
Hari ni saya teringat balik kata-kata hikmat Arab yang selalu disebut oleh Datuk Nakhaie Ahmad ketika dia dalam PAS. Kata-kata hikmat itu berbunyi "lisanul hal afsah min lisanil maqal". Aku mana tau Arab tetapi lebih kurang maksud dia "apa yang tergambar melalui perbuatan lebih fasih berbicara dari apa yang diucapkan oleh kata-kata".
Apa yang kita buat lebih fasih menceritakan hakikat diri kita yang sebenarnya dari apa yang kita dakwa melalui kata-kata kita yang asyik nak bajet macam bagus sangat tu. Lebih kurang gitu la.
Saya boleh tulis panjang-panjang dalam blog ini fasal Islam, akhlaq, puak tu sesat, orang tu syaitan, apa sahaja. Tetapi kalau kehidupan saya bermewah-mewah dengan sumber yang orang semua ternganga-nganga tertanya-tanya dari mana dan menjadi talk of the nation pula, apa sahaja tulisan dan sandiwara saya untuk bajetkan diri saya macam bagus sangat akhirnya akan mempersendakan diri saya sendiri. Tidak perlu orang lain mempersendakan.
Lebih buruk lagilah kalau ayah saya orang berkuasa. Orang bertanya, bolehkah saya hidup semewah itu kalau saya bukan anak ayah saya? Jauh lebih buruk lagi apabila orang bertanya, pernahkah ayah saya mempersoalkan dari mana kemewahan saya? Kalau tak pernah, orang kata ayah saya sebenarnya silent accomplice. Diam-diam bersyubhat.
Orang tetap bertanya walaupun saya masih dalam khayalan dan menganggap semua orang buta perut dan memaksum serta mensucikan ayah saya.
Ingat orang tak geli ka sikit-sikit saya kaitkan dan cangkuk kat mulut ayah saya. Nak matikan hujjah orang, saya kata ayah saya yang kata gitu. Senang sungguh.
Teringat la pulak masa saya mendengar orang mengaji kitab Mosolli, Aqidatun-Najin serta al-Hikam dari Allahyarham Tuan Guru Haji Mat Saman Kati (bukan Mat Saman Kati celup si blogger tu - sori Pendi!). Saya ulang semula, saya dengar orang mengaji. Saya tak mengaji. Kalau saya mengaji, tak la macam ni.
Antara yang saya ingat orang tua tu kata ialah "Pemuda itu ialah yang menyatakan saya adalah saya". Dia sebut dalam bahasa Arab bermula dengan perkataaan rajulun. Tapi mana la aku nak tau dia kata apa dalam bahasa Arab.
Yang saya ingat ialah dia terjemah dan menyatakan "Pemuda itu ialah yang menyatakan saya adalah saya". Maknanya, dia tak akan kata dia anak tok penghulu ka, cucu ketua kampung ka, adik D.O. ka, dia tak akan kata semua itu. Tetapi dia menampilkan dirinya sebagai dirinya sendiri. Itu pemuda, kata Mat Saman.
Berbeza sungguh apa yang dinyatakan oleh Mat Saman itu dengan saya sendiri yang asyik ratibkan "ayah ana kata, ayah ana kata..." Alahai!
Panjang la pulak saya menceritakan tentang diri saya. Nak buat macam mana, saya masih dalam khayalan dan menganggap semua orang buta perut dan memaksum serta mensucikan ayah saya.
Yang sebenarnya, saya teringat fasal kata-kata hikmat dalam bahawa Arab itu bila mengenangkan kelaku seseorang. Bila masuk mesyuarat, yang selalu dia rungut dan bisingkan ialah tentang menteri negeri yang "tak bagi projek, tak bagi GLC " dan "kita pun nak pakai duit juga".
Itu dalam mesyuarat. Di hadapan umum dia mendakwa dia menggelejat kerana Islam.
Tetapi bagi yang tak lupa sejarah, tentu mereka tidak lupa ada orang yang menuntut supaya diberikan kepadanya sepuluh peratus dari wang derma ikhlas yang disumbangkan oleh mustadh'afin atau rakyat tertindas yang menyokong pertubuhan tertentu kalau nak panggil dia berceramah dan masukkan dalam akaun kompeni bisnes air liur dia. Tak ada orang pernah buat gitu sehingga ditegur oleh presiden pertubuhan itu yang kini telah pun kembali ke pangkuan Allah s.w.t. (Gambar di atas tu adalah hiasan sahaja sebab kebetulan Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor ada sebut fasal keikhlasan dan mana saya tau sama ada berkaitan atau tidak dengan orang yang hidup sebab saya bukan Tuhan yang tau semua perkara).
Saya dah cerita dah, tapi nak cerita lagi bahawa seorang kawan saya selalu menyebut kata-kata Mao Tse Tung (sila baca kisah Mao dalam "The Truth About Mao Mass Murderer, Womaniser, Liar, Drug Baron: Book Paints Horrific Portrait"). Menurut kawan itu, Mao pernah kata, "kalau dua ekor anjing berkelahi, mesti mereka berebut tulang".
Sama la juga, apabila ada anjing yang menggelejat tak tentu hala, dia sebenarnya marah-marah kerana ada tulang yang dia nak sangat tak dapat kat dia - "lisanul hal afsah min lisanil maqal".
Akhirnya, bila ada mana-mana Mamat nak pinang anak dara orang, terpaksa diberitahu kelaku Mamat tu kepada bapa anak dara itu supaya tak jadi mangsa. Lebih-lebih lagilah kalau pikat undi dan kepercayaan orang. Terpaksa tulis. Terpaksa bagi tau.
Sikit pendapat peribadi mengenai hal semasa: Menawarkan jadi calon Pakatan Rakyat sahaja nampak jauh lebih bijaksana dari masuk DAP. Tak payahlah masuk DAP.
Teringat Allahyarham Datuk Hassan Adli yang pernah menjadi calon Barisan Nasional (BN) tanpa parti dan menang kerusi Bagan Datoh dalam pilihan raya umum 1978.
Sebut fasal Hassan, walaupun ketika beliau dah dipecat, banyak orang tak tau dia melarang orang tertentu dari Dewan Pemuda PAS pada masa itu dan beberapa orang lain yang nak buat parti baru kerana tak setuju dengan Presiden PAS pada masa itu, Allahyarham Tan Sri Asri Muda.
Beliau menyuruh mereka kekal di dalam PAS.
Janganlah lupa:

Apa yang kita buat lebih fasih menceritakan hakikat diri kita yang sebenarnya dari apa yang kita dakwa melalui kata-kata kita yang asyik nak bajet macam bagus sangat tu. Lebih kurang gitu la.
Saya boleh tulis panjang-panjang dalam blog ini fasal Islam, akhlaq, puak tu sesat, orang tu syaitan, apa sahaja. Tetapi kalau kehidupan saya bermewah-mewah dengan sumber yang orang semua ternganga-nganga tertanya-tanya dari mana dan menjadi talk of the nation pula, apa sahaja tulisan dan sandiwara saya untuk bajetkan diri saya macam bagus sangat akhirnya akan mempersendakan diri saya sendiri. Tidak perlu orang lain mempersendakan.
Lebih buruk lagilah kalau ayah saya orang berkuasa. Orang bertanya, bolehkah saya hidup semewah itu kalau saya bukan anak ayah saya? Jauh lebih buruk lagi apabila orang bertanya, pernahkah ayah saya mempersoalkan dari mana kemewahan saya? Kalau tak pernah, orang kata ayah saya sebenarnya silent accomplice. Diam-diam bersyubhat.
Orang tetap bertanya walaupun saya masih dalam khayalan dan menganggap semua orang buta perut dan memaksum serta mensucikan ayah saya.
Ingat orang tak geli ka sikit-sikit saya kaitkan dan cangkuk kat mulut ayah saya. Nak matikan hujjah orang, saya kata ayah saya yang kata gitu. Senang sungguh.
Teringat la pulak masa saya mendengar orang mengaji kitab Mosolli, Aqidatun-Najin serta al-Hikam dari Allahyarham Tuan Guru Haji Mat Saman Kati (bukan Mat Saman Kati celup si blogger tu - sori Pendi!). Saya ulang semula, saya dengar orang mengaji. Saya tak mengaji. Kalau saya mengaji, tak la macam ni.
Antara yang saya ingat orang tua tu kata ialah "Pemuda itu ialah yang menyatakan saya adalah saya". Dia sebut dalam bahasa Arab bermula dengan perkataaan rajulun. Tapi mana la aku nak tau dia kata apa dalam bahasa Arab.
Yang saya ingat ialah dia terjemah dan menyatakan "Pemuda itu ialah yang menyatakan saya adalah saya". Maknanya, dia tak akan kata dia anak tok penghulu ka, cucu ketua kampung ka, adik D.O. ka, dia tak akan kata semua itu. Tetapi dia menampilkan dirinya sebagai dirinya sendiri. Itu pemuda, kata Mat Saman.
Berbeza sungguh apa yang dinyatakan oleh Mat Saman itu dengan saya sendiri yang asyik ratibkan "ayah ana kata, ayah ana kata..." Alahai!
Panjang la pulak saya menceritakan tentang diri saya. Nak buat macam mana, saya masih dalam khayalan dan menganggap semua orang buta perut dan memaksum serta mensucikan ayah saya.
Yang sebenarnya, saya teringat fasal kata-kata hikmat dalam bahawa Arab itu bila mengenangkan kelaku seseorang. Bila masuk mesyuarat, yang selalu dia rungut dan bisingkan ialah tentang menteri negeri yang "tak bagi projek, tak bagi GLC " dan "kita pun nak pakai duit juga".Itu dalam mesyuarat. Di hadapan umum dia mendakwa dia menggelejat kerana Islam.
Tetapi bagi yang tak lupa sejarah, tentu mereka tidak lupa ada orang yang menuntut supaya diberikan kepadanya sepuluh peratus dari wang derma ikhlas yang disumbangkan oleh mustadh'afin atau rakyat tertindas yang menyokong pertubuhan tertentu kalau nak panggil dia berceramah dan masukkan dalam akaun kompeni bisnes air liur dia. Tak ada orang pernah buat gitu sehingga ditegur oleh presiden pertubuhan itu yang kini telah pun kembali ke pangkuan Allah s.w.t. (Gambar di atas tu adalah hiasan sahaja sebab kebetulan Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor ada sebut fasal keikhlasan dan mana saya tau sama ada berkaitan atau tidak dengan orang yang hidup sebab saya bukan Tuhan yang tau semua perkara).
Saya dah cerita dah, tapi nak cerita lagi bahawa seorang kawan saya selalu menyebut kata-kata Mao Tse Tung (sila baca kisah Mao dalam "The Truth About Mao Mass Murderer, Womaniser, Liar, Drug Baron: Book Paints Horrific Portrait"). Menurut kawan itu, Mao pernah kata, "kalau dua ekor anjing berkelahi, mesti mereka berebut tulang".
Sama la juga, apabila ada anjing yang menggelejat tak tentu hala, dia sebenarnya marah-marah kerana ada tulang yang dia nak sangat tak dapat kat dia - "lisanul hal afsah min lisanil maqal".
Akhirnya, bila ada mana-mana Mamat nak pinang anak dara orang, terpaksa diberitahu kelaku Mamat tu kepada bapa anak dara itu supaya tak jadi mangsa. Lebih-lebih lagilah kalau pikat undi dan kepercayaan orang. Terpaksa tulis. Terpaksa bagi tau.
Sikit pendapat peribadi mengenai hal semasa: Menawarkan jadi calon Pakatan Rakyat sahaja nampak jauh lebih bijaksana dari masuk DAP. Tak payahlah masuk DAP.
Teringat Allahyarham Datuk Hassan Adli yang pernah menjadi calon Barisan Nasional (BN) tanpa parti dan menang kerusi Bagan Datoh dalam pilihan raya umum 1978.
Sebut fasal Hassan, walaupun ketika beliau dah dipecat, banyak orang tak tau dia melarang orang tertentu dari Dewan Pemuda PAS pada masa itu dan beberapa orang lain yang nak buat parti baru kerana tak setuju dengan Presiden PAS pada masa itu, Allahyarham Tan Sri Asri Muda.
Beliau menyuruh mereka kekal di dalam PAS.
Janganlah lupa:
Kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia berjaya menggulingkan presiden-presiden mereka kerana kebangkitan-kebangkitan tersebut tidak mempunyai pemimpin - Rashid Al-Ghannushi.














Cantik? Klik 






nostalgia zaman al marhum ust fadzil noor, semoga ALLAH kekal merahmati mu.
salam tuan, saya tak paham la perangai gol yg x nampak musibah puak UG ni. seboleh2 nk menafikan berlakunya pertemuan dlm gelap, penipuan dgn jemaah . dia tuduh la pulak org parasit .
boleh rujuk
http://ibnmustaffa.blogspot.com/2011/12/perjumpaan-sulit-2008-hangpa-semua-tahu.html
seorang seorang yang menganiaya DSAI meninggal dunia, punca penyakit lah... stroke lah, mati accident lah...dan macam macam punca maut. menganiaya orang tak baik, namun masih ramai pemimpin dalam UMNO dan PAS (pun ada juga) yang menganiaya rakyat siang malam tak sedar maut senantiasa menanti di hujung hari dan kubur memanggil 'darling come to me lah!'
semua nya akibat terlalu taksub dengan harta duniawi...yang amat sedih bila Latuk Agama pun songlap duit Zakat. Wow! siapa kata orang kafir lagi laknat bila di renung anak kampong kita sendiri diam diam songlap duit Zakat untuk golongan asnaf + 7 yang lain. itu lah ajaran atok nenek moyang kita pada cucu mereka bila masok kerja gomen kot....padan lah kereta kereta boss kerajaan ber cermin gelap, malu nak tunjuk batang hidung pada orang.
2011 sudah ber lalu, datang pula 2012....budak keta limousine pulak kena masok lokap jadi Lembu-hitam kes rm250juta NFC, pada hal duit tu boleh diguna pakai hantar beribu ribu orang tua tua kampong kerja kan Hajji di Makkah melawat juga Maddinah.
Ustaz Fadhil Noor dah meninggal, namun ramai ahli ahli PAS masih gagal memahami tujuan matlamat PAS....bekerja untuk akhirat, dan bukan untuk gelaran Datuk ka, Datuk Seri ka, Tan Sri Datuk Seri ka, mau pun pangkat Allahyarham ka. apa nak jadi dengan bangsa melayu kita di akhir akhir zaman ni?
Buat anon 3, tolong jangan jadi egen unruk menabur fitnah untuk kilang fitnah pkr. Jamil sendiri telah buat penjelasan bahawa duit tu bukan wang zakat tapi geran kerajaan untuk Majlis Agama. Tentunya puak pembangkang akan tidak mempercayainya, lantak kau orang lah. Tapi cuba tanya DSAI pulak dari mana dia cekau banyak duit untuk perbicaraan dan sman orang lain. Cuba korek tengok berapa banyak harta dia ada. Isu qazaf ini sepatutnya untuk orang yang dituduh berzina, ini bukan kes zina tapi kes suka sama suka. Tak pasai pasai duit rakyat kena dikeluarkan untuk bayar kos guaman kerana DSAI saman kerajaan.
Buat Dahan Jati, kes Jamil Khir telah didedahkan oleh Ketua Audit Negara, ada faham? Ketua Audit Negara itu adalah kakitangan peringkat tertinggi kerajaan, lantikan kerajaan jua dan justeru bukan anggota politik.