Sedap!! Klik gambar di atas!

Mohon perlindungan ya Allah! Tok 'alim pun dibengongkan oleh propaganda syaitaniyyah Perkosa

Ahli Parlimen tempat isteri saya dan saya mengundi di kawasan Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menulis begitu banyak perkara yang menunjukkan Umnolah bajingan tengik yang melemahkan Melayu (Lihat blognya "Siapa lemahkan Melayu?") Bukan takat lemahkan, malah parti perasuah yang busuk berulat sampai ke usus tu sebenarnya memusnah dan menghancurkan Melayu.

Saya bagi satu contoh yang mudah nampak. Seorang kawan saya yang berumur 70an memberitahu bahawa masa dia sekolah menengah di VI dulu, dia naik basikal dari rumahnya di Kampung Batu ke sekolah. Dia kata, dari Kampung Batu sampailah sekitar Balai Polis Sentul kini, semuanya adalah perkampungan Melayu.

La ni siapa punya tak payah habaq la.

Betul, memang orang Melyu di situ yang jual tanah depa kepada Cina. Tetapi bolehkah depa jual tanah depa kalau tanah geran merah (rizab Melayu) tak ditukarkan status sehingga boleh dijual kepada Cina? Siapa kerajaan berkuasa yang facilitate perbuatan durjana dan khianat kepada Melayu itu? Kerajaan DAP ka?

Allah Maha Menyaksikan bahawa saya bukan peminat DAP dan saya sentiasa memastikan saya tak pergi majlis depa. Tetapi dengan pasti saya boleh kata bahawa secara umumnya kelaku orang kafir dalam DAP jauh lebih baik dari kelaku orang Islam dalam Umno (Saya tertarik pertanyaan seorang ahli politik yang bertanya adakah kita ni ugama Nabi Muhammad s.'a.w.? Adakah Nabi dulu berjuang teruk-teruk sampai dihina, dibaling najis, terpaksa berperang tak habis-habis dan macam-macam lagi tujuannya untuk mewujudkan umat yang paling rasuah, paling mundur dan macam-macam lagi kelemahan? Jawab sendirilah dalam hati).

Malah, lebih dari itu, dengan pasti saya boleh menyatakan bahawa orang Melayu lebih banyak dikhianati oleh Umno dari DAP - mengambilkira dakwaan bahawa DAP mengkhianati Melayu yang dekat hari-hari dijeritkan oleh muka-muka tak malu Mamak-Mamak Penang yang gian macam setan nak jadi Melayu dan membakulsampahkan roots mereka sendiri sedangkan tok nenek depa banyak berjasa termasuk kepada Islam (saya berlindung dengan Allah dari perbuatan menghina tok nenek saya sendiri).

Balik kepada apa yang dibangkitkan oleh Izzah. Beliau ternyata terlepas pandang satu lagi firqah yang berkemungkinan melakukan perkara yang sama, iaitu melemahkan Melayu, dengan sikap mesra Umno mereka.

Ketika mendengar khabar angin orang dok berbicara tentang perkara yang mutlak dan muqayyad (terkait), saya terasa la pulak bahawa perbuatan dan sikap mesra Umno firqah itu menjadikan mereka melemahkan Melayu secara muqayyad, kalaupun bukan secara mutlak - walaupun saya taklah hero sangat sehingga berani nak kata dan mendakwa bahawa mereka tidak melemahkan Melayu secara mutlak dan setakat secara muqayyad sahaja.

Salah seorang dari mereka yang ada PhD dengan jelas suruh undi Melayu sahaja dalam pilihan raya. Saranan yang dengan sendirinya termasuk mengundi calon Umno (sic!) - na'uzubiLlahi min zalik! Dia ternyata termakan propaganda durjana Perkosa yang syaitaniyyah.

Nak tanya sikit ja. Kalau la dia yang bertanding lawan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil di Hulu Selangor dulu dan yang bertanding dulu tu bukan calon Melayu yang depa kata melantak arak dan buat apa lagi aku pun tak tau, adakah dia ingat puak Umno dan Perkosa tak akan kempen dan undi Hindu tu dan pilih dia yang bertaraf tok 'alim?

Dream on!

Janganlah lupa:
Kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia berjaya menggulingkan presiden-presiden mereka kerana kebangkitan-kebangkitan tersebut tidak mempunyai pemimpin - Rashid Al-Ghannushi.


Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Sebelum ni di sini ada sebut firqah pemimpin PAS mesra umno diketuai oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan diperkasakan oleh Datuk Dr Harun Din, Datuk Harun Taib, Datuk Mustafa Ali, Nasrudin Hassan Tantawi, Datuk Abu Bakar Chik, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali, Nasharudin Mat Isa, Nik Abduh Nik Abdul Aziz serta beberapa yang lain...

    Mak oi! Banyaknya serigala dalam PAS. Habis la kambing-kambing dalam PAS akan dimakan serigala-serigala tu. Kesian kambing......

  2. x perlu nk kesiankan kambing-kambing dlm pas yg ternyata bodoh n lembab dlm membaca gerakan halus serigala2 tu sume..nk kesiankan kambing yg sengaja memposisikan diri sendri agar dpt dijamah oleh serigala?..

    nafsu ni mmg sukar utk ditundukkan, hatta Allah dah cmpak nafsu ni beribu tahun dlm neraka,bile ditanya Allah, kau siapa n Aku siapa?..masih lagi nafsu mnjawab, kau adalah kau dan aku adalah aku..nafsu mmg liat nk ditundukkan..

    so nafsu utk bergabung, beromen, berjimak, bersetubuh dgn puak2 parti zalim, parti yg busuk berulat smpai ke usus, parti yg memperlecehkan islam n umat,parti yg sanggup membunuh beramai2 umat islam di memali, parti yg hanya pndai merembat hrta negara utk kaum keluarga, masih lagi membara n membuak2 perasaan ni..bkn skadar tentangan rakyat yg bodoh, ahli parti yg lembam n lembab, bloger2 picisan dpt memadamkn nafsu ni..jeritan konon utk membela islam,melayu n raja hanya kosmetik utk menutup niat sebenar utk mengumpul harta ,menjawat kuasa n mayb mendapat perempuan(siapa tahu?)..

    tggulah, pilhanraya umum akan mnjelang tiba, kita sume rakyat yg celik yg dah puas selama berpuluh tahun berada dibawah umno yg zalim, kite sendri akan lihat sedikit masa lagi berberapa (berbelas?) individu kononnya berjuang demi agama bangsa n raja,mereka2 inilah akan terbuka menyeru kite sume berlapang dada n bersangka baik lantas menyokong umno berbanding dap..

  3. aku nak join la..firqah ni,pada duk puja syiah yg sesat yg boleh rosak aqidah,baik la deme ni

  4. Tak perlu pikir2 dah..PR yang terbaik, gabungan ini sudah lengkap dan sempurna. Ayuh tinggalkan BN. Mana lagi nak cari parti cam PR dlm dunia ni!!!!

    DAP ada KHALIFAH
    PAS ada NABI
    PKR ada IMAM MAHDI

    sila rujuk Mat Sabu, Ust Budak dan Badrul Amin kalau anda masih was-was.

  5. tuan.....

    1-nik aziz maaf
    2-pemimpin pas maaf
    3- kami ABU tak maaf............minta maaf la yer.......hehehe takbur takbur takbur



    wifi @ sri kayangan massage

  6. UMNO.... nama pon UMNO. kalau bukan UMNO sapa lagi yang paling dengki dengan bangsa nya sendiri. kalau bukan UMNO yang jual harga diri, hartanah melayu dan martabat melayu, tidak akan wujud melayu modern OKB 'orang kaya baru' sekarang dengan jenama baru ABU 'anugerah bahalol umno'. kalau tak makan rasuah, jual rezab bangsa sendiri, agak susah nak jumpa melayu perut boroi hisap cerut lepak kat starbuck, dome, coffee bean, sekarang ni nak tengok melayu kat surau PPR pun susah sebab yang duduk PPR pun lepak kat restoran nasi kandar mamak!

    ALLAH SWT tak akan ubah nasib melayu kecuali melayu ubah nasibnya sendiri.

    dan melayu serta jawa poyo sahaja akan akan undi umno di PRU 13. kita tengok lah nanti...

  7. Sorry off topic....kerjasama PDRM dgn ATM tu mcm nak rampas kuasa aje, in case BN kalah PRU 13 ni.....

  8. Salam. Sama jugak tuan penarikbeca. Off topic, mohon maaf. nak respon pada anon Thurs, dec 29, jam 1237. Alhamdulillah, orang awam kat luar sana dah paham dan sedar tentang tujuan kerjasama ATM dan PDRM yg diwarwarkan tu.

    Sebelum ni pun, setiap kali ada demo di KL, elemen tentera memang standby (dikerah daripada kem luar KL). Strategi yg kurang bijak kerana mempromosikan kerjasama yg sedia terjalin dan ujud antara PDRM dan ATM selama ini. kan ke dah ramai orang tau hala tuju kerjasama tu..

  9. saya bukan melayu mahupun islam.saya beragama hindu dan berketurunan india. sekira nya melayu bersatu di malaysia saya dan bangsa saya pun tumpang gembira dan hak hak org melayu tidak jadi masalah buat kami(kami dah lama anggap org melayu macam saudara kami,jiran kami,rakan baik kami). apa yang kami harap cuma hak dan kebajikan kami jangan diabaikanan dan keadilan yang sama. Kami bukan macam kaum mamak yang lupa asal usul mereka(nak jadi melayu + niat sebenar mereka nak hak keistimewaan org melayu) . Utk pengatahuan,kaum india daripada keturunan kasta paria sudah lama bertukar agama disebabkan diskriminasi yang dilakukan oleh kasta tinggi semasa zaman dulu dulu dan mejoritinya adalah golongan mamak . saya bukan nak kutuk mana mana bangsa cuma sakit hati dengan perangai mamak mamak yang lupa daratan.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008