Barang naik: Najib tak puas-puas buat dajal kat kita, rakyat

Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN - barang naik) yang dikepalai Datuk Seri Najib Tun Razak tak puas-puas buat dajal kat kita. Itu fakta sahih. Bagi tau semua orang. Nampak sangat kerajaan Umno Najib yang bongok memerintah negara dah sampai ke peringkat gila dan gian sangat serta lazat sangat nak buat dajal kat kita, rakyat.

Dajal terkini yang kerajaan Umno Najib buat kat kita bermula dengan "Elektrik naik 7%, gas asli akan diapungkan". Dah dasar ketagih dan gian mendajalkan rakyat. Dajal yang dengan sedap dibuat oleh Najib kat kita tu menular-nular bila pakar ekonomi kata harga makanan akan turut naik.

Kerajaan Umno Najib terus buat dajal kat kita bila dilaporkan "Tiada kenaikan tarif bagi bil yang kurang RM77". Bayangkan berapa ramai yang tertipu dan ingat mereka tak terlibat dan tak didajalkan oleh kerajaan Najib.

Hello, bil letrik rumah hampa mungkin tak naik kalau kurang RM77. Tapi bil letrik di kedai, supermarket, gudang, kilang dam entah apa benda lagi yang jenis-jenis tu semuanya naik. Hampa ingat depa nak tanggung semua tu? Hampa la, pengguna, yang kena tanggung.

Pengumuman berita tu hakikatnya ialah dajal yang paling dajal yang kerajaan Umno Najib buat kat kita.

Dan, buat dajal kat rakyat kerajaan Umno Najib makin naik darjah bila depa guna barua-barua tak bermaruah untuk mengasari kita kalau kita membantah. Maklumlah, lepas ni kerajaan Umno Najib nak buat dajal lagi.

Aku malas nak cakap fasal IPP. Aku malas nak cerita bab TNB bodoh berniaga atau dipaksa buat bodoh dalam urusniaganya. Berapa kali cakap pun jenis buta perut tak reti-reti bahasa. Aku malas tanya berapa untung TNB.

Aku malas nak tanya ke mana dan untuk tujuan apa duit yang dijimatkan dari pemotongan subsidi digunakan. Aku malas nak tanya projek bangang mana yang bersedap-sedap dari subsidi yang direntap dari kita.

Hari ni, aku malas dah semua tu. Yang aku tau nak cakap kat semua orang yang aku jumpa ialah kerajaan Umno Najib tak puas-puas buat dajal kat kita.

Macam mana Najib buat dajal tak habis-habis kat kita? Semuanya bermula kerana dia bongok memerintah. Dia bodoh, tapi nak jadi Perdana Menteri jugak. Banyak sungguh pemimpin politik atau presiden parti yang perangai lagu tu. Bodoh, tapi berdegil nak duduk di atas. Bila dah bongok, bertimbun-timbun beban akibat kebodohan Najib. Bila jadi lagu tu, lagi la dia tak tau nak buat apa. Dia panik. Bila dah panik tak tau nak buat apa, dia main hempuk ja semua beban atas kepala kita, rakyat. Bini dia terus senang lenang. Tengok sendiri la lifestyle depa. Apa lagi istilah kalau bukan jahat namanya. Jahat sungguh.

Saya ulang lagi: Pi bagi tau semua orang, Najib bodoh memerintah. Bila dia bodoh, beban negara bertimbun. Bila beban bertimbun, dia main hempuk ja atas kepala kita, rakyat. Bodoh dah naik darjah jadi jahat.

Hampa nak dengar lagi pembohong Umno yang konon nak pertahan bangsa? Dah puas depa pelingkup Melayu, konon nak pertahan bangsa. Hampa pilihlah, nak dibodohkan Umno konon nak pertahan bangsa atau nak pertahan duit dalam poket hampa? Jangan la nak lupa pula, kemiskinan mendekati kekufuran.

Bila Umno menang lagi, subsidi dia rentap lagi sampai nafsunya puas. Cukai barangan dan perkhidmatan atau GST dia akan buat. Harga barang terutama barang makan akan semakin gila dan mengamuk.

Pak yet-pak yet kepala-kepala bongok Umno akan kata: Awat, orang lain perintah harga barang tak naik? Itu baru pertanyaan, andaian dan baru pada peringkat benda yang depa teringin sangat nak tengok. Tetapi yang jelas dah kita dok tengok dan perit menanggung sekarang ialah kerajaan Umno Najib dah gila sakan menghempuk semua jenis beban atas kepala kita.

Hampa pilihlah sendiri. Nak dibongokkan dek Umno yang dipimpin oleh Najib yang bongok - konon-konon nak jaga bangsa - atau nak jaga duit dalam poket hampa?

(Terima kasih tak terhingga kepada semua yang berihsan, menziarahi dan bersimpati sepanjang saya berada di CCU dan wad 19 HKL. Selasa malam Rabu lalu, mula-mula kena serangan jantung ketika berada di Hauzah ar-Ridha, saya ingat nak mati dah. Tak pernah kena macam tu. Tu pertama kali. Dalam rasa nak mati dah, jauh dalam hati, saya rasa bersyukur kerana akan mati di rumah Imam Ridha. Tengok-tengok tak mati-mati lagi. Dalam kesakitan itu, cepat-cepat saya turun tangga dan memandu ke rumah. Sampai ja depan pagar rumah, terus telefon dan keriau kat anak minta tolong hantar ke hospital. Sampai di bahagian kecemasan HKL, selepas depa buat ECG, terus depa hantar saya ke posisi katil kecemasan di mana kekasih hati saya, Muhammad Sadiq dibaringkan dulu. Tapi masa tu saya dok rasa umur saya panjang lagi. Rasa tak tak semestinya tepat, tapi itu la yang saya rasa. Lepas semua proses di situ, dalam pukul 2.15 pagi, terus depa hantar ke CCU. Terima kasih yang teristimewa kepada Anizah, isteri adik ipar saya)
Read On 14 comments

Penyakit kelaminnya kronik, tapi dok melalak panggil orang tiduri dia

Mula-mula saya baca berita Harakah bertajuk "Utusan sahkan Umno sedang usaha tarik DAP". Terpaksalah jenguk laman web Utusan Malaysia. Jumpalah rencana Tan Sri Dr Nordin Kardi yang jenuh saya dengar orang panggil dia professor kangkung. Rencana tu bertajuk "Mustahil DAP menjadi Barisan Nasional?"

Teringat saya hakikat bahawa isi kandungan dan arah pemberitaan dan pencetusan isu Utusan ditentukan oleh Biro Politik Umno. Lihat berita bertajuk "Najib, Umno tetapkan agenda Utusan Malaysia- Hata".

Bila cetusan Mamat yang ramai sunguh orang panggil professor kangkung tu mendapat tempat dalam Utusan, adakah itu tandanya Umno sedang merenyam sakan kat DAP pulak? Umno merenyam kat PAS dah lama saya dengar. Dalam PAS pun orang kata ada beberapa orang gila yang merenyam sangat kat Umno. Hebohnya begitulah.

Saya bukan nak ulas benda tu. Tak payah ulas. Kalau parti mana pun yang nak melayan merenyam Umno dan saling nak merenyam dengan Umno, itu depa punya fasal. Kerja kita sebagai rakyat yang benci Umno tetap tak berubah. Kita tetap lawan Umno. Kita nak mati dalam keadaan beriman kepada Allah dan menjauhi taghut.

Tak nak ulas, saya cuma nak cerita yang saya teringat komen di bawah rencana bertajuk "Umno-PAS link may come at a price" di dalam Malaysia Today . Cuba pi baca komen nombor lapan di bawah rencana itu oleh pengkomen yang memakai nama "Ray" (May 12, 2011 10:16:00). Saya malas nak copy and paste. Pi baca sendirilah. Klik sini.
Read On 3 comments

Perancang bunuh yang lebih bangang dari sinetron

Saya hampir tidak pernah menghadiri majlis ceramah pembangkang. Nak kata tak pergi langsung, takut ada satu ada satu dua yang saya pergi pulak. Kata tak pernah langsung, sat gi bohong pulak.

Saya juga hampir tak pernah buka rakaman ceramah pembangkang dalam Internet. Kalau ada pun yang saya rajin tengok, ialah rakaman-rakaman bergaduh dalam Parlimen, kalau saya tak sempat tengok siaran langsungnya.

Saya tak pernah tengok, tambah-tambah ceramah atau rakaman ceramah ketua-ketua pembangkang yang berbaik-baik dengan Umno sama ada dalam gelap atau yang menunjukkan body language yang amat menjijikkan ketika bertemu kepala Umno. Selain ketua-ketua pembangkang jenis tu, saya jugak tak nak tengok rakaman ceramah ketua-ketua pembangkang yang mengamalkan kronisme dan lepas tu meletakkan beban ke atas Islam pula - kononnya Islam menghalalkan kronisme (Hello! Bila Quran sebut "zil-qurba", itu merujuk kepada mendahulukan bantuan kepada saudara terdekat yang memerlukan. Bukan berbagi-bagi peluang anak beranak).

Jenis-jenis yang berkendak dengan Umno dalam gelap, yang menunjukkan body language yang amat menjijikkan bila berjumpa kepala Umno, yang kroni atau yang apa saja buruk kelaku, mata saya tak larat tengok muka depa dan telinga saya tak larat dengar suara depa!

Tapi yang saya tak boleh dengar langsung depa bercakap dan tak boleh tengok langsung muka depa bila mulut depa bercakap ialah kepala-kepala Umno. Tak tau nak guna istilah apa. Tapi kalau guna istilah aura, aura depa sangat-sangat buruk. Bila tengok depa, dan-dan saya rasa runsing, rimas, lemas, serabut, kacau, macam-macam perasaan dan tekanan yang negatif. Saya tak mereka-reka, Allah Maha Menyaksikan. Boleh jadi ramai yang rasa macam saya rasa.

Sebab itulah, antara benda yang saya pantang tengok dan di rumah saya mesti tutup TV time tu ialah berita - tak kira la berita TV mana pun. Sebab berita TV mana pun muka kepala-kepala mesti keluar punya.

Tetapi, walau begitu sekalipun, saya tidaklah pernah terlintas nak bunuh depa. Pertama, saya tak ada kemampuan pun. Kedua, kalau saya pegang pendirian bahawa pendirian politik mereka adalah hak demokratik mereka (yang saya tak tahan buruk kelaku depa), samalah juga dengan hak mereka untuk hidup. Mereka berhak untuk hidup.

Tak sependapat dalam soal politik sekalipun, tidaklah sampai teruk sangat hingga tak nak sembahyang sekali dengan depa, tak nak mengiktiraf depa Islam apatah lagi nak menafikan hak mereka untuk hidup. Tak sependapat atau bersaing dalam politik sekalipun, takkan la sampai nak membunuh kot.

Dah la tu, siap bagi preempt pulak tu. Banyak cerita dalam TV aku tengok. Tapi belum jumpa jenis bodoh lagu tu. Dah la nak bunuh, siap preempt pulak tu. Penulis skrip sinetron pun tak gamak nak tulis lagu tu, walaupun sinetron tu adalah antara benda yang paling teruk dan paling bangang yang pernah saya tengok sepanjang hidup saya.

Yang menarik perhatian dalam laman berita hari ini:
Who do you believe - Anwar or Perkasa? (Malaysiakini 23/5/11)
The Perkasa link in the Anwar car sabotage or murder bid (Malaysia Today 23/5/11)
Read On 5 comments

Biar anak bini lapar, bangsa Umno mesti dipertuhankan

Sabarlah cik gu, begitu kata bangsa Umno.

Tak lama lagi, bila harga barang makin mencekik leher rakyat, poket pun boleh kosong. Bukan takat poket, perut pun mungkin kosong tak habis-habis. Pada masa itu bangsa Umno akan kata lagi dan lagi, sabarlah rakyat.

Pada masa itu juga kita akan melihat lebih banyak drama membelasah DAP, membelasah Kristian dan apa saja yang bukan bangsa Umno. Maklumlah, kalau tak belasah DAP, nanti orang Melayu menjerit harga barang naik. Nanti orang Melayu akan menjerit, anak bini kami selalu tak cukup makan. Anak bini kami selalu lapar!

Walaupun menjadi belasahan mereka, di hati bangsa Umno, DAP hakikatnya adalah messiah yang menyelamatkan bangsa itu. Dalam diam bangsa Umno berterima kasih kepada DAP. Nasib baik ada DAP, dapatlah kita tipu bangsa Melayu tak habis-habis, kata bangsa Umno dalam diam.
Biar minyak naik harga, pertuhankan bangsa Umno!

Biar barang makan naik harga, pertuhankan bangsa Umno!

Biar semua barang naik harga, pertuhankan bangsa Umno!

Biar poket kosong, pertuhankan bangsa Umno!

Biar hidup merempat, pertuhankan bangsa Umno!

Biar harga barang mengamuk, dengan darah bangsa Umno dipertahankan!

Biar kosong poket, ikat perut, dengan darah Utusan Malaysia dipertahankan!

Ingat kamu bangsa Melayu, di antara bangsa Umno dan duit di dalam poket kamu, bangsa Umno yang kamu mesti pertahankan!

Biar poket kosong, biar perut berkeroncong, biar anak bini meraung tak cukup makan kerana barang makin mahal, bangsa Umno mesti dipertahankan!

Ingat kamu bangsa Melayu, jangan pertahankan duit dalam poket kamu, jangan pedulikan anak bini yang tak cukup makan kerana barang makin mahal, biarkan! Pertahankan bangsa Umno!

Ingat bangsa Melayu! Bangsa Umno adalah tuhan-tuhan kamu! Utusan Malaysia kitab suci kamu!
Bangsa Melayu oi, sampai bilakah hampa sanggup melihat bangsa hampa diperbodoh dan diperhambakan bangsa Umno? Bangsa Umno berlagak seperti Tuhan, bongok memerintah dan hanya tahu nak tibai poket rakyat, potong subsidi, tindas dengan GST, hampa masih nak jadi pecacai bangsa Umno, pak yet bangsa Umno? Mengapa tak selamatkan duit dalam poket hampa? Awat gatai sangat menanggung biawak hidup yang bernama bangsa Umno?

Alahai Melayuku, malulah kepada bangsa-bangsa lain! Jangan kerana mempertahankan bangsa Umno, orang Melayu akan diejek sebagai bangsa yang paling bangang dalam dunia! Bangsa Melayuku, berimanlah kepada Allah, janganlah jadi pecacai taghut!

Apa nak takut DAP! Kalau hampa beriman kepada Allah dan menolak taghut serta menguatkan bangsa hampa dengan ilmu dan kemahiran, jangan kata badan dan maruah hampa, bulu roma hampa pun DAP tak mampu nak gugurkan!

Berkaitan:
DPM: Prepare for price increases (The Star 20/5/11)
Anwar: Harga makanan dijangka naik 30 peratus (Malaysiakini 21/5/11)
Sabar, kata TPM kepada guru tak naik pangkat (Malaysiakini 20/5/11)
Lebih 400,000 guru biasa kecewa dipinggirkan (Malaysiakini 18/5/11)
As belts tighten, Anwar tells poor to punish Umno (Malaysian Insider 21/5/11)
Pemuda bawa usul kenaikan harga barang (Free Malaysia Today 21/5/11)
Steep decline of IMD competitiveness rankings proves investors has had enough of Najib's 'transformation' rhetorics (Malaysia Today 21/5/11)
Hina Utusan: Langkah mayat kami, kata Perkasa (Malaysiakini 20/5/11)




Read On 18 comments

Bila ringgit jatuh dan harga barang naik kerana kroni

Beberapa minggu lalu saya menerima SMS berikut:
In a couple of weeks the bonds issued by the water privatisation companies in Selangor will be junk bonds as the administrative & legal tussle between the Fed govt + water concessionaries (Umno cronies) vs S'ngor govt is still not solved. Once those 'water' bonds morphed into junk bonds - Fed govt guarantee that was given will be demanded by the bonds holder. It can have a domino effect to other loan/sukuk/bond issued or guaranteed by M'sian govt - will be evaluated. If happened, Najib can kiss goodbye to ETP, GTP, Pemandu, Teraju etc. Najibnomics will go down the drain (saya kata Najibcomics - bakaq). RM will plummet down. Cost of living will go up. Kroni punya fasal, kita jadi mangsa!
Saya tak reti ekonomi. Saya terima, saya baca dan saya tak tau apa. Tetapi, hari ini Malaysian Insider menyiarkan berita bertajuk "Putrajaya to take over Selangor’s water debt for RM6.5b".

Apa masalah antara Syabas dan kerajaan Selangor? Laporan menyatakan, kerajaan Selangor di bawah Barisan Nasional (BN) memberi laluan selesa kepada Syabas untuk menaikkan tarif air sehingga lima kali. Pada tahun 2009 dahulu Syabas dibenar menaikkan tarif setinggi 37 peratus. Selepas itu, pada 2012, diberi lagi kebenaran untuk menaikkan tarif setinggi 25 peratus (2012).

Tidak cukup dengan itu, pada 2015, Syabas mendapat kebenaran lagi untuk menaikkan tarif air setinggi 20 peratus (2015). Selepas itu, ada lagi habuan untuk meningkatkan keuntungan apabila Syabas dibenarkan menaikkan tarif sehingga 10 peratus pada tahun 2018 dan lima peratus pada tahun 2021.

Kerajaan Selangor di bawah Tan Sri Khalid Ibrahim pula dilaporkan tidak bersetuju dengan kenaikan demi kenaikan yang membebankan rakyat itu. Banyak lagi la yang kerajaan dia tak setuju, katanya.

Saya tak berapa tau. Bab tu kena tanya Datuk Dr Hasan Mohamed Ali. Atau, mungkin juga perkara itu boleh dijelaskan dalam akhbar tabloid yang orang tuduh ditaja oleh Syabas.

Sementara itu, hari ni juga, The Star menyiarkan berita bertajuk "DPM: Prepare for price increases". Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin suruh kita bersedia menghadapi kenaikan harga barang. Mungkin tak berkaitan dengan bon yang melingkup tu. Tapi yang jelas barang nak naik harga. Kalau ditambah pula dengan kesan seperti yang dibimbangi SMS yang saya terima tu, mampoih kita!

Tetapi, jangan tuduh Muhyiddin tak bagi penyelesaian. "Return of one-sen coin to beat profiteers", itu cadangan beliau seperti yang dilaporkan NST hari ni. Hebat Muhyiddin.

Mamak jual cendol kat rumah saya bagi tau, harga kelapa terlampau mahal sekarang. Agaknya, dengan cadangan Muhyiddin tu, kalau kelapa tu nak naik harga sampai RM2 sebiji, bolehlah turun sikit takat RM1.80 kot.

Hebat Muhyiddin. Patutlah dia boleh jadi Timbalan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang banyak orang tuduh dia bongok.

Nanti jap, tak habis lagi. Ada orang media arus perdana (MSM) bagi tau, pilihan raya umum mungkin dua bulan lagi. Lawan Umno!
Read On 10 comments

Bank Muamalat, DRB-Hicom, Syed Mokhtar dan Umno

Mula-mula, baca berita bertajuk "BIMB notified on Bank Muamalat stake sale". Antara lain, berita tu kata:
BIMB Holdings Bhd has confirmed receiving notification from Khazanah Nasional Bhd and DRB-Hicom Bhd on the sale of their stake in Bank Muamalat Malaysia Bhd to the company.
DRB-Hicom ada 70 peratus pegangan dalam Bank Muamalat. 30 peratus lagi Khazanah.

Bila nak jual Bank Muamalat kepada BIMB Holdings, takkan DRB-Hicom Berhad tak dapat untung. Tak kisahlah jual ka, bailout ka, takkan DRB-Hicom nak buat transaksi niaga yang tak untung. Mesti untung.

Lepas tu baca berita Malaysian Insider 22/4/11 bertajuk "Syed Mokhtar luas empayar, DRB-Hicom kuasai Pos Malaysia". Antara lain dilaporkan:
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary mengembangkan empayar niaga beliau — hari ini diumumkan yang syarikatnya, DRB-Hicom Bhd berjaya dalam bidaan menguasai 32.2 peratus pegangan Khazanah Nasional di Pos Malaysia Berhad.
Ada nampak nama Syed Mokhtar?

Bila dah nampak nama Syed Mokhtar dalam DRM-Hicom dan di awal posting ini tadi dah baca tentang cerita Bank Muamalat nak dijual kepada BIMB Holding, yang 51 peratus sahamnya dipegang oleh Tabung Haji, sila baca pula berita Malaysian Insider semalam bertajuk "Wikileaks dedah 19 ‘aktor pengaruh’ dalam kitar politik Najib".

Antara lain berita itu melaporkan:
The Malaysian Insider difahamkan Syed Mokhtar muncul sebagai penyumbang utama dana kepada Umno selepas ahli-ahli perniagaan Cina tempatan keberatan ekoran kekurangan kontrak di bawah pentadbiran Najib.
Lepas tu, baca berita Malaysian Insider 1/5/11 bertajuk "Snap polls likely delayed as Umno hunts for war chest".

Berkaitan:
PAS: Bank Muamalat-Bank Islam merger a bailout? (Malaysiakini 19/5/11)
Apa sebalik penggabungan Bank Muamalat - BIMB? (Malaysiakini 19/5/11)
Read On 8 comments

Sanggup bayar duit kerana nak tengok muka Rosmah?

Berita Malaysiakini hari ni bertajuk "RM19b in subsidies for IPPs to be reduced" melaporkan:
Fuel subsidies for the independent power producers (IPPs) are up for review and the rates will be reduced, Minister in Prime Minister's Department Idris Jala told Malaysiakini in an interview.
Dalam berita hari ni juga yang bertajuk "Nanyang: Gov't to announce electricity tariff hike", Malaysiakini melaporkan:
Nanyang Siang Pau headlined a report quoting sources that the government will not increase the price of RON95 petrol for the time being. However a price hike for electricity is expected to be announced on May 25.

The report says the government fears a RON95 petrol price hike will prompt greater disgruntlement, therefore it may choose to increase the electricity tariff first.
Persoalannya, adakah rakyat didahulukan untuk menanggung beban? Kerajaan potong subsidi kepada penjana tenaga bebas (IPP). Bila potong, TNBlah kena bayar lebih kepada IPP. Bila TNB kena bayar lebih kepada IPP, naikkan tarif elektrik. Rakyatlah yang didahulukan untuk menanggung beban.

Saya memang tak pandai ekonomi. Tapi, tutup poket gomen dan korek poket rakyat saya boleh terasa.

Nampaknya tak ada jalan lain lagi selain menjimatkan penggunaan elektrik. Antara lain, saya cadangkan kurangkan tengok TV. Kalau tak dapat jugak, jangan tengok berita TV. Jangan tengok! Ingat, bila tengok berita TV, kita kena bayar duit elektrik.

Mahukan anda bayar duit untuk tengok muka Datin Seri Rosmah Mansor misalnya?

Berkaitan:
Kerajaan Najib ketagih susahkan rakyat (Harakah Daily 19/5/11)
Read On 1 comments

Altantuya: Adakah kelaku Najib menunjukkan dia tak bersalah?

Altantuya Shaariibuu tak nak berhenti memburu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Bila dibocorkan oleh Wikileaks tentang apa yang Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur buat dalam menilai kes pembunuhan broker Mongolia itu, orang terus mempersoalkan benarkah Najib tidak terlibat?

Bukan boleh senang-senang nak tuduh Najib atau Datin Seri Rosmah Mansor terlibat membunuh Altantuya. Kena ada bukti.

Saya selalu beritahu kawan-kawan, bila tidak ada bukti, selalunya orang melihat kelaku pihak yang dituduh. Habis orang tengok, tindak-tanduknya, air mukanya, body languagenya, perbuatan-perbuatan yang dilakukan sebelum dan selepas berlaku pembunuhan, lebih-lebih lagi selepas dituduh - semua orang tengok.

Orang-orang Umno pun sering membicarakan kelaku Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas dituduh. Macam-macam analisis depa. Adakah kelaku Anwar meyakinkan kita bahawa dia bersih dari tuduhan-tuduhan terhadapnya?

Anda jawab sendiri dalam hati anda.

Begitu juga Najib. Orang juga membicarakan adakah kelaku Presiden Umno itu meyakinkan kita bahawa dia bersih dari semua tuduhan terhadapnya? Tak kisahlah, tuduhan bunuh Altantuya ka, tuduhan dalam pembelian Scorpene ka, tuduhan dalam kes enjin jet hilang ka, apa saja tuduhan.

Bagaimanakah kelaku Najib meragukan sepanjang yang berkaitan dengan pembunuhan Altantuya? Tengok fakta sejarah dan anda jawab sendiri dalam hati anda. Jika anda tuduh Najib bunuh Altantuya dalam ruangan komen, saya tak akan siarkan. Sat gi tak pasai-pasai aku kena.

Begitu juga kalau anda tuduh Anwar buat benda-benda tu semua dalam ruangan komen. Saya tak akan siarkan. Aku tak nak masuk mahkamah.

Kita tak boleh tuduh Najib terlibat bunuh Altantuya tanpa bukti yang sahih - Orang Putih kata beyond reasonable doubt. Berdasarkan pelbagai peristiwa yang berlaku sebelum dan selepas Altantuya dibunuh, kita hanya boleh melihat kelaku Najib sahaja berhubung pembunuhan itu (Imej di atas ihsan Malaysiakini).

Berkaitan:
Satu Altantuya, Pembohongan Didahulukan, Pengeboman Diutamakan
Adakah pihak ketiga arah Azilah dan Sirul bunuh Altantuya?
Apa kes Azilah dan Sirul nak bunuh Altantuya?

Read On 7 comments

Jangan Melayu takat sembang deras macam Ibrahim Ali

Di bawah artikel bertajuk "Pakatan faults BN for subsidy ‘opium’ addiction", terdapat komen yang menarik hati saya. Bagai biasa, saya tak edit sikit pun:
Before they get a job , the students are already indebt ... Moreover , they are indebt to pay lousy studies that even cannot give them the BASICS knowledge of their job ..
Jika dakwaan di atas benar, berapa banyak pelajar dan ibu bapa yang tahu?

Sebenarnya, saya dah lama dengar perkara macam tu. Pernah seorang ahli korporat mendakwa kepada saya bahawa institusi pengajian tinggi awam negara ini hanya melahirkan jaguh kampung. Tak menepati international accreditation, dia mendakwa. Aku mana tau. Masuk universiti pun tak pernah.

Kalau tak benar, tak pa. Kalau benar, lagu mana?

Saya juga pernah mendengar cerita seorang tokoh besar kewartawanan yang merungut bahawa graduan Mass Communication sekarang begitu teruk jika dibandingkan dengan graduan kursus berkenaan pada tahun 70an dan 80an dahulu. Bagai biasa, mana aku tau. Saya bukan pengarang akhbar atau majalah.

Adakah kisah IPTA di Malaysia macam kisah sukan di negara ini juga? Stadium hebat-hebat seperti di Bukit Jalil dan Shah Alam. Tapi, ahli sukan tak ada.

Sampai bilakah IPTA di negara ini akan dibebaskan dari kongkongan professor kangkung?

Teringat pula kisah MSC. Ramai orang salahkan Tun Abdullah Ahmad Badawi bila MSC tak berjaya. Memang la, bila pakar IT sebut fasal "leap to the moon", dia kata Malaysia pun akan ada angkasawan. Tapi, MSC pun macam kisah stadium hebat ahli sukan tak ada jugak.

Tu belum lagi cerita guru-guru kelas tambahan merungut budak-budak sekolah (Melayu la!) nak buat bahagi pun tak tau walaupun dah darjah empat. Semua nak salahkan guru? Hello, satu kelas kadang-kadang dekat empat puluh orang.

Saya tidaklah mendalami sepenuhnya masalah orang-orang Melayu. Yang sah, saya tetap merasai dua senjata utama kekuatan orang Melayu masih lagi tumpul. Dua senjata itu ialah pertama, keimanan yang tinggi kepada Allah s.w.t. dan kedua, ilmu serta kemahiran yang tinggi.

Tanpa dua senjata itu, setakat boleh kecek belawok, setakat boleh sembang deras macam Datuk Ibrahim Ali dan Utusan Malaysia ja la.

Saya malas nak cakap fasal kerajaan, orang-orang politik (semua parti) dan oportunis-oportunis yang sentiasa mencari kesempatan untuk memperbodoh-bodohkan Melayu. Saya hanya berharap yang membaca posting ini dapat memberitahu anak-anak mereka bahawa musuh terbesar kita ialah kelaku jahat tidak beriman kepada Allah dan kejahilan. Anak-anak kita mesti tahu dua musuh terbesar mereka.

Saya tak la nak cadang kepada orang lain, tetapi kepada anak-anak saya, saya tambah satu lagi musuh terbesar, iaitu Umno (kalau pandai baca Orang Putih, baca di sini fasal Umno).
Read On 12 comments

Naik harga minyak untuk duit pilihan raya Umno?

Di bawah berita Malaysiakini hari ini bertajuk "Harga petrol RON95 disemak bulan depan", saya terbaca komen berikut yang saya copy and paste dan tak edit sikit pun. Pengkomen itu mendakwa:
haha, sebenarnya kerajaan BN nk naikkan harga minyak untuk dapatkan modal Umno/BN nk hadapi Pilihan Raya Umum ke-13 nnti... Subsudi hanya alasan...
Meskipun saya tidaklah boleh mempercayai komen itu, tetapi ia benar-benar membuatkan saya teringat berita Malaysian Insider 1 Mei lalu bertajuk "Snap polls likely delayed as Umno hunts for war chest".

Memang, tak patut kita mempercayai andaian tanpa asas. Tetapi, teringat pula kata-kata bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo. Jalal pernah berkata: "Namun apabila sesuatu itu membabitkan Parti Tindakan Demokratik (DAP) maka tidak ada apa pun yang mustahil".

Saya juga amat terasa apabila sesuatu itu membabitkan Umno maka tidak ada apa pun yang mustahil.

Lagi pun, kisah Umno rembat duit rakyat bukan lagi satu berita - it is not news. Tak terkejut pun. Ia macam cerita anjing gigit Umno. Itu bukan news. Lainlah kalau Umno yang gigit anjing. Itu baru news.
Read On 1 comments

Najib dan Umno makin gila susahkan rakyat

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kata "Fuel subsidies 'like opium', to be cut gradually". Orang kata, manusia ni kalau setakat bongok saja, satu hari mungkin ada orang boleh ajar dia bagi pandai sikit. Tapi jenis yang satu lagi memang tak ada ubat dah. Jenis tu dah la bongok, jahat pulak.

Ikut sedap bongok dia nak bercakap. Kalau subsidi untuk rakyat, opium la, candu la, suka hati mulut kurang ajaq nak bercakap. Subsidi untuk IPP tu apa? Ooo, tu bukan candu. Sebab kroni yang dapat. Subsidi untuk rakyat candu. Maklum la, rakyat bukan kroni. Sebenarnya, berita tu patut berbunyi "Kuasa seperti candu kepada BN, mesti bunuh!"

Opium ka, candu ka, menatang apa ka, yang kita dah lama tau ialah rasuah tu macam candu kepada Umno. Kami nak bunuh punca rasuah, susah nak cari. Yang senang bagi kami ialah bunuh kuasa Umno dulu.

Kuasa Barisan Nasional (BN) mesti dibunuh. Kita tak boleh nafikan hak demokratik Umno dan BN untuk terus wujud dan buat buruk kelaku atas dunia ni. Hak untuk terus wujud kita tak boleh usik. Tapi kuasa depa kita kena bunuh. Dah lebih dari candu dah. Umno BN bukan takat mabuk dengan kuasa. Dah sampai peringkat gila tak terubat dah.

Gila nak susahkan rakyat!

Memang Umno BN gila nak susahkan rakyat. Subsidi untuk rakyat depa nak samun. Subsidi untuk kroni macam yang dimentekedarah oleh kapitalis-kapitalis IPP tu sikit pun depa tak usik. Yang kita dok nampak, depa bela bagi gemok lagi. Tengok rajah di bawah (ihsan Finance Twitter).

Kepada yang suka diperintah oleh jenis gila susahkan rakyat macam Umno BN tu, nikmatilah hari-hari penuh nikmat hampa!

Read On 9 comments

Bersedia hidup merana lepas BN menang

Sebelum pilihan raya umum pun kerajaan Datuk Sri Najib Tun Razak yang bongok ekonomi naikkan harga barang - gula dah naik harga, minyak RON95 tak berapa hari lagi. Bayangkan betapa ganasnya mereka menaikkan harga barang selepas mereka menang pilihan raya.

Betullah Tun Dr Mahathir Moamad kata, negara ini akan miskin. Miskin lebih teruk dari bankrap. Bongok mana yang perintah sehingga akan menyebabkan negara ini akan miskin? Bongok mana lagi kalau bukan Umno Barisan Nasional (BN). Kata pandi kutty pun terlalu lunak untuk Umno BN. Kena kata lebih teruk dari itu.

Depa jangan nak berdalih la suka hati mulut kurang ajaq depa. Nak salahkan ekonomi dunia la. Yang tu la. Yang ni la. Kalau Najib tak bongok kendalikan ekonomi, negara tak akan miskin. Tapi, tempat bergayut dia, Dr Mahathir sendiri kata negara akan miskin.

Kita bagi satu contoh bongok dia. Skim Rumah Pertamaku. Entah penjilat mana cadang benda tu kat dia, kita pun tak tau. Najib yang bongok pun terus terjerit-jerit umumkan benda tu dalam bajet. Macam bagus ja dia bercakap. Tengok-tengok tak feasible.

Ekonomi memang bergelora. Tetapi yang menambahkan teruk ialah kerajaan yang bongok untuk menghadapi gelora tu. Sebab tu saya kata dalam posting sebelum ini:
Persoalannya kerajaan pandi kutty bongok. Depa tak reti nak cari sisi-sisi baru ekonomi yang boleh menjana pendapatan lebih besar. Jangan kata apa, kabinet pun pakai template lama. Tidak pro ekonomi. Lembab macam dinosaur yang dah nak mampoih.
Dalam parlimen pernah diejek-ejek BN itu maknanya Babi Negara. Semakin hari aku rasa semakin betui apa yang diejek-ejek. Ia bukan lagi sekadar ejekan. Memang betul-betul!

Nak tak nak kita akan protes. Nak tak nak kita terpaksa bersedia diganasi seperti di atas. Babi Negara akan buat apa saja untuk berkuasa.

Berkaitan:
As subsidies balloon, BN eyes cuts but foes expect snap polls (Malaysian Insider 17/5/11)
Read On 5 comments

Bersedia untuk buang pandi kutty!

Nombor 1 sekali, Selamat Hari Guru. Saya tetap menyanjungi guru-guru walaupun tempat yang paling saya rimas, malas nak pergi dan boring gila ialah sekolah. Antara hari yang paling bahagia dalam hidup saya ialah apabila saya meninggalkan alam persekolahan.

Long Heng Hua, pengetua sekolah saya mengaji di Taiping adalah makhluk yang saya tak nak tengok langsung dah muka dia selepas saya bebas dari penjara bernama Sekolah Menengah King Edward VII (Sekolah KE).

Pada saya masa itu, para pengawas adalah tempat saya melepaskan kebencian. Saya panggil pengawas anjing Pak Long (Pak Long ialah panggilan kami di sekolah KE tu kepada Long Heng Hua) atau anjing sekolah. Saya mohon maaf. Malang sungguh nasib saya, ada anak saya yang nak jadi pengawas jugak walaupun saya tak suka. Saya jenis tak bergaduh dengan kemahuan anak yang tak menyalahi perintah Tuhan. Tapi saya tetap tak suka anak saya jadi pengawas. Dah la tu, ada anak saya yang dah nak habis praktikal dah dalam dua minggu lagi untuk jadi guru!

Ramai Cik Gu yang saya hormat dan suka tetapi mohon maaflah, pada saya, alam persekolahan (sekolah menengah) ialah kenangan yang sangat busuk!

Takat tu dulu cerita guru dan sekolah. Yang saya nak tulis ialah fasal berita bertajuk "Menteri: Bersedia hadapi kenaikan petrol RON95" yang menarik perhatian saya. Pada saya, berita itu bertajuk "Bersedia untuk buang pandi kutty!"

Bila harga minyak naik, ia akan mengakibatkan kesan berganda. La ni pun, hampir semua orang yang saya jumpa mengeluh tentang kenaikan harga barang. Terasa sangat, depa kata. Bayangkan bila minyak naik. Malaysia akhirnya akan jadi penjara besar. Dan orang-orang Melayu kerjanya tak habis-habis membongokkan diri membodek pandi kutty yang menjadi warder-warder gila dalam penjara besar tu.

Memang, bila pandi kutty kalah, parti lain menang. Nak buat lagu mana, dah equationnya gitu. Parti lain naik pun, bukannya depa boleh bagi syurga atau sekurang-kurangnya utopia kepada kita. Tapi sebahagian besar dari masalah sekarang berpunca dari pandi kutty. Kena perambat dulu pandi kutty tu. Kena bunuh kuasa mereka. Itu sebahagian dari kerja utama menyelamatkan negara ini jadi penjara besar yang menyiksa kita.

Sejak merdeka ada subsidi. Tak ada pun kata nak bankrap. Pandi kutty boleh kata, kos dulu tak sama dengan kos sekarang. Rakyat sekarang pula lebih ramai. Bukan senang nak urus ekonomi.

Bukan itu persoalannya. Persoalannya kerajaan pandi kutty bongok. Depa tak reti nak cari sisi-sisi baru ekonomi yang boleh menjana pendapatan lebih besar. Jangan kata apa, kabinet pun pakai template lama. Tidak pro ekonomi. Lembab macam dinosaur yang dah nak mampoih.

Orang ada kata, Datuk Seri Najib buat ETP dan macam-macam. Saya tanya orang-orang korporat. Depa gelak besar. Depa tibai program-program ekonomi Najib sampai aku pun percaya apa depa kata. Apa depa kata? Depa kata, "Pak Lah senang, dia bodoh dan nampak bodoh. Najib ni nampak cerdik, tapi bodoh nak mampos!"

Bukan aku kata gitu, depa yang kata.

Nak kata depa bias sangat, Tun Dr Mahathir depa puji berasap pulak. Walaupun, banyak sungguh benda yang tak elok fasal orang tua tu depa cerita kat saya, tapi depa tetap kata Tun tak bongok.

Saya tau, majoriti orang Melayu dah berjaya dibangangkan dan depa sokong pandi kutty. DAP berjaya dijadikan hantu yang mengancam Melayu oleh pandi kutty. Orang Melayu lebih takut DAP dari Allah Ta'ala. Depa lupa langsung-langsung, kalau Melayu berjaya dikuatkan iman mereka kepada Allah Ta'ala dan berjaya ditingkatkan ilmu dan kemahiran mereka, bulu roma depa pun DAP tak mampu nak gugurkan.

Melayu di bawah pandi kutty macam buih. Takat boleh menjerit bodoh macam Datuk Ibrahim Ali. Ada riwayat yang menyatakan:
“Nyaris orang-orang kafir menyerbu dan membinasakan kalian, seperti halnya orang-orang yang menyerbu makanan di atas piring.” Seseorang berkata, “Apakah karena sedikitnya kami waktu itu?” Beliau bersabda, “Bahkan kalian waktu itu banyak sekali, tetapi kamu seperti buih di atas air. Dan Allah mencabut rasa takut musuh-musuhmu terhadap kalian serta menjangkitkan di dalam hatimu penyakit wahn.” Seseorang bertanya, “Apakah wahn itu?” Beliau menjawab, “Cinta dunia dan takut mati.” (Riwayat Ahmad, Al-Baihaqi, Abu Dawud)
Saya dah kata, kalau pembangkang menang pun bukannya depa mampu wujudkan utopia. Kita pun bukan nak duduk diam. Depa pun kita nak lawan kalau depa kurang ajaq. Apa nak takut lawan depa. Kita dah ada pengalaman lawan pandi kutty (Gambaq ihsan Mob1900)
Read On 5 comments

Anwar tak menyesal jadi pandi kutty

Satu hari tak tengok Internet. Blogspot pulak rosak semalam. Tak boleh nak update. Tulisan saya bertajuk "Helo Hata Wahari, ISA lebih hina dari taik babi!" terpaksa disiarkan dalam Facebook ja.

Selepas sampai ke rumah kira-kira 20 atau 30 minit tadi, saya pun buka Internet. Saja nak baca berita-berita. Antara berita yang memaksa saya membacanya ialah "Anwar: Saya tak menyesal masuk Umno dulu".

Wow! Datuk Seri Anwar Ibrahim tak menyesal jadi pandi kutty. Maklumlah, hampir-hampir jadi kepala pandi kutty. Saya keluar Abim pada 29 Mac 1982. Hari yang sama Anwar jadi pandi kutty. Abim adalah antara benda yang paling saya benci sejak itu. Abim malah menjadi alat pandi kutty di universiti-universiti ketika Anwar jadi pandi kutty.

Ketika itu, saya boleh minum teh tarik dengan orang-orang Umno. Tetapi, dengan orang-orang Umno yang berasal dari Abim, tegur pun saya tak nak. Mereka adalah antara makhluk yang paling saya benci. And, I dont feel sorry for that.

Masa tu, saya menyesal masuk Abim dan begitu bersemangat dengan Abim. Saya menyesal kerana merasakan diri saya diperdaya dan ditipu oleh barua-barua yang masuk Umno tu. Kebanyakan barua tu adalah para pemimpin Abim. Cakap Islam berdegar-degar, macam bagus sangat, lepas tu jadi pandi kutty.

Memang sekarang ramai yang saya tegur balik malah baik serta menyantuni mereka kerana mereka tidak lagi jadi pandi kutty. Pada saya, mereka patut sujud syukur kepada Allah s.w.t. Kalau Dr Mahathir tak hambat Anwar dari Umno pada 1998, mungkin sampai sekarang mereka menjadi pandi kutty.

Apa pun, hati saya memaafkan mereka. Tetapi, Anwar dan ulama-ulama hamlau termasuk yang dikatakan kibarul ulama yang menghalalkan tindakannya menjadi pandi kutty pada masa itu, sampai sekarang saya meluat. Ulama-ulama hamlau tu, sampai sekarang tengok muka depa pun saya tak suka.

Jika mereka yang pernah mengekori Anwar menjadi pandi kutty itu merasa sakit hati dengan tulisan ini, saya memohon maaf. Tetapi, saya amat berharap mereka menyesal menjadi pandi kutty. Saya harap mereka tak buat buruk kelaku seperti Anwar yang tak menyesal menjadi pandi kutty.
Read On 8 comments

Kalau tak "feel silly" lepas jumpa Umno, lu memang betul-betul silly!

Seorang Kristian dengan jelas memberitahu kepada kita bahawa jenis kepala-kepala Umno ni jumpa pun tak boleh. Lebih kurang dalam Bahasa Melayu dia kata, lepas jumpa jenis kepala-kepala Umno, terasa bodoh pulak (you feel silly) pi jumpa depa.
"This is because there have been too many meetings in the past when much good feeling was generated that a fresh start could be made only for that expectation to collide with forbidding realities later," he opined.

"This has saddled us with the feeling that there is no real resolve to tackle the core issues," he said.

"After a while, you feel silly to be imbued with the 'feel good' sensation that inevitably arises from meeting with someone who is intent on being amenable.

"But when that feeling collides with the facts on the ground, you feel silly for having allowed yourself to be deluded and then you have a hard time avoiding the resulting cynicism" (Malaysiakini 12/5/11 "Skepticism abounds over PM-Christian group meeting").
Saya hanya ada dua kali pengalaman berjumpa menteri Umno. Satu mengenai masalah pengangkutan awam ketika bas mini mula-mula dihapuskan dan digantikan dengan bas Intrakota dan satu lagi saya tak ingat sangat. Si Kristian itu sebenarnya telah menerangkan dengan tepat apa yang saya rasa selepas pi jumpa mangkok-mangkok tu. Konon nak tolong selesai masalah orang ramai. Jumpa la menteri Umno. Memang, selepas tu terasa sungguh awat la aku bongok sangat pi jumpa mangkok tu.

Terasa sungguh puak tu bukan jenis kena jumpa. Jenis tu kena lawan ja.

Kalau Kristian pun terasa bongok selepas jumpa jenis kepala-kepala Umno, teruk sunguh la kalau yang mengaku Islam tak rasa gitu selepas jumpa jenis kepala-kepala Umno. Kalau orang Kristian pun dapat rasa aura yang sangat teruk itu selepas jumpa jenis kepala-kepala Umno, teruk sungguh la kalau yang mengaku Islam tak rasa gitu. Takkan lebih teruk dari Kristian kot.

Adoila! Macam mana agaknya aura yang membelit kita selepas jumpa Datik Seri Rosmah Mansor!

Lagu-lagu mana pun, kalau tak "feel silly" selepas jumpa dengan jenis kepala-kepala Umno, lu memang betul-betul silly!


Read On 11 comments

Umno: 10 dia cakap, 12 tak boleh percaya

Umno bagai sinetron Indonesia. Bohong tak habis-habis dan ketagih menipu. Contohnya, dia kata undilah Umno untuk jaga Melayu. Bohong. Yang sebenarnya untuk jaga tembolok dan perut dia.

Saya bagi contoh. Cerita seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Umno. Masyhur cerita dia. Adun ni kena bayar road tax sahaja dalam RM20,000 setahun. Cuba bayangkan berapa banyak kereta mewah atau tak mewah yang dia ada. Cuba bayangkan pula kalau Umno kalah. Siapa nak bayar ansuran kereta-kereta tu? Bayangkan berapa banyak ansuran bulanannya kalau road tax sahaja RM20,000 setahun.

Bukan takat loan kereta, kalau dia ambil loan rumah, siapa nak bayar kalau Umno kalah? Tu belum kira loan lain lagi. Mudah-mudahan dia tak ada perempuan simpanan. Kalau ada, lagi besar tanggungannya. Tak ada pilihan. Umno mesti menang. Kalau tak, boleh mampoih Mamat tu.

Tu baru Adun. Bayangkan kepentingan Datin Seri Rosmah Mansor. Kos menanggung Rosmah tentu sangat besar. Mana nak korek duit kalau Umno kalah? Mungkin ada simpanan. Mungkin dah bergunung dah kaut. Tapi gunung pun boleh runtuh kalau korek tak habis.

Tapi Umno cerdik. Dia pun macam sinetron Indonesia juga. Orang tetap nak tengok walau pun menipu dan membodohkan depa.

Umno pandai guna isu yang masuk ke hati Melayu. Kuasa Melayu terancam, DAP akan perintah Malaysia. Apa lagi, Melayu yang bodoh senang-senang ditipu Umno. Pembangkang pula hanya tahu menjerit. Nak lawan, tak panjang akal. Tak habis-habis jerit. Lihat muka depan Harakah di atas. Hello, Umno guna perkauman bukan news la!!

Bak kata orang, kalau cerita anjing gigit orang, tu bukan news. Yang news ialah cerita orang gigit anjing.

Ada pula yang perasan bagus nak lawan Umno dengan isu yang tak masuk ke hati rakyat. Hello, hang cakap fasal demokrasi, benda tu tak masuk dalam hati rakyat. Civil liberties? Masturbate la engkau puas-puas.

Pembangkang cakap fasal rasuah pun saya rasa tak banyak masuk ke hati rakyat. Anak-anak aku faham dan sakit hati kat rasuah lepas tengok cerita Hindustan.

Tapi apa nak buat, Umno pandai menipu dan pandai bodohkan orang. Macam sinetron, Umno tetap laku walaupun ramai orang kata, 10 perkara orang Umno cakap, 12 perkara tak boleh percaya. Contoh banyak. Jangan tak dak contoh lansung, baca laporan Berita Harian hari ini bertajuk "Perihal Orang Muda: Bank perlu longgar syarat pinjaman". Skim Rumah Pertamaku konon. Menipu tak habis-habis. Kalau aku kata taghut, depa marah.


Read On 11 comments

Kalau Kristian agama rasmi, lagi teruk Umno hina Islam

Duduk tak duduk, blogger Umno, Papa Gomo membelasah rakan sepegangannya, Big Dog. Papa Gomo marah Big Dog kerana mencetuskan isu nak jadikan Kristian sebagai agama rasmi negara ini. Papa Gomo nak Big Dog diISAkan. Saya dapat tahu dari laporan Malaysian Insider "Kristian-Islam: Blogger pro-Umno telagah, gesa Bigdog ditahan ISA" (Klik imej di sebelah).

Yang membesar-besarkan isu yang dicetuskan oleh Big Dog itu ialah Utusan Malaysia. Tak tahu apa sikap Papa Gomo terhadap Utusan Malaysia (lihat "Najib tetapkan agenda mingguan Utusan - Hata Wahiri").

Melihat cara Utusan Malaysia mensensasikan pelbagai perkara setakat ini, saya teringat kata-kata Mohamed Hanipa Maidin. Hanipa beritau saya, dia lihat Umno kini macam menggunakan kaedah mencetuskan keraguan. Betul tak betul tak penting. Yang penting mencetuskan keraguan di kalangan orang-orang Melayu. Jenis pandi kutty, memang macam tu kerja dia.

Pandi ka, apa ka, saya nampak Umno berjaya. Saya harap perkara ini dapat diberitahu kepada orang-orang Melayu yang masih lagi dipandi kuttykan oleh Umno.

Balik kepada cerita Papa Gomo belasah Big Dog. Saya tak tau siapa di belakang Papa Gomo. Saya juga tak tau adakah beliau dibiayai oleh mana-mana pemimpin Umno. Kalau tanya dia, tobat lahum dia tak mengaku. Tapi saya melihat postingnya yang meminta Big Dog diISAkan itu mirip-mirip pemikiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz atau Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Apa pun, saya menentang habis-habisan perbuatan hendak mengISAkan sesiapa jua. Big Dog tu walaupun gunakan nama Big Dog, tapi dia orang. Jangan kata orang, babi pun aku tak setuju diISAkan.

Saya juga tak setuju Kristian dijadikan agama rasmi. Dalam pada Islam jadi agama rasmi negara ini pun, macam gila Umno menghina Islam dan Allah Ta'ala, bayangkan kalau Kristian pulak menjadi agama rasmi negara ini. Na'uzubiLlahi min zalik! (Klik imej di bawah untuk baca pandangan Mamat yang mungkin orang Khairy Jamaluddin)

Read On 3 comments

Adakah orang akan terus panggil pandi kutty kepada Najib?

Dalam berita bertajuk "Pandi Kutty - Anwar dakwa difitnah lagi" Malaysiakini melaporkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tak kata pandi kutty kat Datuk Seri Najib Tun Razak. Berikut adalah petikan ucapan Anwar yang dimaksudkan di Dewan Hamzah Klang itu apabila perkataan pandi kutty disebut:
"Maknanya kalau kita lawan dengan parti yang terdesak, mereka menjurus ke arah perbuatan terdesak termasuk video. Azizah kata sekarang jangan makan banyak sebab nanti sama dengan dalam video. Ini betul-betul pandi kutty."
Soal Anwar kata atau tak kata, itu tak penting. Akhbar, TV dan parti pandi kutty akan tetap kata Anwar kata pandi kutty kat Najib. Trend terkini akhbar, TV dan parti pandi kutty ialah mereka cipta pembohongan dan kemudian mereka beriman kepada pembohongan itu. Memang dasar pandi kutty.

Namun, yang lebih menarik untuk dilihat ialah adakah selepas ini orang akan panggil pandi kutty kepada Najib. Adakah Najib akan terus jendera tidurnya bila tak habis-habis dipanggil pandi kutty?
'If Najib can sleep over the Scorpenes issue, PKFZ case, the Altantuya murder and much more, he certainly won't lose sleep over being called 'little pig'.' (Petikan dari Malaysiakini 11/5/11 "Is there anything that's disturbing PM's sleep?")
Read On 11 comments

Jangan sampai orang kata nilai mufti lebih murah dari seluar dalam

Bila baca kenyataan Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya dalam berita Utusan Malaysia Rabu lalu bertajuk "Pengkhianat Islam", saya malas nak komen. Jenis cakap foot in the mouth, komen buat apa.

Mafhum cakap dia ialah, kalau tak nak bersatu dengan Umno, itu pengkhianat Islam. Tu yang saya kata jenis cakap foot in the mouth tu. Nak aku carut-carut. Segan la pulak nak mencarut sebab mencarut tak dibenarkan oleh Islam. Allah s.w.t. serta Rasul-Nya s.'a.w.w. tak pernah mencarut.

Semalam Mamat tu merapu lagi. Lihat berita Malaysian Insider semalam "Mufti Perlis: Mengapa melenting, saya cakap ikut nas al-Quran". Kena debik jugak nampaknya Mamat cakap kot kaki ni. Ajaq supaya jangan sedap-sedap cakap menyesatkan orang.

Saya tak peduli sama ada PAS nak bersatu dengan Umno atau tidak. Itu urusan para pemimpin dan ahli-ahli PAS. Depa boleh putuskan dalam muktamar depa. Saya bukan ahli PAS. Saya hanya sokong dasar Islam, seruan Allahu Akbar dan cita-cita mewujudkan sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

Saya hanya nak bercakap sebagai orang Islam biasa atau ordinary Muslim.

Saya bukan ahli PAS. Tetapi sebagai orang Islam biasa, nas al-Quran mana yang menyatakan saya pengkhianat agama kalau saya tak nak dan benci sangat-sangat nak bersatu dengan parti perasuah yang busuk hingga ke usus? Woi Mamat, hang jangan sedap-sedap nak dakwa hang bercakap ikut al-Quran.

Hang jangan nak sesatkan orang dengan gelaran mufti yang dipakaikan kepada hang. Tu yang aku sakit hati tu. Sesatkan orang dengan dakwaan kononnya dia cakap ikut nas al-Quran.

Bukan saya yang kata Umno sudah jadi parti perasuah. Tun Dr Mahathir yang tulis gitu dalam blog dia. Berjuta-juta orang dah baca. Dr Mahathir juga yang tulis dalam blog dia bahawa Umno dah busuk hingga ke usus (rotten to the core). Saya yakin yang buruk dan busuk tu ialah kelaku. Sebab tu la saya selalu ingatkan anak-anak saya supaya jangan buat kelaku busuk macam Umno.

Hello mufti, hang nak lempaq tang mana amaran Allah dalam surah Hud ayat 113?

وَلاَ تَرْكَنُواْ إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ اللّهِ مِنْ أَوْلِيَاء ثُمَّ لاَ تُنصَرُونَ
Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.
Cakap pakai otak la, mufti. Jangan sesatkan orang dan dakwa pula hangan cakap ikut nas. Jangan sampai orang tuduh hang mufti sekupang tiga. Umno boleh beli sekupang tiga. Lebih murah dari harga seluar dalam di pasar malam (Komen-komen saya malas nak moderate lagi. Nanti la bila-bila senang).

Read On 23 comments
 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008