Saya ketinggalan tengok berita. Dah dekat Maghrib petang tadi baru dapat baca apa terjadi pada siang 24/12/11. Ni dah 25/12/11 dan selamat menyambut Krismas kalau ada orang Kristian baca blog ini.
Sikit ja, cuma nak sorot mengapa Datuk Dr Hassan Mohamed Ali kata apa yang dia kata siang tadi, konon nak tolong cuci taik yang dibaling kat PAS (baca Malaysiakini 25/12/11 "Little trust for Hasan despite apology"):
1. Teman-teman, mesyuarat Lujnah Politik PAS (lihat posting saya "Tunggulah artikel terhebat abad ini dari Presiden PAS") memperlihatkan episod ba'dhuhum auliya'a ba'dhin yang sungguh manis dan penuh kasih sayang, teman-teman!
Bodohlah, teman-teman, kalau Dr Hassan yang sebelum ini menikmati episod yang sama dengan Mufti Perak tidak mahu memanfaatkan kasih sayang Presiden PAS, Ketua Dewan Ulama PAS, Ketua Dewan Pemuda PAS dan khususnya Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS dalam episod ba'dhuhum auliya'a ba'dhin yang penuh lazat itu.
2. Seperti saya kata, apabila Haji Saari Sungib dengan tak sengaja telah score gol dan mendedahkan nilai sebenar Dr Hassan apabila menyatakan beliau tak cukup pencalonan (orang PAS Gombak beritahu saya tak ada pencalonan langsung), tidaklah bijak lagi kalau dia nak mempasar malamkan hayat politiknya.
Amat ngeri, teman-teman, kalau akhirnya harganya lebih murah dari kupang tembaga (wang satu sen). Orang kata, nak berniaga biarlah harga tengah tinggi, teman-teman.
3. Harga Dr Hassan lebih tinggi, teman-teman, kalau terus berada dalam PAS. Macam semakin ternyata apa yang dinyatakan dalam posting Nota Merah bertajuk "Firaun berjaya nasihat Musa, Harun" yang antara lain mengkisahkan "Pihak PM sendiri menasihat pihak Nasharuddin dan Dr Hasan supaya tidak meninggalkan PAS..."
4. Watak-watak hebat berikut seronok untuk dilihat, terutama selepas pilihan raya umum akan datang jika Umno sekali mengalami nasib yang sama seperti selepas pilihan raya umum 2008 lalu:
a. Datuk Seri Abdul Hadi Awang
b. Datuk Dr Harun Din
c. Datuk Harun Taib
d. Datuk Mustafa Ali
e. Nasrudin Hassan Tantawi
f. Datuk Abu Bakar Chik
g. Datuk Dr Hassan Mohamed Ali
h. Nasharudin Mat Isa
i. Nik Abduh Nik Abdul Aziz
5. Saya sebut watak-watak utama sahaja. Banyak lagi pak yet mereka. Antara macai utama mereka ialah Idris Ahmad.
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula telah berjaya mereka perguna dan peralatkan dalam episod kawan makan kawan ketika muktamar tahun ini di mana mereka hendak membuang Nasharudin sebagai Timbalan Presiden PAS. Episod itu adalah antara episod kawan makan kawan yang paling klasik dalam PAS.
Dalam pemilihan akan datang, dengan sokongan Mursyidul Am, Presiden dan nama-nama yang disebutkan di atas serta penyokong-penyokong mereka seperti yang berlaku dalam pemilihan tahun ini, saya jangka Tuan Ibrahim akan menjadi Timbalan Presiden PAS.
The game is not over yet. It has just begun for another fresh start. Watch this space!
Berkaitan:
Hasan tolak negara berkebajikan (Utusan Malaysia 21/12/11)
Mustafa Ali enggan jawab tuduhan mahu jumpa Umno (FMT 24/12/11)
Bukan saya jumpa pemimpin Umno tapi Mustafa Ali’ jawab Hasan (TMI 24/12/11)
Not me, but Mustafa who did it, says Hasan (Malaysiakini 24/12/11)
Hasan denies meeting Umno leaders, says Mustafa did so (TMI 24/12/11)
The game is over, kata Mustafa Ali (Harakah Daily 24/12/11)
Hasan tarik balik kritik negara kebajikan (Malaysiakini 24/12/11)
'Media arus perdana beri saya lebih liputan dari Harakah' (Malaysiakini 24/12/11)
Hasan backs down on welfare state criticism but... (Malaysiakini 24/12/11)
'Mainstream media gives me more space than Harakah' (Malaysiakini 24/12/11)
Hasan Ali regrets criticising PAS welfare state idea (TMI 24/12/11)
Media pro-Umno lebih daripada Harakah, jelas Hasan Ali (TMI 24/12/11)
Negara Berkebajikan: ‘Saya minta maaf kepada parti’ kata Hasan Ali (TMI 24/12/11)
Hasan: Saya sedia temu kepimpinan parti bila-bila masa (TMI 24/12/11)
Nothing wrong with using mainstream media, says Hasan Ali (TMI 24/12/11)
Kritik Negara Berkebajikan: Hasan Ali mohon maaf (FMT 24/12/11)
'Terima kasih Ibrahim Ali, saya masih bersama PAS' (FMT 24/12/11)
'Tiada ruang untuk saya bersuara dalam Harakah' (FMT 24/12/11)
Janganlah lupa:

h. Nasharudin Mat Isai. Nik Abduh Nik Abdul Aziz

Janganlah lupa:Kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia berjaya menggulingkan presiden-presiden mereka kerana kebangkitan-kebangkitan tersebut tidak mempunyai pemimpin - Rashid Al-Ghannushi.

Cantik? Klik 

Elok lah bergaduh sahingga menolak ayat bahawa Islam itu bersaudara...jika berlaku perbezaan maka kembali ke tali Allah.....
Islam bukan tak ramai..tapi yg menghayati Islam itu sendiri cuma sedikit.
Ini lah jadik nya....
Nak undi PAS mcm mne klu mcm nie ?
kalau dua2 ekoq dah menafikan maknanya PAS memang PARTI PEMBOHONG. kesian pengokong2 pas hari2 kena tipu. termasuk lah saudara penarik beca hari2 mau bohong hari2 buat cerita fitnah. teroknya PasNGOK ni...
apabila hassan ali kata bukan dia jumpa umno tetapi mustapha dan bersessi-sessi pulak tu (termasuk beberapa orang lagi watak hebat seperti di atas) mendedahkan bahawa "pertemuan dalam gelap" dengan umno benar berlaku sejak selepas pru12. ini membenarkan pula terbuktilah kata2 ustaz yahya osman bahawa "ulama pas pelawok (penipu)."
benar juga ada yang teruja dengan permohonan maaf hassan ali. di selangor khabarnya sudah terpasang benteng2 yang berbunyi "Kami sokong Dato Dr Hassan Ali - TOLAK ERDOGAN PAS". nak sokong, sokonglah. apa pula ada kena mengena dengan 'erdogan pas"? kemelut sekarang melibatkan anak2 pak ali - mustafa dan hassan - kedua2nya dikenalpasti bertemu dengan umno walaupun cuba dinafikan! kalian tahu tak siapa pemimpin "erdogan pas"? kalau tak tahu mai sini nak habaq, tok guru nik aziz! dia tolak perpaduang dengan umno yang dibawa oleh pemimpin2 pas yang terbayangkan jawatan di putrajaya! itu tu pun tak faham ke, bukan tak faham, yang sponsor kain rentang ni mestilah mereka yang "menyokong" hassan ali untuk memusnahkan pas dari dalam! maka tercipta dan terhidanglah wayang cina dengan aktor2 utama hassan-mustafa!
kemabukan "kepimpinan ulama" di dalam pas dicemari dengan majlis syura ulama dipenuhi dengan mereka yang bukan dari kalangan ulama yang muktabar! bayangkan apa sumbangan nasarudin tantawi selain menambah undi untuk ulama menentukan dasar pas sekehendak mereka? sehingga sanggup 'menipu' bahawa pertemuan dengan umno dipersetujui majlis syura ulama. sedangkan sudah terdedah bahawa majlis syura ulama diberitahu akan pertemuan tersebut dan telah memberi persetujuan! maknanya mereka bertindak dahulu dan selepas itu mendapat 'endorsement' majlis syura. siapa dalam majlis syura? mereka2 yang berjumpa dengan umno! di sini berlaku 'conflict of interest'. lagipun, oleh kerana majlis syura ulama dipenuhi oleh mereka yang sebulu dengan orang no 1 parti serta telah terbukti pula sentiasa di belakang orang no 1, maka tidak pelikkah keadaan ini berlaku. apakah rakyat pas bersetuju parti dikendalikan oleh seorang nakhoda yang berkuku besi.
apakah rakyat pas mahu melihat, jika dulu ulama keluar dari umnp menubuhkan pas kerana kecewa dengan umno, di hari muka ulama pas ijab kanul dengan umno kerana imbuhan2 dunia yang tidak pernah terlintas oleh ulama2 terdahulu seperti almarhum2 dr burhanuddin alhelmy, yusof rawa dan fadhil noor? jika kalian benarkan konsep 'kepimpinan ulama' ini berterusan, dalam politik serba mungkin! kalian mahu sanggah andaian ini, tetapi kalian perlu sedari bahawa "pertemuan dalam gelap" berlaku kerana tawaran2 jawatan di putrajaya!!!!!!!
wallahu'alam
Ya! ia tidak akan tamat sebelum dunia ini dihantar seorang penyelamat (Mahdi Al-Muntazar) dan berakhir dengan kiamat.
Hakikat sejarah kehidupan mengajar kita... Hussein cucu Rasulullah sanggup di penggal kepalanya oleh mereka yang mengaku sahabat dan tabi'en hanya untuk kuasa dan kemegahan. Namun dalil Al-Quran dan Hadis tidak pernah lekang dibibir mereka demi menghalal kedurjaan.
Teruskan perjuangan... berada di garis lurus!
Nampaknya blog ni semakan dah tak popular
Bhai Pak Bakaq...
Gua dah saspek dah benda macam nih akan terjadi.. dan gua jangkakan selepas PRU13 akan ader agenda lebih hebat... lu tarak percaya lu tengok la...
Anyway... list lu tue ader sikit kureng... ader sorang lagi terlepas... hehehe
Agenda perpaduan sememangnya dinantikan nanti oleh rakyat marhaen PAS bawahan selama ini.. Cuma kami ternanti nantikan adanya pemimpin PAS yang sanggup memulakannya. Semuannya bergantung kepada pemimpin. Nampaknya nasib kami tak baik, muncul pula pemimpin yang beralih arah bersama sama dengan DAP Pulak, sesuatunyang tak pernah terbayang dibenak kami selama ini. Cukuplah setakat ini kita bersama PAS....
Anon 7
Berdosa besar berbohong dan mengaku diri sebagai orang PAS. Berbohong adalah antara sifat munafiq!
Ah, nak hairan apa. Umno...
PAS sememangnya ahli ahli orang Melayu sahaja, dan Melayu memang sudah dikenali sejak zaman Hang Toye lagi bahawa mereka mereka ini hidup bersikapkan Ketam Batu atau 'Stone Crab' yang tak wajar dimakan kerana 2 alam nya, pijak memijak bangsa sendiri dengan kelulusan PHD nya, mana ada bangsa di dunia ini yang bersifat sedemikian.... apa pun, orang orang India Kerala pun tertarikh dengan sikap Melayu dan mula mengikut rentak hidup Melayu, jadi ketam batu.... hati manusia, siapa yang tahu tetapi selagi PAS diketuai orang 100% darah melayu dengan pemikiran kampong melayu maka masalah PAS maju kehadapan makin terbantut, jadi lah cerita macam si mamat mamat Perak yang gilakan kuasa dan duit. TGNA perlu diberi kuasa penuh untuk 'Fire!' majlis tertinggi PAS yang sedia ada kerana masing masing masih gunakan Islam untuk Politik Perut Sendiri, bukan untuk mengutamakan rakyat. dah sah di sini PAS dan UMNO sama aje, makna nya si Jalal dan Hang Toye kira pahlawan melayu lah kononnya. PAS mesti sedar, rakyat mengundi calon PAS dalam PRU 12 kerana rakyat sudah sedar ABU mesti wujud untuk mara kehadapan. harap harap anak anak Melayu dalam FElda jangan jadi POYO di lentuk dengan duit rokok, serah Felda ke pada FGV. hancurlah azimat Melayu jika Felda masok Bursa Malaysia. yang kaya secoit, yang papa kedana orang orang tua Felda di kampong tu.
saya percaya pemimpin-pemimpim PAS adalah jujur.Termasuk Dato Hassan Ali. Tetapi ada 'musuh dalam selimut' yang melagakan mereka ini kerana 'musuh dalam selimut' ini nak memporak peranda kan PAS.'musuh dalam selimut' ni ada menggunakan media perdana untuk melagakan mereka.'hasan ali akan jadi mangsa. Parti PAS tercalar imej, kemudian PR selangor akan goyah dan selangor terlepas.
siapa musuh dalam selimut tu? iaitu setan dalam diri mereka...!
tak kira lah jenis PAS anda(IRC/ikhwan/Abim/tablig/pas totok).jangan celupar sangat mulut...diam saja(ikut arahan majlis syura)
Pas Syiah(kalau ada pun) pun diam juga....
Tahniah..bakaq sebab hang dah berjaya mencetuskan bibit-bibit perpecahan dalam pas..bagus tugas hang..asyik dok peringat orang yang bangkit tanpa pemimpin, apa cerita..oklah la ni kita pakat2 bagi kredit kat bakaq dialah yang mencetuskan semangat kebangkitan la ni..bukan pemimpin2 BANGANG yang dia dok sebut tak berenti mulut macam dia sorang ja tak bangang.
Makin mengarut dah hangpa ni. Bukan setakat kawan makan kawan, ni dah masuk bab kawan menyontot kawan. PUNCA??? Sejak hangpa mula berkawan dgn RAJA SONTOT JUBOQ.
anon 11,
bukan bakaq yang mencetuskan bibit2 perperpecahan dalam pas. ornag seperti kamu yang mabuk madu wala' (jika kamu ahli pas)! siapa yang cetuskan idea ug ke dalam pas? siapa yang bertemu dalam gelap dengan pemimpin2 umno? ug inilah, pertemuan dalam gelap inilah yang melestari perjuangan "melayu-islam, islam-melayu" yang mungkin mempersonakan ko sehingga ko tak dapat melihat yang mana permata dan yang mana kaca. cuba ko fikir sedalam2nya, jika ko ahli pas, apa yang mendorong ustaz yahya osman berkata "ulama pas pelawok (penipu)? ko kenal ke siapa ustaz yahya osman ni? kalau tak kenal, go fly kite lah!
nampak dah makin banyak pencacai umno yang komen kat blog ni,hehehee,
takan la blog yang mencetuskan pepecahan dalam sesebuah PARTI?
hebat la pak bakaq macam ni kalau blog dia jadi pemecah sebuah Parti yang cukup hebat.
Kenapa tak cakap yang sebahagian ustaz2 dalam PAS punca pecah belah.
Kenapa dilihat puak2 yang kehuluhilir dengan ramuan WALA" satu ketika dulu dah jadi tak wala" kat parti?
Amboi no dulu bukan main lagi bagitau ahli2 kena wala'kena patuh!
bila kena kat hasan anak lelaki ali pandai pula buat hujjah gila suruh pakat2 diam dan terima maaf hasan dengan hati terbuka.
Umno dah nasehat dia tu suruh miinta maaf supaya boleh lagi bertenggek dalam PAS biar PAS jadi kacau.
Dan mereka2 dari kalangan pemimpin yang pakat2 suruh diam ni semua terlibat dengan agenda perpaduan.
Tapi bagi aku yang ahli biasa ni tetap yakin yang Allah akan membantu Parti Islam ini dari mereka2 yang tak juur dalam Parti.AMIN.
setuju 1000% dengan penjual ubat.