Sedap!! Klik gambar di atas!

Al-Fatihah untuk kekasih hati abah

Kiranya anda sudi dan bersimpati, mohon sedekahkan al-Fatihah untuk anak saya, kekasih hati saya Muhamad Sadiq (2/1/1994 - 4/12/2010) yang kembali ke pangkuan Allah s.w.t. yang amat dia perlukan, yang amat dia harapkan keampunan-Nya pada tarikh ini tahun lalu. Sebelum kehilangan Sadiq, saya hanya sekadar berkongsi kesedihan mereka yang kehilangan anak. Bila saya sendiri kehilangan Sadiq, macam nak mampoih aku rasa!

Memang la, ucapan yang biasa diucapkan ialah "sabar, redha..." Apa lagi saudara mara dan kawan-kawan kita nak kata? Dan, lebih dari itu, siapa aku nak kurang ajaq sangat kepada Allah dan membuat kelaku tak sabar dan tak redha?!

Namun, sampai hari ini pun tetap sebak dan menangis bila merayu keampunan Allah untuk Sadiq.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

اللهم صل على محمد وآل محمد

Ya Allah
wahai Tuhan Yang Maha Berbelas Kasihan kepada hamba-hamba-Mu yang merayu-rayu
dengan hanya bermodalkan harapan
dengan hanya bersenjatakan tangisan
saya merayu kepada-Mu
renggangkanlah tanah dari samping jasad anak saya, kekasih hati saya, Muhammad Sadiq
kasihanilah keterasingannya
temanilah kesendiriannya
hiburkanlah kegelisahannya
tenangkanlah ketakutannya
limpahkanlah kepadanya keredhaan-Mu
tolonglah anugerahkan kepadanya
salah satu dari rahmat-Mu, ya Allah
yang dengannya dia merasa cukup
dari (mengharapkan) kasih sayang kepada selain-Mu
serta gabungkanlah dia bersama-sama orang-orang yang dicintainya
bi haqqi Muhammad wa ali Muhammad, ya Allah

اللهم صل على محمد وآل محمد


Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. salam takziah.

  2. Al-Fatihah, didoakan semoga rohnya ditempatkan bersama para solihin

  3. Salam Takziah.....
    Al-Fatihah, didoakan semoga rohnya ditempatkan bersama para solihin
    Redha Pak Bakaq, segala nya ketentuan ALLAH SWT....

  4. salam takziah & alfatihah

  5. semoga Allah mengampuninya,ditempatkan dalam golongan orang orang yg salih amin ya gafur amin ya muhammad amin ya salam

  6. Bhai Pak Bakaq...

    Doa gua buat anak lu... Moga Allah merahmati dan mengampunkan segala dosa dier...

  7. Amin Ya Allah...

  8. alfatihah

  9. Al-Fatihah, muga rohnya diberkati dan dirahmati .... selawat

  10. A-Fatihah untuk Allahyarham. Semoga Allah menempatkannya bersama roh orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Amin.

  11. Semoga ALLAH ampunkan kita dan didik akhlak kita untuk bersama mereka di syurga Nya

  12. salam..takziah untuk anak saudara..moga tabah dan mengahadapi ujian...

  13. Al fatihah: demikian lah besarnya nikmat pemberian ALLAH,dahulu masa anta muda muhamad sadiq tak tercipta lagi,lepas tu dia di anugerahkan oleh yang maha agung,lepas tu dia kembali kepangkuannya...maka terungkaplah suatu ayat yang menjadi ratib para mukmin..inna lillah wainna ilaihirojiun :BADWI PAS

  14. Al Fatihah.
    Disebalik pemegian Muhamad Sadiq ada yg tersirat disebaliknya. Sesunggohnya Allah maha mengentahuai. Salam takziah Pak Bakar itu adalah ujian dari Nya.

  15. Allahhummagfirlahu, warhamhu wa afihi wa'fuanhu

  16. al fatihah. ujian yg amat berat sekali. Kesedihan dan kesabaran sbg ganjaran pahala dari Allah.

  17. Al-Fatihah..semuga ruhnya diberkati Allah SWT..

  18. Al-Fatihah..
    Hanya org yg pernah kehilangan anak sahaja yg memahami perasaan anda..Sedangkan Rasulullah s.a.w turut menangisi kewafatan anak lelakinya saidi Ibrahim,inikan pula kita yg tahap keimanan kita Turun naik ini..
    Kerja hati itu kasih sayang,dan kerja mata itu menangis,maka menangislah..
    Kita menagis bukan krn kita mengingkari Qadar Allah,ttp mengenangkan kenangan yg sempat kita kongsi bersama Arwah..
    Semoga saudara Tabah dan meyakini bahawa Rezeki arwah sudah dituliskan semasa Arwah berada di alam rahim lg,dikala kandungan mencapai usia 4 bulan..
    Berhusnuzzan lah kita kpd Allah s.w.t...Allah kasihkan Saudara lantaran itu diberinya juga Arwah kesempatan utk bersama Saudara..
    Demi Allah sy turut sebak semasa menaip komen ini wlwpun sy tidak mengenal satu sama lain..
    Sy mendoakan agar Arwah diberi kelapangan oleh Allah,diberi keistimewaan utk memberikan Syafaat kpd Saudara di Yaumal Mahsyar kelak..

  19. dari allah kita datang,kepada allah kita kembali...semoga rohnya berada dikalangan orang2 yg diredai oleh allah...setiap perkara tu ada hikmahnya..sabar tu yg indah..

  20. al-fatihah....semoga roh beliau dirahmati Allah...amin

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008