Sedap!! Klik gambar di atas!

Bilakah masanya yang mesra Umno itu memilih jalan yang lurus?

Saya ulang siar apa yang ditulis dalam posting "Kenapa Cik Gu Pa kata game over dan Hassan Ali akan selamat?":
Seorang lagi kawan, tak dan habis nak cerita komen kawan lain bahawa pada tahun 1951 para ulama ramai-ramai keluar Umno dan tubuhkan PAS, dia terus kata:
La ni (selepas pilihan raya umum 2008) ulama-ulama dalam PAS berebut-rebut pulak nak selamatkan Umno.
Saya akan ulang siar petikan kata-kata di atas untuk dijadikan sempadan oleh ahli-ahli dan penyokong PAS yang mahu menjadikannya sebagai sempadan. Yang membenci dan sakit hati sangat kepada petikan kata-kata tersebut dan juga kepada saya yang memetik kata-kata tersebut, dipersilakan benci dan sakit hati dengan penuh perasaan.

Apa-apa pun, saya berharap dalam berebut-rebut nak selamatkan Umno itu, para ulama PAS yang berkenaan tidaklah sampai terpijak antara satu sama lain sehingga berlaku stampede pulak (Penjelasan: Gambar di atas hanyalah kebetulan bertemu ketika pilihan raya negeri Sarawak ketika masing-masing berkempen, tetapi amat menarik untuk diperhatikan body language watak-watak utama dalam gambar itu).

Ni nak masuk dah kepada episod panas hati Datuk Dr Hasan Mohamed Ali baru-baru ini yang memperlihatkan banyak perkara berbangkit.

Episod sebuah perjuangan itu bermula apabila wartawan yang licik berjaya memburaikan dari mulut Haji Saari Sungib bahawa Dr Hassan mengalami kebankrapan pencalonan yang amat mengaibkan di Gombak di mana terletaknya kerusi DUN Gombak Setia yang kini diwakilinya.

Teman-teman...

Kenyataan Saari itu bagaikan menyimbah asid ke muka carpab itu setelah beliau didakwa oleh sebahagian pihak sebagai membaling taik ke muka PAS termasuk "menemui orang tertentu termasuk beberapa tokoh dalam PAS untuk meyakinkan mereka supaya bersama dengan dia kerana PAS sudah tidak boleh diyakini lagi" (lihat "Hassan Ali cuba pengaruhi pimpinan PAS lain - Mustaffa Ali" dan jangan lupa Dr Hassan berkata bahawa "saya menarik balik komen saya mengenai 'Negara Berkebajikan'" dan "adapun yang lain daripada itu adalah sama seperti yang terkandung dalam kenyataan akhbar dan ulasan yang telah saya buat").

Akibat kenyataan Saari itu, menggelejat sakanlah Dr Hassan. Saya tak tahu sampai lagu mana. Mungkin sampai ke ceiling, temah-teman! Maklumlah, ilmu pun sampai ke ceiling, teman-teman (Laa... Tiba-tiba terdengar la pulak suara orang melaung-laung, "Takbur! Takbur! Takbur!")

Masuk kepada perkara berbangkit akibat episod tu. Antara perkara berbangkit yang orang tanya saya ialah tentang kata-kata seorang ulama berkelulusan PhD yang menyatakan supaya "undi calon Melayu sahaja". Maknanya termasuk calon Umnolah (sic).

Saya kata, pertama sekali dia tu termakan propaganda busuk Perkosa. Sejarah yang baru berlaku pun dia buta tak nampak, kata saya lagi. Pilihan raya Hulu Selangor dulu dia buta tak nampak ka Perkosa kempen calon Hindu. Kalau sejarah yang baru sangat berlaku pun dia buta tak nampak, apa jaminan dia boleh nampak sirah RasuluLlah s.'a.w.w.? Orang yang otak kacau macam tu, ilmu dia kita tak boleh tumpang.

Bab Melayu ni, saya teringat seorang menteri Umno yang kini masih berkhidmat sebagai menteri. Pernah sekali, sembang punya sembang, Mamat tu temberang seorang pemimpin PAS. Dia minta letak calon PAS di Alor Gajah sebab dia mendakwa Tan Sri Dr Fong Chan Onn tu "anti-Melayu". Dia kata, "kami (Umno) akan tolong". Nasib baik pemimpin PAS tu tak percaya sebab semua tu bohong hidup-hidup! Bila tiba pilihan raya, orang-orang Umno bagaikan begasak-gasak kerana berebut-rebut nak mengundi apek itu.

Ditanya juga kepada saya kata-kata Karpal Singh supaya langkah mayat depa dulu kalau nak tubuhkan negara Islam. Adakah Karpal tu kafir harbi? Adakah PAS tak sedar bahawa Umno sakit hati sangat kepada PAS sebab PAS berkawan dengan DAP?

Saya jawab bab PAS berkawan dengan DAP dulu. Masa Umno bunuh dengan kejam orang-orang PAS di Memali dan di Lubok Merabu dulu, masa tu PAS tak berkawan pun dengan DAP, awat Umno bunuh orang PAS?

Langkah mayat Karpal?

Pertama sekali, walaupun saya adalah orang Islam yang mahukan perlaksanaan undang-undang Islam tetapi saya rasa geli dan jijik nak langkah mayat celaka-celaka tu. Saya tak akan kotorkan selipar saya kalau-kalau masa nak langkah tu terkena la pulak bangkai depa (if anybody is pissed off with the words celaka and bangkai, it is just a matter of following the normal rule and practise - "tit for tat", harsh words for harsh words). Tu pertama sekali.

Kedua, kenyataan tu celaka tu buat dah lebih sepuluh tahun yang lalu dan orang-orang Islam termasuk dari PAS dah jawab macam-macam dah.

Karpal kafir harbi? Pertama sekali, hanya kalau saya gila sahaja saya akan kata dia kafir zimmi.

Kedua, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang juga menghina undang-undang Islam tu kafir zimmikah kepada Umno?

Ketiga dan paling penting, kalau pemimpin-pemimpin Umno sendiri tidak gila-gila menghina undang-undang Islam terutama sejak tahun 1990 dulu, hampa ingat pemimpin-pemimpin MCA, DAP dan lain-lain berani nak menghina undang-undang Islam? (Lihat "Umno pak yet MCA: 'Umno dan menghina Islam berpisah tiada!'")

Lagu mana sekalipun Umno kata PAS menyeleweng, tetapi parti itu tak pernah hina undang-undang Islam. Jauh lagi la nak ajar DAP hina undang-undang Islam. PAS tak pernah buat gitu, Hassan Ali oiii!!

Satu lagi, kalau Karpal mengelarkan kenyataan yang menghina Islam, Datuk Seri Najib Tun Razak pun menghina undang-undang Islam juga (lihat "Kenapa sokong Najib yang hina hukum Islam?"). Kalau saya dituduh dengan apa tuduhan sekalipun, saya tak akan kata sama sekali Najib tu kafir. Jauh lagi la nak kata dia kafir harbi - saya memohon perlindungan Allah s.w.t. dari berkata sedemikian.

Tetapi, dengan penghinaannya terhadap undang-undang Islam itu, adakah Najib tidak melakukan perbuatan yang bersifat harbi terhadap Islam?

AstaghfiruLlah, macam tu punya jenis Umno yang dimesrai oleh firqah pemimpin PAS yang diketuai oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan diperkasakan oleh Datuk Dr Harun Din, Datuk Harun Taib, Datuk Mustafa Ali, Nasrudin Hassan Tantawi, Datuk Abu Bakar Chik, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali, Nasharudin Mat Isa, Nik Abduh Nik Abdul Aziz serta beberapa yang lain.

Adoi la! Bilakah masanya memilih jalan yang lurus?

Berkaitan:
Bohong: Pelabur takut undang-undang Islam (Harakah Daily 30/10/11)
Umno bersekongkol dengan MCA mengkritik hukum Allah (Harakah Daily 5/12/11)
Top Catholic bishop tells non-Muslims to support hudud in Kelantan (Harakah Daily 23/9/11)
Soi Lek hina Islam, Umno membisu? (Malaysia Daily 4/12/11)

Janganlah lupa:
Kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia berjaya menggulingkan presiden-presiden mereka kerana kebangkitan-kebangkitan tersebut tidak mempunyai pemimpin - Rashid Al-Ghannushi.


Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Salam Pak Bakaq....

    Kat link ni terbaharu utube dailoq percambahan minda... rasanya Bang Bakaq kenal mereka-mereka ini...http://www.youtube.com/watch?v=qFL-VQwdJxA&feature=share

  2. Tengok gambar di atas terasa sejuk hati, harap harap pemimpin umat islam dapat bersatu hati satu masa nanti. Tiada gunanya berbalah dah 60 tahun, apa satu pun tak nampak peningkatan dan kebaikan kepada umat. Politik kalau tak dapat melaksannakannhukum islam pun, sekurang kurangnya dapat menambahbaik kehidupan umat islam, bukan semakinmemporak perandakan umat. Kalau tidak, tak ada parti politik pas, umno, pkr pun lebih baik, aman dunia. Pak Bakaq, bila hang nak jadi bangkai pun tak tau lah..

  3. pasai apa masa MAP baru2 ni takdak sapa nak suruh Hj Hadi sama2 turun takhta dengan Nasharuddin Isa? Kenapa org2 PAS cuma pilih Hj Mat Sabu sahaja? Aku dah lama setuju dengan Aduka Taruna dalam hal Hj Hadi ni...

  4. woi anon 2 bangkai. Kalau nak melayu bersatu misti pegang pada tali Allah - ISLAM. Suruh pemimpin umno yg kau sanjungi tu tinggalkan umno dan bersatu sama PAS bukan the other way around, BANGKAI!!!

  5. Umno parti munafikeen mustahil ia akan hijrah ke madinah sedang kuala lumpur mencurahnyya harta karun mahafiraun.

  6. pak bakaq,
    bukan kau sahaja yang tahu, namun semua orang pun tahu :

    - semua orang tahu, kenapa sesetengah pimpinan PAS buat-buat telinga badak dan telinga kuali dalam kes Hasan Ali lawan PAS.

    - semua org tahu, bahawa Hasan Ali tak akan merendah-rendah parti PAS dan mengecing keputusan muktamar PAS kalau beliau tidak mempunyai senjata yang kuat untuk mempertahankan diri.

    - semua orang tahu, bukan Hasan Ali seorang sahaja daripada pimpinan yang mengadakan perjumpaan dalam gelap dengan UMNO, untuk menubuhkan menate kerajaan perpaduan.

    - semua orang tahu, bahawa UMNO menawarkan jawatan tertentu kepada pemimpin tertentu jika menate kerajaan perpaduan.

    - semua orang tahu, bahawa sesetengah pimpinan PAS mempunyai rahsia tersembunyi dan rahsia tersebut kini berada kocek seluar Hasan Ali.

    - semua orang tahu, bahawa Hasan Ali ada sebab untuk berbaik-baik dengan UMNO, sama ada dalam gelap atau dalam cerah.

    - semua orang tahu, bahawa tidak akan berhenti agendanya memerangkap PAS sehingga menjelang PRU 13.

    pak bakaq,
    - namun orang tidak tahu, bahawa ahli PAS terpaksa bersabar atas tingkah laku sesetengah pimpinan PAS sehingga selepas pilihanraya PRU13, kerana menghancurkan UMNO adalah lebih diutamakan.

  7. "AstaghfiruLlah, macam tu punya jenis Umno yang dimesrai oleh firqah pemimpin PAS yang diketuai oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan diperkasakan oleh Datuk Dr Harun Din, Datuk Harun Taib, Datuk Mustafa Ali, Nasrudin Hassan Tantawi, Datuk Abu Bakar Chik, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali, Nasharudin Mat Isa, Nik Abduh Nik Abdul Aziz serta beberapa yang lain."

    tawaran jawatan di putrajaya sangatlah menggiurkan sehingga tak yakin dengan perjuangan parti sendiri untuk ke putrajaya apatah lagi tahaluf siasi dengan sahabat2 dalam pakatan rakyat.

    saya horamati semua ulama pas kerana 'ulama adalah pewaris nabi'. cuma yang terserlah kelemahan 'lesdership' quality pada diri mereka. hadi terserlah kerana kepimpinan dan semasa almarhum ustaz fadhil nor. hadi ambil alih kepimpinan dalam keadaan tidak bersedia. dia lemah dalam hal selok belok politik. dia perlu kepada penasihat yang berpengalaman dalam politik. orang itu tidak lain tidak bukan ialah stopa ali. stopa ali pula perlukan mereka2 yang solid di belakangnya. lalu dipunggah saf kepimpinan pas ganu ke jalan raja laut. adinda kemudian bertanding jawatan ketua dmpp untuk memperkukuhkan kedudukan beliau dan memperkasakan pas ganu yang hanya diizinkan Allah mentadbir ganu untuk satu penggal. Allah gagalkan pas ganu penggal kedua dan Allah juga gagalkan hasrat stopa mahu adinda mengetuai dmpp. post mortem kegagalan pas menyambung hayat pentadbiran di ganu telah diarkibkan tanpa perlu diketahui oleh rakyat pas. tanpa perlu dipersoal. rakyat pas terkenal dengan mengamal meminum madu wala' setiap hari.

    kelemahan ilmu poltik hadi terserlah dengan jelas selepas episod 'pertemuan dalam gelap' dengan umno. tidak mengaku pada mulanya. yang lain sudah disejarahkan dan bukan rahsia lagi. sekejap tutup sekejap buka. sekejap bersama pakatan rakyat sekejap akan meneruskan perbincangan dengan semua pihak termasuk umno. flip flop? no, it is leadership weaknesses. hadi fails as a leader. he relies all politics to his entrusted advisor, stopa ali. so much so, stopa is seen as running the party. why is hadi so adament to keep stopa at the helm of harakah? is hadi at the mercy of stopa?

    sikap malu alah is corrupting pas. sikap respek ulama is corrupting pas. "playing safe" politics is corrupting pas. keanggotaan majlis syura ulama yang berkuasa mempastikan calon pas is corrupting pas. malu alah, respek, "playing safe" wujud kerana 'kuasa' majlis syura ulama. bayangkan hassan tantawi boleh pastikan siapa calon pas?

    rakyat pas sedarlah. pemimpin kamu masih belum sedar kerana masih di twilight zone kerana penasihat2 tegar perpaduan dan disokong sepenuhnya oleh bakal2 pimpinan pas in the making! body language gambar yang disiarkan menyatakan segalanya. salam pun salam adik beradik. bukan salam kali pertama.

    wallahu'alam

  8. Bhai Pak Bakaq...

    Selagi mana puak-puak yang nak berpadu-padu nih ader dalam PAS.. selagi itulah gua akan berterusan menentang mereka... tak kira lah berapa tinggi ilmu dier... dan berapa banyak kitab yang dier baca...

    Isunyer sekarang nih... ader sebab la kenapa semua golongan ulama keluar Perikatan dan tubuhkan Hizbul Muslimin satu masa dulu... jadi sebab itu masih lagi valid sampai kehari ini..

    Selagi UMNO masih lagi menolak Islam dalam segala urusan.. selagi itulah haram bagi kiter semua berpadu dengan UMNO...

  9. Pak Bakaq. Menarik kalau Hassan Ali keluar dari Pas dan tubuh parti sendiri macam Zaid Ibrahim. Kalau dia rasa yang dia tu baguih sangat silakan. Buat apa menjerit-jerit dalam Pas kerana tak setuju perjuangan Pas? Sama seperti Zaid Ibrahim dia tak setuju sebab ahli tak calon dia bukan sebab pengundian yang tempang. Dia masuk parti terus nak dok kat atas mana jasa depa semua? Hassan ali patut keluar Pas, pasal perjuangannya adalah MELAYU, ISLAM DAN RAJA-RAJA KETURUNAN HINDU.Nampak tak perbezaan dengan Pas, ISLAM DAN KEBAJIKAN. Jadi kalau nak perjuang adat resam hindu tu samalah seperti perjuangan kafir harbi.Lebih baik dia belah sebelum rakyat lempaq dia keluaq selepas PRU ni.

  10. maslahnye pak bakaq, geng2 ug ni hidung dah xleh nk bau bangkai..sumenye die bau wangi semerbak..ni gara2 sindrom syok sendri..mmg kebanyakan geng2 ug ni, keje malas tapi nk jawatan besor2 mcm perut masing2, kebetulan plak parti yg busuk smpai ke usus mmg pndai bab tawar menawar ni smpai pak lebai pun tercabut serban duk tadah jnji2 manis..

    nk buang hadi awang?..jgn mimpi, selagi mane x mampus,selagi tu la die akan pegang jawatan lebih2 plak dpt sokongan dr kakanda2, adinda2, ayahanda2 yg bersepah2 dlm pas tu..

    kenapa la diorang sume xnmpak kezaliman umno dulu kini dan selamanya smpai snggup bermesra bercumbu dgn parti yg seringkali menghina islam?..

  11. Apa maksud hang kebangkitan tunisia tanpa rashid ganoshi..hang tak baca sejarah ke yang orang tua tu kena jail dan tak boleh balik negeri sampai jatuh nya siharamjadah umno tunisia...khomeini pun semacam la bila rakyat dah mampos ramai dah baru dia balik mai iran BADWI PAS

  12. Pak bakaq,
    kafir itu tetap kafir. Tak kiralah samada Karpal Kafir Harbi atau Karpal Kafir Zimmi. Tak kira Melayu,Cina, India atau kaum-kaum lain.Kafir tetap kafir seprti jelas dinyatakan dalam surah Al Kafirun.

    Orang kafir MELAKUKAN PERBUATAN SYIRIK.. percaya taghut. Orang kafir sembah berhala. Orang kafir Kristian percaya trinity. Firaun pun melakukan perkara syirik. semua itu perbuatan syirik .

    Adakah perbuatan syirik itu perkara kecil?

  13. Ikut ramalan akhbar-akhbar Cina,PRU akan diadakan pada bulan Februari atau Mac tahun depan.Sekiranya ramalan ni boleh dipakai,puak UG dalam PAS sudah berjaya mengalih pandangan dan tumpuan ahli-ahli PAS dari kerja-kerja persediaan PRU.Dimana-mana ahli-ahli PAS asyik berbincang tentang kes anak-Ali.Sadar atau tidak,faham atau tidak - itulah agenda puak UG.Tahniah pada Hadi Awang dan Stopa Ali.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008