anti-Islam. Awat, Umno tak anti-Islam ka? Tengok balik sejarah. Dah jenuh dah Umno menjadikan Islam (saya ulang, Islam itu sendiri dan bukan yang lain) sebagai momokan untuk menakut-nakutkan orang bukan Islam. Ingat balik cercaan dan penghinaan terhadap hukum Islam yang dibuat oleh para pemimpin Umno termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Semuanya direkodkan dalam sejarah. Paling akhir, dalam pilihan raya kecil Tenang. Kelaku macam tu kalau bukan anti-Islam, nak sebut apa?

Sekali lagi, katakan benar Ambiga dan puaknya anti-Islam. Maknanya, dua-dua anti-Islam. Ambiga anti-Islam, Umno lebih lagilah!

Sekarang kita pakai neraca mudharat yang lebih ringan. Ambiga dan puaknya anti-Islam. Tapi mereka nak pilihan raya yang adil dan bersih. Umno juga kita nampak sangat anti-Islam. Malah lebih teruk sifat anti-Islam Umno berbanding Ambiga dan puaknya. Dah la anti-Islam, pilihan raya yang adil dan bersih pun tak nak. Nampak sangat Umno sentiasa membuktikan dirinya adalah mudharat yang terbesar di negara ini.

Ikut kaedah usul-fiqh, kita selesaikan dulu lawan Umno yang merupakan mudharat yang terbesar sampai ke akhirnya. Kalau benar Ambiga dan puaknya anti Islam, yang mana saya taklah berani nak menafikannya, itu kita kira kemudian. Lawan satu-satu. Bunuh kuasa Umno dulu. Puak Ambiga ka, apa benda ka, kita kira kemudian - bila kuasa Umno dah mampoih esok!

Akhirnya, saya harap perlantikan beberapa jawatan penting dalam PAS hari ini akan meredakan sikit histeria Umno dan lembu kerbaunya yang nampak menggelejat sakan selepas pemilihan pimpinan PAS baru-baru ini. Saya tak perlu hurai apa-apa, banyak orang faham.



Read On 21 comments

Terima kasih KJ kerana beritau kami kelaku Najib!

Mula-mula Dr Dzulkefly Ahmad mengecam Perdana Menteri dan isteri kerana menggunakan duit rakyat atau dana awam bagi membiayai lawatan Perdana Menteri dan rombongannya ketika merisik perkahwinan anak perempuan mereka di Kazakhstan.

"Tindakan Najib ini tidak ada kelas langsung iaitu menggunakan wang kerajaan dan rakyat untuk urusan peribadi.

"Ini pula bukan pertama kali. Semasa anaknya menerima ijazah di Universiti Georgetown, Washington, Amerika dia dan keluarga juga ke sana dengan program rasmi kerajaan.

"Saya bimbang ia menjadi rujukan pemimpin bawahan beliau sebagaimana bidalan Melayu, bapa kencing berdiri anak kencing berlari," katanya.

Saya tak berani nak kata apa sebab tak ada feedback langsung dari kawan-kawan dalam Umno. Maklumlah, sekarang zaman Datuk Seri Najib Tun Razak jadi perdana menteri. Lainlah zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi dulu.

Nasib baik ada Khairy Jamaluddin, menantu Abdullah. Sambil menyerang Dr Dzulkefly kononnya membikin "'cheap shot' and was concocting 'despicable lies' and 'desperate spins'", beliau memberitahu kepada umum bahawa:
Lawatan PM ke Kazakh telah lama dirancang sebelum majlis pertunangan anak perempuannya (juga di sini).
Terima kasih, KJ. Kurang-kurang kami dapat tahu dari sumber Umno bahawa memang ada majlis pertunangan anak Najib di Kazakhstan.

Yang lain-lain tu, rakyat taklah bodoh sangat nak buat kesimpulan. Alahai suami Datin Seri Rosmah Mansor!
Read On 13 comments

Sahaja aku lawan Umno dan Utusan kerana PAS?

Saya bakaq a.k.a. ~penarik beca. Saya bukan ahli PAS. Saya hanya sokong dasar Islam, seruan Allahu Akbar dan usaha-usaha yang diredhai Allah s.w.t. dalam memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Tu standard la. Semua orang Islam kena sokong sikap dan keinginan seperti itu. Soal depa buat ka, tak ka, atau takat ingin saja ka, tu urusan depa. Lagi pun, saya lawan Umno bukan kerana PAS, bukan kerana Pakatan Rakyat. Boleh syirik kalau aku buat gitu!

Saya lawan Umno kerana amar ma'ruf nahi munkar. Amar ma'ruf nahi munkar Allah yang suruh. Amar ma'ruf nahi munkar adalah amalan Islam yang menjadi hak demokratik saya. Ia selaras dengan Perkara 11(1) yang menyatakan "Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya..."

Laa... Bukan bab tu yang saya nak cerita.

Yang saya nak cerita ialah kisah saya bukan ahli PAS dan masuk dalam Facebook Ustaz Idris Ahmad. Dah dapat masuk, saya mengaku ahli PAS. Lepas tu, saya kata la apa saya nak kata. Malumlah, siapa-siapa pun boleh mengaku dia ahli PAS dalam FB itu.

Tup, tup lepas tu, dengan mengambil perdebatan saya yang berbohong menyatakan saya ahli PAS dalam FB Idris itu, Utusan Malaysia pun buat tajuk muka depan "PAS mula berbalah" berdasarkan berita tak ada class serta bertaraf hanyir dan lendir bertajuk "Gugur dasar negara Islam dikritik".

Saya bukan nak bela PAS. Macam mana PAS nak bela diri depa, itu urusan depalah.

Yang saya nak ulang cerita ialah kenapa Utusan sanggup buat berita bertaraf taik babi lagu tu? Sebelum ni, dah jenuh Utusan berbohong. Mengapa Datuk Seri Najib Tun Razak dan Biro Politik Umno yang diketuainya yang bertanggungjawab mengatur agenda Utusan tak ragu-ragu "main taik babi" sampai lagu tu sekali?

Jawapannya ialah untuk mewujudkan keraguan. Asalkan depa dapat mewujudkan keraguan terhadap musuh politik depa, Umno dan Utusan tak kira apa pun. Berita bohong ka, berita palsu ka, berita putar ka, berita yang lebih jijik dari taik babi ka, itu semua Umno dan Utusan tak peduli. Yang penting, mewujudkan keraguan di kalangan sasaran depa terhadap musuh politik depa.

Kalau anda orang Islam dan anda beriman kepada suruhan amar ma'ruf nahi munkar, anda kena dedahkan, kena cerita kepada orang ramai tentang buruk kelaku yang terkutuk itu - sanggup bohong, sanggup tipu, sanggup reka cerita, sanggup spin atau putar. Dan lebih buruk lagi, daripada memilih beriman kepada Allah, mereka kemudiannya memilih untuk beriman kepada pembohongan, penipuan, pemalsuan serta putar atau spin mereka itu. Punyalah jahat!

Contoh perangai syaitan itu ialah, ada media yang memutar-mutar berita untuk memberi gambaran kononnya Penolong Pengarah Jabatan Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed membunuh diri. Lepas tu, puak jahat tu beriman dengan spin mereka sendiri dan bermaki hamun pula dengan orang yang menolak atau tak percaya spin mereka. Memang syaitan!

Sebagai orang Islam yang diwajibkan amar ma'ruf nahi munkar, kita kena terangkan kepada semua orang buruk kelaku Utusan dan media-media Umno itu walaupun ada pemimpin PAS yang bertaraf pembesar dalam Majlis Syura Ulamanya yang begitu mesra Utusan.

Kita kena buat semua tu dalam keadaan kita tidak gila dan jahat. Kita pun gila dan jahat macam puak tu jugak kalau kita berniat "sahaja aku lawan Umno dan Utusan kerana PAS"!

Harap baca:
Bahrain medical staff 'tortured for confessions' (The Independent 7/6/1, gambar di sini)

Read On 5 comments

Kita tengok macam mana PAS nak jawab Dr M

Saya suka cara Tun Dr Mahathir berhujjah. Mudah. Tetapi boleh mempengaruhi fikiran orang yang dia sasarkan. Sudah tentu Dr Mahathir tidak mengharapkan semua orang percaya apa yang dia kata. Tetapi kalau puak yang dia sasarkan termakan cakapnya, itu sudah lumayan baginya.

Sedap line of argumentnya bila mengulas fasal Muktamar PAS:
Tetapi yang menang besar ialah tokoh yang tidak hadir dan bukan pun ahli PAS. Ianya ialah Karpal Singh. Perjuangannya supaya PAS gugurkan matlamat untuk mendiri negara Islam PAS yang akan kuatkuasakan hukum hudud sudah pun tercapai. Karpal tidak perlu mati untuk PAS langkah mayatnya. Belum pun ia mati PAS sekarang sudah menjadikan perjuangan untuk negara Islam dan hukum hudud tidak lagi perkara utama. Sekarang PAS akan berjuang untuk negara kebajikan (komen-komen di sini dan di sini).
Dr Mahathir tak boleh pencen dari membantu Umno. Dia tahu, para pemimpin Umno sekarang tak boleh harap. Bongok yang terlampau. Tak percaya? Setelah sejak 2008 Umno berhempas pulas menyatakan PAS membuang negara Islam, cuba lihat apa Timbalan Presiden Umno kata:
Sejak daripada dahulu pun PAS tidak pernah mengatakan mereka nak pinda perlembagaan mereka... Itu (membentuk negara Islam) masih ada - lihat posting sebelum ini "Tenang: Muhyiddin cincang kejayaan bloggers Umno".
Tu la. Orang berpolitik, dia pun nak berpolitik juga. Orang cerdik, dia bongok. Tak hairanlah kalau Datuk Seri Najib Tun Razak masih menggelejat tercari-cari tarikh pilihan raya untuk mengelakkan Barisan Nasional (BN) hilang lagi majoriti dua pertiga. Dia tahu, kalau BN tak perform, dia akan dipaksa pergi seperti Almarhum Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Dia terpaksa menyerahkan kepimpinan Umno kepada orang yang lebih bongok darinya. Dia pun bongok terlampau juga.

Apa-apa pun, kita tunggu jawapan PAS kepada apa yang Dr Mahathir kata itu. Kita tengok, adakah PAS akan bagi jawapan cerdik? Atau adakah pemimpin PAS akan nullify apa yang depa buat sebelum ini dengan kata-kata "Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam Al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan"?

Saya akan siarkan jawapan PAS. Jawapan cerdik ka, jawapan bongok ka, nilailah sendiri nanti.

Berkaitan:
Karpal tak perlu mati tetapi rakyat pula macam mana (The Rembau Times 7/6/11)
In tit-for-tat, Karpal urges Mahathir to repent (Malaysiakini 8/6/11)

Bacaan menarik:
Pakaian menutup aurat boleh mencederakan wanita? (JR Online 7/6/11)


Harap saksikan video ini hingga selesai. Ya Bahrain!!

Read On 16 comments

Bila bongok nak berlagak pandai

Malaysiakini melaporkan, dokumen rahsia perjanjian pembelian tenaga (PPA) yang dimeterai antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan pengeluar tenaga bebas (IPP) boleh didedahkan kepada ahli Dewan Rakyat, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir.

Ok, ok. Rakyat jembel macam saya tak ada access kepada PPA itu. Ahli Parlimen boleh dapat. Bila Ahli Parlimen dapat, adakah depa nak duduk diam sahaja? Tak kiralah Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) atau Barisan Nasional (BN). Ahli Parlimen BN pun bukan semua suka perjanjian TNB dengan IPP tu.

Bila tak duduk diam, tentulah depa akan bercakap dalam Parlimen. Bukan setakat bersoal jawab, malah kemungkinan besar bertikam lidah fasal IPP tu.

Bila terjadi soal jawab dan bertikam lidah, bangang mana pulak akan kata akhbar tak boleh lapor perdebatan, soal jawab dan bertikam lidah fasal PPA tu? Nak sorok apa dari rakyat? Nak sorok bongoknya Umno? Alahai, dalam nak sorok pun, yang bongok menelanjangkan habis-habisan bongoknya yang teramat bongok (Imej di atas ihsan Malaysiakini).

Read On 7 comments

Untuk berkuasa, apa salahnya Umno jual negara?

Rakyat menjerit sakit harga barang mengamuk menggila. Saya dah sebut, harga barang menggila dan menyakitkan kita bukanlah semata-mata disebabkan faktor ekonomi. Tetapi lebih banyak disebabkan bongoknya Datuk Seri Najib Tun Razak dan Umno. Memang bangang of the highest kind. Kalau tak, tidaklah harga makanan di negara ini naik dua kali ganda berbanding harga dunia.

Najib bongok, tapi gatal nak memerintah juga. Akibat bongok, beban makin hari makin menimbun. Najib tak nak tanggung semua beban itu. Dia hempok atas kepala kita (kalau tak tahu makna hempok dan untuk ejaan yang tepat, sila ke sini. Saya tak ikut sangat ejaan Dewan).

Saya main tuduh ja yang Umno memang dah lama bongok memerintah? Kalau hampa tak percaya kat saya sebab aku tak mengaji dan benci Umno, pergi baca tulisan orang Umno dan mengaji tinggi di sini dan di sini (komen-komen di sini). Baca juga yang ini.

Umno yang 10 benda dia cakap, 12 tak boleh percaya mendakwa Najib tak bongok. "Banyak benda bagus dia buat," depa berbohong dalam ketagihan menipu yang tak ada ubat lagi. Hampa percaya? Tolonglah!

Tolong jangan lupa, stupid hanya akan membiakkan stupid. Kalau diibaratkan kudis, kudis stupid Najib dah meroyak-royak. Baca sini, sini, sini, sini dan sini.

Hampa nak kacau syurga rasuah Umno? Belum lawan lagi dia dah ugut nak pukul, nak bantai, nak balun, nak cederakan hampa dan mungkin akhirnya ada yang mati. Umno peduli apa. Janji dia berkuasa.

Bab bunuh-bunuh dah perkara biasa. Baca sini dan sini.

Hampa ingat boleh mengamuk dalam peti undi? Baca di sini dan di sini.

Saya dah cerita. Ada Adun Umno yang bayar roadtax sahaja kira-kira RM20,000 setahun. Tu baru roadtax. Kalau Umno kalah, siapa nak bayar ansuran kereta mewah depa? Siapa nak bayar ansuran rumah mewah depa? Siapa nak bayar hutang bank depa? Kat mana lagi nak korek projek untuk hidup senang lenang? Lebih dari itu semua, mahkamah mana tak tolong kalau Umno dah kalah?

Hampa ingat Umno akan duduk saja dan nanti saat kekalahan dia? Hello, Umno sanggup jual Melayu dan negara untuk berkuasa.

Read On 8 comments

Jangan berlagak Tuhan, Ustaz!

Akhirnya Haji Mohamad Sabu terpilih sebagai Timbalan Presiden PAS. Ketika saya mengunjungi Markaz Tarbiyyah PAS Pusat tadi, seorang kawan baik mengucapkan tahniah kepada saya. Kawan itu adalah seorang yang sangat wala' kepada kepiminanan ulama. Saya tak ingat apa saya kata bila dia ucap tahniah. Tetapi yang jelas, saya bukanlah orang yang patut diucapkan tahniah.

Saya tak membantu Mat Sabu. Saya tidak minat benda tu semua. Bagi saya, setakat nak lawan Umno, nak maki Umno, Mat Sabu tak payah jadi Timbalan Presiden PAS. Atas nama Mat Sabu pun dia boleh buat kerja tu dengan cemerlang. Dia dah established.

Saya akhirnya tak keluarkan lagi cakap-cakap discouraging yang kadang-kadang kasar dan kesat bila Mat Sabu buat keputusan bertanding. Saya menginsafi bahawa Mat Sabu pun orang jugak. Sebagai orang, natural la kalau dia pun ada keinginan. Biarlah. Dan, bila dah Mat Sabu bertanding, takkan saya nak dia kalah pulak. Tentulah saya mohon kepada Allah agar dia tak kalah. Tu natural la.

Sebenarnya bukan benda tu yang saya nak tulis. Yang saya nak tulis ialah tentang orang-orang yang mendahului Tuhan. Saya nak tulis supaya lain kali saya dan sesiapa pun tidak berlagak Tuhan.

Nak sokong siapa pun, itu hak demokrasi masing-masing. Nak buat video kempen dan tayang dalam muktamar sekalipun, bagi saya itu hak demokrasi masing-masing. Saya tak ada masalah. Nak kencing Ustaz Nasharudin Mat Isa pun setelah sekian lama memperalatkannya sebagai kambing hitam dan budak belasahan umum setelah sama-sama berjumpa dalam gelap dalam Umno, lantak hampa la. Kan itu hak demokrasi hampa!!

Tinggal lagi, kita pun ada hak demokrasi jugak nak ingatkan orang tentang buruk kelaku kaki-kaki kencing kawan tu supaya orang lain tak jadi mangsa dan dikencing dek depa macam depa kencing Nasharudin.

Kencing manis boleh berubat. Tapi jenis kencing kawan sangat berbahaya. Jaga-jaga jenis tu!

Namun, walaupun kita berjaga-jaga terhadap bahaya depa, kita tak boleh membantah hak depa untuk buat buruk kelaku lagu tu. Kita hanya boleh berjaga-jaga dan tak boleh nak buat apa sangat terhadap buruk kelaku depa yang suka kencing kawan depa sendiri yang depa pergunakan selama ini. Lain la kalau kita yang depa kencing.

Ikut suka hampalah nak kencing kawan hampa sendiri. Yang saya tak boleh tahan ialah perangai mendahului Allah dan berlagak Tuhan.

Ada seorang kaki kempen berlagak Tuhan. Dalam pemilihan kali ini, gitu-gitu ja dia kencing Nasharudin. Mamat tu memang terkenal kuat berkempen sampai berpeluh-peluh round Malaysia. Dalam jelajahnya, beliau ada singgah di Masjid Subang. Di situ dengan penuh angkuh beliau memberitahu beberapa kawan supaya "bagi tau Mat Sabu dia setakat jawatankuasa ja". Maknanya dia dah mendahului Allah dan membuat ketetapan bahawa Mat Sabu tak akan merasa jadi Timbalan Presiden. Amboi!

Tak sokong tak pa. Benci pun tak pa. Itu hak masing-masing la. Tapi, jangan mendahului Allah, Ustaz. Jangan berlagak Tuhan dan membuat ketetapan terhadap nasib orang lain, Ustaz! Tak elok orang mengaji tinggi agama berlagak Tuhan macam tu. Dont play god, Ustaz!

Speculate satu hal, tetapi berlagak Tuhan hal lain pulak.

Saya tak peduli kalau perbuatan berlagak Tuhan dibuat oleh orang tak mengaji yang mengeja pun tak reti-reti walaupun dah beruban dan tulis merapu-rapu kalimah Arab ikut suka jahil dia. Mampoih pi la kalau berapa kali pun dia bersungguh-sungguh membuat ketetapan siapa tak akan menang dan siapa yang akan menang. Mampoih pi la kalau dia berlagak Tuhan dan boleh membaca niat surat khabar mana pun.

Jenis lagu tu, apa nak kira.





Read On 32 comments

Apa jaminan rakyat tak akan dikencing seperti Nasharudin?

Pertama sekali saya minta anda ingat balik berita bertajuk "Najib, Umno tetapkan agenda Utusan Malaysia- Hata". Bekas wartawan kanan Utusan Malaysia, Hata Wahari kata, agenda akhbar itu ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang dipimpin Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Hata lagi, Ketua Pengarang Utusan pula akan menerima arahan dari mesyuarat Biro Politik Umno yang bersidang setiap malam Isnin.

Ingat betul-betul berita di atas.

Dah ingat betul-betul berita tu, saya nak tanya pulak: Adakah Biro Politik Umno yang memegang tali di tengkuk Utusan tu dari jenis moron terlampau yang langsung tak boleh nak agak Ustaz Nasharudin Mat Isa akan kecundang di tangan calon saat akhir yang ditaja oleh beberapa pemimpin utama PAS pada pemilihan dalam muktamar parti itu kali ini?

Memang la bongok. Orang selalu kata, kalau tak bongok, bukan Umno namanya. Tapi takkan bongok sangat sampai tak boleh nak agak Nasharudin sudah terlalu goyah untuk dijadikan sandaran harapan? Ish, tak mungkin depa bongok sangat sampai tak boleh nak mengagak perkara semudah itu.

Namun, anda boleh lihat sendiri Utusan tetap membantu Nasharudin hinggalah pada saat-saat terakhir. Sehari sebelum pengundian, Utusan tetap berusaha membantu Nasharudin dengan berita bertajuk "Gandingan Hadi-Nasha mantap". Nampaknya, para pemimpin Umno yang memegang tali di tengkuk Utusan yang menjadi peliharaan mereka itu menjadi kawan dari kategori yang Orang Putih kata "a friend in need is a friend indeed" kepada Nasharudin.

Adakah Biro Politik Umno dan Utusan sebenarnya dari jenis kawan yang lebih setia berbanding beberapa pemimpin tertinggi PAS yang berpaling tadah dan menikam Nasharudin depan-depan dan penuh kejam? Dahulu puak kawan kencing kawan (KKK) dan kawan makan kawan (KMK) itu gunakan Nasharudin ikut suka nafsu mereka. Menjelang dan ketika berlansungnya pengundian dalam muktamar PAS yang kini sedang berjalan, mereka yang bersimpati kepada Nasharudin merungut bagaimana Timbalan Presiden PAS itu (ketika posting ini ditulis) dikhianati, ditinggalkan berseorangan malah dihempuk segala kesalahan ke atasnya oleh puak KKK dan KMK itu. Jenis-jenis KKK dan KMK itu bukan sahaja berpaling dari Nasharudin, malah dirungutkan juga bahawa mereka turut mengkambinghitamkannya.

Untuk makluman, sebahagian puak KKK dan KMK tersebut berada di dalam Jawatankuasa PAS Pusat dan aktif pusing Malaysia untuk berkempen memenangkan calon saat akhir tajaan mereka. Saya kasihan calon tajaan itu. Adakah dia tidak fikir dia juga boleh menerima nasib yang sama seperti Nasharudin? Kalau kat Nasharudin senang-senang ja depa kencing, apa yang boleh menghalang depa kencing juga calon tajaan itu satu hari nanti? Allah Maha Melihat, dari dulu lagi saya amat menghormati peribadi calon tajaan itu dan saya mohon janganlah beliau mudah diheret tengkuk oleh puak KKK dan KMK itu.

Nanti anta pun depa kencing macam depa kencing Nasharudin.

Persoalan penting yang saya nak tanya: Adakah kelaku puak KKK dan KMK itu lebih buruk dari kelaku Biro Politik Umno dan Utusan yang sekurang-kurangnya tidak kencing Nasharudin ketika dia kesusahan? Jika benar kelaku puak KKK dan KMK itu lebih buruk dari kelaku Umno serta Utusan dan mereka pula berada dalam Jawatankuasa PAS Pusat, bagaimana nasib rakyat jembel seperti saya?

Kalau puak KKK dan KMK itu berkuasa, apa jaminan depa tak akan kencing rakyat jembel seperti saya seperti depa kencing Nasharudin dengan penuh sadis, dengan penuh kejam?

Read On 12 comments

Hello orang PAS, setakat sembang deras kami dah lama menyumpah!

Hari ni Jumaat. Orang PAS bermuktamar. Selamat bermuktamar orang PAS. Selamat pilih pemimpin. Siapa hampa sokong, hak demokrasi hampa.

Siapa menang pun, kami rakyat jembel tetap sama. Jangankan dua tiga biji kereta mewah walaupun tak ada kerja, duit empat lima puluh pun tak singgah lama dalam poket kami. Harga minyak naik. Harga barang naik. Harga barang makan naik. Harga ikan pun akan mengamuk (baca di sini).

Beban akibat bangang Datuk Seri Najib Tun Razak dan Umno memerintah, makin ganas depa hempok atas kepala kami. Kami dah tak tahan tak habis-habis dihempok beban akibat kebongokan syaitan-syaitan yang menggila nak pertahan kuasa habis-habisan.

Siapa-siapa yang menang, setakat mana sanggup berkorban tolong perjuangkan nasib kami? Siapa bukan berjiwa ningrat yang menyelit-nyelit lari bila nampak polis ketika terpaksa tunjuk muka dalam gelombang membela nasib kami? Siapa bukan berjiwa ningrat yang cepat-cepat diangkut pengawal-pengawal peribadi atau pak yet-pak yet yang wala' atau yang makan upah bila nampak polis nak datang ketika terpaksa heret badan menumpang gelombang membela nasib kami? Siapa sanggup menderita kerana membela nasib kami, rakyat jembel?

Siapa yang bila jadi pemimpin kerajaan tidak akan sergah aktivis parti yang jembel dengan lagak bagak "hampa tau apa?" atau "aku menteri besaq"? Siapa yang tak akan jerkah aktivis parti yang jembel dan rakyat bawahan macam anjing kurap?

Siapa yang tak penakut menderita kerana membela rakyat? Siapa yang tak berlakon, benar-benar jujur menyantuni rakyat?

Setakat sembang deras kami dah lama menyampah, kami dah lama menyumpah!
Read On 6 comments

Haron Din dianggap hina Yusof Rawa

Dalam laporan Sinar Harian hari ini bertajuk "Kepimpinan ulama perlu dalam Pas", Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din kata:
Parti tidak mahu sejarah berulang apabila tugas presiden tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan oleh Yusof Rawa yang menggantikan Tan Sri Mohd Asri Muda.
Pukul 10.30 pagi hari ini, 2 Jun 2011, seorang kawan menjangka Dr Haron akan menyatakan akhbar Sinar Harian salah petik atau salah lapor. Saya juga harap begitu. Saya harap Dr Haron tak kata gitu kat Almarhum Ustaz Yusof Rawa.

Saya harap sungguh Dr Haron tak kata gitu kat Almarhum. Sebab, kalau memang dia kata gitu, orang PAS ramai yang tak lupa ketika Almarhum bersama pemimpin lain bersusah-payah menghidupkan PAS selepas 1982, Dr Haron masa tu dok seronok-seronok dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Tajuddin Ramli dan entah Umno mana lagi.

Cuba Dr Haron beritahu kepada umum, sebelum dia dan puak tulaqa' yang lain sepertinya menerpa PAS selepas Anwar kena hambat dari Umno, berapa kali dia datang mesyuarat Majlis Syura walaupun PAS ketika itu pernah terhegeh-hegeh melantiknya sebagai ahli Majlis Syura? Kenapa selepas Anwar kena hambat dari Umno baru tak sombong kepada PAS?

Sekurang-kurangnya Almarhum tak sabotaj PAS seperti dilakukan oleh seorang yang kecut nak bertanding dalam pilihan raya umum 1999 dengan alasan yang lebih teruk dari lawak bodoh. Kecutnya itu menjejaskan peluang PAS di kawasan-kawasan di utara Semenanjung khususnya. Itu sabotaj namanya.

Tokoh tertentu dalam PAS juga tak pernah terpaksa keluar duit sehingga berjuta-juta untuk membayar tanggungan Almarhum untuk membolehkannya bertanding dalam pilihan raya. Almarhum tak menyusahkan PAS.

Berikut disiarkan sebahagian SMS Yang Dipertua PAS Padang Serai, Ustaz Fauzi Tahir yang dihantar kepada Dr Haron hari ini (tanpa edit sikit pun):
hari ni tuan hina yusuf rawa, dulu tuan hina hj hadi, tuan kata anuar layak jadi presiden pas depan hadi, anuar tu ulamak ke? anuar bukan ahli pas dan x pernah ikut tarbiyah pas macam tuan juga, tuan x pernah diuji sejak join pas, tuan juga redha dgn cara hidup siti nurhaliza, ana rasa tuan patut malu pd diri sndiri dan letak jawatan timb mursyidul am & ahli syura sebelum didesak sbb tuan x layak...
Bahagian seterusnya akan disiarkan selepas muktamar mengundi.

Read On 14 comments

Bila Harun Taib sindir Azizan Razak

Seboleh-bolehnya saya tak nak usik fasal parti-parti yang lawan Umno Barisan Nasional (BN) sebelum pilihan raya umum akan datang. Parti-parti yang lawan Umno itu adalah mudarat-mudarat yang tak sebesar Umno. Lebih dari itu, mereka juga membantu rakyat yang benci Umno macam saya untuk membunuh kuasa Umno.

Dah orang dok tolong kita debik mudarat yang terbesar, takkan kita nak katok tangan dia pulak. Biaq la dia tolong kita debik dulu mudarat yang besar tu. Mudarat dia kita kira kemudian la - selepas mudarat terbesar dibunuh.

Dalam ilmu perang pun, bodoh sangat la kalau kita duduk tak duduk pergi bertikam berbunuh dengan musuh kepada musuh kita. Biaq la musuh kepada musuh kita bunuh musuh kita dulu. Lepas tu, kalau musuh kepada musuh kita tu buat kelaku pulak selepas musuh bersama dibunuh, tu kita kira kemudian la.

First thing first, Orang Putih kata. Rakyat jembel macam saya ni bukannya kuat sangat nak berlawan sana sini dengan semua orang - nak buka sampai dua tiga medan tempur dalam satu masa. Lawan Umno dulu. Yang lain tu, dengan pengalaman berlawan dengan Umno, kita kira kemudian.

Tetapi, terasa nak tulis juga fasal pembangkang bila Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib menggambarkan partinya adalah parti yang paling koro, paling lemah dan paling tak teguh pendirian dalam dunia (lihat Malaysiakini hari ini "Ulama: Jangan terlalu rai rakan Pakatan"). Bukan apa, saya rasa kasihan kepada PAS. Sah-sah PAS menderitai jurang komunikasi yang kronik, kalaupun tidak terlalu kronik. Takat cakap dalam mesyuarat benda macam tu tak jalan. Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak buat tak tau ja.

Terpaksa cakap sampai keluar dalam media termasuk media Umno. Hampa tengok la tajuk utama Utusan Malaysia esok. Bagus, Harun!

Macam orang lain juga, Harun tentu terasa, lagu-lagu mana pun, kerajaan PAS di Kelantan dan di Terengganu dari 1999 hingga 2004 dulu buat juga apa yang Islam nak, setakat depa mampu. Di Kedah, orang PAS negeri tu sendiri yang kata tak nampak apa langsung yang menggambarkan jatidiri negeri yang diketuai pentadbirannya oleh pemimpin PAS. Konon nak nanti tiga tahun baru nampak. Tau-tau la ni bertepis dengan silat maqasid syari'ah pulak. Syatibi la, apa la.

Pandai! Sama macam Datuk Seri Anwar Ibrahim buat masa dia dalam Umno dulu. Guna maqasid syariah untuk halalkan perbuatan Umno tak nak buat Islam. Guna dialektik Islam untuk tak nak buat Islam. La ni PAS pun buat macam tu. Siap anjur seminar maqasid syari'ah.

Mamat-mamat wala' PAS pulak, asal ulama bercakap, asal guna hujah yang nampak macam Islamik, depa main nganga dan angguk ja. Maklumlah, ulama. Guna pula hujah Islam untuk tak nak buat Islam, macam mana nak tolak. Angguk ja la. Walaupun depa sendiri pun tak faham, depa akan akan marah sakan siapa-siapa yang tak nak terima silat kuntau maqasid ulama-ulama depa. Apa nak buat, jenis thiqah dan wala' candu masyarakat!

Elok la Harun tegur dalam ucapan merasmikan muktamar ulama itu. Rasanya dia pun sedar, kerajaan Selangor dan Pulau Pinang lebih banyak buat benda yang Islam suruh buat berbanding kerajaan Kedah dan Kelantan - seperti penjimatan, akauntabiliti dan sebagainya. Hampa tak percaya? Cuba tanya kerajaan Kedah dan Kelantan, bila depa nak buat hisbah?

Harun tentu tau, nak lawan Umno tak boleh buat perangai macam Umno. Saya difahamkan, Harun dah lama dah tak termakan adu domba Umno termasuk media-medianya seperti Utusan Malaysia. Dia hebat. Langsung tak korbankan benda-benda yang bersifat al-thawabit!

(Catatan: Memang keesokan harinya jadi tajuk muka depan Utusan. Hebat Harun!)

Read On 4 comments
 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008