Sedap!! Klik gambar di atas!

Agaknya akan menyerbu komen yang kata aku ni anti ulama Kelantan

Berkaitan:
Act against Hadi and not Hasan (FMT 17/12/11)

Walaupun banyak pemikiran Aduka Taruna yang saya setuju, banyak juga yang saya tak setuju. Boleh jadi sama banyak.

Hari ni, dia tulis tentang punca yang sebenar-benarnya masalah PAS (klik sini). Saya setuju seratus peratus dengan pendapat benarnya itu. Sadaqa Aduka Taruna.

Bukan saya seorang, malah ramai lagi yang saya yakin setuju sangat dengan pendapat benar Aduka Taruna itu. Namun, hampir 99 peratus yang saya jumpa takut berhadapan dengan risiko. Mereka berani kata depan orang-orang tertentu sahaja, termasuk saya and thank you!

Jangan marah kat depa kalau depa takut. Hampa ingat semua orang berani dituduh kafir? Aku dah jenuh dah dituduh kafir. Setakat dituduh menghina Sunni, menghina ulama Sunni, tu macam dah jadi makanan ruji.

Tinggal lagi, saya belum lagi dituduh menghina Syiah atau menghina ulama Syiah apabila saya menulis tentang tuduhan rasuah terhadap Ayatullah Ali Akbar Hashemi Rafsanjani. Dalam tahun 2003, majalah Forbes menganggarkan harta Rafsanjani bernilai lebih dari US$1 bilion.

Terbaru, orang yakin sungguh yang saya benci Kelantan, benci orang Kelantan. Teruskanlah emotional masturbation hampa tu!

Tinggal lagi orang Perak belum lagi menuduh saya benci Perak atau benci orang Perak apabila sejak sekolah menengah lagi saya dengan penuh sungguh-sunguh tidak angkat tangan apabila khatib membacakan doa untuk raja di masjid di kampung saya di Matang yang penuh nostalgia tu (Kampung Matang dalam Kawasan Bukit Gantang - saya meluat gila kelaku Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ketika dia menjadi Menteri Besar Perak dan sayalah orang pertama yang menulis tentang "perjanjian Pangkor". Tetapi oleh kerana Umno bagi saya adalah bapak segala jahat, saya berusaha setakat mampu di kampung saya supaya orang kampung saya tidak mengundi Umno dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang. Bagi saya, perasaan berdosa mengundi Umno seolah-olah macam masuk agama lain!)

Sambung yang tadi - nasib baik juga ramai yang tak pernah dengar pandangan saya tentang seorang ulama Kelantan. Ramai yang berkata depan saya, ulama tu tak salah. Anak dan menantu dia yang depa kata salah. Kisah hidup mewah anak dia dah jenuh dah saya dengar orang rungutkan. Dah jadi talk of the nation.

Bila orang kata ulama tu tak salah, saya kata ulama tu la yang sebenarnya salah kalau dia tak penah tanya dan tak pernah larang. Kalau betul anak dia hidup mewah dengan sumber yang semua orang ternganga-nganga datang dari mana, adakah dia tanya dari mana anak dia dapat duit? Kalau dia tak pernah tanya dan tak pernah siasat, people can say he is a silent accomplice! As simple as that.

Adoi la, lepas ni agaknya akan menyerbu-nyerbu komen yang menyatakan saya anti ulama Kelantan. Setakat tuduh kafir dah biasa sangat dah (Gambar di atas Aduka Taruna sedang ditaklimatkan mengenai hukuman neraka jika menghina ulama antarabangsa).
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. orang melayu ni tak kira dari mana sekali pon, ada lah pada asasnya kebanyakan pak dengki buta tuli dan pak benggap lagi malas. anak anak melayu yang kaya biar dari duit rasuah ke, duit business halal ke tak perlu di kisah sangat, yang penting orang melayu kena kerja kuat dengan niat untyuk bangunkan diri sendiri. tabiat nak dengki busok hati bak kata pepatah kampong, "nak dengki pon jangan jadi macam nyamuk denggi" maka orang melayu kena rajin ringgan kan tulang dan tok sah nak boroi kan perut dengan asap rokok yang haram di sedut. jika 90% melayu kerja kuat duit halal akan buatnya kaya maka yang kaki rasuah pun malu nak tibai duit rakyat. bila dah ke tahap kerja kuat, orang orang melayu mesti tak lagi benggap sembab bahalol lagi toye macam sekarang ni dok lepak tepi longkang hirup asap lori deisel kat kampong nun.

    melayu pakai keta besar, kerja kuat tak nampak....tau tau nak dengki aje! tak kan anak anak melayu jadi akauntan hidup sama macam melayu kerja dbkl kot....'mana ada sama orang belajar dengan orang jahil'; maka itu lah kelemahan melayu. akibat malas maka di sembahlah kain pelikat, angpow rm200 dan di undi lah budak bahalol untuk rompak harta rakyat sampai bela lembu pun boleh di bagi rm250 juta buta buta. dah sah lah melayu ni bonggok tahap kelas David Cameron, tak join Euro.

  2. Pak Bakaq,

    Masih teringat lagi komen-komen hang mengani UG lengkap dengan gambar Ketua Task Force 2010.Bila baca pulak komen Aduka Taruna,sudah boleh buat kesimpulan.Stopa Ali mau main catur - korbankan sebiji bidak dan seekor kuda untuk selamatkan Raja(King)dan juga "pemain".

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008