Sedap!! Klik gambar di atas!

Orang tak nampak pemimpin Umno macam babi bila buang Shahrizat?

Anda baca dakwaan berikut:
Dengar cerita CEO NFC (suami Sharizat) dpt gaji 100k sebulan, anak sulung (age 31) dpt gaji 45k sebulan, anak kedua (age 27)dpt 35k sebulan, anak ketiga (age 25) dpt 35k sebulan. Jika ini betul, ia sesungguhnya memalukan. Ambil duit rakyat buat bayar gaji besar.

Anak saya pun graduate juga. UPSR, PMR, SPM dapat semua A. Umur 24 tahun. Kerja swasta. Dia pun work hard. Balik kerja paling awal jam 9 malam. Kadang2 sampai 1 pagi. Gaji dia RM2,700/sebulan. Adakah anak saya akan sokong BN/Umno kalau begini keadaannya? Saya dah tahu jawapannya. Umno tak boleh kelentong orang cerdik. Umno is not capable of changing, not with the current leaders.

When more than 50% of our working population is earning less than RM2k/month, tak tahu malu ke mereka-mereka ini. Merompak siang dan malam, 7 hari seminggu. Perompak Ali Baba P Ramli pun ada cuti hujung minggu.
Dakwaan tersebut dihantar oleh seorang tukang komen yang disiarkan dalam blog Dato' Mohd Ariff Sabri Haji Abdul Aziz. Anda bolehlah mengesahkan sendiri benar atau tidak dakwaan itu. Google la sendiri.

Anak aku pun graduate. Tetapi, terpaksa bersengkang mata untuk dapat sedikit upah. Masuk kerja pukul 11 malam, habis kerja pukul 8 pagi. Sedap berkecek ja la, dalam FB tulis studied bla, bla, bla at university bla, bla, bla. Siap bubuh gambar kenangan masa konvo dalam FB, tapi kerja jawab call orang yang lapaq nak mentedarah nak tempah makanan. Hampir setiap hari kena maki. Pelanggan yang bongok tak tau nak tempah apa, yang jawab call untuk menerima tempahan pulak yang kena maki. Kurang ajaq! Lain kali kalau hampa call nak tempah pizza ka, ayam goreng ka, apa menatang ka, jangan la sedap-sedap nak maki anak orang.

Seorang lagi anak saya mengaji kolej swasta. Tiap-tiap hari cuti kerja dari pukul 10 pagi sampai 11 malam. Nak cari duit nak isi minyak kereta la, nak hisap rokok la.

Hampa nak marah kat depa kalau depa nampak Datuk Seri Najib Tun Razak, Datin Seri Rosmah Mansor dan para pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) macam babi? Memang la puak tu bukan babi. Tetapi orang-orang tertindas nampak depa macam babi.

La ni kita tengok Umno macam nak disown Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil macam Shahrizat disown lembu-lembu dia. Memang, nampak sangat Umno dalam proses nak disown menteri yang ada Ahli-Ahli Parlimen panggil dia Kajol tu. Sila baca "Senarai pimpinan Umno BN desak Shahrizat letak jawatan (setakat ini)".

Mula-mula dulu, kita tengok Perdana Menteri membela sakan bisnes lembu-lembu tu. Malah, ketika projek lembu mula didedahkan dulu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga Ketua Wanita Umno itu turut dibela habis-habisan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang dizaman dia jadi menjadi menteri jaga hal lembulah projek joli duit lembu sampai RM250 juta tu dirembat (imej di sebelah ihsan Mob1900).

Memang, akhirnya Shahrizat mungkin akan dipaksa berambus. Nampak sangat skrip sad ending untuk Sharizat tu dah semakin hampir akan diwayangkan.

Tetapi, apabila Shahrizat dihalau, adakah rakyat tertindas yang melihat muka Najib, Rosmah dan para pemimpin Umno BN macam muka babi tiba-tiba akan melihat wajah mereka macam muka dewa legenda?

Adakah rakyat tertindas akan lupa habis kes Altantuya Shaariibuu, Scorpene dan macam-macam lagi yang tidaklah berbelit-belit sangat skripnya? Adakah rakyat akan tutup mata setelah lama berfikir-fikir berdasarkan perkara-perkara yang misteri termasuk perkara-perkara yang circumstantial dalam peristiwa-peristiwa itu?

Adakah rakyat tertindas tak tertanya-tanya, kalau keluarga Shahrizat boleh sedekah lembu di Tampin dan di mana-mana setelah dapat RM250 juta tu, berapa pulak duit Rosmah dan pambantunya, Najib apabila isteri Perdana Menteri itu berderma sehingga RM1.5 juta? Baca berita Bernama berikut:
Dr Mahathir juga mengumumkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, yang juga penaung Tabung Kemanusiaan Palestin telah menyumbang RM1.5 juta kepada Tabung Gaza (Lihat berita Bernama "Tabung Gaza dilancarkan untuk bantu penduduk Palestin di Gaza")
Hampa ingat orang yang ada setakat RM15 juta sanggup derma RM1.5 juta ka? Hampa bayangkan la sendiri berapa banyak duit dia. Takat duit lembu RM250 juta, hampa ingat dia jakun sangat?

Macam tu punya kaya, hampa ingat rakyat tertindas boleh percaya begitu saja tak dak apa-apa berlaku dalam pembelian Scorpene dan entah apa lagi? Pergi la bersumpah la'nat kat Masjid Bandar Baru Sentul kalau suci bersih sangat!

Tetapi nasib Najib tidak malang dan buruk macam nasib Shahrizat. Orang-orang Umno bertungkus-lumus bela dia, tak kira la dalam kes Altantuya ka, kes Scorpene ka. Nampak sangat Umno lebih memerlukan Najib dari Najib memerlukan Umno. Muhyiddin, please dream on!

Dalam kes MAS umpamanya, orang-orang Umno sikit pun tak usik Najib. Umpamanya, lihat "Did Danny Yusof nailed BN's coffin in Selangor?" (saya seronok tulisan A Voice "Umno to takeover Kedah?")

Walaupun depa selamatkan Najib cukup-cukup, tetapi rakyat tertindas tidak perlu menjadi rocket scientist untuk bertanya adakah Najib tak tahu petaka yang menimpa MAS itu? Adakah semua itu berlaku tanpa pengetahuan/persetujuan Perdana Menteri? Kalau sungguh tak tau, baik lantik Mamak lupa asal usul dan tak menghormati serta menghina roots sendiri bila dia sakan sangat nak jadi pseudo Malay.

Biaq Mamak tu jadi Perdana Menteri!
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Bila pemimpin pemimpin umno ingat diri mereka bagus macam agen oo7 maka lagi elok buat rakyat sebab si bahalol hidong kemek kembang macam lembu lah yang akan menghancurkan umno. Ada mungkin kah lembu boleh terbang? Lembu lembu dunno boleh!

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008