Sedap!! Klik gambar di atas!

Puja sultan Kelantan hak demokratik hampa, nak termuntah hak demokratik aku

Apabila saya membaca komen-komen di bawah posting sebelum ini "Nak termuntah aku tengok blog Kelantan puja sultan depa!", saya semakin taksub kepada kepada hak demokratik saya nak termuntah.

Hello, saya tak larang siapa pun nak puja raja depa. Saya hanya nak termuntah. Nak puja adalah hak demokratik hampa. Nak termuntah dan rasa jijik sangat adalah hak demokratik saya.

Hampa gomoi puas-puas hak demokratik hampa. Aku hanya nak guna hak demokratik aku.

Hak demokratik saya juga ialah dengan tulus ikhlasnya saya mengulangi rasa terima kasih tidak terhingga kepada Tun Dr Mahathir Mohamad kerana tindakan terpujinya menerajui pindaan Perlembagaan 1993 yang mengkudungkan imuniti raja-raja. Sepatutnya beliau buat lebih dari itu.

Hak demokratik saya juga ialah mengisytiharkan dengan bangganya bahawa saya adalah penyokong tegar kepada kata-kata Dr Mahathir yang saya petik di bawah ini. Maksud saya yang pengertian zahir sahaja kerana saya tahu maksud tersirat ialah kepentingan Umno yang saya benci:
Orang Melayu ni begitulah, dia dengar sangat Hang Tuah. Hang Tuah kata Melayu tidak akan menderhaka kepada raja. Jadi raja buat apa, bunuh orang pun tak apa.

Inilah nasib orang Melayu kalau kita tak berani menderhaka, bila patut, bukan selalu.
Allah Maha Menyaksikan bahawa saya memang tak suka malah meluat sangat pada kelaku Datuk Ibrahim Ali. Tetapi saya tak malu sedikit pun untuk menyatakan saya adalah penyokong tegar kepada kata-kata beliau di bawah. Sama, maksud saya yang pengertian zahir sahaja kerana saya tahu maksud tersirat ialah kepentingan Umno yang saya benci:
Bila rakyat sudah tidak berdaya mengurus raja, mereka tidak lagi menghabiskan masa meminda perlembagaan. Sebaliknya, seluruh sistem itu dilemparkan di dalam bungkusan sejarah.

Ada besok pasti ada suria
Aku akan pergi dengan seribu Jebat si anak tani
Sekian lama kita mati dalam setia
Kali ini kita hidup dalam durhaka
Berikut ialah sikit cerita mengenai raja:

1. Lagi derhaka, lagi gemilang (sila klik link atau pautan tersebut)

2. Perjanjian Pangkor yang membuka laluan awal kepada penjajahan British telah ditandatangani pada 20 Januari 1874 oleh raja Melayu dan wakil Inggeris, celaka yang bernama Andrew Clarke la'natuLlah. Yang menandatangani bagi pihak negeri Perak (negeri asal saya) ialah Raja Abdullah. Raja Melayu tu!

3. Dalam keputusan mengenai Pulau Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), dinyatakan bahawa Kesultanan Johor yang mempunyai hak kedaulatan ke atas pulau berkenaan bermula sebelum 1800 hingga 1840 telah menyerahkan hak itu kepada kerajaan British Singapura pada 1953 melalui surat pegawai kanan kerajaan Johor. Raja Melayu jugak tu!

4. Saya pernah dengar ada orang 'alim kata sembah raja macam askar angkat tabik. Saya menggunakan hak demokratik saya untuk mengatakan itu qias ma'al fariq (qias dengan sesuatu yang tidak ada kena mengena dengan apa yang didakwa). Suka hati dia ja nak kias-kias ikut sedap mulut dia. Hello, tabik tanda hormat ketua - itu bab disiplin. Sembah pula adalah tanda pengabdian dan perhambaan si anak anjing (patik maksudnya anak anjing) - itu dah masuk bab sesat dan khurafat.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Orang dulu dulu ada kata 'tak kan hilang Melayu di dunia' memang ada kebenarannya. Selagi wujud World Wildlife Fund (WWF) selagi itulah Melayu akan wujud dan tidak di pupuskan seperti Panda China, Orang Utan, Orang Kampong dan Ikan Paus Biru. Jangan lah di risaukan Melayu amat maju berdaya saing jauh lebih baik dari bangsa Masai di benua Afrika. Bangsa Masai amat terpelihara, kemungkinan besar bangsa Melayu juga akan dijaga baik setanding Orang Utan di Sepilok.

  2. Apa yg raja2 lakukan utk kebaikan rakyat dari dulu hingga sekarang? dan apa keperluan raja2 buat masa skrg? sebagai ketua agama? rasmi itu rasmi ini? raja adalah simbul ketuanan melayu? Kalau takat itu aje peranannya maka aku patut merasa dengki sebab aku pun boleh buat...tp lebih baik aku angkat pak bakaq mnjadi raja..ada berani? hehe

  3. Hak demokratik ada pulak batasannya, bukannya tiada had, jangan sampai orang ramai marah sudahlah. Hidup di dunia ni kena jaga masyarakat juga, jangan pikiaq kepala jotak hang saja. Sensitiviti orang lain nak kena jaga juga. Kalau hang kata , ikut suka aku la? Terpulangla kat hang.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008