Peduli apa orang Umno kata apa pun

Kepada para pengunjung, saya tak tau berapa lama tak dapat update blog ini. Tengah nak pindah rumah ni. Barang tak dak apa sangat pun nak angkut. Tapi kalut macam-macam hal.

Saya juga tak tau berapa lama Telekom boleh pindah line dari rumah lama ke rumah baru walaupun dekat-dekat ni jugak. Tak biasa buat pindah-pindah line ni. Jadi tak berapatau la..

Sementara itu, lihat ;perkembangan baru di Libya di sini. Di Bahrain, laporan terbaru kata rakyat terus memprotes. Tak nak mengalah. AP melaporkan:
Thousands of protesters streamed through Bahrain's diplomatic area and other sites Sunday, chanting against the country's king and rejecting his appeals for talks to end the tiny Gulf nation's nearly two-week-old crisis.
Rakyat yang berkhemah kerana memprotes enggan berundur. Malah, mereka sanggup gugur sebagai syuhada'. AlJazeera melaporkan:
There is a real sense of determination among the protesters. I asked someone what happens if you are ordered to leave. They said flatly they won't. They said they are prepared to die as martyrs.
Di Malaysia, orang-orang Umno kata nak protes apa? Semua ok belaka. Itu orang Umno kata. Kami kata lain. Kami peduli apa orang Umno nak kata apa pun. Parti itu mesti dihambat dari persada kuasa.



Read On 23 comments

Adakah Umno terus di ketiak Rosmah dan pertahan kepuanan Melayu?

Mana-mana pendukung dan penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang mahukan penglipur lara percuma malam ini, bolehlah membaca posting Datuk Mohd Ariff Sabri Hj Abdul Aziz bertajuk "On the rounds with Umno".

Mengenai kerajaan Umno di Perak, Mohd Ariff kata:
That thamby in Perak is just there warming the MB's seat. Support for him in his own constituency is dwindling. Perak will be returned to the opposition with a vengeance. In the meantime, we hear Zambry is making hay while the sun shines. Umno people are saying - kita salah rampas.
Adoi! Seronoknya membaca apa yang ditulis oleh bekas Adun Pulau Manis dalam kawasan Pekan itu. Kalau tak dak kerja apa malam ini, bolehlah para penyokong PR berseronok tak tentu pasai. Nanti sat, tau dak makna "making hay while the sun shines"? Tibai cukup-cukup sementara tengah ada peluang.

Mengenai Selangor pula, dia tulis:
Selangor? Even the Auditor General says it's the 2nd best financially managed state after Penang. Who wants to be MB Selangor? Noh Omar? Zain Badak? By the way, where did PLCE ( passed LCE) Satim Diman got his doctorate? Did he buy it or what?
Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Pak Cop (Senator Muhamad Yusof Husin) yang sentiasa di sisi Abang Jannya juga boleh senyum sampai ke telinga:
Kedah- even the Umno people like Ustaz Azizan. He says he now sleeps better when Najib appointed Bashah. Because Najib appoints a person he trusts more than a person he knows can work. Kedah will stay opposition.
Abe Jak atau Abdul Razak Abbas dan anak serta menantu pembesar yang dipeliharanya juga boleh tidur lena. Kecuali kalau Umno hebat sangat kempen dan daya tariknya, ia tetap akan terjadi seperti yang Mohd Ariff kata:
Kelantan? What can we say about Kelantan? Except that every Umno leader will one day become the president of the Kelantan FA. They will then fight out who gets to manage the team and who gets to build new stadiums.
Orang PAS Terengganu juga boleh mengulit mimpi kerana "In Terengganu, there are signs it's going to the opposition".

Pulau Pinang tak payah cakap la:
Penang is a gone case. Lim Guan Eng is simply a good leader. He is a good person. Penang is well managed. Ignore the staged protestations of the street hawkers who have not been paying the rates. Ignore Rizal Merican. The majority support LGE. Penang stays opposition.
Yang saya sedih, dari segi penjimatan, akauntabiliti dan lain-lain ciri kerajaan yang bertanggungjawab, masyarakat terus meletakkan Pulau Pinang lebih baik dari Kelantan dan Kedah. Patutnya negeri-negeri yang diperintah oleh parti Islam lebih baik dari negeri yang diperintah DAP dari segi itu. Adakah para pemimpin kerajaan di Kelantan dan Kedah tak mengamalkan sifat hasad yang baik? Hasad yang baik ialah kita tak boleh tengok orang lain lebih baik dan kita berusaha agar lebih baik dari dia demi mendekatkan diri kepada Allah dan bukan kerana mencari pujian dan kemegahan. Jangan silap faham, bukannya sabotaj orang yang lebih baik dari kita.

Bagi saya, saya malas nak kata padan muka lagi kat Umno hanya dengan membaca posting Mohd Ariff itu. Cukuplah kalau rakyat yang ada akal dapat menafikan majoriti dua pertiga Umno Barisan Nasional (BN).

Kalau Umno BN tak dapat majoriti dua pertiga, Datin Seri Rosmah Mansor dan Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa berundur, berdasarkan tradisi Umno yang buang Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj dan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang tidak perform dalam pilihan raya umum 1969 dan 2008.

Tak taulah kalau kepimpinan Rosmah dan Najib menjadi dewa kayangan dalam Umno dan mereka tetap melompat-lompat atas kepala orang-orang Umno walaupun tak dapat majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang. Kalau itu yang terjadi, nampak sangat orang Umno berasa lazat sungguh memperjuangkan kepuanan Melayu.

Apa salahnya kepuanan Melayu, kan? Apa salahnya Umno berketuakan orang yang siang malam dituduh dan diejek sebagai jantan takut bini. Janji Umno perintah!
Read On 19 comments

Keluarlah dari 'asabiyyah kepartian, parti apa sekalipun

"Saya ada empat anak lelaki. Dan saya akan mengorbankan kesemua mereka dan diri saya sendiri untuk membebaskan Bahrain," demikian keazaman ayah asy-Syahid Mahmoud Makki Abu Takki yang terkorban akibat serangan ganas alat perkakas kerajaan Bahrain ke atas rakyat negara itu yang memprotes dan menuntut kebebasan (sila baca selanjutnya dalam laporan AlJazeera bertajuk "Friends say goodbye to Abu Takki").

Dengan pengorbanan dan darah para syuhada', kita membaca khabar gembira bahawa "Bahrain protests continue; no end in sight". Malah, sudah bergelora perarakan-perarakan kesetiaan kepada para syuhada'.

Bilakah kata-kata seperti yang diucapkan oleh ayah asy-Syahid itu akan dapat kita dengar di negara ini? Angin perubahan sudah mula bertiup (lihat Malaysiakini semalam "Angin perubahaan pada p'raya kampus"). Anak muda sudah bangun melawan. Mampukah angin perubahan menghantar kiamat kecil kepada gerombolan perasuah yang busuk hingga ke usus?

Bilakah rakyat akan sedar bahawa ini bukan perlawanan menentang sesuatu kelompok atau parti? Ini soal menentang penjarahan harta negara, harta rakyat. Bilakah rakyat akan sedar bahawa perlawanan dan penentangan tidak akan berhenti sebaik sahaja gerombolan perasuah yang busuk hingga ke usus dihambat ke kubur kuasa mereka. Jika gerombolan perasuah yang busuk hingga ke usus digantikan oleh gerombolan perasuah yang baru, perlawanan dan penentangan tidak akan berhenti malah akan semakin sengit.

Bilakah perjuangan rakyat di Malaysia akan keluar dari 'asabiyyah kepartian dan api perkauman? Bilakah mereka akan berhenti berjuang atas nama parti dan meledakkan kebangkitan dengan seruan menuntut kebenaran dan keadilan?

Lantaklah bila sekali pun. Yang penting, tolonglah heret orang-orang Melayu keluar dari 'asabiyyah kepartian, tak kiralah parti apa pun. Melayu tidak pernah maju dan tidak akan maju kerana 'asabiyyah kepada mana-mana parti. Tetapi Melayu boleh maju jika mereka meledakkan kebangkitan dengan seruan menuntut kebenaran dan keadilan.

Sementara itu, janganlah berdiam diri ketika orang memerangi kemungkaran. Ia satu jenayah kepada Islam, jenayah di dalam perang menghancurkan kemungkaran.

Berkaitan:
Iran pun bergolak? (IRIB 17/2/11)
Liputan-liputan dalam Bahasa Indonesia
Live Blog - Bahrain (AlJazeera)
Live Blog - Libya (AlJazeera)
Middle East and North Africa unrest (BBC)
Watch live TV news online (Livestation)
A 'time for martyrs' in Bahrain (AlJazeera 20/2/11)
Thousands join Bahrain protests; king to free some political prisoners (AOL News 22/2/11)
Hezbollah statement on the “Crimes committed by the Gaddafi regime” in Libya (Al-Manar 22/2/11)
Gaddafi.. I can burn Lybia if I wanted (Al-Manar 22/2/11)
Israel quietly shuts down embassies as sabers rattle in the Middle East (Politics Daily 18/2/11)
Plunderers of Egyptian people’s wealth.. Documented – Part 1 of 3 (Al-Manar 22/2/11)

Read On 14 comments

Apa salah minyak RON95 naik harga? Janji Umno perintah

"Siapa kata RON95 nak naik...siapa cakap? Khabar angin?...jadi itu khabar anginlah. Biarlah sekadar khabar angin. Tak, setakat ini tidak (naik)," itu kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ismail Sabri Yaakob.

Saya teringin nak tanya balik. Apa salahnya RON95 naik harga? Adakah majoriti orang Melayu akan marah? Tak. Majoriti orang Melayu akan tetap undi Umno Barisan Nasional (BN). Adakah majoriti orang-orang India akan marah? Tak. Majoriti orang India akan tetap undi Umno BN. Tak kisahlah walaupun seorang budak India (kesian aku tengok muka dia) dipaksa kata "Keling babi" baru-baru ini. Adakah majoriti orang-orang Sabah akan marah? Tak. Majoriti orang Sabah akan tetap undi Umno BN. Adakah majoriti orang-orang Sarawak akan marah? Tak. Majoriti orang Sarawak akan tetap undi Umno BN.

Kalau gitu, kenapa menteri tu takut sangat nak mengaku RON95 akan naik harga? Atau, barangkali menteri tu tak tau bahawa ramai rakyat yang sudah terasa bahang kenaikan harga barang terutama barang makanan. Khabarnya, gula dan susu akan naik harga Mac ini. Mungkin juga tepung. Khabarnya.

Kalau naik, apa salahnya gula, susu dan tepung naik harga? Para menteri dah ada hujah bagus. "Gula, susu, tepung tak elok makan banyak-banyak. Mudarat kepada kesihatan. Kalau harga naik, kita akan kurang makan gula, susu, tepung. Kesihatan kita akan bertambah baik". Insya Allah, majoriti orang Melayu, majoriti orang India, majoriti orang Sabah dan majoriti orang Sarawak akan sokong penuh cakap menteri-menteri.

Apa salahnya harga minyak, barang makan dan barang-barang lain naik harga? Majoriti orang Melayu, majoriti orang India, majoriti orang Sabah dan majoriti orang Sarawak akan undi tetap BN. Kerajaan Umno BN tidak akan jatuh. Yang mungkin jatuh ialah pemerintahan Datin Seri Rosmah Mansor yang dibantu Datuk Seri Najib Tun Razak kalau Umno BN tak dapat dua pertiga dalam pilihan raya akan datang.

Ah, apa salahnya semua barang naik harga? Majoriti orang Melayu, majoriti orang India, majoriti orang Sabah dan majoriti orang Sarawak semuanya banyak duit.

Hello, Umno BN, naikkanlah harga barang. Insya Allah, hampa akan tetap menang (gambar Ihsan Malaysiakini)
Read On 23 comments

Nak gaduh apa 1.5 bilion unit saham, janji Umno perintah

Saifuddin Nasution desak Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengumumkan semua penerima saham khas bumiputera berjumlah 1.5 bilion unit yang diagihkan tahun lalu. Ah, takat 1.5 bilion unit apa nak kisah? Sikit sangat tu.

Sejak bulan Ogos 2009 lagi telah dibangkitkan bahawa RM50 bilion saham yang diperuntukkan depada Bumiputera dah hilang, dah melingkup. Dan katanya, ramai kroni-kroni yang dah kenyang. Orang Melayu tak kisah pun. Apa nak heran takat 1.5 bilion unit tu. Orang Melayu tak heran semua tu. RM50 bilion saham ghaib pun depa buat bodoh ja, apa nak kisah 1.5 bilion unit tu. Janji Umno yang perintah.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kata:
"Saya malu...saya sering mempertahankan DEB tetapi jika Melayu menggunakan segala peluang yang diwujudkan dalam DEB, hari ini kita bukan saja mendapat 30 peratus kekayaan negara, malah, lebih dari itu.

"Masalahnya bukan polisi tetapi perlaksanaan. Sepatutnya jika mereka salah guna, mereka tidak boleh mendapatkan bantuan lagi".
Tak pa semua tu. Janji Umno perintah. Apa salahnya hilang ghaib RM50 bilion saham yang diperuntukkan depada Bumiputera? Apa salahnya tak dapat 30 peratus kekayaan negara? Tak pa. Janji Umno perintah.

Yang orang Melayu takut sangat ialah kalau Umno kalah, orang Cina akan berkuasa. Yang orang Melayu takut lebih dari Allah s.w.t. ialah DAP yang berkemungkinan menang sehingga 40 kerusi Parlimen di kawasan-kawasan yang padat dengan pengundi-pengundi Cina. Tu yang menakutkan sangat. Tak kisah walaupun duduk saja goyang kaki, MCA dan Gerakan akan dapat kuasa legislatif di kawasan-kawasan majoriti Melayu seperti Gerik (jumlah pengundi Melayu 73.49 peratus) dan Alor Setar (jumlah pengundi Melayu 62.57 peratus).

Tak kisah sambil duduk saja tak buat apa pun MCA dan Gerakan dapat kuasa legislatif di kawasan-kawasan majoriti Melayu sebab sejak berpuluh-puluh tahun dah kalau depa bertanding di di kawasan-kawasan yang padat dengan pengundi-pengundi Cina, depa mesti melingkup. Apa salahnya MCA, Gerakan dan MIC dapat kuasa legislatif di kawasan-kawasan majoriti Melayu. Apa salahnya, Umno yang bagi. Lain la kalau PAS yang bagi.

Kalau depa dapat kuasa pun, MCA dan Gerakan bukan boleh buat apa. Tengok la macam mana Tan Sri Fong Chan Onn tadbir Kementerian Sumber Manusia dulu. Tak kisah la kalau adayang merungut orang Melayu dianiayakan. Janji Umno perintah. Apa salahnya kalau ada orang Umno mengadu MCA dan Gerakan bagi tekanan terhadap kedatangan pekerja asing yang beragama Islam. Apa salahnya. Bagi la sama pekerja asing dari India, Vietnam dan Nepal datang ke negara ini. Janji Umno perintah.

Tanah rizab Melayu yang tinggal sekitar 1.7 juta hektar sahaja berbanding kira-kira tiga juta hektar waktu negara menyambut kemerdekaan dulu, melingkup sampai lebih dari 43 peratus, tak kisah semua tu. Janji Umno perintah. Lagi pun, semua tu bukan salah Umno. Umno bukan parti Likud yang dikepalai Benjamin Netanyahu. Parti Likud ya la. Umno tak pelingkup tanah orang Islam.

Read On 7 comments

Kita akan diseligi Melayu ayam daging dan Melayu wala'?

Bila baca berita bertajuk "Al-Jazeera TV: Libyan air force bombs protesters in Tripoli", saya teringat ceramah Haji Mohamad Sabu tentang perangai rejim-rejim yang menguasai negara-negara umat Islam. Dalam banyak ceramahnya, lebih kurang dia kata:
"Amerika buat senjata banyak-banyak untuk serang orang lain, serang kita umat Islam. Dia tidak serang rakyat dia sendiri. Kerajaan-kerajaan di negara-negara umat Islam beli senjata banyak-banyak untuk serang rakyat sendiri".
Anda tanyalah diri sendiri, adakah kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) berbelanja sakan untuk perkuat dan ramaikan polis anti rusuhan untuk pertahan negara dari musuh luar atau untuk serang rakyat sendiri?

Negara-negara Arab bergolak sakan. Tunisia, Algeria, Mesir, Yaman, Bahrain dan yang paling ganas menzalimi rakyat yang menuntut keadilan nampaknya Libya. Sama ada analisisnya betul atau tidak, saya tak tau. Tapi saya suka baca tulisan Robert Fisk dalam The Independent bertajuk "These are secular popular revolts – yet everyone is blaming religion".

Paling menarik hati saya ialah pandangan pemimpin terakhir Soviet Union, Mikhail Gorbachev, yang disiarkan oleh RIA Novosti dalam berita bertajuk "Arab unrest not artificially orchestrated - Gorbachev":
The uprisings which have swept across the Middle East and North Africa were inevitable and not provoked by outside forces, former Soviet leader Mikhail Gorbachev said on Monday.

From Bahrain to Yemen, from Algeria to Libya, unrest has spread across the Muslim world in recent weeks as the "Arab street" vents its anger on entrenched and authoritarian leaders.

"The world is transforming now and these processes have to be considered in the context of what is taking place in Europe," Gorbachev said at a news conference in Moscow.

The Arab world is trying to "fight itself free from the grip of poverty and savageness," he said.

"In my view, it is very important that the European countries and the United States react to the occurring events in a responsible manner," Gorbachev said.
Bilakah not artificially orchestrated unrest akan berlaku terhadap Umno BN? Adakah kita terpaksa tunggu sehingga tidak ada lagi orang Cina di negara ini dan tidak ada lagi DAP? Atau, adakah ia tidak akan berlaku sama sekali kerana akhirnya Melayu ayam daging akan berdakap-dakapan dengan Melayu thiqah dan wala'?

Pada masa itu, adakah kita, rakyat yang meluat kepada Umno dan BN akan didebik, diseligi, dibantai dan dibelasah di jalan-jalan raya oleh gabungan Melayu ayam daging dan Melayu thiqah dan wala'? Allahumma solli 'ala Muhammad wa ali Muhammad, wa 'ajjil farajahum!

Berkaitan:
Live Blog - Bahrain (AlJazeera)
Live Blog - Libya (Al Jazeera)
Mesir, CNN puji. Bahrain dan Iran, CNN ada pendapat lain (Dr Faisal Tehrani 21/2/11)The New Language of Revolution (Datin Paduka Marina Mahathir 20/2/11)
Middle East (CNN)
An index of unrest in the Arab world (The Economist 9/11/11)
For US, more at stake in Bahrain than base alone (AFP 21/2/11)
Saudi Arabia says it's ready to help Bahrain's rulers (The Washington Post 20/2/11)
How a broken social contract sparked Bahrain protests (The Christian Science Monitor 21/2/11)
For Bahraini Shi'ites, a long trudge to equality (Reuters 21/2/11)
Bahrain: Days of rage, decades of oppression (Antiwar.com 21/2/11)
Libya: Colonel Gaddafi 'flees' to Venezuela as cities fall to protesters (The Telegraph 21/2/11)
Libya protests spread and intensify (AlJazeera 21/2/11)
Growing army defections reported in Libya (Antiwar.com 20/2/11)
Bloodbath failed: Libya’s pro-west regime at a loss for answers (Antiwar.com 20/2/11)
Thousands rally in Morocco demanding reform (Antiwar.com 20/2/11)
Unrest spreads across Yemen (AlJazeera 20/2/11)

Read On 8 comments

Bukan kerana suka pembangkang, tetapi benci sangat kat Umno

Malaysiakini hari ini menyiarkan berita bertajuk "Azmin rubbishes 'KPI report' which panned him". Sebelum itu, hari ini juga, Free Malaysia Today menyiarkan berita bertajuk "Azmin and six others flunk KPI test" (sila klik gambar di sebelah untuk besarkan).

Kita tak perlu baca berita yang disiarkan oleh FMT itu. Kita juga tak perlu buang masa membaca penafian Azmin Ali dalam berita Malaysiakini itu. Kita dah baca pelbagai rungutan terhadap Azmin. Malangnya, Mamat tu tak pernah jawab dengan meyakinkan. Semakin dia jawab, semakin hilang rasa nak percaya kat dia.

Memang sakit hati. Rakyat seperti saya siang malam berharap Umno dapat dihambat dari tampuk kekuasaan. Parti perasuah yang busuk hingga ke usus itu adalah mudharat paling besar ke atas negara ini. Negara ini tak akan selamat selagi mudharat terbesar itu tak melingkup.

Nak lawan mungkar terbesar itu sorang-sorang mana nak boleh. Nak tak nak, kita terpaksa ambik parti-parti pembangkang sebagai kuda untuk menghambat Umno dari puncak kekuasaan. Bukan sebab kita suka sangat kepada parti-parti pembangkang. Banyak sangat yang kita meluat. Tetapi sebab kita lebih meluat kepada Umno.

Malangnya, banyak jelatang dalam parti-parti pembangkang yang bubuh paku atas jalan perjuangan rakyat yang berusaha menghambat Umno. Pada saya, jelatang-jelatang yang bubuh paku atas jalan perjuangan rakyat itu lebih jahat dari Umno.

Saya tak payah tuduh Azmin adalah salah seorang dari jelatang yang bubuh paku atas jalan perjuangan rakyat. Semua orang ada akal. Boleh nilai sendiri. Yang sah, apa pun orang kata, Azmin tetap wangi di hati Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tak siapa boleh buat apa. Isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan anaknya Nurul Izzah pun tak boleh buat apa-apa.

Berikut ialah sebahagian rungutan yang semakin Azmin jawab semakin kita tak percaya:
"Ahli-ahli PKR di sini mahu saya lawan dengan Azmin, sebab Azmin ‘cakap tak serupa bikin’, di kawasan saya Taman Seri Gombak, Azmin hanya turun melawat dua kali sahaja sejak bergelar Ahli Parlimen. Hand phone tak buka, sms tak jawab" - Abu Bakar Ninggal

"...maka pada hemat kami bila YB Azmin mengambil alih ,perkara ini di masukan dalam rancangan bagi kesejahteraan rakyat yg memilih nya. Tapi hampeehh!! Habis mcm mana kami nak undi beliau lagi pada PRU13 nanti ,jika perkara sebegini pon tidak di ambil perhatian?" - Indraputra 80

"Saudara Azmin, I valued some leaders of PR like TSKI for his professionalism and hard work and YB Zuraidah who at least try to help me. It is my prayer that PR continue to rule Selangor for another 5 years but my worry is that people like you will bring the downfall of PR" - Dr RafickLink
Read On 8 comments

Belum perintah dah nak jadi diktator

Bila Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad "suruh bunuh" kolum Wan Saiful Wan Jan dalam Harakah, saya forward kepada dia mesej yang tak senang dengan tindakannya itu. Dalam jawapannya, Idris membayangkan tindakannya itu didorong oleh kemarahan ahli-ahli terhadap kolum itu.

"Ahli marah mcm mana jadi mcm ini," demikian antara mesej Idris kepada saya. Idris yang membawa aliran pemikiran old school "ana jaga parti" juga meminta saya baca dulu tulisan terakhir Wan Saiful sebelum kolum itu dibunuh - bab old school ni, saya kesian kat Idris. Umur muda lagi, pakai pun macam orang muda. Tetapi pemikiran dia terlalu old school. Barangkali dia thiqah dan wala'.

Sebelum ini, saya tidaklah bercadang nak tulis dalam blog mesej Idris terhadap saya. Tetapi apabila Malaysia Today hari ini menyiarkan tulisan Wan Saiful bertajuk "Beza Harakah PAS dan Utusan UMNO: Satu pandangan peribadi", saya rasa elok juga saya siarkan jawapan Idris itu.

Idris mesti diberi hak untuk membela dirinya. Atas semangat yang sama juga, saya rasa perbezaan pandangan dan pemikiran sepatutnya diberikan hak dan diberi ruang di dalam PAS, kalau pun tidak di dalam Harakah yang menjadi lidah rasmi parti itu.

Cakap bab perbezaan pandangan dan pemikiran, teringat saya buruk kelaku sesetengah pihak berjawatan tinggi dalam PAS yang berkempen ke sana sini supaya diharamkan buku tulisan salah seorang Ahli Jawatankuasa Pusat parti itu sendiri, Dr Mujahid Yusof Rawa bertajuk "Menuju PAS Baru: Krisis, Peluang dan Dinamisme". Mula-mula saya rasa kelakar, nak haramkan lagu mana? PAS bukan kerajaan yang boleh haramkan buku orang. Kalau haramkan dengan cara larang ahli beli pun, kalau ahli-ahli beli jugak, apa depa nak buat?

Selepas rasa kelakar, yang tertanam dalam jiwa saya ialah penolakan terhadap sikap diktator di sebalik tindakan itu. Belum perintah dah nak jadi diktator.

Saya meluat sangat dengan sikap itu. Dr Mujahid tidak tulis dalam lidah rasmi PAS seperti Wan Saiful. Dia tulis dalam buku dia sendiri. Apa hak hang nak haram buku orang?!!

Saya harap Idris tidak mewakili pemikiran ala diktator itu. Idris muda lagi. Baru 40an. Jangan buat kelaku yang menjadi hobi utama diktator-diktator tua yang semakin nak dipupuskan oleh rakyat. Saya juga berharap Idris dapat membebaskan dirinya dari aliran pemikiran kuno yang menjadi hukum-hakam yang wajib bagi sesetengah pemimpin PAS.

Dalam zaman rakyat bangkit memprotes pemimpin ini, kekuatan PAS bukan berpaksi kepada aliran pemikiran kuno yang mewajibkan thiqah dan wala' kepada para pemimpin. Contohnya, bila pemimpin berkendak politik dalam gelap dengan Umno, adakah PAS kuat semula, tidak berpecahbelah dan bersatupadu semula bila dijerit-jerit kononnya Majlis Syura dah bersidang sebelum berkendak dalam gelap? Tak. PAS mengalami perpecahan paling teruk hari ini sejak 1982 (Bab Majlis Syura tu, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman sebut dalam Dewan Rakyat dia tak tau apa. Abdul Halim ialah Ahli Majlis Syura).

Memang thiqah dan wala' ada dalam ajaran Islam. Apa yang Islam ajar kita terima dengan patuh dan kasih kepada Allah s.w.t. Tetapi thiqah dan wala' di tangan sesetengah para pemimpin PAS akhirnya telah menjadi aliran pemikiran kuno yang menjadi hobi utama para diktator.

Dan, kepada Wan Saiful pula, kena la ingat. Harakah tu lidah rasmi PAS. Utusan Malaysia pun tak pernah dinobatkan sebagai lidah rasmi Umno walaupun itulah hakikat. Bila nak tulis dalam lidah rasmi parti, agak-agak la... Mengaji sampai England, takkan tak reti-reti.
Read On 16 comments

Filem PAS tak mampu pecah panggung

Tertinggal jauh di belakang kebijakan politik Umno untuk terus berkuasa, PAS lalu mengadakan konvensyen yang menekankan komitmen untuk mengupayakan bangsa Melayu. Dalam perebutan untuk memenangi hati orang-orang Melayu, Umno jauh ke hadapan meninggalkan PAS yang masih terkudik-kudik mencari kata dan bahasa.

Keputusan pilihan raya 2008 sebenarnya adalah hasil pengkhianatan Umno terhadap orang-orang Melayu melalui persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003. Apabila persempadanan itu akhirnya menjadi senjata makan tuan, Umno tidak terus bangang tak tentu arah.

Parti itu tidak mengambil masa yang lama untuk bergayut pada talian hayatnya - mengapi-apikan perkauman. Katalah apa pun, Umno tak kira. Ia tetap mengapi-apikan perkauman kerana ia tahu itulah satu-satunya talian hayat yang masih ada kepadanya. Dengan kesungguhan yang penuh seluruh, Umno memakaikan DAP dengan mata tersembul terbeliak dan lidah merah terjelir sehingga seluruh Melayu yang bongok menyangka DAP lebih berkuasa dari Allah Ta'ala untuk menghancurkan masa hadapan mereka.

Umno berjaya menerajang Islam ke tepi dan mencacakkan dirinya sebagai "benteng" Melayu.

Kalaulah saya pengkritik filem dan konvensyen PAS yang memfokuskan pengupayaan Melayu itu pula adalah sebuah filem, saya tak akan berpura-pura untuk mereka-reka cerita kononnya ia adalah sebuah filem yang hebat dan gempaq. Tobat lahum saya tak akan kata ia sebuh karya yang mempesona dan mampu menggoda keghairahan orang-orang Melayu untuk berkejar-kejar menikmatinya.

Dengan yakin saya menyatakan bahawa filem bikinan Umno dengan segala api perkauman Melayu dan pengadunan unsur seram melalui hantu bernama DAP akan tetap menjadi filem box-office.

Filem bikinan Umno bukan sahaja memukau perhatian Melayu dengan tema gempaq Melayu dan adunan unsur seramnya, para pemimpin Umno juga begitu kreatif dengan menyelitkan unsur-unsur lawak dalam filem bikinan parti perasuah yang busuk hingga ke usus itu.

Pelbagai akronim seperti NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara tetapi ada orang kata "Najib Kerja, Rosmah Arah"), MEB (Model Ekonomi Baru), MKRA (Bidang Keberhasilan Utama Kementerian), Pemandu (Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi), NKEA (Bidang Ekonomi Utama Negara), ETP (Program Transformasi Ekonomi) dan entah apa menatang lagi yang diperbodoh-bodoh dan ditertawakan oleh orang-orang Umno sendiri diselitkan sebagai bahan lawak jenaka yang menyebabkan orang Melayu jadi suka tak tentu hala.

Mereka bukan tak tahu semua itu adalah raksaksa-raksaksa bulur yang begitu pelahap nak menghabiskan duit mereka, duit rakyat. Tetapi nak buat lagu mana, mereka terhibur sangat dengan unsur-unsur lawak jenaka yang diselitkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dalam filem perkauman Umno itu.

Orang Melayu tak dapat apa pun ketika pemimpin Umno, bini dan anak mereka bertambah kaya hasil pembikinan filem Umno yang penuh dengan gempaq, seram dan lawak itu. Bukan sahaja tak dapat apa. Malah bertambah susah dan sesak hidup mereka. Tetapi orang Melayu tak kisah itu semua. Mereka terhibur sangat dengan wayang Umno itu.

Pada masa yang sama, PAS pula terus berada di tahap ketandusan imaginasi untuk menawan hati orang-orang Melayu. Mungkin orang PAS akan jerkah saya. Dah hang pandai sangat, hang buatlah!

Assalamu'alaikum ya akhi mukhtaram, mai sat nak habaq. Pengkritik filem tak semestinya pandai membikin filem. Tapi derianya boleh menilai mana satu filem yang akan meletup di pawagam. Pengkritik bola tak semestinya pandai main bola. Tapi dia tau mana satu team kelas dunia dan mana satu tahap team estet ja.

Nak habaq lagi, saya bukan apa-apa. Bukan pengkritik, bukan pengulas, bukan apa-apa pun. Saya hanya rakyat biasa yang ingin melihat negara ini boleh menjadi tempat tinggal yang tidak menderitakan anak cucu saya. Untuk mencapai cita-cita itu, kerja pertama saya ialah lawan Umno dulu. Sebabnya, parti itu adalah mudharat paling besar teramat besar kepada negara ini.

Parti lain pula, kalau hampa pun jahat macam tu jugak, hampa pun aku lawan. Nak buat lagu mana, tak lawan ditawan (gambar di atas ihsan Malaysiakini).

Berkaitan:
12 jaminan PAS untuk Malaysia Baru (Harakah Daily 20/2/11)
PAS determined to recover Malay support (Malaysiakini 19/2/11)
Orang Melayu kena tegak Islam bukan Ketuanan Melayu, kata Hadi (Malaysian Insider 19/2/11)
PAS says will prioritise Malays (Malaysian Insider 19/2/11)

Read On 23 comments

PAS pun dah penin, Datuk Seri Azizan!

Dalam perhimpunan ribuan pemuda PAS di Kedah, Menteri Besar negeri itu kata, "Umno la ni macam nyamuk kena ubat nyamuk, penin".

Kalau Umno penin, elok sangat la tu. Kalau betui Umno dah penin, saya berazam nak sujud syukur sungguh-sungguh kepada Allah. Syukran liLlah! Syukran liLlah! Syukran liLlah! Kalau ada duit, saya nak sedekah tang mana yang patut kerana syukur sangat-sangat kepada Allah. Lama dah aku tunggu Umno melingkup. Lama sungguh. Allahummal 'anil jibta wat-taghut!

Tapi, rasanya PAS Kedah pun tak kurang penin. Khabarnya, ramai aktivis dan penggerak penting PAS negeri itu yang dah melugai kat Azizan dan tak dak semangat nak buat kerja. Ada pula saya dengar dakwaan bahawa sebahagian dari mereka menuduh "Pesuruhjaya PAS Kedah (orang) Umno, setiausaha (anggota) polis. Elok la tu".

Saya harap sangat semua dakwaan dan tuduhan itu liar dan tak benar.

Yang lebih kerap dari dakwaan dan tuduhan di atas ialah dakwaan bahawa sejak PAS dengan bantuan parti lain perintah Kedah, tak dak apa yang Islam yang dibuat. Azizan didakwa pantang sangat kalau disebut negeri lain sebagai contoh. Tak kira Kelantan (di bawah PAS) atau Terengganu (di bawah PAS). "Aku ada cara aku," orang mendakwa dia berkata.

Saya tobat lahum tidak akan mendakwa Kelantan tu bagus dan elok. Macam-macam cerita tak elok kita dengar. Tetapi yang paling jelas, Kedah jauh tertinggal dari Kelantan dan Terengganu (di bawah PAS) dalam usaha berdikit-dikit melaksanakan Islam. Habis-habis sangat Azizan didakwa berkata: "Hampa ingat cuci longkang bukan kerja Islam?!"

Yang kelakarnya, perkataan maqasid syari'ah pula didakwa telah diperalatkan sampai lunyai sebagai hujah dan senjata untuk tak nak buat Islam. Pusat-pusat hiburan makin banyak dan makin bermaharajalela - mungkin maqasid syari'ah.

Hujjah kegemaran sesetengah pemimpin PAS ialah macam mana nak buat Islam, tak boleh nak pinda perlembagaan. Hello, saya dengar ada aktivis penting PAS yang kata, "Berkorban tak payah pinda perlembagaan. Berkorban tak bermewah-mewah dan jimat duit rakyat, yang kaki rasuah berkorban (keinginan) tak ambik rasuah. Berkorban tak payah pinda perlembagaan".

Bila orang sebut DAP di Penang terbukti berjaya jimat duit, Ketua Audit Negara puji, hampa marah. Kononnya puji DAP melemahkan semangat orang PAS.

Awal-awal kemenangan dulu, ada jugak Haji Mahfuz Omar sebut fasal hisbah (lihat Malaysia Today 3/4/08 "Kerajaan PR perlu tubuh badan Hisbah"). La ni tak pernah dengar dah kenyataan terbuka dari Naib Presiden PAS itu mengenai perkara tersebut walaupun ada cerita dia letak jawatan sebagai Pengerusi GLC. Letak jawatan ja tak cukup, hisbah mana?

Orang ingat saya personal dengan Azizan. Kalau nak cerita bab peribadi, Azizanlah antara pemimpin PAS yang paling banyak jasa kat aku. Tapi dah saya dengar banyak sangat yang tak kena dengan pemerintahannya, takkan nak duduk diam macam syaitan bisu.

Tetapi yang saya rasa dah sah pening macam nyamuk kena ubat ialah Pemuda Melayu PAS. Dah pandai menyanyi lagu Negaraku nampak. Tentu bersemangat sakan bila sampai tang kata-kata:
raja kita selamat bertakta
Kira hebat Pemuda Melayu PAS. Aku yang koro ni, sejak dari sekolah menengah lagi masa duduk di kampung aku di Matang dulu, bila tok khatib baca doa kat raja, aku tak angkat tangan.

Akhirnya, tahniah untuk orang Kelantan yang nampak bangga sangat dapat raja baru. Orang mendakwa, dia dah masuk campur dah dalam hal ehwal pentadbiran. Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) yang baru didakwa atas kehendak dia. Lepas ni, tak tau apa lagi kelaku dia.

Allahummal 'anil jibta wat-taghut!
Read On 22 comments

Protes mak cik Clinton di Iran

Di Bahrain, ramai yang dilaporkan gugur syahid dan cedera apabila tentera menyerang rakyat yang memprotes (sila klik untuk besarkan besarkan gambar yang dicopy paste dari adam4illinois di sebelah). Jumlah sebenar tak dapat dipastikan berikutan pelbagai versi laporan (lihat gambar-gambar dalam blog Dr Faisal Tehrani di sini dan di sini).

Time melaporkan:
History may be less kind when it comes to Bahrain. As reports of violence increase, President Obama has yet to make a public comment.
Berbeza pula sikapnya terhadap protes di Iran. Dalam laporan bertajuk "Obama encourages Iranian protesters", Dawn.com melaporkan:
US President Barack Obama offered encouragement to protesters in Iran Tuesday, saying he hoped they would have the “courage” to continue expressing their “yearning for greater freedoms.”

Obama said that, unlike in Egypt, Iran’s response to protests has been “to shoot people and beat people and arrest people.”

“And, you know, my hope and expectation is that we’re going to continue to see the people of Iran have the courage to be able to express their yearning for greater freedoms and a more representative government,” he said.
Sebelum itu, AFP melaporkan Setiausaha Negara Amerika Hillary Clinton berkata:
"Let me very clearly and directly support the aspirations of the people who are in the streets in Iran today"
Tidak hairanlah kalau protes di Iran itu dipanggil protes mak cik Clinton.

Adalah diharapkan, apa yang dilaporkan sebagai keinginan anggota-anggota Sepah Pasdaran atau Pengawal Revolusi dapat menjadi kenyataan. The Telegraph melaporkan:
Following the recent violence that occurred during anti-government protests in Egypt, the officers argue that it is against the principles of Shi'ite Islamic law to use violence against their own people.
Dilaporkan juga bahawa:
It goes on to state unequivocally, "We promise our people that we will not shoot nor beat our brothers who are seeking to express legitimate protest against the policies and conduct of their leader."
Dan, bila membaca berita bertajuk "Bahrain Internet traffic down. Blocked?", saya semakin sukar mempercayai berita bertajuk "Gov't won't suppress cyberspace, says PM".

Berkaitan:
Bahrain forces fire at protesters (Al-Jazeera 18/2/11)
Troops open fire on protesters in Bahrain (NPR 18/2/11)
Live Blog - Bahrain (Al-Jazeera)
Bahrain (CNN)
Updates (BBC)
Here we go again: Egypt to Bahrain (Al-Jazeera 18/2/11)
Read On 0 comments

DAP lebih ditakuti dari Allah

Kalau Umno menang dan terus perintah Malaysia sampai kiamat kerana dia berjaya takut-takutkan Melayu dengan slogan "kuasa Melayu terancam", saya tak bantah. Kalau Umno menang dan terus perintah Malaysia sampai kiamat kerana dia berjaya takut-takutkan Melayu dengan hantu bernama DAP, saya tak bantah. Ancaman palsu ka, hantu palsu ka, itu kebijakan Umno berpolitik.

PAS pula kelihatan terkapai-kapai tak berdaya nak melawan arus dan bisa slogan Umno itu. Tumpul segala akal, kontot semua imaginasi.

Nak bantah apa, Umno pandai. Parti perasuah berjaya jadikan Melayu bangsa penakut. Takut ancaman palsu. Takut hantu palsu. Nak bantah apa. Umno cerdik. Dia berjaya jadikan Melayu lebih takut DAP dari Allah s.w.t.

Perasuah orang Melayu tak takut, penyeleweng harta negara orang Melayu tak takut, kaki bomoh Hindu orang Melayu tak takut, tinggal sembahyang, minum arak, berzina, berjudi, semua orang Melayu tak takut. Yang orang Melayu takut sangat ialah DAP. Hebat DAP. Lebih ditakuti mengalahkan Allah Ta'ala.

Itulah kebijakan Umno mempertahankan kuasanya. Nak salahkan Umno saja? Ah, ketika dia menjadi Menteri Besar Perak, Haji Mohammad Nizar Jamaluddin telah memberi ammunition atau peluru percuma kepada Umno.

Kesimpulannya, saya tak gaduh kalau Umno menang kerana kebijakannya mempondankan Melayu bila berhadapan dengan DAP. Melayu lebih takut DAP dari Allah.

Yang saya tak boleh setuju ialah jika Suruhanja Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara dijadikan kuda tunggangan untuk memastikan kemenangan Umno. Saya tak dan nak tulis banyak. Nak pi epot (airport). Hantar kawan. Pi tengoklah sendiri Harakah terbaru (aku bukan iklan Harakah kat sini, tak dapat kamsen pun).

Kalau Umno tak puas hati, dia ada kuasa untuk saman Harakah.
Read On 9 comments

Revolusi rakyat Malaysia dalam Facebook

Anda ada akaun Facebook? Join segera "Keadilan Untuk Allahyarham Sa'aid & Adik Ahmad Nizamudin"! Join sekarang juga! Revolusi Rakyat! Sebarkan kepada friends anda!! Segera!!

Berikut ialah mesej dari pentadbir lama "Keadilan Untuk Allahyarham Sa'aid & Adik Ahmad Nizamudin" itu:
Laman "Keadilan Untuk Allahyarham Sa'aid & Adik Ahmad Nizamudin" diwujudkan untuk menuntut keadilan kepada Allahyarham Sa'aid bin Mat Hassan & juga kes tembakan terhadap saksi kejadian pukul sampai mati Allahyarham yang juga merupakan anak saudara kepada Allahyarham.

Setakat laman ini diwujudkan, pihak yang bertanggungjawab diatas kematian mangsa dan juga kecederaan Adik Nizamudin telah mengeluarkan kenyataan yang sangat-sangat bercanggah dengan apa yang sebenarnya berlaku.

Kami telah melihat bagaimana mangsa-mangsa keganasan pihak berkuasa seperti Teoh Beng Hock, Aminurrashid, Kugen dan lain-lain mangsa di pinggirkan kes-kes mereka sehingga ke hari ini. kalau ada yang dibicarakanpun, ianya sekadar "melepas batuk ditangga" tiada kesungguhan didalam membongkar apa sebenarnya yang berlaku.

Kami sudah muak dengan apa yang menimpa rakyat bawahan seperti kami yang selalu dianak-tirikan. ini bukan negara yang kami mahukan dan ini juga bukan jenis pihak berkuasa yang kami boleh harapkan dalam kesulitan.

Diharap dengan adanya Pages ini, rakyat akan mendapat maklumat yang sebenar yang sudah tentu akan disembunyikan oleh pihak Media Perdana & juga pimpinan-pimpinan tertinggi pihak berkuasa atas kepentingan mereka sekaligus dengan cara itu, perlembagaan & perundangan negara semakin hancur.

Jangan lacurkan Perlembagaan & juga Perundangan negara yang sepatutnya dijunjung.

Pihak Admin akan terus membongkar apa sahaja penipuan dari pihak-pihak yang berkenaan. "Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah!" - jangan sembunyikan fakta demi kepentingan atau "nama" pihak-pihak yang berkenaan. tidak salah jika kita mengaku kesilapan. "Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya"
Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan takziah tak terhingga kepada Abang Mat (Haji Mohamad Sabu), Din Sabu, Abang Lah dan semua keluarga kerana kembalinya emak mereka ke pangkuan Penciptanya. Ya Allah, limpahkanlah bonda Halijah Mat, 91, dengan keampunan dan kasih sayang-Mu yang berkekalan. Dan, tolonglah limpahkan juga anak saya, kekasih hati abah Muhammad Sadiq (2/1/94 - 4/12/10) dengan keampunan dan kasih sayang-Mu yang berkekalan. Begitu juga kedua ibu bapa kami, mu'minin mu'minat, muslimin muslimat.
Read On 12 comments

PM tak takut pelajar, orang tuduh dia takut bini

Di Indonesia dulu, ada kitaran pelajar takut pensyarah, pensyarah takut dosen, dosen takut menteri, menteri takut presiden, presiden takut pelajar. Di negara kita, tak ada kitaran seperti itu. Di negara kita, pelajar takut pensyarah, pensyarah takut NC, NC takut menteri, menteri takut Perdana Menteri dan Perdana Menteri pula tak takut pelajar, orang tuduh dia takut bini.

Bukan tak ada perkara luar biasa. Saya pernah dengar cerita pelajar yang dah tak tahan sakit hati, dia masuk bilik TNC bahagian HEP, dia tutup pintu, dia pergi kat TNC tu, bubuh penampaq sekali kat muka dia dan keluar dari bilik itu. Tidak diketahui kenapa TNC tu tak report. Agaknya, dia malu nak report dia kena penampaq dengan student.

Dan, jika pelajar jenis ayam daging rasa budak itu kena buang, dia dah pun graduated.

Hari ini, Malaysiakini melaporkan bertita bertajuk "Pelajar UM usung 'mayat' bantah calon ditolak". Mesir jauh, Tunisia pun jauh, tetapi yang jauh pun lambat laun akan sampai.

Sementara itu, mari kita buang 'asabiyyah kepada mana-mana parti, kita lawan semua pemimpin yang menyalahgunakan kuasa, tak kira dari parti mana pun. Kita beri tau rakyat bahawa mudharat terbesar kepada negara ini ialah Umno Barisan Nasional (BN) walaupun parti-parti lain pun mudharat juga. Tak payah nak perasan la konon hanya Umno BN sahaja yang mudharat. Tinggal lagi, Umno BN adalah mudharat terbesar.

Berkaitan:
Angry students breaks door to VC's office (Malaysiakini 17/2/11)
Demokrasi: Suhakam diminta desak universiti (Harakah Daily 16/2/11)
Read On 4 comments

Dr Mahathir juga boleh dituduh "menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik"

Kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata:
"...alangkah baiknya jika Nik Aziz berhenti daripada menyalahguna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri. Tidak ada sesiapa yang dapat lari daripada hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t."
Saya tidak ada bantahan. Jika benar dan jika terbukti Mursyidul Am PAS itu "menyalahguna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri", saya juga menyeru agar beliau menghentikan perbuatan itu.

Saya juga berharap Dr Mahathir agar menasihati para pemimpin Umno supaya jangan memperalat dan memanipulasi bangsa Melayu semata-mata kerana hendak terus bersedap-sedap menyalahgunakan kuasa merompak harta negara. Seorang bekas menteri kanan Umno memberitahu, rasuah paling teruk kini, di zaman Datuk Seri Najib Tun Razak.

Oleh kerana menteri kanan Umno itu tak pesan "off the record" bila dia memberitahu perkara itu, saya tulislah di sini.

Saya juga berharap Dr Mahathir berlaku jujur terhadap perasaannya sendiri mengenai kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak yang dikecamnya dalam satu ucapan yang diberikannya secara ihsan. Saya kata ucapan yang diberikan secara ihsan sebab ketika dipanggil memberi ucapan tersebut, Dr Mahathir bergurau dengan penganjur majlis itu kerana memanggilnya berucap tanpa memberikan bayaran satu sen pun. Sedangkan orang lain (orang luar negara agaknya) bagi duit kalau nak panggil bekas Perdana Menteri itu berucap.

Dr Mahathir tentu ingat majlis yang saya maksudkan itu.

Sambung balik fasal posting bekas Presiden Umno itu semalam yang bertajuk "Jawapan kepada Nik Aziz". Antara lain, beliau tulis:
Apakah Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah tidak berjasa kepada Islam apabila dia membina Masjid Dhirar? (sila klik gambar di atas untuk melihat ayat tersebut)
Saya harap Dr Mahathir segera menarik balik ayat tersebut. Saya percaya, beliau kini menjadi bahan tertawaan dan ejekan ramai umat Islam kerana ayat tersebut.

Ayat itu bukan kesilapan kecil tetapi kesilapan besar teramat besar yang amat fundamental. Tidak melampau kalau saya katakan ayat itu amat menyinggung perasaan RasuluLlah s.'a.w.w. Kalaulah RasuluLlah masih ada, tentu ia amat murka dengan ayat itu. Dr Mahathir tentu tahu, kemurkaan RasuluLlah adalah kemurkaan Allah s.w.t.

Harap Dr Mahathir menarik balik ayat itu kerana ayat itu boleh menyebabkan Dr Mahathir juga disifatkan "menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik".

Berkaitan:
‘Nik Aziz working with the devil’ (FMT 16/2/11)
Stop abusing Islam, ex-PM tells Nik Aziz (Malaysiakini 16/2/11)
Mahathir gesa Nik Aziz henti salah tafsir Islam kerana politik diri sendiri (Malaysian Insider 16/2/11)
Nik Aziz only wants to win general election, says Mahathir (Bernama 16/2/11

Read On 18 comments

Terima kasih Lokman, ramai lagi la yang benci Rosmah

Tak berapa hari selepas Lokman Nor Adam merajuk dari PKR, saya menemani seorang aktivis PAS menemuinya. Dalam pertemuan itu dia mengadu kesusahan hidupnya. Dia juga mendebik Azmin Ali, Senator Mohamad Ezam Mohd Noor dan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerana "hidupan mewah". Mohamad Ezamlah yang paling teruk didebiknya. Sampai ke peringkat tuduhan penggelapan wang. Mengenai Dr Wan Azizah pula, dia mendakwa baju-baju yang dipakai oleh Presiden PKR itu "harga beribu-ribu".

Saya sebagai peneman aktivis PAS tersebut, mendengar sahaja. Kadang-kadang melopong. Nak kata betul saya tak ada maklumat. Nak kata tak betul pun tak ada maklumat. Biasanya, saya malas menjadi lawyer tak berbayar. Memang, kalau kawan-kawan dari Umno menghentam pemimpin pembangkang, biasanya saya diam ja. Saya tak nak jadi lawyer tak berbayar kepada mereka. Tetapi, time aku hentam pemimpin-pemimpin Umno BN, mula la depa buat tergeliat telinga. 'Asabiyyah parti kuat nak mampoih, tak kira orang parti mana pun.

Semalam, Lokman tibai lagi 'gaya hidup mewah' Dr Wan Azizah. Hari ni orang jawab dalam Malaysiakini, "Who is high maintenance - FLOM or Kak Wan?"

Saya juga selalu mendengar kisah gaya hidup mewah tahap melampau Datin Seri Rosmah Mansor (sila klik gambar di atas supaya lebih cantik). Saya dengar ja. Saya tak tahu. Datuk Mumtaz Jaafar mungkin lebih tahu. Tetapi, bila banyak sangat orang bercerita, saya tak berani nak menolak cerita-cerita itu.

Malah, orang-orang veteran dalam Umno yang mengecam cara Rosmah berbelanja siap bercerita pesanan ayah Datuk Seri Najib, Tun Abdul Razak Hussein kepada isterinya, Tun Rahah Mohd Noah supaya berbelanja mengikut peruntukan. Abdul Razak tak nak malu kepada pegawai-pegawai jika isterinya berbelanja berlebihan, kata mereka. Mereka juga memberitahu, Rahah setia kepada pesanan suaminya dan tak pernah berlebihan.

Bagi saya, Rosmah seorang yang unik. Bukan senang nak jumpa seseorang yang dibenci oleh hampir semua orang - dari veteran Umno, orang Umno sampailah kepada budak-budak. Saya melihat sendiri budak yang berpaling dari TV dan minta TV ditutup apabila keluar muka Rosmah. "Kami tak ajar," kata ayahnya.

Apa pun, terima kasih Lokman kerana membuka peluang kepada lebih ramai rakyat untuk mengenali dan membenci Rosmah.

Berkaitan:
Azizah: Baju saja tak semahal itu (Malaysiakini 15/2/11)
Lokman selar 'gaya hidup mewah' Wan Azizah (Malaysiakini 15/2/11)
Azizah: My clothes not that pricey (Malaysiakini 15/2/11)
Lokman bashes Wan Azizah's 'expensive lifestyle' (Malaysiakini 15/2/11
Read On 6 comments

Musa bogelkan Hisham, Hisham telanjangkan Musa. Auww!

Mula-mula, saya ghairah membaca "The warlords and the de facto IGP" yang disiarkan Malaysia Today hari ini. Baca punya baca, saya terasa macam ada orang di belakang artikel itu. Saya rasa macam bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Tapi tak berani la nak tuduh dia. Nak tuduh lagu mana, tak ada bukti.

Memang, Musa dikaitkan dengan pelbagai cerita negatif. Watak-watak seperti BK Tan dan Tengku Goh dikaitkan dengannya. Pemangsaan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Ramli Yusoff juga dikaitkan dengannya.

Saya masuk lokap kerana bubuh logo kepala anjing yang saya copy paste dari tempat lain juga amat berkait rapat dengan rasa tidak puas hati terhadap Musa yang begitu dikaitkan dengan dunia jenayah. Saya tidak benci semua polis. Tapi, takkan nak duduk diam jika pelbagai cerita disiarkan tentang hubungan ketua polis dan dunia jenayah. Si ketua polis pula buat bodoh ja dan tak mahu membersihkan namanya.

Saya dah sebut masa saya ditangkap, saya benci polis jahat ja. Polis baik pula, berdosa kalau saya benci.

Balik kepada artikel tu. Katakanlah benar Musa di belakang artikel itu untuk melepaskan apa yang didakwa sebagai dendamnya kepada Menteri Dalam Negeri Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Adakah kita akan kata, ah tak betullah, Musa di belakang artikel itu. Nak kata gitu?

Benarkah semua yang ditulis dalam artikel itu tak betul semuanya? Sama seperti kebanyakan orang lain, saya tak tahu.

Tetapi yang pasti rasanya, Hishammuddin dan pak yet-pak yetnya tidak akan berdiam diri. Kalau dia pun terasa Musa yang bogelkan dia, mungkin dia akan londehkan Musa pula.

Hishammuddin memang kelihatan menjadi belasahan pelbagai pihak. Ada orang kata, bukan Musa sahaja yang tak puas dengannya. Budak-budak Tun Dr Mahathir Mohamad pun tak henti-henti serang Naib Presiden Umno itu - dengan intensity yang sama seperti mereka bela Tan Sri Tajuddin Ramli.

Sebut fasal Tajuddin, teringat pula waktu makan tengah hari tadi, seseorang yang dulunya dikenali sebagai Daim boys memberitahu saya, "Actually, they are protecting Mahathir, not Tajuddin". Saya tak nak kacau orang yang dah pencen. Lagi pun, banyak sumber melaporkan, termasuk seorang bekas menteri kanan, bahawa Dr Mahathir kini merasa amat jengkel dan sakit hati sangat terhadap kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Read On 3 comments

Maulidur-Rasul: Tolak pemimpin yang buruk dan busukkan Islam

Siang semalam ada sambutan Maulidur-Rasul. Allahumma solli 'ala Muhammad wa ali Muhammad wa 'ajjil farajahum sharif!

Bila orang sambut Maulidur-Rasul, entah kenapa saya teringat cerita kawan saya tentang seseorang yang dianggap wali di Indonesia. Banyaklah dia bercerita tentang orang yang dianggap wali itu. Saya tak kata apa. Saya dengar ja. Saya jaga mulut saya.

Tetapi, ada di antara perilaku orang itu yang saya yakin tidak selaras dengan akhlaq RasuluLlah s.'a.w.w. Saya pun check dengan beberapa ustaz sama ada RasuluLlah pernah buat kelaku lagu tu atau tidak. Tak ada. Saya lalu membuat keputusan bahawa orang itu bukan wali.

Saya tak kata apa bila kisah "wali" di Indonesia itu diceritakan kepada saya sebab beberapa tahun lalu, ketika beberapa kawan-kawan menceritakan kisah seseorang yang lurus bendul yang dianggap wali, saya terus meningkah, "Tu bukan wali, tu bangang! Mana pergi sifat fatanah? Wali mesti ikut sifat RasuluLlah, sidiq (benar), amanah, tabligh (menyampaikan), fatanah (bijaksana)".

Salah seorang dari kawan-kawan itu mengherdik saya, "Hang kapiaq, bakaq". Saya tak jawab apa-apa. Takut bergaduh pulak sat gi.

Saya teringat kata-kata beberapa orang yang menyifatkan bekas presiden Indonesia, Gus Dur sebagai wali. "La ya'riful wali illal wali," kata mereka. Lebih kurang makna dia, tak akan kenal wali melainkan (orang itu juga) wali. Kira-kira, hanya wali yang kenal wali. Lantak depalah.

Bagi saya, wali tak wali, saya tengok dulu kelakunya. Kalau ada kelakunya yang terlalu ketara bertentangan dengan amalan dan akhlaq Nabi Muhammad, orang tu sah-sah bukan wali. Mampoih pi la kalau orang anggap dia wali.

Saya cerita bab wali sebab nak masuk cerita politik pula. Pemimpin politik juga mesti menjadi cerminan kelakuan dan akhlaq RasuluLlah. Tak kira sama ada dari segi cakap atau buat. Bukan takat cakap ja, tapi tak buat. Takat sembang deras, aku lagi pandai.

Bila kita tengok seseorang pemimpin politik, kita kena ingat balik ada dak kelaku dia yang nampak sangat bertentangan dengan kelakuan dan akhlaq RasuluLlah. Kalau banyak sangat kelaku dia yang bertentangan dengan akhlaq dan kelakuan RasuluLlah, jahat sungguh kita ni kalau kita pilih dia sebagai pemimpin.

Orang boleh kata, kalau nak samakan dengan RasuluLlah, mana cari pemimpin yang macam tu? Memang tak ada. Ok, saya tak nak ambik kira perbuatan yang mengakibatkan dosa kecil. Tapi mesti ingat, dosa kecil pun boleh jadi dosa besar. Perbuatan meremehkan dosa kecil menjadi dosa besar. Jangan dok kata, "Elleh tak pa, dosa kecik ja". Kata-kata seperti itu mengakibatkan dosa besar.

Saya maksudkan dosa besar seperti rasuah, tibai harta rakyat (tak kiralah walaupun kononnya untuk parti dan bukan untuk diri sendiri), menyeleweng, berdiam diri apabila anak menantu dan kroni menimbunkan kekayaan secara batil, menggunakan kuasa merosakkan alam semula jadi, jadi pak yet raja jahat, salah laku seks, minum arak, berjudi, beriman kepada bomoh, sombong, kuat puji diri, bongkak, takbur dan lain-lain dosa besar. Pemimpin politik beragama Islam seperti itu, tak kira la sembang deras macam mana pun, bukan sahaja bertentangan dengan sifat RasuluLlah malah sebenarnya musuh Islam. Merekalah yang memberikan nama yang buruk dan busuk kepada Islam.

Akhirnya, ketika Maulidur-Rasul disambut, Nora dizalimi lagi.

Berkaitan:
Kita yang sebenarnya tak mengenal Muhammad

Read On 11 comments

Di sini tak ada cerita tenggek amah

Edyes tulis:
Justeru itu, adakah ribuan blogger pro Pakatan Rakyat hanya akan membiarkan kes ini berjalan seperti angin lalu? Membiarkan blogger sharpshooter terkapai-kapai? Atau sedia untuk bergabung bagi satu perlawanan di antara menteri dan blogger yang akan menentukan nasib semua blogger? (baca sepenuhnnya di sini)
Hari ni hari Din Binjai. Esok lusa mungkin hari kita. Din disaman oleh menteri Umno, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim berikutan hebohnya perbuatan terkutuk tibai amah. Saya tak tahu sama ada betul atau tidak Rais dah tenggek amah dia. Tapi, Rais nampaknya sangat berang. Ramai yang sebarluaskan cerita itu. Tetapi Din yang jadi pilihan Rais memuaskan amarah berangnya.

Tak cukup setakat kita nyatakan sokongan dalam blog sahaja. Saya harap blogger-blogger yang prihatin dapat berkumpul. Nanti saya bincang dengan Edyes nak buat lagu mana.

Sementara itu, tolonglah sebarkan apa yang berlaku kepada Din kepada yang lain.
Read On 5 comments

Kami tak hairan harga barang mengamuk, kami bukan orang Mesir

Datuk Narendra Kumar Jasani ialah seorang chartered accountant. Dia pandai ekonomi. bakaq mana reti ekonomi. Jangan kata ekonomi, ilmu apa pun aku tak belajaq.

Dia kata, orang Malaysia tak perlu risau sangat tentang harga barang-barang keperluan seperti makanan dan minyak jika negara ini dapat melangkah ke arah ekonomi bernilai tinggi (saya tak reti istilah tepat high-value economy dalam Bahasa Melayu), dan dari negara berpendapatan sederhana kepada negara berpendapatan tinggi.

"Ya, harga makanan akan naik tetapi jika pendapatan rakyat meningkat 30 peratus dan harga makanan naik hanya 10 peratus, kesannya tidak begitu berat," lebih kurang gitulah dia kata (sila baca sepenuhnya dalam MySinchew 14/2/11 "Higher prices for essential items cannot impact high income nation")

Assalamu'alaikum dan selamat berbahagia orang Malaysia
Di Bagan Pinang, di Hulu Selangor, di Galas, di Tenang, di Merlimau, di Kerdau
Di mana jua anda berada
Apa nak kisah harga minyak mencanak
Apa nak gundah harga pengisi tembolok mengamuk
Kalau pendapatan kita naik 30 peratus
Setakat naik harga 10 peratus, apa barang!

Bukan Datin Seri Rosmah Mansor saja yang tak bimbang
Kita juga tak perlu berang
Kita orang Malaysia
Kita bukan orang Tunisia
Kita bukan orang Mesir
Setakat naik harga 10 peratus, apa barang!
Kalau pendapatan kita naik 30 peratus

Selamat mencanak harga minyak
Selamat mengamuk harga pengisi tembolok
Kami orang Malaysia
Kami bukan orang Mesir, bukan orang Tunisia

Berkaitan:
High food prices helped spark Egypt protests (VOANews 14/2/11)
Chart of the week: fighting inflation (Financial Times 14/2/11)
Rain in Saskatchewan, revolution in Egypt: How soaring food prices helped topple dictator (The Gazette 13/2/11)
Rice shortage fear (The Sun 13/2/11)
Divided views on rate hike (The Star 12/2/11)
Zoellick says rising food prices squeeze neediest (Bloomberg 11/2/11)
Ringgit weakens on speculation funds may exit on inflation risk (Bloomberg 9/2/11)
High food prices cause for concern (The Star 7/2/11)
Higher food prices here to stay: analysts (Free Malaysia Today 6/2/11)
Food price inflation rears ugly head in Asia (Business Times 21/1/11)
Likely hike in food prices (The Star 9/1/11)
Record high food prices feed global fears (Malaysian Insider 7/1/11)
Read On 10 comments

Valentine Day: Kalau cinta minta hari khusus, benci pun nak jugak!

Posting blog bertajuk "Sharifah Sofia Pertikai Valentine Day Haram" menarik perhatian saya. Saya juga melihat beberapa posting blog yang sinis terhadap kerja-kerja mencegah mungkar pada Hari Valentine. Pandai depa menulis secara sinis. Rasa nak bagi tahniah berlori-lori...

Tetapi, saya lebih tertarik kepada tulisan Ustaz Muhsin Labib bertajuk "Latah’s Day"? Saya petik sebahagiannya di bawah:
Islam tentu tidak menentang orang bergembira apalagi berbagi kado kepada orang yang amat dicintai, bahkan menganggap setiap hari, sebagai hari cinta. Namun prilaku ‘latah’ meniru tradisi bangsa lain, apalagi akar sejarahnya tidak jelas, sungguh bertentangan sikap ‘menghormati diri sendiri’. Allah melarang kita bertindak latah dalam firman-Nya, “Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mengetahui tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan diminta pertangggungjawaban (QS Al Isra’ : 36)”

Di tengah situasi negeri yang sangat murung ini, saling berbagi kado antar orang kaya tentu akan terasa lebih menyakitkan. Bukankah lebih bijak bila biaya asesoris yang mewah dan mubazir itu dijadikan sebagai dana sumbangan untuk korban bencana alam dan bencana-bencana ekonomi lainnya?

“Kalau cinta punya hari khusus, dikhawatirkan benci juga minta hari khusus”, kelakar teman saya. Selamat berbagi cinta dan kasih! (Baca sepenuhnya di sini)
Read On 19 comments

Mat Saman Kati keluar PKR

Akhirnya blogger terkenal yang pakai nama Mat Saman Kati (bukan tok guru saya, Almarhum Tuan Guru Mat Saman Kati) mengambil keputusan keluar dari PKR. Bacalah alasan beliau berbuat demikian di sini.

Tak pa la. Kita sama-sama tak dak parti, Mat. Aku pun takat sokong perkara 3, 4 dan 5 Perlembagaan PAS sahaja. Dasar PAS ialah Islam. Seruan PAS ialah Allahu Akbar. Tujuan PAS juga sangat baik (baca di sini). Dah benda baik, mestilah sokong.

Tetapi, buruk kelaku sebahagian pemimpin PAS, anak menantu pemimpin PAS, pembodek-pembodek pemimpin PAS terutama yang nampak sangat kaya tak fasal-fasal, itu semua aku benci. Ahli-ahli PAS yang ikhlas pula, berdosalah aku kalau aku tak suka kat depa. Lantak pi la walaupun ada dari mereka yang bila tengok aku, muka penuh dengan signs of disapproval macam tengok babi bergerak.

Orang-orang yang ikhlas tidak boleh kita tak suka - walaupun malangnya keikhlasan mereka tersasar menjadi 'asabiyyah tak tentu hala kepada pemimpin-pemimpin PAS. Itu aku tak setuju dan benci.

Kepada Mat Saman Kati, aku dengaq hang banyak projek. Bukan projek buat duit. Tetapi projek menyantuni rakyat miskin. Harap ajak la aku sama. Aku pun teringin nak pahala jugak.

Aku yakin, keluar PKR bukan bermakna sokong Umno Barisan Nasional (BN). Aku cukup benci benda macam tu. Tak suka PKR, jilat Umno. Benci PAS, tenggek atas belakang Umno. Siap cari makan dengan Umno lagi. Kelaku sial macam tu aku benci sungguh!

Kepada para pemimpin PKR dan PAS, komen indraputra80 di bawah posting Mat Saman Kati tu, tolonglah jadikan pengajaran. Saya copy paste:
Gua yg.sama sama Azmin sejak 1999 di Hulu Kelang atau bahasa mudah nya di Pejabat nya di Melawati/Klang gate.,masih ingat lagi betapa kami i.e Ulik,Mat Kawait,Hasnah,Din Perdana d.l.l,bekerja keras utk nya atau dgn maksud utk KEADILAN.,dan kami bersyukur kerana beliau Menang.,

Tahun 2004,beliau kalah dan kami sama sama menanggung kesedihan.

Tapi selepas itu kami di lupakan ,tambah pula ,bila beliau Menang di DUN Bt.Antarabangsa,dan P.Gombak.

Nak jumpa pun susah.,

Kami BUKAN nak minta wang,kami ada wang,bukan nak jumpa pasal minta project, kami pon x menang tangan dgn beberapa project bernilai jutaan ringgit.,kami bukan nak minta tanah, walaupun hati kami sakit melihat Pak Indon yg.conquer.tanah di beberapa kawasan Bukit Antarabangsa berhampiran Sungai Sering,.

Kami nak jumpa pasal lorong di antara jalan berhampiran rumah Siti Norhaliza(Bukit Mulia) menuruni ke Kondo River Dale yang perlu baiki atau di perbesarkan.,kerana keadaan nya sekarang amat berbahaya,di mana terdapat lobang yg.menyukarkan kereta(Berselisih) keluar masuk di situ.

Keadaan ini sudah lama berlarutan dari zaman BN berkuasa, maka pada hemat kami bila YB Azmin mengambil alih ,perkara ini di masukan dalam rancangan bagi kesejahteraan rakyat yg memilih nya.

Tapi hampeehh!!

Habis mcm mana kami nak undi beliau lagi pada PRU13 nanti ,jika perkara sebegini pon tidak di ambil perhatian?

Untuk meninggalkan PKR mcm MSK gek lah” kami masih lagi memegang prinsip yang diperjuangkan”

Jdi sebelum perkara nie menjadi barah, berjumpa dan berbincang bincang lah dgn kami dan sudi sudi lah berjemaah di Surau Bulit Mulia, jika ada kelapangan.,sebelum Zul(Kulim) janggut sejemput masuk jarum.

PLZZZ!!!!
Read On 7 comments
 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008