Sedap!! Klik gambar di atas!

Daripada dok bangang bela Hassan Ali, baik bela Adam Adli

Nak jadi cerita, budak-budak press yang bijak korek cerita telah berjaya menjadikan proses pemilihan calon di dalam PAS Gombak terburai dari mulut Haji Saari Sungib. Tu la, jangan main-main dengan press. Lain kali, kalau tak cukup licik dan cerdik, jangan bercakap dengan press.

Akibatnya, kawan saya telefon semalam, disebarkan make believe punya auta kononnya apa yang berlaku tu perancangan JIM nak lingkupkan PAS. Senang sungguh cara depa nak tutup bangkai kawan depa. Reka cerita ikut sedap mulut kurang ajaq depa.

Memang la, boleh jadi betul boleh jadi tidak, dari dulu lagi aku rasa orang IRC pandang orang di luar kelompok depa terutama orang macam aku sebagai goyim. Depa bajet diri depa tu konon-konon chosen people la (Apa tu? Mukhtarah?)

Tapi kalau main suka hati ja nak tuduh JIM ikut sedap mulut hampa pun aku meluat jugak. Asal ada problem, tuduh JIM. Ada problem ja, tuduh JIM. Cari la hujah lain, bangang oi!

Apa orang nak tuduh Saari dan JIM, itu hampa punya pasai. Bagi aku, terburainya cerita-cerita dari mulut Saari tu adalah kebijaksanaan tak sengaja beliau. Dia bukan sengaja nak score. Tetapi dengan tak sengaja, dah terscore la pulak.

Aku ni dok tergelak sambil tulis benda ni. Kira lawak jugak kisah kebijaksanaan tak sengaja Saari tu.

Akibat terburainya cerita-cerita dari mulut Saari, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali telah mengambil tindakan disiplin terhadap dirinya sendiri. Tak payah PAS buat apa-apa, dia sendiri yang tergelejat-gelejat menghodohkan dirinya sendiri di mata begitu banyak orang PAS.

Dia cakap ikut sedap dia nak cakap ja sehingga orang-orang PAS jadi sakit hati kepadanya. Tu yang aku kata dia mengambil tindakan disiplin terhadap dirinya sendiri tu.

Sekarang, dalam Facebook, dah keluar kecaman terhadap prestasinya ketika jadi Adun Gombak Setia. Kita tak terkejut apa pun, masa dia jadi Adun Sungai Burung pun dah dengar macam-macam cerita.

Kebijaksanaan tak sengaja Saari juga mempercepatkan apa yang dijangka akan berlaku. Sebelum ni, saya dengar orang menjangkakan bahawa apabila dibubarkan dewan kelak dan sumpah laknat sebagai wakil rakyat PAS tidak lagi berkuatkuasa, Datuk Dr Harun Din akan memimpin Hassan dan Ustaz Nasharudin Mat Isa keluar TV dan media lain, mungkin dengan air mata terburai-burai, menyatakan betapa kasihnya mereka kepada PAS tetapi tak mampu lagi meneruskan... Kira sandiwara sakan la masa tu.

Rupa-rupanya tak dan bubar dewan dah buat kelaku dah. Kalau orang PAS tak bangang, patut depa terima kasih kat Saari. Bukan marah kat dia. Tapi kalau bangang, hidup la hampa dengan bangang hampa tu.

Tapi yang lebih menyebabkan kita tersenyum ialah kenyataan-kenyataan poyo seperti "Jauhi tuduh menuduh, sayangi sesama ahli". Tak payah nak auta la, dulu masa Haji Khalid Abdul Samad kena gantung, tak dak pulak cakap "kita sayang kepada semua ahli kita tanpa membezakan di antara satu sama lain". Nak temberang pun, agak-agak la!

Laa, panjang pulak aku tulis. Yang aku nak tulis ialah hentikanlah kerja bodoh membela Hassan Ali. Baik kita bela Adam Adli!

Adam hampir ditumbuk oleh mana punya Mamat aku pun tak tau. Nasib baik Adam tak dikeronyok ramai-ramai macam Aduka Taruna dikeronyok ramai-ramai oleh pahlawang-pahlawang di Rusila dulu.

Jangan biarkan Adam keseorangan (Gambar di atas ialah Datuk Seri Ruslan Mokhtar yang nak tumbuk Adam).

Berkaitan:
Turun bendera Najib: Adam hampir ditumbuk (Antara Pos)
Hassan Ali cuba pengaruhi pimpinan PAS lain - Mustaffa Ali (Politik Suku Sakat)
Hasan Ali dan Nasharuddin terperangkap dengan agenda Umno (Laman web PAS)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Suka posting ni. Esp bab "sikit2 salah JIM". Pernah satu program sorang ustaz tu lebih kurang kata JIM tu kafir. Tersentak gak aku. Aku bukan ahli JIM. Ada adik beradik aku orang kuat JIM (mmg kadang2 cakap terlebih besaq sama gak la ngan sesetengah orang PAS) dan aku appreciate juga tarbiah orang JIM rasa lebih efektif dpd hat pemuda PAS buat... aku selalu pi usrah IRC masa aku muda2 dulu.

  2. salam Pak bakaq. aku dari dulu tak percaya pada Hassan Ali.Walaupun aku bukan penyokong Pas tapi banyak orang Pas yang depa kata bongok, tapi orang itulah paling aku respek. Bukan macam Hassan Ali tu.Bodoh macam lembu Apno. Dia sendiri pernah berjenaka pada penulis Sukby Latif yang dia kata "orang cepat naik,akan cepat jatuh". Jadi betul kata Pak Bakaq dia telah mengambil tindakan disiplin terhadap dirinya sendiri. Kebodohannya amat ketara bila mengambil apa-apa tindakan tanpa berpakat dalam satu musyawarah. Dia kena ingat dia bukan MB Pas, tapi hanyalah lantikan exco atas ehsan PKR.

  3. pak bakaq,
    kepala otak kau kadang-kadang bergeliga, kau komen bukan sahaja nak menyedapkan hati kau, bahkan kau tikam geng retorik yang perasan sehingga terburai habis yang ada dala perut.
    Pemuda PAS skrg ini bukan lagi jadi sayap kpd parti, bahkan jadi kurap yg seronok digaru. Dari dulu lagi aku jadi bangang, bagaimana pemuda PAS memilih ketua mereka, adakah guna kepala otak atau guna kepala lutut dgn ikut sahaja senarai pimpinan yg telah disediakan. Pada hal semua org tahu, bahawa pemilihan pimpinan pemuda adalah untuk PRU13.
    pak bakaq,
    Betul kepala otak kau, lebih baik Hasan al-Retoriki dengan Nik Abduh al-Fatahi pergi bela Adam Adli dari membela Hasan Ali dan Nasaruddin Mat Isa. Tapi bila difikirkan, macamana pula nak bela Adam Adli, sedangkan mereka sendiri hilang arah dan apa yang hendak dilakukan untuk kuatkan parti. Kalau main bola, kita panggil geng ini "pemain yang tiada selera nak jaringkan gol lawan, asyik tendang bola keluar padang pemainan".
    Bukan aku dengki atau nak jadi batu api, tapi pemuda PAS sendiri boleh lihat, apakah tindakan yang pemimpinan pemuda laksanakan untuk mencetus satu perubahan kepada anak-anak muda, sama ada untuk memperkasa parti atau melarikan diri dari UMNO, bahkan pemuda PAS menjadi pak turut dan kena jemput kepada program yang diadakan, orang panggil "penggenap majlis".

    pak bakaq kau kata :
    "Datuk Dr Harun Din akan memimpin Hassan dan Ustaz Nasharudin Mat Isa keluar TV dan media lain, mungkin dengan air mata terburai-burai, menyatakan betapa kasihnya mereka kepada PAS tetapi tak mampu lagi meneruskan... Kira sandiwara sakan la masa tu".
    aku kata :"tak takut ke? bagaiman kalau jin saka gigit kepala botak kau"

  4. Pas x nak jd mcm peristiwa Dato' Asri Muda dulu kot.. yelah x kan nk sebut 'Marakbar Hasan' pulak kot.. hehehehe

  5. keluar pas bukan beerti keluar islam..apa lah sangat..banyak peranan lagi nak martabatkan isla kat luar pas ni,dari duk asyik buka kain orang tiap hari pehal..

  6. http://www.malaysiakini.com/news/123254

  7. makin lama PAS makin huru-hara. kenapa perlu salahkan hassan ali dan ust nash? yang salah adalah presiden PAS. kita ada Presiden yang tak tahu nak tadbir parti. beliau sudah hilang idealism dan kewibawaan untuk memimpin. lihat sahajalah perilaku dan kenyataan beliau, selalu mengalah degan ketua umum PKR dan pemimpin DAP. kemana hala tuju PAS pun makin keliru. orang kampung dah mula bosan dengan PAS. saya yakin PAS akan terus hancur selepas ini dan DAP akan cemerlang!

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008