Sedap!! Klik gambar di atas!

Tolong jangan bunuh Hindu itu!!

FMT menyiarkan video Hindu mengamuk kat polis (lihat FMT semalam "Video clip: Man dares cop to a brawl"). Saya tidaklah rasa pelik. Ada kawan saya pernah terajang teloq Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin. Masa tu, kawan saya ditahan di Balai Polis Dang Wangi dan Bakri pula masa itu adalah OCPD Dang Wangi.

Bukan takat terajang teloq Bakri, kawan saya tu bagi "pakej". Apa polis buat lepas tu, tak payah ceritalah...

Melawan polis saya tak hairan. Tetapi yang menarik perhatian saya ialah peringatan-peringatan yang diberikan dalam ruangan komen di bawah berita tu:
HarryFreakingPorter: Keep an eye out for this Indian man. He may end up in the morgue soon. I dont think our arrogant, illiterate ********* likes to be humiliated nationwide in this manner. Being clannish, I am quite positive this man will be covertly punished. Physically. **** has got a good track record of retaliation, necessary or not.

PrivateEye: Whoever friends of this driver, keep a close watch on him and report to third party immediately should something fishy happen to him. These guys will not let him go and he is easily tracked down. They will come in hidden disguise. Seriously watch out. It has touched their nerves and screwed up their ketuanan ego. We have seen such revenge time and again under the carpet. Our advice is seriously watch out.
Saya pun ingin meminta perkara yang sama. Kalau Hindu itu salah, bicarakanlah dia. Hukum mengikut peruntukan undang-undang. Tolong jangan siksa atau bunuh Hindu itu!!

Hal sendiri:

Kepada Allah saya memohon, tolonglah ampuni anak saya Muhammad Sadiq (2/1/1994 - 4/12/2010). Pada tarikh inilah, tahun lalu, saya membawanya ke hospital dengan harapan dia akan sembuh, sebab saya ingat dia hanya sakit biasa. Terkejut saya bila akhirnya dia dibawa ke ICU. Doktor di ICU pula tak memberikan harapan. ""He will eventually die," kata salah seorang dari mereka. Macam nak mampoih aku rasa masa tu!!

Sepanjang waktu itu saya menangis dan menangis di dalam doa mengemis dan merayu miracle dari Allah s.w.t. dan janganlah Muhammad Sadiq meninggalkan kami.

Antara yang sukar dilupakan ialah pada siang sebelumnya, ketika saya dan isteri menghantar kakaknya ke perhentian bas berhampiran Stadium Bukit Jalil, Muhammad Sadiq menelefon umminya. Malangnya, isteri saya tak faham apa yang hendak dinyatakan oleh Muhammad Sadiq. Saya masih ingat lagi, jam 1.42 tengah hari 11/11/10. Itulah panggilan terakhir dari Muhammad Sadiq.

Sehingga kini pun, saya menangis dan menangis di dalam doa mengemis dan merayu keampunan dan belas kasihan yang kekal abadi dari Allah kepada Muhammad Sadiq. Bukan saya seorang, kami sekeluarga, isteri saya, abang dan dua kakak Muhammd Sadiq dan saya sendiri, selalu menangis bersama-sama bila kami mengimbau kenangan bersama Muhammad Sadiq. Selalu kami saling pujuk memujuk satu sama lain walaupun yang memujuk juga amat pedih dan sedih dengan pemergian Muhammad Sadiq.

Saya tahu, ya Allah, tangan saya kosong. Tetapi saya abah Muhammad Sadiq dan lebih dari itu saya mencintai Nabi Muhammad s.'a.w.w. dan Ahlul-Baitnya, ya Allah! Walaupun itu sahaja modal saya, janganlah hampakan saya ya Allah! Tolonglah jangan hampakan saya, ya Allah!!
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Amin...

  2. bila kita menangis, air mata akan keluar...air mata tu tanda kita rindu pada org yang kita ingat..tuan, sebelum pemergian ayahanda saya beberapa bulan lalu, beberapa kali saya terjaga waktu tidur dan tiba2 perasaan teringat kpd kedua org tua saya...saya menangis...air mata itu adalah pengubat kerinduan kita...moga roh ayah dan anak tuan di tempat org2 yang beriman....

    tok pengulu...

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008