Sedap!! Klik gambar di atas!

Sahabat Nabi didenda kerana celupar, anak manja kronisme orang nak buat kenduri pula...

Hampir dua hari tak dapat tengok Internet lama-lama. Dapat tengok sat ja. Antara berita yang saya baca tentulah berita bertajuk "Hasan Ali: Harakahdaily seleweng fakta" dan "Harakahdaily pertahan berita, ini transkripnya".

Dalam berita Harakahdaily tu, antara lain dipetik Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata:
Semasa Nabi masuk ke Mekah, orang panggil Fathul Makkah. Ada seorang Sahabat sebut "kalimah Arab" - "Hari ini Hari Perang". Nabi kata tidak, "kalimah Arab" - "Hari ini hari kasihan belas". Maka Nabi ambil bendera di tangan dia, beri kepada anak dia. Denda kerana celupar mulut dia. Jadi kalau orang zaman Nabi pun ada buat kesilapan dan Nabi betulkan cepat-cepat, inikan zaman kita tengah 2000 tahun, maka banyak benda-benda silap.
Di sebut "denda kerana celupar mulut dia". Maknanya RasuluLlah tetap mengambil tindakan disiplin "kerana celupar mulut" sahabat berkenaan.

Itu di zaman RasuluLlah yang suci lagi kita kasihi. Nabi tidak mengamalkan kronisme. Adalah penghinaan kepada Nabi kalau beliau dituduh mengamalkan kronisme apabila melantik kaum kerabatnya bagi sesuatu tugas kerana "Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya" (Al-Najm : 3-4).

Tetapi di zaman kronisme menjadi sudah makanan ruji orang-orang yang juga turut bercakap menentang kronisme, tindakan disiplin diharamkan walaupun melakukan kesalahan membaling taik ke atas tempat si pembaling taik itu cari makan, pangkat, kedudukan, harta dan kekayaan. Kesalahan yang bukan sekadar bermulut celupar. Tetapi pengkhianatan.

28/12/11 lalu, saya tulis kat FB saya:
Ka'ab bin Malik tak ikut berperang. Nabi s.'a.w.w. yang dikasihi mengambil tindakan disiplin terhadapnya. Pun begitu, Ka'ab tak pernah baling taik kat RasuluLlah dan umatnya.

Ada yg baling taik babi kat jemaahnya. Dia diampunkan dgn mudah, lebih mudah dari pengampunan padri kpd orang2 Kristian. Tidak seperti Ka'ab, si takbur itu boleh buat apa sahaja. Apa sahaja!
Nanti bila ada orang tertentu meneran-neran mengangkat bakul sampai ke ceiling, ke ceiling tuan-tuan!, bolehlah anda sambut dengan laungan "Takbur! Takbur! Takbur!"
Tengah hari tadi (pukul 12.18 tengah hari, bukan pagi), saya tulis pula kat FB saya:
Allahumma solli 'ala Muhammad wa ali Muhammad. Di pagi Jumaat ini, saya memohon Allah s.w.t. memberi kemenangan kepada semua yang menentang kezaliman Umno sama ada secara terbuka atau secara tertutup, dalam terang atau dalam gelap.

Saya juga memohon Allah menimpakan kekalahan kepada semua yang mendokong Umno sama ada secara terbuka atau secara tertutup, dalam terang atau dalam gelap, wittingly or unwittingly.

Saya juga memohon Allah menyelamatkan saya dan orang-orang Islam dari bersikap 'asabiyyah dan mentaqdis para pemimpin mereka sehingga asalkan pemimpin mereka yang cakap atau buat, semuanya betul dan kebenaran tidak lagi menjadi perkiraan.

Allahumma solli 'ala Muhammad wa ali Muhammad.
Janganlah lupa:
Kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia berjaya menggulingkan presiden-presiden mereka kerana kebangkitan-kebangkitan tersebut tidak mempunyai pemimpin - Rashid Al-Ghannushi.


Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. hihihi....abis kalau situa kutok sendiri mulut celupar camner??sapa nk denda tua kutok tuh....


    benci sgt ngko dengan umno ek???agaknya dah berbilion duit mak bapak atok moyang ngko umno rembatt???atau orang2 lelaki muda sedara kaum ngko dah menanah bontot kena liwatttt dengan umno?????? yerlah, ngko dah ada nabi yang dulu wali selipor mulut cabul kata Allah mencarut menyamakan sifat Allah dengan sifat manusia. Pastu, kawan baik ngko dah ditabal jd Imam Mahadi.....ihihihi hahaha....gerenti ler engko nih penghuni sorga kan... har har har har.... teruskanlah kebencian ngko kat umno. peluk ciumlah khalifah umar abdul aziz pulau pinang yg x sunat tuh... ihihihihi..... teruskan benci umno yer...orang umno nih mana ada yg baik....semua buruk kelaku .....ihihihihi....baik ngko kawan ngan pemakan babi dan geng hitam metalik....kikikikikikiki.....klu ngko kijol nnti pesan kat anak bini ngko tanam ngko kat kubur orang PAS, jgn campur tanah wakf biasa, pesal ada mayat orang umno. lagipon, ngko kan dah dijanji penghuni sorga. hebat betul ngko nih. teruslah membenci sesama Islam. Eh, sori salah, umno tuh islamkah??????ihihihihihi hebat ngko nih....teruskan benci umno yer;;;;;;;;

  2. Sudah sudahlah tu.. Mentang mentanglah ada blog sendiri, ikut suka hati hang nak bantai orang lain. Inilah kebaikan langit terbuka, dengan adanya internet dan blog ni, kucing kurap pun boleh berlagak jadi kucing Parsi. Tapi ingat Allah melihat apa saja yang kita buat dan perkatakan.

  3. salam pak bakaq, saya da bg tau kwn2 saya ABU -asal bukan UMNO ni bukan shj menolak UMNO. ABU juga menolak org2 yg perangai macam UMNO waima org pakatan sekali pun. bila nk PRU ni? cepat la, tak sabar rasanya nk kalahkan hasan ali. kalo pemimpin PAS susah sgt nk hukum hasan ali walau majoriti org bawah rasa dia patut sgt d ambil tindakan( tah apa ubat kuat dia pakai), biar rakyat yg ajar pas mcm na nk ajar hasan ali dan org2 yg perangai mcm dia. cpt la, mau tau mana tmp hasan ali bertanding ni, ko beratnding la mana pun, tetap akan di usahakan agar ko kalah. tak lupa ibrahim ali, zul nordin, zaharin dal lain2. siap la hang semua.

    - penyokong tegar ABU

  4. ooooo macam badrol amin cakap anuwar berahim tu imam mahdi la yer...
    ist teruk betui lembu PR ni...

    nik ajih bila nak letak jawatan
    lama betui mahafiraun kelantan pegang jawatan.
    kalau dah tak reti tadbir tak payah la jadi pemerintah.

    Abu Dzar pun Nabi tak izinkan jadi gabenor...

  5. pak bakaq,
    lembu gemuk kuning keemasan telah tersedia, rempah gulai cap "Adabi" telah dibeli, santan kelapa telah ditempah, beras siam cap "Arnab" telah diseludup dari Thailand, tukang gulai kawah telah dijemput. Hari kenduri hanya menanti masa, namun belum pun cukup 48 jam, si Hasan mengulangi onar. Kenduri yang dirancang tidak menjadi, para jemputan kecewa hiba tidak dapat makan nasi free.

    pak bakaq,
    dengar apa yang aku cerita, tapi jangan kau kutuk dan maki guru aku, kerana kepanasan hati apabila guru aku dimaki tidak dapat dikawal. Ya Allah! kau peliharalah guru aku TGNA daripada orang-orang yang zalim.
    setelah guru aku bercakap dihadapan media PAS, bahawa si Hasan Ali datang mengadapnya bersama dengan broker TGHH, Harun Din dan Nasaruddin. Guru aku teramat gembira menceritakan kepada media bahawa si Hasan datang minta maaf atas ketelanjurannya. Sebagai tanda gembira hatinya, disarankan supaya diadakan kenduri kesyukuran. Kerana sangka guru aku, lubang untuk syaitan UMNO mengadu dompa dan memecah belah parti aku telah tertutup rapat. Begitulah ikhlasnya hati nurani guru aku.

    pak bakaq,
    janganlah kau maki guru disebabkan keikhlasannya, kerana kasih sayang cinta beliau kepada perjuangan PAS melebih segalanya.
    Namun sekali lagi guru terperangkap dengan permainan sumbang dan cemar. Aku tersara amat berkecil hati dan simpati kerana masih ada manusia dalaman yang menjadikan guru aku sebagai bahan belasahan.

    Pak bakaq,
    tak sampai pun 48 jam, si Hasan menafikan dengan penuh yakin bahawa beliau tidak pergi berjumpa dengan guru aku untuk memohon maaf atas tindakannya mengencing dan memberak PAS. Bahkan beliau ke Kota Baru yang jauhnya 500 km dari K.Lumpur hanya untuk menjamu selera dan bergembira dalam majlis "mahabbah".
    Lebih pilu lagi, si Hasan telah menafikannya dalam media senjata musuh, sambil itu belaiu telah memasukkan jarumnya dengan menyerang dan meludah akhbar parti PAS sebagai akhbar pembohong.

    pak bakaq
    janganlah engkau menambah kesedihan aku dengan merendah-rendahkan guru aku, berilah peluang kepada guru aku untuk "mengukir senyum manja sambil menghunus pedang di medan perjuangan".

    pak bakaq,
    si Hasan secara tidak sengaja, atau memang dirancang dan disengajakan telah menghina guru aku. Beliau bertindak seolah-olah guru aku ini hanya tukang pungut tisu tandas diibu pejabat parti PAS. Dengan itu kenapa pula beliau mesti memohon maaf kepada guru aku atas tindakan beliau menghina PAS.
    adakah beliau sedar siapa guru aku dan siapa si Hasan. Bukankah guru aku adalah mursyid am kepada parti, satu jawatan tertinggi dalam parti dan mempunyai kuasa lebih besar daripada presiden parti.
    Tidakkah broker-broker yang membawa Hasan Ali berjumpa dengan guru aku memberitahu kepada si Hasan, bahawa kedatangan mereka berjumpa dengan guru aku bukan untuk makan free sempena pesta "mahabah". Bahkan kedatangan mereka untuk menjernihkan keadaan yang telah dikeruhkan oleh beliau dan geng-gengnya.

  6. Pak bakaq,
    walaupun ramai manusia yang mempunyai hati yang kotor mengatakan kemungkinan guru aku berbohong dan mengada-ngadakan cerita, bila si Hasan menafikan beliau memohon maaf pada guru aku. Namun aku yakin guru aku tidak berbohong bila mengeluarkan kenyataan bahawa si Hasan telah minta maaf pada beliau, kerana keadaan si Hasan ke rumah resmi guru aku di JKR 10, dapat difahami. Mana mungkin kedatangan beliau dengan muka kesian bersama broker-broker untuk bergembira atau berteking dengan guru aku. Apatah lagi majlis hari "mahabah" seperti yang dinyatakan si Hasan tidak pernah dirayakan oleh guru aku dan penduduk kelantan.

    pak bakaq,
    sama ada kau percaya atau tidak!, pemimpin penyamun UMNO sendiri telah mengakui bahawa akhbar harakah adalah media paling berkesan untuk mengubah haluan masyarakat kepada PAS dan reformasi rakyat. Telah banyak daya usaha yang diusahakan oleh mereka untuk menghapuskan harakah dari muka bumi ini, atau sekurang-kurangnya menghilangkan kepercayaan masyarakat kepada harakah.
    tindakkan si Hasan mengunakan media musuh untuk menyerang harakah sebagai media menipu dan berbohong dengan memenapulasi berita, telah memberi peluru hidup kepada musuh untuk membunuh kepercayaan masyarakat kepada harakah.

    pak bakaq,
    tolonglah kau berfikir seketika ......

  7. Bhai Pak Bakaq...

    Jawapan kepasa persoalan yang bersarang di minda lu nih gua ader jawab di blog gua...

    dan ini sebahagiannyer...

    Ini mesti Hassan Ali sudah pegang (genggam) telur-telur pimpinan atasan nih... kalu tidak takkan takder sekor pon pimpinan atasan PAS yang berani nak amik tindakan....

    Aderkah Hassan Ali sudah memegang (menggenggam) telur Mustafa Ali???
    Aderkah Hassan Ali sudah memegang (menggenggam) telur Tuan Ibrahim Tuan Man???
    Aderkah Hassan Ali sudah memegang (menggenggam) telur Harun Din???

    atau sebenarnya.....

    Aderkah Hassan Ali sudah memegang (menggenggam) telur Hadi Awang???

    Read more: http://cipantapirtenuk.blogspot.com/#ixzz1i24ZSgtq

  8. kita akan mengundi ikut akal. mmg kita menolak UMNO (ABU) tetapi andai parti dlm pakatan tawar org mcm hasan ali, kita akan kempen agar jgn org undi dia. begitu jg hal nya dgn barua2 politik mcm ibrahim ali, zulkifli nordin, zaharin dan sebagainya. org mcm hasan ali biar pengundi sendri yg ajar dia melalui kotak undi. dlm menjayakan usaha (ABU), harus juga kita meletakkan seseorang sesuai d tmptnya. org mcm aziz bari temptnya d dewan rakyat.

    org mcm hasan ali uda terbukti x membawa apa2 faedah pun malah kianat, berselingkuh dalam gelap, menipu dan membuat onar dgn main baling taik, berdegar2 mcm dia sorang sygkn yg islam, pegang Jbtn agama tp sokong sekatan dakwah d masjid ... maka dia xlayak mewakili rakyat dan menerima elaun selaku wakil rakyat.

    kpd PAS , andai kamu tidak bisa menangani hasan ali, lihat lah bagaimana rakyat menolak hasan ali di dlm pilihan raya. dan ini bkn hanya utk hasan ali, kpd pemimpin2 kianat yg juga, anda bakal menerima nasib yg sama.

    ABU

  9. Assalammualikum GreenClub PP,

    1.Saya pun 'tabik' kepada TGNA guru tuan,tetapi kalaulah ikhlas janganla sampai diperbodohkan.Jangan lupa peristiwa duta Saidina Ali vs duta Muawiyah,lastly yang warak dan ikhlas tu yang diperbodohkan.
    2.Saya nak pemimpin yang bukan saya ikhlas dari saya,bukan saja beramanah lebih daripada saya tetapi juga lebih pandai daripada saya.Kal;au dapat pemimpin yang boleh 'dipergunakan' lingkup jemaah,rosak negara dan hancur agama ...
    3.Seperti saya kata,saya pun 'tabik' kat TGNA,tetapi tak lah sampai saya mengangkat dia sampai macam Great Leader Kim Ill Sung atau Dear Leader Kim Jong Ill.Setakat manusia biasa, ada masa buak ok ada masa buat salah,so selepas 20 tahun jadi MB about time he say goodbye to the post and give it to someone else....

    Wallahalam.

  10. C++,

    Hassan Ali tak pegang telor siapa-siapa.Nama-nama yang anta sebut tu,pegang telor masing-masing sebab datang dari satu reban - kamu pegang telor aku,aku pegang telor kamu.Pihak UG main wayang,TGNA yang tersepit ditengah-tengah.

  11. Pak Bakaq, tolong fikir kenapa Ka'ab bin Malik diambil tindakan oleh Rasulullah s.a.w. tetapi dalam masa yang sama Rasulullah s.a.w. tak ambil tindakan disiplin kepada para sahabat yang tak ikut arahan Rasulullah dalam peperangan Uhud apabila majoriti pasukan pemanah turun daripada bukit Ramah sehingga Rasulullah tercedera dan para sahabat ramai yang mati syahid.

    Tolong fikir sama kenapa Rasullullah tak ambil tindakan kepada para sahabat yang lari daripada medan perang Hunain?

    Anda kata Hasan Ali salah kerana Hasan Ali lempar taik ke PAS, tapi anda tak sedar anda sedang lepar taik ke pimpinan PAS. Apa bezanya anda dengan Hasan Ali kalu anda anggap Hasan Ali bersalah.

    Fikirkan dan sama-sama kita cermin diri.

  12. Kalau saya pakai sumber lain, tentu anda tak terima.

    Jenuh la jugak pi refer kat ustaz Sunni.

    Dia kata, berdasarkan hadith, dalam perang, tangan pencuri pun Nabi (s.'a.w.w.) tak bagi potong. Kerana bimbang mereka lari membantu musuh.

    Tu berdasarkan yg saya tanya Ustaz Sunni.

    Ni saya jawab pakai akal sendiri. Pemanah-pemanah tu memang tak ikut arahan. Tetapi dari cerita sejarah, mereka bukan berniat nak sabotaj. Mereka tak niat nak baling taik kat jemaah sendiri spt dilakukan oleh seseorang yang bertaraf pemimpin di peringkat pusat terhadap jemaahnya sendiri. Ca baca cerita sejarah:
    Kemudian, bermulalah peperangan. Allah telah membantu orang Islam menentang musuh-musuh mereka. Orang Islam telah membunuh sebilangan mereka. Pihak musuh kemudiannya melarikan diri. Oleh itu, orang Islam sibuk memungut harta rampasan perang yang mereka dapati di kem orang musyrik. Para pemanah di belakang mereka melihat perkara tersebut. Mereka berkata: "Apa yang kita akan buat sedangkan Allah telah memenangkan Rasul-Nya?" Mereka terfikir untuk meninggalkan posisi masing-masing untuk memperolehi habuan rampasan perang. Lantas, ketua mereka, Abdullah bin Jubair memperingatkan mereka tentang pesanan Rasul s.a.w.. Namun, mereka menjawab bahawa peperangan telah tamat dan tidak perlu lagi untuk kekal di tempat mereka, Hanya Abdullah berserta 10 orang lain enggan meninggalkan posisi masing-masing.

  13. Kalu Pak Bakaq jenuh nak cari jawapan kenapa Nabi tak ambil tindakan disiplin terhadap para sahabat dalam peperangan Uhud dan Hunain, jangan cepat untuk membuat kesimpulan untuk menghentam pimpinan PAS.

    Saya cadangkan Pak Bakaq cari guru mengaji bab ini sebelum hendak menghentam pimpinan PAS.

    Kalu Pak Bakaq kata para pemanah dlm peristiwa Uhud tak berniat nak sabotaj (walaupun saya agak kurang bersetuju alasan tersebut) sebagaimana "seseorang yang bertaraf pemimpin di peringkat pusat terhadap jemaahnya sendiri", Pak Bakaq tak terasa ke bahawa Pak Bakaq juga sekarang ini sedang sabotaj PAS dengan menghentam dan mengecam pimpinan PAS.

    Fikirkan dan sama-sama kita cermin diri.

  14. 1. Fsl pemanah2: Kalau pemanah-pemanah itu memang berniat nak sabotaj, adakah Allah s.w.t. dan Rasul-Nya bersifat selective dalam mengenakan tindakan disiplin sehingga mereka terlepas dari tindakan? Adakah mereka itu "Hasan-Hasan Ali" yg terlepas dari tindakan disiplin?

    Atau, adakah Allah dan Rasul-Nya telah tersilap kerana Allah menyangka mereka sebenarnya tidak berniat nak sabotaj dan dgn salah sangka itu Allah tidak mengenakan tindakan disiplin ke atas pemanah2 itu?

    Maha Suci Allah dari apa jua kelemahan dan amat suci Rasul-Nya dari apa jua kesilapan.

    2. Fsl hentam dan kecam: Saya mengaku la saya dok hentam org2 yang sabotaj rakyat yang mengundi menolak Umno.

    3. Terima kasih dan mudah2an Sdr atau Sdri dirahmati Allah kerana berhujah dengan cool dan tidak poyo.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008