Sedap!! Klik gambar di atas!

Orang pi Mekah nak diterima Allah, dia hanya dapat sokongan Raja Abdullah

Tak ingat, tapi dalam empat lima hari lepas bersembang di Restoran Thaqwa dengan kawan-kawan masa minum pagi. Termasuk la bersembang fasal hal Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor dipublisitikan mengerjakan haji di Mekah. Ada kawan, pegawai PTD pencen, tanya apa yang saya perasan tentang penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang mendakwa kononnya Najib nak bagi tau dia selesai wukuf dan bukan selesai haji (Lihat berita Malaysiakini 10/11/11 "Menteri: Maksud Twitter PM selesai wukuf, bukan haji").

Sebelum terus baca di sini, anda lihat dulu berita Bernama bertajuk "Najib, Rosmah selesai tunai ibadah haji" di mana terang-terang Najib kata dia dah selesai haji. "Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai," kata Perdana Menteri menerusi laman Twitternya.

Sebelum saya jawab soalan kawan itu saya beritahu bahawa saya tak guna ayat "Najib mengerjakan haji". Saya guna ayat "Najib dipublisitikan mengerjakan haji". Yang sama-sama bersembang di situ bersetuju dengan ayat saya itu. Dah depa pakat gelak, setuju la tu.

Selepas tu baru saya jawab soalan dia. Dari penjelasan Jamil Khir itu, saya kata, Najib kelihatan tak reti mana satu selesai haji, mana satu selesai wukuf. Kawan saya tu begitu bersemangat menyambut jawapan saya. Rupa-rupanya jawapan macam tu yang dia nak. "Macam tu la aku kata," lebih kurang dia kata kat saya.

Lepas tu saya berteori. Kata la Najib tau. Tapi dia salah tulis. Itu bahaya, saya kata. Kalau benda yang begitu obvious dan amat jarang orang salah tulis pun Najib pula salah tulis, bagaimana kalau keputusan penting yang melibatkan keselamatan dan kepentingan negara dia salah tulis? Wow! Bahaya, bahaya!

Macam-macam la kami bersembang bab tu. Tapi saya tak ingat. Dah tak ingat, takkan nak mereka-reka pulak. Namun yang saya tak lupa ialah kesimpulan kami bersama terhadap penjelasan Jamil Khir itu. Lebih kurang kami bersetuju "kalau penjelasan hang fasal rumah hang pun kami tak percaya, takkan penjelasan hang fasal Twitter Najib di musim haji tu kami nak percaya!"

Apa-apa pun saya mengucapkan tahniah kerana Najib mendapat sokongan raja Arab Saudi, si Abdullah tu. Semua orang tahu gerombolan Saud yang memerintah tanah Hijaz yang mereka namakan Arab Saudi tu adalah pak yet utama Amerika Syarikat. Baguslah Najib yang makin mengukuhkan kepakyetannya dengan negara Apco Worldwide mendapat restu pak yet utama Amerika (lihat NST 12/11/11 "Deepening ties with the US").

Jangan tak dak apa langsung, sebagai saguhati orang kata, Najib gomoi la puas-puas restu si Abdullah pak yet utama Amerika tu. Biasanya orang Islam pergi Mekah nak keredhaan dan restu Allah serta diterima Allah dengan haji yang diselesaikan urusan wajib haji tanpa ampu bodek si pembodek yang penipu, pembohong dan membodohkan diri sendiri dalam usaha terdesak nak bodohkan orang lain. Kalau haji tak selesai urusan wajib haji, macam mana nak diterima Allah!

Saya tulis posting ni setelah membaca berita mengenai mufti yang terkejut bertajuk "Mufti: Kesian Najib, bukan dibantu tapi diampu".


Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Saudara,
    Biarlah bab ibadah tidak dipolitik...ibadat kita pun tak tentu diterima Allah..siapa kits nak persoal bab ibadat saudara Islam yg lain.....kalau boleh doa supaya Allah beri petunjuk bukan mencaci Dan menghina detract mencari salah ibadat saudara Islam sendiri....saya tak tentu masuk syurga ...saudara yakin ke saudara akan masuk syurga.

  2. penat nak bincang pasal ibadat org lain ...kan lebih baik pikir ibadat sendiri ...ntah diterima ke tidak ....baik pikir kita ni nak kumpul duit pergi haji ...teruk sangat berpolitik

  3. Anon 1

    Adakah bila Mufti Perlis Dr Juanda Jaya pertikai kerja haji PM, dia politikkan? Adakah dia yakin akan masuk ke syurga? Umno ada hak jawab tapi biarlah sedap sikit jawapan korang...

  4. Apabila umat umat manusia hilang hala tujuan hidup angkara mengejar harta keduniaan, maka mereka telah menganiaya diri mereka sendiri setelah tiba dalam terang terangan Al Quran dan Sunnah. Neraka jahanam lah tempat bagi mereka yang sesat. Sesungguhya mereka yang 'Donno' atau 'Dumb to know' ataupun 'DUMNO' akan kejahilan hari akhirat akan menerima azab keseksaan walaupun dalam waktu hidupnya di mukabumi ini juga di alam kubur. Mempermainkan suruhan ALLAH SWT hanya memperbodohkan diri sendiri.

  5. Org yg ada akal akan berfikir dan dgn sendirinya dpt kesimpulan bahawa urusan haji najib...? kita tau jawapannya kan? maknanya Allah tunjukkan kpd kita semua hal sebenar jadi renung2kanlah

  6. Mana mahu? Jadi tetamu Allah atau tetamu Raja Abdullah?

  7. Masalah orang2 Malaysia, terutamanya yang membuta tuli menyokong UMNooo bukan UMNO tapi bahkata Ustz.Mat Sabu UMNoooooo. kahkah. Mereka ini ler yang ditujukan publisiti pembesar negara yang mengeksploitasikan pemergiananya ke Mekah. Umum mengetahui seorang muslimin/muslimat ke Mekah untuk mengadap Allah bagi menyucikan dirinya dari segala dosa dan menunaikan haji sehingga mendapat haji mabror. Tapi yang sedih ada pemimpin yang kesana mengasingkan diri walaupun dalam ihram. Mereka sengaja asingkan dari mereka dari bakal2 haji yang lain, sebaliknya hanya duduk ditengah-tengah pembodek2 mereka yang diekspot khas untuk tujuan itu.
    Saya nak tanya mufti-mufti apa kah betul cara yang dilakukan oleh pembesar2 negara sewaktu berada di Mekah walaupun sudah dalam ihram. Bukan kah kita semua adalah sama disisi Allah dan wajib kita buat haji seperti orang lain tanpa sebarang pengiring rapat atau pak guard pak guard Arab dikelilingi kita seolah-olah kita dibawa lari daripada musuh. Saya tidak mahu mempersoalkan mereka ini tapi perlukan pandangan dari mereka yang lebih mengetahui.

  8. masa dia twitt tu memang dah selesai rukun haji..dah tahlul awal,yg tinggal cuma wajib haji(melontar 3 jamrah)memang layak dikatakan selesai,sebab kalau apa2 berlaku (tak sempat kerjakan wajib haji,wajib bayar dam atau ganti (upah orang melaontar),tapi DS Najib selesai mengerjakan semua tu,hari 11 Zulhijjah memang kosong(takde aktiviti)..so betul la kata dia tu

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008