Dah pukul 1.30 pagi. Anak dah tidoq. Dapat la ciluk laptop dia sat. Walaupun saya malas menulis pakai laptop sebab saya gemok dan tangan pun besar dabak, tapi menulis juga sebab gian. Nanti la, sampai masa saya akan repair pc saya.
Hari ni pilihan raya Sarawak. Ikut suka rakyat Sarawak la sama ada nak pilih peluang untuk bebas atau nak meringkuk dalam cengkaman penindas - dah menggunung dah khazanah Sarawak dia dan puaknya kebas untuk memuaskan nafsu mereka yang buas.
Kalau saya la, melainkan saya gila, saya akan ambil peluang pilihan raya itu untuk menghambat penindas. Takkan pulak saja-saja nak relakan diri
dicengkam penindas. Kalau rela dicengkam penindas, mampoih esok masuk neraka.
Bab masuk neraka bukan aku yang reka. Islam ajar supaya menyembah Allah s.w.t. dan menolak taghut. Asas ideologi Islam itu wajib ditaati. Penindas dan kaki
kebas hak rakyat tu termasuk puak taghut la. Jenis tu, terlibat bunuh perempuan Mongolia pun tak salah. Kalau orang lain yang dituduh salah, kena masuk mahkamah. Kalau dia, terlibat bunuh orang pun tak payah masuk mahkamah.
Tu bab pilihan raya. Tapi, sejak beberapa hari lalu orang kecoh fasal interview Raja Petra Kamarudin (RPK) dengan TV3 (lihat
sini,
sini,
sini dan
sini).
Menyampah betul puak pembangkang ni. Kecoh semacam bila Mamat tu main TV3. Saya sebut main TV3 sebab dari susah payahnya menjelaskan apa yang dia buat, Mamat tu memberikan gambaran dia nak main TV3. Tak tau la sapa yang main sapa.
Saya teringat kata-kata "from no score to a goal". Hello pembangkang, kalau dah terlanjur bermain politik, hampa tak reti langsung ka bab "from no score to a goal"?
Tu satu. Keduanya, walaupun nampaknya tidak berlaku, kata la sungguh RPK menyerondoi macam babi tengik jilat-jilat Umno dan Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor, so what? Kepada yang beragama Islam saya nak tanya, hampa lawan Umno BN kerana Allah Ta'ala ka, kerana RPK ka?
Memang saya rajin dan suka baca tulisan RPK. Tapi saya dah lawan dan benci Umno BN berbelas-belas tahun sebelum saya baca tulisan Sulong Kamarudin atau tulisan RPK. Ada atau tidak ada tulisan Sulong Kamarudin atau tulisan RPK, aku dok lawan Umno BN serupa tu la.
Saya dah tulis dah benda yang macam gini dalam posting sebelum ni. Tapi puak yang lawan Umno BN ni suka kalut semacam dengan benda-benda macam gitu.
Oleh kerana ramai juga yang baca blog saya ni orang PAS, saya ambiklah Mursyidul Am hampa sebagai contoh. Jangankan RPK, kalau Tok Guru Nik Aziz buat hal pun aku tak peduli.
TGNA selalu kata dia nak bubar PAS kalau Umno tukar dasarnya kepada Islam. Dia juga kata dia sanggup jadi tukang kerja untuk Umno kalau parti tu ubah dasar kepada Islam.
Assalamu'alaikum, mari ambo nak ghoyak. Kalau Umno ubah dasar kepada Islam, hampa nak bubar ka, nak buburkan parti hampa ka, hampa punya pasai. Kalau Umno ubah dasar kepada Islam, hampa nak jadi tukang kerja untuk Umno ka, nak jadi wak yet Umno ka, lantak hampa lah!
Aku tetap benci dan lawan Umno. Tun Dr Mahathir Mohamad kata, Umno sudah jadi parti perasuah. Kalau hampa nak bangang dengan cakap-cakap syaitan yang mendakwa walaupun Umno rasuah tapi dia jaga Melayu, pi mampoih la hampa.
Bagi aku, puak perasuah ni, untuk nak terus bersedap-sedap menyodok rasuah dengan domoi kurang ajaq depa, untuk nak tutup lubang jahat depa menyodok rasuah, bukan takat jual hampa dengan harga yang lebih murah dari harga seluar dalam di pasar malam, jual ugama pun depa sanggup. Ada orang kata, jual bini pun depa sanggup. Mana aku tau. Boleh jadi la kot.
Dr Mahathir juga tulis bahawa Umno tu dah "rotten to the core". Rotten jenis-jenis tu, kalau kat tempat kami, kami kata dah busuk berulat. Memang berulat sungguh pun. Meremut-remut ulat dalam tu nak kerumun rasuah. Bila dah busuk berulat, besar kemungkinan dah jadi najis.
Kalaulah dah jadi najis dan lepas tu tukar pula dasar kepada Islam macam yang TGNA nak sangat tu, adakah najis tu tiba-tiba jadi najis yang Islamik? Maklumlah, dah tukar dasar kepada Islam macam yang TGNA nak sangat.
Nak juga tanya, ada ka ayat al-Quran atau hadith Nabi s.'a.w.w. mengenai najis yang Islamik? Aku memang tak tau cakap Arab sepatah pun, tapi wujud ka istilah rijsun rabbaniyyun?!