
Dalam posting bertajuk "Umno ganti Umno" 4/2/11 dulu, saya tulis:
Di mana-mana pun dalam dunia, bila rakyat marah, pemimpin jahat digantikan. Tetapi yang menjadi hakikat, perjuangan rakyat dirogol oleh sang pengganti.Saya copy paste balik apa yang saya tulis tu setelah terbaca berita bertajuk "Egypt's Islamists poised to dominate parliament".
Kadang-kadang, rakyat bangkit secara spontan. Tak ada pemimpin. Penggerak-penggerak kebangkitan di jalanan pula bukan muka-muka popular. Ketika itu, munculllah pemimpin-pemimpin parti pembangkang berlagak macam pencetus kebangkitan. Tanpa berbuat apa-apa, duduk tak duduk mereka dinobatkan sebagai hero oleh penyokong-penyokong mereka sendiri.
Ketika gelora reformasi di Indonesia, wujud istilah pahlawan kesiangan. Lebih kurang nak bagi faham fasal pahlawan kesiangan lagu ni: Orang lain dah beramuk lama dah dengan musuh, dia dok main selimut lagi. Tiba-tiba dalam pukul 11.00 pagi, dia melompat keluaq dari tempat tidoq dia. "Haa! Huu! Haa!" dia menjerit sakan. Bukan buat apa pun, buat bising ja. Konon-konon dia mengamuk sakan la tu. Para pengikut dia yang dah laluk dengan 'asabiyyah terhadapnya lalu menjerit, "Tu dia! Pemimpin kita tak duduk diam! Mu tengok! Dia mengamuk! Dia mengamuk! Mu tengok tuu!!"
Saya teringat kecaman Pramoedya Ananta Toer terhadap pemimpin-pemimpin pembangkang Indonesia yang menunggangi reformasi negara itu. Untuk memahami kegelisahan seperti itu, sila baca pendapatnya terhadap Megawati Sukarnoputri dalam majalah Time:Megawati came to power on the crest of a wave of youth rebellion. Those kids didn't really think about it; they didn't have any other figurehead, so they adopted her because she was Sukarno's daughter. That's all she is.










Cantik? Klik 






salam tuan....minta tuan lancarkan fanpage ASAL BUKAN UMNO (ABU)....kita nak tgk respons mcm mana....
dengan kadar segera tuan...
tokpengulu
Bukan begitu.. Ikhwan dah lama berjuang... berapa ramai pemimpin dan ahli nya di bunuh dan di kejami.. bukan itu saja Anwar Sadat President negara nya pun dapat di bunuh nya... tetapi Allah swt. belum beri kemenangan kepada mereka. Skrg mereka kena atur strategy utk memastikan kekuasaan di tangan mereka.. Kaji sejarah Ikhwan. Mengapa mereka di katakan mendapat kemenangan skrg, sebab mereka telah tanamkan satu alternatif kepada rakyat jelata. Tanya rakyat Mesir kenapa pilih Ikhwan sebab mereka dah muak dgn sekularism dan socialism dan segala ism, skrg mereka nak mencuba Islam yg di bawa oleh Ikhwan..Siapa yg akan mengetuai satu2 alternatif ini ... Allah saja yg mengetahuinya dan Allah mempunyai rancangan Nya yg tersendiri.
Bila suruh mengaji pandai pandai masa sekolah dulu tak mau, hanya tau ikut memberontak saja. Bila dah orang lain jadi ketua atau menang pilihanraya jangan dok bising pula. Itulah sistem yang kita pakai.Tapi memang adillah; apa dok pertikai lagi, Menang kerana majoriti rakyat memilih mereka. Awat hang nak tuduh penduduk Mesir bodoh bodoh belaka. Hang nak kata Malaysia pun akan jadi macam tu kerana rakyat bodoh tak tau memilih. Memang betullah dalam dunia ni ada lebih ramai orang bodoh berbanding orang cerdik, kalau terbalik siapa pula yang nak jadi pengikut, kerana semua cerdik (nak jadi ketua).
Bagus le Ikhwan nak perintah Mesir. Takkan nak bagi puak Syiah laknatullah kot?
Tokngah
Pak bakaq,ayat anta ana paham..anta nak kata iran punya style genuine,ada khomaeni..ikhwan punya style tak sempurna..tolong sikit la syeikh!! Iran pun tak kemana pasai kelitin syiah doktrin..korek cerita2 dalam kuboq..la ni kantoi dengan yahudi wahabi. tunggu la sat macam mana sunni nak atoq,erdogan dah mula proof politik yang promising...BADWI PAS
BADWI PAS
Saya tak tulis fsl mazhab dan Allah menjadi Saksi saya yang saya tidak ada niat nak tulis berdasarkan 'asabiyyah apa2 yg hang tuduh aku.
Aku tulis fsl perjuangan budak2 muda, perjuangan rakyat dan pemimpin politik sedap2 dapat hasil. Kalu rajin baca balik apa aku tulis (kalau rajin):
Kadang-kadang, rakyat bangkit secara spontan. Tak ada pemimpin. Penggerak-penggerak kebangkitan di jalanan pula bukan muka-muka popular. Ketika itu, munculllah pemimpin-pemimpin parti pembangkang berlagak macam pencetus kebangkitan. Tanpa berbuat apa-apa, duduk tak duduk mereka dinobatkan sebagai hero oleh penyokong-penyokong mereka sendiri.
Ketika gelora reformasi di Indonesia, wujud istilah pahlawan kesiangan. Lebih kurang nak bagi faham fasal pahlawan kesiangan lagu ni: Orang lain dah beramuk lama dah dengan musuh, dia dok main selimut lagi. Tiba-tiba dalam pukul 11.00 pagi, dia melompat keluaq dari tempat tidoq dia. "Haa! Huu! Haa!" dia menjerit sakan. Bukan buat apa pun, buat bising ja. Konon-konon dia mengamuk sakan la tu. Para pengikut dia yang dah laluk dengan 'asabiyyah terhadapnya lalu menjerit, "Tu dia! Pemimpin kita tak duduk diam! Mu tengok! Dia mengamuk! Dia mengamuk! Mu tengok tuu!!"
ok ,saya menghargai ketulusan tulisan anta,cuma tajuk tu macam pukoi ikhwan sedangkan depa dah beribu orang syahid...cuma kalu mereka kut2 dilihat tak bersama orang2 muda ditahrir square..anta nampak gitu k?