Sedap!! Klik gambar di atas!

Tunggulah artikel terhebat abad ini dari Presiden PAS

Update 22/11/12

Artikel yang dimaksudkan dalam posting ini tersiar dalam Harakah Daily hari ini bertajuk "Politik Islam ada feqahnya".

Posting asal

Oleh kerana bukan Haji Khalid Abdul Samad atau Hanipa Maidin yang buat hal, saya difahamkan Presiden PAS membuat keputusan akan menulis artikel tanpa menyebut nama sesiapa tentang apa yang sedang panas sekarang - iaitu tentang Datuk Dr Hassan Mohamed Ali yang PAS tahu what he did last puasa.

Biasa la, dah penat-penat bercakap, bertegang leher dan bertikam lidah dalam mesyuarat, orang terakhir yang akan bercakap ialah Presiden. Dia pun mengambil kesempatan itu untuk buat kesimpulan apa yang dia nak buat. Bukan keputusan mesyuarat. Keputusan dia, sebab dikhabarkan bahawa majoriti ahli mesyuarat lujnah politik semalam mahu tindakan diambil ke atas Dr Hassan.

Tapi, sebab dia tak nak ambil tindakan sebab yang buat kelaku tu bukan Khalid atau Hanipa, Presiden PAS kata dia nak tulis artikel mengenai apa yang berlaku itu tanpa menyebut nama sesiapa. Tunggulah artikel terhebat abad ini itu!

Yang ahli-ahli mesyuarat lain pula mengkhianati amanah ahli-ahli kepada mereka dengan kelaku mereka ahlil budaya Melayu yang malu alah kepada Presiden. Betul ka asal budaya Melayu mesti malu alah. Kenapa? Kalau tak malu alah tu kurang ajaq ka?

Yang menyalak sakan dalam mesyuarat semalam ialah si jahil murakkab yang ghurur yang hidup mewah dari sumber mana yang Allah s.w.t. jua yang akan menunjukkan kepada rakyat di Akhirat nanti. Kalau dia bukan anak ayah dia, bolehkah dia hidup mewah macam tu?

Jahil murakkab itu tak reti nak bezakan antara kritikan dan sabotaj atau pengkhianatan. This time around, i do not want to mince my words sebab depa ni bubuh paku atas jalan rakyat yang dok berlawan dengan Umno. Setakat menghafal macam burung kakak tua tetapi bila berhujjah guna dialektik yang orang jahil macam aku pun tak tergamak nak bagi terkeluar dari mulut aku serta qias ma'al fariq tak habis-habis, baik duduk diam-diam la.

Semalam belum habis lagi? Yang ni pun belum habis lagi.

PAS takut nak ambil tindakan sebab bimbang Mamat tu boleh cry foul dan Umno pun akan eksploit tindakan tersebut untuk tuduh PAS jahat? Hello, sampai berapa kurun Zulkifli Nordin dapat menghisteriakan dirinya untuk menagih simpati dengan menggunakan tindakan PKR memecatnya? (Sebelum ni saya pun tulis yang dia serta syaitan-syaitan yang menyokongnya akan eksploit gila-gila tindakan memecatnya, tetapi soalnya adakah dok biar orang baling taik tak habis-habis kat muka kita adalah tindakan yang taktikal atau disuruh oleh Islam?)

Sebelum ini, saya memang berjanji tak akan tulis apa berlaku dalam mesyuarat PAS sebab kasihan kat kawan-kawan yang selalu dituduh membocorkan maklumat kepada saya. Yang awal-awal kena semua orang tahu. Walaupun saya tak dapat maklumat dari dia dalam kes berkendak dalam gelap dengan Umno dulu, Datuk Harun Taib pernah sebut dalam satu mesyuarat PAS kononnya orang "sealirang" yang bagi maklumat kat saya.

Artikel yang terawal di tulis di mana-mana fasal permukahan itu bertajuk "Pergi London kerana nak peluk Umno?" Di Akhirat nanti Allah s.w.t. akan tunjukkan kepada semua yang marah dan ingin buat pehitungan adakah artikel itu ditulis berdasarkan maklumat orang "sealirang" yang disebut oleh Harun itu.

Mamat meroyan dan baling taik sakan kat PAS la ni boleh buat main-main kat PAS. Tetapi dengan Allah saya tak boleh buat main-main dan Allah tak akan ampunkan saya kalau saya buat main-main kepada-Nya (na'uzubiLlahi min zalik).

Akhirnya, janganlah lupa:
Kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia berjaya menggulingkan presiden-presiden mereka kerana kebangkitan-kebangkitan tersebut tidak mempunyai pemimpin - Rashid Al-Ghannushi.


Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. cmner la agaknya kalo hadi awang ni jd pm?langsung xde karakter..idea out of service, tndakan balas lembab mcm lembu nfc..ape yg hadi takut sgt nk ambil tndakan kat hasan ali ni?..ape hasan ali ade pegang rahsia gelap die ke?..

    ape die rase bijak ke bile nk selesaikan msalah ni dgn suruh tgu die punye artikel?..artikel die mcm wahyu dr tuhan jugak ke?..kire lepas die tulis artikel sume pihak yg terlibat wajib ikut,kalo x baru la tndakan diambil..

    btul la pak bakaq, kebangkitan rakyat di mesir adalah tnpa pemimpin, sebab kalo rakyat mesir nk tgu ikhwan muslimin or parti2 lain wat sesuatu utk halang mubarak, mmg xdpat..x abis nk konfenrens, x abis2 nk berdialog, x abis2 nk meeting..

    memang beruntung org pas mempunyai presiden yg paling warak dlm sejarah pas..

  2. KAMI BENCI PRESIDEN PAS SILA LETAK JAWATAN (KBPPSLJ)


    tok pengulu

  3. Ramai yang jadi karun dalam pas ke?

  4. seronoknya baca post pak bakaq ni adalah maklumat-maklumat ekslusif yang memang payah nak jumpak kat tempat lain. tak dapat cerita banyak pun, siki-sikit jadila. yang penting, sekurangnya kita tau, ada jugak yang jenih jahil murakkab dalam mesyuarat tu. yang jahil jenih2 lain, tak tau pulak lagu mana.

    kah kah kah.

  5. klau mcmna inilah gayanya..mcmna laa nk memerintah negara..masalah dibiarkan berpanjangan tanpa ada kputusan yg konkrit...please presiden pas..nk tgu masalah ini berlarutan sampai bile lg..dh siap masuk tv3, utusan msia n mcm2 media yg menghentam pas dan pakatan..

  6. paklah visi pas kan

  7. betullah kata org, pemimpin2 dr terengganu ni ramai tak boleh pakai. kalau ahli2 mesyuarat dah buat keputusan akur sajalah. tak payahlah nak karang novel pulak untuk menceritakan apa yg org ramai dah tahu.
    Betul juga apa yg dikatakan oleh anonymous 1, kalau jadi pm tak tahulah apa nak jadi, semua keputusan majoriti akan ditolak krn tak sesuai dgnnya atau yg terlibat itu adalah dr puak2nya. patutlah hanya satu penggal saja dpt memerintah terengganu, rupanya mb nya lembab dan kuku besi.
    saya pun sokong jugak kalau nak jatuhkan presiden ni.

  8. Kalau dia bukan anak ayah dia, bolehkah dia hidup mewah macam tu? ha!ha! Bapa tak mewah, tapi anak yang mewah!Selalu tengok ayah anak ni makan simle @ Manjung Mari....

  9. salam pak bakaq,

    I
    PAS tahu what he did last puasa – hebat pas noo, ada ‘sb’ sendiri. Bukan sikit kos tu. lepak kat coffee house le meridian tu bukan takat sepuluh dua macam pak bakaq dok lepak kat thakwa tu. pikiaq dua kali tak munasabah, yang boleh diterima akal, ‘sb’ memang ‘sb’ yang dibayar gaji bulanan. kalau yang ni, sua ada hubungan la dengan pengawal ‘sb’ di peace hill. berkira dengan ‘sb’ ada timbalbalik, I give u info, u give me info…

    bab artikel yang akan diltulis oleh mr president tanpa menyebut nama sesiapa, boleh menimbulkan pelbagai andaian, seperti: 1. artikel tu dah siap dan disediakan (I give u info, u give me info/unit perangsaraf umno/upco). 2. tanpa menyebut nama mereka yang terlibat, ia bagaikan ‘kertas hitam’ bukan bertaraf ‘kertas putih’. 3. ia tidak menyelesaikan sebarang masalah kecuali menimbul spekulasi2 yang boleh mencederakan lagi pas. 4. pemeliharaan ‘hubungan’ yang sudah terjalin sekian lama di antara pas-umno justeru hassan ali dan nasharudin boleh dikorbankan. bagi umno, kedua2nya sudah tidak ada nilai dalam pas (namun peranan mereka tidak akan dilupakan), yang penting mempertahankan “link” yang wujud. dari kalangan pemuda sudah ada bakal2 pengganti yang ‘mesra’ umno, cuma ia memakan masa tetapi usaha kearah itu sudah bermula dan telahpun menunjukkan kejayaan dari ucapan dan tindakan kepimpinan pemuda sebagaimana tayangan wayang cina, nik abduh serang mustapha ali!

  10. II
    “kesempatan itu untuk buat kesimpulan apa yang dia nak buat. Bukan keputusan mesyuarat. Keputusan dia, sebab dikhabarkan bahawa majoriti ahli mesyuarat lujnah politik semalam mahu tindakan diambil ke atas Dr Hassan.” perenggan ini memperkukuhkan hujah andaian di atas. ada sesuatu yang hendak diselamatkan. ada sesuatu yang perlu disembunyikan. pokoknya semua akan selamat, betulkah? mungkin ustaz yahya osman boleh meringankan beban untuk menjawab soalan ini kerana beliau telah mengeluarkan kata2 masyhurnya “ulama pas belawok (penipu). beliau mengambil masa lebih dari 2 tahun selepas berlakunya ‘pertemuan dalam gelap’, yang ‘dipersetujui oleh majlis syura ulama’ untuk berkata demikian kerana sikap berhati2 beliau.

    sama2lah kita tunggu “artikel terhebat abad ini itu!”

    “ahli-ahli mesyuarat lain pula mengkhianati amanah ahli-ahli kepada mereka dengan kelaku mereka ahlil budaya Melayu yang malu alah kepada Presiden. Betul ka asal budaya Melayu mesti malu alah. Kenapa? Kalau tak malu alah tu kurang ajaq ka? ia menggambarkan bahawa di kalangan mereka syok dengan sikap ‘tunggu dan lihat’ lebih2 lagi pru yang menghampiri dibimbangi nama hilang dari senari! maaf cakap la, itulah persepsi tang terbentuk dari tindakan kalian – ia bukan sekali, bukan dua kali.kegagalan muktamar khas saranan tgna membuktikan segala2nya. di kalangan kalian tidak ada pun yang berani menghunus pedang untuk menegur pemimpin selain dari sedutan untuk memanaskan pentas ceramah!

  11. III
    “Yang menyalak sakan dalam mesyuarat semalam ialah si jahil murakkab yang ghurur yang hidup mewah dari sumber mana yang Allah s.w.t. jua yang akan menunjukkan kepada rakyat di Akhirat nanti. Kalau dia bukan anak ayah dia, bolehkah dia hidup mewah macam tu?” yang pakai kereta no pas17 ke? Kalau dia tak peliklah. dia berjumpa pemuda umno di hotel darby park, sehari sebelum tgna mengadap agong pada 23 dis 2010 (‘sb’ kita boleh tahan juga, foc, takda kos sebab perjuangan lillahita’ala). dia penyokong tegar ug, mendapat dakwah ug dari haron din, harun taib, nasharudin (dari ulama kena turun ke ulama la, bagi memastikan penerusan ‘kepimpinan ulama’). semua tahu pasal dia ni, dia yang bantai penasihat ayahanda sebagai ‘penasihat sesat’. takdak langsung sikap respek kepada ayahanda! kenapa? agenda maa sgenda perjuangan sudah konar! family interest has overtaken party’s interest. adik pun buka blog “nak pecat exco itu”, kan main hebat. semua kerana nak pertahankan adik ipar dan suami. ayahanda tolak tepi dan memilih untuk “mesra umno” kononnya untuk ‘melembutkan’ sprm terhadap kes adik ipar (sebab pertemuan dengan pemuda umno di hotel darby park).

    “Jahil murakkab itu tak reti nak bezakan antara kritikan dan sabotaj atau pengkhianatan.” satu spesis dengan ketua dia. dan majority dalam pemuda memiliki mentaliti yang sama. macam katak bawah tempurung, tak ambil endah pasal dunia luar. yang penting, sesuatu itu perlu dilaku mengikut kaedahnya dan keputusannya pula mestilah sebagaimana yang ditetapkan – jumud? future pas leaders? Allah forbids.

  12. IV
    “PAS takut nak ambil tindakan sebab bimbang Mamat tu boleh cry foul dan Umno pun akan eksploit tindakan tersebut untuk tuduh PAS jahat?” keadaan ini berlaku kerana pilihan pas sendiri. Pas telah mengikat mereka denga baiah taklik sepertimana yang didedahkan hassan ali. tujuan dia mendedahkan ini adlah untuk memburukkan pas (cuma pad waktu itu ramai yang tak faham) dan supaya masyarakat bersimpati dengan beliau. beliau bukan peduli sangat dengan rakyat pas kerana beliau berasa yakin bahawa rakyat pas khususnya yang muda2 lepasan timur tengah telah berjaya beliau ‘dakwahkan’ melalui beberapa sessi pertemuan yang diikut serta oleh nasharudin dan haron din. kejayaan ini terbukti dengan sokongan pemuda terhadap ‘kerajaan perpaduang’ walaupun ditentang hebat oleh mursyidul am. rakyat pas lebih menghormati mereka dari mursidul am kerana telah dimadukan dengan madu special “kepimpinan ulama”, mengalahkan madu tualang!

    pas boleh bertindak tetapi bukan dengan memecat mereka. pas yang merantai mereka. biarkan begitu kerana rantai itulah yang telah menyebabkan tindakan mereka. mereka dibebaskan. suruh sahaja mereka bersabar, apabila dun dibubarkan, rantai yang mengikat mereka akan terburai dengan sendirinya. jika pas memilih untuk bukakan rantai tersebut, ia menggambarkan kelemahan pas yang bimbang akan “dok biar orang baling taik tak habis-habis kat muka kita adalah tindakan yang taktikal atau disuruh oleh Islam?” bukankah baiyah takliklah yang melestari apa yang pas sedang hadapi ini?

  13. V
    "Pergi London kerana nak peluk Umno?" itu yang berlaku di london. yang berlaku di ampang, kuala lumpur, orang tak tahukah? sembang2 kat jalan aman tu dengan siapa dan bincang apa? rehat2 kat restoran al maghrib tu dengan siapa dan bincang apa?

    mungkin kerana inilah maka perlu dilambatkan “artikel terhebat abad ini itu!”

    wallahu’alam.

  14. salam pak bakaq,

    I
    PAS tahu what he did last puasa – hebat pas noo, ada ‘sb’ sendiri. Bukan sikit kos tu. lepak kat coffee house le meridian tu bukan takat sepuluh dua macam pak bakaq dok lepak kat thakwa tu. pikiaq dua kali tak munasabah, yang boleh diterima akal, ‘sb’ memang ‘sb’ yang dibayar gaji bulanan. kalau yang ni, sua ada hubungan la dengan pengawal ‘sb’ di peace hill. berkira dengan ‘sb’ ada timbalbalik, I give u info, u give me info…

    bab artikel yang akan diltulis oleh mr president tanpa menyebut nama sesiapa, boleh menimbulkan pelbagai andaian, seperti: 1. artikel tu dah siap dan disediakan (I give u info, u give me info/unit perangsaraf umno/upco). 2. tanpa menyebut nama mereka yang terlibat, ia bagaikan ‘kertas hitam’ bukan bertaraf ‘kertas putih’. 3. ia tidak menyelesaikan sebarang masalah kecuali menimbul spekulasi2 yang boleh mencederakan lagi pas. 4. pemeliharaan ‘hubungan’ yang sudah terjalin sekian lama di antara pas-umno justeru hassan ali dan nasharudin boleh dikorbankan. bagi umno, kedua2nya sudah tidak ada nilai dalam pas (namun peranan mereka tidak akan dilupakan), yang penting mempertahankan “link” yang wujud. dari kalangan pemuda sudah ada bakal2 pengganti yang ‘mesra’ umno, cuma ia memakan masa tetapi usaha kearah itu sudah bermula dan telahpun menunjukkan kejayaan dari ucapan dan tindakan kepimpinan pemuda sebagaimana tayangan wayang cina, nik abduh serang mustapha ali!

  15. pak bakaq,
    Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

    anak Ali, sudah memalukan parti,
    anak Ali, sudah menghina kehendak ahli PAS,
    anak Ali, sudah lumurkan lumpur AJK PAS,
    anak Ali, sudah tikam dada kepimpinan parti,
    anak Ali, sudah jual senjata kepada musuh,
    anak Ali, sudah nak jadikan kita musuh,

    yang anak Ali belum buat,
    kentut didepan kepimpinan PAS,
    kencing atas tikar sejadah Presiden parti,
    berak atas meja setiausaha parti,
    muntah atas jubah mursyid am.

    Pak bakaq,
    tiga hari selepas dimalukan kita mula berzikir,
    tiga hari selepas dihina kita nak mula solat hajat,
    tiga hari selepas dilumur lumpur kita mula berfikir,
    tiga hari selepas ditikam didada kita mula kata "jangan hina kekanda saya",
    tiga hari selepas dimalukan kita mula draf surat mesyuarat,
    tiga hari selepas senjata ada pada musuh kita buat mesyuarat untuk tindakan,
    tiga hari selepas sesudah si dia jadi musuh, kita tunggu artikel ditulis.

    Pak bakaq,
    dah lama pemuda PAS nyawa-nyawa ikan,
    dah lama ketua pemuda PAS membelit sereban,
    dah lama tim. pemuda PAS bercita-cita nak jadi taukeh,

    Pak bakaq,
    "jangan hina kekanda aku".

  16. bila presiden dah confirm jadi bodoh maka wajib dipecat atau ditukar presiden....keputusan ditentukan oleh majoriti ahli mesyuarat,bukan kehendak kepala otok presiden...buat apa musyawarah kalau Presiden nak buat keputusan kepala hotak dia...

    Anak ayah dia tu Nik Abduh lah kalu nak tahu...Si bodoh nak tunjuk bijak dg sedikit ilmu yang Allah bagi...

  17. nik aziz bila nak letak jawatan?

  18. Pak Bakaq,

    Apasal akhir2 ni, saya rasa dah 'geli' dengan PAS ni..? Padahal, sejak 3 keturunan lagi, keluarga saya adalah ahli tegar PAS... Tak boleh ker kita gaduh setakat 'dalam kelambu' jer.? Ni dah jadi macam Umngok dah.. Kita dah bergaduh bukan setakat dalam kopitiam, tapi dah berguling2 kat atas jalanraya dah..

    Geli, weh..

  19. Sementara kita tunggu artikal dr Presiden PAS ambo kongsi satu coretan dr blog Pak Kadiaq Jasin,

    La ni dok hingar cerita lembu
    Kita yang dengar terbuku dikalbu
    Kita pawah untung belum tentu
    Kena penyakit tak boleh apa satu.

    Depa dapat pinjaman berjuta-juta
    Laki bini sema-sama berkuasa
    Lembu kerbau depa tak bela
    Dok guna duit beli kondo pula.

    Macam mana Tok Najib nak dahulukan rakyat
    Kalau orang kaya-kaya asyik dok dapat
    Kami yang susah tambah melerat
    Harga dok naik timur dan barat.

    Mat kata mudah saja
    Yang teruk-teruk tu berundurlah segera
    Sebelum rakyat lagi murka
    Mai pilihan raya padan muka.

    Pas pun bukan la bagus sangat
    Di Kedah pun dah banyak yang meluat
    Tapi Ustaz Azizan dia banyak sahabat
    Semua orang macam kaum kerabat.

    Ni lah susah kita Melayu
    Ada kuasa guna tak tahu
    Asyik dok jaga anak menantu
    Rakyat jelata kurang ambik tahu.

    Tu tak kira lagi laki dan bini
    Sama naik tocang macam menteri
    Macamlah depa kita bagi undi
    Mengada ngada tak sedar diri.

    Jangan susah jangan gelisah
    Mai pilihan raya kita belasah
    Umno Pas jangan dok ambil kisah
    Depa tak buat kerja kita tak pangkah.

    Mat Tunjang nak berundur dulu
    Nak pi tengok kerbau dan lembu
    Kondo mewah Mat tak mampu
    Minta pinjam sapa nak bantu?

    Mat Tunjang Enterprise

  20. Nik aziz,Hadi Awang..ni ganti je ngan syiah ni..baru setel,cakap soal akhirat cam la konpem dia diakhirat sok..ok sangat,muhasabahla diri jugak..asyik ngumpat je..kat akhirat sok..tak tahu la camne..

  21. Bercakapa benar tak kira sunni syiah bai, sunni selagi dalam syariat, syiah selagi dalam syariat insyaallah akhirat ok,
    Syiah khianat,sunni khianat kalo akhirat ok juga ,mari kita pakat2 khianat.
    Jangan lah sentimen Sunni /Syiah di gunakan bila ada teguran.
    Carilah hujjah yang baik untuk membina dan membahas kalo kita ikut membaca blog,jangan sampai bila kita komen nampak sangat kita membenci bukan kerana kebenaran atau kerana ALLAH.
    Soal nya sekarang manusia yang berakal melihat sesuatu yang berlaku sewajarnya di tangani oleh pemimpin utama bukan menunggu mencari jalan melepas diri.
    Jangan nanti orang melihat kalau orang tu kena ,kalau orang ni tak kena.
    PAS ni dilihat dan di minati semua orang dan banyak orang.
    Semua orang dan banyak orang ingin melihat kecantekan undang2 ISLAM dalam jamaah di peraktikan sebelom di tunjukan kepada semua orang. Berlapang dadalah bila membaca dan mengkeritik.

  22. Selepas penasihat2 presiden bertukar tangan nampaknya bertambah dilihat tak berapa cerdek presiden kita ni.
    Yang paling lucu dalam situasi ni apabila cikgu pa kata mereka berdua terperangkap denagn agenda umno. hehehehee,Kenapa tak cakap wahai kawan2 ku yang kita ni sebenarnya sama2 terperangkap. Marilah kita pakat balik ke pangkal jalan termasuk saya.
    Dan dalam hal mengguna media pro kerajaan adalah menjadi kesalahan besar dari segi disiplin kenapa tak ada langsung tindakan?
    Kenapa khalid samad kena walau pun dalam hal khalid samad tak pernah langsung mempertikaikan dasar dan tema muktamar parti.
    Mungkinkah ada benda2 yang tersembunyi yang akan di dedahkan hasan ali kalau di ambil tindakan.
    Dan benarkah yang ramai ustaz2 terlibat dengan agenda perpaduang nih?
    Dan apakah kerana terlibatnya ustaz2 maka mereka tak boleh di ambil tindakan hanya semata mereka ustaz.

  23. Tak kan la..pimpinan Pas tak boleh pi jumpa UMNO..awat hgpa bodoh sangat..tak kan sembang dgn org UMNO dah kata depa sokong UMNO..Nabi pun bersembang dgn kafiaq Quraisy sampai Abdullah Ummi Maktum mari pun nabi tak layan..Allah tegur Rasulullah bukan sebab tak boleh jumpa org kafiaq tapi atas sebab lain. tulisan hgpa ni memang jahat, nampak sgt jahil agama..pakai otak bangang sebab tu la..jadi 'penarik beca"..tak jadi 'pilot'

  24. Penakut betui hg ni..klu berani tak payah tapih la..komen org

  25. Kalau bakaq ni pun bila org bersembang dgn dia, dia paling muka ke lain dan buat muka masam org akan kata kurang ajaq, tak mungkin sama sekali Nabi buat kurang ajaq macam tu (ulang lagi: tak mungkin sama sekali) sedangkan Nabi diutuskan oleh Allah (ulang lagi: oleh Allah), antara lain, untuk menyempurnakan akhlaq (ulang lagi: oleh Allah untuk menyempurnakan akhlaq).

    Mudah2an penipu la'nat yang mencipta apa yang dianggap hadith tu dihumban ke dalam neraka yang paling siksa kerana menyebarkan fitnah yang menghina Muhhammad s.'a.w.w. kekasih Allah yang suci lagi disucikan.

    aku jarang sangat jawab komen orang, tapi bila hina Nabi, aku tak boleh tahan!

  26. Isu Hassan Ali dan Nasha ni nampak ada pihak nak menangguk diair yang keruh.Terus terang: Stopa Ali dedahkan Hassan Ali dan Nasha sebab nak melindungi dirinya dan Hadi Awang.Taktiknya,serang Hassan Ali dan Nasha dulu sebelum mereka berdua "buka cerita".Nik Abduh pulak serang Stopa Ali nak tunjukkan dia juga bersih dan konon orang yang beretika hingga mengaku jadi " adinda Nasaruddin Mat Isa".Ini semua wayang puak UG.Hussin(diatas) telah panjang lebar menukilkan siapa dan apa UG dah buat.PAS Pusat wajar bertindak cara berani meminta Presiden,Hadi Awang melucutkan jawatan Stopa Ali dari memegang jawatan S/U Agong dan juga Pengerusi,Lembaga Pengarah Harakah.Sekiranya Presiden masih nak mempertahankan Stopa Ali,cara bermati-matian,suruh aje dia letak jawatan sebagai Presiden.Hadi Awang bukan pun hebat sangat dan bukan "material" PM.PAS wajar mencari seorang pemimpin yang punya "material PM" sekiranya berhasrat nak kePutrajaya.Hadi Awang,negeri Trengganu pun dia tak mampu nak tadbir.Sekiranya yang ini sudah diselesaikan,bab Pemuda PAS itu akan senang diuruskan.Ini realiti politik semasa PAS.

  27. tahniah penarik beca.... mengapa tak isi borang masuk umno jer... ini menyalak je lebih. kerja hang cuma nak memusnahkan pas aje. lebih2 nak nama. kalo nak popular masuk bintang kecil la. sikit2 nak pecat orang tu, nak pecat orang ni. kalo lu rasa lu hebat sangat... apa kata lu masuk bertanding ketua cawangan!!! poraaaaaah... jiwa umno... ngaku pas... pigi daaaaaa

  28. anon 20:00,

    kalau nak merapu, bukan kat sini. pi main jauh2.

  29. kes PAS sekarang ni lawak bodoh orang orang melayu kampong yang bertukar dari melayu ke me-kayu jadi nya. presiden pas hadi, stoppa nasha dan hassan ali semua nya orang orang geng UG, sampai budak felda pun tahu mereka ni lebih baik sikit dari Isa Samad and The Geng, tetapi tetap bahalol dan bonggok untuk memaju bangs melayu ke hadapan. nik abduh pula sebaiknya duduk diam untuk tidak memalukan ayahanda nya TGNA. nak di kata bijak tidak juga, hanya ngok sahaja...lagi banyak bukak mulut lagi confirm ke-ngok-kan nya. nik abduk dan ketua pemuda pas tantawi itu pun lemah daya fikir mereka, setanding budak lembu rembau umno nun. buat habis beras aje!

    ahli ahli PAS perlu berfikiran terbuka dan matang, belajar l;ah dari DAP kalau tidak pun dari PKR...bukan nya umno si lembu fidlot nun. perlu ditukar pucuk pimpinan yang telah mati pucuk jika ingin duduk di tampuk Deputy Prime Minister. belajar lah gaya pengurusan Nizar bekas MB Perak paling tidak pun. kalau lah si benggap di lantik ketua, unta unta tetap menjadi unta... tidak setanding kuda stalion high chapparal.

    ubah lah...Apapun Bukan Unta (ABU)!

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008