Sedap!! Klik gambar di atas!

Kenapa Cik Gu Pa kata game over dan Hassan Ali akan selamat?

Ni bukan saya kata, orang kata:
Cik Gu Pa (Datuk Mustafa Ali) tentu tak nak jawab (cabaran) (Datuk Dr) Hasan (Mohamed Ali) bab dia nak jumpa (dalam gelap) dengan Umno tu sebab bila jawab, (mungkin) kena cerita pula Presiden (Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang) yang suruh jumpa Umno. Presiden pula (mungkin) kena cerita pula (Datuk Dr) Harun Din yang cadang supaya jumpa (pemimpin) Umno.
Mengenai busuk mulut carpab tertentu yang nak gambarkan kepada orang ramai bahawa Harakah tak berlaku adil kepadanya, ada pulak kawan yang kata:
Harakah dah bagi hutang kat dia sampai RM800,000 tak adil lagi?
Seorang lagi kawan, tak dan habis nak cerita komen kawan lain bahawa pada tahun 1951 para ulama ramai-ramai keluar Umno dan tubuhkan PAS, dia terus kata:
La ni (selepas pilihan raya umum 2008) ulama-ulama dalam PAS berebut-rebut pulak nak selamatkan Umno.
Takat tu ja. Seterusnya, lihat petikan dari kenyataan penuh Dr Hassan yang disiarkan dalam TranungKite Online:
Dengan ini saya menarik balik komen saya mengenai ‘Negara Berkebajikan’ tersebut. Saya memohon maaf kepada saf kepimpinan dan ahli-ahli parti terhadap keterlanjuran saya itu.

Adapun yang lain daripada itu adalah sama seperti yang terkandung dalam kenyataan akhbar dan ulasan yang telah saya buat.
Bagi jelas dalam hati hampa bahawa selain komen mengenai 'Negara Berkebajikan', komen lain terhadap PAS selepas dia angin satu badan terhadap Saari Sungib yang buka pekungnya bahawa orang Gombak tak kelapaq kat dia, semuanya Dr Hasan tak tarik balik.

Apa yang Dr Hassan sebut sebelum itu? Antara lain baca laporan Utusan Malaysia 21/12/11 bertajuk "Hasan tolak negara berkebajikan". Dalam berita Utusan Malaysia 21/12/11 juga yang bertajuk "Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor sifatkan Mustafa bongkak, sombong", Dr Hassan dipetik sebagai berkata:
Saya ingin tegaskan apa yang saya sedang lakukan adalah untuk mengukuh dan memperkuatkan Pas supaya Pas tidak dilihat terumbang-ambing dan dilihat tidak konsisten dengan dasar perjuangan menegakkan Islam.
Selepas ini, bolehlah orang-orang Umno bersyarah sana-sini memetik kata-kata Dr Hassan dan menyatakan bahawa bahawa "Hassan Ali sendiri mengaku PAS dilihat terumbang-ambing dan dilihat tidak konsisten dengan dasar perjuangan menegakkan Islam" (ada orang tertentu bila dia cakap, anda sambutlah dengan laungan "Takbur! Takbur! Takbur!" Allah laknatkan syaitan kerana takbur).

Dalam berita bertajuk "PAS calls in malcontents to end open spat", Naib Presiden PAS Haji Salahuddin Ayub berkata bahawa Dr Hasan "still plays a very important role in our party".

Saya bersetuju seratus peratus kenyataan Salahuddin. Memang, Dr Hasan mempunyai peranan yang penting dalam PAS. Antara peranan penting beliau ialah seperti yang dinyatakan dalam ruangan pendapat pembaca dalam Malaysiakini bertajuk "Hasan, talking to BN media an act of betrayal".

Janganlah lupa:
Kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia berjaya menggulingkan presiden-presiden mereka kerana kebangkitan-kebangkitan tersebut tidak mempunyai pemimpin - Rashid Al-Ghannushi.


Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Itulah pak bakaq POLITIK MELAYU yg Selama ini Melalak sana sini mendabik dada "bahawa parti merekalah yg LEBIH ISLAM segalanya",,,,akhirnya bercakaran sesama sendiri dok pertahan diri sendiri,,,,,,,,,,,NAK PERTAHANKAN MELAYU dan ISLAM,,,"MAINAN POLITIK" semata2 perjuangan untuk nak rebut kuasa,,,,,,,,,

  2. Baru ada kuasa sikit dah berantakan sesasama sendiri...belum dot putrajaya lagi...pari mcm ni kita nak harapkan memerintah malaysia....nahuzubillah mintak dijauhkan sama skali....pas memang parti yg layak memerintah kelantan dan kedah shj....mentality rendah.....dgr ceitanya kedah pun bakal jatuh balik ke BN ..org kedah dah serik mcm org ganu serik dgn hadi bawang....kedah kata depa dok KALEH lepaih ni....inilah kesannya bila sekular menguasai pas...janji tinggal janji...hancus negara dgn pas...

  3. Pak Bakaq,
    ini bukan kau yang kata, tapi org yang kata :
    "Cik Gu Pa (Datuk Mustafa Ali) tentu tak nak jawab (cabaran) (Datuk Dr) Hasan (Mohamed Ali) bab dia nak jumpa (dalam gelap) dengan Umno tu sebab bila jawab, (mungkin) kena cerita pula Presiden (Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang) yang suruh jumpa Umno. Presiden pula (mungkin) kena cerita pula (Datuk Dr) Harun Din yang cadang supaya jumpa (pemimpin) Umno".

    SOALAN : KENAPA CIKGU PA TAK MAHU TERUSKAN ASAKANNYA TERHADAP HASAN ALI?.

    JAWAPAN 1 : Hasan Ali yang kata :
    “Malah terdapat permohonan daripada setiausaha agung sendiri untuk bertemu dengan seorang pemimpin tertinggi Umno yang sehingga kini setakat saya maklum belum dapat diadakan".

    JAWAPAN 2 : Hasan Ali yang kata :
    “Saya hendak berhenti setakat itu seperti mana Datuk Mustafa a Ali berhenti dari menuduh saya bertemu dengan pemimpin Umno di Hotel Meridien dan ‘stop-short’ di situ.

    Kedua-dua di atas telah menyebabkan YB Salahuddin berkata :
    "Naib Presiden PAS Haji Salahuddin Ayub berkata bahawa Dr Hasan "still plays a very important role in our party".

    Pak bakaq,
    Penting sangatkah Hasan Ali kepada PAS apabila beliau berkata :
    "Ditanya sama ada beliau akan meninggalkan PAS berikutan perubahan ini, Hasan berkata: “Saya akan bersama apa jua gerakan berunsur politik atau tidak yang dapat mempertahankan Islam, orang Melayu dan institusi raja".

    aku kata :
    "Siapakah yang ajar Mursyid Am TGNA supaya mengajar Hasan Ali, bahawa pemimpin PAS mesti berjuang untuk mempertahankan Islam, ORANG MELAYU dan INSTITUSI RAJA".

    Pak Bakaq,
    Soalan aku ini bukan untuk kau jawab, tapi untuk mereka yang berada dikayangan yang menjawabnya :
    1- Adakah ahli PAS dapat menerima Hasan Ali setelah pimpinan PAS bebesar hati menerima beliau kembali dengan alasan "Hasan Ali penting kepada PAS"?.
    2- Adakah ahli PAS terdiri dari batang-batang kayu mati dan batu-batu ditepi jalan, boleh menerima apa sahaja, walaupun dihina dan dikencing oleh mereka yang mempunyai kenalan dalam pimpinan parti.
    3- Adakah ahli PAS terpaksa menunggu pemilihan parti akan datang untuk menukar pemimpin yang dikategorikan geng yg takut pada Hasan Ali?.

  4. pak bakaq,

    Dr Hasan "still plays a very important role in our party". what can you expect from 'playsafe' politician?

  5. anon2,

    bukan sekular tetapi virus ug...

  6. Tak tau dah apa nak jadi dengan kepimpinan ulama kita ni,macam2 ketidakadilan dalam pentadbiran parti, kenapa lah sampai orang melihat macam tak ada keupayaan untuk menangani isu yang melibatkan kepimpinan PARTI.
    Jangan nanti di anggap bahawa ULAMA gagal ,bagaimana nak pergi jauh ke putra jaya sedangkan diri sendiri seolah 0lah dah merangkak walau cuma sampai di kaki bukit.
    macam kerajaan BN yang cuma menangkap bilis dalam kes rasuah sedangkan jerung bebas berkeliaran.
    Apakah kerana yang menghentam dan memperlekehkan PARTI seorang exco maka iya tak perlu tindakan hanya kerana meminta maaf.kalau ahli sendiri nanti dah hilang kepercayaan ,bagaimana kita nak mengharapkan orang luar percaya kepada kita.

  7. Pak Bakaq,

    KAlau tak tunujk komen saya pun tak apa. Khas untuk Pak Bakaq baca. Tetapi kalau Pak BAkaq siarkan komen saya, InsyaAllah Pak Bakaq dapat satu kebajikan di jalan Allah.

    Janganlah fikir pemimpin PAS itu warak. Kisah pertelingkahan antara Hassan Ali dan penentang-penentangnya dah buka pekung di dada sifat sebenar beberapa pemimpin PAS. Mencela,menghina tak ada beza dengan orang kebanyakan. Pemimpin politik PAS ramai yang hampir serupa malah ada yang lebih buruk perangai daripada pemimpin UMNO. Ramai yang tidak menunujukan ciri Islam. Perbuatan dosa bukan saja minum arak, berzina, tidak melaksana hukum hudud dan lain-lain. Berdosa juga termasuk menyebar fitnah, bermusuhan-musuhan lain-lain seperti beberapa pemimpin PAS lakukan sekarang ini.

    Jangan ingat pemimpin PAS tidak mungkin berubah sekiranya dah jadi menteri bila menang PRU nanti. Sekarang belum dapat kuasa pun dah kecoh sesama sendiri.

    Blogger PAS pun sama kebanyakan blogger UMNO buka cerita aib orang depan khalayak ramai. Bezanya ialah blogger PAS kata perjuangan Islam.

    Sebab itulah kebanyakan orang Melayu berpendapat PAS dan UMNO sama saja, dua-dua Melayu.

  8. anon 7,

    di akhir zaman ulama terbagi kepada ulama baik dan ulama jahat - maksud hadis.

  9. Pas ni lebih sikit je dari Umno... Lebih dia sebab dia kata dia parti Islam... PAS katalah...

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008